Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Perkongsian Pengalaman Business Shaklee !!

$
0
0
Assalamualaikum,

Petang semalam, salah seorang sahabat saya yang juga ahli dalam group MARIAFIRDAUS DAN USAHAWAN SHAKLEE dari Shah Alam datang ke rumah saya di Parit Buntar. Beliau dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Kedah.

Beliau datang ke rumah saya untuk mempelajari teknik dan rahsia kejayaan menjalankan perniagaan Shaklee dari saya dan Maria.

Beliau baru menjadi ahli Shaklee dalam group kami pada 1 Julai 2013. Tujuannya, beliau nak 'test' bagus sangat ke produk Shaklee ni. Sebab testimoni produk Shaklee dah terlalu banyak di Blog dan Facebook.

Tujuan asal bukan nak berbisnes. Cuma nak 'mencuba'.

Tetapi, selepas beberapa hari beliau makan supplemen Shaklee, beliau dapat merasai perubahan tahap kecergasan dan kesihatan dalam dirinya. Syukur Alhamdulillah,  beliau berasa cergas dan bertenaga berbanding berpuasa pada tahun tahun terdahulu.

Jika dahulu, beliau hanya mendengar apa yang saya kongsikan. Tetapi, selepas mencubanya sendiri kali ini beliau sudah YAKIN 100%.

Dengan menggunakan tips-tips yang kami kongsikan di dalam group kami, beliau mula berkongsi pengalaman sendiri menggunakan Shaklee pada bulan puasa dengan keluarga dan rakan-rakan melalui offline dan online.

Alhamdulillah, kemudian ada keluarga dan rakan yang terbuka hati untuk mencuba dan mendapatkan produk Shaklee daripada beliau.

Jadi, secara tak sengaja, beliau berjaya memperoleh bonus 3 angka bulan ini. Beliau terkejut, dan mula nampak potensi dalam perniagaan Shaklee ini.

Sebab itulah beliau datang ke rumah saya, beliau mahu belajar dengan lebih lagi bagaimana rahsia Maria memperoleh pendapatan RM5k+ selepas 8 bulan berjuang dalam perniagaan Shaklee secara online.

Perkongsian Pengalaman




Bagi saya, saya nampak Shaklee adalah satu perniagaan yang amat mudah untuk dijalankan. Sebab itulah saya menggalakkan Maria untuk serius dalam business ini dahulu. Dan perkara yang sama sahabat saya ini mula nampak sekarang.

Bayangkan, bermodalkan RM75 dah boleh start buat bisnes. Tak perlu modal besar, tak perlu ada kedai, tak perlu ada pekerja. Dan buat dari depan komputer sahaja. Dan kini Maria berjaya menggenggam income lebih daripada semasa bekerja sebagai Engineer dahulu dengan hanya duduk di rumah.

Saya dan Maria berkongsi dengan beliau macam mana Maria mula bisnes Shaklee ini. Maria berkongsi pengalaman ketika bekerja kilang dahulu, kemudian mula aktif di blog dan di facebook.

Sehinggalah satu hari, Maria terpaksa berhenti kerja disebabkan permintaan yang terlalu banyak dari customer sehingga Maria tak mampu fokus dengan kerja sebagai Engineer di kilang.

"Sorry Bos!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja!!!!" 

Inilah yang 'terpaksa' Maria lafazkan kepada bos dikilangnya.

InsyaAllah, semoga sessi perkongsian pengalaman, tips ini dapat membantu beliau sebagai business partner kami agar lebih mudah maju dalam business Shaklee ini.

Kami memang amat berbesar hati untuk membantu semua ahli-ahli dalam group EXCLUSIVE kami MARIAFIRDAUS DAN USAHAWAN SHAKLEE, agar terus berjaya dalam business Shaklee. Jika anda berminat untuk menyertai group kami, boleh hubungi Maria.

Hmm... Oklah...  Sibuk ni. Nak buat persiapan raya. Semoga Allah mudahkan kita semua.

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya.
Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Wassalam.


Jagalah Kesihatan Sendi dengan AJHT Shaklee

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini, emak saya berusia 64 tahun. Seorang emak yang sangat gigih dalam memastikan kejayaan anak-anaknya. Syukur Alhamdulillah atas pemberian Allah yang tidak ternilai ini.

Untuk entri kali ini, saya nak berkongsi dengan anda kisah yang berlaku kepada emak saya beberapa tahun lepas.

Emak Sakit Lutut Yang Serius

Sejak 10 tahun yang lepas, emak saya mengalami masalah sakit lutut yang serius. Emak akan merasai sakit apabila berjalan jauh. Tulang lututnya terasa seperti bergesel. Ini menyebabkan beliau tidak boleh berjalan jauh.

Hari demi hari, masalah mak semakin serius. Lutut mak semakin sakit. Mak hanya sakit disebelah kaki kanan sahaja. Kaki kiri masih ok.

Abang saya yang merupakan seorang doktor memaklumkan bahawa, mungkin lendiran di antara tulang atas dan bawah dibahagian lutut mak dah kering. Inilah puncanya mak sakit lutut.

Walaubagaimana pun, abang saya masih mahu mak saya membuat pemeriksaan lanjutan untuk pengesahan.
Gambar kiri, lutut yang sihat dan dipenuhi lendiran. Gambar kanan, lendiran yang dah kering dan akan menyebabkan rasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.

Memandangkan abang saya merupakan seorang doktor, mak saya terus ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan. Ini kerana abang saya bertugas di sana dan beliau ada seorang kawan yang pakar bahagian lutut ini di sana.

Selepas membuat pemeriksaan doktor, doktor memaklumkan bahawa 'lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen' dibahagian lutut mak sudah 'kurang'.


Pandangan lutut yang ok disebelah kiri. Ada ruang. Ini menunjukkan lendiran yang banyak di antara tulang atas dan tulang bawah. Di sebelah kanan pula menunjukkan lutut yang kekurangan lendiran. Akibatnya, apabila berjalan. Tulang atas dan tulang bawah akan bergesel dan menyebabkan kesakitan pada lutut.

Ternyata, apa yang abang saya jangkakan adalah benar. Memang lendiran di lutut mak sudah kering.

Sebab itulah lutut mak terasa sakit. Tulang bahagian atas sudah 'bergesel' dengan tulang dibahagian bawah. Kesannya, mak sakit yang teramat sangat pada waktu itu.

Punca Sakit

Doktor menceritakan punca mak sakit lutut adalah disebabkan mak berbadan besar dan terlalu banyak berjalan di usia muda. Ini yang menyebabkan 'tekanan' dibahagian lutut yang amat tinggi dan menyebabkan lendiran dibahagian lutut semakin berkurang.

Tambahan pula, mak tak pernah ambil sebarang supplemen untuk membantu membaiki lendiran di lutut ini. Biasalah, kalau tak sakit. Nak buat apa ambil supplemen. Inilah kebiasaannya mentaliti masyarakat kita hari ini.

Rawatan

Doktor memberikan mak ubat Glucosamine. Ini untuk membantu dalam pembekalan Glukosamina yang penting untuk membantu binaan tulang rawan dan penghasilan lendir bagi melicinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Mak mula mengambil Glucosamine. Doktor memaklumkan jika selepas mengambil ubat ini beberapa bulan dan lutut masih sakit. Mak tiada pilihan melainkan terpaksa menukar kepala lutut mak dengan besi.

Disebabkan mak takut untuk buat operation menukar lututnya dengan besi. Mak mula mengambil ubat Glucosamine tersebut.

Selang beberapa bulan, mak membuat pemeriksaan susulan. Ini kerana lutut mak masih terasa sakit.

Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa mak terpaksa menukarkan 'kepala lutut' di sebelah kaki kanan dengan besi. Doktor sudah tiada pilihan.

Walaupun sudah memakan Glucosamine, tetapi lendiran di bahagian lutut mak tidak bertambah begitu banyak. Ini kerana lendiran itu sudah terlalu 'haus' (Kurang) sebelum itu. Mak terlewat mendapatkan rawatan.

Jika mak mengambil Glucosamine terlebih awal, insya Allah. Mak tak perlu menjalani pembedahan yang menyakitkan ini. Nak menyesal pun dah tak berguna. Mak dah terlewat.

Mahu tidak mahu, mak terpaksa merelakan lututnya ditukar dengan besi.


Doktor menunjukkan contoh besi yang perlu digantikan di lutut kaki mak.

Saya sendiri merasa ngeri membayangkan yang lutut terpaksa digantikan dengan besi. Allahuakbar. Semoga saya tidak mengalami nasib yang sama.

Pembedahan Di Hospital USM Kelantan

Pada waktu itu, mak pasrah sahaja. Mak 'redha' untuk lutut kanannya ditukar dengan besi. Mak tiada pilihan. Takkan lah mak pada waktu itu di usia lima puluhan mahu terbaring di rumah sahaja.

Memandangkan operation diadakan di hospital kerajaan, anda boleh bayangkan berapa lama tempoh untuk menunggu. Ini kerana pembedahan lutut bukan pembedahan yang dianggap sebagai kes kecemasan.

Jika pembedahan mahu dilakukan dihospital swasta, kos dijangkakan sekitar RM30,000-RM40,000 untuk menukar dua kepala lutut. Lutut kiri dan lutut kanan.

Namun, apabila dilakukan di hospital kerajaaan, mak masih perlu membayar sekitar RM6,000 untuk sebelah lutut.

Dalam tempoh ini, mak terpaksa menahan sakit yang teramat sangat apabila berjalan jauh.

Kami adik beradik semuanya berasa kasihan melihat 'kesakitan' yang terpaksa ditanggung oleh mak.

Apabila tiba tempoh yang dijanjikan, saya membawa mak ke Kelantan untuk menjalani rawatan menukar lutut dengan besi.

Untuk makluman anda, pembedahan ini dilakukan dalam keadaan mak separa sedar. Bukan pengsan sepenuhnya. Mak dicucuk di bahagian tulang belakang untuk mengkebaskan dibahagian pinggang dan kebawah sebelum dibedah.


* Gambaran semasa menukar besi dengan tulang asal di lutut mak. Saya ada real picture semasa mak menjalani pembedahan, tetapi tidak dapat dikongsi di sini kerana melibatkan aurat emak saya. Tetapi, inilah gambaran lutut mak semasa dalam proses pembedahan sebelum dijahit semula.

Selepas beberapa jam, proses pembedahan berjaya dilakukan.

Selang seminggu, mak pulang ke Parit Buntar.

Namun, mak terpaksa belajar 'berjalan' semula. Mak perlu belajar 'mengayuh' basikal semula. Ini semua excercise yang perlu mak buat untuk memastikan mak dapat berjalan seperti biasa selepas ini.

Pada waktu itu, sayalah yang menjadi jurulatih fisioterapi mak. Saya terpaksa memaksa mak untuk belajar berjalan dan mengayuh basikal. Cuba anda bayangkan, mak terpaksa 'membengkokkan' lututnya semasa mengayuh basikal. Sakitnya, Allahurabbi. (Bukan basikal betul. Tapi basikal yang digunakan untuk senaman).

Macam nak menangis mak melalui fisioterapi ini.

Selepas beberapa bulan, kesakitan yang mak alami disebabkan pembedahan itu sudah berkurang.

Kesan Sampingan

Sejak dari awal lagi, doktor sudah memaklumkan kesan sampingan akibat pembedahan ini. Jika sekarang mak tukar besi di lutut kanan. Dalam tempoh satu tahun, mak mungkin terpaksa tukar di lutut kiri pula.

Mak hairan. Kenapa lutut kiri yang tak sakit pun nak ditukar juga lututnya.

Doktor menjelaskan, selepas pembedahan di lutut kanan, mak akan terasa sakit dilutut kanan apabila berjalan. Disebabkan itu, mak akan cuba mengalihkan tekanan itu ke atas lutut kiri. Maka lutut kiri pula yang akan menerima tekanan yang kuat untuk menampung berat badan semasa berjalan.

Ini kerana pesakit tak sanggup nak meletakkan beban dilutut yang baru ditukar dengan besi akibat sakit. Kesannya, lutut kiri pula yang kekurangan lendiran.

Pembedahan Kali Kedua

Selepas setahun, mak mula merasai kesakitan di lutut kirinya pula. Lutut kanan yang sakit dahulu kini sudah sembuh.

Selepas membuat pemeriksaan doktor, doktor memaklumkan mak terpaksa menjalani pembedahan kali kedua untuk menukar lutut di sebelah kiri pula.

Allahuakbar. Tak habis lagi mimpi ngeri akibat operation lutut kanan, nak kena operate sekali lagi di lutut kirinya pula.

Mahu tak mahu, sekali lagi mak terpaksa merelakan lutut kirinya ditukar dengan besi.

Aduh.... Allahuakbar. Mak perlu menjalani 'penyeksaan' kali kedua.

Sekali lagi, mak terpaksa membayar RM6,000 untuk kos pembedahan kali kedua. Walau pun pembedahan di lakukan di hospital kerajaan, pihak hospital hanya memberikan khidmat pembedahan percuma, tetapi pesakit masih perlu membayar kos besi yang dibeli oleh pihak hospital.

Dan harga ini pun dianggap murah kerana abang saya membeli dari supplier yang beliau kenal. Jika tidak, harga besi ini lebih mahal lagi.

Terseksa Kali Kedua

Buat kali kedua,  saya terpaksa menyeksa emak saya. Saya perlu memaksa emak saya berjalan dan melakukan senaman mengayuh basikal.

Allahukbar. Hampir mengalir air mata mak menanggung sakit akibat fisioterapi ini. Nak buat macam mana. Saya terpaksa buat demi kebaikan emak saya.

Setelah beberapa bulan, Alhamdulillah. Emak kembali seperti sedia kala. Mak boleh berjalan seperti biasa. Cumanya, mak akan mengalami masalah untuk naik tangga jika terlalu tinggi. Dan mak hanya boleh bersolat dalam keadaan duduk. Mak tak boleh duduk antara dua sujud. Mak tak boleh membengkokkan lututnya sepenuhnya.

Namun, bagi mak. Mak tetap bersyukur kerana hari ini mak boleh berjalan seperti sedia kala. Mak sudah tak rasa sakit lagi apabila berjalan.

Nasihat Daripada Emak

Selepas melalui tempoh yang mengerikan dalam masa 2 tahun, mak berharap tidak ada sesiapa lagi yang terpaksa melalui pengalaman ngeri ini dikalangan keluarga kami.

Kalau boleh, mak mahu ahli keluarga kami mula mengambil Glucosamine sejak berumur 40 tahun ke atas. Ini bagi mengelakkan apa yang berlaku kepada mak, berlaku kepada kami pula.

Abang Jan Sudah Mula Mengambil Supplemen

Satu hari, abang saya yang sulung balik ke rumah. Dan saya nampak beliau makan Glucosamine. Terus  saya bertanya kepada abang saya.

"Abang Jan sakit lutut ka? Kenapa makan glucosamine ni?"

"Tak.. Tak sakit pun... Tapi, takkan nak tunggu sakit macam mak baru nak makan. Tak sanggup la nak operate lutut tukar besi macam mak. Baiklah makan supplemen ni. Kos kalau nak operate nanti pun dah jauh lagi mahal dari makan supplemen ni. Ni belum campur dengan sakit yang nak kena tanggung lagi."

Betul Bagai Di Kata

Hmmm... apa lagi yang mahu saya katakan. Benarlah apa yang abang saya cakapkan. Takkanlah nak sakit baru nak makan. Dan supplemen ini teramat bagus untuk diambil buat mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Jika Ada Ahli Keluarga Di Kampung Yang Mengalami Masalah Yang Sama

Memandangkan sekarang ini musim raya, ramai yang balik ke kampung. Cuba anda berkongsi kepada ahli keluarga anda masalah ini. Mungkin ada di antara ibu bapa anda yang dah mula sakit sakit lutut di peringkat awal. Mungkin masih belum terlambat untuk mereka mengambil Glucosamine.

Insya Allah, ini mungkin membantu mereka. Kalau boleh, jangan biarkan ibu bapa anda terpaksa melalui apa yang mak saya lalui.

Saya nak berkongsi dengan anda, sekiranya ada diantara ahli keluarga anda yang mengalami tanda tanda awal sakit lutut ini.

ATAU.....

Anda sendiri yang sudah berusia 40 tahun ke atas mahu membuat langkah pencegahan awal untuk mengelak daripada sakit lutut. Anda mungkin boleh mencuba produk ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT) dari Shaklee.



AJHT ini membantu menghilangkan sengal lutut dan bisa tumit. Disamping menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung yang sihat dan meningkatkan kesan kusyen pada lutut.

Dan sikit lagi, saya nak kongsi dengan anda 10 Kebaikan AJHT:-
(UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)

1) Menyokong keselesaan sendi
2) Membantu kekalkan tulang rawan
3) Memelihara tisu penyambung yang sihat
4) Melancarkan pergerakan harian
5) Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)
6) Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7) Anti radang semulajadi
8) Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi memberi kekuatan kepada struktur sendi
9) Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan,
10) Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligament

Mengapa anda perlu memilih produk Shaklee, ianya 100% dari tumbuhan semulajadi.

Jika anda mahu kesan yang lebih baik, anda boleh mencuba Set Shaklee Ubat Sakit Sendi. Dalam set ini ada AJHT, Omega Guard dan Ostematrix.

