Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Ceramah Motivasi : Pembudayaan Keusahawanan Di MRSM Taiping

$
0
0
Assalamualaikum,

Dua minggu lepas, saya menerima panggilan telefon daripada Penolong Pengetua MRSM Taiping, Tuan Haji Khairul Anuar.

"Firdaus, apa khabar? Lama dah tak jumpa kamu."

Saya terus menjawab. "Insya Allah, esok saya ke MRSM Taiping kita pergi lunch sekali."

Keesokan harinya. Saya terus ke MRSM Taiping untuk menjemput Cikgu Khairul untuk kami lunch sekali di luar. Banyak yang kami sembangkan. Alhamdulillah, banyak yang mendapat manfaat hasil pertemuan itu.

Semasa berbual, saya bertanya kepada Tuan Haji Khairul, "Cikgu, apa yang saya boleh bantu MRSM Taiping?"

"Kamu boleh tak bagi ceramah motivasi keusahawanan di MRSM Taiping untuk budak Form 4 lepas mereka habis exam?"

Dan semalam, tibalah hari yang dijanjikan. Saya dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi keusahawanan di situ. Berkongsi dengan 'adik-adik' saya di sana.

Program Ceramah Motivasi Pembudayaan Keusahawanan MRSM Taiping

Itu program yang dicadangkan. 3 slot telah diatur. Jumlah masa 7 jam 30 minit. Berikut adalah program yang saya cadangkan kepada pihak maktab.

08.00 - 10.30     = Intensif Mentor Keusahawanan
11.00  -13.00     = Strategi Pemasaran, Rahsia Menarik Kekayaan
14.30 - 17.30     =  Hot Seat 

Alhamdulillah. Mereka bersetuju.


Bangunan bilik guru, bilik pengetua dan pejabat pentadbiran yang baru.


Surau MRSM Taiping yang kini sudahpun diperbesarkan. Siap ada 3 pondok tepi surau untuk para pelajar study di situ.


Jam 8.00 pagi, program dimulakan. Ini adalah antara gambar pelajar yang datang awal ke perpustakaan.


Pelajar perempuan Tingkatan 4.


Buat pertama kalinya. Ceramah motivasi saya direkodkan. Ini bukan untuk tujuan jualan. Sebaliknya untuk tujuan penambah baikan pada masa akan datang.

Ini yang DAO marah. Saya lah yang bagi ceramah. Sayalah yang adjust video. Haha... Kaki tangan tak cukup.


Pada peringkat awal, ada masalah dengan laptop yang saya bawa. Tak boleh detect di Projector. Program tergendala selama 20 minit.


Pihak teknikal bertungkus lumus untuk memperbaiki keadaan. Mereka tukar dengan laptop milik MRSM.


Saya membuat sentuhan terakhir sebelum program dimulakan.


Antara pelajar yang hadir. Kehadiran sekitar 100 orang sahaja. Sebabnya, masih ada lagi pelajar yang belum habis exam masa ini.


Apabila semuanya berjalan lancar. Program dimulakan oleh ucapan aluan oleh Penolong Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum. Tuan Haji Khairul Anuar. Guru PJ saya dahulu pada tahun 1997-1998.


Program dimulakan dengan bacaan doa. Wah... Penuh perasaan saya baca.


Dengan penuh khusyuk jugak para pelajar menadah doa.


"Ya Allah, Kau kabulkan lah doa adik ini."


Berdoa dengan penuh pengharapan.


Program dimulakan dengan tayangan video.


Video untuk memberi kesedaran kepada para pelajar betapa pentingnya mereka untuk belajar bersungguh sungguh hari ini untuk hidup lebih bahagia pada masa akan datang.


Saya memulakan perkongsian dengan adik adik.


Pelbagai persoalan dilontarkan untuk menyedarkan adik adik. Anda mesti buat bisnes selepas grad nanti !!


Serius la pulak. Adakalanya kena serius jugak.


Kertas kuning yang saya pegang tu adalah hadiah. Hadiah yang saya berikan bernilai RM50. Pelajar yang dapat adalah adik Arshad. Beliau begitu tekun menyalin pengajaran pengajaran yang dapat diperoleh daripada video yang ditayangkan.


Sedang menerangkan kepada para pelajar. Pengalaman saya kerja makan gaji dulu. Antara cabaran yang dihadapi pada waktu itu adalah gaji tak cukup. Uhukss.... Saya mula kerja gaji RM2,600 sahaja. Pergi pagi balik petang, cukup bulan bayar hutang.


Para pelajar khusyuk mendengar cerita pengalaman saya kerja dulu sebagai engineer.


Saya kongsikan dengan mereka. "Jika anda katakan waktu belajar susah. Percayalah, waktu belajarlah yang paling mudah. Lepas kerja nanti. Hidup akan lebih mencabar. Sekarang anda tak perlu fikir nak cari wang. Nanti lepas habis belajar, kepala anda akan sakit kerana perlu mencari wang sendiri."

So, enjoy your life while you study.


Berkerut muka adik ni. Dah mula takut rasanya. Jangan takut ni. This is life. Life is always full with challgenges. Jangan takut menghadapi masalah. Hanya orang gila sahaja yang tidak ada masalah.


Para pelajar lelaki dibelakang tu asalnya tak nak datang. Tapi, last minit mereka hadir jugak. Sebab program ni bukan wajib. Ia hanya sunat untuk para pelajar Tingkatan 4.


Sedang menerangkan konsep "Fast Action, Fast Result." Ini adalah salah satu sikap orang yang kaya dan berjaya perlu ada. 

Setiap usahawan, kalau dah memilih untuk buat bisnes mesti bertindak pantas. Peluang hanya datang dihadapan kita sekali sahaja. Jika kita terlepas peluang itu, orang lain pasti akan mengambilnya.


"Terhegeh hegeh action. Terhegeh hegeh result."

Saya beritahu mereka. Dunia hari ini bergerak pantas. Hanya yang 'berlari' sahaja yang akan berada di hadapan. Yang terhegeh hegeh berjalan akan tertinggal di belakang.


Habis sessi pertama jam 10.30 pagi. Sebelum tamat, saya minta mereka berbincang dengan rakan disebelah mereka. Apa yang mereka belajar dari sessi pertama tersebut. Ini bertujuan untuk mereka 'recall' apa yang mereka dah belajar.


Tangan tu tengah pegang kerepek. Tapi, still berbincang pasal apa yang mereka pelajari. Adik yang pakai songkok tu tengok aje kerepek kawan dia. 

"Ko ni kalau nak makan, bagilah kat aku sket."


Bersambung dengan sessi kedua. "Strategi Pemasaran : Rahsia Menarik Kekayaan"

Saya kongsikan dalam slot ini kisah kejayaan 12 usahawan dan apa strategy yang telah mereka gunakan. Saya mahu mendedahkan kepada para pelajar betapa mudahnya buat bisnes.


Sahabat saya, Arham turut membantu saya dalam program ini.


Adik ni berkongsi dengan saya pendapat beliau mengenai keusahawanan yang telah diterangkan sebelum itu.


Sessi kali ini agak santai. Saya lebih banyak duduk. Sebab saya memang buat konsep sembang sembang sahaja. Tak ada yang serius dalam topik kedua ini.


Saya tayangkan kepada mereka video "Social Media Revolution". Berkongsi mengenai kepentingan menggunakan social media marketing pada hari ini.



Saya serahkan kepada yang pakar untuk berkongsi. Sahabat saya ini seorang pakar bahagian IT. Beliau sangat power dalam internet marketing. Beliau berkongsi apa faedah dan kebaikan menggunakan teknologi  dalam dunia bisnes hari ini.


Para pelajar yang tadi duduk di belakang, untuk sessi kedua mereka dah bergerak ke hadapan. Mungkin berasa apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada mereka.


Social Media Marketing is KING. Kalau anda buat bisnes hari ini dan anda tak guna social media, sangat kasihan.


Sangat bagus perkongsian dari saudara Arham. Walaupun simple, tapi sangat power.


Cuba anda perhatikan disebelah kanan gambar. Penuh dengan pelajar lelaki. Pada sessi pertama, mereka ni duduk di belakang. Bila mereka dah move ke depan. Itu tandanya mereka nak dengan apa yang disampaikan.


Yang saya sangat suka dengan pelajar MRSM Taiping ni. Sepanjang program. Saya tak nampak seorang pelajar pun tidur.

It's either because they are MRSM Taiping student or because mereka suka dengar apa yang kami kongsikan.


Arham sedang menceritakan ruginya kalau buat bisnes tak guna internet marketing. Alhamdulillah, jam 1.00 petang, sessi kedua tamat. Kita sambung dengan sessi ketiga pulak pada 2.30 petang.


Sessi ketiga ini memang best. Saya bawakan kepada mereka 3 bekas pelajar MRSM yang hari ini sudah berhenti kerja dan buat bisnes.

Saya mahu mereka berkongsi dengan para pelajar sendiri keseronokan dan kebaikan buat bisnes.

Sebelum program bermula lagi, pihak maktab dan menjelaskan kepada saya. "Firdaus, kami mahu para pelajar faham dengan jelas. Kalau nak buat bisnes pun, mesti ambil degree dulu."

That's my job. Insya Allah, no problem cikgu. Memang niat saya nak buka mata pelajar tentang bisnes. Saya bukan bercakap teori semata mata, saya bercakap sesuatu yang realiti. Saya cakap apa yang saya buat dahulu.


Inilah 3 usahawan. Bekas pelajar MRSM. Dari kiri, Nur Azlin Razali. Bekas pelajar kelas 505. Batch 1997/1998. Beliau seorang usahawan wanita yang berjaya di Penang.

Ditengah, adalah Maria. Bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba. Haa.... Ni kira 'musuh' kami ni. 

"Nak buat apa dengan 'budak' TGB ni. Berani melangkah masuk ke MRSM Taiping !!"


Tiba giliran Maria untuk berkongsi dengan adik adik pengalaman beliau menjalankan perniagaan secara online sehingga terpaksa berhenti kerja. 

Arham juga dijemput untuk berkongsi pengalaman mengapa beliau berhenti kerja dan berani buat bisnes.


Sessi kedua para pelajar dah boleh pakai baju biasa dah. Sebab kira waktu petang pakaian bebas la.


Saudara Arham sedang menerima sedikit cendera hati daripada pihak maktab daripada guru yang bertanggung jawab memantau program ini.


Ini MRSM Taiping. Tempat jatuh lagi dikenang. Saya bersyukur Allah 'menghantar' saya masuk ke MRSM ini. Terlalu banyak kenangan manis saya ketika di sini.


Aduh... Gaya ni, Arham yang suruh saya buat. Sebab masa kami 'budak-budak' dulu, kami satu kelas suka buat gaya macam ni. "Macam bagus aja". Bila ditanya, ini gaya apa. Ini gaya 'merenung' masa depan.


Cantik pulak buat gaya macam ni dalam kawasan maktab. "Yes !!!! Syukur Alhamdulillah. Aku berjaya" :)


Macam dirancang rancang pulak. Saya dan Maria pakai baju warna biru.

Alhamdulillah. Saya berasa seronok sangat. Berasa puas kerana dapat berkongsi pengalaman saya dengan para pelajar di sini.

Saya tak mampu nak mengubah dunia. Saya tak mampu nak mengubah negara. Tapi, kalau saya mampu mengubah seorang dua para pelajar di sini. Ia cukup memberi erti yang besar buat saya.

Mungkin, inilah 'Pencen Kubur' buat saya. 

Next Program : Politeknik Seberang Jaya. 

Tarikh dah ditetapkan 3 Disember 2013. Pelajar 600 orang.

Insya Allah. Tak sabar rasanya untuk terus memberi. Semoga ia lebih banyak memberi manfaat kepada generasi muda pada hari ini.

Kepada Adik Adik MRSM Taiping

Jika anda terbaca entri ini, SILA LIKE dan kalau boleh, tolong berikan sedikit pandangan anda mengenai program yang telah dijalankan. Pandangan anda sangat sangat dihargai.

Wassalam

EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

Dapatkan Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang : Rahsia bagaimana saya belajar dahulu, dari MRSM Taiping, ke Kolej Mara Banting dan kemudian ke University of Sheffield, UK dan menjadi pelajar terbaik di sana. Sila layari : www.rahsiapelajarcemerlang.com

Jika anda rasa seronok dengan entri ini, anda boleh tekan LIKE Button di bawah.

Online Marketing Coaching !!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Ramai orang 'berhasrat' nak buat bisnes. Tapi, ada sebilangan kecil daripada mereka masih 'dhaif' dalam dunia bisnes. Mereka tak pernah buat bisnes sebelum ini. Tapi, mereka mempunyai semangat dan jiwa yang besar mahu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Baru baru ini, saya dan Maria menganjurkan perkongsian online marketing strategy. Frankly speaking, ramai gila yang tanya apa rahsia bisnes online Maria berkembang dengan cepat. Mesti ada rahsianya.

Ya... sudah pasti ada rahsia. Sesuatu benda tak akan berlaku begitu sahaja.

Sebenarnya, kejayaan Maria dalam bisnes sudah pun 'dirancang'. Segalanya bermula Jun 2012 selepas saya menyertai Seminar Advanced Marketing Power 2012.

Disitulah ilmu saya dalam bidang marketing bertambah.

Selepas belajar terlalu banyak ilmu di seminar itu. Saya menjadikan Maria sebagai bahan ujikaji. Nak test betul ke ilmu yang saya belajar dahulu di seminar tersebut berkesan.

Selepas dipraktikkan. Subhanallah. Memang berkesan. Memandangkan ramai yang bertanya dan berminat untuk buat coaching dengan saya dan Maria. So, hari Sabtu lepas saya mengatur pertemuan sekitar 15 orang yang minta saya buat coaching bagaimana menjalankan perniagaan secara online dengan mudah.

Saya sengaja tidak letak iklan di blog ini. Takut nanti tak muat pulak. Kita buat coaching untuk bantu lebih ramai orang lain berjaya.


Syukur Alhamdulillah. TV rumah saya cukup besar. Ramai orang boleh tengok terus dari tv yang disambungkan dari laptop saya.

Maria sedang berkongsi pengalaman bagaimana mahu menjalankan perniagaan dengan cara yang lebih mudah.


Sebahagian daripada mereka yang hadir.


Para suami yang datang bersama untuk support bisnes isteri mereka.


Jamuan makan turut disediakan. Ala, makan simple simple aja. Laksa dan juga nasi. Makan mana yang sempat yer.


Sambil makan, sambil bincang apa yang dah belajar tadi. Sambil tu, ada sharing daripada beberapa peserta bagaimana mereka berjaya dalam bisnes mereka.

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang selepas ini. Erti hidup pada memberi.

Wassalam.

MRSM Taiping Dalam Kenangan !!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Semasa saya ke MRSM Taiping baru baru ini, pihak maktab menghadiahkan saya dua buah majalah maktab.

Yang pertama Majalah Bitara 2012. Yang kedua Majalah Sambutan Memperingati MRSM Taiping 25 Tahun.

Melihat kedua dua majalah ini, ia benar benar mengembalikan kenangan saya semasa saya belajar dahulu di sana.

So, untuk bekas para pelajar MRSM Taiping. Jom kita hayati kenangan kenangan kita yang lalu di sana.
                  
                    

Lagu MRSM Taiping.

