Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Serap Ilmu Jutawan Di Magic Aura Perlis

$
0
0
Assalamualaikum,

Syukur Alhamdullillah. Semakin hari, semakin ramai yang mula menerima Shaklee. Disebabkan ramai yang baru mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor, maka Group Jutawan Shaklee menganjurkan Magic Aura Menjejak Jutawan Shaklee di Hotel Seri Malaysia, Kangar Perlis.

Bagi saya, program ini sangat bagus. Ini kerana para Master Coordinator akan turut serta dan berkongsi dengan para usahawan baru pengalaman pengalaman mereka bagaimana mereka berjaya dalam Shaklee dahulu.

Sejak dahulu lagi, jika ada program sebegini. Saya tidak akan melepaskan peluang. Saya sedar kepentingan mentor dalam menentukan kejayaan seseorang.

Ini yang dipesan oleh Dr Azizan Osman. Jika nak buat bisnes, pastikan saya mempunyai mentor yang betul. Untuk guide saya ke puncak kejayaan.

Sebab itulah,  sesibuk mana pun saya. Program sebegini pasti tidak akan dilepaskan.

Magic Raya Utara Sungai Petani Klik DI SINI adalah program pertama Shaklee yang kami sertai. Ia diadakan pada 17 Ogos 2013. Masa tu, kami baru di rank ke-3 iaitu COORDINATOR

Banyak sangat ilmu yang dikongsikan. Kami bersyukur kerana para mentor berkongsi rahsia macam mana mereka berjaya dahulu.

Syukur Alhamdulillah. Tugas saya dan Maria tinggal balik dan buat sahaja. Segalanya sudah dikongsikan di situ.

Pada bulan September 2013, telah diadakan Program Magic Raya Shaklee pula di Kuala Lumpur, sempena sambutan Hari Raya. Pada waktu itu kami baru sahaja naik ke rank-4 iaitu SENIOR COORDINATOR. Kisahnya ada kami kongsikan DI SINI.

Pada bulan Oktober 2013, sekali lagi diadakan Magic Aura Shaklee. Kali ini di Ipoh pula. Anda boleh baca kisah itu DI SINI.

Bayangkan dalam program itu, terdapat 13 Master Coordinator yang berkongsi dengan kami semua kisah kejayaan mereka. Mereka share tips dan rahsia kejayaan mereka.

Sekali lagi, banyak ilmu baru yang saya serap di situ. Pada waktu itu, kami berada di rank ke-5 iaitu KEY COORDINATOR.

Kami berada di peringkat yang sangat mencabar pada waktu itu. Bukan mudah untuk 'merangkak' naik menjadi MASTER COORDINATOR dalam Shaklee ini.

Selepas mengikuti tips-tips yang dikongsikan, bisnes kami berkembang dengan sangat baik. Inilah bezanya buat  bisnes ada mentor dan tiada mentor.

Syukur, bila kami ada masalah. Kami sentiasa dibantu dan disokong oleh mereka yang sentiasa mahu melihat kami berjaya.

Setiap bulan, sales kami meningkat dengan mendadak. Syukur Alhamdullillah.

Ada orang yang buat bisnes Shaklee memilih untuk tidak hadir ke program sebegini. Mereka tidak sedar, dalam program program sebeginilah semua rahsia dikongsikan. Dalam program sebeginilah semua persoalan di hati kita akan terungkai.

Jika program sebagus ini mereka tak mampu nak hadir, cuba bayangkan. Macam mana nak berjaya dengan cara yang mudah. 

Magic Aura Utara Shaklee - Menjejak Jutawan Shaklee

Hari Sabtu yang lepas (14 December 2013), Group Jutawan Shaklee telah menganjurkan Magic Aura Utara Shaklee yang bertemakan Menjejak Jutawan Shaklee.

Jika sebelum ini, kami sebagai peserta program. Syukur Alhamdulillah, kali ini saya dan Maria dijemput hadir ke program untuk berkongsi pengalaman pula sebagai salah seorang MASTER COORDINATOR. 

Syukur sangat-sangat. Kami berasa gembira kerana dapat berkongsi pengalaman kami dengan orang lain pula. 


Program dijalankan di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Yuran hanya RM25 seorang. Teramat murah jika dibandingkan dengan ilmu dan buffet lunch yang disediakan. Kanak-kanak pula tidak dikenakan sebarang bayaran.


Antara para peserta yang hadir.


Master Efa sedang bertanyakan soalan kepada para peserta semasa salah satu sessi perkongsian beliau. Walaupun beliau pernah menghidap penyakit kronik sebelum ini, tetapi beliau berjaya bangkit dan mengharungi semua dugaan dalam hidup. Kini menjadi Jutawan Muslimah muda yang sangat hebat!! Umur baru 28 tahun. Seronok sangat tengok sekarang, muda muda lagi dah berjaya.


Perkongsian daripada salah seorang Master yang kami panggil Kak G. Seorang yang sangat lembut bicaranya dan sangat merendah diri. Beliau berkongsi pengalaman dahulu pernah kerja makan gaji sebagai seorang engineer. 

Tetapi, disebabkan tiada masa dengan keluarga. Beliau bertukar profesyen menjadi seorang guru. Beliau sangka, kerja guru memberikan kelapangan masa dengan anak anak, rupanya kerja guru sekarang dah tak sama macam kerja guru dahulu. 

Kak G masih tidak mempunyai masa yang cukup dengan keluarga, disamping masalah kewangan yang dihadapinya.


Kak G seorang ibu beranak 5. Beliau berkongsi tentang pelbagai cabaran dan dugaan hidup yang beliau hadapi sebelum dipertemukan dengan Shaklee. Antaranya diuji dengan keadaan masalah kesihatan anak-anak beliau dan kekangan kewangan. Tiga anak beliau ini masing-masing diuji dengan ujian yang sangat hebat. 

Namun, dalam keadaan 'tersepit' ini, beliau cuba menggunakan produk Shaklee untuk anak anaknya. Dan Alhamdulillah, setelah beberapa lama. Keadaan kesihatan anaknya bertambah baik.

Disitulah bermulanya cerita beliau 'terjebak' dengan Shaklee.


Kisah hidup Kak G sangat memberi inspirasi kepada para hadirin semua.


Kisah bagaimana Kak Ji memulakan bisnes Shaklee. From ZERO... Online hanyalah menggunakan Facebook dan Blog. Dalam masa yang sama sedikit Offline menggunakan Flyers dan Booth.


From Zero ..to HEROin. Akhirnya Kak G berjaya ke puncak Master!! Perjuangan untuk mencapai Master Coordinator mengambil masa selama 2 tahun. Bayangkan, apa akan jadi kalau Kak G give up ditengah jalan. Pasti Kak G tidak merasai apa yang beliau rasai sekarang ini.


Yang best, Kak G share pengalaman beliau naik kapal terbang buat kali pertamanya selepas mendapat free trip dengan Shaklee. Beliau kongsi pengalaman travel ke Langkawi, Kota Kinabalu, Dubai dan mengerjakan Umrah bersama suami tercinta. Lebih best, semuanya 5 star trips, all sponsored by Shaklee.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah lah yang terbaik. Antara kata kata motivasi terakhir daripada Kak G. 

Oh Kak G. You really inspired me...


Sessi seterusnya adalah Forum, yang Master Eha sebagai moderator. 

Di sebelah kiri Maria ialah seorang IT Programmer, kini sudah menjana income 5 angka sebulan bersama Shaklee.

Di sebelah kanan sekali pula adalah seorang Dentist. Kami dijemput untuk berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang bersama Shaklee. 


Seterusnya adalah Cabutan Bertuah untuk para hadirin. Maria dijemput untuk menyampaikan hadiah :)


Tapi, sebelum dapat hadiah, kena jawab soalan dulu dari Maria yer. 

Soalan berbunyi: "Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapat Car Bonus?"

Alhamdulillah nasib baik yang dapat soalan ni pun dah qualify Car Bonus. So jawapannya tepat sekali, boleh dapat hadiah... :)


Masa program di Ipoh 2 bulan dahulu, kami hanya mampu tengok sahaja barisan Master mendapat hadiah khas daripada pihak penganjur semasa sessi Master Parade. 

Masa tu, Maria membayangkan dia turut serta dalam barisan Master di hadapan. Hehe.. That's The Power Of Visualisation. Just imagine kita macam dah berjaya, Insya Allah kejayaan akan datang kepada kita.


Syukur Alhamdulillah, sekarang Maria sudah pun berada di barisan para Master Coordinators.


Sebelum berhenti rehat untuk makan tengah hari, kami semua bergambar dahulu. Ramaikan... Meriahnya kalau kita berada dalam group yang betul. Yang sudi membimbing kita ke jalan yang betul.


Tugasan para suami ambil gambar.


Lunch, makanan disediakan oleh pihak penganjur. Syukur Alhamdulillah, sempat berjumpa dengan anak didik saya.

Ada beberapa orang dalam gambar ni yang sudah memperoleh pendapatan 4 angka secara konsisten setiap bulan sebelum ini. Tahu, tak..... Ada yang kami tak pernah jumpa sebelum ini. Inilah kali pertama kami berjumpa mereka di dunia nyata.

Sebelum ini, semua coaching hanyalah melalui online dan juga telefon sahaja.


Bersembang dengan suami Kak Mimi. Mereka dari Langkawi.


Sessi petang bermula dengan perkongsian daripada beberapa Master yang lain.


Then, masa yang ditunggu tunggu. Selalunya, Shaklee sangat sinonim dengan wanita. Tetapi, dihadapan ini adalah barisan suami yang sentiasa menyokong perjuangan isteri mereka dalam Shaklee. Semunya dah menjadi Master sekarang ni. Ada yang dah bergelar jutawan pun pada usia yang sangat muda.

Mereka berkongsi pengalaman mereka dalam membantu isteri mereka yang menjalankan perniagaan Shaklee.


The next, masa yang ditunggu tunggu. Chewahh.... Saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dalam dunia online.


Dr Azizan ajar, kalau bercakap, mesti ada interaksi dengan peserta.


Apa lagi, ramai yang terpaksa angkat tangan. 

Syukur Alhamdulillah, saya berkongsi pengalaman mudahnya buat bisnes Shaklee berbanding buat bisnes yang lain. Dengan Shaklee, tak perlu ada modal yang besar. Modal RM75 sahaja. Tak perlu buat produk sendiri, tak perlu ada kedai, tak perlu ada pekerja, tak perlu bayar bil letrik dan sebagainya.

Jika nak dibandingkan dengan bisnes yang lain. Memang tak terbanding. Bagi saya, Shaklee antara bisnes yang termudah untuk dijalankan.



Sessi penyampaian hadiah untuk Maria. Sempena meraikan kejayaan menjadi New Master Coordinator.



Di sebelah kanan Maria, yang berbaju biru adalah Master Ani. Baru sahaja melahirkan anak ke-3, masih dalam pantang lagi. Tapi tetap sudi datang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam bisnes.


Sessi terakhir untuk hari itu adalah sessi memotong kek.


Cantik tak kek kek ni? Cantik satu bab, sedap lagi satu bab. Rasanya, acara potong kek memang tak boleh dipisahkan dengan program Shaklee. 


Dulu, Maria tengok aje para Master memotong kek. Kali ni, Maria turut dijemput untuk bersama sama memotong kek. Heheh..


Bersama adik adik, akak akak yang berada dalam group Maria Firdaus' Millionaire In Shaklee (MFMS) di utara.


Ish ish... Anak siapa la ni? Hehe.. Fateh penat main sambil mandi swimming pool di hotel. Terbongkang juga akhirnya.


Tagline Baru Dari CEO Shaklee, Mr Roger Barnett :
"We Are Not MLM, We Are Social Marketing Company"

Kami semua mengaggap kami adalah satu family. Sebab tu kami suka menggunakan term seperti 'mak', 'anak', 'cucu''cicit', 'adik-beradik'. Walaupun kami tak pernah kenal sebelum join Shaklee, tapi kami rasa sangat rapat dan mesra antara satu sama lain. Padahal baru pertama kali berjumpa. 


Selepas habis program, kami adakan perjumpaan ringkas bagi ahli-ahli group MFMS. Bayangkan, saya tak pernah jumpa mereka sebelum ini. So dalam 30 minit, saya sharelah sedikit sebanyak teknik 'Jemput-Jemput'. Bagaimana membuatkan pelanggan yang mencari kita, tanpa kita perlu mencari pelanggan.


Fateh pun nak join coaching, nak pergi ke Abi.


Bersama Kak Noraini dan suami. Saya selalu nampak nama mereka di Facebook. Tetapi tak pernah jumpa mereka lagi. Ini kali pertama bersua muka. Kak Marlina, Kak Noraini ni ada nampak macam iras iras muka akak tak? ;)


Ini pula, sahabat lama saya di SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang. Faizal & isterinya Fairuz.


Alhamdulillah, inilah hadiah-hadiah yang Maria dapat. 


Jutaan Terima kasih kepada para penganjur Magic Aura Perlis. Really love the gifts! :)


Tahniah kepada semua yang hadir dan penganjur yang telah menjayakan program ini!! Great Job!!

Sejujurnya, saya bersyukur kepada Allah kerana memilih saya untuk berada dalam group yang sangat hebat ini.

Kalau anda berjumpa dengan barisan leaders dalam group ini, anda akan terkejut. Mereka sangat 'merendah' diri. Tak ada yang nak menunjuk-nunjuk. Masih kekal seperti mereka dahulu sebelum bergelar jutawan. Sangat-sangat istiqamah.

Tak ada yang berpakaian sendat, tak ada yang menunjuk nunjuk. Semuanya zuhud. Subhanallah. Saya benar benar tersentuh dengan perwatakan mereka.

Saya doakan, saya dan Maria akan dapat kekal istiqamah selepas ini. Tak kiralah berapa income kami pun. Yang penting kami faham mengapa kami perlu menjadi kaya. Matlamat utama, untuk menambah nilai hidup orang lain.

Semoga apa yang kami lakukan ini sentiasa mendapat Rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Wassalam.

Oh..... Tayar Kereta Ku Pancit

$
0
0
Assalamualaikum,
 
Baru baru ni, Bibik masuk ke dalam rumah.
 
"Pak, tayar keretanya pecah...."
 
Saya keluar rumah dan melihat situasi tayar kereta saya. "Ya ampun, percumak. Tayar keretaku pancit"
 
Biasanya, kalau keadaan macam ni, saya akan panggil bangla saya untuk uruskan. Tapi kali ni mereka sibuk. Terpaksalah saya yang buat sendiri.
 
Hari tu tayar belakang. Hari ni tayar depat pulak. Nak buat macam mana, kereta kontraktor lah katakan. Mestilah selalu terkena benda benda tajam di site.
 
Tanpa melengahkan masa. Terus saya memulakan operasi menukar tayar kereta untuk ditampung.
 

Ternyata, tayar kereta dah pecah.


Step kedua. Ambil buku manual. Nak tengok, di mana nak letak 'Jek'. Kalau salah tempat letak, takut patah pulak besi bawah body nanti. Lagi satu kerja.


Posisi dikesan. Allahuakbar. Boleh tahan la juga nak jek kereta lebih dari setan ni naik atas.


Tayar dah dibuka. Terus dibawa ke kedai menggunakan kereta lain.


Kebocoran dikesan. 2 lubang pulak tu. Terpaksa tampung dari dalam. Kenalah RM12.
 
 
Then, balik dan pasang balik tayar kereta tu. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
 
 
Semoga lepas ni, tak pecah lagi ok.
 
Wassalam.

Sumbangan Untuk Belian Baju Dan Kelengkapan Sekolah Untuk Pelajar Miskin & Anak Yatim

$
0
0
Assalamualaikum,

Rasanya, dah lama saya tak buat projek amal di blog ini. Dah tak ingat bila last saya buat kutipan dana dari blog. Mungkin ketika majlis berbuka puasa kot.

Anyway, sebentar tadi. Ada wakil dari Surau Kampung Kedah, Parit Buntar datang berjumpa dengan saya. Mereka mohon sumbangan.

Projek mereka adalah, mereka ingin membuat sumbangan berupa kelengkapan pakaian dan beg sekolah untuk pelajar pelajar miskin dan juga anak yatim di kawasan sekitar rumah saya.

Mereka nak beri sumbangan kepada 25 pelajar. Seorang pelajar perlukan RM100. Mereka akan membeli barangan keperluan buat anak anak ini memulakan sessi persekolahan nanti.

So, jumlah diperlukan adalah RM2500.

Setakat hari ini, hasil kutipan daripada orang kampung sudah berjumlah RM1450. Jadi, mereka datang berjumpa saya kalau kalau saya boleh tampung keperluan mereka ini. Mereka agak kesuntukan masa. Program ini akan berlangsung hari Sabtu ini. Tapi duit kutipan masih jauh lagi.

Long Story Cut Short

Saya beritahu mereka. "Insya Allah, berapa tak cukup. Saya akan cover."

So, saya nak buka peluang kepada anda.

Berapa ramai di antara anda yang berhasrat untuk menyertai saya dalam program ini. Insya Allah, ganjarannya sangat besar. Kita memberi peluang kepada anak anak yang terdiri dari keluarga yang kurang bernasib baik ini untuk mendapat kelengkapan peralatan sekolah yang sempurna.

Jika anda berminat, anda boleh bank in ke akaun Maybank saya.

Mohd Firdaus Bin Mat Saad. 1521 1604 0160. Emel : mariafirdausblog@yahoo.com

Sasaran kutipan adalah RM1050. Jika terkurang, saya akan tampung.

Jika terlebih, saya akan cari penduduk di kampung berhampiran dengan rumah saya. Ramai lagi anak anak orang miskin di sini yang memerlukan bantuan daripada kita.

So, jika anda berminat. Jom kita berlumba lumba mencari pencen kubur kita. Insya Allah. besar ganjaran yang Allah sediakan untuk kita nanti.

Semoga sumbangan kecil kita memberi impak yang besar kepada mereka.

Wassalam.

Lelaki Pun Boleh Buat Bisnes Ni !!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini, ramai sangat yang menghubungi Maria bertanya tentang peluang bisnes bersama Shaklee.

Yang menariknya, yang bertanya ini ramai yang LELAKI. Ada yang muda dan bujang, sehinggalah yang veteran dan ada juga yang hampir pencen. Alhamdulillah, semakin ramai rakyat Malaysia yang terbuka hati untuk mencuba peluang bisnes ni.

Antara soalan yang sering ditanya ialah:

SESUAI KE LELAKI MACAM SAYA BUAT BISNESS NI?

Hihi..Jangan tak percaya, memang inilah soalan yang famous bagi kami sekarang ni. Maka terpaksalah kami share jawapannya dalam blog ni untuk memudahkan kami menjawab soalan seterusnya.


Mr. Roger Barnett is the Chairman and CEO of Shaklee Corporation.
Hehe..saje je letak gambar dia ni. Seorang billionaire dari US yang sekarang menerajui Shaklee. InsyaAllah, kalau ada rezeki memang teringin nak jumpa dia masa National Conference masa dapat award tahun 2014 nanti :)

Sebenarnya, masa Maria mula-mula join Shaklee dulu pun, Maria ingatkan Shaklee hanya ada produk untuk wanita sahaja. Sebabnya Maria kenal Shaklee masa nak cari Set Bersalin sebelum melahirkan Fateh pada Sept 2012. (Click untuk Pengalaman Maria menggunakan SET BERSALIN SHAKLEE)

Dulu Shaklee lebih sinonim dengan Set Kehamilan, Set Bersalin dan Set Menyusu. Kebanyakan yang involve dalam bisnes ni pun adalah golongan ibu-ibu.

Tapi setelah beberapa lama buat bisnes ni, rupa-rupanya baru kami tahu yang Shaklee ada macam-macam supplement untuk kesihatan SEISI KELUARGA.



Produk Shaklee ada yang sesuai untuk baby hinggalah warga emas. Ada yang sesuai untuk lelaki dan juga wanita. Jadi, kalau dah sesuai untuk KESIHATAN SEISI KELUARGA, takkan wanita je yang kena share kebaikannya kan?

Lelaki pun patut ambil peranan sebab lelaki kan Ketua Keluarga. Bila ketua keluarga sihat, InsyaAllah keluarga pun bahagia.

Lagi satu Maria nak tekankan, kalau anda memang dah lama jadi pengguna product Shaklee, maka SANGATLAH RUGI kalau tak jadi ahli tau.

Anda boleh click link di sini untuk mengetahui Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee!!

AHLI-AHLI SHAKLEE LELAKI DALAM GROUP MFMS

Syukur Alhamdulillah, sekarang ni dah semakin ramai golongan LELAKI yang join group kami MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS).

Ada yang bujang, ada yang dah berkahwin.

Ada yang berniat nak bantu isteri buat bisnes, ada yang si suami sendiri yang betul-betul nak buat bisnes Shaklee.

Yang paling kami seronok, dah ada golongan LELAKI dalam group kami yang berjaya menjana income 4 angka setiap bulan bersama Shaklee. Anda nak kenal siapa mereka?

BAKAL-BAKAL SUAMI MITHALI:-

Taufiq (Senior Supervisor)

Taufiq ni adalah 'anak' Shaklee kami. Seorang ustaz muda dan pensyarah di sebuah institusi pengajian di selatan tanah air.

Sekarang Taufiq sudah pun bergelar Senior Supervisor (Rank ke-2) dan menggengam income 4 angka sebulan (5 bulan berturut turut). Maria sangat kagum dengan semangat tinggi Taufiq dalam bisnes.

Taufiq juga sangat rajin dan dedikasi dalam mendidik ahli-ahli group beliau. Group beliau juga sedang pesat berkembang. Tahniah Taufiq kerana berani mengambil peluang ini.


Syafiq (Supervisor)

Yang ni pulak Shafiq, kini bergelar Supervisor (rank pertama). Shafiq kata, masa awal-awal dulu ada juga kawan-kawan yang memperlekehkan Syafiq buat bisnes ni. Ye lah, dah la lelaki, bujang lak tu. Nak buat bisnes Shaklee? Hahaha..