Set Sendi Sihat Shaklee

OmegaGuard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.

Ostematrix pula bertindak sebagai sumber kalsium yang terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan.

Promosi Ogos 2013


Bulan ini, Shaklee ada buat tawaran Promosi Istimewa. Buy 6 Free 1.
Satu botol untuk kegunaan seorang selama sebulan.
Tapi kalau nak beli 1 botol pun boleh dapat HARGA PROMOSI + DISKAUN ISTIMEWA, sehingga 31 Aug 2013 sahaja!!

Jika anda berminat untuk mendapat maklumat lebih lanjut. Anda boleh menghubungi wife saya, Maria. Dia yang lebih expert bahagian supplemen ini. Semoga, perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Kam Maria
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Promosi Istimewa Sempena Hari Raya Aidilfitri 1434H

$
0
0
Assalamualaikum W.B.T,

Saya dan Maria bagi pihak mariafirdaus.com.my ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kami ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya kami ada melakukan kesilapan sepanjang kita berkenalan di alam maya ini. Semoga, kita dapat bersua muka satu hari nanti. Insya Allah.

Semoga Allah merahmati kita semua, di dunia dan di akhirat. Di berikan yang terbaik dalam segalanya. Semoga Allah menerima amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.

PROMOSI KHAS HARI RAYA

Memandangkan hari ini hari yang mulia untuk kita semua. Saya ingin menghadiahkan anda satu tawaran yang sangat istimewa.

Bagi mereka yang sudah membaca EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG yang saya tulis dahulu, dan anda merasakan buku ini bagus dan mungkin memberi manfaat kepada anak-anak saudara anda, anak kawan kawan anda. 

Saya ingin memberi tawaran istimewa untuk anda. 

Untuk tempoh 7 hari, bermula 8 Ogos 2013 sehingga 14 Ogos 2013, saya akan memberikan harga istimewa untuk jualan EBOOK ini iaitu pada harga RM20 sahaja.

Harga ini akan ditamatkan pada 14 Ogos 2013 Jam 12:00 malam.

3 EBOOK HEBAT PADA HARGA ISTIMEWA


BUKU#1: DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

BUKU#2: RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

BUKU#3 : RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA

Bagi saya, harga RM20 untuk 3 buah EBOOK ini tersangatlah murah. Saya membuat promosi ini adalah kerana saya mahu lebih ramai di kalangan anak bangsa saya yang mendapat manfaat daripadanya.

Selepas tarikh tersebut, harga EBOOK ini akan dinaikkan kembali ke harga asal iaitu RM35.

BAGI MEREKA YANG BERSEDIA UNTUK MEMBELI EBOOK INI PADA HARGA PROMOSI!!

Sila lakukan seperti berikut:

1) Sila Bank In RM20 ke Akaun Maybank : KAM MARIA BINTI ABDUL MUTALIB
2) No Akaun Maybank : 1621 8835 2350
3) Jika Transfer Online : Letakkan Emel Penerima mariafirdausblog@yahoo.com
4) Emelkan Detail Pembayaran Ke mariafirdausblog@yahoo.com
5) Dalam Emel Tersebut, Sila Berikan detail dibawah :
i) Nama Penuh
ii) Nombor Telefon
iii) Alamat Rumah  
iv) Emel Facebook Account Anda. Buku ini akan diberikan melalui Facebook Secret Group.

TAWARAN LEBIH ISTIMEWA:

Jika anda orang susah, anda tidak berkemampuan, anda tidak mampu membeli EBOOK ini, tetapi anda mahu membantu anak anda untuk mereka lebih berjaya dalam pelajaran mereka. Maklumkan kepada saya. Emelkan saya. Katakan anda tidak mampu membelinya.

Saya akan berikan EBOOK INI PERCUMA KEPADA ANDA. Saya tidak mahu anak anda 'menghadapi kesukaran' dalam pelajaran mereka. Ini kerana EBOOK ini akan memberikan jalan pintas buat mereka berjaya dengan lebih mudah dalam pelajaran mereka.

So, tiada alasan lagi untuk anda tidak mendapatkan EBOOK ini untuk anak anak anda.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih detail mengenai EBOOK ini, sila layari : http://www.mariafirdaus.com.my/2013/06/pelancaran-ebook-rahsia-kejayaan_6.html

Akhir kata, saya ucapkan. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin.

Wassalam
Maria & Firdaus

* Saya mohon sangat, jika tidak keberatan anda dapat tekan LIKE BUTTON DI BAWAH DAN TULIS KOMEN DI RUANGAN ADD COMMENT agar mereka yang lain tahu akan tawaran istimewa ini.



Hari Raya Aidil Fitri 2013

$
0
0
Assalamualaikum,

Sekali lagi, saya ingin ucapkan kepada para pembaca blog Maria Firdaus Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Seperti yang semua tahu, tahun ini saya berhari raya di Kuala Lumpur. Di rumah keluarga Maria di Keramat AU2.

Ini perkongsian gambar suasana hari raya di KL baru baru ini.



Jam 8.30 pagi. Kami semua bergerak ke Masjid Al Ansar, Taman Keramat, AU2.


Abg Turie dan anak-anaknya.


Selepas pulang dari menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri, kami semua pulang ke rumah untuk sessi bergambar. Tema kami sekeluarga hari ini "Ungu". Tapi, dalam gambar nampak macam warna biru la pulak.


Abg Turie ( Kam Kasturie ) dan anak anak. Warna bebas tahun ini. Orang kata, kalau pakai sampai atas lutut tu maksudnya orang bujan... So, faham faham aje lah yer. Abg Turie dah jadi 'Bujang 4' balik.


Kak Ngah and her family. (Kam Rafidah). Bila orang tanya, anak berapa kena jawab, "Alhamdulillah, baru 8." Hehe.... Yang besar umur 10 tahun. Yang kecik umur 1 tahun.


Atuk dan Wan bersama cucu-cucu mereka. Cuba cari saya dalam gambar ni. Di mana saya? Cari sampai jumpa ok. Kalau jumpa, tekan 'LIKE'. Hehe...


Sessi bermaaf-maafan dan memberi duit raya.


Giliran Farees pulak bersalam dengan kami semua.


Farees nak lompat pegang lampu la pulak.

Saya balik ke Parit Buntar pada hari raya ke 3. Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Parit Buntar lancar. Tidak ada masalah kesesakan.

So, sesiapa yang kalau datang ke Utara, nak berziarah bertemu dengan saya. Silalah datang ke rumah saya di Parit Buntar. PM saya atau Maria di Facebook dulu.

Kami berbesar hati untuk menerima kunjungan anda.

Semoga, persahabatan yang terjalin di alam maya ini dapat diterjemahkan kepada ukhuwah yang sebenar.

Jangan lupa, datang yer.......


Selamat Hari Raya !!! Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

- Maria Firdaus -

Sumbangan Hari Raya Buat Mereka Yang Memerlukan

$
0
0
Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya mohon maaf kepada para pembaca di blog Mariafirdaus.com.my kerana terlewat membuat laporan sumbangan yang telah anda berikan kepada saya tempoh hari.

Untuk makluman anda, jumlah kutipan dana untuk Majlis Berbuka Puasa 2013 di Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah yang disumbangkan oleh anda semua adalah berjumlah RM14,008.

Ia melebihi sasaran awal pihak surau yang memerlukan RM12,000 sahaja.

Syukur Alhamdulillah, sumbangan yang telah anda berikan telah saya salurkan seperti mana yang telah dirancangkan. Iaitu menaja Majlis Berbuka Puasa kepada penduduk di kampung saya yang berbuka puasa di surau.

Setiap hari, sekitar 60-80 orang yang akan datang berbuka puasa di surau. Maka, pihak surau telah memutuskan untuk menyediakan makanan untuk 80 orang setiap hari. Sekiranya ada terlebih, makanan ini akan dibungkus dan diberikan kepada mereka yang memerlukan untuk mereka makan ketika bersahur nanti.

Berikut merupakan jadual majlis berbuka puasa yang diadakan di surau saya.


Jadual 15 hari pertama di Surau An Najah

                             

Jadual 15 hari yang terakhir.


Berikut merupakan jumlah pembayaran kepada pihak katering telah menyediakan makanan kepada ahli jemaah di surau. Secara keseluruhan, terdapat 3 katering yang telah terpilih. Dan jumlah bayaran untuk mereka bertiga adalah sebanyak RM13,280. Di tambah dengan bayaran membasuh pinggan mangkuk di surau RM400 dan juga sumbangan RM1,000 kepada pihak Masjid Hijau Kampung Kedah untuk tajaan majlis berbuka puasa di masjid selama 2 hari. Jumlah keseluruhan RM14, 680.


Farees turut menyertai majlis berbuka puasa di surau. Walaupun dia tak puasa. Hehe..


Antara juadah berbuka puasa yang disediakan


Setiap hari, sekitar 60-80 jemaah yang akan hadir ke surau untuk berbuka puasa

Saya bagi pihak surau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam memberikan sumbangan kepada pihak surau saya.

Sumbangan Kepada Fakir Miskin

Untuk makluman anda, pada tahun ini. Saya tidak membuat kutipan secara rasmi di blog ini untuk sumbangan fakir miskin di penduduk sekitar kampung saya.

Sebabnya, saya tak berkesempatan untuk nak menguruskan pembahagian kepada mereka yang memerlukan. Saya agak sibuk.

Tetapi, ada seorang pembaca blog ini yang telah menghubungi saya dan berhasrat untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan yang tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan saya.

Jumlah yang diberikan kepada saya sekitar RM4,716. 

Saya kemudian mencukupkan jumlah ini kepada RM5,500 untuk diagihkan kepada sekitar 40-50 orang penduduk di kawasan ini.

Bukan mudah untuk saya menguruskan jumlah ini. Nak dicari seorang demi seorang bukan mudah. 

Bagi memudahkan pihak saya, saya menyerahkan RM2,000 kepada pihak Surau Al Mujahedeen, Kg Kedah untuk mengagihkan kepada mereka yang memerlukan di kawasan situ.

Selebihnya RM3,500 saya agihkan sendiri. Ada yang menerima RM100, ada juga yang menerima RM150. Saya memberikan mengikut keperluan dan keadaan penerima sumbangan ini.

Antara Laporan Penerima Sumbangan:


Rumah pak cik ni sekitar Simpang 5. Seorang tua, uzur. Umur rasanya dalam 60 tahun. Tapi, anak anak pak cik ni ramai yang masih bersekolah. Semasa ke rumahnya, beliau sedang berehat. Kepenatan. Sudah tak mampu bekerja. Bergantung kepada pencen semata mata. Pendapatan tak sampai RM1000 pun sebulan.

* Mohon maaf. Bagi menjaga 'privacy' penerima, saya tidak mahu memasukkan gambar mereka ke dalam blog ini. Tapi, saya akan kongsi kisah mereka bersama anda di bawah ini.
Penerima Lain : 

1) OKU - Hanya mampu duduk di atas kerusi roda. Sudah tidak mampu bekerja. Isteri tidak bekerja kerana menjaga suami. Berusia 50 tahun lebih. Semasa saya memberikan sumbangan kepadanya, beliau mengatakan mahu menggunakan duit ini untuk rawatan penyakitnya. Beliau masih berharap agar dapat disembuhkan. Agar boleh kembali bekerja. Sama sama kita doakan beliau.

2) OKU - Seorang nenek berusia 82 tahun. Tinggal seorang diri. Sudah tidak bekerja. Hanya berharap sumbangan anak RM150 setiap bulan. Tidak mendapat sebarang sumbangan sempena hari raya ini. Semasa ke rumah nenek ini, nenek ni menceritakan dia langsung tak beli baju raya. Langsung tak beli kuih raya. So, saya pun berikan sedikit sumbangan wang kepada beliau. Dan kemudian, pergi beli kuih raya untuk beliau.

3) OKU - Seorang nenek berusia sekitar 75 tahun. Sudah tidak mampu nak berjalan. Kalau berjalan pun, teramat perlahan kerana sakit lutut. Tinggal seorang diri dalam rumah. Rumah anaknya di sebelah rumahnya. Semasa saya pergi ke rumahnya, nenek ni terlantar di atas katil. Allahuakbar, sedih melihat keadaan nenek ni.

4) Orang Miskin - Orang ini jiran saya. Selalu datang jumpa saya. Nak pinjam duit atau pun nak minta duit zakat daripada saya. Semasa beliau pinjam satu tahun lepas RM300 kepada saya. Saya dah agak dah. Dia memang tak boleh nak bayar. So, dalam hati saya halalkan sajalah kepada saya. Dia kata nak guna duit tu untuk beli baju dan buku anak nak ke sekolah. Allah Allah... Kesian saya. Semasa saya berikan, terpancar kegembiraan dihatinya. Mungkin mahu guna duit ini beli baju raya anak anaknya.

5) Muallaf - Saya berikan RM100 kepada seorang muallaf yang baru memeluk Islam dan beliau ini tidaklah kaya sangat. Semoga beliau bergembira dengan sumbangan kita yang tidak seberapa ini.

6) Saya berikan kepada seorang penggali kubur. Pendapatannya bergantung kepada kematian orang. Jika ada orang mati, baru ada pendapatan. Upah gali kubur. Selain itu, beliau turut ambil upah mesin rumput di rumah orang. Katanya, duit itu akan digunakan untuk belanja anaknya sekolah nanti. ( Huhu.. Sedih rasanya. Sedangkan duit tu diterima masa raya. Bukan nak guna belanja buat beli baju anak, tapi nak belanja untuk anak sekolah nanti. )

Ramai lagi penerima yang menerima sumbangan daripada anda sebenarnya. Ada juga sekitar 15 orang yang saya minta mak saya sampaikan. Saya tak sempat nak ikut semuanya. Saya bahagi bahagikan dengan mak saya.

Bila dah habis semua sumbangan ini. Satu perkara yang menyedihkan saya berlaku.

Saya didatangi oleh seorang AJK Masjid Sg Setar, berhampiran rumah saya. Bertanya saya, kalau kalau saya ada nak beri sumbangan kepada ahli qariah masjid itu. Subhanallah. Wang sumbangan telah pun habis diberikan.

Saya mohon maaf kepada mereka. Insya Allah, dilain kali saya akan cuba untuk agihkan kepada mereka pula. Mungkin dalam projek beras lain kali.

Akhir kata, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan bantuan dan sumbangan buat mereka yang memerlukan. Semoga Allah memberkati usaha anda ini dan semoga anda semua diberi ganjaran syuga tanpa dihisab di akhirat nanti.

Wassalam

Shaklee - Personal Business Coaching

$
0
0
Assalamualaikum,

Seperti yang anda tahu, Maria menjalankan Bisnes Shaklee sejak awal tahun ini.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah selepas Maria menjalankan bisnes ini selama 8 bulan, dah ramai yang saya dan Maria bantu. Bantu dari segi perkongsian produk kesihatan, perkongsian perniagaan dan lain lain lagi.

Minggu lepas, kalau anda perasan Maria ada tulis blog menyatakan bonus Maria untuk bulan Julai 2013 adalah RM5k++. (Click DI SINI).

Mohon maaf, ianya silap. Ini kerana jumlah bonus yang Maria peroleh bukanlah RM5k++. Tapi jumlah keseluruhan yang Maria peroleh untuk bonus bulan Julai adalah RM8k++.
Bonus yang Maria perolehi dari business Shaklee pada Julai 2013 ialah RM8k++

Semua pendapatan ini Maria jalankan secara online 98%. Perkongsian melalui blog dan juga Facebook sahaja.

Tidak perlu keluar rumah untuk menjual di rumah orang lain. Tidak perlu ada kedai. Tidak perlu ada pekerja. Maria buat sendiri sahaja dari rumah. Sambil guling guling dengan anak dan suami di rumah. Hehehe....

Selepas 8 bulan menjalankan bisnes ini secara serius, sekarang saya dan Maria lebih komited untuk membantu lebih ramai orang lain untuk turut berjaya. Alhamdulillah, setakat hari ini sudah ada 4 orang anak buah Maria yang berjaya mencapai 4 angka bonus dalam tempoh 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan mereka dalam bisnes Shaklee ini.

Alhamdulillah. Maria rasa seronok sangat. Seronok sebab bukan sahaja Maria seorang yang dapat bonus 4 angka, tetapi anak didik Maria pun sekarang dah tahu berniaga secara online dan mampu memperoleh bonus 4 angka sebulan.

Insya Allah, many more to come after this. Sekarang ini lebih daripada 10 orang yang sedang bertatih dalam bisnes Shaklee dibawah Maria dan mereka ini sekarang sudah memperoleh pendapatan 3 angka sebulan.

Masih ramai yang dalam Group Maria Firdaus dan Usahawan Shaklee yang baru bertatih dalam Shaklee sedang berjuang untuk memperoleh bonus 4 angka sebulan.

Seronok sangat, sebab saya dan Maria dapat menambah nilai hidup orang lain.

Group Coaching

Untuk makluman anda, saya sangat sangat komited membantu anak buah Maria untuk belajar buat bisnes Shaklee.


Dalam Bisnes Shaklee ini, kita buat secara berkumpulan. Every step is guided. Insya Allah, kita tolong menolong untuk sama sama berjaya.


