Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Rahsia Kejayaan : Tunjuk Ajar Ku Sifu

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas, saya menghadiri Seminar Jutawan Industri anjuran Dr Azizan Osman di Sunway Carnival, Pulau Pinang.

Komen saya mengenai program ini, "SUPERB - BEYOND MY EXPECTATION"

Saya suka sebab banyak yang saya belajar dari seminar tersebut. Antara yang saya nak kongsi dengan anda adalah kisah pengalaman hidup Dr Azizan yang diceritakan kepada kami pada hari itu.



Perkongsian Pengalaman Hidup Dari Dr Azizan Osman

Pengalaman Dr Azizan Osman

13 tahun lepas, Dr Azizan masih berkerja dengan orang lain. Kerja makan gaji. Namun, gajinya pada waktu itu hanyalah RM1500 sebulan.

Beliau merasakan jumlah gaji itu terlalu sedikit. Tidak sepadan dengan apa yang beliau impikan. Akhirnya, beliau buat keputusan untuk terjun ke bidang perniagaan. Beliau berhenti kerja dan memulakan perniagaan.

Pada waktu itu, beliau 'terjebak' dengan pelaburan skim cepat kaya. Ia berkaitan dengan perubahan tahun dari 1999 ke tahun 2000. Ala-ala Projek Millinium Y2K.

Pihak syarikat menjanjikan keuntungan 100% keuntungan dalam tempoh 1-2 minggu. Apa lagi, Dr Azizan melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya sendiri. Beliau membuat pinjaman bank dan menggadaikan rumah ibu bapanya.

Tidak lama. Selepas 2 minggu, Beliau mendapat berita yang mengerikan. Semua wakil syarikat pelaburan itu telah 'hilang'. Beliau ditipu 'hidup-hidup' dan kerugian lebih RM100k++.

Jatuh Sejatuh-Jatuhnya

Pada waktu itu, beliau 'mati kutu'. Beliau dah tak tahu nak buat apa. Maka bermulalah episod baru dalam hidupnya.

Beliau mula buat bisnes. Dalam keluarga beliau, belum ada sesiapa pun yang buat bisnes. So, kiranya beliau membuat satu kelainan dalam keluarga mereka.

Malangnya, semua perniagaan yang beliau jalankan mengalami kerugian. Buat bisnes A, rugi. Buat bisnes B, rugi. Buat bisnes C, rugi.

Bagai jatuh ditimpa tangga. Beliau terus hidup susah. Walaupun beliau merupakan antara pelajar terbaik di UiTM ketika di peringkat ijazah dahulu. Namun, semuanya sudah tidak berguna lagi pada hari itu.

Beliau meminta pertolongan daripada ramai jutawan Melayu pada waktu itu, tetapi tiada siapa yang sudi membantu beliau. Beliau bukan mahu meminta wang mereka, tetapi beliau hanya mahu belajar daripada mereka bagaimana untuk menjadi kaya.

Pertemuan Dengan Seorang Master Sifu

Dalam kesusahan, beliau berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Aku benar benar dalam kesusahan. Tunjukkan aku jalan bagaimana untuk aku menjadi kaya dan berjaya. Aku berjanji pada Mu ya Allah, sekiranya Kau berikan kekayaan kepadaku, aku akan luangkan masa untuk membantu lebih ramai orang lain untuk menjadi kaya."

Doa beliau didengar Allah.

Allah menemukan beliau dengan seorang jutawan berbangsa Cina iaitu Peter Lau. Peter Lau seorang jutawan yang tidak ada pelajaran. Beliau tidak tahu membaca pun. Tapi, beliau seorang yang sangat berjaya. In fact, Peter Lau tak tahu bercakap bahasa Melayu pun. So, Dr Azizan bercakap dengan Peter dalam bahasa Mandarin.

Semasa bertemu dengan Master Sifu ini, Dr Azizan bertanya.

"Peter, saya nak tanya kepada you. Saya dah buat macam-macam bisnes, tapi kenapa semuanya gagal? Dulu masa belajar di university saya antara pelajar terbaik dalam bidang bisnes. Tapi, bila saya buat bisnes, semua tak jadi."

Ini jawapan Peter Lau.

"Saya nak tanya you, siapa yang ajar you buat bisnes?"

Dr Azizan kemudiannya menjawab.

"Lecturer sayalah. Beliaulah yang ajar saya buat bisnes. Beliau ajar saya subjek Business Study."

Kemudian, Peter Lau berkata kepadanya.

"Kamu pergi tanya 'guru' kamu tu, kenapa kamu gagal dalam bisnes? Kamu ceritakan apa yang kamu dah buat kepada beliau."

Dr Azizan kemudiannya menelefon lecturer yang mengajar beliau dahulu subjek bisnes.

Dr Azizan : Haji, saya nak cerita kepada haji ni. Saya buat bisnes A, bisnes B, bisnes C, tapi semuanya tak jadi. Kenapa yer?

Lecturer    : Kan saya dah ajar kamu dulu. Kamu cuba buka buku teks Business Study bab XXXX, kamu amalkan semua tips dalam tu.

Dr Azizan : Tapi..... Saya dah buat semua benda tu. Kenapa tak jadi?

Lecturer    : Mana saya tahu. Tapi saya dah ajar kamu semua yang perlu. Lagi pun, saya ajar saja. Bukan saya buat bisnes pun.

Dr Azizan : Apa? Haji ajar saya dulu tu ikut buku teks sajalah. Haji tak ada pengalaman langsung buat bisnes?

Lecturer   : Mana saya sempat nak buat bisnes. Sayakan sibuk. Ingat kerja lecturer ni senang ke. Banyak masa ke sampai boleh nak buat bisnes.

Dummmmm........ Dr Azizan terus meletak telefon. Beliau mula nampak kesalahan beliau. Beliau belajar buat bisnes dari orang yang TAK BUAT BISNES. Sebab itulah beliau gagal. Beliau tak ada mentor yang betul.

Tunjuk Ajar Ku Sifu

Beliau pergi bertemu semula dengan Peter Lau. Beliau menceritakan apa yang disembangkan dengan lecturer beliau.

Peter Lau hanya ketawa. Inilah KESILAPAN YANG RAMAI ORANG BUAT.

BELAJAR BUAT BISNES DARI ORANG YANG TAK SEPATUTNYA. ORANG YANG AJAR TU PUN TAK BUAT BISNES.

Kemudian, Peter Lau terus menasihati Dr Azizan. "Kalau kamu nak berjaya, pergi cari MENTOR YANG DAH TERBUKTI BERJAYA DALAM BIDANG YANG KAMU NAK CEBURI, DAN BELAJAR DARIPADA MEREKA. BUAT 100% APA YANG MEREKA BUAT. KAMU AKAN BERJAYA SEPERTI MEREKA".

Allah Allah.... Rupanya itu sahaja RAHSIA UNTUK BERJAYA DALAM BISNES.


Mentor akan memberikan sokongan, nasihat, panduan dan pertolongan.

Kalau nak berjaya dalam bisnes, kita perlukan mentor. Pastikan kita bertemu dengan mentor yang betul. Mentor yang sanggup untuk membantu kita. Kemudian, kita hanya perlu buat apa yang beliau lakukan dan Insya Allah kita akan berjaya seperti mereka.

Dr Azizan terus mencari mentor dalam bisnes yang beliau ingin ceburi. Akhirnya, beliau berjaya menjadi seorang multi-millioanaire pada hari ini.

Kisah ini sebenarnya sangat simple. Tapi, memberi impak yang sangat besar dalam hidup kita.

Pengajaran Buat Kita Semua

Daripada kisah yang dilalui Dr Azizan ini, banyak yang kita boleh belajar. Antaranya, kita perlu mencari mentor yang betul jika mahu berjaya dengan lebih mudah.

Kita perlu mencari mentor, bukan mentor yang mencari kita.

Belajar Ilmu Bisnes Shaklee

Maria sudah berkecimpung dalam bisnes Shaklee hamper 10 bulan sekarang ini. Alhamdulillah, saya nampak peningkatan yang sangat bagus dalam bisnes Maria.

Satu perkara yang saya nampak. Maria selalu menghubungi mentor untuk bertanya, berbincang dan meminta pendapat mengenai sesuatu perkara.

Saya selalu perhatikan, MENTOR tak mencari Maria. Tapi Maria yang perlu mencari MENTOR. Maria yang selalu PM mereka di Facebook, chatting di Whatsapp, Mesej dan juga Phone Coaching.

Maria want to do this business right. Tak nak buat silap. Tak nak langgar dinding.

Ini sangat penting, sebabnya untuk mentor itu berjaya dalam bisnes Shaklee mereka. Mereka dah lalui banyak susah payah. Mereka dah buat banyak silap. Jadi, dengan belajar daripada mereka. Maria dapat elak dari buat kesilapan yang telah mentor lakukan.

Syukur Alhamdulillah. Ini antara sebab mengapa Maria bergerak cepat dalam bisnes Shaklee ini.

MARIA TAK PERNAH TUNGGU ARAHAN DARIPADA MENTOR. TETAPI, MARIA YANG SELALU MENGHUBUNGI MENTOR DAN MEMINTA PANDUAN DAN TUNJUK AJAR DARIPADA MEREKA.

Belajar, Belajar Dan Terus Belajar

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, bonus Maria bulan Ogos lepas  adalah 5 angka. Alhamdulillah... Ia jumlah yang agak besar bagi orang baru macam Maria.

Namun, Maria perlu move forward. Maria sekarang kena belajar next step. Macam mana nak dapat income RM20k++ pulak.

So, hari ini insya Allah kami akan bertemu dengan mentor kami di Kuala Lumpur. Kami perlukan tips dan panduan macam mana nak capai RM20k++ dalam tempoh 3-4 bulan dari sekarang.



Mentor pasti ada 'kunci' untuk kita berjaya dengan lebih mudah.

Saya pasti, mesti ada 'rahsia' untuk berjaya dengan mudah. Sebabnya, mentor kami ini sudah melalui apa yang sedang kami lalui. Beliau pasti tahu macam mana kami nak berjaya dengan lebih mudah.

Insya Allah. Kami dah jadualkan personal coaching selama 2 jam dengan beliau. Semoga, ia akan menjadi ilmu yang berguna buat kami untuk membantu lebih ramai orang selepas ini.

Oklah... Jam dah pukul 8.00 pagi. Nak bersiap untuk keluar bertemu mentor kami. Tak sabar nak sedut ilmu daripada beliau.

Semoga Allah mudahkan.

Wassalam

* Bagi anda yang nak join Seminar Jutawan Industri PERCUMA. Sila register di www[.]jutawanindustri[.]com
* Seminar terakhir di Shah Alam Convention Centre pada 22 September ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434H

$
0
0
Assalamualaikum,
 
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434H. Semoga anda semua sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
 
Just nak share pengalaman hari raya saya hari ini.
 
Tahun ini, actually hampir setiap tahun saya sambut Hari Raya Aidiladha di Parit Buntar. Tak pernah beraya di KL lagi ni untuk Aidiladha. Hehe..... Maria tak kisah sangat raya Aidiladha ni, tapi kalau raya Aidilfitri.... Itu memang dia 'berkira' sket.

 

Fateh dengan baju rayanya. Tema warna ungu. Semua pakai baju sama saja dengan hari raya Aidilfitri hari tu.
 


Juadah untuk tetamu hari ini, laksa dan juga lemang serta rendang. Semua makanan disiapkan awal hari ini. Sebelum menunaikan solat raya lagi semuanya dah tersedia.
 


Masa solat tadi, berlaku kekeliruan akibat salah faham. Tapi kesan dia sangat besar. Minggu lepas, kami bermesyuarat untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha pada jam 8.30 pagi. Sekali setiausaha tersalah tulis pengumuman solat start jam 8.00 pagi.
 
So, berlaku konflik di situ. Orang ramai di kampong ini memang dah terbiasa solat sunat jam 8.30 pagi. So, mereka yang tidak datang berjemaah solat di surau memang expect solat jam 8.30 pagi.
 
