Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Shaklee Free Trip To Japan - Day 3 - Tateyama Kurobe Alpine Route

$
0
0

Assalamualaikum,

 Alhamdulillah, terima kasih kerana anda masih setia membaca blog mariafirdaus.com.my "Motivating And Inspiring Others".

Entri kali ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini:-

Shaklee Free Trip To Japan - Day 2 - Takayama and Shirakawa Go


Percutian ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia atas kecemerlangan kami dalam bisnes Shaklee sepanjang tahun lepas.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Shaklee.

Intro To Tateyama Kurobe Alpine Route Trip

The first word that I can say is "Amazing".

Sejujurnya, sebelum sampai ke sini, saya memang tak tahu apa itu Alpine Route. Yang saya tahu, kami akan naik bas dan lalu tepi salji setinggi beberapa meter.

Sebelum itu, saya ingat itulah "Alpine Route".


Saya sangka, inilah Alpine Route. Rupa rupanya, ia jauh lebih hebat dari sekadar bergambar macam ni.

Sehari sebelum trip Alpine Route ini, Tour Guide ada menceritakan kepada kami mengenai apa yang akan kami alami pada hari ini.

Beliau maklumkan, ia bukan satu trip yang murah. Ia mahal. Jika diconvert duit Malaysia sekitar RM480 untuk day trip journey. 

Dan bukan mudah untuk handle big group trip seperti Shaklee buat ini. Kami ada lebih kurang 120 peserta. Ada 4 buah bas kesemuanya.

Dan akan ada 6 jenis transport yang kami akan naik untuk complete kan Alpine Route Journey. 

Isu utama, "TAK BOLEH ADA SEORANG PUN TERLEWAT NAIK SALAH SATU TRANSPORT TERSEBUT."

Semua orang WAJIB ON TIME.

Tour guide saya inform, tak ada travel agen yang berani buat trip sebegini untuk group yang besar. Sebab jika TERLEPAS satu satu transport tersebut, ia akan menjejaskan keseluruhan perjalanan semua orang.

And "It is a ONE WAY JOURNEY. You Have To COMPLETE It"

Di Jepun tak sama seperti di Malaysia. Mereka sangat menepati waktu. Jika dah sampai masanya, bas akan terus jalan. Jika ada yang terlewat, mereka akan tinggal.

Nampak tak isu besar yang akan dilalui sepanjang melalui Alpine Route itu. Nak handle 120 orang untuk ON TIME sepanjang 6 jenis kenderaan yang akan kami lalui.

Dan travel agen ucapkan tahniah kepada Shaklee sebab berani ambil cabaran ini dan berikan kepada leader leader Shaklee. 

Janji dari President Shaklee kepada Travel Agen, "Don't worry. My people will be on time....."

Starting The Journey

Kami memulakan perjalan dari Gero Suamieken Hot Spring Resort pada jam 7:00 pagi. Sharp. Tak boleh lewat.

Perjalanan ke Tateyama, untuk memulakan Alpine Route mengambil masa sekitar 2 jam.

Train kami sudah dijadualkan pada jam 10:00 pagi. Kami tidak boleh lewat tiba di first station di Tateyama.

Kami semua disuruh turun ke lobi hotel pada jam 6:00 pagi. Then bila semua dah berkumpul, breakfast bermula jam 6:30 pagi dan jam 7:00 pagi bas mesti bertolak.


Semua orang mula berkumpul seawal jam 6:00 pagi di lobi hotel untuk headcount.


Beg besar akan terus dibawa ke hotel kami di Imperial Hotel di Tokyo. Kami yang naik bas hanya perlu bawa beg kecil untuk keperluan satu hari sahaja.


Di Jepun, walaupun driver bas. Baju tetap smart. Ada yang siap pakai coat lagi untuk bawa bas.


Sementara menuggu waktu breakfast, kami ambil gambar dulu di luar hotel.


Landscaping di sini memang cantik.


Ambil gaya trademark dulu...


Pagi pagi ni memang sejuk, Alhamdulillah jaket yang Shaklee bagi ni memang betul betul berguna.


Permaisuri Maria pun nak bergambar jugak.


Di lobi hotel


Semua delegasi Shaklee bersedia awal pagi ni. Nobody can be late.


Bersarapan dulu. Ni Najmi... Muka sedih sebab datang sorang. Isteri tak dapat join sebab dah nak bersalin. Sob sob sob.....


Ok, jam 7 pagi perjalanan kami bermula.


Jam 8:30, berhenti seketika di RnR untuk toilet stop. Bila travel dalam large group, benda macam ni memang tak dapat dielakkan. So, nak tak nak kena berhenti juga.


Tandas di Jepun tak sama seperti di negara negara lain. Ia TERSANGAT BERSIH.


Bersih tak?


Dalam tandas, tempat duduk ni siap ada heater lagi. Bila kita duduk, ia akan terasa panas. So, boleh layan sket kalau panas panas ni. Kalau sejuk sejuk then duduk atas ni, fuhhh.. Boleh melompat rasanya nanti.


Memang canggih toilet di Jepun ni. Nak basuh vera, tekan aja. Nanti akan ada air pancut terus  tepat ke lubang keramat tu. Fuhhhhh... Kalau nak terkucil, tekan button terkucil, nanti air akan pancut terus tepat ke sasaran. Senang juga nak basuh. 

Nak banding dengan US dan Europe, saya rasa pengalaman pergi toilet di Jepun jauh lagi selesa berbanding di negara lain.


Siap ada tempat letak baby lagi dalam toilet in case kita bawa baby. Nampak tak, betapa user friendly nyer tandas di Jepun ni.


Awal awal pagi ni, kereta memang clear dekat high way.


Apa apa pun, ambil gambar seround dulu



Jam 8:45 pagi, bas bertolak ke Tateyama. 


Kami tiba di stesen Tateyama pada jam 9:45 pagi. Yang bestnya, train kami yang pertama adalah pada jam 10:00 pagi. 

Sela masa hanya ada 15 minit. Semua orang kena berada di tempat itu tepat pada masanya. Tak boleh terlewat.

About Alpine Route



1. Ia adalah trip menarik dari Tateyama ke Ogizawa. Kita akan menaiki 6 kenderaan yang berbeza sepanjang perjalanan ini.

2. Dari satu stesen ke satu stesen, waktu sudah ditetap. Kita tak boleh terlewat. Never EVER. Sebab kami guna Group tiket. Semua orang kena naik pada waktu yang ditetapkan. 

3. Ia akan mendaki Mount Tateyama.

i. Dari Tateyama ke Midagahara akan menaiki Cable Car.

ii. Dari Midagahara ke Murodo menaiki Tateyama Highland Bus. Di sini, akan main salji dan lalu tepi Snow Wall setinggi 15 meter.

iii. Dari Murodo ke Daikanbo menaiki bas iaitu Tateyama Tunnel Trolley Bus. 

iv. Setiba di Daikanbo, kami akan menaiki Tateyama Ropeway. Macam kereta kabel. Tapi satu kereta ni boleh memuatkan 100 orang.

v. Bila sampai di Kurobedaira, kami akan menggunakan Kurobe Cable Car untuk turun ke Kurobe Dam.

vi. Kami perlu berjalan sejauh 500 meter melalui Kurobe Dam dan kemudia nnaik bas dari Kurobe Dam ke Ogizawa.

Thats' the route yang akan kami lalui sepanjang hari ini. 

Ingat pesanan agen yang berkali kali beri tahu kami. "Nobody should be late."


Di Stesen Tateyama, tour guide mendapatkan tiket yang telah ditempah terlebih dahulu sebelum ini.


Di sini, kami dah jadi budak budak balik. Seriously, kena dengar betul betul apa yang mereka cakapkan. Kalau tersilap dengar boleh terlepas nanti.


Bila dia kata, Group B berbaris dalam garisan ini. kena baris di situ. Huhu... Everything must be perfect mulai saat ini.


Penerangan dari Jojo. Tour guide kami.


We are ready. Lets the journey begin.


First trip adalah menaiki kereta kabel macam di Bukit Bendera. Kami semua orang menaiki kereta kabel yang sama.


Mula masuk ikut barisan. Que tunggu keretapi yang akan datang sekejap saja lagi.


Keretapi ini dah datang. So, boleh start naik.


Saya duduk di gerabak yang last sekali.


Keadaan di dalam keretapi. Perjalanan ini ambil masa 7 minit sahaja untuk sampai ke dari Tateyama ke Bijodaira.


Di Bijodaira, kami ada 30 minit untuk bergambar, beli barang yang perlu, ke tandas dan sebagainya sebelum menaiki bas ke pit stop seterusnya.


Bijodaira. Japan.


Seterusnya, kami menaiki bas selama 50 minit dari Bijodaira ke Murodu. 


Rasanya bas ini bukan bas biasa biasa. Ia bas yang sangat luar biasa. Ia boleh mendaki gunung dengan sangat mudah. Tak macam bas bas lain.


Disini, kami mula nampak salji.


Hampir keseluruhan kawasan pergunungan ini ditutupi dengan salji.


Kenderaan yang digunakan untuk memecah dan memindahkan salji di atas jalan raya.


Selepas 50 minit, Alhamdulilah kami tiba di Murodu.


Keadaan di sini sangat jammmm. Orang sangat ramai. Kami ada masa sehingga jam 2:45 sebelum kami naik bas ke pit stop yang seterusnya.


Pusing pusing dahulu di Murodu.


Di sini kami bersolat Zuhur dan makan tengah hari. Yang best nya, Shaklee siap sewa ruang khas dari pihak hotel di situ supaya kami boleh bersolat dengan selesa. Alhamdulillah. Thanks Shaklee.


Kat atas ni pun ada kedai jual souveniour. Tapi harga jangan cakap la. Memang mahal.


Selepas solat, kami makan direstoren yang dah ditempah khas oleh Shaklee. Makan atas ni jangan cakap la, memang mahal. Lebih kurang RM100 setiap seorang untuk sekali makan.


Makan tengah hari kami. Simple tapi sedap. Sebelah saya tu, Hj Hussain. Dah buat Shaklee sejak tahun 1996. Income tertinggi pernah mencecah RM800k sebulan. Itu income yer. Bukan Sales. Memang banyak yang Shaklee tawarkan kalau kita buat bisnes ni betul betul. 


Muslim Food untuk kami semua.


Bon Appetit. Selamat menjamu selera.


Habis makan, kami main salji dulu. 


Kawasan di sini sangat cantik. Subhanallah.


Maria pun nak selfie jugak


Model Shaklee yang tak berbayar. Hehe. Sanggup bawa botol botol ni untuk bergambar di atas gunung bersalji ni.


Boleh la jenjalan atas salji dan main sekejap.


Dengan back ground langit yang super duper cun, gambar menjadi sangat cantik dan perfect. 


Cantik tak? Subhanallah. Maha Suci Allah.


Ambil gambar puas puas. Kali terakhir saya main salji pun tahun 2003 di Switzerland. Huhu. Dah lama tak main salji.


Buat gaya bebas dulu.


Ambil gambar dengan team member dulu

 .
Boleh guna teropong ni untuk lihat pemandangan di bawah


Memang tersangat ramai orang di sini. Cer bayangkan. mereka "Pecahkan salji" untuk buat jalan bas ni. Subhanallah. 


Selfie dulu sebelum turun ke bawah pula


Jom turun ke bawah...


Ini adalah ketinggian di Murodu. 2,390 meter dari paras laut.


Gambar ni lejen. Dari berpuluh gambar yang kami ambil, akhirnya dapat juga satu gambar yang tak ada orang lain dalam gambar kami. Perfect. Tinggi salji ditepi tu adalah setinggi 15 meter.


Subhanallah. Maha hebat ciptaan Allah.


Memang terbaik bergambar di sini


Saya dan adik saya bergambar di sini. Dari kiri Duha, Ainul, Maria dan saya.


Waktu puncak, ketinggian boleh mencecah 20 meter dari jalan raya. Snow wall ini hanya satu satunya yang terdapat di dunia. Kat tempat lain tak ada.




Yani, Laila, Zura dan Malek


Wayang ajer ni.. Acah acah makan salji. Nampak ajer senyum di muka....Hehe... Padahal dalam hati, "Cepat sket ambil gambar wei.. Tangan sejuk ni..."


Been there.


Love it.


Done that.


Bergambar di bawah lubang salji ni.


Gambar berdua lagi.


Jam hampir 2:45 kami perlu bergerak kembali ke tempat berkumpul.


Dari Murodo ke Daikanbo menaiki bas iaitu Tateyama Tunnel Trolley Bus. 


Setiba di sini, kami diberi masa lebih kurang 15 minit untuk bergambar dahulu sebelum menaiki kereta kabel ke bawah.


Tempat disini sangat cantik. Subhanallah. Maha suci Allah yang menciptakan seluruh langit dan seisinya.


Belakang tu sangat cantik sampai nampak macam photo shopt ajer gambar ni.


Apa pun, kena selfie dulu


Menikmati pemandangan yang sangat cantik ini.


Kami akan ke bawah menuju ke empangan yang menakung air itu.


Next is naik kabel car.


Kereta kabel kami jam 3:30 petang.


Apa apa pun, beratur dulu sebelum naik kereta kabel ini.


Sebelum naik kereta kabel.


Satu kereta boleh memuatkan 100 orang. Macam bas kabel ajer. Bukan kereta kabel dah lagi ni.


Sepanjang trip ini, tugas Maria ambil gambar. Tugas saya ambil video. So kebanyakan gambar dalam blog ni adalah dari phone Maria. Ada sket saja dari phone saya. Selebihnya dari kenkawan saya atau dari official Shaklee Photographer yang join trip kami ni.


Subhanallah. Cantikkan.


Hampir 7 minit trip nak turun ke bawah ni.


Ada sorang tu pucat gila muka dia naik keretapi ni. Dia takut kepada ketinggian. Huhu. Nak tak nak kena naik jugak. It's a one way ticket.


Subhanallah. Maha suci Allah atas penciptaan yang hebat ini.


Then sekali lagi, kami kena naik kereta kabel ini untuk menuju ke bawah ke empangan di bawah.


Perjalanan yang sangat best.


Selamat sampai ke Kurobeko Dam. Alhamdulillah.


Ia merupakan empangan tertinggi di Jepun.


Aktiviti  kami seterusnya adalah bergambar di sekitar empangan ini. Tempoh yang diberikan adalah selama 1 jam.


Memang cantik tempat ni


Master Hj Hussain dan Hjh Salwa. 


Centre of Kurobe Dam.


Ambil gambar dulu. Sejujurnya, atas ni sangat sejuk. Dah la berangin. Sakit kepala dibuatnya.


Maria dan Master Laila


Semua orang ambil peluang untuk ambil gambar di sini


Cantik tak gambar ni? Super duper cantik. Subhanallah.


Memang terbaik tempat yang Shaklee bawa ni. Sangat puas hati.


Semua mak mak dah jadi budak budak sekejap.


Terhingat kat suami ler tu.....


Alhamdulillah. Jam 5:30 bas membawa kami dari Kurobe Damm ke bawah melalui terowong bawah tanah.


The bas is ready and waiting for us. Tiada yang tertinggal.


Alhamdulillah, semuanya selamat.


Dah sampai bawah ni, perut pula terasa lapar. Jam baru pukul 6 petang waktu ni. Nak balik hotel lagi 2 jam baru sampai. Huhu. Waktu ni pulak dah petang, habis makanan dalam beg dah kena belasah awal awal tadi.


Atas bas, tara... Shaklee bagi kami makanan. Alhamdulillah. Dapat la alas perut sementara nak sampai ke hotel.


Macam macam ada... Makan ajer la. Perut pun dah lapar ni.


Jam 8 malam, kami tiba dihotel dan terus makan malam. Lapar punya pasal, terlupa nak ambil gambar makan malam.


Naik ke bilik, again... Hotel di Jepun  ni tak ada katil. Nampak gayanya kena tidur atas lantai ajer la.


Maria nak berkemas, lampu kena buka. Saya nak tidur. Tak boleh tidur sebab cahaya lampu terang sangat. Nak tidur punya pasal, saya angkut tilam tidur dalam almari malam tu. Haha.. Memang kelakar.


Gambar bilik air di hotel malam tu.

Alhamdulillah. Memang puas hati dalam completekan journey Alpine Route ini.

Hanya satu boleh saya katakan, "Its Amazing".

Subhanallah. Alhamdulillah. Syukur kepada Mu ya Allah. Thank you Shaklee for this amazing journey.

Anda ada apa apa nak kongsi atau katakan kepada kami? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah yer. We love to hear some feedback from you.

Jemput baca entry seterusnya untuk hari ke-4 pula:-


Wassalam.

Master Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others


"Best tak trip ni? Memang best lah kan. Nak nak kalau free trip pulak. Roughly, Shaklee belanja lebih kurang RM20k untuk setiap seorang daripada kami untuk trip ini. Dan ia PERCUMA untuk kami."

"Apa lagi, jom buat bisnes Shaklee kalau anda belum buat lagi. Nak buat bisnes, PM Maria 019-2592731. Jangan risau, nak join Shaklee bukan kene ada modal riban riban pun. Ratus ratus jer untuk dapatkan keahlian percuma."

"Kalau yang dah buat Shaklee tu, buat betul betul yer. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Tanamkan azam. Satu hari nanti aku mesti berjaya."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA AND MOHD FIRDAUS
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


Shaklee Free Trip To Japan - Day 4 - Strawberry Picking And Shiba Sakura Flower Festival

$
0
0


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my  sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Allah.

So, ini adalah sambungan dari entry sebelum ini:-



Ini adalah 5-Star trip yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia. 

Sebenarnya, kami dapat 3 tiket untuk ke Jepun. Tapi disebabkan Shaklee tidak menggalakkan kami membawa mak / mak mertua yang ada masalah lutut, maka kami pergi berdua sahaja kali ini. 

Satu tiket extra itu kami convert kepada 4 tiket Trip Cruise Penang - Phuket - Krabi - Penang pada November 2017 nanti. 

Bestkan buat Shaklee... Super duper best !!!!

Modal kecil, buat online, guna teknik yang betul, bonus berkepok kepok. Alhamdulillah. 

