Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Di Sebalik Kisah Kejayaan Ronaldo Yang Ramai Orang Tak Tahu !!! Wajib Baca !!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Kepada para pembaca blog Maria Firdaus, saya doakan Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat anda semua.

Saya sentiasa mendoakan agar Allah memberikan yang terbaik dalam hidup anda, di dunia dan di akhirat.

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah. Kisah yang saya pernah dengar selama ini, tetapi hari ini saya terjumpa sekali lagi kisah ini di Facebook.

Saya lantas mencari info mengenai kisah ini dan saya rasa, saya nak sangat berkongsi dengan anda semua "Di Sebalik Kisah Kejayaan Ronaldo Yang Ramai Orang Tak Tahu"

Ronaldo

Buat anda yang tidak tahu, even saya rasa ramai yang kenal mamat hensem ni. Beliau adalah Cristiano Ronaldo.


Bekas pemain Manchester United, dan sekarang bermain untuk Real Madrid dan Portugal. Seorang pemain yang sangat hebat dan merupakan penjaring gol terbanyak di La Liga, Sepanyol bersama Real Madrid. Mempunyai komitmen yang sangat tinggi ketika berada di atas padang.

Namun, saya yakin. Ramai yang tidak tahu bagaimana Ronaldo bermula sebagai pemain terhebat pada hari ini.

Suatu Ketika Dahulu

Suatu ketika dahulu, ketika Ronaldo masih bermain di sebuah kelab biasa. Mereka di datangi oleh Kelab Sporting Lisbon. Wakil kelab itu mahu menyaksikan sebuah perlawanan bola sepak yang ditandingi oleh kelab yang diwakili oleh Ronaldo.

Mereka mahu mencari pemain yang boleh diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon. Sebuah kelab yang sangat hebat di Portugal.

Syaratnya mudah sahaja. Mana mana pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan itu, akan diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon.

Semasa perlawanan sedang berlangsung, Ronaldo menjaringkan gol pertama. Kemudian, sahabat baik beliau Albert Fantrau menjaringkan gol kedua.

Di penghujung perlawanan, Albert Fantrau berhadapan situasi satu sama satu dengan penjaga gol. Beliau berjaya menggelecek dan melepasi penjaga gol. Pada waktu itu, Ronaldo turut berlari dan berada di hadapan pintu gol.

Pada waktu itu, Albert Fantrau hanya perlu menolak masuk ke dalam gawang gol. Tetapi, beliau tidak mahu berbuat demikian.

Sebaliknya, beliau menolak bola tersebut kepada Ronaldo dan Ronaldo menjaringkan gol tersebut.

Apa yang berlaku itu menyebabkan ramai orang terfikir kenapa Albert tidak terus menjaringkan gol tersebut.

Selepas perlawanan, Ronaldo bertanya kepada Albert. "Kenapa kamu tidak menjaringkan gol itu sendiri? Kenapa perlu kamu pass bola itu kepada saya?"

Albert menjawab, "Saya tahu, kamu lebih baik daripada saya."

Selepas itu, Ronaldo diterima masuk ke Youth Club untuk Sporting Lisbon dan mula mencipta nama sehingga dipancing masuk ke kelab Manchester United.

Selepas itu, sahabat Ronaldo iaitu Albert langsung tidak mempunyai pekerjaan.

Selang beberapa tahun, ada beberapa wartawan yang menjejaki Albert di rumahnya. Mereka terkejut melihat kemewahan rumah dan kereta yang dimilik oleh Albert.

Apabila mereka bertanya, "Macam mana kamu boleh menjadi kaya sedangkan kamu tidak berkerja?"

Albert menjawab, "Semua ini daripada Ronaldo."

Allah Allah.... Saya pernah dengar kisah ini. Tapi, ingatkan orang saja buat cerita. Rupa rupanya, ia cerita benar.

Saya kagum dengan mereka berdua.

1. Saya kagum dengan Albert. Sebab beliau lebih mengetahui kelebihan Ronaldo. Dan beliau sendiri merasakan Ronaldo lebih layak untuk ke kelab Sporting Lisbon berbanding beliau. Beliau boleh pilih untuk jaringkan gol tersebut sendiri. Tapi, beliau memilih untuk sentiasa 'memberi yang terbaik' kepada mereka yang lebih layak.

2. Saya juga sangat sangat kagum dengan Ronaldo. Beliau sangat mengingati jasa Albert. Beliau sedar, dari situlah beliau bermula. Kerana tanpa bantuan Albert, mungkin Ronaldo tidak menjadi seperti mana beliau sekarang.

Beliau sedar, kekayaan yang beliau kecapi selama ini adalah hasil 'bantuan kecil' dari Albert. Dan beliau tidak pernah lupa 'sahabat' beliau itu.


Anda saksikan sendiri, Ronaldo selalu meraikan kejayaan beliau dengan Albert.  Insan yang banyak membantu beliau. Semuanya bermula dengan sikap tidak mementingkan diri sendiri yang ada pada Albert.


Antara profil Critiano Ronaldo. Saya sangat kagum. Walaupun beliau seorang yang beragama Kristian, tetapi ada beberapa akhlak beliau yang bagi saya wajar kita contohi. Antaranya, beliau tidak minum arak. Ayah beliau meninggal dunia akibat penyakit daripada meminum minuman keras.

Ronaldo juga tidak men'tatoo'kan badan beliau. Ini kerana beliau akan buat 'Blood Donation' 2 kali setiap tahun.


Selain itu, beliau turut menjual kasut emasnya yang berharga Euro 1.5 million dollar kepada penduduk Islam di Gaza. Allahuakbar. Malu rasanya, kita yang beragama Islam ni. Dah berapa 'hinggit' yang kita dah derma untuk saudara kita di sana.



Sumbangan 'kecil' buat warga Palestin.


Selain itu, ada seorang ibu kepada kanak kanak yang miskin memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos pembedahan anaknya yang berusia 10 bulan itu. Ibu tersebut menghubungi Ronaldo dan meminta kasut bola dan jersey yang ditandatangi Ronaldo untuk dijual bagi menanggung kos tersebut.

Apa yang mengejutkan ibu tersebut, mereka bukan saja mendapat kasut dan baju. Tetapi mereka mendapat cek sebanyak Euro 83,000. Tak cukup dengan itu, Ronaldo turut menanggung semua kos perubatan anak tersebut di hospital berkenaan. 


Gambar kanak kanak bertuah tersebut.


Ronaldo - Respect

Saya tahu, ada juga perkara negatif yang saya dengar mengenai Ronaldo. Tapi, lets focus on postive yang beliau lakukan.

Sebab, bagi saya beliau seolah olah faham. "Mengapa dan untuk apa beliau perlu menjadi kaya"

Persoalan ini yang sering kita ummat Islam lupa.

Kita banyak memikirkan diri kita sahaja tanpa kita memikirkan orang lain.

Setiap duit ringgit yang kita dapat, kita hanya fikir apa dan bagaimana harus kita belanjakan. Tanpa kita memikirkan, siapa yang boleh kita bantu dengan rezeki yang kita peroleh.

Adakalanya, Allah 'menghantar' orang yang bukan beragama Islam untuk mendidik kita. 

Adakalanya, bila kita sudah berjaya. Kita mudah lupa bagaimana kita bermula. Siapa yang mula mula dahulu yang 'membawa' kita ke arah kejayaan yang kita kecapi. 

Kita lupa. Kita ingat, kita berjaya disebabkan usaha kita. Tetapi, kita sering tak ingat. Jasa jasa 'kecil' orang lain yang telah menunjukkan jalan kejayaan kepada kita.

Jika kita sudah 'lupa' kepada orang yang menunjuk jalan kepada kita. Agak agak, adakah kita akan menjadi orang yang mengingati orang lain apabila kita sudah betul betul 'kaya' nanti.

Kepada para pembaca yang saya hormati, saya harap. Kita semua dapat mengambil banyak iktibar daripada kisah ini. 

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat 'menyentuh' hati kita. Untuk kita lebih banyak berfikir untuk memberi. Mudah mudahan. Lebih banyak yang kita akan terima selepas ini.

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Sentiasa diberikan yang terbaik oleh Allah.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jika Anda Rasa Entri Saya Ini Bermanfaat Untuk Anda, Mohon Anda Tekan LIKE Button Di Bawah Ini. Semoga Ia Dapat Memberi Inspirasi Kepada Lebih Ramai Orang Untuk Berbuat Baik Dengan Orang Lain.


Dapatkan 'Hadiah' Kecil Dari Saya Buat Anda. Rahsia Bagaimana Isteri Saya Terpaksa Berhenti Kerja Selepas Menjalankan Bisnes. Ia 100% Percuma Untuk Anda. Sila Download Percuma Di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

Ia setebal 161 muka surat. Kisah motivasi penuh inspirasi. Insya Allah. Banyak yang akan anda belajar di situ nanti. Ebook ini sudah dibaca oleh lebih 15,000 pembaca sejak dilancarkan.

Feel Free To LIKE This Entry

PART 2 - USA KAMI DATANG!! - 3 TICKETS CONFIRMED!

$
0
0
By: Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Maria doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Ingat tak? Sebelum ni, Maria ada share kisah bagaimana sejak sekolah rendah lagi, Maria dah berimpian untuk menjejakkan kaki ke USA.

Dan Alhamdulillah, pada Nov 2013 yang lalu, Maria dah berjaya qualify 1 tiket ke USA fully sponsored by Shaklee. Kisahnya ada Maria nukilkan di sini:
PART 1 - USA AKU DATANG!! 1 TICKET CONFIRMED!!

Entry ini pula adalah sambungan daripada kisah yang lalu :)




2013/2014 Shaklee US Global Conference di California pada August 2014. 
Kami perlu mengumpul 930 Travel Points untuk qualify 1 tiket ke sana.

Travel Points ini dikira berdasarkan TOTAL SALES dan RANK yang kami capai setiap bulan. Points ini perlu dikumpulkan sepanjang Cycle Year (March 2013 - Feb 2014). Ia menentukan berapa tiket yang dapat kita capai untuk sepanjang tahun itu. 

Untuk pengetahuan anda, Maria hanyalah bermula dengan sebagai SUPERVISOR (rank pertama) pada awal cycle year March 2013. 

Syukur Alhamdulillah, pada Nov 2013, Maria berjaya mencapai rank tertinggi MASTER COORDINATOR (rank ke-7). 

Kisah perjalanan bisnes kami ini, ada Maria kongsikan dalam entry di sini:-




Syukur Alhamdulillah, Maria terima Surat Cinta dari Shaklee pada Nov 2013. Maria berjaya mengumpul 1158 Points dan berjaya qualify 1 TICKET TO US!!



Syukur Alhamdulillah, pada penutup cycle year Feb 2014, Maria telah berjaya mengumpul sebanyak 2797 points. Maka, dengan ini kami telah pun berjaya qualify 3 TICKETS TO US!! Sujud syukur kepada Allah. :)
 
TIKET KE-3 UNTUK SIAPA??

Sekarang, kami dah pun qualify 3 tickets to USA. 1 untuk Maria, 1 untuk Firdaus, dan satu lagi untuk siapa??

Pada awalnya kami memang bercadang nak bawa anak sulung kami, Farees yang berumur 5 tahun. Tapi kami teringat yang Mak Mertua Maria pernah cakap yang beliau pun teringin sangat nak pergi ke USA. Teringin nak shopping pinggan mangkuk Corelle di sana katanya. Hehe. 

Maka Maria pun discuss hal ini dengan Firdaus. Since Farees pun kecil lagi. InsyaAllah ada banyak lagi peluang untuk kami bawa Farees bercuti. Jadi kami rasakan inilah masa terbaik untuk kami realisasikan impian Mak. 

Tambahan pula, ayah mertua Maria baru je meninggal dunia pada Feb 2014 lalu. Kami harap dengan bawa Mak ke US, Mak akan lebih gembira.

Bila kami bagitahu decision kami ni pada Mak, memang nampak Mak excited sangat nak pergi ke US. 

Sebenarnya Mak Mertua Maria ni memang suka pergi bercuti sejak muda lagi. Walaupun kakinya tak berapa boleh berjalan jauh selepas operation lutut beberapa tahun lalu, Mak tetap seronok setiap kali diajak bercuti.

Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kami semua, dan dapat bercuti ke US tanpa sebarang masalah. Amin. 