Bilal bertugas pula tak datang masa mesyuarat hari tu. So, bilal hanya baca pengumuman di papan kenyataan mengatakan solat jam 8.00 pagi.
 
Tepat jam 8.00 pagi dah berhenti takbir bagi memberi laluan kepada ucapan wakil AJK Masjid.
 
Waktu itu, saya masih berada di rumah lagi. Saya agak terkejut. Saya sangka solat jam 8.30 pagi. Macam mana jam 8.00 pagi dah berhenti takbir. Takkan dah nak solat.
 
Terus saya berlari ke surau. Rumah saya di hadapan dengan surau sahaja. Setiba di surau, para Jemaah bersiap untuk memulakan solat sunat  Aidiladha.
 
Yang bestnya, imam bertugas pun belum sampai lagi waktu tu. Itu yang saya hairan.
 
Bilal dah iqamah. Imam belum ada lagi waktu tu. Terus ada imam back up yang menjadi imam. Sebelum memulakan solat, saya sempat memberi tahu imam.
 
"Kita sepatutnya solat jam 8.30 pagi. Mesyuarat hari tu jam 8.30. Imam pun tak sampai lagi ni."
 
It's too late. Semua jemaah dah pun buat saf. Imam back up terus memulakan solat. Di hati saya, mesti huru hara ni. Sebabnya ramai lagi penduduk kampong saya yang masih belum tiba di surau kami waktu itu.
 
Bayangkan, saf wanita hanya ada satu saf pada waktu itu. Jemaah lelaki pun baru ada 2-3 saf.
 
Habis solat, saya perhatikan ke belakang. Ramai jemaah yang masbuk. Dan ramai juga Jemaah yang baru sampai yang tak dapat bersolat.
 
Hmm... Mesti kecoh nanti.
 
Tak perlu lama pun, habis khutbah disampaikan, ketika orang ramai mula bersalaman sudah terdengar bunyi bunyi orang bising kenapa solat awal.
 
Para Jemaah wanita kemudiannya memanggil saya. Mereka bagi tahu mereka nak solat aidiladha sekali lagi. Sebab mereka datang lewat tadi.
 
Saya memaklumkan kepada mereka solat sunat aidil adha mesti dilakukan sebelum khutbah. Selepas khutbah dah tak boleh solat dah. Hmmm... Ada beberapa orang yang macam tak puas hati.
 
Saya cuba menenangkan mereka. "Tak per mak cik, ini solat sunat saja. Insya Allah panjang umur tahun depan kita solat lagi."
 
Tiba tiba terdengarlah bunyi bunyi tak puas hati, "Saya ni balik beraya di kampong ingat nak solat raya di sini. Tengok tengok nak solat pun tak sempat."
 
Susah gak tu.... Bukan senang nak handle situasi ni. But... things happen. Nothing much that can we do.
 
Seperti kebiasaannya, selepas solat para Jemaah di surau dijemput datang ke rumah saya untuk takbir, tahlil dan doa selamat. Kami menyediakan sedikit jamuan ringkas buat mereka.
 


Para hadirin sedang menjamah selera.

 
Para hadirin menyerbu tempat hidangan.
 

Sekitar jam 12.00 tengah hari, saya dan ayah saya pergi ke Sungai Bakap untuk mengambil daging korban yang dilakukan oleh abang saya. Di samping nak tengok lembu yang akan digunakan untuk korban pada hari raya kedua. 
 


Menyaksikan ibadah korban yang dilakukan di tempat penyembelihan.
 


Membawa pulang daging yang dah siap dilapah untuk diedarkan kepada jiran jiran dan saudara mara.


Para pekerja saya diimport untuk memotong daging.


Memotong tulang rusuk lembu untuk diagihkan. 


Mencincang tulang.
 
Inilah sahaja cerita sambutan majlis hari raya di sini. Esok pagi akan ada majlis korban di surau saya. Semuanya 8 ekor lembu yang akan dikorbankan.
 
Insya Allah, saya akan menyembelih 2 ekor lembu. Semoga dipermudahkan Allah.
 
Wassalam.

 

 

 

Subhanallah....... Kematian Yang Perlu Kita Impikan

$
0
0
Assalamualaikum,
 
Kisah yang amat menyayat hati... Subhanallah. Semoga kita juga begitu.
 

 
Wassalam
 
* Jika anda rasa bermanfaat, sila SHARE dengan tekan LIKE BUTTON di bawah.
 
 

Testimoni Pengguna Shaklee Collagen Powder !!

$
0
0

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, sebelum ini Maria ada ceritakan tentang kesan yang Mak Mertua Maria rasakan selepas pengambilan SHAKLEE COLLAGEN POWDER. (Click di sini : Rahsia Emak Kekal Sihat Berseri)

Kali ni, Maria nak share pula testimony lebih ramai para pengguna Shaklee Collagen Powder ini.

Kalau anda atau sahabat-sahabat anda ada masalah yang sama seperti mereka, dan pernah cuba macam-macam produk tapi tak berkesan, mungkin anda boleh cuba Shaklee Collagen Powder pula.

Mana tahu, sekali anda cuba, terus nak repeat order, macam kebanyakan para pengguna tegar Shaklee Collagen Powder ini. Hehehe..

Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti dan kesan yang cepat dan ketara.

Semoga bermanfaat!! :)

TESTIMONI #1
Kesan jeragat semakin pudar. Kulit terasa lebih lembut dan cerah. Kesan calar, sunburn dah hilang.


TESTIMONI #2
Suami puji kesan jeragat semakin pudar. :D


TESTIMONI #3
Selepas mengambil Shaklee Collagen Powder selama SEMINGGU, telapak tangan yang dulunya selalu kering, kini semakin lembut dan lembab tanpa memakai sebarang losyen.



TESTIMONI #4
Walaupun baru makan Shaklee Collagen Powder selama 3 HARI, dah rasa keberkesanannya.
Kulit makin lembut, kesan jerawat makin pudar, sakit badan dah hilang, bangun pagi bertenaga, mudah buang air besar, gastrik dah hilang, pecah-pecah pada tapak kaki dah hilang.


TESTIMONI #5
Mak beliau berumur 59 tahun, selepas makan Shaklee Collagen Powder, tiada lagi eyebag, tiada lagi pigmentasi, tak cepat penat, sendi pun tak sakit dah. Alhamdulillah..sama macam kesan yang Mak Maria dan Mak Mertua rasakan. :)


TESTIMONI #6
Selepas ambil Shaklee Collagen Powder selama 5 HARI, jerawat kurang, kulit semakin licin!! Kulit kaki pun terasa lembut jee..


TESTIMONI #7
Selepas mengambil Shaklee Collagen Powder sebanyak 2 kotak, kesan ketara kulit lebih cerah dan tona sekata, lembab, lembut. Jerawat cepat kecut, tumit kaki licin. 



Alhamdulillah.. teruja rasanya melihat perkembangan positif setiap pengguna Shaklee Collagen Powder ni.

Anda berminat nak dapatkan hasil macam mereka? Inilah masa terbaik untuk mencuba Shaklee Collagen Powder pada HARGA PROMOSI ISTIMEWA!!

PROMOSI OKTOBER 2013!!

Dengan setiap pembelian Set Promo BELI 6 PERCUMA 1, anda layak mendapat
PENJIMATAN SEHINGGAHAMPIRRM1,000 !!!
(Terms & Conditions Apply)

1) FREE SHAKLEE MEMBERSHIP (Worth RM65)
2) SPECIAL MEMBERS' PRICE
3) FREE POSTAGE 
4) CASH BONUS (Up to RM100+)
5) FREE 1 COQHEALTH PLUS (Worth RM124- Dengan pembelian secara Online System)

Jadi, boleh pakat ajak kawan-kawan share dengan anda seorang sekotak, Memang berbaloi-baloi!

Tawaran sah sehingga 31 OCTOBER 2013 SAHAJA!!

Contact Me for more details!! :)

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Majlis Sambutan Hari Raya Korban Di Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar

$
0
0
Assalamualaikum,
 
Seperti kebiasaannya, pihak surau akan menganjurkan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
 
Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini.
 
Untuk satu bahagian, para peserta korban dikenakan bayaran sebanyak RM380. Harga seekor lembu yang dibeli oleh pihak surau adalah RM2,400. Lebihan dari wang korban itu dimasukkan ke dalam tabung surau.
 
Alhamdulillah, di Parit Buntar harga lembu masih lagi terkawal. Kami masih dapat lembu yang besar pada harga yang rendah. Apa yang saya perhatikan, di Kuala Lumpur satu bahagian dikenakan bayaran antara RM450 ke RM500 untuk satu bahagian.
 
Itu pun dapat lembu yang agak kecil.
 
Syukur Alhamdulillah, saya tinggal di kampong.
 
Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan dengan anda gambar gambar yang sempat saya ambil sepanjang program ini berlangsung.

 
 
Program bermula seawal jam 7 pagi. 8 ekor lembu bersiap sedia untuk dikorbankan.
 
 
Saya sedang bersiap sedia untuk menyembelih lembu.
 
Salah satu perkara yang best di surau saya, mereka sangat sangat menggalakkan penglibatan orang muda dalam semua program di surau. 4 tahun yang lepas, mereka mengemukakan cadangan agar dilatih pemuda dari kawasan saya untuk menyembelih lembu.
 
Saya masih ingat lagi, saya ada dalam mesyurat AJK Surau pada waktu itu. Dalam hati saya, "Allahuakbar, kalau depa nak suruh orang muda sembelih. Mesti aku yang kena".
 
Telahan saya tepat. Saya dan seorang lagi rakan dipilih untuk menyembelih lembu korban pada tahun itu.
 
Seumur hidup, tak pernah saya sembelih lembu atau kambing pada waktu itu. Itulah kali yang pertama. Pada waktu malam, saya bersolat hajat dan berdoa agar Allah memberi keberanian kepada saya untuk melakukannya. Saya perlu belajar untuk menjadi pelapis di surau saya.
 
Alhamdulillah, selepas itu, setiap tahun saya dan kawan saya menjadi pelapis yang menyembelih lembu di surau saya.
 

 
Saya memeriksa keadaan lembu sebelum menyembelih. Alhamdulilllah, lembu pertama berjaya disembelih dengan selamat.
 


Ramai kanak kanak yang turun join program kali ini. Mereka datang sebagai pemerhati la kiranya.


Para pemuda bergotong royong untuk melapah kulit lembu.


Lembu ini agak besar. Risau juga untuk saya menyembelihnya. Namun Alhamdulillah, semuanya selamat.
 
 
Lembu sudah dijatuhkan. Bersiap sedia untuk disembelih.



Turut mendaftar nama untuk menjadi tukang sembeli baru adalah abang saya. Selalu 'sembelih' orang, hari ni first time nak sembelih lembu. FYI, abang saya ni Konsultan Plastic Surgery. So, memang selalu dah operate-operate orang ni. Dengan darah tu, kira macam mainan la.


Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, get the job done.
 
 
Proses menyembelih bermula. Kira berani gak la abang saya ni. Bukan semua orang boleh buat kerja ni.
 

Alhamdulillah. Semuanya selamat. Dua urat sudah putus secara sahih.


Bergotong royong untuk mencincang tulang.


Memotong daging dari paha.


Memotong daging menjadi bahagian kecil untuk diagihkan.


Hari ini juadah yang disediakan adalah sup tulang. Memang sedap.


Nasi turut dimasak untuk dimakan bersama sup.

 
 Alhamdulillah, siap dimasak. Siap untuk dimakan.
 


 
Sebahagian dari tulang turut diagihkan kepada para peserta korban dan orang ramai.


Daging yang siap dipotong, ditimbang sebelum diagihkan.



Daging dimasukkan ke dalam plastic. Para pemuda ditugaskan untuk bahagian edaran.