Dalam Group Maria Firdaus Dan Usahawan Shaklee (Secret Group Dalam Facebook), saya selalu berikan tips tips perniagaan kepada mereka. Saya bagi kata kata semangat dan motivasi. Kami mahu melihat lebih ramai orang berjaya dalam bisnes Shaklee ini.

Dalam group ini juga, selalu ada perbincangan. Mereka yang bermasalah dalam bisnes mereka boleh bertanya terus soalan kepada orang lain. Kami semua bergerak dalam satu kumpulan yang besar dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Bak kata Dr Azizan Osman, "Jika anda mahu menjadi kaya, anda perlu tolong orang lain untuk menjadi kaya. Jika orang lain jadi kaya, anda tiada pilihan. Anda 'terpaksa' kaya."

Personal Coaching

Selain Group Coaching, untuk makluman anda saya juga selalu buat Personal Coaching. Maksudnya, pertemuan secara personal dengan saya dan. Kami akan berkongsi pengalaman kami menjalankan perniagaan online ini secara personal.

Mereka yang berminat akan datang berjumpa dengan kami, dan kami akan berkongsi semua ilmu ilmu perniagaan kami. Biasanya, tempoh pertemuan untuk personal coaching ini akan mengambil masa antara 4-6 jam.

Bergantung sebanyak mana ilmu yang mereka ini mahukan.

Semua ini kami lakukan secara PERCUMA. Ini kerana kami mahu melihat lebih ramai orang yang berjaya dalam Bisnes Shaklee ini.


Tugas saya dalam group ini adalah untuk membantu mereka untuk berjaya. Saya lah yang menyusun strategi untuk Maria berjaya dalam Bisnes Shaklee ini. Saya dah tahu jalan short cut untuk berjaya. Jika saya boleh bimbing Maria, saya yakin saya boleh bimbing lebih ramai lagi orang lepas ni.

Anak Buah Dari Jerantut Pahang

Hari Rabu lepas, ada salah seorang anak didik Maria dalam Bisnes Shaklee dari Jerantut Pahang menghubungi saya. Mereka mahu mendapatkan khidmat Personal Coaching dengan kami.

Dari jauh mereka datang, datang dengan 1000 harapan.

Alhamdulillah, hari Khamis petang mereka tiba di Parit Buntar selepas mengharungi perjalanan yang panjang selama 8 jam dari Jerantut Pahang. Bukan dekat perjalanan mereka.

Jauh... jauh sangat.. Tetapi, disebabkan mereka ingin mengetahui rahsia bagaimana Maria berjaya dalam Bisnes Shaklee. Faktor jauh bukanlah alasan.

Yang bestnya.... yang betul betul nak buat Bisnes Shaklee ni adalah si isteri... Si suami pula macam 'confuse'.

"Kenapa perlu pergi sampai Parit Buntar untuk belajar Bisnes Shaklee ni? Tak boleh ke belajar ikut online atau through phone?"

Sebenarnya saya memang selalu ajar melalui online dan telefon, cumanya. Mereka yang nak lebih banyak 'short cut' perlu jumpa kami sendiri. Lebih banyak yang boleh dikongsi jika datang secara personal coaching ni.

Masa sampai, akak tu gelak gelak cerita mengenai suaminya. Yang macam tak boleh terima

"Kenapa perlu datang Parit Buntar? Mengharungi perjalanan selama 8 jam untuk datang belajar buat Bisnes Shaklee."

Yang lebih best lagi, suami akak ni 'tak percaya' kami buat bisnes Shaklee secara online.

Antara yang menyebabkan kami tertawa bila suami akak ni cakap.

"Saya nak tanya, buat bisnes ni nak kena bawa produk pergi rumah orang tak?"

"Buat bisnes ni nak kena cari orang tak masuk bawah kita?"

Hahah. Agak-agaknyanya, inilah salah faham orang ramai mengenai Shaklee.

Mereka ingat bila buat bisnes Shaklee nak kena menjual. Nak kena cari orang masuk.

Sebenarnya, bila kita buat bisnes dengan cara yang betul. Kita tak perlu menjual pun. Tak perlu cari orang masuk bawah kita pun. Tetapi, strategi yang kita ajar akan menyebabkan orang yang akan cari kita untuk beli dari kita. Orang yang akan cari kita untuk masuk bawah kita.

Inilah rahsia kehebatan buat bisnes dalam group ini.

Terus saya terangkan.

'Bang, sepanjang Maria buat bisnes ni selama 8 bulan. Tak pernah pun Maria bawa Set Shaklee ni pergi rumah orang. Tak pernah ada stok banyak banyak di rumah. Semuanya Maria buat online. Sikit sangat yang jual secara offline"

"Tak per bang. Insya Allah, sebelum abang balik nanti abang akan faham strategi yang kita gunakan. Kita akan ajar abang macam mana nak menjual barang tanpa perlu menjual. Macam mana nak buat supaya orang datang mencari kita dan berkata, "Saya nak join group awak".

Sebenarnya, selama saya buat bisnes ni. Dah ramai sangat usahawan yang berjaya yang saya dah jumpa. Saya dah 'interview' mereka untuk mengetahui rahsia kejayaan mereka dalam bisnes mereka. Sebab itulah, saya tahu banyak 'short cut' untuk berjaya dalam bisnes.

Sessi Coaching Bermula

Selepas Solat Isyak sessi Personal Coaching bermula. Saya mula berkongsi dengan mereka beberapa perkara perkara asas dalam bisnes.

Mengapa ramai orang berjaya dalam bisnes?
Mengapa ramai orang gagal dalam bisnes?
Rahsia kejayaan seseorang usahawan.
Mengapa buat bisnes Online?
Matlamat dalam kehidupan
Kisah kejayaan Maria, Ainul dan Hafsah

Disebabkan saya nampak mereka keletihan, sessi malam terpaksa ditangguhkan. Tapi, berdasarkan perkongsian saya dengan mereka selama hampir 2 jam ini. Mereka mula faham asas asas yang perlu difahami dalam perniagaan.

Syukur Alhamdulillah, mereka semakin faham mengapa mereka perlu buat bisnes secara online ini.

Keesokan paginya, sesi coaching bersambung dengan saya dan Maria mula berkongsi pengalaman Maria memulakan bisnes Shaklee ini dahulu. Maria menceritakan A to Z bagaimana dia bermula dahulu.

Bermula dengan 'menjual' kepada kawan kawan di kilang dan mereka yang rapat. Sebelum Maria mula 'menjual' secara online.

Bisnes Maria mula huru hara selepas Maria mengamalkan teknik yang betul dalam perniagaan online. Rezeki mula datang menderu deru selepas Maria tahu cara update blog dengan betul, cara tulis posting di Facebook dengan betul.

Mereka mula kagum dengan teknik yang Maria gunakan. Selepas itu, kami berkongsi dengan mereka rahsia bagaimana membuatkan orang terasa seperti mahu membeli daripada kita. Kami berkongsi dengan mereka rahsia bagaimana membuatkan orang rasa macam saya nak join bisnes awak.

Buat bisnes ibarat bermain catur. Jika kita menggunakan strategi yang betul. Kita akan menang.

Teknik yang saya ajarkan ini adalah teknik jemput-jemput. Kita tak perlu 'menjual' tapi orang datang mencari kita. Kita tak perlu ajak orang lain join group kita, tapi mereka yang 'menyerah' diri mahu belajar daripada kita.

Alhamdulillah, rahsia rahsia inilah yang Maria amalkan sehingga mampu memperoleh bonus RM8k selepas 8 bulan buat bisnes. Rahsia inilah yang mentor Maria iaitu Ainul amalkan sehingga mampu memperoleh bonus RM9k dalam masa setahun menjalankan bisnes Shaklee.

Sehinggakan mereka yang 'berjaya' dalam Shaklee ini, semuanya 'terpaksa berhenti' kerja. Tiada pilihan. Bisnes dah huru hara.

Selepas 4 jam sessi intensif coaching bersama mereka, mereka mula faham apa yang kami telah lakukan.

Dan yang bestnya, selepas kami ceritakan rahsia rahsia kejayaan dalam bisnes Shaklee ini. Barulah suami akak ni 'nampak' apa yang dia tak nampak sebelum ni.

Akhirnya beliau berkata, "Kalau macam ni, barulah senang nak buat bisnes. Kita tak perlu menjual pun. Kalau kita guna teknik ni, orang yang datang cari kita. Bukan kita yang cari orang."

Saya memaklumkan kepada mereka, "Sebenarnya, apa yang saya ajarkan ni khusus untuk bisnes Shaklee. Tapi kalau abang dan kak amalkan prinsis yang sama, kak buatlah bisnes apa pun. Insya Allah akan jadi. Yang penting kita kena faham asas asas dalam perniagaan."

Alhamdulillah, akak tu rasa berpuas hati dengan ilmu yang kami kongsikan. Mereka tersangat berpuas hati. Walaupun terpaksa menempuh perjalanan 8 jam untuk tiba ke Parit Buntar dan 8 jam lagi untuk pulang ke Jerantut, tetapi mereka gembira.

Gembira kerana mereka pulang dengan ilmu yang tersangat 'mahal'. Mereka dah tak sabar nak amalkan apa yang saya ajarkan.

Saya sebenarnya, sangat sangat berharap. Agar mereka berjaya dalam bisnes ini. Semoga Allah permudahkan urusan mereka. Dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

Kepada abang dan akak, saya dah kongsikan semua ilmu yang saya tahu mengenai bisnes ini. Sekarang segalanya terserah kepada abang dan akak. Kalau akak amalkan, akak akan dapat. Tapi kalau lepas ni akak balik dan tak buat apa yang saya ajarkan. Sia sialah pengorbanan masa dan wang ringgit yang kak dah lakukan untuk datang belajar dengan saya hari ini.

Ayuh kawan kawan semua, kita doakan agar mereka berjaya.

Semoga, kisah ini memberi inspirasi kepada anda semua bahawa bisnes lebih mudah kita lakukan kalau kita tahu caranya. Yang susah, kalau kita buat sendiri. Tak ada orang yang nak bantu.

Saya juga nak buktikan kepada orang ramai bahawa, bisnes online adalah bisnes yang terbaik untuk kita semua lakukan hari ini. Ini kerana, bisnes online memerlukan modal permulaan yang tersangat rendah.Tetapi, jika dilakukan dengan betul. Insya Allah, ia akan memberi pulangan yang amat menakjubkan.

Sekian. Wassalam.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Kejar Dunia dan Akhirat Dengan Business Shaklee...

$
0
0
Assalamualaikum,
 
Saya selalu buat business coaching dengan kawan-kawan yang memerlukan bantuan daripada saya. Apabila saya melontarkan idea apa yang mereka perlu lakukan untuk kembangkan bisnes mereka, mereka terkejut dengan idea-idea itu.
 
Sebabnya, mereka tak pernah terfikir strategi marketing yang saya maksudkan. Memang pun, dulu saya pun tak pernah fikir macam tu. Sebabnya, ideanya memang gila. Di luar kotak pemikiran manusia biasa.
 
Misalnya, kita nak menjual. Tapi kita tak perlu cari orang pun untuk membeli produk kita. Orang itu yang datang mencari kita. Kita nak orang join business dengan kita, tapi kita tak perlu cari orang pun. Orang yang datang mencari kita.
 
Nak explain di sini, agak susah. Sebab saya tak boleh terangkan melalui tulisan. Semuanya, melalui personal coaching untuk bagi orang itu faham.
 
Ia umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. 
 
Ada orang bertanya kepada saya sebelum ini, di mana saya belajar semua ini? Jawapannya, saya selalu belajar daripada mereka yang sudah berjaya.
 
Saya selalu hadiri kursus keusahawanan yang berbayar. Misalnya, Advanced Marketing Power, Seminar Jutawan Industri, Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan by Dr Azizan Osman, Online Business Oleh Irfan Khairi.
 
Saya banyak baca buku business. Trust me, anda mungkin tak ada masa untuk lakukan apa yang saya lakukan ini. Ia memerlukan pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan banyak perkara untuk belajar semua ini.
 
Hari Sabtu lepas, saya menghadiri Seminar Keusahawanan Magic Aura Utara, anjuran group Jutawan Shaklee bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.
 
Frankly speaking, kalau ada perkongsian daripada mereka yang sudah berjaya, saya memang tak akan lepaskan peluang ini. Saya akan berusaha untuk hadir.
 
Saya tahu prinsip mudah untuk berjaya.
 
"Belajar daripada mereka yang sudah terbukti berjaya. Kemudian duplicate 100% apa yang mentor kita sudah lakukan. Insya Allah kita akan berjaya seperti mereka."
 
Senangkan nak berjaya. Kalau kita tahu caranya. Anyway, saya nak share dengan anda pengalaman saya sekeluarga menghadiri Kursus Keusahawanan Magic Aura Utara Jutawan Shaklee.

Seminar diadakan di Cinta Sayang Resort. Tempat yang sangat best dan selesa.
 
 
 
Farees dan Fateh turut sertai kami dalam program kali ini. 
 
 
Mereka berdua seronok saja bermain di belakang dewan.
 
FYI, Group Jutawan Shaklee ini tersangat mementingkan ukhuwah sekeluarga. Walaupun kita ibu bapa buat bisnes, tapi mereka tidak mahu kita tinggalkan anak kita di rumah. Kita boleh bawa anak-anak kita sekali semasa pergi belajar business.
 
Jangan kita abaikan anak-anak walau pun kita buat bisnes. Anak-anak adalah anugerah Allah. Biarlah mereka membesar di hadapan mata kita.
 
Inilah yang ditekankan dalam Shaklee. Ke mana saja buat bisnes Shaklee, jangan tinggalkan anak.
 
Allah Allah.. Inilah yang Maria impikan. Bawa anak-anak ke mana-mana sahaja kami pergi.



 
Inilah Master Sifu kami dalam Group Jutawan Shaklee. Kak Shariza. Seorang Jutawan Muslimah yang sangat humble. Sangat sempoi. Sangat merendah diri. Sangat tawadduk. Bertudung labuh. Cakap dengan lemah-lembut dan mengembalikan segala-galanya kepada Allah.
 
Beliaulah yang mengajar kami semua untuk mendekatkan diri dengan Allah kalau mahu lebih berjaya. Beliau menekankan amalan amalan untuk murah rezeki. Misalnya, Solat Dhuha, bayar zakat, sedekah, baca Yasin, baca quran, zikir, istighfar, selawat dan bermacam-macam amalan lain lagi.
 
Allah Allah.... Inilah group yang saya cari selama ini. Group yang mengajak kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tambah-tambah, kami semua melakukan bisnes. Kak Shariza berkongsi bagaimana buat bisnes dalam masa yang sama mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.
 
Dalam masa 3 tahun active dengan business online Shaklee, income akak ni dalam Shaklee taklah 'banyak' sangat. Dalam 6 angka sebulan je.. ( Sebulan ok. Bukan Setahun ). Tapi, beliau  tetap sempoi. Tetap merendah diri. Tidak bercakap besar dan tak perlu menunjuk-nunjuk dengan kemewahan beliau. Tapi kami semua tahu berapa income sebenar beliau setiap bulan. Memang selayaknya beliau yang memimpin kami.
 
Best sangat perkongsian yang disampaikan oleh Kak Shariza. Seronok sangat bila berada dalam kumpulan macam ni. Kejar dunia, tapi akhirat tidak dilupakan. Semuanya ingin menjadi JUTAWAN BERTAQWA.
 
 
Perkongsian Rahsia Cermin Ajaib. Hmm... Kalau saya nak kongsi dengan anda Tips ni, kena ada satu entri khas. Sebab ni tips orang gila. Bercakap seorang diri di hadapan cermin. Kalau salah terang, nanti anda salah faham. Takut anda kata saya gila pulak. Tak per, saya akan kongsi dengan anda pasal RCA ni satu hari nanti. Memang ilmu yang tersangat power. 


Kita diberi pilihan untuk memilih. I'm Posssible atau pun Impossible. "YOU DECIDE". Sudah pasti saya pilih I'm Possible.


Sama nama. Sama warna. Brother berkopiah tu pun nama Firdaus. Bezanya dengan saya, beliau berpendapatan 6 angka sebulan. Join Shaklee sejak 3 tahun lalu. Sudah merasai income 6 angka sebulan sejak awal tahun ini.
 
Saya bersembang dengan beliau sekitar 10 minit. Meminta tips apa yang mereka lakukan untuk sampai ke tahap itu. Alhamdulillah, Firdaus tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan Firdaus. 


Ini adalah salah seorang daripada 'cucu' Shaklee kami, Nur Zuani. Register pada 14 Julai 2013. Baru 17 hari sahaja beliau sempat join Shaklee, closing hujung Julai 2013 bonus beliau untuk 17 hari tu sebanyak RM585.88. Boleh la.. Lepas duit dapur.

Tapi bulan ini, beliau semakin rancak dalam business. Customers semakin ramai. Walau pun baru 17 hari sales bulan Ogos, insya Allah bonus untuk bulan ini beliau akan dapat 4 angka.
 
Semalam, sempat buat personal coaching dengan dia sekejap. Tak leh lama. Sebab Farees mengamuk nak balik semalam.