Boleh buat dari rumah. Tak perlu mengadap jammm hari hari. Boleh tengok anak anak membesar depan mata. 

Syukur, Allah beri banyak nikmat kepada kami sekeluarga melalui Shaklee. 

Ok, kita sambung perjalanan kita pada hari ke 4.

Day 4 Itenary

Untuk hari ke empat kami di Jepun, ini yang bakal kami lalui.

i. Strawberry Picking di Ishihara Nojo
ii. Melawat Shiba Sakura Flower Festival at Fuji Motosu - Pink Moss
iii. Gala Dinner - Malaysian Night di Imperial Hotel Tokyo
iv. Jenjalan Shopping - Jalan Sendiri

So, jom layan gambar gambar yang sempat Maria ambil sepanjang hari ke empat ini.


Untuk trip kali ini, kami kena check out terus dari hotel. Naik bas dan terus ke strawberry picking.



Berhenti sekejap di RnR untuk toilet stop, saya nampak ada banyak bunga bunga yang cantik di sini. So layan gambar dulu. 


Warna pink


Warna merah


Warna pink lagi


Warna kuning

Strawberry Picking

Di Jepun, Shaklee mahu kami merasai sendiri pengalaman mengutip strawberry dan makan sampai puas.

Kami diberi masa sekitar 45 minit untuk berhenti, kutip dan makan sebanyak yang mungkin.

Tapi kami tak dibenarkan untuk tapau atau bawa balik.


Tour agen membawa kami ke ladang strawberry


Mula mula mereka bagi kami bekas untuk cicah dengan susu dan letak tangkai strawberry


Apa lagi... Serbu masuk jom


Saya dan Maria masuk awal ke dalam ladang ni. Hehe. Bila masuk awal boleh la dapat yang besar besar. 


Rasanya.. Subhanallah. Memang sedap. Masa memula masuk. Kami kutip dulu yang besar besar. Hehe.. Dah penuh bekas, berhenti makan kejap. Then sambung kutip lagi.


Semua orang dah mula serbu strawberry ini.


Memang banyak buah. Rasanya tak perlu berebut sebab memang ada banyak pun. Tinggal larat tak larat nak makan jer lagi.


Kesedapan sehingga menjilat jari


Pendek kata, makan sampai kenyang lah... Alhamdulillah.


Masa bergambar ni, tinggal yang kecil kecil ajer lagi. Haha. Yang besar dah kena rembat.


Boleh kata puas la kami makan.


Geng geng Shaklee yang lain


Geng geng dari kaum Cina yang turut buat Shaklee. Auntie baju hijau tu umur 88 tahun. Tapi, tahap kesihatan dia. Masya Allah. Saya tengok dia berjalan, fuhhhhhhhh.... Kuat sungguh, naik tangga 6 tingkat bangunan pun steady lagi. Dah bertahun tahun mak cik ni konsisten makan Shaklee.


Ambil gambar orang yang sedang ambil gambar

Fuji Shiba Sakura Festival

Habis puas makan strawberry, next destination kami ke taman bunga pula.

Perjalanan dari strawberry ke taman bunga ini mengambil masa sekitar 1 jam.


Tiket masuk. Semuanya dah dibeli siap siap oleh Shaklee. Kami ni tinggal bawa diri ajer. Best ke best? Memang best la kan.


Jojo sedang beri briefing keseluruhan kawasan taman bunga ini


Ada bermacam macam makanan dan minuman dijual disini. Masalah utama nak mencari yang halal.


Jom serbu


Subhanallah. Dari jauh terserlah kecantikan bunga bunga di taman ini. 


Tapi saya rasa bunga ni tak cukup mekar lagi. Kalau betul betul mekar rasanya lagi cantik.


Seperti biasa, model model Shaklee beraksi dulu


Ni ESP. Soy Protien Powder. Sangat sesuai untuk memberi tenaga tambahan kepada kita. Selain itu, ESP juga boleh bantu untuk menurunkan berat badan, boleh membantu ibu mengandung, ibu bersalin dan ibu menyusu. 

Pendek kata ESP ni salah satu killer product Shaklee. Ader ke yang nak tahu lebih detail mengenai ESP ni, boleh PM Maria yer. 019-2592731,


Close in bunga tulip 


Dalam berjuta juta bunga di taman ini, saya pilih bunga ini. Hehe.. 


Mereka buat "Gunung Fuji". Di Jepun, Gunung Fuji ni macam menjadi satu ikon dan kebanggaan orang Jepun.


Cinta Bersatu di Gunung Fuji


Gunung Fuji yang sebenar terletak di belakang tu...


Naik atas jambatan for a better view of this garden


Saya rasa, belum semua bunga ini mekar berkembang sepenuhnya lagi. Sebab kita boleh nampak warna warna hijau lagi.


Dari jauh, ini yang kita nampak


Photographer sedang ambil gambar. Kita pula ambil gambar dia. 


Ambil gambar berkumpulan pulak,


Dari kiri, Hafizan, Najmi, Duha dan saya


Geng gegirl pun nak ambil gambar juga


Gaya bebas


Saya ni bukan penggemar bunga. Tapi layan ajer la.


Fujiyama Sweets


Dekat hujung, ada persembahan sarkas sikit di sini.

Lunch Di Ninja Restaurant


Bas B punya team bergambar dulu. Yang best, ninja dah panjat bumbung siap siap 


Zoom in abang ninja


Jangan tanya saya ni aper, saya pun tak tahu


Dalam kedai, boleh tengok banyak barang barang costume ninja Jepun


Dengan lafaz Bismillah... Serbuuuuu


Main course kami adalah udang goreng tempura. Udang besar besar digoreng dan dihidang secara buffet. Apa lagi, tak sempat nak letak dah habis. Tapi jangan risau, dah habis mereka top up lagi.


Super duper sedap makanan kali ni


Di luar restoren


Di tepi tu ada kedai jual souveniour


Ada fridge magnet

Imperial Hotel Tokyo Japan

Sebelah petang, kami selamat tiba di Hotel Imperial. 

Harga satu bilik di sini rata rata sekitar RM2,000 untuk satu malam. Kami stay di sini untuk 3 malam. 

Thanks Shaklee. Dapat la merasa duduk hotel mahal mahal bila buat bisnes Shaklee ni.

Kalau nak tidur sendiri, hehe. Ku pilih hotel bajet ajer la kannnn...

Dengar kata, di hotel nilah kalau artis atau VVVVIP datang ke Jepun, mereka akan stay di sini.

Alhamdulillah.


Imperial Hotel 


Naik bilik dulu


Kami dapat bilik di tingkat atas. 


View dalam bilik


Anyway, for me semua bilik hotel sama ajer. Kita masuk nak tidur ajer pun kan. Tapi Shaklee dah tempah hotel mahal ni. Duduk ajer la.


Dalam bilik air


Bilik mandi pula


Pemandangan di luar tingkap dari dalam bilik hotel kami


Sementara menunggu waktu makan malam di Gala Dinner, kami jenjalan dulu di sekitar hotel


Di Jepun, semua orang lintas jalan di zebra crossing. Mereka tak suka suki lintas jalan ikut suka mereka..


Cer baca sign yang saya pegang tu... Hehe.. "Do You Live Amazing?"Kalau gambar tu yang berbicara, hehe.. Rasanya dah amazing dah..


Tetiba permaisuri datang sambil kata.. "Haip...... " . Ambil gambar sekali lagi. Sib baik gambar atas dia tak delete. Hehe.


Yang tengah tu adalah Dr Kojimo. Pencipta formula produk Nutriferon. Salah satu produk hebat dalam Shaklee. Produk ini dapat meningkatkan immune sistem badan manusia.


Alhamdulillah, dapat free seorang satu kotak.


Masuk awal kami malam ni ke dewan. Boleh booking tempat duduk yang best best dulu.


Dok study menu dulu


Secara tak sengaja, semua warna merah....


Lets the dinner starts. Bon Appetit


Untuk orang Islam disediakan Lobster. Untuk bukan Islam makan Wagyu Beef.


Dr Kojima pun join dinner kami malam itu. Siap pakai baju batik lagi.


President Shaklee Jepun yang duduk di tengah tu.


Ucapan pembukaan oleh Hellen. President Shaklee Malaysia


Jom makan


Sambil makan ada persembahan


Memula gendang


Then tarian tradisional Jepun


Macam comel ajer


Sampai kat meja makan mereka datang menari


Haa... Lepas tu geng geng Shaklee pulak kena buat persembahan


Ada lucky draw ikut meja. Meja kami pun dapat juga. Tapi tak ada orang ambil gambar pun. Sob sob sob.


Majlis dah nak habis. Ambil gambar dulu

Jenjalan Di Ginza

Habis makan malam sekitar jam 9 malam, kami jenjalan pusing bandar Tokyo dekat area Ginza.


Jam 8 malam, dah banyak kedai kedai tutup. So kami pusing pusing ajer la.


Area Fujiya


Penuh bercahaya bangunan di sini


Banyak kedai dah tutup. Sob sob sob.


Dari segi exterior design, memang cantik bangunan bangunan di Jepun ni.


Jumpa kedai yang masih buka. Masuk beli barang dulu.


Nak beli makanan susah sket, sebab banyak makanan yang tak halal.


Asal jumpa kedai buka ajer ,kami masuk.


Beli barang sket di 7-Eleven


Hasil tangkapan malam ini. Semua dah boleh senyum sket walaupun rasanya masih belum cukup.

Jemput baca entry seterusnya di sini:-


Anda ada apa apa nak kongsi atau katakan kepada kami? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah yer. We love to hear some feedback from you.

Wassalam.

Master Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Nak Buat Bisnes Shaklee? PM Maria : - 019-2592731

Kalau Dah Buat Bisnes Shaklee Sebelum Ini. Buat Betul Betul Ok. Kita Jumpa Di European Cruise Nanti.

Shaklee Free Trip To Japan - Day 5 - Tokyo City, Shaklee Japan Office And Tokyo Cruise

$
0
0


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.

Saya doakan, kita semua berjaya mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ini adalah sambungan dari entry sebelum ni:-


Day 5 - Tokyo City

Jika ikutkan jadual kami untuk hari ini, kami akan ikut acara berikut :

i. Visit Asakusa Kannon Temple, Nakamise Street
ii. Sumida River Tokyo Cruise
iii. Odaiba Waterfront

Tapi seperti biasa, Shaklee sentiasa berikan kami kejutan.

Itenary yang pertama diubah kepada visit Shaklee Japan office dan juga Tokyo Tower.

Macam best ajer.

So, jom kita layan gambar untuk Day 5 kami di Japan.

Breakfast Di Hotel


Bersiap sedia untuk hari ini


Breakfast di hotel. Macam macam makanan ada. Gambar ni yang Maria ambil. Huhu. layan aje lah yer.


Dewan makan di Imperial Hotel


Bila jumpa pisang, kami semua ramai yang pakat pakat senyum. Masa kami gi US haritu, waktu breakfast selalu ada buah pisang. Banyak buah pisang diletakkan dan semuanya habis.

One day, waiter tanya kami, macam mana kami makan buah pisang sebab tak ada kulit. Kami makan sekali kulit ker? Then kami ramai yang tergelak. Sebenarnya ramai orang dok 'Tapau' pisang tu masuk beg. Sebab tu tak ada kulit atas meja.

Kali ni Shaklee dah sound awal awal, "Jangan Tapau Makanan Breakfast Di Hotel Sebab Ia Adalah Buffet". 

So di Jepun boleh jumpa kulit pisang atas meja sebab semua orang dah tak tapau buah buah.


Semua orang makan serentak waktu pagi


Tandas di Jepun memang super duper bersih. Betul la orang kata kalau nak tidur pun boleh. Seriously, memang saya akui tandas mereka bersih.


Yang merah kiri untuk stop. Yang biru untuk 'tembak air' di lubang keramat. Yang pink untuk tembak air di tempat kencing. Memang perfect la tandas orang Jepun. Tinggal tak keluar tangan dari bawah tolong cuci kan ajer lagi. 


Maria hari hari nak bergambar dengan banner ni. Ntah kenaper yang dia suka sangat ngan banner ni saya pun tak tahu.


Waktu pagi di luar hotel


Jom jenjalan pusing bandar Tokyo


Di Jepun pun ada orang susah. Mereka tidak ada rumah. So mereka tidur bawah jambatan beralaskan kotak. So waktu siang mereka semua akan keluar mencari nafkah.

One good thing, kita tak akan jumpa orang minta sedekah di Jepun. Bagi mereka, walaupun mereka susah tapi mereka ada MARUAH diri. Jangan meminta. Mereka boleh bekerja, then mereka kerja. Antara kerja yang mereka buat adalah mencari barang recylce dari tong sampah dan jual di kedai recycle. 


Ok, dah sampai ke Menara Berkembar Tokyo.


Kami akan dibawa naik ke atas bangunan ini untuk melihat Tokyo dari atas. Semuanya dah dibayar oleh Shaklee. Tinggal bawa diri ajer. Best kan......


Sementara menunggu waktu dipanggil ke atas, kami bergambar dulu di bawah.


Di Jepun, it's all about time. Jika kita janji untuk naik pukul 10 pagi, so pukul 10 pagi la kita punya turn naik. Kalau datang awal tak akan dilayang. Kalau datang lambat, bye bye. So, must be PUNCTUAL.


Banyak pula bunga disekitar banugnan ini di bawah


Alrite masa dah time. Jom naik Menara Berkembar Tokyo. Sebenarnya ini adalah salah satu dari bangunan pejabat kerajaan mereka.


Macam macam kita boleh lihat dari atas ni 


Here we go. This is Tokyo City Centre.


Dari keseluruhan kota Tokyo, hanya yang warna hijau itu sahaja pokok. Yang lain semua dah ditebang untuk pembangunan.


Jumlah penduduk di Jepun adalah 120 juta orang. Di Tokyo sahaja ada 20 juta penduduk. So, selagi mana ada tanah di Tokyo ni, disitulah ada orang. Kalau kita tengok rumah dan bangunan tinggi ini, dekat dalam tanah ada lagi. Huhu...


Boleh kita bayangkan, kalau semua penduduk Malaysia dikumpulkan di Kuala Lumpur. Haa.. Macam tu lah di Tokyo. 20 Juta penduduk tinggal dan bekerja di Tokyo. Cumanya, saya sangat respect denga mereka. Di sana saya tengok tak banyak kereta.  Penduduk Tokyo memang guna Public Transport seperti keretapi bawah tanah.


Di tingkat atas menara ini, ada tempat rehat 


Dan barang jualan untuk pelawat yang nak beli  


Next, we are heading to Shaklee Japan Office.


Tingkat 21


Been there


Love Shaklee..... 


Office President Shaklee Japan. So simple.


Turun ke bawah, kami bergambar lagi sementara menunggu bas untuk bawa kami makan tengah hari


Shinjuku 


"Cakkkkkk"



"Orang cakk.....Dia orang pun nak cak jugak..."


Dah sampai ke tempat lunch. Tapi disebabkan tempahan kami bermula jam 12:30 so kena tunggu dulu di bawah. Tak boleh masuk ke restoren lagi.


Di sini, ramai orang guna basikal. Lebih jimat dan mesra alam.


Even waktu tengah hari, jalan di sini tak jammmm... Memang tak ramai orang guna kereta.


Wowwww.. Masa dah time. Kami terkejut hidangan kami tengah hari ni. King Crab.


Subhanallah. Alhamdulillah. Dah la ku suka makan ketam. Dan Maria tak makan ketam. Terpaksalah ku cover bahagian Maria sekali.


Masuk ajer, dah nampak isi isi ketam menanti kami. Meleleh air liur wei. 


Masya Allah. Alhamdulillah.


Tangan ketam.... Isinya Subhanallah. memang sedap.


Habis kami belasah ketam ni...


Waktu makan bermula..... Semua khuyusk membelasah ketam ketam yang disediakan.


Dah siap makan. Turun bawah. Pusing pusing kejap. Jumpa Seven Eleven


Hasil tangkapan


Beli biskut coklat kapal ni lagi.  


Sessi sebelah petang pulak. Tokyo Cruise. Naik cruise selama satu jam untuk pusing bandar Tokyo.


Di Tokyo ada 'Lanca' untuk orang yang berminat nak naik. 


Masa dah sampai. Jom naik boat.


Shaklee tempah khas satu boat ni untuk kami semua. So, memang tidak ada orang luar dalam boat kami ni. Thanks Shaklee.


Dalam boat. Wajib ambik gambar dulu.


Antara boat yang kami berselisih dalam perjalanan ini.


Ni tingkat atas


Turun ke tingkat bawah pulak.


Najmi. Teringat kat bini ler tu.


Ok, dah sejam naik cruise. Kita ke Odaiba Waterfront pulak untuk tengok Statue De Leberty.


Di tepi jeti


Merenung masa depan.... "Adakah Allah akan beri peluang kepada ku dan keluarga ke Mediterranean Cruise di Europe 2018 nanti, percuma dengan Shaklee...."

Jom jenjalan.. baru lepas hujan. Memang sejuk bangat waktu ni


Jenjalan di sini menuju ke shopping complex. 


Dengar ajer shopping, semua laju ajer jalan.


Here we gooooo........


Tara.... Tempat shopping. Kami diberi masa tak banyak. Sekitar 45 minit saja untuk shopping di sini.


Maria sempat merembat dua beg ni. Anello adalah beg brand Jepun. So, tangkap dua butir buat kenangan.



Kalau shopping tu mesti barang Maria jer la. Saya tak tahu apa nak shopping di sini.


Background State De Leberty


Di sekitar kawasan shopping complex sementara menunggu bas.


Dinner malam ini. Bombay Cafe.


Akhirnya, selepas seminggu kami temui juga kari. Kesedapannya sehingga menjilat jari. Alhamdulillah. Seriously sangat sedap. Harga makanan ni sekitar RM80 untuk seorang. Tapi tak per jangan risau. Sebab Shaklee dah tolong bayarkan untuk kami.


Balik ke hotel, ada hadiah bandana Shaklee....


Nampak tak, Shaklee dah ajak kami untuk trip 2018 punya. So balik Malaysia nanti nak kena bersemangat betul betul buat bisnes.


