Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Projek Tanaman Kelapa Pandan Di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat

$
0
0
 
Projek Kelapa Pandan

Assalamualaikum, 

Baru baru ni, saya ada buat kutipan projek kelapa pandan untuk sekolah anak saya iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.

Buat Rerakan Yang Menyumbang Projek Kelapa Pandan
===========================================

1. Alhamdulillah, kutipan terkumpul Projek Kelapa Pandan adalah RM3170. Ini yang bank in ke akaun saya. Dan selebihnya ada yang diberi secara tunai.




Untuk 11-14 Ogos, ada lagi sumbangan yang masih diterima. Tapi tak sempat nak screenshot kat sini.

2. 70% daripada jumlah sumbangan adalah dari rakan FB saya. Terima kasih atas sokongan anda.

3. Saya dah beli benih kelapa pandan siam. Harga satu RM15. Saya beli 150 biji benih kelapa. Then saya beli baja akar, bajar pokok, racun daun dan racun ulat untuk pokok kelapa ini semua.

4. Proses menanam kelapa pandan akan bermula pada hari Ahad ini.

5. Seriously, anda patut bersyukur kerana Allah pilih anda untuk sumbang bagi projek ini. Sebab hasil projek ini akan diserahkan sepenuhnya kepada PIBG SKPTM nanti.

6. Duit ini nanti akan digunakan untuk manfaat pelajar.

7. Saya menjangkakan, hasil akan diperoleh selepas 3 tahun dan boleh bertahan sehingga 15 tahun.

8. Berdasarkan feedback dari petani kelapa pandan yang lain, jumlah pokok sebegini boleh hasilkan RM1500 sebulan minimum selepas 3 tahun.

9. Jika anda tengok di sekolah anak anda ada banyak tanah kosong tepi pagar dan tepi padang, anda boleh syorkan penanaman projek ini di sekolah anak anda untuk Tabung PIBG mereka.

10. Cumanya, bila anda propose nanti. Biasanya andalah yang kena initiate kan. Dari nak cari dana untuk beli benih, anda nak kena urus beli benih, anda nak kena beli baja, then bila dah dapat duit orang akan persoalkan, "Mana resit beli barang tu dan ini....". Nak kena panggil orang datang gotong royong tanam pokok kelapa, dan kalau orang tak datang, anda tanamlah sendiri pokok tu, lepas dah tanam nanti nak kena bubuh racun dan baja, kalau tak ada orang nak bubuh, andalah yang kena bubuh racun dan baja.

11. Pendek kata, nak buat pahala bukan mudah.

12. Dalam 'keikhlasan' saya mengetuai projek ini, sejujurnya sesekali saya sendiri rasa tak ikhlas. Adakalanya saya sendiri merungut pada diri sendiri. Nampak simple aje benda ni, tapi nak bagi jadi bukan main susah.

13. Sesekali akan datang orang puji anda pulak, kata anda baguslah, terbaiklah, kalau orang lain tak buat projek ni tak jadilah. Maka pada waktu itu datanglah syaitan membisikkan didalam hati anda..."Aku power...." dan yang lebih kejam akan rasa dalam hati, "Kalau aku tak buat, projek ni tak jadi...." yang mana akan mula timbul rasa riak dan ujub dalam diri yang akhirnya semua yang dibuat sia sia sebab pahala dah hilang.

14. Then... kalau nak tunggu semua rasa ikhlas tu datang baru nak buat. Kalau nak tunggu tak ada rasa riak dan ujub baru nak buat. Saya rasa tak ada orang yang nak buat. So, saya buat sajalah. Kalau ada rasa riak dan ujub dalam diri tu, saya mohon ampun dari Allah sajalah. Semoga Allah ampunkan dan terima ibadah ini.

15.Akhir sekali, buat kepada para penyumbang. Jauh dilubuk hati saya, saya doakan "Allah ampunkan dosa anda dan keluarga, dimasukkan anda semua ke dalam syurga Firdaus tanpa dihisab."

Amin

Mohd Firdaus Mat Saad
AJK PIBG Sekolah Anak

Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat


Gambar benih kelapa yang dah sampai ke sekolah.


Baja Akar Dan Baja Pokok


Racun daun dan racun ulat

Ini saja perkongsian kali ini.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Gotong Royong Di Sek Kebangsaan Permatang Tok Mahat

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semalam saya berpeluang untuk membantu sekolah anak saya dalam penyediaan tempat landscape di depan pintu sekolah anak.

Ini antara tugasan yang kami lakukan.


Pindahkan pasu bunga besar ini. Kami guna back hoe. Alhamdulillah, ada waris yang bantu sumbang back hoe.


Kat sini pun nak dibuat landscape juga. Nak buat tembok bubuh nama sekolah kat sini.


Beli batu konkrit


Kerja sama bancuh simen. 


GB Cikgu Halim sudi mencemar duli turun bantu kami. Biar pakai sampin dan baju melayu. Mai juga tolong angkat bata seketul dua untuk kami. 


Ni kerja asas


Alhamdulillah. Batu konkrit dan beam asas dah siap. Harini sambung kerja lagi.

Sekian saja perkongsian hari ni.

Sebagai waris, nasihat saya. Jom kita sama sama bantu sekolah anak kita.

Wassalam.

5 Cara Bagaimana Minyak Ikan OMEGAGUARD Tingkatkan Kesihatan JANTUNG Anda

$
0
0



JANTUNG (HEART), sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. 

Asid lemak OMEGA-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang (anti-inflammatory), dan memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.



SHAKLEE OMEGAGUARD™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk.

Setiap hidangan Omegaguard mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA dan 360mg DHA) yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh.

Tahukah anda? Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Jadi sangatlah penting kita dapatkan Omega-3 daripada suplemen untuk mencukupkan keperluan harian kita.


5 Cara Bagaimana Minyak Ikan OMEGAGUARD Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda

1. Mengekalkan Tahap Kolesterol Sihat

2. Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat

3. Memelihara Salur Darah Daripada Tersumbat

4. Memberikan Ritma Jantung Yang Sihat

5. Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat


1. Mengekalkan Tahap Kolesterol Sihat


Lipid Profile adalah bacaan jumlah keseluruhan kolesterol yang digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung.

Lipid Profile terdiri daripada:-

a) High Density Lipoprotein HDL (Kolesterol Baik),
b) Low Density Lipoprotein LDL (Kolesterol Jahat) dan
c) Trigliserida (Lemak dalam darah).

Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan Lipid Profile secara positif dengan:

- Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik).1

- Mengurangkan tahap trigliserida (Lemak dalam darah).2

- Merendahkan risiko penyakit jantung.1,2



2. Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat


Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung.

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.1,3



3. Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat





Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.

Omega-3 membantu:

- Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah
yang lancar.1

- Melegakan keradangan (inflammation) pada lapisan dalaman saluran darah.3



4. Memberikan Ritma Degupan Jantung Yang Sihat



Degupan jantung (heartbeat) adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit).

Ritma jantung (heart rhythm) adalah corak (pattern) degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil. 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.1



5. Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat



Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu, dan sel anda.

Omega-3 membantu:

- Mengurangkan risiko pembekuan darah.4

- Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan
saluran darah.

=============
Rujukan:
1. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption,  fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–2757
2. Dietary supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids and vitamin E after myocardial infarction: results of the GISSI-Prevenzione trial. Gruppo Italiano per lo Studio della Sopravvivenza nell’Infarto miocardico. Lancet. 1999;354:447–455.
3. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175S.
4. Neil J. Stone. Fish Consumption, Fish Oil, Lipids, and Coronary Heart Disease. Journal of the American Heart Association. November 1, 1996, Volume 94, Issue 9
5. Mohebi-Nejad A, Bikdeli B. Omega-3 Supplements and Cardiovascular Diseases. Tanaffos. 2014;13(1):6-14.
==============

Nak dapatkan semua produk Shaklee pada HARGA TERENDAH?

Jom register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT dan UNTUNG tau! 

Ada banyak kelebihan sebagai ahli, walaupun hanya makan sendiri. 

Nak belajar JANA INCOME dengan Shaklee hanya DARI RUMAH pun boleh!   

Hubungi MASTER MARIA (019-259 2731), kami sedia membantu anda. 


==================



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


Kenapa OMEGAGUARD Penting Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi?

$
0
0



Tahukah anda, dalam usaha kita mendapatkan zuriat yang sempurna dan sihat dari segi fizikal dan mental, ianya kena bermula dari sebelum kehamilan terjadi. 

Di setiap peringkat kehamilan anda, bermula dari proses kelahiran hingga ke penyusuan, ianya adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak anda.

Salah satu asid lemak paling penting untuk ibu dan bayi adalah asid lemak Omega-3 - Asid EicosaPentaenoic (EPA) dan Asid DocosahExaenoic (DHA).



SHAKLEE OMEGAGUARD™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk.

Setiap hidangan Omegaguard mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA dan 360mg DHA) yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh.

Tahukah anda? Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.


Jadi sangatlah penting kita dapatkan Omega-3 daripada suplemen untuk mencukupkan keperluan harian kita.


A. SEBELUM KEHAMILAN


Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia:

ISTERI:-
• Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon.1
• Membantu mengatur kitaran haid.1
• Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung.1

SUAMI:-
• Meningkatkan kepekatan sperma.
• Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.8




B. SEMASA KEHAMILAN



Apa yang anda ambil semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi anda. Kebaikan Omega-3 untuk:-

IBU:-
• Menurunkan risiko kelahiran pramatang.
• Menggalakkan tempoh kehamilan optimum.2
• Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan).7

BAYI:-
• Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.1
• Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan baik ketika didalam janin.1
• Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.2
• Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.3
• Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya
semasa trimester ketiga.
• Menggalakkan perkembangan saraf otak.5




C. SELEPAS BERSALIN DAN PENYUSUAN



Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, Omega-3 membantu:

IBU:-
• Mengurangkan risiko kemurungan postpartum.1,4

BAYI:-
• Menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan.
• Menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak.5
• Mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif-ekzema.5
• Menyokong perkembangan penglihatan.9,10
• Menggalakkan pola tidur yang lebih baik.9,10


TAHUKAH ANDA?

Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan DHA.2


Alhamdulillah, Maria sendiri adalah pengguna OMEGAGUARD sebelum kehamilan, semasa kehamilan, selepas bersalin dan sepanjang menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Banyak manfaat yang kami dah dapat dengan OMEGAGUARD. 

Hubungi Maria (019-259 2731) untuk konsultasi percuma!


=============
Rujukan:
1. Saldeen P1, Saldeen T. Women and omega-3 Fatty acids. Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct;59(10):722-30; quiz 745-6.
2. Danielle Swanson, Robert Block, and Shaker A. Mousa. Omega-3 Fatty Acids EPA and DHA: Health Benefits Throughout Life. 2012 American Society for Nutrition. Adv. Nutr. 3: 1–7, 2012.
3. Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta levels after fish oil supplementation of pregnant women.
4. Grosso G, Pajak A, Marventano S, et al. Role of Omega-3 Fatty Acids in the Treatment of Depressive Disorders: A Comprehensive Meta-Analysis of Randomized Clinical Trials. Malaga G, ed. PLoS ONE. 2014;9(5):e96905. doi:10.1371/journal.pone.0096905.
5. Coletta JM, Bell SJ, Roman AS. Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy. Reviews in Obstetrics and Gynecology. 2010;3(4):163-171.
6. Esmaeili, V., Shahverdi, A. H., Moghadasian, M. H. and Alizadeh, A. R. (2015), Dietary fatty acids affect semen quality: a review. Andrology, 3:450–461doi:10.1111/andr.12024.
7. Williams MA1, Zingheim RW, King IB, Zebelman AM. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7. Omega-3 fatty acids in maternal erythrocytes and risk of preeclampsia. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7.
8. M. Roqueta-Rivera, T. L. Abbott, M. Sivaguru, R. A. Hess, M. T. Nakamura. Deficiency in the Omega-3 Fatty Acid Pathway Results in Failure of Acrosome Biogenesis in Mice. Biology of Reproduction, 2011; 85 (4): 721 DOI: 10.1095/biolreprod.110.089524
9. Harris MA. Implementation of evidence based recommendations for omega 3 docosahexaenoic acid (DHA) in pregnancy. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN.
10. Lammi-Keefe CJ. Nutrition’s role in successful pregnancy outcome: omega-3 fatty acids. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference and Expo; October 5, 2015; Nashville, TN. http:// les.abstractsonline.com/CTRL/E8/E/FB2/
============




Nak dapatkan semua produk Shaklee pada HARGA TERENDAH?

Jom register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT dan UNTUNG tau! 

Ada banyak kelebihan sebagai ahli, walaupun hanya makan sendiri. 

Nak belajar JANA INCOME dengan Shaklee hanya DARI RUMAH pun boleh!   

Hubungi MASTER MARIA (019-259 2731), kami sedia membantu anda. 



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Disebalik Landscape Cantik SKPTM

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup anda dunia dan akhirat.


Ramai waris yang tidak tahu macam mana semua ini bermula.....

Perkongsian saya kali ini adalah mengenai "Disebalik Pembinaan Landscape Di Hadapan Pintu Masuk SKPTM".

Bila bercakap mengenai "DISEBALIK" tu, ini bermaksud saya nak kongsi dengan anda macam mana perkara ini boleh menjadi REALITI.

Kisah Awal

Dalam Mesyuarat PIBG dan Guru, kami para waris bertanya kepada guru apa yang kami boleh bantu untuk memudahkan SKPTM dapat Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). 

Cikgu cakap, "Salah satu perkara yang bleh diupgrade di SKPTM ni dari segi keceriaan. Sekolah kita ni macam sekolah biasa biasa. Tak ada unsur Wowwww langsung. Nampak sama aja macam sekolah lain. So, kalau dari segi keceriaan boleh di improve, terutama kalau ia adalah SUMBANGAN PIBG / ALUMNI / KOMUNITI, ia akan bagi markah extra kepada sekolah. Ada banyak benda yang boleh dibuat, contohnya meng"Wowww"kan pelawat sebelum masuk ke pintu sekolah."

Apa yang cikgu cakap tu, mudah difahami. Cuma ia sangat sukar dilaksanakan.

Tabung PIBG pun bukan ada banyak mana sangat duit. Masih RAMAAAIIIIIIIIII waris yang belum bayar YURAN PIBG. Huhhhh.. Duit yang kita perlu guna untuk anak anak kita TERLALU SEDIKIT BERBANDING DENGAN JUMLAH YANG DIPERLUKAN. 

Selepas habis sahaja meeting PIBG, kami para AJK dan guru terus turun ke hadapan pintu sekolah dan sama sama fikir apa yang boleh dibuat disini?

Nak bincang tu tak susah, tapi yang saya pening kepala mana nak cari duit untuk buat projek ni?

Dah la saya diamanahkan untuk uruskan Projek Penanaman Kelapa Pandan, nak kena cari duit lagi untuk projek ni. Saya give up dengan Projek Landscape ni.

Dalam Group Whatsapp AJK PIBG, saya inform. Saya hanya nak uruskan Projek Kelapa Pandan. Saya tak mampu uruskan Projek Landscape ni. Saya mohon maaf. Projek ini tidak dapat diteruskan kalau tidak ada AJK yang nak lead projek ni.

Ntah tiba tiba Mantan YDP kita, Datuk Seri Diraja Farid pi bagi tau dalam group. "Meh la saya handle projek landscape ni..."

Jammmmmmmm saya. Kalau Datuk Seri Diraja Farid yang uruskan projek ni, maksudnya saya jugalah yang kena nanti..

Kami meeting berdua macam mana nak buat benda ni, maklumlah. Kedua dua kami tak ada pengalaman dalam bidang LANDSCAPE

Kami berjumpa, berfikir, brainstorm apa nak kena buat. Macam macam idea datang. 

Image result for landscape taman aman kulim

Nak buat macam ni la.....

Image result for landscape taman aman kulim

Nak buat macam ni la.... 

Image result for mbi padang meha

Cadangan terlajak gila. Nak bubuh Iron Man la, Optimus Prime La, Bumble Bee la depan pintu sekolah. Bila kami cek kat Alibaba.com, seekor pun dah harga puluh ribu. Terus tak jadi. Kansel.

Then idea lawak datang, "Apa kata kita pi 4-5 orang, kita tangkap guard tu. Then kita angkut bumble bee ni bawak balik.." 

Kami siap pi tempat ni nak ambil ilham macam mana nak bagi cantik kawasan sekolah. Nak ambil idea apa yang boleh dibuat.

