Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA

$
0
0
Assalamualaikum,

Kami doakan para pembaca blog Mariafirdaus.com.my sentiasa dalam rahmat Allah.

Baru-baru ni terjumpa artikel ni dalam Facebook. Tak pasti siapa yang tulis, tapi point-point dalam artikel ni sangat lah related dengan kehidupan seharian.

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA. 

Kadang-kadang kita tak perasan pun kita ada buat benda-benda ni kat suami / isteri / anak-anak kan. 😂😂😂

Dan mungkin jugak apa yang kita buat tu lah yang selama ni menghalang rezeki kita dan keluarga.

Jom sama-sama kita muhasabah diri. 💜

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita, dan limpahkan rezeki yang halal dan berkat untuk kita semua. Amin.


Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, mohon share link ini dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih. 

Maria Firdaus
Motivating & Inspiring Others
www.mariafirdaus.com.my


Seminar Motivasi Pelajar Cemerlang Di MRSM Taiping

$
0
0
Assalamualaikum,

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam kehiudpan kita di dunia dan di akhirat.

So, entry kali ini berkaitan dengan Seminar Motivasi Pelajar Cemerlang Di MRSM Taiping.


Sessi bermula jam 9 pagi. Tapi jam 8 saya dah sampai. Bila sampai terjumpa Ustaz Saiful. Ustaz yang pernah mengajar saya dulu ketika di MRSM Taiping dulu.


Jam 9 pagi, seminar saya dimulakan. Untuk makluman, ada 3 sessi saya bersama dengan para pelajar ni. Bermula jam 9 pagi - 11 pagi untuk sessi pertama. Tajuk Seminar I Believe I Can Fly.


Saya kongsikan teknik macam mana saya belajar dulu sehingga menjadi pelajar cemerlang. Alhamdulillah, since saya bekas pelajar MRSM Taiping, saya sangat memahami apa permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar.


Tugas saya, berkongsi macam mana mereka boleh menyelesaikan masalah mereka ketika berada di MRSM Taiping.


Sessi saya ni akan ada perbincangan dengan orang sebelah. Just to make sure pelajar alert dan sentiasa awake. So tak der la yang mengantuk.


Gambar pelajar  yang berbincang tips tips yang saya kongsikan.


Ada pelajar yang berkongsi terus dengan semua orang apa yang mereka belajar dari setiap sessi.


So, bersedia dengan sessi kedua. Sessi Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang. Dalam sessi ni saya ajar macam mana nak 'menarik' kejayaan datang kepada mereka tanpa mereka perlu berusaha 'mengejar' kejayaan itu.

Antara yang saya kongsikan dalam sessi dua ini, teknik menetap matlamat dalam kehidupan, mencari mentor, menjaga adab dengan guru, rakan dan ibu bapa, teknik menjaga emosi untuk berjaya, dan cara melakukan tindakan yang luar biasa.


Sebelah petang, sessi Rahsia Kuasa Minda Pelajar Cemerlang.


Saya kongsikan macam mana kita menggunakan kuasa minda untuk berjaya.


Since dah petang, nasib la.. Bila saya nampak pelajar macam mengantuk, saya suruh mereka berdiri. Hehe... Kesannya, sepanjang 7 jam sessi saya bersama pelajar, hanya seorang pelajar yang saya tangkap tertidur.


Sebelah petang, sessi dah habis sekitar jam 5.30 petang. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan seminar yang disampaikan.


Ada sedikit cenderahati yang disampaikan oleh Cikgu Asriyah, bekas cikgu homeroom saya dahulu.


Sebelah petang, apa lagi. Saya pergi makan di Yong Tau Fu Taiping yang famous dekat balai bomba.


Ni la sahabat yang temankan saya sepanjang sessi hari itu. Thanks Farid. Juga seorang motivator untuk pelajar cemerlang.

Alrite, itu ajer sharing saya hari ini.

Nota Kaki

Untuk makluman, saya tidak buat ceramah motivasi di sekolah sekolah biasa. Saya hanya buat ceramah motivasi di MRSM sahaja.

Sebab saya lebih banyak berkongsi pengalaman macam mana saya berjaya dalam sistem MRSM dahulu. Harap maklum yer.

Jika anda berminat, boleh dapatkan Rakaman Seminar yang saya buat di salah sebuah MRSM Sebelum ini. Saya share 11 teknik yang saya gunakan semasa belajar dahulu.

Antara topik yang saya kongsikan, teknik uruskan masa bagi pelajar yang sibuk, teknik SA.T.U. iaitu teknik mudah faham apa yang guru ajar dalam kelas, teknik menulis nota, teknik menghafal dengan mudah, teknik mengingati apa yang sukar dihafal. 

Ia berharga RM10 sahaja. Saya akan berikan rakaman video yang sudah saya upload di Youtube. Jaminan wang dikembalikan. Jika tak puas hati, let me know. Saya akan refund kembali wang anda.

Cara nya, Whatsapp "Video RPC" kepada saya di 019-5782515.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivasi Luar Biasa

THE LANDMARK STUDY : BUKTI SHAKLEE SELAMAT DAN BERKESAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG!!

$
0
0



By : Master Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami.

Kami doakan anda semua sentiasa sihat, gembira dan berada dalam lembayung rahmat Allah.

Bagi anda yang dah lama follow blog kami, tentu anda tahu yang Maria mula kenal produk Shaklee pada tahun 2012 dulu.

Itu pun lepas Maria sendiri cuba SET BERSALIN + MENYUSU SHAKLEE.(Sila click)

Bermula dari pengguna yang sangat puas hati, Maria pun mula amalkan vitamin Shaklee untuk kami sekeluarga, termasuk husband, anak-anak dan parents.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, vitamin Shaklee memang banyak sangat improve kesihatan kami. Dah jarang sangat sakit, dah jarang kena pergi klinik atau hospital.

Tapi anda kena faham, SUPLEMEN BUKAN UBAT! 

Ramai orang salah faham pasal ni, termasuklah Maria sendiri satu masa dulu.

Jemput baca my sharing here:

3 PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM!! (Sila click)

Kalau kita dah faham tentang kepentingan suplemen dalam kehidupan seharian kita sekarang, barulah kita yakin untuk ambil suplemen setiap hari.

Tapi kan banyakkkk brand suplemen kat luar sana. So kenapa nak kena pilih Shaklee??

Haaa.. Ini yang Maria excited nak share dengan anda.

Landmark Study ni sangat unik dan Shaklee satu-satunya company suplemen yang jalankan.

Jom fahamkan apa itu LANDMARK STUDY!



APAKAH LANDMARK STUDY?

LANDMARK STUDY adalah kajian PERTAMA seumpamanya di dunia, dijalankan untuk menilai FAEDAH DAN RISIKO penggunaan suplemen dalam JANGKA MASA PANJANG

KENAPA LANDMARK STUDY PENTING?

Memang ada banyak kajian dilakukan oleh saintis tentang faedah penggunaan suplemen. 

Tapi kenapa kajian sebelum ni tak dapat menilai kesan sebenar faedah sesuatu suplemen? 

Sebenarnya, banyak kajian sebelum ni hanya mengkaji kesan dalam JANGKA PENDEK dan bergantung kepada kesan SATU-SATU JENIS VITAMIN saja. 

Tapi adakah kita sedar, yang kebanyakan PENYAKIT KRONIK sebenarnya mengambil masa 10-30 TAHUN untuk menular dalam badan kita. 

Jadi ada ke kajian saintifik yang membuktikan FAEDAH PENGAMBILAN SUPLEMEN DALAM JANGKA MASA PANJANG??


JAWAPANNYA YA! 

Landmark Study inilah yang dah membuktikan faedah penggunaan suplemen SHAKLEE dalam jangka masa panjang iaitu dikalangan pengguna Shaklee sejak LEBIH 20 TAHUN lalu. 



Landmark Study ni bukan calang-calang study tau! 

Landmark Study dijalankan dengan kerjasama UNIVERSITY OF BERKELEY, CALIFORNIA dan diketuai oleh DR GLADYS BLOCK, iaitu seorang Professor di Jabatan Public Health Nutrition and Epidemiology. 



Landmark Study adalah INDEPENDENT STUDY, dan Dr Block mempunyai FULL CONTROL ke atas kajian ini. Beliau akan publish results kajian ni walau apa jua kesan yang dihadapi oleh pengguna Shaklee. 

Shaklee berani ambil cabaran ni sebab sangat yakin dengan keselamatan dan keberkesanan semua produk yang dihasilkan. 


Landmark study dijalankan dengan 3 SAMPLE GROUPS:-

1) BUKAN PENGGUNA SUPLEMEN

2) PENGGUNA MULTIVITAMIN BUKAN SHAKLEE

3) PENGGUNA VITAMIN SHAKLEE > 20 TAHUN



Landmark Study dijalankan melalui Online Questionnaire, ujian darah, tekanan darah, berat badan, dan data daripada Nutrition Examination Survey (NHANES). 



Peserta kajian dari group pengguna Shaklee, 50% daripada mereka telah gunakan lebih 14 jenis vitamin Shaklee di atas ni setiap hari sejak > 20 tahun lalu. 






RESULT 1 : 
PENGGUNA SHAKLEE MEMPUNYAI KANDUNGAN NUTRIEN DALAM DARAH YANG LEBIH BAIK. 

Terbukti vitamin Shaklee adalah 'BIOAVAILABLE', iaitu nutrisi nya MUDAH DISERAP dan digunakan oleh badan dengan baik tanpa meninggalkan KESAN TOKSIN dalam badan. Jadi ia SELAMAT untuk penggunaan jangka masa panjang!



RESULT 2 : 
PENGGUNA SHAKLEE MEMPUNYAI TAHAP KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

Perkara yang diuji adalah pada tahap TRIGLYCERIDES, CHOLESTEROL, HOMOCYSTEINE dan C-REACTIVE PROTEIN. Lebih rendah tahapnya adalah lebih baik untuk kesihatan kita. 

Terbukti dengan mengamalkan Shaklee, kita boleh meningkatkan tahap kesihatan kita. 



RESULT 3 : 
PENGGUNA SHAKLEE MEMPUNYAI RISIKO PENYAKIT KRONIK LEBIH RENDAH

Terbukti dengan mengamalkan Shaklee, kita boleh mengurangkan risiko penyakit kronik yang biasanya mengambil masa berpuluh tahun untuk menular dalam badan. 




RESULT 4 : 
PENGGUNA SHAKLEE MENYATAKAN TAHAP KESIHATAN MEREKA SANGAT BAIK DAN TERBAIK!

Terbukti dengan penggunaan Shaklee kita boleh mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik dalam jangka masa panjang. 



Kesimpulan daripada Landmark Study ni, pengguna yang menggunakan Shaklee dalam jangka masa panjang mempunyai TAHAP KESIHATAN JAUH LEBIH BAIK berbanding pengguna suplemen jenama lain atau yang langsung tidak mengamalkan suplemen. 


Landmark study ini TIDAK berkait dengan suplemen jenama lain yer kerana tak semua company yang mempunyai tahap Quality Assurance yang sangat baik seperti Shaklee. 

Dan percayalah, tak banyak company yang menjalankan kajian klinikal pada produk mereka sebelum dipasarkan. 

Jadilah pengguna yang bijak dalam MEMBINA KESIHATAN. 

Jangan gunakan sebarangan produk kesihatan yang tak diketahui tahap keselamatannya kita untuk jangka masa panjang. 

Kami sendiri sebagai pengguna Shaklee dah rasa kebaikannya dan sangat yakin dengannya. Sebab itulah kami terus bersemangat berkongsi dan nak anda pun rasakan kebaikan yang kami dah rasa. 


Let's experience the SHAKLEE EFFECT!!

Untuk info selanjutnya, jemput baca info di sini ya:-


http://www.landmarkstudy.com

http://healthresource.shaklee.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

THE LANDMARK STUDY ROADSHOW!

With Dr Bruce Daggy (Ph.D. in Nutritional Biochemistry)
Shaklee Senior Vice President Research & Development
Shaklee USA Chief Science Officer

19 FEB 2017 (KL)
21 FEB 2017 (PENANG)
22 FEB 2017 (JB)

OPEN TO ALL MEMBERS AND NON SHAKLEE MEMBERS!!


Anda semua dijemput hadir ke Roadshow ini. Tiket hanya RM10 seorang. Limited seats!

Bukan ahli Shaklee pun boleh join tau!
Kalau anda berminat nak join, boleh hubungi Maria di 019-259 2731. 

Jom ramai-ramai ke Roadshow ni untuk fahamkan lebih lanjut tentang LANDMARK STUDY!

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Cara Kutip Sumbangan Untuk Tabung PIBG Sekolah

$
0
0
Assalamualaikum,

Semoga anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Hari ini, saya nak kongsikan mengenai cara kutip sumbangan untuk tabung PIBG sekolah.

Untuk makluman anda, bukan semua sekolah mempunyai kewangan PIBG yang kukuh. Berdasarkan pemerhatian saya, ikut lokaliti. Jika ramai golongan profesional hantar anak ke sekolah tersebut, Insya Allah kutipan kewangan tak jadi masalah sangat.

Tapi jika kawasan sekolah terletak di luar bandar dan ramai parents yang bekerja sendiri, agak sukar untuk buat kutipan tabung PIBG.

Tips Meramaikan Parents Hadir

Ada sekolah yang buat hari PIBG semasa penyerahan sumbangan RM100 untuk pelajar yang dananya datang dari pihak kerajaan. Tapi itu dulu, sekarang ni tak sure sumbangan ni ada tak lagi.

Berdasarkan feedback para guru, bila bagi sumbangan RM100 pada hari mesyuarat PIBG waktu tu akan nampak betapa ramainya parents yang hadir. Yang tak pernah hadir pun, tetiba hari tu hadir. Yang bekerja pun tetiba hari tu 'cuti'. Sebab RM100.

Untuk sekolah kebangsaan sekarang, pihak kementerian menetapkan sasaran 67% kehadiran ibu bapa semasa hari Mesyuarat Agung PIBG.

Since sekolah anak saya Sekolah Permatang Tok Mahat merupakan Sekolah Kluster yang sedang berusaha ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi, so kehadiran parents sangat kritikal sebab semua ini akan dikira nanti.

Ok. Tips ni saya tak berapa 'gemar' sket. Tapi sekolah anak saya buat.

Para guru bermesyuarat untuk mereka sama sama sumbang RM10 setiap seorang, menjadikan total yang diperoleh sekitar RM700 sebab di situ ada 70 orang guru.

Dan mereka beli hadiah untuk cabutan bertuah.

Sejujurnya, sebagai parents saya rasa malu. Malu sebab ini mesyuarat ibu bapa dan guru. Tapi cikgu pulak kena kutip duit untuk beli hadiah nak tarik parents hadir.


Saya turut sumbangkan DVD Seminar Rahsia Pelajar Cemerlang untuk cabutan bertuah selain ada beberapa parents lain yang turut menyumbang hadiah untuk cabutan ini.

Ish ish ish... Sejujurnya, saya tak suka. Kalau guna duit PIBG ok lagi. Tapi, since duit PIBG pun dah nak habis, maka terpaksalah pihak guru 'suka rela' sumbang RM10 setiap seorang untuk buat cabutan bertuah.


Mesyuarat pada 21hb Januari 2017 jam 2 petang.


Cabaran para guru, nak penuhkan semua kerusi ini. 


Anyway, Alhamdulillah. Kehadiran parents superb wal amazing. Tak sure lah apa yang menjadi 'penarik' parents hadir kali ini.  Apa apa pun, saya kagum dengan parents SKPTM.  Tahniah sebab anda hadir. Dimaklumkan kerusi penuh dan tak cukup.. Good job.

Sumbangan Tabung PIBG

Saya AJK PIBG tahun 2016. 

Semasa mesyuarat tak dibangkitkan mengenai nak buat kutipan tabung semasa hari Mesyuarat PIBG nanti. Sebab bagi guru, kehadiran parents sangat penting. Kang nanti cakap nak kena menderma, mereka tak nak datang pulak.....

Tapi, melihat Tabung PIBG yang sangat kering sekarang ini, saya terfikir sesuatu. Buat kutipan sumbangan semasa pendaftaran parents nanti. Bagi saya, kalau dapat RM1000 pun, ok what.. Boleh guna untuk tabung PIBG nanti.

Then melalui Group Whatsapp AJK PIBG, saya usulkan untuk letak tabung sumbangan PIBG.

Tapi, kali ini kita buat berbeza sedikit. Siapa yang sumbang RM10, kita bagi hadiah. Siapa bagi RM20 kita bagi hadiah extra lagi.

Kiranya hadiah ni dari PIBG.

Saya berkira kira, dengan cara ini akan dapat lebih tinggi kutipan dana nanti untuk tabung PIBG.

Sebab saya target kalau boleh nak 'minta' setiap parents sumbang RM20.

Tapi yer lah kan, saya tinggal di kawasan luar bandar. So, memang tak semua parents mampu nak sumbang.

So, to make it simple, semasa pendaftaran, saya minta guru brief sikit aja. So, beri pilihan kepada parents yang nak menyumbang seikhlas hati.


Semasa proses pendaftaran. Nampak tak tangan guru sedang tunjuk hadiah yang diberikan kepada penyumbang.
Ini hadiahnya. Dengan sumbangan RM10, mereka akan dapat DVD Rahsia Pelajar Cemerlang + Satu Ebook Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom. Di luar, saya jual DVD ni RM30 seunit. Tapi untuk tabung PIBG, mereka hanya sumbang RM10 dan dapat DVD ni. Actually, modal kos DVD ni hanyalah RM3.  So, dengan setiap 'sumbangan' ini, RM7 akan masuk dalam tabung PIBG as RM3 tu untuk cover modal DVD tu.
Setiap sumbangan RM20, mereka akan dapat DVD Rahsia Pelajar Cemerlang + 3 Ebook yang saya tulis. Macam mana menjadi pelajar yang cemerlang. Total muka surat ketiga tiga Ebook ni sekitar 350 muka surat. Ebook ni pun actually sy jual RM30 di luar. So, hari ni, bila parents sumbang RM20, mereka akan dapat DVD + Ebook. Dengan cara ini, saya perhatikan ramai parents yang pilih untuk sumbang RM20.

Kesannya, pada hari itu sahaja. Pihak PIBG berjaya kumpul RM2444 secara tunai. Ditolak dengan kos DVD sebanyak RM3 x 83 unit = RM249. Menjadikan total bersih yang berjaya dikutip adalah RM2195. (Ada parents yang sumbang lebih dari RM20) 

 Apa Yang Saya Belajar?

Saya belajar dari pengalaman saya dalam bisnes. Saya pegang prinsip ini. "The More You Give, The More You Get..."

1. Tindakan guru buat kutipan RM10 setiap guru sebagai cabutan bertuah sebenarnya sedikit memalukan saya sebagai wakil ibu bapa. Sepatutnya, ibu bapa kena hadir atas rasa kesedaran dan tanggung jawab mereka kepada pihak sekolah. Unless kalau mereka ada urusan lain.

Tapi, 'cabutan bertuah' itu sedikit sebanyak membantu menarik lebih ramai parents untuk hadir.

2. Biasanya, ikut pengalaman kami kutip derma dengan buat tabung semasa pendaftaran.

Jumlah kutipan sekitar ratus ratus sahaja. Tapi, bila kita 'offer' sesuatu kepada ibu bapa. Ini membuatkan mereka rasa 'teruja' untuk menyumbang lebih. Kesannya, Alhamdulillah PIBG SKPTM berjaya kutip RM2195 bersih dalam satu event sahaja.

Bayangkan, mereka dapat Ebook yang saya biasa jual RM30 secara percuma, siap dapat DVD lagi. Dengan hanya menyumbang RM20 kepada Tabung PIBG.


Ebook yang dijual pada harga RM30, mereka dapat PERCUMA hari itu.


