Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Online Coaching Blog Di Telegram Bersama Anak Didik

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dirahmati dan diberkati hidup dunia dan akhirat.

Online Coaching Blog

Masalah ramai orang yang nak buat bisnes adalah mereka tidak ada ilmu yang betul. Mereka tidak ada mentor yang betul.

Kesannya, mereka selalu buat kesilapan dalam perniagaan.

Nak pergi seminar berbayar yang femes tu, mereka kata Phd beliau tipu. Menyumpah seranah mereka kat dia.

Nak pergi seminar berbayar orang lain, mereka kata mahal, tak ada masa, jauh dan seribu satu alasan lagi.

But, as for me.

Saya kalau berkelapangan saya akan pergi menuntut ilmu. Jauh macam mana pun saya pergi jugak. Mahal pun saya pergi.

Sebab nak belajar.

Sebelum ni saya dah puas 'langgar' dinding. Dah banyak sangat buat kesalahan dalam bisnes. Yang cukai kebodohannya adakala mencecah puluhan ribu.

Dah bodoh nak buat macam mana. Itulah harga yang perlu dibayar.

Anyway, malam tadi saya buat online coaching pasal blog.


Antara topik yang saya cover adalah :

1. Pemilihan nama blog.

2. Blog vs Facebook.

3. Tips meningkatkan SEO

4. Saya bagi contoh blog yang first ranking di google dan saya cerita mengapa perkara ini boleh terjadi supaya mereka faham apa nak kena buat kalau nak blog mereka di front page google.

Ada sambungan lagi untuk mereka.

Saya bagi tugasan yang perlu mereka selesaikan. 

Kalau mereka berjaya buat tugasan itu, baru saya akan proceed dengan beberapa topik lagi yang best mengenai blog marketing.

Alhamdulillah. Untuk pengetahuan anda semua, medium marketing saya yang utama adalah blog.


Blog is very powerful.

Tapi perlu kesabaran dan kerajinan sket.

Sebab sekali kita tulis ia akan kekal lama di situ.

So... That's the story.

Kepada anak didik saya dalam Empayar Maria Firdaus. Jom belajar betul betul pasal blog.

Insya Allah, saya akan kongsi banyak lagi tips tips best dengan mereka selepas ini.

Alang alang buat bisnes, biar jadi kaya dan bertakwa.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

JEPUN, TUNGGU KAMI DATANG 2017!!

$
0
0
By : Master Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Maria doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami.

Kali ni Maria nak berkongsi dengan anda semua berita yang sangat menggembirakan.

Syukur Alhamdulillah, pada bulan Sept 2016, kami dah confirm layak dapat 2 TIKET PERCUMA KE JEPUN yang sepenuhnya ditaja oleh SHAKLEE pada tahun 2017 nanti!!

Sujud syukur kepada Allah yang memberikan rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga.

Untuk makluman anda, setiap tahun Shaklee akan rewards setiap usahawan yang berjaya mencapai target sales tertentu dengan 5 STAR LOCAL TRIP dan INTERNATIONAL TRIP.

Ini adalah salah satu daripada banyaakkk sangat rewards yang pihak Shaklee tawarkan kepada semua Usahawan Shaklee yang dah bertungkus-lumus berusaha dalam memajukan bisnes Shaklee.



Setiap tiket ke Jepun perlukan 1070 points yang perlu dikumpul dari cycle year Mar 2016 - Mar 2017. Ada syarat-syarat tertentu untuk kumpul Travel Points ni tau. Memang mencabar, tapi cabaran tu lah yang buat kita semangat nak berusaha yang terbaik!!

Alhamdulillah, points terkumpul kami sehingga Sept 2016 telah pun melayakkan kami 2 tiket ke Jepun. So tiket untuk Maria dan Firdaus dah lepas. Dah boleh mimpi Jepun dah. Hehehe. 

Sekarang kami tengah fight untuk tiket seterusnya sebab kalini InsyaAllah nak bawa Mak Maria pulak sebab dia pun teringin nak ke Jepun.

Dulu-dulu masa Abang sulung Maria study kat Jepun kami memang takde peluang nak ke sana.

So ni first time lah kami nak ke Jepun, memang excited sangat.

Yang paling best sebab ianya FREE TRIP lah. 5 Star pulak tu. Bawa duit shopping je.

6 Months to go untuk fight! InsyaAllah we can do it!!

Syukur Alhamdulillah, setakat ni, kami dah berjaya menikmati 3 kali FREE INTERNATIONAL TRIP dari Shaklee sejak bermula serius dalam bisnes Shaklee pada 2013.

Jemput baca kesemua TRAVELOG SHAKLEE TRIP kami sebelum ini:-


2016 - TRAVELOG USA TRIP - ORLANDO, FLORIDA (3 tiket)

2015 - TRAVELOG ITALY TRIP (4 tiket)

2014 - TRAVELOG USA TRIP - LONG BEACH AND CALIFORNIA (3 tiket)


BEST OF JAPAN!!

Masa meeting kami dengan Shaklee pada bulan lepas, Shaklee ada share beberapa info itinerary trip ke Jepun nanti.

Jommm kita layan gambar-gambar di sana, amik feel dulu orang kata, sebelum sampai sana. Hihi.


Antara tempat-tempat menarik yang bakal kami lawati nanti. 


Takayama antara kawasan perkampungan Jepun. Lets experience Japanese Village Culture!


Shirakawa - Go juga antara kawasan perkampungan Jepun yang paling cantik. 


Wow, ianya adalah UNESCO World Heritage Site lagi. Dulu kami visit kat Italy, sekarang kat Jepun pulak. Bestnya.  :)


Next is Tateyama-Kurobe Alpine Route.


Wahhh yang ni memang excited sangat nak pergi kawasan pergunungan. Maria memang minat kawasan cantik macam ni. Teringat kenangan melawat Jungfrau Mountain, Switzerland masa zaman student di Sheffield, UK dulu. Best sangat boleh main salji kat puncak gunung! 
Subhanallah, memang indah sungguh alam ciptaan Allah!


Kami juga bakal melawat Tokyo. 


Antara tempat menarik di Tokyo. 


Kat Malaysia, Maria tak berapa minat sangat Japanese Food macam Sushi tu. Tak berapa boleh masuk di tekak. Tapi takpe, kat sana nanti kita try yang original Jepun punya. Mana tahu boleh masuk. Hehe. 


Oklah, itu saja sharing and planning Shaklee untuk Trip kami ke Jepun 2017 nanti. Tapi ini masih dalam perancangan awal dan tertakluk kepada perubahan. InsyaAllah, nanti kami share info terkini tentang trip ke Jepun ni yer. 

Ada antara anda yang ada impian juga nak dapat TRIP PERCUMA 5 BINTANG SETIAP TAHUN bersama Shaklee?  

Setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dalam Shaklee. Man Jadda Wajada. 

Jom berusaha yang terbaik dari sekarang! 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 







Tak Perlu Pergi Haji Kali Kedua Dan Ketiga - Satu Pandangan

$
0
0

Daftar Haji Lagi

Hari ini, saya ternampak seorang sahabat yang menunaikan haji pada tahun 2011 dahulu pergi mendaftar haji sekali lagi.

Ya la, tabung haji tetapkan selepas 5 tahun boleh mendaftar haji semula jika nak pergi sekali lagi.

Niat kita yang dah pi haji dan nak pi haji lagi itu tersangatlah murni dan baik.

NAMUN......

Tahukah anda, jika kita yang dah pi haji dan mendaftar haji sekali lagi. Kita hanya akan menyebabkan mereka yang nak pergi haji buat kali pertama satu hari nanti tak dapat pergi sebab giliran kita pergi.

Kalau tak silap saya, jika kita daftar haji sekarang pun, giliran kita mungkin dah sampai tahun 2100.

Anda tahu mengapa jadi macam ni?

Sebab ramai orang yang dah pernah pergi haji daftar lagi dan nak pergi lagi. Mereka kata, mereka dah daftar lama dulu. So dapat jemputan, mereka nak pergi lah.

Kalau nak ikut salah, memanglah tak salah.

Tapi kalau difikirkan secara rasional, mengapa kita nak pergi haji sekali lagi ketika mana kuota haji sekarang tersangat kecil dan tahun menunggu pula tersangat lama.

Mengapa kita tak berfikir ada ramai lagi ummat Islam di Malaysia yang nak pergi haji tak tak boleh pi sebab kita ambil kuota itu.

Sedangkan bagi mereka haji itu WAJIB. Bagi kita dah tak wajib lagi dah.

Saya tahu, kita semua nak masuk syurga.

Tapi ingatlah, orang lain pun nak masuk syurga jugak.

Dan satu lagi, kita bukan masuk syurga sebab kita pergi haji 2-3-4 kali. Tapi kita masuk syurga sebab rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Mana tahu, bila kita yang dah pergi haji dapat tawaran untuk pergi, KITA TOLAK.

Kita niat dihati kita, "Ya Allah, aku tolak tawaran ini sebab aku nak bagi kuota ini kepada orang lain yang masih belum pergi. Semoga keikhlasan aku ini Kau pandang sebagai asbab untuk aku masuk syurga nanti."

Bagi saya, itu lebih baik.

Masa saya pergi haji tahun 2011, saya jumpa dengan beberapa jemaah yang rasa 'bangga' bila berbicara, "Saya dah 3 kali datang haji termasuk kali ini..."

Allahuakbar. Memanglah itu rezeki dia.

Tapi kenapa 'rezeki' itu tidak dikongsi dengan orang lain.

Pergi Haji Kali Kedua Dan Ketiga

Ada orang tanya, macam mana orang yang dah pergi boleh pergi lagi sekali mendahului orang yang belum pergi?

Katakanlah Haji XXXX pergi haji tahun 1996, selepas balik ke Malaysia beliau daftar pergi haji sekali lagi. Nak pergi kali kedua katanya. Then pada tahun 2000. Haji XXXX dapat jemputan pergi haji sekali lagi untuk kali kedua.

Selepas pulang ke Malaysia, lepas 5 tahun iaitu pada tahun 2005, Haji XXXX daftar sekali lagi untuk menunaikan haji. Gilirannya adalah pada tahun 2017.

Encik Arif dan jutaan rakyat Malaysia yang belum menunaikan haji mula sedar dan daftar haji pada tahun 2006-2016.

Ok, katakanlah Encik Arif sebab daftar tahun 2006, dapat jemputan pada tahun 2018. Dan orang lain yang lewat daftar terpaksa tunggu giliran. As of now, tahun menunggu adalah 2106.

Ramai yang tak dapat pergi haji kali pertama sebab orang yang dah pergi haji DAFTAR haji sekali lagi dan giliran mereka datang lagi awal.

Sebab itulah, yang terlewat daftar kena tunggu sampai 100 tahun untuk pergi menunaikan haji. Kesian yang belum pergi menunaikan haji.

Ini Semua Pandangan Peribadi 

Anyway, apa yang saya tulis ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja.

Setiap orang bebas untuk ada pandangan yang berbeza dan saya hormati pandangan anda.

Cuma, bagi yang belum pergi haji dan belum daftar haji. Jangan dok POMPANG sana sini. Pergi daftar haji SEGERA.

Sebab kalau daftar sekarang pun gilirannya mungkin tahun 2100.

At least, kalau kita mati pun. Kita leh jawab la kat malaikat nanti, "Aku nak pergi haji, dah daftar tapi belum terima jemputan..."

At least la kan...

Daripada kita ni ada duit, kaya, berkemampuan, sihat... Then tak daftar pun haji. Lagi teruk, tak ada niat nak pergi haji. Hmmm... Berdoalah, jangan mati lagi.

Wallahualam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

"Sila Komen Jika Anda Nak Katakan Sesuatu"

ANDA DAH LEBIH SETAHUN JADI AHLI SHAKLEE? JOM AKTIFKAN KEAHLIAN SEKARANG SEBELUM IA DITAMATKAN!!

$
0
0
By : Master Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Maria doakan anda semua sentiasa ceria dan gembira di samping keluarga tersayang.

Terima kasih yer kerana sudi melawat blog Mariafirdaus.com.my :)


Dalam entry ni, Maria nak ingatkan kepada anda semua yang pernah berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE LEBIH SETAHUN, JOM AKTIFKAN KEAHLIAN ANDA SEKARANG!!




HAA?? KENAPA NAK KENA AKTIFKAN PULAK? 
DULU KATA KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP??!!

Mesti ada yang tanya soalan ni kan? Hehe. Bertenang yer.