Apa yang penting, kerja sama. Apa yang penting, kerja sama. Semua orang, dari kecil hingga dewasa berkerja sama membersihkan kembali kawasan surau.
 
Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dipermudahkan Allah.
 
Semoga semua amal ibadah kami ini diterima oleh Allah.
 
Wassalam.

Tips Dan Inspirasi Daripada 13 Jutawan

$
0
0
Assalamualaikum,

Semalam hari Sabtu, saya dan Maria  berpeluang untuk join satu program yang dianjurkan oleh Shaklee iaitu Inspirasi Jutawan Shaklee.

Bertempat di Impiana Hotel, Ipoh. Tempat program berlangsung tersangat selesa dan best. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada 5 petang.

Bayaran, tersangat murah. Hanya RM10 untuk setiap peserta. Anak-anak boleh datang secara percuma. Kos selebihnya untuk program ini ditanggung oleh pihak penganjur.

Penting Bertemu Dengan Mereka Yang Dah Berjaya

Satu perkara yang saya nak share dengan anda, untuk berjaya dengan mudah, kita PERLU BERJUMPA dengan mereka yang dah terbukti berjaya. Belajar dengan mereka apa yang dah mereka lakukan. Korek rahsia daripada mereka. 

Kesusahan yang kita sedang alami sekarang ini sebenarnya ada penyelesaiannya. Dan mereka yang dah berjaya pasti tahu cara short cut untuk nak selesaikan masalah kita itu.

Sebab itulah saya rasa sangat penting untuk saya hadir ke program ini.

Lagi pun, bukan mudah nak berjumpa dengan 13 jutawan yang ingin berkongsi rahsia kejayaan mereka. Apa yang dah mereka lakukan? 

Seronok sangat rasanya dapat hadir ke program ni. Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari.

Sekarang baru saya sedar, nak berjaya ada banyak cara. Bukan satu cara sahaja. Perkongsian daripada 13 jutawan ini sedikit sebanyak membuka 'jalan' untuk saya dan Maria berjaya lebih cepat dalam bisnes Shaklee ini.

Ramai sungguh yang hadir ke program ini. Bayangkan, ada yang datang dari Terengganu, ada juga yang datang dari Johor. Mereka sanggup datang ke situ semata mata untuk menuntut ilmu.

Bagi saya, tersangat rugi bagi mereka yang buat bisnes Shaklee tapi tak hadir ke program sebegini.

Anyway, saya nak berkongsi gambar gambar yang sempat saya ambil ketika di program ini.


Program Inspirasi Jutawan. Bertempat di Impiana Hotel, Ipoh.


Maria membuat pendaftaran. Bayaran RM10 sahaja untuk setiap peserta. Maria bayar untuk saya dan bibik kami. Anak anak percuma.


Red carpet menuju ke dalam dewan.



Dalam group Shaklee kami, anak anak sangat penting buat kami semua. Kami disuruh bawa anak anak ke program program Shaklee agar hubungan kekeluargaan lebih erat lagi.

Dan yang best, setiap kanak kanak disediakan ruang untuk bermain. Mereka dihadiahkan dengan sekotak pensel warna. Diberikan kertas untuk mereka mewarna. Bayangkan, Fateh yang kecil pun dapat satu kotak warna.



Farees dan Fateh memang khusyuk mewarna semalam.


Di dalam dewan, para peserta mula mengambil tempat. Seperti biasa, saya mesti mencari tempat duduk di hadapan.


Perkongsian daripada Master Suzie mengenai kepentingan kita untuk ambil kesempatan masa yang Allah berikan kepada kita. Kami sepatutnya rasa bertuah terpilih untuk buat bisnes Shaklee kerana modalnya yang tersangat rendah dan mampu menjana pendapatan yang sangat tinggi.

Beliau memberi motivasi kepada kami untuk 'grab' peluang yang sedang berada di hadapan kami sekarang ini. Jangan bertangguh lagi. This is the moment. 

Selain itu, beliau berkongsi pengalaman beliau menguruskan masa beliau dalam menjalankan bisnes Shaklee ini. Dahulu, beliau turut berkerja, mempunyai anak dan menjaganya sendiri, tapi pada masa yang sama masih sempat buat bisnes Shaklee. A very good sharing.


Perkongsian dari jutawan seterusnya mengenai cara berfikir yang positif. Beliau berkongsi pengalaman beliau menulis 'Vision Board'. Cara menulis impian dan cara untuk mencapainya. Best sangat perkongsian beliau.

The Power Of Believe and The Power Of Visualisation. Kita perlu percaya apa yang kita mahu capai. Seolah-olah kita dah capai pun semua tu. Kita mesti selalu menggambarkan yang kita sudah pun berjaya. Insya Allah, apa yang kita fikir itu akan menjadi kenyataan.

A very good sharing daripada beliau.


Perkongsian pengalaman mereka yang sedang buat bisnes Shaklee tetapi sudah mencapai tahap Coordinator. Kira di tahap 3/7 dalam ranking Shaklee. Insya Allah, mereka on the way ke arah menjadi jutawan. Amin.

Perkongsian daripada Nur Aula dan juga sahabatnya. Di tahap ini, income mereka sekitar RM5k sebulan.

Perkongsian Daripada Jutawan Shaklee Yang Seterusnya : Master Azlin

Saya suka dengan perkongsian beliau. Hampir sepuluh tahun beliau berkerja di Oil and Gas company sebagai vendor, hidup beliau amat sukar dahulu. Setiap hari, balik kerja lewat malam. Masa dengan keluarga sangat sangat terhad.

Walaupun dah lama bekerja, increment gaji sangat rendah. End up, stress. 

Akhirnya beliau cuba buat bisnes Shaklee. Sekali, bila buat Alhamdulillah. Income mencurah curah. Apabila pendapatan dah mencapai RM10k, beliau 'terpaksa' berhenti kerja.

Terpaksa menjadi Working At Home Mum. Jika dulu kurang masa dengan keluarga, Alhamdulillah. Sekarang she got more time and more money for her family.

Sekarang, pendapatan beliau memang dah 5 angka sebulan. Dan insya Allah, dalam beberapa bulan lagi akan menganjak ke 6 angka sebulan. Nothing Is Impossible.


Perbezaan sebelum dan selepas beliau buat bisnes Shaklee.


Kenangan beliau semasa berkerja dulu. 'Terpaksa' pergi ke Korea atas tugasan kerja selama beberapa hari. Nampak tak kotak biru putih tu, itu adalah tong untuk bawa stok susu pulang ke Malaysia nanti.

Nampak tak, pengorbanan yang beliau lakukan semata mata mahu fully breastfeed anaknya selama 2 tahun. Syukur Alhamdulillah, produk Shaklee dapat membantu dalam penghasilan susu yang lebih.

Namun, beliau bersyukur. Disebabkan 'susah-payah' semasa kerja inilah yang menyebabkan beliau 'mencuba' buat bisnes Shaklee. Sekali, terpaksa berhenti kerja. Hehe.


Alhamdulillah, sekarang beliau dah pun menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.


Beliau mengambil masa yang agak 'lama' untuk mencapai ke tahap Master Coordinator. FYI, bonus untuk Master Coordinator bermula sekitar RM25k sebulan. 

Bagi saya, walau pun 'lambat', it's still ok what. Cer citer, kalau kita kerja makan gaji berapa tahun masa diperlukan untuk dapat income RM25k sebulan?

Gambar gambar di bawah ini adalah progress beliau dalam bisnes Shaklee selama 36bulan. Mula menyertai Shaklee pada Ogos 2010. Mencapai tahap Supervisor dengan income 4 angka selepas 4 bulan iaitu pada Februari 2011. (Sekitar RM1000-RM3000 sebulan)


5 bulan selepas itu, iaitu pada bulan Julai 2011, beliau naik ke tahap Senior Supervisor. Income waktu itu sekitar RM3k sebulan.


9 bulan berselang, beliau mencapai tahap koordinator.Pada waktu ini, pendapatan sekitar RM6,000 sebulan. Dua bulan berselang, beliau naik ke Senior Coordinator dan mula mencapai pendapatan sekitar RM8,000-RM10,000 sebulan.

Beliau juga mula memperoleh Car Bonus setiap bulan selepas itu. Shaklee memberi duit CASH kepada beliau setiap bulan untuk membayar duit kereta yang beliau beli. Masya Allah.

Pada waktu ini, beliau mula merasai pendapatan 5 angka sebulan. Alhamdulillah.

4 bulan selepas itu, beliau naik ke Key Coordinator. Pada waktu ini, pendapatan beliau melonjak kepada RM20,000 sebulan. 


Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman beliau memperoleh hadiah 2 tiket menunaikan umrah secara percuma oleh Shaklee. Beliau pergi trip ke Dubai & Umrah pada May 2013 yang lepas. 5 star hotel.

Best sangat saya tengok pengalaman beliau dapat travel secara percuma yang dibawa oleh Shaklee ini.


Gambar kenangan beliau ketika di  Madinah.


Akhirnya, beliau mencapai kemuncak menjadi Master Coordinator dengan pendapatan melebih RM25k sebulan dalam tempoh 36 bulan dari tarikh beliau menyertai Shaklee.

Amcam? Tak tersentap ker? 

Untuk pengetahuan anda, apa yang beliau capai ini sebenarnya agak 'perlahan'. Beliau ambil masa yang agak panjang untuk mencapai ke tahap itu. BUTTTT........ Still better dari kerja makan gaji. Berapa lama kita nak kerja kalau nak dapat income RM25k sebulan.

Perkongsian Dari Jutwan Kak Sue

Kak Sue memamng petah bercakap. Bila bagi microphone kepada beliau. Beliau dapat berkongsi dengan sangat baik kepada kami semua.

Beliau berkongsi pengalaman beliau dari segi 'Big Dream'. Beliau berkongsi dengan kami semua bagaimana beliau telah berjaya mencapai pendapatan RM30k sebulan dalam tempoh 18 bulan. Wawww.... It's a great sharing.

Beliau memulakan perniagaan sebab 'geram' dengan bos. Bos beliau bergaji RM7,000 sebulan. Pada waktu itu gaji beliau hanya RM4,000 sebulan. Beliau geram sebab bos beliau suruh beliau balik kerja lewat. Sekitar jam 10 malam. Tetapi bos yang gaji RM7,000 balik pukul 7 malam.

Disebabkan beliau geram, beliau buat bisnes Shaklee. Niat beliau hanya satu. Beliau nak buat bisnes untuk dapat income RM7,000. Sama seperti bos beliau. Dan kemudian nak berhenti kerja.

Geram punya pasal, beliau buat Shaklee bersungguh sungguh. Alhamdulillah, Allah buka jalan kepada beliau dan dalam tempoh 18 bulan. Beliau dah dapat lebih dari apa yang beliau impikan.

Tengok, kadang kadang Allah bagi kita 'susah' sebab daripada kesusahan itu Allah nak suruh kita keluar dan mencari kesenangan. Hebatkan kekusaan Allah.

Ok.. Jom tengok apa yang beliau kongsikan.


You Must Dare To Dream Big. Beliau berkongsi impian beliau semasa memulakan bisnes Shaklee ini dahulu.

Alhamdulillah, impian beliau sekarang semuanya dah tercapai.


There's a difference between interest and commitment. When you are interested in doing something, you do it when it's convenient.

But, when you are commited to something, you accept no excuses, only result.


Sungguh bermotivasi persembahan daripada beliau. What we need to do is to take our first step. Jangan tunggu lagi. Peluang datang depan mata sekali sahaja, once we don't grab it, others will take it.


Gambar ni really inspire me. Anda yang tak hadir tak akan faham The Power Of Faith. Inilah rahsia dan kunci kejayaan beliau dalam bisnes Shaklee. The Power Of Faith.


Alhamdulillah, dalam 18 bulan. Beliau berjaya mencapai pendapatan RM30k ke atas. 


Beliau memang suka beri mutiara kata. This is the last part from her. Memang terbaiklah Kak Sue.