Then Farid cakap, cuba tanya kat group Waris SKPTM. Minta bantuan sesiapa yang ada expertise dalam bidang landscape. Ada feedback datang dari waris, tapi disebabkan nak kena bayar pulak untuk buat itu dan ini, dan harga pula tak murah. Idea dibatalkan.


Then saya jumpa Alumni SKPTM. Abg Madi. Beliau dulu bekas pelajar SKPTM. Expert bab landscaping. Beliau bersetuju untuk sumbang idea secara PERCUMA buat bekas sekolah sendiri.


Malam pun malam lah... Bincang apa nak buat untuk cantikkan kawasan sekolah ni. Since orang expert bagi cadangan, senang lah ceritanya. 


Tak lama lepas itu, kami para AJK PIBG dulu bergotong royong. Tugas pertama pindahkan pasu pasu besar ni sebab tanah merah dah nak datang. Lagi pun, hari Ahad ada gotong royong perdana di SKPTM. Boleh minta tolong waris tarik tanah sekali. 


Nak tolak sket sket tu, boleh lagi. Tapi nak pindah jauh jauh... Mana larat wei nak tolak. Nak putus urat perut ku nak pindahkan pasu bunga atas ni.


Akhirnya, kami minta bantuan Wonderpet. Seorang lagi waris pelajar SKPTM. Beliau ada backhoe. So, Datuk Seri Diraja Farid telefon waris kita ni, minta bantuan pindahkan pasu bunga ni.

Alhamdulillah, "Wonderpet datang membantu kami yang dalam kesusahan...."


Pindah ngan back hoe tersangat mudah.... Alhamdulillah. Wonderpet datang. Ingat.. "Apa yang penting? Kerjasama..... Bila bekerjasama semua jadi mudah...."


Clear semuanya. Huhu.. Tak leh bayang kalau nak kena serek pakai tangan. Saya bagi tau AJK lain, angkat pasu ni ramai ramai letak atas bahu saya. Saya nak pikul.. Dah depa tak boleh angkat naik, tak dapat la saya nak pikul. Haha.. Ala gurau pun tak boleh.


Pagi Jumaat tu, saya dan Farid buat final meeting. Bila kami dah finalise, kami bagi tau Guru Besar. Last idea yang kami nak buat. Beliau bersetuju. Then Farid cakap, apa lagi.. Cepat la order barang. 

Then saya cakap... "Amboi, sedapnya suruh aku order barang... Duit mai mana wei?"

Farid cakap.... "Macam ni, hang order barang dulu. Pakai duit hang. Nanti dah siap, kita list down balik semua barang yang kita dah guna. Then kita cari sponsor untuk sponsor ikut apa yang kita listkan..."

Saya pun cakap..."Kalau dapat sponsor, Alhamdulillah lah. Tapi kalau tak dapat macam mana? Innalillah tu..."

Farid cakap balik, "Kat sekolah ni, kalau nak tunggu kutip duit semua dulu baru nak buat... Pakai tak siap la.. Tak pa. Kita kena berani sket. Kita buat dulu. Nanti baru kita cari dana balik..."

Saya cakap kat Farid. "Ok.. Aku setuju. Tapi hang kena ingat. Duit sponsor tak dapat... Kita bahagi dua tau duit ni... Jangan dok suruh aku pulak tanggung duit ni. Dah la aku tiga bulan tak ada income ni.....Projek tak ada. Busuk busuk, kalau tak dapat duit sponsor, kita minta guna duit Tabung Kasih Sayang tu, seminggu ambil RM100 ka. Bayar pelan pelan balik......."

Farid kata,"Insya Allah dapat.... Kalau kita tak buat macam ni. Sampai kesudah tak siap apa pun..."

Jam 11 pagi saya order barang kat kedai Hardware seperti simen, pasir, besi, bata dan sebagainya. Saya minta datang segera sebab nak start kerja petang ni.

Sebelum Solat Jumaat barang dah sampai. Tapi.... Hardware lupa hantar batu konkrit pulak. Disebabkan nak guna urgent, terpaksalah saya yang pi ambil kat kedai dia.


Dah jadi lori. Setengah ela jer pun. Tapi batu ni bukan main berat. Habis lowered jadinya kereta ku ni.  

Petang tu, saya dan Farid mulakan kerja kerja gotong royong. Kami berdua buat kerja dan saya bawa seorang pekerja saya untuk bantu. Dia ni expert sket. Kira bayar upah gaji hari aje la kat dia ni. Tak semua kerja kami boleh buat... Alhamdulillah, ada waris lain yang rasa bertanggung jawab untuk tolong kami.


Petang tu, Guru Besar Cikgu Halim terkejut. "Mak aih.. Cepat betul mula. Baru cakap pagi tadi nak buat, sekarang dah start..." 

Bersemangat Cikgu Halim. Dengan baju melayu bersampin, sanggup mencemar duli datang membantu kami buat apa yang patut. 


Kami bersetuju untuk buat tembok nama sekolah di sini.  So hari ni kiranya buat asas beam dulu.


Sekitar jam 6 petang, siap kerja ni. Pecah peluh gak lah kami bergotong royong buat kerja ni.


Tara... Siap. So tunggu kering untuk esok nak ikat bata.


Hari Sabtu, kami ke sekolah lagi. Bergotong royong bantu membantu ikat bata tembok ni dan juga ikat bata divider ni. Saya bawa juga dua orang pekerja saya untuk bantu. Mana larat nak kerja panas panas kat sini. Boleh jadi hitam nanti....


Menjelang petang, semua kerja yang dirancang dah siap. Alhamdulillah. Dah nampak asasnya. 


 Di sebelah kiri pintu masuk pun kami ikat bata juga. Kat sini pun nak buat landscape juga.


Hari Ahad pun tiba. Ada gotong royong perdana di sekolah. Tanam pokok kelapa pandan dan juga ramai ramai buat kerja landscape ni.


Banyak tanah ni wei. Kalau dua orang nak buat kerja. Boleh fengsan ni.


Bila dah ramai ni, senang la jadinya kerja.... Wonderpet dah bertambah ramai. Syukur dan terima kasih kepada waris yang join.


Cikgu Pompuan pun tolong juga. Bila bekerja sama semua jadi mudah....  Tengok ni, dua orang cikgu ni adalah penolong kanan di sekolah ni. Hari Ahad pun sanggup datang siap buat kerja berat lagi. Huhu... Respect. 

Nota Kaki :

Ni 'wayang' aje yer. Saya suruh cikgu buat buat berlakon macam angkat tanah. Hehe.. Padahal tak. Tak sampai hati nak dera cikgu kami... Tengok la kasut pink tu. Bersih aje kan... 


Menjelang tengah hari, satu side dah siap dilevelkan. Cumanya, kami nak buat bagi jadi bukit untuk tanam pokok nanti. Dan saya tak reti nak buat bukit tu.


Apa lagi, kami minta tolong abang long kawasan. Mamu... Dia expert bab ni. Dia tolong buat bukit dan tekan tekan tanah. Orang expert ni mai kejap jer dah jadi.


Sementara itu, designer kami bagi draft macam mana akan jadi di depan ni nanti. Memandangkan warna tak berapa cun. Kami plan nak guna warna hitam aja tiles tu nanti.


Tanah dah level. Bukit dah ada dua. Tapi macam tak betul ajer bukit tu.


Sebelah tu pulak, masih 'Gunung Kinabalu' lagi. Tanah merah masih tinggi. Kami tak ada idea nak buat macam mana di sini. Jammm otak memikirkan. Waktu siang kami para waris tak boleh kerja sini. Panas gila wei. Tak leh tahan. Ramai pula waris yang kerja siang. So... Apa lagi, kami pakat pakat gotong royong buat kerja malam.

Kami war warkan kat group waris di Whatsapp. Ajak ramai ramai mai turun sapa yang free.....


 Bila GB tahu kami para waris turun sekolah waktu malam, terus GB sekali lagi mencemar duli datang sekolah memberi sekongan moral kepada kami.

Waris yang mai malam tu nampak gayanya muka yang sama gak la... Tak pa lah. jangan berkecil hati. Kita buat aja siapa yang ada. Kalau nak tunggu satu sekolah nak mai, pakai tak jalan.

Ada 3 orang, buat cara 3 orang, ada 5 orang buat cara 5 orang. Buat tetap buat. 


Terkezuttttt... Sorang ibu pun datang ke sekolah. Sanggup bawa anak 4 orang untuk membantu kami mencangkul tanah dan buat apa yang boleh. Seriously, RESPECT. Dia cakap, "Anak dia ada kerja sekolah nak kena buat... Tapi tak pa lah. Datang sini nak bantu...Kerja sekolah nantilah anak dia buat"

Nampak tak, betapa semangat ibu ni nak bantu kami di sekolah...... Sama sama kita doakan agar anak dia semua menjadi anak yang cemerlang dan jutawan yang bertakwa. Amin. 


Gunung Kinabalu tadi dah jadi Bukit Larut. Dah rendah sket. Tapi kami masih tak tahu nak buat macam mana kat sini.


Bekas pelajar pun sukarela nak datang bantu waktu malam.


Ada lampu spotlight lagi. Anda tengok, siang tu kami dah pasang tiles siap siap. 


Kerja kami terhenti di jam 12 malam sebab hujan lebat. Terperangkap semua orang kat sini. Jam 12:30 malam baru semua orang balik.


Cikgu minta kami buat Arca di sini. Saya cakap nak buat arca yang macam mana? Semua tak ada idea. Jammmm semua orang. Last last, saya dan Farid juga nak kena fikir nak buat macam mana kat sini. 

Lepas tu, kami kena fikir nak letak pokok apa kat tepi arca ni nanti. Nak letak pokok apa kat tepi tembok ni nanti. 

Lepas minta pandangan dari yang pakar, kami nak tanam pokok Jawi aja kat situ. So saya pun kena pi cari pokok jawi di Nursery. 


Merata nursery saya pi. Semuanya mahal mahal. Satu pokok RM500. Kami nak pakai 4 pokok. Takkan nak beli pokok sampai RM2000 kot. Mahal tu. 


Then saya dan Farid ronda kawasan sekolah. Kami nampak pokok ni sesuai kalau tanam kat depan sekolah. Kami bagi tahu GB. Tolong kami.. Pokok ni kami nak rembat. Alhamdulillah, GB setuju.


Malam tu, sekali lagi kami gotong royong beramai ramai. Tapi kami dah tak ajak di group Whatsapp waris. Kalau ajak orang tak datang, nanti kami kecik hati. So baik tak ajak. Tak ada sapa kecik hati. 

Kali ni pi cabut pokok dan tanam di tempat baru. Jelas terpancar kepuasan dapat cabut pokok ni. Huhu... Bukan senang wei nak cabut. 


Alhamdulillah... Siap tanam. 


Ni lagi dua pokok. Jimat duit kami RM2000 sebab dapat rembat pokok di sekolah.


Next nak kena trim. Aduyai. Saya mana reti trim. Tapi ku hentam gak la buat. 


Dah siap trim. Cantik tak? Hehe... Tengok tangan la.... Miakakak. Lepas tu kami bubuh batu pulak buat bulatan di sekeliling pokok ni. Harap harap pelajar tak rembat la batu kami ni nanti. 


Siap lagi satu side.


Then, saya nak kena cari rumput pula untuk ditanam nanti. Akhirnya saya jumpa kedai rumput yang jual murah. RM2.80 setiap keping 2'x1'. Boleh la.... Saya order 300 keping. 


Esok tu, kami minta bantuan waris lain yang ada mesin compact untuk compactkan tanah ni. Tujuan nak bagi nampak rumput tu lawa nanti.

Kami AJK ni jenuh la pikiaq dan usaha macam mana nak buat bagi jadi mudah. Kalau boleh nak dapatkan free ajer. Kalau waris sumbang sorang sket, tak lah susah sangat jadinya.


Petang tu, kami tak cukup pasir. Nak beli kat hardware kena tambah duit lagi. Then ada sorang waris cakap nak sumbang pasir. Tapi kena pi ambil depan rumah dia. Nak tak nak, kami kena la pi kutip pasir pasir ni. Nampak macam free la dapat pasir ni. Tapi kalau nak kira balik, dengan 3 orang kena pi buat kerja, nak guna kereta lagi.... Boleh makan modal juga la. Tapi nak buat macam mana, bila tak cukup duit, kita buat kerja macam tak ada duit. Buat tetap buat...

Bila nak guna bata, bata pula habis. Ada waris yang datang cakap, mai la ambil bata kat rumah dia. Kalau nak ikutkan, bata ni tak lah mahal sangat. Tapi sebagai menghargai waris yang nak bagi ni, kami pi ambil juga. Dua kali pulak tu. Sebab ambil first time tu tak cukup. Kena ulang balik. Gambar pula tak ambik.

Benda benda macam ni la ramai waris tak tahu. Betapa susahnya kami nak kena buat. Tapi... Buat tetap buat....


Malam tu, kami datang lagi. Ni malam ketiga berturut turut ni kami datang ke sekolah. Kami dah dapat idea nak buat apa dengan arca tu. So, malam ni kami sama sama buat base simen dengan besi.

Besi ni pun kami cari dari waris. Ada waris yang ada besi buruk buruk tu, dari terbiar kat rumah tak pakai. Kami ambil la buat besi tapak dan besi tiang. Betapa nak jimat... Betapa tak mau bazirkan duit. 


Abang cangkul ni kontraktor. Walaupun kaya, masih lagi sanggup datang tolong kami. Sebenarnya saya malu nak ajak dia mai. Cuma masa solat Isyak, saya tanya dia pasal macam mana nak buat kerja kat situ. Saya tak tahu cara. Then dia tahu ada gotong royong malam tu. Terus dia mai. 

Biasanya pekerja dia la yang dok buat kerja kerja ni. Bukan ni. Tapi malam ni, dia tanpa rasa apa apa terus bekerja bersama sama. Siap payung beli teh o ais limau nipis lagi. Thanks yer. Jom sama sama kita doakan abam ni. Bagi jadi jutawan bertakwa. Anak anak semua berjaya, dunia dan akhirat. 


Siangnya, saya siapkan bata pulak. Kita nak buat Arca "UPSR 6A - LET'S DO IT".  Dan pagi ni rumput pula sampai ke sekolah. Sampai waktu siang. So siapa la yang nak tolong atur semua rumput ni? Nak ajak waris mai, ramai yang kerja. Sob sob sob....


Saya dah adjust awal awal ngan Guru Besar. Minta tolong hantar tukang kebun bantu saya atur rumput ni. Alhamdulillah, mereka sudi bantu. Bantu bantu juga. Tapi takkan saya nak senyum aja dan cakap terima kasih kat depa ni. Saya hulur RM10 x 3 kepada mereka bertiga. Bagi ikut cikgu suruh serah kepada mereka. Duit air la kiranya. 


Abang Long kawasan terpaksa bekerja juga.Kerja hari hari tengah panas sampai ramai orang cakap, "Awat hang nampak hitam sket wei...."lebih menyedihkan.... "Nampak hang dah macam bangla aja wei...."

Masa ni Penolong Kanan mai tengok saya buat kerja. Panas ni... Terus saya cakap.. "Amboi..... Dahaga sungguh aih.... Kalau kena air ais ngan roti barang seketul dua, sedap gak ni...."

Nasib baik cikgu tu faham. Terus dia payung air dan roti. Miakaka. Jimat duit aku..


Dapat la teh aih dan roti sandwich. Thank you Cikgu PK. 


Sambung kerja balik.  Bersama Abam Tukang Kebun. Terima kasih kerana membantu.


Dah siap.... Nanti pondok telefon ni kita nak cat balik cantik cantik...


Belah depan ni pun siap.


Pandangan hadapan. Dalam 2-3 minggu ni bila rumput dah bersambung baru nampak cantik. Nanti kita pasang nama sekolah kat sini. Buat macam di bawah ni.


Ni baru design dalam komputer. Dah tempah dah. Nanti akan dipasang.

Alhamdulillah. Para guru sangat berpuas hati. Mereka cakap cantik. 