Ini bumi yang ku pijak
Ini langit yang ku junjung
Taiping bertuah, bersejarah
Subur, indah dan menghijau

Di sinilah gedung ilmu
Generasi berwawasan
Harapan masyarakat, dan ummah
Bakal pemimpin nusa bangsa

c/o:

Wawasan MRSM Taiping
Suci, ideal dan realistik
Menuntut kemuafakatan sejati
Cita rasa inovatif dan kreatif

Lima jari digenggam dijulang
Lima cabaran seiring harapan
Bersama doa restu semua
Kecemerlangan pasti abadi.

Amcam? Korang boleh nyanyi lagi tak lagu ni?

Ok.. Jom kita tengok kandungan Majalah Bitara 2012. Edisi yang ke 28.


Muka hadapan.


Barisan Para Guru Di MRSM Taiping 2012


Jabatan Bahasa Dan Jabatan Matematik


Jabatan Sains dan Sains Sosial


Memenangi pertandingan di UITM utk reka cipta bentuk jambatan. Juga pertandingan inovatif di UNIMAP.


Wah... Ke Pennsylvania US nampaknya adik ni. Sorang lagi ke Texas. Hebat hebat para pelajar MRSM Taiping hari ini.


Program Angkasawan Negara. Lawatan dari Datuk Sheikh Muzaffar.


Hari Graduasi 2012.


Ada Kelab Golf dah sekarang ni.


Nama Homeroom sekarang dah tak sama macam dulu. Huruf A dua homeroom. B dua homeroom. C dua homeroom. Contohnya, C = Capable & Creative D = Dedicated & Dilligent. Wah... banyak huruf. Macam mana la bebudak ni hafal nama nama homeroom.


Then, tertengok gambar bebudak kelas 515. Hahah... sian... semua botol. Tak ade perempuan dalam kelas ni. Anyway, sekarang kelas sampai 516.


Sebelum dan selepas perubahan di MRSM Taiping.


Kelab Sepak Takraw.


Kelab Kadet Laut.


Hehe... Ada pulak iklan gambar saya dalam majalah tu.


Ini Majalah Jubli Perak 25 Tahun MRSM Taiping.


Barisan pengetua di MRSM Taiping. Dahulu sehingga sekarang. Yang mana satu pengetua anda? Pengetua saya Tuan Haji Ahmad Roslan dan Tuan Haji Md Rahim Bin Salim.


Barisan guru guru di MRSM Taiping dimuatkan dalam buku ini. Dari tahun 1982-2008.


Kenangan gambar gambar senior senior di MRSM Taiping. Mak ai, ada band dulu di MRSM Taiping. Gambar siapakah ini? Masihkah kau ingat?


Dengan selamber nya, mandi tak pakai baju boleh masuk majalah maktab. Tapi itu dulu la. gambar siapa yer?


Nostalgia MRSM Taiping.


MRSM Taiping di awal penubuhan.


Gambar MRSM Taiping dahulu.


Gambar MRSM Taiping sekarang.


Gambar MRSM Taiping hari ini.

Kami barisan bekas pelajar MRSM Taiping ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru guru kami yang pernah mendidik kami dahulu.

Alhamdulillah, hasil tunjuk ajar cikgu dahulu. Kami semua berjaya pada hari ini.

Semoga Allah memberikan ganjaran syurga buat barisan guru yang pernah mengajar kami dahulu. Terima kasih cikgu.

Sekian, Wassalam.

Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang :

Saya ada menulis Ebook, menceritakan kenangan saya belajar di MRSM Taiping dulu. Boleh di dapati di www.rahsiapelajarcemerlang.com

Sila LIKE dan SHARE jika anda bekas pelajar MRSM Taiping.

UPSR Bukan Segala Galanya !!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Dua hari lepas, keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan.

Saya dari pihak Mariafirdaus.com.my ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Jutaan tahniah diberikan kepada para guru yang telah bertungkus lumus selama setahun untuk mendidik para pelajar sehingga mereka berjaya hari ini.


Tahniah buat para pelajar yang cemerlang dan tahniah juga buat para guru yang bertungkus lumus setahun yang lepas.

Saya terkejut jugak semalam sebab terima banyak gambar di Facebook dan Whatsapp. Ada seorang anak tauke ayam di Kelantan menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mini Cooper berharga RM210,000. Subhanallah.


Tersebar luas berita ni satu Malaysia. Hari ni siap masuk Metro lagi.

Saya mendoakan kecemerlangan yang mereka peroleh hari ini bakal membuka jalan agar mereka lebih berjaya pada masa masa yang akan datang.

Langit Tak Selalu Cerah

Namun.... Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah Lukisan Alam.

Saya pasti, mungkin akan ada seorang dua dikalangan anak-anak, saudara mara, anak sahabat anda yang tidak mencapai keputusan yang mereka impikan.

Mungkin sekarang ini mereka masih 'berkabung' dengan berita yang kurang memuaskan.

Jangan Bersedih

Kepada adik adik yang kurang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang lepas, hanya satu yang ingin saya ucapkan. Jangan bersedih. Redhalah. Setiap yang Allah tentukan pasti akan ada hikmahnya.

Jika adik adik nak tahu, dulu saya pun tak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya gagal score straight A's. Pada waktu itu, saya rasa dunia seperti 'gelap'. Tak tahu ke mana hendak di tuju.

Nak mohon ke sekolah asrama penuh, dah tentu tak dapat. Nak mohon masuk ke MRSM pun tak layak.

Syukur Alhamdulillah, saya ditawar masuk ke sekolah agama di Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan anda, di situlah hidup saya mula berubah. 'Kegagalan' saya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR benar benar memberi satu motivasi yang kuat dalam hidup saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

"Saya sudah gagal sekali, saya tidak mahu gagal lagi".

Saya mula belajar bersungguh sungguh. Saya sudah faham, dalam hidup ini ada kalanya kita di atas. Dan adakalanya kita di bawah.

Tak usahlah berseronok bila kita berada di atas dan jangan terlalu bersedih bila kita berada di bawah.

"Seorang peninju yang hebat bukan hanya disebabkan kepantasan beliau menjatuhkan pihak lawan, tetapi juga bergantung kepantasan beliau untuk bangkit kembali selepas terjatuh."
Jika anda kurang cemerlang hari ini, bersyukurlah. Mungkin Allah sengaja 'menggagalkan' anda hari ini supaya anda tidak gagal lagi pada masa akan datang.

Dahulu, 'kegagalan' dalam UPSR menjadi Push Factor yang sangat kuat untuk saya berubah ke arah yang lebih baik.

Saya belajar bersungguh sungguh, akhirnya saya memperoleh 9A dalam PMR, 9A dalam SPM dan akhirnya saya berjaya melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam bidang engineering.

Alhamdulillah, saya berjaya menjadi pelajar terbaik  dalam department saya pada waktu itu. Saya satu satunya pelajar yang memperoleh First Class Honours pada waktu itu.

Pada waktu itu, siapa sangka, saya seorang anak kampung. Pernah kecewa dengan result UPSR saya, berjaya mengubah kehidupan sehingga menjadi pelajar terbaik di universiti terkemuka di luar negara.

Pokoknya hanya satu. Anda harus yakin, jika anda berusaha bersungguh sungguh, insya Allah. Hidup anda akan berubah. Dari hidup biasa biasa ke hidup yang sangat luar biasa.

Hadiahkan Anak Anda !!!

Jika anda bertanya, apa hadiah terbaik untuk anak anda? Izinkan saya untuk mencadangkan kepada anda untuk mendapatkan Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang.


Ebook ini saya tulis sendiri. Ketiga tiga ebook ini setebal 280 muka surat. Ia sarat dengan perjalanan hidup saya semasa saya belajar dahulu.

Dalam buku ini, saya menceritakan susah payah saya belajar dahulu dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, ke kolej sehinggalah saya belajar ke luar negara.

Saya tulis dalam bentuk penceritaan agar mereka yang membaca dapat memahami bukan mudah jalan yang saya tempuh untuk saya berjaya menjadi pelajar terbaik di universiti.

Selain itu, saya turut mendedahkan rahsia dan teknik yang saya gunakan semasa saya belajar dahulu. Teknik ini jugalah digunakan oleh abang abang saya sehingga mereka juga menjadi pelajar yang cemerlang di universiti luar negara. Abang Jan di UMIST, Manchester dan Abang Arman di Trinity College Dubline. Adik saya juga memperoleh Master in Mechanical Engineering di University of Sheffield dahulu. 

Semua teknik pembelajaran yang kami gunakan saya kongsikan di dalam ebook ini.

Alhamdulillah, sehingga hari ini buku ini telah dibaca oleh ribuan orang. Saya mendapat feedback yang sangat positif daripada mereka. 

Saya mencadangkan anda menghadiahkan anak anda, anak saudara anda dengan Ebook ini. Ia tersangat baik dan sesuai untuk dibaca oleh mereka. Jika mereka tahu rahsia untuk berjaya dengan lebih mudah, sudah pasti mereka akan berasa lebih seronok untuk belajar.

Jika Anda Ragu Ragu !!!

Jika anda berasa ragu ragu dengan kualiti ebook ini, jangan risau. Anda buat pembelian. Then anda baca. Jika anda rasa buku ini tidak bagus. Saya akan refund duit anda 100%. So, you got nothing to loose.

Jika Anda Tidak Mampu !!!

Jika anda tidak mampu, saya mohon kepada anda tolong emel kepada saya di mariafirdausblog@yahoo.com . Saya akan hadiahkan ebook ini secara percuma kepada anda. Kejayaan anak anak anda lebih bernilai buat saya.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Ebook Ini ?

Bagi mereka yang serius mahu melihat anak mereka berjaya dengan lebih mudah. Anda boleh mendapatkan ebook ini di www.rahsiapelajarcemerlang.com

Usah risau, anda akan memperoleh harga tawaran yang sangat istimewa jika anda mendapatkannya sekarang.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anak anak anda untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Pakar Motivasi Dan Inspirasi Pelajar Cemerlang
www.rahsiapelajarcemerlang.com

Hanya Selangkah Lagi Ke Puncak MASTER !!

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca semua? Diharap anda semua sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga tersayang..

Minggu lepas, Maria rasa gembira sangat!! Banyak sangat perkara yang baik berlaku. So rasa excited nak share kegembiraan ni dengan sahabat-sahabat dan para pembaca blog semua..

1) TOTAL GROUP SALES HAMPIR MENCECAH RM300,000!!



Sepanjang bulan October 2013 sahaja, total sales ahli-ahli dalam group Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee (MFMS) hampir mencecah RM300,000 sebulan!!

Produk Shaklee memang dah terbukti keberkesanannya, dan harganya yang sangat mampu-milik. So tak hairan lah semakin ramai yang repeat sales selepas mencuba produk-produk Shaklee buat kali pertama. Bila dah puas hati, terus je nak join jadi ahli Shaklee. Makan sendiri je pun boleh jadi ahli, takde masalah.

Seronok sangat Maria tengok perkembangan ahli-ahli dalam group kami yang bersemangat dan penuh dengan aura positive.

Semakin ramai anak didik kami yang dapat naik rank dan menggengam bonus 3-4 angka. Semuanya hasil usaha mereka yang bersungguh-sungguh dan konsisten serta mengikut cara bisnes yang betul.

Mereka semua terdiri dari pelbagai background. Ada surirumah, engineer, nurse, guru dan macam-macam lagi. Dengan hanya bermodalkan RM75 sahaja, mereka dah dapat menjana pendapatan lebih dari modal yang dikeluarkan.

InsyaAllah suatu hari nanti, Maria akan share kisah kejayaan mereka kepada anda semua.

Jadi, tiada alasan lagi. Kalau nak berjaya, ikut jalan orang yang dah berjaya!!


2) BONUS 5 ANGKA YANG SEMAKIN BERTAMBAH..

Alhamdulillah. Pada 14 Nov 2013, bonus Shaklee dah masuk account, hasil tuaian dari usaha sepanjang bulan October 2013. Bila Maria tengok amount tu, rasa macam tak percaya dan nak nangis pun ada.

Bila difikir-fikirkan, kalaulah Maria masih bekerja sebagai Engineer macam dulu, 10-15 tahun lagi pun belum tentu dapat merasa income macam ni. Bayangkan, pernah dalam masa 2 tahun bekerja dulu, Maria dapat increment 1% je, iaitu tak sampai RM50 pun!! Huhu, sedih rasanya masa tu...

Sekarang ni rasa bersyukur sangat-sangat Allah buka jalan bagi Maria dalam bisnes online ni. Mungkin inilah berkat doa Maria di Padang Arafah masa menunaikan Haji dulu. Maria minta Allah berikan career yang terbaik untuk Maria & keluarga, untuk dunia dan akhirat.

So sekarang ni duduk di rumah je. Segala kerja bisnes di hujung jari. Lebih banyak masa berkualiti dengan family. Alhamdulillah...


3) NEW RANK AS SENIOR KEY COORDINATOR (RANK KE-6)

Syukur Alhamdulillah, bulan October 2013 Allah telah beri peluang dan rezeki lagi kepada Maria untuk naik ke rank ke-6 iaitu SENIOR KEY COORDINATOR!!

Hanya selangkah lagi ke rank ke-7 dan tertinggi dalam Business Plan Shaklee iaitu MASTER COORDINATOR!!

Allahu Akbar!! Sejujurnya, dulu masa bekerja makan gaji, 5 tahun sebagai Engineer, Maria tak pernah langsung naik pangkat. Memang redha je sebab Maria sedar ramai lagi yang lebih layak.

Ini kerana Maria sendiri tak mampu nak beri full commitment pada company. Tak mampu nak stay back sampai lewat malam kat office macam orang lain. Tak mampu nak datang buat extra hours on weekends disebabkan priority pada family dan jarak yang jauh dari rumah ke office (80km pergi balik).

Tapi sekarang ni, seronok sangat setiap bulan naik pangkat, dan setiap bulan ada increment bonus. Yang paling best, Maria hanya duduk bekerja dari rumah je.

Sambil golek-golek dengan anak, sambil menyusu pun boleh layan customer dan boleh 'coaching' anak-anak buah bisnes. Tengah-tengah malam masa tidur pun, ada order customer masuk melalui email, sms, whatsapp. Oh, alangkah indahnya hidup sebagai Working-At-Home-Mom!! :)

InsyaAllah, kami sedang gigih berusaha untuk naik ke MASTER COORDINATOR secepat mungkin. Mohon doa dari para pembaca blog semua ya! :)


4) ANAK DIDIK PULA QUALIFY CAR BONUS!!

Kalau anda pernah terbaca, pada bulan July 2013 dulu, Maria rasa gembira sebab dah qualify CAR BONUS dari Shaklee, (boleh tengok entry Maria di sini: Alhamdulillah, Bonus Shaklee July 2013 = RM5k+ dan Car Bonus!!)

Last week juga, Maria terima berita gembira pulak dari seorang 'anak' Shaklee kami, Kak Marlina yang telah naik ke rank ke-3 iaitu COORDINATOR, dapat bonus RM5k+ dan turut qualify CAR BONUS pada October 2013!!

Subhanallah!! Gembira sangat hati tak terkira. Selangkah demi selangkah anak-anak didik dapat apa yang Maria dah dapat sebelum ni. Semua orang ada peluang yang sama dalam business Shaklee. Siapa berusaha dengan konsisten, pasti berjaya!!