 Pemenang utama cabutan bertuah. Seikhlas hati, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para guru yang sudi menyumbang hadiah hadiah ini.

Oklah.. Ini sajalah story yang hendak saya kongsikan.


Lepas ni, saya akan share dengan anda. Apa saya buat untuk kutip dana sebanyak RM10250 kepada bekas sekolah saya iaitu MRSM Taiping. Ada yang nak tahu ker tips ini?


Mohd Firdaus Mat Saad
NYDP SKPTM
Motivating  And Inspiring Others

Nota Kaki :

Jika Ada Sekolah Lain Yang Berminat Untuk Guna Ebook Yang Saya Tulis + Rakaman Seminar Pelajar Cemerlang (Dalam Format Youtube) Sebagai Hadiah Kepada Parents Yang Menyumbang Ke Tabung PIBG. Please let me know.

I'm more than happy to help. Kutipan dengan cara ini akan dapat lebih berbanding cara biasa. Boleh PM saya di 019-5782515. 

Semua Bekas Pelajar MRSM Taiping Wajib Baca Ini

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.

Entri Ini Khusus Untuk Bekas Pelajar MRSM Taiping


3 Januari lepas, saya dijemput oleh pihak maktab untuk berkongsi dengan para pelajar MRSM Taiping Form 5 teknik belajar berkesan. Seminar yang saya jalankan adalah dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Untuk makluman semua, antara cikgu cikgu senior yang masih berkhidmat di MRSM Taiping adalah:

i. Cikgu Fauzi (Guru Komputer Dulu) - Sekarang Timbalan Pengetua HEP
ii. Cikgu Marsuria - Guru Cemerlang Maths
iii. Cikgu Asriyah - Ketua Jabatan Bahasa 
iv. Cikgu Saadah - Guru Cemerlang Maths
v. Cikgu Haleezaa - Ketua Jabatan Maths
vi. Ustaz Saiful - Pendidikan Islam
vi. Cikgu Salmiah - BM
vii. Cikgu Fauziana - BM
viii. Cikgu Wan Rohani - Guru Cemerlang Fizik
ix. Cikgu Kamisah - Guru Cemerlang Kimia
x. Cikgu Siti Hawa - Kimia
xi.Ustazah Hafidza - Pendidikan Islam
xii. Ustazah Mona - Pendidikan Islam

Saya sampai awal pagi itu, sekitar jam 8 pagi. Ada perhimpunan di maktab dan saya berpeluang untuk mendengar ucapan daripada pengetua.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

i. Semua pelajar di MRSM Taiping WAJIB memiliki IPAD. Mereka betul betul follow teknologi pembelajaran Alaf 21. Pelajar Form 5 tahun ini baru bermula. But then, hampir separuh pelajar yang masih tidak memiliki Ipad akibat parents tak mampu beli.

ii. Tahun 2017 tahun yang mencabar untuk semua pihak termasuk MRSM Taiping sendiri. So, dengan kewangan yang terhad dan banyak program yang hendak dijalankan, mesti ada banyak cabaran di situ nanti.

iii. Para pelajar boleh PILIH sendiri cikgu mana yang mereka suka. Wowww... This it totally different compared to our time in Taiping. Sekarang mereka dah tak belajar dalam kelas macam kita dulu. I mean dah tak ada kelas 501-512. Mereka sekarang belajar by group.

Matlamatnya, nak beri keselesaan kepada pelajar untuk belajar dengan cikgu yang mereka suka.

Banyak perubahan, maksudnya banyaklah cabaran.

Saya tak fokus sangat ucapan pengetua sebab waktu tu, Ustaz Saiful datang dan bersembang dengan saya di belakang dewan.


Masih ingat wajah ini? Ustaz Saiful dan juga Abang Daud. Dulu jaga Asrama kita. Sekarang jaga Dewan Besar.


Seminar Rahsia Pelajar Cemerlang untuk pelajar MRSM Taiping.

Berbincang Dengan Kaunselor Dan Pihak Pengurusan

Semasa rehat, saya ada berbincang dengan Kaunselor dan juga pihak pengurusan.

Mereka berkongsi dengan saya cabaran yang mereka sedang hadapi sekarang.

Yang paling ketara, pembelajaran menggunakan iPad didalam kelas. Untuk pengetahuan semua, mulai tahun ini semua pelajar Form 5 belajar guna iPad di dalam kelas. 

Kebanyakan nota dan homework semuanya ada dalam iPad. Masalah utama, ramai pelajar yang masih tidak mampu untuk beli iPad. Dan mereka belajar dengan 'pinjam' dari kawan. 

Feedback yang saya dengar, dalam setiap kelas hampir separuh pelajar tidak ada kelas dan mereka terpaksa berkongsi Ipad. Ada pelajar yang mula rasa rendah diri sebab tak ada iPad. Mereka nak pinjam dari kawan sesekali ok lagi. Tapi kalau tiap tiap hari nak kena pinjam. Mencabar jugak tu.

Saya semakin terkejut. 

Mereka kongsikan dengan saya juga, actually banyak program di maktab yang tak boleh dijalankan akibat masalah kewangan. Jika dijalankan pun, dalam keadaan yang SANGAT TERBATAS.

Pihak pengurusan juga berkongsi dengan saya, semua maktab ada masalah yang sama.

Semua sekolah kementerian pun ada masalah yang sama.

Tapi, mereka ada kata. Banyak sekolah SBP yang Alumni mereka support sekolah balik seperti MCKK, STF, STK, Penang Free School. 

Mereka yang bekas pelajar bersama sama membantu sekolah mereka dari pelbagai aspek. Ada yang dari sudut kewangan, ada yang beri 'servis' percuma untuk sekolah dan lain lain lagi.

Pendek kata, dalam keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang ini, sekolah sekolah yang di'support' oleh bekas pelajar sedikit mudah untuk bergerak dengan program untuk pelajar.

Berbincang Dengan BWP

Selepas habis seminar saya bersama pelajar, saya berjumpa sekejap dengan semua BWP. Sekitar 15 minit. 

Saya tanya mereka apa masalah utama mereka sekarang.

Then jawapan mereka yang dapat saya simpulkan, iPad + kewangan yang meruncing. Nak buat program agak sukar dengan bajet yang terhad.

Sumbangan Bekas Pelajar Batch 7 PKP - SPM 97/98

Untuk makluman, saya merupakan bekas pelajar SPM tahun 1998. Batch ke 7 PKP.

Selepas pulang dari MRSM Taiping, saya ada berbincang dengan Group Whatsapp kami. 

Apa kata kita sebagai bekas pelajar MRSM Taiping Batch 98, kita kutip duit untuk beri sumbangan kepada MRSM Taiping.

Saya cadangkan tak banyak. Kita kutip minima seorang RM20 sahaja. Jika Batch kita ada 300 orang, secara teorinya kita akan dapat kumpul RM6000. 

Tapi, saya katakan. Sebagai permulaan, jika kita dapat kumpul RM2000 untuk kita sumbangkan kembali kepada maktab. Jumlah kecil ini dapat membantu pihak pelajar sedikit untuk bantu mereka.

Saya katakan, kita sebagai bekas pelajar MRSM Taiping. Dah 20 tahun pun kita grad dari MRSM, apa sumbangan kita dah beri kembali kepada pihak maktab?

Ada kenkawan lain yang sokong cadangan saya ini. Mereka juga berkongsi perkara yang sama. MCKK, STAR dan beberapa sekolah lain. Alumni mereka sangat kuat. Mereka semua bekas pelajar ramai yang menyumbang kembali kepada pihak sekolah mereka. 

Dengan sokongan sebegini, adik adik di sekolah mereka akan dapat banyak manfaat. 

Alhamdulillah, Batch saya bersetuju dan kami mula kumpul ikut kelas masing masing. Tempoh diberikan adalah selama10 hari untuk setiap kelas kumpul sumbangan.

Kita minta tak banyak, hanya RM20 setiap bekas pelajar. Jika mampu beri lebih, boleh sumbang lebih. Jika tak mampu, it's ok. Ia bukan paksaan. Ia hanya sumbangan kecil dari kita bekas pelajar.

Ada juga yang berkata, 'Actually, kita nak menyumbang.... Tapi tak tahu nak menyumbang macam mana. Dengan cara sebegini. At least masing masing dapat menyumbang kepada maktab kembali."

Selepas 10 hari, semua wakil kelas menyerahkan sumbangan ke akaun saya seperti berikut. 

501- RM270
502- RM650
503- RM1130
504- RM1300
505- RM2050
506- RM285
507- RM1170
508- RM300
509- RM810
510- RM 430
511- RM805
512- RM1050

Total RM10250


Saya tunjukkan print screen akaun saya sebagai bukti penerimaan agar ia lebih transparent untuk semua orang.

Alhamdulillah, dari usaha kecil ini. Dari niat asal setiap pelajar hanya perlu sumbang RM20 kepada MRSM Taiping, jumlah terkumpul adalah RM10,250.

Subhanallah. Alhamdulillah. Ia jauh lebih banyak dari apa yang saya sangkakan.

Batch saya juga bersetuju untuk memberi sumbangan kepada pihak MRSM Taiping RM20 bagi setiap pelajar setiap tahun. Ini sumbangan kecil yang Batch saya dapat lakukan untuk MRSM Taiping.

Serahan Kepada MRSM Taiping

Semalam hari Isnin 23 Januari 2017, saya ke MRSM Taiping untuk membuat serahan kepada pihak Maktab.

Saya berbincang dengan pihak pengurusan dan juga kaunselor.


Jumlah yang berjaya dikumpul, diserahkan kepada pihak maktab.


Serahan kepada Kaunselor MRSM Taiping sekarang, iaitu Cikgu Abdullah a.k.a Cik Lah.

Semasa berjumpa dengan wakil pengurusan MRSM Taiping, ini yang dapat saya simpulkan.

1. Ucapan jutaan terima kasih atas sumbangan dari Batch 7 Sessi 97/98 di MRSM Taiping. Sumbangan kecil ini sangat besar ertinya untuk pihak Maktab.

2. Kami berbincang hampir satu jam, ke mana duit ini akan dibelanjakan. Saya beritahu mereka, saya perlu inform kembali kepada Batch saya ke mana duit ini akan disalurkan. Jika boleh, kami nak yang beri impak maksima kepada pelajar.

Mereka menetapkan untuk digunakan duit ini bagi membeli Ipad Air 2.  Dan ia akan di'wakafkan' kepada MRSM Taiping. Ia akan diberi 'pinjam' kepada pelajar yang  tidak mampu untuk beli.  Sebab ada juga parents yang betul betul tak mampu beli ipad untuk anak mereka. 

Cikgu beritahu, dalam bulan ini. Dah ada 2 pelajar Form 5 yang berhenti dan keluar dari Maktab. Salah satu alasan mereka, rasa rendah diri dan susah untuk belajar tak ada Ipad.  

Saya bercakap kepada cikgu, "Kalaulah zaman saya dulu diwajibkan ipad, saya mungkin salah seorang yang termasuk dalam golongan yang parents tak mampu nak beli ipad..."

Kami buat keputusan untuk beli Ipad Air 2 sebanyak 6 unit iaitu RM1619 seunit, dibeli di Koperasi Maktab dan diwakafkan kepada MRSM Taiping. Selepas habis pelajar ini guna untuk tahun ini, mereka akan serahkan kembali kepada maktab untuk kegunaan pelajar tahun hadapan.

3. Lebihan dari sumbangan ini akan dimasukkan ke akaun Muafakat MRSM Taiping dan diasingkan di bawah ALUMNI MRSM Taiping. Ia akan digunakan untuk aktiviti pelajar nanti.

4. Saya bertanya, "Kalaulah pihak maktab ada lebihan duit, macam mana pihak maktab akan gunakan."

Mereka jawab, antara perancangan yang mereka perlukan kewangan yang besar adalah seperti :

i. Program Untuk Pelajar Seperti Hari Sukan, Minggu Aktiviti dan lain lain lagi.

ii. Membeli bas kecil seperti 'Coaster' untuk kegunaan pelajar. FYI, sekarang di maktab ada 1 bas dan 1 van sahaja. Pelajar ada 800 orang. So, just imagine. Banyak program tak boleh jalan sebab kemudahan yang terhad.

iii. Saya jumpa Presiden BWP, mereka inform saya. "Abang, kami nak buat program sekarang pun susah. Bajet memang sangat terhad. Kalau boleh bantu kami, kami sangat sangat bersyukur."

Diakhir perbincangan, saya informkan kepada mereka. Saya akan cuba untuk usulkan kepada Batch Batch lain. Agar setiap batch kumpulkan dan boleh serahkan sumbangan Batch kepada MRSM Taiping. 

Cadangan Kepada Bekas Pelajar MRSM Taiping

i. Setiap batch menjalankan kutipan sumbangan RM20 setiap orang kepada MRSM Taiping. Ia dibuat setiap tahun sebagai 'sumbangan' kecil kita kepada tempat yang dah banyak berjasa kepada kita.

ii. Sebenarnya, ramai diantara kita yang ingin menyumbang. Tapi tak tahu nak menyumbang macam mana. So, dengan adanya program "The Power Of RM20"ni, insya Allah. Ramai yang boleh menyumbang kepada MRSM Taiping.

iii. Memang jumlah nya kecil. Tapi jika semua orang setiap pelajar. i mean kalau ada 30 batch x 300 pelajar dah ada 9000 pelajar. Kalau semua orang sumbang RM20 setahun, kita ada RM180,000 setiap tahun untuk adik adik kita di sana.

Ini teori sahaja. Tapi realitinya kita tak dapat reach semua bekas pelajar ni. Tapi saya juga yakin, ramai yang boleh sumbang lebih dari RM20. So, jika semua bekas pelajar bersatu. Menyumbang sorang sket untuk bekas maktab yang dah banyak berjasa kepada kita. Imagine... Betapa banyak manfaat untuk pelajar pelajar disana sekarang.

iv. Setiap batch, kita hanya perlu seorang sahaj individu yang menggerakkannya. Trust me. Jika seorang yang gerakkan, kenkawan lain pasti akan menyumbang. Bila dah kumpul, duit itu boleh dibankin ke akaun MUAFAKAT MRSM TAIPING. Dan diasingkan dibawah ALUMNI MRSM TAIPING.

v. Jika anda bercadang untuk gerakkan batch anda, anda boleh PM saya di 019-5782515. Saya dah siapkan 'Ayat' untuk anda copy paste ke group Whatsapp  batch anda. Then, anda kumpulkan. Then boleh serahkan kepada Kaunselor MRSM Taiping or Bank In ke Akaun tu nanti.

vi. Kita tak boleh menyumbang banyak, saya yakin kita boleh menyumbang sket dengan cara ni. At least, kita sebagai bekas pelajar MRSM Taiping ada rasa bertanggung jawab untuk bantu adik adik kita yang sedang belajar di sana sekarang. 

vii. RM20 seorang. Insya Allah. Saya yakin semua orang mampu untuk sumbang.

Jom sama sama, kita sebagai bekas pelajar MRSM Taiping menggerakkan usaha ini. The Power of RM20. 

Semoga Allah berkati usaha kecil kita ini.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Ex Student MRSM Taiping
Batch 1997/1998.

Family Holiday Di Maria Firdaus Villa

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Family Gathering Di Parit Buntar

Kali ni saya nak share mengenai rombongan Che Kiah dari KL yang datang ke rumah saya bebaru ini.

2 family kakak ipar saya datang menziarahi kami di rumah. 

So, jom kita layan gambar gambar family besar kami.


Agenda pertama, mandi kolam dulu untuk semua budak budak.


Apa lagi, Fawwaz rancak aja mandi. 


Ini Raees.


Sambil mak mak jaga anak anak mandi, pak pak main ping pong dulu.


Kak Lang pulak melawat kawasan, pusing pusing rumah dan ambil gambar. Ni selfie depan pintu masuk rumah saya. Maria pulak pepagi ni sibuk kat office layan customer.


Sebelah petang, Abg Hafiz ajak makan mee ketam. Sepinggan RM25. Memang sodap..


Ketam dua ekor. Puas hati la makan. Ketam fresh dan isi penuh.


Nah.. Amik kau... Habis sepinggan dia balun.


Malam lepas solat Isyak, kami layan badminton. Main bergu sebab ajak kenkawan lain sekali.


Malam jam 12, Abang Ngah pulak sampai.


Pagi Sabtu, makin ramai tentera yang dah sampai.


Habis main badminton, semua orang nak berjogging pulak. So agenda pagi ni melawat kawasan kampung.


Kanak kanak riang melawat reban ayam.


Tengok anak ayam sedang makan di ladang ayam


Masing masing nak cuba pegang ayam


Ni pulak nak tangkap belalang, nak tunjuk kat dia orang belalang tu macam mana.


Ni ulat gonggok namanya


Fawwaz pun join the club. Bukan main ceria lagi dia.


Tunjuk contoh padi. Ada pulak yang sebut, "Ini pokok nasi...."


Lari lari dah jatuh. Ada pulak yang nangis.


Nak pegang kambing pulak. Nasib baik kambing tak tanduk.


Rajin pulak nak selfie ngan kambing. Pandai pulak kambing tu nak kiss. Timing kira kena la..


Semua enjoy


Petang pulak, kami bersiap siap untuk buat barbeku waktu malam. Hafiz pakar masak mula menunjukkan skil dia.


Perap ayam.


Sotong, udang dan kambing.


Tidak dilupakan, kentang bakar.


Waktu malam, selepas Maghrib api mula dinyalakan.


Jom kita membakar.


Kambing, ayam, sosej, udang dibakar....


Masa untuk makan.


Meriah.. Memang meriah...


Kekanak makan kat bawah sambil tengok TV


Esok pagi, bermula permainan congkak.


Diteruskan lagi dengan upacara sambutan hari jadi Aisyah, Zikri,  Khadijah dan Bibik Atun.


It's time to go.


Semua dah seronok.... Bersiap sedia nak balik. Mariam anak kak Ngah siap cakap lagi, "Ummi... boleh tak kita duduk di rumah ni selama lamanya...."Hehe... Sweet ajer...

Nanti kalau free free, jemputlah datang lagi yer...

Alhamdulillah. 

Selepas 8 bulan kami pindah masuk rumah baru ni, akhirnya family dari Keramat berjaya juga sampai. Mak mertua saya yang teringin sangat nak datang tapi tak berkelapangan. Sibuk dengan business dia.

Oklah yer.

Till then.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Trip 4D3N To Medan Indonesia

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ni, saya dan rakan rakan bercuti di Medan. Ia adalah percutian 4 Hari 3 Malam di Medan - Lake Toba - Brastagi - Medan.

Untuk makluman, ini adalah itenary trip saya dan kawan kawan tempoh hari.