 
Bayangkan, walaupun berpurdah macam ni. Tapi masih mampu memperoleh income 6 angka sebulan. Isteri kepada brother di atas tadi. Puan Ifa cakap, dia buat bisnes Shaklee ini dari rumah sahaja. Secara online.
 
Allah Allah... Mudahnyakan. Kalau beliau yang berpurdah pun boleh buat, tiada alasan bagi orang yang betul-betul mahu berjaya...


Ini pula Kak Laila. Bekas Engineer PETRONAS. Cuba bayangkan, semasa resign, gaji beliau di PETRONAS adalah hampir 5 angka. Tapi sekarang bonus Shaklee je dah dekat 8-9 kali ganda dari gaji semasa di PETRONAS dahulu.
 
Saya tersangat kagum dengan beliau. Beliau menceritakan, semasa beliau memulakan bisnes Shaklee ni, beliau mempunyai 3 orang anak. Semua anak jaga sendiri. Tak ada maid. Suami kerja offshore. Kena handle anak sendiri.
 
Tapi, masih sempat buat Shaklee secara online. Allahuakbar. Perkongsian beliau memberi inspirasi untuk kita semua tidak memberi alasan jika mahu berjaya.



Siapa pula mamat ni? Ha.... Inilah orang yang masa isterinya, Kak Shariza awal-awal nak buat business Shaklee, dia 'gelakkan' isterinya. Dia tak confident dengan isterinya. Dia tak confident dengan business Shaklee.
 
Beliau kerja di offshore. Gaji sebulan pun dah RM30k. Tapi akhirnya, beliau terpaksa mengakui bahawa bisnes Shaklee memang bagus.
 
Sekarang teka, apa jadi dengan beliau? Terpaksa berhenti kerja. Isterinya membayar beliau 2 kali ganda gaji beliau. Tapi tugas sekarang, jadi bodyguard, merangkap driver kepada isteri.
 
Beliau berkongsi kisah "Ego Seorang Suami Bila Isteri Nak Buat Bisnes Shaklee". Fuhh...
 
Kalau para suami yang tak bagi isteri buat bisnes dengar, mesti tersentap.

 
Maria bersama mentor-mentor sumber inspirasinya dalam Shaklee, Kak Laila dan Kak Shariza. Ketiga-tiga mereka adalah Ex-Engineer, sekarang telah menjadi Working-At-Home-Mum (WAHM), kerjaya impian mereka. Hanya duduk di rumah, tapi mereka berjaya menjana income dari business Shaklee.

InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan Maria menjadi Jutawan Muslimah Shaklee seperti mentor-mentornya ini.

Keluarga Jutawan Shaklee di Utara.
 
Memang best program ni sebab kita tahu cara mudah untuk nak berjaya. Insya Allah di lain kali, saya akan berkongsi dengan anda tips-tips yang mereka kongsikan untuk berjaya dalam bisnes.
 
Semoga kisah-kisah yang saya kongsikan ini dapat 'membuka mata' kita bahawa melalui bisnes juga kita dapat mengejar kedua-dua kejayaan dunia dan akhirat. Kami rasa seronok dan teruja dapat membantu lebih ramai orang meningkatkan taraf kewangan mereka.

Bak kata Sifu kami Dr Azizan Osman:-

Jika anda ingin kaya & berjaya, jangan bermatlamat untuk kaya & berjaya kerana mahu "buktikan" kepada orang lain atau kerana mahu "berlawan" tunjuk siapa lebih kaya atau berjaya dari orang lain, itu semua hanya kekayaan & kejayaan material yang tidak kekal dan akan "melukakan" jiwa.

Binalah kekayaan dan kejayaan dengan matlamat untuk berzakat, bersedekah, berkongsi atau menyelesaikan masalah ramai orang atau menambah nilai ramai orang. 


 Dan bina kekayaan untuk mencari redhaNya dunia dan akhirat melalui kekayaan tersebut sehingga bila kita mati, kita tahu kita tidak bawa harta dan wang ringgit itu tetapi ianya boleh terus memberi manfaat kepada ramai orang lain yang masih hidup serta amalan berpanjangan. - azizanosman -


Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."
(Riwayat al-Baihaqi)
 
Semoga Allah merahmati kita semua.
 
Sekian. Wassalam.
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Peluang Beriklan Di EBOOK Terbaru Saya

$
0
0
Assalamualaikum,

Insya Allah, dalam seminggu dua lagi. Saya akan mengeluarkan sebuah lagi EBOOK yang hebat. EBOOK ini berkaitan dengan perniagaan. Kisah kejayan seseorang dalam perniagaan.

Yang bestnya... Buku ini akan diedarkan secara PERCUMA DI SELURUH MALAYSIA OLEH AGEN AGEN SAYA SECARA SERENTAK pada tarikh yang akan ditetapkan. Bukan sedikit, agen saya berjumlah hampir 100 orang. Ebook ini akan disebar melalui Facebook.

Buku ini halal cetak rompak. Ini bermaksud, selepas seseorang dapat EBOOK ini, mereka berhak untuk memberikan EBOOK ini kepada kawan kawan mereka yang lain untuk baca secara percuma.

Dalam erti kata yang lain, buku ini akan tersebar ke seluruh Malaysia. Sampai bila? Sampai bila bial.

Cuba bayangkan, jika 100 orang ini menyebarkan kepada 200 orang lain dikalangan friend mereka. Buku ini akan sampai ke tangan orang lain sebanyak 20,000 dalam masa sekejap sahaja. 

Kemudian, jika EBOOK ini disebarkan lagi. Dengan mudah, jumlahnya akan meningkat sehingga 100,000 orang lebih.

Disebabkan buku ini disebarkan secara percuma. Saya ingin memberi ruang kepada Tuan Tuan untuk beriklan di dalam buku ini.

Jika tuan berhajat untuk mengiklankan produk tuan di dalam EBOOK ini. Sila hubungi saya.

Pakej Yang Di Sediakan:

1.  Supreme Diomand = RM 250 ( 1 Muka Surat Penuh )
2.  Super Supreme      = RM150 ( Separuh Muka Surat)
3.  VIP                         = RM100 ( 1/4 Muka Surat )
4.  General                   = RM50 ( Iklan Teks )

Cuba bayangkan sejauh mana produk anda ini akan dikenali di seluruh Malaysia.

Jika berminat, Sila hubungi saya di Facebook. Tempat terhad. Sebab buku ini bukan buku iklan... Tapi buku motivasi kejayaan dalam perniagaan. 

Wassalam

Testimoni AJHT Shaklee.... Kasihilah Mereka

$
0
0
Assalamualaikum,

Sebelum ini, saya sudah pun berkongsi dengan anda mengenai masalah kesihatan lutut mak saya. Kisahnya Di Sini

Hari ini, di Facebook saya, saya ternampak seoran sahabat saya mempromosikan produk yang sama.

Dan ini adalah sebahagian daripada komen daripada pembaca entri itu:


Isunya sekarang, TERLAMPAU RAMAI rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Macam mana saya tahu?

Sebab saya tinggal di kampung. Saya dikelilingi oleh mereka yang sudah berusia. Di surau berjumpa mereka, di majlis kenduri berjumpa mereka, ada program program di kampung saya berjumpa mereka.

Dan masalah mereka SAMA.

Mereka sakit lutut. Anda tak akan faham apa itu sakit lutut sehinggalah anda melihat sendiri mereka yang sakit lutut. Frankly speaking, saya dah tengok mak saya yang sakit lutut hari tu. Amat terseksa.

Nak berjalan sakit. Nak bergerak sakit. Nak lari confirm tak boleh.

Kesakitan ini 'menghalang' mak saya daripada menjalankan aktiviti aktiviti yang di suka buat. Mak saya suka bersolat di surau dan masjid, mak saya suka melancong.

Tapi, aktiviti ini terpaksa dihadkan dahulu kerana mak saya SAKIT LUTUT.

Puncanya !!!!!! Teramat Mudah.

Emak saya kuat berjalan di usia muda. Kerjaya mak saya memerlukan dia berjalan ke sana ke  mari setiap hari. Dan disebabkan saiz badan mak saya sedikit besar, maka lendiran di lutut kaki mak saya tak mampu menampung berat badan mak saya.

KESANNYA.... LENDIRAN DI LUTUT BERKURANGAN. DAN APABILA BERJALAN, TULANG LUTUT DI ATAS DAN DI BAWAH BERGESEL. SAKITNYA..... ALLAHUAKBAR.

Mengapa ini berlaku? Kerana mak saya tak buat langkah pencegahan awal. Tak ambil Glucosamine semasa dia berusia seawal 40 tahun.

Setiap hari, lendiran di lutut semakin berkurang dan kesannya. Apabila berumur 50 tahun. Emak saya terpaksa menanggung azab yang amat teruk.

Alhamdulillah, sekarang mak saya terpaksa menukar lutut kedua kaki nya dengan besi. Di mana kalau dibuat operation itu di hospital swasta ia akan mencecah kos RM30k-RM40k.

Sekarang, mak saya dapat berjalan seperti biasa. Tetapi, dia terpaksa 'membayar' harga yang mahal untuk menebus kembali kesilapannya dulu.

Jangan Alami Nasib Yang Sama

Anda wanita? Anda berusia 30an atau 40 an? Adakah anda mahu mengalami nasib yang sama seperti mak saya?

Buatlah langkah pencegahan dengan pengambilan Glucosamine untuk membaiki kualiti lendiran di lutut kaki anda.

ATAU

Anda mempunyai ibu atau saudara di kampung yang mengalami masalah sakit lutut ini? Kasihanilah mereka. Bantulah mereka. Jika anda mampu memberikan sesuatu kepada mereka untuk menghilangkan sakit lutut mereka, inilah hadiah terbaik buat mereka.

Mereka terseksa di sana. Mereka sukar untuk bersolat. Mereka sukar untuk berjalan. Mereka sukar untuk berjalan. Bantulah mereka sebagai anak atau saudara kepada mereka.

Testimoni Pengguna AJHT (Advanced Joint Health Tablet)

Kalau saya bercerita, nanti anda tak percaya. Jom kita baca testimoni dari mereka yang sudah menggunakan AJHT ini. FYI, mereka menghadiahkan AJHT ini kepada ibu mereka yang sakit dikampung. Dan inilah testimoni daripada mereka.


Penggunaan AJHT bersama Ostematrix membantu melegakan sakit lutut.


Testimoni AJHT selepas 5 hari 

* Kredit testimoni to : myvitalvits

Mengapa Saya Tekankan Produk AJHT Di Blog Ini Bulan Ini?


Sebabnya, AJHT ada buat tawaran istimewa untuk bulan Ogos 2013 ini. Bulan ini sahaja. Beli 6 Percuma satu.

Tetapi, jika anda tidak mahu membeli dalam kuantiti yang banyak ini, anda masih boleh mendapatkannya pada harga istimewa.

Caranya, anda boleh hubungi Maria melalui detail di bawah. Pihak kami akan terus pos produk ini ke rumah anda ataupun untuk ibu, saudara anda di kampung.

It's time for you to decide. Sebab selepas bulan ini, anda terpaksa membayar pada harga penuh jika mahu mendapatkan AJHT.

Keputusan di tangan anda. Apalah gunanya wang berkepok di bank jika sakit? Mengapa mahu tunggu sakit baru nak berubat? Fast Action... Fast Result.

Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda.

Saya doakan anda sekeluarga sihat sejahtera. Dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat daripada Allah.

Wassalam

Ebook Terbaru Akan Dilancarkan

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya tahu, ada di antara anda yang buka blog saya setiap hari. Anda mengharapkan saya ada update sesuatu. Lepas anda buka, tiada sebarang update... Anda rasa kecewa... Maafkan saya kerana mengecewakan anda.

Saya mohon maaf sangat sangat... Tanggung jawab saya semakin besar sekarang ini. Banyak kerja yang perlu saya selesaikan. Saya tak pasti anda tahu atau tidak, saya baru saja menyiapkan sebuah lagi EBOOK.

Ebook ini berkisahkan motivasi keusahawanan. Kisah jatuh bangun, pahit manis perjuangan seorang usahawan untuk berjaya dalam perniagaannya.

Dan saya nak anda faham, bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah ebook yang 'luar biasa'.

Ebook ini sudah seminggu siap. Sekarang, sedang dalam proses 'preview'. Ia sedang dibaca oleh hampir 30-40 orang terawal untuk mendapatkan feedback dan penambah baikan. Apa yang pasti, mereka sudah membaca ebook ini secara percuma.

Hehe.. Ini salah satu komen daripada pembaca.

"Ebook ni sudah cukup bagus, bahkan sangat berkesan sbb bagi saya..tuan menulis menggunakan hati, bukan menggunakan tangan.
Apabila saya membaca ebook ini,saya merasakan seolah olah tuan menceritakan pengalaman tuan kepada saya secara face-to-face. 

Gaya penyampaian tuan yang santai dalam menuliskan pengalaman ini membuatkan saya dapat merasa keikhlasan tuan.Pengalaman tuan dan isteri ketika hendak menceburkan diri dalam bisnes memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bisnes dan ingin mencipta “hidup luar biasa”.

Tahniah tuan kerana menghasilkan ebook yang penuh inspirasi ini dan yang paling penting adalah penekanan untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta (Allah swt),itu asas paling utama untuk kita semua berjaya dalam segala bidang yang kita ceburi. Saya pun di dalam line business,dan saya pun diingatkan oleh orang2 yang berjaya benda yang sama."


Alhamdulillah... Sekarang, masih dalam proses final editing. Saya nak berikan yang terbaik untuk anda. Dan ada berita yang lebih baik. Kali ini, saya nak berikan Ebook ini secara percuma kepada anda.

What!!!!! PERCUMA...... Ya Percuma... Saya mengarang Ebook ini lebih daripada sebulan. Semoga ia menjadi amal ibadah yang diterima oleh Allah. Amin.

Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua. Untuk lebih berjaya, di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Erti Kasih Sayang Dari Seorang Anak......

$
0
0
Assalamualaikum,

Dunia hari ini sudah berubah. Saya turut terasa tempiasnya. Anak-anak kita hari ini sudah 'mengasingkan dunia' mereka dari dunia luar dengan 'gadget'.

Kita tak perlu bercakap kesan dari segi sosial. Kanak kanak akan hilang skil berkomunikasi dengan orang lain. Mereka hanya hidup dalam dunia mereka sahaja.

Cuba kita tengok mesej yang cuba disampaikan oleh Maxis ini. Isu yang hampir sama saya nak bawa hari ini.


Adakalanya, kita perlu 'disconnect to connect'. Ini kesan 'gadget' dari segi sosial. Tak usahlah kita menafikannya. Masalah ini dihadapi dimana mana sahaja. Anak saya pun terkena tempiasnya.

Hubungan Kekeluargaan

Untuk pengetahuan anda, saya memang belikan satu Ipad untuk Farees. Senang untuk dia main games. Senang banyak untuk saya. Senang untuk saya buat kerja bila di rumah. Tapi... Inilah silap saya.

Disebabkan Farees terlalu banyak main Ipad. Ada beberapa kesan yang saya perhatikan. Antaranya, dia rapat dengan saya. Tapi... bagi saya tak cukup rapat seperti yang saya mahukan. Sepatutnya, hubungan saya dengan Farees perlu lebih rapat lagi.

Sebab itulah, saya selalu bawa Farees keluar dari rumah. Bawa dia jalan jalan. Sebab bagi saya ini salah satu cara nak 'recover' balik hubungan saya dengan Farees.

Sebab bila kami berjalan, saya akan ajar Farees macam macam dalam perjalanan tu. Dia pun rasa seronok. Bagi saya, mungkin lebih seronok dari keseronokan dia bermain Ipad. Sebab, dia ada personal touching dengan Abi nya....

It's good for us as parents. Untuk fahami masalah ini. Hubungan dengan anak perlu dijaga. Agar mereka merasai kehadiran kita.

My advise untuk diri saya juga, hargailah anugerah anak yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan rasa mereka 'menyusahkan' kita. Sebab ada pasangan yang belum dikurniakan anak oleh Allah.

Skill Anak Perlu Di Asah

Rasulullah pernah berpesan yang bermaksud untuk kita mengajar anak kita 3 perkara. Iaitu belajar memanah, berenang dan menunggang kuda. Ia skill yang perlu diajar kepada anak anak kita. Usah tanya mengapa? Pasti ada banyak hikmah disebaliknya.

Selain dari latihan latihan di atas. Saya sangat suka jika Farees meninggalkan ipadnya. Bermain dengan saya sesuatu yang memerlukan skill dari dia pada waktu saya lapang.

Di rumah, kami selalu main bola, bowling dan macam macam lagi. Lagi banyak skill yang perlu digunakan Farees. Lagi saya suka. Sebab skil skil ni perlu di latih sejak dari dia kecil.

Semalam, saya berkesempatan untuk bershopping dengan Maria di Jaya Jusco, Taman Keramat. AU2. So, saya ajak Farees ke Arcade dan main dengan dia.


Ajar Farees main baling bola masuk dalam lubang dengan pantas sebab ada masa. Saya memberi sokongan kepada Farees untuk membaling dengan pantas dan tepat. Saya rasa, skil ni penting untuk Farees lebih cekap buat kerja satu hari nanti.