Next target is to help her dapat 5 angka bonus pulak macam Maria. Dan impian kami untuk melahirkan lebih ramai usahawan Muslim yang kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak didik kami semua..

Thanks to all my mentors, my hubby Firdaus, my family and all my team in Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee (MFMS). You are the best!!

HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS..


Wassalam.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 

Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

come_maria@yahoo.com

Kita Buat Bisnes Bukan Untuk Kaya !!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ni, saya balik ke Kuala Lumpur. Pulang ke rumah mertua saya di Taman Keramat.

Kakak ipar saya Kam Haryati (Kak Lang) tinggal bersama ibu bapa mertua saya di sana. Untuk pengetahuan anda, Kak Lang sekarang turut menjalankan bisnes secara online Shaklee bersama Maria.

Alhamdulillah, sekarang Kak Lang dah 3-4 bulan memperoleh pendapatan 4 angka secara konsisten even baru start buat bisnes dalam tempoh 5-6 bulan sahaja. Alhamdulillah, sekarang Kak Lang dah mampu bergerak sendiri.

Bukan susah pun sebenarnya buat bisnes secara online ni. Yang penting, kita mampu beri komitmen untuk berjaya.

Kongsi Masalah

Semasa pulang, Kak Lang share dengan saya dan Maria masalah bisnes beliau.

Ada satu customer yang tinggal di Puchong order produk VIVIX dan juga AJHT. Customer ni berumur sekitar 50-60 tahun. Mengadu ada sakit lutut dan selalu sakit sakit badan.

Biasalah, warga emas untuk sakit sakit macam ni.

Masalah Kak Lang, beliau buat order daripada Shaklee secara online. So to happen, hari Kak Lang order tu Shaklee ada masalah dengan sistem onlinenya.

Order daripada Kak Lang diterima dari pihak Shaklee. Tapi, ada satu masalah. Barang tak dipos kepada customer. Masalah ni sangat jarang berlaku. Biasanya, hari ini customer order. Esok barang dah sampai.

Hari berganti hari, minggu berselang. Customer menghubungi Kak Lang untuk beri tahu barang masih tak sampai. Nothing much that she can do. Nak contact Shaklee balik, bukan senang. Kalau call, mungkin ambil masa 30 minit untuk penetrate the line. The line always busy.

Concern With Customer

Di KL, kami berbincang. Setelah berbincang Kak Lang buat keputusan untuk order barang sekali lagi dari Branch Shaklee di Wangsamaju. Then, Kak Lang pos sendiri barang yang sama ke rumah customer itu.

Bagi Kak Lang itu yang terbaik. Customer sedang sakit sakit badan. Customer sedang sakit lutut. Customer perlukan pertolongan segera. Kak Lang mesti berikan yang terbaik kepada customer.

Alhamdulillah, hari ini pos, keesokan harinya barang dah sampai ke tangan mak cik ni.

Kak Lang beritahu mak cik ni, jika barang yang ditempah dahulu sampai. Nanti Kak Lang akan pergi ambil sendiri dari rumah mak cik ni di Puchong kalau lalu di situ.

So to happen, beberapa hari lepas tu barang yang pertama kali ditempah dari Shaklee secara online sampai di rumah mak cik ni. Mak cik memberi tahu Kak Lang yang barang dah sampai.

Mak Cik Mula Guna Produk Shaklee

Apabila mak cik ni mula menggunakan produk VIVIX dan AJHT, mak cik mula berasa keberkesanannya. Badan badan yang selalu sakit sebelum ni dah hilang sedikit. Masalah sakit lutut yang sering di alami sebelum ini pun dah beransur pulih. Alhamdulillah, mak cik ini gembira dengan tahap kesihatannya sekarang.

Pergi Ke Puchong Ambil Balik Barang

Memandangkan baru baru ni Kak Lang ada jemputan kenduri di Puchong, Kak Lang menghubungi mak cik ini untuk mengambil barang yang ditempah dahulu.

Setiba di rumah mak cik, Kak Lang terkejut. Mak cik beritahu Kak Lang yang produk Shaklee yang beliau guna sangat berkesan. So, mak cik buat keputusan yang mengejutkan Kak Lang.

Dari nak pulangkan barang tu, mak cik ni cakap.

"Tak pa la Yatie, mak cik nak ambillah juga set ni. Mak cik bayar aje duit kat Yatie untuk set kedua"

Alhamdulillah. Kak Lang sangat gembira.

Berniaga Bukan Untuk Kaya

Dalam group Shaklee Maria Firdaus, saya selalu menekankan kepada mereka yang lain seperti mana yang Dr Azizan selalu ajar kepada saya.

"Kita buat bisnes bukan untuk kaya. Tetapi kita buat bisnes untuk selesaikan masalah orang lain. Kita buat bisnes untuk mudahkan hidup orang lain. Kita buat bisnes untuk tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita buat bisnes sebab ini, jangan risau. Kita terpaksa menjadi jaya."

Alhamdulillah. Ramai dalam group kami yang dah faham konsep ini. Kita buat bisnes untuk memberi. Selepas kita banyak memberi, baru kita akan banyak menerima.

Sebab itulah, dalam berniaga kita kena faham mengapa kita buat bisnes? Itu salah satu yang penting yang saya kongsikan dalam group kami. Berniaga untuk menyelesaikan masalah orang lain.


Niat memainkan peranan penting untuk seseorang itu berjaya dalam bisnes mereka.

Saya ucapkan tahniah kepada Kak Lang atas kesungguhan untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Komited untuk terus menambah nilai hidup orang lain.

That's why we are doing business. To add value to other people.

Percayalah, jika anda buat bisnes sebab anda nak kaya. Anda tak akan kaya. Tapi jika anda buat bisnes untuk tambah nilai hidup orang lain. Untuk selesaikan masalah orang lain. Untuk mempermudahkan hidup orang lain. Jangan risau, anda 'terpaksa' menjadi kaya.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua, mengapa kita buat bisnes. Insya Allah. Dengan tujuan dan matlamat yang betul. Semuanya akan menjadi mudah.

Tahniah buat Kak Lang atas matlamat dan niat yang betul. Semoga Allah mudahkan urusan Kak Lang selepas ini.

Wassalam.

Tips Mudah Untuk Berhenti Merokok

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya ada membawa seorang anak muda menaiki kereta saya. Berusia 19 tahun. Perjalanan menaiki kereta ini mengambil masa 7 jam.

Dalam perjalanan, beliau meminta saya membuka tingkap kereta saya di belakang sebelah kiri kerana beliau duduk di situ.

Saya ingat beliau terkentut. So, saya buka la tingkap. 

Tiba tiba, saya terbaru asap rokok. Saya pandang ke belakang.

Dammmmm...... Bersirat urat darah saya.

Saya tak boleh tahan. Nak marah, saya pun baru kenal budak ni. Saya terus cari tempat parking di tepi jalan. Saya park kereta.

"Adik, kalau nak hisap rokok. Tolong turun dari kereta saya. Setakat hari ni, tak pernah ada orang hisap rokok dalam kereta saya. Dan saya memang benci dengan rokok."

Terkejut adik ni mendengar kata kata daripada saya.

"Tak pa bang. Tak pa bang. Saya buang rokok ni bang. Abang tak perlu berhenti. Boleh jalan."

Dalam kereta. Adik ni bertanya kepada saya.

"Abang tak hisap rokok ke bang?"

Apa punya soalan daaa.... Kalau saya hisap rokok, mesti saya tak kisah orang hisap rokok dalam kereta saya.

"Saya belum belajar hisap rokok lagi dik"saya menjawab.

"Tak pernah hisap rokok? Tak pa bang. Jangan belajar bang"beliau membalas.

Dalam hati, "Tahu pula nasihat aku jangan belajar. Dia tu hisap rokok tak pe pulak."

Bengang

Sebenarnya, sejak dari dahulu lagi. Saya memang benci dengan rokok. Alhamdulillah, Allah memelihara saya dan menjauhkan saya sekeluarga daripada merokok.

Sujud syukur saya atas nikmat Allah ini.

Bagi saya, mereka yang merokok dan membiarkan asap rokok mereka disedut orang lain adalah orang yang tidak bertanggung jawab.

Saya mohon maaf. Saya agak serius dalam hal ni. Sebab saya memang tak boleh bau rokok. Rasa nak muntah.

Kalau anda datang dekat saya, tolong la jangan merokok berdekatan dengan saya.


Saya mohon maaf sesangat. Bukan niat nak 'marah' anda yang merokok. Cuma, saya sayangkan nyawa anda dan ahli keluarga anda.

Berhentilah merokok sebelum rokok mematikan anda dan ahli keluarga anda. Nampak macam lawak. But, it's serious.


Setiap tahun, 10,000 rakyat Malaysia maut akibat rokok. Ini termasuklah yang terkena kanser akibat merokok.

Saya kasihan sangat dengan anda yang merokok. Saya tahu, anda sudah 'terperangkap'. Di sudut hati anda, anda mahu berhenti. Tetapi anda tak mampu nak melakukannya.

Jom Baca Apa Kata Para Ustaz


Ustaz Ahmad Dusuki

Tambahan dari Ustaz Don, Dr Zakir Naik dan Sheikh Nuruddin.

Siapa lagi yang perlu beritahu anda bahawa merokok itu haram? Cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini saja.

Buat Anda Yang Berhasrat Untuk Berhenti

Buat anda yang berhasrat untuk berhenti merokok. Saya cadangkan anda tonton video di bawah ini. Ada perkongsian daripada seorang sahabat yang berjaya berhenti merokok akibat 'terpaksa' berhenti. It's good for you.

Saya rasa, untuk seorang suami berhenti merokok. Ia perlukan sokongan daripada isteri juga.



A very very good sharing. Perkongsian jujur bagaimana sahabat ini berjaya berhenti merokok. Mungkin ini jawapan dan penyelesaian yang anda cari selama ini.

Mungkin anda boleh menghadiahkan suami anda dengan VIVIX ini. Jika anda benar benar merasakan inilah masa yang terbaik untuk anda berubah. Why not? Let's try VIVIX.

For your information, bulan ini adalah bulan promosi VIVIX. Anda boleh mendapatkan VIVIX dengan harga yang lebih murah.

It's safe. It's work and it's natural.

Saya doakan, mereka yang berhasrat untuk berhenti merokok. Impian mereka akan tercapai.


Testimoni mereka yang 'terpaksa' berhenti merokok selepas minum VIVIX.


Seorang anak yang menghadiahkan ibunya, seorang perokok tegar dengan VIVIX. Ibunya berusia 63 tahun akhirnya terpaksa berhenti merokok. Syukur Alhamdulillah. Inilah penawar yang beliau cari selama ini.

Mereka yang meminum VIVIX akan menyebabkan mereka rasa ROKOK itu pahit seperti hempedu. Dah ramai yang 'terpaksa' berhenti merokok selepas mencuba VIVIX.

Bagi saya, ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Mungkin ini jalan keluar untuk anda 'berhenti' merokok.

Saya tahu, bercakap lebih mudah dari melakukannya. Saya tak rasa apa yang mungkin anda rasa sebab saya tak merokok. Namun, saya berharap akan ada seorang dua pembaca blog ini yang 'terpaksa' berhenti merokok selepas mencubanya.

Ingatlah.... Merokok Ibarat Membakar Duit Sendiri.

Jika sehari satu kotak = RM10.  Boleh digunakan untuk makan KFC masa lunch.
Jika sebulan = RM300. Boleh digunakan untuk isi petrol kereta untuk sebulan.
Jika setahun = RM3600. Boleh digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak selama setahun.
Jika 10 tahun = RM36000. Boleh digunakan untuk suami isteri menunaikan haji. Siap duit belanja sekali.

Berhajat Untuk Mencubanya

Buat mereka yang ingin mencuba VIVIX, atau menghadiahkan VIVIX buat insan yang tersayang.

Anda boleh hubungi Maria: 019-2591731. Just call, mesej, atau whatsapp. Ada harga istimewa untuk anda bulan November 2013 ini.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada anda.

Saya doakan, agar anda yang merokok akan dapat sedikit manfaat daripada entri ini.

Wassalam.

Sedikit info tentang Vivix dan Fungsinya:-





Saya mohon anda dapat tekan LIKE Button di bawah ini. Mungkin ia akan memberi manfaat kepada seorang dua rakan anda di luar sana untuk berhenti merokok.

Personal Business Consultation

$
0
0

Assalamualaikum,

Saya rasa, ada sebahagian daripada anda yang tahu saya ada buat Personal Consultation untuk bisnes. Segalanya bermula sejak tahun 2012. Selepas saya belajar ilmu marketing, saya suka suka bantu kawan-kawan saya yang buat bisnes.

Dahulu saya beri consultation percuma kepada mereka. Alhamdulillah, seorang demi seorang perniagaan mereka berkembang maju.

Namun, ada juga seorang dua yang 'terkucil'. Saya tengok perniagaan mereka masih biasa biasa. Puncanya, mereka tak bertindak selepas buat personal consultation dengan saya.

Eeeee.... Buang Masa Saya Aje.

Anyway, sekarang personal consultation dah tak free... Uhukss... Sebab ramai sangat yang perlukan bantuan saya. Dan saya hanya nak yang betul betul komited sahaja. Tak nak dah buang masa dengan mereka yang tak sanggup nak bantu diri sendiri untuk berubah.

Pelaburan Dalam Mencari Ilmu

Tahukah anda, saya sudah melabur lebih dari RM20k. Semata mata mencari ilmu dalam perniagaan. Dulu saya ingat kalau nak berniaga, boleh berniaga macam tu aje. Rupanya tak. Kalau nak berniaga mesti ada ilmu.

Orang yang degree Business Study, dapat First Class Honours dalam pelajaran belum tentu dapat first class dalam dunia perniagaan. Sebabnya, dunia teori dan dunia realiti sangat sangat berbeza.

Sebab itulah saya invest duit yang banyak untuk belajar ilmu perniagaan. Dan saya tak kisah semua tu. Sebabnya, selepas saya belajar. Duit yang masuk lagi banyak yang keluar dahulu. So, kira ok la.

Di sinilah juga kalau anda tengok bisnes Maria boleh naik dalam masa yang pantas. Alhamdulillah. Dalam tempoh 6 bulan, Maria terpaksa berhenti kerja. Dalam tempoh 10 bulan dah cecah 5 angka. Dalam tempoh genap setahun, income dari bisnes Maria 5 kali ganda berbanding income masa kerja engineer dahulu.

Semuanya dari rumah sahaja.

Bagi saya, Maria adalah testimoni terbaik saya. Sebabnya, dia menjalankan perniagaan betul betul di hadapan saya. Saya monitor hari hari. So, Maria agak 'bertuah' sebab mentor ada depan muka. Hehehe..

Adakalanya kene marah sampai sob sob.. Tapi akhirnya, inilah resultnya. Berbaloi la jugak kan...

Bagi saya, bukan mudah nak mengubah mentaliti seseorang. Dari seorang yang tak ada background bisnes. Dulu kini selamanya kerja makan gaji. Tiba tiba nak buat bisnes. Ingat senang ke buat bisnes. Mencabar dan penuh dengan cabaran.

Personal Consultation

Setakat hari ini, Alhamdulillah. Dah ramai sangat yang buat personal consultation dengan saya. Sebelum ni, saya tak berani sangat nak reveal pasal service ni. Sebab saya takut 'ilmu' yang saya kongsikan tak berkesan.