Jadual program ke Medan 4H3M 

Days 1-|Airport-Parapat|

√ Jemput Aitport
√ Bertolak Ke parapat Via Siantar (192KM)
√ Stop Kacang PATEN - TING TING TENG TENG TONG TONG
√ Makan Tengah Hari Rest.PANORAMA
√ Shalat Zuhur
√ Check in Hotel 
√ Makan malam Rest.Local

Days 2- |Samosir-Berastagi|

√ Sarapan pagi di Hotel
√ Melawat ke Samosir Via Ferry boat
√ Melawat Kampung Tomok (Makam Tua Raja SIDABUTAR)
√ Kembali Ke Parapat
√ Makan tengah Hari Rest. & Zuhur
√ Bertolak Ke Brasstagi Via Simajarjurung
√ Melawat Simarjarujung Untuk menikmati TEH HALAI & PISANG GORENG
√ Melawat Air terjun Sipiso-Piso
√ Check in Hotel
√ Makan Malam Rest.Local
√ Acara Bebas dan boleh Berjalan kaki di malam hari di banda Berastagi (Cuaca Sejuk)

Days 3-|Berastagi-Medan City tour|

√ Sarapan Pagi di hotel
√ Melawat Pasar Buah
√ Melawat Bukit Gundaling (Dapat melihat dua Gunung Merapi SIBAYAK & SINABUNG
√ Melawat Fraam SUSU sapi
√ Melawat Kebun Stawberry
√ Melawat Pagoda Lumbini(Temple terbesar di indonesia)
√ Makan Tengah Hari Rest.INDONESIAFOOT
√ Melawat Kolam Buaya (Penakaran 2000 Ekor buaya)
√ Melawat Istana Maimon
√ Melawat Mesjid Raya Medan(Al-Mashun)
√ Shopping Gudang Batik,Telekung,Kain Sulam & Fassion Outlet DLL
√ Check In Hotel
√ Makan Malam Rest.Local
√ Lepas Makan pelancong akan di bawa Keliling Banda Medan Dan boleh Lihat bangunan Tua seperti Office pos indonesia,Merdeka walk,DLL)
√ Kembali ke Hotel

Days 4-|Medan-Airport|

√ Sarapan pagi di hotel
√ Shopping Complex Sun plaza,Sogo,Medan Mall
√ Kembali Ke Airport sesuai jadwal penerbangan
√ Tour Selesai
  
Rate Includes :

Hotel 03*
Private Transportation (07 Seaters) 
Fullboard Meals (03XLunch + 03XDinner + 03XBreakfast). 
Boat trip to Samosir Island (Visit Tomok village only by Public Boat). 
Entrance Fee, Tol and Parking.
Driver Guide. 

Rate Exludes :

Personal Expenses. 
Tipping For Driver. 

Ok, jom kita tengok perjalanan kami selama 4 hari 3 malam di Medan.

Day 1 - Penang - Medang - Lake Toba


Saya bertolak dari Airport Penang. Tiket pergi balik Air Asia sekitar RM270 sahaja.


4 orang dari Penang dan 2 orang dari KL. So, dari kiri Dr Rezqa, Mortin Bai dan Okaz.


Let's Fly.... Babai Malaysia...


Dalam flight.


Perjalanan hanya ambil masa 55 minit dari Penang ke Medan


Dah sampai Airport Medan. Kami disambut oleh Pak Supir di Airport. Kami guna agen aja, senang nak plan percutian di sana. 

Anyway, saya boleh katakan, ia tersangat murah. Hanya Rupiah 1.5 juta sahaja ( RM500 ) untuk trip ini termasuk kos Sewa Kereta + Driver, Hotel dan Makan. So kami hanya perlu bawa duit untuk belanja sahaja.


Kualanamu Airport - Medan


Since kami sampai tengah hari, kami lunch dulu. Ia disediakan oleh pihak agen.


Ayam Penyet. Sangat sedap. Seriously. SEDAP !!! For your information, keenam enam peserta yang join trip ni semuanya HANTU MAKAN, so dalam trip ni nanti anda akan tengok macam mana kami memburu makanan di sana.

Semua yang makan di atas ni FREE. Cuma kalau nak tambah lauk lagi, kami kena bayar sendiri.


Ikan bakar masak sweet sour... Sodappp....


Baru lepas lunch, kami teruskan perjalanan ke Parapat, Lake Toba. Perjalanan sejauh 190km. Tapi disebabkan tiada highway, ia ambil masa 5-6 jam untuk sampai.

First pit stop. hantu hantu ni jumpa lemang bakar tepi jalan. Suruh pak supir stop. Dan beli lemang 2 batang, makan dengan kaya... Rasanya... Perghhhhhhhh.... Meleleh air liur habaq hang.


Makan dalam kereta sahaja. Perjalanan diteruskan.


Tengah jalan, jumpa kedai "Teng Teng Ting Ting Tung Tung". Ia jual produk makanan ringan Indonesia. Di sini, semua boleh rasa secara PERCUMA. Bila beli sahaja kene bayar.


Jemput makan semua. Free ajer. 


Orang lain beli buat bekalan, tapi kami tak beli pun. Singgah makan ajer. Tapi disebabkan ada ramai orang, tak lah nampak sangat kami dok balun makan tapi tak beli. 


Teruskan perjalanan, jumpa pulak kiri kanan jalan orang jual durian. Fuhh... Makan durian pulak. Balun. Murah pulak tu. Sebijik dalam 15,000 Rupiah sahaja. Sekitar RM5 sebijik. Makan situ. Dia tolong kopekkan. Apa lagi... Balunnnnnnnnnnn............... Dalam perjalanan lepas tu, bermacam macam bau durian keluar dari dalam kereta.


Lepas mengharungi perjalanan 5-6 jam dari Medan, kami  tiba di Parapat. Lake Toba.


Semua dah sepakat, benda no satu bila sampai hotel. Nak mandi swimming pool dulu. Since kami pi ke sana hari Ahad, so memang tak ada orang la dekat Hotel tu. Sebab semua orang yang bercuti dah check out pagi Ahad tu.


Mandi dulu dalam satu jam..


Waktu petang, sudah hampir malam. Kami berehat kembali di hotel sebelum keluar dinner pulak.


Bayangkan, cuaca yang redup, tempat di tepi tasik yang sangat cantik dan sangat sejuk.


Tak sempat nak baca doa dah makan. Sabar pak sabar...... Baca doa dulu ya. Baru berkat...


Rasa makanan di sini sangat sedap. Nampak simple, tapi sedap. Kami siap order kambing buat lauk extra. But since it is within bajet, so kami tak perlu bayar extra makanan yang ditempah. One good thing, semua orang minum air kosong sahaja setiap kali makan. So, no extra caj di situ.


Selepas itu, kami dibawa ke tempat bersejarah iaitu Tempat Tahanan Sukarno satu ketika dahulu. 

Day 2 : Lake Toba - Pulau Samosir - Air Terjun Supiso piso - Brastagi


Sarapan pagi kami dihotel sahaja.


Cuaca di Parapat Lake Toba ni sangat sejuk. Dalam bilik tak ada air cond atau kipas sebab ia sejuk sepanjang tahun. Actually ia berada di tempat tinggi. Sebab tu ia sejuk.


Nak gi makan jauh pulak.. Dah la naik bukit, so exercise lah dulu.


Trip kami pagi ini adalah naik bot dan pergi ke perkampungan Batak di Pulau Samosir. Naik bot ni semua dah termasuk dalam pakej. So, tak perlu nak bayar apa apa lagi dah.


Jom belayar...


Dr Rezqa. Jutawan dari Perlis.  Kawan baik saya di SMKA Al Mashoor dan di University of Sheffield UK dulu.


Sheikhul Islam, Okaz. Ketua rombongan kami. Semuanya beliau uruskan. Jutawan dari Kelatan. Tengok dia senyum pun dah lain macam. Memang ada gaya jutawan. 


Bila naik bot, sementara nak tunggu bot berjalan, kami dihiburkan oleh adik ni. Mula mula kami tak faham, tapi lepas tu dah faham. Bagi duit tips sikit. Adik ni terus berangkat ke orang lain pulak. 


Hafiz. Jutawan dari Keramat, Kuala Lumpur pun join trip ni.


Mortin Bai - Jutawan dari Bangla. Dia ni member saya kat Parit Buntar. Since dia pun nak join. Apa lagi, join aja la.


Jutawan dari Parit Buntar, Perak.


Di Indonesia, tak susah nak jadi jutawan. Bawa duit RM350 dah jadi jutawan. Haha. Sebab tu la semuanya jutawan.


Dr Rezqa, katanya teringat anak isteri waktu ni. Ku cakap, "Weiiiii... Baru sehari tak tengok bini dah rindu ka....." Gurau jer.... Tak cakap pun. Dia merenung masa depan tu.


Dah penat berdiri, kami masuk ke dalam pulak.


Dah sampai ke Pulau Samosir, kawasan perkampungan Batak. Orang Batak dulu dulu jenis makan orang. Huhu.. Kami dah pakat ramai ramai, kalau ada yang nak dimakan nanti, ambillah Mortin. Daging Melayu tak sedap. Test la daging Bangladesh pulak. Hehhe.. Gurau jer.


Tempat ni juga dikenali Perkampungan Tomok.


Kat sini ada banyak gila kedai jual cendera mata untuk di bawa balik. Biasanya yang famous, baju Lake Toba.


Pi muzium jom.


Muzium Batak.


Cantik kerusi ni. Diperbuat daripada batu.


Bergambar depan Muzium Batak.


Antara hiasan rumah yang terdapat dalam Muzium ni.


Contoh rumah batak yang lain.


Baju rasmi orang batak dulu dulu


Cicak adalah simbol kepada orang batak. Mereka mahu anak anak mereka jadi seperti cicak. Boleh hidup dimana mana sahaja.


Cenderamata dari Lake Toba. Horas tu maksudnya selamat datang. 


Melawat makam Raja Batak


Siap ada patung batu lagi kat makam ni. Untuk makluman, orang batak bukan orang Islam yer.


Cicak ada di mana mana dekat perkampungan batak. Yang best, kenapa ada tetek pulak bawah cicak tu. Besar pulak tetek tu.

Bila ditanya kepada pak supir, beliau menjelaskan, "Cicak adalah simbol survival. Pergi mana pun mesti boleh hidup." Cicak pergi ke tetak ni pulak maksudnya, orang batak ni kalau dah merantau dan berjaya nanti kena balik cari mak juga.

Dan di sana, orang Batak kalau nak cari anak dara buat isteri, mereka akan cari yang tetek besar. Sebab kepercayaan mereka akan boleh bagi anak ramai, kena besar so that susu baru cukup.


Makam Raja mereka dulu


Besar jugak batu ni. Pandai orang dulu dulu ukir.


Habis pusing pulau tu, kami berangkat pulang ke Parapat menaiki feri tadi.  Next destination adalah Brastagi. Pak supir bagi tahu, pemandangan nanti sangat cantik. So, jangan tidur.

Untuk makluman anda, kawasan sini kaya dengan pemandangan yang santek santek. It's not about shopping. It's about view yang cantik.


Dalam perjalanan ke Brastagi, kami jumpa Van Sekolah. Anda tengoklah anak anak mereka di atas van tu, survive aja.. Huhu...


Pit Stop. Minum  Teh Halia Dulu.


Dalam perjalanan, kami singgah minum teh halia dan goreng pisang dahulu. Memang sedap.... Dah minum teh halia, terus perut rasa berangin... Maka banyaklah angin pus-pus keluar dari atas dan bawah. Bertabahlah kenkawan dalam kereta. Ada yang boleh tahan, ada yang terlepas juga...


Dr Rezqa cuba untuk share apa rasa teh halia yang pahit ni.. Di makan pula dengan pisang goreng.


"Pehal ni broo...."


Ada tempat cantik, kami berhenti ambil gambar dulu.


Orang ambik gambar, dia pun nak jugak.....


Memang cantik cantik pergunungan di sini. Teringat macam ada kat Eropah aja.


Kami tiba di penghujung Lake Toba. Tasik ni actually terjadi disebabkan letusan gunung berapi 75,000 tahun dahulu. Ia sepanjang 130km. Subhanallah. Panjang gila kan...


Cantik ke cantik? Memang cantik kan... 


Pak supir bawa kami makan di bawah tu... Huhu nak turun ke bawah dengan kereta pun ambil masa dekat 15 minit. Jauh tu ke bawah.


Jalan ke bawah ni agak mengerikan. Banyak cerun cerun dalam yang kalau kereta terbabas, huhu.. Selamat jalan la....


Dah sampai ke bawah. Mamat ni memang photogenic sket. Memang pandai buat gaya depan kamera. Kalau ada sesiapa nak ambil buat model, sangat sesuai.


Lunch hari ni, Lobster ditepi Lake Toba. 


Dah la member bangla saya tak makan lobster ni, terpaksalah ku makankan.


Makan sekali dengan ikan bakar. Rasanya, uhuhu.... Super duper sedap.


Best kan dapat makan tepi tasik.. Sedap pulak tu. Rasa fresh sangat ikannya.


Next, kami ke Air Terjun Supiso Piso. Tak jauh dari tempat kami lunch tadi. Nak turun ke bawah ada 1000 anak tangga. Saya turun sekerat jalan, then hujan. So kene naik balik.


Fuhhhh.. Kenyang dapat minum semua air ni. Lega rasa. Hilang terus haus.


"Suke tiru gaya orang... Menci tau..."


Sebelah petang, kami singgah di Pasar Buah di Brastagi. Pak Supir beritahu, buah di sini fresh dan segar. Sedap sebab di tanam di sini. So, saya beli Buah Salak dan Delima. Rasanya sangat fresh dan sedap.


Kat sini juga ada tempat nak shopping beli barang souvenior 


Kami tidur di hotel ni. Green Garden.


Siap ada kolam mandi lagi. Tapi sejuknya jangan cakap lah. Memang sangat sejuk.


Jom dinner. Anda leh tengok gaya Hafiz. Memang dia pandai buat gaya. Rezqa pulak, muka dengan tangan tak synchronize. Muka masam. Tangan tunjuk best. Apa la Rezqa ni....


Balun makan dulu... Semua makanan kami ditanggung oleh pihak agen.


It's dinner time...

Day 3 - Brastagi to Medan


Breakfast dulu di hotel. Malam tadi, ada pengalaman ngeri bagi kami semua di Brastagi.

Ada 4 kali gempa bumi. Yang paling kuat 5.2 scala richter. Bergegar hotel kami malam tadi. Kami reramai keluar lari dari hotel ke tempat lapang. Huhu... Nak nangis rasa.. Tak mau mati lagi wei....


Esok pagi, kami berangkat dari Brastagi ke Medan. Kawasan di sini memang kawasan pergunungan. So jalan raya tu memang macam nak naik Cameron Highland la. Cuma kat sana jalan lagi teruk la. 


Nak makan jagung bakar pulak. Keunikannya, di sini jagung bakar di bubuh sos... Huhu. Pedas pulak tu. Sedap tapi pedas...


Then dalam perjalanan, hantu hantu nak makan durian lagi. Kami makan hampir 11 biji. Sebiji harga dalam RM8. So totak dekat RM90. Tapi durian ni lagi super duper sedap berbanding tempat kami berhenti hari pertama haritu. Kesedapannya sehingga menjilat jari.


Wonderpet tolong kopek buah durian....


Dah tiba di Medan, kami pergi ke Istana raja dulu. Boleh masuk di dalam Istana.


Bergambar dulu kat depan balairung seri.


Perghhhh... Teringin nak jadi sultan. Bayar 10,000 Rupiah untuk bergambar dengan baju ni. Hanya RM3. Tersangat murah. So kena ambil gambar la.


Khadam khadam nak bergambar dengan Sultan Firdaus....


Tetiba ada dayang dayang istana pulak.. Terus ku ambil gambar dengan mereka. Hehe... 3 orang sekaligus.. Jarang marah yer.....


Then kami semua ke Masjid besar di Medan. Kami solat Zuhur dan jamak Asar sekali di sini.


Pemandangan Dalam Masjid


Lunch dulu di salah satu restoren yang cantik kat Medan...


Then kami singgah ke Medan Plaza. Yang tak bestnya, bila sampai tempat shopping ni. Kami dah nak habis duit rupiah. Sob sob sob... Lebih kepada window shopping aja la.


Saya beli 4 topi macam ni. Kat depan tulis MF. 


Kat tepi tulis nama, Farees, Firdaus, Fateh, Fawwaz. Hanya RM20 termasuk tenun. Malam pula kian menjelma, kami pi dinner dulu.


No satu, order sate kambing dan sate lembu dulu.... Awat yang berkerut muka tu Okaz... 


Berselera nampak. Makan ayam kampung dan ikan panggang. 


Sedap sangat...


Kesedapan sehingga tergamam nak makan.... Mata terbeliak, mulut ternganga.. Haha..


Waktu malam, kenkawan ni nak makan murtabak pulak. Di sana, Apom balik dipanggil Murtabak Manis.


Murtabak manis sedang disediakan...


Ini ha rupa bentuk murtabak manias tu...


Then beli murtabak betul jugak...


 Saya dah flat. Tak lalu makan dah waktu ni. Tetapi hantu hantu ni masih boleh melayan makanan makanan yang sedap ni. Ternyata tank mereka besar.

Day 4 - Medan City Tour - Penang


Ada kawan buat rumah anak yatim di Medan. So, kami sumbang sket untuk mereka. Kismin + Duit.


Pepagi ni, lepas sarapan di hotel. Kami ke Zulaikha Bika Ambon. Orang kata sedap, tapi bila saya makan macam tak sedap.  Bukan selera tekak saya.


Boleh test kalau nak rasa. Percuma.


Apa lagi, kami hentam rasa semua benda. Bila dah kenyang.. Hehe.. Baru beli sket.


Setiap belian akan dibungkus dalam kotak supaya kita senang nak bawa balik ke Malaysia nanti.


Baru lepas breakfast, baru lepas melantak kat Bika Ambon, kenkawan nak makan Bakso pulak. So, kita gi makan Bakso dulu. 


Perut masih penuh, kenyang tak hilang lagi ni. Kenkawan kata, "Jom pi minum kopi best kat Medan...." 


Pak Supir bawa ke Kembar Kafe untuk kopi.


Jom mengopi...


Kawan order kopi avocado, saya order Coppucino dan yang lain order kopi hitam biasa.


Then solat Zuhur dan Asar jamak di Masjid. Masa di Masjid, mereka dok bincang nak makan apa pulak lepas ni? Saya cakap beli air tebu dulu, then baru makan yang lain pulak.


Tapi.... Mereka nak makan Tahu Sumedang dulu. So, kita layan aja la Tahu Sumedang ni. 


Makanan sampingan selain Tahu Sumedang.


Bismillah jalan.....


Yang kanan tu Tahu Sumedang. Tauhu goreng la kiranya ni.


Zoom in sket....


Habis Tahu Sumedang, kami layan air tebu pulak... 


Selepas itu, mereka nak makan Itik Bakar pulak..... So, kami ke kedai itik pulak....


Itik bakar = Bebek Bakar


Akhirnya..... Sampailah kami ke Airport pada waktu petang....


Menunggu waktu untuk berangkat


Dah masuk flight


Ready to depart....


Selfie dulu apa apa pun.....

Summary :

1. Total duit kami belanja adalah seperti berikut: 

i. Tiket RM300
ii. Ground Price Paid To Agen RM500
iii. Duit Belanja RM300-RM500 ( Tak Shopping Sangat )

2. Misi kami untuk berjalan dan melihat keindahan alam hasil ciptaan Allah tercapai.

3. Misi kami untuk memburu makanan yang sedap sedap di Medan tercapai.

4. Ada anak anak, yang sponsor parents mereka untuk honeymoon di Medan. Pakej untuk honeymoon dua orang hanya RM650 seorang untuk ground. Tak termasuk tiket flight dan belanja. Saya cadangkan, anda boleh belanja parents anda Pakej Honeymoon di sana.

5. Nak tahu no Agen Di Indonesia, leh PM +62 811-616-289 - Pak Brahim.

6. Anda yang baca entri ni, boleh start plan untuk bercuti di Medan. Udah udah ler tu kerja keras, bawa family jenjalan jugak..... Hidup hanya sementara. Niat travel kerana Allah, ia akan jadi pahala yang berpanjangan.

7. Thanks to insan yang sponsor trip saya ke Medan ini. Jika ada sesiapa yang nak sponsor trip untuk saya, leh bagi tahu yer. Hehe.. Valet Holiday..... Anda Sibuk? Anda Bayar... Saya Bercuti Untuk Pihak Anda. Miakaka....

8. Kalau anda ada tahu tempat tempat best untuk dilawati, please let me know. PM +60 19-945 2751.

Trip ni memang best.... Insya Allah, lepas ni kami plan nak ke Lombok, Yogyakarta, New Zealand, Banda Acheh, Bali, Phuket dan lain lain lagi.