Bermain ape namanya ni. Tapi, saya main dengan Farees la. Dia dah pandai main sekarang. Ini pun bagus untuk perkembangan minda kanak kanak. Sebab 'bola' dia tu bergerak laju. So, kena movement cepat. Saya suka main ni dengan Farees.


Ni kegemaran Farees jugak. Main bowling. Di rumah pun ada set bowling kecil. Selalu dia main dengan saya.


Ketuk 'buaya' yang keluar dari lubang. Not bad. Games ini memerlukan Farees fokus memerhatikan buaya mana yang akan keluar dan kemudian perlu bertindak pantas. Not bad. Farees dapat main dengan baik.


Masa saya bawa Farees first time naik benda ni. Dia tak berani. Sekarang dah berani pulak. Duduk dan buai laju laju. Ini penting untuk Farees control balancing dan untuk meningkatkan keberanian dia.


Farees dalam ribuan bola. 


Dia duduk di atas. Saya duduk di bawah. Saya baling bola kepada dia dan suruh dia elak. Kemudian, ambil bola tu balik baling bagi kena saya. 

Seronok sangat dapat main dengan Farees. Dia sampai berguling guling di atas tu ala ala askar nak elak saya bola yang saya baling kepadanya. 

Dah macam main polis tembak tembak dengan pencuri la pulak.


Improve skil balancing Farees. Nak buat KLCC.

Kami bermain di situ sekitar 45 minit sementara menunggu Maria shopping. Bila saya tengok Farees macam dah puas. Saya ajak dia pergi mencari Umminya. 

Disebabkan nak cepat, saya dukung Farees.

Guest what.... Farees cakap, "Thank you Abi. Saya sayang Abi." Sambil peluk dan cium pipi saya.

Oh.... Tersentuhnya hatiku... Inilah yang anak aku perlukan. Perlukan lebih masa bersamaku. Perlu masa untuk bermain dengan ku.

Semoga kisah yang saya alami ini, kita semua dapat ambil iktibar. Kita faham kepentingan menjaga hubungan dengan anak anak. Kita sama sama faham kepentingan kita untuk develop skil anak anak kita..

Jika anda suka.. Mohon anda LIKE.... Jika tak.. it's ok.. Thanks for reading.

Salam Keibubapaan,

Mohd Firdaus
Sekarang Ada Di Keramat, Kuala Lumpur.

Kekal Cergas, Ceria Dan Bertenaga Untuk Bakal Haji Di Tanah Suci

$
0
0
Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah. Pengalaman saya dan Maria menunaikan haji pada tahun 2011 adalah antara pengalaman terindah dalam hidup kami.

Bayangkan, menunaikan haji di usia muda jauh berbeza menunaikan haji di lewat usia.

Kisah pengalaman saya menunaikan haji dahulu ada saya kongsikan di sini : TRAVELOG HAJI

Panggilan Haji 1434H

Panggilan haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah mengunjungi Baitullah, kota suci Mekah Mukarratul Mukarramah.

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini saya sudah mendengar berita baik beberapa rakan, orang kampung dan pembaca blog ini yang sudah menerima jemputan dari Allah untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Syukur Alhamdulillah. Seronok sangat rasanya. Teringat lagi kenangan saya menunaikan haji 2 tahun lepas. Allah Allah. Ia pengalaman yang sukar dilupakan.

Insya Allah, hari ini saya mahu berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya menunaikan haji bersama bakal bakal haji pada tahun ini.

Perkongsian Pengalaman

Sekadar perkongsian dengan anda, cuaca di Malaysia tidak sama dengan cuaca di Mekah dan Madinah. Cuaca di Tanah Suci, pada waktu siang adakalanya panas sehingga 45C dan pada waktu malam pula ia sejuk sehingga mencecah 17C.

Perbezaan suhu yang tinggi pada waktu malam dan siang menyebabkan ramai dikalangan para jemaah yang mengalami masalah kesihatan ketika berada di sana.

Selain itu, ibadah haji sebenarnya banyak menggunakan fizikal. Kita para jemaah perlu berjalan dengan jauh untuk menyempurnakan ibadah haji ini.

Setiap hari, kita akan pergi ulang alik ke masjid sekurang-kurangnya 3 kali.

Subuh 1 kali.
Zuhur 1 kali.
Asar, Maghrib, Isyak 1 kali.

Ini kerana, sekarang ini jarak antara hotel dengan masjid sudah semakin jauh. Melainkan anda menunaikan haji  dengan pakej swasta bernilai RM50k ke atas. Anda boleh tinggal di hotel bersebelahan dengan masjid.

Bagi saya, jarak paling dekat untuk jemaah haji Malaysia dengan Masjidil Haram adalah sekitar 600m. Ini yang paling dekat untuk jemaah haji dengan Muassasah Tabung Haji. Ada yang terpaksa berjalan 1.2km sehala untuk ke masjid.

Ini semua bergantung kepada 'rezeki' Allah nak bagi pahala banyak mana kepada anda. Kalau Allah nak bagi pahala banyak, Allah akan letakkan anda di hotel yang jauh. Banyak pahala anda akan dapat setiap kali melangkah ke masjid.

Cuba bayangkan, untuk ibadah solat fardhu di Masjidil Haram sahaja, anda terpaksa berjalan jauh setiap hari.

Ini belum dicampur dengan ibadah Umrah jika anda mahu melakukannya setiap hari atau selang sehari. Ibadah umrah memerlukan jihad yang lebih tinggi. Anda perlu keluar ke Tanah Halal untuk berniat, sebelum pulang ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah Tawaf dan Saie.

Satu pusingan tawaf sekitar 200m-500m. Bergantung jarak anda dari Kaabah. Anda perlu berjalan 7 pusingan. Selepas itu, anda perlu berjalan untuk ibadah Saie antara Bukit Safa dan Marwah sejauh 3.5km keseluruhannya.

Ini baru ibadah harian menunaikan Solat di Masjidil Haram dan Umrah sahaja. Belum dicampur dengan ibadah haji lagi.

Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang lebih. Ia lebih mencabar.

1. Anda perlu ke Arafah menaiki bas. Jarak 20 km yang mengambil masa sekitar 1-2 jam. Jamm amat teruk di sana.

2. Kemudian, kita perlu berada di bumi Arafah selama satu hari sebelum ke Muzdalifah dan Mina.

3. Di Mina, kita perlu menunaikan ibadah melontar pada hari 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Pada waktu ini, setiap hari kita perlu berjalan sekitar 5km untuk menjalani ibadah melontar. Ini kerana khemah yang disediakan kepada jemaah haji muassasah agak jauh dari tempat melontar.

4. Kita juga ada pilihan, kita boleh pulang ke Mekah pada waktu ini. Dan kita perlu berjalan lagi sejauh 4-5km. Kemudian berpatah balik ke tempat melontar sejauh 4-5km lagi. Berulang alik selama 3 hari. Bergantung kepada cara menunaikan haji yang kita pilih.

5. Kita juga akan menunaikan ibadah tawaf dan saie pada waktu ini.



Sumber Dari Internet : Jarak Perjalanan Haji Dan Umrah 

Cuba bayangkan, kita perlu menjalankan semua ibadah ini dalam keadaan orang yang ramai dan padat.

Cuba bayangkan, jika kita terpaksa menjalani ibadah haji dalam keadaan kurang sihat? Nauzubillah. Minta Allah jauhkan.

Sebab bagi saya, ibadah haji memang memerlukan kekuatan fizikal yang lebih. Jika di Malaysia kita kurang bersenam dan tiba-tiba kita pergi menunaikan haji. Allah Allah. Badan kita akan mengalami kejutan.

Di tambah dengan cuaca di sana yang tidak sama dengan cuaca di Malaysia.

Inilah puncanya Klinik Tabung Haji di sana SENTIASA PENUH. Percayalah, saya sudah saksikan sendiri semasa menunaikan haji dahulu. Klinik sentiasa penuh. Tempoh menunggu sekitar 1-2 jam. Orang terlalu ramai. Ramai yang uzur ketika berada di sana.

Demam, batuk, pening, sakit kepala, sakit lutut, sakit kaki dan macam macam lagi.

Tersadai Di Hotel Di Tanah Suci

Berdasarkan pengalaman saya dahulu, ramai jemaah yang 'uzur' ketika berada di Tanah Suci. Kesannya amat buruk sekali. Mereka terlepas menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram, di mana pahalanya digandakan 100,000 kali ganda berbanding bersolat di tempat tempat lain.

Ini belum dicampur dengan pahala dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka yang bertawaf mengelilingi Kaabah dan melihat Kaabah.

Ini semua tidak dapat dilakukan kerana mereka uzur dan 'tersadai' di hotel.

Alangkah sayangnya jika ini berlaku pada diri kita. Seumur hidup, mungkin ini kali pertama dan mungkin kali terakhir kita menunaikan ibadah haji. Jadi, pastikan kita dapat melakukan yang terbaik ketika di sana nanti.

Cadangan Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga

Bagi saya, disamping kita berdoa agar dikekalkan kesihatan ketika berada di sana. Kita juga perlu bersedia dari segi bekalan perubatan yang secukupnya.

Tetapi, jika kita mahu lebih baik. Apa kata kita membuat langkah pencegahan dengan mengambil suplemen yang mencukupi untuk menampung tuntutan fizikal yang tinggi ketika di Tanah Suci nanti.

Anda boleh membawa apa jua bentuk suplemen bagi membantu anda kekal cegas sepanjang 40 hari berada di Tanah Suci. Tetapi, pastikan anda membawa suplemen yang mencukupi dan fungsi yang betul agar anda dapat menjaga kesihatan anda dari segala aspek. Ini hanyalah persediaan daripada kita. Hakikatnya, sihat sembuh kita di sana adalah daripada Allah juga.

Tetapi, kita perlu bersedia dengan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.

Cadangan Set Kekal Cergas, Ceria Dan Bertenaga Untuk Bakal Haji Di Tanah Suci


SET ASAS HAJI:-

1) Vitalea - Multivitamin untuk membekalkan nutrisi yang lengkap dan cukup kepada kita kekal cergas dan bertenaga sepanjang masa di tanah suci.

2) B Complex - Berfungsi untuk membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan antibodi serta mengurangkan stress akibat kekurangan tidur sepanjang ibadah Haji.

3) Vitamin C - Meningkatkan imunisasi tubuh badan untuk melawan penyakit.

SET HAJI WARGA EMAS
= SET ASAS HAJI 
+ SET KESIHATAN SENDI


 

Bagi jemaah haji berusia 50 tahun ke atas, saya mencadangkan agar anda turut mengambil Set Kesihatan Sendi. Ini kerana sepanjang musim haji nanti, anda perlu banyak berjalan. Dan ini betul-betul memerlukan anda mempunyai kesihatan kaki yang baik.

Adakalanya, mereka yang berusia 40 tahun ke atas ini akan mengalami kaki kejang, kebas dan sakit-sakit di bahagian lutut.

Percayalah, jika anda mula sakit lutut atau kaki di sana, Nauzubillah. Anda perlu ditolak dengan wheelchair untuk ke sana dan ke mari. Ini mungkin akan mengganggu amal ibadah anda di sana nanti.

Saya mencadangkan anda mendapatkan SET KESIHATAN SENDI yang mengandungi :

1) Ostematrix - Mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh. Membekalkan kalsium bagi menguatkan tulang untuk ibadah-ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal di sana.

2) Omegaguard - Mengurangkan sakit kepala, meningkatkan sistem imun tubuh, memelihari fungsi fungsi sendi dan anti-radang.

3) Advance Joint Health Tablet - Membekalkan glucosamine bagi memelihara kesihatan lutut untuk berjalan jauh.

Semua suplemen ini hanyalah sebagai cadangan sahaja. Anda boleh mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat daripada Maria secara percuma untuk mengetahui lebih detail mengenai suplemen-suplemen di atas.

Cadangan Dan Nasihat

Pada pandangan peribadi daripada saya, jika ada dikalangan anda, ibu bapa, jiran jiran, saudara-mara anda yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Apa kata anda menghadiahkan suplemen ini untuk membantu mereka kekal Cergas dan Bertenaga Sepanjang di Tanah Suci :-

A) SET ASAS HAJI
B) SET HAJI WARGA EMAS

Percayalah, hadiah ini jauh lebih bernilai buat mereka. Ini kerana anda akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Dengan suplemen yang dibekalkan, Insya Allah para jemaah haji dapat beribadah dengan lebih baik.

Ini adalah sebahagian daripada ikhtiar kita untuk kekal cergas dan bertenaga ketika di sana. Untuk makluman anda, harga suplemen di farmasi di sana jauh lebih mahal berbanding jika anda membeli di Malaysia.

Tawaran Percuma

Jika anda mendapatkan Set A atau Set B di atas, saya ingin menawarkan hadiah percuma buat anda. Iaitu sebuah EBOOK TRAVELOG HAJI 2011. Ebook ini mengisahkan pengalaman sebenar saya dan keluarga ketika kami menunaikan haji pada tahun 2011.

"Kembara Haji Di Tanah Suci - Pengembaraan Mencari Redha Illahi"



PERCUMA jika anda membeli Set A atau Set B dari kami.

Ini bukan EBOOK biasa. Ia EBOOK luar biasa. Setebal 822 muka surat. Sebanyak 100 episod dipenuhi gambar gambar sepanjang saya menunaikan haji dahulu.

Semoga entri ini dapat memberi manfaat untuk kita semua. Semoga mereka yang pergi menunaikan haji pada tahun ini diberikan kesihatan yang sempurna buat mereka sepanjang mereka berada di sana.

Semoga dengan kesihatan yang dikurniakan, mereka dapat meningkatkan amal ibadah sepanjang berada di Tanah Suci nanti.

Mungkin anda boleh cadangkan entri ini kepada rakan rakan, saudara mara, jiran, ibu bapa yang mengerjakan haji pada tahun ini.

Sekian.

Wassalam.
 
Haji Mohd Firdaus Mat Saad
Hajjah Kam Maria Abdul Mutalib
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Alhamdulillah.... Harga Minyak Naik Hari Ini !!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Sejak petang dan malam semalam, Newsfeed saya di Facebook, Whatsapp dipenuhi dengan berita harga minyak RON95 dan Diesel dah naik 20 sen.

Kalau anda tanya saya, saya sendiri tak puas hati dengan kenaikan harga yang mendadak macam ni. Bukan 5 sen, bukan 10 sen, bukan 15 sen. Tapi 20 sen. Saya rasa, di pihak kerajaan. Alang alang nak naikkan harga minyak. Baik naikkan tinggi sket. Sebab kalau naik 5 sen pun orang marah, naik 10 sen pun orang marah. Baik naik 20 sen terus.

Alah... lagi pun, kalau rakyat nak marah pun. Bukan rakyat boleh buat apa pun. Pilihan raya 4 tahun lagi. Banyak lagi masa. Nanti sebulan sebelum pilihan raya, mereka bagilah BRIM RM1200. Rakyat akan terus memilih mereka. Rakyat Malaysia mudah lupa.

Dari segi ekonomi, kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel ini memberi kesan berantai terhadap produk produk lain. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam kos pengangkutan. Harga gula akan naik, harga tepung akan naik, harga telur akan naik, harga ikan akan naik. Pendek kata, SEMUA BARANG AKAN NAIK HARGA.

Bukan Ini Yang Mahu Dibincangkan

Sebenarnya, saya bukan mahu berbicara mengenai kenaikan harga minyak ini. Saya tahu, pasti dan pasti ia akan memberi impak yang teruk kepada kita semua sebagai pengguna. Bersiap sedialah dengan kenaikan harga barang.

Ini belum dicampur dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Ini belum dikira GST yang akan dilaksanakan selepas ini. 

Anda tak boleh lari dari berhadapan dengan situasi ini. Kita telah 'memilih' mereka 3 bulan yang lepas. So, kita mesti memikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk berhadapan dengan situasi sebegini untuk 4 tahun akan datang sebelum kita membuat sebarang keputusan. Itu pun, kalau kita mahu.

Ini Masalah Dunia

Saya langsung tak menyebelahi kerajaan disebabkan kenaikan harga minyak ini. Tapi, saya juga nak kita semua faham. Sebutlah negara mana pun. Anda pergilah kemana pun. Semua harga barang di seluruh dunia dah naik. Ini betul. Hakikat yang terpaksa kita akui.

Saya bersembang dengan pekerja Bangladesh saya, mereka beri tahu. Harga barang di Bangladesh naik hampir 2 kali ganda berbanding 6 tahun lepas. 

Pergilah ke negara Indonesia misalnya. Harga minyak di sana pun sudah naik. Walaupun Indonesia juga merupakan negara pengeluar minyak.

Pergilah ke US, UK, France atau dimana mana sahaja. Masalah inflasi berlaku dimana mana sahaja. Kadar peningkatan inflasi lebih laju berbanding kadar kenaikan gaji kita.

Namun.... Tiada apa yang mampu kita lakukan. Semua ini diluar kawalan kita. By hook or by crook. Kita tak boleh elak harga minya akan naik. Kita tak boleh elak harga barang akan naik. Kita tak boleh elak berhadapan dengan krisis ekonomi. Suka tak suka..... Terimalah seadanya.

Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia. 

Menyesuaikan Diri Dengan Keadaan Semasa

Apabila berlakunya kadar peningkatan kos kehidupan hari ini. Saya amat benci apabila ada menteri yang berkata.