Begini, memang sebelum ni, keahlian Shaklee adalah SEUMUR HIDUP.

Maknanya, kita hanya perlu register sekali dengan bayaran RM69, atau dengan belian produk 200 UV terus dapat free membership seumur hidup.

Tapi sekarang, pihak company SHAKLEE mendapati database ahli mereka dah terlalu ramai yang tak aktif lagi. Malah, database ahli yang dah meninggal dunia pun masih ada lagi.

Banyak tau kos yang perlu ditanggung Shaklee untuk manage data ahli yang sebenarnya dah tak aktif pun.

Jadi BERMULA 1 SEPT 2016, pihak SHAKLEE buat satu langkah untuk mengenal pasti ahli-ahli Shaklee yang masih aktif.

Aktif di sini bermaksud ahli yang masih menggunakan produk Shaklee dan membeli dengan id mereka, bukan hanya yang aktif berbisnes yer.

MAKAN SENDIRI SAJA PUN DIKIRA AHLI SHAKLEE AKTIF tau, sebab boleh layak dapat semua faedah sebagai ahli Shaklee, iaitu:-

KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE DI BAWAH MARIA FIRDAUS EMPIRE:-

1) Dapat membeli produk Shaklee pada HARGA AHLI. (25% less than retail price). Bila ada promotion khas untuk ahli, harga akan jadi jauh lebih murah sehingga 40% less dari retail price.

2) Dapat CASH BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus tau, boleh cover kos vitamin yang kita makan dah. Best nya dapat makan VITAMIN SECARA PERCUMA!

3) Dapat BELAJAR BISNES Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.  Kami adalah MASTER COORDINATOR MARIA dan FIRDAUS yang telah berjaya mencapai rank tertinggi dalam Shaklee dan telah melahirkan ribuan Usahawan Shaklee sejak tahun 2012 hinggalah sekarang.

4) Dapat join EXCLUSIVE dan SPECIAL GROUP di FACEBOOK dan TELEGRAM untuk info produk, konsultasi, testimonial dan tips daripada kami sendiri sebagai CERTIFIED SHAKLEE PRODUCT TRAINER!!

Dan banyaakkk lagi kelebihan lain.

Jemput baca selanjutnya di sini:-

WOW!! BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE!!


OKLAH, MACAM MANA SAYA NAK AKTIFKAN KEAHLIAN SHAKLEE? 

Cara nak aktifkan keahlian senang sangat.

Hanya perlu BELI EVOUCHER RM30 untuk activate keahlian selama 1 TAHUN, boleh beli melalui ONLINE atau walk in ke BRANCH/HQ. (Bagi yang mendaftar di bawah Maria Firdaus Empire, boleh hubungi Maria 019-259 2731 untuk kami bantu yer)

Tapi jangan risau, RM30 ni kita boleh REDEEM BALIK dengan belian produk berjumlah RM300 dalam masa 3 BULAN.

Beli produk RM100 dalam 1 resit, boleh redeem balik RM10.

So kalau beli RM300 dalam 1 resit, boleh redeem balik semua RM30 tu.

So kiranya AKTIFKAN PERCUMA je sebenarnya. Shaklee tak ambil pun duit yang kita bayar tu, kita tak rugi apa-apa pun tau.  :)

Tapi dengan hanya 1 langkah untuk aktifkan keahlian kita, kita dah layak dapat semua KELEBIHAN DAN FAEDAH SEBAGAI AHLI SHAKLEE macam yang Maria terangkan di atas tadi.



HMMM... APA JADI KALAU SAYA TAK AKTIFKAN SEMULA? 

Kalau dah LEBIH SETAHUN dari tarikh anda mendaftar, dan anda tak aktifkan semula, KEAHLIAN ANDA AKAN DIBATALKAN SO RUGIII SANGAT!!

Bila dah batal, maka anda pun tak layak dapat faedah sebagai ahli Shaklee macam di atas. 

Then, bila tiba-tiba suatu hari nanti anda decide nak jadi ahli Shaklee balik, anda kena BAYAR SEMULA YURAN KEAHLIAN SEBANYAK RM69 tu. 

Kan dah rugi, dari kena bayar RM30 je (which boleh redeem balik sebenarnya), dah terpaksa bayar RM69. 

JOM JADI AHLI SHAKLEE YANG BIJAK, 
AKTIFKAN KEAHLIAN KITA SETIAP TAHUN YER!!
(Sila hubungi Upline anda untuk aktifkan keahlian anda sekarang).

BELUM JADI AHLI SHAKLEE? 

Jangan risau, hubungi Maria (019-259 2731) segera untuk kami bantu anda. 

Atau boleh gunakan ID kami 881455 (MARIA FIRDAUS SDN BHD) sebagai SPONSOR, untuk melayakkan anda join keluarga besar Shaklee kami di bawah 
MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRES IN SHAKLEE EMPIRE (MFMS),
The Most Happening Shaklee Team in Malaysia!!

Thanks for reading! :)


~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


MASTER KAM MARIA & MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)





Hiasan Gambar Kaabah Yang Cantik Di Rumah

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Kami doakan anda semua sentiasa dalam lembayung rahmat Allah Taala.

Memandangkan kami baru je beberapa bulan masuk rumah baru sejak 1 Syawal 2016 haritu, memang banyak lagi yang nak kena hias dalam rumah ni.

Banyak dinding-dinding yang masih kosong, so nak kena letak hiasan yang sesuai.


Alhamdulillah, semalam kami pasang wall decorations gambar Kaabah ni dekat Dining area. Siap ada jam dalam nombor Jawi. Memang cantik dan printingnya berkualiti. 

Kami beli dari Facebook Page PANEL KREATIF ni. Size 60cm x 60cm each. Kalau berminat boleh lah contact seller tu yer. Jangan contact saya pulak, saya tak jual. Saya share saja sebab saya suka. Hehe. 

Kami memang dah lama mencari gambar pemandangan Kaabah nak letak di rumah. Syukur jumpa yang ni.

Mudah-mudahan dengan tengok gambar Kaabah ni hari-hari, dapatlah mengubat kerinduan kami nak kembali ke sana selalu.

Anak-anak kami pun belum pernah sampai lagi ke Mekah.

So boleh ajar anak-anak untuk sentiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki yang berkat untuk dapat sampai ke Mekah. InsyaAllah. 😊

Apa yang kita fikir,
Apa yang kita lihat,
Apa yang kita rasa,
Apa yang kita cakap,
Apa yang kita buat,
Semuanya adalah DOA. 👍

So sentiasalah fikir, lihat, rasa, cakap dan buat perkara yang baik-baik yer.

InsyaAllah apa yang kita dapat pun nanti semua yang baik-baik juga.

InsyaAllah, nanti kami share lagi hiasan-hiasan lain yang kami letak di rumah, semoga memberi idea dan bermanfaat untuk anda yang lain.

Thanks for reading! :)

~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


MASTER KAM MARIA & MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Video Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKPTM

$
0
0
Assalamualaikum,

Semalam berlangsung program Hari Anugerah Kecemerlangan Dan Graduasi Pra Sekolah Di Sek Kebangsaan Permatang Tok Mahat.

Sekolah anak saya.

Jom tonton video yang sempat saya buat.



Nak buat video ni bukan mudah.

1. Rakaman ambil masa 5 jam.

2. Nak pilih video 2 jam

3. Nak edit 4 jam

4. Nak upload ke Facebook Failed, ke Youtube Failed, ke Vimeo baru pass = 2 jam.

Rasa nak nangis pun ada. Sob sob sob.

Bawah ni pula salah satu persembahan yang sangat cute saya tengok. Anda boleh tonton untuk hiburkan hati.


Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Mohd Firdaus

Sakit Buah Pinggang, Bagaimana Untuk Mengubatinya....

$
0
0

Sakit buah pinggang memang sangat berbahaya. Selain itu, sakit buah pingang juga sejenis penyakit yang memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi bila sudah perlu menjalani dialisis.


Nak tahu kisah pesakit buah pinggang berjaya bebas dialisis? klik link di bawah!


Anda Ada Masalah Sakit Buah Pinggang?


Tahukah anda, sakit buah pinggang boleh membawa maut?


Tahukah anda, kos rawatan dialis adalah lebih kurang RM3,000 untuk sebulan?


Lebih 75% masalah "sakit buah pinggang" dapat di kesan hanya setelah penghidap telah berada di tahap 3 (stage 3)



Soalan saya.... 

Mahukah anda mencegah sakit buah pinggang anda menjadi lebih Kritikal?

Mahukah anda untuk bebas dialisis?

Kalau "YA" jawapan anda.. Teruskan baca sampai habis...





Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Terima Kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi singgah ke ini. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang Sakit Buah Pinggang. 



Mengikut statistik di malaysia, terdapat peningkatan masalah sakit buah pinggang setiap tahun. Ini bukanlah perkara yang remeh dan boleh di ketepikan begitu sahaja. 

Kita perlu membuat sesuatu agar orang ramai lebih berwaspada dan menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik.


Pada pendapat saya, sakit buah pinggang ini adalah sejenis penyakit yang membunuh secara senyap.

Kenapa saya katakan begitu kerana sudah ramai orang yang menghubungi kami dan mereka memberi tahu bahawa mereka baru di sahkan ada masalah buah pinggang dan majoriti masalah buah pinggang mereka ini sudah di Tahap 3 dan Tahap 4. 

Setakat ini, belum ada seorang pun lagi yang beritahu kami yang meraka ada masalah buah pinggang di Tahap 1 dan 2.






Jika anda lihat pada gambar di atas, pada Tahap 3 sahaja sudah lebih 50% buah pinggang telah bermasalah. Bayangkan, jika anda tiba tiba di sahkan yang anda sudah berada di Tahap 3. Bagi pendapat saya tahap 3 ini sudah di tahap yang agak merbahaya & perlu di rawat segera.




2 Cabaran Hebat Untuk Pesakit Buah Pinggang




1. Kos Rawatan Yang Tinggi

Tahukan anda berapa kos rasatan hanya untuk melakukan dialisis? Kos untuk setiap sesi rawatan adalah lebih kurang RM250 per sesi. Dan seminggu perlu melakukan sebanyak 3 sesi bersamaan RM750. Jadi, anggaran kos dialisis untuk sebulan adalah lebih sekitar RM3,000.




2. Kesihatan Jantung Terjejas

Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis berisiko tinggi mengalami masalah jantung. Serangan Jantung adalah antara punca utama kematian bagi pesakit buah pinggang yang menajalani dialisis. 

Kegagalan buah pinggang juga menimbulkan risiko masalah kardiovaskular lain seperti penyumbatan darah ke jantung dan kegagalan jantung kongestif



Sampingan Dialisis Lainnya Kepada Penghidap Sakit Buah Pinggang

  1. Sukar untuk tidur
  2. Ngilu/nyeri tulang dan sendi
  3. Libido (Ghairah Seks) hilang/berkurang 
  4. Mati pucuk
  5. Kegelisahan
  6. Mulut kering


Ubat Sakit Buah Pinggang



Anda nak tahu apa ubat sakit buah pinggang? 

Secara jujurnya saya beritahu anda mengikut ilmu kedoktoran masih belum lagi di temui ubat untuk merawat sakit buah pinggang. 

Tapi sebagai umat islam, kita perlu percaya bahawa setiap penyakit yang Allah beri pasti ada ubatnya kecuali penyakit "Tua" dan "Mati".



Memperkenalkan "Vivix" Si Tonik Buah Pinggang




Tonik buah pinggang ini nama sebenarnya adalah vivix. Ia adalah produk keluaran shaklee.

Tonik ini telah terbukti berkesan membantu ramai pesakit buah pinggang. Banyak testimoni positif dari penghidap sakit buah pinggang selepas mengamalkan tonik ini (dengan izin Allah).

Di bawah ini adalah sebahagian "feedback" dari mereka.



















Anda juga boleh baca kisah bagaimana sakit buah pinggang stage 4 berjaya bebas dialisis tanpa pembedahan, cara anda hanya perlu KLIK SINI

Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk Tonik buah pinggang kami yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.




Kelebihan Tonik Buah Pinggang




Menggunakan Bahan Semulajadi & Tiada Bahan Kimia Berbahaya



Tonik Buah Pinggang ini tidak ada unsur dadah atau bahan kimia berbahaya. Ia sekaligus tidak membebankan buah pinggang anda untuk menjadi lebih teruk.