Thanks to all wives yang berkorban untuk menjalankan tugas kami sepanjang kami berada di perantauan.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating & Inspiring Others


 Mahu Bantu Anak Anda Jadi Pelajar Cemerlang? Sila Tonton Video Di Bawah Ini :


   

Saya Dah Minum Susu, Perlu Ke Ambil Suplemen Kalsium Lagi?

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Kami doakan anda semua sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah.

Maria banyak terima soalan ni daripada customers:-

Saya Dah Minum Susu, Perlu Ke Ambil Suplemen Kalsium Lagi?

Sebenarnya, ini soalan biasa, terutama yang tengah pregnant dan menyusu sebab masa tempoh ni lah ramai wanita mula concern tentang kepentingan nutrisi harian.

Keperluan nutrisi ni sangat berkaitan dengan pembesaran baby dalam kandungan dan juga baby yang menyusu.

Ok, Maria cuba fahamkan anda yer. Macam ni.


Mengikut standard, keperluan Kalsium harian untuk lelaki dan wanita dewasa adalah dalam 1000 mg setiap hari untuk maintain kesihatan tulang kita. 

1000mg ni pun sebenarnya keperluan MINIMUM untuk IBU HAMIL, MENYUSU & WANITA MENAPOUS tau! Jangan kurang dari 1000 mg sehari. 

Ramai yang kata, saya dah minum susu setiap hari. So saya tak perlu ambil suplemen kalsium dah. 


KALSIUM DALAM SUSU SEGAR


Secara general, segelas susu segar (200 ml) mengandungi 200 mg kalsium.  


Untuk dapatkan 1000mg Kalsium, kita kena minum lebih 5 GELAS atau 1 LITER SUSU SETIAP HARI!!

So tanya diri kita balik. Larat ke nak minum 5 GELAS susu setiap hari?

Itu pun belum tentu semua Kalsium diserap dalam badan. 😅

So sebab itulah kita PERLU AMBIL SUPLEMEN KALSIUM walaupun dah minum susu, sebab ia masih tak cukup dengan keperluan harian. 


PERBEZAAN OSTEMATRIX BERBANDING KALSIUM JENAMA LAIN

Nak ambil Kalsium, jangan ambil sebarangan tau. Sebab kalau salah pilih brand, ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan kita.

OSTEMATRIX SHAKLEE adalah berbeza sebab ia LEBIH DARIPADA SEKADAR KALSIUM. 



4 BIJI OSTEMATRIX SETIAP HARI MEMBEKALKAN:-

1. 1000 mg KALSIUM : Dari sumber semulajadi yang mudah diserap.

2. 400 mg MAGNESIUM : Bantu mengasimilasikan Kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. 

3. 400 IU VITAMIN D3 : Merangsang penyerapan Kalsium.

4. BORON : Membantu dalam metabolisme tulang. 

5. MANGANESE, COPPER, ZINC : Mengaktifkan enzim yang membantu pembinaan kepadatan tulang.

Bahaya ambil Kalsium kalau ia tak diserap dalam badan. Kalsium berlebihan yang tak diserap boleh menyebabkan BATU KARANG!!

Sebab inilah saya pilih OSTEMATRIX, ia dah dicipta untuk PENYERAPAN MAKSIMUM!!


KOS MINUM SUSU VS. MAKAN OSTEMATRIX!

Sekarang jom kita kira kos pulak!

Sebotol susu 1 liter = RM7 / day!

Sebotol Ostematrix (30 hari) = Less RM2 / day!!

Haaa...Yang mana lebih berbaloi? 😄

Saya minum 1 gelas susu setiap hari, dan saya juga ambil OSTEMATRIX 4 biji setiap hari sejak tahun 2012.

Alhamdulillah badan lebih segar, takde lagi cramp, lenguh kaki, sakit pinggang dan belakang.

Ia juga membantu MENGELAKKAN SEMBELIT di kalangan ibu hamil, bersalin dan menyusu. Setiap hari membuang lancarrr je. Alhamdulillah.

Memang berbeza sangat masa sebelum dan selepas makan OSTEMATRIX.

I ❤️ OSTEMATRIX! 

Jomm borong Ostematrix sempena promosi bulan ni! 

**Promosi OSTEMATRIX Feb 2017**
✅ Buy 6 Free 1
✅ Buy 2 Get 5% Off

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 




SEMUA PELAJAR UNIVERSITI WAJIB BELAJAR BUAT BISNES!!

$
0
0


By : Mohd Firdaus Mat Saad.

Assalamualaikum w.b.t,

Saya bukan Menteri Pendidikan. Saya bukan Menteri Pengajian Tinggi.

Saya hanya rakyat biasa yang buat bisnes.

Saya ingin berkongsi sedikit pandangan yang mungkin boleh bantu anak bangsa kita hari ini.

Kalau kita tengok hari ini, dunia agak berbeza dengan satu ketika dulu.

Jika dulu di Malaysia, ibu bapa kita suruh kita belajar betul betul supaya kita boleh dapat kerja makan gaji yang baik baik. Boleh jadi Doktor, boleh jadi Engineer dan sebagainya.

Tapi kalau kita tengok keadaan hari ini, di Malaysia sendiri ada lambakan siswazah yang tidak mendapat pekerjaan seperti mana yang mereka idamkan.

Saya ada ramai kawan buat bisnes.

Bila beliau offer kerja kosong untuk bisnes administration, ada yang minta kerja dari mereka yang ada ijazah dan tidak kurang ada yang ada Master.

Kerja admin di syarikat kawan saya ini adalah kerja pengkeranian.

Tapi yang mengejutkan, ramai yang minta kerja adalah dari mereka yang ada Degree dan Master.

Apa yang saya perhatikan, siswazah lepasan universiti hari ni kurang pendedahan untuk buat bisnes.

Minda mereka seolah olah ditanam dengan JOB SEEKER. Bukan JOB CREATOR.

Dari kecik, bangsa Melayu kurang melihat orang terdekat mereka yang buat bisnes.

Jika ada yang berjaya pun, tak ramai.

Mereka lebih tengok ramai yang gagal atau pun biasa biasa sahaja. So mereka takut buat bisnes.

Saya juga membesar dalam masyarakat yang macam ni.

Masa saya nak mula buat bisnes dulu, ayah saya penentang yang paling kuat. Antara ayat ayat yang saya masih ingat.

"Belajar rajin rajin sampai UK, balik Malaysia dah kerja engineer nak berhenti nak bela ayam......"

And so to happen 2 tahun pertama saya buat bisnes jahanam.

And saya masih ingat lagi, arwah ayah saya kata.

"Dok elok elok kerja engineer, nak bela ayam... La ni tengok dah macam pekerja Indonesia pun ada dah...." (Waktu tu saya memang pakai pekerja Indonesia)

"Aku dah kata dah....... tok sah buat bisnes......."

Saya tidak salahkan dia. Arwah ayah saya dulu bekerja sebagai kerani sekolah sehingga pencen.

Saya masih ingat lagi dia kata.

"Daus, abah dulu kerja mula gaji RM140 sahaja sebulan. Masa pencen RMXXXX. Kerja kerani saja. Kita semua makan pakai cukup sahaja. Gaji hang masa start kerja dah sama macam gaji abah masa pencen. Hang sepatutnya kerja makan gaji saja..."

Ini semua cerita 10 tahun lepas.

Selepas 3 tahun buat bisnes, Alhamdulillah. Bisnes baru start ok.

Waktu ni arwah ayah saya dah mula nampak perubahan hidup saya dari segi kelapangan masa dan kewangan. Waktu ini, baru beliau nampak apa yang saya usahakan.

Waktu itu, kalau berjumpa dengan kawan kawan. Dia akan suruh anak anak kawan untuk buat bisnes.

Bisnes bagus, itu dan ini. Pendek kata, beliau akan jadi jurucakap saya.

Masyarakat Malaysia hari ini, ramai yang tidak boleh mengubah mentaliti mereka terutama orang kampung.

Penyakit ini berjangkit kepada siswazah yang belajar di Universiti.

Selepas mereka habis belajar, mereka mencari kerja. Even dengan gaji RM1500, mereka dah rasa bangga.

Sebagai rakyat biasa, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian.

Untuk pelajar siswazah, WAJIBKAN MEREKA BUAT REAL BISNES dalam tempoh 6 bulan. Satu semester.

Dalam tempoh ini, bagi mereka belajar teori bisnes dalam tempoh 1 bulan. Dan kemudian jalankan PERNIAGAAN SEBENAR PILIHAN MEREKA dalam tempoh 5 bulan.

Dan saya cadangkan, orang yang nak mengajar mereka di universiti dalam tempoh sebulan itu adalah orang yang betul betul buat bisnes. Bukan hanya pensyarah bidang bisnes.

Di kolej dahulu, saya juga belajar subjek bisnes. Tapi apa yang saya perhatikan. Teori sangat berbeza dengan Realiti.

Jadi, orang bisnes boleh berkongsi pengalaman dan tunjuk jalan short cut macam mana mereka berjaya dulu kepada para pelajar.

Dari sini, pelajar boleh dapat real experience. Bukan teori lagi.

Mana mungkin ilmu teori yang diajar oleh Pensyarah Bisnes sama dengan Ilmu Sepak Terajang yang dikongsikan oleh Orang Bisnes.

Pelajar boleh pilih bisnes apa yang mereka nak buat dalam tempoh 5 bulan itu.

They will do a real bisnes.

Waktu ini, mereka WAJIB buka syarikat sendiri.

Wajib ada AKAUN sendiri.

Wajib ada bisnes sendiri.

Dan dalam tempoh 5 bulan, mereka mesti dapat keuntungan bersih melebihi RM5,000 dalam akaun mereka.

Dan semua pelajar ini perlu buat presentation mengenai pengalaman mereka.

Jika agak sukar dibuat secara individu, mungkin boleh buat secara berkumpulan 3 orang satu group.

Saya yakin, jika mereka dah MULA TERJEBAK dalam bisnes, selepas habis belajar nanti. Mereka tak risau jika tak dapat kerja.

Waktu itu, mereka akan BERANI TERJUN dalam bisnes.

Dan dengan cara ini, saya perhatikan. Peluang untuk orang Melayu bangkit dalam bisnes akan kembali cerah. Ekonomi orang Melayu akan meningkat.

Orang Melayu sebenarnya boleh berjaya. Cuma mereka kurang ditunjukkan cara.

Pengalaman saya berceramah di sekolah, kolej dan U dalam bidang bisnes.

Pada asalnya, 70 peratus pelajar berminat untuk kerja makan gaji.

Tapi selepas ditunjukkan cara dan kelebihan buat bisnes. Peratusan itu terus berubah secara mendadak.

Hampir 80% pelajar kemudiannya bercita cita untuk buat bisnes sendiri.

Saya sangat berharap, anak bangsa saya orang Melayu akan bangkit dan berjaya dalam perniagaan.

Untuk berjaya dalam perniagaan, kita hanya perlukan ILMU + Modal Diri Sendiri Yang kuat + Minta Doa & Jaga Hubungan Dengan Allah.

Duit bukan satu modal yang penting.

Untuk berjaya, anda perlukan ILMU.

Jika ada ILMU yang betul, dari tak ada duit boleh menghasilkan jutaan ringgit.

Jika tiada ilmu, duit jutaan ringgit boleh habis sebab silap buat bisnes.

Apa yang saya kongsikan ini adalah sekadar perkongsian saya, pemerhatian saya mengenai keadaan masyarakat hari ini.

Tidak ada niat lain melainkan saya mahu melihat anak bangsa BERJAYA.

Jadi kaya, ada masa, boleh keluarkan zakat yang banyak untuk bantu orang lain.

Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu sorang dua dari sahabat saya dan anak anak mereka untuk BERANI buat bisnes.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating & Inspiring Others

* Sila SHARE Jika Anda Rasa Perkongsian Ini Bermanfaat

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan ISTERI saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer. Kini beliau menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Percutian 4 Hari 3 Malam Di Kota Kinabalu & Lahad Datu

$
0
0
Assalamualaikum,

Semoga Allah memberkati dan merahmati anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my

Hari ini saya nak share dengan anda pengalaman saya  bercuti sambil bekerja di Kota Kinabalu dan Lahad Datu, Sabah. 

Untuk makluman anda, saya sebenarnya dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi di Sekolah Menengah Sains Lahat Datu, Sabah.

Ada 4 sessi kesemuanya.

Sessi Satu : 11 Teknik Belajar Berkesan

Sessi Dua : 13 Rahsia Menjadi Magnet Kejayaan Buat Pelajar

Sessi Tiga : Kuasa Minda Pelajar Cemerlang

Sessi Empat : Mudahnya Berniaga - Jom Jadi Usahawan 

Sessi saya bersama pelajar adalah dari pagi sampai malam. Dan program ini sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh salah seorang ibu bapa pelajar di sekolah ini. Beliau juga merupakan bekas pelajar SBP, so beliau katakan inilah salah satu cara untuk membalas balik jasa SBP kepada beliau. Alhamdulillah.

So, jom tengok gambar traveling saya dan kemudiannya saya bercuti di Kota Kinabalu bersama sahabat saya, Okaz.

Day 1 - Travelling Day


Alhamdulillah, sahabat baik saya Ustaz Saufi sudi mencemar duli menghantar saya dan Okaz ke airport Penang. Thanks.... Semoga Allah merahmati dan memberkati.


Alrite, jam 10:05 pagi, kapal terbang dah nak berlepas. Untuk makluman, tiket pergi balik dari Penang - Kota Kinabalu menggunakan Air Asia adalah sekitar RM450 sahaja.


Bye bye Penang..... Till we meet again.


Khusyuk berzikir atas kapal terbang sampai tertidur..... "Subhanallah... Subhanallah.... Subhanallah...."


Pemandangan dari udara....


Sedar sedar aja, "Weh..... jom makan jom..... lapaq ni.... Boring dok atas flight 3 jam ni... Makan ni boleh isi masa kita dalam 30 minit.. Tak lah boring sangat..."

Dah dapat makan senyum la tu..... Hehe.. 


Resipi pilihan Okaz adalah Nasi Lemak Pak Nasir. RM15. Mahal sebab kami tak order siap siap masa booking.


Saya makan Chicken Rice Uncle Chin's. Komen saya, nasi lemak lagi sedap. Harga nasi lemak ni pun RM15. Tak masuk air lak tu. Air kena beli RM3 sebotol kecik.


Alhamdulillah, sampai ke Kota Kinabalu Airport. Lepak kejap di sini sementara menunggu connecting flight ke Lahad Data menggunakan Maswings. Untuk makluman, semua orang yang masuk ke Sabah / Sarawak mesti mendapat pelepasan dari Imigresen.. Even orang Malaysia. So saya ke kaunter Imigresen untuk dapatkan permit masuk Sabah.


Okaz dah mula takut... Ingat nak kena naik fligt Maswings yang ini. 


Lepas kami cek, rupa rupanya kami naik kapal terbang yang besar sket macam ni. Lega sket dengar..


Masa dah time. Let's fly. Jam 3 kami berlepas ke Lahat Datu.


Pemandangan Sabah dari udara.


Dah nak sampai ke Lahad Datu. It's Landing time....


Alhamdulillah, Safely landed di Kota Kinabalu.


Setiba di Lahad Datu, kami terus ke sekolah untuk buat pemeriksaan sound system dan komputer. Malangnya, pada waktu itu guru bertugas ada kerja pulak. So, kami terus pulang ke hotel untuk berehat. Di Lahad Datu, ini satu satunya hotel yang famous. My Inn Hotel. Jarak lebih kurang 10 minit dari airport. 

Since Lahad Datu ni tak lah besar sangat, so kira kiranya senang lah nak bergerak ke mana mana.


Dinner saya pada waktu malam adalah bersama guru dan AJK PIBG sekeloh tersebut. Masakan kat sini, superb. Sangat sedap.


Program ini adalah hasil kerjasama Shell Station Anugerah Enterprise dan PIBG SMSLD.


Lebih dari 400 pelajar yang mengikuti program ini. Alhamdulillah, feedback yang mereka berikan sangat bagus. Hilang rasa letih dengar feedback positif dari mereka.


Sebelah petang, kami ada waktu untuk berehat. So, kami dinner di Restoran Rumpun Selera berhampiran hotel.


Esok pagi, hari Ahad, kami sedia berlepas pulang ke KK untuk meneruskan percutian kami di sana.


Airport Lahad Datu kecil sangat. Hanya satu kapal terbang mendarat dan parking pada satu satu masa.


Setibanya di KK pada waktu pagi, hujan pulak.. So, plan kami untuk pergi Snorkling di pulau tergendala. So, kena atur back up plan. Ikut perancangan asal, hari ni sepatutnya kami seharian berada di pulau. Since hari ni hujan dan langit pun mendung, so kami terpaksa ubah plan.


Ambil kereta sewa dulu. Tempat kereta Axia. Dapat kereta Myvi. Alhamdulillah. Sewa kereta ni RM150 untuk dua hari. Kami ambil pagi Ahad, kami pulangkan jam 6 petang hari Isnin. Kalau nak sewa kereta di KK, leh kontek brother ni : 017-8182728 / 019-5113022


Back up plan, kami ke Pasar Tamu di Gaya Street, Kota Kinabalu. Ia hanya di buka pada hari Ahad sahaja. So, rezeki kami lah. Ada di sini pada waktu ini. So, jom kita jenjalan. Anda boleh tengok waktu ini cuaca agak mendung dan hujan renyai renyai.


Pasar Tamu ni biasanya jual barang harian, barang cenderamata, baju dan pakaian.


Beg, cermin mata, topui, baju dan macam macam lagi


Satu perkara yang saya perhatikan, Kota Kinabalu 'hidup' dengan pelancong. Tersangat ramai pelancong yang saya jumpa di sini dan rata ratanya adalah dari luar negara.


Makan rojak kuah tumpah kat baju, dah jumpa tempat cuci. Orang Sabah kena hujan sikit sikit rileks aja. Tapi kami berdua siap minta plastik nak cover kepala. Jalan dengan rasa rilek dan konfiden. Yang best, kami dua orang aja yang buat 'kerja' macam ni. Orang lain rileks ajer.


Tiba tiba nampak tempat urut terbuka. Pelanggan diurut oleh orang buta. Bayaran adalah RM20 untuk 20 minit.


Seumur hidup, saya tak pernah urut urut kaki macam ni. So, sy ambil peluang nak urut kali ni. At first saya rasa bersalah pulak, letak kaki atas paha pak cik ni. Saya rasa macam tak betul aja. Macam 'lack of respect'kat pak cik ni. Tapi bila tengok semua orang memang buat macam ni, saya cuba pujuk hati. Tak per, nanti bayar lebih sket kat pak cik ni.


Okaz sedang tahan rasa sakit. Memang sakit kena urut kaki kat sini. Tapi saya suka, sebab orang buta ini mereka tidak meminta. Tapi mereka beri servis untuk mendapat pendapatan. Satu keunikan yang saya tengok, bila mereka pegang saja duit, mereka dah tahu ini duit berapa ringgit. Dan mereka juga boleh estimate time dengan agak tepat. Mereka semua pakai phone. Tu yang best. Orang buta pakai phone. Mereka guna phone untuk tahu jam pukul berapa. Dan mereka boleh call orang lain even mereka buta, 


Lepas tu, saya jumpa Ustaz Afizan Wangkee. Qari Al Quran dari Sabah. Pernah menjadi Johan Sabah dua kali. Ni member saya di Kolej Mara Banting dan di UK dulu. Alhamdulillah, dah berbelas tahun saya tak jumpa dia. Sekarang beliau bekerja di Tuaran, ambil masa 45 minit untuk sampai ke KK. Thanks Ustaz Afizan. Sanggup datang jauh jauh dari Tuaran ke KK untuk berjumpa saya.


