Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Summary Update

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini saya sibuk sikit. So, update pun ringkas-ringkas saja.

1) KUTIPAN MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU

Untuk makluman anda, kutipan untuk majllis sambutan berbuka puasa di surau saya sudah melebihi kuota. Jumlah yang disasarkan adalah RM12,000. Tapi jumlah kutipan sekarang adalah RM14,+++.

Maka saya dengan ini menutup kutipan sambutan ini. JANGAN TRANSFER DUIT KE AKAUN SAYA DAH OK.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang menderma. Semoga Allah merahmati usaha kita ini.

2) MARKETING STRATEGY EBOOK 

FYI, EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG yang saya tulis sudah terjual hampir 300 naskah dalam tempoh 20 hari pelancaran. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang membeli.

Sekarang ini, saya sedang merangka strategi pemasaran yang baru. Saya sedang dalam proses perbincangan untuk membuat video iklan bagi ebook ini.

Kemudian, saya dalam proses menyiapkan Minisite khas untuk EBOOK ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan saya. Ada seorang sahabat yang 'volunteer' nak buat minisite secara percuma kepada saya.

Semoga Allah mudahkan urusan beliau di dunia dan di akhirat.

3) BUKU EBOOK BARU

Sekarang, saya nak tulis EBOOK baru. EBOOK ini akan menceritakan bagaimana Maria 'terbuka' hati nak buat bisnes.

Kemudian, saya akan ceritakan macam mana beliau bermula. Di mana beliau belajar dan cara beliau menjalankan perniagaan.

Yang akhirnya, dalam tempoh 4 bulan buat bisnes Shaklee. Maria terpaksa berhenti kerja kerana tak menang tangan nak handle customer.

Dan Alhamdulillah, Maria kini dapat buat bisnes dari rumah dan memperoleh income 4 angka secara konsisten.

Saya adalah 'dalang' di sebalik Maria berhenti kerja ini. Saya 'monitor' Maria dari dekat. Just to make sure dia berjaya.

Insya Allah, dalam EBOOK ini saya akan share dengan anda amalan-amalan yang perlu dilakukan untuk memurahkan rezeki. Amalan-amalan ini diajar dalam Group yang Maria join. Agar, apa yang mereka lakukan dalam perniagaan ini sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.

Semoga EBOOK ini akan memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk faham bagaimana cara untuk buat business dengan cara yang lebih mudah. Maksud saya, dengan modal yang kecil dan dilakukan secara online dari rumah.

Doakan saya ya... Semoga berjaya...

Wassalam

Part 1 - Nasihat Dr Azizan Osman Dalam Seminar Hidup Luar Biasa

$
0
0
Assalamualaikum,

Semalam, saya menghadiri Seminar Rahsia Hidup Luar Biasa anjuran Dr Azizan Osman.

Salah satu tips yang Dr Azizan share yang telah mengubah hidup beliau adalah selepas beliau mula memeluk dan mencium ibunya setiap hari.

Memeluk dalam keadaan penuh kasih sayang. Beliau meminta ibunya untuk mendoakan beliau sehingga menjadi kaya dan berjaya sampai tak boleh nak kira duit. Alhamdulillah, hari ini. Doa ibunya dimakbulkan Allah. Kekayaan yang melimpah ruah.

Dr Azizan menceritakan The Power Of Doa dari seorang ibu. Memang teramat mustajab.

Then... Dr Azizan meminta kami semua para peserta melakukan perkara yang sama. Peluk, cium emak setiap hari dan minta emak mendoakan kejayaan kita. Kalau inginkan perubahan dalam kehidupan.

Just to share with you all.

Saya duduk dengan mak saya di rumah. Nampak pelik untuk saya nak peluk cium mak saya hari hari. In fact, jarang sangat saya peluk mak saya. Setahun tak sampai 10 kali pun. So bad..... Sebab dalam keluarga saya sejak kecil memang tak di'train' untuk peluk mak dan abah saya.

So, untuk nak peluk mereka yang tinggal serumah dengan saya memang teramat pelik.

Tapi, pagi tadi. The first thing yang saya buat. Saya peluk mak saya. Saya minta dia doakan kejayaan saya. Saya peluk dengan penuh kasih sayang. Lama saya peluk mak saya.

Air mata mak saya berlinang. Dalam keadaan terharu, mak saya mendoakan, "Semoga jadi anak yang soleh, kaya raya sampai tak boleh kira duit dan menjadi orang yang bertakwa."

Doa yang sama Dr Azizan minta emaknya doakan. Amin.....

That's the thing that I wanted to do for so long. Tapi, selama ni cuba buat tapi tak mampu nak buat. Rasa malu, rasa segan, rasa pelik. But today, I determine, I will hug and kiss my mum everyday. And wish her bless for me.

Saya sedar, for thing to change. I must change. Saya perlu buat perkara-perkara kecil yang dipenuhi dengan keberkatan oleh Allah.

Dan saya yakin, dengan amalan ini , Allah akan membuka pintu rezeki seluas-luasnya buat saya. Hidup akan dipenuhi dengan kasih sayang ibu saya dan redhanya.... Amin...

I just want to  share with you to appreciate our parents as much as we can. Because many people want to hug and kiss their parents, but they just can not do that.

Love, Appreciate Our Parents While We Can

* And today, thinking to give my parents new handphone.... Nak pergi beli kejap lagi utk mereka. Hadiah untuk mereka..... :)

Tips #2 : Akan Di Share Selepas TIPS #1 memperoleh 30 LIKES.... :) So, cepat cepat LIKES ok...

Part 2 : Rahsia Hidup Luar Biasa Dari Dr Azizan Osman

$
0
0
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Tips # 1 sudah mencapai 30 Likes. Seperti dijanjikan, hari ini, saya akan kongsikan dengan anda Tips 2 yang saya pelajar dari Seminar Rahsia Hidup Luar Biasa Dr Azizan Osman di Sunway Carnival baru baru ini.

Apa yang membezakan orang yang hidup biasa biasa dan hidup luar biasa adalah KUASA TINDAKAN PANTAS. 

Dalam bahasa mudahnya, "FAST ACTION FAST RESULT. TERHEGEH-HEGEH ACTION, TERHEGEH-HEGEH RESULT".

Lagi pantas kita bertindak, lagi cepat untuk kita hidup luar biasa. Lagi cepat untuk kita berjaya.

Terus terang saya katakan, saya sukakan kepantasan. Saya tak suka 'terhegeh-hegeh'. Benda ini perlu dilatih sejak kita dari kecil lagi.

Soalan Dari Afdlin Shauki

Masa di dalam program itu, terdapat penceramah jemputan iaitu saudara Afdlin Shauki. Pelakon, pengarah, penerbit dan selebriti terkenal.

Saya bukan peminat beliau pun. Tetapi, apa yang beliau sampaikan agak mengujakan saya walaupun tak sehebat ceramah dari Dr Azizan Osman sendiri.

Afdlin Shauki secara tiba tiba memanggil.

"Boleh tak saya nak panggil 3 orang naik ke pentas dengan pantas"

Di hadapan saya ada ramai orang. Tetapi, sebab saya rasa ada sesuatu yang akan berlaku pada diri saya kalau saya lari naik ke atas pentas, saya terus berlari naik. Di hadapan saya, ada lebih kurang 4-5 barisan orang lagi.

Alhamdulillah, saya orang yang kedua naik ke atas pentas. Orang pertama naik adalah kakak yang duduk di barisan kedua. Orang yang ketiga naik adalah kakak yang berlari jauh dari belakang ke hadapan. Dan dia sempat.

Ramai yang duduk di hadapan 'tidak berani untuk naik ke atas pentas'.

Atas pentas, saya cuak. "Apalah soalan aku nak kena tanya ni. Mati aku kalau salah jawab. Ramai orang dok tengok ni."

Saya sempat bersalam dengan Afdlin. Tiba-tiba Afdlin mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. 3 keping duit. 

Beliau bertanya, "Siapa yang naik dulu atas pentas tadi?"

Kakak yang duduk di barisan hadapan menjawab, "Saya".

Afdlin kemudian memberi hadiah kepada kami bertiga.

"Ni hadiah dari saya sebab kak pantas. Ni hadiah untuk orang nombor dua pantas. Dan ini hadiah untuk orang nombor 3 pantas."

Afdlin memberi hadiah RM100, RM10 dan RM1 kepada kami bertiga mengikut kepantasan kami menaiki pentas.

Kemudian, beliau menyuruh kami semua menunjukkan kepada para hadirin hadiah yang kami dapat. Kakak yang pantas, menunjukkan dengan bangga RM100. Saya pun macam excited aja tunjuk RM10. Dan kakak yang dapat RM1 macam malu malu nak tunjuk. TAPI, ada 3000 orang lain dalam dewan yang hanya boleh tengok sahaja kami mendapat sesuatu.

Ok.. Bukan isu duit yang ingin saya ceritakan di sini. Bukan masalah kakak tu dapat RM100, saya dapat RM10 nak dibanggakan.

Seperti kata Afdlin, bukan nilai duit yang dia nak tekankan. Cuma apa yang beliau katakan selepas itu, memberi 'tamparan' kepada saya dan para hadirin.

"Dalam hidup, Allah memberi peluang kepada kita. Kalau kita ambil peluang dengan pantas, kita akan lebih cepat berjaya. Kalau kita tak mahu ambil peluang itu, akan ada orang lain yang ambilnya dan mereka yang berjaya."

Fuhhhhh.....

"Dan saya nak share lagi satu benda. Di mana anda sekarang, berapa usia anda sekarang tak menentukan anda akan berjaya atau tidak. Tapi, berjaya atau tidak anda disebabkan kepantasan kuasa tindakan anda. Saya nak bagi contoh, hari ini. Ramai yang duduk di hadapan pentas. Mereka lebih rapat dan dekat dengan pentas berbanding mereka yang naik ke atas pentas tadi."

"Sebagai contoh, kakak yang naik ke pentas nombor 3 tadi. Berlari dari tepi dewan untuk naik. Dan dia sempat naik. Berapa ramai yang duduk di hadapan pentas ni, tak berani nak bangun. Terhegeh-hegeh nak naik pentas. Dan akhirnya peluang tu dah pun diambil orang lain"

Anda faham tak apa yang cuba disampaikan oleh Afdlin?

Saya teramat faham. Dan Alhamdulillah, saya 'tersedar'. Selama ini, saya banyak berjaya kerana saya pantas. Saya bijak mengambil peluang. Saya nampak peluang, terus saya rebut. Saya tak tunggu sehingga orang lain dapat peluang itu.

Kadang kadang, peluang itu 'lintas' depan kita sekali sahaja. Tapi, kalau kita tak 'grab'. Pasti dan pasti akan ada orang lain yang akan ambil peluang tu. Dan kita, hanya mampu untuk menjadi pemerhati bebas melihat kejayaan orang lain.

Allahuakbar. 

Perkara yang sama saya lihat dalam business yang sedang Maria jalankan. Setiap kali Maria post ada tak sesiapa yang nak belajar macam mana nak buat bisnes online, Maria nak tolong ajar secara percuma. Tak ramai yang ambil peluang itu. Mereka memerhatikan sahaja.

For me. It's ok. Not a big problem pun. Maria berhenti kerja dahulu pun gaji beliau memang dah besar. Dan sekarang, Alhamdulillah, after berhenti kerja. Maria bergerak semakin pantas. Makin banyak peluang yang Maria boleh 'ambil'. 

Income yang dia peroleh sekarang dah hampir sama dengan gaji dia masa berhenti dahulu. Dan saya yang bertindak sebagai mentor Maria sedang buat projection untuk income Maria double dari sekarang pada hujung tahun ini. Insya Allah.

Ada yang perhati, ada juga pembaca yang ambil peluang. Dua-tiga bulan lepas, ada dua orang pembaca blog yang PM Maria, mohon Maria ajar macam mana cara buat bisnes. Tapi, yang specialnya, kedua dua akak ni apat sentuhan khas daripada saya.

Saya bagi 'tazkirah' kepada mereka berdua Rahsia Hidup Luar Biasa hampir dua jam. Mereka tergamam mendengar apa yang saya sampaikan. Mereka baru 'tersedar' kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Lepas tu, baru senang saya nak bimbing yang seterusnya. Sebabnya, ramai orang dah biasa hidup biasa-biasa. Bukan senang saya nak 'tune' otak dia untuk hidup luar biasa.

Selepas itu, saya biarkan Maria berkongsi macam mana dia jalankan bisnes secara online dengan kedua-dua kakak ni. Sekitar 1 jam lebih. Alhamdulillah, kedua-dua kakak ni bersemangat untuk memulakan perniagaan ini.

Alhamdulillah, seorang kakak ini sedang berkembang perniagaannya. Dan seorang lagi kakak ni, bulan ni dah pun mendapat income 4 angka. Yes. Only after two months. Dah pun dapat income 4 angka. Yang mana, awal bulan ni akak ni macam tak confident aja boleh dapat 4 angka. 

Alhamdulillah, dengan kesungguhan beliau dan teknik, strategy dan sistem yang betul. Yang impossible dah jadi possible even sebelum ni akak tu tak pernah buat bisnes pun.

Amcam? Sekarang dapat tak anda perhatikan.... Apa beza orang yang berjaya dan orang yang kurang berjaya....

Orang yang berjaya, mereka mengambil peluang dengan pantas. Mereka mencari mentor yang betul untuk membimbing mereka. Mereka menggunakan strategi dan sistem yang betul. Akhirnya, mereka terpaksa berjaya.

Ada pula orang lain yang saya dengar, suka memberi alasan.

Saya amat rekemen anda untuk pergi program Dr Azizan Osman. Sebab saya banyak berubah dari situ. In fact, buku MOTIVASI RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG pun terhasil selepas saya mengikuti kelas Dr Azizan Osman. 