Mudah Untuk Di Amalkan



Cara pengambilan Tonik Buah Pinggang ini sangat mudah. Anda hanya perlu ambil satu sudu kecik setiap hari sama ada pagi atau pun malam.

Dan anda juga perlu simpan ais ini di dalam peti ais untuk memastikan ia










Dijamin Selamat Kerana Di Uji Terus Kepada Manusia



Ini adalah poin paling menarik yang anda wajib tahu. Kita biasa tonton di kaca television yang banyak ubat ubatan dan produk kesihatan di uji ke atas haiwan seperti tikus bukan? Tapi dengan shaklee tidak begitu. Shaklee menguji setiap produk suplimen nya terus kepada manusia.

Selain itu, setiap bahan di dalam produk yang di hasilkan oleh shaklee telah menjalani ujian sekurang kurangnya sebanyak 350 kali untuk mengesan bahan bahan berbahaya racun, bahan pelarut dan sebagainya.

Pernah anda jumpa produk yang di uji terus kepada manusia?

Pernah jumpa produk yang menjalani 350 kali ujian?

Sebab itu, tonik ini bukan produk biasa biasa.


Barisan Saintis Shaklee Semasa Lawatan Di California






Anda Atau Kenalan Anda Sakit Buah Pinggang? Nak Cuba Tonik Ini?



Terus terang saya katakan, dalam banyak banyak produk sakit buah pinggang yang ada di pasaran mungkin tonik ini yang menawarkan harga tertinggi. Seperti yang saya katakan tadi bahawa ini bukan produk biasa biasa & ini bukan produk pasar malam. Walaubagaimanapun, ia jauh lebih murah di bandingkan dengan kos dialisis.

Harga untuk sebotol tonik (vivix) ini adalah RM503.50 termasuk GST. Kalau anda kurang yakin dengan apa yang saya katakan, anda boleh beli terus dari pihak shaklee. 

Caranya anda hanya perlu klik butang tempah di bawah dan anda boleh terus buat belian langsung kepada syarikat.  Elakkan buat belian dari laman web sembarangan kerana di takuti anda tertipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.






Jika ada sebarang pertanyaan lain, anda boleh whatsapp saya di 

WhatsApp 010-3050 842

Oh ya.. jika anda mahu lebih penjimatan, Anda boleh dapatkan 2 botol tonik ini sekarang dengan hanya RM810. Tapi anda perlu whatsapp saya supaya saya guide anda bagaimana untuk mendapatkannya.

Jadi.. jangan berlengah lagi. Whatsapp saya Sekarang


WhatsApp 010-3050 842
WhatsApp 010-3050 842


Topik Berkaitan

  • Ubat sakit buah pinggang
  • Rawat sakit buah pinggang
  • Sakit buah pinggang stage 4
  • Sakit buah pinggang stage 3


Artikel Berkaitan






artikel ini sumbangan dari nadiamusa

Landscape Maria Firdaus Villa

$
0
0
Assalamualaikum,

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita. 

Sharing saya hari ini adalah mengenai Landscape Maria Firdaus Villa.

Survey Di Internet

Hasil survey, saya dan Maria plan nak bubuh sedikit bahagian di rumah kami dengan artificial grass dan sebahagian lagi dengan landscape yang guna rumput dan pokok yang betul.


Maria suka yang macam ni. Nampak bersih, cantik dan kemas. Ini guna artificial grass. Setelah di survey, yang paling murah saya dapat adalah RM4 sekaki persegi. Ini adalah yang kualiti terbaik. Rumput ada banyak kualiti. Ada panjang ada pendek. Ada rapat, ada jarang. So saya pilih yang kira ok. Hanya RM4 sekaki. Cuma kena beli satu gulung terus 25 meter x 2 meter. Kalau beli potong ikut saiz kita, sekaki harga RM7. Tempat yang ditemui adalah di Jalan Sungai Buloh. Anda keluar Tol Sungai Buloh yang ada hospital tu, then jumpa trafik light. Turn right. Just go straight sejauh 5 km. Then anda akan jumpa berpuluh puluh nursery yang ada jual banyak gila pokok dan barang landscape. Kira syurga la. Anda leh cari disitu. Ni no phone kedai 014-6622132.


Maria suka jenis yang macam ni. Menyejukkan mata memandang. So, nak kena buat yang macam ni la kiranya. 

Ini antara landscape yang saya sempat kontek. Ada nombor atas tu. Orang KL.  Harga not bad. Pengalaman pun banyak. Orang Melayu. Cumanya, masalah saya dia jauh sangat nak datang Parit Buntar. Kos jadi tinggi balik.


Tempat ni nak bubuh rumput artificial macam gambar atas tadi.


Kat tengah ni, dicadangkan bubuh satu pokok cantik yang nampak gah so that sebelum masuk rumah  kami nampak 'wowww' dan bersemangat serta rasa tenang. Di sekeliling tu akan diletakkan rumput betul jenis Jepun. Rumput Jepun leh beli di Sungai Buloh. Harga RM2.80 untuk 2 kaki persegi. Contact mamat Indonesia ni. 017-6962281. Anda boleh Whatsapp dia dulu.


Sebahagian area yang nak dilandscape kan di rumah saya. Actually saya dah tanam rumput Jepun sepanjang pagar ni, then nampak kosong. Rasa macam DULL. Then saya remove dan pindah rumput tu ke tempat lain.


Ni pokok Kesinai. Simple dan cantik. Cuma kena rajin trim la. Ada cadangan nak tanam rumput ni jugak.


Merata saya travel, masuk kawasan perumahan. Pi rumah orang kaya sebab nak cari landscape yang cantik. Akhirnya, yang ini Maria berkenan. Pokok Jasmin + Pokok Duriantado + Saya tak ingat nama. Tugas saya, menjadikan impian Maria satu realiti.


Yang merah ni pun Maria minat.


Yang kuning ni la Duriantado. Abaikan kesalahan ejaan. Saya just dengar nama dari Landscaper saya. Then saya atur pertemuan dengan Landscaper saya dan tunjuk gambar pokok yang saya nak.


Akhirnya, operasi menanam bermula. Ini pokok Jasmine. Harga RM6 sepokok. Tapi sekali tanam harga jadi RM8.


Maria pun suka pokok ni. 'Podocrapus' nama pokok ni. Harga pokok ni ikut saiz. Kalau besar memang mahal. Harga ini RM250, tinggi dalam 7-9 kaki dan harga temasuk upah tanam.



Ini pokok Jasmine.


Inilah daun pokok podocarpus. Actually pokok ni saja ada 3 jenis. Anda kena pilih yang betul betul anda suka. Ada daun hijau pekat, ada yang hijau muda. Ada yang daun gemuk dan ada yang kurus.


Tempat ni pun ditanam dengan Jasmin + Podocarpus.


Then landscaper bawa saya ke kedai nursery. Tunjuk bunga yang nak letak bawah bumbung. untuk pokok ni, kena cari pokok yang boleh hidup tanpa ada cahaya matahari yang cukup. Sebab tempat ni tertutup. Salah pilih pokok. Nanti pokok mati.


Antara pokok yang boleh hidup di tempat tertutup 


Ini pun boleh


Ini pun boleh.

As of now, tanaman pokok di rumah saya belum selesai sepenuhnya lagi. Dan sekarang pun pokok pokok tu tak boleh nak ditrim pun lagi. Kena tunggu besar sikit. 

So, tunggu dah siap nanti saya share lagi di blog ni ok.

Wassalam.

Maria Firdaus
"Motivating And Inspiring Others"

TIPS ELAK BATUK BERKAHAK SECARA SEMULAJADI!!

$
0
0
By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Maria doakan anda semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah, sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga tersayang.

Harini Maria nak share pengalaman Maria sendiri.

Malam tadi, tiba-tiba Maria rasa gatal dan sakit tekak. Tengok kat cermin, nampak tekak dah merah sikit.

Aduhai, ikut pengalaman hidup Maria selama ni, ini memang tanda-tanda nak kena infection dan BATUK BERKAHAK.

Kalau dah kena memang seksa sangat lah.

Asyik nak termuntah je bila terpaksa batuk untuk keluarkan kahak kuning hijau yang berketul-ketul tu.

Lagi tak tahan kalau berjangkit pulak kat baby. Huhu. Seksa sangat!!!

Jadi sebelum ianya jadi lebih teruk, Maria terus tambah dose VITAMIN C, GARLIC COMPLEX dan OMEGAGUARD untuk BOOST IMMUNE SYSTEM.


Inilah set favourite Maria setiap hari untuk boost sistem imun. Maria guna set ni sepanjang HAMIL + MENYUSU. InsyaAllah baby yang menyusu juga kuat imunnya bila dapat khasiatnya dari susu ibu. 

Setiap hari memang Maria dah makan vitamin ni, tapi dalam kes ni Maria TAMBAH DOSE lagi.

Nutrisi ni sangat membantu menguatkan sistem imun kita ("askar-askar" dalam badan, bak kata anak kami, Farees) untuk fight kuman yang baru start nak attack badan kita.

Sebelum tidur malam tadi, dah rasa makin perit dan gatal tekak ni. Rasa macam nak gonyoh-gonyoh je. Hehe.

Tapi takpelah dah usaha dengan extra dose suplemen, doa dan bertawakkal mudah-mudahan Allah bagi kesembuhan.

Bangun pagi ni, taraa....

Syukur Alhamdulillah!! Dengan izin Allah, dah hilang dah rasa sakit tekak tu. Syukur sangat rasanya dapat kesihatan kembali.

HEALTH IS THE REAL WEALTH!!

Maria sangat yakin, dengan tambahan nutrisi semulajadi, "askar-askar" yang Allah ciptakan dalam badan Maria dah dapat extra "power" dan berjaya bunuh kuman yang baru nak bertapak tu.

Yang pasti ianya secara SEMULAJADI, TANPA PERLU BANTUAN UBAT BERASASKAN DADAH.

SYUKUR! BERJAYA CEGAH SEBELUM PARAH!!

Actually, suplemen sangat membantu cukupkan NUTRISI SIHAT yang badan kita perlukan untuk menjaga badan kita dari serangan kuman-kuman dan pencemaran setiap hari.

Ramai orang salah anggap, bila dah sakit baru nak carik suplemen.

Tapi sebenarnya suplemen kena diambil sejak kita masih sihat supaya dapat dapat KEKALKAN KESIHATAN dan elakkan dari sebarang penyakit.

Ingat tau "ASKAR-ASKAR" dalam badan kita perlukan NUTRISI yang cukup untuk berfungsi dengan baik, dan melawan kuman-kuman jahat yang sentiasa ada di sekeliling kita.

Rasulullah pun bagitahu, SEGALA PENYAKIT BERMULA DARI PERUT.

Sebab usus kecil di perut kita tulah yang menyerap semua NUTRISI yang kita makan, dan disalurkan kepada seluruh badan untuk berfungsi dengan baik.

Kalau cukup NUTRISI, InsyaAllah banyak masalah kesihatan dapat dielakkan.

JOM JADIKAN NUTRISI SIHAT SEBAGAI UBAT!

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!

Kalau anda berminat nak dapatkan suplemen yang sesuai untuk sistem imun anda dan keluarga, boleh hubungi Maria. InsyaAllah, sebagai CERTIFIED SHAKLEE PRODUCT CONSULTANT, Maria akan bantu berikan konsultasi yang terbaik :)

Thanks for reading! :)


~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

PRODUK TRADISIONAL "PENAWAR RAJA SARAF" BAHAYA!!

$
0
0
Assalamualaikum waramatullahi wabarakaatuh.

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Semoga anda semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Awal bulan ni, ada seorang makcik ni bagitau saya, ubat PENAWAR RAJA SARAF ni betul-betul magik, bila makan terus hilang semua sakit-sakit badan, sakit lutut, boleh solat berdiri macam biasa.

Ramai kawan-kawan dia pun suka makan ubat ni.

Ini gambar botol dia yang sempat saya ambil.


Ini rupa botol nya. 


Kat botol siap tulis Bismillah, Selawat 7x dan mohon sembuh pada Allah sebelum makan.


Tengok tu, siap ada Firman Allah lagi. Dia tulis 100% herba asli tapi tak tulis pun apa herba yang dia guna. Saya check no KKM kat botol tu pun tak wujud.

Saya cuba google further info, jumpa banyak jugak orang jual ubat ni di online.

Then saya inform makcik tu, ubat ni sungguh meragukan.

Better stop sebab saya rasa ada dadah berbahaya, sebab tu tiba-tiba rasa kuat dan sihat.