Siap belanja saya makan di sini lagi. Satu saya nak bagi tahu anda, makan kat sini sangat sedap dan sangat murah.


Makan Shell Out banyak macam ni untuk 3 orang hanya RM48 sahaja.


Okaz ni seorang yang efektif, mata melihat, telinga mendengar tapi mulut tetap menyuap... Kira boleh buat 3 kerja pada satu masa.


Setalam makan macam ni hanya RM48 untuk 3 orang, super duper murah dan sangat sedap. Ada sotong goreng tepung, ketam masa cream, udang masak cili, siput masak kicap. Fuh....


Sedap gila wehhhh.....


Yang ni jammmm sikit, berat kulit aja rasanya. Isinya halus mulus ajer..


Get the job done. Kiranya sangat direkemen untuk anda. Pergilah yer kalau di KK. Cuma ia agak jauh dari pekan KK. Kiranya ambil masa 20 minit drive. So, anda cuba search sendiri yer "Zaara Crab" nama kedainya.


Then Okaz kata... "Aku ngantuk weiiii..." Jom cari hotel dulu. Tips mudah yang saya dapat, kalau nak cari hotel, carilah berdekatan dengan Pasar Philipines. Kat situ ada banyak tempat shopping. Kalau nak yang mahal, boleh ambil Le Meredian atau Promenade Hotel. 

Tapi since kami mai dua orang sahaja. Ambil hotel cikai pun, tak pa. Janji boleh tidur. So, Hotel JJ menjadi pilihan kami. Harga sebilik dari serendah RM75 sebilik. Kami ambil yang RM88 sebilik sebab ambil family room. Ada satu double bed dan satu single bed. Kira ok la pilihan hotel ni. Nak kata cantik memang tak lah kan.. Tapi kalau sekadar nak tidur, memang dah boleh sangat lah tu.


Bangun aja dari tidur lepas berehat, kami solat then kami mula bersiar siar di kawasan sekitar dengan berjalan kaki sahaja. Tempat pertama, Pasar Philipines. Betul betul depan Hotel JJ kami tu jer.


Beli brooch dulu untuk insan tersayang. Beli 7 kotak. Balik rumah, pilihla yang mana berkenan.


Ada gelang tangan dari mutiara.


Ada macam macam jenis kerongsang.


Mutiara dalam bentuk rantai leher.


Okaz ni merenung barang... Macam nak makan ajer barang tu...


Then kami ke pasar buah. Tak beli pun buah kat asini. Buat berat ajer nak bawa balik.


Then kami ke tempat jualan produk perikanan. Ada ikan segar dan ada ikan sejuk beku.  Tempatnya hanya sebelah dengan Pasar Philipines tu.


Di sini agak murah. Ada macam macam ikan, udang, ketam, lobster frozen di sini.


Kawasan ni tepi ajer dengan pelabuhan nelayan mereka. So, harga not bad.


Lobster sekilo RM200. Jual sekor sekor. So, anda leh bayang lah yer harganya.


Udang besar sejuk beku. Sekila RM50-RM80. Bergantung pada saiz.


8 / 12 tu bermaksud antara 8-12 ekor udang untuk sekilo. Udang ni mereka dah bubuh dalam ais. So kalau nak bawa balik ke semenanjung sangat mudah.


Then kami teruskan perjalanan ikut tepi laut ni. 


Bergambar dulu dengan dolphone ni


I Love KK 


Ada replika ikan todak di belakang tu


Sambil menikmati kepak ayam. Di sini kepak ayam dijual RM1.50 satu


Then kami pergi ricky apa nak makan malam ni. Ikut review di blog, mereka suruh makan di Dataran Todak. Dekat area ikan todak dan I Love KK tadi.

Bila kami jalan kaki ke situ, ternyata ada banyak pilihan yang super duper mengiurkan. Tengok pun  dah terasa kesedapannya.


Lobster ni seekor dah mencecah 3kg. Satu kg harga RM200. So, sila kira sendiri yer seekor berapa.


Yang kecik tu pun dah sekilo seekor. Huhu.. Nangis oo nak makan. Dah habis survey, kami ke Jeselton Jetty. Di sini kami nak survey pakej untuk snorkling esok di pulau.


Di sini jetty. Kami beli tiket untuk snorkling esok. Dan brother yang jual tu cadangkan kami untuk ambil pakej tambahan. Sea Walking. Kira berjalan di dasar lain. Harga RM180 seorang untuk 20 minit. Huhu.. Agak mahal ooo...


Lepas beli tiket, kami terus jenjalan cuci mata di sini. Suria Sabah. Salah satu shopping complex yang sangat besar di KK. Terletak bersebelahan dengan jeti tadi. FYI, kami jalan kaki saja dari hotel tadi. 


Ok, lepas penat berjalan jalan di Shopping Complex, kami ke Dataran Todak balik. Masa ni nafsu makan mula bergelora. Huhu.. Semua nak makan.


Pelbagai pilihan ada di sini.


Ruang makan yang ada banyak.


Pelbagai ikan segar menjadi pilihan. Pilih ikan mana yang kita nak, timbang dan kemudian mereka akan masak ikut apa yang kita nak.


Sotong besar besar. Kalau dibuat sotong goreng tepung pun sedap ni.


Udang besar besar pun ada dijual disini. Harga? Anda kena pandai tawar menawar. Kalau mereka tak nak bagi murah, hehe.. Pergi aja kedai lain.


Kami makan di sini.


Dalam kedai pun dah ramai orang. Tak tahu lah berapa lama nak kena tunggu.


Mula mula boleh senyum dengan ceria dan gembira lagi.


Sambil tunggu masakan yang tak kunjung tiba....


Dah 30 minit tunggu.. dah mula rasa boring dan stress.. Huhu... Selalunya saya minum air kosong saja, entah macam mana hari ni pi order Karet Susu.


Udang goreng tepung dah sampai. Rasanya... huhu.... Sedap gila weiiii..


Ikan masak stim, sotong goreng tepun... Dan masih menunggu udang masak cili.


Tara... Udang dah sampai. Saiz udang ni jangan cakap la. Memang besar.


4 Ekor saja dah penuh pinggan.


Serbu...... Fuh.. Kesedapan makan kat sini memang tak dapat dilupakan.... Total makan untuk dua orang adalah RM72 sahaja. Memang nampak mahal, tapi nak dibandingkan dengan ikan, udang dan sotong yang segar dan terus dimasak. Memang sangat sedap.

My advise, kalau anda ke KK. Terus pergi ke Dataran Todak untuk makan malam. Gerai mula dibuka jam 5 petang. Ada lebih kurang 30 gerai di situ. Insya Allah, tak menyesal.


Malam malam pun pasar jual buah ada di buka.


Balik semula ke hotel. Berehat dulu malam ni untuk bersnorkling pagi esok.


Awal jam 8:30 pagi kami tiba di Jetty Jeselton. Tempat untuk begerak ke pulau buat island hoping.


Entah macam mana, ada persembahan pulak pagi tu. So, saya ambil gambar dulu dengan penari dari Sabah ni.


Tarian tradisional orang Sabah.


So, masa dah time. Jom naik bot ke Pulau Manukan

Agak ramai yang join kami hari ni even hari ni hari Isnin.


Member dah makan ubat muntah siap. Takut muntah dalam bot.


Selfie dulu. Dengan lafaz Bismillah. Jom jalan.....


Tiba di Pulau Manukan sekitar jam 9.30 pagi.


Kawasan yang sangat cantik dan kawasan yang sangat terpelihara.


Dah tak sabar nak snorkling ni


Air keruh wei.... Snorkling kat sini apa pun tak nampak. Nak nangis rasanya...


Then kami cari tempat lain untuk snorkling.


Area sini nampak lebih cantik dan ikan lebih banyak. Air lebih jernih.


Posing dulu


Gaya wajib dimana mana....


Okaz dah pandai buat gaya tersendiri sekarang ni


Berehat kejap sementara tunggu bot untuk buat program Sea Walking


Dah sampai tempat untuk buat Sea Walking. Berjalan di dasar laut. Harga asal RM260 untuk 20 minit. Tapi dapat offer sampai RM180. Harga untuk seorang yer. Tapi balun aja la. Pengalaman ni bukan senang nak dapat. Tempat lain tak ada.


Ready untuk turun bersiar siar dibawah dasar laut pada kedalaman 17 kaki sambil pakai topi di kepala.


Jom jalan jalan... Best wei... Air laut kat dalam ni sangat jernih. Boleh tengok pelbagai batu karang dan ikan dibawah ni. Kat bawah ni tekanan agak tinggi, so telinga akan jadi bengang. So, kami diajar cara untuk hilangkan rasa tekanan tu. 


Di dalam topi tu tak ada air yer. topi tu seberat 37 kg. Dalam ada udara sahaja. Kalau anda tengok ada paip ke atas tu, itulah paip yang salurkan oksigen kepada kami.


Ada ikan Nemo lagi siap posing untuk bergambar dengan saya.


Haha.. Nemoa tak nak bergambar dengan Okaz. Dia dah nak blah...


Budak kecik dalam umur 10 tahun pun nak turun juga. Tapi ada divers yang bantu dia untuk turun. Macam comel aja.


Tangki ni seberat 37kg. Kalau kat atas memang berat. Tapi kalu bawah ni, kita tak terasa sangat berat tu. 


To make it simple. Kami turun ke bawah guna tangga sampai ke dasar. Then, jalan jalan sikit. Lepas tu ambil gambar dengan ikan semua. Lepas tu bagi makan ikan. Then terus jalan pulang untuk naik tangga balik. Tempoh masa adalah sekitar 20 minit sahaja. RM180 sahaja. Adakah ia mahal? Saya katakan, berbaloi untuk dicuba. Sebab bukan senang nak dapat peluang macam ni.


Selepas habis bermandi manda di Pulau Manukan, kami ke Pulau Mamutik pulak. Di sini kami buat jungle tracking.


Pusing pusing pulau melihat keindahan alam.


Selfie dulu


Jam 2.30 petang kami pulang ke Jetti. Bersiap sedia untuk pulang petang ini ke semenanjung.


Di sini ada ruang untuk solat, mandi dan makan. 


Kami ke Pasar Philipines sekali lagi. Mak pesan beli ikan bilis. So, saya beli 4kg. Satu kg hanya RM26 untuk yang kualiti bagus. Kira murah lah tu.


Jam 6 petang kami ke airport untuk pulang. Yang bestnya, bila sampai aja depan imigresen, saya cari IC saya tak jumpa. Habis aku jadi cuak depat tu. Akak tu kata, "Tak per, cari pelan pelan..."

Saya pergi ke tepi. Duduk dan buka satu satu beg duit saya. Rupa rupanya IC terselit dibelakang kad bank. Adoyai... Nak nangis rasanya.


Jam 8 malam, flight berlepas dari KK ke Pulau Pinang. Flight Air Asia jugak. Alhamdulillah, kali ni dalam flight memang tidur lena. Naik aja terus lena. Bila dan nak landing baru sedar. Huhu.. Lega rasanya.

Alhamdulillah. Habis simple vacation saya. 4 hari 3 malam di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Semoga Allah beri peluang kepada saya untuk bercuti lagi lepas ni.

Kalau ikut agenda. 

Bulan May 2017 - Trip ke Jepun bersama wife dan mertua. Fully sponsored by Shaklee.
Bulan Oktober 2017 - Trip ke Lombok dengan kenkawan
Bulan November 2017 - Naik Cruise - Penang - Krabi - Phuket. Fully sponsored by Shaklee.
Bulan Disember 2017 - Bawa anak anak ke ____________________ . Tak tahu lagi.

Semoga Allah mudahkan urusan.

Untuk tahun 2018, rasanya macam nak ke Spain, France dan Italy. Rabbi Yassir Walatuassir.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

BACA PERCUTIAN SAYA DI MEDAN DI SINI : KLIK SINI


MEDAN - 4 HARI 3 MALAM

DULU SPM STRAIGHT A TAPI SEKARANG DUDUK RUMAH JER?!

$
0
0



BY : KAM MARIA ABDUL MUTALIB

Assalamualaikum,

Tahniah Akak ucapkan kepada adik-adik yang dapat results SPM harini.

Walau apa pun results nya, cemerlang atau tak, apa yang dah lepas biarkan berlalu.

Yang penting sekarang belajar dari pengalaman, kesilapan & usaha lebih baik untuk MASA DEPAN.

======

Just nak share pengalaman Akak sendiri yer.

Alhamdulillah, Akak dulu dapat 4A masa UPSR, 8A masa PMR, 10A1 masa SPM.

Senang cerita straight A lah semua exam sepanjang sekolah dulu.

Akak dapat study di United Kingdom dan dapat Degree & Master. Then dapat kerja sebagai ENGINEER.

Alhamdulillah, macam POWER je kan. Macam senang je dengar kan.


Tapi percayalah, Akak bukan GIFTED macam ada sesetengah kawan Akak tu.

Sebelum dapat results POWER tu, banyak kali akak fail dalam beberapa subjek kat sekolah.

Akak pernah menangis depan Cikgu dan kawan-kawan sebab tak score. Tapi Akak tak give up. Down kejap je lepas tu bangkit balik. Hehe.

Akak pun jeles tengok kawan-kawan yang study rileks-rileks tapi bila dapat results exam diorang POWER giler.  

Akak sedar Akak tak GIFTED. Akak jenis yang memang kena USAHA GIGIH nak dapat results best tu.

Akak banyak berkorban masa untuk study. Kurang sangat tengok TV.

Akak banyak buat latihan, malah buat extra dari yang Cikgu bagi.

Akak banyak jumpa Cikgu-cikgu untuk tanya apa yang Akak tak faham. 

Akak buat Solat Hajat setiap hari dan doa specific apa yang Akak nak.

Akak minta Mak Abah dan Cikgu-cikgu doakan kejayaan Akak.

Syukur Alhamdulillah. Allah bagi results yang bagus untuk Akak dalam exam.

================

Tapi, walau POWER macam mana pun results exam akak masa study dulu, sekarang ni akak tak guna pun semua RESULTS EXAM Akak tu, termasuklah sijil DEGREE dan MASTER akak.

Sebabnya, sekarang ni Akak PILIH BEKERJA SENDIRI DAN BUAT BISNES ONLINE DARI RUMAH.

Alhamdulillah, walaupun duduk rumah, sekarang setiap bulan Akak dapat INCOME BERKALI GANDA berbanding gaji Akak masa kerja ENGINEER dulu.

Ahamdulillah, walaupun duduk rumah, akak dapat BANTU ramai orang lain dari pelbagai background generate income dari rumah melalui bisnes online ni.

Ahamdulillah, walaupun duduk rumah, team bisnes Akak dah berkembang di seluruh Malaysia.

Dan yang paling best, sekarang Akak lebih banyak MASA dengan family berbanding masa kerja Engineer dulu, sebab semua kerja akak boleh buat dari rumah saja.

Syukur sangat Akak dah jumpa KERJAYA IDAMAN Akak selama ni.

Dan percayalah, kerjaya idaman Akak sekarang ni tak guna pun RESULTS EXAM AKAK YANG POWER TU!!

Habis tu, Tak payah study betul-betul ke? Tak payah dapat results power dalam exam ke?

Haa, mesti ada yang terfikir macam ni kan.

Sebenarnya, pointnya macam ni.

Sebelum nak dapat RESULTS EXAM POWER tu, Akak pun hadapi rasa letih, rasa malas, rasa nak give up, rasa tak confident, rasa gagal dan macam-macam lagi.

Tapi disebabkan akak ada MATLAMAT yang jelas apa yang Akak nak dalam hidup, semua cabaran tu buat AKAK LEBIH KUAT!!

Buat bisnes sendiri cabarannya LEBIH HEBAT, dan PENGALAMAN Akak sepanjang belajar dulu lah yang BANYAK BANTU akak untuk BERJAYA DALAM BISNES akak sekarang ni.

Bukan RESULTS POWER Akak tu yang bantu dalam bisnes ni tau!

==============

So, dalam hidup ni, BUKAN RESULTS exam atau sijil yang penting, tapi PENGALAMAN YANG KITA DAPAT sepanjang proses pembelajaran tu lah yang paling penting.

Semua pengalaman jatuh bangun, pengalaman gagal tulah yang akan bantu kehidupan kita pada masa depan.


Percayalah, nak berjaya dalam apa pun, kena ada KEKUATAN HATI, USAHA TERBAIK YANG KONSISTEN, HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN ALLAH & MANUSIA.

Bila kita dah USAHA TERBAIK, redha lah dengan apa saja results yang Allah dah tentukan, sebab Allah lebih tahu apa yang TERBAIK untuk kita. 


Jangan sesekali give up dengan KEGAGALAN, tapi BANGKIT dan TINGKATKAN USAHA BERLIPAT KALI GANDA lagi lepas ni.

Tapi kalau kita sendiri yang masih BELUM USAHA YANG TERBAIK, maka kena redha juga sebab Allah bagi sesuai lah dengan usaha kita tu, dan BELAJAR DARI KESILAPAN.

Kesimpulannya, RESULTS EXAM BUKANLAH PENENTU SEGALA-GALANYA!


Akak doakan semua adik-adik lepasan SPM akan menjadi insan cemerlang dunia & akhirat dan akan memberi manfaat kepada ramai orang dalam apa pun bidang yang diceburi. Amin. 

Salam Sayang,
Kam Maria Abdul Mutalib
SPM 10A1
Proud Working At Home Mom


~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

PESANAN PENTING DR HAMID ARSHAT KEPADA SEMUA WANITA - WAJIB BACA!!

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t,

Dr Hamid Arshat adalah nama yang tak asing lagi dalam dunia perubatan sakit puan di Malaysia.

Baru-baru ni, beliau ada share PESANAN KEPADA WANITA di Facebook beliau, yang dah dapat ribuan SHARE. Anda boleh baca post original di Facebook beliau DI SINI. (Sila click)

Pada umur 72 tahun, Dr Hamid Arshat confirm dah jumpa macam-macam jenis penyakit di kalangan wanita.

Apa yang beliau share ni dinamakan PREVENTIVE MEDICINE.

Tak ramai doktor yang ada ilmu ini, sebab kebanyakan doktor hanya PANDAI MERAWAT PENYAKIT DENGAN UBAT (DRUGS), dan kurang ILMU MENCEGAH PENYAKIT.

Bukan saya yang cakap yer, tapi ramai doktor sendiri yang mengaku, sebab tu doktor pun ada penyakit KRONIK akibat tak amalkan gaya hidup sihat, OBESITI, pemakanan kurang nutrisi & tak bersenam.

Jom baca pesanan beliau yang saya copy and paste di bawah:-

(Please note pesanan no 22, 23 & 24 di bawah)




PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA 
- Oleh Dr Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan)

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.


2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh digabungkan kemudian.


3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.


4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup ke arah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.


5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.


6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.

Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - banyakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.

Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan (over cooking khususnya sayur2)


7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Terbaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.


8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, kurma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.


9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum jus cranberry, lemon, limau nipis atau kasturi.


10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.


11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.


12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.


13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana2 saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.


14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan di dalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.


15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan qadar Allah '


16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan seseorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.


17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikerusi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.


18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.


19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.


20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohidrat. Lakukan exercise setiap hari.


21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669


22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logam meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedah. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.


23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolagen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds (mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.


24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.


Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.


=================

Terima kasih Dr Hamid Arshat atas pesanan yang sangat bermakna.

Jom usaha CEGAH PENYAKIT dengan mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT, PEMAKANAN SEIMBANG DAN AMBIL SUPLEMEN YANG BAIK.

JANGAN AMBIL SEBARANGAN SUPLEMEN YANG BERLAMBAK DI PASARAN!!