Sahabat ini datang all the way dari Melaka. Kagum dengan semangat yang mereka tunjukkan. Sanggup datang dari jauh semata mata nak menuntut ilmu. Orang jauh pun sanggup datang, orang dekat macam mana?


Sebahagian daripada mereka yang bergelar jutawan. Muslimah, bertudung litup. Sejuk mata memandang. Dalam mengejar kekayaan dunia, jangan menggadai apa yang Islam sarankan.

Nak kaya tak perlu pakai baju seksi, nak kaya tak perlu pakai baju ketat. Nak kaya tak perlu free hair.

Kalau nak kaya di dunia, kita mesti nak lebih kaya di akhirat. Mereka yang dihadapan ini adalah contoh yang boleh kita ikuti. Insya Allah, sooner or sooner we will join the club.


Pemandangan dari belakang dewan.


Selepas itu, program bersambung dengan forum. Perkongsian daripada para suami tentang sokongan yang perlu diberikan isteri bila mereka nak buat bisnes Shaklee.


Yang pegang microphone adalah Firdaus. Dahulu, beliau berkerja sebagai Engineer. Sekarang, dah terpaksa berhenti kerja. Sebabnya, income dengan Shaklee pun tak lah banyak sangat. Lebih dari 6 angka saja. Itupun dalam tempoh 3 tahun. Boleh la... Cukup-cukup makan.


Yang bestnya, TIBA-TIBA....... TIBA TIBA....... Secara Ad-Hoc nya, saya dipanggil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman sokongan yang diberikan kepada Maria untuk Maria berjaya dalam Shaklee dengan pantas. 

Saya bila dah dapat Mic, mana boleh berhenti. Terus berkongsi dengan para hadirin sekelian.


Last but not least, perkongsian daripada Master Fariha. Cer tengok, walaupun bertudung labuh. Walaupun berjubah. Tapi still mampu untuk dapat 6 angka sebulan. Hehe... Amcam? Best tak buat bisnes Shaklee ni.


Ucapan terakhir adalah daripada Presidential Master Cery. Inilah kata kata beliau yang terakhir sebelum program berakhir.


Maria dan sahabatnya, Ani turut join program ni.


Program potong kek Shaklee. Bayangkan, kek ni boleh dimakan oleh 400 orang yang hadir. Waww..... Hebat sungguh.


Acara potong kek oleh para jutawan.


Kek yang dibuat dalam bentuk buah epal.

 
Maria sempat bergambar dengan Presidential Master Cery. Income beliau pun tak banyak sangat sekarang ni, dalam RM500k saja sebulan. Cukup la kan.... Boleh la...


Maria ambil aura gambar our next car. BMW X6. Insya Allah. Sooner or sooner.

Selepas saya hadir program ni, saya sempat bertanya kepada salah seorang peserta seminar ni yang baru join Shaklee dalam sebulan.

Komen beliau:

"Sekarang baru saya nampak jalan. Sebelum ni masih samar samar. Sekarang saya nampak jelas, rupanya inilah cara mudah untuk saya membina kekayaan. Baru saya jelas macam mana mereka ni semua dapat 5-6 angka sebulan. Saya lebih semangat untuk terus berjuang dalam bisnes Shaklee ini."

Bagi saya, inilah pentingnya untuk anda pergi berjumpa dengan mereka yang sudah berjaya. Belajar dari mereka macam mana mereka berjaya. Tiru apa yang mereka dah buat. Insya Allah, anda terpaksa berjaya seperti mereka.

Seronok Sangat Melihat Anak Bangsa Saya Berjaya

Frankly speaking, saya seronok sangat melihat kejayaan anak bangsa saya dalam perniagaan Shaklee ini. 

Cuba bayangkan, mereka bermula dengan pendaftaran RM65 dan ada jua yang mendapatkan pendaftaran secara percuma, kini mereka berjaya membina empayar perniagaan yang sangat besar sehingga mereka mampu mencapai pendapatan 4,5,6 angka dalam tempoh yang amat singkat. ( Average 3 tahun).

Dan yang lebih best, saya tengok mereka ini semuanya dahulu seorang yang biasa biasa sahaja. Ada yang dahulunya cikgu, supervisor, eksekutif, engineer dan ada juga yang bermula hanya dengan suri rumah.

Hari ini, hidup mereka totally change. Mereka sudah kaya dan berjaya. Bertakwa pula tu. Subhanallah.

Semoga suatu hari nanti, kami bakal menyusul menjadi hebat seperti mereka.

Peluang Hanya Datang Sekali

Buat anda diluar sana, saya sangat sangat menyarankan kepada anda untuk menceburi apa jua bidang perniagaan di luar sana. Anda perlu bertindak sekarang.

Jangan tunggu. Jangan bertangguh. Anda perlu bertindak. Bukan esok, bukan minggu depan, bukan bulan depan, bukan tahun depan, tapi SEKARANG... Ya Sekarang.

Tindakan kecil anda hari ini mungkin memberi perubahan hidup yang lebih besar satu hari nanti.

Tips & Motivasi Perniagaan Percuma

Jika ada di antara anda yang mahu tahu kisah kejayaan Maria dalam menjalankan perniagaan Shaklee ini, anda boleh download ebook percuma yang sudah saya tulis setebal 148 muka surat di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Wassalam

* Jika tidak keberatan, saya mohon anda LIKE Button di bawah ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada kisah inspirasi ini.

Bisnes Lebih Mudah Kalau Tahu Caranya !!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Anda yang melihat Maria buat bisnes, anda mungkin nampak Maria macam mudah ajer. Suddenly her life change. Yes, totally change. Syukur Alhamdulillah.

Namun, anda mungkin nampak Maria seperti anda melihat seekor itik yang sedang berenang di atas tasik. Anda nampak Maria di luar sahaja. Hakikatnya... Allah sahaja yang tahu.


Mudah? Anda melihat Maria mudah buat bisnes kerana anda melihat dari atas. Jika anda tengok dibawah air itu, kaki itik itu tanpa berhenti mengayuh, mendayung untuk maju ke hadapan. Kepenatan kaki itik ini tak ada siapa pun yang nampak. Hanya Allah yang tahu.

Kisah 2 Bulan Yang Lepas

Maria stuck dalam bisnes. Maria jammmm..... Dah tak boleh nak handle bisnes. Tak tahu nak buat macam mana. Maria berbincang dengan saya, masalahnya saya pun tak tahu nak buat macam mana. 

Sebab bisnes Shaklee bukan kepakaran saya. Tapi, syukurnya saya tahu short cut yang Dr Azizan kongsikan dengan saya semasa menghadiri kursus yang beliau anjurkan.

Shortcut nya, "Pergi cari mentor, tanya mereka apa yang perlu dilakukan. Mentor yang dah berjaya tu dah melalui kesusahan dan kepayahan yang sedang kita lalui. Mereka tahu apa yang perlu kita lakukan untuk menghadapi halangan pada waktu itu"

Syukur Alhamdulillah. Inilah salah satu sebabnya saya memilih untuk Maria buat bisnes Shaklee. Dalam bisnes ini ada ramai mentor yang sudi untuk membantu kami yang masih baru dalam dunia Shaklee ini. 

Dalam Shaklee sahaja, Maria ada 5 orang mentor. Maria boleh meminta pertolongan mereka at any time. Mereka semua dah expert. Dah 2-3 tahun berenang dalam dunia Shaklee.

Since mentor dah ada, kami mencari ilmu baru dengan bertemu dengan mentor kami. Kami kongsi masalah yang sedang kami hadapi.

For your info, bukan senang nak jumpa mentor-mentor yang hebat ini, mereka ni semuanya busy. Tapi, Alhamdulillah, bila dah jumpa date dan masa yang sesuai, kami buat appointment untuk jumpa mentor, Kak Ceri. 

Meeting selama 1 jam sahaja.

Walaupun beliau di KL, kami di Parit Buntar. Untuk mencari ilmu, kami sanggup meredah perjalanan ke KL hanya untuk bertemu dengan beliau. Jauh, penat, kos semuanya kami letak ke tepi.

Sebabnya, itulah harga yang perlu kami bayar untuk kami berjaya.


Presidential Master Cheri. Mentor utama kami dalam group Jutawan Shaklee. Beliaulah yang banyak berkongsi dengan kami rahsia untuk berjaya dalam Shaklee.


Maria sedang ber'talaki' dengan Kak Ceri. Banyak ilmu sedang disedut pada waktu ini. Orang pakar ni, memang hebat. Masuk aja bilik, terus tanya, "Apa masalah u?" 

Then..."Oh... ni senang aje. Buat macam ni... bla bla bla" 


Sedang buat perancangan untuk Maria selama 3 bulan. Baru nampak apa yang tak nampak sebelum ini.

Kesan Pertemuan Dengan Mentor


Akhirnya, pengorbanan kami terbalas. Berjaya naik satu ranking lagi dalam Shaklee. Key Coordinator. Ini pangkat ke 5 daripada 7. Sket lagi.

Alhamdulillah, peningkatan yang sangat memberangsangkan. Semuanya hasil tunjuk ajar daripada mentor yang hebat.

Kesan Terhadap Bonus

Actually, rasanya tak molek kami menceritakan bonus bulan September yang lepas. Cuma, yang saya boleh kongsikan dengan anda, perbezaan bonus bulan Ogos dengan bulan September adalah sebanyak 5 angka. 

Alhamdulillah, bonus Maria bersama Shaklee sekarang sudah mencapai 5 kali ganda berbanding gaji semasa kerja di Silterra dahulu.

Yang seronoknya pastilah saya. Sekarang, bila shopping Maria dah tak minta duit saya dah. Semua guna duit sendiri sahaja.

Hehe.....Syukur.

Pengajaran

Bagi saya, ada dua pengajaran penting yang ingin saya kongsi dengan anda:

1) Kalau ada tempat untuk 'menadah ilmu', ada mentor yang sedia membantu, carilah mereka. Mungkin itulah jalan 'short cut' yang anda cari selama ini. Mungkin ia akan menyelesaikan masalah anda 

2) Jika nak  buat sesuatu bisnes, buatlah bisnes yang ada mentor yang sudi membantu. Insya Allah, lebih mudah untuk anda berjaya jika ada mentor yang boleh tunjukkan jalan buat anda.

Semoga kisah ini memberi sedikit pengajaran buat kita semua.

Wassalam.

MOTIVASI USAHAWAN TERBAIK !!!!!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Seperti mana yang anda tahu, saya seorang businessman. Saya TERSANGAT suka dengan business. Bisnes is part of my life.

SAYA AMAT MENCINTAI orang yang suka buat BUSINESS. Saya teringin sangat melihat anak bangsa saya menjadi orang kaya dan berjaya. Dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat menambah nilai hidup orang lain. 

Jika ada mana mana produk, servis atau info yang bagus untuk saya kongsikan dengan anda. Pasti saya akan kongsikan di blog ini. Saya mahu lebih ramai yang mendapat manfaat. Even saya tak untung apa pun dengan berkongsi produk, servis, info orang lain, tapi saya mahu mencari 'pencen kubur' buat diri saya.

Mungkin ada apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada pembaca, atau pun kepada mereka yang berniaga secara tidak langsung. Mudah mudahan, usaha kecil saya ini dapat menjadi 'spot light' di kubur nanti.

Memperkenalkan Blog : NotaUsahawan.Com

Saya ada seorang sahabat di Facebook. Suhili Nain. Beliau merupakan seorang guru, seorang penulis dan usahawan internet separuh masa.

Seperti yang saya katakan, saya suka orang yang suka menambah nilai hidup orang lain. 

Saya selalu follow kata kata motivasi daripada beliau di Facebook. Sangat bagus. Sungguh memberi inspirasi. Dan yang paling saya suka dengan beliau, beliau banyak memberi hadiah percuma kepada para pembaca.