Tapi, ada juga orang yang kata buat apa pergi kelas Dr Azizan Osman. Ramai orang, kena berebutlah dengan orang lain. Duduk atas lantai lah. Macam macam lagi alasan yang diberikan. Mereka tak mahu berubah. Mereka tak mahu mengambil peluang. Mereka biarkan peluang itu diambil orang lain. Akhirnya, orang lain berjaya mereka masih di tahap yang sama.

Maria juga ada beritahu saya, ada beberapa pembaca blog yang contact dan beritahu husband mereka tak bagi buat bisnes. Hmmmm.... Ini lagi satu masalah. Kalaulah dah kaya sangat tak bagi isteri buat bisnes, tak per lah jugak. Kalau lah sebulan dah bagi isteri RM5000 tak bagi isteri nak buat bisnes tak per lah jugak. Ini TAKKKKKKK....

Tak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Tak mahu memberi peluang untuk memajukan diri. Suka hidup biasa-biasa. Tak mahu hidup luar biasa.

Allah.. Kehidupan adalah satu pilihan. Kita pilih nak bergerak pantas atau bergerak perlahan. Kita pilih nak laju atau nak terhegeh-hegeh.

Sedar tak sedar, tindakan kita hari ini akan menentukan di mana kita 5 tahun akan datang. Semoga Allah memberkati dan memudahkan urusan kita.

Harap-harap, anda tak tersentap yer dengan entri hari ini. Sebab entri ini hanya untuk mereka yang mahu bergerak pantas. Kalau anda tersentap tu, maksudnya anda perlu buat sesuatu untuk bergerak lebih pantas.

Kalau sebelum ni, merangkak. Kena belajar berjalan. Kalau sekarang berjalan, kena belajar berlari. 

Lagi pantas anda bertindak dengan cara yang betul. Lagi cepat untuk anda berjaya.

Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.

Anda nak lagi tips seterusnya, apa yang saya belajar dari kelas Dr Azizan Osman semalam. Sila LIKE entri ini. Apabila cukup 35 LIKE. Saya akan tulis tips ketiga untuk rahsia hidup luar biasa.

Wassalam.





Indahnya Buat Business dengan Shaklee..

$
0
0
Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah!!

Selesai sudah SHAKLEE closing day for June 2013. Pengalaman yang teramat manis buat Maria. Bulan ini, Maria telah mencapai results yang tak pernah terjangka sebelum ini. Syukur, Allah banyak membantu.

Tak dilupakan, amalan-amalan yang ditekankan oleh mentor-mentor Maria untuk menarik rezeki seperti Solat Sunat Dhuha, Solat Tahjud, Al-Ma'thurat, Zikir, Doa Dari Ibu Bapa, Bersedekah, Berzakat, Membantu Orang Lain sentiasa diperbaiki dari hari ke hari.

Syukur, gembira tak terkata dengan pencapaian Maria bulan Jun 2013:-

1) Achieved new rank as Senior Supervisor. Ini adalah rank kedua daripada 7 ranks dalam business plan Shaklee. Masih jauh perjalanan. But InsyaAllah I'm on the right track.

2) Bonus Shaklee yang semakin bertambah, dan kini sudah hampir sama dengan gaji sebelum resign sebagai Engineer.

3) Syukur, dapat keluarkan zakat yang lebih bulan ini. Gembira rasa apabila rezeki yang Allah beri sedikit ini dapat dikongsi dengan mereka yang memerlukan. My mentor ajar, lepas je dapat bonus setiap bulan, mesti terus bayar zakat, beri sedekah dan selesaikan segala hutang yang ada. Kemudian, baru boleh spent bonus tu untuk diri sendiri. Syukur Alhamdulillah, dengan ini memang rezeki semakin murah.

4) Dapat melahirkan 'anak' Shaklee yang berjaya mencapai bonus 4-angka dan mencapai rank Supervisor, walaupun baru 2 bulan join my Shaklee group. Itu pun, Maria belum sempat mencurahkan ilmu bisnes sepenuhnya kepada beliau, sebab Maria pun masih banyak lagi yang perlu belajar. Tak lama lagi, ibu bekerjaya ini sedang plan untuk resign dan menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) juga. Tahniah! Let's join the club! :)

5) My Total Group Sales mencecah 5 angka. Dan yang paling tak disangka, its MORE THAN DOUBLED my total sales in May 2013!! Tahniah kepada semua anak didik kami dalam Secret GroupMariaFirdaus dan Usahawan Shaklee atas kejayaan anda semua mencapai target masing-masing. Berkat usaha gigih dan doa yang berterusan, InsyaAllah kita pasti berjaya!!

6) Dan yang paling best, semuanya ini dicapai dengan Maria hanya duduk di rumah. Online business thru FB dan BLOG sahaja.



Sekarang bulan Julai 2013 menjelma. Pelbagai cabaran, pelbagai rintangan perlu diharungi. Tetapi Maria suka. Sebab bila ada cabaran, Maria semakin dekat dengan Allah. Bila minta sedikit, banyak yang Allah bagi. Kalau minta banyak, tak tahulah banyak mana yang Allah nak beri.

Sekarang Maria bertambah-tambah yakin, yang rezeki hanya dari Allah, bukannya dari manusia atau dari majikan. Majikan hanyalah perantaraannya sahaja.

Impian Maria, income mencecah 5 angka sebulan akan tercapai secepat mungkin. In which, kalau kerja Engineer dulu, rasanya 5 tahun lagi pun tak dapat 5 angka. Semoga Allah mudahkan segala urusan.

Benarlah apa yang Dr Azizan Osman katakan dalam Seminar Hidup Luar Biasa, kita kena suka buat setiap perkara yang kita perlu buat. Bila kita rasa seronok, barulah pintu rezeki akan datang masuk mencurah-curah.

Maria teringin sangat nak bantu lebih ramai ibu-ibu, agar satu hari nanti mereka dapat duduk di rumah, menjaga anak-anak, dan dalam masa yang sama masih memperoleh pendapatan 4-5 angka sebulan dengan Shaklee.

Tak kisahlah sekarang ni anda memang seorang surirumah sepenuh masa, atau pun seorang ibu bekerjaya. Maria mahu orang lain juga dapat merasa apa yang Maria dah dapat sekarang ini.

Semoga kisah pengalaman Maria ini dapat memberi inspirasi kepada para ibu di luar sana agar BERANI untuk hidup luar biasa. Get out of current comfort zone, to get a better comfort zone.

Dengan cara yang betul dan usaha gigih, InsyaAllah semua orang mampu berjaya dalam business Shaklee ini. Semoga semua 'anak-anak Shaklee' Maria juga akan turut berjaya bersama-sama kami. Amin.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Part 3 - Rahsia Hidup Luar Biasa Oleh Dr Azizan Osman

$
0
0
Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, Part 2 punya entri dah melebihi 35 LIKES. Thanks buat mereka yang sudi support saya.

Perkongsian seterusnya mengenai apa yang diajar oleh Dr Azizan Osman di dalam kelas Seminar Rahsia Hidup Luar Biasa di Sunway Carnival hari Jumaat malam yang lepas adalah mengenai FOCUS.

Apa itu FOCUS?

F - Forget
O - Others
C - Commitment
U - Until 
S - Success

Itulah FOCUS. Kita menumpukan perhatian, lupakan perkara lain, berikan komitment sehingga kita berjaya. Siapa yang boleh buat perkara ini, insya Allah mudah untuk berjaya.


"Siapa nak tahu say 'I'," Soalan favourites Dr Azizan. Suka suruh peserta angkat tangan. Sapa tak angkat nanti kena 'marah'. Haha...


 Tengok lah mamat yang pakai topi tu. Soooo Focus... Kena FOCUS macam tu la, baru senang nak absorb semua ilmu dari Dr Azizan.

Orang yang fokus, mereka mulakan sesuatu perkara, mereka akan buat sehingga berjaya. 

Orang yang tak fokus pula, mereka nak buat macam macam perkara, tapi akhirnya satu pun tak berjaya.

FOKUS DALAM PERNIAGAAN

Perkara ini sering ditekankan oleh Dr Azizan. Ramai anak bangsa kita yang buat bisnes, tapi tak boleh nak fokus. Mereka nak buat macam macam dalam satu masa. Akhirnya, semua tak menjadi.

Sebagai contoh, baru baru ini ada seorang usahawan yang baru memulakan perniagaan 2 minggu, beliau menghubungi saya sebab nak menceburi ternakan ayam daging.

Saya terus menasihatkan beliau untuk fokus dahulu dalam perniagaan yang beliau jalankan sekarang. Make sure business sedia ada menjana riban riban dahulu, bila dah stabil baru buat bisnes baru.

Selepas itu, saya bertanya kepada beliau marketing strategy yang beliau gunakan semasa menjalankan perniagaan A. 

ADUH!!!!! Kasihan rasanya. Marketing strategy tak cukup power. Selepas itu, saya bagi 'tazkirah' kepada beliau mengenai cara pemasaran yang boleh beliau lakukan untuk meningkatkan sales beliau. Saya bagi tak banyak, dalam 4 tips sahaja. Saya mahu beliau buat dulu semua tips ini kemudian baru saya akan tambahkan lagi tips untuk beliau lebih berjaya dalam perniagaannya.

That's why we need to FOCUS. When we focus, we can do many thing. Insya Allah.

PELAJAR TAK BOLEH FOKUS.

Adakah anda tahu, ramai pelajar hari ini tak dapat nak fokus dengan pembelajaran mereka di sekolah, kolej dan universiti. 

Macam mana saya tahu? Sebab saya selalu masuk ke sekolah, kolej dan universiti untuk memberi ceramah motivasi pelajar cemerlang kepada mereka.

Mereka sering mengutarakan masalah tak cukup masa, kerja terlalu banyak, mereka tak dapat fokus dalam pelajaran mereka dan lain lain lagi. Mereka mengatakan mereka sibuk.

SIBUK !!!!

Sibuklah sangat.. Saya just nak share dengan anda, saya bekas pelajar MRSM Taiping, Kolej Mara Banting dan University of Sheffield.

Kalau nak kata sibuk, saya rasa saya cukup sibuk masa belajar dahulu. Misalnya ketika saya di Kolej Mara Banting, program kami disingkatkan dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan. Kelas kami bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Saya juga merupakan Presiden Persatuan Peers masa tu. Hidup kami sentiasa terkejar kejar ketika berada di sana.

Di University pula, saya merupakan Presiden Sheffield Malaysian Student Association. 

Sibuk? Memang saya teramat sibuk. Tapi, Alhamdulillah saya bersyukur kerana sejak saya di bangku sekolah lagi. Saya telah di ajar dengan begitu detail oleh abang saya bagaimana mahu fokus dalam melakukan sesuatu kerja.

Abang saya juga mengajar saya macam mana nak handle kerja yang banyak dalam satu satu masa. Syukur, dengan segala teknik dan rahsia ini. Saya merupakan best student dalam department saya dan satu satunya pelajar yang mendapat First Class Honours di situ. Alhamdulillah.

Semua ini hanya boleh dicapai kalau saya tahu macam mana mahu FOKUS.

PERKONGSIAN DALAM EBOOK

Sebenarnya, saya berkongsi perkara yang sama seperti yang Dr Azizan sampaikan di dalam EBOOK saya. Saya berkongsi dalam EBOOK itu macam mana saya mampu handle untuk buat kerja yang banyak dalam satu satu masa. Dan Alhamdulillah, saya dapat siapkan semua kerja dengan kualiti yang baik.

Semuanya ada tertulis di dalam EBOOK itu. Cuba anda bayangkan, bab FOKUS hanyalah salah satu bab daripada 36 Rahsia macam mana seseorang pelajar itu boleh menjadi pelajar yang luar biasa hebatnya.

Kalaulah kesemua 36 rahsia ini diketahui oleh anak-anak/adik-adik anda. Insya Allah, saya teramat yakin. Mereka juga mungkin akan berjaya dalam pelajaran sama seperti saya. Mereka mampu untuk menjadi pelajar terbaik di sekolah, kolej dan di universiti mereka.

Saya mendedahkan rahsia yang begitu 'berharga' dalam 3 buah EBOOK yang berjumlah 280 muka surat, di jual pada harga RM30 ( Boleh refund kalau tak puas hati ). Itu pun ada orang yang kata mahal.

ADUHHHHH...... 


**** Kelaut dah saya tulis entri ni. Macam mana boleh termasuk bab EBOOK ni. Tak fokus ni. Fokus balik fokus balik...... Heheh. *****

Ok.. Perkongsian seterusnya untuk entri selepas ini bertajuk, "RAHSIA ORANG KAYA" yang disampaikan oleh Dr Azizan. Untuk entri kali ini ditulis, saya mohon kerja sama anda. Saya mahukan "30 LIKE + ADD COMMENTS : RAHSIA HIDUP LUAR BIASA"

Anda just tekan LIKE Button, then Comment "Rahsia Hidup Luar Biasa". Cukup 30 Likes dan Comment, saya akan tulis pula RAHSIA ORANG KAYA yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman baru baru ini.

Wassalam

Rahsia Pemasaran

$
0
0
Assalamualaikum,

Semasa anda baca post ini, saya sedang berada dalam kelas Dr Azizan Osman. Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan di Menara PGRM, Cheras.

Hari ini, saya nak share dengan anda satu rahsia. Rahsia macam mana nak buat iklan dengan baik. Ramai orang nak berniaga. Tapi, mereka tak menuntut ilmu dengan betul untuk berniaga.

Dulu saya kempen suruh pi kursus AMP Dr Azizan Osman, ramai yang memandang sepi. Walaupun ada beberapa pembaca yang turut serta program itu.