Kami sendiri pilih NUTRISI dari suplemen SHAKLEE yang TERBUKTI SELAMAT dan BERKESAN sejak 100 TAHUN lalu.

Suplemen SHAKLEE adalaha MAMPU MILIK, dan ada macam-macam jenis vitamin yang sangat sesuai untuk SEISI KELUARGA, dari kanak-kanak, dewasa, dan warga tua.

"IF YOU THINK WELLNESS IS EXPENSIVE, 
THEN TRY ILLNESS"


Jemput baca info di bawah untuk tahu lebih lanjut tentang SHAKLEE. 









~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Percutian 5 Hari 4 Malam Di Kuala Lumpur

$
0
0
Assalamualaikum

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Baru baru ni, sempena cuti sekolah kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur. Kiranya balik kampung Maria la. Sebab family Maria ada di Keramat. 

So, jom layan aktiviti kami sepanjang 5 hari 5 malam di sana.

Day 1 - Travel From Parit Buntar Ke KL


Farees kiss Feeras - Anak Kak Lang yang bongsu


Anak kami 3 lelaki. Anak kak lang 4 lelaki. So, bila bergabung jadilah boboiboi kuasa tujuh yang sangat power.


Farees dukung Feeras. Ambil berkat tu.. Tapi kalau nak dapat adik pun Farees, bagi lah gegirl pulak yer. Hehe...

Day 2 - Masa Untuk Main Games

Bebudak ni kalau saya dah sampai KL akan ajak main games di AEON di Taman Keramat. Ala, belakang rumah Maria aja. Sangat dekat.

Sementara Maria mencari barang, saya bawa budak main games.


Raees start driving kereta. Nak lawan dengan Farees siapa yang menang.


Farees menang. Yer la Farees, ko tu besar dari Raees. 


Ada gaya jadi pelumba kereta negara tak ni?


Farees lawan dengan Zikri pulak, Zikri menang.


Main games ni pulak. 


Nak main games tembak tembak pulak. Dah la sorang RM3, kene main dua orang pulak. Huhu....


Sib baik boleh share share. Jimat duit saya.. Hehe...


Sambung main kereta pulak. 

Day 3 - Pusing KL

Hari ke tiga, saya dan biras saya Abg Hafiz pusing pusing KL naik motor.

Tempat pertama yang dituju adalah KL Tower.

Kami dah plan lama dah. Nak buat surprise untuk Maria dan Kak Lang. Nak makan kat atas ni sempena 10th Anniversary kami.

Ini dah kali ketiga kami plan nak buat surprise tapi asyik tak jadi aja.

So, kami ke KL Tower untuk beli tiket makan tengah hari keesokan hari nya.


Alrite, anda boleh pilih  pakej mana dan masa bila nak makan.  Untuk makluman, kalau nak murah anda boleh beli di 11th Street.  Beli online ajer lagi murah. Cumanya nak kena book 3 hari lebih awal.

Since masa kami tak menentu, saya tak boleh nak booking di online. So, beli direct kat KL Tower.  Ini harga yang dapat.

Kami pilih makan lunch jam 1:30 pm - 3:00 pm. Harga adalah RM97.10 seorang.


Then pergi beli kasut badminton dekat salah satu gudang di KL. Banyak gila kasut. Harga murah.


Then saya beli bag pack. Harga RM200 untuk beg ni. Saya rasa saya perlu satu beg sebab senang nak guna untuk travel. Saiz bag ni adalah 80 Liter.


Then kami ke MARA Digital Mall. First time saya sampai sini. Kali ni saya nak beli hadiah untuk bapa mertua saya. Handphone dia nampak macam dah teruk sangat. So, saya beli Xiomi - Note 4. Harga RM800 termasuk casing dan screen protector. Surprise untuk bapa mertua. Alhamdulillah, dia sangat suka phone baru ni.

Day 4 - Berjaya Times Square Indoor Theme Park

Seperti dirancang, bebudak ni nak main games di theme park. 

Kami rasa tempat terbaik adalah di Berjaya Times Square Indoor Theme Park. Kami dah survey harga. Not so bad.


Kat tingkat bawah, ada games ni. Bila pijak tukar warna. Not so bad. Bebudak suka.


Ok ni Operation Times di Berjaya Times Square Theme Park dan harga masuk. Kami ambil yang Family Package. RM113 untuk 2 Adults Dan 2 Children.


Ni pulak ketinggian untuk main di Berjaya Times Square Indoor Theme Park.


Awal pagi pun dah ramai orang mula beratur nak beli tiket


Fateh dah seronok tu.


Naik keeta ni dulu pusing pusing....


Since awal pagi, orang tak ramai lagi. Ditambah pula dengan hari Selasa, so tak lah ramai orang yang ke sini hari ni.


Bebudak ni nak naik bas ni pulak.. Huhu.. Kami layankan ajer.


Go round and round...


Fateh ni takut ke seronok.. Huhu..


Naik bumper car pulak...


Biar pun kecik, Fateh tahu jugak bawa kereta ni sendiri. Haha. 


Rehat tengah hari. Kami keluar untuk makan di KFC. Di sini bila dah masuk kita boleh keluar dan masuk balik sebanyak 3 kali. So kiranya ada break time untuk lunch dan dinner kalau nak duduk full day kat sini.


Permainan orang besar pulak...


Pusing kat atas. Di bawah nampak macam slow. Tapi dah naik atas tu, rasa lajunya dia pusing.

Kami spend time di sini dari jam 11 pagi sampai jam 6 petang. Bebudak dah penat. So terpaksalah balik ke rumah.

Day 4 - Lunch Di KL Tower

Here we go. Kami dah booking untuk lunch jam 1:30 till 3:00 petang.

Isu utama, saya dan Abang Hafiz nak buat surprise dekat Maria dan Kak Lang.

So, kami nak kena ajak mereka keluar untuk lunch. 

Bila difikirkan trick apa nak pakai, Abg Hafiz cakap kita buat macam ada satu broker rumah nak jumpa. Dia ada rumah bagus untuk dijual.

Dia nak ajak view rumah tu dari atas KL Tower. Then lepas tu baru tengok rumah.

Kami pun cakap la rumah ni bagus untuk investment. 

Maria macam tak minat nak pergi. Saya cakap la... "Kang nanti Abang pergi beli then tak minat susah pulak. Baik tengok sendiri. Kalau puas hati baru kita beli..."

Same thing goes to Kak Lang. Dia pun tak nak pi. So Abg Hafiz kene guna skill jugak nak ajak Kak Lang keluar.

Setelah bermacam macam trick digunakan untuk memastikan kedua dua mereka keluar, akhirnya mereka keluar jugak.

Memang macam "Yo yo oooo" aje. Tapi Alhamdulillah, mereka percaya.


Hakak dua orang ni tak tahu lagi mereka nak kene prank..... Waktu ni, Abang Hafiz buat buat cek Whatsapp. Bagi tahu, "Broker suruh ke kaunter tiket ambil tiket yang dia dah reserve."

Wayang kami bermula.


Ni harga tiket ok. Fyi, anda boleh ajer call no phone atas ni untuk reserve. Bila anda booking tak perlu bayar pun. Bila datang, terus ambil tiket. Then naik ke atas. Bila dah habis makan baru bayar.


Bagitahu Maria dan Kak Lang, broker lewat sikit. Suruh kami naik dulu. Hehe...


Santeknya... Jom naik lift ke atas.


Berkilau batu ni disinari lampu 


Jom naik KL Tower....


Destination TH01 : Pelantar Pemandangan


Kami dibawa ke Menara Tinjau dahulu. 


Teropong ni sangat power. Even kita kat atas, boleh teropong sampai nampak nombor plate kereta di bawah tu. Memang power.


Pemandangan KL dari atas


Santek.. Memang santek...


KLCC dah sama tinggi ngan KL Tower. Cumanya KL Tower ni duduk atas bukit. Sebab tu nampak macam sama tinggi.


Ketinggian menara menara di seluruh dunia ada dipamerkan kat atas ni. Senyum aja dua orang ni. 


Untuk kategori menara, ini yang tertinggi. 


KL Tower dalam genggaman mamat ni...


Alrite, masa dah time. Jom makan. Kami naik ke tingkat Restoran Berputar. Untuk duduk ditepi tingkap, kena bayar extra RM25 satu meja. So, dah naik makan kat atas, takkan nak duduk kat tengah pulak. Bayar ajalah extra RM25 ni untuk duduk view tepi tingkap.


Ruang makan....


Masa ni la kami beritahu sebenarnya ini adalah makan untuk sambutan "10th Anniversary" kami yang dah tertunda tiga kali. Hehe... Senyum ajer dua orang ni bila dapat tahu.


Antara makanan yang ada kat atas ni.


Pelbagai pilihan lauk disediakan


Sotong


Siput


Sedang menikmati kesedapan makanan kat sini


Last sekali suap bini 10 tahun lepas rasanya masa ambil gambar kenduri. Hahaha...


Ambil gambar jugak...


Macam macam desert ada kat atas tu.


Aiskrim ni sangat sedap.. Terpaksa makan dua kali.


Since restoran ini berputas, so kita akan tengok bermacam macam view KL dari atas. Background KLCC. Memang cantik.


KLCC


Get the job done.. Jom turun. Alhamdulillah. Hantar mereka semua balik ke rumah.

My personal advise, sekali seumur hidup, anda bawa lah pasangan anda naik ke atas ni. May be mahal sket, tapi sekali seumur hidup apa salahnya untuk menikmati moment moment macam ni.


Next, saya rushing ke Puchong pulak ada meeting dengan seorang Datuk untuk urusan kerja. Habis meeting dengan Datuk jam 6 petang. Then saya rushing balik ke Keramat. Then bawa mereka semua ke Shah Alam pulak untuk jamuan makan keluarga sebelah saya pulak.


Bertempat di rumah abang saya di Shah Alam.


Mak saya tolong tengok apa yang patut


Ni Sumayyar, Sulaiman dan Aisyah.


Family tuan rumah


Semua ada kecuali abang saya yang ada di Kelantan. Tapi family dia semua ada di sini. Yang mak saya pulak.. Amboi.. Sibuk cakap telefon.. Hehe.. Bisnes kencang tu... 

Malam tu kami tidur di Shah Alam. Dan kemudian kami balik ke Parit Buntar keesokan harinya.

Alhamdulillah..

Semoga Allah beri kebahagiaan kepada kami sekeluarga.

Semoga kami semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

UJIAN KIFARAH DOSA?

$
0
0


Assalamualaikum,

Saya terjumpa nukilan ni di Whatsapp Group.

Tak pasti siapa penulisnya, tapi isinya sangat menyentuh hati.

Beautifully written.

Semoga Allah merahmati penulisnya, dan semoga bermanfaat untuk kita semua dalam menghadapi dugaan dalam hidup. InsyaAllah.

========


UJIAN KIFARAH DOSA?

Apabila kita diuji,

Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul... Tapi,
Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah dah janji,
INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan..bukan..

Bukan kerana DOSA semata2...

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.

ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.
Kerana ALLAH rindu airmata kita...

Indah kan 😍

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah.

Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.

Jangan menghukum diri apabila diduga.

Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.

ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.

Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.

Kita suka menunding jari.

Warkah indah🌷 buat santapan rohaniku jua kupanjangkan utk kesayangan2ku semua......💞

Jom share!

Review Buku "Travelog Phd" Yang Ditulis Oleh Dr Tazli Azizan

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Baru Beli Buku

Minggu lepas, saya come across dengan satu iklan di Facebook oleh Bookcafe.com.my

Mereka ada buat offer besar besaran untuk belian buku secara online. Saya pun pi lah ushar ushar. Dan saya tengok memang banyak gila offer.

Since saya suka baca buku dan saya tengok harga murah, sy pun apa  lagi main klik klik ajer la. 

Bersemangat punya dok klik klik klik, sampai ada dua buku saya terbeli dua kali. Buku Imam Maliki dan juga buku Perjanjian Hudaibiyah. Huhu... 

Ntah macam mana, bila dah masuk Add Chart, then saya tak boleh tengok summary apa yang saya dah pilih. So, saya terus lah beli. It's ok. Nanti boleh bagi hadiah kat kawan.

Kalau anda nak cari buku murah, cuba try tengok website ni ok : www.bookcafe.com.my


Ni buku buku yang saya beli. Total harga adalah RM268.80 termasuk postage. Untuk 18 buku, bagi saya agak murah. 

Review Buku Travelog PHD

Malam tadi saya baca buku pertama. Travelog PHD. Ia ditulis oleh sahabat baik saya di Kolej MARA Banting dan di University of Sheffield, UK. 

Dr Mohamed Tazli bin Azizan yang sekarang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Petronas, UTP dalam bidang Chemical.


Dah teruja nak mula baca. Oit.. Kalau nak ambil gambar, mata tengok lense kamera ok. Bukan tengok phone.... Ish ish ish. Ini pun nak kena ajar.

Saya Dan Dr Tazli

Saya kenal Dr Tazli dari tahun 1991. Dia ni teman saya bergaduh. Teman berbincang. Teman travel dan kami sangat rapat. Bila Tazli buat degree first year di UMIST, Manchester. 

Setahun yang pertama dia kerap ke university kami di Sheffield. Sebab geng yang sekepala dengan dia ada di Sheffield. Last last dia sanggup minta tukar U untuk tahun kedua dan ketiga di Univerity of Sheffield, UK. 

Balik UK, kami kerja di Kilang Silterra Malaysia Sdn Bhd sebagai Engineer. 

Then, kami sama sama minta apply jadi lecturer di UTP. Alhamdulillah, dia dapat dan saya pun dapat. Cuma, saya tak jadi daftar diri sebagai lecturer di UTP. Bukan minat saya dalam bidang akademik.

Saya pilih stay di Silterra dan kemudian berhenti kerja untuk buat bisnes.

Review Buku Travelog PhD

Buku ni berharga RM25. Tidak termasuk diskaun.

Ini pandangan saya mengenai Buku Travelog PhD

1. Gaya penulisan memang superb. Amazing. Bahasa santai. Sangat mudah faham dan straigh to the point. Kiranya, bila saya baca saya rasa rileks dan rasa teruja untuk habiskan buku ini. Bukan senang saya nak habiskan satu satu buku dalam masa yang singkat.

Kalau gaya penulisannya saya kurang minat, biasanya baca sket dan terus tak baca.

Tapi buku ni berjaya membuatkan saya baca lepas Maghrib dan habiskan betul betul bila masuk waktu Isyak. 

2. Buku ni setebal 181 muka surat. Kualiti kertas bagus. Pegang rasa sedap nak baca. Bagi saya, just nice. Tak pendek sangat, tak panjang sangat. Ok la...

3. Gaya penceritaan sangat bagus. Jalan cerita yang menarik. Saya lalui bersama Dr Tazli dalam kami buat Diploma dan Degree. Cuma saya tak tahu dengan detail perjalanan Phd beliau. Saya selalu juga telefon dan bertanya khabar. Saya memang tahu permasalahan yang beliau hadapi sepanjang ambil Phd. 

Cumanya, pada saya...  "Ala, biasalah.. Dah nama pun Phd. Mana ada orang buat Phd rileks......"

Tapi permasalahan yang ditanggung Tazli sepanjang 4 tahun dalam menyiapkan Phd bukan sesuatu yang semua orang boleh tanggung. 

Saya kenal dengan banyak watak dalam cerita ini. So, saya sangat kagum dengan sahabat saya ni sebab beliau boleh survive dalam perjuangan beliau ni.

Kalau ikut story beliau tu, huhu.. Ada banyak sangat... Rancang mula macam ni, then tak jadi. Kena buat macam lain. Terlalu banyak cabaran yang beliau hadapi. Dari sekecil kecil cabaran sehinggalah sebesar besar cabaran.

Masa di UK dulu, memang saya tengok ramai senior senior yang buat Phd di Sheffield. Ramai juga yang single. So, cabaran belajar masa single tak sama dengan belajar bila berkeluarga.

Cabaran yang Tazli lalui untuk siapkan Phd bagi saya macam datang dari depan, belakang, kiri kanan, atas dan bawah. Pakej lengkap lah kiranya. Kena 'serang' dari pelbagai arah.

Huhu.. 

Apa yang membuat saya teruja, beliau sangat kuat dan meletakkan kebergantungan beliau 100% kepada Allah untuk menyelesaikan satu persatu permasalahan beliau.

Selepas membaca sehingga habis, di akhir cerita. Air mata saya hampir mengalir bila akhirnya, beliau berjaya dalam VIVA dan berjaya menjadi seorang Phd holder.

Pada waktu itu, saya terasa macam. "You did a great job...."

4. Secara peribadi, saya menyarankan sesiapa sahaja untuk membaca buku ini. Ia bukan sekadar mengenai Phd. Tetapi lebih banyak kepada perjuangan kepada sebuah kehidupan.

Perjuangan yang tidak mengenal erti jemu dan tidak berputus asa insya Allah akan membuahkan kejayaan.

5. Buku ini lebih kepada buku  motivasi. Tersangat bagus untuk mereka yang dalam bidang akademik seperti menjadi lecturer. Ia boleh dijadikan panduan dan pedoman buat mereka yang nak ambil Master dan PhD nanti.

6. Yang saya kurang berkenan sikit mengenai buku ini, layout dalam macam tak best. Saya percaya Dr Tazli tulis dalam Microsoft Words dan kemudian diserahkan kepada penerbit. 

Tapi penerbit kenalah ada editor yang nak susun balik semua cerita ni ikut format buku. Saya tengok, ia lebih kepada format Microsoft Words yang then terus diprint dalam bentuk buku. 

Yang lain lain.... Saya sangat ok.

That's all. Ini sahaja review saya mengenai buku ini. Dari 5 bintang, saya bagi 4.5 bintang.

Ini adalah pandangan jujur saya mengenai buku ini. Personally, I would saya sesiapa sahaja boleh baca buku ini.

Ia akan memberi motivasi kepada anda. Anda akan rasa macam, "Kalau dia boleh buat... Insya Allah.. Aku pun boleh buat."

Wassalam.

Semoga bermanfaat.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others


MRSM Taiping Charity Run 2017 - Well Done To Organiser

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. 

MARESMART CHARITY RUN 2.0 2017

Di MRSM Taiping, sekarang ini mereka dah start menjalankan Projek Emas Hitam. Dalam projek ini, guru akan memilih 40 orang pelajar berbakat dalam bidang kepimpinan, sahsiah, akademik  dan sukan untuk join projek ini.

Matlamat projek ini adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan, daya fikir yang tinggi dan pendek kata, ia adalah persediaan untuk menjadikan pelajar ini seorang yang hebat satu hari nanti.

Dalam program ini, mereka ada 15 tugasan kesemuanya yang perlu disiapkan dalam tempoh 1 tahun.

Salah satu daripadanya, "Anjurkan program kebajikan peringkat Daerah Larut Matang Dan Selama"

So, dari hujung tahun lepas mereka para pelajar ni dah buat persiapan untuk program ini. Semua urusan 100%  diurus oleh pelajar. Guru hanya penasihat sahaja.

Bayangkan ini baru salah satu tugasan mereka. In total mereka akan 15 aktiviti / tugasan yang perlu disiapkan. 

It's not easy. It's tough. But it is good for them.

Sebagai tanda sokongan kepada mereka, saya join larian ini.

Lari 10KM

Last saya lari 10km pun rasanya 2 tahun lepas. Untuk tahun ini, kali pertama dan terakhir saya jogging pun minggu lepas. 5 km. Masa yang diambil 40 minit. 

So, untuk larian 10km ni mereka bagi Cut Off Time 1 jam 20 minit. Kalau lari habis 10km dalam tempoh 1 jam 20 minit baru akan dapat medal.

Perghhh...

Saya pernah lari 10km dua kali. Tapi dua dua kali ni saya buat catatan masa 1 jam 40 minit. So, kali ni nak buat catatan masa 1 jam 20 minit agak mencabar. Dah la saya lama tak jogging.