Tapi, selepas dapat feedback daripada mereka, Alhamdulillah. Saya rasa gembira. Ada di antara mereka yang bisnes berkembang dengan pantas.

Kisah Sahabat Dari Jerantut

Saya ada sahabat dari Jerantut. Beliau pembaca blog ini dahulu. Beliau tahu saya buat bisnes. Suatu hari, beliau menelefon saya.

Meminta pandangan saya untuk berhenti kerja. Sebab beliau dah tak tahan dengan kerja hakiki. Kerja yang tak jumpa anak isteri berbulan bulan. Huhu.. Kesian rasanya.

Saya menyokong beliau nak buat bisnes kedai komputer di Jerantut. 100% saya support mereka yang nak buat bisnes.

Dipendekkan cerita, beliau pun berhenti kerja dan memulakan perniagaan kedai komputer. Dengan kepakaran yang beliau ada, Alhamdulillah dalam 2 minggu pertama perniagaan. Beliau berjaya buat Sales sekitar RM30,000.

Di pendekkan cerita lagi, then beliau call saya. Minta consultation daripada saya. Saya bersembang dengan beliau sekitar 30 minit. Saya berikan 3 tips sahaja bagaimana beliau boleh increase sales dalam masa yang singkat.

Beliau berkata, beliau nak try guna 2 tips sahaja dahulu.

2 minggu berselang, beliau telefon saya lagi. Kali ini beliau beritahu saya, Alhamdulillah, sales dalam tempoh 2 minggu berikutnya meningkat kepada RM67k. Menjadikan total sales bulan itu hampir RM100k

Beliau nak lagi tips tips tambahan daripada saya. So, saya berikan beberapa tips tambahan. Bagaimana beliau boleh improve her bisnes. Sebab target saya, saya nak beliau mencapai sales RM200k sebulan dalam tempoh 3 bulan.

Dan semalam, saya terima SMS daripada beliau. Inilah apa yang beliau katakan.        



                                 

Syukur pada Allah atas ilmu yang dikurniakan kepada saya. Saya dapat menambah nilai hidup orang lain. Saya pesan kepada beliau, jangan lupa. Lepas ni rajin rajinkan bayar zakat, rajin bersedekah, rajin menambah nilai hidup orang lain. Insya Allah, terpaksa kaya nanti.

Jom kita semua doakan agar perniagaan beliau semakin berkembang selepas ini.

Kisah Pelajar Universiti. 

Ini pula kisah pelajar UNISZA. Tahun lepas, saya dijemput untuk beri ceramah motivasi keusahawanan di UNISZA untuk program My Agrosis. Iaitu program pembudayaan keusahawanan dikalangan pelajar.

Ditakdirkan Allah, ceramah saya itu memberi inspirasi kepada seorang pelajar untuk merancakkan lagi perniagaan beliau pada waktu itu.

Dah pasti, beliau kenal saya dan saya tak kenal beliau.

Suatu hari, beliau terserempak dengan saya di Shah Alam semasa program keusahawanan. Taraa... Beliau tegur saya.

Di situ, kami mula berkenalan dan saya sedikit sebanyak membantu beliau dalam perniagaan yang beliau jalankan.

Dan ditakdirkan Allah, semalam saya saja saja contact beliau di FB. Tanya, perkembangan perniagaan beliau?

Jawapannya, sangat mengterujakan saya. (Betul ke ayat ni)

Alhamdulillah, bisnes beliau sekarang pun dah jadi huru hara. Dah banyak agen yang beliau ada sekarang ni.


Perkongsian daripada beliau kepada saya semalam.

Bisnes dikalangan pelajar sangat mencabar. Kerana mereka perlu fokus dua perkara. Satu untuk belajar dan satu untuk buat bisnes.

Saya tahu, adik ni mesti huru hara hidup kalau tak tahu buat bisnes dengan cara yang betul. So, bulan 6 yang lepas, saya hadiahkan beliau dengan Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang.

Semalam juga, beliau beri testimoni. Beliau follow betul betul tips yang saya berikan dalam ebook tersebut. Alhamdulillah, dalam keadaan bisnes semakin rancak. Pelajaran juga semakin baik. Inilah yang saya mahukan.

Saya tahu, ramai orang yang mahu begini. Tapi, akhirnya mereka hanya berjaya dalam salah satu bidang. Sama ada berjaya dalam pelajaran, tak berjaya dalam bisnes atau sebaliknya.

Sebab itulah, pada waktu itu saya merasakan adik ini wajar di bantu. Saya tak mahu bisnes yang beliau buat menjejaskan pelajarannya.

Syukur Alhamdulillah. Tips tips yang saya berikan dalam buku tu berjaya dipraktikkan oleh beliau dengan sangat baik.

Saya rasa bangga. Rasa bersyukur kerana dapat menambah nilai hidup adik ni.

Sebab itulah saya katakan, ebook yang saya tulis itu sangat baik untuk anak anak yang sedang belajar sekarang ini. Buku ini sesuai dibaca bermula dari pelajar tingkatan 1 sehinggala pelajar universiti.

Buat Anda Yang Berminat Mendapatkan Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang

Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini, untuk dihadiahkan kepada anak anak anda, adik anda atau saudara anda. Anda boleh dapatkan ebook ini pada harga istimewa di www.rahsiapelajarcemerlang.com

Ada harga istimewa menanti anda di situ.

Jangan risau, jika anda tak berpuas hati dengan kualiti ebook ini. Please let me know. Saya refundkan duit anda 100%. 

Dan jika anda kurang mampu, tak mampu nak beli ebook ini. Anda boleh ke website itu juga. Saya ada beritahu cara bagaimana anda boleh dapatkan ebook ini secara percuma buat anak anda.

Semoga ia bermanfaat kepada lebih ramai orang lain.

Wassalam

Best Coin Ever Spent

$
0
0
Assalamualaikum,

This is marketing. Anda kena tengok dan fahamkan. Bagaimana orang 'berjaya' memberi tahu orang lain servis yang mereka ada.

Jom layan dulu.



Amcam? Best tak... Tetiba ramai orang share video ni. Tetiba aje ramai orang tahu pasal group orchestra ini.

Ada lagi satu... Ini strategy sebuah syarikat tv di luar negara nak promote saluran terbaru mereka.



Dalam bisnes, kita kena buat sesuatu yang diluar kotak pemikiran manusia biasa.

Bila kita bertindak luar biasa, barulah hasilnya pun luar biasa.

Semoga bermanfaat.

Wassalam

Tips Hilangkan Semut Dari Rambutan

$
0
0
Assalamualaikum,

Petang tadi, ayah saya beli 3kg rambutan dari pasar malam. Saya sekeluarga memang hantu rambutan. Cuma kali ini, keadaan agak mendukacitakan.

Semasa memakan rambutan berwarna merah, rambutan itu berbau seperti disembur dengan Ridsect.

Aduh... Potong stimm betul. Macam mana la orang ni boleh sembur 'racun' dekat buah ni. Membahayakan kesihatan dan nyawa pembeli dan keluarga.


Terpaksalah saya basuh buah rambutan ni. Walaupun buah ini sudah disembur dengan Ridsect, tetapi masih ada banyak lagi semut yang ada di rambutan ini.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda satu tips bagaimana cara membuang semut pada rambutan dengan cara yang mudah tanpa membahayakan kesihatan kita.

Nak tahu rahsianya? Anda kena janji dengan saya.... Lepas saya beritahu anda rahsia ni, anda kena tekan LIKE Button kat bawah atau di atas ni. Saya nak anda share dengan kawan kawan anda pulak tips simple ni.

Ni amanah ni..... Ha.... Sapa yang tak nak tekan LIKE Button tu. Boleh stop di sini. Siapa yang nak tahu, nanti mesti tekan LIKE Button tu ok.

Rahsianya.............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rendam rambutan di dalam air yang bertakung. Kemudian, campurkan sedikit garam ke dalam air itu. Semua semut itu akan mati serta merta. Tugas anda selepas itu, buang air dan bilas buah rambutan untuk hilangkan semut semut yang telah mati dari buah rambutan tersebut.

Amcam? Senang tak? Selamat tak?

Macam tak caya je, macam tak logik jer. Cer try. Cer try. Saya dah buat tadi.... Semua semut 'meninggal'.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Actually, terpulang kepada anda nak tekan LIKE Button ni atau tak. Saya buat lawak aje tadi. Kalau anda rasa nak pahala, nak sebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Anda boleh tekan LIKE Button di bawah ni.

Tapi, kalau anda rasa ilmu ni tidak bermanfaat. Then, it's ok. Anda tak perlu tekan LIKE Button.

Ok... Till then.

Wassalam

U.S.A AKU DATANG !!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Tajuk kali ni macam best jer, macam seronok jer..hihihi..

Actually, Maria nak share salah satu IMPIAN Maria sejak kecil. Maria memang teringiiiinnn sangat nak ke United States of America (USA). Nak tau kenapa?




SEJARAH KELAHIRAN KAM MARIA

Sebenarnya, masa Mak Maria mengandungkan Maria dulu, Abah Maria telah ditugaskan ke US untuk berkursus. Jadi masa Maria lahir di Kuala Lumpur, Abah sedang berkursus di US.

Alkisahnya, Mak kata Abah berkenan dengan nama 'Maria' semasa berada di US, jadi Abah suruh lah Mak letak nama 'Maria'. Ala-ala nama Minah Salleh gitu..hihihi..

Oh ye, FYI, adik beradik Maria semuanya nama bermula dengan 'KAM'. Ini sempena gabungan nama Mak (Kamariah) dan Abah (Abdul Mutalib). Maka lahirlah semua 'KAM'. Iaitu Kam Kasturie, Kam Rafidah, Kam Haryatie dan Kam Maria. So sweet kan... :)

Abah Maria seorang Pegawai Tentera berpangkat Mejar, jadi memang banyak negara yang dia dah lawati untuk tugas dan kursus. Tapi kami semua langsung tak pernah ikut Abah pergi tempat-tempat tu.

Abah cakap, "Kalau nak pergi oversea, mesti belajar rajin-rajin, nanti mesti dapat pergi oversea".

Huhu..baiklah Abah..Maria akan belajar rajin-rajin untuk mencapai impian ke oversea...


IMPIAN SEJAK DI SEKOLAH

Jadi sejak sekolah rendah lagi, Maria dah bercita-cita nak ke oversea, terutamanya ke US. Ini sebab seronok tengok gambar-gambar Abah di sana. Ada salji, ada themepark. Masa tu negara lain Maria tak berapa kenal sangat. Yang Maria tau, US je..hehe..

Semasa di Tingkatan 5 di MRSM Jasin Melaka (sekarang ni MRSM Tun Ghafar Baba), Maria telah terpilih sebagai calon Program Skim Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Tajaan MARA, berdasarkan keputusan Percubaan SPM yang cemerlang.


MRSM Jasin sentiasa dalam kenangan..

Syukur Alhamdulillah, memang excited sangat!! Masa interviewer MARA tu tanya, berminat nak ke university mana dan nak buat course apa?

Apa lagi, Maria dengan confidentnya menjawab, "I want to go to USA to pursue my studies in Information Technology". Heee..


TAWARAN BELAJAR KE LUAR NEGARA

Alhamdulillah, interview tu berjalan lancar. 2 minggu selepas tamat peperiksaan SPM (sebelum dapat results SPM lagi), Maria terus menerima offer letter daripada pihak MARA untuk menjalani kursus persediaan ke Luar Negara di Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (KMYS), Lembah Beringin. (Sekarang namanya dah ditukar ke Kolej Yayasan UEM).


Kalau biasa lalu PLUS highway, mesti familiar dengan signboard ni kan..

Masa dapat offer letter tu, takde ditulis pun course apa dan untuk program ke negara mana. Jadi Maria assumed, maybe dapat course IT ke US lah kott..Alhamdulillah..

Tiba hari yang di tunggu-tunggu, Maria pun mendaftar ke KYUEM. Masa briefing daripada Pegawai MARA yang bertugas, barulah kami diberitahu. Rupa-rupanya kami semua ditawarkan kursus persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Engineering!!

Terkedu Maria sekejap. UK?? Engineering?? Betul ke ni? Boleh ke aku buat course Engineering ni??

Huhuhu..masa tu memang tak tahu apa perasaan. Nak happy ke tak? Sebab Maria memang minat bidang IT dan memang nakkkk sangat ke US.

Tapi lepas berbincang dengan Mak dan Abah, mereka kata takpelah..mesti ada hikmah di sebalik tu. Jadi Maria pun redhalah dengan ketentuan Allah ni. Maria pun meneruskan pengajian A-Levels di KMYS.

Alhamdulillah akhirnya Maria berjaya juga melanjutkan pelajaran ke University of Sheffield, United Kingdom dalam bidang Electrical Engineering.

Rupa-rupanya Allah dah tentukan Maria bertemu jodoh dengan suami tersayang Mohd Firdaus Mat Saad di Sheffield, UK. Pertama kali kami bertentang mata adalah di bumi UK, pada hari kedua Maria tiba di sana..cewahh..


InsyaAllah, lepas ni kami bercita-cita untuk kembali melawat tempat pertemuan pertama kami ini bersama anak-anak pula :)

Kalau pergi ke US mungkin lain la pulak jodohnya kann.. tak wujud lah blog www.mariafirdaus.com.my ni kan..hehe.. Sudah pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi berbaik sangkalah dengan Allah dalam setiap ketentuan.. :)


IMPIAN HANYA TINGGAL IMPIAN...

Sampailah Maria habis study di UK, dan mula bekerja. Lepas tu, impian nak ke US pun terhenti setakat tu je.

Masa tu keutamaan kami adalah untuk pergi menunaikan Umrah dan Haji bersama Mak dan Abah Maria. Syukur Alhamdulillah Allah murahkan rezeki. Kami dapat mengumpul duit untuk menunaikan Haji pada tahun 2011. Ketika tu usia Maria 29 tahun, dan Firdaus 30 tahun.

Selepas tu, Maria dah tak pernah plan apa-apa untuk ke US. Memang masih teringin nak pergi. Tapi nak kumpul duit pergi holiday saja-saja, of course lah belum mampu dengan gaji Engineer yang tak sampai RM5k tu kan. Nak harap company hantar kursus ke, macam tak nampak bayang pun. Banyak lagi komitmen lain untuk family. Maka impian pun hanya tinggal impian...


PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT!!

TIBA-TIBA, pada suatu hari masa Maria mula-mula active dengan bisnes Shaklee awal tahun 2013 ni, Maria dapat tau yang next free overseas trip yang Shaklee tawarkan untuk tahun business cycle 2013/2014 adalah ke US!! Wow..menarik ni!!

Sebenarnya Shaklee menawarkan 2 pilihan oversea trip, iaitu samada ke USA atau Umrah. Memandangkan kami dah pernah pergi Umrah dan Haji sebelum ni, Maria rasa ini peluang terbaik untuk kami pilih trip ke USA!!


2013/2014 Shaklee US Global Conference. 5 Star fully sponsored trip for those who qualified.

Nampak tak, untuk qualify 1 free ticket USA (5 star holiday) which will be fully sponsored by Shaklee, Maria perlukan 930 point terkumpul sejak March 2013-Feb 2014.  Masa mula-mula buat bisnes ni awal 2013 dulu, masih tak berapa nampak jalan lagi nak dapat free trip Shaklee ni. Rasa macam mustahil je, macam susah je. Boleh ke?