Bagi anda yang nak tahu sedikit sebanyak mengenai beliau, anda boleh melayari blog beliau iaitu www.notausahawan.com


Blog beliau sangat-sangat informative. Ringkas, tapi info infonya sangat bermanfaat. Jika berkesempatan, sila layari blog beliau.

Mengapa Saya Suka Baca Blog Beliau?

The main reason, sangat banyak info yang bermanfaat. Banyak tips yang berguna untuk kita pelajari. Dan ianya percuma.

                       

Cuba anda baca tajuk tajuk yang terdapat dalam blog beliau. Sangat sangat bermanfaat. Cuba anda klik satu dua tajuk dan baca, mesti best.

Projek Terbaru : FB Group Nota Usahawan

Sekarang ini, beliau dah mula buat Facebook Group NotaUsahawan.Com. Beliau mahu berkongsi lebih banyak ilmu dan motivasi perniagaan di group berkenaan. Saya dah join group itu. Memang best. Free sahaja. Tak perlu bayar pun.

Yang lagi best, beliau bagi hadiah lagi kepada mereka yang join group ini. Ini yang saya jeles ni. Beliau berikan Hadiah Ebook : Bagaimana Buat Duit Di FB Tanpa Fanpage. PERCUMA pulak tu.


Macam mana nak dapatkan EBOOK PERCUMA ni?  Senang saja, anda perlu join FB group beliau. Then, download secara percuma di situ. 

Di sini juga beliau berkongsi tips dan info kewangan secara percuma.


Saya dah beri info yang sangat bermanfaat ini kepada anda. Saya mahu lebih ramai yang dapat manfaat daripada apa yang beliau sampaikan. Mudah mudahan, beliau yang tulis saya pun dapat pencen kubur jugak.

Sekarang, sebelum anda join group tu. Can you please do me a favour, please LIKE Facebook Button di bawah ni. Satu klik dari anda mungkin memberi manfaat kepada orang lain.

So.... Jom ramai ramai LIKE.

MRSM Taiping Dalam Kenangan

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya merupakan bekas pelajar MRSM Taiping. Saya belajar di situ pada tahun 1997/1998.

Sejujurnya, jika anda bertanya kepada saya, dimanakah tempat belajar paling best sepanjang hidup saya?

Saya akan jawab. "MRSM TAIPING".

Di sinilah tempat kehidupan saya berubah.

Di sinilah tempat saya mengasah pelbagai bakat saya. Bakat kepimpinan, bakat bercakap di depan khalayak, bakat berlakon dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti yang diaturkan oleh pihak maktab ternyata memberi kesan dalam kehidupan saya hari ini.

Terima kasih MRSM Taiping. Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk belajar di MRSM Taiping. 

Bagi saya, ia antara MRSM terbaik di Malaysia.

Panggilan Telefon Dari Penolong Pengetua

Baru baru ini, saya menerima panggilan telefon daripada penolong pengetua MRSM Taiping.

"Haji Firdaus, apa khabar? Lama saya tak jumpa kamu?"

"Baik cikgu. Macam ni cikgu, esok saya ke maktab. Kita pergi lunch sekali."

Keesokannya, saya terus ke MRSM Taiping. Sekitar jam 12 tengah hari, saya tiba di maktab dan bertemu dengan penolong pengetua untuk kami lunch bersama.

Bagi saya mudah. Saya berjumpa dengan penolon pengetua dan bertanya, 

"Apa yang saya boleh bantu untuk tambah nilai hidup adik adik di MRSM Taiping?"

Banyak yang saya boleh bantu. Banyak yang saya boleh kongsikan dengan para pelajar ini.

Setelah berbincang, Insya Allah. Saya bersedia untuk menyumbang sesuatu kepada adik adik di MRSM Taiping nanti.

Apa pun, saya kongsikan dengan anda sedikit gambar MRSM Taiping sekarang ini. Dah banyak berubah. Mungkin ada di antara anda yang bekas pelajar MRSM Taiping, dah lama tak melawat MRSM Taiping.

So, gambar gambar ini saya kongsikan dengan anda untuk anda lihat tempat kita jatuh bangun dahulu.


Pintu gerbang MRSM Taiping. Kali pertama saya melalui pintu gerbang ini adalah pada tahun 1988. Iaitu ketika abang saya masuk ke MRSM ini. Bermula dari waktu itulah saya berazam untuk masuk MRSM Taiping. Alhamdulillah, tahun 1997 impian saya tercapai.


Pintu masuk MRSM Taiping yang dah berubah. Di sebelah kanan adalah bangunan pejabat yang baru.


Setiba di MRSM Taiping, terus berjumpa dengan Tuan Haji Khairul Anuar. Bekas guru saya dahulu. Kini sudah menjadi Penolong Pengetua di MRSM Taiping.


Bangunan Dewan Besar yang cantik, besar dan tersergam indah di tempat kita semua berhimpun dahulu.


Surau MRSM Taiping.


Setiba di pejabat, saya terlihat majalah maktab MRSM Taiping 2012. Saya pun membuka majalah ini.


Tiba tiba, saya terjumpa..... Taraaaa........ Baru saya teringat, dulu pihak maktab ada meminta sumbangan untuk majalah maktab. Sekali gambar saya sekeluarga ada dalam majalah maktab. Actually saya cakap tak perlu masuk pun gambar ni. Alah, tak seberapa pun. Tapi, cikgu letakkan juga. Terima kasih cikgu. Saya gembira untuk memberi dan saya gembira untuk menerima.


Bangunan pejabat. Di sinilah pejabat pengetua, bilik guru dan pihak pengurusan.



Jalan ke surau yang kini sudah berbumbung.


Surau MRSM Taiping yang kini sudah besar. Tak lagi macam dulu.

Semasa di MRSM saya sempat berjumpa dengan beberapa bekas guru saya. Antaranya, Pn Asriyah, Puan Chan Kam Lim, abang abang makmal, akak akak dewan makan.

Mereka masih lagi mengenali saya. Terharunya.

Insya Allah, 7 November 2013 ini saya akan ke MRSM Taiping untuk berkongsi dengan adik adik Kursus Pembudayaan Keusahawanan.

Saya ada slot selama 8 jam bersama mereka. Semoga sedikit usaha saya ini dapat memberi impak yang besar dalam hidup mereka.

Wassalam.

* Jika ada di antara anda yang berminat untuk membaca pengalaman hidup saya ketika di MRSM Taiping dahulu, pengalaman saya semasa saya belajar dahulu, anda boleh membacanya di www.rahsiapelajarcemerlang.com



Dulu Lawyer ! Sekarang Terpaksa Berhenti Kerja

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya mendapat feedback daripada pembaca blog saya, mereka mengatakan mereka suka cara saya posting. So inspiring. Alhamdulillah, niat saya dari dahulu hanyalah satu.

Saya mahu melihat anak bangsa saya berjaya. Saya mahu membantu mereka sekadar yang saya mampu. Saya tak mampu nak ubah dunia, saya tak mampu nak ubah negara, tapi saya mungkin mampu membantu seorang dua daripada anda untuk memajukan dan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Jika sehari 4000-5000 pembaca blog ini yang membaca, ia memberi kesan dan mengubah hidup 2 orang sahaja. Syukur Alhamdulillah. Saya dah gembira.

Itulah pencen kubur saya. Segala perubahan hidup mereka insya Allah akan sedikit sebanyak memberi spotlight kepada saya di kubur nanti.

Hari ini, saya nak share dengan anda satu lagi kisah yang sangat best. So inspiring. Saya nak share dengan anda perubahan hidup seseorang daripada hidup biasa biasa, tiba tiba hidup dah huru hara. Tiba tiba hidup dah jadi seorang yang luar biasa.

TERSANGAT LUAR BIASA !!!!!!!!

Saya bertemu dengan beliau baru first time. Tapi, nama beliau agak famous di alam maya Shaklee ini. 

Memandangkan hari Sabtu yang lepas, pihak Shaklee mahu membuat majlis penghargaan kepada beliau di atas kejayaan beliau dalam bisnes Shaklee, saya yang dari Parit Buntar pun sanggup datang ke KL. Semata mata nak dengar sendiri perkongsian daripada beliau, rahsia bagaimana beliau berjaya dahulu.


Welcome to Master Coordinator Celebration. Bertempat di Prince Hotel, Kuala Lumpur.


Setiba di ballroom, saya terkejut. What had happen? Kenapa bising sangat bunyi wisel. Rupa rupanya pihak penganjur memberikan wisel kepada setiap anak anak yang hadir. Apa lagi, bising gila bunyi budak budak tiup wisel. 

Nak buat macam mana, dalam group ni. Dah temanya, "Family First". So, anak anak mesti diceriakan sentiasa. Jangan tinggal anak di rumah masa keluar buat bisnes.


First, kami makan lunch dahulu secara buffet. Lauk lauknya, superb. Memang sedap.


Tempat duduk tidak disediakan. So, saya dan Maria duduk di atas lantai sahaja.


Semua hadirin duduk makan di mana sempat. Yang penting boleh makan.


Bisnes Partner Maria. Seorang System Analyst di Sapura. Baru sangat buat bisnes Shaklee, dah dapat 4 angka bonus sekarang ni secara konsisten setiap bulan.


Gambar ballroom sebelum majlis bermula.


Anak anak mengambil tempat di atas pentas. Ini bukan dalam perancangan ok. Tiba tiba, anak saudara saya ni lari naik atas pentas dan buat tarian break dance pulak. So free show. Hehe.


Bila dah sorang naik pentas, apa lagi. Huru haralah. Farees pun turut melompat naik ke atas pentas.


Nasib baik sikecik ni tak boleh jalan lagi. Kalau tak dia pun dah melompat atas pentas tu.


Program bermula. Perarakan masuk para Master Coordinators, iaitu mereka yang dah berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam bisnes Shaklee ini. Ini Master Eha. Bertudung labuh. Sejuk hati saya tengok barisan Muslimah dalam group Jutawan Shaklee ni.
 
Cara pemakaian mereka, memang tersangat sangat sederhana. Bagi mereka, kekayaan bukan untuk ditunjuk-tunjuk. 


Ini pun mentor Maria jugak, Master Ira. Baru berusia 28 tahun. Tengok suami dia, tawadduk sahaja. Berkopiah walau di mana sahaja.


Inilah pengasas group Jutawan Shaklee, Presidential Master Ceri. Seorang jutawan, tapi tetap bertudung labuh dan sangat bersederhana dalam kehidupan.


Ini pula seorang lagi mentor Maria, Master Laila. Fly all the way from Sabah.


Ini pulak Master Ifa. Bertudung labuh, berpurdah. Seorang lagi Jutawan Muslimah.


Last but not least, insan yang baru pertama kali saya melihat mereka berdua ini. Master Zura dan Malik. Tersangat muda. Baru berusia 30 tahun.


So, majlis bermula.


Perkongsian  dan ucapan aluan daripada Regional Director Shaklee Malaysia, Mr Victor.


Perkongsian daripada Master Laila. Beliau berkongsi rahsia bagaimana Zura boleh berjaya dalam bisnes Shaklee. Beliau adalah mentor kepada Zura. Sekarang juga beliau adalah mentor kepada Maria. Hehe... Sooner or sooner Maria pun akan jadi macam Zura. Insya Allah.

Yang bestnya, Master Laila berkongsi yang Zura pernah menipu beliau. Dahulu Zura yang merupakan seorang lawyer telah berjanji yang beliau tak akan berhenti kerja. Buat Shaklee pun suka suka saja.

Tapi, selepas 2 tahun. Zura terpaksa berhenti kerja. Dah berhenti kerja, berhenti diam diam pulak tu. Takut Kak Laila 'marah'. Hehe... 

Berhenti kerja tu nak buat macam mana, dah terpaksa. Sebab income dari Shaklee dah berkali-kali ganda daripada gaji masa jadi lawyer dulu. Terpaksa lah berhenti kerja.


Mentor kami yang kami sayangi, Master Ceri. 


Hadiah daripada anak didik kepada Zura.