Tengok-tengok harini, dah keluar dah poster dari pihak farmasi sendiri mengesahkan produk ni ada STEROID!


Produk Penawar Raja Saraf ni mengandungi STEROID yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kerapuhan tulang!!


Semua produk ni tak berdaftar dengan KKM, sebab tu lah dia main letak je apa-apa nombor kat botol untuk mengaburi mata pengguna. Ada lagi beberapa produk termasuk Herba Qaseh dan Professor's Pill yang disahkan BERBAHAYA!!

Syukur Alhamdulillah Makcik tu dah pun stop ubat ni lepas saya remind haritu.

Berhati-hatilah dengan produk tak ketahuan macam ni.

Especially mak ayah kita di kampung yang mudah sangat percaya dengan produk-produk yang kononnya Islamik tu.

Bila balik rumah mak ayah, cubalah check apa ubat atau suplemen yang mereka makan.

Mana tahu, memang betul mereka makan ubat berbahaya macam ni.

Kepada seller, tolong pastikan apa yang anda jual tu BERMANFAAT & TIDAK MEMBAHAYAKAN orang lain.

Kalau main jual apa saja sebab nak kejar untung, silakan MENJAWAB DI AKHIRAT KELAK.

Alhamdulillah, kami sendiri SANGAT YAKIN dengan produk SHAKLEE, yang telah terbukti selama 60 tahun, sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

Sebab itulah kami tak takut untuk BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE yang dah banyak bagi manfaat kepada kami sekeluarga, dan jutaan orang di luar sana. 

Kalau anda nak tahu, ada banyak sangat list produk yang berbahaya macam ni, boleh refer di sini:-


Silakan share untuk manfaat lebih ramai orang.

Thanks for reading! :)

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Aktiviti Percutian 3 Hari 2 Malam Di Langkawi

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Percutian Tajaan Shaklee

Untuk makluman anda, baru baru ni Allah bagi rezeki kepada saya untuk bercuti di Langkawi bersama rakan rakan saya yang yang buat bisnes Shaklee.

Ia adalah percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Actually, ia adalah sebagai tanda penghargaan daripada pihak Shaklee atas kejayaan kami dalam bisnes Shaklee pada tahun 2015.

Kami dah pun dapat 3 tiket percutian di US pada Ogos 2016, so ada baki extra 1 tiket cuti di Langkawi.

Since Maria tak nak pi, saya terpaksalah pergi dalam keterbatasan waktu yang Allah bagi kepada saya.

Jom layan 100 gambar perjalanan 3 hari 2 malam saya sepanjang berada di bumi Langkawi.

Nota Kaki : Hampir kesemua gambar ini diambil dengan Phone Huawei P9. Bukan nak promote, tapi nak habaq, kamera dia baguih.

Dari Airport Penang Ke Langkawi Airport


Shaklee bagi 3 hari 2 malam percutian di Langkawi. Super duper best baq hang...


Tiba di Penang Airport. Terus menuju ke kaunter Check In Air Asia


Ada member nak test phone Huawei saya. So, terpaksa jadi model kejap.


Kami semua diberi taklimat ringkas oleh pihak agen yang jadi tour guide kami.


Terbang dengan Air Asia ke Langkawi. Perjalanan ambil masa 35 minit. Actually di udara sekitar 15-20 minit ajer. Selebihnya ada di landasan.


Tiba di Airport Langkawi. Cuaca Alhamdulillah, amazing...


Ni la kelebihan phone Huawei P9. Boleh buat gambar bokeh macam ni. Tak yah nak galas DSLR bagai.


Turun dari kapal terbang menuju ke tempat beg.


Dah lama tak travel sorang sorang. Terasa seperti bujang kembali. Huhu.. Syok oooo...


Member suruh test ambil gambar dia lak...


First destination, Pekan Kuah. Tempat untuk shopping.


Shopping coklat. Untuk makluman, saya bukan penggemar coklat. Beli semua ni pun untuk Maria. Dia yang kirim. 


30 biji RM26.90. Saya  beli 8 kotak. Ingat nak bagi hadiah untuk kawan kawan. Sekali ntah macam mana, saya 'terhilang' plastik yang isi 6 kotak coklat ni. Nangis wei.... Sorry yer kenkawan. Tak ada rezeki korang.


Coklat favourite masa saya  di UK dulu. Twix dan Snickers.


Maria suka Loacker ni. 


Since isteri tersayang suka Kinder Bueno, beli la 3 kotak. RM20 sekotak.


Bersama team Shaklee Maria Firdaus. Din, Affni, Abg Hafiz (My Biras) and Mak Mertua ku tersayang.


Beli punya beli, tak perasan. Tangan dah tak muat nak bawa. Tu pun ada yang kami dah beli dan tinggal di kedai dulu.


Makan tengah hari dulu di Pekan Kuah.


Sambung shopping lagi.... Puas aih shopping. Saya habis RM600 ++. Beli coklat dan sudu garpu yang Maria pesan.


Jom balik ke Hotel.


Setiba di hotel, kami disambut dengan paluan kompang.


Hotel yang dipilih The Westin Langkawi Resort And Spa. 5 star hotel. Located dekat dengan Jetty Kuah.


Suasana dalam bilik yang sangat mendamaikan. Memang best lah.


Buka aja pintu bilik, terserlah kolam renang dan pemandangan luat yang sangat cantik.


Bersiap sedia untuk makan malam. Tema makan malam adalah Baju Bunga Bunga....


Ini Hafiz. Biras saya. 


Ini pulak Din. Kawan baik saya dalam Shaklee.


Ini pulak Affni dan Mak Mertua saya. Affni ni kawan Maria dan kawan kak ipar saya. So dia la yang dok temankan mak mertua saya sepanjang kami berada di sana.


Nampak muka macam nak makan orang tak? Hehe.. Dah lapar la tu. Kami on the way ke tempat makan.


Meja yang dah siap dihias.


Masa makan dah tiba.... Serbu.....


Hantam sajalah labu....


Ayam ada, kambing ada, seafood ada. You name it, we have it. Alhamdulillah.


Saya memang suka makanan seafood ni. Amazing..... Sangat sedap.


Meja 16. Meja kami menang cabutan bertuah. Hehe... Alhamdulillah. Memang bertuah.


Jam 6.30 pagi. Selepas solat Subuh. Kami berdua buat kerja orang bujang. Gi layan snooker dulu. 


Layan gym jugak. Sampai rasa nak muntah ku dikerjakan....


Dah flat..... Sket lagi nak muntah. Duduk ni sebab nak tenangkan diri. Kat depan tu dah ambil tong sampah siap untuk ready kalau nak muntah. Huhu.. 


Breakfast pulak. Kalau tadi kita bakar lemak. Sekarang kita isi lemak pulak. Hehe...


Affni dah jadi peneman setia mak mertua ku sepanjang kami berada di sana.


Alhamdulillah, breakfast kat hotel memang sangat sedap.


Next ..... Shaklee Group Photo....


Tempat tuju pertama kami adalah Mangroove.... Sejujurnya saya pun tak tahu apa aktiviti yang bakal kami tempuhi nanti. Cuma saya dimaklumkan kami akan naik bot.


Semua pakat tak sabaq dah nak naik bot...


Beratoq dulu nak naik bot...


Kami naik bot besaq. Ada 20 orang satu bot. Yang saya betui betui tak suka, life jacket dalam bot ni tak cukup. Kalau lah berlaku sesuatu di luar jangkaan. Nauzubillah.. Huhu...


Memang santekkk bokeh yang dibuat oleh Huawei P9.


Singgah tempat orang bela ikan dalam sangkar. Dalam ni ada ikan pari. 


Memang best dan terbaik...


Sampai melompat seperti kanak kanak riang dia orang ni. Masa jatuh, bergegar jeti ni.. Huhu... Sib baik photographer pandai ambil gambar. Kan cantik....


Sabar kak sabar.... Bot ni tak cukup laju lagi ni...


Habis..... Bot mula memecut laju.... Tengoklah percikan air yang sempat dirakamkan oleh Huawei P9. Satu side cantik. Satu side blur... 


Ha... kecut akak ni... Baru tahu..... Sib baik ada Affni. Ada gak tempat nak berpaut. Kuat tak kuat akak tu tarik, tengok lah tangan... Hehe...


Bergambar di Kilim Geoforest


Next destination, Gua  Kelawaq...


Memang happening dia orang 3 ni.... Kannnnn....


Nampak member ni... So, kita selfie dulu. Cer teka, monyet ni jantan atau betina... Ha......


Jom masuk dalam gua ni. Memandangkan saya dah berpengalaman masuk Gua Niah dan Gua Mulu di Serawak. Huhu.. Kira kiranya, apalah sangat Gua Kelawar ni. 

Anyway, gua ni still cantik. Kira ia macam 'summary' kepada Gua Niah dan Gua Mulu. Pendek, kecik dan dekat ajer dengan kita berbanding nak kena pergi ke Sarawak tu.


Ok.. Jom balik ke bot. Perut dah lapar. Kita makan dulu...


Balik naik bot.. Good bye Gua Kelawaq...


Cepat.. kami dah lapaq ni...


Tema makanan harini. Seafood + Landfood. Semua ada.


Depa ni minum ayaq nyok tak tau nak korek isi. Terpaksalah ku korek makan nyok depa. Nampak tak, berapa biji ada depan meja saya.


Sedap aih.... Puas hati. Erkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... Panjang sendawa hari ni.


Last sekali, makan buah pulak..

Dah kenyang ni, baru best sket nak sambung perjalanan. Next destination, Muzium 3D dan juga naik Kereta Kabel.


Macam real aja kan.... Power sungguh siapa yang lukis ni. 


Naik papan luncur pulak...


Kita berehat di pantai dulu yer...


Tolong tolong selamatkan kami.....


Lari lari.. ada gajah serang kami.... Affni ni... Muka kena la real sket. Ini gi senyum pulak...


Panda mana yang paling comel sekali? Bukan senang oo nak ambil gambar ni. Jenuh Din bertahan kat atas sana tu. Tapi muka leh senyum lagi...


Dah jadi front cover majalan National Geographic


Majalah Times pulak...


Mak tolong..... Ada naga nak makan saya....


Habisla aku hari ni...


Tolong.... Tolong selamatkan saya.....


Masuk dalam corong turas pulak....


Rileks rileks... Nak ambil gambar saya pun satu satu...


Dah kena gantung lak kat sini...


Tolong.... Lari lari... Ada gunung berapi....


"Din... target kita, kita nak menuju ke rumah besar tu.. Ok. Jom kita mulakan sekarang... "


Habis tenaga nak tarik zip raksasa ni.....


Baru jatuh dari planet lain...


Tolong...... 


Sempat melancong di Venice, Italy.


Masuk dalam belon pulak...


Sempat lagi ke Mesir....


Laluan jambatan maut ni... Bukan mudah....


Jadi lauk aku hari ni...


Banyak ni jer yang Din sempat shopping hari ni..... 

Anyway, ada banyak lagi gambar menarik yang diambil di muzium ni. Tapi tak larat nak masukkan semuanya.


Next destination, naik kereta kabel pulak..


Dah sampai atas. Kami ke Titi Gantung pulak...


Bokeh tak menjadi pulak.... Blur terlebih.. Ni la yang jadi bila suruh orang ambil gambar. Hehe.. Actually, kelebihan Huawei P9 ni, still leh edit gambar even lepas gambar tu diambil.

Dulu saya datang Langkawi, tak leh naik ke titi gantung ni sebab under maintenance. Huhu...


Sempat lagi nak ambil gambar ramai ramai...


Pakai monopod lak ambil gambar...

Selepas habis turun dari kabel car ni, kami menuju ke Pantai Chenang untuk bershopping lagi. Baru ke sedar. Tak sempat ambil gambar di sana. Ada video aja di Chenang.

Makan malam kami di Pekan Kuah. Shaklee bagi RM50 sorang untuk dinner. Makan sendiri sendiri.


Esok pagi kami balik...


Sempat ku beli topi ni satu sebagai kenangan dari Langkawi....

     

Jom layan video best ni dulu.... Super duper best.... Rugi kalau tak tengok. Anda boleh tonton dalam bentuk HD kalau internet anda laju. Kalau terhegeh hegeh tu, tengok Autoplay dah ler.

Thanks to Shaklee for this trip.

Insya Allah bulan Mei 2017 kami akan ke Jepun dan seterusnya naik cruise untuk ke Phuket dan Krabi nanti.

Ni yang best buat bisnes Shaklee.