Tetapi pada bulan May 2013 yang lalu, Maria tengok ada beberapa orang mentor Maria berjaya qualify free trip ke Dubai dan Umrah sempena achievement bisnes mereka pada tahun lepas. Wahhh.. Ini tak boleh jadi. Kalau mereka boleh, Maria pun pasti boleh!!

Jadi Maria pun mula kembali memasang IMPIAN KE US yang pernah tertangguh dulu. Maria mula tampal poster USA Shaklee dalam my Small Office Home Office (SOHO). Hari-hari tengok gambar dan doa kepada Allah supaya dapat ke free trip to US. This is THE POWER OF VISUALIZATION.

Kalau dulu sekadar impian, sekarang ni setiap bulan Maria dah ada TARGET YANG JELAS untuk dicapai. Dah tau cara dan hala tuju macam mana nak capai target tu. Maria terus berusaha sehabis baik!!

Akhirnya, minggu lepas, Maria terima surat dari Shaklee yang bertarikh 12 Nov 2013.


Taraaa...Surat Cinta Dari Shaklee (yang bertarikh hari jadi Maria, birthday present ni..hehe..)

Nampak tak apa yang tertulis? Conference point Maria telah pun melebihi 930 point, malah dah dapat 1158 point as of October 2013!! Ini bermakna Maria telah berjaya qualify 1 tiket ke US!!

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!!

Sujud syukur kepada Allah. Perkara yang dulu Maria rasa mustahil dicapai, kini dah pun ada dalam genggaman. Sekarang ni Maria sedang berusaha gigih untuk qualify tiket tambahan untuk hubby Firdaus dan Farees pula sebelum tarikh akhir Feb 2014. Fateh tak boleh ikut sebab Shaklee tak benarkan bawa baby bawah 4 tahun. Tapi takpe, nanti Ummi bawa Fateh holiday tempat lain ye sayang..

Berjaya atau tak untuk dapat extra ticket tu, Maria tak kisah. Yang penting, Maria akan usaha yang terbaik. Kalau ada rezeki untuk kami sekeluarga, pasti Allah permudahkan.


I JUST DO MY BEST, LET ALLAH DO THE REST!!

Insya Allah, more and more to come. Rezeki Allah ada di mana-mana. Kita cuma perlu usaha mencarinya. Kalau kita tak ambil, orang lain yang akan ambil rezeki tu. 

Jangan pernah perkecilkan apa sahaja impian kita mahupun orang lain. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Mintalah apa sahaja kepada-Nya, Allah mampu menunaikannya.


Tukarkan IMPIAN kepada CITA-CITA!! 

IMPIAN saja tak cukup untuk ia menjadi REALITI.

IMPIAN mesti diterjemahkan dalam bentuk TULISAN, dan disusuli PERANCANGAN dan TINDAKAN. Barulah ia akan menjadi suatu CITA-CITA yang pastinya dimulakan dengan LANGKAH PERTAMA!!

Sudahkan anda memulakan LANGKAH PERTAMA ke arah CITA-CITA anda??

Maria doakan semoga para pembaca semua berjaya mencapai apa saja cita-cita anda. Amin..

Thanks for reading!! Wassalam.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 

Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Bertemu Pakar Dropship

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini saya di Besut, Terengganu. Saya datang ke sini sebab saya nak setelkan reban ayam yang saya buat untuk UNISZA.

Di sini, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan seorang sahabat. Ustaz Amirul.

Beliau baru berumur 26 tahun. Tetapi mempunyai bisnes yang sangat hebat. Semuanya di buat secara online sahaja.

Saya datang berjumpa dengan beliau kerana saya nak berkongsi kongsi pandangan dan fikiran bagaimana kami sama sama boleh meningkatkan lagi perniagaan kami.

Alhamdulillah, banyak yang saya belajar hasil pertemuan singkat dengan beliau.

Beliau menjual pelbagai produk. Saya pergi ke rumahnya, wowww..... Terkujat saya. Rumahnya dah di modify jadi 'office'. Beliau ada 8 orang pekerja. Just imagine, how good his business sekarang.

Hebatkan !!!!!!

Syukur rasanya, dapat berjumpa dengan orang sehebat ini.

Anyway, just nak kongsi dengan anda salah satu produk yang beliau jual.

Jam RPM


Rasanya, jam ini sesuai untuk remaja. Kalau anda dah berumur 30 ke atas. Rasanya kurang sesuai. Amat baik kalau anda nak hadiahkan kepada anak anak anda. Di datangkan dalam pelbagai pilihan warna.


Testimoni daripada customer beliau.


Harga satu jam RM60. Free postage. Kalau beli 3, percuma satu. Huhu... Amcam.

Jika anda berminat. Anda boleh hubungi beliau.

Jika nak join dropship beliau, anda boleh join group ini : https://www.facebook.com/groups/dropabe/

Ok... Semoga bermanfaat.

Wassalam

Panggilan Telefon Daripada Richworks

$
0
0
Assalamualaikum,

Sebentar tadi, saya menerima panggilan telefon daripada Richworks, Syarikat Dr Azizan Osman.

"Hello, Saya Iqram. Dari Richworks, syarikat Dr Azizan Osman."

Fuh... tersentap ni. Kenapa Iqram call saya ni? Saya kenal beliau. Dan dah tentu dia tak kenal saya. 

"En Firdaus ada join program Advanced Marketing Power sebelum ni kan?"

"Yer ade."

"Sebenarnya kita nak jadikan En Firdaus sebagai testimoni bagi program AMP. Dan kita nak buat rakaman video dengan En Firdaus. Nak minta En Firdaus kongsi apa perubahan selepas mengikuti kursus AMP dulu."

Insya Allah rakaman video akan diadakan pada 5 Disember nanti.

Syukur Alhamdulillah

Jika anda tanya saya, apa perasaan saya. Jawapan saya, sangat gembira. Alhamdulillah. Tidak berniat untuk menunjuk nunjuk. Tetapi, lebih kepada nak berkongsi dengan orang ramai bahawa buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Saya just nak share dengan orang ramai yang akan menonton video itu nanti. Nak berjaya itu mudah kalau kita tahu caranya.

i) Mesti mencari mentor yang betul untuk belajar cara mudah untuk berjaya.
ii) Mesti bertindak. Kalau ada ilmu tetapi tidak bertindak, kita tak akan ke mana.

Niat saya hanya satu, saya mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk jangan takut buat bisnes. Saya nak kita orang Islam berani untuk buat bisnes.

Itu sahaja.

Mengapa Mereka Memilih Saya

Actually, sebenarnya apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah. Allah memilih saya untuk dijadikan testimoni untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang selepas ini.

Sebenarnya, pihak Richworks mula 'melihat' saya selepas saya buat perkongsian semasa Mastermind Group Coaching di Kelab Golf Sultan Sulaiman, Shah Alam bulan lepas. Baca Di Sini

Saya berkongsi dalam dewan itu bagaimana saya memperkembangkan bisnes saya selepas mengikuti Kursus Dr Azizan Osman.

Alhamdulillah, perkongsian saya menarik perhatian mereka. Dr Azizan berasa seronok kerana saya mengamalkan banyak ilmu ilmu yang beliau ajarkan sebelum ini.

Dan resultnya sangat berkesan.

Salah Satu Faktor

Untuk pengetahuan anda, salah satu faktor utama mengapa Richwork tertarik dengan saya adalah disebabkan terhasilnya Ebook ini.


Rahsianya ada di dalam Ebook ini. Jika anda berminat, anda boleh mendapatkannya secara percuma di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

Next Target : Hot Seat

Ini impian saya. Jika Allah izinkan, saya berhajat sangat nak naik ke Hot Seat semasa program AMP 2014 nanti. Semoga Allah mudahkan.



Hot Seat adalah tempat dimana bekas anak didik Dr Azizan yang dah berjaya dalam bisnes untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka. Ambil berkat. Duduk Hot Seat.

Semoga Allah Mudahkan

Insya Allah, penggambaran akan dijalankan pada 5 Disember nanti. Saya pun agak 'cuak'. Tetapi, insya Allah. Semoga Allah mudahkan segala urusan pada hari itu. Semoga apa yang saya cakapkan pada hari itu dapat menambah nilai hidup lebih ramai orang selepas ini.

Wassalam

* Jika tidak keberatan, saya mohon anda tekan button LIKE di bawah sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Terima kasih atas sokongan anda.

FINALLY! MASTER COORDINATOR MARIA FIRDAUS !!

$
0
0
Assalamualaikum,

SYUKUR..SYUKUR..SYUKUR YA ALLAH...

Alhamdulillah, selesai sudah closing bagi bulan November 2013. Subhanallah, bulan ini adalah bulan yang sangat indah bagi Maria. Macam-macam perkara yang menggembirakan dah berlaku.

Antaranya, November adalah bulan kelahiran Maria. Then last 2 weeks dapat confirm 1 free ticket for 5 star trip to USA from Shaklee (Baca kisah di sini: USA AKU DATANG!!).

Dan yang paling kemuncaknya adalah di mana kami berjaya mencapai rank ke-7 dan tertinggi iaitu MASTER COORDINATOR SHAKLEE!! Sujud syukur pada Allah. Semuanya menjadi Hadiah Harijadi Terindah dalam hidup Maria :)

From dreams to reality. Dulu ambil gambar di Master Celebration orang je. Sekarang tak sabar nak attend our own Master Celebration next year :)


KISAH PERJALANAN KU BERSAMA SHAKLEE

Bagi mereka yang baru sahaja membaca blog kami, sekadar ingin berkongsi perjalanan Maria sejak bermula bisnes Shaklee, FROM ZERO TO HEROin ;)

1) March 2013 - SUPERVISOR - Baca Kisah Di Sini
2) June 2013 - SENIOR SUPERVISOR - Baca Kisah Di Sini
3) July 2013 - COORDINATOR - Baca Kisah Di Sini
4) Aug 2013 - SENIOR COORDINATOR - Baca Kisah Di Sini
5) Sept 2013 - KEY COORDINATOR - Baca Kisah Di Sini
6) Oct 2013 - SENIOR COORDINATOR - Baca Kisah Di Sini
7) Nov 2013 - MASTER COORDINATOR - Baca Kisah Di Sini (~Oppss..Sebenarnya yang ini bukan kisah kami, tapi bakal menjadi kisah kami tak lama lagi..hihih *wink*) 

Syukur, setelah hampir setahun berusaha, akhirnya cita-cita Maria tercapai juga. Terasa hilang penat atas segala kesusahan dan pengorbanan selama ini.

Honestly dah lebih setahun Maria korbankan masa tidur, masa bersukaria, dan dah lebih setahun Maria tak pernah tonton Movie or TV walaupun ada full channel Astro di rumah. Kalau tengok pun sekadar jeling-jeling masa tengah makan. Semuanya sebab Maria rasa setiap saat sangat berharga. 

Banyak juga yang dah kami invest untuk belajar daripada mereka yang dah berjaya. Kami sanggup travel pergi berjumpa mentor dan pergi belajar daripada kursus-kursus anjuran Dr Azizan Osman.

Belajar daripada mereka yang dah berjaya, itulah salah satu kunci kejayaan.

TIADA KEJAYAAN TANPA PERNGORBANAN.

Alhamdulillah, kini kami dah pun menuai hasilnya. Dan sekarang tanggungjawab kami untuk perturunkan segala ilmu yang kami ada kepada semua anak-anak didik kami pula..


MFMS GROUP PERFORMANCE

Alhamdulillah, total sales ahli-ahli group EMPAYAR MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS) juga telah meningkat kepada hampir RM400,000 SEBULAN.

Semakin ramai yang berjaya naik rank bulan lepas.
Tahniah kepada barisan MFMS STAR LEADERS:-

2 COORDINATORS
7 SENIOR SUPERVISORS
21 SUPERVISORS



Mereka semua terdiri dari pelbagai latar belakang. Tapi hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM75 sahaja, kini mereka telah berjaya menjana pendapatan sehingga 4 ANGKA SEBULAN bersama Shaklee. Syukur Alhamdulillah..

InsyaAllah, kami akan kongsikan kisah-kisah kejayaan barisan leaders dalam group kami dalam entry seterusnya.


INI HANYALAH SUATU PERMULAAN..



Ya, bagi kami ini hanyalah suatu permulaan kepada KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR..

Tanggungjawab kami kini juga semakin besar untuk membantu anak didik kami dalam EMPAYAR MFMS yang semakin berkembang setiap hari, untuk SAMA-SAMA BERJAYA seperti kami.

HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan anda semua. Semoga kita semua menjadi Jutawan Bertaqwa.. Amin..

Thanks for reading!! :)



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

AMP Testimony - Interview By Richworks

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya ada tulis di blog saya yang saya menerima panggilan telefon daripada pihak Richworks untuk video shooting testimony bekas peserta Advanced Marketing Power. Anda boleh baca kisah itu DI SINI.

Mengikut perancangan, rakaman video akan dijalankan pada hari Khamis pagi. Tetapi, disebabkan pihak Richworks turut mengambil rakaman video di tempat lain juga. Mereka minta saya percepatkan rakaman kepada hari Rabu malam.

Gulp.... Masa saya terima panggilan telefon, saya sebenarnya on the way ke Sungkai. Saya perlu sampaikan ceramah motivasi keusahawanan kepada anak anak peladang dari seluruh negeri Perak yang sedang mengikuti kursus keusahawanan di Felda Trolak Residency.

Allahuakbar. Ia hari yang memenatkan buat saya. Saya terpaksa travel pergi balik selama 6 jam untuk ke Sungkai. Nak bawak PA saya, dia kena uruskan kerja lain pula. So, terpaksalah saya drive sendiri.

Finally, jam 5.00 petang baru saya sampai rumah. Allahuakbar. Sangat letih. Terpaksa ambil supplemen Shaklee untuk tenaga tambahan.

Saya balik rumah, terus mengadap soalan yang akan ditanya kepada saya nanti. Nak kena jawab betul betul. Nak make sure jawapan saya up to their standard.

Mengapa Saya?

Ada orang tanya, mengapa saya yang terpilih untuk jadi testimoni? Sebabnya saya mengamalkan semua ilmu yang Dr Azizan ajarkan di dalam kelas yang beliau anjurkan. 

Alhamdulillah, selepas mengamalkan tips yang doktor ajar. Saya berjaya buat sales keseluruhan pada bulan November 2013 sebanyak RM360,000. Semuanya melalui online sahaja. 

Itu yang menyebabkan mereka mahu saya berkongsi dengan orang lain. Buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Ketibaan Staf ABC Media Di Rumah

Alhamdulillah, sekitar jam 11 malam. Mereka tiba di rumah saya. Ini sedikit perkongsian daripada saya mengenai video shooting malam tadi.


Saya berbincang dengan Iqram. Staff Richwork. Plan jawapan yang nak saya jawab nanti.


Sementara itu, staf MyEvent sedang siapkan kamera dan lighting.


Test lampu dulu. FYI, untuk sesuatu video nampak cantik. Mesti kena ada lighting control yang bagus.


Disebabkan saya nak pakai baju hitam. Kena tukar kerusi warna coklat. Baru kontra. Lighting di bahagian hadapan dah siap. Kamera sedang diadjust.


Saya mengambil tempat. Buat gaya tangan dulu. Untuk sesuaikan dengan keadaan semasa rakaman nanti.


Take 1. Testing ambil video. Saya cuba bercakap nak test gambar dan gaya saya dalam video.