Dan mereka yang pergi kursus Dr Azizan Osman bulan 5 yang lepas, sekarang dah ramai yang menjana ribuan ringgit. Seriously. Maria pun sama. After balik kursus AMP, sales Maria meningkat. 

Ini tak termasuk buku EBOOK saya. Alhamdulillah, tak sampai sebulan. Bilangan buku terjual hampir 300 unit. Not badkan untuk orang yang baru macam saya.

Tapi, itu sikit. Sebab target saya untuk EBOOK ini adalah 10,000 unit jualan. Yes. 10,000. Ini sasaran saya. Walaupun nampak macam banyak. Masih jauh lagi. Tapi, saya tak risau. Saya yakin, Allah akan membantu saya untuk mencapai angka ini. Sebab, saya agak confident dengan kualiti EBOOK yang saya ada.

Sekarang, saya dalam proses untuk membelanjakan sekitar RM3000-RM5000 untuk kos promosi fasa kedua EBOOK saya ini. Insya Allah, jika tiada aral melintang, saya jangka promosi fasa kedua secara besar besaran akan bermula middle of Julai nanti. Semoga Allah mudahkan.

Ok, di bawah ini adalah contoh bagaimana anda mahu menulis iklan dengan bagus. Cara penulisan sebegini akan menyebabkan ramai pembaca yang teringin nak membelinya. Serious. Mengapa? Cuba anda fikirkan. Apa yang beliau tulis. Cara penulisan beginilah yang diajar dalam kelas Dr Azizan Osman. Macam mana kita nak 'sentuh' hati pembaca supaya beli produk kita.

Saya tak mahu explain apa yang perlu tulis, apa yang tak perlu tulis. Tapi bagi saya, contoh iklan di bawah ini agak baik. Agak cukup sempurna. Kalau anda sebelum ni 'menjual secara direct'. Cuba perbetulkan ayat anda supaya jadi macam ni. Kalau tak faham, buat buat faham. Tanya orang lain, apa yang dia faham. Bandingkan cara penulisan iklan anda di FB.

*************************************************
Bateri IPHONE/SAMSUNG cepat habis & TAKDE tempat nak charge ?
*************************************************
# memang sakit jiwa bila merayau2 cari port untuk cas masa rehat Seminar
# bila jumpa port cas, kene tunggu & tak boleh ke mana2

Boleh caj sekurang2nya 5 kali round untuk Samsung.
Boleh caj 2 phone serentak.

Saya nak bantu seramai mungkin kawan2 di AMP/IMKK untuk caj phone dari
tempat duduk anda waktu Seminar. Ini ialah powerbank TERBAIK dan Original.

^^^^^^^Harga pasaran RM 359^^^^^^^

Harga SAYA TOLONG BELIKAN : Bukan RM359. Bukan RM300. Bukan RM250.
Lebih rendah lagi !

SLV --> ek eleh, betul ke murah ? tipu je tu .. macam mana boleh bagi murah.
Saya kan tolong belikan dengan harga borong untuk kawan2 AMP/IMKK.

Bukti harga rm359.
http://dazzletech.com.my/zitech/ZiTech%20T1000%20Portable%20Power%20Bank%2011200mah%20(Dual%20Output)

P/s : buat apa beli yang harga lebih rendah tapi kapasitinya rendah?
Saya belikan yang TERBAIK dengan harga BORONG TAK INGAT
Saya tolong pos sebelum pergi IMKK supaya boleh standyby siap2.
PM / Komen saya untuk tempahan : Say "Saya nak cas hp sambil duduk belajar"
Setiap pembelian ada transaksi sah via Maybank/CIMB.


****************************************************************************************

Saya bukan nak kempen untuk anda beli power bank ini ok. Saya pun tak kenal penjual ini. Cuma saya tahu, cara beliau tulis. Beliau student Dr Azizan. Dan saya yakin pernigaan boleh pergi jauh.

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. 

Wassalam

Perubahan Selepas IMKK

$
0
0
Assalamualaikum,

Sebelum ini, saya tidak pernah menghadiri Program Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan daripada Dr Azizan Osman (DAO).

Hanya pernah dengar sahaja mengenai program ini. Tapi tak pernah hadir pun.

Syukur Alhamdulillah, minggu lepas. Selama 4 hari saya berkampung di Menara PGRM, Cheras bersama Dr Azizan Osman.

Bagi saya ia satu program yang tersangat best.

Terlalu banyak ilmu yang diajar oleh Dr Azizan Osman sepanjang 4 hari kami bersama beliau.

Syukur Alhamdulillah, ada beberapa pembaca blog ini yang turut sama menyertai program ini. Antaranya, Arham ( Classmate saya di MRSM Taiping dulu ) bersama isterinya, Ustaz Saufi, Abang Hafiz ( Biras saya ), Kak Marlina dan suami, Kak Siti Hawa dan ramai lagi yang tak muat nak letakkan nama di sini.


Bergambar bersama Arham Zulqarnaen. Classmate di MRSM Taiping 97/98 dahulu. Dah 13 tahun tak jumpa dia.

Saya terasa sangat best. Banyak ilmu baru yang diajar oleh DAO. Antaranya, macam mana menetapkan matlamat, rahsia mencapai matlamat, rahsia kuasa minda, rahsia murah rezeki, amalan-amalan orang kaya, rahsia menarik duit, rahsia mencapai apa yang kita mahukan, dan bermacam-macam perkongsian lagi yang DAO berikan.


"No Biawak Zone". Maksudnya, janganlah terlalu cepat mengalah, mengeluh dan jangan sesekali berfikiran negatif.


DAO agak pantang dengan orang yang berfikiran negatif. So, kalau nak masuk kelas, mesti sentiasa berfikiran positif.

Saya yakin, ilmu ini teramat mahal harganya.

Frankly speaking, banyak perubahan yang dapat saya rasakan selepas pulang dari Seminar Rahsia Hidup Luar Biasa dan IMKK ini. Yang paling penting, setiap hari saya dah peluk mak saya. Minta dia doakan saya. Benda yang saya tak pernah buat sebelum ini.

Then, saya memaafkan semua dosa semua orang terhadap saya. Sama ada mereka sengaja atau tidak. Saya maafkan semuanya.

Tahap kebergantungan kepada Allah semakin tinggi.

Saya dan Maria juga faham konsep penyucian jiwa yang diajar oleh DAO.

Secara asasnya, apa yang diajar oleh DAO adalah bagaimana untuk berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Insya Allah, selepas ni saya akan kongsikan beberapa ilmu yang saya pelajari di sana dahulu.

Wassalam

* SIAPA BERMINAT UNTUK KE PROGRAM IMKK DR AZIZAN OSMAN PADA NOVEMBER 2013 NANTI. SAYA ADA BELI 3 TIKET EXTRA PADA HARGA MURAH. SIAPA NAK, PLEASE PM SAYA DI FACEBOOK : MOHD FIRDAUS MAT SAAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Apa Saya Belajar Di IMKK Program Dr Azizan Osman

$
0
0
Assalamualaikum,

Sebenarnya, saya tak berhasrat untuk bercerita panjang mengenai apa yang saya belajar di kelas Dr Azizan Osman semasa program Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan baru baru ini.

Saya rasa, lebih baik anda pergi dan merasainya sendiri. Kalau saya cerita, nanti bila anda pergi dah jadi tak best.

Tapi saya nak cerita kepada anda. Apa yang berlaku kepada saya selepas pergi ke kelas Dr Azizan Osman untuk program IMKK baru baru ini.

Anda Nampak Saya Baik

Anda nampak saya macam baik? Anda baca di blog ni, anda mesti rasa "Eee.. bestnya Firdaus ni".

In fact, ramai ibu bapa yang suruh anak mereka baca blog saya. Macam mana saya tahu? Sebab itulah yang diberitahu kepada saya oleh para pembaca blog ini bila saya berjumpa mereka.

Saya juga selalu jumpa kawan saya, dan mereka selalu rekemen kawan kawan mereka untuk baca blog saya. Then, mereka bagi tahu saya. best baca cerita saya di blog ini.

Di blog Maria Firdaus ni, saya hanya menceritakan perkara-perkara baik sahaja di blog ini. Sebab saya tak suka perkara-perkara negatif masuk dalam fikiran saya dan fikiran anda. Tapi hari ini, saya nak menceritakan satu kisah yang amat negatif.

Tetapi, kisah ini dah jadi positif. Sebab itulah saya nak cerita dengan anda.

Krisis Yang Melanda Diri

Saya sebenarnya hanya nak berkongsi dengan anda kisah yang teramat peribadi. So, ada perkara yang saya boleh ceritakan. Dan ada perkara yang tidak boleh saya ceritakan. Dan, kita semua ambil kisah saya ini sebagai pengajaran dalam kehidupan kita.

Saya sebenarnya ada konflik dengan bapa mertua saya. Saya dah kahwin dengan Maria 6 tahun. Syukur, Alhamdulillah. Kami bahagia.

Hubungan saya dengan adik beradik Maria yang lain amat baik. In fact, dengan semua biras pun saya baik jugak. Dengan mak mertua saya pun, saya teramat baik.

Saya dah anggap mak mertua saya seperti mak saya sendiri.

Tahun 2010, saya memenuhi hajat mak mertua saya untuk menunaikan umrah. Kami pergi bersama. Saya, Maria dan Mak Mertua saya. Kisahnya ada DI SINI.

Saya memang rapat dengan mak mertua saya.

Tahun 2011, sekali lagi. Saya memenuhi impian mak mertua saya untuk menunaikan haji. Cuma kali ini, bapa mertua saya akan ikut saya sekali dengan Maria. Kami pula ambil pakej 4 orang sebilik.

Sejak dari Malaysia lagi, saya tak boleh bayang apa akan jadi antara saya dan pak mertua saya di Mekah nanti. Saya memang kalau boleh tak mahu pergi sekali. Tapi, saya dah tak dapat nak elak. Terpaksa juga pergi sekali. Masa tu, nak ambil pakej 2 orang sebilik, tak mampu la pulak.

So, saya pun berdoalah agar tiada apa-apa yang berlaku antara kami di sana. In fact, saya selalu berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, satukanlah hati kami atas landasan agama Mu ya Allah. Kau jauhkanlah pertelingkahan dan perselisihan faham antara kami di sana nanti"

Saya memang takut. Takut akan ada konflik antara saya dan pak mertua saya.

Di Malaysia, sejak kahwin pun. Saya memang jarang bercakap dengap pak mertua saya. Tak perlulah saya ceritakan mengapa. Dan, pergi menunaikan haji sekali dan duduk sebilik bagi saya 'teramatlah sukar'.

Tiada pilihan. Kami semua tinggal sebilik. Hubungan saya dengan Maria dan mak mertua memang tersangat baik. Cuma, dalam bilik saya amat jarang bersembang dengan pak mertua saya.

Ditakdirkan Allah. Suatu hari, perkara yang saya takuti telah berlaku. Dan ia berlaku di bumi Mekah.

BOMMMMMMMM................................................

Meletup bilik kami.

Waktu tu, saya cuba mengawal perasaan saya. Saya tak cakap apa pun. Saya diam. Saya cuba kawal perasaan saya. Saya tak mahu memburukkan keadaan. Sebab saya pun masih dalam perjalanan haji. Saya tak mahu memburukkan suasana.

Thing Happen..... Starting from that moment. Saya dah berazam, saya tak mahu cakap lagi dengan pak mertua saya. So bad... Jahilnya. Tapi, saya tak mahu bercakap bukan sebab saya tak nak. Cuma saya fikirkan, lagi banyak saya bercakap dengan dia. Makin banyak konflik yang akan timbul.

Saya memohon ampun kepada Allah, saya minta maaf kepada Allah. Saya tak berniat tak mahu bercakap dengan pak mertua saya. Tapi, saya merasakan. Itu yang terbaik buat saya. Kalaulah bercakap akan memudharatkan. Lebih baik saya tak bercakap.

Dari tarikh hari yang berlaku, saya masih ada 26 hari lagi untuk bersama beliau untuk menghabiskan perjalanan haji kami.

Sepanjang waktu itu, saya teramat kurang bercakap dengan beliau. Kalau boleh, saya cuba elakkan. Di Arafah dan di Mina, kami tinggal dalam khemah yang sama. Tapi, saya memilih tempat tidur yang jauh dari pak mertua saya. Saya tak mahu orang lain nampak kami dalam masalah. Lagi pun, itu tempoh haji.

Saya tak mahu memburukkan keadaan. Biarlah saya menunaikan haji sebaik mungkin.

Hari demi hari berlalu, sehinggalah tamat perjalanan haji saya sekeluarga. Kami memang kurang bercakap. Dan saya pun dah tak ada hati nak bercakap. Sepatah di tanya, sepatahlah saya jawab. Apa yang berlaku di hotel ketika di Mekah amat amat 'menghantui' diri saya.

Di lubuk hati kecil saya, saya rasa sedikit bersalah. Tak patut seorang anak menantu buat macam tu. Tapi lepas difikirkan, saya rasa. Kalau saya tak bercakap dengan dia, dia tak sakit hati dengan saya. Saya pun tak sakit hati dengan dia. Itu lebih baik saya rasakan.

Selepas pulang ke Malaysia. Saya dah pun berazam. Saya tak mahu bercakap dengan pak mertua saya. Biarlah apa yang berlaku. Saya dah tak berminat nak cakap dengan beliau.

Semasa saya pulang ke rumah Maria di KL, saya memang mengelak untuk bercakap dengan beliau. Kalau beliau tanya sepatah, saya jawab sepatah. Kalau boleh, saya nak meminimumkan 'contact' dengan beliau.

Mak mertua saya menyedari apa yang berlaku antara kami. In fact, semua adik beradik lain pun tahu. Cuma, masing masing buat buat tak tahu. Sebab tak mahu memburukkan keadaan.