Hadiah Lucky Draw semalam.. baru hari ni nak tengok.


Malam masih muda. Saya dan geng geng pusing pusing kota Tokyo. Tapi so bad, semua kedai dah tutup.


Akhirnya mereka ajak ke Hardrock Cafe. 


Layankan ajer la. Naik tren ke Ropponggi.


Sistem keretapi bawah tanah di Tokyo ada 13 lines. So kena faham betul betul untuk naik train ni supaya tak tersalah jalan. Kami naik Hibiya Line dari Hibiya ke Roppongi. Tiket dalam RM7 one way.


Hanya kami berenam ke sana. Maria tak minat nak join sebab nak kemas beg.


Terjumpa kedai 100 Yen. Macam kedai RM4. Semua barang RM4. Tapi dalam kedai ni macam tak banyak barang yang boleh dibeli bawa balik Malaysia.

Here we go. Akhirnya sampai juga.


Semua orang beli baju je. Harga dalam RM120 sehelai baju. 


Tangkap sebutir


Kat belakang tu dia punya cafe. Tapi kami tak ke situ la.


Balik singgah Turkish Restaurant untuk beli kebab

Anda ada apa apa nak kongsi atau katakan kepada kami? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah yer. We love to hear some feedback from you.

Inilah sahaja perkongsian untuk hari ini. Selamat Day 5 kami. Alhamdulillah. Allah mudahkan segala urusan.

Day 6 kami akan dibawa ke Disneyland Tokyo.


Wassalam.

Master Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Berminat Untuk Buat Bisnes Shaklee? PM Maria 019-2592731 for detail.

Shaklee Free Trip To Japan - Day 6 - Hidiya Park Walk And Tokyo Disneyland

$
0
0



Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my. Saya doakan Allah merahmati anda, memberkati hidup anda dan memberi kebahagiaan kepada anda di dunia dan di akhirat.

Ini sambungan dari entry sebelum ini:-



Day 6 - Hidiya Park Walk And Tokyo Disneyland

Itenary hari ni agak simple. Pepagi kita buat morning walk sekitar 1.5km dahulu. Then breakfast sebelum bertolak ke Tokyo Disneyland. 

Jom layan gambar gambar yang sempat diambil pagi ini.


Program bermula seawal jam 7 pagi. Semua orang berkumpul di Hidiya Park. Senaman ringan dibimbing oleh Taichi Master. 


Then sessi bergambar 


Jom lari lari pusing taman.  


Actually, semua ni wayang ajer. Kami buat morning walk. Bukan morning run. So, yang dok lari atas ni sebab buat gimik ada kamera dan video yang sedang rakam kami. So bersemangatlah semuanya nak lari.


Haa... Ni yang sebenarnya. Berjalan jalan pusing taman.


Jenjalan jer


Buat gaya trademark dulu


Jenjalan sekitar 10 minit ajer. 


Bunga ros..


Ambil gambar apa apa pun...


Siapa yang complete the walk akan dapat gift bag dari Shaklee


Alhamdulillah. Kami pun dapat juga. Thank you Shaklee.


Hibiya Park ni terletak betul betul berhadapan dengan hotel kami.


This is our hotel di Tokyo. Imperial Hotel.


Finally. dapat merasa nasi lemak yang dah lama ku rindui.


Thank you Shaklee..


Jam 9:30 bas bertolak ke Tokyo Disneyland


Safely arrived at Tokyo Disneyland


Ok. Dah dapat Guide Map dan Tiket.


Sebelum masuk, kita bergambar dulu


Been there. Love it. Done that. Harga tiket masuk sekitar RM300 seorang.


Tokyo Disneyland - Here we go.


Main castle


Parade pada jam 11 pagi. Ada macam macam persembahan awal pagi ni.


We are not interested with parade, kami terus ke ride pertama kami untuk ambil fast past ticket. 


Then patah balik naik Pirates of the Carribean.


Bagi yang nak tengok video, boleh tonton video ini.


Selesai Pirates of The Carribeans


Next kami menuju ke Splash Mountain


Mencari hala tuju dulu


Jungle Tree


Lari lari... Kita lari...


Dah sampai ke area Ctitter Country. Tempat Splash Mountain


Ready untuk beratur. Time to que : 110 minutes. Hadoyai. Almost two hours.


No choice. Semua orang cakap. Ride dekat Tokyo Disneyland memang que panjang. So redha ajerla.


Ramaikan orang dibawah tu...


Nak tengok ride dia macam mana. Klik video atas ni yer


Next, kami naik roller coster


Big Thunder Mountain Railroad Roller Coaster Video


Lepas naik roller coaster. Kami break makan sekejap dan solat sekejap. Makan apa yang kami bawa bekal dan solat kat tepi jalan ajer. Belasah ajer la. Nak buat macam mana.

Next kami menuju ke tempat lain pulak iaitu area Tommorrow Land


Ride pilihan kami adalah Star Tours. Ia adalah 3D Ride. Actually ni kali ke empat saya ke Disneyland. Semua ride nampak macam sama aja. Tapi dah Shaklee bawa, layankan ajer la. Dah la tiket mahal. Kalau saya nak masuk sendiri memang tak mau dah ler.

Ainul suka giler naik ride ni sampai dia ajak masuk sekali lagi. Then semua orang sepakat, jom naik yang lain pulak. Hehe...


Its a 3D ride. So anda kena pakai cermin mata baru nampak real video ni. Even 3D rasa macam real aja.


Then naik Peter Pan's Flight pulak.



Ni video Peter Pan's Flight


Adoyai, cawan pusing pusing ni pun dia orang nak naik..... Saya tak mau memeningkan kepala naik ride ni. Bagi ajer la geng gegirl nak naik.


Queen Hearts


Then kami masuk kedai souveniour nak tengok kot kot ada barang yang boleh dibeli. Ternyata semuanya mahal. So tak beli apa apa pun.


Break makan dulu. Kami makan Nasi Beriyani Kambing Brahims yang diterbangkan khas dari Malaysia. Hehe.


Siap makan nasi lemak segera lagi dia orang ni.


Dah nak gelap. Kami decide untuk ambil gambar dulu sementara masih ada cahaya matahari


Disneyland Castle. Kami decide nak tunggu sampai jam 8:30 malam untuk tunggu bunga api yang akan dimainkan di sini.


Sementara menunggu jam 8:30 malam, kami naik apa apa yang patut. Western Railrod. Macam keretapi. Waktu ni, que time dah pendek. Dalam 5-10 minit sahaja satu satu ride. Waaa.. Nampak macam best. So kami decide untuk pusing naik apa yang boleh sebab dah tak perlu que panjang panjang.


Rajin pulak nak makan pop corn dia orang ni. Actually nak bekas dia tu yang sangat comel. Satu bekas tu sekali pop corn harga RM64. Huhu... Mungkin pop corn termahal yang dia orang akan beli seumur hidup. Hehe..


Then kami naik Snow White Ride.


Then jam 8 malam, ada electric vehicle parade


Macam macam corak kereta ada di persembahkan


Cantik ker cantik?


Bermacam macam karikatur yang ada pada malam tu. Memang meriah.


Ni video Full Parade. Sangat cantik.


Then saat yang dinanti nantikan oleh semua orang. Persembahan bunga api. Saya dah tengok beberapa kali sebelum ini. Memang sangat sangat cantik. Sebab tu sanggup tunggu.

Malangnya. Tak ada rezeki kami malam tu sebab malam tu berangin. Atas faktor keselamatan, bunga api tidak boleh dibakar pada malam tu. Soo semua orang terpaksa pulang dengan keadaan hampa.


Ni contoh persembahan bunga api di Disneyland. Sangat cantik sebab tu lah saya teringin sangat nak tunggu. Tapi apa kan daya, perancangan Allah lebih baik untuk kami.


Lets go back home.


Waktu malam ada banyak lampu di sini


Balik naik train dari Stesen Keretapi Maihama ke Hibiya Tokyo


Alhamdulillah. Safely arrive at hotel. So malam ni, packing dan siap siap berkemas untuk balik ke Malaysia awal pagi esok.


Tara.. We are ready to back home.


Hantar beg ke bawah dulu sebelum makan


Semua bag di tag untuk memastikan naik ke atas bas dengan betul. 


Safely arrived at airport


Check in dulu.... Sebab saya handsome, tiket dah diupgrade kepada Business Class. Ala gurau jer ok. Kami dapat tiket economy ajer pun.


Ready for departure


Lets fly


Atas faktor keselamatan, Shaklee divide us into two flight. Separuh naik Thai Airways. Separuh lagi naik Singapore Airlines. Adik saya naik Thai Airways. Waktu berlepas hampir sama.


Flight kami transit di Changi Airport


Beli barang dulu untuk anak anak, Kat Jepun tak beli sebab agak mahal. So beli kat sini jer la. Huhu. Tak murah pun. RM411 untuk 3 orang anak punya mainan.. Tak per beli untuk anak gak pun. Semoga Allah ganti dengan lebih baik lepas ni.


Changi Airport

Alhamdulillah. Safely arrived at Penang airport sekitar jam 8 malam. Dan sampai rumah di Parit Buntar sekitar jam 9:30 malam.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat ini.

Terima kasih Ya Allah. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan ini.

Thank you Shaklee....

Jom buat bisnes Shaklee jika anda mencari satu business yang modal rendah, buat secara online, ada coaching, dan mahu banyak reward dari Shaklee. 

PM Maria - 019-2592731 jika anda berminat.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

PUBLIC SHARING : RAHSIA TRIP 5 STAR PERCUMA SETIAP TAHUN DENGAN SHAKLEE!!!

$
0
0



RAHSIA TRIP 5 STAR 🌟 PERCUMA SETIAP TAHUN DENGAN SHAKLEE!!

Assalamualaikum & Hi semua. 😊

Syukur Alhamdulillah, Maria & suami baru je beberapa hari balik dari JAPAN, 5 Star ⭐️ FREE trip, all fully sponsored by Shaklee.

Dan ramaiiii sangat yang tanya Maria, macam mana Maria boleh dapat 5 STAR FREE TRIP SHAKLEE setiap tahun?

Yang lagi besttt, boleh bawak husband / parents / anak-anak pulak tu dengan trip Shaklee. 😄😄

Alhamdulillah, setakat harini, Maria dah dapat FREE trip ke:-

2014 : LA & San Francisco, USA (3 tiket)
2015 : Italy (4 tiket)
2016 : Orlando USA & Dubai (3 tiket)
2017 : Japan (2 tiket) + Phuket Krabi Cruise (4 tiket)

Nak tahu Trip 5 Star Shaklee untuk 2018?

EUROPE CRUISE & BANGKOK tau!!

Setiap tahun, ratusan Shaklee Business Leaders samada yang baru atau lama, dah pun berjaya dapat TRIP PERCUMA.

Dan Maria yakin, semua orang di luar sana ada PELUANG YANG SAMA untuk dapat juga.

So atas permintaan ramai, InsyaAllah Maria berbesar hati nak kongsikan kepada semua, macam mana Maria dapat score TRIP 5 STAR PERCUMA dari Shaklee setiap tahun, sekali dengan pakej BONUS BESAR setiap bulan tau!!

Sharing percuma akan dibuat pada Khamis 25 May 2017, jam 9:30 malam di Group Telegram Khas.

Oh yer, sharing ni terbuka kepada semua yang BELUM JADI AHLI SHAKLEE saja ya.

Dan terbuka juga kepada semua AHLI SHAKLEE SAH di bawah team kami iaitu MARIA FIRDAUS MILLIONAIRES IN SHAKLEE (MFMS) EMPIRE 😊

Ahli Shaklee aktif di bawah group lain, sorry sangat tak boleh join ya. 🙏

Boleh hubungi Maria atau mana mana Ahli Shaklee SAH di bawah MFMS EMPIRE.

Kami akan add anda di group Telegram khas nanti.

See u! 😍

Masters Maria & Firdaus
Founder of MFMS EMPIRE
019-2592731

Parenting Tips - Hobi Anak Dan Ayah Perlu Sama ?

$
0
0
Assalamualaikum,

Semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang yang berpanjangan buat pembaca blog mariafirdaus.com.my

Parenting Tips

Jika anda tanya saya, saya sangat suka belajar ilmu parenting.

Anak anak saya sekarang sedang membesar. So, sangat penting bagi saya untuk belajar ILMU PARENTING yang betul.

Ramai orang termasuk saya boleh belanja duit untuk beli barang itu dan ini, tapi tak ramai orang sanggup laburkan duit untuk belajar ILMU PARENTING.

Sob sob sob....

Kesedaran mula timbul dalam diri saya sejak beberapa bulan lepas untuk belajar ilmu parenting yang betul.

Anak anak adalah anugerah Allah kepada kita. 

Sepatutnya, saya menjaga anugerah Allah ini sebaik mungkin.

Saya berminat untuk hadir program parenting. Jika ada sesiapa yang tahu program parenting yang bagus, please let me know yer. 019-5782515.

And kawan saya Malek, baru baru ini ada rekemen saya untuk hadir program ESQ Parenting di Kuala Lumpur. Mereka dah attend dan mereka kata ia sangat bagus. So, saya plan nak attend program ni pada bulan 11 nanti. Insya Allah. 


Nasihat Dari Kawan

Baru baru ini, ada sahabat saya bertandang ke rumah.

Beliau lihat saya memakai jersey bola Manchester United. And then dia kata, "Kita geng...."

Beliau berumur sekitar 50-an. Memang berjaya dalam kerjaya dan bagi saya juga berjaya dalam mendidik anak.

Sebab apa saya kata macam ni? Sebab bila kami berbincang bab anak anak, beliau kata hubungan beliau dengan anak lelaki beliau sangat rapat.

Walau pun anak sekarang dah belajar berjauhan, tetapi bila bersembang melalui Skype, mereka masih boleh bersembang dalam 1 jam -2 jam.

Bila saya dengar macam tu, saya rasa terkejut jugak sebenarnya.

Macam mana seorang bapa boleh ada hubungan yang sangat bagus dengan anaknya even anak dah berusia awal 20-an.

Then saya tanya la, "Apa rahsia hubungan baik antara beliau dan anak sampai anak boleh sembang sejam dua melalui Skype?"

Then beliau kongsikan dengan saya, antaranya. Hobi anak dan ayah mesti sama atau tak lari jauh.

Beliau bagi contoh.

Beliau peminat tegar Manchester United. Dulu Kini Selamanya lah...

So, beliau tanam minat anak anak nya untuk suka Manchester United.

Since sejak dua tiga tahun lepas, prestasi Man U tak berapa bagus dan Chelsea nampak macam bagus. Anak dia tanya, "Abah, boleh tak saya nak sokong Chelsea....?"

Kawan saya ni jawab, "Tak Boleh..... Selagi duduk di rumah ni, mesti sokong sama macam abah. Manchester United."

Then saya kata kat kawan saya ni, "La.. apa masalahnya bang. Bagi lah kebebasan kepada anak untuk buat pilihan yang dia suka...."

Then kawan saya jawab, "Macam ni Firdaus. Anak dengan ayah kalau boleh kena ada hobi yang sama. Suka benda yang sama. Sebab apa? Sebab nanti boleh buat benda yang kita suka bersama sama..."

"Contohnya, kalau saya sokong Man U dan anak sokong Chelsea. Nanti bila Man U lawan, saya tengok bola sorang sorang. Bila Chelsea lawan pulak, anak saya tengok sorang sorang. So, bila masa nak buat 'bonding' yang bagus dengan anak......"

"Macam saya, bila kami sekeluarga sokong Man U. So, bila kami berbincang... banyak perkara yang kami boleh bincang bersama. Dan benda ni salah satu cara merapatkan hubungan kami sekeluarga."

"Last last, anak saya rasa saya ni macam kawan dia. Semua benda saya boleh sembang dan 'masuk' dengan dia. Sebab tu sampai sekarang, hubungan saya dengan anak anak sangat rapat."

"Sebab kami buat banyak benda bersama. So my advise to you. Latih anak you bagi dia suka apa yang you suka... Baru lah nanti jadi geng bila dah besar....."

Woww.. Bagi saya ini ilmu baru.

So, lepas ni nak kena didik anak untuk menyukai minat yang lebih kurang sama dengan saya.

Ok jer untuk bagi dia kebebasan untuk buat apa yang dia suka, tapi kena control sikit sikit.

Ayat best dari kawan saya yang last...

"Kita bela anak ni Firdaus. Kena buat macam bela lembu. Hidung kena ikat dari kecik. Tali kita kena pegang dari awal. So, bila dia makin membesar, tali ni kita lepas bagi panjang sikit..... Lepas dia nampak makin ok, bagi panjang sket lagi tali tu. Bagi ruang dan kebebasan kepada dia selagi dia ikut acuan kita. Bila dia dah betul betul ok, barulah kita lepaskan tali tu untuk dia mencorak diri dia sendiri....."

"Masalah ramai orang sekarang ni, tak nak "Pegang" anak masa kecik. Terlalu beri kebebasan kepada anak masa kecik. Akhirnya, bila anak dah besar. Susah dah waktu tu nak control anak. Waktu tu, nak menyesal pun dah tak berguna nanti...."

Fuh.. Bagus sungguh nasihat kawan saya ni.

Terkesan di hati saya.

Alhamdulillah.... Semoga apa yang dikongsikan ini turut memberi manfaat kepada anda.

Kongsikanlah dengan orang lain. Semoga makin ramai di antara kita yang dapat sedikit ilmu ini.

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Meja Luar Rumah Beli Dari IKEA

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi menziarahi blog mariafirdaus.com.my. 

Saya doakan agar Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan di akhirat.

Meja Luar Rumah Beli Dari IKEA

Dah lama saya mencari. Meja dan bangku untuk diletakkan di luar rumah.

Dah banyak kedai yang saya pi. Tapi sama ada design cantik tapi kualiti kurang atau kualiti ok design tak cantik.

ATAU.

Kualiti cantik, design cantik harga pun super cantik.

Setelah difikirkan, saya ke IKEA KL minggu lepas. Saya cari meja yang sesuai untuk letak di luar rumah saya.