Sesungguhnya, kejayaan kami ini juga adalah berkat doa dan bantuan Mak dan Abah kami. Maka dengan reward percutian ini, adalah salah satu cara untuk kami menggembirakan mereka. Yang paling best, semestinya ianya fully sponsored by Shaklee.

InsyaAllah, tahun depan 2015, kami target untuk qualify 5 tiket ke Italy tajaan Shaklee. Maria teringin nak bawa Mak dan Abah Maria pula. Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Mohon para pembaca semua tolong doakan kejayaan kami seterusnya yer. Maria juga doakan anda semua kaya, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Jemput baca sambungan kisah ini di sini: 


Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
MASTERS KAM MARIA dan MOHD FIRDAUS
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Download EBOOK PERCUMA, kisah motivasi kejayaan Master Maria Firdaus. 


PART 3 - USA KAMI DATANG!! - US VISA APPLICATION

$
0
0
By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan dalam hidup kami sekeluarga.
Memang tak terhitung banyaknya.

Dalam entry sebelum ini, Maria ada share yang Maria, Firdaus dan Mak Mertua Maria akan ke US Global Conference di California pada August 2014 ini.

Anda boleh baca kisahnya di sini:-

PART 2 - USA KAMI DATANG!! - 3 TICKETS CONFIRMED!

Ok, sebelum nak pergi US, kenalah apply Visa dulu kan. So dalam entry kali ini, Maria nak share tentang pengalaman kami mendapatkan US Visa ni.

VISA APPLICATION


Pada 20 Jun 2014 yang lalu, kami dah pun dapat confirmation email dari Shaklee. Kami dikehendaki memohon US Visa. Shaklee turut memberikan supporting documents yang diperlukan untuk permohonan US Visa, termasuk tentative program dan alamat hotel di US. 

Untuk complete step by step process for US Visa application, boleh refer di link ini yer:-


1) US VISA FEES (RM512 PER PERSON)


First step, kami kena pergi buat bayaran untuk US Visa Fee di bank Standard Chartered. Bank lain tak boleh ye. Memandangkan di Parit Buntar takde bank Standard Chartered, kami terpaksa drive dalam 45 minit ke branch Standard Chartered Taiping.

US Visa Fee adalah sebanyak RM512 per person. Jadi untuk kami 3 orang total RM1536. Cost ni Shaklee tak cover, so kena bayar sendiri. 

Masa nak bayar, kami kena bawa photocopy passport (front page) dan printed slip yang boleh didapati dari website  US Embassy. 


Lepas dah bayar, bank akan beri US VISA Fee Deposit Form. Pastikan jaga betul-betul receipt ni, jangan hilang tau. Ada Unique ID yang penting untuk kita masukkan dalam online form nanti. 

2) PASSPORT PHOTOS


Next, kena pergi ambil gambar passport with white background. Cakap je nak gambar untuk US Visa. Biasanya orang kedai tu taulah size yang betul. Sizenya tak sama dengan gambar untuk Visa Umrah. Gambar ni kena ada yang softcopy juga sebab nanti nak kena upload dalam online form. 

Oh ye, gambar passport tak boleh sengih nampak gigi tau. So sebab tu la muka Firdaus jadi serius macam nak makan orang tu. Hihi.. :)


3) ONLINE VISA APPLICATION FORM (DS-160)


Ok lepas dah bayar dan ada gambar passport, kita boleh lah mula isi online DS-160 Form ni. Kena isi form berasingan untuk setiap orang. Link nya https://ceac.state.gov/genniv/.

Sebelum isi form ni, make sure kita dah ada semua info tentang alamat hotel and contact person at US, kenapa kita nak ke US, dan macam-macam lagi soalan yang ada. Jenuh jugak nak menjawabnya. 

First form Maria ambil masa hampir sejam nak siapkan. Huhu..Tapi lepas tu isi 2nd and 3rd form, copy je info sebelum ni. So cepat lah sikit :)


4) SCHEDULE APPOINTMENT FOR INTERVIEW

Ok lepas dah siap isi dan print completed form, kita bolehlah schedule appointment untuk interview di US Embassy, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Yang ni kena isi online form lagi, dan pilih tarikh dan masa yang kita nak. 

Alhamdulillah, kami telah memilih tarikh 2 July 2014 jam 10 pagi. Pada tengahari 1 July 2014, kami pun bertolak ke rumah Mak Maria di Taman Keramat, KL.


5) VISA INTERVIEW


Alhamdulillah, pada tarikh dan masa yang dijanjikan, pada 2 July 2014 jam 10 pagi, kami pun sampai di US Embassy, Jalan Tun Razak, KL. Tak boleh lambat tau. Kalau lambat, nanti kena schedule masa lain pulak. 


Muka happy sebelum nak kena interview. Masa ni kami tengah beratur di luar bangunan sebelum dibenarkan masuk ke bangunan Embassy.

Ok, yang ni agak menarik. Just nak share procedure sebelum nak masuk ke kawasan Embassy. Mula-mula setiap orang kena tinggalkan IC pada guard. 

Then sebelum masuk dalam kawasan Embassy, kami kena scan semua barang-barang yang dibawa. Alah..macam scan bag kat airport tu. Barang-barang yang kena scan termasuklah handbag, handphone, kasut, tali pinggang (lelaki). Oh ye, backpack tak dibenarkan bawa masuk langsung ye. 

Yang suspen nya, masa Mak Mertua Maria lalu kat scanner, scanner tu asyik berbunyi je. Sampai dah kena bukak semua jam, gelang, rantai. Bila lalu scanner bunyi lagi. Kami pun dah pelik.
Last-last guard tu tanya, makcik ada buat apa-apa operation letak besi dalam badan ke? Haa..barulah jumpa puncanya. Mak memang pernah buat operation tukar kepala lutut besi, sebab tulah scanner asyik berbunyi. 
So guard tu advice, masa nak ke US nanti pastikan bawa surat doctor yang inform tentang operation tu. Kalau tak, nanti kena tahan pulak kat airport US nanti.

Ok lepas dah settle scanning, handphone dan kunci kereta kena ditinggalkan dalam locker pada guard. HANDPHONE DILARANG sama sekali masuk ke dalam bangunan Embassy. Handbag dan barang-barang lain boleh dibawa masuk.


Dah masuk dalam bangunan Embassy, first kena ambil no giliran. (Gambar no giliran ni diambil masa dah balik rumah, bukan kat Embassy. Hehe) 

Mula-mula kami kena tunggu turn untuk submit semua document, passport, dan photo. 

Lepas submit document, kena tunggu turn lagi untuk fingerprints. Kami kena scan kesemua 10 fingerprints. Bukan thumbprint saja yer. Hehe. Strict sungguh. 

Lepas tu tunggu turn lagi untuk Interview pulak. Alhamdulillah interview kami simple je. Tak sampai 5 minit je rasanya. Maria sorang je pun yang tolong jawabkan.

Antara soalan yang dia tanya, "How much is your Shaklee sales per month, that Shaklee can sponsor 3 of you to US?". Maria pun jawablah "About RMxxx,xxx per month.". Ok, dia buat muka impressed gitu. Hehe. 

Lepas tu dia cakap, "Ok, your Visas are approved. We will send the Visas to your home address. Have a nice trip!". 

Syukur Alhamdulillah!! Segalanya berjalan lancar. Dalam 1 jam lebih je dah siap segalanya. Tengahari tu juga, kami terus bertolak balik ke Parit Buntar. 


6) APPROVED VISA


Taraaaa.. 2 hari lepas tu Passport berserta approved Visa kami pun sampai ke Parit Buntar thru GDEX. Security Handling lagi. Fast and excellent service from the US Embassy!!


Inilah dia rupa approved US Visa yang dah siap. Walaupun kami terpaksa bayar RM512 seorang, tapi berbaloi sangat, sebab kami nak pergi 10 hari je kali ni, tapi terus dapat 10 tahun Visa!! Syukur Alhamdulillah..

Lepas ni boleh lah pergi sana lagi bila-bila masa. Tapi yang paling best mestilah Free Trip, fully sponsored macam ni kann..

Tahun 2015 kami akan ke Italy bersama Shaklee lagi!! Setakat ini kami dah pun qualify 1 tiket ke Italy. InsyaAllah, kami sedang berusaha yang TERBAIK untuk mencapai impian kami qualify 5 tiket pula. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
MASTERS KAM MARIA dan MOHD FIRDAUS
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Download EBOOK PERCUMA, kisah motivasi kejayaan Master Maria Firdaus. 


Jagalah Solat Anak-Anak Kita Semua...

$
0
0
By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda semua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk beramal ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda satu kisah yang berlaku kepada saya baru baru ini berkaitan kanak kanak dan remaja berhampiran rumah saya.

18 bulan yang lepas, saya ada menulis topik yang hampir sama. Saya kongsikan kerisauan saya mengenai generasi muda di kampung saya. Anda boleh KLIK DAN BACA DI SINI

Apa yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini bukan satu rekaan. Ia adalah satu FAKTA dan REALITI yang kita semua terpaksa untuk terima.

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU

Untuk pengetahuan anda, setiap hari di surau saya ada menganjurkan majlis berbuka puasa. Alhamdulillah, setiap hari hampir 80 orang yang akan datang untuk kami semua berbuka puasa bersama sama.

Untuk pengetahuan anda, separuh daripada perbelanjaan majlis berbuka puasa di surau saya ditaja bersama oleh pembaca blog Maria Firdaus. Terima kasih saya ucapkan kepada anda.


"Sesiapa yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa, dia akan memperoleh pahala yang sama seperti orang itu berpuasa. Tidak kurang walau sedikitpun."

Terima kasih kepada sahabat sahabat yang menyumbang dahulu. Walaupun sebenarnya kami masih kekurangan sekitar RM6000. As of now, pihak surau terpaksa 'korek' tabung untuk menampung kekurangan ini.

KISAH REMAJA TINGKATAN 4

 
Setiap hari, ramai remaja dan anak anak kecil akan datang untuk berbuka puasa di surau.

Apa yang menyedihkan saya, selepas beberapa hari saya mula perasan. Ada remaja yang hanya datang berbuka puasa tetapi mereka tidak bersolat.

Bukan seorang, bukan dua orang, tetapi ramai.

Saya mula perasan selepas saya tengok bilangan mereka yang naik solat Maghrib tidak ramai berbanding semasa berbuka.

Hari demi hari, saya cuba perhatikan wajah anak-anak yang datang berbuka. Akhirnya saya dapat kenal pasti beberapa orang yang selalu datang berbuka tapi langsung tak nak naik solat Maghrib bersama.

Sekitar 4-5 orang. Wajah-wajah remaja yang berusia sekitar 15-17 tahun. 

Semalam, selepas habis berbuka puasa. Saya berjumpa dengan mereka, saya berkata kepada mereka.

"Adik, abang tengok hampa dah beberapa hari mai buka puasa tapi tak naik solat Maghrib. Kenapa?"

Semua diam sambil gelak-gelak.

"Lepas ni, pi naik atas. Kita solat Maghrib ok. Hampa ni dah besar. Dah baligh dah pun. Takkan tak mau solat."
Saya agak was was dengan mereka. So, saya pun ambil keputusan untuk tunggu mereka habiskan makanan mereka walaupun saya tahu, saya mungkin terlewat naik Solat Maghrib.

Mereka rasa tidak selesa. Kemudian, ketiga tiga mereka berjanji dengan saya.

"Ok bang... Abang jangan risau. Kami janji. Kami mesti naik solat Maghrib kat atas. Kalau kami tak solat, abang denda kami. Ketuk ketampi 1000 kali."
Kemudian, salah seorang mereka menambah.

"Ketuk ketampi 1000 kali kerja budak budak bang. Kami mesti pumping 1000 kali. Abang pi lah naik dulu, nanti kami naik. Kami janji."
Mendengar janji mereka yang agak bersungguh. Saya pun naik ke atas untuk menunaikan Solat Maghrib.

Selepas Solat Maghrib, selesai memberi salam. Saya pusing ke belakang.

Saya tengok, ketiga tiga mereka tidak berada pun di dalam surau. Saya cepat cepat turun ke bawah. Tiada seorang pun di antara mereka yang ada di bawah.

Dalam hati, saya berasa sangat sedih dan kasihan. Mereka sangka mereka berjaya menipu saya.

Sebaliknya, mereka sebenarnya menipu Allah dan mereka menipu diri mereka sendiri. Saya kasihan melihat 'keberanian' mereka sampai begitu sekali.