Saya tak pernah menceritakan kepada sesiapa pun apa yang berlaku di Mekah. Biarlah itu rahsia kami sekeluarga. Sehinggalah satu hari, saya berjumpa dengan seorang ustaz. Saya menceritakan hal ini kepada beliau kerana beliau tidak mengenali bapa mertua saya.

Ustaz ini menegur saya. Apa pun, saya mesti minta maaf dengan pak mertua saya dan mesti memperbaiki hubungan dengan bapa mertua saya. Pada waktu itu, ustaz ini ambil telefon saya dan 'paksa' saya telefon bapa mertua saya waktu itu juga.

NO WAY !!!!!

Saya terus balik rumah meninggalkan ustaz itu.

Tapi, di sudut hati saya masih merasakan apa yang saya lakukan ini betul. Saya cuma tak mahu bercakap dengan dia sebab saya tak mahu memburukkan keadaan antara kami. Saya tak mahu bergaduh dah dengan dia.

Sejak dari itu, kalau saya balik KL. Saya cuba elak berhadapan dengan bapa mertua saya. Kalau dia tengok tv, saya masuk bilik. Kalau dia makan di dapur, saya tak pergi makan sekali. Kalau makan pun, saya diam sahaja. Tak bercakap walau sepatah pun.

Dan perkara ini berlarutan sehingga 2 tahun. Bagi saya, saya tak ada masalah. Tak ada apa pun yang hendak disembangkan dengan pak mertua saya. Lagi saya menjauhkan diri, itu lagi bagus. Itu yang saya rasa. ( Sebenarnya, syaitan sedang berseronok melihat kedegilan saya ini ).

Sehinggalah saya pergi ke kelas IMKK Dr Azizan Osman baru baru ini. Akhirnya, Dr Azizan Berjaya meruntuhkan tembok pemisah antara saya dan pak mertua saya. Dr Azizan berjaya mencuit hati saya untuk memperbaiki hubungan dengan pak mertua saya.

Saya tak mahu cerita apa yang beliau ceritakan. Tapi, ini adalah surat yang saya karang semasa program itu untuk bapa mertua saya.


Anda boleh baca. Semasa saya karang surat ini, air mata saya jatuh berguguran. Menyesali tindakan bodoh saya selama ini. Terlalu mengikut perasaan.


Dr Azizan Berjaya mengajar saya untuk meminta maaf dari semua orang. Terutama dari orang yang saya bersalah.


Dan ini penutup surat tersebut.
 
 
Nampak macam kelakar, saya menangis teresak esak waktu ni. Terbayang mengapalah saya buat macam tu sebelum ini. Susahkah sangat saya nak belajar meminta maaf dan memaafkan orang lain.
 
Apa faedah yang saya dapat? Tak ada.
 
Sebab itulah saya decide, saya mesti buat sesuatu hari itu. Saya rasa, that's the day. Syaitan syaitan yang berjaya meracun pemikiran saya akan mula menangis.
 
Balik dari kelas IMKK Dr Azizan pada hari terakhir, di rumah Maria. Saya terus bersalam dengan bapa mertua saya. Saya cium tangan dia. Saya dah tak ingat bila kali terakhir saya salam dan cium tangan dia. Saya peluk dia. Saya minta maaf kepadanya atas segala kesilapan saya yang lalu.
 
Aduh.... Drama swasta la pulak masa ni. Air mata saya bergenang. Aduh.......
 
Kemudian, saya berikan hadiah kepada bapa mertua saya. Handphone Samsung SIII Mini.
 
Malam itu, saya mula bersembang dengan beliau. Sambil mengajar beliau cara menggunakan telefon itu. Allah Allah... Indahnya pengalaman ini. Allah memberi peluang kembali kepada saya untuk membahagiakan bapa mertua saya. At least, itu yang saya mampu lakukan waktu itu.
 
Esok pagi, kami bersarapan sekali. Saya bersembang dengan beliau beberapa perkara. Alhamdulillah. Syukur rasanya. Saya berasa gembira. Bersyukur kerana Allah memudahkan segala urusan saya.
 
Frankly speaking. Sebelum ini, saya tidak ada masalah dengan semua orang. Kecuali bapa mertua saya. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Hati saya semakin bersih. Lebih berusaha untuk mendekatkan diri kepada Nya.
 
Saya terbayang, andailah salah seorang dari kami menghembuskan nafas terakhir sebelum saya sempat meminta maaf. TAK DAPAT BAYANG, APA BERLAKU KEPADA SAYA DI AKHIRAT NANTI.
 
Nauzubillah. Sekurang kurangnya, sekarang ini. Saya lapang dari satu perkara... Syukur Alhamdulillah.
 
Banyak pengajaran yang saya belajar dalam kes ini. Belajar memaaf. Belajar melupakan kesalahan orang lain terhadap kita. Dan belajar mendoakan orang yang kita marah tu. Dan yang lebih best, saya belajar untuk beri hadiah kepada orang yang kita tidak suka.
 
Saya yakin, apa yang saya lakukan ini akan dilihat oleh Allah. Allah pasti gembira dengan apa yang saya lakukan ini.
 
Mungkin, Allah takdirkan apa yang berlaku kepada saya ini agar kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.
 
Kepada anda semua............ Peliharalah hubungan anda dengan semua orang. Belajarlah untuk meminta maaf. Belajarlah untuk memaafkan. Dan tak perlulah kita mengambil berat perkara perkara yang kecil
 
Perbaikilah hubungan dengan semua orang semata mata kerana Allah. Insya Allah. Allah akan mempermudahkan urusan kita semua selepas ini. Amin.
 
Program IMKK best??? Saya tak mahu komen panjang panjang. Anda bacalah komen di bawah ini yang ditulis oleh para peserta.





Siapa yang bercadang nak ke program IMKK Dr Azizan Osman pada November 2013 nanti. Please let me know.

Dr Azizan Osman ada buat offer. Pakej VIP RM998 untuk 2 orang atau pakej General RM998 untuk 3 orang.

Jika anda berminat untuk pergi, anda boleh daftar pakej VIP RM998 = 2 orang atau General RM998 untuk 3 orang.

Anda boleh pergi dengan sahabat atau pasangan anda. Atau dengan ahli keluarga anda. Pergilah. Mesti best. Masalahnya, offer harga atas ni hanya untuk peserta IMKK kali ini. Anda yang tidak pergi tak entitle offer ni.

So, kalau anda nak pergi. Please let me know. You can get this price if I buy the ticket for you. Berita yang tak bestnya, hari Khamis ni last date.

So, kalau anda nak pergi.... Cepat, contact saya. PM saya di FB. MOHD FIRDAUS MAT SAAD.

Percayalah, anda tak akan rugi pergi program ini. Especially kalau pergi suami isteri. Hubungan anda akan semakin baik lepas tu.

Kalau anda rasa kisah saya di atas ini memberi inspirasi kepada anda. Dan mungkin akan membantu rakan rakan anda yang lain. Anda boleh pilih untuk tekan LIKE button di bawah.

Semoga, ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam.

Pertandingan Perkongsian Perubahan Dalam Kehidupan

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya dah kongsikan dengan anda terlalu banyak perkara yang saya belajar dari kelas Dr Azizan Osman.

Pengajaran Pertama
Pengajaran Kedua
Pengajaran Ketiga
Pengajaran Keempat
Pengajaran Kelima

In fact, saya sendiri dapat merasai perubahan dalam diri saya selepas menghadiri kelas kelas Dr Azizan Osman.

Saya dah pergi kelas Advanced Marketing Power (AMP), Intensif Jutawan Industri (IJI), Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan (IMKK). Kesan dalam kehidupan saya tersangat 'superb'.

Bukan sahaja saya merasai perubahan hidup dari segi kewangan yang semakin bertambah, tetapi saya dapat merasai perubahan dari segi akhlak dan cara pemikiran saya.

Sebab itulah, saya teramat menggalakkan anda untuk pergi ke program Dr Azizan Osman. Bukan saya ada komisen pun. Saya hanya mahu anda merasai perubahan dalam kehidupan anda ke arah yang lebih baik.

Komen Pembaca EBOOK Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang.

Terus terang saya katakan, salah seorang pembaca EBOOk saya ini merupakan seorang sahabat saya berusia 32 tahun. Beliau secara tak sengaja 'terbeli' ebook saya ini.

Kemudian, beliau membacanya. Selepas membaca, beliau 'tergamam'. Sejak berkawan dengan saya dahulu, beliau juga seorang pelajar yang berjaya. Tetapi, beliau melihat saya lebih berjaya dari beliau.

Cumanya, pada waktu itu beliau tidak mengetahui rahsia rahsia yang menjadi amalan saya sehingga saya menjadi pelajar Terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.

Sehinggalah beliau baca ketiga-tiga EBOOK ini:

BUKU #1 : DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

 BUKU #2 : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

BUKU #3:  RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA



Baru beliau tersedar. Banyak perkara yang saya amalkan dahulu ketika saya bergelar pelajar yang tidak beliau amalkan. Beliau baru tahu 'shortcut' bagaimana mahu berjaya dengan lebih mudah.

Terus beliau bertanya kepada saya, "Mengapa saya tak tulis buku ni masa kami belajar di Tingkatan 4 dahulu?"

Aduh... Mana saya boleh tulis lagi buku tu masa di tingkatan 4. Sebab masa tu 'teknik-teknik' yang saya gunakan belum betul-betul terbukti berkesan.

Apabila saya dah berjaya sehingga ke universiti, barulah semua rahsia ini mempunyai 'testimoni' yang telah terbukti berjaya. Barulah saya lebih yakin untuk kongsikan ilmu ini dengan lebih ramai orang.

Kesan Perubahan Kepada Sahabat Saya

Selepas membaca ketiga-tiga EBOOK ini, sahabat saya terus berubah. Jika sebelum ini beliau hidup biasa biasa. Sekarang beliau sudah hidup luar biasa. Beliau terinspirasi dengan kisah kejayaan yang saya capai yang saya ceritakan dalam EBOOK saya ini.

Beliau mula tergerak hati untuk buat bisnes. Dan saya bantu beliau dalam perniagaan beliau. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat. Bisnes beliau semakin berjaya. Sehinggalah tak sampai satu bulan, beliau maklumkan kepada saya. "Surat Resignation" sudah siap. Hanya tunggu masa untuk dihantar kepada majikannya.

Beliau ucapkan jutaan terima kasih kepada saya atas penulisan saya dalam EBOOK berkenaan. Amat memberi inspirasi kepada beliau. Bahkan, beliau turut menghadiahkan EBOOK ini kepada adik-adik beliau yang lain. Beliau mahu adik-adiknya mengetahui rahsia untuk berjaya dengan cemerlang dengan lebih mudah.

Kalau boleh, beliau mahu adik-adiknya berjaya sehingga ke luar negara. Insya Allah. Sama-sama kita doakan.

PERTANDINGAN PERKONGSIAN PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN SELEPAS MEMBACA EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Mengapa saya tulis ketiga-tiga EBOOK ini, sebab saya mahu melihat lebih ramai anak bangsa saya berjaya. Itu sahaja. Saya mahu melihat anak bangsa saya bangkit. Saya mahu berkongsi segala pengalaman saya dahulu dengan anak-anak anda yang sekarang ini masih belajar di sekolah, kolej dan di universiti.

Saya mahu mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Percayalah, dah ramai yang membaca EBOOK ini. Ramai yang memberi respon yang sangat positif kepada saya. Syukur Alhamdulillah.

Saya mahu lebih ramai anak bangsa saya yang berjaya.

Saya sendiri merasai lebih banyak perubahan selepas menghadiri program-program Dr Azizan Osman. Dan sekarang, saya mahu ANDA LEBIH KAYA, LEBIH BERJAYA dari sekarang.

Saya ingin memberikan hadiah kepada pembaca EBOOK saya. Syaratnya mudah sahaja.

1) Baca EBOOK yang saya tulis.
2) Hayati dan fahami semua kisah kisah yang saya kongsikan.
3) Amalkan sebarang teknik yang saya kongsikan dalam EBOOK berkenaan.
4) Rasai perubahan dalam hidup anda selepas membaca EBOOK ini.
5) Kongsikan dengan saya apa perubahan hidup anda selepas membaca EBOOK ini.
(TAPI BUKAN SEKARANG. PERTANDINGAN INI AKAN BERMULA BEBERAPA BULAN DARI SEKARANG. SAYA AKAN BUAT POST DI BLOG INI BILA PERTANDINGAN INI AKAN DIMULAKAN)

* Sekarang adalah masa untuk anda baca, dan amalkan segala tips yang telah diberikan dan rasai perubahan dalam hidup anda.

HADIAH YANG DITAWARKAN

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya komited untuk melihat perubahan dalam hidup orang lain. Saya mahu lebih ramai anak bangsa saya yang berjaya. Baca perubahan hidup saya dalam link yang saya berikan di atas. Dah banyak yang saya berubah.

Sebab itulah saya mahu menawarkan hadiah yang amat hebat.

HADIAHNYA : TIKET MENGHADIRI PROGRAM INTENSIF MENTOR KEKAYAAN DAN KEJAYAAN BERSAMA DOKTOR AZIZAN OSMAN.

3 TIKET YANG AKAN MENJADI REBUTAN BERNILAI RM998. TIKET INI SUDAH SAYA BELI, CUMA MENANTI PEMENANGNYA SAHAJA.

Percayalah, sekiranya anda pergi ke program IMKK ini, anda akan merasai perubahan hidup yang teramat luar biasa. Saya sudah merasainya. Sebab itulah, semasa saya menghadiri program ini. Saya membeli 3 tiket extra. Saya mahu menghadiahkan kepada mereka yang bertuah. 3 orang yang mengalami perubahan hidup yang paling besar selepas membaca EBOOK saya ini.