Alhamdulillah. Dapat juga design yang saya dan Maria suka.


Kami ni suka yang design segi segi. Tak suka yang bulat bulat. So, design macam ni kena dengan tema rumah kami.


Meja ni harga RM599. Since ia besar, saya tak boleh bawa balik dengan kereta sebab pergi dengan family semua. So, meja ni saya minta PERSONAL SHOPPER IKEA di Parit Buntar untuk belikan. Transportation cost hanya RM40 sahaja. Dari KL ke Parit Buntar untuk meja ni. Kerusi saya beli sendiri jer sebab boleh masuk kereta. 

Ni no phone Personal Shopper IKEA di Parit Buntar. Nama Akma. 011-3361 0299. 


Harga kerusi ni RM325 sahaja untuk satu unit. Since beli dua, harga kerusi RM650.


Terlanjur saya pi IKEA. Saya beli fame ni. Cantik dan kemas. Harga RM30 sahaja untuk satu. Saiz 30cm x 40cm. Boleh muat kertas A4 dalam kotak tu. Sijil saya atas tu semua saiz A4. 

Huhu. After 14 tahun grad, baru berpeluang nak gantung sijil ni dalam rumah. Sebelum ni tak ada tempat nak letak. 

Oklah. Itu jer nak share hari ni. Semoga bermanfaat. Wassalam.

Mariafirdaus.Com.My
Motivating And Inspiring Others


Personal Shopper IKEA Utara - Parit Buntar - Penang

$
0
0
Assalamualaikum,

Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup anda yang membaca blog ini.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Personal Shopper IKEA UTARA - Parit Buntar - Penang

Baru baru ni, saya nak beli barang di IKEA. Tapi tak muat nak bawa balik barang ke rumah sebab barang besar.

Then teringat kat kawan saya di Parit Buntar yang buat servis Personal Shopper IKEA area Utara.

Then saya pm tanya boleh tak belikan barang saya di IKEA. 

Alhamdulillah. Boleh.

So, dipendekkan cerita. Saya share sikit mengenai servis kawan saya ni.

Dia dan kawan kawan yang lain, akan share sewa satu lori dan lori ni akan digunakan untuk angkut barang dari IKEA KL ke arah utara.

Harga yang mereka tawarkan bagi saya agak berpatutan. Servis caj serendah RM3 untuk satu barang dan boleh pergi sehingga RM150 untuk satu satu barang. Semuanya bergantung kepada saiz barang yang kita tempah tu.

Bagi saya, untuk mereka yang tak banyak nak beli barang, boleh tempah macam ni. Simple.

So, since servis kawan saya ni bagus. So saya nak rekeman kepada anda yang perlukan servis ni.


Contoh barang yang ada. Mereka cuma ambil servis caj sedikit sahaja. Sangat berpatutan.


Rak hiasan ini hanya RM199 sahaja termasuk kos upah bawa ke sini. 

Barang barang lain


Laundry basket


Rak hiasan 


Tempat simpan plastik dalam rumah

Gantung baju


Rak. Basically, anda boleh search apa barang yang anda nak beli di Ikea online. Then anda pilih Code Product then berikan code kepada mereka. Nanti mereka akan belikan untuk anda. 

Nah, hambik. Selori barang IKEA penuh. Tapi saya punya meja ajer.


Macam saya, pergi IKEA then tengok barang ni. Tapi tak boleh bawa. So, bagi ajer code kat dia orang. Dia boleh belikan.


Dah siap pasang di rumah. Alhamdulillah.

      Personal Shopper Ikea Utara - AKMA - 011 3361 0299

Sekian. Wassalam






Tempat Saya Beli Khat Kanvas Untuk Hiasan Dinding Dalam Rumah

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Khat Untuk Rumah

Untuk rumah saya, ada beberapa tempat yang saya letakkan khat dalam rumah.

Ada orang tanya saya, di mana saya beli khat khat ini. 

So, sekarang meh saya share contoh contoh khat dalam rumah dan kat mana saya beli. Semoga ia dapat bantu anda yang mencari Khat Untuk Hiasan Dalam Rumah.


Ni Asmaul Husna. Saiz dalam 7 kaki lebar dan 3 kaki tinggi. Masa saya beli ni, harga kalau tak silap RM300 tanpa frame. Frame ni saya guna kayu saiz 2"x1" sahaja. Boleh buat sendiri. Senang ajer, tapi tak mudah. Since saya banyak ada pekerja, so senang la. Mereka tolong buatkan.


Allah Muhammad. Setiap satu RM150 tanpa frame. Khat ni saiz 2' x 2'. Frame tu saya pasang sendiri jer. Tentera kan ramai. Suruh ajer pekerja buat.


Buat nama untuk anak, Fateh satu. Farees satu. Fawwaz satu. Sekali frame, saiz 1' x 1'. 


Farees Fateh Dan Fawwaz


Ni custome made. Design nama kami. Bubuh nama Maria Firdaus kat dalam bilik tidur. Saya tak berkenan design ni, tapi Maria suka. So, saya ok ajer la. Harga sekali frame RM600 termasuk custome design. 


 Ni yang terbaru. Saya minta dia designkan. Saiz 50" x 70". Harga sekali dengan frame adalah RM800 termasuk postage.

Produk Produk Lain Yang Beliau Jual

Kalau anda nak tengok produk produk lain yang beliau jual, boleh lawat page FB mereka di SIMPLY KUFI KANVAS. Hubungi nombor phone ni yer : 0173020010


Asmaul Husna macam rumah saya punya. Cuma saiz berbeza.


Boleh tempah nama kita. Beliau akan design dan print untuk anda.


Boleh buat hadiah kahwin kenkawan, boleh buat hadiah untuk guru dan macam macam lagi.


Custome made design.


Hadiah birthday member pun boleh. Ada ke yang nak bagi untuk hadiah birthday saya. Huhu... Baru terlepas 6 June yang lepas. Sob sob sob...


Bismillahirahmanirahim


Khat yang ada.


Allah Muhammad


Ar Rahim


Ayat seribu dinar


Allah Muhammad


Ni nombor phone dan kontek kalau anda nak tempah khat di atas.

Khat Lain Dalam Rumah


Ni saya letak di ruang tamu rumah saya. Saiz 8 kaki lebar x 3 kaki tinggi. Harga RM1500. Saya beli di FB Top Khat. Harga mahal sket berbanding saya beli di Simply Kufi Kanvas. 

Cumanya, saya tengok dari segi kualiti kanvas, yang Top Khat ni lebih berkualiti sket. Kain kanvas dia berkilat sikit. Tapi harga dia pun berkilat gak la. 

Nota Kaki : Pemerhatian saya, kebanyakan khat kanvas di Top Khat lebih mahal. So, korang pepandailah cek dia punya website. www.topkhat.com 


Ni pulak saya tempah wall paper. Gambar kaabah. Ada di ruang makan rumah saya. Harga sekali installation dalam RM800. Saiz 9' lebar x 6' tinggi.


Asalnya gambar ni. Tapi mak saya tak suka. Apa kan daya... Tukar terus dengan gambar kaabah. Sob sob sob.... Tak per la. Redha mak tu lagi mahal dari gambar ni.. Kalau gambar cantik tapi mak tak suka nak buat apa. 

Ada kawan saya kata, "Hang patut boh gambar mak hang besar besar sini.. Mesti dia suka.. Ni bubuh gambar hang tak bubuh gambar dia...."

Miakaka. Pandai kawan saya buat lawak.

Oklah. Ini sajalah sharing saya kali ni. Semoga dapat membantu anda yang sedang mencari khat untuk hiasan dinding rumah anda nanti.

Kalau berminat, jangan PM saya. PM mereka yer. 

Saya sekadar bantu rakan rakan seperjuangan yang buat bisnes sahaja. Semoga bisnes mereka semakin maju dan untung banyak. Moga boleh banyak lagi bayar zakat.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Vivix Bantu Pesakit Kencing Manis

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my. Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah mudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat.

Masalah Kencing Manis Di Malaysia

Sepanjang kami menjalankan perniagaan bisnes Shaklee, kami dapati salah satu penyakit yang ramai orang Malaysia berisiko untuk kena adalah masalah KENCING MANIS atau DIABETES.


Bukan sedikit wang rakyat dibelanjakan untuk merawat penyakit kencing manis ini.


Pengambilan gula yang tinggi dalam kehidupan seharian punca kencing manis

 Selain itu, pengambilan diet tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihhat, tekanan hidup dan tidak bersenam menjadi pakej lengkap untuk seseorang mengidap masalah Diabetes.


1 daripada lima orang dewasa di negara ini mengidap penyakit kencing manis.

Jika anda tanya saya, cara paling baik untuk mengawal kencing manis adalah dengan pengambilan diet yang seimbang dan bersenam setiap hari.

Secara teorinya, kena buat macam ni.

Tapi secara realitinya, bukan ramai orang yang boleh bagi komitmen untuk jaga pemakanan seimbang dan bersenam setiap hari. 

Anda boleh tengok sendiri cara anda makan sebelum ini. Makan nasi pagi petang siang malam. Siap bertambah lagi.

Dilengkapkan dengan air manis setiap kali kita makan. Ia 'pakej sempurna' untuk menyebabkan kita berisiko tinggi untuk dapat Kencing Manis.

Vivix Shaklee Bantu Pesakit Kencing Manis

Salah satu suplemen Shaklee yang sangat bagus untuk membantu pesakit Kencing Manis adalah VIVIX.


 Vivix adalah produk PREMIUM yang Shaklee hasilkan. Ia diperkaya dengan Resveratrol dan Polyphenol yang membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit kencing manis.


Antara manfaat VIVIX 

Berdasarkan pengalaman kami, ramai mereka yang mengambil VIVIX secara konsisten dapat menurunkan kadar kandungan gula dalam badan mereka dan meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhannya.

Tapi pada masa yang sama, mereka yang mengalami masalah kencing manis ini harus mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT, iaitu menjaga pemakanan yang seimbang, bersenam dan kekalkan berat badan yang sesuai.

Pastikan anda sentiasa ikut nasihat doktor dalam pengambilan ubat-ubatan mengikut dose yang ditetapkan.

Jika semua ini diamalkan secara konsisten, di samping pengambilan VIVIX insya Allah kadar gula dalam badan dapat diturunkan.

Testimoni Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis



Bacaan gula dalam badan berkurang dari 20 kepada 16, kemudian kepada 15 dan akhirnya turun kepada 10.

 Sembuh sepenuhnya selepas 7 bulan konsisten ambil Vivix.

 Setelah 14 tahun mengidap Diabetes, kadar gula turun dari 15.5 kepada 4.8 selepas konsisten mengambil Vivix.

Dari 29 turun kepada 11.

Jika anda tanya saya, Vivix sangat bagus diamalkan ketika KITA MASIH SIHAT. Ia dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dan mengurangkan risiko penyakit kronik. 

Tapi, kalau dah terkena penyakit kronik seperti Kencing Manis, cadangan saya berikhtiarlah dengan Vivix. Ia adalah sebahagian dari usaha kita untuk mempercepatkan proses penyembuhan kita.

Harga VIVIX memang sedikit tinggi berbanding suplemen Shaklee yang lain.

Tapi jika nak dibandingkan kesan Vivix untuk kesihatan kita, Insya Allah, harga VIVIX adalah SANGAT MURAH. 

Cadangan saya, jika anda ada simptom kencing manis sekarang, atau kadar kandungan gula dalam badan anda tinggi, dapatkan pengesahan doktor, dan cubalah amalkan Vivix.

Insya Allah, ia dapat bantu mengawal kandungan gula dalam badan anda.

Ingat yer, disamping ambil Vivix, pastikan anda sentiasa ikut nasihat doktor, ambil ubat doktor ikut dose yang ditetapkan, amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan dan amalkan senaman setiap hari.

InsyaAllah, tahap kesihatan anda akan meningkat.

Jika anda berminat untuk tahu lebih detail mengenai Vivix Shaklee ini, anda boleh PM Maria di 019-259 2731. Maria boleh menjawab persoalan yang bermain di fikiran anda mengenai Vivix.

Wassalam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


Salam Aidilfitri 2017 Daripada Maria Firdaus!!

$
0
0


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Terima kasih sudi melawat blog kami.

Di kesempatan ni, kami ingin SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua pembaca blog Mariafirdaus.com.my.

Even Syawal sudah menjengah hari yang ke 13, rasanya belum terlewat untuk kami kongsikan gambar gambar raya kami di sini yang serba sederhana.

Jom layan.

Malam Raya


Berbuka puasa malam terakhir.


Surau baru depan rumah saya. Dirasmikan pada malam raya. Baru saja siap. Solat Maghrib adalah solat pertama kami semua di surau ini. Selepas Isyak, takbir raya bersama warga Simpang Empat, Kampung Kedah, Parit Buntar.


Poster baru di depan pintu masuk rumah. Mak tak suka dengan gambar sebelum ini. So, kami tukar dengan yang ini. Alhamdulillah, mak suka. Malam raya baru siap pasang. Hehe.


Ni gambar asal yang mak kurang berkenan. Huhu.. Mak kata dia tak suka gambar orang dalam rumah. Saya dah berhujah beberapa kali berdasarkan apa yang diterangkan oleh Ustaz Zaharudin. Tapi, mak tetap tak setuju. So, nak tak nak saya tukarlah juga.

Nanti saya share mengenai kisah ini.


Malam raya, main bunga api dulu. Alhamdulillah, kami main pun bunga api yang kecil kecilan ajer. Sesuai la dengan anak sedara yang kecik kecik lagi.

Bergambar Bersama Keluarga Di Pagi Raya



First of all, bergambar dengan semua ahli keluarga. Tahun ini semua orang balik beraya di Parit Buntar. So, Alhamdulillah. Memang agak meriah.


Gambar Fawwaz tu dah tak dapat diselamatkan lagi. Moody pulak dia pagi ni. 


Family abang sulung


Lagi family Abg Jan

Solat Hari Raya


Surau just depan rumah saya. Lintas jalan semua anak anak sedara. Mak pagi raya tak larat jalan pulak. So, kena naik wheelchair.


Surau baru kami dipenuhi dengan ahli qariah. Alhamdulillah. Dapat disiapkan on time walaupun ada yang masih belum sempurna.


Fawwaz pun nak ikut gi solat jugak... Sampin ntah ke mana, songkok ntah ke mana...


Saya diminta untuk menyampaikan khutbah kali ini. 


Fawwaz khusyuk mendengar khutbah raya kali ini.


Selesai solat, Maria bergambar dengan  Farees dan Fateh


Balik rumah, sebelum menjamu selera sambung ambil gambar balik.


Asalnya saya pakai sampin singkat ajer, Maria suruh labuhkan sket. Hehe. Gurau jer.


Dengan budak budak kecik ni bukan senang nak ambil gambar.


Farees dan Fateh yang comel.

Beraya Di Rumah Jiran Dan Saudara Mara


Beraya di rumah jiran, Tuan Haji Hassan. 

 

Then ke rumah kawan baik mak. Fawwaz terjumpa buaian ni. Terus naik tak nak turun pulak.


Jom makan lagi..


Ke kampung arwah abah di Bagan Serai. Terjumpa pulak kereta tolak ni, semua orang pakat pakat nak naik. 


Bukan main suka lagi


Kampung halaman arwah abah.

Rumah Terbuka Raya Kedua

Kami adik beradik berpakat nak buat rumah terbuka di sini. Semua saudara mara dari belah arwah abah dan mak dijemput hadir. Tak dilupakan, jiran tetangga.

Tujuannya satu, nak merapatkan hubungan sesama ahli keluarga since semua adik beradik saya ada di sini.

Kami sediakan makanan untuk 400 orang. Namun, saya rasa tetamu yang hadir sekitar 600 orang. Alhamdulillah.


Preparation di awal pagi hari raya kedua.


Makanan disediakan oleh Hj Hud Catering.


Sebelum orang datang, kami anak beranak makan dulu.


Batch pertama yang sampai. Bermula jam 11 pagi. 


Ni baju raya tahun lepas. Warna biru juga. Hehe. 


Tetamu surprise. Jauh Kak Tun datang, dari KL untuk hadir ke rumah terbuka kami. Betul betul terkejut. 

Saya sekadar berkongsi kos yang dibelanjakan untuk open house. At least anda boleh buat anggaran kalau nak buat rumah terbuka nanti.

1. Khemah - 2 Unit x RM240 = RM480
2. Makanan Nasi Minyak Dan Lauk - 400 x RM7 sekepala = RM2800
3. Satay - 3000 cucuk x RM0.60 = RM1800
4. Apom Balik - 600 Biji x RM0.60 = RM360
5. Cendol - 400 Mangkuk x RM1 = RM400
6. Duit Raya - RM300

Anda totallah sendiri yer.

Akhir kata, saya dan Maria ingin ucapkan sekali lagi kepada anda semua pembaca setia blog Mariafirdaus ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.



Thanks kerana sudi membaca blog kami.

Wassalam

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Ajar Anak Kita Jadi "Hamba"

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Ajar Anak Kita Jadi "Hamba"

Saya tak pasti, anda yang baca blog ini bersetuju atau tidak dengan statement saya di atas ni.

Tapi tak pe, jom kita baca apa yang saya nak kongsikan.


Dalam family saya, kami ada 4 beradik. Dari 4 beradik ni, jumlah anak anak kami adalah 15 orang. 12 lelaki dan hanya 3 perempuan. Memang genetik kami ni kuat lelaki nampak gayanya. Hehe.

Apa yang saya perhatikan, anak abang saya yang sulong ramai yang dah besar besar. 

Dan mereka ni sangat "boleh diharapkan". 

Kalau kita minta mereka tolong buat sesuatu. Laju ajer mereka datang tolong dan buat apa yang kita minta tu. Alhamdulillah. Ringan tangan semuanya.

Since anak anak saya semuanya masih kecil, rasanya saya pun perlu buat something dari sekarang so that anak anak saya ni nanti semuanya pun jadi ringan tulang, Insya Allah.

Saya nak anak anak saya nanti bukan sekadar berjaya dalam akademik, tapi saya nak mereka berjaya dalam kehidupan. 