Ini perkongsian daripada beliau faedah faedah yang beliau dapat setelah menjadi Master Coordinator.


After all, on average. This is the annual income for Master Coordinator. Ini kira sedikit la. In actual, they are earning more than this.


Gambar kenangan Master Zura dan suami selepas menerima anugerah dari pihak Shaklee.


Himpunan para mentor di atas pentas.


Kenangan beliau bersama Shaklee. Perjalanan dari bawah sehingga ke atas.


Antara convention yang beliau hadiri.


Presentation dari Shaklee


Akhirnya, inilah masa yang ditunggu tunggu. Master Zura meluahkan perasaan di atas pentas. Berkongsi pengalaman bagaimana beliau mengubah kehidupan dari seorang lawyer kepada seorang businesswomen yang hebat dan berjaya.


Cer cari, di mana Master To Be Maria duduk? Khuysuk aje cik kak tu. Mungkin sedang terbayang dia yang duduk atas pentas tu. Tak per, that's The Power Of Visualitaion. 

Apa yang anda fikir, apa yang anda ingat, apa yang anda rasa, apa yang anda cakap, apa yang anda tulis, itu yang anda akan dapat. May you dream come true my dear.


Perbezaan dulu dan sekarang. Berkongsi pengalaman semasa berkerja dan semasa buat bisnes. Hidup dan berubah.


Tersangat seronok mendengar perkongsian daripada Master Zura.


Antara hadirin yang hadir pada hari itu.


Ballroom dewan yang sangat besar dan sangat selesa.


That's the secret. 'I'm Possible'.


Gambar kenangan bersama usahawanita yang lain.


Bertemu salah seorang peminat saya. Hehe.. Peminat la sangat. 

Tiba tiba, tiba tiba.... tiba tiba...... Ada orang tegur saya. "Abang, abang la yang tulis buku Ebook Sorry Boss! Saya Terpaksa Berhenti Kerja kan?"

Saya tanya dia, "Macam mana kenal saya. Dalam buku tu saya dah guna nama samaran, bukan nama saya yang sebenar dah."

"Saya perasan gambar abang dalam buku tu. Ni gambar abang kan." 

Sambil beliau tunjukkan buku ebook melalui telefon beliau yang menunjukkan gambar saya dan Maria.

"Bang, terima kasih tulis buku tu bang. Best sangat saya baca. Memang membuka minda saya la bang,"

* Kalan anda nak baca ebook tu, anda boleh dapatkan di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria


Tiba tiba di dalam dewan kecoh. "Boommmmmm" Satu letupan kecil dan dipenuhi dengan kertas bergemerlapan yang jatuh dari atas selepas upacara memotong kek atas kejayaan Master Zura dalam perniagaan beliau.


So to happen, semalam adalah hari lahir anak beliau. So, ada upacara potong kek birthday sekali.


Maria ambil berkat dari Master Zura dan Master Wan. So, the next master will be Master Maria. Hehe.. Insya Allah. Amin.


Dari kiri, Master Affni, Master Maria, Master Ceri dan Master Yatie. Aminkan ajer lah.


Para suami yang hadir dan memberi sokongan kepada para isteri. Machoman Yusri, Machoman Arham, Machoman Firdaus, Machoman Hafiz.


Dok bayang ni.... Program sebegini untuk kami pula lepas ni. Insya Allah tahun hadapan. Master Coordinators Celebration Maria Firdaus.


Taraaaa..... Mohon para pembaca doakan kejayaan kami berdua ya. Master Coordinators Maria Firdaus. The time will come. Sooner or sooner. Target November 2013. Insya Allah.

Semasa di sana, kami terkejut mendengar berita ini. Master Celebrations ini dibuat untuk mereka yang berjaya mencapai tahap master dalam Shaklee. Biasanya, mereka yang komited buat akan dapat jadi Master dalam tempoh 2 tahun. Bagi yang slow sket, ambil masa 3-4 tahun.

Kami dimaklumkan, Shaklee memberi peluang kepada master ini untuk memilih sendiri di hotel mana celebration ini hendak di adakan. Berapa tetamu yang mahu hadir. Apa tentatif program yang hendak dijalankan. Apa menu yang hendak disediakan kepada tetamu. Nak buat event untuk lunch, tea time atau dinnner. 

Semuanya diberikan kebebasan kepada master itu untuk membuat pilihan dan memberi cadangan kepada pihak Shaklee.

Yang lebih best, semua kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Shaklee. Master tidak perlu mengularkan wang satu sen pun. 

Wawwww.... Tergamam seketika.

Sebelum pulang, kami sempat berjumpa dengan mentor kami. "Ok Maria dengan Firdaus, please plan for your celebration next year."

"Sabar kak, kami belum master lagi ni."

Huhu..... Berderau rasa bila dikhabarkan begitu. Terasa masanya dah dekat sangat. Allahuakbar.

Saya terasa macam nak bawa  ANDA SEMUA. PARA PEMBACA BLOG MARIA FIRDAUS. Kalau boleh, saya nak kongsikan dengan anda semua. Kisah kejayaan kami berdua secara LIVE. Dari hati ke hati. Pada waktu itu, barulah anda tahu bukan senang rupanya nak berjaya.

Mungkin waktu itu, kita boleh buat GATHERING PEMBACA BLOG MARIA FIRDAUS. Free pulak tu. Anda yang datang pun tak perlu bayar. Sedang difikirkan. Macam best jerkan kalau boleh buat macam ni.

Anda boleh jumpa saya sendiri in person.

Semoga Allah kabulkan impian kami ini. Impian untuk memberi inpsirasi kepada orang lain untuk lebih kaya dan berjaya. Amin.

Ada tak yang nak hadir program saya nanti? "Dari Engineer !! Sekarang Terpaksa Berhenti Kerja" versi Maria Firdaus pulak.

Kepada yang nak hadir, cer Klik "LIKE". Kalau ramai yang klik, maksudnya ramai la berminat nak hadir. Program di Kuala Lumpur ok. Masa tahun depan. Akan ditentukan kemudian. Sebabnya....

Sekarang, kami sedang berjuang untuk naik Master Coordinator. Semoga kami berjaya mencapai apa yang kami impikan.

Cer "LIKE" sket, nak tengok berapa orang nak join program celebration kami nanti.

Wassalam.

Maria Firdaus
Together Forever.....

BANJIR MADINAH 2013 MENYAKSIKAN JASAD PARA SAHABAT NABI TIMBUL MASIH UTUH BERDARAH

$
0
0

BANJIR MADINAH 2013 - JASAD PARA SAHABAT NABI TIMBUL MASIH UTUH DAN BERDARAH | Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah beberapa ribu tahun.
Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

Sila Tekan LIKE Button Di bawah jika anda mahu sebarkan kepada rakan rakan anda yang lain.

Lawatan ke Tapak Reban Ayam

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya berkesempatan untuk melawat tapak reban ayam di Kolumpang, Tanjung Malim.

Ada satu customer yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ayam daging dan meminta saya untuk buat site visit di tapak reban ayamnya.


Kawasan ini terletak di kawasan hutan.


Bestnya kawasan ini. Udaranya nyaman. Kalau buat reban, insya Allah. Untung  besar.


Di sinilah cadangan tempat untuk bina reban ayam itu. Perlu dilevelkan dahulu.


Jalan masuk ke tak reban.


Pelan reban ayam. Dua unit reban ayam yang akan dibina di tapak reban ini.

Saya doakan semoga usahawan ini berjaya dalam lapangan yang ingin diceburi.

Wassalam

Marketing Strategy Terbaik !!!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya tak pasti jika anda dah tengok iklan ni belum. Ia adalah iklan. Simple, sangat best. Adakalanya, dalam bisnes kita perlu berfikir di luar kotak. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.



Wassalam.

Fun Time With Farees

$
0
0
Assalamualaikum,

Semasa saya di Kuala Lumpur hari itu, seperti  biasa saya bawa Farees untuk main-main di Jaya Jusco AU2 Taman Keramat.

Sekadar nak bagi Farees seronok. Sebab di Parit Buntar memang kami jarang ke tempat tempat macam ni. Di keramat, belakang rumah Maria aje.


Acara wajib. Main excavator.


Apa nama mainan ni, saya pun tak tahu.


Throw the ball into the hole. Satu pun tak masuk. Ape la Farees ni. Hehe...


Throw the ball into the goal. Haa.. yang ni banyak masuk.


Aduh Farees... kenape la kau gi main masak masak....


Ini barulah mainan orang lelaki. Sliding and ball..


Bergayut di tali. Masa ambil gambar, jatuh pulak Farees.


Farees naik kereta pulak.


Making his tower.


Sampai berdiri atas meja. Nak susun bagi tinggi.

Semoga Allah menjadikan anakku, anak anak yang sihat, berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Amin.

Wassalam

Mastermind Group Coaching With Dr Azizan Osman Di Shah Alam

$
0
0
Assalamualaikum,

Semalam, hari Rabu 30 Oktober 2013 saya ke Shah Alam. Saya ada Mastermind Group Coaching bersama Dr Azizan Osman bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Bermula jam 9.00 pagi sehingga 1 petang.

Secara dasarnya, pertemuan kami ini adalah sekadar Dr nak cek balik apa yang kami dah buat selepas pulang dari Seminar Jutawan Industri 1 bulan yang lepas.

Action item yang diberikan kepada kami semua adalah buat buku. Kami semua di suruh buat perkara perkara asas untuk berjaya misalnya Online Presence.

Kalau kami nak berjaya sebagai Industry Expert, kami perlu 'tonjolkan' expertise kami di blog dan Facebook menggunakan konsep sharing.


Cantik tempat ni. DAO pilih buat disini sebab dekat dengan rumah beliau. Senang sket beliau nak keluar masuk rumah. Hehe.


Habis program, semua orang dah keluar dewan. Tinggal beberapa orang lagi yang ada dalam dewan. Apa lagi, saya terus pergi ambil gambar di tempat keramat. Hot Seat. Ambil berkat. Semoga suatu hari nanti impian saya nak naik atas Hot Seat akan tercapai.

Untuk anda yang tak tahu, Hot Seat adalah tempat dimana Doktor Azizan akan panggil beberapa pelajar beliau yang dah berjaya dalam perniagaan untuk naik ke pentas dan berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan para peserta program.

Naik ke atas pentas adalah satu penghormatan buat bekas para pelajar DAO. Ini menunjukkan mereka dah berjaya. Berjaya apply semua teknik yang DAO ajarkan dalam seminar sebelum itu.

Sessi Master Mind Group Coaching

Semasa coaching ini berlangsung, kami diberi peluang untuk bertanya soalan atau berkongsi apa yang kami dah buat selepas tamat IJI dalam tempoh sebulan yang lepas.

Saya berdiri. Berdebar debar jantungku ini. Bukan senang. Nak bercakap dengan DAO ni.

Tapi, satu perkara yang saya lakukan. Saya share dari hati. Just share. Tanpa ada skrip. Sebab kalau ada skrip nanti akan jadi skema. Terikat dan bukan dari hati.

Saya berkongsi dengan para peserta yang lain apa impak selepas saya buat konsep sharing di blog. Apa impak selepas saya buat ceramah. Apa impak lepas saya tulis ebook dan berikan secara percuma kepada orang lain.

Saya berkongsi melalui teknik ini, saya tidak lagi perlu mencari customer. Sebaliknya customer yang mencari saya.

Saya berkongsi berdasarkan apa yang DAO suruh kami buat dan kesan terhadap perniagaan. Dan yang best, DAO suruh saya submit manuskrip Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang kepada Richwork. Sekiranya melepasi tahap yang mereka benarkan, ia akan diterbitkan oleh mereka dalam bentuk buku fizikal.

Wawww.... That's amazing. Niat saya hanya satu, saya mahu Ebook ini dibaca oleh lebih ramai orang lain. Ia dibaca agar dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Agar dapat membantu anak bangsa saya untuk lebih berjaya.

