Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Tempoh Cuci Reban Ayam Daging Sampai Masuk Balik

Berapa Lama Tempoh Masa Dari Jual Ayam Hingga Nak Masuk Ayam?


Proses tangkap ayam


Ayam masuk dalam bakul


Proses timbang ayam dan nak ke atas lori
Biasanya, selepas kita jual ayam. Dari hari terakhir jualan ayam, kita ada masa sekitar 3 minggu untuk persiapkan reban ayam untuk masuk anak ayam baru pusingan seterusnya.

Part ni tricky sikit.

Biasanya kita ambil masa 7-10 hari untuk korek tahi ayam dan clearkan tahi ayam dari reban.


Pekerja sedang korek tahi ayam


Lori ready nak keluarkan baja tahi ayam

Lepas tu, kita perlukan 2-3 hari untuk cuci reban ayam.

Proses meracun kawasan reban ayam

Kemudian, kita perlukan 1-2 hari untuk biarkan reban ayam kering.

Kemudian kita racun reban untuk bunuh kuman dalam dan luar reban.

Kemudian, kita ready nak masukkan habuk kayu / sekam padi untuk ketibaan anak ayam baru.

Pukui pi pukui mai, dalam 20 hari juga la.

Tips Nak Cepatkan Proses Ni:

  1. Ambil pekerja tambahan dari luar untuk korek taik ayam. Satu beg upah 50-60 sen. Ikut saiz beg nak isi.
  2. Cari siap ready buyer utk baja tahi ayam tu. Kalau tahi ayam ada 2000, kena cari buyer lebih kurang 2500 awal awal siap siap. Sebab takut ada yang cancel last minit.
  3. Ambil pekerja tambahan luar untuk proses cuci reban ayam.

Apa saya kongsikan ni adalah anggaran asas yang diperlukan untuk cuci reban.

Sejujurnya, boleh buat cepat lagi. Boleh jer buat lambat lagi. Ikut management penternak tu lah.

Sebaiknya, kita bagi masa untuk reban ayam tu "berehat". Kita jangan kalut kalut lepas basuh terus nak masuk anak ayam.

Jemput Follow FB Saya Mohd Firdaus Mat Saaduntuk lebih banyak story kisah ayam daging.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 919