Mereka sudah remaja. Tak lama lagi mereka akan jadi dewasa. Suatu hari nanti mereka akan berkahwin. Suatu hari nanti mereka akan ada anak.

Bagaimana nasib anak-anak mereka suatu hari nanti? Adakah mereka akan bersolat?

Apakah nasib generasi akan datang?

Di manakah silapnya?

Allahuakbar. Risau saya memikirkannya.


PERISTIWA MINGGU LEPAS
Sekarang, saya nak berkongsi dengan anda kisah yang berlaku pada minggu lepas pula.

Saya pergi ke surau untuk menunaikan Solat Zuhur berjemaah. Pada waktu itu, saya ternampak sekitar 6 orang kanak kanak sekitar umur 10-14 tahun duduk di bawah surau.

Saya jumpa mereka dan saya katakan, "Adik, jom naik atas. Orang dah nak solat tu." 
"Ok bang. Abang naik dulu. Nanti kami naik"

Saya terus naik ke atas.

Semasa di rakaat kedua, saya terdengar suara suara mereka masih bersembang di bawah dan baru ada yang masuk ke dalam surau di tingkat atas.

Dalam erti kata lain, mereka ini semua mesti masbuk.

Selepas saya memberi salam, saya perhatikan mereka. Hanya dua orang ada di atas. Tetapi, kedua-dua mereka pun sudah memberi salam bersama-sama imam.

Saya pergi kepada mereka dan berkata. "Adik tadi solat Zuhur berapa rakaat?"
Dia jawab, "4 rakaat".

Saya cakap kepada beliau. "Betui ka? Pi solat lain. Abang tau hampa solat tak cukup rakaat ni."
Sebab hanya ada 2 orang yang solat. Saya yakin, mesti ada lagi 4 orang di bawah tak naik solat.

Sebelum turun, saya mengintai dari luar pintu surau 2 orang budak ini. Mereka solat sambil gelak gelak. Dan sekali lagi saya nampak mereka solat hanya 2 rakaat sahaja. Selepas memberi salam, mereka terus bangun untuk keluar dari surau.

Saya menunggu mereka di pintu luar.

Bila mereka sampai di situ, mereka terkejut melihat saya masih ada di situ.

Sekali lagi saya tanya mereka. "Adik solat Zuhur berapa rakaat tadi?"
Mereka hanya tersengih.
Saya katakan kepada mereka. "Mana boleh solat Zuhur 2 rakaat. Pi solat sekali lagi. Kali ni, mesti solat 4 rakaat. Abang tengok hampa dari belakang."
Kali ni saya yakin mesti mereka solat 4 rakaat. Sebab mereka rasa saya 'melihat' mereka dari belakang.

Padahal waktu itu, saya sudah turun ke bawah. Nak cari lagi 4 orang budak tadi. Melihat saya turun ke bawah. Salah seorang dari mereka terus lari.

Di bawah surau. Saya jumpa mereka bertiga. "Mana sorang lagi, kenapa dia lari tadi?" 
"Dia pakai seluar pendek bang. Tak boleh solat"

Saya tanya, "Kenapa hampa tak solat tadi?"
"Kami nak naik la ni bang." Mereka menjawab kepada saya.

"Pi solat sekarang."
Sekali lagi, selepas mereka naik ke atas surau. Saya ikut mereka dari belakang. Mereka tak nampak saya sebab mereka ingat saya dah balik.

Saya mengintai dari tingkap surau.

Allahuakbar. Saya lihat mereka solat sambil bergelak ketawa dan solat hanya 2 rakaat.
Selepas habis solat, mereka turun ke bawah. Saya cepat-cepat lari ke bawah menunggu mereka di kerusi.

Saya jumpa mereka, saya cakap. "Bagus... Dah solat pun. Cepatnya solat. Solat berapa rakaat?"
"Mestilah 4 rakaat bang"
Saya cakap kepada mereka. "Dah, jangan tipu abang. Dah la hampa solat gelak gelak. Solat dua rakaat pulak tu. Kenapa buat macam tu?"

"Dia kacau saya bang."
"Adik, hampa ni dah besar. Tak baik main-main dengan solat. Kalau sekarang hampa tak solat, esok dah besar macam mana nak jaga solat. Kalau tak solat, macam mana nak masuk syurga?"

"Dah, sekarang pi naik atas balik. Solat betul betul. Jangan gelak. Solat 4 rakaat ok"
Sekali lagi, mereka naik ke atas surau. Kali ini saya mengandaikan mereka bersolat dengan betul sebab saya katakan kepada mereka. Saya akan tunggu dan tengok mereka solat dari luar pintu.

Alhamdulillah, mereka bersolat dengan baik kali ini.

Semasa mereka bersolat, saya pun bersembang dengan dua lagi rakan mereka yang dah solat lebih awal tadi.

Saya tanya, "Hampa nak pi mana lepas ni?"

Mereka dengan bangganya menjawab. "Kami nak pi main games"

Hmm..Saya pun malas lah nak ceramah banyak-banyak. Nanti budak budak ni meluat pulak kat saya. Saya buat rileks ajer la.

Selesai mereka yang di atas bersolat, mereka turun dan jumpa saya.

"Abang, ada duit tak bang. Bagi lah kami duit sikit bang. Kami nak beli barang ni."
"Hampa nak beli barang apa?"
"Adalah bang. Kami tak cukup duit ni. Abang bagi lah sikit."

Kemudian, saya tanya dia. "Nak duit ni mesti nak main games."
Dia jawab, "Mana ada bang. Saya bukan nak main games. Saya nak beli barang"

Saya terus menjawab. "Dah la adik oi.. Baru kawan hang tadi cakap hampa nak pi main games lepas ni. Lagi nak tipu."
Budak itu tersengih dan gelak. 

"Tak pa lah bang. Kami pi dulu."
Tiba-tiba, di luar pagar surau. Saya terserempak dengan salah seorang mak budak ni.

Hehe... Terus saya tahan mak budak ni yang naik motor. Dan saya cakap kat mak dia.

"Kak, kak tanya anak kak sekarang dia nak pi mana?"
Berbelit lidah budak ni nak menjawab.
Dengan rasa sedih mak budak ni berkata. "Angah, kenapa hang buat mak macam ni?"
Saya turut menceritakan kepada akak ni mengenai budak budak ini yang bersolat sambil main-main dan solat tak cukup rakaat.

Kesian saya rasa. Ibu bapa tertipu dengan anak mereka sendiri. 

Mereka sangka, anak mereka ke surau untuk bersolat. Hakikatnya, tidak ramai yang betul-betul bersolat.

KISAH INI MUNGKIN ADA DI MANA-MANA

Apa yang saya jumpa ini adalah kes-kes sebenar yang mungkin menjadi masalah di kebanyakan tempat lain juga.

Pergilah ke kampung kampung, hatta ke bandar bandar sekali pun.

Ramai anak-anak yang pergi ke masjid dan surau, tetapi belum tentu mereka bersolat.

Ibu bapa pula mungkin bersangka baik dengan anak-anak mereka.

Nasihat saya kepada kita semua. Jom, sesekali kita buat spot check untuk anak anak kita. Kita perhatikan mereka.

Jika ada anak anak jiran kita sekali pun, kita perhatikan sama-sama.

KLIK DAN BACA DI SINI Ini kisah yang pernah saya kongsikan dengan anda sebelum ini. Anak jiran saya sekarang ini sudah berusia 16 tahun.

Sekarang saya dah tak nampak langsung beliau bersolat di surau. Solatkah dia di rumah?

Wallahualam. Saya tak tahu. Saya cuba bersangka baik walaupun nampak keadaan macam tak berapa baik.

Sama-samalah kita awasi anak-anak kita.

Masyarakat akan menjadi lebih baik harmoni jika kita sama-sama mengambil berat keadaan anak orang lain juga.

Mungkin, pepatah "Jangan jaga tepi kain orang" perlu diketepikan untuk kes ini. Semoga apa yang saya kongsikan ini, kita semua dapat mengambil iktibar. 

Marilah kita berdoa agar anak-anak kita semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. 

Yang akan menjadi pendinding kita dari api neraka. Bukan yang akan 'menarik' kita dari syurga ke neraka.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Ampunkanlah kami semua Ya Allah...

Wassalam

Haji Mohd Firdaus
Memberi Nasihat Untuk Diri Sendiri 

Jika anda rasa apa yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda dan orang lain, mohon anda tekan LIKE Button di bawah. Semoga, lebih ramai yang dapat manfaat daripada apa yang disampaikan. Jom, kita sama sama mencari pencen kubur.

Proton Satria 1.5(A) Tahun 2003 Untuk Dijual

$
0
0
Assalamualaikum,

Seorang sahabat saya di Parit Buntar meminta pertolongan daripada saya. Beliau nak jual kereta. Saya sekadar memanjangkan hasrat beliau.


Untuk Di Jual

Ini spec kereta beliau :

Model : Proton Satria 1.5(A)
Tahun : 2003
Harga : RM13,500
Bayar Muka : RM500
Loan Bulanan : RM314 sebulan ( 5 Tahun )
Keadaan : Baru cat, Body Kit Satria GTI. Sesuai untuk jiwa muda.

Ok.... Jom kita sama sama tengok gambar....


Mileage 100,092km


Kusyen masih dalam keadaan baik


Body kit Satria GTI yang dipasang di kereta ini.


Baru dicat. Kelihatan sangat cantik.


Pandangan hadapan


Pandangan sisi. Berkilat seperti kereta baru kerana baru cat.


Pandangan tepi.


Pandangan belakang. Skirting Satria GTI.


Tengok skriting di belakang. Sama macam Satria GTI.

Jika anda serius, berminat nak tengok atau nak test drive. Sila hubungi : 019-5782515

Semoga bermanfaat untuk anda.

Wassalam.

Jika tidak keberatan, mohon anda tekan LIKE Button di bawah. Mungkin ia bermanfaat untuk orang lain.

TUTUP AIB ORANG, ALLAH TUTUP AIB KITA...

$
0
0
By: Mohd Firdaus Mat Saad



Assalamualaikum,

Entry ini bukan untuk kenakan sesiapa.

Ia lebih bersifat general mengenai apa yang berlaku dalam masyarakat kita.

Apa yang saya dapat faham.

Ada sebahagian kecil diantara kita yang 'suka' membuka aib orang lain.

Yes... Sebahagian kecil. Tak ramai.

Sekarang, jom kita fikir macam ni.

Hari ini, kita tertawakan orang. Hari ini kita SHARE aib orang. Agak agak, apa perasaan kita bila orang SHARE aib kita satu hari nanti.

Dunia hari ini, tak perlu masuk TV nak diaibkan. Cukup dengan klik SHARE dari ribuan orang.

Kesannya, hingga ke tulang sum sum rasanya.

Yes... ramai orang mengatakan dia salah. Tapi, cuba fikir. Kita yang tumpang SHARE dengan 'niat' kononnya nak bagi pengajaran kepada orang yang terlibat.

Cuba kita bayangkan, adakah ini yang Islam ajar.

Ada orang kutuk sampai mencarut kat orang itu. Mengherdik dan memaki dia atas kesalahan dia. Then tulis, "Macam ni ke yang Islam ajar?"

Tanpa dia sedar, apa yang dia buat pun bukan yang Islam ajar.

Mengapa saya cakap macam ni?

Sebab dulu saya pasti akan SHARE status status HOT yang macam tu. Siap komen bagai lagi. Konon kononnya nak bagi kesedaran.

Itu dulu...

Tapi, selepas saya ditegur oleh sahabat saya. Baru saya perasan, apa yang saya buat sebenarnya tak betul.

Walau pun niat nak memberi pengajaran kepada orang lain. Tanpa disedari saya sedang membuka aib orang lain.

Tak cukup dengan herdik. Ada orang buat blog. Then viralkan blog dia dengan kisah akak ni. Kononnya nak bagi pengajaran.

Yang lebih sedih. Habis 'dilondeh' akak ni.

Dia bagi detail FB. Detail Fanpage. Bisnes akak ni. Alamat pejabat akak ni. Semua kisah peribadi akak ni dimasukkan.

Kononnya.... "Akulah Hero".

Terasa puas dihati dapat membuka aib orang.

Subhanallah. Saya kesian gila kat beliau walaupun ramai orang nampak beliau salah.

Bolehkah kita menghukum beliau sebegitu?

Mungkin akhlak 'dia' tidak baik.