Saya sebenarnya tersangat teruja untuk melihat lebih ramai yang berjaya selepas membaca blog Maria Firdaus ini. Insya Allah, kalau anda rasa gembira dengan perubahan hidup anda selepas membaca EBOOK ini, saya 1000 kali lebih gembira sebenarnya.

Inilah pencen kubur buat saya nanti. Inilah jalan pintas untuk saya sampai ke syurga nanti. Apalah sangat dengan duit yang saya belanjakan untuk membeli 3 tiket untuk anda ini.

Saya harap anda 'clear' dengan tawaran saya ini. Saya ikhlas membantu anda.

Bagi yang dah baca EBOOK saya ini, ini peluang keemasan buat anda untuk hadir ke program Doktor Azizan Osman secara percuma. Memang mahal untuk hadir ke kelas beliau. Biasanya, tiket paling murah pun RM998.

Jika anda yang masih belum membaca EBOOK ini, anda boleh dapatkannya. Caranya mudah sahaja:

Sila lakukan seperti berikut:

1) Sila Bank In RM30 ke Akaun Maybank : KAM MARIA BINTI ABDUL MUTALIB
2) No Akaun Maybank : 1621 8835 2350
3) Jika Transfer Online : Letakkan Emel Penerima mariafirdausblog@yahoo.com
4) Emelkan Detail Pembayaran Ke mariafirdausblog@yahoo.com
5) Dalam Emel Tersebut, Sila Berikan detail dibawah :
i) Nama Penuh
ii) Nombor Telefon
iii) Alamat Rumah ( Saya sedang bercadang untuk memberi hadiah istimewa kepada anda, sedang difikirkan)
iv) Emel Facebook Account Anda. Buku ini akan diberikan melalui Facebook Secret Group.

Detail maklumat EBOOK ini boleh dibaca di http://www.mariafirdaus.com.my/2013/06/pelancaran-ebook-rahsia-kejayaan_6.html

DAN.... JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI WANG. ANDA MISKIN? ANDA SUSAH? TETAPI ANDA MAHU MELIHAT PERUBAHAN DALAM HIDUP ANAK ANDA.

Emel kepada saya. Saya akan berikan hadiah EBOOK INI SECARA PERCUMA kepada anda. Niat saya hanya ingin membantu anda dan anak-anak anda agar mereka lebih berjaya dalam kehidupan mereka.

Semoga, ia menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

Salam Kekayaan Dan Kejayaan,
Mohd Firdaus Mat Saad.

* Jika anda rasa post ini bakal memberi manfaat kepada orang lain, anda boleh LIKE di bawah ini. Terima kasih.

My Shaklee Bonus June 2013 = My Engineer Salary

$
0
0
Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah, pada pagi Jumaat di bulan Ramadan yang penuh barakah ni, Maria dapat berita gembira. Bonus Shaklee dah masuk dalam account. Biasanya Bonus Shaklee masuk 14 haribulan setiap bulan, tapi kali ni Shaklee bagi kejutan awal 2 hari pula. Mungkin sempena persiapan Puasa dan Hari Raya agaknya.

Syukur Alhamdulillah, Maria rasa betul-betul gembira. Bonus Shaklee bulan ni sudah pun SAMA dengan gaji Maria sebelum resign sebagai Engineer 3 bulan dulu!! (FYI, Maria sudah bekerja selama 7 tahun sebelum ini, so gaji memang dah agak kukuh sebenarnya). Kisah bagaimana Maria membuat keputusan untuk resign dahulu anda boleh baca diSINI.

Bonus bulan ini juga hampir dua kali ganda daripada bonus bulan lepas. Rasa sungguh berbaloi segala usaha dan penat lelah perjuangan bulan Jun 2013. Sujud syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan kepada kami sekeluarga.

Sekarang ni Maria rasa berbaloi sungguh pengorbanan melepaskan gaji Engineer dan menjadi Working-At-Home-Mum (WAHM). Boleh berkongsi rezeki dengan suami dan anak-anak dari home business income sahaja. Syukur dipertemukan dengan business Shaklee. Alhamdulillah. :)

Sejak Maria serius dalam business Shaklee, memang rasa tahap kebergantungan pada Allah semakin tinggi. Masa makan gaji dulu, tiap-tiap bulan memang dah tahu berapa banyak gaji yang kita akan dapat hujung bulan kan. Kalau kita kurang usaha, gaji sama. Kalau lebih usaha pun, gaji tetap sama. Increment pun cuma setahun sekali je.

Pengajaran dari IMKK


Lepas balik dari Seminar Intensif Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) Dr Azizan Osman, bertambah jelas matlamat mengapa Maria mahu menjadi seorang Jutawan Muslimah. Maria rasa semakin bersemangat untuk melipat gandakan usaha lebih maju dalam biznes Shaklee setiap bulan.

Setiap bulan sekarang, Maria rasa bertanggungjawab untuk lebih banyak MEMBERI. Nak BERI lebih banyak zakat dan sedekah. Nak BERI lebih banyak beri duit kepada parents. Nak BERI lebih banyak bantuan dan consultation kepada customer supaya mereka lebih sihat dan berjaya menyusukan anak mereka.

Nak BERI lebih banyak panduan kepada business partners untuk sama-sama maju dalam business. Nak BERI lebih banyak masa dengan family.

The More We Give, The More We Get Back. Indahnya ajaran Islam kan, lebih banyak kita share dengan orang (sama ada dari segi duit, ilmu, masa), lebih banyak yang kita dapat.

KOLAM JIWA



Semasa di IMKK, Dr Azizan Osman ada beritahu yang dalam diri kita ni ada KOLAM JIWA. Hanya kolam yang besar dan mempunyai saluran sahaja mampu menampung rezeki yang banyak.

Jika kolam jiwa kita kecil, bertakung dan tindak mengalir pada saluran-saluran lain, maka jika diberikan rezeki yang banyak pun, ia akan melimpah keluar kerana ia tidak tahu di mana nak disalurkan.

Jadi, jika kita mahukan rezeki yang banyak, kita mesti besarkan kolam jiwa kita. Kolam ini juga mesti lah bersih dari sebarang kekotoran. Kolam yang bertakung dan kotor tidak akan menjemput rezeki masuk. Kekotoran hati, pemikiran negatif dan hasad dengki adalah antara punca yang mengotori kolam jiwa kita.

Jadi, yakinlah, jika kita berniat ingin menjadi KAYA, mesti jelaskan apa niat untuk menjadi Jutawan. Cuba fikirkan apa yang kita mahu BERIKAN jika kita kaya. Dan mintalah kepada Allah agar dibukakan jalan ke arah itu.

Maria doakan agar semua pembaca blog MariaFirdaus.Com.My akan terus Kaya dan Berjaya di Dunia dan Akhirat. Semoga kita semua menjadi JUTAWAN BERTAQWA. Amin.

Thanks for reading! :)

* Jika anda rasa entry ini memberi inspirasi kepada anda dan mungkin kepada orang lain, Maria mohon anda tekan button Like di bawah sebagai tanda sokongan terhadap Maria. Terima kasih :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
 

Testimoni Pembaca Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini, saya just nak share dengan anda testimoni salah seorang pembaca yang telah membaca EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG.

Semasa saya tulis buku ini, saya rasa sangsi adakah apa yang saya tulis ini dapat diterima oleh orang ramai? Adakah ia cukup bagus untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Namun, perasaan ini berubah selepasa saya memberi 20 orang sahabat saya untuk 'review' EBOOK saya ini. Respond daripada mereka amat amat positif.

Tapi, ini agak 'biased'. Mereka komen dalam keadaan mereka mengenali saya. 

Tetapi, selepas dilancarkan EBOOK ini di sini, syukur sangat sangat. Terlalu banyak testimoni yang saya peroleh daripada mereka yang tidak saya kenali. Mereka hanyak kenal saya melalui facebook dan blog sahaja. Saya tidak pernah bertemu dengan mereka.

FYI, ini adalah EBOOK. So, mereka yang membelinya boleh membaca di Iphone, Ipad, Laptop, dan Komputer.

 Boleh baca di Iphone

 Lepas beli, anda boleh kongsi EBOOK ini dengan anak anak/ adik adik anda.

Amat clear baca dalam Iphone. Kalau di Ipad dan Laptop. Lebih lebih la clear.

Ini adalah testimoni terbaru yang saya terima daripada pembaca EBOOK ini. Saya kongsi dengan anda sebab saya mahu meyakinkan anda. Bahawa EBOOK ini teramat bagus untuk manfaat anak-anak / adik adik anda.

In fact, ramai yang argue dengan saya. Kenapa jual harga RM30. Murah sangat. Kualiti kandungan EBOOK ini boleh di'jual' pada harga RM50. Saya jual murah sebab saya nak lebih ramai yang dapat manfaat daripada EBOOK ini.

Ini adalah komen daripada pembaca EBOOK ini. Beliau adalah pelajar universiti. Beliau membaca EBOOK ini selepas dicadangkan oleh sahabatnya yang telah membaca EBOOK ini. Pada mulanya, beliau macam tak mahu kerana merasakan EBOOK ini sama macam buku buku motivasi yang lain.

Tapi, selepas membacanya. Beliau merasai keluar biasaan kualiti EBOOK ini.

Jom baca, apa beliau kata mengenai ebook saya ini:


"First, bila saya mula nak baca, saya baca komen2 pembaca dulu. Bila saya baca komen2 mereka yang mengatakan ebook en.firdaus ini best, luar biasa dll, terdetik soalan dalam hati saya “ betul ke best, kan banyak je buku motivasi lain yang lagi hebat dan best “.

Persoalan yang timbul membuatkan saya ingin terus membaca selanjutnya, bila saya baca dan baca, saya tak boleh nak berhenti 

sebab ingin tahu apa seterusnya, apa seterusnya pula..

saya terus baca sampai bulu roma saya meremang, air mata menitis. Bulu roma meremang sebab saya dapat rasakan yang en. Firdaus memang tulis dari hati en.firdaus dengan niat yang murni untuk membantu orang ramai., 


timbul satu rasa semangat dalam diri saya untuk berubah lagi baik. saya baca sehingga saya menangis, menangis sebab saya kagum, sebab betul2 memberi kesedaran kepada saya, memang betul2 terkena dengan saya. 

Semua yang ada dalam buku ini memang betul2 memberi saya satu suntikan dan aura yang luar biasa, jalan pernceritaan yang santai dan bersahaja namun penuh dengan motivasi . sejujurnya, memang saya akui , bagi saya ebook en.firdaus ini memang lain dr yang lain. Luar biasa dan sgt2 awesome! 

Menitis air mata saya sebab saya sangat2 bersykur pada ALLAH sebab memberi saya peluang untuk membaca ebook ini. ALLAH memberi saya petunjuk dan peluang lagi pada saya untuk berubah. Terima kasih banyak en.firdaus. terima kasih banyak2. Saya akan buat dan praktiskan semua tips2 yang ada dalam ebook ini dalam hidup saya. Malah ada yang saya dah start buat! Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH. Semangat saya semakin bertambah!


Semoga ALLAH terus merahmati dan memberkati hidup en.firdaus. amiin."

Sejujurnya, saya terharu dengan apa yang beliau katakan ini. Beliau sanggup PM saya di facebook. Semata mata ingin meluahkan perasaan beliau mengenai EBOOK ini kepada saya.

Ayuh, kita sama sama doakan. Agar EBOOK ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada lebih ramai anak bangsa agar lebih ramai yang akan berjaya selepas ini. Semoga ramai yang mendapat manfaat daripadanya.

Wassalam

SET BERSALIN SHAKLEE MEMANG TERBAIK !!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Sekadar nak berkongsi kembali kisah pengalaman pertama, bagaimana Maria mula jatuh cinta dengan Shaklee. Di bawah ini adalah flash back kisah kenangan terindah ketika mula-mula menggunakan produk Shaklee. Semoga bermanfaat. Enjoyy!! :)

Entry original di sini: http://www.mariafirdaus.com.my/2013/01/set-bersalin-shaklee-memang-terbaik.html

-------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Harini Maria nak share dengan anda semua tentang satu lagi produk yang Maria sendiri gunakan dan sangat berkesan, iaitu Set Bersalin Shaklee. Maria nak bandingkan experience bersalin anak pertama (without Shaklee) dan anak kedua (with Shaklee).

27 MAY 2009 - KELAHIRAN MUHAMMAD FAREES



Pengalaman mengandung kali pertama, memang satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Cita-cita sangat tinggi untuk beri yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan. Sebelum Farees lahir lagi, Maria dah beli pam Medela Freestyle yang berharga RM1700. 

Memang berazam nak fully breastfeed baby sampai 2 tahun. Maria sangka yang breastfeeding akan comes naturally, so hanya bayangkan yang indah dan mudah sahaja, tanpa ilmu yang cukup.

Rupa-rupanya pengalaman pertama tidak semudah itu. 

Kisah kelahiran Farees ada kami ceritakan di SINI. (sila click)

TIDAK CUKUP ILMU PENYUSUAN

Alhamdulillah, Farees selamat dilahirkan secara normal. Sebaik saja Farees lahir, Maria terus cuba untuk breastfeed.

Malangnya disebabkan ini adalah pengalaman pertama handle newborn baby, Maria tak tau cara menyusu yang betul. Hospital tempat Maria bersalin pun bukanlah hospital yang fully support breastfeeding.

Pada hari pertama, bila nurse bawa baby kepada Maria untuk menyusu, susu langsung tak keluar. So, nurse tu terus cadangkan susu formula sebab dia kata baby nangis sebab lapar.