Bonus dapat, travel oversea dapat, travel local dapat, duit beli kereta dapat... Syukur Alhamdulillah.

Allah temukan kami dengan bisnes yang best dan menyeronokkan.

Dapat bantu ramai orang untuk hidup dengan lebih sihat dan dapat bantu ekonomi kenkawan dan diri sendiri.

Berminat nak buat bisnes Shaklee di bawah Empayar Maria Firdaus? Sila PM wife saya, Maria. 019-259 2731.

Insya Allah Maria akan guide anda untuk mengubah hidup anda dari hidup biasa biasa kepada hidup LUAR BIASA.

Wassalam.

Master Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others
"Help Others To Help Others To Help Others"

Farees Ke Kem Cuti Sekolah Di Masjid Seri Ampangan

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana setia mengunjungi blog mariafirdaus.com.my, harapan saya agar Allah beri saya kekuatan untuk terus beri inspirasi kepada para pembaca sekalian.

Saya doakan Allah merahmati kita semua, diberi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Harapan Untuk Anak

Semua ibu bapa nak anak anak jadi pandai. 

Semua ibu bapa nak anak anak jadi soleh dan solehah.

Semua ibu bapa nak anak anak jadi kaya dan berjaya.

Semua ibu bapa nak anak anak ada adab yang baik.

Samalah seperti saya.

Tapi, satu benda yang saya nak share. Selain hanya 'berharap', saya selalu berfikir macam mana nak jadikan ia satu realiti.

In fact, salah satu impian saya. Farees akan jadi seorang usahawan bermula pada usia 13 tahun dan akan bergelar jutawan pada usia 18 tahun.

Ini impian dan doa saya untuk Farees dan anak anak yang lain.

Sangat penting saya beri pendedahan yang betul untuk Farees sebab dia anak sulong, so dia kena tunjukkan contoh yang baik kepada adik adiknya nanti.

Kem Cuti Sekolah

Sebelum cuti sekolah hari tu, saya ternampak satu iklan Kem Cuti Sekolah yang akan diadakan di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal.

Program selama 3 minggu. Pelbagai aktiviti yan mereka sediakan.

Antaranya, Solat Dhuha berjemaah, Membaca Al Mathurat, Hafal Surah Surah Pilihan, Bersilat, Memanah, Menunggang Kuda dan macam macam lagi aktiviti.

Apa yang saya perhatikan penganjur tak lah target keuntungan semata mata sebab saya tengok kos operasi program ini pun sangat tinggi.

So, harga RM350 untuk 3 minggu termasuk makan dan minum 3 kali sehari adalah TERSANGAT MURAH.

So, semalam adalah hari pertama Farees join program ni.


Anak soleh abi dan ummi.


Beratur untuk pendaftaran.


Farees dengan kawan baik dia. Danial. Kesian Danial, hari first demam pulak.


Taklimat dari pihak penganjur. 

Antara Pesanan Pengasas Program Ini :

1. Datang jam 8 pagi dan siap berwudhuk

2. Mula dengan Solat Dhuha dan Al Mathurat

3. Hafazan akan ikut umur

4. Program hari Isnin till Khamis selama 3 minggu

5. Setiap hari ada HOMEWORK utk anak. Parents sila cek slip yang diberikan kepada anak. Dekat slip tu ada tugasan anak. Parents kena sign.

6. Parents tolong bagi KOMITMEN MONITOR PROGRESS ANAK. Bukan sekadar hantar anak mai program ni semata mata.

7. Di sini pagi dimulakan dengan hafalan dan lebih kepada Al Quran. Petang aktiviti fizikal

8. Maklumat kita nak lahirkan generasi anak muda yg dekat dgn Al Quran. 

9. Setiap parents mesti kenal guru yg train anak anak kita.

10. Setiap pelajar akan dimasukkan ke dalam group dan semua akan dapat baju. May be minggu depan.

11. Kalau anak tak leh hadir. Sila maklum ikut group.

12. Online registration di masjid ini 91 peserta. 

13. Anak disini makan 3 kali sehari. Kalau ada alahan. Sila maklumkan. 

14. Kalau anak ada masalah kesihatan tak leh buat aktiviti fizikal. Please maklum.

15. Pakaian sila pakai baju sukan saja mai program utk keselesaan pelajar. 

16. Anak yang perform akan dapat hadiah untuk bagi motivasi.

17. Anak yang naughty akan kena amaran. Kalau buat salah lagi then kena pi naugthy corner. Kalau buat salah lagi. Kena bawa pi manager program untuk konsultansi. Kalau naughty juga call parents. 
Kalau naugthy juga. Parents tolong ambil anak. 

18. Hari Maulidurrasul tak cuti. Program on macam biasa.

19. Kalau boleh tak perlu bawa makanan utk anak. Kita kalau boleh nak bagi rasa kebersamaan anak dgn kawan kawan.

20. Paling awal hantar anak 7.45 pagi. Kalau nak hantar awal boleh aja. Tapi officially start jam 7.45 pagi. 

21. Minta masa ambil anak. Sila turun kereta dan jumpa cikgu anak tu. Dengar feedback dari guru pasal anak kita. Balik jam 5 petang. Ambil anak petang maksimum jam 6 petang. Jangan lewat lagi. Cikgu nak balik. 

Semoga anak anak semua jadi ahli syurga insya Allah.

Buku Yang Diberikan

Dalam ni ada module untuk memantau anak membaca dan menghafal surah pilihan secara komprehensif.




Aktiviti Hari Pertama


Makan pagi jam 10


Aktiviti Taaruf secara berkumpulan


Aktiviti melukis


 Sessi tazkirah

Alhamdulillah, syukur ada program macam ni disekitar rumah saya.

Saya percaya, di masjid sekitar rumah anda pun ada macam macam program sebegini.

Jom hantar anak kita untuk mendekatkan diri mereka dengan agama.

Didik mereka dari usia muda. 

Bukan nak mula suruh dan paksa mereka bersolat lepas mereka dewasa. 

Semoga Allah memberkati usaha kami ini.

Semoga Allah menjadikan anak anak kami anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. 

Anak Kedua?


Umur 4 tahun. Abang dia gi masjid, dia ajak saya gi makan kat kedai lak. Huhu.. Anak kecil ku ni. Layan ajer la. Kami makan berdua aje semalam.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
"Jom Jadi Parents Soleh Kepada Anak Anak Yang Soleh Dan Solehah"
"Didik Anak Dari Kecil"

Video Trip 3 Hari 2 Malam Di Langkawi

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan Allah permudahkan urusan anda. Diberikan kebahagiaan hidup dan akhirat untuk anda sekeluarga.

Just nak share video masa saya pergi ke Langkawi hari tu.

3 hari 2 malam.

Anda boleh tonton, mana tahu anda boleh dapat idea kalau jalan ke Langkawi nanti nak ke mana.



Wassalam.

Master Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Aritficial Grass Dan Nursery Di Sungai Buloh

$
0
0
Assalamualaikum,

Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup anda semua.

Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Aritificial Grass Di Sungai Buloh

Long story cut short. Saya dah pusing habis satu dunia. Hehe. Pusinglah sangat.

Saya dok cari aritifical grass untuk diletakkan di rumah saya. Since saya nak pakai dalam 500 kaki persegi, kalau boleh nak cari yang berkualiti dan harga murah sket.

Kalau anda nak murah, anda pergi cari di JALAN SUNGAI BULOH. Kedai NURSERY NO 54 sampai 60. Ada di tepi jalan utama tu jer. Anda guna WAZE or GOOGLE MAP.

Untuk makluman, ada banyak giler jenis artificial grass ni. Ada yang tebal, ada yang nipis, ada yang padat, ada yang jarang. So harga memang tak sama.

Apa yang saya perhatikan harga standard adalah RM7 untuk sekaki persegi. Banyak kedai jual harga ni di mana mana pun. 

Cuma kalau nak yang betul betul murah, anda boleh ke sini.

Cuma masalahnya, anda kena beli segulung terus. Then ajak la kenkawan share.

Harga segulung saiz 25 meter panjang x 2 meter lebar adalah antara RM1400-RM3000.

Kira kira anda akan dapat 550 kaki persegi pada harga yang sangat murah.

Jom layan gambar gambar yang sempat saya ambil.


Harga boleh dapat serendah RM2.50 sekaki persegi. Tapi ini yang nipis sket. So, kena tengok anda nak yang macam mana.


Boleh lekat di dinding dan buat tulisan macam ni jugak.



Saya beli segulung terus. Harga RM1900 segulung. Ini untuk yang tebal dan padat. Tapi kalau tebal sangat pun tak best jugak.


Since saya beli satu gulung, susah nak bawa balik naik Hilux. So saya minta dia potong 3 ikut saiz yang saya nak guna di rumah nanti.

Cerita Pokok Bonsai Podocarpus Pulak

Di rumah saya, saya nak letak pokok bonsai. Since area untuk landscape rumah saya sangat luas, saya terpaksa pilih pokok yang betul so that tak nak banyak maintenance.

Setelah mendapat khidmat nasihat kenkawan, saya nak pilih pokok podocarpus untuk menghiasi kawasan rumah saya.

Saya dah beli 9 pokok sebelum ni dan dah tanam di rumah. Since nampak ia macam kena dengan jiwa saya, saya nak beli lagi 4 pokok untuk letak di tempat utama dalam rumah saya.

4 pokok ni saya ambil yang besar dan cantik sket.


Pokok saiz macam ni biasanya harga dalam RM1300-RM1500. Bergantung kepada cantik macam mana pokok tu.


Pokok ni harga RM1400. Ia ada dua batang dan huruf V. Sebab tu harga tinggi sket.


Saya kurang minat jenis yang macam ni. Tapi nampak cantikkan...


Yang ni dalam RM1000.


Yang ini RM3800 kalau tak silap.


Ni semua RM2k sepokok.


Dalam RM2k plus untuk pokok ni. 


Yang kecik comel ni dalam RM900.


Yang ni RM7000. Ku tanya harga, then terus lari. Tak sanggup wei...


Ok. Pokok ni yang tinggi dalam 8 - 9 kaki harga dalam RM700 sepokok. Anda leh tengok kedai no 53 tu. Tepi jalan Jalan Sungai Buloh.


Ada banyak pilihan. Kalau nak beli, anda leh pi survey dulu la beberapa kedai. Yang saya suggest kedai No 53 ni untuk pokok podocarpus.


Kedai kedai tepi jalan utama tu. Ada memacam pokok. 


Ni semua harga tak leh dengaq nya. Mahai baq hang. 


Kedai no 56. Akhirnya, pokok ni yang saya pilih. Harga boleh tahan. Akhirnya ku beli dan terus atur lori untuk hantar sampai ke Parit Buntar. Lori kena bayar yer. Bukan free sebab jauh. 


Hari ni beli, lusa pokok ku sampai. 


Bawa dengan lori pun nampak macam penuh. Macam mana bangla tu kata, "Bos ini pokok boleh bawa naik hilux."


Poko ni murah jer, rega dalam RM850 sepokok.


Diturunkan dari lori.


At least yang ni dah ada bentuk.


Yang ni huruf V. Ada 2 batang. So, harga memanglah mahal sket kan.

Ok, selesai satu bab. Seterusnya, saya akan tanam pokok ni dan pasang rumput artificial kat rumah saya.

Nanti saya update kat sini ok.

Stay tune.

Kalau anda cari rumput Jepun murah, leh KLIK SINI

Nak tengok gambar rumah saya punya landscape yang dalam proses disiapkan, leh KLIK SINI

Wassalam.

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

DVD Rahsia Pelajar Cemerlang

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my, "Motivating And Inspiring Others"

Saya doakan Allah sentiasa merahmati kita, diberi kebahagiaan hidup kepada kita di dunia dan di akhirat.

Kenali Saya


Mohd Firdaus Mat Saad, University of Sheffield. UK


Nama saya Mohd Firdaus, berasal dari Parit Buntar Perak.

Saya merupakan seorang usahawan dalam bidang ternakan ayam daging, seorang kontraktor, penceramah motivasi dan penulis buku.

Ketika di sekolah rendah, saya banyak bermain dan tak score dalam UPSR. Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang untuk belajar di SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang. Ketika PMR Alhamdulillah saya memperoleh 9A dan layak masuk ke MRSM Taiping. Di sini, saya memperoleh 9A dalam SPM dan layak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Electrical Engineering di United Kingdom. Pada tahun itu, saya menjadi pelajar terbaik di Departmen dan memperoleh First Class Honours serta Best Final Year Project.