Tapi sekarang, dah terbukti, Shafiq pun boleh dapat income 4 angka sebulan. Yang gelakkan tu, boleh tanya dia balik "Kau ader?" Hehehe..

Walaupun diorng ni masih bujang, tapi sekarang dah semakin expert pasal produk, termasuk yang berkaitan wanita seperti Set Bersalin dan Menyusu. Walaupun takde pengalaman sendiri, tapi mentor-mentor dalam group boleh je share ilmu dan pengalaman masing-masing.

So dah takde alasan kata takde pengalaman tak boleh buat bisnes. Kita ada group yang besar. Boleh belajar dengan niat nak membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Memang untung laa siapa yang dapat diorng ni sebagai suami. Bakal suami mithali ni..hehehhe... But so sorry, they are SINGLE BUT NOT AVAILABLE yer...hihihi..

PARA SUAMI MITHALI


Kam Haryatie dan Syed Hafiz (Coordinator)

Ok, ini pula adalah Syed Hafiz iaitu suami kepada Kak Lang, Kam Haryatie. Kira Abang Ipar Maria la ni..

Sekarang ni, Abang Hafiz memang sangat active ber'Shaklee' bersama-sama Kak Lang. Cita-cita beliau nak jadikan Kak Lang Working-At-Home-Mom (WAHM). Supaya dapat focus kepada anak-anak, and at the same time dapat menjana pendapatan dari rumah.

Sekarang ni mereka berdua dah di Coordinator (rank ke-3). Empayar mereka semakin besar, dan InsyaAllah bakal Master in 2014.

Faeza dan Arham (Senior Supervisor)

Yang ni pula Encik Arham, Pakar IT dalam group kami. Arham ni classmate Firdaus di MRSM Taiping dulu. Dulu Arham berkerja sebagai System Engineer di sebuah bank terkemuka, dan sekarang ni dah jadi Working-At-Home-Dad (WAHD). Fulltime bisnes dari rumah sahaja.

Dulu masa awal-awal join, Arham hanya membantu isterinya, Faeza dalam Shaklee. Tapi sekarang, Arham dah jadi peneraju dan coach utama dalam empayar Shaklee mereka yang berkembang pesat. Bakal Master in 2014 juga. InsyaAllah.


Zulhafiz dan Sal (Supervisor)


Ini adalah Zulhafiz, seorang guru di Sabah. Isterinya Sal juga seorang guru, tetapi tinggal di Johor. Zulhafiz dah beberapa bulan menjana income 4 angka bersama Shaklee. Setakat ni, Zulhafiz menjalankan bisnes Shaklee secara online. InsyaAllah, Zulhafiz juga akan berjaya bersama Shaklee.


Mazni dan Azmi (Supervisor)

Ini ialah Azmi, yang dah 5 tahun buat fulltime bisnes. Isterinya Mazni masih bekerja, jadi masa Mazni bekerja, Azmi lah yang menjalankan bisnes Shaklee ni.

Sebelum ni, Azmi dah pernah buat macam-macam bisnes. Contohnya ajar tuition, takaful, bela kambing, sembelih kambing, dan business online macam-macam produk.

Alhamdulillah, sekarang ni mereka dah berjaya menggenggam income 4 angka sebulan bersama Shaklee. Kini bercadang nak focus kepada Shaklee, sebab business ni dah huru-hara tak menang tangan..heheh.. Alhamdulillah.


Izham dan Norazreen (Supervisor)

Ini pula ialah Izham suami kepada kawan sekolah Maria dulu, Norazreen. Ini pun pasangan yang Maria tengok sangat active bekerjasama dalam Shaklee. Sama-sama pergi branch, sama-sama promote, sama-sama tolong menolong, Dah pun dapat income 4 angka sebulan mulai Nov 2013. Alhamdulillah.




Master Coordinators Maria dan Firdaus ;)

Dan yang terakhir, inilah dia suami tersayang, Firdaus yang merupakan mentor utama Maria dalam bisnes Shaklee ni. Firdaus lah yang menyebabkan Maria 'terpaksa' buat bisnes, dan akhirnya 'terpaksa' berhenti kerja.

Firdaus lah yang banyak mainkan peranan. Contohnya tolong pack dan poskan barang untuk customer. Tolong jagakan baby Fateh masa Maria kena reply soalan-soalan customer yang urgent. Walaupun kadang-kadang tu, tengok-tengok dia tidur je, Fateh yang tolong jaga dia..Hahaha..

Firdaus jugalah cikgu utama dalam secret group kami, yang guide and coach dan bagi motivasi kepada anak didik bisnes kami setiap hari.

Thanks so much Abang!! Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya... I Love U So Much!! Semoga Allah memberkati hidup kita dunia dan akhirat..

PERANAN SUAMI MENENTUKAN KEJAYAAN ISTERI

Memang kebanyakan yang kami tengok, kalau both husband and wife sama-sama bekerjasama dalam bisnes ni, memang mereka akan cepat berjaya. Inilah juga salah satu rahsia kejayaan kami, Master Maria Firdaus.

Inilah juga berkat redha suami kepada isteri, InsyaAllah, pasti Allah permudahkan segala urusan.

Jadi kesimpulannya, bisnes Shaklee memang sangat sesuai untuk semua orang. Lelaki atau wanita. Muda atau tua. Part time atau Fulltime. Semuanya boleh buat yer!!

PILIH GROUP YANG BETUL!!

Tapi yang penting, kita mesti buat bisnes cara yang betul. Memang banyak group di luar sana. Dan dah ramai yang kami jumpa, menyesal sebab group yang mereka join takde guide macam yang diharapkan.

Pilihlah group yang menyediakan panduan dan bimbingan untuk memudahkan perjalanan bisnes kita.

Anda masih belum join Shaklee dan masih tercari-cari group mana yang terbaik untuk anda?

MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS) sedia membantu anda!! :)

THE GIFT OF SHAKLEE


Jom kita dengar perkongsian daripada Presidential Master Coordinator Roland from US, about THE GIFT OF SHAKLEE!!



Anda kena tonton video ini. Insya Allah, minda anda akan terbuka dan faham apa yang kami buat selama ini.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

KISAH BENAR – HAKIKAT MENGHERDIK ANAK YATIM.

$
0
0
Assalamualaikum,

Sila baca artikel di bawah ini. Saya baca dan sangat menyentuh hati saya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.


Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.

Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami. Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan.

Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan. Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee.

Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis. Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.

Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini.

PADA PETANG SEBELUM MAJLIS

Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang awalnya diminta Tuanku telah dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu “Tema Yayasan” bernada tinggi yang telah membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan.

Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India.

Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih. Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak beri.

Si Dato’ menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan. Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Dato’ juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!

Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato’ yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas. Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula.

Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. Dengan Dato’ masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah. Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial remaja yang macam “sial” lucahnya. Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau. Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya.

Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu. Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.

Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Pengiring dewasa menahan lapar, sedikit bekalan roti dan susu diberi pada anak-anak untuk alas perut. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka dari pagi, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak.

Dalam menunggu makanan dibeli, Dato’ dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?. Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring keletihan di lantai penjuru dinding itu.

Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang. Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli.

Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.

KONFLIK REHEARSAL

Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung. Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan. Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba.

Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu. Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura.

Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu. Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu.

MALAM MAJLIS

Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis.

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar. Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.

Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya..>

“Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu? pakai tudung tapi dada terbelah begitu? Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha? Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang?”… solat?

Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah.

Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN. Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan. Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain.

Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja. Antara program yang dinyatakan ialah seperti;

1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang)

Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi. Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini.

Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat. Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa.

Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini. Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami.

Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim. Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu.

Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu. Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi.

Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik. Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya.

Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma. INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup. Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain.

Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini.

Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan. Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya.

Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia. Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA.! Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/petikan-perbualan-wakil-dymm-seri-paduka-baginda-ydp-agong/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/di-sebalik-tabir-suasana-sambutan-ketibaan-dan-keberangkatan-pulang-tuanku-dymm-spb-ydp-agong/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/22/persembahan-khas-anak-anak-rpwp-di-hadapan-dymm-spbydp-agong-tolong-kami/

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/04/rakaman-latihan-nasyid-untuk-persembahan-istana-di-hadapan-dymm-ydp-agong/

Alhamdulillah bersyukur beberapa anak dapat buahtangan angpau RM100 seorang dan kuih raya yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana bungkusan itu bertulis SELAMAT HARIRAYA 2013.

WARGA PRIHATIN

Jika anda rasa kisah ini wajar menjadi pengajaran buat orang lain. Sila TEKAN LIKE Button di bawah. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Bisnes Mana Yang Tidak Mencabar?

$
0
0
Assalamualaikum,

Ada orang yang berjumpa saya, dan bertanya.

"Banyak tak cabaran buat bisnes?"

Jawapan saya.

"Kalaulah bisnes tu tak banyak cabaran, semua orang dah tak nak makan gaji. Semua orang akan buat bisnes."

Bisnes sebenarnya sangat best. Part yang tak best, bila ada banyak cabaran. Hehe. Saya yang dah 8 tahun buat bisnes pun macam macam cabaran yang dah saya lalui.

Jual barang, orang tak bayar duit.

Bela ayam, ayam sakit.

Ada pekerja, pekerja curi jual barang ke luar.

Ada pekerja, pekerja buat projek 'underground' di tempat kerja.

Orang pinjam duit, then tak nak bayar.

Buat reban ayam, 1001 masalah dan cabaran yang mendatang.

Kalau nak disenaraikan cabaran yang telah dihadapi, rasanya penuh entri ni.

Alhamdulillah, saya berjaya menghadapi cabaran cabaran yang dilalui selama ini. Syukur kepada Allah  yang membantu saya.

Satu perkara yang saya belajar,

"Anything that didn't kill you will make you stronger."

Alhamdulillah, semakin hari. Saya semakin bijak menguruskan 'cabaran' yang saya hadapi.

Mengapa Takut Cabaran?

Kadang kadang, saya hairan dengan sikap ramai orang. Mereka nak berjaya. Tapi mereka takut dengan cabaran.

Cubalah anda tanya kepada mereka yang dah berjaya. Sebenarnya, hidup mereka dipenuhi dengan cabaran sebelum mereka Berjaya.

Kemudian, anda tanya pula mereka yang hidup biasa biasa. Hidup mereka sangat tersangat biasa biasa. Cabaran mereka hanyalah, mereka tak cukup wang.

Jika anda baca sejarah Donald Trump, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dan tokoh tokoh perniagaan yang lain. Hidup mereka juga sentiasa dipenuhi dengan cabaran.

So, macam mana kita nak berjaya kalau kita tak sanggup menempuh cabaran dalam kehidupan.

Cabaran Menguruskan Umrah

Semalam, saya berpeluang untuk berjumpa dengan isteri pemilik sebuah syarikat yang menguruskan jemaah haji dan umrah. Bukan sedikit pengalaman mereka, tetapi sudah 25 tahun pun mereka beroperasi.

Tapi, baru baru ini. Mereka menghadapi masalah yang sangat hebat. Ratusan jemaah umrah mereka terkandas di lapangan terbang.

Bila saya bersembang dengan pengarah urusan ini, sebenarnya masalah timbul kerana mereka ini adalah antara kumpulan awal yang mula menunaikan umrah selepas musim haji baru baru ini. Visa umrah baru di buka.

Mula mula, mereka dimaklumkan visa umrah mula dibuka awal bulan Disember. Selepas dah susun semua Jemaah untuk tarikh tersebut, tiba tiba visa umrah pula tidak diluluskan oleh kedutaan Saudi di Malaysia.

Kemudian, tarikh di pinda buat kali kedua. Masalah yang sama timbul. Kemudian, diubah ke tarikh ketiga.

Alhamdulillah, kali ini barulah VISA diluluskan. Maka, para Jemaah pun bersiap sedia untuk berlepas menunaikan umrah.

Bagi memudahkan para Jemaah dari utara, pihak syarikat menyediakan bas dari utara ke Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Malangnya..... disebabkan kelewatan beberapa Jemaah tiba di tempat berkumpul di Alor Setar. Mereka lewat tiba di lapangan terbang dan kapal terbang mereka terlepas.

Inilah yang diceritakan oleh pihak pengurusan syarikat itu kepada saya.

Kemudian, mereka menawarkan kepada para Jemaah ini untuk berlepas pada 26 Disember 2013. Namun, banyak ahli jemaah yang sudah 'berang' dengan apa yang berlaku. Mereka rasa tertipu dengan pihak syarikat.

Sedangkan, berdasarkan perbualan saya dengan mereka. Mereka dah cuba buat yang terbaik untuk menguruskan para jemaah. Namun, apakan daya. Hidup memang sentiasa penuh dengan cabaran.

Then saya bertanya kepada mereka, "So, mereka yang tak jadi pergi tu macam mana?"

"Kalau mereka tolak untuk pergi 26 Disember 2013. Kita akan berikan full refund kepada mereka. Duit visa, duit pengurusan, tiket kapal terbang yang kita batalkan tu semua kita tanggung."

Tersentap saya mendengarnya.

Bukan sedikit jumlahnya. Ia melibatkan ratusan orang. Dalam sekelip mata, pihak syarikat kerugian sejumlah wang yang sangat besar.

Adakah syarikat akan bungkus? Jawapannya. Tidak. Mereka berkata, "Tak apa lah. Biasalah buat bisnes. Ini kali pertama berlaku kepada kami. Sama samalah kita belajar."

Yang bestnya, mereka jawab dengan sangat tenang .Tak ada pulak nak tunjuk muka yang sangat kecewa atau tak puas hati.

Bagi saya, inilah salah satu faktor kejayaan syarikat mereka. Mempunyai pengurusan yang bijak menguruskan masalah dan cabaran.

Satu kesimpulan mudah yang dapat saya buat, "Kalau buat bisnes. Mesti ada cabaran. Dan kalau tak nak cabaran, jangan buat bisnes."

Ini sedikit kisah yang saya ambil dari internet berkaitan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak pengurusan Jemaah umrah berkenaan.

800 jemaah umrah tersadai
 
Sebahagian daripada 200 penumpang pakej umrah terkandas di sebuah hotel di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam.
Georgetown: Kira-kira 800 jemaah umrah dari seluruh negara tidak dapat menunaikan hasrat itu apabila pesawat yang sepatutnya membawa mereka ke Jeddah, Arab Saudi, tidak muncul.

Mereka yang sepatutnya berlepas dari beberapa lapangan terbang di seluruh negara tidak kesampaian meskipun sudah membayar RM6,100 seorang kepada agensi yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah.
Akibatnya, ada jemaah dikatakan terpaksa menginap di hotel, inap desa atau menumpang rumah saudara selepas syarikat itu menangguhkan perjalanan mereka sebanyak empat kali.
Ghazali Kasar, 53, yang sepatutnya berlepas bersama 18 ahli keluarganya, berkata agensi swasta berkenaan mendakwa berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, mulanya mereka dijadualkan berlepas pada 5 Disember lalu melalui penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Jeddah tetapi ditangguhkan kepada 10 Disember.

Empat kali tangguh

“Kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila menerima penangguhan kali ketiga dan keempat pada Khamis lalu dan hari ini (semalam).

“Selain kami, saya difahamkan 800 jemaah yang sepatutnya berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu turut terkandas,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di Bayan Baru di sini, semalam.

Ghazali berkata, beliau sekeluarga kini hilang kepercayaan terhadap agensi itu dan mendesak mereka bertanggungjawab di atas segala kesusahan yang dialami jemaah, termasuk menyewa hotel dengan perbelanjaan sendiri.

Katanya, akibat masalah itu, kebanyakan jemaah membatalkan hasrat untuk menunaikan umrah, sebaliknya pulang ke rumah masing-masing.

Lapor polis

“Saya difahamkan semua mangsa akan membuat laporan polis dan Kementerian Pelancongan serta mengambil tindakan guaman terhadap agensi itu, selain menuntut ganti rugi.

“Kami berasa ditipu agensi itu yang sebelum ini dikatakan mempunyai rekod baik dalam menyediakan perkhidmatan haji dan umrah sejak 25 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, usaha BH mendapatkan komen pengurusan syarikat berkenaan gagal apabila pengurusnya tidak dapat dihubungi.

Syukur Dalam Shaklee Tak Ada Masalah Macam Ni

Alhamdulillah, sekarang ini. Dah setahun Maria menjalankan perniagaan Shaklee. Setakat hari ini, tak ada masalah yang besar.

Masih belum pernah ditipu pelanggan. Tidak pernah mengalami kerugian yang riban riban. Ada pun sekali sahaja, order barang lain dari Shaklee secara online. Tapi Shaklee hantar barang lain. Itu pun sekali sahaja. Dan masalah ini sedang diuruskan oleh pihak Shaklee untuk menghantar barang yang betul kembali.

Sebab itulah, selepas 8 tahun buat bisnes. Saya nampak, Shaklee satu bisnes yang sangat bagus. Buat masa ni, saya belum dengar lagi ada orang yang rugi ribu ribu ringgit selepas buat Shaklee. Nak rugi macam mana?

Bila ada order dari customer, baru kita order barang dari branch dan terus dihantar kepada customer.

Kalau nak ada masalah pun. Sikit sangat. So, kira oklah setakat ni.

Semoga perniagaan Maria akan terus berkembang selepas ini.

Wassalam.

Mudahnya Travel Bersama Firefly

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, emak dan ayah saya memberitahu saya mereka hendak pergi ke Kelantan, ke rumah abang saya.

Disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang sangat panjang, saya tahu ayah saya dah tak cukup stamina untuk drive kereta sejauh itu.

Bila ditanya, kenapa tak nak pergi naik flight atau bas. Mereka cakap, lebih senang naik kereta sebab di Kelantan nanti senang sikit mereka nak bergerak. Lagi pun, mereka akan duduk di sana selama 3 minggu. So, mereka perlukan kereta di sana.

Sebagai anak, saya rasa bertanggung jawab untuk memudahkan urusan mereka. So, saya pun pergi hantar mereka dengan kereta dan kemudian tinggalkan mereka di sana di rumah abang saya.

Kemudian, saya pulang ke Parit Buntar dengan menaiki bas.

Hanya satu sahaja yang saya boleh katakan, 

It's Crazy. Pemandu bas bawa sangat laju dan sangat berbahaya. Malam tu saya naik bas, ada beberapa ketika yang saya rasa seperti nyawa dihujung tanduk. 

Anda bayangkanlah, jalan yang banyak selekoh, berbukit, di malam yang hujan renyai renyai, driver bawa laju. Saya rasa cukuplah. Tak berani dah nak naik bas ke Kelantan dengan jalan yang berbukit bukau macam tu.

Bila saya dah balik ke Parit Buntar, ini bermaksud saya perlu patah balik ke Kelantan. Saya hanya ada dua pilihan. Naik bas sekali lagi atau pun naik kapal terbang.

Kali ni, saya pilih untuk naik KAPAL TERBANG.

Mudahnya Travel Bersama Firefly

Untuk pengetahuan anda, saya jarang travel dengan kapal terbang di Malaysia. Saya juga tak pernah lagi naik Firefly. Ini pengalaman saya yang pertama.

So, saya nak share dengan anda betapa senangnya kalau kita nak travel dengan menaiki kapal terbang Firefly.


Abang saya merupakan pelanggan setiap Firefly. Sebabnya, beliau kerja di Kelantan dan family tinggal di Kuala Lumpur. So, setiap minggu beliau akan naik Firefly untuk berulang alik ke sana.

Amazingly, harga tiket Firefly tersangat murah kalau kita beli dari awal. Just nak share dengan anda, macam mana nak beli tiket Firefly ini.

1. Buka website Firefly www.fireflyz.com.my
2. Tengok peta Malaysia tersebut. Anda boleh pilih destinasi dari mana nak ke mana yang hendak anda dituju.
3. Pilih perjalanan anda. Tempat berlepas, destinasi dan tarikh penerbangan. Untuk makluman, anda akan dapat harga yang sangat murah kalau beli 1 bulan lebih awal.
4. Anda boleh beli dengan harga yang sangat murah.
5. Harga yang dipamerkan sudah termasuk harga Airport Tax dan caj caj lain.
6. Anda boleh terus buat Web Check In. 
7. Selepas buat Web Check In, anda boleh terus print Boarding Pass.
8. Boleh terus naik kapal terbang pada hari dan masa yang telah ditentukan.

Sekarang, saya nak berkongsi dengan anda gambar gambar yang sempat saya ambil semasa menaiki kapal terbang Firefly baru baru ini.


Menuju ke tempat berlepas domestik.


Di bahagian pemeriksaan bagasi. Nak memudahkan pemeriksaan, kami semua diminta membuka tali pinggan yang berkepala besi. Segala kunci, beg duit, jaket dan handphone perlu di scan.


Berada di kawasan berlepas. Saya perlu masuk dari pintu B4.


Dikawasan boarding. Bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang.


Inilah kapal terbang Firefly. Agak kecil. Boleh memuatkan sekitar 80 penumbang dengan 4 anak kapal. Masa saya naik hari tu, hampir full house.


Ini pemandangan di dalam kapal terbang. Syukur Alhamdulillah, saya dapat duduk di tepi tingkap. Boleh tengok pemandangan di luar kapal terbang.


Sempat lagi iklan di kerusi tempat duduk penumpang.


Blade kapal terbang. Seat saya pulak betul betul dengan blade. Rasa takut pun ada. Macam dekat aje dengan bilah kipas tu.


Gambar di dalam kapal terbang. FYI, keadaan dalam kapal terbang sangat bersih. Saya terasa macam naik kapal terbang yang baru. Sangat bersih, sangat kemas dan berbau wangi.


Telefon ditukar masuk ke Mode Airplane. Tidak lagi boleh membuat sebarang panggilan telefon pada waktu ini. Kapal terbang bersiap sedia menuju ke landasan untuk berlepas.


Dengan lafaz Bismillah, kapal terbang berlepas meninggalkan bumi Pulau Pinang. Perjalanan dijangka mengambil masa 55 minit sahaja.


Ini gambar sekitar Pulau Pinang. Saya nampak ada banyak kilang di sini. Tapi, saya tak dapat nak pastikan ini kilang apa.


