Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Dah Tersepit, Lagi Menggigit

$
0
0


 Dah Tersepit, Lagi Menggigit

==================
Sekarang ni kan, satu dunia tersepit dengan krisis makanan.
Bekalan makanan dijangka meruncing dalam beberapa tahun ini.
Harga bahan mentah dijangka meningkat yang mengakibatkan jualan barang makanan akan meningkat.
Di Malaysia ini, kerajaan sendiri pun tahu. Bekalan ayam daging sekarang tak mencukupi.
Nak import tak berapa nak boleh sebab kos import pun lagi tinggi.
Para peniaga ayam sekarang semakin pening, orang nak beli ayam ramai. Tapi bekalan ayam tak ada.
Saya tak pasti apa perancangan kerajaan dalam menangani masalah ini.
Apa yang saya tahu, apa yang mereka rancang sekarang pasti menyusahkan rakyat pada masa akan datang.
Cerita macam ni.
Sejak PH naik pada tahun 2018, mereka ni bagus dari segi teori. Tapi dari segi praktikal. Sedikit lemah.
Mereka nak mula mengawal selia semua reban ayam di seluruh Malaysia dan semua reban ayam WAJIB ada lesen bagi mereka yang menternak lebih 500 ekor ayam.
Saya tak pasti apa yang mereka selia tu, sebabnya rasa macam tak selia ja pun.
Waktu tu, mereka cuba nak memastikan semua reban ayam terbuka di modify untuk jadi sistem reban tertutup. Which is very high cost.
Penternak reban tertutup mula marah.
Kalau nak suruh diconvert saja tu, boleh tahan lagi.
Tapi mereka kenakan satu lagi syarat "bodoh".
Nak mohon lesen, wajib lulus KM. Iaitu Kebenaran Merancang.
Padahalkan, reban ayam tu dah duduk situ berpuluh tahun yang lalu. Bela ok ja.
Tetiba mereka minta apply KM. Kos KM pulak tak murah, berpuluh ribu.
Kononnya, bila apply KM mereka dapat kawal pencemaran bau dan lalat.
Kalau mereka nak buat untuk reban baru, tahan lagi. Tapi mereka suruh reban lama pun buat juga.
Penternak dah bengang dah. Tak faham apa matlamat reban ayam tu.
Kalau reban ayam tu meet the spec, bagi aja lah lesen. Kenapa nak KM pulak. Dan kalau reban tu tak meet spec, suruh dia meet spec. Atau kalau tak, suruh dia tutup reban. Setel.
Tak pulak.
Ayat mereka, "Apply KM".
Masalah ni berlarutan bila kerajaan bertukar ke PN dan BN.
Sama ja. Polisi KM diteruskan dan ditambah susahkan
Itu mau, ini mau, syarat itu, syarat ini.
Sebenarnya kan, jujur saya katakan. Terlalu ramai orang minat dengan bisnes ayam ni. Tapi tersangkut sebab masalah KM.
KM ni pulak, semua tempat tak sama law. Ikut PBT.
Ada yang susah, ada yang mudah. Akibatnya, yang mudah mudah ni, kos KM dalam RM10k ke RM15k je.
Tapi untuk PBT yang nak itu ini, nak detail drawing sampai MNE bagai, kos meningkat sampai RM50k.
Reban ayam apa pun tak buat lagi, dah tak pasal pasal nak kena keluar kos sebanyak ni.
Sebenarnyakan, ikut pengalaman saya mohon KM sebanyak 3 kali dan lulus.
Yang betul betul tengok semua dokumen ni hanyalah :
1. Jabatan Veterinar
2. Jabatan Alam Sekitar
3. Pejabat Tanah
Yang lain, semua terus approve jer.
Kalau lah kerajaan ni, jenis yang nak mudahkan orang. Buat saja syarat untuk reban ayam baru :
1. Mesti reban tertutup.
2. Mesti lulus veterinar punya spec which is tak boleh ada rumah dalam 200 meter.
3. Mesti lulus JAS punya spec which is tak boleh ada rumah dalam 500 meter.
4. Pejabat tanah pulak kata, nak kena zoning yang betul. Kena zoning kawasan penternakan. Nayalah pak karim wei.
Cuba tengok ni, spec antara jabatan kerajaan pun tak sama. Yang veterinar cakap, WAJIB reban tertutup. Tak boleh reban terbuka.
Yang JAS pulak kata, mesti lebih 500 meter, nak buat reban terbuka pun tak pa.
Apa punya law saya pun tak tahu. Cuba selaraskan law tu.
1. Wajib reban ayam tertutup
2. Tak boleh lebih 5 rumah dalam radius 500 meter. Mesti dapat keizinan tuan rumah sekitar 500 meter tu.
3. Syarat tanah pertanian.
Lebih praktikal.
Kalau dia tetapkan law yang selaras satu Malaysia kan senang.
Ini tak. Ikut PBT.
Sabah Sarawak tak perlu KM.
Kelantan tak perlu KM.
Semua negeri lain perlu KM.
Kerajaan kena sedar, sekarang ni isu ayam diperingkat permulaan untuk jadi lebih serius.
Kalau mereka serius nak bantu menangani kekurangan bekalan ayam pada masa akan datang, kena bertindak untuk mempermudahkan orang dari sekarang.
Galakkan penternak mengembangkan perniagaan.
Galakkan penternak baru ceburi bidang ini.
Ini tak, semua disusahkan.
Mereka tahu tak, ada banyak reban ayam sekarang yang dah uzur dan tak mampu bertahan 3-5 tahun lagi. Reban ni yang dah usia berpuluh puluh tahun.
Jika masalah ni tak ditangani dengan baik, krisis bekalan ayam akan meruncing pada masa akan datang.
Waktu tu, baru nak pikiaq itu ini.
Cuba la pikiaq awal awal sikit kerajaan woi.
Dalam hal ini, saya tak salahkan pihak dibahagian bawah ni, mereka bekerja di jabatan kerajaan dan hanyalah sebagai agensi pelaksana.
Orang yang dok buat polisi di peringkat kementerian tu, depa ni mau pikiaq.
Tapikan, sebab semua orang nak melepaskan tengkuk masing masing. Jadi, depa tak mau pikiaq masalah lain.
Begitulah senario ayam hari ni di Malaysia.
Ayam nak murah, ayam nak banyak. Tapi orang nak ternak ayam disusahkan.
Satu hari nanti, bekalan tak cukup. Baru ada akai.
Sekian sharing saya hari ni. Mohon apa yang saya tulis ni dibaca oleh mereka yang berada diperingkat atasan.
Benda boleh bagi mudah, buat apa nak disusahkan.
Sekian.
Sila Follow FB Mohd Firdaus Mat Saad untuk story mory pasal ayam daging. Jangan lupa see first ya.
Sila Share Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.
Mohd Firdaus Mat Saad
Penternak Ayam Daging
Sistem Reban Tertutup
Jika Berminat Nak Belajar Untuk Menceburi Bidang Ayam Daging, Sila Klik Link Ini :

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles