Syiling Untuk Reban Ayam
=================
Syiling apa yang bagus untuk reban ayam?
Ada macam macam jenis.
Ada orang dulu guna kanvas biru oren, ada guna kanvas hitam putih.
Ada orang guna aluminium foil.
Dan yang terkini, orang guna AloiZink.
Dari segi harga, dah tentu Alozink yang termahal.
Dari segi kualiti, tak dinafikan Aloizink ni yang terbaik.
Saya pernah tengok reban terbakar guna Aluminium Foil. Bila ada short circuit letrik, kena aluminium foil. Laju je terbakar.
Kes sama juga dengan kanvas. Mudah terbakar kalau ada percikan api.
Yang paling bagus, of course Aloizink. Mana boleh terbakar kalau short circuit pun. Habis kuat, kena letrik jer. Ahaks.
Kalau tuan puan plan nak buat reban, saya cadang gunalah Aloizink.
Sekian sharing hari ni.
Berminat nak belajar cara buat bisnes ayam daging. Jemput follow FB saya Mohd Firdaus Mat Saad