Lagi pemandangan di Pulau Pinang. Rasanya, dekat Roundabout area Bukit Jambul ni kalau tak silap saya.


Jambatan Pulau Pinang tersergam indah. Selalu duduk dalam kereta tengok kapal terbang. Hari ni duduk dalam kapal terbang, tengok kereta pulak. Hehe.


Ini pula, pemandangan sekitar Butterworth.


Kapal terbang mula melintas kawasan Baling nak merentas Banjaran Titiwangsa.


Alhamdulillah, cuaca sangat baik pada hari itu.


Pemandangan di dalam kapal terbang. Yang tak bestnya, akak depan ni ada bawa baby kecil. Dan hampir 
separuh perjalanan, anaknya menangis. Sabar aje la.


Saya menikmati keindahan alam. FYI, walaupun tempoh penerbangan hanyalah 50 minit. Kami tetap diberi minum Jus Oren dan Kek untuk mengalas perut. 


Kapal terbang, terbang tinggi di atas awan.


Alhamdulillah, kapal terbang sudah mula sampai di Kota Bharu.


Saya tak pasti ini di mana. Tapi, kapal terbang sudah terbang semakin rendah sekarang.


Semakin rendah.


Apa ni yer? Nak kata sekolah, bukan sekolah. Dah dekat dengan lapangan terbang masa ni.


Alhamdulillah, perjalanan lancar. Tepat 50 minit, kapal terbang touch down di airpot Kota Bharu.


Kapal terbang buat U Turn untuk menuju ke landasan.


Kami semua turun dari kapal terbang dan berjalan menuju ke tempat ketibaan.


Kapal terbang Firefly. Bagi saya satu pilihan yang sangat bagus untuk travel dalam Malaysia pada harga yang berpatutan. Bagi mereka yang ada budget lebih, boleh ambil Malaysia Airlines terus.


This is Kota Bharu. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan mudah bersama Firefly.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan LIKE Button di bawah ini. Semoga, lebih ramai orang dapat menaiki kapal terbang dengan cara yang lebih mudah lepas ini.

Wassalam

Kasih Kita Buat Mereka - Sumbangan Buat Anak-Anak Terpilih

$
0
0
Assalamualaikum,

Pada 18 Disember 2013 yang lepas, saya ada memaklumkan kepada anda di sini bahawa saya akan membuat kutipan dana untuk sumbangan belian kelengkapan peralatan persekolahan bagi anak anak orang susah dan anak yatim di Surau Kampung Kedah, Parit Buntar.

Alhamdulillah, syukur rasanya. Sambutan yang diberikan sangat sangat menggalakkan.

Jumlah kutipan yang diperoleh adalah RM1,468. Anda boleh semak kembali Print Screen Dari Akaun Maybank saya.


* Transfer pada 20 Disember berjumlah RM2000 tidak termasuk duit sumbangan. Ia adalah personal. So, jumlah kutipan adalah RM1,468.

Sumbangan Yang Diperlukan

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Jumlah kutipan yang diperlukan adalah sekitar RM1,000 sahaja. Ini bagi menampung jumlah wang yang diperlukan bagi membiayai pembelian peralatan anak anak ke sekolah. 

Dari kawasan kampung saya, sekitar 27 orang anak anak bertuah telah dipilih untuk menerima sumbangan ini. Untuk pengetahuan anda, saya tidak terlibat dalam pemilihan anak anak ini. Saya hanya sekadar membantu menguruskan mendapatkan dana tambahan buat mereka.

Sebelum ini, pihak surau hanya memberikan wang tunai kepada ibu bapa untuk membeli barangan keperluan anak anak mereka ke sekolah. Namun, ada ibu bapa yang tidak menggunakan wang itu untuk tujuan tersebut.

Maka, tahun ini mereka mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.

Mereka meminta ibu bapa membawa anak anak mereka ke sebuah kedai di Parit Buntar, dan mereka boleh pilih sebarang peralatan yang mereka mahukan untuk budget RM100 setiap seorang pelajar. Mereka diberi pilihan untuk memilih satu set persalinan pakaian anak mereka termasuk beg dan kasut sekolah. 

Alhamdulilah, dengan cara ini. Sumbangan yang kita berikan terus dituju kepada matlamat asal kita. Iaitu untuk membantu anak anak mendapat kelengkapan persekolahan yang terbaik.

Jom Tengok Gambar Gambar Di Kedai Tempat Pemberian Hadiah Berlangsung


Anak anak diberi pilihan memilih kasut sekolah yang mereka mahu.


Ibu bapa sibuk memilih baju sekolah untuk anak anak mereka.


Memilih baju dan seluar sekolah baru.


Kegembiraan jelas terpampang di wajah mereka. Mungkin ia kecil buat kita, tetapi besar jumlahnya buat  mereka..


Antara beg beg sekolah yang boleh dipilih oleh anak anak ini. Untuk makluman anda, kedai ini antara kedai yang memberikan tawaran harga yang terbaik pada kualiti yang baik. Sebab itulah kedai ini dipilih untuk menjadi tempat pembelian barangan keperluan sekolah anak anak ini.


Para ibu dan nenek sedang membuat pilihan buat anak dan cucu mereka.


Di tempat pembayaran.


Sebahagian daripada mereka yang telah menerima sumbangan. Jelas mereka rasa sangat bertuah diberi sumbangan ini.

Untuk makluman anda, saya tidak berada di tempat ini sewaktu majlis berlangsung. Saya ambil gambar ini daripada sahabat saya sahaja.

Ada Lebihan

Untuk makluman anda, jumlah kutipan yang diterima adalah RM1,468. Saya serahkan kepada wakil surau sebanyak RM1,000. Ini kerana jumlah ini sahaja yang mereka perlukan.

Selepas itu, ada seorang wakil dari sebuah sekolah anak yatim datang ke rumah saya untuk membuat kutipan derma bagi membeli barangan persekolahan anak anak yatim di sekolah mereka.

Saya menjadi wakil anda untuk memberi sumbangan sebanyak RM200 untuk sekolah anak yatim ini.

Sekarang, masih ada baki sebanyak RM268. Saya bercadang untuk cukupkan menjadi RM300. Kemudian, saya akan serahkan RM300 untuk diagihkan kepada beberapa anak anak yang kurang kemampuan untuk membeli peralatan persekolahan mereka.

Saya bagi pihak mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepad anda atas sumbangan yang telah anda berikan. Semoga, sumbangan kecil kita ini akan menjadi pencen kubur yang besar buat kita di akhirat kelak.

Setiap saat anak anak ini memakai pakaian yang kita sumbangakan, setiap saat itu jugalah pahala kita berjalan. Semoga, ia sedikit sebanyak menjadi asbab untuk menyucikan harta kita.

Saya doakan, anda yang menderma sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Di murahkan rezeki dan diberikan yang terbaik di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Alhamdulillah !!! Anakku Umur 4 Tahun Dah Berkhatan

$
0
0
Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan anda, saya ada ramai anak saudara lelaki di sebelah adik-beradik saya. 

Yang bestnya, mereka semua dah pun bersunat ketika mereka masih kecil. Yang belum bersunat anak-anak saya sahaja.

Hehe... Mendahului peserta adalah Farees dan bakal diikuti dengan Fateh.

So, to make it easy. Saya dan Maria decided untuk menyunatkan Farees semasa cuti sekolah tahun ini.

Farees Tidak Tahu Akan Disunatkan

Ini part yang tak best. Memandangkan Farees dan Fateh yang belum bersunat. Farees selalu ditakutkan oleh orang lain. Farees takut untuk bersunat. Dia cakap, "Sunat tu potong bebird". 

Dah semua orang cakap macam tu. Mestilah dia takut.

So, kami memang tak beritahu Farees yang dia akan disunatkan. Kalau dia tahu, pasti dan pasti dia akan mengamuk tak mahu.

So, ceritanya begini. Kami bawa Farees ke hospital. Cakap nak suruh doktor cek untuk bagi ubat gatal. Farees pun tanpa rasa was-was bersetuju. Hehe... Dan dia memang langsung tak tahu bab nak sunat ni.

Kami bawa dia ke hospital. Mula mula, pihak hospital berikan pakaian untuk pembedahan.


Hehe.. Sedang seronok bermain tanpa mengetahui agenda sebenar.

Masa nak dibawa ke bilik pembedahan. Akak nurse tu nak dukung Farees. Farees cakap, "Tak per, saya nak jalan sendiri." Sambil jalan ke bilik pembedahan dengan gaya lenggang lenggok nya.


Di atas katil. Farees tak takut. Dia diberitahu, Dr nak bagi dia ubat gatal. Itu sahaja. So, dia pun bersetuju sahajalah. Yang bestnya, saya dan Maria tak ada pun di hospital tu. Sebab Mak dan Ayah saya yang uruskan Farees nak sunat ni.

Tengok muka Farees, dah nak pucat sket tu.


Proses untuk tidurkan Farees. "Tiup belon ni kuat kuat Farees." Bila Farees dah hampir pengsan, baru dicucuk pula ditangan untuk diberi ubat tidur.


Para petugas sedang menidurkan Farees. Untuk pengetahuan anda, saya ada simpanan gambar dan video semasa proses sunat berlangsung. 

Bila saya tengok, "Wawww... Dunia sekarang dah canggih. Potong pun pakai gunting elektrik. Bila potong tak berdarah pun. Lepas tu, terus jahit."

Anda jangan tanyalah, macam mana saya dapat semua gambar ni. Hehe.. Adalah caranya.

Yang bestnya, jam 8.00 pagi Farees masuk bilik pembedahan. Jam 8.30 pagi, dia dah call saya. Siap cakap lagi, "Abi, saya dah sunat. Tak sakit pun." 

 
Tak sakit... Hehe.. Tunggulah....

Selepas balik dari Hospital. Sekitar jam 10.00 pagi. Dah start sakit, terus dah tak nak pakai apa-apa. Nak pakai baju saja.


At last, mak saya dapat idea untuk bagi Farees pakai jubah. Malangnya, bibik saya hanya letak sepasang jubah di dalam beg Farees. Yang lain, beg dipenuhi dengan baju dan seluar.

Selepas Farees selesa pakai jubah. Terus dia tak nak pakai seluar atau mana mana baju lain.

Yang menjadi masalahnya, Farees di sana selama 2 minggu. Maka, selama itulah dia pakai jubah. Siang pakai jubah, malam jubah akan dibasuh masa dia nak tidur dan terus dikeringkan. Malam masa tidur dia pakai baju saja, tak pakai seluar.


Hari pertama dah boleh pergi solat di masjid. Yang best, tengoklah tangan tu. Siap tarik jubah ke hadapan tu. Heheh..


Farees bersama sepupunya, Aisyah.


Ini pula gambar Farees ketika sepupu sepupunya mandi laut. Dia tak berani mandi pun. Hanya jadi pemerhati sahaja. Pakai jubah di dalam, pakai baju t shirt di luar. Yang best, tangan Farees siap angkat jubah sket. Tak nak bagi kena.


Kesian Farees. Nothing much he could do. Terpaksalah redha. Sedangkan mandi laut memang favourite dia.


Pergi makan malam pakai jubah. Setiap hari. Sampailah satu hari, mak saya kata tak leh jadi. Kena beli jubah lagi sehelai di sana.


Boleh pulak makan nasik sepinggan dia ni.


Di hari lain. Pakai jubah dan kopiah jugak.


Ini kedai lain pulak. Pun pakai jubah dah kopiah. Pendek kata, Farees hanya pakai jubah dan kopiah sahaja. Tidak ada baju lain yang di pakai. Sedangkan, di Parit Buntar ada 5-6 helai jubah yang ada untuk dia. Cuma, kami tak terfikir nak bawa jubah untuk dia semasa dia sunat di sana.


Pergi playground pun pakai jubah. Sian anak aku yang sorang ni.


Farees bersama Aisyah.


Balik rumah di Parit Buntar, still tak nak pakai seluar. Hanya nak pakai jubah sahaja. Syukur di Parit Buntar ada banyak jubah. Boleh la tukar tukar.

Memandangkan minggu depan dah buka sekolah, saya ada masalah. Farees masih tak nak pakai seluar. Sehinggalah pagi tadi, dia cakap. "Abi, saya nak Thomas. Dah lama saya tak beli Thomas."

Terus saya cakap. "Kalau Farees nak Thomas, jom kita pergi beli sekarang. Tapi syaratnya, kena pakai seluar dan baju. Kita pergi Jusco untuk beli."

Farees terdiam seketika. Then dia cakap,"Oklah. Jom kita pergi."

Alhamdulillah, hari ni 'terpaksalah' dia pakai seluar dan seluar dalam. Yang bestnya, saya ambil satu bekas untuk serkup 'bebird' dia. So, 'bebird' dia memang tak kena seluar lah akibat diserkup dengan bekas tu.

Dia pun selesa juga untuk bergerak. So, tak jadi masalah. At least, dia dah berani untuk pakai seluar. Nanti pelan pelan la nak suruh dia buang serkup tu. Hihi..

Kami bawa dia pergi ke Sunway Carnival sahaja. Di sana, kami ke Parkson dan cari Thomas the Train untuk dia. 


Tengok tu, excited sungguh. Lepas dapat tu memang tak lepas pegang kotak. Sampai masa tertidur dalam kereta on the way balik pun sambil peluk kotak tu. Balik rumah tak sempat buat apa-apa lagi, dah terus nak main. Kami happy tengok Farees happy..

Alhamdulillah, hari ni, berakhirlah tempoh 'berpantang' Farees selepas 25 hari yang mana selama ni dia hanya pakai jubah sahaja.

Tahniah Farees. Dah big boy sekarang. Dah boleh duduk sebelah Abi kat surau nanti untuk solat. 

Semoga Farees akan terus menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati kami sekeluarga. Mohon para sahabat doakan untuk Farees ya.

Jom LIKE untuk Farees. Satu LIKE dari anda bermaksud satu sokongan untuk anda kepada  Farees.

Wassalam.

Advanced Marketing Power Dr Azizan Osman 2014

$
0
0
Assalamualaikum,

Kali ini, saya nak berkongsi dengan anda perubahan hidup saya selepas menyertai program-program yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman.

Anda boleh baca sampai habis entri ini, ini kerana ia adalah kesinambungan daripada salah satu entri saya yang dahulu.

Kisah Perkenalan Dengan Dr Azizan Osman
Untuk pengetahuan anda, saya mula mengenali Dr pada bulan 5 tahun 2012. Ada seorang sahabat saya menyarankan saya untuk hadir ke kelas Advanced Marketing Power pada waktu itu.


Pada waktu itu, saya kata kepada sahabat saya.

"Hang gila!!! Nak suruh aku bayar RM997 nak pergi Kelas Dr Azizan. Mahal tu. Dia tu sapa?"

Atas nasihat sahabat saya yang seakan akan mendesak saya untuk pergi ke kelas Dr, saya cuba untuk pergi ke Seminar Marketing Power 2012 di Sunway Carnival. Itulah kali pertama saya berjumpa dengan insan bernama Dr Azizan Osman.

Selepas menghadiri Seminar Marketing Power secara percuma itu, saya rasa ada kelainan. Inilah kali pertama bertemu dengan seorang mentor yang saya rasa boleh membawa saya ke arah yang lebih baik. Saya rasa saya bertemu mentor yang boleh mengubah kehidupan saya menjadi luar biasa.

Tanpa berlengah lagi, saya beri peluang kepada diri saya untuk menghadiri kelas Advanced Marketing Power di Wisma MCA pada 6 Julai 2012.

Pengalaman Menghadiri Seminar Advanced Marketing Power 2012

Setiba di Wisma MCA, buat pertama kalinya saya melihat lautan manusia yang saya tak tahu mereka ini datang dari mana. Mereka semua berebut rebut nak masuk ke dalam dewan. Saya rasa mereka ini 'gila'.

Kenapa mereka nak berebut rebut masuk ke dalam dewan? Tempat duduk dah disediakan secukupnya. Jadi, tak perlulah nak berebut rebut. 



Pada waktu ini, 'biawak' agak banyak dalam diri saya. Suara suara kecil masih kedengaran dalam diri saya . 

"Alah, rileks la. Kenapa nak berebut." 

"Aku datang lambat pun, boleh masuk jugak"

Biasalah, otak saya masih berkarat pada waktu itu.

Namun, sebelum saya masuk ke kelas AMP, sempat juga saya berdoa kepada Allah. 

"Ya Allah, jadikanlah kedatangan aku ke sini sebagai titik perubahan dalam hidup aku. Aku mahu mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. Lapangkanlah dadaku. Aku mohon kepada Mu, Kau bukalah hatiku agar aku dapat apa yang ingin di sampaikan oleh Dr Azizan nanti."

Saya masuk ke dalam kelas dan mula mempelajari ilmu daripada Dr Azizan.


Pada hari pertama, Dr Azizan mengambil masa 4 jam untuk nak 'samak' otak kami dengan motivasi. Pada waktu itu, saya mula dengan pertama kalinya. "Fast Action Fast Result".

Saya masih ingat sehingga hari ini. Untuk berjaya dengan mudah. Kena ada TFA.

Think   - Berfikir Secara Luar Biasa
Feeling -Emosi Untuk Berjaya Yang Luar Biasa
Action  - Tindakan Yang Luar Biasa

Ya, ia tersangat betul. Pada waktu itu, saya mula mendapat semangat baru. Rasa seperti baru dilahirkan semula di dalam dunia perniagaan.


Dah lama saya buat bisnes, tetapi saya tidak berfiikir secara luar biasa. Emosi saya tak cukup kuat untuk berjaya dan tindakan saya pun tersangat biasa biasa.

Sebab itulah saya rasa mengapa bisnes saya terhegeh hegeh sebelum ini.

Sepanjang program AMP inilah saya mula belajar dari Dr mengenai beberapa konsep asas untuk berjaya dalam bisnes.

Antara yang saya masih ingat. 

"Kita buat bisnes bukan sebab kita nak kaya, tetapi kita buat bisnes sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain, nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita boleh buat bisnes sebab benda ini. Jangan risau, kita terpaksa jadi kaya."

"Kalau kita nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Lagi ramai yang kita bantu, lagi cepat kita jadi kaya."

Kata kata Dr ini umpama menyalakan satu lilin buat saya yang berada dalam kegelapan. Bermula saat itu, saya baru sedar saya perlu perbetulkan niat saya buat bisnes.


Dr, saya ucapkan terima kasih sangat sangat dengan 423 tips marketing strategy yang Dr ajarkan kepada saya semasa AMP itu. Sejujurnya saya katakan, ia terlalu banyak. Tak sempat rasanya kalau sesiapa amalkan semua tips tu.

Dr, saya juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr sebab Dr beri peluang kepada kami, para peserta yang ambil pakej VIP untuk menghadiri sessi Hot Seat. Dr awalnya menjanjikan untuk bawa 10 pelajar Dr yang terdahulu yang telah berjaya untuk berkongsi dengan kami kisah kejayaan mereka.

Tetapi, Dr tipu. Dr tak bawa 10 orang pun. Sebabnya Dr bawa 15 orang.

Subhanallah. Perkongsian daripada 15 peserta ini sangat sangat membuka minda saya. Saya rasa sangat sangat gembira.

Sejujurnya, terlalu banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat kutip sepanjang 3 hari bersama Dr Azizan dalam kelas AMP.

Sepanjang seminar ini, saya bertemu dengan terlalu ramai usahawan Melayu. Ramai dikalangan mereka yang sudahpun berjaya. Seronok rasanya.

Antara yang menyebabkan saya rasa teruja adalah bila saya berjumpa dengan seorang anak muda yang buat bisnes online, tapi memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan. Itupun buat part time. Tersentap saya Dr.

3 hari bersama DAO sepanjang AMP, benar benar membuka minda saya. Memberi satu persepsi baru kepada saya mengenai perniagaan.

Selepas Pulang Dari Seminar AMP

Selepas pulang dari AMP, saya sakit kepala. Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari dari DAO pada waktu itu, tapi saya tak tahu nak buat apa.

Sebelum ini, saya menghadapi kesukaran untuk menjual baja tahi ayam. Saya apply teknik banner untuk mencari pelanggan.

Tiba tiba, tanpa disangka. Permintaan melebihi pengeluaran. Terlalu ramai yang order baja tahi ayam daripada saya sehingga saya tak mampu nak supply. Akhirnya, saya terpaksa mencabut balik beberapa banner untuk mengurangkan masalah saya yang tidak mampu supply.

Pada waktu itu, saya terfikir. 

"Aku nak testlah ilmu ilmu DAO yang lain dalam bisnes lain. Kalau aku guna satu strategy ni dah berkesan. Kalau aku guna banyak strategy, mesti lagi berkesan."

Saya nak cuba buat bisnes lain pada waktu itu. Saya teringat pesan DAO di dalam AMP.


"Sekarang ni, kalau nak buat bisnes. Dah boleh mula buat bisnes dengan modal yang kecil melalui Online. Kalau anda tak ada produk, anda boleh mula menjual produk orang lain."

Kata kata DAO ini memberi satu idea kepada saya. 


Saya nak cuba buat bisnes secara online. Saya tahu, kalau saya buat bisnes online, saya tak perlu buka kedai. Saya tak perlu ada pekerja. Saya tak perlu ada kos operasi yang tinggi. Saya tak perlu ada produk sendiri, saya boleh jual produk orang lain.

Yes, that's a good way to start a new business. Saya memang nak cari bisnes yang tak ada modal.

Pada waktu itu, tersemat di dalam hati saya. "Aku nak buat bisnes online betul betul. Aku nak apply betul betul apa yang DAO ajar aku dalam kelas. Aku nak tengok, betul tak ilmu yang DAO ajarkan ni."

Saya yakin, kalau saya boleh buat bisnes ni. Ramai lagi orang lain yang dapat saya bantu. Saya tahu, ramai orang di luar sana yang nak buat bisnes. Tetapi, mereka tak tahu nak buat bisnes apa. Mereka nak buat bisnes, tetapi mereka tak ada modal. Saya rasa sangat bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah mereka ini.


Perubahan Dalam Perniagaan

Alhamdulillah, selepas menghadiri seminar AMP ini, bisnes saya berkembang dengan sangat baik. Saya bantu isteri saya untuk menjalankan perniagaan secara online. Tanpa di sangka, Alhamdulillah. Dalam tempoh 6 bulan. Isteri saya terpaksa berhenti kerja kerana bisnes yang dah mula huru hara.

Saya hanya amalkan beberapa tips daripada apa yang diajar oleh Dr Azizan Osman.. Saya tak dapat bayangkan, kalau diamalkan semua tips yang Dr Azizan berikan tu. Apa nak jadi dengan bisnes saya.


Dah terpaksa masuk paper.

Dah isteri terpaksa berhenti kerja.



Dah terpaksa dapat highlight dari Dr Azizan Osman. Alhamdulillah.

Cadangan Saya Buat Anda Hadirlah Ke AMP 2014

Buat rakan rakan saya yang membaca posting ini,  saya jika anda mahu menceburi bidang perniagaan atau sedang berniaga dan berhasrat untuk memperkembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. 

Saya harap sangat, anda hadirkan lah diri anda ke program Advanced Marketing Power 2014 yang akan diadakan di The Mines Resort, Seri Kembangan pada 17,18 dan 19 Januari 2014 nanti.

Buat anda yang masih belum confident dengan Dr Azizan Osman. Biarlah gambar gambar dibawah ini yang menceritakan segalanya.


Lautan manusia menghadiri program beliau.



Program Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan yang terpaksa di buat di Stadium Melawati Shah Alam kerana penyertaan sehingga 6000 orang. Dah tak boleh nak guna dewan sekarang ni.


Dr Azizan Osman sedang berkongsi ilmu dengan para peserta.


Respond mereka yang hadir.



Ini pula program Advanced Marketing Power yang beliau anjurkan. Di mana sahaja beliau buat program, sambutan yang diberikan sangat 'superb'.


Cuba anda bayangkan, mereka ini semuanya mahu belajar cara berniaga dengan betul. Mereka nak memajukan perniagaan mereka. Jika anda tidak mengambil langkah pertama anda, anda mungkin ketinggalan nanti.


Gambar saya dalam salah satu program beliau.

             

Anda wajib tonton video ini. Testimoni mereka yang sudah mengubah kehidupan mereka selepas menghadiri program AMP Dr Azizan Osman sebelum ini.

Bagaimana Menyertai Program Ini?

Bagi anda yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh menghubungi Richwork untuk membuat pendaftaran.

Bagaimana untuk mendaftar ? Sila hubungi 019-244 22 44. Richworks. Mereka akan uruskan pendaftaran anda nanti.

Berapa harga untuk pakej ini ? Anda boleh memilih untuk ambil pakej yang bersesuaian dengan kemampuan anda.

VIP                - RM997 Seorang.
Diomand         - RM4,997 (2 Orang) (Kelebihan berbanding VIP, duduk di hadapan sket)
Super Suprme - RM9,997 ( 2 Orang) 

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kelebihan untuk peserta Super Supreme. Semasa saya menghadiri program terdahulu, untuk peserta SUPER SUPREME kami diberikan layanan yang super special daripada pihak penganjur.


Tempat pendaftaran yang sangat selesa. Masuk ke dalam dewan tak perlu berebut. Kerana memang sudah duduk hadapan sekali. Cuba anda bayangkan, kalau nak daftar dengan 6000 orang yang lain. Macam mana keadaannya tu.


Duduk di hadapan sekali.


Nampak Dr Azizan dengan sangat jelas. Memang tiada ruang untuk nak tidur. Sebab aura sangat positif di hadapan.


Diberikan makanan secara buffet. Sedap pula tu. Fuhh... 


Makanan yang sangat sedap untuk tengah hari dan makan malam.


Gala Dinner Bersama Annuar Zain


Tetiba duduk sebelah Anuar Zain pulak. Jadilah "Lelaki Ini" seketika.


Akan ada Mastermind Group Coaching. 1 hari extra untuk berbanding peserta lain. Dr Azizan akan beri peluang kepada ramai peserta Super Supreme untuk bercakap dan berkongsi masalah perniagaan mereka dan Dr Azizan akan beri cadangan penyelesaian ON THE SPOT.


Berpeluang jumpa Artis. Hehe.. Ini Fizo Omar. Dia pun peserta program jugak.


Dapat DVD Advanced Sales Power PERCUMA. Rakaman program Dr Azizan Osman selama 16 jam. Pekongsian bagaimana untuk buat Closed Sales dengan baik. Seriously, you will feel the different after you watch this DVD. Kalau anda nak beli, harga RM797.


DVD Perkongsian 15 Kisah Kejayaan Peserta Program Dr Azizan Osman yang terdahulu. DVD ini padat dengan teknik yang mereka gunakan untuk berjaya dalam perniagaan mereka yang terdahulu.


DVD Seminar Hidup Luar Biasa Berharga RM197.


DVD Marketing And You Berharga RM97.

Jika nak dihitungkan, bagi saya kalau ambil pakej Super Supreme sangat sangat berbaloi. RM9997 untuk dua orang. Jika dibahagikan, seorang sekitar RM5,000 sahaja.

Apa yang anda akan dapat?

1. Duduk di hadapan dalam setiap kelas.
2. Diberikan makanan tengah hari dan makan malam. Tak perlu berebut dengan ribuan orang lain untuk mencari makanan. ( RM50 untuk 2 kali makan  x 4  hari ) = RM 200
3. Ada extra one day program secara eksklusif bersama Dr Azizan Osman pada 20 Januari 2014. ( Biasa RM300 )
4. Biasanya akan ada Gala Dinner bersama Anuar Zain pada malam terakhir. ( Biasa RM200 )
5. Anda akan dapat Goodie Bag yang mungkin ada semua DVD di atas yang jumlahnya dah dekat RM1,000.
6. Lifetime Free Consultation on your business selagi nyawa dikandung badan. Andaikata tahun 2020 nanti, anda nak kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Anda still boleh buat free consultation dengan Richwork.
7. T Shirt Polo Richwork berharga RM70. 

* Ini berdasarkan apa yang diberikan kepada para peserta Super Supreme dalam program terdahulu. Biasanya, apa yang diberikan tidak lari antara satu program ke program yang lain.

Ini belum campur you akan dapat Networking dikalangan mereka yang dah berjaya dalam bisnes. Sebab kebanyakan mereka yang ambil pakej Super Supreme ini adalah mereka yang serius nak berjaya dalam bisnes. Cuba anda bayangkan, networking yang anda mampu buat nanti bila berjumpa dengan mereka.

Pendek kata, saya sarankan. Jika berkemampuan. Pergilah ke Program Dr Azizan Osman. 

Jika mampu, ambillah pakej Super Supreme. Jika tak mampu. Ambil yang VIP pun dah kira ok. Jangan tak hadir.

Tawaran Murah Dan Hebat 

Jika ada di antara anda yang berminat nak ambil pakej Super Supreme. Dan anda merasakan harga RM5000 seorang sangat mahal.

Izinkan saya berkongsi satu peluang dengan anda. 

Pendek cerita, saya ada beli tiket extra hari tu. Saya beli tiket semasa Dr Azizan buat tawaran istimewa pada harga promosi.

So, saya ada 1 tiket extra untuk program Advanced Marketing Power 2014 bagi pakej Super Supreme yang akan berlangsung pada 17-20 Januari ini.

JIKA ANDA BERMINAT NAK DAPATKAN TIKET TU PADA HARGA SANGAT SANGAT ISTIMEWA ( RM2,500 ) sahaja.

Sila PM Maria. First come first serve. Jika tiket ini terjual, anda boleh dapatkan di Richworks terus pada harga RM9,997 untuk dua orang.

Maria : 019-259 2731

So, kepada sesiapa yang akan menyertai program ini. Jika berkelapangan. Bolehlah kita jumpa di sana.

Wassalam

MENARIK !!!! Pengalaman Menunaikan Fardhu Haji : 101 Kisah Pengajaran Untuk Kita Semua

$
0
0
Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah, bersyukurlah kita atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua.

Salah satu cara untuk bersyukur adalah dengan lebih banyak memberi. Apa sahaja kelebihan dan kemampuan yang Allah kurniakan kepada kita. Kita gunakan untuk menambah nilai hidup orang lain. Kita permudahkan hidup orang lain. Kita selesaikan masalah orang lain. Itu salah satu tanda kita menjadi hamba yang bersyukur.

Dalam hidup saya, saya sering berfikir.

"Apa yang aku boleh lakukan untuk menambah nilai hidup orang lain?"

"Apa amalan yang aku dah buat hari ini untuk mendapat pencen kubur bila aku mati nanti?"

Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya kemampuan yang tak ramai orang memilikinya.

Disebabkan saya berkerja sendiri, Allah memberikan kelapangan masa kepada saya untuk menulis. 

Maka, dikelapangan yang Allah kurniakan ini. Saya menggunakan sedikit masa saya untuk menulis satu perkongsian hidup saya semasa saya menjalani ibadah haji dahulu.

Haji Di Usia Muda

Sebelum ini, ramai rakyat Malaysia beranggapan haji hanya untuk orang tua. Ramai orang muda tak pernah fikir pun bila mereka akan menunaikan haji. Lebih menyedihkan, kalau mereka belum mendaftar haji.

Saya sangat bersyukur kerana Allah memilih saya dan isteri untuk menjadi Tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia muda.

Ia sesuatu yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini. Ini kerana saya juga mempunyai mentaliti yang sama seperti keramaian rakyat Malaysia yang lain, iaitu haji boleh ditunaikan selepas pencen nanti.

Alhamdulillah, Allah menghantar seseorang kepada saya untuk 'menggerakkan' hati saya untuk menunaikan haji di usia muda. Saya bukan orang kaya. Saya juga mungkin sama seperti anda. Memperoleh pendapatan yang sederhana. 

Namun, saya merasai satu keajaiban apabila saya mula memasang niat untuk menunaikan haji. Bila saya mula mengumpul wang untuk menunaikan haji, Allah mempermudahkan segala urusan saya.

Bisnes saya memberikan keuntungan yang semakin tinggi. Semuanya berlaku secara tiba tiba. Allah mula menghantar rezeki kepada saya dari pintu yang tidak disangka sangka. Inilah barakah yang Allah berikan bila kita memasang niat untuk menjadi tetamu Nya.

Pengalaman Haji Yang Sukar Dilupakan

Sebelum memulakan perjalanan haji lagi, saya sudah menanam azam. Saya mahu berkongsi pengalaman haji saya ini dengan sahabat sahabat saya yang lain.

Sebab itulah, sepanjang perjalanan saya menunaikan haji, saya tidak lupa mengambil gambar. Bermula dari mengikuti kursus asas haji, kursus perdana haji, perjalanan pergi ke Tanah Suci, setiap gambar di sana, di Madinah, di Mekah, di Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan di merata rata tempat lain lagi.


Kenangan : Gambar ketika perjalanan untuk melontar.


Batu jamrah, tempat untuk melontar

Semuanya saya ambil untuk memastikan saya dapat berkongsi dengan anda sedetail mungkin perjalanan haji yang telah saya lalui.

Bagi saya, ramai anak muda di Malaysia tidak berpeluang melalui apa yang saya lalui. 

Ada yang nak pergi, tapi tak mempunyai wang yang cukup. 

Ada yang mempunyai wang, tetapi tidak tahu cara untuk pergi dengan lebih cepat.

Ada juga jemaah yang nak pergi menunaikan haji, tetapi mereka berasa 'takut' kerana merasakan haji ini terlalu sukar. 

Sebab itulah saya merasakan saya perlu menulis ebook ini. Semua pengalaman saya dikongsikan dengan anda kerana saya tak mahu berasa takut untuk menunaikan haji. Sebenarnya, haji tak lah sesukar yang anda sangkakan.

Dan jika boleh, saya nak sangat anda pergi menunaikan haji pada usia muda. Sebabnya, anda akan ketahui selepas anda baca ebook saya ini.


Keadaan di Arafah. Cuba anda perhatikan, kebanyakkan jemaah adalah dari warga emas. Mengapa tidak kita menunaikan haji di usia muda?

Haji Itu Mudah

Di dalam ebook saya ini, saya berkongsi dengan anda perjalanan haji saya. Step by step. Bayangkan, setiap tata cara haji itu saya sertakan dengan gambar. Ini bagi memastikan anda dapat bayangkan apa yang saya lakukan sepanjang perjalanan haji itu.


Di samping gambar gambar real, saya juga menyelitkan susun atur perjalanan haji dalam bentuk gambar sebegini agar anda lebih faham perjalanan haji yang bakal dilalui.

Saya tak nak anda faham teori semata mata. Saya mahu anda dapat menyaksikan apa yang dikatakan perjalanan haji itu.

Ia tersangat mudah. Jika anda baca, insya Allah. Anda akan dapat gambaran yang sangat jelas perjalanan haji tersebut.

Mesti Sedarkan Orang Lain

Bagi saya yang sudah menunaikan haji, saya rasa saya bertanggung jawab untuk menyedarkan orang lain bahawa sangat penting untuk kita 'ambil' berat Rukun Islam yang ke 5 ini. Jangan kita memandang enteng dengan amalan haji ini.

Insya Allah, jika anda menunaikan haji. Inilah saat yang paling manis dalam hidup anda. Anda akan merasakan seperti 'dilahirkan' semula.

Pengalaman ini tersangat indah dan tak dapat dizahirkan dengan kata kata.

Ebook Kembara Haji Di Tanah Suci - Pengembaraan Mencari Redha Illahi

Hari ini, saya dengan suka citanya ingin mempersembahkan kepada anda. Hasil karya saya sendiri, Ebook "Kembara Haji Di Tanah Suci - Pengembaraan Mencari Redha Illahi".

Tahukah anda, Ebook ini setebal 829 muka surat. Ia sarat dengan gambar, penceritaan dan  penuh dengan kisah pengajaran yang saya kutip semasa menunaikan haji.


Mengapa ia sangat tebal? Sebab saya mahu memastikan anda dapat mengikuti perjalanan haji saya ini dengan selengkap mungkin. 

Saya mahu anda faham dan dapat menghayati perjalanan haji ini sebaik mungkin.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Ebook Ini?

Untuk makluman anda, saya menjual Ebook ini pada harga RM50 sahaja. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi saya di emel mariafirdausblog@yahoo.com

Saya akan memaklumkan anda cara untuk membuat pembayaran dan mendapatkan ebook ini.

Jika anda orang susah, anda tak mampu membeli ebook ini, sila maklumkan kepada saya melalui emel. Saya akan berikan ebook ini secara percuma kepada anda. Anda tak perlu bayar satu sen pun.

Semua Keuntungan Ebook Ini Akan Diinfakkan Kepada Mereka Yang Memerlukan

Untuk makluman anda, semua keuntungan hasil jualan ebook ini akan saya salurkan kepada rumah kebajikan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.

Bagi saya, kita sama sama mendapat pahala daripada apa yang kita kerjakan ini.

Saya mendapat sedikit 'saham' buat bekalan saya di akhirat sana selepas anda membaca ebook ini. Dan anda juga akan mendapat pahala untuk disumbangkan kepada orang lain yang memerlukan.

Dalam erti kata yang lain, kita sama sama berusaha mencari pencen kubur. Buat bekalan di akhirat sana.

Mohon LIKE 

Jika tidak membebankan anda, tidak menyukarkan anda, tidak menyusahkan anda. Saya mohon anda dapat tekan LIKE button di bawah ini. Mudah mudahan, satu klik daripada anda ini, akan ada seorang dua daripada rakan anda yang dapat hidayah dengan membaca ebook ini.

Semoga ia menjadi pencen kubur buat kita semua.

Terima kasih atas sokonan yang anda berikan.

Wassalam

Haji Mohd Firdaus Mat Saad
www.mariafirdaus.com.my

Haji Kecil - Macam Comel Jer !

$
0
0
Assalamualaikum,

Minggu lepas, saya sekeluarga balik ke kampung. Hehe.. Kampung saya di Keramat, KL ok. Rumah mertua saya di AU2. Haha... Kampunglah sangat...

Syarat wajib balik Keramat. Farees suka pergi main di Jaya Jusco. Seperti biasa, selepas sunat, Farees tak nak pakai seluar. Even dah lama sunat. Sebab still rasa nyilu katanya.

So, saya pun bawa dia main di Pusat Mainan Kanak Kanak di Jaya Jusco Taman Keramat.

Ini situasi yang anda mungkin tak pernah tengok sebelum ini.

Budak berjubah masuk dalam pusat permainan. Heheh...


Macam comel jer kan... Macam kiut jer kan.


Main mainan yang dia biasa main saja. Yang lain tak nak. Ni bowling.


Bawa excavator.


Main bola pulak.


Main kereta pulak. Bawa kereta.


Ummi pulak buat apa? Shopping la. Lagi apa. Best sekarang ni, sejak dua menjak ni, shopping tak perlu 'kacau' duit saya dah. Guna duit bonus Shaklee aje. Hari tu cakap nak beli Coach. Tapi kata nak tunggu masa pi US nanti.

Oklah... Semoga Allah memberkati keluarga kami semua. Rumahku Syurgaku.

Wassalam

Warkah Buat Dr Azizan Osman : Part 1 : Terima Kasih DAO

$
0
0
Assalamualaikum,

Dr Azizan Osman, saya doakan Dr dan keluarga sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan Dr di dunia dan di akhirat.

Dr Azizan, tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Dr atas segala ilmu yang telah diberikan kepada saya selama ini.

Kisah Perkenalan Dengan Dr Azizan Osman

Sebagai pengenalan, saya mula mengenali Dr pada bulan 5 tahun 2012. Ada seorang sahabat saya menyarankan saya untuk hadir ke kelas Advanced Marketing Power.


Pada waktu itu, saya kata kepada sahabat saya.

"Hang gila!!! Nak suruh aku bayar RM997 nak pergi Kelas Dr Azizan. Mahal tu. Dia tu sapa?"

Atas nasihat sahabat saya yang seakan akan mendesak saya untuk pergi ke kelas Dr, saya cuba untuk pergi ke Seminar Marketing Power 2012 di Sunway Carnival. Itulah kali pertama saya berjumpa dengan insan bernama Dr Azizan Osman.

Selepas menghadiri Seminar Marketing Power secara percuma itu, saya rasa ada kelainan. Inilah kali pertama bertemu dengan seorang mentor yang saya rasa boleh membawa saya ke arah yang lebih baik. Saya rasa saya bertemu mentor yang boleh mengubah kehidupan saya menjadi luar biasa.

Tanpa berlengah lagi, saya beri peluang kepada diri saya untuk menghadiri kelas Advanced Marketing Power di Wisma MCA pada 6 Julai 2012.

Saya Yang Dahulu

Untuk makluman Dr, sebelum ini saya berkerja sebagai seorang engineer. Selepas dua tahun berkerja makan gaji, saya mengambil keputusan untuk buat bisnes.

Saya menceburi industri ternakan ayam daging.


Pada waktu itu, mentality saya kalau nak buat bisnes mesti ada modal besar. Kalau nak buat bisnes mesti ada kedai atau kilang yang besar. Baru nampak macam buat bisnes.

Sepanjang buat bisnes ternakan ayam ini, pelbagai pengalaman telah saya lalui. Ada yang manis. Ada yang pahit. Saya pernah mengalami kerugian hamper RM30,000 pada usia saya ketika itu baru 24 tahun. Allahuakbar. Pada waktu itu, saya rasa macam nak berjalan pun tak boleh.

Saya pernah ditipu oleh pekerja saya sendiri. Mereka 'tolong' jual ayam saya. Mereka 'tolong' jual dedak ayam saya. Akibatnya, saya rugi sekali lagi.

Inilah akibat yang terpaksa saya tanggung bila saya buat bisnes tanpa ada mentor yang betul. Saya terpaksa melanggar dinding banyak kali.

Disebabkan kesusahan inilah, saya rasa saya perlu belajar. Belajar untuk buat bisnes dengan cara yang betul. Sebab itulah, saya beri peluang kepada diri saya untuk hadir ke seminar Advanced Marketing Power 2012.

Pengalaman Menghadiri Seminar Advanced Marketing Power 2012

Setiba di Wisma MCA, buat pertama kalinya saya melihat lautan manusia yang saya tak tahu mereka ini datang dari mana. Mereka semua berebut rebut nak masuk ke dalam dewan. Saya rasa mereka ini 'gila'.

Kenapa mereka nak berebut rebut masuk ke dalam dewan? Tempat duduk dah disediakan secukupnya. Jadi, tak perlulah nak berebut rebut.



Pada waktu ini, 'biawak' agak banyak dalam diri saya. Suara suara kecil masih kedengaran dalam diri saya .

"Alah, rileks la. Kenapa nak berebut."
"Aku datang lambat pun, boleh masuk jugak"

Biasalah, otak saya masih berkarat pada waktu itu.

Namun, sebelum saya masuk ke kelas AMP, sempat juga saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, jadikanlah kedatangan aku ke sini sebagai titik perubahan dalam hidup aku. Aku mahu mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. Lapangkanlah dadaku. Aku mohon kepada Mu, Kau bukalah hatiku agar aku dapat apa yang ingin di sampaikan oleh Dr Azizan nanti."

Saya masuk ke dalam kelas dan mula mempelajari ilmu daripada Dr.

Dr Azizan,

Pada hari pertama, Dr mengambil masa 4 jam untuk nak 'samak' otak kami dengan motivasi. Pada waktu itu, saya mula dengan pertama kalinya. "Fast Action Fast Result".

Saya masih ingat sehingga hari ini. Untuk berjaya dengan mudah. Kena ada TFA.

Think   - Berfikir Secara Luar Biasa
Feeling -Emosi Untuk Berjaya Yang Luar Biasa
Action  - Tindakan Yang Luar Biasa

Ya, ia tersangat betul. Pada waktu itu, saya mula mendapat semangat baru. Rasa seperti baru dilahirkan semula di dalam dunia perniagaan.

Dah lama saya buat bisnes, tetapi saya tidak berfiikir secara luar biasa. Emosi saya tak cukup kuat untuk berjaya dan tindakan saya pun tersangat biasa biasa.

Sebab itulah saya rasa mengapa bisnes saya terhegeh hegeh sebelum ini.

Sepanjang program AMP inilah saya mula belajar dari Dr mengenai beberapa konsep asas untuk berjaya dalam bisnes.

Antara yang saya masih ingat.

"Kita buat bisnes bukan sebab kita nak kaya, tetapi kita buat bisnes sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain, nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita boleh buat bisnes sebab benda ini. Jangan risau, kita terpaksa jadi kaya."

"Kalau kita nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Lagi ramai yang kita bantu, lagi cepat kita jadi kaya."

Kata kata Dr ini umpama menyalakan satu lilin buat saya yang berada dalam kegelapan. Bermula saat itu, saya baru sedar saya perlu perbetulkan niat saya buat bisnes.

Dr, saya ucapkan terima kasih sangat sangat dengan 423 tips marketing strategy yang Dr ajarkan kepada saya semasa AMP itu. Sejujurnya saya katakan, ia terlalu banyak. Tak sempat rasanya kalau sesiapa amalkan semua tips tu.

Dr, saya juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr sebab Dr beri peluang kepada kami, para peserta yang ambil pakej VIP untuk menghadiri sessi Hot Seat. Dr awalnya menjanjikan untuk bawa 10 pelajar Dr yang terdahulu yang telah berjaya untuk berkongsi dengan kami kisah kejayaan mereka.

Tetapi, Dr tipu. Dr tak bawa 10 orang pun. Sebabnya Dr bawa 15 orang.

Subhanallah. Perkongsian daripada 15 peserta ini sangat sangat membuka minda saya. Saya rasa sangat sangat gembira.

Dr Azizan,

Sejujurnya, terlalu banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat kutip sepanjang 3 hari bersama Dr dalam kelas AMP.

Sepanjang seminar ini, saya bertemu dengan terlalu ramai usahawan Melayu. Ramai dikalangan mereka yang sudahpun berjaya. Seronok rasanya.

Antara yang menyebabkan saya rasa teruja adalah bila saya berjumpa dengan seorang anak muda yang buat bisnes online, tapi memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan. Itupun buat part time. Tersentap saya Dr.

3 hari bersama DAO sepanjang AMP, benar benar membuka minda saya. Memberi satu persepsi baru kepada saya mengenai perniagaan.

Selepas Pulang Dari Seminar AMP

Selepas pulang dari AMP, saya sakit kepala. Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari dari DAO pada waktu itu, tapi saya tak tahu nak buat apa.

Sebelum ini, saya menghadapi kesukaran untuk menjual baja tahi ayam. Saya apply teknik banner untuk mencari pelanggan.

Tiba tiba, tanpa disangka. Permintaan melebihi pengeluaran. Terlalu ramai yang order baja tahi ayam daripada saya sehingga saya tak mampu nak supply. Akhirnya, saya terpaksa mencabut balik beberapa banner untuk mengurangkan masalah saya yang tidak mampu supply.

Pada waktu itu, saya terfikir.

"Aku nak testlah ilmu ilmu DAO yang lain dalam bisnes lain. Kalau aku guna satu strategy ni dah berkesan. Kalau aku guna banyak strategy, mesti lagi berkesan."

Saya nak cuba buat bisnes lain pada waktu itu. Saya teringat pesan DAO di dalam AMP.

"Sekarang ni, kalau nak buat bisnes. Dah boleh mula buat bisnes dengan modal yang kecil melalui Online. Kalau anda tak ada produk, anda boleh mula menjual produk orang lain."

Kata kata DAO ini memberi satu idea kepada saya.

Saya nak cuba buat bisnes secara online. Saya tahu, kalau saya buat bisnes online, saya tak perlu buka kedai. Saya tak perlu ada pekerja. Saya tak perlu ada kos operasi yang tinggi. Saya tak perlu ada produk sendiri, saya boleh jual produk orang lain.

Yes, that's a good way to start a new business. Saya memang nak cari bisnes yang tak ada modal.

Pada waktu itu, tersemat di dalam hati saya. "Aku nak buat bisnes online betul betul. Aku nak apply betul betul apa yang DAO ajar aku dalam kelas. Aku nak tengok, betul tak ilmu yang DAO ajarkan ni."

Saya yakin, kalau saya boleh buat bisnes ni. Ramai lagi orang lain yang dapat saya bantu. Saya tahu, ramai orang di luar sana yang nak buat bisnes. Tetapi, mereka tak tahu nak buat bisnes apa. Mereka nak buat bisnes, tetapi mereka tak ada modal. Saya rasa sangat bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah mereka ini.

Menghadiri Intensif Jutawan Industri

Oktober 2012, saya menghadiri Seminar Intensif Jutawan Industri. Sejujurnya, banyak ilmu baru yang saya pelajar di situ.

Saya nampak jalan pintas untuk saya berjaya dalam bisnes. Kombinasi ilmu dari AMP dan IJI, jika digabungkan pasti dan pasti akan meletupkan sesuatu perniagaan.

Memulakan Bisnes Online

Dr Azizan Osman,

Disebabkan saya sibuk menguruskan ternakan ayam saya. Saya meminta isteri saya yang menjalankan perniagaan secara online ini.

Tetapi, disebabkan beliau belum menghadiri seminar DAO lagi. 'Biawaks-biawaks' terlalu banyak dalam diri beliau.

"Malula...."
"Tak pernah berniagalah.."
"Nanti kalau orang tak beli macam mana?"
"Susahlah..."
"Sibuklah..."
"Mana ada masa..."

Apa lagi alasan dia tak bagi. Semua beliau bagi. Memberi 1001 alasan untuk tidak berniaga.

Tetapi, setelah di'clorox'kan otak isteri saya. Beliau setuju untuk memulakan perniagaan secara online pada November 2012. Suka saya kongsikan DAO, isteri saya memang tak minat buat bisnes sebelum itu. Bahkan, beliau langsung tak pernah menjual hatta sebatang pen sekali pun.

Memilih Jenis Perniagaan

Isteri saya mula bersetuju untuk nak buat bisnes online. Persoalannya, kami nak buat bisnes apa?

DAO jua ada berpesan. "Kalau nak menjual, jangan menjual. Tapi berkongsi. Kongsi apa yang kita guna"

Pada waktu itu, isteri saya sedang menggunakan produk Shaklee semasa hamil, bersalin dan juga menyusu. Jadi, beliau berhasrat untuk memulakan perniagaan ini secara online.

Setelah dikaji kaji, saya rasa Shaklee satu peluang yang baik untuk dicuba. Ia memenuhi 'syarat' yang saya mahukan

Saya nak cari bisnes dengan modal yang kecil.

Saya nak isteri saya buat secara part time.

Saya nak isteri saya buat dari rumah sahaja.

Saya tak nak buka kedai.

Saya nak buktikan, dengan ilmu yang DAO ajarkan dalam AMP. Saya boleh menjana keuntungan yang banyak.

Saya nak buktikan kepada orang ramai. Buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya..

TETAPI, SAYA ADA MASALAH

Shaklee adalah MLM. Dan untuk pengetahuan DAO, saya benci MLM pada waktu itu. Bahkan, saya pernah Taubat Nasuha yang saya tak akan buat bisnes MLM lagi. Dah banyak kali saya kena tipu sebelum ini bila buat bisnes MLM.

Cakapla MLM mana, semua saya dah join. Axxxxxx, Exxxxxxx, Cxxxxxx. Semua saya dah cuba. Tapi, bukan duit bertambah. Tetapi duit semakin berkurang sebab asyik beli produk saja.

Inilah yang akan berlaku bila kita buat bisnes, tetapi kita tak ada mentor dan tak ada ilmu cara 'menjual' dengan betul.

Since wife saya nak buat Shaklee, saya rasa oklah. Not bad. Modal pun baru RM75. Then, dah boleh start menjual. Produk pun dah ada. Saya tak perlu ada produk sendiri.

MLM pun MLM lah.Tapi, kali ini saya nak apply konsep yang DAO ajarkan di dalam AMP dahulu.

Teknik Yang Saya Apply

DAO, 423 teknik yang DAO ajarkan. Kalau saya apply semua, pasti huru-hara lah saya. Sebagai permulaan. Saya apply dua teknik sahaja.

Iaitu perkongsian di Facebook dan juga di blog sahaja. Saya apply teknik Online Presence yang selalu DAO tekankan di dalam AMP dan juga IJI.

Saya juga gunakan beberapa teknik marketing secara offline yang simple simple sebagai permulaan.

Tapi, kali ini. Di kepala saya dan isteri dah lain. Kalau dulu, berniaga sebab nak untung.

Tapi kali ini saya terapkan dalam kepada isteri saya.

"Kita berniaga, niat kita nak bantu orang lain. Nak permudahkan hidup orang lain. Nak selesaikan masalah orang lain. Bukan sebab nak untung." 

Bila diamalkan prinsip ini. Cara kami approach orang dah berbeza. Jika dahulu kami macam nak menjual. Sekarang lebih kepada nak membantu. Cara cakap, nada, intonasi. Semuanya dah berbeza,

Kami lebih nak membantu menyelesaikan masalah orang. Bukan nak 'menjual' kepada dia.

Di Facebook, isteri saya hanya berkongsi sahaja. Langsung tidak menjual. Teknik yang sama saya apply di blog ini. Kami hanya berkongsi.

Tetapi, ada lah 'rahsia' teknik berkongsi yang saya amalkan yang saya tak boleh dedahkan secara terbuka di sini. Cukuplah saya katakan, saya kongsi seperti mana yang DAO ajarkan di dalam kelas AMP dan IJI dahulu. Online Presence - Online Presence -Online Presence. Itu yang sangat penting.

Kesannya

Subhanallah. Kesannya. Sangat sangat superb. Fantastic. Bombastic.

Hidup isteri saya mula huru hara. Semakin ramai pelanggan yang menghubungi beliau melalui emel, whatsapp, SMS dan Facebook.

Selepas 4 bulan buat bisnes online ini. Isteri saya memberi tahu saya, "Abang, sayang rasa sayang nak berhenti kerja la. Dah tak senang nak kerja sekarang ni. SMS masuk tak berhenti. Dah tak boleh nak focus kerja di kilang"

Alhamdulillah. Selepas 6 bulan buat bisnes secara online. Isteri saya terpaksa berhenti kerja.


Setakat ini, saya masih belum mengeluarkan sebarang modal untuk menjalankan perniagaan ini. Saya cuma mengeluarkan RM75 untuk pendaftaran, RM42 untuk 200 keping flyers. Itu sahaja.

Saya lebih suka guna medium yang percuma iaitu Facebook dan juga blog. Saya nak buktikan kepada orang ramai, buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Menghasilkan Ebook

Selepas terpaksa berhenti kerja. saya apply teknik yang saya pelajari di IJI. Saya hasilkan Ebook "Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja".  Ebook ini setebal 148 muka surat.

Saya kongsi pengalaman isteri saya buat bisnes secara online dan terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan. Tajuknya pundah sentap. Saya berikan ebook ini secara percuma kepada orang. Kalau DAO nak ebook ni, Dr boleh download di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria.

Buat setakat ini, tak ramai yang dah download , sekitar 4000-5000 orang sahaja yang dah download ebook ini. Dan jumlah semakin bertambah setiap hari.

Agak agak DAO apa kesannya? Huru-huru hara-haralah jawapannya.

Selepas terhasil ebook ini, macam yang DAO pesan. Saya dah tak perlu focus kepada nak jual produk. Tetapi saya hanya focus macam mana nak 'sebarkan' ebook ini sahaja.

Saya mula buat FB Ads untuk sebarkan ebook ini secara percuma kepada orang ramai. Bertambahlah huru haranya.

Isteri saya terpaksa mengambil seorang pembantu untuk membantu menguruskan perniagaan ini. Membantu untuk handle customer dan pendaftaran agen agen baru.

Seminar

Dalam IJI, DAO pesan untuk buat Seminar. Saya tak mampu nak anjurkan seminar. Tetapi, apa yang saya buat. Saya join seminar yang dianjurkan oleh orang lain. Saya berkongsi pengalaman saya dalam perniagaan di dalam seminar tersebut.

                                        

Dr, sama tak kerusi kita? Saya sanggup pergi beli kerusi yang sama semata mata nak 'copy' apa yang Dr buat. Saya rasa, lepas ada kerusi ni, baru senang. Kalau tak nak berceramah 8 jam. Cramp kaki saya Dr. Ada kerusi sedikit sebanyak membantu mengurangkan penggunaan tenaga saya.

DAO, tengoklah Ebook yang saya tulis. Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Saya dah bagi Jerry baca manuskrip. Tapi, Jerry diam aje. Mungkin tak cukup spec Azizan Osman Publication kot. Kalau DAO nak, nanti saya emelkan kepada Dr manuskripnya ok. Dah ramai sangat yang baca Ebook saya tu. Ramai yang kata ebook ni bagus. Untuk pengetahuan Dr, saya buat tawaran istimewa ebook ini di www.rahsiapelajarcemerlang.com 

Saya buat ceramah motivasi keusahawanan. Semuanya untuk 'memberi' motivasi kepada orang ramai bahawa. Nak buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Selepas Setahun Menjalankan Perniagaan

Syukur Alhamdulillah. Saya rasa sangat bersyukur. Saya rasa sangat gembira.

Allah banyak membantu saya.

Sekarang, bisnes semakin rancak. Berkembang dengan sangat baik. November 2013. Genap setahun selepas memulakan perniagaan. Isteri saya dan agen agennya berjaya membuat Sales sebanyak RM360,000 sebulan. Dan jumlahnya dijangka meningkat setiap bulan berdasarkan trend semasa.

Yang paling best, selepas menggunakan teknik yang DAO ajarkan, kami tidak perlu mencari pelanggan, tetapi pelanggan yang mencari kami. Kami tidak perlu mencari agen, tetapi agen  yang datang untuk menyertai kami.

Alhamdulillah. Syukur sangat sangat.

Siapa sangka, isteri saya dulu seorang yang sangat pemalu. Sekarang dah jadi seorang yang peramah. Dulu tak pernah nak buat posting di Facebook. Asyik baca posting orang sahaja.

Dulu isteri saya pakar untuk melariskan jualan orang lain. Sekarang dah berjaya melariskan barangan sendiri.

Interview Dari Richwork

Alhamdulillah. Selepas menghadiri IJI baru baru ini. Semasa berkongsi pengalaman dalam sessi Mastermind Group Coaching di Kelab Golf Sultan Sulaiman. Saya berkongsi apa yang saya dah buat dengan ilmu ilmu yang DAO ajarkan



Minta maaf yer Dr. Saya ambil gambar dalam dewan. Tapi ini selepas dah habis program. Bukan apa, nak ambil semangat. Nak bagi motivasi. Supaya satu hari nanti saya pun jadi seperti DAO juga.

Perkongsian saya ini mencuit hati Jerry. Akhirnya, Jerry beritahu Iqram. "Iqram, ambil contact abang ni buat testimony."

Terpaksalah menjalani rakaman video sebagai testimony peserta AMP. Kisahnya saya ada tulis DI SINI.

Testimoni Di Harian Metro

Dr Azizan Osman,

Saya ucapkan terima kasih kepada DAO dan Richworks kerana memilih saya sebagai testimoni peserta AMP.




Hari ini, 8 Disember 2013 artikel mengenai saya dimasukkan ke dalam Harian Metro.

Gambar saya turut dimuatkan di dalam Page Alumni & Bakal Alumni Dr Azizan Osman.

Penutup

Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada DAO. Dr banyak membantu saya. Dr banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Benarlah apa yang Dr katakan sebelum ini. Jika sebelum ini, ia hanya satu teori buat diri saya. Tetapi sekarang ia sudah tersemat dalam diri saya.

1. Jangan berniaga sebab nak jadi kaya. Berniagalah sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain. Nak tambah nilai hidup orang lain. Nanti terpaksa jadi kaya.

2. Kalau nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Nanti terpaksa jadi kaya.

3. Jangan menjual, tetapi. Berkongsilah...

Ucapan Terakhir Buat Dr Azizan Osman

Buat guruku, saya doakan DAO seisi keluarga dan Richworks sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Semoga DAO diberi ganjaran syurga tanpa dihisab.

Cukuplah dulu warkah saya untuk kali ini. Saya mohon DAO doakan untuk saya juga. Semoga saya juga akan berjaya suatu hari nanti.

Wassalam.

Salam Sayang Dari Anak Murid,
Mohd Firdaus Bin Mat Saad

Add Saya Di Facebook : MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Sejujurnya, saya tak pasti sama ada DAO akan baca warkah ini atau pun tidak. Tetapi, saya tak kisah. Saya cuma nak kongsi dengan anda ilmu yang saya pelajari dan saya amalkan.

Jika anda terinspirasi dengan warkah ini, mohon anda tekan LIKE Button di bawah ini. Semoga ia mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain selepas ini..

Master Coordinator Celebration - Master Laila

$
0
0
Assalamualaikum,
 
Minggu lepas, saya dan Maria berkesempatan untuk menghadiri program Master Coordinator Celebration untuk meraikan kejayaan salah seorang mentor Maria iaitu Master Laila.
 
Untuk pengetahuan anda, Master Coordinator adalah pangkat tertinggi yang ada dalam Shaklee.
 
Bukan mudah untuk mencapai tahap ini. Ada orang yang terpaksa berjuang sehingga 2-3 tahun untuk sampai menjadi Master Coordinator.
 
Syukur Alhamdulillah, saya dan Maria berjaya mencapai tahap ini dalam tempoh 1 tahun. Allah banyak memudahkan kami sepanjang perjalanan kami menuju puncak.
 
MASTER COORDINATOR CELEBRATION
 
Untuk makluman anda, sekiranya seseorang itu berjaya mencapai Master Coordinator, pihak Shaklee akan mengajurkan satu majlis yang dinamakan Master Coordinator Celebration.
 
Tujuannya adalah untuk meraikan kejayaan mereka yang telah berhempas pulas, berjuang siang dan malam untuk menjadi MASTER.
 
Pihak Shaklee memperuntukkan sekitar RM50,000 untuk menganjurkan majlis ini bagi setiap Master.
 
Apa yang best, Master yang diraikan bebas untuk memilih mana- mana 5 Star Hotel di seluruh Malaysia untuk diadakan program ini.
 
Dalam program ini, master itu boleh memilih hotel, jadual program, jenis makanan dan bilangan jemputan.
 
Semuanya harus disesuaikan dengan budget RM50,000 yang semuanya diuruskan oleh pihak Shaklee.
 
Ini adalah kali kedua kami menghadiri Master Coordinator Celebration.
 
Kali pertama adalah 3 bulan lepas, iaitu semasa kami masih di rank ke-5 iaitu Key Coordinator. Jemput baca kisahnya ini di sini: Dulu Lawyer, Sekarang Terpaksa Berhenti Kerja!!
 
HOTEL PULLMAN, PUTRAJAYA
 
Untuk makluman anda, mentor kami iaitu Master Laila telah memilih Hotel Pullman Putrajaya sebagai tempat untuk mereka mengadakan majlis Master Coordinator Celebration ini.
 
Sebuah hotel 5-Star yang sangat cantik. Inilah kali pertama saya dan Maria menjejakkan kaki ke hotel ini.
 
 
Bagi saya, Hotel Pullman merupakan sebuah hotel yang sangat cantik. Memang design yang sangat mewah.

 
 
Di sini dipenuhi dengan banner Master Coordinator Celebration bagi meraikan master yang telah berjaya.
 
Acara dimulakan dengan jamuan makan tengah hari secara buffet.


 
Antara jamuan yang dihidangkan. Macam sedap jer !!!!! Bukan macam lagi dah, memang sedap...


Makanan wajib rakyat Malaysia rasanya, satay. Tapi, satay yang kami makan ni memang sangat sedap.


Aper nama saya tak tahu. Maklumlah... Orang kampong. Yang penting, sedap. Belasah ajelah.
 

Nasi turut disediakan untuk para tetamu. Maklumlah. Jamuan makan tengah hari katakan. Mestilah ada nasi. Memandangkan dah hari-hari makan nasi, saya tak makan nasi la. Makan yang lain aja.
 

Pencuci mulut. Nak makan banyak tak boleh, ingat orang lain sama.


Kehadiran pada peringkat awal boleh tahan lagi. Masih ada lagi meja yang kosong.
 


Dipertengahan majlis, orang semakin ramai. Dah tak ade tempat nak duduk. Terpaksalah duduk di tepi tangga, tepi pentas dan mana mana tempat yang boleh duduk.



Pendaftaran tetamu. Semua yang hadir diberikan door gift.



Para tetamu di minta masuk ke dalam dewan terlebih dahulu.


Para master yang lain pula diminta tunggu di luar bagi mengiringi Master Laila yang bakal diraikan.


Sebelum majlis bermula, akan ada perarakan masuk para Master. Sebelum ini kami tengok aje para Masters diumumkan nama sebelum masuk ke dewan. Alhamdulillah, kali ni kami pula hadir sebagai Master, diumumkan nama dan dapat join Master Parade on the Red Carpet. Teruja rasanya :)
 


Para hadirin yang sudah memenuhi dewan menantikan master yang diraikan.


Semua orang berdiri untuk menyasikan perarakan masuk Master Laila dan suaminya.
 

Perarakan masuk Master Laila dan suaminya.


Inilah Master Nur Laila. Berbaju pink baru tiba dan masuk ke dalam dewan.


Majlis dimulakan dengan ucapan pendahuluan daripada wakil Shaklee iaitu Victor Lim selaku President Shaklee Malaysia.



Seterusnya, ucapan daripada mentor kami yang utama iaitu Presidential Master Shariza. Allahuakbar. Ucapan beliau sangat padat dan ringkas. Namun sangat bermakna dan penuh dengan motivasi serta inspirasi.
 
Beliau berkongsi dengan kami semua pengalaman beliau membimbing Master Laila untuk berjaya dalam Shaklee.
 
Lihatlah pemimpin kami, walaupun berpendapatan 6 angka sebulan. Tetapi beliau tetap hidup bersederhana. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Sejuk mata kami memandangnya.
 
 
Seterusnya, Majlis Penganugerahan Master Coordinator buat Master Laila oleh President Shaklee Malaysia, Victor Lim.
 
 
Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Master Laila berkongsi pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan Shaklee secara online ini sejak mula.
 
Perkongsian yang beliau sampaikan semasa majlis itu sungguh memberi motivasi dan inspirasi kepada kami semua.
 
Master Laila berumur 33 tahun, merupakan seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Sebelum ini beliau bekerja sebagai Engineer di sebuah syarikat Petroleum yang terkenal di Malaysia dengan pendapatan 5 angka sebulan. Kini sudah pun menjadi seorang Working-At-Home-Mum (WAHM).  


From Zero to Hero. Dari bonus Shaklee pertama berjumlah RM31, kini beliau berjaya menggenggam bonus 6 angka sebulan.
 
Ikuti perkongsian perjalanan kehidupan dan bisnes beliau sangat menyentuh hati kami yang mendengarnya.
 
SAYA BENCI MLM
 
Pertama sekali, beliau menceritakan sejarah keluarga beliau yang berasal dari Kedah.
 
Semasa beliau masih kecil, ibu bapa beliau menjalankan perniagaan MLM. Orang dulu biasanya sebut dengan 'MENIAGA LARUT MALAM'.
 
Dulu, ibu bapanya sering meninggalkan mereka adik-beradik di rumah dan bertandang ke rumah orang lain semata-mata untuk meeting dan bisnes pelbagai produk MLM. 
 
Pengalaman beliau dan adik-beradik ditinggalkan ibu bapa pada hampir setiap malam meninggalkan satu persepsi negative dalam diri beliau terhadap bisnes MLM.
 
Beliau berjanji dengan diri beliau, beliau tidak akan buat perkara yang sama kepada anak-anaknya.
 
Itu janji beliau.
 
JATUH CINTA DENGAN DENGAN SHAKLEE
 
Beliau berkenalan dengan produk Shaklee secara tidak sengaja. Beliau bersabahat baik dengan Kak Cery ketika semasa sama-sama bekerja.

Beliau hairan melihat Kak Cery sentiasa cergas dan bertenaga walaupun sibuk bekerja, dan masih menyusukan anak mereka yang sebaya.

Beliau pula ketika itu sering keletihan kerana masih menyusukan anak dan sering stress menguruskan anak-anak sendirian kerana suami sering outstation.

Atas nasihat Kak Cery, beliau pun mencuba Set Menyusu Shaklee.
 
Pada waktu itu, beliau mula merasai perbezaan yang sangat ketara. Beliau rasa lebih bertenaga. Tidak lagi rasa penat seperti dulu. Susu badan juga lebih meriah.
 
Beliau sangat-sangat teruja dengan impak positif ini. Beliau mula jatuh cinta dengan produk Shaklee.
 
TAK NAK BUAT BISNES
 
Pada peringkat awal, beliau langsung tak berminat nak buat bisnes. Beliau rasa malu nak menjual dengan orang lain.
 
Beliau pada waktu itu merupakan seorang Engineer di salah sebuah syarikat minyak terbesar di Malaysia.
 
Mana mungkin seorang Engineer nak menjual produk Shaklee dengan orang lain.
 
Beliau 'malu' dan takut orang bertanya, "Tak cukup ke gaji Engineer sampai nak kena buat bisnes Shaklee?"
 
Hakikatnya, beliau memang tak cukup duit pada waktu itu.
 
Memandangkan beliau anak sulung, adakalanya ibu bapa beliau meminta sedikit wang daripada beliau untuk menampung perbelanjaan adik-beradik yang lain.
 
Pernah suatu ketika, ibu menghubungi beliau kerana memerlukan sedikit wang. Namun, disebabkan gaji beliau sendiri pun dah hampir habis pada waktu itu, beliau tidak mampu nak berikan kepada ibunya.
 
"Mak, boleh tak mak tunggu 3 hari lagi bila gaji dah masuk. Nanti saya bagi."
 
Pada waktu itu, beliau tersentap. Beliau menangis.
 
Macam mana seorang 'Engineer' di sebuah syarikat Minyak yang terkenal, yang pangkatnya kelihatan 'gah', tapi masih tak mampu nak bagi duit kepada ibu bapa apabila diperlukan.

Beliau termenung seketika. Menangis dalam diri sendiri bila mengenangkan beliau tidak mampu membantu ibu bapanya.
 
Beliau sedar, beliau perlu melakukan sesuatu untuk mengubah hidup beliau.
 
MALU NAK JUAL SHAKLEE
 
Di pejabat, pada mulanya beliau malu nak menjual produk Shaklee. Perasaan "ego sebagai Engineer, malu nak menjual Shaklee" masih tebal dalam diri beliau.
 
Dalam masa yang sama, ada beberapa rakan di pejabat beliau yang mengandung dan menyusu mengalami pelbagai masalah seperti masalah penyusuan, keletihan dan stress.
 
Namun, beliau rasa masih berasa 'ego' dan malu untuk orang lain tahu yang dia nak jual produk Shaklee.
 
Sehinggalah, pada suatu hari. Beliau berkongsi kisah ini dengan mentor beliau, iaitu Kak Cery.
 
Mulalah Kak Cery menasihatkan beliau.
 
"Laila, kita buat bisnes bukan sebab kita nak menjual. Tapi kita nak bantu orang lain. Kita nak selesaikan masalah orang lain. Kesian kawan you, dia ada masalah. You tak nak tolong."
 
Di situlah beliau mula tersedar, kenapa beliau sanggup membiarkan kawan-kawan beliau menghadapi masalah, sedangkan beliau ada jalan penyelesaiannya?

Selepas itulah, beliau mula berkongsi kebaikan yang dah beliau rasakan dengan menggunakan produk-produk Shaklee. Niat beliau hanyalah untuk berkongsi dan membantu menyelesaikan masalah rakan-rakan, bukan untuk menjual.
 
Disebabkan beliau Engineer, 'ego' masih tinggi. Bayangkan, bulan pertama bonus beliau bermula hanya dengan RM31. Beliau tak menjual pun. Beliau just tolong sorang dua kawan sahaja.
 
Beliau dapat cheque RM31 dari Shaklee, tapi disebabkan ia hanyalah RM31, beliau tak 'clearkan' cheque itu pun.
 
Bulan berganti bulan, permintaan terhadap produk-produk Shaklee di kalangan rakan-rakan semakin tinggi. Semuanya memberikan feedback yang positive. Perniagaan beliau semakin berkembang.
 
Pada waktu itu, baru beliau sedar. SHAKLEE IS MLM.
 
"What !!!!! Shaklee MLM?"
 
Bayangkan, beliau join Shaklee dalam keadaan beliau tak tahu Shaklee tu MLM.
 
"Kan aku dah cakap, aku tak nak buat MLM"
 
Namun, kali ni mentality beliau sudah berubah. Niat beliau menjalankan bisnes ini adalah untuk membantu orang lain. Nak selesaikan masalah orang lain. Nak tambah nilai hidup orang lain.
 
Bak kata Dr Azizan, kalau kita buat bisnes sebab ini. Jangan risau, kita terpaksa jadi kaya.
 
Inilah yang berlaku kepada Master Laila. Beliau bantu selesaikan masalah ramai orang, sebab itu beliau terpaksa jadi kaya.
 
Rupa-rupanya, konsep dalam Shaklee ini sangat berbeza berbanding konsep dalam MLM-MLM yang lain.
 
Syukur Alhamdulillah.
 
Beliau berkongsi, beliau hanya buat bisnes dari rumah sahaja. Beliau buat secara part time sahaja secara online menggunakan facebook dan blog. Tak perlu pergi ke rumah orang atau meeting sehingga larut malam, tak perlu nak bawa stok ke hulu ke hilir. Tak perlu nak bersusah payah macam konvensional MLM.
 
Semuanya dihujung jari sahaja. Jika ada customer order barang. Terus order secara online dan barang terus dihantar kepada customer. As simple as that.
 
CABARAN DALAM PERNIAGAAN DAN KEHIDUPAN
 
Beliau berkongsi pengalaman, perit jerih perjuangan beliau sepanjang 2 tahun menjalankan perniagaan Shaklee ini.
 
Allahuakbar. Saya yang mendengarnya pun rasa sesak dada. Tak dapat saya bayangkan, macam mana beliau hadapi semua itu. Ia bukan sesuatu yang mudah.
 
Beliau berkongsi dengan kami, beliau mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Tidak mempunyai pembantu rumah. Tinggal di Sabah. Suaminya berkerja di pelantar minyak.
 
Pendek kata, semua urusan keluarga beliau yang uruskan.
 
Dengan kerja yang sangat sibuk kerana memegang posisi sangat penting di pejabat, masa beliau bersama anak-anak adalah sangat terhad.
 
Beliau antara yang terawal menghantar anak ke taska dan selalu menjadi yang terakhir mengambil anak di situ.
 
Suatu hari, anak beliau terkena jangkitan kuman di taska. Dalam tempoh 1 hari sahaja, mata kiri anaknya membengkak dengan sangat teruk. Beliau terpaksa membawa anaknya itu ke hospital.
 
Di hospital, anaknya di tahan di wad. Dalam kesibukan itu, beliau terpaksa menghantar dua anak yang lain ke rumah pengasuh semula.
 
Kejadian ini benar benar 'membuatkan' beliau berfikir.
 
Sampai bila beliau harus bekerja begitu. Sampai bila beliau nak 'abaikan' anak-anak. Sampai bila nak berkerja ke hulu ke hilir dan anak- anak tidak terurus dengan baik.
 
Beliau mula nekad, beliau akan buat bisnes Shaklee dengan baik. Beliau berazam untuk membantu lebih ramai orang lain selepas ini.
 
Walaupun sibuk menjalankan tanggung jawab sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak, seorang eksekutif di sebuah syarikat minyak, seorang usahawan Shaklee, beliau berusaha menguruskan masanya sebaik mungkin.
 
Adakalanya, beliau terpaksa tidur lambat dan bangun awal pagi. Inilah sahaja masa yang beliau ada untuk buat bisnes. Di siang hari, beliau lebih sibuk dengan urusan kerja di pejabat.
 
Namun, beliau tidak menjadikan kesukaran ini sebagai satu alasan untuk tidak berjaya. Sebaliknya, beliau ambil semunnya sebagai satu cabaran untuk semakin maju ke hadapan.  


Master Laila berjaya ke puncak Master Coordinator ketika masih bekerja sebagai Engineer. Jadi bagi beliau, tiada alasan jika kita betul-betul mahukan kejayaan itu.
 
Selepas 8 bulan menjadi Master Coordinator, akhirnya beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan menjadi Working-At-Home-Mum (WAHM). Alhamdulilllah kini beliau mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga, disamping menjana pendapatan 6 angka sebulan bersama Shaklee.
 
Inilah antara keputusan terbaik yang telah beliau buat dalam hidup beliau. Tahniah Master Laila!!




Selepas tamat sessi perkongsian dari Master Laila, beliau menayangkan sebuah video yang menunjukkan kisah kejayaan ahli-ahli dalam group beliau. Tak sangka, ada juga gambar kami dalam video yang beliau tayangkan. Teruja rasanya :)


Master Laila menjemput Maria naik ke pentas dan memberikan hadiah atas kejayaan sebagai Master. Terima kasih Master Laila!



Barisan para Masters bergambar bersama Master Laila.
 

Sessi memotong cake bersama ahli keluarga Master Laila.


Majlis berakhir diiringi letupan kecil beserta kilauan kertas bergemerlapan.


 

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Master Celebration. Maria bersama Master Laila, seorang wanita yang penuh dengan kisah inspirasi.
 

 

Ini pula barisan Masters, iaitu para mentor dalam susur galur Shaklee kami. Dari kiri Master Maria, Master Zahirah, Master Laila, Presidential Master Cery, Master Hafsah.



Bersama sebahagian anak-anak didik kami dalam Empayar Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee (MFMS)
 
 

Bersama kakak Maria, Coordinator Kam Haryatie dan suaminya Syed Hafiz. Bakal Master in 2014!! Saje buat gaya Dr Azizan pulak.. hehe..
 
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Sekarang ni kami tengah plan program untuk Master Coordinator kami pula. Tarikhnya belum tahu lagi.
 
InsyaAllah masa event kami nanti, kami akan jemput semua pembaca blog Maria Firdaus untuk sama-sama meraikan kejayaan kami. Ada ke yang nak datang?
 
Kalau anda nak datang, sila click LIKE Button di bawah. Boleh kita budget berapa orang Shaklee perlu sediakan makanan. Hehe..
 
Wassalam...

Tazkirah Dr Ridhuan Tee - Pencetus Ummah

$
0
0
Assalamualaikum,

Buat mereka yang terlepas menonton malam tadi. Boleh tengok.

Satu tazkirah yang memberi keinsafan kepada kita.


Jom..... Kita ramai ramai berbakti kepada ibu bapa kita.

Wassalam.

* Feel Free To LIKE jika anda rasa entri ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.

PENUTUP TIRAI 2013 YANG SANGAT INDAH!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca blog MariaFirdaus.Com.My?

Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat TAHUN BARU 2014 (Walaupun dah lebih separuh bulan January 2014. Hehe..)



Alhamdulillah, Sujud Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat yang tidak terkira kepada kami sekeluarga selama ini.

Bulan DEC 2013 adalah penutup tirai 2013 yang sangat mengujakan buat kami sekeluarga. So just some sharing untuk anda semua, para pembaca yang kami hormati..

1) TOTAL SALES EMPAYAR MFMS MENCECAH RM400,000 SEBULAN


Alhamdulillah, total sales EMPAYAR MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS) pada bulan Dec 2013 telah pun melebihi RM400,000 SEBULAN.

Bila sale bertambah, dah tentu bonus pun semakin bertambah. Syukur Alhamdulillah.

Tapi yang paling kami seronok, bukan bonus kami je yang naik, semakin ramai ahli group kami yang berjaya naik rank dan memperolehi pendapatan 3-4 angka sebulan.

Tiada apa yang lebih menyeronokkan bila melihat anak didik kami semakin maju dan bersemangat dalam bisnes mereka.

Inilah konsep yang kami pegang : Bantu orang lain untuk berjaya, InsyaAllah, Allah akan bantu kita untuk berjaya.

HELP OTHERS TO HELP OTHERS TO HELP OTHERS..

Semoga mereka semua akan dapat membantu lebih ramai orang memiliki kesihatan yang lebih baik, di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.

2) 2 TICKETS TO U.S.A. CONFIRMED!!

Alhamdulillah, pada bulan Oct 2013 lalu, Maria berjaya qualify 1 FREE TICKET TO USA, 5 STARS FULLY SPONSORED BY SHAKLEE (Baca entry di sini :U.S.A AKU DATANG!! )

Dan kini, pada bulan Dec 2013, Maria dah pun berjaya qualify 2 TICKETS TO USA!!

Seronok sangat sebab kami dapat HONEYMOON sekali lagi!! Honeymoon pertama kami 7 tahun dulu pun di Oversea juga, tapi Kota Kinabalu je la. Sebab masa tu kan baru start kerja, so budget memang ciput. Heheh..

Yang bestnya HONEYMOON kali ini adalah FREE!! Cuma bawa duit shopping saja.


Tentative Trip to USA ialah pada 13-20 Aug 2014. InsyaAllah, sempatlah Maria nak kumpul duit untuk SHOPPING AT FACTORY OUTLET!! Activity 'WAJIB' ni.. :)

InsyaAllah, kalau ada lebihan travel point Shaklee untuk tahun ini, kami akan gunakan ia untuk FREE LOCAL TRIP pula. Semoga Allah mudahkan urusan kami ini..

TAHUN 2014 YANG PENUH IMPIAN DAN HARAPAN



Tahun 2014 ini, lebih banyak plan yang sedang kami rancangkan.

Sememangnya, bukan mudah menjadi MASTER COORDINATOR. Ia datang dengan lebih BANYAK TANGGUNGJAWAB.

Terutamanya tanggungjawab kami dalam membantu anak didik kami untuk sama-sama berjaya, malah lebih berjaya dalam bisnes mereka.

Ia bukan satu perkara yang mudah. Tapi InsyaAllah kami akan komited dan berusaha yang terbaik untuk membantu anak didik dalam empayar MFMS kami.


Hanya mereka yang sanggup BELAJAR DAN BERUSAHA bersungguh-sungguh dengan cara yang betul, yang akan berjaya MENGUBAH NASIB DIRI DAN KELUARGA MEREKA.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Semoga tahun 2014 ini akan memberi SINAR KEKAYAAN DAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT kepada kita semua. InsyaAllah. Amin..

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Kam Maria
Shaklee ID : 881455

come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

LAAA..MURAHNYA VITAMIN SHAKLEE NI !!

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar semua para pembaca blog MariaFirdaus.Com.My?
Diharap anda semua sentiasa sihat di samping keluarga tersayang..

Haa..best tak tajuk kali ni?


IF YOU THINK WELLNESS IS EXPENSIVE, THEN TRY ILLNESS!!

Ramai antara kita yang takut nak keluarkan duit untuk supplemen kesihatan. Sebab biasa, mereka ingat semua supplemen adalah mahal, jadi mereka rasa tak mampu.

Sebenarnya, kita semua ada PILIHAN mengikut kemampuan kita.

Setakat ini, memang dah ramai customer yang contact Maria bertanyakan tentang harga vitamin Shaklee. Lepas Maria bagitahu harganya, ramai yang berkata:

"Laaa.. .Murahnya vitamin Shaklee. Sebelum ni saya ingatkan Shaklee ni mahal sangat. Rupanya tak semahal supplemen import yang lain!!"

"Sebab tulah tak pernah nak ambil tahu. Ruginya tak tanya dari awal. Kalau tau macam ni dari dulu lagi saya dah cuba. Memang MAMPU-MILIK!!"

Alhamdulillah. Itulah reaksi yang banyak Maria terima sepanjang setahun menjadi Shaklee Independent Distributor. Sebenarnya, Maria dulu pun pernah sangka Shaklee ni mahal sangat.

Sebab tulah selama beberapa bulan ada juga survey kat blog-blog orang tentang Shaklee. Tapi tak berani nak tanya sebab Maria assumed "MESTI MAHAL NI". Ye lah produk semulajadi dan imported macam ni selalunya mahal-mahal.

Tapi segalanya berubah bila biras sendiri, Ainul menerangkan tentang Shaklee. Ditambah dengan testimony Ainul sendiri. Sejak itulah Maria terbuka hati nak mencuba.

Rugi juga rasanya tak cuba Shaklee dari awal pregnant dulu. Maria cuma mula makan Shaklee dalam 2 minggu sebelum melahirkan Fateh. Alhamdulillah, dapat juga merasa kebaikannya.

Maria rasa sangat cergas, bertenaga sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas melahirkan Fateh pada Sept 2012. Dan Maria juga akan berjaya Fully Breastfeed Baby Fateh sehingga 2 tahun. InsyaAllah.

Kisah ini ada Maria kongsi di sini: SET BERSALIN SHAKLEE MEMANG TERBAIK!! (Sila Click)

SET BAJET KESIHATAN OPTIMUM

Shaklee ada macam-macam produk yang sesuai untuk KESIHATAN SEISI KELUARGA, bermula dari kanak-kanak, lelaki, wanita sehinggalah kepada warga emas.

Jom kita tengok contoh HARGA PASARAN untuk antara SHAKLEE HOT PRODUCT:-



SET BAJET KESIHATAN  OPTIMUM SHAKLEE 
Murah ke Murah?? :)
(Ini adalah Harga Pasaran. Untuk customer kami, ada HARGA DISKAUN ISTIMEWA untuk anda ya!)

Basic Set ni memang sangat sesuai untuk semua orang. Lelaki dan Perempuan.

Set ni pun antara vitamin yang dicadangkan dalam  SET HAMIL, BERSALIN DAN MENYUSU (Sila Click).

Cuba tengok 1 botol vitamin tu boleh dimakan berbulan-bulan untuk seorang. Jadi sebenarnya SUAMI DAN ISTERI boleh makan sama-sama tau. Memang Berbaloi-baloi!!

Ini antara Fungsi yang terdapat dalam SET BAJET KESIHATAN OPTIMUM:-

VITALEA : Multi vitamin & Multi mineral

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
1) Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
2) Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
3) Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
4) Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
5) Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

* Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

BCOMPLEX : Vitamin B Yang Lengkap dan Seimbang

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

 B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

1) B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

2) Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

SUSTAINED-RELEASE VITAMIN C :
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.

Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

KAMI SENTIASA IKUT BAJET PELANGGAN!!

Jangan risau!! Kami memang amat memahami keperluan pelanggan. Memang ada produk PREMIUM yang harga lebih mahal, tapi kami sentiasa memberikan pilihan kepada customer untuk memilih produk yang sesuai dengan budget anda.

Tak rugi kita 'invest' sedikit rezeki yang Allah bagi pada kita untuk menjaga kesihatan tubuh diri dan keluarga kan.

Yang penting, kita mestilah pandai memilih produk yang HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI, DAN BERKESAN.

Alhamdulillah, kami sekeluarga kini YAKIN dengan jenama SHAKLEE yang penting, ia MAMPU-MILIK !!

Untuk para pelanggan kami, ada HARGA ISTIMEWA untuk anda!!
Contact me for more details!!

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

ADVANCED MARKETING POWER 2014 - DONE

$
0
0
Assalamualaikum,

Rasanya, blog ni dah lama tak kena sentuhan jari jemari saya. Mungkin ada seorang dua di antara anda yang dah berkali kali datang ke blog saya dan tanya.

"Kenapa Firdaus dah lama tak update blog? Dia sihat tak?"

Jawapannya. 

"Alhamdulillah, saya sihat. Cumanya sangat sibuk.

Minggu ini jadual saya tersangat pack. Segalanya bermula dari minggu lepas.

Advanced Marketing Power 2014

Tahukah anda, saya salah seorang student Dr Azizan Osman. Dan saya sangat meminati apa yang beliau kongsikan dalam setiap seminar beliau.