Nak jadi mereka seorang yang multi tasking dan boleh buat macam macam perkara. Nak suruh bersukan boleh, nak suruh berceramah boleh, nak suruh buat kerja boleh, nak suruh buat apa pun bagi jadi boleh.

So, semua skil skil ni rasanya nak kena diasuh dan diajar dari sekarang. Sejak mereka kecil lagi. Bila mereka suka buat kerja dan membantu dari sekarang, insya Allah dah besar nanti senang jadinya.

Bibik Bercuti Di Indonesia

Dipendekkan cerita, bibik saya balik bercuti ke Indonesia hampir 3 minggu. Sob sob sob. Dah bertahun hidup ada bibik, tetiba tak ada bibik. Jadi jammmm..

Semua kerja nak kena buat sendiri. 

Sekarang ni, saya dan Maria dah terpaksa ambil alih tugas tugas bibik di rumah ni. Syukur la kami duduk dengan mak, ada jugak Wonderpet yang boleh membantu. Hehe....

Didik Anak Buat Kerja

Di kesempatan bibik tak ada ni, rasanya ini masa terbaik untuk saya 'ajar' anak anak saya buat kerja. Apa yang mereka boleh buat, saya ajar mereka untuk mereka buat sendiri.

So, saya mulakan dengan menyuruh anak saya Farees basuh kasut sendiri, jemur sendiri dan ambil sendiri bila dah kering. 


Benda pertama Farees cakap bila nak cuci kasut sendiri, "Eeee, kotornya...."Nampak dia dah macam geli nak basuh sendiri.  Dah nak kena counter balik, "Bayangkan, sendiri pakai, sendiri cakap kotor. Sendiri bagi kotor, sendiri kena bersihkan balik..."


First time seumur hidup dia nak cuci kasut sekolah sendiri. Nasib lah ko nak. I will not do it for you. You have to do it yourself.


Penutup tugasan waktu tu, cuci bilik air. Walaupun nampak kekok, saya ajar dia cara bersihkan bilik air. Alhamdulillah, well done.


Waktu malam, saya tengok lantai diruang makan family agak kotor. So, saya sapu sampah, Then panggil anak anak tolong mop lantai. 

And amazingly, Farees happy untuk menolong. So, dia bantu saya. Saya mop dengan sabun. Then Farees mop dengan air kosong untuk bilas. Dan..................


Fateh tolong keringkan dengan mop kering. Even mop tu besar dan macam susah nak tolak, dia cuba juga. And Alhamdulillah, semua tempat tu bersih dicuci oleh kami bertiga.


Keesokan malamnya, saya rasa it's time untuk saya ajar anak anak saya basuh pinggan pula. Since Fateh tu kecik lagi, baru 5 tahun, saya panggil Farees sahaja untuk basuh. Dia basuh guna sabun. Dan saya bilas pinggan tu. Dia pendek tak cukup tinggi, saya ambil kerusi untuk dia. Alhamdulillah, nampak dia enjoy dan happy untuk membantu.


Not bad, dia boleh buat semua dengan baik. Rasa kagum seketika. Dan terasa kenapa la aku tak pernah ajar anak aku buat kerja kerja ni sebelum ni. Sebenarnya, mereka boleh. Saya aja yang 'terasa' mereka masih kecil. 


Since saya tengok Farees dapat cuci pinggan dengan baik, saya test panggil Fateh pulak untuk bantu. Saya bagi tahu dia, abang cuci dengan sabun, Ateh cuci dengan air jer bagi bersih balik sabun tu. 

Subhanallah. Seriously saya terkejut. Fateh boleh buat dengan SANGAT BAIK. Semua sabun dibilas dengan baik dan bersih. Saya duduk kat tepi tu, monitor mereka berdua buat kerja. 

Saya dapat satu pengalaman baru, kita kena mendidik anak dari usia awal untuk buat kerja kerja rumah.

Kena bagi mereka minat untuk buat dan sedar itu TANGGUNG JAWAB SEMUA orang. 

Tak kisah, laki atau perempuan. Semua orang ada tugasan dalam rumah.

Dan sekarang, dah boleh harap Farees untuk keringkan baju yang dibasuh dengan washing machine. Lepas dah habis basuh, dia ambil baju tu dan masukkan dalam dryer machine. Then dah siap, keluarkan balik semua baju tu. 

Tengok dia macam ok jer. Alhamdulillah.

Saya bincang dengan Maria pasal hal ini, Maria bagi tau, anak anak ni dah kena start bagi tugasan dari sekarang. Kena ada kerja tetap untuk mereka.

So, sekarang Maria tetapkan Farees untuk tutup pintu dan tingkap rumah di sebelah petang setiap hari. Nampak gaya, not bad. Farees gi tutup pintu bila dah petang. Bagi dia ada rasa tanggung jawab dalam rumah.

And then, tak lama lepas dok suruh Farees dan Fateh buat kerja kerja ni, saya terjumpa artikel ni di internet. Sama seperti apa yang saya fikirkan.


Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

  • Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone
  • Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.
  • Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?


Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. 

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

"Kesian anak tu kecik lagi.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

Baju laki bini anak beranak mak basuh
Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa. 

Mereka akan buat secara terpaksa

Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka
Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

Sementara sianak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

Usah terlalu kasihankan anak
Jangan terlalu memanjakan anak
Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
Ajar mereka tentang kerja rumah
Ajar mereka erti kehidupan
Pupuk kesedaran dalam diri mereka

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

Semoga bermanfaat apa yang saya kongsikan ini.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Pengalaman 3 Hari 2 Malam Di Pulau Redang, Terengganu

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my, semoga Allah merahmati dan memberkati hidup semua.

Ditakdirkan Allah, minggu lepas saya ada kerja di Merang, Terengganu. Since Merang dah terlalu dekat dengan Pulau Redang, selepas habis kerja saya. Saya dan rakan rakan meneruskan perjalanan kami ke Pulau Redang. 

So jom layan gambar percutian saya dan rakan rakan di Pulau Redang, Terengganu. 

Trip 3 Hari 2 Malam Di Pulau Redang


Breakfast di Merang, Terengganu. Tapi mahal sangat. Makan "Rice To Wednesday" Kambing. 


Tiba di Jeti Merang pagi hari Ahad. Kami kena sampai jam 10 pagi di Jeti ini. 


Kami bertujuh memulakan perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang. Actually, kami boleh aje naik boat besar yang lebih stabil. Tapi Okaz pilih boat kecil. Katanya, barulah mencabar. Hehe.


Bot memecut dengan sangat laju. Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang hanya mengambil masa 30 minit dengan bot laju ni.


Selamat tiba di Jeti Pulau Redang. Untuk makluman anda, ada berpuluh puluh chalet di Pulau Redang dan menawarkan pakej percutian yang berbeza dari segi harga. Pada pandangan saya, pakej yang saya ambil ni dah tersangat murah. Hanya RM280 seorang tak masuk GST. Kami ambil bilik bertiga dan berempat. Ini dah termasuk kos bot pergi balik, kos penginapan 3 hari 2 malam di chalet dan kos makanan sepanjang kami berada di sana.


Kami 'parking' di sini selama 3 hari dua malam. Di Redang, hanya ada dua pengusaha Muslim. Salah satu owner adalah Redang Lagoon. Sebab tu kami pilih untuk menginap di sini.


Kami tiba di Pulau Redang sekitar jam 10:30 pagi. Kami terpaksa tunggu dulu di sini sementara menunggu waktu check in pada jam 12 tengah hari.


Rakan seperjuangan yang syahid seawal minit pertama. Ni Ustaz Saufi. Nak ikutkan, beliau join kami pun last minit. Sebab ada kawan lain yang tak dapat join last minit sebab masalah kesihatan.


Ambil gambar sekitar chalet dulu. Chalet ini boleh menampung sekitar 450 orang maksimum pada satu satu masa.


Ada perkhidmatan menyewa life jacket dan peralatan untuk snorkling.


Ada banyak buaian untuk kami semua berehat 


Masa kami pergi ke sini, taklah ramai sangat orang sebab kami sampai sini hari Ahad sehingga hari Selasa. So kiranya hari bekerja.


Ada banyak pondok rehat di tepi pantai. Memang sangat mendamaikan.


Jam 12 kami check in di bilik. Then rehat serta makan di chalet ini. Semua makanan kami sepanjang 3 hari dua malam dah termasuk dalam harga RM280 tu.


Jam 2:30 kami dibawa ke tempat snorkling open sea. Ini pun dah termasuk dalam pakej. Cuma kena sewa life jacket dan gogle berharga RM30 untuk tempoh 3 hari 2 malam. Jejaka ni namanya Amirul. Umur 24 tahun. Single. Tapi tak available. Dah bertunang. Letih kami tengok dia asyik 'melayan' telefon dengan tunang dia. Asyik nak kena 'punch card' aja. Hehe...


Lets go. Dah tak sabar nak mandi ni.


Kena meredah pantai untuk naik ke bot. Sesiapa bawa phone masa ni perlu berhati hati. Jangan tinggal dalam poket seluar yer. 


Duduk ajer, baru Sheikhul Islam ni teringat, "Alamakkkkk.... Phone aku dalam seluar." 

Habis cerita. Selamat hari raya la sheikh. Dah la phone ni baru beli tak sampai 2 bulan. Rasa nak nangis dibuatnya. Tapi seorang Sheikh imannya kuat. Dalam duka hatinya, wajahnya masih boleh senyum sambil angkat tangan cakap best. 


Jam 2:30 bot bertolak ke open sea untuk snorkling kami yang pertama.


Sheikh Saufi dan Al Farabi. Dah tak sabar nak ber snorkling. Waktu ni, Sheikh kita nampak aja ceria, dalam hati gundah gulana. Jammmmmm.. Phone dah masuk dalam air laut. Apa yang beliau buat, bilas phone tu dengan air minum di semua bahagian. Nak make sure tak ada saki baki air laut terlekat di phone. Mudah mudahan dapat diselamatkan.


Boleh nampak kan, keceriaan orang yang phone tak rosak dengan orang yang phone rosak. Senyumnya tak samakan. Hehe... 


Saya ambil gambar mereka yang mandi di sini. Ada sekitar 50 orang yang join kami petang ni.


Kami diberi masa sehingga jam 4 untuk mandi di sini. 


Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Farid dah lembik nak muntah. Dah loya loya. Tengoklah dia. Dah tersandar di boat. Sheikh Saufi masih teringat phone dia terendam dalam air tu, sebab tu masih tak boleh nak senyum. Huhu...


Kami di bawa pulang ke chalet dan lepas tu terus pi minum petang. Ada kuih cucur kodok tepung goreng gula. Memang sedap.


Disinilah kami minum petang untuk berehat sementara menunggu aktiviti sebelah petang.


Nak gi tengok penyu pulak.


Di sebelah petang, pada jam 5:30 petang, kami ambil pakej extra iaitu untuk pergi snorkling bersama penyu. Untuk join pakej ni, kami perlu bayar extra RM35. Kami dibawa ke satu tempat untuk melihat penyu.


Mula mula, tour guide akan turun ke dasar laut, untuk umpan penyu dengan makanan. 


Bila penyu macam dah nak makan, ia akan bawa penyu tu naik ke atas untuk menghampiri kami yang dah menunggu di atas.


Dah nak sampai atas baru bagi makan kepada penyu ni.


So close...


Penyu ni memang datang rapat dengan kami.


Finally dapat juga sentuh penyu ni. Ada sekitar 7-8 ekor penyu di sini. Semua penyu ini dah di tag oleh pihak Jabatan Perikanan Dan Laut bagi mengenal pasti dan merekod jumlah penyu yang ada di sini.


Penyu ni buat lintasan hormat betul betul depan saya pulak. Terpaksalah ambil gambar dulu.


Setelah puas bermain dengan penyu, kami mandi di tepi pantai pulak. Di sini ada baby shark. 


Makan malam kami untuk malam ni adalah barbeque style. Kami diberikan sotong, ayam dan ikan yang dah siap di marinate, tinggal nak pilih mana yang berkenan dan bakar sahaja. Bara apa dah disediakan, kami cuma perlu pilih dan bakar sendiri sahaja. 

Waktu ni sekitar jam 7 malam. Saya dan Farid waktu ni dah berpeluh lepas jalan jalan, so kami decide untuk terus pergi bakar barbeque. Kami solat Jamak Taakhir. Rerakan yang lain semua solat Maghrib dahulu. So, kami kira 'berkorban' la untuk rakan rakan yang lain. 

Terpaksa berpanas, berpeluh peluh untuk menyediakan makanan untuk semua orang. 


Boleh tengoklah betapa panasnya kawasan tu. Berpeluh habis satu muka dan badan.


Yang paling sedap adalah sotong bakar. So banyak gila sotong yang kami bakar. In total anda bayangkan kami bakar hampir 14 bekas besi tu. Ada 7 orang, so maksudnya setiap seorang makan hampir 2 bekas. Gulp... Memang jin nampaknya semua orang ni.


Dah habis solat mereka pun datang. Acah acah bakar buat ambil gambar. Hehe...


Gaya mau lebih. Nampak macam penat bekerja. Wayang ajer ni. So makan malam tu memang kenyang lah kiranya. Alhamdulillah.


Jenjalan dulu pusing pusing kawasan sekitar.


Keesokan paginya, kami dihidangkan dengan Nasi Lemak / Nasi Goreng / Roti untuk sarapan pagi. Pendek kata, memang kenyanglah tinggal di chalet ni. Tak rugi insya Allah. Makan memang terjaga. Makan buffet pulak tu. Belasah ajer la selagi mampu.


Yang nak makan roti boleh bakar roti dulu. Ada kaya dan planta untuk disapu pada roti.


Then lepas sarapan, kami jenjalan dulu di sekitar kawasan untuk ambil angin pagi.


Adoyai. Sheikh Saufi dah jadi tak keruan seperti beruk kehilangan anak. Masih teringat handphone yang terendam dalam air laut petang semalam. Kemurungan membawa sampai ke pagi. Huhu... Bertabahlah wahai hati.


Dari kiri, Prof Abdullah, Datuk Seri Firdaus, Sheikh Saufi yang senyum macam tak ikhlas dah dan Datuk Seri Farid. 


Ikhlaskanlah senyuman mu Sheikh.


Bagi menghiburkan hati yang lara, saya ambil gambar dulu sheikh kita ni menggunakan teknik fotography power.


Cantik ke cantik? Mestilah cantik. Kalau pelakonnya power.  Hehe... Ni bukan petang ni, ni gambar pagi. 


Datuk Seri Farid nak makan matahari pulak....


Huhu.. Ternampak nama Datin Seri Maria. Membuatkan hatiku berbunga bunga teringat isteri tersayang yang jauh dimata.. Chia chia chia..


Naik bot dulu. Pagi ni kami akan bersnorkling di Taman Laut. Ia dah termasuk dalam pakej RM280 tadi. 


Semua orang bersedia untuk berlepas di dalam bot.


Terjumpa mamat France. 


Kami di sini pagi ini... "Kite tengok penyu telur... Penyu tengok telur dia.... Nanananana Ganu kiteee" 


Disini kami diberi briefing oleh Tour Guide. Apa yang boleh dibuat dan jangan dibuat di Taman Laut ini. 


Air laut disini sangat cantik.


Ada banyak giler ikan yang bermacam macam spesis.


Memang beriban ribanlah ikan disitu.


Saya belajar skill baru disini. Sebenarnya, kita dilarang memberi makan kepada ikan ikan disini kerana takut kita memberi makanan yang salah kepada ikan. Jika ditangkap, boleh didenda. So apa yang kami buat, kami masukkan roti di dalam botol dan kemudian isi air dalam botol tu. Bila ikan nampak roti dalam botol tu, semua ikan datang kepada kita. So senanglah nak tengok ikan dari jarak dekat.


Banyak kan ikan di sini... Ada yang kecil ada yang besar.


Selfie sikit.


Ada ikan warna hitam pun ada. So baju oren tu Sheikh Saufi. yang biru sebelah kanan tu Datuk Seri Okaz.


Memang terbaiklah.... Banyak ikan dapat dilihat LIVE depan mata.


Okaz memang seorang yang gila snorkling. Memang dia enjoy habislah. Ni kali ketiga dia datang ke Redang sebab dia kata di sini lebih cantik berbanding Krabi, Pulau Pangkor, Pulau Perhentian dan Pulau Mabul, Mamutik di Sabah.  Which, saya sendiri bersetuju dengan pandangan Okaz. Air disini lebih jernih dah ikan lebih banyak berbanding di tempat lain.


Saya dok ambil gambar orang ajer, kalau nak muka sendiri. Nak kena selfie sendiri. Sob sob sob... Jernihkan air disini.


Ada bermacam macam coral di sini.


Ikan seriously memang banyak.


 Macam duduk dalam akuarium pulak rasanya.


Memang puas hati mandi di sini


Ikan jinak jinak. Boleh datang dekat kami. Tapi kena ada umpan roti dalam botol air tu la. Baru dia nak datang. Kesian ikan tu. Rasanya ikan tu lapar. Sebab tu nak cari makanan. Tapi kami dilarang bagi makan kepada ikan. Tak dapat nak nolong ikan wei...


Melihat ikan ikan yang banyak ni, terubat rasa hati Sheikh Saufi yang terendam phone di hari pertama kami disana.


Dah penat, semua naik ke atas. Lapar... So kita makan dulu. Di sini ada kedai jual makanan cuma mahal sket. So it's either you bawa makanan sendiri atau pun you bawa duit beli kat situ.


Habis mandi, jom pulang ke chalet balik..... Kami makan tengah hari, dan kemudian bersolat Zuhur dan Asar. Selepas itu, get ready untuk snorkling di tempat lain pula iaitu berhampiran dengan Pulau Kerengga Kecil. Tour guide kata, disitu ada shark yang besar. Fuhhhhh Teruja dengar.


Waktu petang kami menaiki bot sekali lagi.


Naik bot nelayan pulak kali ni. Bermacam macam pengalaman kami dapat di sini.


Briefing daripada Pak Yus untuk snorkling dikawasan ini.


Jom terjun.... 