Microphone dipasang di baju saya. Ada dua unit microphone diselitkan supaya tidak nampak.


Iqram dah mula gelak gelak. "Cuttt!!!! Bang, bang keras sangat ni. Jangan skema bang. Belasah aja."

Darah gemuruh mula menjelma. Saya mula cuak. Mereka tak nak saya hafal apa nak cakap. Mereka nak saya cakap dari hati. Baru nampak natural.

Frankly speaking, I never expect this thing to happen. Saya ingat rakaman ini sangat simple. Ia akan berjalan dengan lancar. Itu yang saya ingat pada peringkat awal.

But, thing just didn't work. Saya cuak. Cuak sampai tahap berpeluh. Di sini tak boleh buka aircond, tak boleh buka kipas. Sebab akan ganggu kualiti sound nanti. Dalam keadaan cuak, jantung berdegup kencang, saya hampir berpeluh.

Ini menyukarkan lagi keadaan saya. 

Allahuakbar. Selawat banyak banyak. Take 2.


Take 2, Action !!! 

"Nama saya Mohd Firdaus bin Mat Saad. Saya berasal dari Parit Buntar, Perak."

"Kepakaran saya adalah dalam membantu mereka yang.......... yang ........ yang........."

"Cut !!!!! Bang, rileks bang. Rileks....  Tak der aper pun. Haha.... Jangan cuak."

Kemudian, Maria mencelah. "Abang ni, cakap rileks aje. Buat macam tengah bersembang ngan Iqram aje."

"Amboi amboi, senangnye cakap. Mai duduk sini baru tau."Saya membalas.

Semua orang gelak.

"Tak per bang. Memang semua orang macam ni. Saya dah shoot banyak orang bang. Memang ramai orang susah nak cakap bab kepakaran ni."Iqram cuba menenangkan saya.

Iqram menambah, "Kalau abang nak tahu, Dr Azizan saja yang boleh cakap tanpa ada masalah cut ni. Dia cakap terus jadi. So, abang ok sebenarnya"

                     

Hafal skrip balik. Ayat kepakaran.

Bismillahirahmanirahim.

"Kepakaran saya adalah membantu mereka yang ingin menjalankan perniagaan secara online dan memperoleh pendapatan 4-5 angka sebulan dalam tempoh 3 bulan dengan cara yang mudah, praktikal dan yang paling best, tanpa modal."

"Cut!!! Terbaik bang."Iqram membalas.

Saya sambung lagi.


"Matlamat kami adalah untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk hidup dengan lebih sihat, cergas dan bertenaga dengan produk kesihatan yang kami pasarkan melalui Online."


"Dulu, sebelum saya mengikuti kelas Dr Azizan Osman. Saya bla bla bla.........."


"Alhamdulillah, selepas mengikuti kelas Dr Azizan Osman, saya rasa pening. Banyak sangat ilmu yang saya belajar. Dan saya rasa kalau saya tak guna ilmu ni, rugi saya."


"Saya berbincang dan menyuruh isteri saya untuk buat bisnes secara online. Selepas 6 bulan buat bisnes secara online, isteri saya terpaksa berhenti kerja. Banyak ilmu yang kami amalkan dari kelas Advanced Marketing Power dahulu. 

Saya teringat Doc cakap, kalau kita nak kaya. Kit kena bantu orang lain untuk jadi kaya. Nanti, kita terpaksa kaya.

Kita buat bisnes bukan sebab nak kaya. Kita buat bisnes sebab nak bantu orang lain. Nak permudahkan hidup orang lain. Nak selesaikan masalah orang lain. Nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita buat bisnes sebab ini, kita terpaksa berjaya." 

Banyak lagi yang dikongsikan selepas itu. Berkongsi kisah kejayaan mampu buat sales keseluruhan sekitar RM360,000 untuk bulan November 2013 yang lepas. Kebanyakannya, melalui online sahaja.


Selepas itu, ada rakaman video. Berlakon macam Maria sedang cek stok barang dengan saya. Adoyai. Mana ada stok sangat pun. Kami banyak order barang direct dari Shaklee dan terus hantar ke customer. Tapi, ini wayang aja la. Nampak macam kami tengah bincang. Hehe...


Sedang merakam gambar Maria sedang surfing www.mariafirdaus.com.my


Fokus bang fokus. Make sure nampak MARIA FIRDAUS tu terang terang. Hehe..


Untuk satu satu angle, gambar kami ini diambil sebanyak 3-4 kali. Ini bagi memastikan mereka mendapat kualiti yang terbaik.


Ini nak shoot gambar kahwin kami di belakang sana tu, then terus masuk ke blog kami and then terus ke Shaklee punya gambar. 


Bukan senang beb. Cer tengok  Selepas itu, kami buat beberapa lakonan lagi untuk dimasukkan ke dalam video.


Mereka turut mengambil video beberapa produk yang terletak di dalam almari.



Kenangan bersama crew Richworks dan MyEvent selepas selesai shooting. Great job!!

Jam 1.00 pagi, shooting tamat. Cer bayangkan. Mereka bermula jam 11.00 malam. Tamat jam 1.00 pagi untuk shoot video berdurasi 2-3 minit sahaja.

Haha... Bukan senang beb...

What's Next?

Pihak Richworks meminta saya menjawab soalan dalam bentuk penulisan pula. Minta disertakan gambar sekali. 

Mereka akan buat copywriting. Ada beberapa orang lain turut melakukan perkara yang sama. 

Mereka yang mempunyai testimoni terhebat akan dimasukkan ke dalam HARIAN METRO hari Ahad ini.

Dan mereka cakap lagi, "Bang, kalau bang masuk paper. Siap la bang. Hidup jadi huru hara bang."

Allahuakbar.

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah. Saya rasa bertuah. Bersyukur dipilih Allah untuk menjadi testimoni kepada program AMP Dr  Azizan Osman.

Sejujurnya, banyak tips yang dikongikan dengan DAO semasa program AMP. Namun saya hanya menggunakan beberapa tips sahaja.

Iaitu penguasaan blog dan juga facebook sahaja. Tiada medium lain setakat ini.

Tapi, saya gunakan dengan cara yang betul. Inilah yang menyebabkan mengapa bisnes Maria dapat naik dengan pantas. Alhamdulillah.

Pagi tadi, sempat bersolat tahjud. Saya sujud syukur. Bersyukur atas peluang yang Allah berikan ini. Semoga kisah kejayaan saya ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk sama sama kita berjaya.

Wassalam

Jika Anda Suka Entri Ini, Mohon Anda Tekan LIKE Button Di Bawah Sebagai Tanda Sokongan Anda Kepada Saya.

Motivasi Usahawan Di Politeknik Seberang Perai

$
0
0
Assalamualaikum,

Salah seorang Lecturer di Politeknik Seberang Perai merupakan pembaca blog www.mariafirdaus.com.my ini.

Selepas beliau melihat saya berkongsi pengalaman keusahawanan melalui beberapa siri ceramah sebelum ini. Beliau berhasrat untuk membawa saya ke Politeknik Seberang Perai.

Alhamdulillah, selepas semuanya diatur. Masa yang dijanji pun telah sampai.

Matlamat ceramah ini adalah untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar mereka.

Jumlah keseluruhan pelajar di sini adalah sekitar 5000 orang. Untuk sessi ceramah kali ini, ia adalah untuk 600 pelajar yang baru mendaftar Semester 1 pada minggu lepas.

Saya kongsikan dengan anda, gambar yang sempat di ambil di sekitar program ini.


Saya tiba awal pagi di Dewan Mutiara, PSP. Sebagai penceramah, saya tidak mahu lewat. So, saya datang awal bagi memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.


Para pelajar mula mengambil tempat.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang pelajar.


Saya mula beraksi di pentas. Tengoklah kerusi sebelah saya tu. Hehehe... Sanggup beli kerusi tu. Nak bagi sama macam kerusi Tok Guru.


Intensif Mentor Keusahawanan. Program 2 jam. Intensif dan sarat dengan perkongsian dan pengalaman bagaimana saya menjalankan perniagaan dahulu.


Nampak di awal pagi ni. Bebudak macam tak bermaya. So, kita tarik nafas dalam dalam dulu....


Tarik nafas.... Lepaskan..... Tarik nafas..... Lepaskan.

Cuba perhatikan pelajar lelaki. 4 baris kerusi dihadapan mereka kosong. Ini benar benar menyentapkan saya. Kenapa mereka memilih untuk duduk di belakang sedangkan lebih banyak manfaat kalau duduk dihadapan.


Majlis bermula. Saya berkongsi pengalaman saya belajar dahulu sebelum saya berkongsi pengalaman sebagai seorang usahawan. Bermula dari ternakan ayam daging. Kemudian kontraktor. Then penceramah motivasi dan penulis buku.


Para pelajar sangat aktif. Mereka bersemangat mendengar. Saya lagi bersemangat untuk berkongsi.


Saya sempat 'sekolahkan' bebudak ni. Terutama pelajar lelaki. Kepentingan duduk di kerusi hadapan. Saya share orang yang duduk di kerusi hadapan akan sentiasa berada di hadapan. Dan mereka yang duduk di kerusi belakang akan sentiasa berada di belakang.

Ramai yang tersentap.


Adik adik khusyuk mendengar.


Berkongsi mengapa mereka perlu menjadi seorang usahawan..... 10 sebab mengapa jangan kerja makan gaji.


Kerja makan gaji, kalau setakat bawah RM2000 sebulan. Agak sesak sebenarnya dengan keadaan ekonomi di Malaysia hari ini. Mereka perlu mencari peluang untuk buat bisnes. 

Kadar inflasi dinegara kita semakin meningkat. RM5 yang kita ada hari ini sudah tidak sama dengan RM5 yang kita ada 5 tahun lepas. Dan nilai ini semakin mengecil 5 tahun akan datang.

So, saya sarankan kepada mereka untuk mula berfikir. Buat bisnes satu hari nanti.


Saya tayangkan video motivasi ini. Dalam hidup kita pasti akan ada masa di mana kita mengalami kejatuhan. Seteruk mana pun kita jatuh. Kita perlu bangkit kembali.

Ingat, "Anything didn't kill you will make you stronger."

Alhamdulillah. Habis sessi pertama.


Masuk sessi kedua, anda perhatikan. Taraaaa.... Semua kerusi hadapan dah penuh. Bagus mereka yang bertindak untuk memilih duduk dihadapan.

Buat A - B. Kongsikan apa yang mereka belajar untuk sessi tersebut dengan orang sebelah.


Para pelajar berkongsi dengan rakan mereka. Apa yang mereka belajar untuk sessi pertama.

Untuk sessi kedua, saya kongsikan dengan mereka Strategi Pemasaran : Rahsia Menarik Pelanggan.

Saya share marketing strategi dengan para pelajar.


Selepas habis sessi ceramah, saya buat tawaran istimewa buat mereka yang berminat mendapatkan Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang yang saya tulis. Jika mereka beli, mereka dapat percuma Ebook Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja !!!.

Dan saya juga maklumkan, jika mereka tak mampu. Tolong datang ke hadapan. Datang berjumpa dengan saya. Saya akan hadiahkan ebook tersebut secara percuma kepada mereka.


Cuba anda perhatikan. Alhamdulillah. Kosong terus kerusi di bahagian belakang.


Semoga mereka terus berjaya dan sukses selalu.

Selepas habis 2 sessi ini, saya sempat makan tengah hari dengan para pensyarah di PSP. 

Alhamdulillah. Mereka teruja dengan konsep perkongsian yang saya berikan. Memang lain daripada yang lain. Banyak perkongsian. Bukan teori semata mata.

Dan yang lebih best, mereka minta saya buat satu program lagi di PSP untuk 20-30 pelajar untuk saya coaching mereka secara personal. Agar mereka berjaya menjadi seorang usahawan suatu hari nanti.

Insya Allah. Jika ada rezeki. Boleh bertemu lagi.

Semoga apa yang saya sampaikan ini akan menjadi pencen kubur buat saya nanti. Semoga ia menjadi amal ikhlas yang diterima Nya.

Wassalam.

* Jika anda suka dengan entri ini, saya mohon anda TEKAN BUTTON LIKE dibawah ini.

GEMPAR !!!! Penemuan Patung Batu Besar Di Dalam Laut Di Mesir

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini, saya terjumpa sebuah rencana berkaitan penemuan 'kota peninggalan sejarah' yang ditemui di dalam laut di Mesir.

Penemuan ini adalah secara tidak sengaja. Pakar arkeologi sebenarnya mencari sebuah kapal yang telah tenggalam sekitar  tahun 1800M. Tetapi, mereka terjumpa beberapa patung batu yang sangat besar.

Semua bahan sejarah ini berada dalam keadaan sangat baik selain ditutup oleh sedikit selut pada 'badan' mereka.

Jom kita saksikan gambar gambar yang sempat mereka rakamkan.


Penemuan batu setinggi 16 kaki.


Tulisan holografi yang masih elok tercatat pada batu. Penemuan ini sangat menggembirakan para sejarawan kerana mungkin akan ada pengajaran dari sejarah yang telah mereka kaji sebelum ini.


Pekerja sedang membersihkan patung ini. 


Masih berada dalam keadaan baik.


Jag air pun turut ditemui. 


Mereka membuat ukuran pada batu sebelum diangkat naik ke atas.


Bekas air minuman yang diperbuat daripada emas turut ditemui.


Sebahagian daripada patung yang ditemui tertanam di dasar laut.



Patung batu ini dinaikkan ke atas kapal untuk dikaji dengan lebih mendalam.


Batu yang disusun semula selepas dinaikkan di atas kapal.

Subhanallah. Kagum dengan kehebatan manusia zaman dahulu membuat ukiran ini. Dan yang lebih menarik, macam mana boleh ditemui di dalam laut.

Sekian. Wassalam.

Jika anda suka dengan artikel ini .Sila tekan LIKE Button di bawah.

Warkah Buat Dr Azizan Osman : Part 1 : Terima Kasih DAO

$
0
0
Assalamualaikum,

Dr Azizan Osman, saya doakan Dr dan keluarga sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan Dr di dunia dan di akhirat.

Dr Azizan, tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Dr atas segala ilmu yang telah diberikan kepada saya selama ini.

Kisah Perkenalan Dengan Dr Azizan Osman

Sebagai pengenalan, saya mula mengenali Dr pada bulan 5 tahun 2012. Ada seorang sahabat saya menyarankan saya untuk hadir ke kelas Advanced Marketing Power.


Pada waktu itu, saya kata kepada sahabat saya.

"Hang gila!!! Nak suruh aku bayar RM997 nak pergi Kelas Dr Azizan. Mahal tu. Dia tu sapa?"

Atas nasihat sahabat saya yang seakan akan mendesak saya untuk pergi ke kelas Dr, saya cuba untuk pergi ke Seminar Marketing Power 2012 di Sunway Carnival. Itulah kali pertama saya berjumpa dengan insan bernama Dr Azizan Osman.

Selepas menghadiri Seminar Marketing Power secara percuma itu, saya rasa ada kelainan. Inilah kali pertama bertemu dengan seorang mentor yang saya rasa boleh membawa saya ke arah yang lebih baik. Saya rasa saya bertemu mentor yang boleh mengubah kehidupan saya menjadi luar biasa.