Disebabkan itu pengalaman pertama dan tak tahu apa-apa, Maria pun setuju, maka jadilah first food yang masuk ke perut baby Farees adalah susu formula. (sila click untuk mengetahui SEJARAH SUSU FORMULA)

Unfortunately, that's the BIGGEST MISTAKE that I've done to my baby. Dan rupa-rupanya Farees ada allergy to cow's milk. Patut lah sejak masa dalam pantang lagi Farees selalu kena ruam.

Kesian anak Ummi..Maafkan Ummi sayang atas kejahilan Ummi masa tu...

Bila dah mula introduced to bottle, Farees jadi susah nak direct breastfed, mungkin juga disebabkan cara menyusu yang salah.

Bila takde stimulation from baby, memanglah susu lambat terhasil, so for the first 3 days tu Farees minum susu formula saja. Sedih sangat masa tu, wonder why..adakah aku ni memang jenis takde susu?


JAUNDICE LEVEL YANG TINGGI

Sebelum bersalin, Maria ada beli Set Bersalin A****. Dalam tu ada macam-macam jamu yang kena dimakan ikut jadual. Tapi semuanya Maria tak berani makan pun sebab takut baby jaundice.

Ingat nak start makan lepas a few days, tapi akhirnya sampai ke sudah terus tak makan. So immediately lepas bersalin tu memang takde makan apa-apa supplement pun.

3 hari pertama Farees langsung tak minum susu ibu. Pada hari ke-4, jaundice level terus naik mendadak dan kena admit ke hospital.

Maka bermula lah satu pengalaman yang agak teruk dalam hidup Maria. Kisah jaundice ini pun ada Firdaus ceritakan di SINI.

BADAN LETIH DAN STRESS

Kami mengambil keputusan untuk admit ke hospital kerajaan Parit Buntar sebab ia paling dekat dengan rumah. Masa tu pulak encik hubby tengah sibuk uruskan penjualan ayam. Malam pertama di hospital, Maria terpaksa jaga Farees sendirian sebab hospital tak benarkan orang lain teman.

Malam tu Farees asyik meragam tak nak tidur. Dah la beberapa malam Maria tak cukup tidur sejak lepas bersalin. Maria rasa sakit kepala dan badan keletihan yang amat sangat. Susu pun tak berapa nak keluar, sampai jadi sakit.

Bila duduk di hospital kerajaan, kita kena uruskan baby sendiri, so turun naik katil banyak kali dalam keadaan luka bersalin yang belum sembuh. Yelah, baby kan kerap nak menyusu, so kena bangun kerap untuk bancuh susu.

Lepas tu bila dah tukar diaper, kena jalan ke toilet untuk buang diaper kotor. Lepas tu kena angkat balik baby letak bawah lampu biru tu. Berulang-ulang. Huhuh. Sungguh menyakitkan dan meletihkan!!!

Farees nangis, Ummi dia pun nangis sama sampai bengkak-bengkak mata sebab Ummi SAKIT dan STRESS.

Walaubagaimana pun, Syukur Alhamdulillah, pada hari ke-6 Farees dah boleh keluar dari hospital. Selepas tu, Maria mula belajar tentang ilmu penyusuan dgn lebih banyak melalui Internet.

Selepas mengamalkan tips-tips penyusuan yang betul, akhirnya selepas 3 minggu, barulah Maria dapat berhentikan susu formula secara berperingkat. Akhirnya Maria berjaya juga fully breastfeed Farees, sehinggalah berumur 2 tahun.

Syukur Ya Allah atas nikmat ini walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran pada mulanya.


8 SEPT 2012 - KELAHIRAN MUHAMMAD FATEH


ILMU PENYUSUAN YANG LENGKAP

Pengalaman bersalin anak pertama banyak mengajar Maria untuk melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Jadi kali ni, Maria memang bertekad untuk memberi susu ibu sahaja kepada Fateh. Tak kisahlah apa orang lain nak cakap, baby lapar ke, susu tak cukup ke.

Yang penting Maria yakin setiap bayi yang dilahirkan, Allah dah sediakan rezeki yang cukup untuk mereka, iaitu susu ibu makanan terbaik untuk bayi. Ini juga yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran (Click KISAH SUSU IBU DI DALAM AL-QURAN)

Dan syukur Alhamdulillah, Maria diperkenalkan dengan produk Shaklee oleh biras Maria, Ainul yang bersalin 2 bulan lebih awal daripada Maria.

Selepas mendengar testimoni dari Ainul sendiri, Maria pun terbuka hati untuk mencuba. Maria pun mula makan produk Shaklee 2 minggu sebelum bersalin.


RASA SIHAT, CERGAS DAN TIDAK STRESS

Syukur sangat, kali ni Maria rasa lebih BERTENAGA sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran. Saat-saat contraction yang agak lama pun Maria dapat hadapi dengan tenang. Kisah kelahiran Fateh ada kami ceritakan di SINI.

Sebaik saja baby Fateh lahir, Maria terus berjaya menyusukan Fateh. Awal-awal tu memang normal susu belum banyak. Anda boleh baca di SINI(sila click) untuk mengetahui keperluan sebenar bayi di awal kelahiran.

Bayi hanya perlukan sedikit susu sahaja, kerana perutnya hanya sebesar guli di awal kelahiran.

Tapi oleh kerana adanya continuous stimulation dari baby, selepas hari ke-3 susu semakin banyak!!! Syukur Alhamdulillah...

Pada beberapa malam pertama, Fateh memang kurang tidur malam. Perkara ni adalah normal untuk baby baru lahir kerana susu ibu sangat cepat dihadam menyebabkan bayi akan cepat lapar kembali dan menangis, dan bukannya sebab susu ibu tak cukup.

Tapi Maria tetap rasa CERGAS dan TIDAK LETIH. Jadi Maria dapat teruskan breastfeeding walaupun Fateh bangun setiap setengah jam sekali.


JAUNDICE BABY TERKAWAL

Alhamdulillah, mungkin berkat khasiat susu ibu sepenuhnya, jaundice Fateh agak terkawal. Setiap hari bila check jaundice level, masih di tahap yang selamat dan tidak perlu admit ke hospital.

Semua perkara ini membuatkan Maria rasa sangat TENANG, HAPPY dan langsung TAK STRESS sepanjang tempoh berpantang, tidak seperti pengalaman pertama dahulu.

Ketika masih bekerja sebagai Engineer dulu, Maria keluar bekerja dan berjauhan dengan Fateh setiap hari selama 12 jam iaitu dari pukul 7am-7pm. Tetapi Alhamdulillah, Maria masih mampu menyediakan stok susu yang cukup untuk Fateh setiap hari.

Maria amat bersyukur kerana Allah pertemukan Maria dengan produk Shaklee yang sangat membantu dalam hal ini.

Pada usia Fateh 6 bulan (April 2013), Maria telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Engineer dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

Alhamdulillah, kini Maria telah bergelar Working-At-Home-Mum (WAHM) dan menjalankan business Shaklee secara sepenuh masa dari rumah. Jadi sekarang ini, breastfeeding memang tiada masalah lagi. Semoga Maria berjaya menyusukan Fateh sehingga berumur 2 tahun. InsyaAllah.


MESTI BELAJAR ILMU PENYUSUAN

Sebab tu, Maria amat menggalakkan setiap ibu yang mengandung MESTI belajar ilmu breastfeeding sebelum bersalin. Because it will not come naturally.

Konsep Supply vs Demand dlm breasfeeding amat penting. Konsep asas iaitu direct feeding ketika bersama baby, kerap pam ketika berjauhan, pastikan pemakanan ibu cukup khasiat dan minum air kosong at least 3 litre sehari, InsyaAllah breastfeeding akan berjalan lancar.

Vitamins Shaklee bukan saja sebagai milk booster, tetapi yang jauh lebih penting, ia melengkapi keperluan nutrien agar Maria sebagai 'Supply' mampu utk menampung 'Demand' dari baby.

Ini untuk pastikan badan IBU sentiasa SIHAT dan CERGAS, terutama di waktu awal kelahiran bayi, supaya susu mudah terhasil.

Kita hanya berusaha yang terbaik, dan yakinlah Allah pasti memberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha kita ini.

Kalau para ibu ada masalah dalam breastfeeding, perlu cepat-cepat dapatkan bantuan dan support dari orang yang berpengalaman. Percayalah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

INGAT! Pemberian SUSU FORMULA bukanlah satu jalan penyelesaian, sebaliknya ia adalah KESILAPAN TERBESAR dan faktor utama yang akan MENGGAGALKAN penyusuan susu ibu sepenuhnya. 



SET BERSALIN SHAKLEE yang lengkap khasiatnya untuk keperluan ibu dan bayi.

Inilah Set Bersalin Shaklee yang Maria gunakan. Alhamdulillah, memandangkan Maria sendiri sudah merasai kebaikan produk ini, Maria rasa bertanggungjawab untuk berkongsi kebaikannya dengan semua orang, iaitu para ibu, bapa dan bakal ibubapa, agar semua bayi akan mendapat manfaat susu ibu sepenuhnya.

Semoga ini juga dapat menjadi salah satu pencen kubur untuk diri Maria nanti. Amin.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang kebaikan dan fungsi setiap produk dalam Set Bersalin Shaklee ini, anda boleh baca di SINI. (sila click)

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Kam Maria
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Shaklee OmegaGuard - Perisai Kami Di Rumah

$
0
0
Assalamualaikum,

Walaupun sekarang ni Maria adalah seorang Working-At-Home-Mum (WAHM), biasanya, pada waktu siang Maria akan pam susu dan Bibik akan berikan kepada Fateh melalui botol.

Ini adalah supaya Maria dapat focus pada urusan business, also for emergency situation kalau Maria terpaksa keluar rumah. Jadi perlu pastikan stok susu untuk Fateh sentiasa tersedia.

Maklumlah, Fateh ni fully breastfed baby, kalau boleh memang asyik nak duduk je dengan Ummi dia ni. So susah juga nak layan customer dan buat urusan business kalau asyik nak pegang Fateh.

Itu tak masuk kes terpaksa berebut handphone/laptop dengan Fateh lagi. Walaupun dah diberi macam-macam colourful toys. Fateh punya favourite tetap nak main dengan handphone, laptop, remote control, charger laptop. Itu yang dia nampak dulu. Haii...anak-anak zaman sekarang... Hehe.

 
Si Bam Bam Fateh at 10 months old.

FATEH DEMAM

2 hari lepas, Fateh demam dan asyik merengek walaupun dah didukung Bibik. Maria tak sampai hati, jadi terpaksalah jaga Fateh sendiri sepanjang hari. Sambil pegang Fateh, sambil layan customer thru FB, WhatsApp di handphone.

Alhamdulillah Maria hanya bekerja di rumah, so anak berada depan mata. Kalau terpaksa pergi office macam dulu, badan je kat office, tapi hati kat rumah risaukan anak tengah demam.

OMEGAGUARD SHAKLEE

At the same time, Maria teringat sharing dari biras Maria, Ainul. Dia makan 3 biji OmegaGuard sehari, Alhamdulillah her baby memang jarang demam. Dia kata, kalau ibu menyusu makan OmegaGuard, sistem pertahanan baby akan bertambah baik, InsyaAllah. 

Sebelum ni, Maria makan 1 biji OmegaGuard je sehari je. So sejak 2 hari lepas Maria tambah pengambilan dan makan 1 biji lepas sahur dan 1 biji lepas berbuka.

Syukur Alhamdulillah, malam tadi dan hari ini Fateh dah tak demam. Mungkin berkat susu ibu dan penambahan OmegaGuard Shaklee dalam diet Maria. Jadi khasiatnya semua pergi kepada Fateh. Alhamdulillah.

Kami juga beri Farees yang berumur 4 tahun makan OmegaGuard ni sebiji setiap hari. Memang ada bau ikan sikit (dah nama pun fish oil), ada kids yang mungkin tak suka. So Maria pecahkan softgel dan masukkan dalam makanan Farees. Dan Farees makan je sebab dia tak tahu.. hehe..oklah kan. Yang penting dia dapat khasiatnya dan ia juga dapat mengawal Eczema Farees.

Nak tau apa yang special tentang Shaklee OmegaGuard ni?

Perbandingan OmegaGuard Shaklee dengan jenama lain.

OmegaGuard Shaklee mengandungi Omega-3 Fatty Acids, termasuk EPA dan DHA. Nampak tak kandungan EPA & DHA yang lebih tinggi dalam Shaklee berbanding jenama lain? Jadi harganya memang setanding dengan kualitinya. Tapi takdelah mahal sangat. Memang sangat mampu dimiliki oleh semua orang.

Ibu mengandung pun sangat sesuai tau ambil OmegaGuard ni selepas pregnant 4 bulan ke atas. DHA memang baik untuk perkembangan otak dan mata baby dalam kandungan.

Selain tu, Omega-3 Fatty Acids juga membantu merendahkan paras cholesterol dalam badan, memelihara paras tekanan darah normal dan membantu pembakaran lemak dalam badan. 

Jadi Maria pun suruh Firdaus makan untuk menjaga kesihatan jantung, dan untuk menghilangkan mana-mana bahagian lemak yang ada.

Untuk ibu menyusu macam Maria pula, di samping dapat bekalkan khasiat DHA untuk baby, dapat bonus badan slim juga tauu. Hihihi..

Syukur Alhamdulillah, OmegaGuard ni memang sangat serasi dengan kami seisi keluarga. Semoga dengan usaha ini, Allah akan mengekalkan nikmat kesihatan untuk kami semua. Amin.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455

come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Kisah Inspirasi - Man Jadda Wa Jada

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya terbaca berita ini di Yahoo! Wawwww... Saya terasa amat inspirasi dengan semangat anak muda ini. Bila difikirkan, saya rasa terharu dengan apa yang beliau sanggup lakukan.