Ikan memang tersangat banyak. Tak kisahlah snorkling di mana pun. Memang super duper banyak ikan. Anyway, anda dilarang menangkap ikan disini. 


Batu karang yang bermacam macam bentuk.


Prof Abdullah bising, gambar dia kurang saya ambil. Huhu. Saper suruh berenang jauh jauh. Kene datang dekat la dengan photographer. 


Barulah leh ambil gambar macam ni.... Kannnnnn.. Orang snorkling muka dalam air. Dia snorkling muka kat atas. Hehe.. Gurau jer.... 


Batu karang...  Kami mencari cari juga dimanakah shark yang besar tu. Dalam takut, saya perhati sekeliling juga nak cari shark besar tu.


Datuk Seri Okaz dah pandai buat bubble bentuk bulat dalam air.... 


Super duper cantik batu karang di sini.


Subhanallah...


Memang puas hati snorkling di Redang. Highly rekemen.


Akhirnya, ikan yang ditunggu muncul jua... Tapi sayang, ia hanya muncul di google sahaja. Hehe.. Seriously, saya teringin nak tengok shark secara LIVE. Tapi tak jumpa. So, cari kat google ajer la. Hehe... Jangan marah yer...


Pulang ke chalet untuk berehat. Petang kami plan nak berkayak pulak. 


Ikut plan kami nak berkayak petang tu, tapi apakan daya. Laut pula bergelora. So tak boleh berkayak. So kami snorkling di tepi pantai sahaja petang tu untuk tengok baby shark. Malam tu, kami dinner di chalet. Makan buffet. Memang sedap. Banyak pilihan makanan. Then lepas tu kami pi jenjalan ambil udara malam dikawasan sekitar. Tapi apa kan daya, hujan pulak malam tu. Terpaksalah kami masuk ke chalet untuk tidur. Packing packing dan bersiap untuk balik pagi esok.


Esok pagi, kami diangkut menaiki traktor ini ke jeti dari chalet.


Dah macam budak budak rasanya kami ni...


Bot dah sedia menanti...


Selamat Tinggal Redang....


Then kami gi makan ikan celup tepung di area Merang, memang sedap. Korang google lah yer tempat makan sedap kat sini. Seriously memang sedap.

Summary

Sebelum balik, saya sempat tengok pakej penginapan di Redang Lagoon ini. Ini brochurenya. 


Tengoklah sendiri harganya yer. Fikir fikirlah sendiri boleh pilih mana yang berkenan.  Bulan November - Februari ditutup setiap tahun kerana musim tengkujuh.

Harga dah termasuk Return boat, makan, penginapan di Redang Lagoon dan 3 trip snorkeling yang best. Harga ni tak masuk GST yer.


Ni itenary sepanjang 3 hari 2 malam di sini.


Gambar dalam bilik. 

Bagi saya, harga ground sekitar RM280 agak murah. Kalau nak dicampur dengan sewa life jacket dan mask RM20 = RM300 + GST = RM318. Then tambah duit Tiket Taman Laut RM5 menjadikan total seorang RM323 sahaja seorang dewasa. 

Harga berubah ikut bilik mana yang ada pilih dan waktu bila anda pergi. 

Tapi bagi saya personally, saya rasa ia berbaloi. Kalau anda nak ke sana, anda boleh hubungi agen yang uruskan percutian kami di Pulau Redang ini di nombor : 019-9452751. Harga memang dah fix. So tak perlu tawar menawar. 

Anda boleh booking dan bayar duit deposit RM130 seorang untuk tempahan. Pembatalan tidak ada duit refund. 

Please, tolong JANGAN KONTEK SAYA. Saya hanya bercerita pengalaman saya di Pulau Redang sahaja. Anda konteklah sendiri agen di nombor atas tu yer. 

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Jom Cuti Cuti Malaysia

Pengalaman Dan Tips Untuk Jemaah Umrah dan Haji Kekal Sihat Bertenaga Di Tanah Suci!

$
0
0



By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Kami doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan dalam lembayung rahmat Allah S.w.t.

Alhamdulillah. Panggilan haji tiba lagi untuk tahun ni. Sekarang ni ramai Jemaah Haji dah mula bertolak ke Tanah Suci.

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan.

Seperti firman Allah Ta'ala dalam Surah Ali Imran, ayat 97 :
"Dan Allah mewajibkan keatas manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya.

Siapa yang kufur (ingkar kewajipan haji) maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu apa pun daripada sekalian makhluk)."

Alhamdulillah, setakat ni Allah dah beri Maria peluang 3 kali ke Tanah Suci.

Dan yang Maria excited nak share, setiap kali ke Tanah Suci, Maria ada pengalaman yang sangat berbeza dari segi tahap KESIHATAN dan KECERGASAN.

TAHUN 2010 - UMRAH PERTAMA (LANGSUNG TAK AMALKAN SUPLEMEN)

TAHUN 2011 - MENGERJAKAN HAJI (AMALKAN SUPLEMEN BRAND X)

TAHUN 2014 - UMRAH (PREGNANT 3 BULAN & AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE)

So dalam entry kalini, Maria nak share pengalaman Maria sendiri tentang kesihatan diri sepanjang Umrah & Haji.

Sebelum tu, Maria nak share dulu gambaran apa yang akan kita hadapi sepanjang Umrah & Haji yer.


KEADAAN DI TANAH SUCI

Cuaca di Malaysia tidak sama dengan cuaca di Mekah dan Madinah. Cuaca di Tanah Suci adalah kering, pada waktu siang adakalanya panas sehingga 45 C dan pada waktu malam pula ia sejuk sehingga mencecah 17 C. Bergantung bulan berapa kita di sana.

Perbezaan suhu yang tinggi pada waktu malam dan siang menyebabkan ramai dikalangan para jemaah yang mengalami masalah kesihatan ketika berada di sana.

Ibadah umrah dan haji sebenarnya banyak menggunakan fizikal. Kita para jemaah perlu berjalan dengan jauh untuk menyempurnakan ibadah haji ini.

Ini kerana, sekarang ini jarak antara hotel dengan masjid sudah semakin jauh.

Melainkan anda menunaikan haji  dengan pakej swasta bernilai RM50,000 ke atas. Anda boleh tinggal di hotel bersebelahan dengan masjid.

Pada tahun 2011 waktu kami menunaikan Haji, jarak paling dekat untuk jemaah haji Malaysia dengan Masjidil Haram adalah sekitar 600m. Ada yang terpaksa berjalan 1.2km sehala untuk ke masjid.

Ini semua bergantung kepada 'rezeki' Allah nak bagi pahala banyak mana kepada anda.

Kalau Allah nak bagi pahala banyak, Allah akan letakkan anda di hotel yang jauh. Banyak pahala anda akan dapat setiap kali melangkah ke masjid.

Setiap hari, kita akan pergi ulang alik ke Masjidil Haram sekurang-kurangnya 3 kali.
Subuh 1 kali.
Zuhur 1 kali.
Asar, Maghrib, Isyak 1 kali.

Cuba bayangkan, untuk ibadah solat fardhu di Masjidil Haram sahaja, anda terpaksa berjalan beberapa kilometer sehari!

Ini belum dicampur dengan ibadah Umrah Sunat jika anda mahu melakukannya setiap hari atau selang sehari. Ibadah umrah sunat memerlukan jihad yang lebih tinggi.

Anda perlu keluar ke Tanah Halal untuk berniat Ihram dengan menaiki teksi, kemudian pulang ke Masjidil Haram. Jarak tempat dari turun teksi ke Kaabah pun agak jauh.

Kemudian menunaikan Tawaf Kaabah 7 pusingan dan Saie 7 kali. Jumlah jarak dah hampir 10 km.

Ini baru ibadah harian menunaikan Solat di Masjidil Haram dan Umrah sahaja. Belum dicampur dengan ibadah Haji lagi.

Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang LEBIH MENCABAR!


Anggaran Jarak Perjalanan Sepanjang Ibadah Haji. Sumber di sini.

1. Anda perlu ke Arafah menaiki bas. Jarak 20 km yang mengambil masa sekitar 1-2 jam. Jamm amat teruk di sana.

2. Kemudian, kita perlu berada di bumi Arafah selama satu hari sebelum ke Muzdalifah dan Mina.

3. Di Mina, kita perlu menunaikan ibadah melontar pada hari 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Pada waktu ini, setiap hari kita perlu berjalan sekitar 5 km untuk menjalani ibadah melontar. Ini kerana khemah yang disediakan kepada jemaah haji muassasah agak jauh dari tempat melontar.

4. Kita juga ada pilihan, kita boleh pulang ke Mekah pada waktu ini. Dan kita perlu berjalan lagi sejauh 4-5km. Kemudian berpatah balik ke tempat melontar sejauh 4-5km lagi. Berulang alik selama 3 hari. Bergantung kepada cara menunaikan haji yang kita pilih.

5. Kita juga akan menunaikan ibadah tawaf dan saie (total berjalan kaki dalam 7km-10 km) pada waktu ini.


NAK BUAT IBADAH UMRAH DAN HAJI PERLU TAHAP KESIHATAN YANG OPTIMUM!!

Cuba bayangkan, kita perlu menjalankan semua ibadah ini dalam keadaan yang sangat sesak dengan jutaan orang dari seluruh dunia. Macam-macam virus penyakit boleh berkumpul kat sini.

Cuba bayangkan, kalau sistem imun kita lemah, tak mampu melawan virus yang datang menyerang,  dan jika kita terpaksa menjalani ibadah haji dalam keadaan kurang sihat, kena batuk, selsema, demam panas?

Nauzubillah. Minta Allah jauhkan.

Jika di Malaysia pun kita jenis yang kurang bersenam, kerap demam batuk selsema, dan tiba-tiba kita pergi menunaikan haji, dengan cuaca sangat berbeza, badan kita akan mengalami "kejutan".

Inilah puncanya Klinik Tabung Haji di sana SENTIASA PENUH dan tempoh menunggu berjam-jam. Orang terlalu ramai. Ramai sangat yang uzur ketika berada di sana.

Demam, batuk, selsema, pening, sakit kepala, sakit lutut, sakit kaki dan macam macam lagi memang biasa, terutama golongan warga emas.

Masalah kesihatan memang boleh menjejaskan ibadah kita di sana.

Contohnya, kita mungkin terlepas menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram, di mana pahala solat berjemaah adalah beratus ribu kali ganda berbanding solat di tempat lain.

Ini belum dicampur dengan pahala dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka yang bertawaf sunat mengelilingi Kaabah atau hanya melihat Kaabah saja setiap hari pun, dah dapat pahala yang besar.

Kalau kita tak sihat, macam mana kita nak berjalan jauh dari hotel ke Kaabah setiap hari?

Bila tak sihat, maka kita terpaksa lah 'tersadai' saja di hotel, atau lebih teruk, 'tersadai' di hospital sepanjang masa.

Alangkah malangnya jika ini berlaku pada diri kita atau ibu bapa kita.

Seumur hidup, mungkin ini  KALI PERTAMA dan mungkin KALI TERAKHIR kita menunaikan ibadah haji.

Jadi, pastikan kita berusaha tingkatkan kesihatan agar dapat melakukan yang terbaik ketika di sana nanti.

So anda dah dapat gambaran CABARAN FIZIKAL semasa menunaikan Umrah & Haji kan?

Sekarang Maria nak share pengalaman Maria sendiri, sepanjang 3 kali ke Tanah Suci.



TAHUN 2010 - UMRAH PERTAMA 
(LANGSUNG TAK AMALKAN SUPLEMEN)
===========

Image result for mariafirdaus travelog umrah

First time Maria ke Tanah Suci pada April 2010, bersama suami dan Mak Maria. 

Cuaca kat sana dah nak masuk musim panas. Temperature dalam 40 degrees. Memang sangat panas dan kering.

Masa ni Maria belum kenal vitamin Shaklee lagi. Dan Maria memang tak makan apa-apa suplemen. Sebab tak tahu dan tak ambil tahu pun tentang kepentingan suplemen.

Bagi Maria, suplemen ni tak perlu pun, membazir duit saja. Sebab Maria rasa Maria masih muda dan sihat, so buat apa nak ambil pil-pil vitamin tu kan.

Lepas 2 hari di Tanah Suci, Maria mula batuk dan selsema. Alhamdulillah tak demam so masih boleh buat ibadah macam biasa.

Cuma yang tak tahan tu, batuk melarat sampai keluar kahak berketul-ketul kaler kuning hijau. Bangun pagi memang seksa sangat sebab Maria rasa sesak dada penuh dengan kahak.

So nak keluarkan kahak tu sampai kena muntah lah sebab pekat sangat. Kadang-kadang muntah kahak beserta darah. Hidung pun jadi berkerak dan berdarah.

Kalau nak tahu, satu bas rombongan kami masa tu penuh dengan orang batuk. Dah jadi bersahut-sahutan bila batuk beramai-ramai. Huhu.

Sampailah balik ke Malaysia, batuk Maria masih tak baik jugak.

Ditambah pulak dengan supply susu yang sangat berkurang. Masa tu baby Maria baru 10 bulan. Maria memang berazam nak bagi susu ibu sampai anak 2 tahun. Sebelum ke Umrah, Maria dah tinggalkan stok susu penuh 1 freezer, alhamdulillah stok susu cukup untuk baby selama 14 hari.

So Maria struggle nak tambah balik penghasilan susu. Memang tak cukup tidur sebab pam susu setiap tengah malam untuk bekalan baby sebelum Maria ke Ofis. Tak pernah terfikir pun nak amik suplemen masa tu.

MENYUSU + STRESS + TAK CUKUP TIDUR + TAK CUKUP NUTRISI = SISTEM IMUN LEMAH!!

Inilah pakej lengkap yang beri kesan buruk dan melemahkan sistem imun Maria pada masa tu.

Memandangkan batuk masih tak baik, Maria pun ke klinik jumpa doctor.

Doctor bagi ubat batuk, kahak, antibiotik dan sebagainya. Alhamdulillah lepas makan ubat, kahak makin berkurang, tapi batuk Maria masih tak baik. Dah jadi batuk kering pulak.

Kalau datang masa batuk tu, tekak gatal sangat sampai Maria tak boleh berhenti, sakit dada, sakit perut dan nak termuntah.

Pernah jadi masa Maria tengah solat jemaah kat surau ofis. Tiba-tiba tak boleh berhenti batuk. Jenuh tahan sampai habis solat. Mujur Maria tak termuntah kat atas karpet surau. Huhu.

Lepas 2 bulan balik dari Umrah, batuk Maria masih tak settle. Doktor dah tukar dari ubat biasa ke ubat lebih kuat. So akhirnya Doktor advice Maria pergi jumpa doktor pakar iaitu CHEST PHYSICIAN.

Kat hospital pakar, Maria kena buat chest X-Ray. Alhamdulillah, Doktor pakar kata takde apa-apa yang serius. So doktor pakar bagi ubat yang sepatutnya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dalam masa seminggu lepas tu batuk Maria sembuh sepenuhnya lepas makan ubat yang doktor pakar bagi.

Kiranya, pengalaman masa Umrah pertama tu, tanpa amalkan sebarang supplement, tahap kesihatan Maria memang sangat-sangat teruk.

Maria yakin, salah satu puncanya adalah Maria TAK CUKUP NUTRISI yang melemahkan sistem imun Maria, dan tak mampu melawan penyakit.



TAHUN 2011 - MENGERJAKAN HAJI (AMALKAN SUPLEMEN BRAND X)
=============


Syukur Alhamdulillah, tahun 2011 Allah jemput Maria, suami, Mak & Abah mengerjakan Haji. Masa ni umur Maria baru 29 tahun, dan suami 30 tahun. (Jemput baca : TRAVELOG HAJI)

Musim haji kami adalah bulan November, so masa ni dah hampir nak masuk musim sejuk. Cuaca tak panas sangat dan tak sejuk sangat, Syukur Alhamdulillah.

Disebabkan pengalaman kesihatan yang teruk masa Umrah sebelumnya, Maria mula aware tentang kepentingan suplemen dan terbuka hati nak cuba amalkan suplemen lepas dapat advice dari seorang kawan.

Tapi masa ni Maria masih belum kenal Shaklee lagi, tak pernah dengar pun nama Shaklee.

So Maria cuba suplemen brand lain yang kawan suggest dengan doa dan harapan agar masalah kesihatan lebih baik kalini.

Maria dah mula ambil vitamin (Brand X) setiap hari beberapa bulan sebelum pergi Haji dan sepanjang di Tanah Suci.

Tapi Allah masih uji Maria dengan masalah batuk & selsema yang sama macam sebelum ni!

Yelah mungkin sebab perubahan cuaca yang kering kan.

So lepas beberapa hari kat sana, Maria dah mula batuk dan keluar kahak berketul-ketul, hidung berkerak sampai berdarah, sama macam sebelum ni.

Setiap kali ke Masjid mesti bawak tissue sebab nak buang kahak yang keluar bila batuk.

Sepanjang kami di sana selama 42 hari, banyak kali Maria ke klinik yang Tabung Haji sediakan sebab tak tahan dengan batuk.

Dah lah nak pergi klinik kena JALAN KAKI lebih 1 KILOMETER dan jalan ke sana kena NAIK BUKIT.

Lepas tu kena tunggu lamaaa sangat sebab ramai orang. Sama situasinya macam tunggu di Hospital Kerajaan kat sini.

Huhu, boleh bayangkan cabarannya?

Tak ingat dah berapa banyak botol ubat batuk & antibiotik yang Doktor bagi dah habis Maria makan sepanjang kat sana, tapi batuk masih macam tu jugak. Memang siksa sangat.

Yang paling kesian Maria jumpa banyak kes makcik-makcik tua yang bila batuk mesti terkencing. So memang sangat mencabar kalau ke Masjid. Dah lah nak ke toilet kena jalan jauh. Huhu.

Kes lain yang Maria jumpa di kalangan jemaah haji usia lanjut adalah sakit lutut, sakit tumit, sakit pinggang, sesak nafas, demam panas.

Setiap hari ada je kes jemaah haji, especially yang lanjut usia yang masuk hospital sebab macam-macam masalah kesihatan.