Apa pun, let's try.


Awal pagi, jam 7:45 pagi. program dimulakan dengan senaman ringan dahulu


Total peserta yang join program kali ini lebih dari 1000 orang. Bagi saya THEY DID A GREAT JOB!!!

Get ready di tempat permulaan....


Yang join kategori 10km ada dalam 100 orang lebih. Yang lain join larian yang pendek sikit.


Saya dengan Dr Adzhar. Jom kita lari...


Weiiiiiiiiii... Dia tak cakap pun nak kena lari naik bukit..... Nak nangis weiiii....


Memang dah nak kena nangis pun....


Jalan ajer la kat sini... Baru 3km. Dah semput.. Huhu.. macam mana ku nak lalui lagi 7 km ni...


Ok, masuk jalan landai balik.... Bermula untuk lari tepi taman tasik.


Lari lari.. kita lari....


Pemandangan yang sangat cantik.... Saya ni sambil lari, sambil ambil gambar. Hehe...


Baru 5km. Kaki rasa macam dah nak tercabut


Ni masalah utama masa lari kali ni. Ramai sangat student pompuan yang join. Adoyai. Mahu tak mahu saya terpaksa lari juga depan mereka ni. Takkan nak follow dari belakang. Takkan nak berlenggang lenggok ajer kan.....


Maka saya pun tetiba terpaksa jadi semakin macho... Lari lari walaupun kaki rasa macam dah hilang... Huhu.. 

Yang best. masa saya lari ada beberapa pelajar yang tegur saya... "Ni Encik Firdaus ke.....?"

Rupa rupanya, mereka bekas pelajar MRSM Berseri. Tahun lepas saya ada bagi talk di sana. Dan mereka ucapkan terima kasih kepada saya sebab kongsi tips dan teknik belajar dengan mereka. Mereka kata sangat berkesan. Alhamdulillah.


Huhu.. Kene masuk Taman Suria pulak. Dah nak habis ni nak kena naik bukit lagi..... Nak nangis....


Alhamdulillah, akhirnya. Saya berjaya tamatkan larian dalam tempoh 1 jam 18 minit. Gila wei.... Rasa macam tak percaya boleh lari laju macam ni.


Dr Adzhar dah training 2 bulan sebelum ni. Catatan masa dia lagi baik dari saya. Dia buat masa 1 jam 12 minit sahaja. Alhamdulillah...


Suke suke suke.. First time join larian macam ni Dr Adzhar.


Usain Bolt 


Gaya gigit medal kena buat... Hehe...


Dapat medal.. Dapat pingat.. Dah boleh balik....

Alhamdulillah... 

Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan penganjuran mereka. Saya cuba mencari 'lubang-lubang' kesilapan yang mereka lakukan. Saya tak dapat cari.

Saya ucapkan tahniah kepada para pelajar MRSM Taiping dan guru penasihat yang berjaya anjurkan program ni.

Good job. Well done.

Tahun depan kita lari lagi Insya Allah.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Ex MRSM Taiping
Ini Bumi Yang Kupijak, Ini Langit Yang Kujunjung


STEP BY STEP CARA TANAM RUMPUT JEPUN

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Cara Tanam Rumput Jepun

Hari ni saya nak share dengan anda cara tanam rumput Jepun di halaman rumah.

Dulu, saya dah tanam rumput Jepun dihalaman rumah sendiri.

Kali pertama saya buat, tak masih tak reti. 

Boleh baca pengalaman saya di sini :


Kali ni saya nak share pasal buat landscape di luar kawasan rumah saya.

Untuk makluman, rumah saya tepi jalan raya utama. 

Dan di tepi jalan tu ada ruang yang pihak majlis tanam rumput yang macam semak mata memandang.

Saya plan nak tanam pokok dan juga rumput, tapi nak bagi cantik nak kena bagi ada macam bukit bukit sikit.

Saya dah try dua kali untuk buat, tapi tak jadi. Since dah tak nak sakit hati, saya panggil terus orang yang pakar untuk buatkan. So ini cara yang saya tengok mereka buat.


Mula mula, untuk jadikan bukit ni cantik, tipsnya bukit kena LANDAI. Jangan bagi curam. Ratakan tanah merah dahulu sehingga jadi bukit yang landai.


Then tanam pokok kat tengah dahulu


Lepas tu, masukkan pasir halus di atas tanah merah. Dah bubuh, kena ratakan cantik cantik. Sangat penting untuk meratakan dengan baik sebab nak pastikan rumput nanti akan tersusun dengan kemas.


Saya tengok, Cina ni ratakan pasir guna kayu dan tangan sahaja.


Anda dah boleh nampak rupa bukit tu kan... Kat pokok tu macam tinggi sikit


Dah siap meratakan pasir, next step mula tanam rumput pula. Anda tengok ditangan Cina tu ada kayu, kayu tu la yang dia pakai nak ratakan pasir.


Anda tengok, dekat pokok tu ada bulatan. Saya nak bubuh batu kat situ sebab tu ia ditinggal kosong. Saya tanam rumput Jepun saja. Tanam terus bagi penuh.


Teruskan perjuangan, susun rumput karpet ni rapat rapat


Dah hampir siap


Beginilah ghupanya bila dah siap. Pokok ditengah tu adalah pokok Jejawi.


Ok, buat untuk tempat kedua pula. Kawasan sini lagi besar berbanding tempat tadi.


Ratakan pasir dikeseluruhan kawasan untuk memastikan rumput nanti cantik bila disusun.


Beginilah ghupanya. Ada dua bukit. Anda boleh tengok dibelakang tu, rumput Jepun yang saya dah tanam 4 bulan lepas. Sekarang dah jadi sangat cantik. Hehe. Siap ada nama MARIA FIRDAUS kat depan pintu pagar.


Rumput pulak tak cukup, nanti kena beli lagi dan tambah bagi siap.

Sekian saja laporan cara menanam rumput Jepun dengan betul.

Kalau anda nak beli rumput Jepun murah, boleh tengok di link kat atas tu.

Harga yang saya dapat adalah RM1.40 untuk sekaki persegi.

Anyway, upah untuk buat bukit, tanam rumput dan pokok untuk keluasan diatas ni adalah RM500. Pokok dan rumput saya beli sendiri. 

Memang agak mahal, tapi nak buat macam mana, saya cuba buat sendiri tak jadi. So, kenalah panggil pakar untuk buat. 

Harga pokok bonsai Jejawi diatas adalah RM130 untuk satu pokok. Saya beli di Sungai Buloh. Rumput pula RM2.80 untuk 2 kaki persegi.

Oklah, sekian sharing hari ini.

Wassalam

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

PUBLIC SHARING : SORRY BOSS! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA!

$
0
0


Assalamualaikum w.b.t,


"SORRY BOSS! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA!"


Ingat lagi, masa Maria decide nak RESIGN SEBAGAI ENGINEER tahun 2013 dulu, ramai orang TERKEJUT! 😱

Masa tu, memang ramai yang cakap,

"Dah elok-elok kerja Engineer, gaji bagus, tapi tiba-tiba nak resign, nak duduk rumah dan jual vitamin Shaklee je??? Alahai, RUGINYA!!!"😰

Hehe. Biasalah orang cakap macam tu sebab diorang belum faham lagi pasal bisnes ni.

Tapi Alhamdulillah, berkat dari ISTIKHARAH, Allah lorongkan jalan ni untuk Maria, and it was one of THE BEST DECISIONS that I've ever made in my life!! 😍

Bermula pada 2012, dengan hanya:-
✅ MODAL RM80,
✅ TANPA BUAT SEBARANG LOAN
✅ BISNES DARI RUMAH THRU ONLINE

Kini kami dah dapat:-
✅ Group Sales Jutaan Ringgit
✅ Bonus 5 Angka setiap bulan
✅ Car Bonus setiap bulan
✅ Free Trip to Overseas setiap tahun

Ya! Semua ni HANYA DARI RUMAH JER!! Sambil duduk dengan husband & anak-anak, sambil pakai baju tidur pun boleh generate income. Hihi.

Time & Financial Freedom!! 😍

Yang paling best! Bukan Maria saja yang dapat, tapi dah ramaiiiiii anak didik di bawah #MFMSEmpire yang dapat benefits yang sama macam kami dapat thru this business.

Percayalah, sebenarnya peluang bisnes Shaklee ni SANGAT HEBATTT!!

Tapi ramai yang masih tak nampak dan tak percaya lagi dengan peluang yang terbuka luas.

So InsyaAllah, Maria berbesar hati nak buat PUBLIC SHARING tentang PELUANG HEBAT yang anda juga mampu dapat dengan bisnes ni.

Public Sharing ni diadakan di Group Telegram, pada KHAMIS 4 MAY 2017, JAM 9.30 PM.

Nak join public sharing ni PERCUMA saja ya. Tak payah bayar apa-apa pun.

Tapi maaf sangat, public sharing ni terbuka kepada mereka YANG BELUM AHLI SHAKLEE DAN SEMUA AHLI SHAKLEE BERDAFTAR DI BAWAH LAT (Under Master Zahirah) & MFMS (Under Master Maria Firdaus)

Maaf yer, ahli Shaklee yang berdaftar dengan group lain dan masih aktif, anda tak boleh join sharing ni, dan anda boleh refer upline masing-masing. Sila amanah yer.

Melainkan anda dah lost contact dengan Upline anda & membership Shaklee anda pun dah expired, anda dialu-alukan untuk join public sharing ni.

Pm Maria segera untuk join Group Telegram! Whatsapp 019-259 2731. 

Jumpa anda nanti! :)

Shaklee Free Trip To Japan - Day 1 - Penang To Nagoya - Toki Premium Outlet

$
0
0



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki kami berdua. 

Untuk tahun 2017, kami layak 2 tiket percutian percuma ke Jepun dan 4 tiket ke Krabi dan Phuket Cruise yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia.

Alhamdulillah. Apa yang saya boleh katakan, business Shaklee adalah bisnes yang modal sedikit dan dengan usaha yang berterusan, dengan izin Allah macam macam yang kita boleh dapat.



Ini tahun ke empat kami dapat tiket percutian percuma dari Shaklee. 

Tahun 2014 ke Los Angeles, USA (3 Tiket)
Tahun 2015 ke Italy (4 Tiket)
Tahun 2016 ke Orlando Florida + Dubai, UAE (3 Tiket) + Langkawi (1 tiket)
Tahun 2017 ke Japan (2 Tiket) + Krabi Phuket Cruise (4 Tiket)

Setiap tahun, bermacam macam pengalaman baru yang kami dapat dari perjalanan ini.

So, jom layan gambar gambar percutian kami ini.

Persiapan Sebelum Bertolak


Kami diberikan 2 Jaket Shaklee PERCUMA. Yeyy... Thank you Shaklee. Nak pergi tempat sejuk, mesti kena ada baju macam ni. Semua Shaklee dah sediakan untuk kami.


Jaket tadi, bila dilipat boleh masuk dalam beg kecil ini. Memang mudah nak dibawa. Shaklee bagi T-Shirt warna hijau gelap juga kepada kami. Alhamdulillah.


Semua perjalanan kami ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Tapi ada 4x mealtime yang Shaklee tak provide food & akan bagi Meal Allowance i.e Cash untuk beli food. Antaranya masa shopping kat Factory Outlet & Disneyland.

Nak senang kita beli siap-siap nasi lemak & nasi beriani instant (maklumler tekak melayu nanti mesti carik nasik heheh). And in case time sejuk-sejukkk & dah penat jalan nanti tiba-tiba rasa lapar, ESP dan CINCHSHAKE ni boleh jadi penyelamat tau!!

So kita packing siap-siap lah. Nanti kat sana tinggal bancuh dengan air & shake-shake ajer. Delicious Healthy Meal On The Go! Boleh bagi tenaga lagi untuk jalan lebih banyak! 😄💪

Meal Allowance yang Shaklee bagi tu kita buat shopping lah hihihi.


Sebahagian suplemen Shaklee yang akan dibawa. Banyak kan? Tapi tak sakit pun kena makan suplemen ke?Haaaa mesti ada yang fikir macam ni. Saya dulu pun macam tu. Anti-supplement lagi hehe. Sebab tu kita kena ada ilmu tentang NUTRITION & PREVENTIVE MEDICINE.

Sebab masa travel, badan kita perlukan tenaga yang banyak untuk bergerak. Lepas tu kita jugak akan terdedah pada banyak kuman-kuman dari persekitaran. Bayangkan, mana tau sepanjang travel tu kita jumpa orang yang ada PENYAKIT BERJANGKIT ke kan.

So sebagai USAHA PENCEGAHAN, kita kenalah boost our IMMUNE SYSTEM dengan bekalkan badan kita CUKUP NUTRISI. So sepatutnya kena makan vitamin SEMASA SIHAT & SEPANJANG HAYAT. Bukan dah SAKIT TERUK baru nak cari vitamin yer. Ramai orang salah konsep ni.

Dan bukan juga kalau makan vitamin ni confirm tak jatuh sakit. Cuma kalau jatuh sakit juga, kesan dia tak lah teruk sangat berbanding orang yang tak cukup nutrisi. Badan kita pun akan sembuh lebih cepat secara semulajadi. Syukur Alhamdulillah, dengan berkat amalkan vitamin Shaklee, Allah pelihara kesihatan kami sepanjang Japan Trip ni.




Kalau nak tau, ini lah ENERGY BOOSTER yang WAJIB kami ambil setiap pagi, samada masa kat rumah, dan jugak sepanjang travel. Biasa tak korang rasa letih kalau travel & holiday? Especially kalau banyakkk sangat jalan dari pagi sampai malam.

Kalau letih sangat memang spoil mood holiday la kan. Sebab tu Cinch Tea Mix ni memang terbaik!

Made from WHITE, RED & GREEN TEA. Memang power dengan antioksidan. Lepas minum Cinch Tea ni, InsyaAllah confirm segar badan dan jugak bijik mata selama berjam-jam. Sesuai sangat minum sebelum nak drive jauh-jauh dan jugak sebelum workout. Segar bertenaga. InsyaAllah.



Bersedia untuk berlepas. Yang pergi kami berdua saja walaupun kami layak dapat 3 tiket untuk trip ke Jepun kali ni. Mulanya nak bawa Mak Maria untuk trip ni. Tapi atas sebab kesihatan, kami terpaksa tukarkan tiket ketiga kepada Cruise Krabi Phuket pada Nov 2017 ni. 


Fawwaz. Budak comel yang akan ditinggalkan dengan mak saya dan bibik di rumah.


Bergerak ke Airport. Member saya Amirul tolong hantarkan. Thanks Amirul.


Sampai di Penang International Airport, kami makan dulu untuk alas perut. Flight kami dari Penang - Singapore - Nagoya menggunakan Singapore Airlines.


Makan KFC dulu. Dah dapat duit Japanese Yen. Waktu ni, 1 Ringgit Malaysia bersamaan 25 Yen. Kami bawa tak banyak ke Jepun, sekitar RM2500 sahaja, so dapat dalam 64,000 Japanese Yen. 

Shaklee pun akan bagi duit makan dalam 12,0000 Yen seorang (dalam rm500). 

So, total kami ada dalam RM3500 untuk 7 hari di sana. Cukup ker cukup? Insya Allah, cukup.


Selesai makan. Alhamdulillah. 


Check in dulu.


Dua beg ini di bawa masuk terus ke kargo. Kami balut beg ni dengan kain stretachable yang dibeli di Lazada. Harga RM55 sahaja untuk satu beg. Bagi saya murah jugak, sebab nak cover beg tak bagi calar. Beg ni Shaklee bagi free masa kami pergi trip ke Italy tahun 2015 dulu.  


Dah dapat boarding pass.


Melepasi Kaunter Imigresen dahulu. 


Sayonara Malaysia. Lets fly to Japan!


Transit di Changi Airport, Singapore. Maria first time menjejakkan kaki di Singapore.


Dengar taklimat daripada Tour Guide dulu. 


Agak besar Terminal Airport Changi ni.


Acara wajib. Bila sampai ajer mana mana tempat, Maria ajak ambil gambar dulu. 


Landscaping di Changi Airport sangat cantik.


Alhamdulillah. Transit 2 jam, dapat 20 dollars per person. So we got 40 dollars. Tapi kami tak beli food pun sebab kenyang lagi makan di Airport Penang. 


Dah tak tau nak beli apa, akhirnya beli sehelai baju Singapore. 


Di Singapore, baru jumpa Tour Agen yang bawa duit elaun makan kami di Jepun. Shaklee bagi kami 12,000 Yuen setiap seorang, so total kami dapat 24,000 (dalam RM1000)


Name Tag untuk letak di beg dan Itinerary Book. 


Jam 1.20 pagi, kami bertolak dari Singapore ke Nagoya. Perjalanan mengambil masa 6 jam 30 minit. Naik ajer flight ni, terus tidur. Tak bangun bangun. Sedar sedar dah masuk waktu Subuh. Solat Subuh dulu. Nak mudah, saya ambil wudhuk di kerusi sahaja guna air botol. Tak sampai suku botol 500ml pun untuk berwudhuk kalau di buat dengan cara yang betul.


Jam 6 pagi, breakfast dulu. Alhamdulillah. Dapat Nasi Lemak special Muslim Food.


Suplemen Shaklee tidak boleh dilupakan. Teman setia kami sepanjang perjalanan. 


Dah nak sampai Nagoya.


Alhamdulillah, safely landed at the Nagoya airport.


Welcome to Japan!! Here we go. First time sampai ke bumi Jepun. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas rezeki ini. 


Jepun - Satu ajer boleh cakap. Sangat cantik. Sangat bersih. Sangat tersusun dan kemas. Sejuk mata memandang.


Beg comel kami ni dah dapat. Senang nak identify bag bila pakai luggage cover ni.


Memandangkan lepas ni kami akan ke Factory Outlet, Shaklee minta kami masukkan bag besar siap-siap ke dalam bas. Nanti bas akan hantar bag terus ke hotel. Lepas tu terus ke dalam bilik hotel. Masuk je bilik bag dah tersedia. Terbaik service trip Shaklee!! Memang rasa dilayan seperti VVIP. 


Faham tak bahasa Jepun tu? Dia tulis "Selamat Datang". Hehe..


Shaklee sediakan breakfast dulu untuk makan di Airport.


Dah sampai Japan mesti try Japanese Food dulu! Onigiri with Salmon, Banana and Japanese Tea.


Sedap juga rasanya. Alhamdulillah. 


Dah turun di Nagoya, kami pasang Sim Card Jepun dahulu. Kami beli 2 Sim Card. Khusus untuk data sahaja. 5GB RM67 untuk satu sim card yang boleh dipakai dalam tempoh 7 hari. Bagi saya, ia murah dan berbaloi-baloi. Anda boleh beli Sim Card Jepun di http://hello1010.my/japan-unicom-sim


Tempat pertama kami akan lawat pagi ni adalah Toki Premium Outlet. Untuk lunch, Shaklee tak sediakan makanan, dan beri meal allowance sahaja. Di Premium Outlet tiada restoran halal. So, tour guide advice kami beli lunch Kebab Halal di airport ni. Harga dalam 850 Yuen (RM35). Ada kebab, pepsi dan kentang.


Sampai dalam bas, ni Tour Guide kami. Jessica. Orang Malaysia yang kini dah menetap di Jepun. Bekerja sebagai Tour Guide untuk orang Malaysia dan Indonesia yang ke sana.


Jepun juga kaya dengan kawasan pertanian. Ni gambar sawah padi mereka.


Selepas sejam bergerak dari airport, kami selamat sampai di Toki Premium Outlets. Bawa beg besar terus, senang nak simpan hasil tangkapan hehe.


Coach - Hmmmm.. Macam lebih murah di US. So, tak beli Coach.