Farid kata, "Siapa kata tak cantik... kita pi ketuk tempat tu. Then suruh dia buat balik bagi cantik"

Saya sekadar berkongsi apa yang ramai orang tak tahu disebalik landscape ni:

1. Kos yang kami guna adalah hampir RM3500. Ini modal sahaja. Tak ada untung sesen pun. Pecahannya begini. Saya bagi lebih kurang aje sebab nak kena kumpul semua resit dulu nanti. 

i. Simen, bata, besi, pasir RM500
ii. Upah pekerja dua orang beberapa hari RM500. Waris tidak dibayar upah sebab gotong royong aje.
iii. Tanah merah dua lori RM220.
iv. Tiles + Simen Gam + Susu  RM600
v. Rumput RM810
vi. Batu, Pokok Kecik, Stepping Stone = RM210
vii. Huruf SK Permatang Tok Mahat = RM500 
viii. Lain lain RM200 

2. Duit ni so far guna duit saya dahulu. Farid cakap, nanti kita carilah mana mana waris yang nak sumbang apa yang dia nak. Kalau ada Alumni yang nak sumbang pun boleh jugak. 

So, kalau ada waris SKPTM baca benda ni, tolong yer. Janganlah dok canang"Kami AJK boleh dapat projek di sekolah...."Sakit hati dia tu TAHAP DEWA tau tak. 

3. Jika dapat cukup duit, baru kita akan buat projek seterusnya iaitu cat satu dinding sekolah dan letak logo sekolah dan cogankata.


Nak cat yang ni. Betul betul depan pintu masuk sekolah.


Nak cat then letak SUKAMAJU dan lencana sekolah macam ni kat dinding tu. Anggaran kos keseluruhan adalah RM3000. Nak sewa kren skylift lagi. Bukan kerja senang la kiranya.


Ada waris yang PM cakap nak sumbang barang di sekolah. Then saya bagi tahu ini yang kami perlukan. Alhamdulillah, dah dapat cat. Boleh cat nanti disekolah.  Kami masih perlukan lagi dua tong cat. Warna putih dan warna coklat. Ada ka waris yang nak sponsor?  019-4955559. Meh contact Farid meh. 20 liter cat ni rega mau dekat RM300 rasanya setong. Hehe...

4. Sepanjang saya buat kerja ni selama seminggu di sekolah, ada kata kata sinis yang sampai ke telinga saya sampai berdesing rasanya. Antaranya :

i.  "Firdaus tu jadi AJK PIBG boleh projek kat dia....". Seriously, memang sakit hati sampai rasa nak maki.

ii. "Hang tender berapa ribu Firdaus buat kerja landscape ni....."

iii. "Firdaus, rajin terlebih ni nak lobi jadi YDP ka tahun depan...."

iv. "Jangan sampai salah guna duit PIBG yer..............."

Sekiranya saya tulis semua ayat yang sampai ke telinga saya ni, rasanya hari ni gak nak letak jawatan. Ingat dapat duit ke buat kerja ni semua. 

Depa yang bercakap main sedap mulut ni, ada kalanya rasa nak tampar aja. 

"Hang dah tak buat apa satu bab, then hang gasak pulak aku yang dok buat kerja ni...Panggil gotong royong tak turun pun...... "Sakit hati ni Allah sahaja yang tahu. Minta maaf yer. Garang sket... Saya hanya manusia biasa. Bila dengar kecaman tak betul tu, terasalah juga.

5. Bayangkan, dah kena advancekan modal yang tak tahu nak dapat balik ke tak, then kena buang masa seminggu siang malam kat sini nak siapkan, lepas tu dikata macam macam pulak. Kalau anda ditempat saya. Then anda tahu lah apa rasanya.

6. Sekarang ni, saya dengan rasa rendah diri. Merayu, menyeru kepada para waris / alumni SKPTM agar bantu saya balik. Kita tong tong sorang sikit. Kalau boleh dapat balik RM3500 ni, kita akan buat projek yang seterusnya pulak.

7. Kami AJK  dah plan nak cat pintu pagar sekolah balik bagi nampak cantik. Pendek kata, memang nak guna banyak duit lah. Tapi kita buat satu satu. Kalau kita kumpul RM3,500 ni balik. Then kita akan figure out untuk buat projek seterusnya. 

8. Bagi yang nak menyumbang, cuba anda buat macam ni. Cuba bayangkan selama anda kerja / berniaga. Ada tak anda buat salah? Tipu orang, cakap salah ngan orang, claim OT terlebih, semua duit yang anda dapat tu adalah duit HARAM. In case anda ada duit riba yang dapat. 

Apa kata anda bersihkan sikit duit anda dengan bagi kepada projek projek umum sebegini. Jangan risau. Anda tak bagi duit anda pun. Anda cuma bagi duit orang lain yang bukan hak anda aje. Mudah mudahan Allah ampunkan dosa anda ni nanti.

9. Kalau nak menyumbang, boleh hubungi saya. Firdaus. 019-5782515. Nak bagi barang pun boleh. Nak cover duit landscape yang saya dah keluar pun boleh.

10. Ok yer, jangan kata macam macam yer kat kami AJK PIBG ni, kesiankan lah kami. Kalau dah tak suka kat kami sangat pun, bersabar lah sket jer lagi. Tinggal 4 bulan jer lagi. Nanti tahun depan kita lantik anda pulak.

Alrite. Ini ajer perkongsian hari ni.

Semoga Allah merahmati kita. Semoga impian SKPTM untuk dapat SBT akan tercapai tahun ini.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Image result for shaklee

Anyway, kalau sesiapa nak cari Suplemen Shaklee. Boleh la kontek wife saya. 019-2592731. Saport sikit yer.

Image result for yuhaso carwash

Ni.. pi saport Datuk Seri Diraja Farid sama. Dia buka Carwash kat depan Hospital Parit Buntar. Kalau nak cuci kereta, nak polish, nak wax. Pi la saport kedai dia. Dia ni banyak menyumbang untuk sekolah ni. 

Disebalik Projek Penanaman Pokok Kelapa Pandan Di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my, saya doakan semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.

Semoga dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Kisah Projek Pokok Kelapa

Ada orang tanya, di mana datangnya idea nak buat projek pokok kelapa di sekolah ni?

Sebenarnya, idea ni datang dari tahun lepas lagi. Ustaz Zulkifli Zainon datang ke sekolah kami untuk beri tazkirah mengenai penglibatan ibu bapa di sekolah untuk kejayaan anak anak.

Salah satu yang disentuh adalah keupayaan PIBG untuk menjana pendapatan sendiri melalui projek yang diusahakan.

Salah satu yang boleh dibuat dengan mudah adalah Projek Tanaman Pokok Kelapa Pandan di sekolah. Ia menggunakan konsep 3T. Iaitu bersesuaian dengan kehendak semua waris. Tanam. Tinggal. Tuai lepas 3 tahun.

Pokok kelapa mudah dijaga. 

Dari tahun lepas, kami PIBG cuba usahakan. Kami minta bantuan benih dari Pejabat Pertanian. Malangnya tak ada stok. Sampailah dah setahun projek ini BERKUBUR.

Akhirnya, saya bagi tahu dalam mesyuarat PIBG, saya nak uruskan Projek Tanaman Kelapa Pandan. Jangan tanya kenapa bukan kelapa matak. Ada sebabnya atas nasihat dari Pegawai Pejabat Pertanian.

So, saya rancang nak tanam 100 pokok di sekolah. Mengikut pengalaman orang yang dah ada pokok kelapa pandan ni, dengan 100 pokok ia boleh beri pulangan bersih RM1000 sebulan kepada PIBG.

Ia satu jumlah yang besar saya rasa. 

Proses Mencari Dana Untuk Beli Benih

Masalahnya, nak kena ada modal dulu untuk beli benih ni. Kami bermesyuarat dan memutuskan untuk 50 benih ditaja oleh PIBG guna Tabung PIBG manakala 50 benih lagi kita minta daripada waris.


Benih kelapa pandan siam. Satu RM15 sahaja kalau beli banyak. Kalau benih pandan Malaysia, hanya RM12 satu biji. Kami pilih untukbeli pandan siam aja. Biar mahal sket. Tapi pastikan lebih baik dan berkualiti. Nak beli benih, anda contact supplier ni ok. 019-601 2729. Transport kira lain. Biasanya dia jual kelapa pandan siam harga RM17. So pepandai lah anda nego dengan dia.


Kalau besar boleh jadi macam ni. Memang terbaik lah....


Then ada cadangan nak tanam pokok limau kasturi sebagai geli geli. Boleh juga jana pendapatan kepada PIBG nanti. Kami cadang nak beli 10 pokok. 

Duit Sumbangan Tak Muncul Tiba

Di group whatsapp waris, saya buat permohonan sumbangan untuk beli benih kelapa pandan. Satu benih sumbangan RM20. Kita nak cover duit baja dan racun sekali. 

Saya hantar whatsapp ke group kelas juga. Saya kemudian hantar broadcast secara personal kepada semua waris.

Setelah 2-3 hari, sambutan yang dapat sangat mendukacitakan. Tak ramai waris yang nak sumbang.

Then saya tulis lagi sekali kat group whatsapp waris mengenai sumbangan ini. Saya cerita lah mengapa kita buat projek ini dan ini semua untuk anak anak kita di sekolah untuk jangka masa yang panjang.

Sekali lagi, saya sedih sebab sambutan yang dapat masih sikit. Dari sasaran 50 pokok yang kita nak cari dari waris. Saya hanya dapat 17 pokok sahaja.

Mahu tak mahu, saya terpaksa usaha sendiri mencari dana benih kelapa ni. Saya ke Pejabat Pertanian Parit Buntar, minta bantuan benih kelapa. Mereka suruh hantar surat permohonan dan saya dah hantar tapi tiada jawapan.

Disebabkan duit masih tak cukup, akhirnya saya terpaksa minta kepada kawan kawan saya di Facebook. Alhamdulillah, kenkawan saya di FB ramai yang percaya dengan saya dan projek ini juga bagus untuk jangka masa panjang, akhirnya mereka ramai ramai pakat menderma.

Syukur Alhamdulillah, duit yang diperoleh boleh beli 150 benih kelapa. Saya tak perlu guna duit tabung PIBG. Semuanya hasil sumbangan orang ramai.

Alhamdulillah... Masalah saya yang pertama selesai.

Benih Nak Beli Mana?

Next problem saya, nak beli benih di mana? Saya tak ada contact orang yang jual benih kelapa pandan.

Then saya cari di Mudah.my. Di situ ada ramai orang jual. Saya kontek orang yang jual di Sungai Petani.

Dia ada benih, Kelapa Pandan jenis Malaysia. Harga RM12 sebiji. Masalahnya dia ada 100 biji sahaja.

Then saya ON dulu 100 biji ni. 

Saya tempah dengan dia. Seminggu sebelum hantar, dia PM saya cakap tak boleh hantar pulak. Dia cakap benih kelapa pandan dia rosak. Takut nanti tanam kena penyakit atau mati.

Huhhh... Ada seminggu saja lagi masa untuk projek gotong royong tanam kelapa di sekolah dijalankan.

Saya kena cari pembekal lain.

Waktu ni, saya mula cari pembekal dari Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Masalah mula timbul bila nak kena bayar duit transport yang tinggi sebab jauh sangat nak hantar.

Persoalan kedua, macam mana saya nak percaya orang yang jual ni betul betul jual.

Kalau nanti saya dah deposit duit melalui online, sekali orang tipu. Naya saya nak ganti balik duit ni.

Then ada pembekal dari Negeri 9 bagi harga offer. RM17 sebiji. Saya kemudian merayu bagai, last last dapat RM15. Saya cakap la ni projek sekolah. Bukan projek saya. Last last, dia bagi diskaun.

Saya dapat no phone dia, then google di internet. Saya tengok di FB dan google, dia memang pembekal kelapa pandan yang genuine. Ni no dia. 019-601 2729.

So saya bayar separuh dulu, then separuh lagi saya bayar masa dah sampai. 

                                   

Alhamdulillah, benih sampai. Lega bab nak kena tipu ni... Syukur Allah temukan dengan pembekal yang betul. Transport pun dia caj RM100 sahaja. 


Then saya beli baja, baja akar, racun puradan dan racun ulat. 


Racun.


Nak tanam pokok ni, nak kena buat marking dulu. Kalau nanti dah ramai ramai datang, semua berebut nak tanam. Susah nanti. Akhirnya saya pi la sukat nak tanam pokok kelapa ni. Setiap satu pokok jarak 15 kaki.

Malangnya, susah gila nak tanda ni sorang sorang. Berejam jam duduk kat padang sorang sorang ke hulu ke hilir, baru dapat tanda beberapa pokok sahaja. Akhirnya, saya give up dan malas nak ukur. Farid cakap, nantilah masa hari tanam tu kita sukat terus tanam. 

Saya kata la, waktu tu mesti ramai orang nak tanam. Then kita tak boleh nak control. Lepas tu mesti senget senget. Tapi disebabkan dah tak larat nak pi sukat sorang sorang. Saya kata, tak pa lah. Nantilah masa hari tu je lah nanti sukat.

Jemputan Waris

Surat kepada waris mula diedarkan melalui anak di sekolah. Kita jemput reramai tanam pokok kelapa secara berjemaah. 


Surat Jemputan


Pelancaran Projek TEPi 


Pagi tu, dimulakan dengan ucapan guru besar dan taklimat mengenai projek ini.


Gimik pelancaran oleh Guru Besar, Tuan Haji Abdul Halim


AJK PIBG Cikgu Bujang turut menanam kelapa.


Bila dah ramai, sekejap aja tanam dah nak siap.


Saya letak benang tu untuk bagi garis pokok tu lurus. Tapi bila main dengan ramai ni, akhirnya pokok ni di tanam tak lurus juga. Adoyai....

Saya bagi tahu kepada waris. Kita cabut balik pokok yang tak lurus, ada la dekat 20 pokok then tanam semula ikut benang betul betul. Akhirnya baru lurus.


Kaum ibu pun bersemangat hadir datang untuk membantu. Siap pakai sarung tangan lagi...  Macam menteri tanam pokok pulak, sebab apa? Yang tanam 2 orang, yang tengok ramai. Hehe.. Gurau jer ok. Ala gurau pun tak boleh.


Saya kena pastikan semua pokok ni lurus dulu baru semua ditanam. Kita nak nanti kalau dah siap nanti mesti cantik. 


Dah sampai ke hujung sekolah. Kita pusing ke tempat lain pulak. 


Siap kena cabut ubi kayu lagi. Ada team yang korek dan potong ubi kayu. Bersemangat dia orang nak bawa balik. Saya pulak, tak sempat nak ambil ubi kayu. Tapi rezeki saya la, bila nak balik ada waris tinggal satu guni beras ubi kayu. Haha.. Terpaksalah saya ambil. 



Rajin pulak waris ni pi pakai drone nak ambil gambar masa orang tengah buat kerja. 

Ala gurau je, gambar ni bukan pakai drone, tapi diambil dari tingkat 4 bangunan sekolah. Hehe. Kerja menanam pokok kelapa pandan habis sekitar jam 11 pagi. In total kita tanam 132 pokok. Masih ada 18 pokok berbaki dekat saya. 


Lepas tu waris gotong royong pindahkan tanah merah pula kat depan pintu masuk sekolah. Semua jadi wonderpet. Bekerjasama berjemaah. 


Bila semua dah balik, saya cakap kat Farid. "Jom la kita pi siram pokok  pokok ni dulu.. Kesian depa ni. Baru tanam tak kena siram. Nanti dahaga pokok ni...."

Abang Firdaus Asari join kami siram pokok kelapa pandan ni.

Alhamdulillah.. Dah selesai kerja kami peringkat pertama. Fasa kedua nak kena jaga pulak. Nak kena bubuh racun dan nak kena bubuh baja pula lepas ni.

Semoga Allah mudahkan urusan kami.

Semoga lepas 3 tahun akan membuahkan hasil dan dapat beri pulangan kepada PIBG sekolah.

Kami jangka akan dapat sekitar RM1500 sebulan bersih.  Duit ni akan guna untuk anak anak disekolah nanti.

Cuma yang tak best, ada juga suara biawak yang tak puas hati dengan projek ni cakap.

"Nanti kalau buah kelapa pandan jatuh atas kepala budak, AJK PIBG sila bertanggung jawab...."

Jammmmmmmm sungguh. Kesian kami AJK PIBG ni. Macam macam kena tanggung jawab. 

Tak pa lah.. Hampa kata la apa hampa nak kata.... Kalau rasa kami buat ni tak betui, tahun depan hampa mai jadi pulak AJK. Buat yang betul betul saja.

Wokeh lah...

Ini saja perkongsian. Teringat pesanan orang yang jual tu cakap, lepas dua minggu, pi racun pucuk pandan ni dengan racun ulat untuk elak ulat makan daun ni. Then dia suruh bubuh baja 15:15. Tapi lepas bubuh baja ni kena siram sebab baja ni panas.

Macam mana nak siram weiiiiii... Nak cari air mana nak siram semua pokok ni.