Soalan saya mudah. Baik sangatkah kita?

Cuba kita bayangkan. Dalam hidup kita. Pasti kita terpernah buat macam tu. Cuma ia tidak dirakamkan oleh orang lain. Sebab itu kita nampak kita macam baik.

Sebab apa saya cakap macam ni? Sebab saya pernah 'mencarut' kepada seorang pegawai kerajaan perempuan atas 'kesalahan arahan' yang dia berikan kepada saya.

Dan saya buat macam tu sebab saya marah. Bila saya tersedar. Saya perasan. Itu bukan aku.

Cuba bayangkan, kalau adegan itu dirakamkan kemudian diviralkan oleh orang lain.

Allahuakbar. Malunya saya.

Dan kita semua pasti ada melakukan 'kesalahan' yang lebih kurang sama. Cuma tidak dirakamkan. Tidak diviralkan.

Jadi kita nampak kita baik. Kita nampak kita ok.

Pandangan peribadi saya, jika hendak komen untuk memberi pengajaran kepada orang lain. Tidak perlulah kita beri nama, gambar secara spesifik orang tersebut.

Kita hanya mahu 'menjatuhkan' maruah dia berbanding kita mahu memberi pengajaran kepada orang lain.

Nasihat terakhir saya buat kita semua.

"Jangan buka aib orang, kalau kita tak mahu Allah buka aib kita."

 
Hidup ibarat roda. Hari ini kita seronok 'mentertawakan' orang lain. Esok lusa, jangan menangis bila orang lain seronok 'mentertawakan' kita.Nauzubillah.




Ok... Sekarang, saya pasti. Ramai yang dah 'terkutuk' akak tu. Tak pasti kalau itu yang Islam ajar.

Saya nak tanya, berapa ramai yang dah sedekahkan Al Fatihah untuk akak tu?
Semoga apa yang berlaku itu memberi keinsafan kepada dia dan pengajaran untuk yang lain.

Jujur saya katakan. Akak tu mesti malu sekarang. Al Fatihah kita untuk dia. Agar Allah beri kekuatan untuk dia hadapi saat yang mencabar dalam hidup ini.

Mungkin, "Allah pilih dia untuk ajar kita semua".

Ya Allah... jadikanlah sahabat FB aku ini semuanya insan insan yang positif. Yang sentiasa mencari redha Mu. Yang sentiasa menjaga aib sahabat sahabat mereka.

Jika anda suka posting ini, mohon LIKE & SHARE. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya.

Wallahualam.

Tanah Sawit Di Sg Kecil Illir, Kedah Untuk Dijual

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya bertemu dengan seorang sahabat lama saya. Beliau mempunyai tanah di Sungai Kecil Illir seluas 17 ekar.

Beliau berhasrat untuk menjual tanah itu. 

Memandangkan beliau kawan baik saya, saya bersetuju untuk meluangkan sedikit masa untuk melawat tanah beliau ini.

Lokasi tanah adalah :

1. Naik bukit 300, cari Ani Village Cafe.
2. Lepas jumpa Ani Village Cafe di sebelah kiri. Teruskan sehingga jumpa tangki air di tepi jalan sebelah kiri. 
3. Tanah ini terletak dibelakang tangki air itu.

Ada jalan masuk ke tanah, jalan batu kasaran. Lori boleh masuk ke tapak tanah.


Di tanah ini, terdapat pokok sawit yang berusia 9 tahun. Sekarang pokok pokok ini sedang rancak mengeluarkan hasil.


Tanah ini, berada di kawasan yang sedikit berbukit.


Sebahagian daripada pokok sawit yang berusia 9 tahun. Ladang sawit ini dijaga dengan sangat baik oleh orang yang menjaganya. Semua rumput diracun dan sisa daun sawit disusun dengan baik.


Ini geran asal tanah tersebut. Seluas 17 ekar keseluruhannya. 


Wahhh.. Siap ada alamat rumah lagi.

Sejujurnya, saya sekadar membantu sahabat saya ini. Beliau berhasrat untuk menjual tanah ini pada harga RM720,000.

Sekiranya ada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi adik owner ini iaitu Ustaz Rafiq : 013-518 5393

Anda boleh berurusan terus dengan beliau.

Sekiranya anda beli tanah ini, ditakdirkan Allah saya dapat sedikit komisyen dari jualan ini. 100% komisyen ini akan saya sumbangkan kepada :

1. Aqsa Palestin
2. Anak Yatim
3. Ibu Tunggal
4. Fakir Miskin & Mereka Yang Memerlukan

Saya tidak bercadang untuk mengambil sebarang keuntungan dari jualan tanah ini.

Sekadar membantu sahabat saya yang nak let go tanah ini, beliau bercadang nak buat projek lain selepas ini.

Sekiranya ada yang berminat. Sila hubungi owner sendiri.

Semoga saya dapat mempertemukan antara Pembeli dan Penjual.

Sekiranya anda rasa mungkin ada kawan kawan anda yang nak beli tanah ini. Please let them know. Mungkin anda akan dapat sedikit komisyen hasil jualan tanah ini.

Wassalam.

Boleh Bantu Saya Untuk Tekan LIKE Button Di Bawah Ini? Mungkin Kita Dapat Membantu Sahabat Saya Ini.

Benarkah Shaklee Menyumbang Kepada Israel / Zionist?

$
0
0
By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini, dunia dikejutkan dengan serangan besar-besaran puak Zionist dan Israel terhadap rakyat Gaza yang telah mengorbankan beribu-ribu rakyat Palestin.

Sungguh, kita semua pasti sangat terkesan dengan serangan ini.

Maka, kempen boikot produk-produk yang berkaitan dengan Israel ini mula diperkatakan.

Sebenarnya kempen boikot ini memang dah lama dijalankan dan memang sentiasa berterusan. Tapi, ia mula 'popular' setiap kali isu Gaza diserang.

Kami sekeluarga juga memandang serius dengan kempen boikot ini.

Jadi kami juga berusaha sedaya upaya elak membeli produk-produk yang disahkan menyumbang kepada gerakan Zionist.

KAITAN SHAKLEE DENGAN ISRAEL

Tiba-tiba kecoh di Facebook tentang Shaklee dan Israel. Kami juga dapat banyak persoalan daripada customers yang bertanya, "Betul ke Shaklee ada menyumbang kepada Israel?"

Fuh, kalaulah betul, sudah pasti kami tidak akan teragak-agak untuk boikot Shaklee juga.

Tak sanggup rasanya bersubahat menyumbang kepada peluru yang membunuh rakyat Gaza.

Rupa-rupanya segala persoalan ini berpunca daripada sebuah website iaitu Keneseth Israel Congregation (KIC) (http://kenesethisrael.com/) yang memaparkan logo Shaklee seperti di bawah.


Website Keneseth Israel yang memaparkan logo Shaklee.
Pelawat diajak menyokong gerakan mereka dengan setiap pembelian produk Shaklee.
 
Jika anda click pada logo Shaklee tersebut, anda akan dibawa ke website baru seperti di bawah:-
 
 
Ini bukanlah website rasmi SHAKLEE CORPORATION.
Jika anda lihat pada alamat link website ini, ia sebenarnya adalah link di bawah account Keneseth Israel yang merupakan PENGEDAR BEBAS atau INDEPENDENT DISTRIBUTOR.

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Untuk pengetahuan anda, setiap ahli dan pengedar Shaklee yang berdaftar dipanggil PENDEDAR BEBAS SHAKLEE atau SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID).

Dalam contoh di atas, KIC adalah merupakan Independent Distributor dan setiap belian produk Shaklee daripada mereka, mereka menyumbang kepada program yang menyokong Israel.

Sama juga macam kami. Contohnya kami dapat bonus Shaklee dan sumbangkan kepada zakat, badan-badan kebajikan, pusat tahfiz, gerakan Palestin dan lain-lain.

Jadi ia tiada kaitan dengan Shaklee Corporation, sebab Shaklee TIADA HAK untuk menentukan bagaimana ahli-ahlinya menggunakan bonus mereka.

COMPANY STATEMENT

Oleh kerana ramai Distributor yang mahukan kepastian tentang perkara ini, Shaklee Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi seperti di bawah:-


Alhamdulillah, sekarang dah ada official statement daripada pihak Shaklee yang mengesahkan Shaklee tiada kaitan dengan gerakan Zionist atau Isreal.


Penerangan lebih lanjut daripada pihak Shaklee.


UPDATES ON 23 JULY 2014 - KI HAS REMOVED THE SHAKLEE LOGO FROM THEIR WEBSITE!!


ALHAMDULILLAH!! Akhirnya, logo Shaklee yang telah bertahun-tahun ada di website Keneseth Israel ini telah pun diturunkan. Inilah berkat suara bantahan beramai-ramai oleh para Shaklee Distributor Muslim di Malaysia. Sujud syukur kepada Allah. 


BOIKOT DENGAN ILMU, BUKAN EMOSI SEMATA-MATA

Sekarang dah pun terbukti yang Shaklee tiada kaitan langsung dengan Israel atau Zionist.

Saya perhatikan, ramai antara kita yang suka sangat share dan sebarkan macam-macam info di blog dan Facebook, tanpa kita sendiri tau kesahihannya. Ini termasuklah isu Shaklee menyumbang kepada Israel ni.

Siap dengan macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Ada yang sampai nak buang vitamin yang dah dibeli dan suruh semua orang lain jangan lagi beli produk Shaklee.

Ada juga yang ambil kesempatan ni mengutuk Shaklee, semata-mata untuk melakukan produk dan bisnes mereka sendiri. Kononnya produk mereka lebih baik sebab berasaskan makanan Sunnah sahaja.

Isu MAKANAN SUNNAH ini juga ada diterangkan panjang lebar oleh ahli team saya, Ustaz Mohd Taufiq, graduan dan pelajar terbaik dari University Al-Azhar, Mesir. Anda boleh baca kupasan di dalam blog beliau di sini:-

PENCERAHAN: KERANA SHAKLEE, KAMI MENOLAK SUNNAH?!

JANGAN SEBARKAN FITNAH!!

Oleh itu,sebelum menyebarkan info yang kita sendiri tak pasti, silalah selidik terlebih dahulu. Tanyalah kepada mereka yang 'ahli' dalam bidang itu, bukan hanya mendengar dari mereka yang tak pernah dan tak tahu apa-apa pun tentang perkara tu.

Kalau kita sebarkan berita yang tak betul, kan dah jadi FITNAH tu!! Dosa fitnah lebih besar daripada MEMBUNUH!!

Kepada mereka yang telah pun menyebarkan info PALSU tentang Shaklee menyumbang kepada Israel, saya berharap anda dapat menarik kembali fitnah yang telah anda sebarkan, dengan menyebarkan kembali entry ini atau mana-mana entry blog lain yang mengupas isu ini.

Daripada kita asyik 'pung-pang' cari kesalahan orang lain, baiklah kita muhasabah, sejauh mana sumbangan dan manfaat yang telah kita berikan kepada orang lain, terutamanya saudara-saudara kita yang tertindas oleh keganasan seperti di Palestin dan Syria.

Mudah-mudahan Allah sentiasa menjadikan diri kita orang-orang yang banyak memberi manfaat kepada yang lain. Dan bukannya orang yang hanya sering mencari-cari kesalahan orang lain.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE dan SHARE entry ini dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Contact us now for:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
MASTER KAM MARIA
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire

Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)


Belajar Ilmu Teknikal Analisis Saham Dari Zamsaham

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya berpeluang untuk mengikuti Seminar Zamsaham.

Beliau berkongsi dengan kami semua teknikal analisis cara bermain saham dengan betul. 

Sebelum ini, selama setahun saya 'main' saham tanpa ada ilmu dan tanpa ada mentor.

Saya hanya ikut ikutan sahaja. Apa yang kawan cakap suruh beli, saya beli. Apa yang kawan cakap suruh jual. Saya jual. Haha... Main ikut aja... Hasilnya pun biasa biasalah.

Saya ada jumpa dengan seorang kawan saya yang kerja dia hari hari main saham. Dia cakap dia belajar main saham dengan Zamsaham.

Beliau cadangkan saya pergi ke kelas Zamsaham.

Saya tahu, selama ini saya main saham dengan 'berjudi'. Saya tak ada ilmu. Saya belasah aja. Syukurnya, saya banyak beli kaunter yang positif. So, banyak gak la untung. 

Seminar Zamsaham Di PWTC, Kuala Lumpur


Jom belajar main saham. Untuk pengetahuan anda, yuran untuk masuk kelas ini adalah RM2,600 untuk seorang.

 Setiba di Bilik Seminar Kuala Lumpur di PWTC, saya terkejut. Saya jumpa kawan lama saya di MRSM Taiping, Ghadafi.

Beliau sekarang sangat aktif main saham. Sudah tidak berkerja. Setiap hari, main saham hanya dari rumah. Rileks aja... Insya Allah, Jutawan Saham. Amin.


Yang bestnya, Ghadafi ni kawan baik Zamsaham. Kira memang 'jackpot' la berkawan dengan Taiko Saham. 


Selfie sket dalam kelas.


Selfie lagi. Di sebelah petang, selepas habis kelas. Kami ada jamuan berbuka puasa. Di sponsor oleh Zam Saham.


Pemandangan di The Riverside Restaurant yang sediakan juadah buffet berbuka puasa.


Antara makanan yang disediakan. Siput lala.


Rendang


Rakan rakan yang turut menyertai seminar saham.


Juadah pencuci mulut


Seminar hari kedua


Semua peserta mesti bawa laptop masing masing. Kami belajar secara praktikal.


Belajar mengkaji carta. Macam mana nak faham trend sesuatu saham nak naik atau nak turun.


Lepas kaji, kena catat. Sama ada trending saham tu nak di beli atau nak dijual. Semuanya mempunyai tanda.


Saya bermurah hati nak kongsi dengan anda. Senarai saham yang dicadangkan untuk dikaji dan dibeli jika kajian itu bagus as of 21 Julai 2014. 


Zam sedang berkongsi tips untuk direkodkan.


Selfie sket dalam kelas.


Selepas itu, kami semua dibahagikan mengikut kumpulan dan perlu membuat kajian mengikut syarikat yang diberikan.


Selfie dengan saudara Zamsaham. Huhu.. Kami umur sama. 33 tahun. Tapi beliau sekarang sudah menjadi MULTI MILLIONAIRE.


Balik rumah, kami diberi tugasan untuk memahami dan mengkaji kaunter saham yang dah naik. Kami diminta kaji apa tanda tanda satu saham itu akan mula naik. Antaranya.... macam yang saya tunjukkan itu. Apabila candle hijau berada di atas garisan merah dan ungu tu. Maksudnya, it's time to LANYAKKKKKK CUKUP CUKUP... And then, you  will see the result. Misalnya, dari harga RM0.10 naik kepada 0.30 dalam tempoh beberapa bulan. Dalam erti kata lain, kalau invest RM10k, duit akan jadi RM30k dalam tempoh beberapa bulan.

Tapi, semua ini perlukan ilmu. Bukan boleh main suka suka beli.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak membuka pintu hati anda untuk belajar bermain saham.

Saham adalah perniagaan kalau kita melabur dengan ilmu. Tetapi, ia adalah satu 'perjudian' jika kita main labur sahaja.

Saya rasa, cukuplah dulu perkongsian saya setakat ini.

Kepada rakan rakan diluar sana yang ada duit, tak tahu nak buat apa dengan duit. Saya cadangkan, anda belajar main saham. Kalaulah takut sangat. Belajar labur dulu dalam RM10,000. Tak lah banyak sangatkan.

You will love it jika anda faham.

Jika ada di antara pembaca blog ini yang mahu belajar bermain saham. Insya Allah, saya boleh berkongsi apa yang saya pelajari. Mungkin, jika anda jumpa saya dalam 4 jam. Saya boleh briefkan kepada anda apa yang perlu tahu untuk main saham. Tapi, takkan lah nak free kan. Sebab saya terpaksa luang masa untuk ajar anda. Saya kenakan sedikit bayaran. Sekadar anda cover 'masa' yang terpaksa saya laburkan untuk anda.

Seriously, it's very cheap. Berbanding dengan ilmu yang anda akan dapat.

Jika berminat, sila PM saya di Facebook ok. 

Wassalam.

Terima Kasih Semua Atas Sumbangan Anda

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda semua sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah, diberikan yang terbaik di dunia dan di akhirat.

Semoga satu hari nanti kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga Allah tanpa dihisab. Amin. Amin. Amin.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda mengenai majlis berbuka puasa di Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah. Surau yang terletak di hadapan rumah saya.

Kutipan Dana

Untuk makluman anda, sebelum menjelang Ramadhan. Saya ada membuat pelancaran kutipan dana untuk menampung perbelanjaan majlis berbuka puasa di surau saya sepanjang Ramadhan.

Jumlah yang diperlukan adalah RM15,000. Sepanjang 30 hari, surau akan menggunakan peruntukan sekitar RM500 sehari.

Walau bagaimana pun, jumlah kutipan terkumpul dari Maria Firdaus adalah sekitar RM7,500 sahaja. Dan kutipan dari orang kampung saya sekitar RM2,000 sahaja. Menjadikan jumlah keseluruhan sekitar RM9,500 sahaja. Alhamdulillah.

Memandangkan jumlah wang masih tidak cukup, maka ada hari hari tertentu di surau ini yang pihak surau minta tajaan dari orang perseorangan.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya majlis berjalan lancar dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung sangat baik.

Saya sangat suka membuat kutipan dana majlis berbuka puasa ini. Bagi saya mudah, ganjarannya sangat sangat besar.

Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan diberikan pahala sama seperti orang yang berpuasa itu. Tidak terkurang walau sedikitpun. Kalau yang makan seramai 80 orang, maka dia akan dapat 80 pahala orang yang berpuasa. Subhanallah.

Oklah.. Jom kita tengok gambar gambar yang sempat saya anbil di surau saya. 


Setiap hari, sekitar 60 ke 80 orang akan hadir untuk berbuka puasa di surau ini. 


Para jemaah sedang menunggu waktu untuk berbuka selepas selesai tahlil dan bacaan doa.


Antara lauk yang dihidangkan. Cop, saya tulis antara ok. Gambar yang saya ambil ni adalah gambar untuk tray saya. Saya memang tak makan banyak. Dan bila saya makan, saya akan ambil satu lauk sahaja. So, ada lauk lain yang ada tetapi saya tidak ambil.



Makanan orang diet. Hehe..Tak makan nasi. Makan bubur lambuk aja.... ( Hehe... Padahal beras juga dalam tu )

Anda jangan risau. Bukan ini yang orang di surau saya makan. Mereka makan makanan yang sedap. Cuma saya yang tak biasa ambil makan banyak lauk. Memang jenis makan sikit sikit saja.

Walau apa pun, saya mewakili AJK Surau An Najah Simpang 4, mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan pembaca blog Maria Firdaus yang telah sudi untuk menyumbang kepada program ini.

Semoga, apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada kita untuk terus mencari pahala, mencari pencen kubur agar kita mendapat pahala yang berterusan bila kita berada di sana nanti.

Saya doakan, kita semua berusaha sehabis baik untuk melipat gandakan amalan di sepanjang 10 malam yang terakhir ini.

Tahun ini kita bertemu Ramadhan, tahun depan belum tentu ia milik kita.

Wassalam.

4 Kesilapan Besar Yang Ramai Orang Buat Di Hari Raya

$
0
0
By : Mohd Firdaus Mat Saad


Assalamualaikum,

Saya bagi pihak Mariafirdaus.com.my ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua para pembaca blog ini.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang anda berikan kepada saya selama ini.

Dikesempatan ini, saya dan Maria dengan rasa rendah diri ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat anda semua sekiranya selama ini kami ada terkasar bahasa dalam penulisan kami.

Atau mungkin kami juga ada tertulis sesuatu yang salah dari segi fakta atau cerita dalam blog ini. Jutaan kemaafan kami mohon.

Dan kami juga bersedia untuk memaafkan anda semua sekiranya kita ada tersalah dimana mana.

Anyway, hari ini saya nak berkongsi dengan para pembaca mengenai kesilapan yang ramai orang buat di hari raya.

Semoga, apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua untuk menghindari dosa dosa yang tidak perlu kita lakukan.

4 Kesilapan Besar Yang Ramai Orang Buat Di Hari Raya




1. Bersalaman Lelaki  Dan Perempuan Yang Bukan Mahram

Apa yang saya perhatikan, lain tempat. Lain caranya. Misalnya, saya di kampung, bersalaman antara lelaki dan wanita agak kurang.

Tetapi, ketika saya berhari raya di Kuala Lumpur. Lain suasananya.

Di KL, lelaki bersalam salaman dengan mak cik macik dan perempuan bersalam salaman dengan pakcik pakcik menjadi satu ADAT yang sangat salah.

Apa yang saya tengok, ia menjadi satu adat kerana ia macam nak 'menghormati' orang yang lebih tua.

Persoalannya, adakah itu yang Islam ajar?

Tidak, Islam tidak mengajar kita buat begitu. Kita hanya boleh bersalam dengan orang yang muhrim kita sahaja. Selebihnya tidak boleh.

Saya bagi contoh lain yang lebih mudah untuk anda faham.

Saya dan Maria suami isteri. Di Kuala Lumpur Maria mempunyai anak saudara yang sudah baligh. Saya tidak boleh bersalam dengan anak saudara Maria yang perempuan itu.

Perkara yang sama untuk Maria. Maria TIDAK boleh bersalaman dengan anak saudara saya yang LELAKI yang dah baligh.

Faham ke faham?

Biarlah di mata manusia kita nampak macam 'kurang ajar' sebab tak bersalam dengan orang yang tidak boleh kita salam. Asalkan di mata Allah kita buat benda yang betul.

TETAPI......

Saya boleh bersalaman dengan anak saudara dari adik beradik saya sendiri yang perempuan. Dan Maria boleh bersalaman dengan anak saudara dari adik beradinya sendiri yang lelaki.

Contohnya, abang saya ada anak perempuan. Saya boleh bersalaman dengan anak perempuan abang saya itu.

Maria ada abang dan abangnya mempunyai anak lelaki yang dah baligh. Maria boleh bersalaman dengan anak lelaki abangnya itu.

Macam mana pulak dengan Ipar Duai?

Ok... Tak boleh bersalaman dengan IPAR DUAI ok. Contoh, saya tak boleh bersalaman dengan kakak ipar saya dan Maria tak boleh bersalaman dengan abang ipar dia.

Saya harap apa yang saya tulis ini clear.

Sebab, saya perhatikan ramai sangat yang tidak arif mengenai hal ini. Dan kalau kita tak mulakan sekarang, 'tradisi' ini akan turun kepada anak anak kita pula.

Memang susah untuk mulakan, tetapi ia sangat perlu dilakukan.

Kalau ada yang hulur tangan dahulu kepada kita, cukuplah kita katakan kita ada wudhuk. Pastikan kita ada wudhuk waktu tu.

Dan kalau nak salam juga, pastikan berlapit yer. Pakai sarung tangan atau pun guna tudung untuk alas.





2. Tidak Menutup Aurat Ketika Berada Di Rumah Bersama Saudara Mara Yang Lain

Ini kesilapan yang SANGAT SANGAT SANGAT biasa di Malaysia ini. Saya pun tidak pasti, di mana silapnya.

Misalnya, dahulu abang ipar Maria tinggal sekali dalam rumah mereka. Sejak sekian lama Maria tidak bertudung dalam rumah, tetiba selepas belajar ilmu ini Maria faham dan Maria mula bertudung ketika abang ipar berada di dalam rumah.

Dan masa Maria mula pakai tudung dalam rumah, ia menjadi satu kepelikan. Dan ada orang yang tak faham bertanya, "Ni pakai tudung nak keluar pi mana?"

Dia jadi macam pelik kalau kita pakai tudung dengan ipar duai kita di rumah.

Saya terpaksa tulis bab ini sebab saya perhatikan ramai sangat yang buat silap.

Kalau kita tak faham dan tak amalkan, kesilapan ini akan diperturunkan kepada anak anak kita pula.

Semasa hari raya, ramai adik beradik kita yang akan pulang berhari raya bersama keluarga.

Pastinya mereka juga membawa anak anak mereka bersama. Ada lelaki dan ada perempuan.

Kita kena didik anak anak kita. Kita kena bagi mereka faham yang aurat mesti dijaga sesama sepupu. Dan kita perlu ajar mereka yang mereka tidak boleh bersalam dengan sepupu mereka jika mereka sudah baligh.

Mereka perlu jaga aurat mereka.