Untuk pengetahuan anda, AMP kali ini adalah AMP yang ketiga yang saya pernah hadir. Setiap tahun saya akan hadir ke program AMP bagi mempertajamkan lagi skill marketing saya.

Kali pertama saya hadir tahun 2012, kemudian kali kedua tahun 2013 dan kali ketiga tahun 2014.

Sejujurnya, untuk setiap kali program. Ada saja ilmu baru yang saya pelajari dari segi marketing.

Gambar Sepanjang Program AMP 2014

Hari pertama saya ke program AMP yang bertempat di The Mines Exhibition Hall di Seri Kembangan, kenderaan jamm tersangat teruk.

Saya rasa teramat sukar untuk saya bergerak menuju ke The Mines. Kalau tak silap saya, kenderaan mula jamm 1-2 kilometer dari tempat program. Saya salah seorang yang menambah 'jamm' tersebut.


Baru tiba berhampiran kawasan The Mines. Masalah seterusnya. Nak cari tempat parking. Allahuakbar. Bukan senang nak cari. Terpaksa parking dekat Shopping Complex walaupun parking di situ lebih mahal.


Saya yang baru tiba di tempat program. Bagi saya, tempat ini sangat selesa dan sangat besar berbanding tempat tempat lain sebelum ini. Lebih luas, lebih mudah untuk menguruskan pelbagai perkara. Lebih banyak 'kedai' makan, toilet lebih banyak. Pendek kata, sangat bagus.


Ketika lunch. Saya bergambar bersama dengan Tauke Kedai Pakaian Online Kanak Kanak. Baju baju yang beliau jual sangat cantik dan pada harga yang sangat berpatutan.

Insya Allah, kalau berkesempatan, saya akan berkongsi dengan anda 'kedai' online beliau di blog ini satu hari nanti.



Bila tiba di sana, saya terkejut tiba tiba saya tengok gambar saya ada di sana. Semoga kisah saya ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang lain.


Ayat ni yang 'mahal'. Haha... 'Terpaksa' berhenti kerja. Fuh....Tu yang tak leh tahan.


Berjumpa dengan team saya di sana. 


Ini adalah Program Advance Platinum oleh Dr Azizan. Alhamdulillah, saya dah register untuk program Platinum ini.


Di sana, saya bertemu dengan ramai kawan kawan saya. Antaranya, Pakar FB Ads, Md Latif. Pakar Internet Marketing, Arham. Pakar Offline Marketing. Hafiz dan pasangan masing masing.


Bertemu dengan sahabat sahabat saya di alam maya. Jangan sentap ok. Saya pakai baju kuning tu. Hehe.... Sesekali. Apa salahnya.


Feedback daripada para peserta AMP yang ditulis di board.


Antara komen para peserta.


Bertemu dengan anak didik saya dalam bisnes online. Alhamdulillah, saya lihat banyak perubahan dalam hidup beliau selepas menghadiri AMP ini.


Bertemu Dr Melinda dan suami. Beliau antara rakan bisnes yang mendapatkan khidmat consultation daripada saya. Bagaimana membantu beliau dalam perniagaan online.


Kawan kawan alam maya. Akhirnya kami bertemu di alam nyata. :)


Hari terakhir, saya Arham, Md Latif dan Hafiz bertemu untuk berbincang apa yang kami boleh lakukan untuk memajukan perniagaan kami selepas ini.

Apa Yang Saya Pelajari Dari AMP?

Sejujurnya, apa yang dipelajari daripada AMP kali ini tidak banyak perbezaan dengan apa yang saya pelajari dari AMP yang terdahulu.

Saya tidak salahkan Dr Azizan Osman. Lagipun, majoriti yang join AMP kali ini adalah peserta baru. Jadi, ini semua mungkin akan menjadi 'ilmu baru' buat majoriti peserta.

Tapi, saya tetap gembira. Ini kerana saya dapat refresh ilmu yang telah saya pelajari dahulu.

Disebabkan saya dah pernah menghadiri 2 Seminar AMP sebelum ini, Alhamdulillah. Ilmu saya dalam bidang marketing boleh dikatakan Alhamdulillah. 

Setakat hari ini, dah ramai sahabat yang saya bantu untuk memajukan perniagaan mereka melalui sessi personal consultation yang saya jalankan terhadap mereka.

Saya dapati, bisnes mereka berkembang dengan baik. Syukur Alhamdulillah.

Bertemu Pembaca Blog

Semasa saya di AMP, saya bertemu dengan ramai orang. Ada ramai orang yang sebelum ini merupakan pembaca blog ini buat kali pertamanya mereka 'terserempak' dengan saya.

Mereka menegur saya. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi tegur saya.

Saya mohon maaf sekiranya saya tak sempat nak 'bersembang' lama dengan anda. Harap anda tidak berkecil hati dengan saya.

Perkara Yang Menyentuh Hati Semasa Di AMP

Semasa saya di sana, hati saya tersentuh apabila bertemu dengan seorang pembaca blog saya. Beliau seorang wanita. Beliau OKU.

Beliau hadir ke program ini bersama dengan seorang sahabatnya yang sentiasa membantu beliau dalam banyak perkara.

Allah memberi kesempurnaan kepada beliau dari segi fizikal kecuali Allah tidak memberi kepada beliau nikmat penglihatan.

Semasa kali pertama saya bertemu dengan mereka berdua, saya dapat merasakan yang wanita  disebelah orang yang menegur saya ini ada masalah penglihatan. Di tangan beliau, saya nampak ada tongkat kecil.

Sahabat yang membimbing beliau menegur saya kerana beliau pembaca blog ini. Beliau teruja untuk belajar dengan saya cara buat bisnes Shaklee dengan betul.

Kami berbual seketika, namun tak terlalu lama kerana masa sangat suntuk waktu itu.

Pada sebelah petang, saya 'terserempak' dengan mereka berdua sekali lagi. Waktu itu, saya ajak mereka pergi makan.

Tetapi, mereka menolak dengan baik. 

"Alah, jom la kita pergi makan sekali. Saya belanja."

Saya rasa berbesar hati nak belanja mereka kerana saya suka dengan mereka. Saya suka melihat semangat dan kekuatan mental adik yang ada masalah penglihatan itu. Saya juga kagum dengan semangat menolong yang ada pada sahabat beliau.

Sejujurnya, saya mungkin tak ada 'kekuatan' yang begitu tinggi untuk membantu orang lain. 

Mereka mengalah dan mengikut saya. Di luar dewan, saya ternampak ada orang menjual nasi. Saya membeli nasi buat mereka berdua. 

Semasa makan, saya bersembang dengan mereka berdua. Walaupun saya baru pertama kali bertemu mereka, saya rasa sangat selesa bersembang dengan mereka. Macam dah pernah jumpa sebelum ini.

Mungkin sebab mereka pengikut blog saya. Mereka siap boleh berkongsi dengan saya apa yang saya tulis di blog saya.

Dan yang best, bila sahabat beliau yang OKU penglihatan cakap. "En Firdaus, saya kagum dengar En Firdaus cakap dalam video testimoni yang Dr Azizan buat tu. Macam hebat En. Firdaus ni."

Saya terkejut. Tak sangka, walau pun tak boleh tengok. Tapi beliau mendengar apa yang saya kongsikan di dalam video tersebut.

Di sebabkan saya nampak beliau sangat selesa berbual dengan saya. Akhirnya, saya bertanya kepada beliau mengenai keadaan kehidupan beliau.

"Adik, kenapa adik datang ke program ini?"

"Saya datang. Nak dengar, apa yang saya boleh buat untuk nak majukan diri saya."

Allahuakbar. Pada waktu itu, hanya Allah sahajalah yang tahu perasaan saya.

Jauh di sudut hati saya, saya rasa sebak. Saya rasa kagum dengan semangat beliau. Saya rasa bangga, beliau tidak menjadikan masalah penglihatan beliau sebagai asbab untuk beliau tidak berusaha.

Pada waktu itu, di wajah saya terukir sebuah senyuman. Tetapi, di hati saya 'air mata' saya berlinangan.

Saya kagum melihat beliau yang tidak menjadikan kekurangan dalam diri beliau untuk tidak berusaha bagi memajukan diri.

Kemudian, saya berbual dengan mereka mengenai bisnes Shaklee. Kawan beliau yang selalu bantu beliau buat bisnes Shaklee. So, mereka ingin mendapatkan beberapa tips daripada saya.

Kemudian, saya berbual dengan adik OKU ini. Saya saja nak tahu mengenai kisah kehidupan beliau. Biasanya saya tak berani tanya soalan ini. Sebab mungkin ia satu isu sensatif bagi sesetengah orang. Tetapi, di sebabkan saya nampak adik yang OKU ini mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Saya rasa mahu tahu lebih detail mengenai kehidupan beliau.

"Adik, selalunya kalau adik nak pergi ke satu satu tempat macam mana? Adikkan tak nampak."

"En Firdaus. Syukur sangat. Saya ada kawan. Kawan saya Anis ni lah yang selalu bantu saya. Dia rakan sekerja dengan saya. Dah bertahun tahun, Anis ni lah yang banyak sangat tolong saya."

Allahuakbar. Kali ini, hati saya tersentuh dengan kebaikan Anis pula.

Bagi saya, bukan mudah untuk seseorang diberi kekuatan untuk membantu orang lain seperti yang Anis lakukan.

"Dalam banyak perkara, kalau saya nak gerak ke mana mana. Anis la yang banyak membantu."

"Baiknya Anis. Semoga Allah bagi ganjaran syurga untuk Anis. Saya suka la, Anis suka tolong orang. Bukan semua orang mampu buat macam yang Anis buat."

Kemudian, saya bertanya kepada mereka.

"Korang datang berdua saja ka?"

"Tak, kita orang datang dengan suami."

Alhamdulillah. Rupanya, adik yang OKU ni pun sudah berkahwin.

"Suami saya pun OKU juga En. Firdaus. Ada masalah penglihatan, sama macam saya juga."

Saya bertambah kagum.

"Habis tu, dia duduk dengan siapa sekarang?"

"Dia dengan kawan dia."

"Adik... Kalau saya tanya, jangan kecil hati yer"saya bertanya.

"Tak per, En Firdaus tanya saja. Saya ok."

"Dalam diri adik, ada rasa rendah diri tak. Maksud saya kurang keyakinan diri sebab ada masalah penglihatan ni."

"Tak lah En Firdaus. Saya dah biasa. Saya bersyukur dengan apa yang Allah bagi kat saya"

Sebak hati saya mendengarnya.

Kemudian saya bertanya.

"Adik cakap tadi adik kerja, kerja di mana? Lepas tu, macam mana adik pergi kerja?"

Saya mahu tahu lebih detail mengenai adik ini.

"Saya tinggal di Putrajaya. Saya kerja pun di Putrajaya. Saya pergi kerja naik bas."

Fuh..... Semakin menarik. Terus saya terfikir, macam mana dia tahu nak naik bas yang betul. Macam mana nak turun bas. Macam mana nak jalan pergi ke pejabat.

"Adik, saya nak tanya. Betul ker, bila Allah tak beri nikmat penglihatan kepada adik, Allah beri ketajaman pendengaran dan kekuatan untuk menghafal untuk adik? Sebab, saya rasa adik mesti ada daya ingatan yang kuat untuk ingat jalan nak belok kiri atau kanan."

"Alhamdulillah. Betul tu. Saya keluar rumah sendiri pergi ke bus stop. Kemudian, saya naik bas sendiri. Saya akan cakap kepada driver bas di mana saya nak turun. Biasanya, driver bas dah tahu tempat saya nak turun. Lepas tu, saya akan gerak ke pejabat sendiri. Alhamdulillah, saya dah 'ingat' jalan untuk ke pejabat saya lepas turun bas"beliau berkongsi dengan saya.

"Suami adik kerja di mana pulak?"

"Oh.. Suami saya kerja di KL. Kerja urut tapak kaki. Dia pun pergi kerja di KL naik bas."

Allahuakbar. Kuat sungguh keazaman mereka. Mereka tidak menjadikan kekurangan dalam hidup mereka sebagai asbab untuk mereka tidak berusaha.

"Adik, biasanya. Macam mana adik nak membiasakan diri dengan sesuatu tempat? Di rumah ke, dekat tempat kerja ka? Macam mana yer..."

"Biasanya, kalau tempat baru. Saya kena ada orang bantu saya. Kena ada orang yang cakap benda ni di mana, benda tu di mana. Lama lama, saya akan ingat la. Lepas tu, saya dah boleh buat semua sendiri. Macam dalam rumah saya, semua barang saya tahu saya letak di mana. Saya boleh cari sendiri. Sebab dah biasa."

Subhanallah. Saya cuba mengikuti perjuangan hidup suami isteri yang OKU.

"Adik ada anak tak?"

"Ada. 1 orang. Anak saya dah Darjah 4,"beliau menjawab.

Dari cara beliau jawab itu, saya nampak perubahan reaksi di wajah beliau yang kelihatan gembira bila saya tanya pasal anak. Seolah olah, satu tanda kesyukuran terpancar di wajah beliau.

"Minta maaf adik. Saya nak tanya. Anak adik tu ok ker? Maksud saya, ada masalah penglihatan tak?"

"Alhamdulillah. Dia ok. Sekarang dia dah Darjah 4. Dalam keluarga kami sekarang, dialah yang banyak bantu kami. Syukur sangat. Alhamdulillah."

Saya tumpang gembira dengan nikmat anak yang Allah berikan kepada beliau.

Teringat saya kepada maksud di dalam surah Al Insyirah, "Setiap kesusahan akan disertai dengan kesenangan"

Dua kali Allah mengulang ayat tersebut di dalam surah berkenaan. Mungkin, anak inilah kesenangan yang diberikan kepada mereka berdua selepas sekian lama hidup dalam 'kegelapan'. Anak ini memberi sinar cahaya buat mereka.

Tidak lama selepas itu, kami terpaksa membawa haluan masing masing kerana hendak menunaikan Solat Maghrib.

Sebelum berpisah. Saya memberi sedikit duit kepada sahabat yang membimbing beliau. Saya gunakan bahasa isyarat, "Berikan duit ini kepada adik ini."

Saya tak nak beri terus kepada beliau. Takut beliau tak nak terima.

Adakalanya, Allah mempertemukan kita dengan seseorang sebab Allah nak ajar kita banyak perkara.

Allah nak didik saya erti bersyukur. Bersyukur dengan nikmat mata yang Allah beri kepada saya.

Nikmat kesenangan yang Allah berikan kepada saya. Mungkin Allah nak 'uji' saya sebenarnya. Nak tengok sejauh mana saya nak bantu mereka.

Hidup sememangnya penuh dengan ujian. Semua ujian ini didatangkan kepada kita untuk menguji mana yang kuat dan mana yang lemah. Mana yang beriman dan mana yang tidak.

Semoga, Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat kedua dua adik yang saya temui ini. Semoga Allah merahmati mereka, memberikan yang terbaik kepada mereka. Dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

"Life is like a book. Some chapters sad. Some happy. Some more exciting. But if you never turn the page, you will never know. What the next chapter holds"

* Kepada para pembaca sekalian, mohon agar kita semua dapat mendoakan kedua dua adik ini dipermudahkan hidup mereka. Di dunia dan di akhirat.

* Kepada adik Anis. Boleh tak hubungi saya di FB saya. Saya nak bantu Anis lagi supaya bisnes Shaklee Anis semakin berkembang walaupun kita berlainan group.

Inilah pengalaman yang sukar untuk saya lupakan semasa saya menghadiri program AMP kali ini.

Semoga semua ilmu yang saya peroleh dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

Wassalam.

* Jika anda suka entri ini, mohon anda tekan LIKE button di bawah.

Siri Ceramah Motivasi Usahawan & Pelajar Cemerlang

$
0
0
Assalamualaikum,

Minggu lepas, saya 'dihujani' dengan jemputan ceramah motivasi keusahawanan dan pelajar cemerlang.

Ia sudah dirancang sejak sebulan yang lepas.

Saya menerima jemputan daripada :

i. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ( POLIMAS )
     a. Keusahawanan Kerjaya Pilihan
     b. Strategy Pemasaran - Rahsia Menarik Kekayaan

ii. MRSM PDRM, Kulim
     a. Motivasi Usahawan

iii. MRSM Kepala Batas
     a. Menjadi Pelajar Terbilang - Rahsia Pelajar Cemerlang
     b. Intensif Mentor Keusahawanan

Ceramah Motivasi Keusahawanan Di Polimas

Motivasi di POLIMAS ini di adakan pada 22 Januari 2014.

Jitra terletak lebih kurang 140km dari rumah saya. Memandangkan program bermula jam 8.30 pagi. Saya tiada pilihan melainkan keluar dari rumah jam 5.30 pagi.


Pintu gerbang POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Ia sebuah politeknik yang sangat cantik dari segi prasarana untuk kemudahan pelajar.


Ucapan pembukaan oleh Encik Mohd Nazri selaku wakil pihak pengurusan POLIMAS.


Saya mula berkongsi dengan para pelajar mengenai latar belakang saya, bisnes yang saya jalankan.


Dulu Engineer - Sekarang Buat Bisnes. "Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang". Hehe...


Antara pelajar yang hadir dalam dewan seminar berkenaan. Mereka adalah pelajar tahun akhir Semester 6 bahagian Mechanical Engineering.


Dalam motivasi yang saya berikan, saya kongsikan video saya. Saya berkongsi dengan para pelajar betapa pentingnya untuk kita mencari mentor yang betul kalau kita nak buat bisnes.


Sebelum berakhir sessi pertama, saya buat kuiz untuk para pelajar. Hadiahnya, Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Anda boleh dapatkan Ebook ini di sini :  www.rahsiapelajarcemerlang.com


Soalan daripada salah seorang pelajar.


Ini pula sessi yang kedua. Saya berkongsi topik, "Strategi Pemasaran - Rahsia Menarik Kekayaan". Saya kongsikan dengan mereka apa strategy yang saya gunakan sehingga saya berjaya develop bisnes saya dalam tempoh yang singkat. Alhamdulillah.


Para pelajar khusyuk mendengar perkongsian yang saya  berikan.


Ada aktiviti di kalangan pelajar. Pengajaran, "Benda yang kita nampak dan rasa susah, sebenarnya mudah kalau kita tahu caranya."


Wahhh..... Semakin serius saya. Ada kalanya, kita perlu lebih serius untuk memberi kesedaran kepada anak bangsa.


Mereka ini adalah pelajar SEM 2. Mereka yang bertanggung jawab dalam menguruskan program ini untuk para pelajar SEM 6.

Perkongsian Di MRSM PDRM

Pada hari Khamis pula, saya dijemput untuk ke MRSM PDRM. Saya di minta untuk berkongsi dengan para pelajar Tingkatan 4 mengenai kerjaya yang perlu mereka pilih selepas ini.

Tapi, saya lebih fokus kepada perkongsian mengapa perlu buat bisnes suatu hari nanti.


Di pintu masuk MRSM PDRM


Memandangkan ceramah ini pada waktu petang. Anda boleh bayangkan muka 'poyo' sedikit pelajar yang macam mengantuk sket.

So, kita urut urut lah sket. Bagi semua bangun.


Pelajar lelaki pun sama. Baru mereka nampak segar sket.


Salah seorang pelajar berkongsi masalah masalah yang terdapat di MRSM PDRM. Ini kerana, saya sedang merancang bisnes untuk mereka. Bisnes terhasil disebabkan adanya masalah. Jika ada masalah, adalah peluang. Di mana ada peluang, di situ ada wang.


Wahhh.... Bersemangat gitu....


Para pelajar yang bersemangat. Mendengar perkongsian daripada saya.


Pandangan dari belakang dewan.


Macam serius aje. Hehe.. Tak der la. Dulu saya selalu serius kalau bagi ceramah. Sekarang tak lagi. Saya dah pandai 'buat lawak' sket.


Berkongsi lagu Tegar dengan para pelajar. "Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang".


Para pelajar bersemangat untuk menyanyi bersama.


Pelajar perempuan tidak ketinggalan. Semuanya nak jadi jutawan ni. Hehe.. Amin.

Jemputan Di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang

Hari Sabtu pula, saya menerima jemputan untuk berkongsi dengan para pelajar di MRSM Kepala Batas.

Kali ini, ada dua topik yang saya kongsikan. Untuk bahagian pertama, saya berkongsi Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang dan bahagian kedua saya kongsikan Motivasi Usahawan.

Alhamdulillah, seramai 160 pelajar Tingkatan 4 yang bersemangat untuk mendengar perkongsian daripada saya.


Pintu masuk MRSM Kepala Batas.


Bangunan bahagian pentadbiran MRSM Kepala Batas.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa.


Salah seorang pelajar mengetuai bacaan doa.


Wajah wajah ahli syurga Insya Allah. Untuk pengetahuan anda, MRSM Kepala Batas adalah MRSM Ulul Albab. Di mana semua pelajar di sini di wajibkan untuk menghafal Al Quran. Dan hampir semua mereka sudah pun menghafal 30 Juzuk Al Quran. Tahniah kepada mereka.


Saya minta mereka memikirkan. Kenapa mereka perlu jadi pelajar cemerlang? Apakah push factor mereka?  Saya nak mereka sedar. Mereka perlu jadi pelajar cemerlang.


Ada yang mula menangis bila memikirkan. Mengapa dan untuk siapa mereka perlu jadi pelajar cemerlang.


Ramai yang menundukkan wajah mereka ke bawah bila memikirkan, "Mengapa mereka perlu do their best in their study."

Dari kejauhan, saya terdengar tangisan mereka. Adakalanya, kita perlu push mereka to their limit untuk mereka lakukan yang terbaik dalam hidup mereka.

Untuk pengetahuan anda, ini lah kali pertama. Saya menyelitkan unsur emosi yang tinggi. Saya tekankan betul betul mengapa perlu mereka menjadi pelajar cemerlang. Sehingga, ramai yang tunduk. Menginsafi, mereka perlu buat yang terbaik dalam hidup mereka.