"Kalau harga ayam naik, kita semua jangan makan ayam."

"Kalau harga gula naik, kita kurangkan makan gula."

"Kalau harga minyak naik, guna motosikal. Jangan guna kereta."

Wak lu beb....... Saya marah gile dengan......... Senang senang aje mereka bagi 'solution' macam ni. Kalau macam ni, baik lantik saya aja jadi Menteri. Saya pun boleh cakap kalau macam ni.

Lepas tu, panasnya telinga dengar.

"Kita akan pastikan, kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat". 

Adoyai. Harga barang tak naik pun rakyat dah terbeban. Inikan pula harga barang dah naik. Mesti lagi terbeban.

Pilihan Di Tangan Anda

Sebelum ini, maksud saya sebelum saya dengar ceramah Prof Muhaya dan kursus Dr Azizan Osman. Saya antara mereka yang dok 'melenting', 'marah' kerajaan bila berlaku kenaikan harga minyak ini.

Tapi, selepas saya mendengar ceramah dari mereka berdua. Mentaliti saya berubah. 

Saya tidak boleh mengubah ekonomi dunia. Tetapi, saya boleh mengubah ekonomi saya. Ekonomi dunia di luar kawalan saya. Tetapi, ekonomi saya dibawah kawalan saya. Saya boleh 'control' ekonomi saya sendiri. Saya yang pilih sama ada mahu mempunyai pendapatan besar atau pendapatan kecil. 

Pilihan Di Tangan Saya

Apa yang saya ingin kongsikan, tak usahlah kita mengeluh atau mencarut marahkan kerajaan, (Dalam hati tengah marah ni, tapi rileks saja) sebab jika kita marah macam mana pun kepada mereka, ia tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barangan yang bakal menjelang.

Apa yang saya boleh buat untuk menghadapi situasi ini? Dulu saya mesti merungut. Tapi selepas pergi Kelas Dr Azizan, saya diajar untuk buat 2 benda.

1) Kurangkan kos kehidupan
2) Cara jalan tambah pendapatan

Dan inilah yang saya lakukan sejak awal tahun ini. In fact, sekarang ia sudah membuahkan hasil. Saya sudah ada EBOOK RAHSIA PELAJAR CEMERLANG yang memberi pendapatan pasif kepada saya setiap bulan.

Saya bantu Maria buat bisnes Shaklee secara online. Yang mana selepas 6 bulan buat bisnes, Maria terpaksa berhenti kerja. Dan selepas 9-10 bulan. Kini Alhamdulillah. Maria dah mula dapat merasai pendapatan 5 angka. Ya, 5 angka. Sudah melebihi 2 kali ganda daripada gaji Maria semasa berhenti kerja.

Saya juga sedang merancang pelbagai lagi 'projek-projek' kecil yang boleh memberi pendapatan pasif kepada saya.

Ini pilihan yang saya buat. Saya tak mahu mengurangkan perbelanjaan hidup saya. Saya lebih rela bersusah payah mencari jalan untuk menambah pendapatan saya berbanding bersusah payah mengurangkan perbelanjaan hidup saya.

Sekarang !!! Pilihan Di Tangan Anda

Para pembaca yang saya kasihi sekalian, dengarlah apa yang saya kongsikan ini. Hari ini, kenaikan harga barangan pasti berlaku. Dan ia tidak akan berhenti. Harga barang akan terus meningkat. Sooner or sooner. Tahun depan naik lagi. Dua tahun depan, naik lagi. Dan begitulah seterusnya. Jangan mimpi harga barang akan turun ok.

Suatu hari nanti, gaji anda tidak akan boleh menampung 'gegaran kewangan' ini jika anda tidak bertindak dengan segera.

Tapi, jika anda tidak bertindak sekarang. Saya tidak rugi apa apa. Mungkin, satu hari nanti. Bila anda sudah 'tersepit' waktu itu, barulah akan ada di antara anda yang mula faham. "Inilah yang aku baca di blog Firdaus dulu".

Harap anda tidak perlu berhadapan dengan situasi ini.

Pada waktu itu, anda akan rasa 'menyesal'. Mengapa anda tidak bertindak hari ini. 

Nasihat Saya Kepada Anda

Kepada para pembaca yang saya kasihi, pembaca blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Jika anda seorang yang berkerja dan pendapatan anda sudah stabil. It's ok. Insya Allah. Anda tidak akan bermasalah menghadapi kenaikan harga barang ini. 

Kenaikan gaji anda mampu untuk 'cover' kenaikan harga barang.

Tapi, saya ingin bercakap dengan sebahagian besar pembaca blog ini yang mungkin termasuk dalam golongan seterusnya. Iaitu, pendapatan anda biasa biasa sahaja. Tak sempat cukup bulan, duit dah nak habis. Terpaksa berhutang di sana sini.

Jika anda termasuk dalam golongan ini. Saya nasihat saya kepada anda. Berubahlah. "INIKALILAH, ANDA MESTI BERUBAH".

Jangan buat Over Time di tempat kerja anda untuk menampung kenaikan harga barang ini. Ia hanya menyelesaikan masalah anda seketika sahaja.

TAPI, BUATLAH SESUATU YANG LAIN. UNTUK MENDAPAT HASIL YANG BERBEZA, KITA PERLU MELAKUKAN PERKARA YANG BERBEZA.

Cadangan saya...... BUATLAH BISNES.

Tolonglah diri anda. Buatlah sebarang bisnes. Carilah mentor yang sudah berjaya dalam bisnes yang ingin anda ceburi. Belajarlah daripada mereka. Kemudian,  bertindaklah segera. Buat secara perlahan lahan. Part time. 

Buat bersungguh sungguh. Pada waktu ini, janganlah merungut. Sebab hidup anda akan berubah. Hidup anda akan 'sengsara'. Sebab anda terpaksa melakukan terlalu banyak perkara pada satu satu masa.

Dan apabila anda hendak menceburi satu satu bisnes, buatlah bisnes yang kurang risiko. Tak memerlukan modal yang besar. Dan boleh dimulakan secara part time.

Mudah mudahan. Suatu hari nanti. Anda akan menjadi seorang yang berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Pada waktu itu, anda akan tersedar. Anda berubah hari itu disebabkan harga minyak naik hari ini.

Pada waktu itu, anda akan terasa. "Alhamdulillah..... Harga Minyak Naik Hari Itu"

Sebabnya, kenaikan harga minyak inilah yang telah menyebabkan anda berubah. Berubah dari seorang yang hidup biasa biasa kepada seorang yang hidup luar biasa.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda.

Selamat berjaya. Selamat berjuang. Semoga anda kaya dan berjaya.

Wassalam

EBOOK PERCUMA : "SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA"

$
0
0

Assalamualaikum,

Sejak 8 tahun yang lepas, saya sudah menjalankan perniagaan ternakan ayam daging. Alhamdulillah, perniagaan ini dipermudahkan Allah. Ia berkembang dengan baik. Syukur Alhamdulillah.

Namun, pada Jun 2012. Saya mengubah kehidupan saya. Ia berlaku selepas saya menghadiri Kursus Advanced Marketing Power anjuran Dr Azizan Osman di Kuala Lumpur. Saya mahu memperkembangkan perniagaan saya.

Bukan sedikit wang yang saya keluarkan untuk belajar ilmu perniagaan. Saya sudah membelanjakan ribuan ringgit. Banyak ilmu yang saya belajar.

Saya hadiri Kursus Dr Azizan Osman, saya hadiri kursus Irfan Khairi. Semua ini saya lakukan sebab saya mahu mengubah kehidupan saya ke arah yang lebih baik.

Pelajari Ilmu Bisnes Online

Selepas saya belajar cara perniagaan bisnes online, saya cuba mengamalkannya. Mangsanya adalah Maria.

Saya tak mampu nak buat bisnes online sebab saya sibuk dengan perniagaan yang sedia ada.

Maka, Marialah tempat saya mengaplikasikan segala ilmu yang saya pelajari daripada kursus dahulu.

Saya suruh Maria buat bisnes online.

Dah banyak duit kami laburkan untuk menceburi bidang bisnes online ini. Dah banyak ribu kami rugi. Dan dah banyak ribu juga kami untuk melalui bisnes online ini.

Namun, kami bersyukur. Kerugian ribuan ringgit adalah 'harga' yang kami perlu bayar untuk belajar ilmu marketing dengan betul.

Buat Bisnes Shaklee

Maria mula buat bisnes Shaklee sekitar Oktober-November 2012 selepas 'dipaksa' saya untuk buat bisnes. Maria bukan seorang yang minat dengan bisnes.

Dalam kepala otak Maria dah tersemat, terkunci rapat bahawa untuk hidup mesti kerja makan gaji. Itu sahaja yang dia boleh buat.

Alhamdulillah, saya berjaya 'mencuci otak' Maria untuk cuba buat bisnes. Maria mula menceburi bisnes Shaklee bermodalkan RM75 sahaja.

Daripada buat suka suka, saja nak test, akhirnya bisnes Maria jadi huru hara. Pada peringkat awal, Maria langsung tak percaya dia boleh berjaya dalam bisnes Shaklee. Pernah Maria bertanya kepada saya.

"Abang, macam mana kita nak berjaya dalam bisnes Shaklee. Barang pun harga puluh-puluh saja. Macam mana nak untung ribu ribu. Bila nak kaya kalau buat bisnes Shaklee?"

Saya katakan kepada Maria.

"Cuba tengok orang lain yang dah lama buat bisnes Shaklee, boleh saja depa tu buat. Kaya jugak pun. Ada yang income 4 angka, 5 angka dan 6 angka. Kalau depa boleh buat, kenapa kita tak boleh buat"

So, Maria pun start bisnes Shaklee hanya sebab nak cuba. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dari mentor yang betul, teknik yang betul. Akhirnya Maria berjaya. Bermula dengan income 2 angka sebulan, Maria merangkak dengan income 3 angka sebulan selama 2 bulan lagi. Maria hanya dapat 4 angka pada bulan ke empat.

Akhirnya, pada bulan ke enam Maria terpaksa berhenti kerja kerana tak mampu nak handle kesibukan melayan customer. Alhamdulillah, bulan ini. Selepas 10 bulan buat bisnes Maria berjaya memperoleh pendapatan 5 angka sebagai bonus bulan Ogos yang lepas.

Bukan Mudah Untuk Berjaya

Apa yang Maria kecapi hari ini bukan datang dengan mudah. Ia satu pengalaman yang sangat berharga. Untuk berjaya, Maria terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

Semasa Maria berkerja, Maria terpaksa bersengkang mata. Tidur lewat malam dan bangun awal pagi. Ini semua dilakukan demi mengejar kejayaan dalam perniagaan.

Sampai satu tahap, hidup Maria memang huru hara. Satu tangan pegang anak, satu tangan pegang handphone. Melayan customer. Adakalanya Maria update blog dan facebook sambil menyusu anak.

Kasihan... Memang kasihan saya melihat Maria pada waktu itu.

Tapi, saya beri tahu Maria. Bukan senang nak berjaya. Semua orang yang berjaya mereka semuanya susah pada peringkat awal.

Maria kuatkan semangat untuk terus cekal dalam bisnes. Pantang Maria berundur. Sebab, selepas menyertai bisnes Shaklee. Maria dah mula ada target dalam hidup. Dah mula ada misi, visi dan impian yang ingin dicapai.

Inilah yang Maria belajar dalam bisnes Shaklee.

Perubahan Pada Diri

Sekarang, Maria dah jauh berubah berbanding Maria yang saya kenal dahulu. Jika dahulu, Maria seorang yang pemalu. Seorang yang tak suka bersembang dengan orang lain.

Alhamdulillah, hari ini Maria dah jadi seorang yang peramah. Dah mampu bercampur dengan orang lain dengan baik.

Jika dahulu, Maria seorang yang suka memberi alasan. Tapi, sekarang Maria dah pandai mencari jalan penyelesaian. Tidak lagi focus kepada masalah seperti dahulu.

Alhamdulillah, Maria memang dah berubah.

Jika dahulu, Maria buat bisnes sebab nak cari untung. Sebab nak side income. Sebab nak duit. Sebab nak kaya. Tapi sekarang Maria dah berubah.

Maria buat bisnes sebab nak membantu orang lain, menambah nilai hidup orang lain dan menyelesaikan masalah orang lain. Maria mahu mencari kekayaan agar kekayaan itu dapat digunakan untuk membantu orang lain.

Inilah yang diajar oleh mentor mentor Maria dalam group Shaklee. Erti Hidup Pada Memberi.

Amalan Solat Dhuha sudah menjadi kewajipan buat Maria. Setiap hari, Maria melatih dirinya untuk banyak berzikir, istighfar dan berselawat.

Alhamdulillah, seronok saya tengok perubahan dalam diri Maria.

Ramai Yang Bertanya

Setiap hari, semakin ramai yang bertanya macam mana Maria buat bisnes Shaklee. Susah ke? Bagus sangat ker? Seronok sangat ker?

Akhirnya, saya buat keputusan. Segala pengalaman Maria ini perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan agar ia dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain untuk berjaya.

Setakat hari ini, Maria sudah berjaya membantu ramai orang untuk memperoleh pendapatan 4 angka sebulan. Yang dapat 3 angka sebulan tak boleh dibilang dengan jari. Sudah terlalu ramai. Mereka semuanya masih baru dalam bisnes. Tapi, Alhamdulillah dengan teknik yang betul. Mereka menjadi lebih mudah untuk menjalankan perniagaan.

Syukur Alhamdulillah, selepas berhempas pulas meluangkan masa untuk menulis EBOOK ini. Akhirnya saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsi dengan anda semua.

Sebuah kisah  kejayaa yang penuh motivasi, padat dengan kisah kisah inspirasi. Anda boleh membaca suka duka, jatuh bangun perjuangan seorang wanita bernama Maria untuk berjaya dalam bidang bisnes yang dia ceburi.

Saya ingin tunjukkan kepada masyarakat di Malaysia, di mana ada jalan di situ ada kemahuan.

Saya mahu kongsikan kepada anda semua, untuk berjaya dalam perniagaan. Anda sebenarnya tak memerlukan modal yang besar. Anda tak perlu memiliki yang kilang yang besar. Anda tak perlu memiliki pekerja yang ramai.

Apa yang anda perlukan? Cukuplah jika anda mempunyai HATI YANG KENTAL, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan Nya.

Jika anda berminat untuk membaca kisah perjalanan Maria menjalankan perniagannya. Anda boleh download ebook ini secara PERCUMA. Ya.. Percuma.

Saya berikan percuma kepada anda kerana saya mahu menambah nilai hidup anda. Saya mahu anda berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Jika anda selama ini tak pernah berniaga, jika anda selama ini tak tahu apa nak berniaga. Ayuh... Saya tunjukkan jalannya. Jalan pintas untuk berjaya.

Anda bacalah, hayatilah apa yang saya kongsikan ini. Semoga, ia akan memberi inspirasi kepada anda untuk lebih berjaya satu hari nanti.

Jika berminat : Sila DOWNLOAD EBOOK INI DI : www.ebookniaga.com/sorryboss/maria


IA PERCUMA....... Anda tak perlu bayar pun.

HARAPAN SAYA

Jika tidak menyusahkan anda, jika saya tidak membebankan anda, saya berharap sangat. Anda dapat tekan LIKE button di bawah ini. Kalau boleh, saya mahu lebih ramai yang mendapat manfaat daripada ebook ini.

Mungkin, satu klik daripada anda mampu menjadi titik perubahan buat rakan rakan anda yang lain. Sama samalah kita mencari pencen kubur.

Kepada anda semua, saya mohon. Ayuh kita sama sama doakan. Agar dalam tempoh 15 bulan dari sekarang. Maria mampu memperoleh pendapatan 6 angka sebulan. Itu impian Maria hari ini.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Wassalam

Bila Kali Terakhir Anda Dengar Kuliah Agama?

$
0
0
Assalamualaikum,

Bila kali terakhir anda mendengar kuliah agama?

Jika anda ada kelapangan, boleh tonton video ceramah ini.



Beliau adalah idola saya. Terlalu banyak ilmu agama yang saya belajar daripada ceramah beliau.

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Bonus 5 -Angka Dengan Shaklee Tercapai!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Syukur, Syukur, Syukur Alhamdulillah..

Bulan September 2013 ini, genaplah SETAHUN Maria bergelar SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang setahun ini. Seminggu selepas melahirkan Muhammad Fateh, pada Sept 2012, Maria mengeluarkan modal sebanyak RM75 untuk pendaftaran sebagai ahli Shaklee. Kini selepas setahun, Maria sudah bergelar Working-At-Home-Mum (WAHM) dan menjana pendapatan bersama Shaklee. Syukur Alhamdulillah..

Actually, Maria start buat bisnes Shaklee pada November 2012. Alhmdulillah, sekarang Maria berasa gembira dan bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian daripada Allah. Banyak yang telah Maria capai sepanjang tempoh ini.

1) TOTAL MONTHLY GROUP SALES ALMOST RM100,000

 
Tahniah kepada semua ahli-ahli dalam group Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee (MFMS) yang berjaya dalam perniagaan mereka. Untuk pengetahuan anda, ahli-ahli group kami semakin berkembang di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Group sales kami pada bulan Ogos juga telah meningkat 1 kali ganda berbanding sales pada bulan Julai yang lalu. Sales Ogos 2013 hampir RM100,000. Kini semakin ramai yang menyedari kepentingan supplemen untuk kesihatan keluarga mereka.