Bila dah tengok sendiri keadaan ramai jemaah Haji warga emas yang sakit, rasa bersyukur yang amat sangat sebab Allah pilih Maria & husband tunaikan haji masa muda dan tubuh badan masih kuat.

Sebab tu kami sangat sarankan, kepada semua Muslim, usahalah untuk pergi Haji masa muda. Kalau belum daftar Haji lagi, daftar diri kita & anak-anak dari sekarang juga. Jangan bertangguh yer.

At least kalau dah daftar, belum sampai giliran kita dan kita mati dulu, kita boleh lah jawab kat Allah yang kita dah ada USAHA untuk menunaikan Haji.

Jangan pula kita tak daftar langsung & tak pernah terfikir langsung nak pergi Haji, sebab rasa Haji ni untuk orang tua saja. Apa kita nak jawab depan Allah nanti kan.

Alhamdulillah, mungkin asbab ada nutrisi tambahan dari suplemen, walaupun batuk Maria teruk, ia tak lah melarat macam sebelum ni.

Balik dari Haji, kesihatan Maria bertambah baik.

Alhamdulillah, tak lama lepas tu, Maria pregnant anak kedua.

Masa pregnant anak kedua ni lah, Maria baru kenal vitamin Shaklee melalui Set Hamil & Bersalin. (Jemput baca pengalaman Maria DI SINI)

Alhamdulillah, dengan izin Allah, vitamin Shaklee banyak bantu tingkatkan kesihatan & kecergasan Maria semasa bersalin & menyusu anak kedua. Dan Maria juga dah jarang kena batuk selsema.

Sejak dari itulah, Maria mula jadi pengamal tegar vitamin Shaklee sampailah sekarang.



TAHUN 2014 - UMRAH (PREGNANT 3 BULAN & AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE)
================
 

Gambar di Tanah Suci semasa pregnant 3 bulan. 

Pada Dec 2014, kami diberi rezeki lagi pergi menunaikan Umrah. Maria hanya tau Maria pregnant beberapa minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci. So masa di sana, Maria tengah pregnant 3 bulan. (Jemput baca pengalaman Maria pregnant anak ketiga DI SINI)

Alhamdulillah, Maria dah amalkan vitamin Shaklee setiap hari sejak tahun 2012, dan Maria masih teruskan Set Hamil Shaklee sepanjang di Tanah Suci.

Subhanallah, kalini Maria rasa perbezaan yang sangat ketara dari segi tenaga & kesihatan!

Hotel kami  sejauh 1 kilometer dari Masjidilharam.

Walaupun tengah pregnant, Maria mampu jalan kaki ulang alik setiap hari ke Masjid untuk solat berjemaah.

Maria mampu buat Umrah hampir setiap hari di sana, mampu tawaf & saie dengan sempurna. Boleh buat tawaf sunat lagi.

Sepanjang di sana, Maria langsung tak kena batuk atau selsema macam sebelum ni.

Maria rasa sangat sihat dan fit walaupun tengah pregnant!
Kadang-kadang macam lupa pulak tengah pregnant sebab cergas semacam. Hihi.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada Maria kalini.

Maria yakin, dengan asbab Maria amalkan suplemen Shaklee, sistem imun Maria bertambah baik secara semulajadi, tanpa perlu bergantung kepada ubatan dadah, semestinya dengan izin Allah.

Inilah namanya SUNNATULLAH. Allah suruh kita USAHA untuk jaga kesihatan.

Pengambilan suplemen adalah antara USAHA yang kita boleh buat. Shaklee dah terbukti berkesan pada diri Maria sendiri dan juga family kami, sebab tulah Maria YAKIN sangat dengan produk Shaklee.

Nikmat KESIHATAN adalah tak ternilai harganya. Tak boleh dinilai dengan wang ringgit pun.

Jadi kalau ada antara anda, parents atau saudara mara anda yang akan ke Tanah Suci, Maria amat galakkan ambil suplemen sejak sebelum pergi, sepanjang di sana & teruskan selepas balik dari Tanah Suci.


SUPPLEMEN UNTUK JEMAAH UMRAH DAN HAJI


So untuk Jemaah Haji, sebenarnya banyak jenis vitamin yang boleh diambil, bergantung keperluan dan budget masing-masing.

Tapi untuk yang paling basic yang Maria selalu cadangkan:-



1.VITALEA MULTIVITAMIN
Multivitamin untuk kesihatan & kecergasan menyeluruh sepanjang di Tanah Suci.

2.VITAMIN C
Menguatkan sistem imunisasi badan untuk mengelakkan penyakit.

3.OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium)
Menguatkan tulang, mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh semasa menjalankan ibadah fizikal.

4. GARLIC COMPLEX
Antibiotik semulajadi mengelak jangkitan kuman seperti sakit tekak, batuk & selsema yang sering dialami para jemaah.


Jika ada keperluan dan budget, boleh tambah vitamin di bawah juga.

5.PERFORMANCE DRINK 
Minuman elektrolit yang memberi tenaga dan mengelakkan dehidrasi terutama semasa cuaca panas di Tanah Suci.

6.NUTRIFERON
Immune system booster untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

7.VIVIX
Antioksidan, antibiotic semulajadi untuk kesihatan keseluruhan.

Oh yer, kat sana keadaan cuaca kat Tanah Suci sangat lah kering. So WAJIB pakai MOISTURIZER sepanjang di sana.



HERBAL BLEND CREAM boleh disapu pada bibir, muka, tangan, siku, lutut, tapak kaki untuk elakkan kering dan merekah.  Lepas bercukur kepala (bagi lelaki), boleh sapukan herbal blend cream untuk elakkan gatal di kepala.

Jangan risau, Herbal blend cream ni takde bau wangian, so selamat dan sah digunakan sepanjang berihram.

Jom hadiahkan suplemen Shaklee untuk family anda yang akan menunaikan Haji, InsyaAllah bila mereka dapat kesihatan yang baik dengan asbab Shaklee, kita juga akan dapat pahalanya. Amin.

Kalau anda berminat nak dapatkan Set Vitamin untuk Jemaah Umrah dan Haji, boleh Whatsapp Maria yer (019-2592731)

InsyaAllah Maria akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan yang betul untuk semua customer Maria tersayang.


Untuk lebih banyak TIPS DAN PENGALAMAN KAMI sepanjang di Tanah Suci, jemput click link di bawah:-



Thanks for reading! :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

NUTRISI UNTUK KESIHATAN DAN KECERGASAN LELAKI DI SETIAP PERINGKAT UMUR!!

$
0
0

MENYERLAHKAN YANG TERBAIK DI KALANGAN LELAKI!!

Kaum lelaki sering digambarkan sebagai idola dan juga wira.

Mereka menguruskan pelbagai perkara penting dalam kehidupan dan sering diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan melaksanakan semua urusan dengan baik.

Apabila anda sering memberi tumpuan kepada kehidupan seharian, masa anda adalah terhad untuk menjaga kesihatan.

Oleh kerana tubuh kita berubah dari semasa ke semasa, keperluan tubuh kita turut berubah – oleh itu kaum lelaki, sama ada anda menghampiri usia 20-an atau memasuki usia 40-an, perhatikan perubahan ini dan amalkan pemakanan yang betul untuk prestasi tubuh dan minda yang optimum.




Inilah MASANYA!

Melangkah ke arah kesihatan yang lebih baik. Serlahkan yang terbaik!

NUTRISI UNTUK KESIHATAN DAN KECERGASAN LELAKI DI SETIAP PERINGKAT UMUR


NUTRISI UNTUK LELAKI USIA 20-AN

Metabolisme berada pada tahap tertinggi.
1. ESP PROTEIN - Membantu untuk membentuk dan memelihara otot.
2. OMEGAGUARD - Menyokong sintensis protein dalam otot.

Tenaga yang optimum diperlukan.
2. B-COMPLEX - Mempercepatkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.

Kesukaran untuk ambil makanan yang seimbang.
3. VITA-LEA MULTIVITAMIN - Memenuhi jurang pemakanan anda.

Gaya hidup yang sibuk membuatkan anda mudah sakit.
4. VITAMIN C - Meningkatkan imuniti anda.

Paras hormon testosteron berada pada paras kemuncak.
5. VITAMIN E - Mengekalkan paras hormon yang sihat dan meningkatkan paras testosteron lelaki.1

1. UMEDA, F., KATO, K., MUTA, K. and IBAYASHI, H. (1982). Effect of vitamin E on function of pituitary-gonadal axis in male rats and human subjects. Endocrinologia Japonica, 29(3), pp.287-292.




NUTRISI UNTUK LELAKI USIA 30-AN

Berat badan yang berlebihan kerana metabolisme yang rendah.
1. ESP PROTEIN - Untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
2. VITA-LEA MULTIVITAMIN - Menyokong metabolisme badan.

Tekanan dan stres.
3. B-COMPLEX - Membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.

Pendedahan yang berterusan terhadap pencemaran.
4. VITAMIN C - Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan imuniti.

Risiko yang lebih tinggi terhadap masalah berkaitan dengan jantung.
5. OMEGAGUARD - Mengurangkan risiko penyakit jantung2 dengan merendahkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL Cholesterol) dan trigliserida.

Merancang untuk mempunyai keluarga.
6. VITAMIN E dan SELENIUM - Meningkatkan kadar kesuburan lelaki.3.4

Anda mahukan lebih tenaga, tenaga dan tenaga!
7. VIVIX (POLIFENOL) - Mengecas sel badan untuk prestasi optimum.

2. Horowitz, S. (2014). Omega-3 Fatty Acids for Disease Prevention and Treatment. Alternative and Complementary Therapies, 20(4), pp.191-196.
3. Moslemi, M. and Zargar, S. (2011). Selenium & vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate. International Journal of General Medicine, p.99.
4. Vézina, D., Mauffette, F., Roberts, K. and Bleau, G. (1996). Selenium-vitamin E supplementation in infertile men. Biological Trace Element Research, 53(1-3), pp.65-83.



NUTRISI UNTUK LELAKI USIA 40-AN KE ATAS

Kesukaran untuk mengekalkan berat badan yang ideal walaupun anda aktif secara fizikal.
1. ESP PROTEIN - Untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
2. VITA-LEA MULTIVITAMIN - Menyokong metabolisme badan.

Kurang tumpuan yang boleh menjejaskan produktiviti kerja anda.
3. B-COMPLEX - Meningkatkan daya ingatan dan menyokong prestasi minda yang sihat.5

Tanda-tanda penuaan mula muncul.
4. VITAMIN C - Penuaan yang sihat & meningkatkan imuniti.

Mula mengalami ketidakselesaan sendi.
5. OMEGAGUARD - Menggalakkan kesihatan dan meningkatkan mobiliti.

Kerap kencing dan tidak lawas.
6. VITAMIN E dan SELENIUM - Mengoptimumkan kesihatan dan hormon lelaki.6

Berisiko tinggi untuk osteoporosis.
7. OSTEMATRIX (KALSIUM DAN MAGNESIUM) - Untuk tulang yang lebih kuat, otot dan sendi yang sihat.

Anda mahukan kehidupan yang penuh bertenaga dan aktif!
8. VIVIX (POLIFENOL) - Mengecas sel badan untuk prestasi optimum.

5. Sathyanarayana Rao, T., Asha, M., Ramesh, B. and Jagannatha Rao, K. (2008). Understanding nutrition, depression and mental illnesses. Indian Journal of Psychiatry, 50(2), p.77.
6. Andrology Australia. (2017). Prostate enlargement or BPH. [online] Available at: https://www.andrologyaustralia.org/prostateproblems/prostate-enlargement-or-bph/ [Accessed 21 Jun. 2017].




Set Nutrisi Shaklee Untuk Kesihatan Lelaki


Nak dapatkan set ini? Sila hubungi MASTER MARIA (019-259 2731) untuk dapatkan konsultasi terbaik dan harga paling jimat. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Jumlah Kutipan Tabung Kelapa Pandan

$
0
0
Jumlah Kutipan Tabung Kelapa Pandan
==============================
1. Saya bagi pihak PIBG SKPTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyumbang untuk program ini.
2. Jumlah kutipan untuk projek ini adalah sebanyak RM2670.

Day 1 - RM1820


Day 2 - RM480

Day 3 - RM160
3. Ada masalah pulak dengan supplier awal benih kelapa pandan ni, sekarang kena cari dari supplier lain pulak.
4. Perancangan nak tanam minggu hadapan hari Ahad.
Kepada rerakan saya yang jadi AJK PIBG di sekolah, jom jalankan projek sebegini.
Di sekolah ini, kami namakan Projek TEPI - Iaitu Projek Transformasi Ekonomi PIBG. Iaitu menjana pendapatan melalui perniagaan.
Kami berusaha untuk tidak lagi meminta duit dari waris. Sebaliknya kita cuba untuk jana pendapatan sendiri.
That's the plan.
Semoga Allah mudahkan urusan.

10 Tips Untuk Meningkatkan Kecergasan Lelaki

$
0
0

10 Tips Untuk Meningkatkan Kecergasan Lelaki

Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. 

Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental anda.

Berikut adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan hari demi hari!

1. Tingkatkan Pengambilan Protein (ESP)

Protein membekalkan:

• Tenaga dan stamina yang berkekalan.
• Memastikan anda berasa lebih kenyang di antara waktu makan.
• Membina dan mengekalkan jisim otot anda.
Pilihan untuk protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya berasaskan tumbuhan.



2. Makan Multivitamin Setiap Hari (Vita-lea)

Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin boleh membantu untuk: 

• Mengisi jurang pemakanan anda.
• Meningkatkan penghasilan tenaga.
• Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.


3. Amalkan Makanan Tinggi Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang hebat untuk:

• Menyokong kesihatan imun anda.
• Membantu pembaikan tisu.
• Melindungi sel-sel anda daripada radikal bebas.
• Meningkatkan kesihatan sperma & peluang untuk persenyawaan.1


4. Ambil Dos Harian Omega 3 (Omegaguard)

Omega-3 terbukti berupaya untuk:

• Mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida.2
• Merendahkan risiko penyakit jantung.2
• Membantu meningkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental.3
• Menjadi agen anti-keradangan yang baik.4
• Menggalakkan sendi yang kuat.5


5. Kekal Bertenaga Dengan B-Kompleks

Fungsi Vitamin B:-

• Menggalakkan pengeluaran tenaga badan anda.
• Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot.
• Memperbaiki memori dan tindak balas anda.
• Meningkatkan mood6 dan kesihatan kogniti.7


6. Lakukan Yang Terbaik Dengan Vitamin E

Fungsi Vitamin E:-

• Membantu memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel sihat.
• Meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran yang sihat.8
• Selenium membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma.9



7. Dapatkan Perlindungan dengan Polifenol (Vivix)


Jadikan Polifenol sebagai jalan kepada kehidupan yang lebih bertenaga! Ianya:-

• Memastikan anda bertenaga dengan mengecas sel badan10 untuk prestasi terhebat.
• Antioksidan hebat dengan sifat anti-radang.11
• Menggalakkan peredaran darah yang sihat.12


8. Berhenti Merokok

Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan tingkatkan prestasi kelelakian anda. Tambahan lagi, anda akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan, dan pastinya lebihan wang tambahan di dalam poket anda.


9. Amalkan Senaman Setiap Hari

Bersenam bagus untuk:-

• Menggalakkan peredaran darah yang sihat, menjadikan anda sihat dan kuat!
• Membantu badan merembeskan endorphin yang membuatkan anda bahagia.

10. Amalkan Pemakanan Sihat

Nutrien adalah sumber tenaga untuk otak dan ia berhubung rapat dengan kesihatan mental serta emosi anda.13 Untuk kesihatan secara keseluruhan, tingkatkan pengambilan untuk:

• Buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Karbohidrat yang tidak ditapis.
• Lemak yang sihat.
• Protein tanpa lemak.
• Makanan yang rendah indeks glisemik (GI).
• Serat.




Untuk maklumat lanjut tentang produk Shaklee yang membantu tingkatkan kesihatan dan kecergasan lelaki, sila hubungi MARIA - 019-259 2731.  



References:
1. Akmal M, Qadri JQ, Al-Waili NS, Thangal S, Haq A, Saloom KY. Improvement in human semen quality after oral supplementation of vitamin c. J Med Food. 2006 Fall;9(3):440-2.
2. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ, American Heart Association. Nutrition C. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation 2002;106:2747-57.
3. Van Gelder BM, Tijhuis M, Kalmijn S, Kromhout D. Fish consumption, n-3 fatty acids, and subsequent 5-y cognitive decline in elderly men: the Zutphen Elderly Study. Am J Clin Nutr 2007;85:1142-7.
4. Calder PC. n-3, polyunsaturated fatty acids, inflammation and inflammatory diseases. Am J Clin Nutr. 2006 Jun;83(6 Suppl):1505S-1519S.
5. Goldberg RJ, Katz J. A meta-analysis of the analgesic effects of omega-3 polyunsaturated fatty acid supplementation for inflammatory joint pain. 2007 May;129(1-2):210-23. Epub 2007 Mar 1.
6. David O. Kennedy, Rachel Veasey, Anthony Watson, Fiona Dodd, Emma Jones, Silvia Maggini, and Crystal F. Haskell. Effects of B vitamin complex with vitamin c and minerals on subjective mood and performance in healthy males. Psychopharmacology (Berl). 2010 Jul; 211(1): 55–68.
7. Sathyanarayana Rao, T., Asha, M., Ramesh, B. and Jagannatha Rao, K. (2008). Understanding nutrition, depression and mental illnesses. Indian Journal of Psychiatry, 50(2), p.77.
8. Eric B. Rimm, Meir J. Stampfer, Alberto Ascherio, Edward Giovannucci, Graham A. Colditz, and Walter C. Willett. Vitamin E consumption and the risk of coronary heart disease in men. N Engl J Med 1993; 328:1450-1456
9. Vézina, D., Mauffette, F., Roberts, K. and Bleau, G. (1996). Selenium-vitamin E supplementation in infertile men. Biological Trace Element Research, 53(1-3), pp.65-83.
10. Sergio D, Nadia S, et al. Enhancement of mitochondrial biogenesis with polyphenols: combined effects of resveratrol and equol in human endothelial cells. Biomed Central 2013 Jul, 11
11. A Resveratrol and Polyphenol Preparation Supresses Oxidative and Inflammarory Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal. Date published: February 2, 2011.
12. Vèronique Habauzit and Christine Morand. Evidence for a protective effect of polyphenols-containing foods on cardiovascular health:an update for clinicians. Ther Adv Chronic Dis. 2012 Mar; 3(2): 87–106.
13. Fernando Gómez-Pinilla. Brain foods: the effects of nutrients on brain function. Nat Rev Neurosci. 2008 Jul; 9(7): 568–578.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


KESAN GADJET PADA SIKAP ANAK-ANAK : SUATU PERKONGSIAN PENGALAMAN

$
0
0

Kesan gadjet pada anak-anak dari pengalaman kami sendiri. 