So, malam tadi saya dah emel manuskrip ebook ini kepada pihak Richworks. Now masa untuk berdoa. Bagi saya, jika ia dijual secara Ebook. Keuntungan pastinya akan lebih tinggi.Tapi jika diterbitkan, ia akan menjadi lebih eksklusif. Sebab ia berbentuk buku fizikal. Ia akan membawa nama mariafirdaus.com.my ke dalam buku itu.

Selepas Habis Perkongsian

Ada beberapa orang peserta yang datang berjumpa saya. Bertanya bagaimana cara menulis ebook. Bagaimana nak memasarkan ebook. Saya berkongsi dengan mereka seadanya.

Semoga ia memberi manfaat dan dapat menambah nilai hidup mereka yang lain.

Apa yang lebih best, sebelum saya pulang. Sempat berjumpa dengan Jerry. "Aqram, ambil nombor phone abang ayam ni. Nanti interview dia buat testimoni."

Huhu... Ini satu penghormatan buat saya jika ia benar benar berlaku.

Walau apa pun, saya berazam mahu melakukan yang terbaik dalam bisnes saya dan Maria lepas ni. Insya Allah, many more to come. Mahu lebih memberi, mahu menambah nilai hidup orang lain, mahu menyelesaikan masalah orang lain.

Semoga ia menjadi pencen kubur buat saya kelak.

Wassalam

Mengalir Air Mataku Mendengar Ceritanya !!!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari Ahad yang lepas, saya ada di Kuala Lumpur. Menghadiri Program Magic Aura Shaklee di Kelab Sultan Sulaiman.

Di sebelah petang, di penghujung program ada perkongsian yang sangat hebat. Saya yang pada mulanya duduk di belakang. Tiba tiba terdiam mendengar perkongsian daripada seseorang.

Sebelum perkongsian di mulakan. Saya hairan mengapa pengerusi majlis hampir mengalirkan air mata semasa mahu menjemput adik ni untuk berucap. What is soo special about this young lady.

Suasana menjadi sebak seketika. Zahirah yang menjadi MC ketika itu tidak dapat meluahkan kata kata lagi. Terus diserahkan microphone kepada adik kecil molek ini..


Mula sahaja Ayu berkongsi. Seluruh dewan senyap sunyi seketika. Semua mendengar dengan khusyuk termasuk saya.

Ayu, berasal dari kawasan pedalaman di Sarawak. Berusia 24 tahun. Susah, peritan, air mata, tak cukup wang, menderita, dicemuh, diperli sentiasa menemani perjalanan hidup beliau. Beliau bukan orang senang. Beliau bukan orang susah.

Tetapi, kehidupan beliau SANGAT SUSAH.

Cuba anda bayangkan, beliau tinggal di kawasan pedalaman Sarawak, hanyalah seorang suri rumah. Tak tahu nak buat apa, tiba tiba buat bisnes Shaklee.

Allah Allah. Apa yang akan saya kongsikan merupakan sesuatu yang tak mampu kita semua lakukan.

Inilah yang dikatakan perjuangan. Perjuangan untuk mengubah kehidupan. Dari hidup susah, akhirnya berjaya hidup dengan lebih selesa.

Ini Kisah Beliau : Senior Coordinator Ayu

Ayu berasal dari sebuah kawasan pedalaman di Sarawak. Ayu berusia 24 tahun. Beliau bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Pelajaran pun setakat Tingkatan 5 sahaja. Beliau berhenti belajar bukan sebab tak pandai, tapi disebabkan jodohnya datang awal.

Selepas kahwin beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Masa mula mula kahwin, mereka hidup susah. Husband beliau pun pada waktu itu kerja biasa biasa sahaja. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas akhirnya suami Ayu diterima masuk untuk sambung belajar di UPSI bagi menjadi seorang guru.

Di kampung halaman, Ayu hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Beliau mengandung. Ditakdirkan Allah, beliau mendapatkan produk Set Bersalin Shaklee daripada Kak Ira. Beliau kenal Kak Ira pun hanya melalui internet sahaja. Langsung tidak pernah berjumpa.

Di sinilah beliau mula membaca kisah Kak Ira yang menjalankan perniagaan Shaklee. Beliau menyatakan minat kepada Kak Ira untuk cuba buat bisnes Shaklee.

"Kak Ira, saya nak buat bisnes Shaklee la. Saya dah guna set bersalin dan menyusu, saya rasa sangat berkesan. Kalau saya nak jadi agen Shaklee macam akak, boleh tak?" Ayu bertanya kepada Kak Ira.

"Kalau nak join Shaklee boleh, pendaftaran berharga RM65. Atau Ayu boleh beli barang berharga RM650, nanti Ayu dapat free membership" Kak Ira membalas.

"Kak, saya tak ada duit sekarang ni. Macam mana saya nak buat bisnes Shaklee ni?" Ayu memaklumkan kepada Kak Ira dalam kesedihan.

Melihat keadaan ini, Kak Ira membantu untuk memudahkan Ayu menjalankan perniagaan Shaklee ini. Kak Ira minta Ayu mencari pelanggan produk Shaklee bernilai RM650 terlebih dahulu. Kemudian, Ayu akan mendapat free membership. Kiranya, Ayu akan memulakan perniagaan tanpa sebarang modal. Guna modal orang lain sahaja.

Di sinilah segalanya bermula. Ayu sangat susah pada waktu itu. Beliau tidak ada laptop sendiri. Di rumah, Ayu terpaksa berebut laptop dengan suaminya. Suaminya pula sibuk dengan tugasan dan asignment sebagai seorang guru.

Nak ditambah cerita, internet pun mereka tak ada di rumah. So, ada kalanya mereka 'tumpang-tumpang' wifi dari sekolah yang terletak bersebelah dengan rumah mereka.

Ayu mula menjalankan perniagaan Shaklee menggunakan Facebook.

Ayu terpaksa create account FB  yang baru sebab beliau malu. Malu kepada ahli keluarga dan kawan kawan yang memandang rendah kepada beliau kerana tidak menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Beliau malu kalau saudara maranya tahu beliau dah buat bisnes.

Dari bawah beliau bermula. Tanpa mengenal erti jemu. Beliau memberikan segalanya untuk memperkembagnkan bisnesnya.

Ada kalanya, akibat wifi di sekolah di tutup, beliau terpaksa pergi ke cyber cafe di kampungnya. 2 jam sekali beliau akan ke cyber cafe. 2 jam sekali beliau akan ke cyber cafe. Anaknya yang masih kecil ditinggalkan kepada ibunya di rumah. Ayu ke CC sebab nak update status Facebook. Ayu ke CC sebab mengharapkan ada sorang dua customer yang PM nak order barang daripada beliau.

Jika ada rezeki hari itu, adalah. Jika tidak, Ayu perlu menunggu pada hari esok pula.

Semua ini terpaksa dilakukan bagi memulakan bisnes Shaklee. Allahuakbar. Sampai begitu sekali Ayu sanggup buat untuk mengubah kehidupan.

Pada Peringkat Awal Menjalankan Perniagan

Semasa memulakan bisnes Shaklee ini, Ayu tanya Kak Ira, "Kak, bulan ni Ayu nak bonus RM100 sahaja. Apa yang Ayu nak kena buat?"

Kak Ira berkongsi apa yang perlu dilakukan untuk nak dapat bonus RM100.

Pulun punya pulun, bulan pertama Ayu dapat bonus dari Shaklee sebanyak RM100. Kak Ira share dengan Ayu yang Kak Ira pada waktu tu dapat bonus RM1600. Mengalir air mata Ayu.

Seumur hidup Ayu, itulah kali pertama beliau merasai duit hasil titik peluhnya sendiri. Perjuangan selama sebulan tetapi hanya memperoleh RM100 cukup memberi erti yang besar kepada Ayu.

RM100 mungkin kelihatan kecil buat kita. Tapi amat besar nilainya buat orang susah seperti Ayu.

Duit bonus bulan pertama Ayu belanja suami dan emaknya.

Semasa beliau berkongsi, air mata beliau mengalir. Air mata saya pun berlinangan. Ayu sangat bersyukur pada waktu itu. Beliau bersyukur dengan RM100 yang Allah berikan itu.

Sebelum itu ibu Ayu selalu sindir Ayu di rumah, "Tu la, dulu mak suruh sambung belajar tak nak. Kan dah susah sekarang."

Keadaan bertambah parah bila Ayu duduk di rumah dan selalu pula berfacebook. Sebenarnya, emaknya tak faham melalui Facebook itulah Ayu buat bisnes Shaklee.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan kini sudah lebih setahun Ayu berjuang dalam bisnes Shaklee. Kehidupan beliau sekarang dah berubah.

Sekarang ibu Ayu sangat bangga dengan Ayu. Jika dulu bila orang tanya Ayu buat apa, ibu Ayu malu. Malu kerana Ayu hanya duduk di rumah sahaja.

Sekarang ibu Ayu dengan bangganya cakap, "Ayu sekarang duduk rumah saja. Tapi Ayu buat bisnes online."

Alhamdulillah, sekarang Ayu sudah memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Dah berbelas ribu Ayu dapat sebulan. Ya, inilah perjuangan dalam mengubah kehidupan.

Semuanya hanya melalui bisnes Shaklee secara online menggunakan Facebook sahaja.

Kisah Ayu sangat memberi motivasi dan inspirasi kepada saya. Dan memberi inspirasi kepada semua yang mendengarnya.

Ayu menasihatkan kami semua untuk banyak bersabar. Teruskan berusaha dan jangan berhenti. Susah macam mana pun, teruskan juga. Kesusahan yang orang lain hadapi tak sesusah kesusahan yang Ayu hadapi.

Insya Allah, Ayu sekarang dalam proses mencipta rekod dalam Shaklee sebagai Master Coordinator termuda. Insya Allah, pada usia muda sekarang, saya rasa Ayu tak jauh dari mencapai apa yang beliau impikan.

Pada waktu itu, insya Allah pendapatan beliau sekitar RM30k-RM50k sebulan.

Kami yang mendengar perkongsian Ayu semuanya tersentap. Apa lagi alasan yang hendak kami berikan. Kami semua mempunyai laptop sendiri. Di rumah ada internet. Di telefon ada internet. Semuanya dah tersedia.

Yang membezakan Ayu dan orang lain adalah semangat kental dalam diri Ayu yang tidak pernah berputus asa.

Saya rasa, kalimah penutup Ayu yang menyentapkan kami semua. "Kejayaan itu tak semestinya semata mata sebab ada sijil"

Yes, tersangat betul. semua orang boleh berjaya kalau kita memilih untuk berjaya. Kalau Ayu, seorang yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak mampu melakukannya, apa lagi alasan kami untuk tidak berjaya sepertinya.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada kita bahawa, "Untuk berjaya, kita mesti rajin berusaha. Berikan 100% komitmen. Insya Allah, pasti berjaya."

Saya tidak mengenali Ayu in person. Sebelum pulang, saya berjumpa dengan beliau dan mengucapkan tahniah kepada beliau. Mana mungkin saya tidak ucapkan tahniah kepada insan sehebat Ayu.

"Ayu, saya ucapkan tahniah kepada Ayu. Saya doakan agar Ayu berjaya dalam Shaklee. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat."

Itu doa yang ikhlas dari saya kepada beliau.

Saya benar benar mahu melihat beliau berjaya mengubah kehidupan keluarganya. Saya benar benar mahu melihat beliau berjaya sebab saya mahu beliau buktikan kepada orang ramai bahawa nak berjaya tak semestinya mesti ada sijil.

Sama samalah kita doakan Allah mudahkan urusan beliau dalam perniagaan yang beliau jalankan. Tolong yer kawan kawan. Doakan kejayaan Ayu. Walaupun saya tak kenal beliau. Tapi saya suka kisah beliau. Dan saya berhajat sangat nak melihat beliau berjaya dalam perniagaan ini.