So... lepas ni nak kena pikiaq sapa pulak nak pi racun dan buh baja. Habis tak ada orang, Abang Long kawasan juga la nak kena pi racun dan buh baja. 

Semoga projek ini berjaya. Sama sama kita doakan.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others



SET KECANTIKAN SHAKLEE - Kulit Sihat Cantik Berseri Dari Dalam!

$
0
0
SET KECANTIKAN SHAKLEE
THE RADIANT 4, SET KECANTIKAN SHAKLEE yang terdiri dari 4 jenis nutrien penting untuk  KULIT SIHAT CANTIK BERSERI DARI DALAM!!


KECANTIKAN LUARAN VS KESIHATAN DALAMAN


Pernah tak kita terfikir, kenapa ada orang nampak kulit dia cantik berseri dan LEBIH MUDA DARI USIA?

Dan kenapa ada orang lain yang kulitnya kusam, kendur dan nampak LEBIH TUA DARI USIA?

Kenapa kulit baby sangat halus dan lembut? Kenapa kulit orang tua berkedut dan kasar?



Semua ni ada kaitan dengan KESAN PENUAAN, iaitu perubahan dalaman kulit kita dengan peningkatan usia. Ada orang cepat kesan penuaan, ada orang lambat, bergantung perubahan struktur dalaman kulit masing-masing. 

Dulu Maria sangka, nak kulit sihat dan cantik cukup dengan pakai skincare luaran, macam pencuci, toner, pelembab muka yang bagus je.

Rupa-rupanya walau skincare bagus macam mana pun yang kita pakai kat luaran, tapi kalau dalaman kita sendiri tak sihat, kulit kita tetap takkan nampak berseri secara natural.

Percayalah, sebenarnya yang lebih penting adalah KESIHATAN KULIT DALAMAN kita, sebab itu yang akan menentukan KECANTIKAN KULIT LUARAN kita.

Bila kulit kita dah sihat dan cantik dari dalam, dah tak perlu nak make-up tebal untuk tutup cela pada wajah.

NATURAL BEAUTY IS THE BEST!!

Alhamdulillah, kulit Maria sendiri tak banyak masalah setakat ni.

Sejujurnya, Maria sendiri tak suka pakai make-up melainkan untuk majlis tertentu saja. Kalau hari biasa, keluar rumah pun Maria hanya pakai moisturizer je, no make up or bedak pun.

Dan yang best, ramai tegur Maria nampak muda dari usia. Maria dah hujung 30-an, tapi ada yang ingat Maria masih anak dara umur 20-an. Hehe. Alhamdulillah.

So Maria nak share, details tentang 4 jenis nutrisi yang Maria sendiri amalkan untuk kekalkan kesihatan dan kecantikan kulit dalaman. Alhamdulillah ramai customer Maria yang dah amalkan set ni pun dah dapat kesan yang positif.

1. ESP Protein - BUILD 
(Membina Kulit Yang Sihat)

2. Collagen Powder - FIRM 
(Menganjalkan Kulit)

3. Vitamin C - PROTECTION 
(Perlindungan Antioksida)

4. GLA Complex - MOISTURIZE 
(Melembapkan Kulit)


1. ESP PROTEIN - BUILD
(Membina Kulit Yang Sihat)

SET KECANTIKAN SHAKLEE - ESP PROTEIN

Tahukah anda, badan kita sendiri dihasilkan dari protein yang merupakan bahan binaan penting.

Jadi untuk mendapat kulit sihat berseri, kita kena dapatkan protein yang cukup setiap hari untuk:-

a. Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.

b. Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.

c. Membantu pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.

d. Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.

e. Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.8



2. COLLAGEN POWDER - FIRM
(Menganjalkan Kulit)
SET KECANTIKAN SHAKLEE - COLLAGEN

Kolagen adalah struktur penting yang mengekalkan keanjalan kulit kita.

Kolagen menghalang kulit daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur yang boleh menyebabkan kita nampak lebih tua dari usia.

Tahukah anda, sebenarnya badan kita boleh menghasilkan kolagen sendiri. 

Tapi bila usia bertambah, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, dan menyebabkan kulit terdedah kepada kesan penuaan, termasuklah kulit berkedut dan kendur.

Dengan pengambilan Kolagen yang cukup, ia mampu melambatkan tanda penuaan, iaitu membantu:-

a. Kulit yang lebih anjal.1

b. Mengurangkan kedutan.2

c. Kulit yang lebih lembut, lebih padat.1

d. Mengurangkan parut.2



3. VITAMIN C - PROTECTION
(Perlindungan Antioksida)

SET KECANTIKAN SHAKLEE - VITAMIN C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. 

Tahukah anda, badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri dan ia perlu diambil setiap hari melalui pemakanan.

Jadi pengambilan Vitamin C yang cukup sangat membantu untuk:-

a. Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.4

b. Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.5,6

c. Membantu dalam penyembuhan luka.5

d. Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.5


4. GLA COMPLEX - MOISTURE
(Melembapkan Kulit)

SET KECANTIKAN SHAKLEE - GLA COMPLEX
Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA).

Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:-

a. Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.3

b. Mengekalkan kelembapan kulit.4

c. Melawan keradangan.7


PROMOSI SEPTEMBER 2017!!

Dapatkan RM60 EVOUCHER dengan setiap pembelian 
SET KECANTIKAN "THE RADIANT 4" 


Hubungi Maria 019-259 2731 untuk dapatkan SET KECANTIKAN SHAKLEE anda sekarang pada promosi harga terhebat.

ATAU

CLICK DI SINI UNTUK TERUS BELI SET KECANTIKAN SHAKLEE SECARA ONLINE
MENGGUNAKAN CREDIT / DEBIT CARD ANDA.
Pihak SHAKLEE akan uruskan penghantaran terus ke alamat anda. 
P/S : Jika anda buat belian sendiri secara online dengan link di atas, sila hubungi saya untuk dapatkan 
FREE GIFT DAN KONSULTASI LANJUT. 
Terima kasih :)

===============

Rujukan:

1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429.
3. Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.
4. Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.
5. Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.
6. Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology. 84: 284–288.
7. Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
8. Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012).

==============



Nak dapatkan semua produk Shaklee pada HARGA TERENDAH?

Jom register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT dan UNTUNG tau! 

Ada banyak kelebihan sebagai ahli, walaupun hanya makan sendiri. 

Nak belajar JANA INCOME dengan Shaklee hanya DARI RUMAH pun boleh!   

Hubungi MASTER MARIA (019-259 2731), kami sedia membantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Cara Mudah Aktifkan Keahlian Shaklee Setiap Tahun Secara AUTOMATIK Dan PERCUMA!!

$
0
0

Promosi Auto Reactivation Shaklee (1 Sep - 30 Oct 2017).


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau anda seorang PENGGUNA SHAKLEE TAPI BELUM JADI AHLI, Maria sangat sarankan anda register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah, walaupun anda hanya nak makan sendiri. Taknak bisnes pun takpe, memang bagus jadi ahli Shaklee tau!

Ini adalah supaya anda dapat semua kelebihan sebagai ahli Shaklee.

Maria dulu pun macam tu jugak. Mula kenal Shaklee tahun 2012. Asalnya taknak jadi ahli sebab rasa nak jadi pengguna je.

Lepas dah serasi dengan Shaklee dan nak teruskan guna produk, baru lah Maria decided nak jadi ahli, just untuk dapat DISKAUN HARGA AHLI. 

Tapi tulah, perancangan Allah memang yang terbaik. Tak sangka dari asalnya nak makan sendiri je, lepas jadi ahli boleh terjebak pulak dalam bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, lepas aktif bisnes Shaklee, Allah bagi lagi rezeki berganda-ganda.

Maria dah berjaya dapat CASH BONUS sampai 5 ANGKA setiap bulan, dapat RESIGN ENGINEER dan jadi WORKING-AT-HOME-MOM, dapat CAR BONUS, dapat FREE LOCAL and OVERSEAS TRIP,  dapat macam-macam AWARDS, semuanya PERCUMA DARI SHAKLEE.

Alhamdulillah, segala rezeki dari Allah. Tapi kalau anda tak minat bisnes pun takpe, takde paksaan tau untuk yang hanya nak makan sendiri.

Jemput baca pengalaman Maria sendiri, cara dan apa yang best sangat jadi ahli Shaklee ni:-

WOW!! BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE!!


Ok, kalau anda dah jadi ahli, untuk pengetahuan anda, sekarang ni kita kena aktifkan keahlian Shaklee setiap tahun.

Maria ada share info kenapa kita kena renew keahlian setiap tahun dalam entry sebelum ni:-

ANDA DAH LEBIH SETAHUN JADI AHLI SHAKLEE? JOM AKTIFKAN KEAHLIAN SEKARANG SEBELUM IA DITAMATKAN!! (Sila click)


Mesti ada yang tanya, nak kena bayar ke kalau nak renew keahlian Shaklee ni?

FYI, yuran renew hanya RM30 SETAHUN, dan lepas tu Shaklee akan berikan RM30 EVOUCHER. (Boleh redeem RM10 dengan setiap belian RM100 dalam masa 3 bulan selepas renew)

So sebenarnya kita RENEW PERCUMA saja!

Tapi ada yang selalu lupa bila tarikh nak renew. Leceh jugak nak kena manually renew keahlian sebelum ni kan.

Jangan risau, sekarang dah ada penyelesaiannya. Shaklee boleh bantu renew membership kita setiap tahun secara AUTOMATIK dengan ianya PERCUMA!


JOM SUBSCRIBE TO AUTO REACTIVATION!

Login Shaklee Online System > My Account > Auto Reactivation > Masukkan details CREDIT CARD dan SIAP! 

Credit card kita akan di charge dengan RM30, keahlian kita dilanjutkan setahun lagi, dan RM30 EVOUCHER akan dimasukkan ke dalam akaun system kita. Boleh redeem evoucher dalam next belian.

Oh yer, Shaklee bermurah hati nak bagi lagi EXTRA RM10 EVOUCHER PERCUMA tau!

Subscribe to AUTO REACTIVATION dalam tempoh SEP dan OCT 2017 ni, hanya bayar rm30, dan Shaklee akan berikan RM30 EVOUCHER + extra RM10 EVOUCHER.

Memang berbaloi! Kalau membership masih lambat lagi nak expired pun boleh subscribe awal-awal untuk dapat extra RM10 EVOUCHER tu.

NEW EXPIRY DATE = SETAHUN SELEPAS CURRENT EXPIRY DATE. 

So tak rugi pun!

Nak tahu step by step cara nak subscribe thru Online System? Sila click link ini untuk info penuh :

http://bit.ly/AutoReactivationGuide

Kalau anda perlukan bantuan untuk REGISTER SEBAGAI AHLI SHAKLEE, atau anda nak RENEW KEAHLIAN SHAKLEE, sila hubungi upline anda atau Master Maria (019-2592731). InsyaAllah kami sedia membantu anda.

Thanks for reading! :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak dapatkan semua produk Shaklee pada HARGA TERENDAH?

Jom register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT dan UNTUNG tau! 

Ada banyak kelebihan sebagai ahli, walaupun hanya makan sendiri. 

Nak belajar JANA INCOME dengan Shaklee hanya DARI RUMAH pun boleh!   

Hubungi MASTER MARIA (019-259 2731), kami sedia membantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (CLICK HERE TO WHATSAPP)


Happy 5th Birthday Muhammad Fateh!

$
0
0


Alhamdulillah, 8 Sept 2017 adalah hari kelahiran anak kedua kami. 
Happy 5th Birthday Muhammad Fateh!!


Besar dah anak soleh Ummi and Abi. 

Kejap je Fateh dah masuk 5 tahun. Teringat kenangan bersalin kan Fateh, my Shaklee baby.

Kisah kelahiran Fateh ada kami share DI SINI. 


Fateh 5 years ago. ❤️


Asbab kelahiran Fateh, Ummi kenal produk Shaklee melalui Set Bersalin & Menyusu.

Asbab kelahiran Fateh, Ummi decided untuk mula bisnes Shaklee walaupun awalnya langsung tak minat dan tak pandai bisnes.

Asbab kelahiran Fateh, Ummi berjaya resigned sebagai Engineer masa Fateh umur 6 bulan, dan kini dapat my Dream Career as Working At Home Mom dengan bisnes Shaklee.

Alhamdulillah. Thank you Allah for this great gift ❤️


Sambutan Birthday di Sekolah

Masa hari birthday, kami buat sambutan sikit di sekolah My Little Genius Khalifah untuk Fateh dan kawan-kawan.

Jom layan gambar-gambar yang teacher Fateh snap kat sekolah.


Fateh request nak cake McQueen. So layannn. 


Potong kek dulu!


Kawan-kawan Fateh di sekolah. 


Amboi amboi, di apit gadis-gadis yer. Hihi.


Fateh and the gang. 

Alhamdulillah. Syukur dikurniakan anak yang soleh, bijak dan sihat sempurna. 

Semoga Fateh dan semua anak-anak kita sentiasa dalam peliharaan Allah, cemerlang dunia & akhirat. Amin.




Di Sebalik Logo SUKAMAJU Di Dinding Sekolah SKPTM

$
0
0
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog ini, semoga Allah merahmati anda dan mempermudahkan segala urusan anda dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat.

Kali ini, saya nak berkongsi dengan anda "Behind The Scene" Projek Logo SUKAMAJU Di Dinding Sekolah SKPTM.

Idea asal muncul selepas kami meeting AJK PIBG dan Guru di sekolah. 

Pihak guru kata.
"SKPTM ni tak nampak Wowwww.... Sama macam sekolah lain. Biasa biasa aja. Kalau kita boleh jadikan ia "Wooow" bila pelawat mula masuk sekolah. Barulah sekolah kita ni ada gaya nak jadi sekolah SBT sket"

Selepas meeting, kami turun ke bawah. Depan pintu pagar. Then kami bincang apa nak buat disitu. Cadangan yang muncul :

i. Buat landscape dan nama sekolah di tembok 
ii. Cat pagar depan baru bagi nampak cantik
iii. Buat logo SUKAMAJU di dinding

Idea ni memang dah gempak. Tapi duit tak ada. 

Projek 1 : Landscape Di Depan Sekolah

Saya dan Farid berbincang, macam mana nak bagi jadi projek ni. 

Farid cakap, "Kita buat dulu. Nanti kita cari sponsor....."

Saya kata ok."Tapi kalau tak dapat sponsor. Duit ni kita kena share dua orang ok.. Bukan aku sorang sorang....."

Farid cakap,"Ada tu orang akan sponsor nanti.... Kalau tak buat macam ni sampai bila projek ni tak jadi."

Setelah bersetuju, kami mula On projek ni.

Masa mula dirancang. AJK PIBG berbincang apa nak buat dikawasan itu.

 Lepas setuju. Terus mula buat. Since ada kerja yang bukan kepakaran kami dan perlu kerja berat dan lasak, kami upah 2 orang pekerja Bangla untuk bantu kami. Yang kanan bawah berbaju Melayu tu bukan bangla yer. Itu GB kesayangan kami. 
Para waris hadir untuk membantu melalui gotong royong meratakan tanah.

 Tanah dah diratakan. Alhamdulillah. Terima kasih waris yang turut membantu.

Kerja kerja gila bermula, siang panas tak boleh kerja. Kami buat kerja malam. In total kami mai 3 malam ke sekolah. Dah waktu tu yang orang free dan tak panas. Sekali lagi, terima kasih waris yang datang membantu.

 Sebelum tanam rumput, kena compact tanah tu dulu.

 Dah nak siap

 Dah siap. Cuma tinggal huruf blok "UPSR 6A - Let's Do It" belum pasang lagi.

Farid dan waris lain gotong royong cat pagar sekolah pulak. Alhamdulillah. Siap. Saya tak ada waktu ni, balik beraya di KL. Ni depa mai cat hari Merdeka 31hb Ogos 2017. Sanggup korban cuti Merdeka mai sekolah bersusah payah nak cat. Thanks yer abam handsome dan akak cun dan anak anak mereka. 

Cat pagar pintu 3 sekolah pulak. Ni tak masuk dalam perancangan. Tapi Farid ajak buat, ku layan aja la. 

Projek SUKAMAJU Di Dinding Sekolah

Ni projek ketiga, iaitu pasang logo SUKAMAJU di dinding depan pintu masuk sekolah nak bagi "WOWWWWW" macam yang cikgu nak tu.

Saya brief AJK PIBG berapa jangkaan duit yang diperlukan untuk buat projek ni. Dua projek sebelum ni tak guna duit PIBG, so kali ni saya cakap saya tak nak dah advance duit.