By : Mohd Firdaus Mat Saad

Saya ada 3 orang anak lelaki, berusia 8 tahun (Farees), 5 tahun (Fateh) dan 2 tahun (Fawwaz).

Memandangkan semua anak saya lelaki dan semuanya lasak, saya dan isteri nampak jika kami beri mereka main handphone / tab / main games mereka akan diam dan tak bising.

Saya dan isteri Maria sering terbaca di FB / Whatsapp / Internet mengenai keburukan memberi anak gadjet ketika mereka membesar.

Kemudian kami mula perasan apa yang ditulis itu dengan realiti keadaan anak kami yang kedua iaitu Fateh (5 tahun). 

Dia jadi agresif, suka marah orang, suka jerit-jerit dan kami rasa ada kaitan dengan dia yang suka main gadjet.

Sebelum ni, kami di rumah termasuk saya, isteri, mak saya dan maid saya memberikan anak-anak main handphone sebagai'jalan mudah'untuk 'menenangkan' mereka dan'memudahkan'kerja kami.

Kami pernah terbaca satu artikel, ada satu kajian di buat terhadap ramai kanak-kanak.

Perubahan sikap anak-anak selepas diberi main gadjet selama seminggu vs sikap anak-anak tanpa diberikan gadjet selama seminggu.

Artikel itu menunjukkan anak-anak yang main gadjet mempunyai karektor yang berbeza.

Mahu tidak mahu, kami tiada pilihan. Kami TERPAKSA membuat undang-undang baru di rumah.

Pada mulanya, anak-anak tidak boleh main gadjet ketika hari persekolahan / weekdays. Mereka hanya boleh main pada hujung minggu sahaja.

Peringkat awal undang-undang ini dilaksanakan, Fateh mengamuk tahap dewa.

Menjerit-jerit. Hanya meminta handphone / ipad sahaja.

Selepas 3 hari, barulah Fateh sedikit demi sedikit boleh lupakan gadjet.

Mengikut tips yang diberikan melalui artikel berkaitan permasalahan ini, mereka sarankan IBU BAPA LUANG BANYAK MASA DAN MAIN BERSAMA ANAK.

Anak-anak kecil sangat PERLUKAN KASIH SAYANG. MEREKA PERLUKAN PERHATIAN.

Sebab itu mereka mengamuk. Jika kita main bersama mereka, Insya Allah mereka akan rasa ada 'PERHATIAN'.

Seminggu yang pertama, anak-anak berjaya tinggalkan gadjet. Alhamdulillah.

Permasalahan timbul kembali dengan 'UNDANG UNDANG AWAL YANG KAMI TETAPKAN'.

Peringkat awal, mereka dibenarkan main gadjet pada hujung minggu sahaja. Bermula hari Jumaat malam sehinggalah ke Maghrib hari Ahad.

Namun, perjanjian ini 'memakan diri'kami.

Selepas keluar sahaja dari ZON LARANGAN MASA, hujung minggu sahaja, Farees dan Fateh meng'QADA' permainan games mereka.

Kami perhatikan, sepanjang dua hari ini, mereka MELEKAT DENGAN PHONE SAHAJA.

Ini tak boleh jadi. Mereka langsung tak nak buat benda lain. Nampak gayanya, keadaan 2 hari ini agak KRITIKAL.

Dan Fateh nampak kembali agresif selepas main gadjet dan suka bergaduh dengan abang.

Kami mahu'HAPUSKAN TERUS' lesen main gadjet kepada mereka. Tapi kami tahu INI SUKAR UNTUK MEREKA TERIMA.

Then kami buat LAW BARU, sepanjang 2 hari main games ni, mereka dua beradik TAK BOLEH BERGADUH.

Kalau bergaduh sehingga salah seorang menangis, LESEN MAIN GADJET DITARIK BALIK SELAMA-LAMANYA.

Macam yang kami dah agak, mereka bergaduh pada hari pertama undang-undang dilaksanakan.

Sebagai hukuman, kedua-dua TAK BOLEH MAIN GADJET LANGSUNG.

Semua phone dan gadjet di rumah ini diletakkan PASSWORD. Tiada siapa lagi boleh buka games.

Bila mereka minta nak main games, kami kata tak boleh sebab hari tu bergaduh. Mereka merayu nak main juga. Rayuan ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Selepas hukuman dijalankan, kami beri perhatian lebih kepada mereka.

Kami sendiri pun kena kurangkan masa mengadap handphone dan laptop.

Pada waktu ini, lebih banyak 'mainan' lain dikeluarkan dari stor simpanan mainan.

Mereka mula bermain benda yang 'real' seperti Lego, Domino, Block, Kereta mainan, bola sepak dan lain-lain lagi. Which is bringing them back to normal life.

Tapi kami masih beri ruang anak-anak untuk tonton Astro di TV, Channel 613 (Disney Junior) saja. 

Channel Astro yang lain kami lock dengan password. Hanya boleh tengok dengan approval kami saja.

Selain tu, sebagai parents, kami kena rajin'memuji'mereka dengan perubahan sikap mereka. Kanak-kanak memang suka pujian.

Kami selalu cakap, "Good boy, anak soleh, ahli syurga, jutawan bertakwa, good listener, anak baik dan lain lain lagi".

Emosi dan keyakinan diri mereka meningkat.

Alhamdulillah, perubahan selepas tak main gadjet, antaranya, mereka KURANG BERGADUH. 

Fateh juga dah TAK MENJERIT-JERIT atau TANTRUM lagi.

PERUBAHAN INI MEMANG SANGAT KETARA. 

Sekarang mereka main benda-benda yang perlu skill dan daya berfikir dengan mainan lain yang ada di rumah.

Sekarang lebih mudah untuk ajak mereka ke surau untuk solat berjemaah berbanding ketika mereka main gadjet dahulu.

Kami juga 'create' Job Description untuk anak-anak kami, seperti Fateh ditugaskan untuk tutup langsir dan tingkap rumah bila jam 6.30 petang. Farees pula akan bertugas untuk buat kerja-kerja rumah lain.

Kami latih anak kemas meja makan, bersihkan benda yang mereka tumpahkan, kutip mainan yang mereka main, dan selepas mereka buat semua ini, BERMACAM MACAM PUJIAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA dan mereka suka.


Setiap petang kami ajak anak-anak main badminton dan beriadah. 


Buat latihan menulis / melukis / seni. 


Fateh bermain Domino.


Fateh dah semakin behave selepas tak main gadjet lagi.

Alhamdulillah, sebagai parent, saya dapat melihat sendiri perubahan pada diri anak saya selepas menghentikan permberian gadjet kepada anak-anak. Doakan kami terus istiqomah.

Semoga perkongsian pengalaman kami ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang lain.

Jom jadi ibu bapa yang prihatin. Sama-sama kita didik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.


Maria Firdaus
Motivating & Inspiring Others

Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat. Thanks for reading.

Kebaikan OMEGAGUARD (Minyak Ikan Omega-3) Untuk Bayi, Remaja, Dewasa dan Warga Emas

$
0
0

Tahukah anda, sebenarnya tak semua LEMAK tu buruk tau.

Sebenarnya dalam badan kita ada LEMAK yang sangat baik dan wajib diambil melalui pemakanan sebab badan kita sendiri tak boleh hasilkan, iaitu ASID LEMAK OMEGA-3.




APAKAH ASID LEMAK OMEGA-3?

ASID LEMAK OMEGA-3 adalah LEMAK YANG PALING SIHAT dalam badan kita, yang menyokong setiap SEL, TISU dan ORGAN untuk berfungsi dengan baik. 

Omega-3 TIDAK BOLEH dihasilkan oleh badan kita. Ia hanya boleh didapati dari PEMAKANAN dan SUPLEMEN.

Ada 2 jenis Omega-3 yang sangat penting dan mempunyai banyak manfaat kesihatan adalah EPA dan DHA. 



SHAKLEE OMEGAGUARD™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. 

Setiap hidangan Omegaguard mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh.

Tahukah anda? Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari. 

Jadi sangatlah penting kita dapatkan Omega-3 daripada suplemen untuk mencukupkan keperluan harian kita. 

KEPENTINGAN OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN

1. Kesihatan Jantung
2. Kesihatan Otak
3. Kesihatan Sendi
4. Kesihatan Ibu Hamil dan Bayi
5. Kesihatan Kulit
6. Kesihatan Sistem Imun
7. Kesihatan Sperma


1. KESIHATAN JANTUNG


Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut, yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:-

• Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.1,2

• Meningkatkan pengaliran darah.1,2

• Mengekalkan degupan jantung yang sihat.1,2




2. KESIHATAN OTAK



Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak.

Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:-

• Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.3

• Kesan positif kepada perasaan4, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.5

• Memberikan kesan penuaan yang sihat, melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk.6


3. KESIHATAN SENDI




EPA dan DHA befungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.7,8

• Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.

• Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.

• Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi - yang kerap berlaku dalam artritis.7,8

• Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi- sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.7,8


4. KESIHATAN IBU HAMIL DAN BAYI


Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.

Selepas bayi dilahirkan, Omega-3 menyokong:-

• Perkembangan otak dan fungsi imun.

• Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.

• Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin.9

• DHA adalah komponen utama retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.10

• DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.10

• Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.10

• Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.11


Selain itu, Omega-3 juga didapati menyokong:-

  • KESIHATAN KULIT - Mengurangkan kekeringan kulit dan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat. 
  • KESIHATAN SISTEM IMUN - Meningkatkan fungsi SEL-B 
  • KESIHATAN SPERMA -  Sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk sel sperma.

Kesimpulannya, OMEGA-3 sangat bermanfaat untuk semua peringkat umur sejak dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah warga emas.

=============

Sumber Omega-3 yang terbaik adalah daripada IKAN.

Tapi ramai orang tak mampu ambil ikan dengan kerap.

Dan pengambilan ikan yang banyak meningkatkan risiko PENCEMARAN IKAN dengan merkuri, plumbum dan bahan cemar lain.

Jadi, bagaimana nak dapatkan sumber OMEGA-3 yang paling selamat, terbaik dan berkualiti tinggi?

Jom baca info selanjutnya di sini:-

6 Sebab Mengapa Perlu Pilih OMEGAGUARD SHAKLEE Untuk Sumber Omega-3 Terbaik!


Nak dapatkan semua produk Shaklee pada HARGA TERENDAH?

Jom register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT dan UNTUNG tau! 

Ada banyak kelebihan sebagai ahli, walaupun hanya makan sendiri. 

Nak belajar JANA INCOME dengan Shaklee hanya DARI RUMAH pun boleh!   

Hubungi MASTER MARIA (019-259 2731), kami sedia membantu anda. 

=========

RUJUKAN:-
1. Balk EM, Lichtenstein AH, Chung M, Kupelnick B, Chew P, Lau J. Effects of omega-3 fatty acids on serum markers of cardiovascular disease risk: a systematic review. 2006 Nov;189(1):19-30.
2. Jensen CD, et al. Plasma Lipids on Three Levels of Fish Oil Intake in Healthy Human Subjects. Nutr Rep Int, 1988. 38(1): p. 165-172.
3. Tanaka K, Farooqui AA, Siddiqi NJ, Alhomida AS, Ong W-Y. Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules and Therapeutics. 2012;20(2):152-157.
4. Giles GE, Mahoney CR, Kanarek RB. Omega-3 fatty acids infuence mood in healthy and depressed individuals. Nutr Rev. 2013 Nov;71(11):727-41.
5. Uauy R, Dangour AD. Nutrition in brain development and aging: role of essential fatty acids. Nutr Rev. 2006 May;64(5 Pt 2):S24-33.
6. study Chih-Chiang Chiu, Kuan-Pin Su, Tsung-Chi Cheng, Hsing-Cheng Liu, Ching-Jui Chang, Michael E. Dewey, Robert Stewart, Shih-Yi Huang. The effects of omega-3 fatty acids monotherapy in Alzheimer’s disease and mild cognitive
impairment: A preliminary randomized double-blind placebo-controlled. Progress in Neuro-sychopharmacology and Biological Psychiatry 32 (2008) 1538–1544.
7. Lopez HL. Nutritional interventions to prevent and treat osteoarthritis. Part I: focus on fatty acids and macronutrients. PM R. 2012 May;4(5 Suppl):S145-54.
8. Miles EA, Calder PC. Infuence of marine n-3 polyunsaturated fatty acids on immune function and a systematic review of their effects on clinical outcomes in rheumatoid arthritis. Br J Nutr. 2012 Jun;107 Suppl 2:S171-84.
9. Dunstan JA1, Simmer K, Dixon G, Prescott SL.Cognitive assessment of children at age 2(1/2) years after maternal fish oil supplementation in pregnancy: a randomized control trial Arch Dis Child Fetal Neonatal Ed. 2008 Jan;93(1):F45-50.
10. Rogers LK, Valentine CJ, Keim SA. DHA supplementation: current implications in pregnancy and childhood. Pharmacol Res. 2013 Apr;70(1):13-9.
11. Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta levels after fish oil supplementation of pregnant women.

=========

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

6 Sebab Mengapa Perlu Pilih OMEGAGUARD SHAKLEE Untuk Sumber Omega-3 Terbaik!

$
0
0
OMEGAGUARD : Minyak Ikan Omega-3 Terbaik Dan Paling Berkualiti Tinggi


Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum ni Maria ada share tentang KEBAIKAN OMEGA-3 untuk kesihatan kita, sejak daripada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan warga emas.

Jemput click link di sini:-

Kebaikan Omegaguard (Minyak Ikan Omega-3) Untuk Bayi, Remaja, Dewasa dan Warga Emas


MANFAAT vs RISIKO PENGAMBILAN IKAN

Sumber terbaik Asid Lemak Omega-3 adalah daripada IKAN.

Untuk kekalkan kesihatan dan fungsi badan, kita disarankan ambil 2-3 HIDANGAN IKAN SETIAP MINGGU, terutama IKAN LAUT DALAM supaya kita dapat bekalan EPA dan DHA yang mencukupi.

Tapi, cuba check balik, boleh ke kita pastikan yang kita dan keluarga makan ikan secara kerap macam yang disarankan?

Terutama ikan sekarang ni memang mahal harganya kan. Nak beli pun kena buat kira-kira budget dulu.

Ada jugak anak-anak yang terlalu memilih makanan dan tak lalu makan ikan.

So generally tak semua orang boleh pastikan mereka makan ikan secara kerap untuk keperluan EPA dan DHA yang sangat penting.

Selain tu, tahukah anda yang sebenarnya ada risiko PENCEMARAN DALAM IKAN biasa, seperti raksa (merkuri), plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.


Inilah caranya macam mana ikan dalam air boleh tercemar dengan MERKURI dan bahan cemar lain. 

Fikirkan:-

MANFAAT kesihatan daripada pengambilan ikan,

Vs.

RISIKO makan ikan yang tercemar dengan merkuri, plumbum dan toksin lain.


Disebabkan masalah ni, sekarang dah ramai orang beralih kepada SUPLEMEN MINYAK IKAN OMEGA-3 sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ni.

Sebenarnya, apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

Tapi, sekarang ni dah ada banyak sangat brand minyak ikan dijual di pasaran kan.

So sebagai pengguna yang bijak, kita kenalah buat PILIHAN YANG BETUL supaya kita dapat MINYAK IKAN TERBAIK DAN SELAMAT!!


BAGAIMANA MEMILIH MINYAK IKAN BERKUALITI TINGGI?

Ia mesti lah ada ciri-ciri di bawah:-


1. SYARIKAT YANG BERKUALITI

Percayalah, tak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh kita percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.


2. KETULENAN DAN KESELAMATAN

Penyulingan Molekul iaitu proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak.

Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.


3. IKAN KECIL ATAU IKAN BESAR?




Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil.

Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin.

Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi.

Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.


4. KELANGSUNGAN (SUSTAINABILITY)

Ikan adalah penting dalam pemakanan kita.

Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan.

Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

==========


Jadi kita dah fahamkan bagaimana nak pilih MINYAK IKAN yang berkualiti?

Alhamdulillah, kami sekeluarga memilih OMEGAGUARD SHAKLEE untuk bekalan EPA dan DHA kami setiap hari.

Nak tahu kenapa? Jom baca info di bawah.


6 SEBAB MENGAPA PERLU PILIH OMEGAGUARD SHAKLEE!!


1. Penyulingan Molekul Tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini, memekatkan omega3, dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa (merkuri), plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.

2. Kualiti terjamin- Minyak ikan bergred Farmaseutikal.

3. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA dan banyak lagi.

4.  Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi– satu sajian memberikan 990mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA).

5. Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.

6. Diiktiraf oleh Friend of the Sea®. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

===========

So, anda dah faham kan, kenapa OMEGAGUARD SHAKLEE memenuhi semua ciri-ciri MINYAK IKAN BERKUALITI TINGGI DAN SELAMAT? 

Jadi jangan tunggu lama-lama lagi, contact Maria (019-259 2731) untuk dapatkan OMEGAGUARD SHAKLEE sekarang.


Nak dapatkan semua produk Shaklee pada HARGA TERENDAH?

Jom register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT dan UNTUNG tau! 

Ada banyak kelebihan sebagai ahli, walaupun hanya makan sendiri. 

Nak belajar JANA INCOME dengan Shaklee hanya DARI RUMAH pun boleh!   

Hubungi MASTER MARIA (019-259 2731), kami sedia membantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Viewing all 919 articles
Browse latest View live