Dan ada sesetengah rumah yang tidak cukup besar. Maka mereka tidur berjemaah di ruang tamu. Jika tiada pilihan nak buat macam mana. Terpaksalahkan... Tapi, untuk wanita, mereka perlu tidur dengan bertudung jika dah semua orang tidur di ruang tamu.

Seeloknya, biarlah lelaki tidur di ruang tamu dan wanita tidur di dalam bilik.

Saya harap, kita semua clear bab menutup aurat ini.




3. Memakai Pakaian Yang Tidak Syariah Compliance

Ramai orang menyangka bertudung itu menutup aurat.

Ramai orang sangka pakai baju itu menutup aurat.

Sebenarnya kita kena faham konsep menutup aurat yang lebih luas.

Bila bertudung, anda perlu memakai tudung yang menutupi bahagian dada. Kerana ia jelas dinyatakan di dalam Al Quran.

Bila berpakaian, anda tidak boleh memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Dan tidak boleh memakai pakaian yang jarang.

Trend yang saya banyak tengok, ramai wanita yang pakai baju yang dibahagian lengan tu guna kain yang sangat sangat sangat nipis.

Kesian rasanya. Tak terbayang panasnya api neraka nanti. Bukan untuk wanita itu sahaja. Beliau akan turut menarik suami atau ayahnya sekali bersamanya. Nauzubillah.

Lelaki pula ada yang tidak memakai baju di rumah sehingga ternampak pusat. Ada yang memakai seluar pendek di rumah.

Ingat yer para lelaki aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut. Part yang terdedah itu, bahagiannya DI NERAKA. Nauzubillah.

Kalau kita ada anak anak lelaki yang kecil pun, ajarkan mereka untuk tidak memakai seluar pendek. Untuk pengetahuan anda, Farees langsung tak ada seluar pendek. Memang dari kecik kami dah ajar kena pakai seluar panjang.

Alhamdulillah.

Melentur buluh, biar dari rebungnya.



4. Melakukan Perkara Terlarang Ketika Menziarahi Kubur Di Hari Raya

Saya nak kongsikan. Sebenarnya kita disuruh bergembira di hari raya. Kita tidak digalakkan bersedih di hari raya.

Masalahnya, sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia ni dengan acara menziarahi kubur di pagi raya.

Salah ker? Jawapannya tak salah. Tapi kalau dah macam menjadi satu 'kewajipan' untuk menziarahi kubur di pagi raya. Ia salah.

Di pagi raya kita dituntut untuk bergembira bagi meraikan kejayaan melalui bulan Ramadhan. Bukan bersedih.

Ok... kalau nak pi juga menziarahi kubur. Jangan pula buat beberapa perkara terlarang ini.

Misalnya :

i) Menyiram air ke kubur dengan niat nak menyejukkan mayat. Sebenarnya, yang disunatkan adalah menanam pokok kecil di atas kubur kerana pokok itu akan bertasbih. Jadi kita siram air untuk menyuburkan pokok itu.

ii) Tabur bunga di atas kubur. Yang best, pada waktu ini jugalah ada orang yang tunggu di kawasan tanah perkuburan yang jual bunga untuk ditabur atas kubur. Untuk pengetahuan anda, ia adalah amalan kaum Nasrani dan ia dilarang oleh Islam. Lebih baik tanam pokok hidup macam yang saya katakan di atas.

Jom kita dengarkan penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus ini:-




Lagi satu, jangan juga sampai menangis teresak esak di atas kubur ye, sebabnya kita dituntut untuk bergembira di hari raya.

Sebenarnya, ada banyak lagi kesilapan yang dibuat dihari raya. Tapi saya rasa cukuplah saya kongsikan 4 kesilapan yang sangat ramai rakyat Malaysia buat.

Jika kita boleh perbaiki 4 ini dahulu untuk raya kali ni, Alhamdulillah. Kita dah maju setapak.

Saya rasa cukuplah dulu perkongsian saya untuk kali ini.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan motivasi kepda kita untuk mendekatkan diri kita dengan Allah.

Semoga ia menjadi asbab untuk kita semua masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.

Wassalam



Jika anda rasa posting ini bermanfaat, mohon anda tekan LIKE Button di bawah. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat. Semoga ia menjadi pencen kubur buat kita semua. 




Gambar Maria Firdaus Di Hari Raya 2014

$
0
0
By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri, salam kemaafan dan salam silaturahim.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda gambar gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang sambutan hari raya 2014 baru baru ini.


Sehari sebelum raya. Masih sempat untuk keluar bershopping di Pasaraya Besar Mydin yang baru dibuka di Parit Buntar. Antara yang dicari adalah tudung raya untuk mak saya dan kasut raya Farees dan Fateh.


Sehari sebelum raya. Kami semua bergambar dahulu. Sebabnya kami takut tak sempat nak bergambar dipagi raya nanti. Penggambaran dimulakan dengan artis jemputan. Muhammad Farees Bin Mohd Firdaus yang berusia 5 tahun. Comel and cute. Like Father Like Son..... Hehe.. Alhamdulillah


Tara.... Kami menghadapi cabaran untuk mengambil gambar sekeluarga. Fateh tak nak pakai baju raya. Mengamuk dia tak nak pakai baju raya. Maka, inilah gambar keluarga yang terbaik kami ada untuk tahun ini. Beli sampin tak nak pakai. Ada songkok tak nak pakai. Baju raya pun tak nak pakai. Dah tak boleh diselamatkan lagi.


Terpaksalah pasangan ideal ini yang bergambar. Hehe.....Yang bestnya, kami minta bantuan pembantu rumah untuk ambilkan gambar. Tak ada siapa di rumah tahun ini. Hanya kami berempat, emak saya dan pembantu rumah. Adik beradik saya yang lain semuanya beraya di rumah mertua mereka.


100 hari yang lepas. Saya mula menggunakan Set Kurus Shaklee. Matlamat asal adalah untuk menurunkan berat badan ke berat yang ideal. 100 hari lepas, berat saya adalah 79.5kg dengan BMI 27.9. Tersangat tidak sihat dan tidak ideal.

Alhamdulillah, di pagi raya berat saya adalah 68.5kg dengan BMI 23.0 Alhadulillah. Berjaya mencapai berat badan ideal. Jumlah penurunan adalah sebanyak 11kg dalam tempoh 100 hari tanpa perlu bersusah payah nak pergi ke gym. Cukup sekadar mengambil makanan yang berkhasiat pada kuantiti yang betul, gunakan suplemen Set Kurus Shaklee dan amalkan cara hidup yang lebih sihat. 

Alhamdulillah. Syukur rasanya bila dapat pakai baju raya bersaiz M tahun ini.


Syukur Alhamdulillah. Pada tahun ini, saya telah diamanahkan untuk membacakan Khutbah Raya di surau An-Najah, Kg Kedah, Parit Buntar. Tahun-tahun sebelum ni pun saya dah beberapa kali dipilih sebagai Khatib untuk Khutbah Aidilfitri dan Aidiladha. Pihak surau memang sengaja bagi peluang kepada golongan muda untuk sama-sama bergiat aktif dalam aktivity Surau. 


Selepas solat raya di surau . Jemaah surau mula hadir ke rumah untuk menikmati sedikit juadah yang kami sediakan. Pastinya, raya tahun ini kurang meriah berbanding tahun tahun sebelumnya. Ini kali pertama berhari raya tanpa abah yang telah pergi mengadap Ilahi pada 2 Februari 2014 yang lepas. Walau apa pun, kehidupan perlu diteruskan.


Alhamdulillah, antara juadah yang disediakan untuk para tetamu. Ada lemang, ketupat, rendang..



Laksa Penang terbaikkk!! Hihi..


Kuih raya pun ada..


Antara tetamu yang hadir. Sedang menikmat juadah yang disediakan. Selain laksa, kami turut menyediakan nasi impit dan lemang.


Batch kedua tetamu yang datang. Jiran sebelah rumah saya, Tuan Haji Hassan membawa sepasukan 'batalion tentera' menyerang rumah saya. Hehe.. Gurau ajer. Actually, mereka mempunyai keluarga yang sangat besar. Sangat meriah bila mereka semua datang. Dengan kekuatan tentera 'kecil' seramai 22 orang, mereka datang ke rumah kami dengan membaca doa selamat buat kami sekeluarga. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, panjang doa yang Hj Hassan bacakan. Diaminkan oleh anak cucu beliau.


Selamat menjamu selera..


Emak saya memastikan tetamu mendapat makanan yang cukup.


Sebelah petang, kami sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk pulang berhari raya di kampung emak saya pula. Untuk pengetahuan anda, ibu bapa mak saya sudah tiada. Yang ada hanyalah ibu tiri mak saya. Walaupun ibu tiri, kami tetap menziarahi beliau di hari yang mulia ini.


Fateh dan Farees serta Maria berselfie pulak. Fateh memang tak nak langsung pakai baju raya. Huhu..


Di kampung, nenek saya suruh kait buah rambutan. Huhu.. Ini kali pertama dalam sejarah hidup, pakai baju raya sambil kait buah rambutan.


Farees tolong ambilkan gambar Ummi & Fateh. 


Sambil dukung Fateh, Maria membantu mengutip buah rambutan yang dikait. Ketika dikampung, ada sahabat yang menghubungi kami nak datang rumah. Terpaksalah berkejaran pulang ke rumah.

Siapa yang datang? Kawan baik saya dari Machang. Okaz. Tauke ayam. Namun apakan daya, terlupa pula nak bergambar dengan mereka sekeluarga. Terlupa.


 Kemudian, saya diziarahi oleh sahabat dan anak didik Shaklee dari Banting, Md Latiff dan keluarga.



Bergambar kenangan sebelum balik.


Maria bersama Shahima, isteri Md Latiff. Rancak bersembang dan bercoaching hingga jam 10 malam baru mereka beransur pulang ke rumah keluarga di Beruas.

Alhamdulillah. Begitulah sambutan saya di hari raya yang pertama. Mohon maaf, sebenarnya ada banyak lagi tetamu yang datang. Tapi waktu itu terlupa pula nak ambil gambar.

Walau apa pun, saya doakan anda semua meraikan hari Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan dan keceriaan.

Wassalam.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
Maaf Zahir dan Batin

Salam Sayang Dari Kami Seisi Keluarga, 
Mohd Firdaus Mat Saad
Kam Maria Abdul Mutalib
Muhammad Farees Mohd Firdaus
Muhammad Fateh Mohd Firdaus

Al Fatihah - Takziah Buat Sahabat Yang Kehilangan Ayah Di Hari Raya

$
0
0
Assalamualaikum,

Malam semalam, saya dikejutkan dengan berita di Telegram group.

Seorang sahabat saya, Pn Tasnim telah kehilangan ayahandanya yang tersayang di hari raya.

"Innalillahiwainnailahirajiun. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

Ayahanda beliau terlibat dalam kemalangan baru baru ini namun tidak terlalu serius. Walau bagaimana pun, beliau dimasukkan ke dalam wad untuk pemerhatian doktor.

Di pagi raya, sahabat saya dan semua adik beradik mereka berhari raya di Hospital Specialist Center (SALAM) untuk bersama ayahanda yang tercinta.

Namun, takdir Allah mengatasi segalanya.

Pada sebelah petang, Allah menjemput ayahandanya mengadap Ilahi.

Dan semua ini berlaku diluar jangkaan semua orang. Tiada siapa yang sangka ayah mereka akan meninggal dunia.

Saya dapat memahami apa yang beliau sekeluarga rasakan sebab saya juga baru kehilangan ayahanda saya yang tersayang 5 bulan yang lepas.

Ayuh, kita warga Maria Firdaus, kita sedekahkan Al Fatihah buat ayahanda beliau. Semoga roh beliau ditempatkan bersama hamba hamba Nya yang soleh, dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab bersama para nabi.


Gambar kenangan, Tasnim dan ayahandanya di pagi raya.

Buat Tasnim sekeluarga, kami doakan agar anda semua tabah menghadapi saat yang mencabar ini. Semoga Allah memberi kekuatan buat anda sekeluarga pada waktu ini.

Buat anda yang mahu membaca kisah penuh cerita ini, sila klik link di bawah: 

Semoga kisah ini memberi 1001 pengajaran buat kita semua. Ingat dan sedarlah, ajal maut ditangan tuhan.

Ia tidak dipercepat atau dilewat walaupun sesaat. Bersedialah kita untuk bertemu dengan Nya.