Duit landscape haritu pun tak dapat lagi. Ini kan pula nak buat projek baru. Tak tahu siapa nak sponsor. Waris yang baca cerita ni ramai. Waris yang nak hantar Whatsapp kat kami kata nak menyumbang tu belum ada lagi. 

Ya.. Belum ada waris contact kata. 

"En Farid / En Firdaus.. Saya nak sumbang sikit untuk projek landscape haritu..." 

Setiap kali tengok whatsapp atau terima panggilan telefon, dok berharap gak la ada waris yang nak contact. So far.... Belum ada la... Sendu ajer. 

Pendek kata, setakat ni. Dalam erti kata yang lain. "Hampa gatai buat, hampa tanggung la kos tu...." 

Farid, jangan lupa yer perjanjian kita. Tak ada orang sponsor, kita share sama sama yer. Senyum sket. "Kalau hati gajah sama-sama kita lapah, hati nyamuk sama-sama la kita cicah...." 

Projek SUKAMAJU ni kami guna duit PIBG. Kami mesyuarat dan dah bersetuju untuk keluarkan duit PIBG. Semua akan cover kos sahaja. 

Day 1 : Tembak keluarkan cat dulu


Saya mai sekolah untuk tembak cat asal dulu bagi keluar.


Bawa pekerja mai sorang nak bantu. Kalau tak, mereput la aku sorang sorang kat sekolah dari pagi sampai petang nak buat benda ni.

Day 2 : Sewa Kren Dan Cat

Masalah timbul seawal minit pertama lagi.

Janji start kerja awal pagi, so jam 8 saya datang ke sekolah. Nak prepare apa yang patut.

Farid bagi tahu kren sampai jam 8:15-8:30 pagi.

Ku tunggu di sekolah awal pagi ni. Pekerja bangla sorang dah ready nak tolong juga.

Sampai jam 8:30 tak nampak berita. Ku call Farid tak angkat angkat. Jammm...

8:45 tak dengar berita. Phone tak angkat, whatsapp tak reply. Jammm... Kren dia yang booking.

8:50 saya dah malas nak cakap lebih lebih, bagi tahu pekerja. Dah jom balik. Kren tak mai, orang yang nak buat pun tak ada.

Jam 9 lebih, Farid pula call. Kali ni aku pulak tak angkat phone dia. Ajar sket. Mesti kren dah sampai ler tu.

Sampai 4 kali dia call tak angkat. Last last dia mai rumah. Jom jom kita pi buat....

"Jom apa nya, pekerja dah balik tadi. Tak tau mana dia dah pi la ni.... Sapa yang nak buat..."

Tapi memikirkan kepentingan sekolah dan apa yang dah dirancang awal tu, tak nak la spoil the plain. Pergi juga sekolah untuk buat.

Jam 10 pagi baru bermula.


Farid naik skylift dan tembak dulu dinding nak buat cat.


Dalam sejam, kerja tembak dah siap. Then kami tunggu sekejap. Nak bagi dinding kering sket sebelum nak cat undercoat.


Dengan lafaz Bismillah, kerja undercoat bermula.


Cuaca cantik pagi ni. Alhamdulillah. Panas..... Memudahkan kerja kami.


Bangla dan Farid naik skylift untuk cat bahagian luar. Saya, Abg Zul dan Abg Firdaus Asari cat di tepi.


Orang kuat sekolah. Bekas askar dulu. Mestilah kuat. Hehe...


Waktu ni, kami di atas. Kami nampak ramai waris yang ada di luar sekolah. Ambil anak abis program di sekolah. 

Ayat salah seorang dari kami, "Eh.. Ramai sungguh waris yang dok tunggu kat depan tu noooo... Tak dak sapa ka yang ada hati nak mai tengok, tegur kita, saport kita.. Semua buat rileks aja dalam kereta. Macam tak nampak kita aja..."

Tak nak komen lebih lebih. Saya saja nak share la, saya dok buat kerja landscape depan sekolah tu hampir seminggu. Siang dan malam. Sepanjang tu, hanya seorang waris. Ya seorang waris yang berhenti cakap dan bagi tahu,"Meh saya belanja minum untuk yang kerja...."

Waktu tu, terasa nak menangis..... Terasa dihargai diri ini walaupun dengan hanya"Sebungkus air minuman..... Terasa penat jerih bekerja tu hilang bila kena belanja sebungkus air minuman..." 

Tapi sekali tu jer la. Hari hari lain... Lu pikir la sendiri.


Eh eh eh eh... Warna langit dah berubah sket. Tapi kami teruskan juga kerja kerja cat ini.


Yang cat tepi cat kat tepi, yang cat naik skylift cat di luar. Bangla yang ada tu buat kerja kerja lain. Bersihkan cat tumpah. Bersihkan cat yang tertanggal. Ambil barang dan lain lain lagi.


Ok. Dah banyak ni yang siap. Kita cat kali kedua.


Bila nak ambil gambar, dan dan wayang nampak macam bersungguh... "Serius aja Farid tu..." Tanya Farid, topi tu hang buat apa. Dia jawab, "Untuk menjaga keselamatan....." Hehe. Takut nanti dikatakan bekerja tak ikut prosedur pulak. 


Langit makin mendung nampak... Separuh dah siap. Kami cat dua kali dah. Alhamdulilah.


Hujan rahmat jam 11 pagi. Semua hasil kerja kami tadi sia sia sebab semua cat tertanggal... Turun bagaikan mutiara.


That's it. Tepi pun clear. Atas pun clear. Buruk mata memandang, buruk lagi hati memikul. 


Jam 1:30 kami sambung balik kerja. Waktu ni langit mendung. Tapi kami bertawakkal sajalah. Kren dah sewa. Takkan nak duduk saja.

.
Pantang berundur selagi tak siap. Alhamdulillah, tepat jam 3 siap kerja cat sekali lagi. 


Touch up kerja kerja akhir


Kerja kutip sebelum nak lekat logo SUKAMAJU.


Jam 3:30, abang yang nak pelekat SUKAMAJU dah datang. Gayat wei. Tengok dia tu, Siap berani berdiri lagi atas kren tu.


Dari bawah ku hanya mampu berdoa, "Ya Allah.. selamatkan abang ni..."


Baru siap 3 huruf, hujan turun kembali membasahi bumi. Allahuakbar. Rasa nak menangis kali ni. Hujan renyai renyai. Semua orang dah tak terkata apa apa. Nak menangis tak berguna. Semua dok tadah doa minta hujan pergi ke tempat lain dulu.


Jam 3:30 Farid pinjam kain saya, nak solat katanya... Masa tu saya lalu kat situ, dok tengok dia berdoa. "Khusyuk sungguh..." Dalam hati ku kata, "Dok minta hujan pi tempat lain la tu... Moga Allah perkenankan doa hang Farid.."


Dah pasang, huruf K senget pulak, kena buka balik dan pasang balik. Waktu ni hujan turun balik. Renyai renyai. Waktu ni, saya tengok Farid, Farid tengok saya sebab kami dah nampak. Cat yang kami cat tadi dah start mengalir turun balik dibawa air hujan. Yang kami paling risau, kalau kena huruf tu. Kalau dah berjalur dengan warna coklat tu, macam mana nak cantik. 

Ya Allah. Waktu ni hanya Allah sahaja yang tahu.


Jam 4:00 petang, kerja pasang SUKAMAJU ni siap. Alhamdulillah. Dan waktu ni hujan berhenti seketika.


Farid naik kren balik. Pergi cat sekali lagi mana mana tempat yang cat dah meleleh. Dan yang paling terharu, bila nak bersihkan huruf yang terkena cat, waktu ni tak ada kain buruk. Dia buka baju dan guna baju untuk bersihkan huruf huruf ni. 

"Allahuakbar. Semoga Allah rahmati hang Farid... Ku dibawah ni boleh jadi Yusuf Haslam aja la. Boleh bagi arahan...Huruf tu kotor, sini kotor, itu cat lagi.... Nak buat macam mana, kalau ada yang jadi Yusuf Haslam, kena ada juga yang jadi A Galak nya...Kalau semua nak jadi pengarah, siapa nak jadi pelakon."

 Rebah terguling bangkit kembali, tersungkur jatuh ku pantas berdiri.


Jam 5 petang, kerja kerja siap sepenuhnya. 


Gambar dari bawah dinding.


Gambar dari jauh. Semoga cikgu cikgu suka, waris suka, pelajar bersemangat belajar dan semoga usaha nak dapat SBT akan berjaya tahun ini.

Inilah sahaja yang hendak dikongsikan.

Terima kasih kepada semua yang datang membantu. Thanks to Cikgu Duan yang beli air dan roti untuk kami masa pagi tu. 

Thanks kepada yang hadir tolong cat, Abg Zul dan Abang Firdaus Asari.

Thanks kepada waris waris yang menonton dari bawah di tempat parking masa ambil anak sambil mendoakan kami.

Thanks kepada semua. 

Semoga Allah merahmat kita semua. Membantu kita. Dan beri kejayaan dunia dan akhirat.

Pesan Ustaz Rafiqa kepada saya, "Firdaus... Sudah... Lupakan semua kebaikan yang hang buat ini, dan fikir apa kebaikan hang nak buat pulak lepas ni."

"Ayuh Farid, Ayuh Abg Zul, Ayuh Abg Firdaus Asari, Ayuh YDP... Kita Fikir.. Nak buat kebaikan apa pula lepas ni."

Buat anak anak SKPTM, buat yang terbaik.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
NYDP PIBG SKPTM 

#nakberehattahundepan
#bagioranglainpulak

Sekali lagi, kali ni nak merayu. Buat waris SKPTM yang nak bantu kami untuk tampung duit LANDSCAPE, boleh PM Farid. Tugas Farid sekarang cari sponsor untuk kerja landscape tu. Jumlah yang kami keluarkan hampir RM4000. Farid ada simpan semua resit tu.

Jika tak mampu nak sumbang seringgit dua untuk projek landscape tu, tolong kami boleh.

Tolong doa bagi kami berdua jadi jutawan bertakwa. Bagi kami jadi kaya raya supaya kami boleh sumbang banyak lagi lepas ni. Tapi, jangan doakan kami saja, doakan anda pun jadi jutawan bertakwa juga. Supaya anda pun dapat sumbang juga lepas ni. 

Psstttt... Doakan anda juga diberi kelapangan masa. Supaya next time boleh join kami buat kerja kerja di sekolah. 

4 TIKET CRUISE MEWAH PERCUMA DARI SHAKLEE!!

$
0
0


Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my? Terima kasih sebab sudi melawat blog kami.

Maria doakan anda semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.


4 TIKET CRUISE MEWAH PERCUMA!!

Actually kami rasa macam baru jer balik dari Shaklee Free Trip to JAPAN bulan May 2017 haritu.

Then sekarang kami dah dapat confirmation untuk next Shaklee Free trip iaitu SUPER STAR LIBRA CRUISE, pada 22-26 Nov 2017 ni.

Trip ni bertolak dari PORT KLANG - LANGKAWI - PHUKET - PENANG - PORT KLANG. 

Alhamdulillah untuk trip kalini, Maria layak 4 TIKET, so Maria akan bawa Husband, Mak dan Mak Mertua.


Maria first time nak merasa naik Cruise Mewah macam ni tau. Excited sangat!!


THE BEAUTY OF SHAKLEE BUSINESS!

Antara sebab Maria seronok buat bisnes Shaklee ni, bukan saja kita dapat income setiap bulan, tapi dapat pergi FREE TRIP every year. Yang best sebab dapat bawak family jugak.

Itulah impian Maria masa mula-mula join Shaklee dulu. Nak selalu holiday travel overseas dengan family. Bukan travel sebab kena pergi kerja tau, yang tu tak minat. Hehe.

Alhamdulillah, ini Free Trip Shaklee yang kami dah dapat sejak mula bisnes Shaklee in 2013.
(Sila click link untuk baca Travelog kami)

Trip #1 : Year 2014 - CALIFORNIA, USA (3 Tickets)

Trip #2 : Year 2015 - ITALY (4 Tickets)

Trip #3 : Year 2016 - FLORIDA, USA (3 Tickets)

Trip #4 : Year 2016 - LANGKAWI (1 Ticket)

Trip #5 : Year 2017 - JAPAN (2 Tickets)

Trip #6 : Year 2017 - SUPER STAR LIBRA CRUISE (4 Tickets)

Thanks so much Shaklee for these rewards.

Kalau nak tau, setiap Shaklee Trip adalah sangat EXCLUSIVE dan layanan memang VVIP!!

Setiap tahun Shaklee sediakan FREE TRIP untuk Leaders yang berjaya meet target sales dan TRAVEL POINT yang ditetapkan. Kena kumpul points ni selama SETAHUN.

Kalau tak cukup travel point, maaflah memang kita tak boleh join even kita nak bayar kat Shaklee.

Dan kalau kita layak tiket, tapi tak dapat join, tiket tu tak boleh di transfer ke orang lain selain suami, isteri atau parents kita saja.

So sebab tulah ianya sangat Exclusive, hanya yang LAYAK sahaja terpilih. Alhamdulillah, kami antara mereka yang terpilih untuk rewards ni.

Dan yang lagi seronok, ada 5 orang lagi team kami dalam MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRES IN SHAKLEE (MFMS) EMPIRE yang layak Free Trip Cruise kalini, iaitu Affni, Nadia and Din, Kam Haryatie (my sister) and Syed Hafiz.

Oh yer, kalini kami pergi Cruise Mewah pusing Asia saja. InsyaAllah, tahun depan Shaklee akan bawa kami Cruise Mewah pusing EUROPE pulak, iaitu WESTERN MEDITERRANEAN CRUISE!!

Alhamdulillah, 1 tiket dah confirm. Sekarang kami tengah berjuang untuk tiket seterusnya. Lagi tak sabar!

Kami doakan lepas ni akan lebih ramai team MFMS EMPIRE yang akan layak ke next Free Trip Shaklee. Mungkinkah anda calon seterusnya? Jom sama-sama kita berusaha!

Mohon anda semua doakan yer, semoga Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan kami nanti. Amin.

Thanks for reading! :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (CLICK HERE TO WHATSAPP)


Buat Duit Di Youtube Melalui Video

$
0
0

Buat Duit Di Youtube
================

Sekian lama, saya ada dengar member saya Md Latif ada beritahu boleh buat duit di Youtube.

Dan saya ada buat video yang reach puluh puluh ribu untuk satu video.

Selama ni tak tergerak hati pun nak Apply untuk buat iklan di video saya ni.

Ntah kenapa, malam ni hati tergerak selepas 2-3 hari lepas saya ternampak BUTTON MONETIZATION.

Bila saya klik, syarat nak APPLY video tu mesti dah view more than 10k.

Alhamdulillah, ada 25 video saya mengenai Kursus Umrah Online di Youtube yang lebih dari 10k view.

Rata rata dalam 30k-50k view.

Sejujurnya, masa saya buat video ni tak terfikir pun nak buat duit. Memang dari awal lagi dah ingat ini PENCEN KUBUR saya.

Ramai yang PM dan contact ucap terima kasih kerana video yang saya buat ni mereka katakan bagus dan mudah faham.

Alhamdulillah.

Nak buat video ni, saya ambil masa 1 hari penuh untuk shooting dan dua hari penuh untuk editing dan uploading ke youtube.

Maklumlah, internet di kampung ni macam kura kura. So, nak lepas satu satu video tu tak lah mudah.

So hari ni saya dah apply nak monetization dari video ni, semoga Youtube Approve dan nanti saya nak tengok, banyak mana leh jana duit dari sini.

Saya pun tak tahu lagi, ni first time.

Oklah.

Till then.

Wassalam.

Review Kari Kepala Ikan Nasi Kandar Line Clear, Penang

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan Allah beri kelapangan kepada anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my 

Semoga Allah bantu kita semua dan diberi kelapangan hidup dunia dan akhirat.

Review Kari Kepala Ikan Nasi Kandar Line Clear

Saya ada seorang sahabat yang rapat dengan saya, Okaz. Duduk di Machang, Kelantan. Tapi kampung dia berdekatan dengan rumah saya.

So semalam dia balik kampung dan dia kata teringin nak makan Kari Kepala Ikan Nasi Kandar Line Clear.

Wallawoi.

Nak kena pi Penang la pulak. Tapi kawan ajak punya pasal, saya meraikan la juga.


Kami pi 3 orang. Wahhh.. Kesedapan terserlah diwajah Okaz. Belum makan lagi dia punya senyum dah lain macam. 