Mudah mudahan, segala impiannya akan tercapai. Dipermudahkan hidup di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Kisah Inspirasi Penuh Motivasi

$
0
0
Assalamualaikum,

Sekarang, hampir setahun Maria berjuang dalam bisnes. Dari seorang Engineer. Sekarang dah jadi Working At Home Mum.(W.A.H.M)

Selepas melahirkan Fateh, Maria mengubah fikiran. Mahu mengubah kehidupan. Dari hidup biasa biasa, kepada hidup yang sangat luar biasa.

Jika dulu, Maria seorang engineer di sebuah kilang. Hari ini, bagi saya Maria usahawanita yang berjaya. Berjaya at least dari kaca mata saya.

Puas Melihat Kejayaan Maria

Kejayaan Maria setakat hari ini adalah kepuasan buat saya. Mengapa? Sebab sayalah mentornya. Sayalah guru businessnya.

Sayalah yang mengawasi, mendidik, mengajar, dan mengubah mentaliti Maria sehingga berjaya pada hari ini.

Syukur Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah juga.

Tidak Kedekut Untuk Melabur Dalam Ilmu

Tahukah anda, saya telah laburkan puluhan ribu ringgit semata mata mahu belajar ilmu marketing. Sebab saya tahu, buat bisnes tanpa ilmu ibarat pergi ke laut tanpa pelampung.

Jika ada mereka yang dah berjaya, pasti saya akan pergi menuntut ilmu daripada mereka walaupun saya terpaksa mengeluarkan duit untuk belajar.

Saya melabur banyak duit untuk hadir ke kelas Dr Azizan Osman. Saya dah pergi Advanced Marketing Power ( 2 Kali ), Intensif Jutawan Industri ( 2 Kali ), Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan ( 1 Kali ). Dan saya dah pun sign up untuk program Platinum.

Ilmu Tanpa Amal Ibarat Ipad Tanpa Internet

Bila ilmu marketing dah ada, saya 'try' segala ilmu yang dipelajari secara praktikal. Maria lah mangsanya. Maria lah yang menterjemahkan semua teori yang saya pelajari kepada realiti. Saya fokus kepada online marketing sahaja.

And after 1 year, I'm soo proud of my wife. She totally changed. Attitude wise and mentality wise.

Allah Allah. Saya dah tak tahu nak express kegembiraan saya dengan anda. Dah tak tahu dah.  Because Maria did well.

I know she will success in her business. But I don't expect it's to be so fast.

Menuju Puncak - Master Coordinator

Bulan November ini adalah kemuncak kepada apa yang Maria impikan.

MASTER COORDINATOR. Pangkat tertinggi dalam Shaklee.

Setakat hari ini, dalam Group Jutawan Shaklee, dah ada 25 orang yang berjaya memperoleh income setengah juta setahun. Mereka sudah mencapai tahap Master Coordinator. On average, they did in 2 years in this business.

And, this is the moment. Maria selangkah lagi ke Master Coordinator.

Bangga Bukan Sebab Maria Berjaya.

Saya bangga bukan sebab Maria berjaya sampai ke tahap ini.

Saya tersangat berbangga kerana Maria dah berjaya membantu ramai sangat orang.

Terlalu ramai. Cumanya, saya tak pernah share kisah kejayaan anak buah Maria sahaja di blog dan di facebook.

Sincerely, many of them had changed. Saya berbangga kerana ada ramai yang sebelum ni datang jumpa Maria cakap tak tahu nak buat bisnes. Tapi, nak belajar buat bisnes. Nak cari side income.

Maria ajar seorang demi seorang. Ada yang jumpa di KL. Ada yang jumpa di rumah saya. Ada yang jumpa di program program Shaklee. Mereka belajar dan mereka amalkan segala yang dipelajari.

Mereka memberikan komitmen yang sangat tinggi. Mereka mahu mengubah hidup mereka.

Tiba tiba..... Tiba tiba... Seorang demi seorang anak didik Maria berjaya mencapai income 4 angka sebulan. Mereka memperolehnya secara konsisten. Allahuakbar. Allah memberi berdasarkan apa yang mereka usahakan.

Ada di antara mereka sebelum ni yang langsung tak ada akaun facebook. Langsung tak ada blog. Langsung tak pernah berniaga.

Walau apa jua latar belakang mereka. Maria tak kisah. Maria share segala ilmu yang ada. Niat hanya satu, membantu orang lain untuk lebih berjaya. Menambah nilai hidup orang lain. Memberikan yang terbaik kepada orang lain.

Alhamdulillah. Saya rasa seronok. Bukan seorang, bukan dua orang, bukan tiga orang. Tapi dah lebih 10 orang yang sangat berjaya hasil tunjuk ajar kami berdua. Hakikatnya, dengan izin Allah juga selepas mereka berusaha.

Seperti yang saya katakan, saya tak mampu mengubah dunia. Saya tak mampu nak ubah negara. Tapi, jika dari ribuan pembaca blog saya ini. Saya dapat bantu seorang dua untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik. Itu sudah cukup memuaskan hati saya.

Inilah pencen kubur buat saya. Mencari spot light di kubur nanti.

Doakan Maria

Jika tidak keberatan. Saya mohon sedikit pertolongan daripada anda. Jika boleh, anda rakan rakan Facebook dan blog saya. Sama ada anda mengenali saya dan Maria in person ataupun tidak. Mohon anda doakan kejayaan kami ya.

Semoga, kami mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut berjaya.

"Ya Allah, Kau bantulah Maria Firdaus dan usahawan usahawan yang mereka bantu sekarang ini agar segala urusan mereka dipermudahkan Allah. Bantulah mereka untuk membantu orang lain."

"Hidup Untuk Memberi"

Jika anda ingin mengetahui kisah pengalaman Maria memulakan bisnes from ZERO to HEROin, boleh download EBOOK PERCUMA kami di: 



Salam Sayang buat semua pembaca,
Maria Firdaus
2 Nov 2013

Tempahan Gen Set 50kVA

$
0
0
Assalamualaikum,

Ini gambar gen set. Ada kawan minta belikan Gen Set 50kVA. So, here we go.


Beli di Ipoh 


Di angkut menggunakan lori. Di hantar terus ke ladang.

Jika ada di antara anda yang berminat untuk mendapatkan Gen Set. Boleh hubungi saya. 

Wassalam

Penyakit 3 Serangkai!! Bagaimana Mengawalnya??

$
0
0

Assalamualaikum,

Anda pernah dengar Penyakit 3 Serangkai??? Ianya dikaitkan dengan DIABETES, DARAH TINGGI dan SAKIT JANTUNG. Zaman dulu-dulu orang selalu cakap ini 'penyakit orang-orang kaya'. 

Tapi hakikatnya zaman sekarang ni penyakit ni boleh dihidapi oleh sesiapa saja, tak kisah golongan kaya mahupun miskin. Hmm...kenapa ye?

Macam yang kita tahu, pemakanan kita zaman sekarang ni dah tak sama macam pemakanan nenek moyang kita zaman dahulu.

Dulu makanan semua homemade, banyak ulam-ulaman, sayur-sayuran. Semuanya fresh. 

Tapi sekarang? Kita dah semakin sibuk dengan urusan seharian, jadi makanan pun semua yang express. Penuh dengan lemak, kolesterol, gula, bahan pengawet dan perisa tambahan.  

Jadi, entry kali ni Maria nak share tentang VIVIX SHAKLEE yang memang sesuai untuk pesakit 3 serangkai ni. Vivix adalah salah satu produk Premium Shaklee, yang telah terbukti berkesan dalam menangani pelbagai jenis masalah kesihatan.

Di bawah ini adalah testimony mereka yang telah menggunakannya.

Mudah-mudahan dengan usaha ni pengambilan supplement ini, dapatlah kita membantu keluarga dan sahabat-sahabat yang menghadapi masalah ini.

Cegah sebelum terlewat. Kita mampu mengubahnya!! Semoga para penghidap penyakit 3 serangkai ini tidak sampai ke tahap kena potong kaki akibat diabetes, atau pun stroke akibat tekanan darah tinggi..

Untuk maklumat lanjut tentang VIVIX, boleh baca di LINK INI yer..

Jom kita layan testimony-testimony ni dulu:-


TESTIMONI #1


TESTIMONI #2


TESTIMONI #3


TESTIMONI #4



TESTIMONI #5


TESTIMONI #6


TESTIMONI #7


TESTIMONI #8


TESTIMONI #9


TESTIMONI #10


TESTIMONI #11


TESTIMONI #12


TESTIMONI #13



TESTIMONI #14



TESTIMONI #15


TESTIMONI #16



 TESTIMONI #17


 TESTIMONI #18



Anda ingin mencuba, atau mahu hadiahkan kepada mereka yang tersayang?? 

PROMOSI VIVIX NOVEMBER 2013!!


Dengan setiap pembelian Set Promo BELI 6 PERCUMA 1, anda layak mendapat
PENJIMATAN SEHINGGA HAMPIR RM1,600+ !!!
(Terms and Conditions Apply)

1) SPECIAL MEMBERS' PRICE
2) FREE SHAKLEE MEMBERSHIP (Worth RM65)
3) FREE POSTAGE
4) CASH REBATE (Up to RM200+)
5) FREE 2 COQHEALTH PLUS (Worth RM248- Dengan pembelian secara Online System)

Tapi, jangan risau!! Kalau nak beli sebotol je pun boleh dapat harga promosi. Kalau share ramai-ramai beli 1 set promosi lagiii jimat !!

Tawaran sah sehingga 31 NOVEMBER 2013 SAHAJA!!

Contact Me for more details!! :)


Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)


Vivix Shaklee Terbaik Untuk Diabetes, Darah Tinggi & Sakit Jantung!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Sebelum ni, Maria ada sertakan testimoni mereka yang berjaya mengawal pelbagai penyakit seperti Penyakit 3 Serangkai iaitu Diabetes, Darah Tinggi dan Sakit Jantung dengan VIVIX. (Rujuk Entry di SINI)

Sebenarnya, penyakit 3 Serangkai ini, terutamanya Diabetes telah sampai ke tahap yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia.



Kesan daripada penyakit DIABETES juga amatlah menakutkan.





Jadi, jika ada di antara kita atau ahli keluarga yang telah pun menghidap penyakit 3 serangkai ini, mungkin kita boleh cadangkan pengambilan Vivix untuk mereka.

Mari kita lihat apakah kebaikan VIVIX ini.

Q: APA ITU VIVIX?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.



Q: APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.
Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.




Q: BAGAIMANA VIVIX DAN RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.


Q : WAKTU SESUAI UNTUK AMBIL VIVIX?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum. 1 botol Vivix tahan untuk pengambilan selama 1-1.5 bulan.

Q : BOLEH KE AMBIL VIVIX LEBIH 1 SUDU TEH SEHARI?

A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

Q : ADAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN VIVIX?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

Q : PERLU KE SIMPAN VIVIX DALAM PETI SEJUK?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Anda ingin mencuba, atau mahu hadiahkan kepada mereka yang tersayang??

PROMOSI VIVIX NOVEMBER 2013!!


Dengan setiap pembelian Set Promo BELI 6 PERCUMA 1, anda layak mendapat
PENJIMATAN SEHINGGA HAMPIR RM1,600+ !!!
(Terms and Conditions Apply)

1) SPECIAL MEMBERS' PRICE
2) FREE SHAKLEE MEMBERSHIP (Worth RM65)
3) FREE POSTAGE
4) CASH REBATE (Up to RM200+)
5) FREE 2 COQHEALTH PLUS (Worth RM248 - Dengan pembelian secara Online System)

Tapi, jangan risau!! Kalau nak cuba sebotol je pun boleh dapat harga promosi. Kalau share ramai-ramai beli 1 set promosi lagiii jimat !!

Tawaran sah sehingga 31 NOVEMBER 2013 SAHAJA!!

Contact Me for more details!! :)


Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Viewing all 919 articles
Browse latest View live