Since saya dah berjaya dalam pelajaran, saya banyak kongsikan teknik pembelajaran saya dalam bentuk penulisan dan ceramah motivasi.

Ini adalah antara hasil karya saya.


3 Buah buku Fizikal ini berharga RM66 sahaja. Ebook 3 buah buku ini pula dijual pada harga RM30. Untuk makluman, ebook dan 3 buku ini sudah dijual hampir 10,000 unit. 


Penceramah Motivasi

Kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda DVD Rahsia Pelajar Cemerlang yang saya terbitkan. 

DVD Rahsia Pelajar Cemerlang

Terima kasih kerana berminat dengan DVD Rahsia Pelajar Cemerlang.

 DVD I Believe I Can Fly

DVD I Believe I Can Fly sebenarnya dijual pada harga RM30. Postage RM7.30, so total RM37.30.

Tetapi saya berbesar hati nak beri kepada anda PERCUMA. Anda hanya perlu bayar kos pengurusan dan penghantaran sahaja iaitu RM10.

DVD 1 ini lebih kepada akademik. Iaitu teknik yang anda boleh gunakan untuk bantu anak anda jadi pelajar cemerlang. 100% about teknikal cara belajar dengan betul.

Ada 11 Teknik Pembelajaran Berkesan Kesemuanya. Trust me, saya share teknik yang sangat bagus macam mana saya belajar dahulu sehingga saya jadi best student di university di luar negara dulu.

Antara Teknik Yang Dikongsikan :

i. Teknik belajar mudah tapi berkesan
ii. Teknik mudah faham dalam kelas
iii. Teknik menulis nota
iv. Teknik menghafal yang betul
v. Teknik memantapkan pemahaman dan hafalan
vi. Shortcut untuk atasi masalah susah faham
vii. Rahsia terbesar kejayaan yang pelajar WAJIB tahu.

Tersangat rugi kalau anda tak kongsikan dengan anak anak anda.

Siri 2 Dan 3 DVD Rahsia Pelajar Cemerlang

Saya nak share, DVD ini juga ada siri kedua dan ketiga.

 DVD Kedua - Seminar Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang

DVD ini lebih kepada pendidikan akhlak dan sahsiah anak anak hari ini.

Kalau anda perhatikan, ramai pelajar dan anak muda hari ini agak lemah dari segi akhlak dan sahsiah. So saya sentuh bab ini dalam DVD kedua.

Antara topik yang ditekankan dalam DVD Seminar Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang :

i. Teknik betul menulis dan menetap matlamat dalam kehidupan
ii. Teknik 'short cut' untuk berjaya dalam kehiduapn
iii. Adab pelajar dengan rakan, ibu bapa dan guru
iv. Kepentingan jaga hubungan dengan Allah.
v. Komitmen dalam kehidupan
vi. Teknik bertindak LUAR BIASA untuk 'menarik' kejayaan datang kepada kita

Harga DVD ini adalah RM30 sahaja seunit.



DVD Ketiga - Now Everyone Can Be A Millionaire

You cannot miss this one. This is SOOOOO GOOOD.

Saya tekankan kepada pelajar untuk jadi usahawan dan jutawan selepas habis belajar nanti.

Antara yang dikongsikan dalam DVD 3 :

i. Pengalaman macam mana saya mulakan perniagaan selepas habis belajar
ii. Kenapa pelajar perlu jadi kaya dan berjaya
iii. Ciri ciri usahawan berjaya
iv. Perkongsian pengalaman saya berjaya dalam perniagaan.
v. Pendapatan Aktif, Pasif.

Harga DVD ini adalah RM30 sahaja seunit.

Untuk makluman, pihak sekolah biasanya membayar saya RM3000 untuk saya sampaikan seminar sebegini disekolah.

Namun, saya tak sempat untuk pergi ke semua sekolah di Malaysia untuk berkongsi semua rahsia dan pengalaman ini.

Tawaran Istimewa Untuk Anda

PAKEJ A :



DVD SEMINAR I BELIEVE I CAN FLY

1 UNIT SAHAJA = PERCUMA

Anda bayar duit pengurusan dan penghantaran sahaja iaitu RM10. 

Jika masih tak mampu kerana harga ini mahal, let me know. SAYA AKAN BERIKAN PERCUMA. 

Biarlah saya berkorban segalanya untuk memandaikan anak bangsa saya.

PAKEJ B :


Kini, anda berpeluang untuk miliki ketiga tiga DVD ini untuk bantu anak anda pada harga istimewa.

Berapa harga tawaran untuk 3 DVD ini?

Harga Biasa 3 DVD = RM90 + RM7.30 = RM97.30

Saya nak offer Super Duper Special Price.

Anda hanya perlu bayar RM50 termasuk postage. Saya berikan anda 3 DVD seperti gambar di atas.

PAKEJ C :



Kalau anda ambil 3 Set X 3 DVD, may be anda nak share dengan jiran, kawan atau saudara.

Harga PROMOSI hanya RM100 sahaja untuk 3 SET x 3 DVD termasuk postage.

Testimoni Penonton



Testimoni dari parents


Testimoni Pelajar Program Now Everyone Can Fly - Daniel


Testimoni Pelajar Program Now Everyone Can Fly - Putri


100% Money Back Guarantee



Untuk makluman anda, DVD yang saya jual ini ada 100% Money Back Guarantee..

Jika selepas anda beli, then anda rasa ilmu yang saya kongsikan ini tidak bermanfaat or anda rasa biasa biasa sahaja.

Please let me know. Saya akan berikan pulangan wang kepada anda. Anda tak rugi satu sen pun.

Percayalah, apa yang saya kongsikan adalah ILMU YANG SANGAT LUAR BIASA. Pendedahan awal kepada pelajar bagaimana untuk mereka berjaya dengan lebih mudah, bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi kejayaan di akhirat.

Jika Berminat Nak Beli :

Bank in :

Akaun       : MAYBANK
Nama        : MOHD FIRDAUS MAT SAAD
No Akaun : 152116040160
Phone        : 019-5782515
Emel         : mariafirdausblog@yahoo.com

Lepas tu, sila bagi beritahu saya anda pilih  :

Pakej A  - RM10 ( Caj Pengeposan Dan Penghantaran - Harga Asal RM30 )

1 DVD Seminar I Believe I Can Fly

Pakej B - RM50 ( Harga Asal RM90. Anda Jimat RM40 )

1 DVD Seminar I Believe I Can Fly
1 DVD Seminar Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang
1 DVD Seminar Now Everyone Can Be A Millionaire

Pakej C - RM100 ( Harga Asal RM270. Anda Jimat RM170)

3 DVD Seminar I Believe I Can Fly
3 DVD Seminar Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang
3 DVD Seminar Now Everyone Can Be A Millionaire

Then bagi detail:

Nama Penuh
Alamat
No Telefon

Sila sertakan resit pembayaran. Saya akan pos kepada anda dalam tempoh 24 jam.

Jika Tak Mampu Beli

Kalau anda tak mampu nak beli, please let me know.

Sebab saya akan beri PERCUMA. Tolong saya untuk bantu anak anda, especially DVD 2. Saya banyak sentuh bab akhlak pelajar hari ini.

Itu sahaja yang saya termampu untuk bantu anak anda.

Sebagai ummat Islam, saya dah jalankan amanah yang Allah berikan kepada saya. Selebihnya, tugas anda sebagai ibu bapa untuk menjalankan amanah yang Allah berikan kepada anda terhadap anak anak anda.

Semoga sedikit perkongsian saya ini membantu anak anak kita agar mereka semua berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Penceramah Motivasi Luar Biasa

Kejar Akhirat Jangan Lupa Dunia

$
0
0

Kejar Akhirat Jangan Lupa Dunia
==========================

Semasa usrah di universiti dulu, ada kawan yang pernah terbaca satu hadis mengenai Wahan.

Sehingga hari ini, ia masih segar dalam ingatan saya.

Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana bilangan kami sedikit pada hari itu?”

Nabi s.a.w menjawab.

"Bahkan kamu pada ketika itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan."

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI."

Sejujurnya, sehingga ke hari ini. Saya sangat takut dengan WAHAN ini.

Ia seperti mencintai dunia dan takutkan kematian.

Sejujurnya, saya cuba menyeimbangkan antara kejar akhirat tanpa melupakan nasib saya di dunia.

Anda ingat senang nak bagi jadi balance?

It's not easy.

Melihat kehidupan saya sekarang, maksud saya dalam setahun dua ini.

Saya rasa, saya seolah olah 'terjangkit' penyakit wahan ini.

Dan saya sering ingatkan diri saya.

"Firdaus, berhati hati dengan 'dunia'."

Anda mungkin boleh nampak, Alhamdulilah. Allah bagi terlalu banyak nikmat kepada saya sekeluarga.

Sejujurnya, saya sangat bersyukur dengan semua nikmat yang Allah bagi.

Saya selalu ucapkan Alhamdulillah bila teringat nikmat nikmat yang Allah bagi.

Bila saya tengok rumah saya, saya ucap.

"Alhamdulillah, ya Allah terima kasih bagi aku rumah macam ni."

Bila saya tengok kereta saya, saya selalu ucap.

"Ya Allah, terima kasih bagi aku peluang pakai kereta ni. Tolong aku mudahkan bayar ansuran kereta ini."

In fact, bila tengok isteri dan anak anak. Saya selalu cakap pada diri sendiri.

"Ya Allah, terima kasih atas segalanya....."

TAPI .........................

Saya tak boleh lari dari teringat kepada penyakit WAHAN ini.

Perkataan WAHAN ini mengganggu hidup saya.

Ada kalanya, saya rasa dalam diri sendiri seolah olah macam ni.

"Firdaus, berhati hati dengan dunia... Ia hanya sementara. Semua ini akan ditinggalkan..... Akhirat yang akan kekal abadi. Pastikan bekalan ke sana cukup...."

Saya bersyukur, saya disekelilingi oleh sahabat sahabat yang soleh yang selalu mengingati saya tentang agama.

Kami kami bergelak ketawa, tapi bila ada masa yang nampak ada kenkawan terbuat silap. Mereka beri teguran dengan cara yang sangat berhemah dan tiada yang berkecil hati.

Alhamdulillah.....

Sebab tu lah saya rasa, penting gila untuk kita berada di sekeliling mereka yang mencintai akhirat dan tidak melupakan dunia.

Bila bercakap bab akhirat, ada beberapa perkara asas yang akan terus menghantui diri saya.

"Firdaus, jaga solat berjemaah.. Solat awal waktu...."

"Firdaus, baca Al Quran setiap hari...."

"Firdaus, jangan lupa nasib jiran jiran dan saudara mara yang susah...."

"Firdaus, tolong orang lain....."

Macam macam lah....

It's not easy.

Bebaru ni, ada sorang sahabat bagi buku kat saya .Dia kata, bacalah. Buku ni bagus.

Saya biasanya tak baca buku dari page depan sampai belakang.

Yang saya buat, buka satu page. Baca topik tu bagi faham.

Dan so to happen, hari ni saya buka buka tu.

Terbaca bab "Kejar akhirat tanpa melupakan nasib di dunia..."

Saya terasa seolah olah Allah sedang memperingatkan saya mengenai hal ini.

Hidup di dunia hanyalah sementara.

Kita duduk di dunia ni kejap saja.

So sama samalah kita bersiap untuk ke sana.....

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.

Usahlah kita terlalu mencintai dunia sehingga kita lupa nasib kita di akhirat sana.

Jadikan akhirat matlamat hidup kita. Insya Allah. Kita akan berjaya dulu kini dan selamanya.

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Tips Kalau Nak Upgrade Kereta

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Saya terbaca satu entri oleh Khairul Ezuwan ( KEY) di Facebook. Bagus entri ini. Anda boleh baca.

Suka Upgrade Kereta ? Cuba guna Kaedah ini
====================================
Buat pembiayaan kenderaan untuk tempoh pembiayaan 9 tahun sudah tidak relevan buat masa kini KECUALI anda nak upgrade kereta selepas 9 tahun atau Memang tak nak tukar Kereta lain . 

Depreciation kereta hari ini makin Tinggi & cepat. Kebanyakan orang terbantut nak upgrade Kereta Hari ini disebabkan bila trade in kereta Kena tambah duit RM5,000- RM20,000 bergantung kepada jenis & jenama kenderaan. 

Puncanya adalah tempoh pembiayaan 9 tahun tidak selaras dengan penurunan harga kereta waktu ini.
Mungkin kaedah ini boleh diguna pakai.