Zoom sikit kari kepala ikan ni. Memang tersangat besar. Satu kepala ni harga RM65. Ikan apa saya pun tak pasti. Saja teringin nak makan. Balun sajalah.

Review :

i. Dari segi harga, saya rasa macam not bad. RM65 untuk satu kepala ni. Nak kata murah sangat tu tak, tapi tak lah mahal sangat.

ii. Dari segi sedap, Alhamdulillah. Memang sedap. Cumanya, kalau nak lagi sedap, anda kena campur kuah di nasi anda dengan kuah kuah lain dekat kaunter tu.

Kalau setakat kuah kari ni saja, tak cukup menangkap lagi.

iii. Ambil sekali dengan papadom, ayam goreng dan sayur.

iv. Secara kesimpulan, SEDAP. Boleh pi.

Sekian review dari saya.

Wassalam.

Maria Firdaus 
Motivating And Inspiring Others

Rahsia Merancang Keluarga Secara Semulajadi Tanpa Pil, Suntikan Atau Implant - Suami Isteri Wajib Tahu!

$
0
0

By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Sebagai seorang Shaklee Product Consultant, Maria memang selalu terima soalan daripada customer yang hadapi macam-macam masalah kesihatan lepas ambil kaedah perancang keluarga, samada dalam bentuk PIL, SUNTIKAN atau IMPLANT. 

Tak dinafikan, kaedah perancang bukan semulajadi ni akan ada KESAN SAMPINGAN pada sesetengah orang.

Contohnya kesan suntikan hormon boleh menyebabkan:-

- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur

Maria ingat lagi, setiap kali lepas bersalin, lepas habis pantang jer, nurse di klinik kesihatan mesti akan offer untuk ambil pil perancang.

Maria memang tolak sebab takut sangat dengan kesan sampingan macam kat atas tu.

Tak sanggup lah nak kacau hormon dalam badan yang dah sedia elok ni, nak masukkan hormon sintetik pulak. Huhu.


PENTINGNYA ILMU TENTANG KESUBURAN 

Actually sebelum pregnant anak pertama lagi, Maria dah banyak belajar thru internet, cara nak detect bila WAKTU SUBUR dan TAK SUBUR. 

(Tapi syarat nak detect mestilah PERIOD TERATUR setiap bulan, kalau period tak teratur, kena pulihkan yang tu dulu baru senang nak detect waktu subur. InsyaAllah, boleh cuba GLA COMPLEX SHAKLEE untuk bantu betulkan period). 

Tapi rupa-rupanya ramai lagi suami isteri yang tak tahu cara yang betul nak jarak anak secara semulajadi.

Dan ramai yang ingat kaedah semulajadi tu susah sangat atau mungkin tak berkesan.

So Maria nak share artikel yang ditulis oleh Prof Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya. (Post asal di sini)

Alhamdulillah, kami memang dah amalkan cara semulajadi ni dan memang terbukti berkesan untuk kami.

3 orang anak kami lahir dengan jarak 3 tahun, iaitu tahun 2009, 2012 dan 2015. Maria tak pernah ambil sebarang pil, suntikan atau implant. Alhamdulillah.

Ilmu ni sangat penting untuk semua pasangan yang nak merancang, samada untuk JARAKKAN ANAK, atau yang sedang berusaha untuk DAPATKAN ANAK.

Artikel ni agak panjang tapi percayalah, ia sangat berguna.

SUAMI DAN ISTERI WAJIB TAHU!!

===========

RAHSIA MERANCANG DENGAN SENDIRI (NATURAL METHOD) - by Prof Dr Imelda Balchin

Setiap minggu di klinik antenatal, saya mesti berjumpa dengan ibu-ibu hamil yang malu-malu menyatakan yang mereka merancang 'sendiri-sendiri'.

Ramai yang memilih menggunakan kaedah perancang keluarga yang dikatakan 'Sunnah', seperti 'al-azl' dimana suami mengeluarkan air mani di luar, atau si isteri 'merancang sendiri-sendiri' iaitu menggunakan kaedah 'natural method', atau menggabungkan kedua-dua sekali.

==================

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan tidak merancang, dalam jangkamasa 1 tahun, 85 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang 'sendiri-sendiri' (natural method), dalam jangkamasa 1 tahun, 25 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang kaedah 'al-azl', dalam jangkamasa 1 tahun, 22 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang menggunakan condom lelaki, dalam 1 tahun, 18 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan pil perancang keluarga, dalam 1 tahun, 9 akan hamil.

Yang paling berkesan sekali ialah susuk implant berhormon, hanya 0.05 akan hamil. 

Maknanya, jika 100 pasang suami isteri menggunakan implant, seorang akan hamil selepas 20 tahun. Atau jika 2000 pasang suami isteri menggunakan implant, dalam 1 tahun, seorang akan hamil.

==================

Tidak ramai wanita Malaysia yang mendapat sokongan mempelajari kaedah 'natural method' dengan betul, kerana memberi tunjuk-ajar caranya mengambil masa yang lebih lama, dan di Malaysia lebih senang bagi doktor dan jururawat mencadangkan kaedah lain yang lebih berkesan.

Tetapi dengan ilmu pengetahuan, dan motivasi, ada caranya membolehkan kita merancang sendiri.

Ini lah cara yang di ajar kepada suami-isteri beragama Catholic, kerana agama mereka tidak membenarkan kaedah lain.

Wanita Catholic memang handal menggunakan 'natural method' dengan betul, dan sering meminta saya mengajar mereka kaedah ini.

Jika suami isteri di Malaysia nak belajar kaedah ini, kita patut menghormati pilihan mereka, dan memberi sokongan dan tunjuk ajar.

===============

Kaedah 'natural method' ni bukan senang, tetapi kalau ingin mencuba, ada syarat-syaratnya:

1) Motivasi yang tinggi dan kerjasama dari kedua-dua suami isteri

2) Bersetuju memberi sekurang-kurangnya TIGA BULAN untuk memahami caranya, SEBELUM memulakan kaedah ini. Dalam masa 3 bulan ini, suami hendaklah bersetuju menggunakan condom lelaki sehingga isteri cukup mahir menggunakan kaedah yang natural.

3) Haid yang teratur setiap bulan. Jika haid berubah dan tidak teratur, hendaklah bertukar menggunakan kaedah yang lebih berkesan.

4) Supaya ia berkesan, hendaklah bersetuju menggabungkan penggunaan kaedah alami ini dengan penggunaan condom lelaki semasa waktu subur, atau tidak membuat hubungan kelamin semasa waktu subur.

===============

Jika nak belajar, Saya akan teruskan....

Ada 3 cara natural method. Sebaik-baiknya menggunakan >1 cara supaya berkesan.

A) Kalendar Kesuburan 

B) Suhu badan

C) Lendir Cervix

=================

SPERMA SUAMI:

Selepas keluar ke dalam faraj, boleh hidup 3-7 hari.

Memerlukan bantuan lendir beralkali yang cair yang datangnya dari cervix (pangkal rahim) untuk masuk ke dalam rahim.

ISTERI:

Kenali diri sendiri
dalam masa 3 bulan untuk mengetahui bila masanya ovulasi berlaku.

Catat dalam kalendar kesuburan.

Hari pertama ialah hari permulaan haid. Haid yang teratur datangnya setiap 24 - 35 hari. (Jika lebih 35 hari, kaedah ini kurang berkesan. Cari lah kaedah yang lain).

Ovulasi boleh berlaku sekali, di antara hari ke 7 - 21, dan ini boleh bertukar setiap bulan.

Bilakah peringkat subur:

Bermula dari 6 hari sebelum ovulasi (sebab sperma boleh tunggu disitu) sehingga 2 hari selepas ovulasi (sebab ovum hanya boleh hidup 24 jam).

Membuat hubungan kelamin di peringkat subur ini tidak digalakkan atau pakailah condom lelaki.

Bilakah peringkat tidak subur:

3 hari selepas ovulasi sampai datangnya haid. Tak perlukan apa-apa perlindungan jika membuat hubungan kelamin di peringkat ini. Al-Azl pun tak payah.

==================

A) Kalendar Kesuburan

Catatkan bila datangnya haid pada 3 bulan berturut-turut.

Hari pertama kesuburan = bulan yang paling pendek ditolak 20 hari.

Hari terakhir kesuburan = bulan yang paling panjang ditolak 10 hari.

Contohnya, jika dalam 3 bulan itu, haid datang setiap 28 hari, kemudian 31 hari, dan kemudian 32 hari.

Bulan terpendek = 28 hari,
Bulan terpanjang = 32 hari.

Hari pertama kesuburan = 28-tolak 20 hari = 8.
Hari terakhir kesuburan = 32-tolak 10 hari = 22.

Jadi tidak digalakkan membuat hubungan kelamin daripada hari 8-22 tanpa menggunakan condom.

==================

B) Suhu Badan

Beli lah digital thermometer yang menunjukkan bacaan dengan skala 0.1C.

Setiap pagi bila terjaga pagi, sebelum bangun dari katil, catatlah bacaan suhu badan.

Selepas ovulasi, suhu badan akan naik> 0.2C untuk 3 hari berturut-turut.

Hanya boleh membuat hubungan kelamin tanpa perlindungan selepas 3 hari berturut-turut suhu badan naik sebanyak 0.2C, jika dibandingkan dengan suhu badan pada 6 hari sebelumnya.

==================

C) Lendir Cervix:

Selepas ovulasi,
ovari mula mengeluarkan hormon progesterone yang menyebabkan lendir Cervix menjadi pekat dan melekit.

Sebelum ovulasi lendir cervix cair tidak melekit seperti telur putih mentah.

Bila lendir cervix tidak lagi cair dan menjadi melekit (atau TIDAK ADA LENDIR) selama 3 hari berturut-turut, selepas 3 hari ini boleh membuat hubungan kelamin tanpa perlindungan sehingga datangnya haid.

Masukkan jari ke dalam faraj sampai ke Cervix untuk mencalit sedikit lendir di jari, dan kemudian lihat samada melekit atau cair.

==================

Gabungkan ketiga-tiga cara supaya paling berkesan. 

Kalau mengikut seperti di atas, mulakan menggunakan condom pada hari ke 8 (hari kesuburan pertama) sehingga 3 hari suhu badan naik dan 3 hari tidak ada lendir Cervix. 

Selepas itu tidak perlukan perlindungan sehingga datangnya haid.

Kaedah Al-Azl kurang berkesan jika dibandingkan dengan menggunakan condom.

Ada wanita yang belajar menggunakan condom wanita (diaphragm), yang itu boleh tunjuk-ajar di klinik sahaja.

Untuk paling berkesan, hanya membuat hubungan kelamin selepas 3 hari suhu badan naik dan 3 hari tidak ada lendir Cervix, iaitu masa yang tidak subur.

Yang penting, belajar supaya tahu sendiri bilakah peringkat yang subur untuk badan anda dan bilakah tidak subur.

Setiap wanita lain, setiap bulan mungkin lain.

Kalau ada motivasi dan disiplin, dan kerjasama suami untuk menggunakan kaedah alami/natural supaya berjaya merancang sendiri, silakan lah.

Selalunya lepas penat saya mengajar bagaimana nak berjaya menggunakan kaedah natural method ni, patient saya kata, "oooooooo terimakasih , saya telan pil sajalah doc!"
😂😂😂😂😂😂😂😂

Prof Dr Imelda Balchin
Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Kuala Lumpur

==================

SUSAH KE CARA SEMULAJADI NI?

Actually, kalau anda baca jer info ni, memang rasa macam susah.

Tapi kami sendiri dah amalkan, takdelah susah mana pun. (Itupun Maria guna cara A dan C saja, tak pernah lagi guna cara B).

Yang penting period sekarang teratur, ada kerjasama suami isteri, berdisiplin dan ikut syarat yang ditetapkan.

Kami pilih cara ni sebab sangat-sangat berbaloi berbanding risiko nak hadapi kesan sampingan akibat ambil pil, suntikan dan implant.

So terpulang lah yer ikut pilihan dan kesesuaian masing-masing.


APPS DI HANDPHONE

Sekarang ni pun dah senang, ada banyak apps di handphone yang kita boleh install untuk monitor jadual period dan kesuburan.

So walau kita sibuk macam mana pun, takde alasan tak sempat nak record waktu period kita. Semuanya di hujung jari jer!


Maria guna apps PERIOD DIARY yang ni di Iphone, sangat membantu kita detect period dan waktu subur kita setiap bulan. 

Jika anda rasa info ini bermanfaat, mohon anda share link ini untuk membantu mereka yang mungkin memerlukan.

Sharing is caring! :)


Pemasangan PA System Baru Di Sekolah SKPTM

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Pemasangan PA System Baru Di Dewan Sekolah SKPTM

Di sekolah, saya AJK PIBG SKPTM. Disebabkan sekarang ni selalu free, saya selalu juga ke sekolah.

Sejak dari tahun lepas, satu benda saya perasan. Speaker di dewan tak jelas. Tapi nak buat macam mana, mana nak cari duit untuk beli sound system baru. Bukan murah.

So, kami AJK dan Alumni SKPTM pakat pakat cari duit untuk disumbangkan beli PA System baru.

Saya dah pi survey. Harga dari pembekal pertama adalah RM12,000. Then kami cari sendiri, dari pembekal kedua, direct dari kedai harga RM7400.

Lepas tu kami cuba cari orang nak pasang semua PA System ni sebab kami tak ada pengalaman nak pasang.

Orang pertama minta RM2000 untuk pasang.

Orang kedua pula minta RM1000 untuk upah pasang.

Aduh. Nak beli speaker pun tak ada duit, ni nak cari duit untuk upah pasang pulak.

Kami cari cari duit, dapatlah sikit. 

Penyumbang 1 : RM1000
Penyumbang 2 : RM1000
Penyumbang 3 : RM200
Penyumbang 4 : RM2700
Penyumbang 5 : RM50
Penyumbang 6 : RM100

Jumlah Sumbangan = RM5050

Masih kekurangan lagi sekitar RM2500.

Disebabkan nak bagi projek ni jalan juga, saya pi beli dulu speaker ini guna duit saya dahulu. Mudah mudahan, boleh la dapat balik duit yang diperlukan.


Petang Jumaat, dengan lafaz Bismillah kami pakat pakat mai tolong pasang. Yang bestnya, saya mengetuai projek pemasangan ini. Saya sendiri tak ada pengalaman pasang PA System. Semuanya adalah berdasarkan apa yang diajar oleh kedai tempat saya beli PA tu sahaja.


Syukur, ada waris dan cikgu yang tahu sket sket mai tolong pasang sama.



Dok ukur berapa tinggi speaker ni supaya bila pasang nanti tinggi dia jadi ngam.


Saya cakap tak perlu pasang paip, tapi kenkawan kata kalau pasang paip putih ni cantik sket. So akhirnya, kami pasang.


Kami bahagi bahagi kerja, ada yang pasang paip, ada yang pasang bracket speaker, ada yang tarik wayar. 


Saya bahagian pasang wayar dan connection.


Alhamdulillah, jam 3 petang kami start, jam 6 petang siap semua 4 speaker dinaikkan. Seriously, bukan senang punya kerja ni. Terutama kerja nak pasang wall plug kat dinding ni, susah gak.


Siap kerja installation, part terakhir kerja connection. Semua wayar nak kena connect ke Amplifier dan Equaliser. 


Ni pun orang besar gak ni. Banyak memainkan peranan dalam nak bagi jadi projek speaker ni.



Lapar gila. Alhamdulillah, Penolong Kanan ada mai petang tu, terus kena pau belanja pizza kat para petugas. Alhamdulillah. Walaupun ada pizza tak ada air, air paip ada banyak.... Minum tak habis.

Masa pasang ni, hujan agak lebat. So saya kena gak la hujan sket sket. Kesannya, huhu. Malam tu terus selsema teruk dan demam.

Esoknya, satu hari flat. Berehat ajalah. Terpaksa cancel plan saya nak ke Kolej Mara Banting hari Sabtu sebab kesihatan tidak mengizinkan.

Untuk makluman, speaker ini akan digunakan setiap hari di sekolah ini. Sebab kami pasang di dewan utama. Di tempat perhimpunan harian para pelajar.

Dan yang best, kami akan pasang Bacaan Al Fatihah, Asmaul Husna, dan doa Dhuha setiap hari 10 minit sebelum perhimpunan bermula. Jadi para pelajar yang datang awal dapat mendengar nasyid nasyid yang baik setiap hari.