Beliau merupakan peminat Arsenal. Semasa bas yang membaca pemain Arsenal bergerak di sekeliling pekan Hanoi, beliau mengejar bas itu dengan berlari. Bukan dekat, beliau lari mengejar berkilo kilometer.

Allahuakbar. Kuatnya semangat dia. Demi melihat pemain pemain yang diminatinya. Dan pemain pemain Arsenal yang berada di dalam bas memberi sokongan kepada beliau yang berlari dan memberikan sokongan.

Sehinggalah sampai ke satu tahap, bas bergerak laju meninggalkan lelaki ini.

Tiba tiba, lelaki ini menahan motor dan mengejar kembali bas Arsenal ini.

Melihat semangat dan kesungguhan anak muda ini, pemain pemain Arsenal meminta bas diberhentikan dan menjemput pemuda ini naik ke atas bas.

Bersalam dengan semua pemain dan bergambar dengan mereka.

Bagi saya, pemuda ini berjaya. Berjaya mencapai apa yang beliau impikan. Semangat beliau itu amat mengagumkan saya. Memberi inspirasi kepada saya.

Satu perkara yang saya belajar daripada beliau, jika kita mahukan sesuatu. Kita mesti melakukan bersungguh sungguh. Insya Allah, kita akan dapat apa yang kita impikan.

Jom kita tengok video ini dan baca kisah pemuda ini. Sama sama kita ambil semangat dari kisahnya.

Wassalam

Vietnamese Arsenal fan chases team bus, gets invited on board



Arsenal's preseason tour has taken them to Vietnam, where one dedicated (and exceptionally fit) supporter proved his commitment to the team by chasing their bus through the streets of Hanoi like the T-1000 chasing John Connor. Of course, many other fans in many other places have chased the bus before, but this guy was relentless. When it became clear that he wasn't giving up, the players started chanting "sign him up, sign him up."
 
Eventually, the running fan kept his pursuit going by hitching a ride on the back of a motorbike, prompting the players to cheer his resourcefulness. At that point, they felt they had to do something to reward his efforts, so the bus stopped and he was invited on board. Sweaty and out of breath, the man had a big smile as the players cheered him again, shook his hand and posed for pictures. Even Arsene Wenger signed his Arsenal shirt before he left.

In the video above, narrator Wojciech Szczesny says the incident was a lesson to fans "that if you really want to pursue your dreams, it can happen. And that's what happened to him today." So stalkers everywhere will probably take that as a direct order to increase their efforts in pursuit of the team.

Siapa rasa kisah ini memberi inspirasi kepada anda, sila Tekan LIKE BUTTON di bawah.

Thanks..

Cinta Pertamaku Dengan Shaklee ESP!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Sejak 2 hari lepas, Shaklee announced yang Energising Soy Protein (ESP) Powder sudah habis stok di SELURUH MALAYSIA. Huhu. Inilah penangan SHAKLEE HOT ITEM yang paling famous terutama di bulan Ramadan. Last month masa promotion Mealshakes, pun habis licinnn di seluruh Malaysia. Tengoklah betapa lakunya produk Shaklee di pasaran. Produk berkualiti dan berkesan memang senang je nak jual.

Actually sebelum bulan puasa lagi Maria dah jangka yang ESP akan habis stock, so Maria ada buat ready stock beberapa canister. Ingatkan cukuplah sampai habis Ramadan. Rupa-rupanya permintaan melebihi jangkaan. 10 Ramadan stock dah habis. Hihi..

Lepas je Shaklee kata stok di branch dah habis, hari yang sama juga Maria promote di Facebook yang Maria masih ada beberapa canister. Tak sampai 3 jam, stok di tangan semua habis kena booked.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadan.

Ok, bagi yang belum kenal ESP, mesti tertanya-tanya, apa yang best sangat pasal ESP ni? Apasal semua orang sibuk promote dan nak makan ESP ni? Haa..hanya mereka yang dah mencubanya je yang tau betapa bestnya ESP ni. Jadi, apa benda ESP ni yer??



ESP (Energising Soy Protein) Isolate Powder ni adalah protein dari jenama Shaklee. Ye, memang ada protein jenama lain di pasaran. Maria pun pernah cuba jenama lain sebelum ni. Tapi memang tak boleh lawan ke'best'an ESP Shaklee.

ESP adalah produk Shaklee pertama yang Maria cuba pada Aug 2012, iaitu 2 minggu sebelum baby Fateh lahir. Sejak tu lah Maria dah jatuh cinta dengan ESP dan Shaklee. Badan memang rasa bertenaga walaupun pada saat-saat dah dekat sangat nak bersalin.

Sejak dari tu sampailah sekarang ni, setiap pagi Maria wajib minum ESP + Anmum Lacta + Nestum. Kadang-kadang tambah Mealshakes sekali. Memang sedap sangaattt.. Kalau sehari tak minum ESP rasa tak lengkap hidup ini. Chewah..

Bagi ibu menyusu macam Maria, bila minum ESP ni, badan rasa cergas dan bertenaga. Susu badan pun jadi semakin pekat dan baby cepat kenyang. Ini kerana komposisi terbesar dalam susu ibu adalah protein. Jadi bila badan ibu cukup protein, susu yang ibu hasilkan pun lebih pekat dan berkualiti. Senang nak menyusu. Baby pun happy, dan dapat membesar dengan sihat dan tembam, macam baby Fateh. Hehe.

 
Senyummm je Fateh ni. Tengoklah badan berketul-ketul dia tu. Inilah Baby Shaklee kami :)


ESP juga boleh mengurangkan rasa lapar, jadi sangat sesuai untuk mereka yang ada Gastrik. Sebab tu lah ia jadi hot product pada bulan Ramadan.

Protein juga penting kepada mereka yang ingin kulit cantik dan tona kulit yang sekata. Protein adalah makanan sel. Jadi sesiapa yang ada banyak parut jerawat hitam tu, kemungkinan besar adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tu.

Oh ye, ESP Shaklee ni takde apa-apa perisa macam coklat ke, strawberry ke. Bukan sebab Shaklee kedekut yer. Tapi sebab nak mengekalkan keaslian soya.


NON-GMO (NON-GENETICALLY MODIFIED ORGANISM)

 
Yang paling istimewanya ESP Shaklee ialah, soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetic. Ia dipanggil NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism).

Daripada benih sehingga penyimpanannya, Shaklee hanya menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti. Mesti ada yang tanya, apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-GMO?

Haa, ini ada kaitan dengan RUMOURS yang kata soya ni produk Israel lah, boleh menyebabkan kemandulan lah, soya penyebab kanser dan macam-macam lagi keburukan soya.

Harap bertenang yer. Sebenarnya yang ramai tak tahu, bukan soya menjadi penyebab keburukan ni. Tengoklah sejak berpuluh-puluh tahun dulu, orang Jawa makan tempe diperbuat dari soya hari-hari. Kan sihat dah bijak je. Takde masalah pun walaupun makan soya hari-hari. Maria sendiri adalah peminat tempe, sebab mak Maria orang Jawa dari Paya Dalam, Melaka. Hihih..


KEBURUKAN SOYA GMO



Sebenarnya produk soya (GMO) ialah produk yang telah diubahsuai genetiknya sehingga serangga pun tak lalu nak makan. Jadi production pun bertambah besar dan pengeluar dapat untung berlipat kali ganda. Sebab itu mereka boleh jual dengan harga yang sangat murah.

Pengubahsuaian inilah yang boleh menyebabkan allergy, toxin dan potensi kanser. Malangnya yang menjadi mangsa adalah manusia yang tak tahu dan terus-menerus makan produk-produk GMO ni.

Sekarang ni memang banyak produk GMO di pasaran terutamanya soya dan jagung. So lepas ni kalau nak beli produk dari soya atau jagung, pastikan ia berlabel Non-GMO yer. Jangan beli sesuatu produk tu sebab murah, sedap, or sebab nak dapat barang free. Hargailah kesihatan badan kita.

InsyaAllah dalam next entry Maria akan terangkan dengan lebih lanjut kenapa kita perlu pilih produk yang Non-GMO berbanding produk GMO yang kebanyakannya lebih murah di pasaran. 


ESP IS THE BEST SOY PROTEIN IN THE WORLD

Alhamdulillah, memang rasa bertuah sangat sebab dapat menikmati protein dari sumber soya yang berkualiti tinggi. The best ever brand in the world. Harga yang sangat mampu dimiliki. So no wonder la ESP ni selalu sold out dan ia menjadi hot item di kalangan customer-customer Maria. Ia memang sesuai untuk Lelaki dan Wanita.

Jadi, cubalah segelas ESP hari ini, dan anda pasti sukakannya!! Buatlah pilihan bijak memilih protein dari sumber soya Non-GMO. Ingat yer, soya dari sumber GMO memberi risiko penyakit berkaitan kanser dan allergic. Hihi, saje bagi ayat penutup yg menakutkan. Lepas ni sila check label tin soy protein masing-masing, GMO or Non-GMO? :)

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Nasihat Perniagaan

$
0
0
Assalamualaikum,

Semua yang membaca blog saya tahu saya merupakan seorang usahawan. Dan saya memang suka kalau lebih ramai dikalangan kita yang buat bisnes.

Mengapa? Hanya mereka yang dah buat bisnes tahu 'nikmat' buat bisnes tu.

Anda yang masih belum buat bisnes mungkin tak faham apa yang saya maksudkan ini.

Sebelum ini pun, saya sering memberikan pelbagai nasihat perniagaan kepada anda melalui blog ini. Cuma sejak kebelakangan ini, saya agak kurang menulis di blog. Ini kerana saya sedang fokus untuk melahirkan 50 usahawan dalam group MARIAFIRDAUS DAN USAHAWAN SHAKLEE untuk memperoleh pendapatan 4 angka sebulan melalui perniagaan online.

Kami agak 'aktif' dalam secret group di Facebook dan di Whatsapp. Hampir setiap hari, saya memberi pelbagai tips kepada mereka. Semata mata saya mahu melihat mereka berjaya. Group ini baru bermula. Alhamdulillah, sudah ada beberapa orang dalam group ni yang dah dapat 4 angka sebulan. And many more to come. Insya Allah.

Nasihat Perniagaan

Saya sebenarnya suka membantu orang untuk lebih berjaya dalam perniagaan mereka. Bulan lepas, ada seorang usahawan yang buat consultation dengan saya. Beliau buka kedai komputer. Beliau membuat servis dan membekalkan komputer baru.

2 minggu pertama beliau berniaga, sales beliau hanya RM30k. Beliau menghubungi saya dan mendapatkan consultation dari saya.

Alhamdulillah, cukup satu bulan pertama beliau dapat Closed Sale RM97k. Itupun selepas saya berikan beliau hanya beberapa tips yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jualan beliau.

Alhamdulillah, beliau menghubungi saya lagi untuk 'consultation' seterusnya. Saya berikan beberapa tips lagi untuk beliau.

Kali ini lebih ganas. Saya setkan target untuk beliau. Saya mahu, pada hujung bulan ketiga. Sales beliau naik RM200k sebulan. Dan saya teramat yakin, beliau akan mampu untuk mencapainya.

Nasihat Perniagaan Percuma

Saya tahu, ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Kalau boleh, mereka mahu mendapatkan khidmat nasihat percuma.

Jika anda mahukan khidmat nasihat perniagaan secara percuma. Saya syorkan anda untuk lawat Facebook Fanpage ini : https://www.facebook.com/BiskutTsunamiCoklat?fref=ts

Kalau boleh, anda LIKE sekali fan page ini.

Ini kerana, hampir setiap hari beliau memberikan tips, nasihat perniagaan percuma di situ.

Insya Allah, jika anda follow. Banyak ilmu yang akan anda dapat di situ.

Siapa Beliau?

Beliau merupakan Tauke Biskut Tsunami Coklat. Beliau seorang usahawan yang berjaya. Beliau mahu membantu lebih ramai orang lain berjaya. Sebab itulah beliau banyak membantu pembaca fan page beliau dengan memberikan pelbagai tips perniagaan secara percuma.

In fact, beliau juga menawarkan khidmat nasihat bagaimana anda boleh memulakan perniagaan dengan menjadi Agen Biskut Tsunami Coklat beliau.

Kepada sahabat saya ini, saya doakan beliau berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu ??!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini terjumpa kisah pengalaman sebenar Ustaz Mohd Yazid Ismail yang diambil dari Facebook beliau.

Kami tidak mengenali mereka, tapi kami sungguh terharu dengan kesungguhan dan kecekalan pasangan ini dalam perjuangan memberikan penyusuan susu ibu sepenuhnya kepada 2 puteri KEMBAR mereka. Semoga Allah memberkati kehidupan keluarga ini.

Bagi IBU-IBU terutamanya yang bekerjaya, contohilah semangat ibu muda ini. Kerjaya bukan ALASAN untuk menidakkan HAK anak kita terhadap susu ibu.

Bagi BAPA-BAPA, walaupun sesibuk mana pun anda, andalah yang menjadi penyokong kuat kepada isteri untuk menyusukan anak-anak anda. Bantulah isteri menjalankan urusan seharian sebagai ibu dan isteri.

Sesungguhnya hanya SUSU IBU pilihan terbaik untuk bayi sejak lahir sehingga berumur 2 tahun, seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran. (Sila baca KISAH SUSU IBU DI DALAM AL-QURAN)

-----------------------------------------------------------------------

SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU

Bulan ni (Julai 2013) cukup setahun saya cuti dari mengajar.Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab "MENYUSU". Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan2 bila dengar jawapan tu.. tap...i sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yg dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni.

Pada 8/10/2011 anak kembar kami dilahirkan pramatang.. Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency. Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat.