Berjumpa adik saya, Duha dan Ainul. Mereka pun dapat free trip ke Jepun. Tapi mereka naik flight Thai Airways dari KL. Mereka tiba sejam lebih awal dari kami di Nagoya.


Beg Anello. Dalam RM160 satu beg. Orang Jepun agak patriotik, mereka support produk barangan mereka. Memandangkan Anello adalah brand Jepun, ramai orang Jepun yang pakai beg ini. Bagus kan budaya orang Jepun ni.


Lunch dulu. Beg pun Maria bawa beg yang Shaklee bagi masa trip kami ke USA haritu. Comel ajer beg Disney ni.


Masuk kedai kasut pulak... Belek belek. Tersangkut lah sorang sepasang kasut. 


Oh isteri ku... Dah teruja bila masuk kedai MK. Siap ada diskaun 50-60% lagi. Apa lagi. Rembat lagi sebutir handbag, walaupun handbag kat rumah banyak lagi belum pakai. Ish ish.


Di kaunter pembayaran. Rembat beg MK yang ada 50% diskaun.


Ok.. Jam 3 petang, tamat waktu shopping. Kalini tak banyak sangat kami shopping di outlet, sebab kalau compare, harga di USA jauh lebih murah. Lagipun, barang yang beli masa Shaklee Free Trip to USA bulan August 2016 haritu pun ada yang belum guna. 


Seterusnya, kami bergerak ke next destination iaitu ke Hotel Gero Suimeikan Hot Spring Resort. Di Jepun, ada terlalu banyak tempat yang terpelihara kawasan hutannya. Hutan masih penuh, sungai masih jernih. 


Sincerely, orang Jepun sangat mencintai dan memelihara alam sekitar. Seboleh mungkin, mereka cuba untuk elak tebang pokok.


Air sungai sangat jernih. Boleh nampak ikan kat dalam tu. 


Trip ke hotel ambil masa 2 jam lebih. So, stop kejap for toilet break.


Di Jepun, ada kereta yang guna Elektrik. So, ini tempat nak charge bateri kereta tu.


Selamat sampai di Suimeikan Hot Spring Resort. Ia adalah kawasan perkampungan Jepun.


Untuk trip kali ni, Shaklee bawa kami ke dua kawasan. Kawasan perkampungan Jepun dan juga kawasan bandar raya Tokyo. So, kami boleh tengok dari segi perbezaan budaya kawasan kampung dan juga kawasan bandar.


Setiba di hotel, kami disambut oleh staff Shaklee. 


Then Shaklee hadiahkan kami pakaian tradisional Jepun yang dipanggil Yukata (Kimono), sekali dengan terompah kayu. Maria dapat satu.


Saya pun dapat satu. 


Welcome to Shaklee International Incentive Trip to Japan!


Di hotel ni, Shaklee bagi kami merasai pengalaman tinggal di rumah seperti orang Jepun. 


Dalam bilik tiada katil. Cuma ada satu meja dan dua kerusi. Adoyai, agaknya nak tidur mana malam ni?


Bilik mandi. Kecik ajer bath tub dia.


Ni tandas dia. Pun kecik ajer.


Ada 2 bungkusan hadiah dari Shaklee atas meja. Alhamdulillah. Thanks Shaklee. Ni yang nak sayang Shaklee ketat ketat ni.


Shaklee Welcome us to Japan. 


Surat cinta dari Shaklee. Hehe. 


Taraaa. Inilah hadiahnya. 


Dapat produk Shaklee yang hanya ada di Jepun. Instant protein powder dengan 6 jenis perisa. Alhamdulillah. Hopefully tak lama lagi produk ni boleh masuk ke Shaklee Malaysia. 


Untuk dinner, kami kena pakai baju tradisional orang Jepun iaitu Yukata yang disediakan oleh pihak hotel. Since Maria tak reti pakai, minta travel agen tolong buatkan. Hehe..


Alrite. Dah siap, boleh pi dinner.


Di dalam dewan dinner. 


Tempat santapan kami. Dah siap tersusun elok. 


Untuk dinner malam ni, kami makan traditional multi-course Japanese Fine Dining, dipanggil KAISEKI. Memang pure Japanese food. First time seumur hidup nak makan ikan mentah ni wei...


Ni baru makan appetizer. Just sebagai pembuka selera dulu. Walau rupa dan rasanya pelik. Kena try makan gak la. Nak rasai keunikan makanan Jepun.


Boleh makan ke tak ni... Huhu..


Geng geng yang lain yang join sekali.


Dengan member baik, Malek. Kene buat baik dengan dia sebab dia bawa DSLR kamera. Banyak gambar gambar cantik nak kene suruh dia ambilkan. Haha.


Dengan lafaz Bismillah. Jom makan.


Sup apa ni tak tahulah. Tapi rasa boleh tahan. 


Aper benda ni.... Belasah ajer lah labu....


Steady je try makanan baru. 


Mulanya kami ingatkan minyak untuk goreng sebab ada api lagi kat bawah. Tapi rupanya benda ni sup. Huhu...


Oklah Sedappppp.... Cuma ada sesetengah makanan ajer yang tak lalu di tekak Melayu ni. 


Alhamdulillah licin. Biarlah gambar yang berbicara.


Seterusnya sessi bergambar beramai-ramai dengan semua peserta trip ni.



We love Shaklee!


Bersama Helen. President Shaklee Malayasia. Sebelum ini, beliau President di syarikat MLM lain. Dah kerja di situ 20 tahun. Tapi lepas tahu mengenai Shaklee. Terus beliau join dan rasa Shaklee is soooo great....


Geng geng Legasi Anugerah Terindah 


Saya dan adik saya bersama Ainul dan Maria.



Alhamdulillah, thank you Shaklee for this great Japanese dinner experiences. 


Dah selamat makan. Boleh pulang ke bilik.


Taraaa..... balik bilik, tengok-tengok tilam ni siap dihamparkan. Alhamdulillah. Ada orang tolong buatkan. So, masa untuk tidur. Yang saya tak boleh faham, kenapa di tengah tu berlubang. Itu yang musykil sikit. 

Oklah... Siap perjalanan kami hari Pertama di Jepun.

Anda ada apa apa nak kongsi atau katakan kepada kami? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah yer. We love to hear some feedback from you.

Jemput baca pengalaman hari kedua kami di sini:-


Shaklee Free Trip To Japan - Day 2 - Takayama - Shirakawa Go

Wassalam.

Masters Maria Firdaus
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Motivating And Inspiring Others



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA AND MOHD FIRDAUS
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Shaklee Free Trip To Japan - Day 2 - Takayama and Shirakawa Go

$
0
0


Assalamualaikum,

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca perkongsian ini.

Semoga Allah mudahkan urusan anda, semoga Allah bantu anda adn diberi kebahagiaan hidup kepada anda dunia dan akhirat.

Ini sambungan daripada entry sebelum ini:-



Day 2 - Gero - Takayama - Shirakawa-go

Seperti yang dikongsikan semalam, kami bermalam di Gero Suimeikan Hot Spring Resort. 

Sebuah hotel yang terletak dikawasan perkampungan. Matlamat Shaklee adalah untuk kami merasai pengalaman tinggal di kawasan kampung di Jepun.


Buka tingkap di hotel, ini pemandangan yang kami dapat lihat. Sangat cantik.


Dekat tepi restoren ada kolam ikan... Sihat sihat ikan di sini.


Pemandangan yang sungguh mendamaikan.


Breakfast makanan orang Jepun. Huhu.. Semoga Allah bagi ku lalu makan... Syukur ada roti disitu. Boleh la cover sket perut tu.


Ada telur separuh masak. Dah siap bubuh dalam mangkuk.


Makanan tradisi orang Jepun. 


Semalam, Shaklee bagi kami sepasang Yukata setiap seorang. Harga baju ini satu set adalah sekitar RM400. Dua orang RM800. Alhamdulillah, PERCUMA Shaklee bagi.


Pagi ini, kami di bawa ke Takayama Morning Market.


Kawasan Takayama sangat cantik


Kami diminta pakai Yukata sepanjang perjalanan hari ini. Segak bergaya nampaknya awal pagi ni dengan Yukata. Dah jadi Mamat & Minah Jepun. 



Dah sampai Takayama. Jom jalan jalan kawasan pekan Takayama.


Orang Jepun sangat menghargai seni tradisional. So ukiran dan design lama macam ni menjadi kebanggan buat mereka.


Bila jumpa kedai, kami masuk la. Ushar ushar tengok apa barang boleh dibeli.


Huhu. Nak nangis rasa. Barang barang kat Jepun mahal mahal. 


Dah tu bukan cita rasa orang Malaysia. Takkan nak beli mangkuk ni buat souveniour balik Malaysia. Kang nanti sia sia orang panggil saya 'Mangkuk'.


Barang barang di sini banyak yang hand made. So harga dia jangan cakap la. Memang sangat mahal. Boleh cuci mata ajer la. Nak beli memang tak la kan.


Maria dengan Yukata birunya.


Wanita Jepun Muslimah. Hehe. 


Mak cik ni orang Jepun. Sampai depan rumah dia, tengok kami pakai Yukata ramai ramai. Terus dia panggil. Biar pun tak faham apa dia cakap. Layan kan ajer la. Dia bagi tahu ada orang pakai Yukata tu cara tak betul. Then dia betul kan. Hehe... Sempat ambil gambar lagi ni.


Semua orang bergaya dengan Yukata memasing. Dah la free size utk semua orang. Boleh bayang la Maria yang rendang tu pakai Yukata tu. Nampak macam jubah ajer. Haha. 


Orang Jepun suka bonsai. So, banyak rumah yang ada bonsai di situ.


Then terjumpa pulak sungai. Subhanallah. Sungai disini sangat bersih. Tak nampak satu sampah pun dalam sungai.


Air sungai sangat jernih.


Kami jalan-jalan di tepi sungai ni.


Yukata ku dah terbarai. Main suka hati ajer la ikat lepas tu.


Bersama staff Shaklee Nadia dan Sarah


Makan ais krim. Sedapppp...... Harga satu dalam RM15. Makan la. Buat syarat. Jangan risau, tour guide kami dah cek ais krim ni halal.


Vanilla + Green Tea.


Masuk kedai souveniour lain pulak. Hmmmm.. Tak tahu apa nak beli. Banyak barang yang mahal dan bukan taste orang Malaysia.


Kipas tradisional Jepun. 


Morning market yang dibuka di jalan ni pun dah nak tutup. Huhu... 


Sungai sungai di sini memang super duper cantik. Even ditepi rumah orang, tak ada pulak orang yang buat sampah di dalam sungai.


Ada batu tanda di tepi jalan. Tak tahu apa dia tulis. Tapi ambil gambar je lah. Hihi. 


Air fresh percuma ada banyak ditepi jalan. Boleh minum.


Kedai aiskrim dan makanan ringan. 


Takkan nak beli tembikar ni bawa balik. Hoho.. Bukan taste ku.
  

Kedai yang jual basikal


Patung ni adalah contoh mainan yang orang Jepun beri anak mereka main.


Model model berlakon untuk sessi photoshoot. Asal jumpa tempat menarik ajer berhenti ambil gambar.


Jumpa fridge magnet, tapi mcm tak sesuai pulak. Gambar patung. Dan tak ada tulis perkataan JEPUN.


Seni bina bangunan di kawasan Takayama.


Kawasan perkampungan di tak banyak kereta. Lengang aja. 


Ambulance di Takayama


Suka sungguh ambil gambar Maria ni.


Dengan pokok ni pun dia nak bergambar.


Cantikkan... Ni macam pintu  gerbang kawasan tu


Boleh tahan cantik senibina bangunan lama ni.


Dengan kenkawan yang lain. Dari kiri, Hafizan, Najmi. Duha, Imran, Laila, Ainul, Ira, Maria dan Hafsah. Semua muda muda lagi. Alhamdulillah berjaya dengan bisnes Shaklee.


Batu batu besar menghiasi kawasan Takayama ini


Acara wajib dah ni bagi Maria. Nak gak ambil gambar kat batu macam ni. Katanya cantik. Tak per, kita layankan ajer.


Di Jepun, banyak bangunan warna Coklat dan putih.


Pokok besar pun cantik cantik corak dia. 

Alhamdulillah, selesai perjalanan pusing pusing pekan Takayama. Untuk lunch, Shaklee minta kami makan sendiri. Mereka bagi elaun makan, so pepandailah nak makan aper yer.

Yang bestnya, saya dan Maria dan masak nasi lemak Brahim's kat hotel pagi tadi, tapi tertinggal pulak. 

Sob sob sob. Terpaksalah kami makan roti ajer. Makan ajer aper yang ada. Alhamdulillah. Hidup lagi sampai waktu petang. Hehe.

Perjalanan seterusnya adalah ke Shiragawa-go. Sebuah kawasan perkampungan yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai kampung bersejarah dan tercantik di Jepun.

Ia bersejarah kerana kampung ini cantik dan design bumbung rumahnya yang unik yang dapat mengatasi masalah salji melekat di atas bumbung.

Sedikit perubahan corak bumbung oleh orang disitu pada zaman dahulu menyebabkan salji bila jatuh atas bumbung rumah mereka akan terus jatuh ke bawah. Tidak melekat dan berkumpul di atas bumbung.

Dari Takayama ke Shiragawa-go, perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam.


Sampai di Shirakawa-go. 


Kami berkumpul untuk bergambar mengikut bas. Ini gambar dari Group A.


Ini pula dari Group B. Cuba anda bayangkan, kami 4 buah bas berjalan pusing kawasan itu dengan berbaju Yukata ni. Orang Jepun bila tengok ajer kami, terus lambai lambai dan senyum dekat kami. Mereka berbangga kami pakai pakaian tradisi mereka.


Untuk masuk ke kawasan perkampungan ini, kami kena lalu jambatan gantung ini. Ia merentasi satu sungai yang sangat jernih dan cantik.


Subhanallah. Sangat cantik.


Masuk ajer melepasi titi gantung itu, kami mula masuk perkampungan yang diiktiraf oleh UNESCO. Mereka ini tak boleh ubah / modify rumah mereka suka hati mereka sebab semuanya dah dianggap sebagai sejarah. So, tak boleh modify rumah mereka ikut suka hati jer. 


Masuk kawasan perumahan ini, kami tengok rumah mereka sama sahaja. Ada sekitar 1000 orang penduduk di kampung ini. Rumah mereka simple tapi sangat unik dan cantik.


Banyak rumah yang menggunakan bumbung jenis tradisional lagi iaitu dari daun macam daun nipah.


Ada juga rumah yang dah berbumbung moden sikit macam ni. Campuran design lama dan baru. 


Penduduk di sini ramai yang berkebun.


Juga ada yang menanam padi sebagai sumber pendapatan buat mereka.


Ada juga yang berniaga kerana ramai pelancong datang ke kampung ini. Tapi harga barang mereka, usah dikenang la. Memang mahal. So, boleh pi tengok ajer la. Nak beli macam tak kena dengan minat jer.


Antara barang kraftangan yang dijual oleh penduduk di situ. Saya tengok, pelancong lebih berminat untuk bergambar berbanding membeli barang barang ini.


Takkan nak beli bawa balik penyapu sebelah kiri ni pulak kannnnnn..... Takkan nak beli bakul tu pulak.... Hehe. 


Walaupun kawasan kampung ini dah berusia ratusan tahun, tapi sistem aliran air di sini sangat cantik. Dah ada sistem longkang yang sangat tersusun. Air jernih dari gunung melalui kawasan perumahan ini menambahkan lagi kecantikannya.


Sistem longkang yang tersusun yang dibina sejak ratusan tahun yang lalu.


Rumah sebegini sangat unik. Bumbung menggunakan kayu / dahun yang sangat tebal. Pada musim sejuk, ia dapat tahan sejuk dari masuk ke dalam rumah dan pada musim panas pula, cahaya dan haba panas tak masuk ke dalam rumah.


Maria bergambar depan kedai cenderamata


Kawasan di sini bagi saya memang cantik dan sungguh mendamaikan


Semua rumah disini design yang sama saja


Kami diberi peluang untuk masuk ke salah satu rumah dikawasan ini. Rumah ini dahulunya didiami oleh orang kaya di kawasan itu. Sekarang ia menjadikan rumah itu sebagai rumah contoh untuk pelawat.

Rumah ini dinamakan Wada House. Ia adalah rumah contoh untuk pelancong melihat keadaan rumah di perkampungan ini dari dalam.


Dari dalam rumah ini, boleh lihat rumah rumah yang lain


Keluar dari rumah kami diberitahu oleh tour guide untuk naik ke tempat tinggi di kampung itu. Kita boleh lihat keseluruhan kampung itu dari tempat tinggi.


Dalam perjalanan naik ke atas, nampak banyak lagi rumah yang mempunyai bentuk yang sama


Belakang kami itu adalah Wada House yang kami masuk tadi. 


Kawasan kampung yang sangat cantik


Jom naik ke atas tempat tinggi di kampung tu


Dah sampai separuh perjalanan untuk naik ke puncak


Akhirnya sampai juga ke atas. Alhamdulillah.


Group Shaklee kami. 


In real, nampak cantik. Tapi dalam gambar nampak biasa biasa aje. Nasib ler. Janji dah sampai.


Ok, jom turun balik.


Memang banyak kedai cenderamata, tapi tak ada satu pun yang cantik dan harga yang murah. Hehe.. Memang harga barang di Jepun mahal mahal la. 


Maria bergambar atas titi gantung tadi


Baju pun dah terbarai dah bila waktu petang ni. Shaklee bagi free baju ni kat kami. Huhu. Nak buat apa la baju ni lepas ni. Takkan nak pakai raya pulak kot.


Duha. Adik saya pun buat Shaklee juga. Kan best buat Shaklee ni. Mudah, kos rendah dan untung yang berlipat kali ganda.

Selepas habis kunjungan di Shirakawa-go ini, kami pulang ke hotel. Perjalanan dari sini ke hotel ambil masa 2 jam. 

Sampai saja di hotel. terus kami dibawa ke dewan makan untuk makan malam.


Makan makanan Jepun lagi. Kalau anda tanya saya, makanan Jepun ni memang sihat sihat. Tidak berminyak dan banyak sayur. Sebab itu orang Jepun sihat sihat. Purata umur rakyat mereka sekitar 85 tahun bagi perempuan dan 83 tahun bagi lelaki.


Nasib la dapat makan makanan ni hari hari. Dengan ikan tak masak nyer lagi. Huhu. Kira banyak makan makanan yang betul betul macam orang Jepun makan. Shaklee beritahu kami, setiap hidangan kami berharga sekitar RM100 dan ke atas setiap kali kami makan.


Bersama upline kami, Master Ira dan Hafsah.


Kami duduk semeja. Ramai orang Cina yang buat bisnes Shaklee agak kagum dengan group kami. Sebab ramai Melayu yang berjaya adalah dikalangan yang muda muda. Sebab kita banyak buat secara online. Berbanding mereka yang buat secara offline lebih banyak. 

Ada ker yang berminat nak tahu lebih detail pasal business Shaklee ni? Kalau ada, jangan segan segan PM Maria. 019-2592731. Konsep kita mudah, percaya dengan PRODUK dan COMPANY yang kita buat, buat dengan cara yang betul. Insya Allah. Boleh berjaya. Tak perlu beli stok riban riban. Sebab kita buat bisnes secara betul dan sihat.

Alhamdulillah, selesai percutian kami untuk hari ke dua ini. 

Esok adalah antara hari kemuncak kami di Jepun kerana kami akan melawat Alpine Route. Salah satu pilihan pelancong yang sangat mahal dan best. 

Anda ada apa apa nak kongsi atau katakan kepada kami? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah yer. We love to hear some feedback from you.

Wassalam.

Masters Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA AND MOHD FIRDAUS
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 
Viewing all 919 articles
Browse latest View live