Insya Allah, banyak pahala akan dapat buat mereka yang menyumbang untuk projek speaker ini.

Bagi yang teringin nak menyumbang, boleh ajer bank in ke akaun berikut: 

BANK  : RHB BANK
 NO AKAUN : 1-80191-4905789-5
NAMA AKAUN : PIBG SEK KEB PTG TOK MAHAT N TEBAL

Semoga sama sama kita mendapat pencen kubur buat bekalan kita di sana nanti.

Matlamat kami di PIBG mudah, kita nak bantu pihak sekolah untuk memudahkan mereka mendidik anak anak kita dan sumbangan PA System baru ini memudahkan para guru menyampaikan mesej yang penting kepada pelajar dengan lebih jelas selepas ini.

Pagi tadi, saya berpeluang tengok "Majlis Perasmian PA System" baru ni di sekolah. Alhamdulillah, memang sangat jelas.

Cumanya, kami ada pasang dua speaker lama dekat atas pentas, dan speaker tu yang buat spoil bagi berdengung bila cakap. So, kami cabut dulu speaker lama ni. Nanti mungkin nak kena tukar dua biji speaker baru yang kecil kat situ. 

Nak kena cari duit lagi... Hehe...

Wassalam.

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Kepentingan PROTEIN dan 5 Tips Memilih SUMBER PROTEIN Terbaik!

$
0
0

KEPENTINGAN PROTEIN

Protein adalah nutrisi yang sangat penting dalam diet harian kita.
Ia seperti blok yang membina tubuh, atau seperti batu bata yang membina rumah kita.

Kajian membuktikan protein sangat penting dalam membantu:-

• Menggalakkan perkembangan otot yang sihat. 1

• Mengekalkan kekuatan otot1

• Mengekalkan jisim otot dan mengurangkan kehilangan otot. 1

• Menyokong peredaran darah yang sihat untuk fungsi jantung yang optimum. 2

Kulit yang lebih licin dan berseri. 2

Kehamilan sihat dan penyusuan susu ibu yang lancar. 3

• Menyokong penyelenggaraan tulang. 4,5 

• Menyokong pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat. 6

• Mempercepatkan pembaikan dan pembaharuan sel. 6

• Mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Memandangkan PROTEIN adalah nutrisi yang sangat penting dalam diet harian kita, kita perlulah dapatkan sumber protein yang cukup setiap hari dari sumber terbaik. 

Jadi macam mana nak pilih sumber protein terbaik?

5 TIPS MEMILIH SUMBER PROTEIN TERBAIK


TIPS #1
PROTEIN TUMBUHAN ATAU HAIWAN? 


Sebenarnya kedua-dua protein tumbuhan dan haiwan ada kandungan protein yang sama. 

Cumanya, protein HAIWAN ternakan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dari makanan haiwan tu sendiri seperti antibiotik, dan mungkin juga haiwan tu pernah terdedah kepada pelbagai penyakit. 

Maka pilihan yang lebih baik adalah sumber protein TUMBUHAN, seperti kekacang dan bijirin penuh. Ia terbukti lebih selamat dan mudah dihadam terutamanya di kalangan warga emas. 


TIPS #2
KANDUNGAN KOLESTEROL TINGGI ATAU RENDAH? 


Tahukah anda, protein haiwan seperti daging merah dan ayam, mempunyai kolesterol yang tinggi

Protein tumbuhan pula langsung TIADA KOLESTEROL! 

So semestinya protein tumbuhan tanpa kolesterol adalah lebih baik dan menyihatkan. 



TIPS #3
KANDUNGAN LEMAK TINGGI ATAU RENDAH? 

Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein tumbuhan bebas daripadanya. 

Jadi, makanlah protein tumbuhan dari kekacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.



TIPS #4
SUMBER GMO ATAU NON-GMO?

GMO (Genetically Modified Organisms) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. 

Tahukah anda, GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

Jadi sebelum pilih suplemen protein, pastikan sumber protein itu adalah yang NON-GMO. 



TIPS #5
SUMBER SEMULAJADI ATAU DIPROSES?

Seboleh mungkin kita perlu dapatkan protein dalam keadaan semulajadi. 

Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. 

Apabila kita tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet kita, kita boleh pilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi, seperti sumber protein soya. 


===============

KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE
(ENERGIZING SOY PROTEIN)

ESP adalah sumber protein terbaik. 

- Shaklee menggunakan protein soya (tumbuhan) yang tidak-diubahsuai secara genetik atau Non-Genetically Modified (NON-GMO) di bawah Identity Preservation Program (IPP).

- Setiap hidangan ESP membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan.

- ESP mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti.

- ESP mengandungi 9 asid amino, tinggi dengan kalsium, dan tanpa kolesterol. 

- Protein soya ESP membantu menurunkan paras kolesterol.
(Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.)

- ESP memberikan tenaga berterusan (Low Glycemic Index).


APAKAH MAKSUD 'LOW GLYSEMIC INDEX' (GI)?



Rajah Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. 

Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan badan letih, mudah rasa terganggu dan lapar. 

Instant Protein biasa juga mempunyai tindak balas “turun-naik”. 

ESP pula mempunyai indeks glisemik rendah, iaitu paras gula darah kekal stabil, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.

Jadi ESP sesuai untuk penghidap diabetes kerana tidak menyebabkan peningkatan gula dalam darah. 



Sebab itulah ESP sangat sesuai untuk seisi keluarga, daripada kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas. 


PROMOSI ESP OCTOBER 2017!!
BUY 4 x ESP GET 5% DISCOUNT!