Para pelajar di minta berbincang, apa yang mereka pelajari dari sessi yang pertama tadi.


A berbincang dengan B. Apa yang mereka faham dari sessi yang pertama tadi.


Tayangan video. Mengapa orang Melayu perlu kaya. Ini salah satu sebab saya sanggup hadir ke program sebegini walaupun saya sibuk. Perjuangan membantu anak bangsa. Agar bangsa saya lebih berjaya satu hari nanti.


Para pelajar yang khusyuk menonton video ringkas di permulaan sessi ceramah motivasi keusahawanan.


Fokus !!! Fokus !!!!


Saya berikan hadiah kepada mereka yang menjawab soalan daripada saya.


Berkongsi Rahsia Kejayaan Seorang Usahawan. Kalau saya berceramah, saya suka pakai wireless microphone. Lebih mudah untuk saya bergerak.


Lagi tayangan video. Yang di hadapan sekali ini, Adik Danial. Alhamdulillah. Sudah pun habis menghafal 30 Juzuk Al Quran. Tahniah.

Alhamdulillah. Habislah 'tanggung jawab' saya dalam membantu mereka yang memerlukan. Saya rasakan, dalam kesibukan saya. Saya perlu selitkan sedikit masa untuk mencari 'pencen kubur' saya nanti.

Saya tak mampu nak ubah dunia. Saya tak mampu nak ubah rakyat Malaysia. Tapi, mungkin saya mampu mengubah seorang dua daripada mereka. Manalah tahu, selepas mereka mendengar perkongsian daripada saya. Terdetik hati mereka nak buat bisnes satu hari nanti.

Manalah tahu... Dah terpaksa jadi jutawan satu hari nanti. Dah terpaksa bantu ramai orang nanti. Dah terpaksa keluarkan lebih zakat nanti.

Mungkin, ini lah pencen kubur yang akan saya dapat nanti. Mudah mudahan, ia memberi sedikit sinar cahaya buat saya di sana nanti.

Wassalam

Part 1 : Abah !!! Damailah Engkau Di Sana

$
0
0
Assalamualaikum,

2 Februari 2014 - Satu hari yang meninggalkan seribu satu kenangan buat saya sekeluarga.

Ia hari yang menyedihkan buat kami semua. Ini kerana Ayahanda saya, Haji Mat Saad Bin Hassan telah kembali ke Rahmatulllah.

Kisah Abah

Abah saya berusia 69 tahun. Alhamdulillah, sepanjang hidup abah jarang mengalami masalah kesihatan yang serius walaupun masih mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis. Tapi, kedua duanya terkawal dan tidak serius.

Di Parit Buntar, abah merupakan Pengerusi Surau An Najah, Simpang 4 & Pengerusi Masjid Hijau, Kampung Kedah di samping memegang jawatan dalam Pertubuhan Pelandang Kawasan Parit Buntar,

Alhamdulillah, abah memang banyak menyumbang kepada masyarakat di sini. Jika ada kematian, kenduri, majlis tahlil, abahlah antara yang terawal datang untuk membantu mereka yang memerlukan. Syukur Alhamdulillah, sepanjang hidup abah ringan tulang untuk membantu orang lain.

Kenduri Di Rumah Bisan Di Melaka

Bulan lepas, kami sekeluarga menerima jemputan daripada bisan abah di Melaka untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak mereka.

Abah dan mak berhasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Pada masa yang sama, Abah dan Mak juga nak berjalan ke rumah adik saya di Bangi sebelum ke Melaka.

Pada hari Selasa, 28 Januari 2014. Saya sekeluarga bergerak ke Bangi untuk menghantar Mak dan Abah ke rumah adik saya di sana. 

Saya kemudiannya bergerak ke Gambang, Kuantan Pahang untuk menghadiri program Train The Trainers anjuran Dr Azizan Osman selama 5 hari.

Pada 31 Januari 2014, hari Jumaat, Mak & Abah serta keluarga adik saya bergerak menuju ke Ayer Molek Melaka dan tinggal di Homestay di sana. Majlis perkahwinan pada hari Sabtu. Mereka saja datang awal bagi meraikan keluarga pengantin di sana.

Hari Sabtu, majlis berjalan dengan lancar. Mak & Abah serta adik saya semuanya pulang ke rumah Homestay yang di sewa.

Abah Sakit Perut Yang Serius

Pada hari Ahad pagi, sekitar jam 8.30 Abah mula mengalami masalah sakit perut yang serius. Pada waktu itu, Abah baru selesai berwudhuk bagi menunaikan Solat Dhuha.

Namun, semuanya terbantut kerana sakit perut yang melampau.

"Aduh.... Duha, Abah sakit perut teruk ni. Tak boleh tahan ni.... Allahhhhhh !!!!", Abah mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

Emak saya pula terus mengambil minyak panas untuk digosok di perut abah.

Abah muntah-muntah, loya dan sudah rasa macam nak pengsan. 

Mula mula, Mak dan adik saya sangka mungkin abah tersalah makan ataupun perut abah kosong. So, adik saya cepat cepat bergegas keluar untuk mencari makanan.

Setiba di rumah, Abah dah ok sikit. Tapi, sudah tidak bertenaga. Abah macam dah tak lalu nak makan.

Disebabkan keadaan abah dah ok sket, mereka buat keputusan untuk  bergegas pulang ke Bangi segera. 

Jam 11 pagi, mereka bergerak dari Melaka ke Bangi.

Ketika dalam perjalanan, ketika berada di Senawang. Adik saya ternampak di cermin yang nafas Abah dalam keadaan tersekat. Macam dah tarik.

Adik saya segera memberhentikan kenderaan di tepi dan kemudian terus masuk ke pintu di bahagian belakang bagi melihat keadaan Abah.

Melihat keadaan Abah yang serius, adik ipar saya terus membawa kereta menuju ke Senawang Specialist Hospital.

Dalam kereta, keadaan Abah bertambah kritikal. Adik saya mengajar Abah untuk mengucap beberapa kali.

Dalam keadaan separuh sedar, Abah mengucapkan "Lailahaillallah, Allahuakbar" sebanyak dua kali sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

Semasa tiba di Hospital, Abah terus di bawa ke Wad Kecemasan dan diangkat naik ke atas katil. Pada waktu itu, Abah sudah tidak sedarkan diri.

Doktor meletakkan wayar di badan Abah untuk mengesan denyutan nadi. Di skrin komputer, denyutan nadi Abah berada di tahap yang sangat rendah. 

Sehinggalah tiba tiba, mesin itu berbunyi... "Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit" tanpa hati sambil menunjukkan garisan lurus.

"Innalillahiwainnailaihirajiun". Abah sudah tiada lagi di dunia ini.

Di bilik kecemasan, semua orang berasa terkejut. Mak cuba menenangkan diri dengan berselawat sebanyak mungkin. Adik saya menangis memeluk Abah.

Suasana pilu menyelubungi bilik kecemasan.

Adik ipar saya, Ainul terus menghubungi kami adik beradik yang lain. Memaklumkan berita pemergian Abah yang tersayang.

Syukur Adik Beradik Semuanya Ada Di KL

Untuk pengetahuan anda, pernah terlintas di hati saya. Jika ada 'kematian' dalam keluarga saya, macam manalah agaknya keadaannya.

Ini kerana semua adik beradik saya berkerja jauh. Abang sulung bekerja di Jakarta, Indonesia. Abang kedua di Kubang Kerian, Kelantan dan adik saya berkerja di Bintulu, Sarawak.

Syukur Alhamdulillah, pada hari kejadian. Abang saya di Indonesia sedang bercuti selama seminggu dan berada di Shah Alam. Abang saya yang kedua, bercuti Tahun Baru Cina dan masih berada di Kuala Lumpur. Adik saya juga bercuti sebab majlis perkahwinan adik iparnya di Melaka.

Kiranya, mereka bertiga berada tidak jauh dari Senawang.

Selepas menerima berita yang mengejutkan ini, kedua dua abang saya terus bergegas ke Senawang. Dalam tempoh kurang 1 jam, mereka tiba di sana.

Saya Tidak Dapat Dihubungi

Pada waktu itu, saya berada di Gambang, Kuantan Pahang kerana menghadiri kursus Train The Trainers selama 5 hari di sana. Hari Ahad tersebut merupakan hari terakhir.

Semasa di sana, kami para peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon. So, saya ambil keputusan untuk tutup phone saya.

Disebabkan itu, Maria tidak dapat menghubungi saya untuk memaklumkan kepada saya berita ini.

Semua adik beradik saya cuba menghubungi saya, namun tak seorang pun berjaya.

Akhirnya, Maria buat posting di Facebook dan Tag nama saya meminta tolong mereka yang berada di Gambang untuk mencari saya.

Disebabkan ramai rakan-rakan saya staff Richworks dan mereka juga berada di sana. Mereka terus mencari saya selepas mendapat tahu berita tersebut.

Saya hanya dapat dikesan pada waktu rehat, sekitar jam 2.00 petang.

Selepas mendapat berita tersebut, saya terus menghubungi Maria. Selepas mendapat pengesahan apa yang berlaku, saya terus mengemas semua pakaian saya dan bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Masalah saya tidak berakhir di situ. 

Masalah utama, saya ke Gambang menaiki kereta kawan saya. So, saya tiada pilihan melainkan terpaksa balik ke Kuala Lumpur dengan kereta kawan saya.

Masalah seterusnya, di mana saya nak cari kawan saya ini. Saya tidak dapat menghubungi beliau kerana beliau turut menutup telefon.

Allahuakbar. 

Kemudian, saya berdoa kepada Allah agar ditunjukkan di mana kawan saya ini berada.

Hati saya terdetik untuk mencari sahabat saya ini di Surau, berhampiran tempat program dijalankan.

Alhamdulillah, telahan saya tepat. Syukur.

Saya memaklumkan kepada beliau dan terus meminta kunci kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur bagi mengambil kereta saya di Keramat.

Saya minta beliau tumpang sesiapa di Gambang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Perjalanan Pulang Yang Meletihkan

Saya bergerak pulang dari Gambang sekitar jam 2.30 petang. Masalahnya pada waktu itu, saya berada dalam keadaan yang sangat letih.

Saya bangun pagi itu seawal jam 4.00 pagi bagi program Qiamullail.

Kemudian kami ada aktiviti berjogging beberapa kilometer sebelum aktiviti renang.

Energy saya pada petang itu agak low. Allahuakbar.

Saya berdoa kepada Allah, agar perjalanan saya ini dipermudahkan Allah.

Perjalanan dari Gambang menuju ke Bentong agak lancar. Saya memecut pada kelajuan sekitar 140km-150km sejam.

Perjalanan terbantut ketika saya mula sampai di kawasan Genting Sempah di mana kawasan itu berbukit.

Memandangkan hari itu hari Ahad dan musim cuti Tahun Baru Cina, kereta di lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur sangat sesak.

Saya tiada pilihan, saya memotong menggunakan laluan kecemasan. Saya berikan lampu kecemasan dan terus berada di lorong kiri hampir sepanjang perjalanan di situ.

Dalam hati saya berdoa, "Ya Allah, permudahkan perjalanan saya."

Saya tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 6.00 petang. 

Saya ke rumah Mak mertua saya untuk ambil kereta saya dan tinggalkan kereta kawan saya di situ.

Saya bergerak dari KL sekitar jam 6.30 petang dan hanya tiba di rumah sekitar jam 10.30 malam.

Membawa Pulang Jenazah Ke Rumah

Di Hospital Senawang, adik dan abang saya menguruskan jenazah Abah. Selepas dibuat pemeriksaan dan pengesahan, jenazah dapat dibawa keluar dari hospital sekitar jam 3.00 petang.

Mereka hanya tiba di rumah saya di Parit Buntar sekitar jam 9.30 malam.

Di rumah, segala persiapan sudah pun di atur oleh Maria dan pembantu rumah saya. Katil semuanya sudah di atur.

Ketika jenazah tiba di rumah, sudah ramai ahli keluarga yang lain dan jiran jiran yang sudah menunggu di rumah saya.

Saya Tiba Di Rumah Jam 10.30 Malam

Sepanjang perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Parit Buntar, saya agak keletihan. Bayangkan, saya bangun jam 4.00 pagi dan langsung tidak mempunyai rehat yang cukup. 

Saya drive pulang dari Gambang ke Kuala Lumpur selama 3 jam setengah. Kemudian dari KL ke Parit Buntar selama 4 jam setengah.

Syukur Alhamdulillah, saya ada menggunakan supplemen Shaklee. Sedikit sebanyak, ia memberi tenaga tambahan kepada saya.

Saya hanya tiba di rumah saya sekitar jam 10.30 malam.  

Setiba di rumah, saya lihat rumah saya sudah di penuhi dengan orang ramai. Saya bersalam dengan para tetamu yang rata ratanya terdiri daripada saudara mara saya dan orang kampung.

Ramai yang mengucapkan takziah kepada saya.

Saya terus masuk ke dalam rumah. Ramai tetamu yang sedang membaca Tahlil dan doa untuk arwah ayah saya.

Saya terus menuju ke jenazah ayah saya. Saya buka penutup muka, saya peluk ayah saya dan mencium beliau di dahi.

Allahuakbar. 

Wajah yang saya lihat selama 33 tahun dalam keadaan bernyawa, kini sudah tiada. Meninggalkan kami semua buat selama lamanya.

                              

Sekujur badan, berselimut putih.

Saya cuba mengawal perasaan sedih itu. 

Kemudian, saya menyertai mereka yang sedang membaca Tahlil. Selepas habis tahlil, saya meminta kepada imam tersebut untuk membacakan doa untuk arwah abah.

Saya bacakan dalam bahasa Melayu agar semua orang lebih mudah faham. Bercucuran air mata saya mengalir menghayati doa yang saya baca itu.

Allahuakbar.

Sebak rasanya. Dulu, saya bacakan untuk Arwah Nenek saya, kemudian untuk Arwah Kakak saya, kini untuk Arwah Ayah saya pula.

Ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Pada malam tersebut, kami adik beradik bergilir gilir membaca Al Quran di sisi abah. Kami hadiahkan pahala bacaan tersebut untuk Abah.

Memandikan & Mengkafankan Mayat Arwah Abah

Sejak saya berusia 19 tahun lagi, saya sudah belajar bab pengurusan jenazah. Selepas menghadiri satu kursus pengurusan jenazah, hati saya terus terpanggil untuk belajar lebih mendalam pengurusan jenazah.

Sejak dari dulu lagi, saya dah berazam. Jika berlaku kematian dalam keluarga saya. Saya dan adik beradik yang lain mesti menguruskannya sendiri.

Sebab itulah yang terbaik.

Pada sebelah malam, saya berjumpa dengan imam yang tugasnya untuk memandikan jenazah dan bersembang dengan beliau.

"Haji, esok saya minta haji untuk bantu saya dan adik beradik saya memandikan jenazah abah saya. Kami akan mandikan sendiri, saya minta haji datang tengok dan bantu kami sahaja."

"Alhamdulillah, itu yang sebaiknya."Balas haji tersebut.

Pada pagi tersebut, apabila tiba masanya. Saya dan adik beradik yang lain sudah bersedia untuk memandikan jenazah abah.

Kami 4 beradik, dibantu oleh seorang sepupu kami dan juga seorang anak abang saya. Orang lain, kami tak benarkan masuk atau melihat kawasan memandikan jenazah tersebut.

Memang seharusnya begitu. 

Seharusnya, jenazah diuruskan oleh ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak perlu dijadikan 'wayang' untuk ditonton oleh orang lain yang tidak berkaitan.

Semasa kami memandikan jenazah abah, kami lakukan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Kami buat secermat mungkin.

Mana mungkin kami buat kasar, kami sedang memandikan jasad arwah abah kami sendiri.

Kami mulakan dengan berniat untuk memandikan mayat. Kami ratakan air diseluruh badan. Kami sabunkan seluruh badan. Kami gosok dengan tangan dan kami bersihkan kembali dengan air bersih.

Semasa mandi, hati saya tersentuh bila adik saya mengatakan, "Abah mesti bangga dengan kita sebab kita mandikan sendiri mayat dia."

Allahuakbar. Hampir mengalir air mata saya menahan kesedihan.

Antara waktu yang paling menyedihkan saya adalah ketika saya mencuci mata arwah abah, ketika saya buka kelopak matanya. Saya terpandang matanya.

Allah Allah... Mata itulah yang saya lihat selama ini, namun hari ini mata itu sudah tidak mampu untuk melihat lagi. Mata itu sudah tertutup rapat. Rapat buat selama lamanya.

Akhir sekali, kami mengambil wudhuk untuk arwah abah.

Sepanjang tempoh ini, kami perhatikan. Dua orang yang bertugas untuk memerhatikan kami (Seorang Imam dan Pembantu) terharu dengan apa yang kami lakukan. 

Sebelum habis, saya perhatikan wajah imam tersebut sangat sayu. Bila saya tanya mengapa? 

Beliau jawab, "Saya tak tahu, kalau saya mati esok. Anak anak saya akan mandikan saya macam ni tak?"

Allahuakbar. Tersentuh hati saya mendengarnya.

Selepas habis memandikan jenazah, saya membaca sedikit doa ringkas agar Allah menerima kembali Abah dalam keadaan bersih.

Selepas itu, kami semua mengangkat Abah ke hadapan untuk dikafankan. Kami adik beradik menguruskan sendiri proses mengkafankan jenazah ini sambil dibantu oleh dua orang imam tadi.

Apabila semua sudah hampir ditutup, kami semua adik beradik mengambil giliran untuk mencium abah buat kali terakhir.

Apabila tiba giliran saya, saya berbisik di telinga abah. "Abah, kita jumpa lagi di syurga ya Abah. Terima kasih kerana membesarkan Daus. Selamat tinggal Abah."

Saya kucup dahi abah buat kali terakhir. Air mata saya mengalir. Sudah tidak dapat ditahan lagi.

Kemudian, kami memasukkan jenazah Abah ke dalam keranda sebelum diangkat untuk keluar rumah.

Semasa di pintu rumah, saya membuat sedikit ucapan ringkas untuk para tetamu.

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Tuan dan Puan Puan kerana sudi hadir untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah ayah saya.

Tuan tuan, saya ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan kepada tuan tuan semua.

Yang pertama, saya mewakili keluarga saya ingin meminta tuan puan semua memaafkan arwah ayah saya sekiranya semasa hayat beliau, beliau ada melakukan kesilapan dan kesalahan dengan tuan puan, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.

Yang kedua, saya meminta sekiranya semasa hidup, ayah saya ada berhutang dengan Tuan Puan, saya mohon tuan puan datang berjumpa dengan kami untuk menuntut hutang tersebut.

Yang ketiga, saya mohon tuan puan dapat mendoakan arwah ayah saya ini semoga beliau termasuk dalam golongan hamba hamba yang soleh dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Yang keempat, marilah kita semua sama sama mengambil pengajaran daripada kematian ayah saya ini. Kita harus sedar, mati boleh datang pada bila bila masa dan kita harus bersedia sentiasa. Kita kena ingat, kita juga akan mati satu hari nanti.

Sebelum kita membawa jenazah pergi, saya mohon tuan tuan semua mengaminkan doa yang saya baca ini.

Al Fatihah.

Saya kemudiannya membaca doa untuk arwah abah saya. 

Allahuakbar. Berjujuran air mata saya mengalir semasa membaca doa ini. Ramai di kalangan hadirin yang sebak dengan bacaan doa yang saya baca.

Ini kerana saya membacanya dalam bahasa Melayu. Saya mahu semua orang faham apa yang saya bacakan.

Selepas itu, mayat dimasukkan ke dalam van untuk dibawa ke masjid.


Jenazah Arwah Abah di dalam van menuju ke masjid. Alhamdulillah, semasa hidup. Arwah Abah memang sering melalui jalan ini untuk ke masjid. Hari ini, jalan yang sama digunakan untuk membawa jenazah beliau. Semoga jalan jalan ini akan menjadi saksi bahawa beliau seorang yang rajin menunaikan solat berjemaah di masjid.


Pemandangan di dalam van jenazah. Di belakang itu adalah Pak Su saya iaitu adik arwah abah.


Dalam van, anak saudara saya, Yusuf yang rapat dengan Wan menangis kesedihan.


Antara tetamu yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat jenazah. Saya mengimamkan sendiri solat jenazah ini. Selesai solat, saya membacakan doa.

Doa yang saya bacakan ini menyebabkan ramai dikalanagn hadirin yang mengalir air mata mereka. Sama sama berkongsi kesedihan dengan kami semua.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan rakan saya yang sanggup datang dari jauh untuk sama sama menghadiri solat jenazah untuk arwah ayah saya ini.


Kemudian, jenazah dibawa ke kubur untuk ditanam. Abang saya yang berbaju coklat membantu untuk menurunkan jenazah ke dalam kubur.


Keranda diturunkan perlahan lahan.


Selesai jenazah ditanam, saya dan adik saya mengambil tugas untuk membuat doa ringkas dan bacaan talqin. Saya membaca doa dan tahlil. Adik saya pula membaca Talqin.


Kubur Abah yang terletak di Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar Perak.

Semoga Roh Abah damai di sana.

Kepada Abah, Daus ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Abah atas segala yang telah Abah berikan kepada kami semua.

Semoga, Allah memberikan ganjaran syurga tanpa dihisab buat Abah. Semoga Abah damai di sana.

Abah, Daus janji akan menjaga mak sebaik mungkin. Insya Allah, kita bertemu lagi satu hari nanti di syurga. Amin. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ke atas Arwah Abah saya. Maut boleh datang pada bila bila masa. Kita harus sentiasa bersedia.

Kepada para pembaca blog ini, saya mohon anda dapat mendoakan kesejahteraan ke atas Roh Arwah Abah saya. Mudah mudahan, akan ada doa anda yang makbul dan Allah memelihara Abah saya di sana.

Terima kasih.

Al Fatihah untuk Arwah Abah. Al Fatihah.

* Jika anda rasa entri ini dapat memberi manfaat kepada orang lain. Mohon anda tekan LIKE button di bawah ini.
Viewing all 919 articles
Browse latest View live