Contoh:

Deposit : 10%
Tempoh pembiayaan : 6 tahun
Budget bayaran bulanan : RM600
Kereta : ??

KERETA PERTAMA
Deposit 10% = RM4,000
Budget Bayaran bulanan : RM600
Harga Kereta = RM40,000
Jumlah pembiayaan = RM36,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3.45% setahun
Beli Kereta = New Saga 1.3 CVT STD✔️
Value Kereta Saga selepas 4 tahun = RM24,000
Baki hutang selepas 4 tahun = RM13,000
Refund cash selepas trade in = RM11,000
Katakan selepas 4 tahun gaji anda sudah meningkat , anda budget bayaran bulanan untuk kereta RM900. Kekalkan pembiayaan 6 tahun sahaja.

KERETA KEDUA
Deposit : RM11,000 (guna duit trade in Kereta saga)
Budget Baru bayaran bulanan = RM900
Harga kereta = RM68,000 - (discount RM2,000 ) = RM66,000
Jumlah pembiayaan = RM55,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun.
Beli Kereta : New Toyota Avanza 1.5✔️
Value kereta Avanza selepas 4 tahun = RM45,000
Baki pembiayaan selepas 4 tahun = RM20,000
Refund cash selepas trade in = RM25,000
Selepas 4 tahun gaji meningkat lagi, budget bulanan anda untuk kereta RM1,200

KERETA KETIGA
Deposit : RM25,000 (Guna duit trade in kereta Toyota Avanza
Budget baru bayaran bulanan : RM1,200
Harga Kereta = RM98,000
Jumlah pembiayaan = RM73,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun.
Beli Kereta = Ford Ranger 2.2 XLT✔️

Lepas tu Kereta apa? pandai-pandai la Anda pilih sendiri

*Kepada yang dah Habis bayar Hutang Kereta tidak mahu berhutang lagi, Itu mungkin yang Terbaik untuk anda.

*Kepada yang terus nak gunakan tempoh 9 tahun , Itu terpulang kepada anda, mungkin di situ keupayaan & keperluan anda.

*Status ini sekadar idea bagi mereka yang mahu upgrade kereta dengan cara yang lebih Baik .

1. Tidak perlu trade in Kereta dengan terpaksa menambah duit bila jumlah hutang melebihi value semasa kereta.
2. Tidak perlu mengeluarkan deposit dari cash sendiri. Hanya menggunakan value trade in.
3. Deposit yang tinggi hasil dari trade in Kereta sebelumnya.

-KEY-

Semoga bermanfaat yer...

Wassalam...

Kenapa Air Kencing Berwarna Kuning Terang Bila Makan B-Complex?

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Maria doakan anda semua sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah. Terima kasih kerana melawat blog kami :)
Semalam ada customer yang mengadu katanya warna air kencing (urin) jadi kuning terang selepas ambil vitamin Shaklee, especially vitamin B-Complex. (Biasanya urin warna kuning pucat)

Jadi ada yang risau, ingatkan ada penyakit! Jangan lah risau yer.

Sebenarnya vitamin B-Complex ini adalah vitamin larut air (water soluble), jadi ia sangat cepat larut dalam salur darah dan terus ke urin.

Ia adalah proses semulajadi menyingkirkan lebihan RIBOFLAVIN (VITAMIN B2) yang tidak diserap oleh badan, dan terus keluar melalui air kencing, menyebabkan ia menjadi warna kuning terang!

Ia bukanlah bermaksud kita terlebih dose, tapi adalah antara petanda buah pinggang kita sihat dan berfungsi dengan baik. 

Syukur Alhamdulillah :)


Fungsi dan Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee. 



CARA MENENTUKAN TAHAP KESIHATAN MELALUI WARNA AIR KENCING

Sebenarnya, melalui warna urin kita juga boleh tentukan tahap kesihatan kita.

Ini antara contohnya:-

KUNING PUCAT - Warna urin normal dan cukup hidrasi.

KUNING TERANG– Warna urin akibat pengambilan vitamin B-Complex.

KUNING GELAP– Warna urin akibat pengambilan vitamin B-Complex, dan kemungkinan dehidrasi. Sila tambah jumlah air minuman anda!

OREN - Warna urin akibat pengambilan vitamin Carotomax, dan kemungkinan dehidrasi. Sila tambah jumlah air minuman anda!

KECOKLATAN - Warna urin akibat pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati. Sila rujuk doktor anda.

KERUH - Jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN– Jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN– Kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome






Cara menentukan tahap kesihatan melalui warna urine. 


Jadi janganlah risau yer kalau warna urin jadi kuning terang lepas ambil vitamin B-Complex. Ia adalah NORMAL.

Tapi kalau warna kuning gelap, ia mungkin petanda anda tak minum air secukupnya.

Pastikan anda minum air mengikut jumlah yang disarankan bergantung berat badan anda.


Berapa banyak air perlu minum dalam satu hari. 

Maria harap info ini dapat memberi manfaat kepada anda. Silakan share kepada yang lain.

Sharing is caring!

Thanks for reading! :)

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 



Pengalaman Bercuti Di Pulau Pangkor 2 Hari 1 Malam

$
0
0


Pengalaman Percutian di Pulau Pangkor pada Disember 2016. 


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Percutian Geng Lelaki

Saya ada beberapa orang kawan lelaki yang Alhamdulillah, kami semua sangat rapat. 

Saya suka berkawan dengan mereka sebab banyak benda yang cara pemikiran kami sama. 

Jadi senang bila nak plan satu satu kerja dan aktiviti bersama.

Dulu, kami bercuti bersama di Krabi, Thailand untuk pakej 3 hari 2 malam.

Sepatutnya, kami bercadang untuk ke Phuket, Thailand untuk bercuti 4 hari 3 malam.

Tapi, disebabkan oleh keadaan banjir di Thailand minggu lepas, perancangan ke sana ditangguhkan ke tarikh lain dan kami ke Pulau Pangkor untuk bercuti bersama.

Untuk makluman anda, jenjalan dengan geng lelaki saja ada ke'best'an yang tersendiri. Kita boleh buat apa yang kita nak buat dan tak perlu fikir pasal orang lain.

Bercuti dengan anak anak lain caranya, kena bawa tempat yang betul dan mereka tak boring disamping kena jaga keselataman semua orang yang di bawah.

So, sesekali berjalan dengan geng lelaki saja.... It's quite good. Terasa jadi 'bujang' seketika.

Trip Ke Pulau Pangkor 2 Hari 1 Malam

Peserta trip kami kali ni 4 orang. Saya, Okaz, Dr Rezqa dan Asraq. 


Masalah utama mereka ini, mereka suka makan. Jumpa aja tempat sedap, "Makan". So terpaksalah ku layan saja. Ini tempat pit stop pertama kami. Belum apa apa lagi. Teringat nak makan Subway. Semua makan Subway. Thanks Okaz. Awal awal lagi dah jadi funder. Ni yang best berjalan ngan dia orang ni. 


Ok. Tiba di Jeti Lumut sekitar jam 2.15 petang. 


Memang rezeki kami, tak perlu tunggu lama. Masa kami tiba bot dah nak berlepas. Kiranya masuk bot, then bot terus jalan. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Kalau tak nak kena tunggu lagi sejam pulak.

Untuk makluman, harga tiket pergi balik naik bot adalah RM10 untuk dewasa. Bagi saya sangat murah. Pergi balik pulak tu. Tapi tiket kena simpan, jangan hilangkan untuk digunakan masa balik.


Since kami tiba lewat kat bot tu, semua tempat duduk dah penuh. Terpaksalah kami berdiri di luar sahaja dekat dek atas.


Gambar solo dulu... 


Dr Rezqa. Senior saya di SMKA Al Mashoor, MRSM Taiping dan di University of Sheffield. Ditakdirkan Allah, perjalanan hidup kami dalam pelajaran agak sama.


Dalam 30 minit, kami tiba di Pulau Pangkor. Perancangan asal nak sewa motor sahaja. RM35 untuk sehari satu motor. Kami sewa la 2 motor.


Tapi bila tiba saja di sini, dah terasa nak sewa kereta pulak. Kami dapat sewa kereta RM70 sehari. So, kira lagi mudah untuk kami travel bersama.


Di jeti Pangkor tu, ada teksi warna pink dan kuning ni. Kalau anda tak banyak aktiviti dan tak plan nak jalan banyak sangat di Pangkor, naik van pink ni pun ok. Harga sangat murah.


Haha.. Kami sewa kereta iswara 'buruk' ni jer. RM70. First thing, isi minyak dulu. Baguih punya dok ada, kereta ni tersangat 'kesian'. Rasanya dah banyak kali eksiden tu. 

Since jalan geng bujang, tak kisah lah. Janji boleh jalan dah.

Di Pangkor, kami stay di Pangkor Bay View Resort. Saja kami pilih hotel ni sebab ada swimming pool. Lagi pun sewa agak murah. Hanya RM195 untuk 4 orang satu hari satu malam. Hotel ni terletak di Teluk Nipah.

Ok, jika anda plan nak ke Pangkor. Teluk Nipah is quite a good place. Anda boleh ajer ke sini. Then tak perlu dah nak ke mana mana lagi. Sebab Pangkor ni memang tak besar pun. Di sini dah ada semuanya.


Setiba di hotel, lepas dah solat kami terus turun ke pantai sebab hotel kami ni memang tepi pantai aja. Memang best. Cadangan asal, kami nak naik bot ke Pulau Giam untuk snorkling dan mandi laut.


Punyalah bersemangat kami nak pi mandi laut. Sekali boat man kata, petang ni tak sesuai abang naik bot. Bot sekarang sedang bergelora kuat. So, terpaksalah ditangguh ke esok pagi.


Sambil sambil ushar pantai, kami makan char kuew tiaw dan jagung bakar. Hmmm.. Sedap....


Since tak boleh nak mandi laut, so kami mandi kolam ajer lah. Okaz nak tunjuk skill cara terjun yang betul. Huhu Okaz.. cara bengkok kaki tu dah tak betul...


Macam ni caranya kalau nak terjun... Hehe...


Fuh.. Puas hati. Cantik tak gambar ni? Ha.. ni la penangan Huawei P9. Boleh buat 'bokeh' dengan sangat mudah.


Okaz memang suka mandi swimming pool....


Mak pesan kat Rezqa, "Hang tu tak tau berenang.. jangan mandi laut....." 

Huhu.. So, mandi kolam ajer la mak..... Terpaksalah pilih kolam paras dada buat Rezqa.


Lepas mandi kolam, next destination. Kami ke Kota Belanda. Rupa rupanya Kota Belanda ni dekat aja dengan jeti.

So, my advice. In case anda nak mudah for your trip, ambil aja teksi dari Jeti, singgah ke Kota Belanda dulu, bergambar dalam 10 minit. Then terus ke hotel anda di Teluk Nipah. Itu lagi mudah berbanding nak sewa kereta. Sebab teksi pun murah aja sebenarnya.


Muka marah tu.. Menahan kesabaran sebab Belanda tawan Perak dulu. Kalau ikut sejarahnya, Kerajaan Perak benarkan Belanda untuk masuk Pangkor kerana takut diserang oleh Siam. So, kiranya Belanda akan mempertahankan Perak dari serangan Siam. So, mereka binalah kota ini di tepi laut.


Senyum lebih sket Dr Rezqa...


Senyum macam ni la... 


Senyum bagi nampak gigi sket... Baru cun dalam gambar..


Okaz pun nak bergambar dengan meriam ni.


Gaya seorang Doktor Pakar.


"Hampa dok layan ambil gambar, baik aku layan jagung bakar ni...."


Dari Kota Belanda, dalam 2 minit perjalanan menaiki kereta, kami jumpa Masjid Terapung ni. Tapi belum siap lagi. Masih dalam proses pembinaan. So kami tak boleh bersolat di sini lagi.


Then kami menunaikan Solat Maghrib berjemaah di masjid dekat area Jeti Pangkor. Alhamdulillah, masjid yang sangat cantik.


Dinner time... Dia orang ni kalau makan memang no 1. Mesti nak makan yang sedap sedap. So, apa lagi, belasah la. Kami ambil pakej 4 orang RM115 punya makanan. Macam macam ada.


Ambil sotong ni untuk sotong goreng tepung.


Ambil ikan merah. Separuh masak stim dan separuh lagi buat bakar. Fuh....