Hubungi MARIA - 019-259 2731 (CLICK TO WHATSAPPuntuk dapatkan ESP anda pada harga terbaik bulan Oct 2017!

~~~~~~~~~~~~~~~
Rujukan:
1. Rie Hashimoto, Atsuko Sakai, Masumi Murayama, Arisa Ochi, Tomoki Abe, Katsuya Hirasaka, Ayako Ohno, Shigetada Teshima-Kondo, Hiroaki Yanagawa, Natsuo Yasui, Mikiko Inatsugi, Daisuke Doi, Masanori Takeda, Rie Mukai, Junji Terao, Takeshi Nikawa. Effects of dietary soy protein on skeletal muscle volume and strength in humans with various physical activities. The Journal of Medical Investigation. Vol. 62 (2015) No. 3.4 p. 177-183
2. Draelos ZD, Blair R, Tabor A. Oral soy supplementation and dermatology. Cosmetic Dermatology. 2007, 20, 202-204.
3. Kristen S. Montgomery. Soy Protein. J Perinat Educ. 2003 Summer; 12(3): 42–45.
4. Greendale GA1, FitzGerald G, Huang MH, Sternfeld
B, Gold E, Seeman T, Sherman S, Sowers M. Dietary soy iso avones and bone mineral density: results
from the study of women’s health across the nation. Am J Epidemiol. 2002 Apr 15;155(8):746-54.
5. Chao Wu Xiao. Health Effects of Soy Protein and Iso avones in Humans. 2008 American Society for Nutrition. 0022-3166.
6. N. Chapman Associates. 2004. Current Knowledge on Soy and Children’s Diets for United Soybean Board.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak dapatkan semua produk Shaklee pada HARGA TERENDAH?

Jom register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT dan UNTUNG tau! 

Ada banyak kelebihan sebagai ahli, walaupun hanya makan sendiri. 

Nak belajar JANA INCOME dengan Shaklee hanya DARI RUMAH pun boleh!   

Hubungi MASTER MARIA (019-259 2731), kami sedia membantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (CLICK HERE TO WHATSAPP)

Perancangan Majlis Gotong Royong Perdana SKPTM

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ni sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Hari ni saya nak share mengenai Perancangan Program Gotong Royong yang akan diadakan di SKPTM pada hari Sabtu ini.

Memandangkan banyak tugasan nak dijalankan, so kita agih tugas sorang sikit dan dekat blog ni saya nak tunjukkan apa tugasan yang boleh dibuat pada hari Sabtu ini.

1. Kerja Membuat Lantai Simen Di Hadapan Bus Stop SKPTM

Dekat sini, ada sedikit kawasan sekitar 20' x 2.5' yang masih belum disimenkan. So, perlu buat lantai di area ni.

Kalau ikut cadangan GB, nak buat Akupunture dekat sini. Perlu beli sekitar 3-4 beg batu kecil warna putih untuk disusun di sini jika mahu bubuh batu ni.

Jika tidak, kita boleh terus dengan buat simen sahaja.


Kerja lantai simen di tepi kawasan ini.

Barang yang diperlukan :

i. Scoop 
ii. Kereta Surung
iii. Cangkul

Simen dan Pasir dah ada. Kalau pasir tak cukup, ambil di tepi padang. Ada balance sket pasir.

Perlu 2 orang yang berkemahiran bidang simen dan pasir di sini. 
Guru Bertugas : _________________

2. Cat Warna Hitam Putih Di Divider Landscape 


Divider ni nak kena cat warna putih hitam. Warna putih dah dicat. Nak kena beli cat hitam 1 liter weatherbond punya. Cat belang hitam putih setiap 2 kaki panjang.

Perlu 2 orang untuk cat dikawasan ini.
Guru Bertugas : _________________________

3. Mengemas Bilik Kaunseling

Bilik ini perlu dikemas dan dihias untuk pertandingan bilik kaunseling selepas ini.

Kerja yang perlu di buat:

i. Tampal poster dan frame. Banner disediakan oleh kaunselor. Kayu dah disyelek oleh pekerja. Perlu paku simen 1 inci dalam 20 batang untuk kerja ini.

ii. Membaiki motor. Motor di bawah ni rosak. Perlu tukar dengan motor baru. Kaunselor dah beli motor baru tapi tak pandai nak tukar.


Tukar motor dan wayar ini.

Perlu 2 orang dibilik ini.
Guru Bertugas : Cikgu Siti Zuraidah. Kaunselor.

4. Tukar Speaker 2 Unit Atas Pentas Ni Dan Pasang Microphone Wire

Speaker ni dah rosak. Berdengung bila bercakap. 

Speaker 2 biji ini akan dibeli oleh Farid. 


Bilangan Waris Di Sini : 2-3 Orang
Guru Bertugas : Ustaz Hazani

5. Mengemas Bilik PA System

Bilik ni penuh dengan barang barang termasuk sampah. Nak menangis tengok. Banyak kotak yang tak guna ada dalam ni.

Semua barang perlu disusun ikut kegunaan dan keperluan.

Perlu susun balik PA System supaya tersusun. Kena kemas tempat susun microphone supaya mudah dicari nanti bila nak guna.

Bilangan waris diperlukan 3-4 orang
Guru Bertugas : Ustaz Din


Dah macam kapal pecah bilik PA ni. Kalau penilai SBT termasuk dalam bilik ni. Selamat hari raya la.

6. Mengecat Tayar Pokok Bunga

Semua tayar ni cantik, tapi dah uzur. Perlu ditukar warna. Cat warna coklat tua ada banyak. Boleh cat dengan warna coklat, kelopak bunga yang atas tu kita cat warna putih. 


Ada lebih kurang 15-20 pokok bunga jenis macam ni. So, semua tayar ni perlu di cat baru. Cat coklat tua dan kelopak bahagian atas tu bubuh warna putih / coklat muda.

Tapi sebelum cat, SEMUA TAYAR NI PERLU DI TEMBAK DENGAN WATER PRESSURE UNTUK KELUARKAN CAT. MOHON CIKGU MINTA TOLONG TUKANG KEBUN UNTUK BUAT BENDA NI SEHARI LEBIH AWAL.

7. Mengecat Kaki Bangu Tempat Rehat


Cat kaki bangku ni, tukar dari warna kuning kepada warna coklat tua / putih. Tengok mana yang sesuai.

SEMUA KAKI BANGKU INI PERLU DI TEMBAK DENGAN WATER PRESSURE UNTUK KELUARKAN CAT. MOHON CIKGU MINTA TOLONG TUKANG KEBUN UNTUK BUAT BENDA NI SEHARI LEBIH AWAL.


Semua tayar ni dan kaki bangku ni kena dibersihkan dahulu sebelum cat guna water pressure.

8. Mengecat Planter Box

Semua planter box di kawasan tepi dewan ini perlu di cat semula. kita cat tepi warna coklat tua dan atas dia tu dengan warna coklat muda.


Sekali lagi, semua planter box ni perlu ditembak dahulu dengan water pressure.


Tak boleh tembak air pada hari Sabtu ni, sebab nanti basah. Tak kering. Bila cat nanti cat tak akan tahan lama.


Semua cat ni perlu bubuh undercoat dahulu. Cat undercoat dah ada.

9. Cat Batu Di Keliling Pokok


Cat batu ni dengan warna coklat tua. Tapi kena tembak dulu bagi bersih sebelum cat. 

10. Cat Pondok Di Depan Koperasi


Nak cat tembok ni balik. Ada 3 warna, coklat tua, coklat muda dan putih. Pepandaila nak bagi cantik. Kena bubuh undercoat dulu. 

Sebelum tu, tolong minta tolong tukang kebun tembak dulu dengan waterjet.

11. Cat Tempat Water Trap


Lokasi tepi pondok rehat depan koperasi. Suruh tukang kebun tembak dulu benda ni lebih awal.

12. Cat Tapak Perhimpunan Punya Pentas


Pentas ni punya cat dah buruk sangat. Tiang bendera pun dah nak menangis ku tengok. Dengan pasu pasu sekitar tempat ni. 

Mohon guru minta tukang kebun tembak air dulu sehari lebih awal tempat tempat ni.

13. Cat Semua Tiang Besi Di Sekolah 


Tiang besi di sekolah ada banyak warna, so kita standar kan dengan warna Coklat Tua. Cat dah ada 5 liter, rasa macam tak cukup sebab di sekolah ada banyak gila tiang ni. Thinner pun dah beli.

Perlu 10 orang waris kerja cat tiang ni. 
Guru Bertugas : _______________________

14. Kerja Memindahkan Tanah Merah Dan Buat Batas Untuk Tanaman Di PPKI

Di tepi padang dekat bangunan PPKI, ada satu longgok kecil tanah merah. Nak pindah tanah tu buat batas. PPKI nak tanam sayur.

Tapi saya nak bagi tau, tanah merah tu bukan top soil tau, tak sesuai untuk tanaman sayur. Kena tambah baja tahi ayam dulu. Biar sebulan dua, baru tanam. Itu pun kalau tanah tu dah elok. Kalau tak, kene tunggu lama sket.

15. Bubuh Racun Dan Baja Di Pokok Kelapa Pandan

Banyak pokok pandan kena serangan ulat. Dah WAJIB bubuh racun. Racun dah beli. Ada dekat Farid. Bancuhan, 30ml racun + 16 liter air. 

Baja pun kena bubuh juga. Bubuh lebih kurang segeggam dekat satu pokok. Baja ada dekat Farid.

Sebenarnya, baja ni ada banyak. Kalau rajin, boleh ambil dalam satu tong, then pi tabur dekat pokok bunga dekat tepi dewan. Bagi pokok tu kena baja sket. Baru la cantik sket.

Buat masa ini, ini dulu tugasan yang ada untuk kerja kerja gotong royong di sekolah hari Sabtu ini.

Mohon guru dan  AJK PIBG yang baca bagi feedback dan pandangan.

Wassalam

Mohd Firdaus

Pengedar Shaklee Klang Untuk COD Vitamin Shaklee Tanpa POS. Jimat Masa dan Tenaga!

$
0
0

Adik manis dan bonda jelita tinggal di Klang Selangor? 
.
Dan sedang berfikir fikir nak cari produk Shaklee yang boleh dibeli secara COD di Klang?
.
pengedar shaklee klang

Eh tapi Klang kan besar, ada Meru, Kapar, Bandar Klang, Teluk Pulai, Sungai Udang Kampung Delek dan Port Klang
.
Tak pe.
.
Semua ni boleh je nak COD.
.
Kalau sedang mencari pengedar Shaklee klang yang boleh hantar produk Shaklee terus ke depan pintu rumah,
.
Salah seorang team kami di bawah MARIA FIRDAUS EMPIRE, iaitu Maznee boleh membantu anda.
.
Maznee boleh hantarkan vitamin Shaklee mase sis sedang bersuka ria bersama keluarga dengan servis lebih laju dari tunggu mee segera masak? 😍
.
Jangan risau ya.
.
Masalah adik dan bonda manis boleh selesai. Semuanya dihujung jari je tau.
.
Whatsap / sms pengedar Shaklee pebret di kawasan Klang.


Pengedar Shaklee Klang dan Setia Alam
.
Maznee akan membantu adik suweet dan bonda hot untuk pilih produk shaklee yang tepat untuk selesaikan hajat di hati.
.
Yang buatkan mandi tak basah dan tidur tak kenyang.
.
Dan menghulurkan tangan lembut penuh vitamin kasih semasa dan selepas tempahan produk shaklee. 
.
Contohnya bonda dah nak bersalin, nak maznee hantar set bersalin shaklee cod klang. 
.
Bagitahu saja.
.
Selepas persetujuan dibuat, penghantaran boleh dilakukan terus kepada anda secara cod
.
Whatsap saja Maznee Azmee tempahan vitamin shaklee secara cod 
.

. 
Maznee Azmee
Pengedar Shaklee Klang
Whatsap +019-2653791
Lot 1294 telok kapas,
Kampung rantau panjang
42100 Klang
Selangor Darul Ehsan
. 
Maznee dah lama jadi pengedar Shaklee yang aktif di Klang dan Setia Alam.
.
Dah 5 tahun makan produk Shaklee.
.
Dan sampai hari ini masih makan setiap hari (Kecuali bila lupa. Hehe)
.
Jadi kalau dah hari hari makan, cara makan dan kegunaan setiap produk tu dah arif sangat
.
Orang kata nak mahir sesuatu produk kena ada pengalaman 10,000 jam
.
Jadi, dengan pengalaman yang ada, panduan dan penerangan tentang suplemen Shaklee boleh di kongsi dengan sangat yakin. 
.
Sepanjang 5 tahun ni dah macam macam pengguna Shaklee di consult.
.
Tuan puan mesti rasa lebih yakin nak beli produk, kalau orang yang jual tu dah makan 5 tahun dan Alhamdulillah masih sihat kan?
.
Semuanya dengan izin Allah swt. Kita berusaha saja.



Bila boleh COD Vitamin Shaklee Di Klang?
.
Bagi yang bekerja di Klang.
.
Kami boleh hantar terus ke pejabat dan tempat bekerja pada waktu pejabat
.
Senang kan hantar siang hari
.
Dan,
.
Andai kata anda ada di rumah di siang hari.
.
Kami boleh juga hantar ke rumah.
.
Tak ada masalah.
.
Jadi, bagi anda yang berada di Klang dan Setia Alam boleh 
.
Whatsap Maznee di 019-265-3791.
. 
Sebab bila dah save. Nak WhatsAp senang. 


Apa Buktinya Maznee ni Pengedar Shaklee Klang pilihan ramai?
.
Dalam 5 tahun menjadi pengedar Shaklee di Klang
.
Ada banyak pengguna yang dah Maznee bantu
.
Maznee kongsikan beberapa ya
.
Kalau letak semua tak habis pula nanti


1. COD Set mengandung Shaklee di Kampung Rantau Panjang Klang
.
Kak Zah ni ibu bekerja yang sibuk
.
Anak lasak 
.
Biasalah
.
Hero
.
Hehe.
.
Jadi bila usia dah meningkat, dan mengandung lagi
.
Bekerja pulak tu
.
Masa Kak Zah Whatsap Maznee
.
Ada masalah darah rendah. Dan juga ada kencing manis masa mengandung
.
Jadi apa lagi,
.
Nak bagi yang terbaik
.
Dapat no Maznee. Whatsap saja. Masa ni 18 feb 2017
.
shaklee klang maznee
.
Satu perkara penting Maznee nak kongsi. Sebenarnya
.
Tak makan shaklee pun boleh je sihat.
.
Betul
.
Asalkan kita pandai jaga makan
.
Dan amalkan cara hidup sihat. Tapi itulah kan

.
Langit tak selalu cerah. Kita ni dah lah sibuk di pejabat.
.
Balik rumah je anak anak dah berlari berkejaran 100 m acara pecut
.
Nampak pula rumah macam medan perang
.
Tak ke naik temperature kepala tu
.
Mendidih macam air masak
.
Kat dapur
.
Hehe
.
Mana lah sempat nak jaga kan
.
Sebab itu kita perlukan bantuan. Bantuan dari suplemen
.
Dan juga bantuan dari Maznee. Ehem ehem
.
Cara makan Maznee guide ok
.
Buka sekali dapat
.
Terus senyap
.
Tak 
.
Maznee guide sampai 
.
Sampai bila bila. Asalkan puan nak dengar
.
Maznee akan kongsi pengalaman. Asalkan makan ikut sukatan
.
Dan ikut keperluan. Tak ada masalah
.
Sedangkan
.
Makan nasi berlebihan pun boleh kena kencing manis kan?
.
Apa jadi lepas Maznee guide Kak Zah makan
.
Selepas fikir masak masak
.
Kak Zah setuju
.
Tempah awal bulan Mac. Maznee hantar terus sampai depan rumah di Klang

pengedar shaklee rantau panjang klang
.
Lepas beberapa hari,
.
Satu ketika pada jam 2.22pm. Lepas Kak Zah makan lunch.
.
Hehe
.
Dah sendawa agaknya
.
Dapat berita gula dah turun. Tapi masih belum bawah 5.
.
Adjust lagi cara makan ikut jadual kerja Kak Zah
.
Dan kongsi beberapa tips
.
Esoknya Maznee "menyibuk" lagi
.
(Menyibuk macam ni tak apa. Allah sayang! Itqan dalam bekerja ok. Hehe)
.
cara makan kak zah
.
Esok tu gula turun lagi
.
Tambah semangat Kak Zah. Sebab belum buat lagi semua tips yang Maznee bagi
.
Nak di jadikan cerita
.
Atas sebab masing masing sibuk kerja. 
.
Ada 1 minggu lebih kami buat urusan masing masing
.
Lepas tu Maznee tanya khabar lagi
.
Jeng jeng jeng
.
Suspen
.
bacaan dah cantik
.
Dapat berita gembira tau!
.
Dah 1 minggu bacaan gula cantik dan mulus. Atas kad laporan tu
.
Dapat markah baik
.
Kalau kat sekolah dulu, tak adalah cikgu merotan kan
.
Hehe
.
Nak di jadikan cerita
.
Sampai lah ke tarikh akhir mengandung. Kami saling bertanya khabar
.
Bersalin pun akak ni pakai set bersalin shaklee
.
makan set berpantang pula
.
Ini baru satu
.
Ada lagi contoh lain.
.
Sekali lagi Maznee nak kongsi
.
Kak Zah ni sihat bukan sebab makan Shaklee. Tapi sebab cara makannya betul
.
Dan badan cukup nutrien yang diperlukan untuk sihat
.
Boleh berfungsi dengan lebih baik
.
Kalau tak nak makan shaklee
.
Dan
.
Boleh amalkan makanan berkhasiat sihat.
.
Tak perlu lah makan Shaklee. Kecuali kalau sibuk dan nak shortcut.
.
Dan malas nak pening kepala nak masak apa.
.
Menu apa sesuai.
.
Makanlah Shaklee dengan bimbingan Maznee.
.
Kalau makan sendiri.
.
Tak ada orang guide.
.
Salah makan tanggung sendiri.


2. COD Vivix Shaklee untuk Kak Ina di Bukit Raja
.
Kak ini baru whatsap Maznee semalam.
.
Nak cuba makan Vivix untuk kesihatan. Risau sebab sekarang ni macam macam
.
Baru pagi tadi kami hantar,
.
Tak sampai 24 jam order
.
Cepatlah kan.
.
Tunggu posmen lambat
.
cod vivix shaklee bukit raja klang


3. COD Vitamin Shaklee untuk kulit cantik di Teluk Pulai Klang. 
.
Yang ni pun baru lagi tanya
.
Siang kerja.
.
Jadi kami nak hantar pada masa yang dipersetujui
.
cod shaklee teluk pulai klang
.
Rasanya cukuplah 3 ya
.
Nak sihat
.
Jaga makan, jaga senaman
.
Insyaallah sihat
.
Kalau sibuk sampai tak sempat nak jaga keperluan khasiat
.
Nak makan shaklee dan ada orang guide,
.
Whatsap Maznee 019-2653791


Apa Keistimewaan jadi ahli Shaklee di bawah Maznee?
.
Nak jimat lagi, terus sahaja daftar ahli Shaklee dengan Maznee. 
.
Automatik anda dapat beli produk pada harga ahli, dan nak tanya cara makan shaklee boleh whatsap bila bila masa.
.
Sebagai ahli, kita akan dapat
  1. Ada ID sendiri.
  2. Nikmati pelbagai promosi istimewa setiap bulan dari Shaklee ekslusif untuk ahli. 
  3. Dapat 1 kit warna warni dan bergambar. Dalam ni ada maklumat penting tentang produk dan kegunaannya.
  4. Dapat duit semula tiap kali kita beli barang setiap bulan. (Yang ni ada caranya nak dapat. Kena whatsap Maznee untuk tahu)

Itu saja ke?
.
Tak.
.
Ada banyak lagi kebaikan jadi ahli Shaklee.
.
Bila dah makin sihat bertenaga macam zaman kanak kanak dulu.
.
Kita ada pilihan untuk nak mulakan bisnes Shaklee.
.
Boleh mula secara suka suka.
.
Maznee boleh guide caranya.
.
Dari suka suka boleh jadi datang cinta. Nak buat bisnes shaklee ada caranya
.
Tapi tak apa
.
Itu jauh punya cerita.
.
Yang penting sekarang ni.
.
Makan dulu dan dapat khasiatnya.
.
Biar kita sendiri alami perbezaannya. 


4 Sebab Kenapa Penduduk Klang Suka Whatsap Maznee Sebagai Agen Pengedar Shaklee Pilihan
.
Ada 4 sebab kenapa anda perlu memilih Maznee sebagai pengedar Shaklee anda :-

  1. 😎 Berpengalaman menggunakan produk Shaklee lebih kurang 5 tahun. Segala masalah atau pertanyaan anda mengenai Shaklee, akan Maznee bantu selesaikan. 
  2. 😎 Maznee akan consult anda dari segi pengambilan vitamin dan juga jadual pemakanan yang sesuai dengan masalah dan situasi anda. 
  3. 😄 Maznee juga pernah dan sedang menggunakan Set Bersalin, Set Kecantikan Kulit dan Set Menyusu Shaklee. 
  4. 😁 Maznee akan membantu anda sebaik mungkin untuk merasai keberkesanan produk Shaklee dan menjadi sebahagian daripada kami.

Jika anda memerlukan khidmat Maznee untuk penghantaran produk terus kepada adik dan bonda,
.
Hubungi number di bawah dan buatlah pesanan anda segera. 
.
Pada kebiasaanya, stok Shaklee di rumah Maznee sentiasa ada. Jadi tak perlu risau dan tak perlu tunggu lama-lama.
.
Boleh terus hubungi Maznee:-

Call/SMS/Whatsapp : 

Maznee Azmee
Whatsap +019-2653791
Hargasetbersalin.blogspot.com
Lot 1294 telok kapas,
Kampung rantau panjang
42100 Klang
Selangor darul ehsan
ID Shaklee: 963860

Buku Pertama Yang Mengubah Minda Saya Hingga Bertukar Dari Engineer Kepada Usahawan Berjaya

$
0
0
By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Semoga semua pembaca blog Mariafirdaus.com.my sentiasa dalam rahmat Allah.

Pagi ni masa tengah scroll Facebook, tiba-tiba keluar memory status Facebook Maria 5 TAHUN LEPAS (9 Oct 2012) yang sangat best!😍

Kalau nak tau, inilah buku pertama pasal BISNES yang Maria baca. Masa update status ni, Maria tengah cuti bersalin anak kedua.

Belum pernah buat bisnes lagi tau masa ni. Sebab tak minat langsung dengan bisnes, walaupun dah banyak kali kena brainwash dengan husband, huhu 😂.

So sementara tengah boring tak tau nak buat apa time pantang tu, husband suruh lah baca buku ni 😄.

Subhanallah, dengan izin Allah, buku ni betul-betul ubah MINDA Maria!

Dulu Maria target nak MAKAN GAJI je sampai pencen. 😅

Lepas baca buku ni, Maria tukar target nak BINA EMPAYAR BISNES yang boleh Maria wariskan kepada anak cucu cicit kelak.

Dari seorang ENGINEER selama 7 TAHUN yang dah selesa dengan gaji RM5k sebulan (selesa lah sangat! 😂).

Alhamdulillah sejak 2013, Maria dah jadi WORKING AT HOME MOM (WAHM) dengan income 5 ANGKA setiap bulan dengan bisnes Shaklee.

Dah ramai jugak team kami dalam Maria Firdaus Empire yang dulu makan gaji, sekarang dah jadi WAHM.

Dan ramai jugak yang dulu harap kat gaji hujung bulan saja. Sekarang dah boleh dapat extra income Shaklee setiap tengah bulan.

Sebab tu MINDSET sangat penting!

JOM UBAH MINDA KITA.

InsyaAllah, KITA BOLEH UBAH HIDUP KITA!💪

Maria doakan anda semua juga berjaya mencapai target dalam hidup anda semua. Amin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS KAM MARIA and MOHD FIRDAUS
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Certified Shaklee Product Trainer
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (CLICK HERE TO WHATSAPP)

Bonda Miza Pengedar Shaklee Nibong Tebal, Parit Buntar dan Bukit Jambul, Boleh COD Jer Tak Payah Pos!

$
0
0
Assalamualaikum,

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mariafirdaus.com.my.

Ada antara anda yang nak dapatkan produk Shaklee di kawasan Nibong Tebal, Parit Buntar dan Bukit Jambul, dengan segera TANPA PERLU POS?

Selain boleh dapatkan dari kami sendiri di Parit Buntar, anda juga boleh hubungi Bonda Miza.

Siapa ya Bonda Miza ni?



Bonda Miza adalah salah seorang leaders yang hebat dalam team Maria Firdaus Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire.


Bonda Miza adalah customer Maria masa mula-mula buat bisnes Shaklee dulu, dan register jadi ahli Shaklee sebab nak guna Set Menyusu Shaklee lepas bersalin anak kedua 4 tahun lalu.

Lepas dah rasa sendiri kebaikan dan keberkesanan produk Shaklee, Bonda Miza terus jadi pengguna setia produk Shaklee dan kemudian menjadi pengedar aktif Shaklee di bawah MFMS EMPIRE. 

Dah tentunya anda akan rasa lebih yakin bila membeli produk Shaklee daripada pengedar yang juga pengguna setia.

Bukan hanya membantu memberikan khidmat nasihat terbaik malah turut mengunakan suplemen Shaklee seisi keluarganya. 

Insyallah khidmat nasihatnya tip top dan pasti tidak mengecewakan. 


PICK-UP / COD SHAKLEE DI NIBONG TEBAL, PARIT BUNTAR DAN BUKIT JAMBUL

So bagi anda yang berada di sekitar Nibong Tebal, Parit Buntar, dan Bukit Jambul, nak order produk Shaklee, terus je contact Bonda Miza ya.

Whatsapp / telegram / sms, nak call pun boleh di talian 012-585 2034. 

Nanti Bonda Miza akan guide anda untuk belian dan cadangan produk yang paling sesuai.

Harganya jangan bimbang, nak jimat boleh sahaja terus jadi ahli Shaklee yang sah di bawah Bonda Miza, walaupun hanya nak makan sendiri.

Memang best sangat jadi ahli. Bukan saja dapat enjoy harga jimat, malah layak dapat bonus tunai dan macam-macam faedah keahlian. 

Sebagai ahli Shaklee yang sah, anda akan diberi Shaklee ID sendiri, dan automatic ahli juga layak macam-macam promosi istimewa Shaklee. 

Macam Bonda Miza, dah seronok kesan baik suplemen Shaklee, bahagia berkongsi manfaat sampai terjatuh hati untuk serius bisnes, sampai lah dapat bonus Shaklee 4 angka setiap bulan!

Serius, untung dan jimat berganda-ganda!

Bonda Miza pun boleh guide anda kalau nak berjaya dalam bisnes Shaklee macam beliau. 



So, kepada anda di sekitar Nibong Tebal, Parit Buntar, dan Bukit Jambul, cepat-cepat hubungi Bonda Miza untuk dapatkan produk Shaklee yang terbaik pada harga terbaik.

Insyallah anda akan diberikan penerangan yang sejelasnya kelak. Servis Insyallah tip top.

Jom sama-sama kita happy dan sihat dengan vitamin Shaklee, kongsi manfaatnya dan sebarkan kebaikan Shaklee dengan semua. :)

BONDAMIZA 
012-585 2034 (Click Here to Whatsapp)

Viewing all 919 articles
Browse latest View live