Maka, semakin ramai juga yang telah mencuba Shaklee untuk seisi keluarga dan berpuas hati dengan kesannya.

Jadi Maria rasa agak mudah untuk menjual produk yang telah  mempunyai kajian klinikal dan terbukti berkesan. Yang penting, kami sendiri dah gunakannya, dan yakin dengan kebaikan produk-produk Shaklee.

2) 5-FIGURES CASH BONUS
 

Alhamdulillah, buat pertama kalinya, Maria menerima bonus 5 angka dari Shaklee untuk ganjaran sales sepanjang bulan August 2013.

Sungguh...ia satu angka yang Maria sendiri rasa mustahil untuk dikecapi setahun yang lalu. Dulu semasa bekerja sebagai Engineer, tak pernah terbayang bila Maria boleh dapat gaji 5 angka. 10 tahun lagi pun belum tentu rasanya. Bayangkan, sepanjang tempoh 5 tahun Maria berkerja di Kulim Hi Tech, peningkatan gaji hanyalah RM500 untuk tempoh 5 tahun. Teramat sedikit.

Tapi kini setelah setahun bersama Shakle, impian menjadi Working-At-Home-Mum (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka sudah tercapai . Syukur atas nikmat yang Allah berikan. More to come InsyaAllah.

Sebenarnya, Maria bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk dengan income yang Maria dapat sekarang ini. Tetapi, Maria ingin membuktikan yang ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai dengan bisnes Shaklee.

Sebenarnya, jika kita buat bisnes dengan cara yang betul, semua orang boleh berjaya. Dah banyak sangat 'Success Stories' dari mereka yang dah berjaya dalam group Jutawan Shaklee. Sebab itulah Maria sangat yakin dan tanamkan dalam diri yang Maria juga mampu jadi seperti mereka.

Tetapi segala ini tidak datang sekelip mata yer. Ia perlukan doa, usaha, pengorbanan dan jiwa yang kental agar tidak mudah berputus asa menghadapi segala cabaran.

Maria pun bermula dengan bonus 2 angka sebulan, setahun yang lalu. Kemudian ia bertambah 3 angka selama beberapa bulan. Naik kepada 4 angka  selepas 4 bulan, dan kini 5 angka selepas setahun. Syukur Alhamdulillah.

InsyaAllah, kini Maria sangat yakin yang bonus 6-angka juga akan dapat dikecapi satu hari nanti. Mudah-mudahan ia akan dicapai dalam tempoh 1 tahun dari sekarang. Tolong doakan Maria ya.

Dengan izin Allah, tiada apa yang mustahil. Berdoalah dan mintalah petunjuk daripada Allah walau dalam apa keadaan sekalipun. Allah berkuasa mengabulkannya segalanya. Ia mungkin dari jalan yang kita tak pernah sangka-sangka!!

3) NEW RANK AS SENIOR COORDINATOR (4TH RANK)

Syukur Alhamdulillah, pada bulan July 2013 lepas, Maria berjaya naik ke rank ke-3 iaitu COORDINATOR.

Pada bulan Aug 2013 pula, Allah memberikan kami rezeki untuk naik ke rank ke-4 pula iaitu SENIOR COORDINATOR.

Kini hanya 3 langkah untuk menuju rank tertinggi iaitu MASTER COORDINATOR. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

4) NEW LEADERS BORN IN OUR GROUP


On August 2013 Closing Day. With the New Senior Supervisor (Adni Harlina) and New Supervisors (Kam Haryatie dan Adni Hazuanis). Sisters in action. Bonus 4-angka kini dalam genggaman mereka selepas 1-2 bulan menceburi bisnes Shaklee ini. Alhamdulillah...

Kini semakin ramai ahli-ahli dalam group kami yang berjaya menggenggam bonus 4-angka. Yang dapat 3 angka dah terlalu ramai. Tak boleh dibilang dengan jari tanga dan kaki.

Mereka semua datang dari pelbagai latar belakang. Ada Surirumah, Guru, Lecturer, Student, Engineer, Technician, Nurse dan macam-macam lagi. Ada juga yang sudah pun berhenti kerja untuk menjadi Working-At-Home-Mum (WAHM) dan focus sepenuhnya dalam bisnes Shaklee.

Syukur Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan hati kami bila melihat anak didik semakin maju dalam bisnes masing-masing. Kami hanya memberi panduan. Selebihnya merekalah yang telah berusaha dengan sehabis baik untuk berjaya dalam bisnes mereka.

Kami tak pernah memaksa mereka, dan tiada siapa juga pernah memaksa kami menjalankan bisnes ini. Semuanya dilakukan dengan kerelaan dan kecekalan hati, demi mencapai cita-cita dan impian masing-masing.

Man Jadda Wajada. Jejaki dan ikut jalan kejayaan orang-orang yang sudah berjaya, InsyaAllah, kita juga akan berjaya seperti mereka.

Semoga para pembaca blog ini juga berjaya dalam kehidupan masing-masing, di dunia dan akhirat.

Wassalam.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
come_maria@yahoo.com

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

$
0
0
Assalamualaikum,

Kisah Sahabat Pertama:

Semalam saya bersembang melalui telefon dengan seorang sahabat saya. Kami bersembang mengenai penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam bisnes. Lama juga saya bersembang dengan beliau, hampir 30 minit.

Beliau berusia awal 30-an. Sama seperti saya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau memaklumkan kepada saya bahawa sejak akhir akhir ini beliau sering rasa sakit di dada. Cumanya, dalam seminggu dua ini sakit di dada itu kurang sedikit.

Jika tidak sebelum ini beliau selalu rasa macam susah nak bernafas. Terutama selepas buat kerja yang memerlukan fizikal yang banyak.

Beliau menceritakan, sekarang beliau dah tak mampu nak lari laju. Jika lari sedikit saja, beliau kata jantungnya macam nak semput. Dah tak boleh nak bernafas.

Selepas saya bertanya adakah beliau menghisap rokok, beliau mengatakan yang dahulu memang beliau penghisap rokok tegar. Tapi, sekarang sudah berhenti. Selain itu, beliau juga suka makan di luar dan penggemar nasi lemak, murtabak, KFC, Pizza Hut dan makan-makanan lain yang sangat 'berkhasiat', makanan yang selalunya kita pun suka makan.

Saya tidak pasti, apa masalah beliau yang sebenar. Tetapi, pada pengamatan saya. Masalah semput sahabat saya ini mungkin ada kaitan dengan masalah jantung.

Saya menasihatkan beliau untuk membuat pemeriksaan di hospital atau klinik yang berhampiran. Mudah mudahan, beliau tidak ada sebarang masalah yang serius.

Kisah Sahabat Kedua:

Saya mempunyai seorang jiran. Berusia sekitar 50 tahun. Mempunyai anak 5 orang dan ramai yang masih bersekolah sekarang ini.

Kami berjiran di kampung, sekali sekala kami berbasikal, pusing pusing kampung di sekitar kawasan bendang untuk exercise.

Dua tahun lepas, saya mendapat pengkhabaran yang sangat mengejutkan.

Beliau sesak nafas. Nafas beliau tersekat. Beliau terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Memandangkan ini masalah serius, dari Hospital Parit Buntar beliau dipindahkan ke Hospital Taiping.

Saya melawat beliau di Hospital Taiping. Doktor mengesahkan beliau mempunyai masalah jantung. Saluran darah ke jantung beliau hampir tersumbat. Itulah puncanya mengapa beliau mengalami sesak nafas.

Tidak lama selepas itu, beliau terpaksa menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan "Coronory Bypass". Doktor terpaksa mengambil satu urat dikakinya untuk dibuat bypass dibahagian urat yang tersumbat berhampiran jantung beliau.

Selepas pembedahan, beliau mengambil masa yang begitu lama untuk pulih kembali. Syukur Alhamdulillah, selepas 2 tahun hidup 'terseksa', kesihatan beliau kembali pulih sekarang ini.

Namun, beliau sudah tidak boleh buat kerja yang lasak atau memerlukan penggunaan fizikal yang tinggi. Beliau juga sekarang tidak boleh berfikir masalah-masalah yang besar. Tidak boleh mendengar berita terkejut secara tiba tiba.

Jika semua ini berlaku, beliau akan terasa sakit dibahagian jantung. Rasa macam susah nak bernafas.

Selepas bersembang dengan beliau, beliau sebenarnya turut berasa hairan bagaimana beliau ada masalah jantung. Sebelum ini pun beliau langsung tak pernah rasa sakit jantung. Tiba-tiba saja penyakit ini menyerang.

Doktor menjelaskan bahawa masalah jantung ini tidak akan dapat dikesan sekiranya kita tidak membuat pemeriksaan secara berkala. Masalah jantung tidak memberi sebarang amaran kepada kita. Ia boleh datang secara tiba tiba kepada kita dan silap hari bulan, ia mungkin menjadi 'tiket' untuk kita ke sana.

Pergi dalam keadaan belum tentu kita bersedia. Pergi dalam keadaan anak-anak kita masih memerlukan kasih sayang daripada kita.

Bila saya bertanya beliau apa punca sakit jantung ini?

Beliau menjelaskan, mungkin kerana beliau makan di luar setiap hari. Ya, setiap pagi dan tengah hari beliau akan makan di luar. Ada kalanya, makan malam pun di luar.

Rasanya, kita semua tahu tidak semua peniaga yang 'prihatin' dengan tahap kesihatan pelanggan. Mereka memasukkan perasa tambahan bagi memastikan apa kita makan itu sedap dan kita suka ke kedai mereka. (Bukan semua kedai macam ni. Sebahagaian kecil sahaja)

Namun, jika makan di luar menjadi amalan hidup kita, potensi untuk kita terkena serangan jantung pada usia 40-an dan 50-an adalah amat tinggi. Tambah-tambah  jika kita suka makan makanan bergoreng. Lagi cepat diserang penyakit ini.

Hari ini, Alhamdulillah. Beliau sudah sihat. Beliau menceritakan kesyukuran beliau kepada saya kerana diberi peluang kedua oleh Allah. Sebab doktor memberi tahu, ramai orang yang terus mendapat 'one way ticket' apabila diserang masalah jantung ini.

Kisah Ketiga:

Pada usia 32 tahun, saya rasa saya masih muda. Dan saya rasa, insya Allah saya pun tak ada masalah jantung.

Inilah masalahnya sekarang ini. Kita semua merasakan perkara yang sama. Kita rasa kita sihat. Dan kita rasa kita tak ada masalah jantung.

Namun, hakikatnya.... di Malaysia seramai 32 orang mati setiap hari akibat sakit jantung.

Saya dengan dukacitanya ingin berkongsi dengan anda, saya ada 3-4 orang sahabat yang seusia dengan saya yang sudah pun pergi mengadap Illahi akibat serangan jantung.


Hari ini, sakit jantung menyerang sesiapa sahaja. Sudah tidak mengira usia. Dah ramai anak muda yang 'syahid' akibat sakit jantung.

Mereka ini masih muda, mereka pergi mengadap Illahi dengan meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Semua orang terkejut dengan berita kematian mereka. Sebabnya, semua tidak sangka yang mereka mempunyai masalah jantung.

Even isteri-isteri mereka sendiri pun tidak tahu masalah ini, sehinggalah mereka terkena serangan jantung dan terus dijemput mengadap Illahi.

Saya rasa, tak perlulah saya bercerita lebih-lebih hal ini. Saya pasti anda sendiri mempunyai ramai sahabat dan saudara yang mengalami masalah yang sama.

Bezanya, Allah memilih mereka. Allah belum memilih kita. Mudah mudahan,  kita tidak menghadapi masalah ini.

Ujian Tahap Kesihatan Jantung

Bersyukurlah kita. Jika anda boleh membaca blog saya hari ini. Ini bermaksud Allah memilih anda untuk masih kekal sihat dan hidup di dunia ini.

Alhamdulillah.

Namun, apakah jaminan kita bahawa Allah akan terus mengekalkan tahap kesihatan kita pada hari esok, minggu depan, bulan dengan atau tahun hadapan.

Tahukah anda? Kita sebenarnya boleh membuat pemeriksaan tahap kesihatan jantung kita. Kita boleh pergi ke klinik yang menyediakan mesin untuk buat ujian "Stress Test". Kita akan dipasangkan dengan wayar diseluruh badan dan kemudian disuruh berlari di atas "Thread Mill" dengan kelajuan yang berbeza selama 10 minit.


Pada waktu itu, mereka akan mengukur tahap kesihatan jantung kita. Dari situ, kita boleh dapat tahu tanda-tanda awal jika kita ada masalah jantung.

Kos untuk ujian ini adalah sekitar RM300-RM400.

Saya dah buat Stress Test ini 2 tahun lepas. Result Alhamdulillah. Masih ok. Mungkin hujung tahun ni nak kena buat sekali lagi untuk mengetahui perkembangan kesihatan jantung yang terkini.

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

Kepada para pembaca yang dikasihi, ayuh. Kita semua sama sama menjaga tahap kesihatan jantung kita. Janganlah kita ucapkan selamat tinggal kepada anak-anak kita sebelum tiba waktunya.

Mereka berhak untuk mendapat penjagaan daripada kita secukupnya. Cukuplah, Allah memberi kesedaran kepada kita dengan berita pemergiaan rakan-rakan kita yang terkena serangan jantung.

Janganlah, hingga apabila kita sudah dikesan terkena serangan jantung pada tahap kritikal baru kita nak mencari penawarnya.

Pada waktu itu, sudah tiada apa yang boleh dilakukan. Melainkan, kita terpaksa menjalani pembedahan atau jika kurang bernasib baik. Kita akan mendapat 'One Way Ticket'. Pergi Tak Kembali.

Semoga ia tidak berlaku kepada anda. Tidak berlaku kepada saya. Amin.....

Jom Kita Ambil Langkah Pencegahan

Jika selepas membaca entri ini, ada di antara anda yang terasa penting untuk mengambil langkah pencegahan bagi menjaga jantung anda, jom kita amalkan beberapa tips ini.

1. Menjaga pemakanan kita. Makan makanan yang sihat, tinggi serat dan rendah kalori. Kurangkan makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Kawal tekanan darah dan gula dalam darah.

2. Pastikan anda mempunyai rehat yang cukup. Iaitu tidur antara 6-8 jam sehari. Ia penting bagi memastikan jantung kita mempunyai rehat yang cukup.

3. Bersenam secukupnya. Banyakkan berjalan kaki jika ke tempat yang boleh berjalan kaki.

4. Berhenti Merokok!!!! Ya, ini jalan pintas jika anda mahu 'segera ke sana'. Trust me, anda hanya memendekkan usia anda jika anda perokok tegar. Dan ia antara penyumbang utama kepada sakit jantung. Ingat, anak perempuan anda perlukan anda untuk menjadi wali di hari perkahwinannya.

5. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng. Perbanyakkan makanan yang kurang minyak.

Masalahnya :

Saya yakin, kita semua dah pun tahu langkah langkah yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan jantung kita. Tapi..........

1. Kita masih kurang makan makanan bersayur. Sebaliknya kita banyak makan makanan segera. Kita selalu pergi makan di kedai. Peniaga ini (sebahagiannya, bukan semua) memasukkan perasa tambahan untuk menambahkan kesedapan dalam makanan yang kita makan.Ajinamoto ini teramat tidak sihat untuk badan kita. Kita kurang makan makanan berkhasiat.

Percayalah... Kita tersangat kurang prihatin apa yang kita makan.

2. Kita tidak mempunyai rehat yang cukup. Ada di antara kita yang berjaga malam dan tidur tidak mencukupi. Kesannya, jantung tidak mempunyai rehat yang cukup. Kalau berjaga malam untuk tahjud tak pe la. Tapi, kalau berjaga malam buat kerja kerja yang stress, ini turut memberi sedikit kesan kepada jantung kita.

3. Kita TAK CUKUP BERSENAM. Setiap hari, saya menggunakan COUNTER untuk mengira jarak perjalanan saya. Untuk mereka yang mahu sihat, mereka perlu berjalan sejauh 10,000 langkah sehari. TAPI, saya sendiri hanya berjalan sekitar 5000-7000 langkah setiap hari. Masih belum cukup excercise saya ni pun.

4. Ramai di antara kita yang tak mahu berhenti merokok. Setiap hari kita membelanjakan sekitar RM10 untuk beli sekotak rokok. Kita tidak KEDEKUT untuk membeli sesuatu yang akan memberi kita sakit. Tapi, kita tersangat kedekut untuk membeli sesuatu yang akan menyihatkan kita. Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ini. Saya sekeluarga masih belum belajar hisap rokok.

5. Kita suka makan makanan bergoreng. Ayam goreng, pisang goreng, bihun goreng, mee goreng dan seangkatan dengannya. Semuanya bergoreng.

So... Sebenarnya, antara sedar atau tidak. Kita sebenarnya tak ambil langkah-langkah menjaga jantung pun. Sebaliknya, kita lebih membuat sesuatu yang 'menjahanam'kan jantung kita.