Makan atas pasir tepi laut. Memang mendamaikan... Kami makan ni dekat Teluk Nipah. FYI, dekat area Teluk Nipah ni ada macam macam. So it's good kalau anda pilih hotel dekat situ.


Ambik hang....  Ikan bakar, Ikan masak stim. Tomyam ayam. Ketam masa lada. Udang masak kari. Sayur kangkung ikan masin,.


Tidak dilupakan. Sotong goreng tepung. Fuh... Dah lama tak makan kenyang macam ni. Memula ku cakap, "Kalau tak habis ni kita tapau la..."

Mereka jawab, "Apa barang tapau... kasi habis la...."


Pagi keesokan harinya, kami mulakan aktiviti dengan berjogging di tepi pantai sekitar 1.5km pergi dan balik.


Memang syok jenjalan kat sini...


Ni trademark saya. Pi memana pun akan ambil gambar gaya ni....


Ada orang nak tiru pulak... Terus tak jadi..


Ok, next aktiviti. Buat island hooping dan snorkling serta mandi pantai. Banyak pakej ada kat sini. So anda boleh pilih mana yang anda suka. Still di Teluk Nipah. Sebab tu saya cakap, kalau anda ke Pangkor, Teluk Nipah is quite good.


Adoyai.... Sabar bang sabar.. Snorkling dalam laut la. Bukan kat darat.


Safety first. Dalam bot mesti pakai life jacket. Dah la semua tak reti nak berenang. Kebolehan Huawei P9 untuk 'bokeh' memang terserlah. Gambar terus jadi cantik dengan hanya satu klik sahaja.


Penangan Huawei P9. Selfie gambar muka mesti cun. Biarpun muka ku actually tak cun. Tapi di cunkan juga oleh phone ni..


Okaz teruja nak mandi laut.


Buat gambar monochrome pulak.


Batu ni nampak macam kepala buaya sedang nak naik ke darat. Kalau air surut, boat man tu cakap akan nampak tangan dia  sebelah kanan. 


Selepas siap buat island hooping, kami terus ke destinasi nak mandi.


Apa cerita pun, sarapan dulu lah. Kami dibekalkan roti 10 biji untuk bagi ikan makan masa snorkling.


Kesedapan sehingga menjilat jari. Again, bokeh dari Huawei P9.


Selesai ber snorkling. Kami nak balik pantai dah... Kami mandi ni di Pulau Giam. Dekat dekat dengan Teluk Nipah gak.


Sampai ke tepi pantai, kami ditawar untuk main game air pulak. Harga RM200 untuk 4 orang untuk 3 permainan. Apa lagi, layan la. Bukan senang nak main macam ni kalau bawa family. Since semua dah jadi bujang. So, kami pun layan...


Naik atas ni sambil baring, pegang kuat kuat dan akan ditarik oleh speed boat. Memang best lah.


Ke kiri ke kanan. Fuhhhh. Memang best lah.


Boooommmmm... Terpelanting jatuh ke dalam air dah Okaz. Rezqa masih bertahan atas pelampung tu.


Sekali ku tengok, uik.. Tak lah dalam pun kat sini.


Naik games ni pulak.  Macam naik motor superbike. 4 orang naik sekali.


Bot memecut laju.


Pusingan seterusnya. Kami suruh boat man laju lagi. Yang tadi tak mencabar.


Bila bawa laju apa lagi, "Boommmmmm..." Semua jatuh dalam air kecuali Rezqa...


Semua tak boleh nak panjat balik naik bot tu.


Tak boleh nak panjat naik, akhirnya kami ditarik ke tepi pantai guna tali untuk naik kembali.


Sambung lagi. Memang best lah.


Sekali lagi... "Boommmmm" Jatuh lagi dalam air. Memang laju betul brother ni bawa boat. 

It is a very nice experience for everyone of us.


Jam 12 tengah hari, kami check out dan berangkat pulang ke Jeti kembali.


Kegembiraan jelas terpancar di wajah Dr Rezqa. "Memang puas hati trip kali ni.. Next trip, Pulau Redang pulak."

Ok set...


Okaz di jeti. Tengok balik gambar gambar yang diambil sepanjang perjalanan kami ini.


Alhamdulillah, bot dah sampai. Jom pulang ke rumah...

Syukur Alhamdulillah.

Its a very nice trip.

Keseluruhannya, kami belanja 4 orang sekitar RM800 sahaja untuk percutian ini.

1. Tiket Feri = RM40
2. Sewa Kereta = RM70
3. Minyak Kereta = RM15
4. Minum Petang = RM20
5. Makan Malam = RM115
6. Island Hooping Dan Snorkling = RM100
7. Main 3 games boat = RM200.
8. Sewa Hotel = RM195 

Total tak sampai RM800. Amcam? Best tak.

Apa pun, percutian macam ni banyak bergantung pada nasib. Kalau cuaca hujan. Keras la anda dalam bilik.

Sebab tulah kami pilih hotel yang ada swimming pool. Just in case. Hotel Pangkor Bay View ada swimming pool. Terletak di Teluk Nipah dan sewanya murah.

Alrite.

Till then.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Boleh la anda merancang percutian bersama rerakan atau kenkawan.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Do You Have Anything To Say? Please Leave Your Comment Here !!!!


Buku Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Anda mahu bantu anak anda jadi pelajar cemerlang? Berjaya dunia dan akhirat? Izinkan saya membantu anda.

Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang


Kisah Motivasi Penuh Inspirasi

Buku Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Untuk makluman anda, saya merupakan penulis untuk ketiga tiga buku ini.


3 Buah Buku Dalam Satu Siri : Rahsia Pelajar Cemerlang

Buku 1 - Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom


Buku 1 : Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom 


Baca Testimoni Dari Dr Shukri Abdullah.


"Akak sangat terkesan membaca 'Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom, air mata mengalir....."


"Perkongsian yang sangat menarik. Kak menitis air mata...."

"Kenapalah motivasi macam ni tak ada masa zaman aku dulu...."


"Ebook terbaik yang pernah akak baca....."


"Saya termotivasi dengan ebook ini"

Ketebalan Ebook : 180 Muka Surat
Ketebalan Buku Fizikal : 141 Muka Surat

Kisah Dalam Buku Ini :

Apa yang ditulis dalam Buku Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom adalah kisah benar kehidupan saya semasa bergelar pelajar dahulu. 

Saya seorang anak kampung yang lahir dari keluarga yagn biasa biasa. Ketika di sekolah rendah, saya tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Saya tak layak memohon untuk masuk ke mana mana MRSM atau pun sekolah berasrama penuh.

Syukur Alhamdulillah. Saya diterima masuk ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang.

Di situ hidup saya mula berubah. Saya mula belajar bersungguh sungguh dan memperoleh 9A dalam PMR. Kemudian, saya memasuki MRSM Taiping dan berjaya memperoleh 9A dalam SPM.


Saya kemudian berkongsi pengalaman saya belajar di University of Sheffield sehingga menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.

Saya kongsikan dalam buku ini banyak gambar gambar menarik yang saya ambil semasa melancong di Eropah dahulu.


Ketika bermain salji di Switzerland


Ketika di London

Anda bacalah Ebook / Buku ini. Berikan kepada anak anak anda. Semoga mereka akan terinspirasi dengan kejayaan saya dan memberi semangat kepada mereka untuk belajar bersungguh sungguh. 

Banyak cerita yang saya kongsikan dalam ebook ini. Tersangat rugi jika anda tidak membacanya.

Buku Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang


Buku 2 : Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Ketebalan Ebook : 175 Muka Surat
Ketebalan Buku Fizikal : 169 Muka Surat

Kisah Dalam Buku Ini :

Buku ini adalah kesinambungan dari Buku Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom. 

Jika buku pertama menceritakan perjalanan hidup saya sebagai pelajar, kisah jatuh bangun saya dan bagaimana saya bangkit kembali tetapi buku Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang pula berkongsi rahsia bagaimana saya dan 3 adik beradik yang lain menjadi pelajar cemerlang di universiti terkemuka di luar negara.

Saya dedahkan mengapa ramai pelajar gagal dan terus gagal dalam pelajaran mereka. Saya kongsikan mengapa mereka harus menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya dunia dan akhirat.

Selain itu, saya dedahkan 25 tips rahsia bagaimana saya dan adik beradik saya yang lain belajar dahulu. Antara tips yang saya dedahkan :

1. Rahsia bagaimana mudah faham di dalam kelas.

2. Rahsia bagaimana untuk menguruskan masa di kalangan pelajar

3. Tips bagaimana untuk buat persediaan sebelum, semasa dan selepas kelas

4. Tips menghadapi peperiksaan

5. Rahsia bagaimana untuk baca tempat di mana soalan peperiksaan keluar

6. Rahsia bagaimana untuk menjawab soalan peperiksaan seperti skema jawapan

7. Doa yang perlu di baca oleh pelajar dan ibu bapa

8. Akhlak yang perlu ditampilkan oleh pelajar terhadap rakan, guru dan ibu bapa

9. Perkongsian sifat sifat pelajar cemerlang. 

Kesemua tips yang dikongsikan ini adalah teknik yang telah saya dan adik beradik saya yang lain gunakan semasa kami belajar dahulu.

Buktinya :

i. Abang Sulung Norafizal Mat Saad - First Class Honours, UMIST, Manchester, UK

ii. Abang Kedua Arman Zaharil - Consultant In Plastic Surgery, Trinity College Dublin, Ireland

iii. Adik Bongsu Mohd Dzuha - Master In Mechanical Engineering, University of Sheffield, UK.

Buku Rahsia Pelajar Luar Biasa


Ebook 3 : Rahsia Pelajar Luar Biasa 

Ketebalan Ebook : 75 Muka Surat
Ketebalan Buku Fizikal : 95 Muka Surat

Kandungan Dalam Buku Ini :

Buku ini adalah kesinambungan daripada Buku Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. 

Dalam buku ini saya kongsikan 11 rahsia bagaimana untuk mengubah destinasi hidup pelajar dari pelajar yang biasa biasa menjadi pelajar yang luar biasa.

Antara tips yang dikongsikan di dalam ebook ini adalah :

1. 11 Rahsia besar untuk menjadi pelajar luar biasa

2. Teknik bagaimana mengubah cara berfikir

3. Bagaimana menetap matlamat dalam kehidupan

4. Bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang'multi-tasking person'.

5. Bagaimana mengenali potensi diri

Baca dan hayatilah, semoga anda dapat membantu anak anda mengubah hidup menjadi pelajar luar biasa.

Harga Buku Fizikal

i. Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom = RM24 
ii. Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang = RM20
iii. Rahsia Pelajar Luar Biasa = RM20
iv. Postage = RM7

Total 3 Buku + Postage = RM70 sahaja.

Harga Ebook

Harga Untuk Ketiga Tiga Unit Ebook Ini Adalah RM30 Sahaja.


SILA BUAT BAYARAN SEBELUM DOWNLOAD

Anda boleh buat bayaran di sini : 

Nama Bank : Maybank
Nama Akaun : Mohd Firdaus Mat Saad
Nombor Akaun : 152116040160 

Untuk Belian Buku Fizikal, Sila Whatsapp Saya : 019-5782515 untuk beri Nama, Alamat Dan Bukti Bayaran.

Anda Tak Mampu Beli?

Jika anda orang susah, anda tak mampu nak beli ebook ini. Wang RM30 terlalu besar buat anda. Tapi anda mahu melihat anak anak anda berjaya dalam kehidupan mereka.

Usah risau. 

Anda boleh download Ebook ini secara PERCUMA. 

Anda tak perlu bayar. Saya halalkan. Apalah sangat RM30 ini jika nak dibandingkan dengan kejayaan anak bangsa saya dalam kehidupan mereka.

* Jika Anda / Suami Merokok !!! Anda Tak Termasuk Dalam Golongan Mereka Yang Layak Dapat Ebook Ini Percuma.

Apa Kata Mereka Yang Dah Baca

Anda bacalah apa yang telah dikongsikan oleh mereka yang sudah baca ebook ini.


"Anak anak sebelum ni susah sket nak belajar. Lepas dah amal formula tuan, prestasi mereka semakin meningkat di dalam kelas dan akhir tahun ini, ketiga tiga anak saya mendapat tempat pertama dan menjadi pelajar contoh."









Saya doakan, anak anak anda akan menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Jom kita majukan anak bangsa kita.

Wassalam


Hj Mohd Firdaus Mat Saad
Pelajar Terbaik
Department Electrical Engineering
University of Sheffield, United Kingdom.

Viewing all 919 articles
Browse latest View live