Tanpa berlengah lagi, saya beri peluang kepada diri saya untuk menghadiri kelas Advanced Marketing Power di Wisma MCA pada 6 Julai 2012.

Saya Yang Dahulu

Untuk makluman Dr, sebelum ini saya berkerja sebagai seorang engineer. Selepas dua tahun berkerja makan gaji, saya mengambil keputusan untuk buat bisnes.

Saya menceburi industri ternakan ayam daging.


Pada waktu itu, mentality saya kalau nak buat bisnes mesti ada modal besar. Kalau nak buat bisnes mesti ada kedai atau kilang yang besar. Baru nampak macam buat bisnes.

Sepanjang buat bisnes ternakan ayam ini, pelbagai pengalaman telah saya lalui. Ada yang manis. Ada yang pahit. Saya pernah mengalami kerugian hamper RM30,000 pada usia saya ketika itu baru 24 tahun. Allahuakbar. Pada waktu itu, saya rasa macam nak berjalan pun tak boleh.

Saya pernah ditipu oleh pekerja saya sendiri. Mereka 'tolong' jual ayam saya. Mereka 'tolong' jual dedak ayam saya. Akibatnya, saya rugi sekali lagi.

Inilah akibat yang terpaksa saya tanggung bila saya buat bisnes tanpa ada mentor yang betul. Saya terpaksa melanggar dinding banyak kali.

Disebabkan kesusahan inilah, saya rasa saya perlu belajar. Belajar untuk buat bisnes dengan cara yang betul. Sebab itulah, saya beri peluang kepada diri saya untuk hadir ke seminar Advanced Marketing Power 2012.

Pengalaman Menghadiri Seminar Advanced Marketing Power 2012

Setiba di Wisma MCA, buat pertama kalinya saya melihat lautan manusia yang saya tak tahu mereka ini datang dari mana. Mereka semua berebut rebut nak masuk ke dalam dewan. Saya rasa mereka ini 'gila'.

Kenapa mereka nak berebut rebut masuk ke dalam dewan? Tempat duduk dah disediakan secukupnya. Jadi, tak perlulah nak berebut rebut.



Pada waktu ini, 'biawak' agak banyak dalam diri saya. Suara suara kecil masih kedengaran dalam diri saya .

"Alah, rileks la. Kenapa nak berebut."
"Aku datang lambat pun, boleh masuk jugak"

Biasalah, otak saya masih berkarat pada waktu itu.

Namun, sebelum saya masuk ke kelas AMP, sempat juga saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, jadikanlah kedatangan aku ke sini sebagai titik perubahan dalam hidup aku. Aku mahu mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. Lapangkanlah dadaku. Aku mohon kepada Mu, Kau bukalah hatiku agar aku dapat apa yang ingin di sampaikan oleh Dr Azizan nanti."

Saya masuk ke dalam kelas dan mula mempelajari ilmu daripada Dr.

Dr Azizan,

Pada hari pertama, Dr mengambil masa 4 jam untuk nak 'samak' otak kami dengan motivasi. Pada waktu itu, saya mula dengan pertama kalinya. "Fast Action Fast Result".

Saya masih ingat sehingga hari ini. Untuk berjaya dengan mudah. Kena ada TFA.

Think   - Berfikir Secara Luar Biasa
Feeling -Emosi Untuk Berjaya Yang Luar Biasa
Action  - Tindakan Yang Luar Biasa

Ya, ia tersangat betul. Pada waktu itu, saya mula mendapat semangat baru. Rasa seperti baru dilahirkan semula di dalam dunia perniagaan.

Dah lama saya buat bisnes, tetapi saya tidak berfiikir secara luar biasa. Emosi saya tak cukup kuat untuk berjaya dan tindakan saya pun tersangat biasa biasa.

Sebab itulah saya rasa mengapa bisnes saya terhegeh hegeh sebelum ini.

Sepanjang program AMP inilah saya mula belajar dari Dr mengenai beberapa konsep asas untuk berjaya dalam bisnes.

Antara yang saya masih ingat.

"Kita buat bisnes bukan sebab kita nak kaya, tetapi kita buat bisnes sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain, nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita boleh buat bisnes sebab benda ini. Jangan risau, kita terpaksa jadi kaya."

"Kalau kita nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Lagi ramai yang kita bantu, lagi cepat kita jadi kaya."

Kata kata Dr ini umpama menyalakan satu lilin buat saya yang berada dalam kegelapan. Bermula saat itu, saya baru sedar saya perlu perbetulkan niat saya buat bisnes.

Dr, saya ucapkan terima kasih sangat sangat dengan 423 tips marketing strategy yang Dr ajarkan kepada saya semasa AMP itu. Sejujurnya saya katakan, ia terlalu banyak. Tak sempat rasanya kalau sesiapa amalkan semua tips tu.

Dr, saya juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr sebab Dr beri peluang kepada kami, para peserta yang ambil pakej VIP untuk menghadiri sessi Hot Seat. Dr awalnya menjanjikan untuk bawa 10 pelajar Dr yang terdahulu yang telah berjaya untuk berkongsi dengan kami kisah kejayaan mereka.

Tetapi, Dr tipu. Dr tak bawa 10 orang pun. Sebabnya Dr bawa 15 orang.

Subhanallah. Perkongsian daripada 15 peserta ini sangat sangat membuka minda saya. Saya rasa sangat sangat gembira.

Dr Azizan,

Sejujurnya, terlalu banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat kutip sepanjang 3 hari bersama Dr dalam kelas AMP.

Sepanjang seminar ini, saya bertemu dengan terlalu ramai usahawan Melayu. Ramai dikalangan mereka yang sudahpun berjaya. Seronok rasanya.

Antara yang menyebabkan saya rasa teruja adalah bila saya berjumpa dengan seorang anak muda yang buat bisnes online, tapi memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan. Itupun buat part time. Tersentap saya Dr.

3 hari bersama DAO sepanjang AMP, benar benar membuka minda saya. Memberi satu persepsi baru kepada saya mengenai perniagaan.

Selepas Pulang Dari Seminar AMP

Selepas pulang dari AMP, saya sakit kepala. Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari dari DAO pada waktu itu, tapi saya tak tahu nak buat apa.

Sebelum ini, saya menghadapi kesukaran untuk menjual baja tahi ayam. Saya apply teknik banner untuk mencari pelanggan.

Tiba tiba, tanpa disangka. Permintaan melebihi pengeluaran. Terlalu ramai yang order baja tahi ayam daripada saya sehingga saya tak mampu nak supply. Akhirnya, saya terpaksa mencabut balik beberapa banner untuk mengurangkan masalah saya yang tidak mampu supply.

Pada waktu itu, saya terfikir.

"Aku nak testlah ilmu ilmu DAO yang lain dalam bisnes lain. Kalau aku guna satu strategy ni dah berkesan. Kalau aku guna banyak strategy, mesti lagi berkesan."

Saya nak cuba buat bisnes lain pada waktu itu. Saya teringat pesan DAO di dalam AMP.

"Sekarang ni, kalau nak buat bisnes. Dah boleh mula buat bisnes dengan modal yang kecil melalui Online. Kalau anda tak ada produk, anda boleh mula menjual produk orang lain."

Kata kata DAO ini memberi satu idea kepada saya.

Saya nak cuba buat bisnes secara online. Saya tahu, kalau saya buat bisnes online, saya tak perlu buka kedai. Saya tak perlu ada pekerja. Saya tak perlu ada kos operasi yang tinggi. Saya tak perlu ada produk sendiri, saya boleh jual produk orang lain.

Yes, that's a good way to start a new business. Saya memang nak cari bisnes yang tak ada modal.

Pada waktu itu, tersemat di dalam hati saya."Aku nak buat bisnes online betul betul. Aku nak apply betul betul apa yang DAO ajar aku dalam kelas. Aku nak tengok, betul tak ilmu yang DAO ajarkan ni."

Saya yakin, kalau saya boleh buat bisnes ni. Ramai lagi orang lain yang dapat saya bantu. Saya tahu, ramai orang di luar sana yang nak buat bisnes. Tetapi, mereka tak tahu nak buat bisnes apa. Mereka nak buat bisnes, tetapi mereka tak ada modal. Saya rasa sangat bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah mereka ini.

Menghadiri Intensif Jutawan Industri

Oktober 2012, saya menghadiri Seminar Intensif Jutawan Industri. Sejujurnya, banyak ilmu baru yang saya pelajar di situ.

Saya nampak jalan pintas untuk saya berjaya dalam bisnes. Kombinasi ilmu dari AMP dan IJI, jika digabungkan pasti dan pasti akan meletupkan sesuatu perniagaan.

Memulakan Bisnes Online

Dr Azizan Osman,

Disebabkan saya sibuk menguruskan ternakan ayam saya. Saya meminta isteri saya yang menjalankan perniagaan secara online ini.

Tetapi, disebabkan beliau belum menghadiri seminar DAO lagi. 'Biawaks-biawaks' terlalu banyak dalam diri beliau.

"Malula...."
"Tak pernah berniagalah.."
"Nanti kalau orang tak beli macam mana?"
"Susahlah..."
"Sibuklah..."
"Mana ada masa..."

Apa lagi alasan dia tak bagi. Semua beliau bagi. Memberi 1001 alasan untuk tidak berniaga.

Tetapi, setelah di'clorox'kan otak isteri saya. Beliau setuju untuk memulakan perniagaan secara online pada November 2012. Suka saya kongsikan DAO, isteri saya memang tak minat buat bisnes sebelum itu. Bahkan, beliau langsung tak pernah menjual hatta sebatang pen sekali pun.

Memilih Jenis Perniagaan

Isteri saya mula bersetuju untuk nak buat bisnes online. Persoalannya, kami nak buat bisnes apa?

DAO jua ada berpesan. "Kalau nak menjual, jangan menjual. Tapi berkongsi. Kongsi apa yang kita guna"

Pada waktu itu, isteri saya sedang menggunakan produk Shaklee semasa hamil, bersalin dan juga menyusu. Jadi, beliau berhasrat untuk memulakan perniagaan ini secara online.

Setelah dikaji kaji, saya rasa Shaklee satu peluang yang baik untuk dicuba. Ia memenuhi 'syarat' yang saya mahukan

Saya nak cari bisnes dengan modal yang kecil.

Saya nak isteri saya buat secara part time.

Saya nak isteri saya buat dari rumah sahaja.

Saya tak nak buka kedai.

Saya nak buktikan, dengan ilmu yang DAO ajarkan dalam AMP. Saya boleh menjana keuntungan yang banyak.

Saya nak buktikan kepada orang ramai. Buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya..

TETAPI, SAYA ADA MASALAH

Shaklee adalah MLM. Dan untuk pengetahuan DAO, saya benci MLM pada waktu itu. Bahkan, saya pernah Taubat Nasuha yang saya tak akan buat bisnes MLM lagi. Dah banyak kali saya kena tipu sebelum ini bila buat bisnes MLM.

Cakapla MLM mana, semua saya dah join. Axxxxxx, Exxxxxxx, Cxxxxxx. Semua saya dah cuba. Tapi, bukan duit bertambah. Tetapi duit semakin berkurang sebab asyik beli produk saja.

Inilah yang akan berlaku bila kita buat bisnes, tetapi kita tak ada mentor dan tak ada ilmu cara 'menjual' dengan betul.

Since wife saya nak buat Shaklee, saya rasa oklah. Not bad. Modal pun baru RM75. Then, dah boleh start menjual. Produk pun dah ada. Saya tak perlu ada produk sendiri.

MLM pun MLM lah.Tapi, kali ini saya nak apply konsep yang DAO ajarkan di dalam AMP dahulu.

Teknik Yang Saya Apply

DAO, 423 teknik yang DAO ajarkan. Kalau saya apply semua, pasti huru-hara lah saya. Sebagai permulaan. Saya apply dua teknik sahaja.

Iaitu perkongsian di Facebook dan juga di blog sahaja. Saya apply teknik Online Presence yang selalu DAO tekankan di dalam AMP dan juga IJI.

Saya juga gunakan beberapa teknik marketing secara offline yang simple simple sebagai permulaan.

Tapi, kali ini. Di kepala saya dan isteri dah lain. Kalau dulu, berniaga sebab nak untung.

Tapi kali ini saya terapkan dalam kepada isteri saya.

"Kita berniaga, niat kita nak bantu orang lain. Nak permudahkan hidup orang lain. Nak selesaikan masalah orang lain. Bukan sebab nak untung." 

Bila diamalkan prinsip ini. Cara kami approach orang dah berbeza. Jika dahulu kami macam nak menjual. Sekarang lebih kepada nak membantu. Cara cakap, nada, intonasi. Semuanya dah berbeza,

Kami lebih nak membantu menyelesaikan masalah orang. Bukan nak 'menjual' kepada dia.

Di Facebook, isteri saya hanya berkongsi sahaja. Langsung tidak menjual. Teknik yang sama saya apply di blog ini. Kami hanya berkongsi.

Tetapi, ada lah 'rahsia' teknik berkongsi yang saya amalkan yang saya tak boleh dedahkan secara terbuka di sini. Cukuplah saya katakan, saya kongsi seperti mana yang DAO ajarkan di dalam kelas AMP dan IJI dahulu. Online Presence - Online Presence -Online Presence. Itu yang sangat penting.

Kesannya

Subhanallah. Kesannya. Sangat sangat superb. Fantastic. Bombastic.

Hidup isteri saya mula huru hara. Semakin ramai pelanggan yang menghubungi beliau melalui emel, whatsapp, SMS dan Facebook.

Selepas 4 bulan buat bisnes online ini. Isteri saya memberi tahu saya, "Abang, sayang rasa sayang nak berhenti kerja la. Dah tak senang nak kerja sekarang ni. SMS masuk tak berhenti. Dah tak boleh nak focus kerja di kilang"

Alhamdulillah. Selepas 6 bulan buat bisnes secara online. Isteri saya terpaksa berhenti kerja.


Setakat ini, saya masih belum mengeluarkan sebarang modal untuk menjalankan perniagaan ini. Saya cuma mengeluarkan RM75 untuk pendaftaran, RM42 untuk 200 keping flyers. Itu sahaja.

Saya lebih suka guna medium yang percuma iaitu Facebook dan juga blog. Saya nak buktikan kepada orang ramai, buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Menghasilkan Ebook

Selepas terpaksa berhenti kerja. saya apply teknik yang saya pelajari di IJI. Saya hasilkan Ebook "Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja".  Ebook ini setebal 148 muka surat.

Saya kongsi pengalaman isteri saya buat bisnes secara online dan terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan. Tajuknya pundah sentap. Saya berikan ebook ini secara percuma kepada orang. Kalau DAO nak ebook ni, Dr boleh download di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

Buat setakat ini, tak ramai yang dah download , sekitar 4000-5000 orang sahaja yang dah download ebook ini. Dan jumlah semakin bertambah setiap hari.

Agak agak DAO apa kesannya? Huru-huru hara-haralah jawapannya.

Selepas terhasil ebook ini, macam yang DAO pesan. Saya dah tak perlu focus kepada nak jual produk. Tetapi saya hanya focus macam mana nak 'sebarkan' ebook ini sahaja.

Saya mula buat FB Ads untuk sebarkan ebook ini secara percuma kepada orang ramai. Bertambahlah huru haranya.

Isteri saya terpaksa mengambil seorang pembantu untuk membantu menguruskan perniagaan ini. Membantu untuk handle customer dan pendaftaran agen agen baru.