Wassalam

Doa Yang Bagus Di Baca Ketika Menziarahi Kubur

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini hari raya yang ke 6. Buat pembaca baru blog Mariafirdaus.com.my saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

Baru baru ini, sebelum hari raya saya menziarahi kubur ahli keluarga saya yang telah pun pergi mengadap Illahi.

Sekadar berkongsi dengan anda :


Batu nisan ayahanda tercinta. Meninggal pada 2 Februari 2014.


Ini kubur arwah abah. Terletak di Masjid Hijau Kampung Kedah. Abah meninggal akibat serangan jantung. Anda boleh baca kisah arwah abah yang sangat menyayat hati di sini. KLIK SINI

Pastikan anda mempunyai kertas tisu yang mencukupi. Anda mungkin menangis membacanya.


Batu nisan arwah nenek saya. Mak kepada emak saya. Meninggal pada 13 Julai 2007. Arwah meninggal pada usia 79 tahun akibat sakit tua.


Kubur arwah nenek. Bersebelahan dengan kubur arwah abah.


Ini pula batu nisan arwah kakak saya. Meninggal dunia pada 12 Februari 2012 akibat kanser. Meninggal pada usia 36 tahun.


Ini kubur arwah kakak saya.

Di kubur, biasanya saya akan membaca Surah Al Ikhlas berulang ulang kali untuk disedekahkan kepada arwah keluarga saya yang telah pergi menemui Nya. 

Juga saya selalu membaca doa ini :

Ya Allah, aku mohon pada Mu Kau ampunkan dosa arwah ahli keluarga ku yang telah pergi menemui Mu. Kau ampun kan dosa abah, dosa tok, dosa kakak, dosa nenek moyangku dan dosa semua kaum Muslimin dan Muslimat.

Aku mohon pada Mu, terangilah kubur mereka dengan cahaya Mu. Janganlah Kau biarkan kubur mereka berada dalam kegelapan.

Ya Allah,

Jadikanlah kubur mereka sebagai salah satu daripada taman taman syurga Mu. Janganlah Kau biarkan kubur mereka menjadi salah satu daripada lubang lubang neraka Mu.

Ya Allah, Kau permudahkan urusan mereka untuk menjawab soalan Mungkar dan Nangkir di alam kubur ini ya Allah. Jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah.

Ya Allah, Kau jadikanlah kubur sebagai tempat untuk mereka beristirehat sementara menunggu hari kiamat.

Ya Allah, Kau berilah peluang untuk mereka menerima kitab mereka dengan tangan kanan. Janganlah Kau beri mereka kitab mereka dengan tangan kiri.

Ya Allah, Kau berilah peluang kepada mereka untuk minum air dari telaga Al Kauthar. Mudah mudahan dengan minuman itu mereka tidak akan haus buat selama lamanya.

Ya Allah, Kau masukkanlah mereka ke dalam 7 golongan hamba Mu yang mendapat Rahmat Mu di padang masyar nanti ya Allah. Permudahkanlah timbangan mereka di mizan nanti ya Allah. Kau beratkan amalan kebaikan mereka dan Kau hapuskan amalan kejahatan mereka.

Ya Allah, Kau permudahkanlah mereka untuk melintas titi siratal mustaqim nanti ya Allah. Permudahkanlah mereka untuk sampai ke syurga Mu. Janganlah Kau biarkan mereka terjatuh ke dalam lubang neraka Mu ya Allah. 

Ya Allah, Kau masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu dengan rahmat Mu tanpa dihisab. Kau jauhkanlah mereka masuk ke dalam neraka walau sesaat pun ya Allah.

Ya Allah, Kau perkenankanlah doa ku ini ya Allah.

Semoga  apa yang saya kongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Mencari Pencen Kubur

* Jika anda berminat untuk Copy Paste Doa Di Atas, sila KLIK DI SINI

Jika anda rasa posting ini bagus, mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripada Nya.

Siswazah Gaji RM2,500 Pun Tak Cukup Ka?

$
0
0
By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Hari ini, tiba tiba di Facebook saya muncul keratan akhbar di bawah ini. Saya lihat tarikhnya 15 April 2014. Masih baru lagi.

Saya rasa ia isu yang sangat penting untuk saya kongsikan dengan pembaca blog Mariafirdaus.com.my 


Rata rata gaji permulaan untuk mereka yang memegang ijazah adalah sekitar RM2,600 sebulan. Itu di KL. Kalau di luar bandar sikit. Mungkin tak sampai RM2,000 sebulan.

Dan yang lebih menggerunkan 77 peratus daripada mereka tidak mampu untuk membuat simpanan kerana berhadapan dengan kesukaran dengan kenaikan harga barang yang melampau sekarang ini.

Jika anda bertanya saya adakah RM2,600 cukup untuk gaya hidup masa kini?

Jawapan saya, boleh dicukupkan. Tetapi sangat perit. Mungkin tak ada simpanan.

Bila ditanya, ke mana wang ini digunakan? 



Ini belum termasuk kos 'kecemasan' yang berlaku. Misalnya, tayar kereta pecah. Nak kene renew road tax dan insurance kereta. Anak sakit dan sebagainya.

Pendek kata, hidup cukup-cukup makan ini sangat sangat sangat sangat sangat mengerikan.

MALANGNYA !!!!!

Tak ramai yang nak berubah. 

Tak ramai yang nak upgrade diri mereka.

Tak ramai yang mahu hidup luar biasa.

Ramai yang suka gila hidup biasa-biasa.

Persoalannya, SAMPAI BILA nak hidup macam itu?

Kalau kita rasa 'selesa' dengan keadaan semasa, it's ok. Tapi percayalah 'sooner or sooner'kita mungkin akan tersepit dengan perubahan ekonomi semasa di negara ini.

Nasihat saya buat mereka yang berumur sekitar 25 tahun ke 35 tahun, please.... Do something.

Buatlah sebarang bentuk perniagaan. Cari pendapatan sampingan. 

Jangan mudah berputus asa. Apa yang kita buat hari ini bukan untuk orang lain. Tapi kita buat untuk diri kita dan keluarga kita.

Jangan takut, hidup memang penuh dengan cabaran dan ia pasti akan mematangkan kita.

Ramai orang yang berjaya hari ini bermula kerana 'desakan' hidup mereka satu ketika dulu.

Mungkin 'desakan' hidup kita hari ini adalah 'wake up' call dari Allah untuk sedarkan kita untuk kita sama sama berjaya. 

Allah 'susahkan' kita hari ini sebab nak bagi kita sedar untuk kita berubah untuk kita lebih berjaya suatu hari nanti.

So, kalau kita susah sekarang. Jangan berputus asa, BANGKIT lah.

Carilah mentor yang boleh membantu untuk mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik.

Cukuplah saya berceloteh di sini.

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Sentiasa dipermudahkan hidup. Diberi yang terbaik dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Empayar Maria Firdaus
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk rakan rakan anda yang lain, mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Mungkin ia dapat memberi manfaat kepada rakan rakan anda yang lain.

--------------------------------------------

EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer. 
Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE. 

Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin..
Semoga bermanfaat..



Senarai Produk Laku Keras & Margin Tinggi

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang mengikuti blog Mariafirdaus.com.my ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda mengenai seorang sahabat saya. Tuan Faisal Abdullah.

Saya kenal beliau ketika menyertai program Train The Trainer bersama Dr Azizan Osman di Kuantan, Pahang awal tahun ini.

Selepas itu, saya mula berkawan dengan beliau di Facebook.

Untuk pengetahuan anda, sahabat saya ini ada mengeluarkan sebuah Ebook Percuma kepada orang ramai.

Bila saya baca, saya rasa macam. Subhanallah. Bagusnya ebook ni. Beliau kongsikan secara percuma senarai produk yang laku keras dan mudah di jual di internet. 

Apa yang beliau lakukan adalah untuk membantu mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan melalui internet.

So, saya ingin berkongsi dengan anda ebook yang beliau hasilkan. 

Inilah Tuan Faisal Abdullah. Cool ajer mamat ni. Hehe... Dia memang cool lah... 


Ini yang beliau ingin tawarkan. Senarai produk laku keras dan mempunyai margin tinggi.

Ini ebook yang beliau berikan secara percuma itu. Anda boleh Download Ebook ini dengan klik mana mana gambar di atas. Atau KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD

Apa Yang Anda Akan Dapat?

Untuk pengetahuan anda, selepas anda klik link di atas. Anda akan di bawa ke satu LANDING PAGE. Di situ, anda boleh tonton video tips bisnes online percuma.

Kemudian anda akan diberikan link bagaimana anda boleh download ebook berkenaan. IA PERCUMA. Anda tak perlu bayar pun.

Dalam ebook tersebut anda akan diberikan senarai produk yang LAKU KERAS dari dulu sehingga sekarang.

Jika anda tidak ada modal, anda tak tahu mana nak dapatkan produk, dalam ebook tu juga ada senarai pembekal yang anda boleh dapatkan produk mereka.

It's the matter anda nak atau tak nak saja.

Nasihat saya, anda DOWNLOAD SAHAJA EBOOK DI ATAS. ANDA TAK AKAN RUGI APA APA.

What Happen Next?

Dalam ebook ini juga, anda akan ditawarkan untuk mengikuti Program MB2000 yang ditawarkan oleh Tuan Faisal Abdullah.

Ia adalah pilihan. Bukan paksaan.

Ya lah, kalau anda dah ada senarai produk dan senarai pembekal, tetapi anda tak tahu macam mana nak jual. Pun jadi masalah kepada anda juga.

So, Tuan Faisal akan kongsikan nanti bagaimana anda boleh 'menjual' produk ini melalui medium online dengan mudah.


Ini pula testimoni peserta yang dah join. 


Lagi testimoni peserta yang sertai program MB2000. Iaitu program Membina Bisnes RM2000 sebulan melalui online.



Lagi testimoni peserta program beliau.

Untuk pengetahuan anda. Kos untuk mengikuti program tersebut adalah RM130 sahaja. Tetapi Tuan Faisal berbesar hati untuk tawarkan anda mengikuti program ini dengan harga RM100 sahaja.

Namun.... Tawaran ini SAH SEHINGGA 7 OGOS 2014 SAHAJA.

Jika anda nak sertai program MB2000 ini, anda boleh KLIK DI SINI

Selepas klik, di bawah video tersebut ada BUTTON KLIK "JOIN MB2000". Anda boleh join di situ.


GUNAKAN KOD DISKAUN MBRAYA UNTUK DISKAUN RM30.

Apa Yang Anda Akan Dapat?

Selain dapat mengikuti kelas online beliau, anda juga akan diberikan DVD Pemasaran Simple Tapi Power yang telah menghasilkan jutawan-jutawan online. Ia bernilai RM300. Anda dapat PERCUMA.

Dulu saya terpaksa beli untuk dapatkan DVD ini. Memang dulu beliau jual RM300. Dan ilmu dalam DVD ini sangat sangat power.

Ini kira bonus la.

Rasanya, cukuplah dulu perkongsian yang saya berikan.

Sekarang terpulang kepada anda.

Jika anda berminat untuk download Ebook Senarai Produk Laku Keras Dan Margin Tinggi. KLIK DI SINI. Ia percuma.

Jika selepas itu anda berminat untuk Join Program MB2000. Boleh daftar di LANDING PAGE tersebut.

Ingat yer, tawaran RM100 ini hanya SAH sehingga 7 Ogos 2014 sahaja. Selepas itu, harga akan dinaikkan kepada RM130.

* Kepada yang serius nak buat bisnes, saya nasihatkan JOIN AJA PROGRAM MB2000 ni. Anda akan dapat FREE Video Simple Tapi Power yang berharga RM300. Saya dah tengok video ni. Memang SUPERB. Kalaulah lepas anda join PROGRAM MB2000 ni. Anda tak puas hati dengan KANDUNGAN yang Tuan Faisal berikan. Meh la... Bagitau saya. Saya tolong REFUND duit anda. Bukan Tuan Faisal yang refund ok. Saya keluar duit poket saya untuk refund untuk anda. Just nak bagi tahu anda betapa bagusnya produk ini.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad

Dapatkan Ebook Percuma : Kisah Kejayaan Isteri Saya Menghasilkan Jualan RM1,000,000 dalam tempoh 9 bulan selepas menjalankan perniagaan online. IA PERCUMA. Download di sini : www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

Semoga Apa Yang Saya Kongsikan Ini Akan Memberi Manfaat Kepada Anda Semua. Sekiranya anda rasa apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada rakan rakan anda yang lain, mohon anda KLIK LIKE di bawah ini.