Soo.... Ambillah Suplemen

Sekiranya selepas anda membaca entri ini, anda rasa macam 'tersedar' yang anda perlu mengubah cara hidup anda. Tapi, anda tak mampu nak mengubahnya buat masa sekarang.

Izinkan saya untuk mencadangkan anda supaya anda mengambil suplemen yang Insya Allah, dapat membantu menjaga kesihatan jantung anda.

Memperkenalkan, COQHEALTH SHAKLEE.




Set COQHEALTH SHAKLEE yang berfungsi untuk menjaga kesihatan jantung kita.

Satu botol CoQHEALTH SHAKLEE untuk penggunaan satu bulan. Harganya hanya RMXX sahaja untuk sebulan. Sangat berbaloi baloi untuk penjagaan jantung yang sihat. Kos ini jauh lebih murah berbanding kos untuk mendapatkan rawatan sakit jantung.

Antara kebaikan CoQHEALTH SHAKLEE ini:

1. Memberikan TENAGA dalam setiap sel tubuh terutama set otot jantung.
2. Bertindak sebagai ANTIOKSIDA.
3. Menggalakkan fungsi KESIHATAN bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung.
4. Mengurangkan gejala kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur dan bengkak.
5. Meningkatkan pengeluaran tenaga dalam otot jantung bagi  meningkatkan kekuatan jantung mengepam darah ke seluruh badan.

Testimoni Pengguna CoQHEALTH SHAKLEE:


Terus terang saya katakan, saya tulis entri ini bukanlah sebab bisnes semata mata. Tapi, saya rasa ada eloknya saya 'mengetuk' pintu hati kita semua untuk menjaga kesihatan kita semua.

In fact, kalau anda boleh kawal pemakanan anda, anda boleh bersenam secukupnya, anda boleh mempunyai rehat yang cukup, anda mampu untuk makan sayur sayuran yang mencukupi, kurang mengambil makanan bergoreng, anda tak perlu makan suplemen ini pun. Nenek moyang kita tak makan suplemen ni pun dulu, tapi umur mereka panjang.

TAPI MASALAHNYA..... ramai kita yang tak mampu. Kita tak mampu nak elak makan di luar, kita tak mampu nak mempunyai rehat yang cukup, tak mampu bersenam seperti yang sepatutnya, tak mampu nak berhenti merokok, dan tak mampu nak berhenti makan makanan bergoreng.

Sebab itulah saya nak bagi tahu anda... kita perlukan SUPPLEMEN. Ia bagi membantu menjaga kesihatan tubuh badan kita.


So, ayuh kita semua amalkan gaya hidup yang sihat mulai sekarang. Saya sendiri sekarang ini sudah mula menitik beratkan masalah kesihatan saya. Lagi pun, sekarang Maria sendiri dah belikan saya CoQHEALTH ini. Tapi, saya belum guna lagi sebab nak habiskan suplemen Vitamin E dahulu.

Sebabnya, dalam CoQHEALTH ini pun dah ada Vitamin E untuk membantu meningkatkan kesihatan 'kelakian' seseorang itu.

Dulu masa muda saya tak pernah nak fikir masalah masalah ni. Tapi, menjelang usia 30-an ini, saya rasa saya perlu mula mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengambil suplemen yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan saya. 

Mudah mudahan, dengan usaha saya ini Allah memelihara kesihatan saya dan dijauhkan dari segala penyakit berbahaya ini.

Semoga Allah memberi kesihatan kepada kita semua untuk kita terus berkhidmat dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara kita.

Jika anda ingin mendapatkan Suplemen CoQHEALTH SHAKLEE ini, anda boleh menghubungi Maria.

Mesej/Whatsapp/ Call019-2592731.
Emel : come_maria@yahoo.com
Facebook : Kam Maria Abdul Mutalib

Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua. Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda, mungkin ia juga bermanfaat untuk rakan rakan anda. Sila tekan LIKE button di bawah ini. 

Wassalam

* LUPA SAYA NAK BERITAHU, SHAKLEE ADA BUAT PROMOSI UNTUK COQHEALTH PADA BULAN SEPTEMBER INI. ADA DISKAUN ISTIMEWA UNTUK ANDA JIKA INGIN MENDAPATKANNYA. PROMOSI PADA BULAN SEPTEMBER SAHAJA.

Kasihanilah Ibumu

$
0
0
Assalamualaikum,

Malam tadi, saya ke luar untuk membeli nasi arab di sebuah restoran nasi arab di Parit Buntar.

Semasa saya sedang menunggu sementara nasi saya disiapkan untuk dibungkus, saya ternampak ada seorang warga emas yang berjalan perlahan lahan menggunakan tongkat sambil dipimpin cucunya, seorang perempuan berusia sekitar 15 tahun.

Saya memberi laluan kepada mak cik ini agar beliau dapat bergerak dengan lebih selesa.

Tidak berapa lama selepas itu, nasi saya siap dibungkus. Saya membuat pembayaran dan terus keluar dari kedai.

Setiba di luar kedai, saya nampak ada sebuah kereta yang sedang menunggu di luar. Dan mak cik yang bertongkat tadi saya nampak 'tersangkut' di luar kedai bersama cucunya.

Saya tengok mak cik ini ada masalah untuk turun ke jalan. Ini kerana, tinggi lantai kedai ke jalan adalah sekitar 1 kaki. Dan mak cik ini dah tersangkut di situ sebab tak boleh turun.

Mak cik ini melambai ke dalam kereta untuk memanggil anak lelakinya turun bagi membantunya.

Malangnya, anaknya tidak turun dan tunggu dalam kereta.

Tersentap !!!!!! Sungguh tersentap !!!!!!!

Tanpa membuang masa, saya bertanya kepada mak cik yang bertongkat itu.

"Mak cik, boleh turun tak? Nak saya tolong?"

"Mak cik sakit kaki nak, tak boleh turun. Boleh tolong pimpin tangan mak cik?"

"Boleh mak cik. Mak cik pegang saya kuat kuat ye."

Pada waktu ini, saya lihat anaknya masih lagi tunggu di dalam kereta. Tanpa ada usaha sama ada nak turun bagi membantu emaknya.

Saya memimpin tangan mak cik ini bagi memudahkan beliau untuk turun dari lantai kedai ke jalan raya.

Selepas itu, mak cik mengucapkan terima kasih kepada saya atas sedikit pertolongan yang diberikan.

Sesudah itu, saya terus bergerak ke dalam kereta.

Dalam kereta, air mata saya hampir mengalir.

Saya tersentap. Mengapa seorang anak yang sudah tahu emaknya mempunyai masalah sakit kaki, tak boleh turun lantai kedai yang tinggi, dipanggil oleh emaknya tidak mampu turun dari kereta untuk membantu emaknya.

Kesian. Pasti hati ibu itu terguris.

Para pembaca yang dikasihi Allah sekelian..... Sayangilah ibu bapa kita. Saya pasti, ibu bapa kita semuanya sudah pun berusia. Lakukan yang terbaik buat mereka.


Entah berapa tahun lagi kita sempat untuk berbakti kepada mereka. Saya khuatir jika satu hari nanti kita semua akan menyesal kerana 'gagal' memberikan yang terbaik kepada ibu bapa kita kerana mereka sudah dijemput menghadap Ilahi.

Tanyalah siapa yang sudah kehilangan ibu bapa mereka. Tanya mereka sejujurnya, sejauh mana mereka rindu untuk memeluk ibu bapa mereka yang sudah tiada. Jika Allah izinkan, mereka mahu sangat memeluk ibu bapa mereka sepuas-puasnya. Namun apakan daya. Ibu bapa mereka sudah tiada.

Para pembaca yang dikasihi sekalian...... Saya tak bijak untuk berbicara..... Namun, ayuhlah. Kita ramai ramai mengasihi dan menyayangi ibu bapa kita.

Jika mereka sudah tiada. Jangan lupa, sedekahkan Al Fatihah buat mereka setiap hari.

Semoga entri ringkas ini mampu memberi sedikit motivasi kepada kita untuk lebih menyangi ibu bapa kita.

Wassalam

* Di Sebelah Atas Bahagian Kanan, Ada ABOUT MARIA FIRDAUS. Di situ ada gambar saya dan nama MARIA FIRDAUS. Jika tidak keberatan, saya mohon anda untuk klik button FOLLOWING yang berwarna biru itu.

Laporan Seminar Jutawan Industri

$
0
0
Assalamualaikum,
 
Malam tadi, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan guru saya dalam bisnes iaitu Dr Azizan Osman. Beliau datang ke Penang malam tadi untuk program Seminar Jutawan Industri 2013 yang bertempat di Sunway Carnival.
 
Kehadiran dalam 3000 orang. Ramai sangat warga Penang, Kedah, Perlis dan utara Perak yang hadir ke seminar sini.

 
 
Program bermula selepas jam 8.00 malam.
 



Bayangkan, boleh penuh satu dewan 3000 orang. Yang best, ianya PERCUMA.



Para peserta warm up. "Bara bara bere bere" dulu.



Program perkongsian bermula. 'Superb'. Ada kawan saya duduk di barisan hadapan sekali.


 
Semua orang sedang focus dengan perkongsian yang Dr Azizan berikan.
 
 
Ini sahabat saya Khairunizam. Beliau dapat hadiah buku baru yang ditulis oleh Haji Asri mengenai pelaburan saham bernilai RM25. Beliau belajar dari pengalaman saya dahulu untuk mendapat hadiah.
 
Duduk dibarisan hadapan.  Dan kalau Dr Azizan atau sesiapa saja panggil untuk nak beri hadiah. Cepat cepat meluru ke hadapan. Kena berani bertindak. Kena pantas bertindak.
 
Samalah dalam kehidupan kita, jika kita berani dan pantas bertindak. Kita akan dapat mencapai sesuatu impian. Tetapi, jika kita hanya berimpian, tetapi terhegeh hegeh bertindak. Kita tak akan dapat apa apa. Sebaliknya, orang lain yang bertindak yang akan dapat.
 
 
Testimoni peserta seminar jutawan industry tahun lepas. Umur 24 tahun. Dah touch RM1 juta.
 
Actually, semalam Dr Azizan Osman ada berkongsi banyak kisah kejayaan para peserta yang datang ke program jutawan industry tahun lepas. Terlalu ramai yang bisnes mereka melonjak tinggi selepas menghadiri kursus ini.
 
Even kursus semalam tu free, banyak yang saya belajar. Ada juga ilmu yang saya 'recall' dari ilmu ilmu yang dah dipelajari dahulu. Seronok sangat. Ada lagi idea tambahan apa yang boleh saya lakukan untuk memajukan lagi perniagaan saya.
 
JIKA ANDA BERKELAPANGAN
 
Saya ingin mencadangkan kepada anda di luar sana. Ambillah peluang untuk pergi ke Seminar Jutawan Industri anjuran Dr Azizan Osman. Insya Allah, ia akan mengubah hidup anda ke arah yang lebih luar biasa.
 
Hari ini, 19/9/2013 akan berlangsung satu lagi SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI percuma di Ipoh Perak dan pada 22/9/2013 akan berlangsung di Shah Alam Convenction Centre.
 
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari www[dot]jutawanindustri[dot]com.
 
JIKA ANDA BERKEMAMPUAN
 
Jika anda berkemampuan, pergilah ke program INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI yang akan diadakan pada 27-29 September ni bertempat di PWTC.
 
Harga untuk program intensif ini adalah RM997 seorang. Tetapi, jika anda pergi ke kursus di Ipoh atau di Shah Alam ini dan kemudian anda buat full payment pada hari itu. Anda akan dapat bawa seorang lagi rakan  anda SECARA PERCUMA.
 
Trust me, program ini tersangat bagus. Insya Allah.... Ia akan memberi sesuatu kepada anda.
 
Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua.
 
Wassalam

* Di sebelah kanan atas blog ini ada ABOUT MARIA FIRDAUS dan GOOGLE+ FOLLOWERS. Jika tidak keberatan, saya mohon anda klik button FOLLOWING di dua tempat itu. Saya minta tolong sangat-sangat, ini amat penting bagi menaikkan 'Rating' blog Maria Firdaus di Google. Jutaan terima kasih buat anda yang membantu saya.

Magic Raya Shaklee!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Aduhhhh.... Baru sempat nak share pasal Magic Raya Shaklee ni.....

31 Ogos yang lepas, mentor kami Master Hafsah dan Master Zahirah buat gathering raya untuk kami anak-anak murid semua, tempatnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Ini first time saya sampai ke Kelab Sultan Sulaiman. Before this, tak pernah pi pun. 


Bangunan Kelab Sultan Sulaiman


Magic Raya Anugerah Terindah dan Inspirasi


Ini Mentor Maria. Nama aja mentor. Tapi, baru first time jumpa after 10 months. Sebelum ni, Maria hanya kenal Master Zahirah di Facebook sahaja. Orangnya kecil sahaja. Tapi semangatnya besar. Telah membantu 700 orang usahawan Shaklee bersamanya. Dah ramai yang berjaya. Dulu beliau merupakan bekas seorang engineer di sebuah syarikat minyak terkemuka di Malaysia. 'Terpaksa' berhenti kerja sebab buat bisnes online Shaklee.


Ini pun Mentor Maria juga, Master Hafsah. Beliau seorang yang hebat. Isteri kepada kawan baik saya di Sheffield, UK dulu. Beliau juga hanya buat bisnes secara online di Facebook dan blog sahaja. 

Anda tak perlu tanya berapa income mereka. Sebab terlalu banyak. Atas faktor keselamatan.... Jumlahnya tidak dapat didedahkan. Subhanallah. Memang tak terjangkau memikirkannya. 

Pendek kata, kalau saya kerja engineer dulu. Masa saya pencen kot, baru boleh nak dapat apa yang mereka capai sekarang. Syukur Alhamdulillah, segalanya mudah dengan bisnes online Shaklee.


Maria bersama mentor-mentor dan anak didiknya.


Ini pula kakak Maria, Kam Haryatie. Seorang ibu beranak 3 dan bekerjaya. Baru betul-betul serius dalam bisnes Shaklee sejak 3 bulan lalu. Alhamdulillah dah berjaya genggam income 4-angka bersama Shaklee. 


Antara juadah yang disediakan. Satay ayam dan kambing.... Memang sedap.....


Kuew Teow Goreng


Laksa


Rendang dan lemang


Ini Aizan. Sahabat baik di Sheffield dulu. Last jumpa pun masa saya kahwin dulu. Bayangkan, dulu beliau sanggup 'terbang' dari Bintulu ke KL untuk datang ke perkahwinan saya di Parit Buntar. Terharu sangat saya rasa.


Another couple from Sheffield. Anisah dan Asyraf. Yang bestnya, mereka bukan 'kawan' saya di Sheffield dulu. Tapi, saya berkawan dengan ibu bapa mereka. Kedua dua parents Anisah dan Asyraf belajar di Sheffield dulu. Dan mereka pun 'diperkenalkan' oleh keluarga di sana.... Alhamdulillah.. Dah anak dua sekarang.

Anisah sekarang ni sedang buat Master. Tapi, tetap semangat buat bisnes Shaklee secara online. Semoga Allah mudahkan urusan mereka.


Sessi perkongsian pengalaman dari Master Zahirah. Beliau share macam mana nak berjaya dalam bisnes. Satu perkara yang saya tersangat suka dalam group ini adalah suasananya yang Islamik. Para mentor semuanya bertudung labuh. 

Bila jumpa mereka, nasihat mereka.... "Jangan lupa buat masterchecklist yer!!" Itu saja pesanan mereka buat kami semua. Master checklist adalah ibadah yang kami perlu lakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya membuka semua pintu rezeki buat kami.



Saya turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman bagaimana Maria berjaya capai bonus 5 angka selepas 10 bulan serius buat bisnes Shaklee.


Perkongsian gambar. Mereka yang datang ke rumah untuk belajar buat bisnes Shaklee.


Antara tetamu yang hadir. Suasana yang Islamik, penuh meriah dan mesra kanak-kanak...


Farees bertemu dengan sepupunya. Ammar. Apa lagi, kecohlah bilik tu dengan jeritan mereka.


Fateh pun seronok ajee kat sini..


Kek Shaklee


Upacara memotong kek.



Sebahagian daripada ahli-ahli dalam group Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee (MFMS). 
Meriah tak? Meriah sangat.....

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana berada dalam group ini. Kami dibimbing oleh para mentor yang sangat hebat. Syukur rasanya. Mereka bimbing kami tanpa rasa erti jemu. Ada saja masalah, terus kami hubungi mereka.

Saya rasa, inilah salah satu faktor bagaimana untuk berjaya dengan mudah dalam bisnes. 

Meeting Dengan Master Sifu

Actually, hari Jumaat ini saya dan Maria akan ada personal coaching dengan mentor terbaik dalam Shaklee. Beliau adalah leader dalam group kami. Umur pun baru 33 tahun. Tapi, income.... Masya Allah. Hampir 40 kali ganda dengan income masa beliau berhenti kerja dulu. Eventhough beliau seorang yang berjaya. Tapi, beliau tak jemu jemu membimbing kami semua anak muridnya untuk berjaya.

So, petang ini kami akan ke Kuala Lumpur dan pulang ke sini hari Sabtu. Semoga Allah mudahkan segala urusan kami di sana nanti... Amin.....

Viewing all 919 articles
Browse latest View live