Seminar

Dalam IJI, DAO pesan untuk buat Seminar. Saya tak mampu nak anjurkan seminar. Tetapi, apa yang saya buat. Saya join seminar yang dianjurkan oleh orang lain. Saya berkongsi pengalaman saya dalam perniagaan di dalam seminar tersebut.

                                        

Dr, sama tak kerusi kita? Saya sanggup pergi beli kerusi yang sama semata mata nak 'copy' apa yang Dr buat. Saya rasa, lepas ada kerusi ni, baru senang. Kalau tak nak berceramah 8 jam. Cramp kaki saya Dr. Ada kerusi sedikit sebanyak membantu mengurangkan penggunaan tenaga saya.

DAO, tengoklah Ebook yang saya tulis. Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Saya dah bagi Jerry baca manuskrip. Tapi, Jerry diam aje. Mungkin tak cukup spec Azizan Osman Publication kot. Kalau DAO nak, nanti saya emelkan kepada Dr manuskripnya ok. Dah ramai sangat yang baca Ebook saya tu. Ramai yang kata ebook ni bagus. Untuk pengetahuan Dr, saya buat tawaran istimewa ebook ini di www.rahsiapelajarcemerlang.com 

Saya buat ceramah motivasi keusahawanan. Semuanya untuk 'memberi' motivasi kepada orang ramai bahawa. Nak buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Selepas Setahun Menjalankan Perniagaan

Syukur Alhamdulillah. Saya rasa sangat bersyukur. Saya rasa sangat gembira.

Allah banyak membantu saya.

Sekarang, bisnes semakin rancak. Berkembang dengan sangat baik. November 2013. Genap setahun selepas memulakan perniagaan. Isteri saya dan agen agennya berjaya membuat Sales sebanyak RM360,000 sebulan. Dan jumlahnya dijangka meningkat setiap bulan berdasarkan trend semasa.

Yang paling best, selepas menggunakan teknik yang DAO ajarkan, kami tidak perlu mencari pelanggan, tetapi pelanggan yang mencari kami. Kami tidak perlu mencari agen, tetapi agen  yang datang untuk menyertai kami.

Alhamdulillah. Syukur sangat sangat.

Siapa sangka, isteri saya dulu seorang yang sangat pemalu. Sekarang dah jadi seorang yang peramah. Dulu tak pernah nak buat posting di Facebook. Asyik baca posting orang sahaja.

Dulu isteri saya pakar untuk melariskan jualan orang lain. Sekarang dah berjaya melariskan barangan sendiri.

Interview Dari Richwork

Alhamdulillah. Selepas menghadiri IJI baru baru ini. Semasa berkongsi pengalaman dalam sessi Mastermind Group Coaching di Kelab Golf Sultan Sulaiman. Saya berkongsi apa yang saya dah buat dengan ilmu ilmu yang DAO ajarkan



Minta maaf yer Dr. Saya ambil gambar dalam dewan. Tapi ini selepas dah habis program. Bukan apa, nak ambil semangat. Nak bagi motivasi. Supaya satu hari nanti saya pun jadi seperti DAO juga.

Perkongsian saya ini mencuit hati Jerry. Akhirnya, Jerry beritahu Iqram. "Iqram, ambil contact abang ni buat testimony."

Terpaksalah menjalani rakaman video sebagai testimony peserta AMP. Kisahnya saya ada tulis DI SINI.

Testimoni Di Harian Metro

Dr Azizan Osman,

Saya ucapkan terima kasih kepada DAO dan Richworks kerana memilih saya sebagai testimoni peserta AMP.




Hari ini, 8 Disember 2013 artikel mengenai saya dimasukkan ke dalam Harian Metro.

Penutup

Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada DAO. Dr banyak membantu saya. Dr banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Benarlah apa yang Dr katakan sebelum ini. Jika sebelum ini, ia hanya satu teori buat diri saya. Tetapi sekarang ia sudah tersemat dalam diri saya.

1. Jangan berniaga sebab nak jadi kaya. Berniagalah sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain. Nak tambah nilai hidup orang lain. Nanti terpaksa jadi kaya.

2. Kalau nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Nanti terpaksa jadi kaya.

3. Jangan menjual, tetapi. Berkongsilah...

Ucapan Terakhir Buat Dr Azizan Osman

Buat guruku, saya doakan DAO seisi keluarga dan Richworks sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Semoga DAO diberi ganjaran syurga tanpa dihisab.

Cukuplah dulu warkah saya untuk kali ini. Saya mohon DAO doakan untuk saya juga. Semoga saya juga akan berjaya suatu hari nanti.

Wassalam.

Salam Sayang Dari Anak Murid,
Mohd Firdaus Bin Mat Saad

Add Saya Di Facebook : MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Sejujurnya, saya tak pasti sama ada DAO akan baca warkah ini atau pun tidak. Tetapi, saya tak kisah. Saya cuma nak kongsi dengan anda ilmu yang saya pelajari dan saya amalkan.

Jika anda terinspirasi dengan warkah ini, mohon anda tekan LIKE Button di bawah ini. Semoga ia mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain selepas ini..

Kekal Fokus: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang !!

$
0
0
Assalamualaikum,

Harini Maria terjumpa satu video yang sangat menarik tentang satu kajian saintifik dijalankan oleh University of Oxford, UK. So rasa rugi kalau tak share dengan anda semua.

Dalam kajian ni, beberapa pelajar sekolah rendah dipilih berdasarkan prestasi mereka yang agak lemah dalam pelajaran.

Mereka ni kebanyakannya ada masalah kurang daya ingatansusah fokus dalam kelas dan kurang minat pada pelajaran.

Mungkin kita dan anak-anak pun ada alami masalah macam ni kan?

Dalam kajian ini, setiap pelajar diberikan 6 TABLET AJAIB setiap hari. Selepas beberapa minggu, ibu bapa dan guru telah melihat kesan yang sangat LUAR BIASA kepada anak-anak ini

Nak tau apakah tablet ajaib dan kesan luar biasa tu?

Jom kita layan dulu video yang sangat best ni. Rugi tau kalau tak tengok :)




Dalam video ni, selepas diberikan tablet ajaib tu setiap hari selama beberapa minggu, kanak-kanak ini mula focus kepada pelajaran, daya ingatan meningkat dan dah tak minat pada TV.

Malah dia makin suka membaca buku dan perpustakaan dah jadi tempat yang paling menyeronokkan!! Subhanallah!!

Apakah tablet ajaib tu? Haaa...Tablet ajaib itu bukanlah sebarang ubat atau dadah yer. Tapi ia adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam MINYAK IKAN, iaitu OMEGA-3.

Ia terbukti membantu tahap kecerdasan otak dan meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi, bukan untuk kanak-kanak saje,tapi juga sesuai untuk orang dewasa.




Kami memang berikan minyak ikan kepada Farees yang berumur 4 tahun setengah sekarang ni. Cikgu sekolah tadika Farees ada beri feedback yang Farees performed very well at school. Syukur Alhamdulillah.. Semoga ia terus membantu Farees kekal cergas dan cerdas :)



Keratan akhbar lain yang membincangkan tentang kebaikan Minyak Ikan yang mengadungi DHA. 

Bagi IBU HAMIL, paling sesuai mulakan ambil fish oil dari trimester ke 2. Ini adalah untuk membekalkan DHA untuk perkambangan otak baby dalam kandungan.

Bagi IBU MENYUSU macam Maria pula, fish oil dapat untuk menyalurkan DHA kepada baby melalui susu ibu. Maria memang ambil 3 biji Omegaguard setiap hari. Disamping untuk bekalkan DHA kepada baby Fateh, ia juga membantu tingkatkan immunisasi badan Fateh. 

Selain tu, Omega-3 turut membantu membakar lemak dalam badan. So BONUS lain yang Maria dapat ialah badan slim macam ANAK DARA, walaupun dah ANAK DUA..hehehh.. 




OMEGAGUARD SHAKLEE adalah MINYAK IKAN istimewa yang dapat membekalkan Omega-3 yang sangat tulen. Bebas dari pencemaran laut. Jadi memang sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Harganya pun sangat berpatutan.

Jika anda berminat untuk memberikan supplement terbaik untuk diambil oleh seisi keluarga, OmegaGuard adalah salah satu pilihannya!!

Dapatkan HARGA DISKAUN ISTIMEWA SEMPENA PROMOSI DEC 2013!!


Contact me for more details ya!!

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Kam Maria
Shaklee ID : 881455

come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Nilai Sebuah Kehidupan : Di Penghujung Nyawa

$
0
0
Assalamualaikum,

Pagi semalam, saya ada urusan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Bersama saya adalah dua orang sahabat saya. Saya pergi ke Sungai Bakap dengan menaiki kereta.

Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah gerai kecil di tepi jalan. Sebabnya, saya nak bersembang dengan mereka beberapa perkara. Kami bertiga order air Nescafe tarik. Itu sahaja.

Alhamdulillah, dalam 30 minit. Perbincangan kami selesai.

Terkejut Dengan Harga Minuman

Untuk pengetahuan anda, saya jarang minum di luar. Jadi, saya kurang tahu harga minuman dan makanan di luar. Kalaulah saya makan di luar pun disebabkan ada sesuatu hal, saya biasanya minum di kedai mamak.

Biasanya, harga air Nescafe Tarik di kedai mamak sekitar RM1.70-RM2.00.


Bila saya panggil pekerja kedai itu untuk kira berapa jumlah harga minuman kami, saya terkejut.

"RM3.60 saja bang."

Saya terus terkejut. Pada waktu itu, cuma ada 2-3 orang pelanggan lain di kedai tersebut. So, saya pun bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.

"Bang, harga Nescafe Tarik ni RM3.60 saja ka bang? Maksudnya 1 gelas RM1.20?" saya ingin mendapatkan kepastian. Tak mahu pekerja ni tersalah kira.

"Ya, betullah. Memang harga Nescafe Tarik RM1.20 segelas."Tauke gerai tersebut memberi kepastian.

Tersentap. Macam mana murah sangat. Terfikir di hati saya, "Kalau di kedai mamak, dah sah sah paling murah pun RM1.70."

Saya pun bertanya lah kepada tauke gerai tersebut. Kebetulan dia agak lapang kerana tidak ramai pelanggan."Bang, boleh cari makan ka jual harga macam ni ?"

"Nak buat macam mana dik. Saya berniaga di kampung. Orang kampung mana nak ada duit banyak. Kalau kita jual mahal mahal. Mana orang nak mai. Kalau jual mahal, baik depa pi makan di kedai mamak."jelas abang itu.

"Boleh lepas ka modal bang? Nak bayar duit gaji pekerja lagi, gaji abang lagi? Minta maaf bang saya nak tanya, sehari abang dapat berapa?" saya bertanya lagi kepada abang ni.

"Sehari saya dapat dalam RM150."Abang itu menjawab.

Waww... Not bad. Saya rasa oklah, untuk orang kampung berniaga tepi jalan macam tu dapat RM150 sehari. Kira banyak lah.

Lepas itu, saya bertanya kepada abang tu. "RM150 tu untung ka jualan bang?"

"Jualanlah. Sehari dalam RM150. Modal separuh. Jadi saya untunglah dalam RM75. Tolak gaji pekerja, yang balance tu saya punyalah"jawab abang itu.

"Dekat gerai ni, kita jual murah sebab nak tarik orang mai. Semuanya murah. Roti sardin pun kalau saya jual RM2.00 sahaja, sebabnya kita nak tarik pelanggan"tambah abang itu lagi.

Kemudian, saya bertanya kepada tauke kedai itu.

"Tapi, kenapa tak ramai orang pun sekarang ni. Saya tengok tak ada orang pun. Ka sebab sekarang dah jam 9.30 pagi. Sebab tu orang tak ramai?" 

"Sebenarnya, gerai saya ni. Selalu tutup buka tutup buka. Saya tak boleh buka tiap tiap hari. Anak saya kena kanser. Dah stage 4. Jadi, saya selalu kena bawa anak saya ke Hospital Pulau Pinang untuk dapatkan rawatan di sana. Ada masa, anak saya duduk hospital sebulan. Sebulanlah saya tutup kedai. Nak buat macam mana. Kalau saya tak jaga anak saya, siapa nak jaga."

Allahuakbar. Tersentap saya mendengarnya.


Kemudian, beliau menceritakan kepada saya keadaan anak beliau sekarang yang sudah pun berada pada tahap 4. Beliau maklumkan kepada saya, anak beliau hanya ada 3-6 bulan sahaja lagi untuk hidup.

Sekarang, anak beliau ada di rumah. Sedang berjuang menghabiskan sisa sisa kehidupan dalam keadaan yang amat sakit. Terpaksa dibantu dengan 'paint killer' untuk menghilangkan kesakitan.

Mendengar kisah abang ni, saya teringat kembali kisah arwah kakak saya. Beliau terseksa menanggung sakit menderita akibat kanser selama setahun. Kanser beliau mula dikesan pada bulan Disember 2010 pada Tahap 3. Beliau meninggal pada Februari 2012. Setahun beliau menanggung 'seksa' yang saya sendiri tak dapat bayangkan kesakitannya. Memang terlampau sakit.

Sebab itulah, hati saya terus tersentuh selepas mendengar cerita abang tadi.

Saya sangat sangat kasihan. Saya tahu, bukan murah kos yang terpaksa ditanggung oleh abang berkenaan yang hanya berkerja sebagai seorang peniaga gerai kecil di tepi jalan. Syukurnya, kos rawatan di hospital semuanya percuma.

Tapi, saya tahu abang ni susah. Susah sebab pertama tak boleh berniaga. Beliau terus hilang punca pendapatan kerana terpaksa pergi menjaga anak beliau di hospital selama seminggu, dua minggu dan ada kalanya lebih dari sebulan.

Pada waktu itu, beliau juga perlu ada perbelanjaan pengangkutan. Perbelanjaan makan minum beliau di sana. Semuanya perlukan wang. Duit keluar sahaja. Duit masuk tak ada.

Allahuakbar. Saya amat mengetahui apa yang dialami oleh abang ni sebab dahulu saya pernah mengalami situasi yang sama semasa menguruskan arwah kakak saya. Berulang alik hantar beliau ke hospital.

Saya sangat bersimpati dengan keadaan beliau.

Sebelum saya berundur diri. Saya ambil sedikit duit dari dompet saya, dan saya serahkan kepada beliau.

"Abang, saya bagi duit ni sikit untuk anak abang. Untuk nak belanja sikit dia. Semoga Allah mudahkan urusan abang."

Beliau tergamam dan menerima sumbangan kecil saya dengan gembira.

Terus beliau ucapkan, "Adik, saya doakan Allah murahkan rezeki adik."

Saya dah tak mampu nak kawal perasaan. Sedih, hiba. Mengenangkan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga abang ini.

Di lubuk hati kecil saya, saya berdoa. "Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan mereka sekeluarga."

Semoga Allah merahmat mereka. Diampunkan dosa mereka atas kesabaran mereka menghadapi ujian ini. Semoga Allah mengurniakan syurga tanpa dihisab buat mereka.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

* Jom kita semua sama sama doakan kesejahteraan mereka sekeluarga. Mungkin ada di antara anda yang doanya makbul. Mohon anda doakan mereka. Jika anda mahu rakan anda turut membaca artikel ini. Mohon anda tekan LIKE button di bawah.
Viewing all 919 articles
Browse latest View live