Hari2 saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk melawat Fina dan hantar susu EBM. Mujur nature kerja saya sebagai unit trust consultant (Public Mutual) tak macam orang kerja ofis 9am-5pm..jadi saya banyak masa utk bersama Fina..saya batalkan banyak apoimen dengan klien.

Walaupun masih sakit isteri saya, Dyana tetap berusaha keras utk menyusu Dhia dan dlm masa yg sama pump susu utk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun dia bertekad utk full breasfeed anak kembar kami.

Makin lama makin berat dugaan sebab twin dh mula minum susu banyak dan kadang2 macam tak cukup susu tapi Dyana selalu ulang cakap "xpe..susu cukup.Kalau kembar 4 pun Allah akan buat susu cukup".


Paling kritikal masa twin berumur lebih kurang 3 bulan Dyana diserang demam panas..susu merudum dan twin meragam, nangis je memanjang..mama twin join sekali nangis. Cuba bayangkan dua baby umur 3 bulan menangis lama serentak tambah pula baby yg umur 300bulan nangis sama2(baby 300bulan tu nangis sambil menyandar kat dinding). Huwaa..sedih pilu merobek jiwa saya tengok.

Pastu saya cuba bertindak rasional pergi beli susu FM utk bagi kat twin supaya Dyana boleh rehat hingga sutuasi kembali tenang tapi dia macam merajuk marah sy beli FM katanya saya macam tak support dia full breastfeed..padahal dh banyak saya berkorban utk menjayakan misi breastfeed ni. Dia pegang prinsip -demand and supply- lagi banyak baby demand nak minum lagi banyak susu akan berjaya disupply.

Bila twin dah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan.. dua2 gigit mama sampai berdarah2 tapi mama tetap bersabar dan tabah menghadapi kesakitan yang sangat dasyat tu. Sampai kalau sakit sangat mama mengadu pd Allah betapa peritnya kesakitan yg sedang dia alami sambil nangis2.. ya Allah berat mata memandang berat lagi yg memikul.


Demi kebaikan Dhia dan fina mama sanggup hadapi semua tu. Tidur malam memang tak cukup,tiap2 jam twin bangun bergilir2 kadang2 berjemaah nangis nak susu..saya tak boleh nak tolong sbb saya takda susu so bangun buat2 tolong je lah.

Pastu pagi petang pula mama berusaha mengepam utk buat stock..memang kagum saya tengok disiplinnya dlm bab ni. Alhamdulillah berjaya kumpul stock sampai hampir penuh deep freez..prinsip -demand supply- berkesan.

Tapi sedih, dengan buat semua ni Dyana hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak..maka saya pun kena kurangkan kesuamian dan jadi lebih keBAPAan berbanding sebelum ni

Berbalik cerita pasal cuti setahun tu, saya mengajar Bahasa Arab Alquran di masjid di Puchong dan Bangi setiap malam Isnin dan Rabu. Saya cutikan dua2 kelas ni sebab pada satu malam masa saya di Puchong Dyana hntar sms bagitahu dia tak sempat nak solat magrib, masa tu dh nak masuk isyak.


Dia cakap sedih sbb dh banyak kali xsempat magrib.. suami sepatutnya jaga ibadah isteri. Twin masa tu umur 8bulan buat perangai minum susu ebm sikit je kat nursery, dua2 tunggu mama dtg ambil lepas habis kerja baru nak qada minum susu direct banyak2.. jadi lepas sampai rumah dekat2 nk magrib dua2 berebut menyusu lama..gilir2 hingga nak masuk isyak.

Sampai sekarang sama je perangai minum sikit je kat nursery. Masa twin nyusu saya kena jaga seorang twin..kalau x diorg menangis (kadang2 termasuk mamanya join sekali). Walaupun saya sangat2 suka mengajar Arab tapi saya terpaksa cuti bermula Julai 2012 hingga twin habis menyusu 2tahun.

Kalau tak.. niat nak buat pahala mengajar agama tapi dpt dosa sbb abaikan ibadah isteri di rumah. Insyaallah bulan 10 ni lepas twin cukup 2tahun kelas akan diadakan semula.

Jika ada orang tanya lagi "kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu?" saya akan jawab "sebab menyusu" ikutlah diorang nak fikir apa pun saya tak kesah

-ni gambar terkini Dhia dan Fina. Semoga menjadi anak2 yg solehah. Terima kasih isteri tercinta Widyana Ali kerana sanggup bersusah payah utk bagi yg terbaik pada anak2.




Jika anda rasa kisah ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada orang lain, sila tekan LIKE BUTTON di bawah. Terima kasih.

Biar Letih Bekerja Daripada Letih Berehat

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya baru tengok iklan raya Petronas 2013. Menyentuh perasaan. Mengusik jiwa. Hampir hampir mengalir air mata. Jom kita saksikan video ini.



Saya sebenarnya kagum dengan semangat dan kegigihan seorang emak yang bekerja keras untuk mencari rezeki buat menampung perbelanjaan anaknya belajar.

Seorang emak yang bekerja keras, gigih dan kuat semangat mahu melakukan yang terbaik untuk anaknya.

Saya juga kagum dengan kegigihan seorang anak yang sanggup membantu ibunya walaupun sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan SPM. Tak ramai anak yang sanggup 'membantu' ibunya hari ini.

Saya mendoakan agar lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya anak bangsa saya untuk mempunyai semangat sebegini.

Ayuh kita semua... Biar letih bekerja kemudian berehat. Jangan letih berehat kemudian baru nak kerja.

Jangan beri alasan. Lipat gandakan usaha kita untuk lebih berjaya.

Wassalam

Alhamdulillah, Bonus Shaklee July 2013 = RM5k+ & Car Bonus!!

$
0
0
Assalamualaikum,

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR YA ALLAH..

Shaklee closing untuk July 2013 yang penuh dengan kejutan dan kegembiraan.

1) TOTAL MONTHLY GROUP SALES ALMOST RM50,000

Alhamdulillah, dengan berkat rezeki Ramadan, sales bagi Maria dan ahli-ahli dalam team kami MARIAFIRDAUS DAN USAHAWAN SHAKLEE sepanjang bulan ini memang masuk menderu-deru.

Ramai orang yang nak rasa cergas dan bertenaga sepanjang berpuasa. Ramai juga yang melahirkan bayi dan beli Set Bersalin bulan ni. Dan ramai ibu-ibu menyusu yang ambil Set Menyusu untuk maintain production susu sepanjang berpuasa. Repeat customer pun ramai.

Alhamdulillah, Maria rasa seronok sangat dapat bantu semua customer dengan business Shaklee ni. Jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan anda.


July 2013 Closing day at Shaklee Seberang Jaya Branch. Sedang tengok report card untuk check performance 'anak-cucu' Shaklee kami :)

2) MY CASH BONUS BULAN INI RM5K+

Alhamdulillah, buat pertama kalinya Maria nak kongsi dengan anda. Income Maria bulan ini hasil bonus business online Shaklee sudah melebihi gaji Maria masa kerja Engineer dulu.

Dulu, masa kerja Engineer, Maria terpaksa bekerja sehingga berumur 31 tahun untuk dapat income RM4k+. Lama tu nak dapat gaji macam ni. Belajar sampai oversea, balik ke Malaysia sambung buat Master dan kerja sebagai Engineer. Selepas 7 tahun berjuang, income tak sampai RM5k pun.

Tapi, hari ini. Dengan penuh kesyukuran Maria nak share dengan para pembaca, bonus Maria bulan ni RM5k+. Dan semua ini Maria peroleh hasil daripada bisnes online Shaklee, dan DARI RUMAH sahaja. Inipun hasil perjuangan Maria tak sampai 8 bulan dalam bisnes Shaklee.

Maria tak berniat nak menunjuk-nunjuk kepada anda dengan bonus ini, cumanya Maria just nak share yang buat bisnes sebenarnya lebih mudah untuk dapat income tinggi kalau kita buat dengan cara yang betul.

Impian Maria, by the end of this year, Maria mampu dapat income 5 angka sebulan dari bisnes Shaklee ini. Insya Allah, Maria yakin yang Maria akan mampu mencapainya. Semoga Allah mudahkan urusan Maria ini.


3) NEW RANK AS COORDINATOR (3RD RANK)

Kalau anda pernah terbaca business progress Maria pada closing bulan lepas (click di SINI), Maria ada share yang Maria telah berjaya mendapat rank ke-2 dalam business plan Shaklee bulan lepas, iaitu SENIOR SUPERVISOR.

Alhamdulillah, bulan ini juga Maria berjaya naik ke rank ke-3 pula iaitu COORDINATOR. Subhanallah, sungguh tak sangka. Bestkan tiap-tiap bulan boleh naik pangkat. Kalau masa jadi Engineer dulu, jenuh kerja bertahun-tahun pun tak naik pangkat jugak. Heheh..

InsyaAllah, Maria akan terus berjuang dalam business ini untuk mendapat rank ke-7 dan yang tertinggi iaitu MASTER COORDINATOR satu hari nanti.

4) NEW LEADERS BORN IN OUR GROUP

Alhamdulillah, ahli group MARIAFIRDAUS DAN USAHAWAN SHAKLEE juga semakin berkembang di seluruh Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Bulan July 2013 menyaksikan kelahiran NEW SENIOR SUPERVISOR. Bulan lepas beliau naik rank pertama sebagai SUPERVISOR, bulan ni terus melompat ke rank ke-2. Laju sungguh!!

Beliau baru je join group kami 3 bulan lepas. Masa tu Maria ada jemput di Facebook, sesiapa yang ingin datang ke rumah Maria di Keramat, KL, bagi mendapatkan tips business percuma dari kami. Beliau mengambil peluang itu, dan kemudian buat keputusan nak join group Shaklee kami.

Alhamdulillah, sekarang ni beliau sudah pun stabil mencapai bonus 4-angka sebulan daripada Shaklee. Bulan depan beliau dah nak join my club sebagai Working-At-Home-Mum (WAHM) juga. Bestnya!! Welcome to the club Kak Marlina! :)

Ada 2 lagi ahli group kami yang berjaya menjadi SUPERVISOR dalam masa 2 bulan sahaja dalam business. Mereka juga dah mula mendapat side income 4 angka sebulan sekarang ini. Semuanya, melalui bisnes online Shaklee sahaja. Tahniah kepada Mohd Taufiq ( Seorang Ustaz Dan Masih Bujang ) dan Nor Faisza (Ibu Bekerjaya dengan 2 orang anak).

Jadi sebenarnya, sesiapa pun boleh buat business Shaklee ni, tak kira latar belakang. Mereka semua pun tiada pengalaman business sebelum ni, macam Maria juga sebelum join Shaklee.

5) CAR BONUS QUALIFIED

Alhamdulillah, yang paling Maria tak sangka, bulan ini juga Maria berjaya memenuhi requirement untuk CAR BONUS!! Car Bonus ini adalah insentif tambahan yang Shaklee tawarkan jika ahli berjaya membuat jumlah sales tertentu dalam masa 4 bulan berturut-turut. Jadi dengan additional cash incentives ini, terpulang kita nak gunakan duit tu untuk beli kereta baru, atau bayar duit kereta sekarang.

Firdaus mesti senyum je sebab lepas ni tak payah bayarkan duit kereta Maria dah. Entah-entah lepas ni kereta Firdaus pun Maria boleh tolong bayarkan guna Car Bonus Shaklee. Tak mustahil kan. Heheh. InsyaAllah :)

 
My Dream Car. Semoga satu hari nanti Maria mampu memilikinya. Amin :)


6) SHAKLEE SALES PLAN HIGHLIGHT

FYI, Shaklee menawarkan 3C dalam Business Plan iaitu:-

1) CASH BONUS
2) CAR BONUS
3) CONVENTION TRIP (Six Stars Fully Sponsored Trip - Local and Overseas)

 
Shaklee's Sales Plan Highlights

Alhamdulillah, setakat 8 bulan Maria serius dalam business Shaklee. Maria telah berjaya mendapat 2C iaitu CASH BONUS (4-angka sebulan) dan CAR BONUS. InsyaAllah, sekarang ini sedang berjuang untuk mendapatkan C ketiga iaitufree CONVENTION TRIP. Mohon sahabat pembaca semua doakan kejayaan Maria yer.

Akhir sekali, Maria nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Hubby Tersayang, Firdaus yang banyak guide Maria dalam bisnes Shaklee ni. Sejujurnya, Firdaus yang banyak bantu Maria dalam mengatur strategi bisnes.

Dan yang lebih best sekarang ni, Firdaus sanggup nak bantu 'anak-cucu' Shaklee Maria secara percuma. Setiap hari Firdaus akan guide mereka yang baru dalam bisnes ni melalui nasihat nasihat perniagaan dalam secret group kami di Facebook.

Harapan Maria, Maria dapat bantu lebih ramai orang lain untuk lebih berjaya selepas ini. Maria doakan, impian mereka yang menceburi bisnes Shaklee ini kerana mahu menjadi 'Working At Home Mum' akan tercapai.

Kepada rakan-rakan pembaca, doakan kejayaan Maria yer!!!! Sekarang Maria semakin percaya,  bisnes lebih mudah kalau kita ada mentor yang betul, system yang betul dan ilmu yang betul. Insya Allah dengan tindakan luar biasa dan impian yang besar, semuanya mampu untuk menjadi kenyataan.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

come_maria@yahoo.com

Iklan Raya Terbaik 2013

$
0
0
Assalamualaikum,

Ini yang terbaik. Iklan yang penuh dengan maksud yang tersirat. Semoga kita semua dapat mengambil iktibarnya.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Siapa tengok video ni dua kali, sila tekan "LIKE" button di bawah. Haha... Saya pun tengok dua kali.
Viewing all 919 articles
Browse latest View live