Pakej Umrah Bajet Disember 2014

$
0
0

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Saya doakan anda semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah. Dipermudahkan hidup di dunia dan di akhirat.

Mudah mudahan kita semua dimasukkan ke dalam syurga Allah tanpa di hisab.



Emak Dan Abang Menunaikan Umrah Pada Jun Yang Lepas

Pada bulan Jun yang lepas, emak dan abang saya berkesempatan untuk menunaikan umrah bersama Syarikat Asari Murni yang berpangkalan di Alor Setar, Kedah.

Untuk pengetahuan anda, impian mak saya. Kalau boleh setiap tahun dia nak pergi menunaikan umrah. Sudah menjadi tanggung jawab kami anak anak untuk menemankan mak apabila mak pergi ke sana.

Setiap kali pergi, mak akan ajak rakan rakan dia untuk join pergi umrah sekali.

Tahun tahun terdahulu, mak akan bawa sekitar 40-60 orang bersamanya.

Mak memang berpengalaman bawa orang menunaikan umrah.

Dah banyak travel agency yang mak saya dah ikut. Alhamdulillah, dari banyak banyak agen. Mak saya sangat sangat berpuas hati pergi pada bulan Jun yang lepas.

Mak dapat harga yang special dari travel agen. Semua kawan kawan mak akan dapat pergi pada harga yang sangat sangat murah.

Setiap kali pergi umrah, sudah menjadi impian mak untuk bawa seorang saudara mara kami yang kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah bersamanya. Emak akan guna sedikit duit komisyen yang diberikan oleh pihak agen untuk sponsor insan terpilih ini.

Alhamdulillah. Sambil menunaikan umrah, mak juga dapat menunaikan hajat orang lain yang kurang berkemampuan tetapi teringin untuk menunaikan umrah.

Bila pulang dari Mekah bulan Jun yang lepas, mak tanya saya.

"Daus, jom kita pi umrah bulan Disember ni. Temankan mak."

Satu masalah saya, kalau mak minta saya akan cari jalan untuk memenuhi impiannya. Ya lah, saya dah tak ada abah. Yang tinggal mak saja.

Inilah masa untuk saya buat yang terbaik untuk mak saya. Itulah keramat hidup buat saya.

Saya Dan Maria Berhajat Untuk Menunaikan Umrah

Insya Allah, bulan Disember nanti saya dan Maria berhajat untuk menunaikan umrah.

Alang alang kami dah pergi, saya dengan sukacitanya nak ajak jika ada mana mana pembaca blog ini yang berminat untuk menyertai kami.

Lagi pun, mungkin ramai yang dah follow blog kami. Rasanya inilah peluang untuk kita berkenal kenalan. Kalau sebelum ni kita berkenalan di alam maya. Mungkin kita boleh berjumpa di dunia realiti.



Detail Pakej Umrah Bersama Asari Murni 10 Disember 2014

Detail adalah seperti berikut :

Tarikh    : 10 Disember 2014 - 22 Disember 2014

Masa      : 13 Hari 11 Malam

Harga     : RM 5,490  ( 4 Orang Sebilik )
                RM 5, 690 ( 3 Orang Sebilik )
                RM 6, 190 ( 2 Orang Sebilik )

* Kanak kanak 2 tahun ke atas sama harga dewasa. Jika kanak kanak ini tidak mahu katil di hotel, mahu berkongsi katil dengan emak. Bayar 86% dari harga emak.
* Kanak kanak bawah dua tahun. Harga bawah RM1000.
* Harga Pakej Termasuk : Tiket penerbangan, hotel, transportation, makan, ziarah dan visa.
* Anda boleh check pakej Umrah dengan syarikat lain. Rata rata adalah sekitar RM6,500 ke atas untuk cuti  Disember 2014.
* Free 3 Beg setiap seorang. Beg besar. Hand luggage. Beg sandang.

Agensi    : Asari Murni Sdn Bhd ( Alor Setar )

Hotel      :

Di Mekah Hotel Jawharat Misfalah @ Setaraf ( 350m dari Masjid  ) atau setaraf.
Di Madinah Hotel Fayroz Season @ Setaraf ( 200m dari Masjid ) atau setaraf.




Kapal Terbang : Air Asia X. Mendarat DI Jeddah. Ziarah Ke Madinah dahulu, kemudian baru ke Mekah.



Untuk Tempahan :

1. Bayar Deposit RM500 sahaja dulu. Bayaran penuh sebulan sebelum berlepas.

2. Sila Bank in Deposit RM500 seorang ke: Maybank AGENSI PENGEMBARAAN ASARI MURNI SDN BHD. No Akaun : 552095209065. Sila Whatsapp Resit Ke Maria 019-2592731. Resit asal jangan hilangkan.
3.Sila Whatsapp ke 019-2592731  nama dan no ic untuk pendaftaran.

Jika berminat, sila hubungi kami segera kerana tempat sangat sangat terhad.

Jom... Tanamkan azam untuk kita ramai ramai pergi umrah. Especially kepada sesiapa yang masih belum pernah pergi umrah.

Kepada yang belum pernah pergi, pergilah... Nanti anda akan faham apa yang saya cakapkan ini.

Jangan cakap duit tak ada.. Niat aja, nanti Allah akan lorongkan duit buat kita.

Tempat Terhad. First Come First Serve.

Jom..... Ke Umrah Kita....


Master Maria Firdaus.
019-2592731

GLA Complex Shaklee Atau Evening Primrose Oil??

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini kami nak berkongsi dengan anda tentang salah satu produk Shaklee, iaitu GLA Complex, yang sering dikaitkan fungsinya yang lebih kurang sama dengan Evening Primrose Oil (EPO).



 EVENING PRIMROSE OIL (EPO) VS. GLA COMPLEX SHAKLEE

Apa beza GLA dan EPO? Shaklee ada jual EPO ke?

1) EVENING PRIMROSE OIL (EPO)


Ok, ramai antara kita yang dah pun mengenali Evening Primrose Oil (EPO) sebagai vitamin yang baik untuk wanita kan. Ia banyak dijual di farmasi-farmasi.

Sebenarnya, dalam Evening Primrose Oil (EPO) itu ada GLA (GAMA LINOLEIK ACID).

GLA merupakan bahan binaan bagi PROSTAGLANDIN, yang merupakan bahan HORMON dalam badan.

Jadi sebab itulah Gama Linoleik Acid ni bagus untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan, terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil ataupun disebabkan menopaus.

2) GLA COMPLEX SHAKLEE

Tapi ramai yang TAK TAHU bahawa dalam MINYAK BORAGE juga ada GLA. Malah, ia mengandungi lebih dariKANDUNGAN 2 KALI GANDA GLA dalam EPO.

Minyak Borage juga adalah 3 KALI GANDA LEBIH MUDAH DISERAP oleh badan (bioavailability) dan 3 KALI LEBIH BERKESAN dari EPO.

Oleh sebab itu, GLA COMPLEX SHAKLEE menggunakan BUNGA BORAGE sebagai BAHAN UTAMA.

Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik OMEGA-6.

Shaklee mengestrak GLA dari Borage yang ditanam secara organic dikawasan Sakatchewan.

Kenapa produk Shaklee disebut GLA COMPLEX. Kenapa tak disebut Minyak Borage sahaja?

Ini kerana GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi Minyak Borage dan juga bahan-bahan berikut:-
  • Asid Gamma Linolenik (GLA) 
  • Asid Linolenik (LA)
  • Minyak Bunga Matahari 
  • Vitamin E
Kombinasi ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.  

Bioavailabiti (kadar penyerapan) juga telah dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan.

Jadi, sekarang anda dah ada jawapan yer sama ada nak beli EPO atau GLA Complex Shaklee.

Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan pening-pening lagi. Hihi...

Saya dan rakan-rakan saya yang cantik dan jelita semuanya memilih GLA Complex Shaklee.

GLA Complex ni sesuai untuk WANITA sahaja ke?

Ok, ramai juga yang bersalah anggap bahawa GLA hanya untuk wanita.

Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik adalah sama penting dengan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya hanya diperoleh dari makanan.

Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga lepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).

MANFAAT GLA COMPLEX SHAKLEE


1. Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal Selia Estrogen dan Testosterone
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan perempuan, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan Menopaus
Memperbaiki keadaan Menopaus seperti, hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5. Menentang Kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap, Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism, arthritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringkan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

8. Pelangsingan dan Menghalang Tambah Berat Badan
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil masa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis, dan myocardial infraction.

10. Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

11. Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)
Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak seperti berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Thanks for reading! :)



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
 

Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
MASTER KAM MARIA
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Kisah Ikan Dan Udang !!! MESTI BACA !!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Kisah Petang Tadi

Petang tadi, saya berkesempatan berjumpa dengan seorang sahabat baik saya. Kami bersembang atas urusan kerja.

Dalam kereta, kami berbual. Tetiba, sahabat saya ini Azman ( Bukan nama sebenar ) memberi tahu saya.

"Firdaus, ingat tak yang hang tulis kisah sedekah di blog dulu? Yang hang cakap pasal beri yang terbaik tu? Yang jadi viral di semua group Whatsapp satu Malaysia waktu tu"

Anda Boleh Baca Kisah Itu Di Sini : http://www.mariafirdaus.com.my/2014/02/keajaiban-bersedekah-mesti-baca.html

"Mestilah aku ingat. Dah aku yang tulis. Ha... Kenapa?"saya bertanya kembali.

"Baru baru ni, aku aplikasikan apa yang hang tulis tu. Yang hang cakap, kalau nak sedekah, berikan duit yang terbesar kita ada dalam beg duit. Di tempat kerja aku, ada orang minta derma untuk Palestin."

"Mula mula aku dah bagi sedikit duit. Tetiba aku teringat pesanan dalam blog hang. Lepas tu, aku panggil orang yang minta derma tu, aku bagi lagi sekeping duit untuk Palestin. Masa aku derma tu, aku niat. Ya Allah. Bantulah aku. Gantikanlah duit ini dengan sesuatu yang lebih baik untuk aku."

"Waktu tu kan, aku nak cakap kat hang. Aku bukan ada duit pun. Dah la kereta aku rosak. Repair saja dah dekat RM3,000. Aku dah tak tau nak cari duit kat mana nak bayar duit repair. Tiba tiba, Allah bagi aku rezeki betul betul RM3000 jugak. Allahuakbar. Terharu aku. Lepas tu pulak, tiba tiba bos aku panggil. Dia bagi satu envelop. Dia bagi tau aku terpilih jadi staf cemerlang dan dapat bonus RM1,000."

Kemudian, beliau menyambung.

"Allahuakbar. Nak menangis aku rasa. Di ketika aku tak ada duit. Aku beri yang terbaik apa yang aku ada. Dan Allah ganti cash kat aku lebih dari apa yang aku beri. Subhanallah. Memang betullah. Sedekah ni memang betul betul power."

Sila baca kisah yang pernah saya kongsikan dahulu :  http://www.mariafirdaus.com.my/2014/02/keajaiban-bersedekah-mesti-baca.html

Kisah Kucing Dan Udang Kering

Selepas itu, beliau berkongsi satu lagi kisah dengan saya.

"Firdaus, sebenarnya aku tak suka kucing. Satu hari tu, ada satu kucing datang mai rumah aku. Aku tengok kucing tu, kesian dia. Nampak macam dia lapar. Nampak kurus saja. Waktu tu, aku tengok dapur rumah aku tak ada apa yang aku nak bagi. Tiba tiba, aku ternampak udang kering ada sikit kat dapur aku. Aku ambil udang kering tu, aku bagi kat kucing tu."

Waktu tu aku cakap dalam hati. "Kucing oi, udang kering ni aja lah rezeki yang aku boleh bagi kat hang". 

Nak buat macam mana, waktu tu udang kering tu aja yang ada di rumah dia. Tapi, satu perkara. Sahabat saya ini memberi dengan ikhlas apa yang dia ada.

Tahu tak apa terjadi kepada sahabat saya ini selepas itu?

Waktu tengah hari, beliau keluar dari rumah. Selepas pulang dari rumah. Beliau ternampak ada satu bungkus plastik tergantung di pintu pagar rumah dia.

Selepas dia buka plastik itu. Dia terkejut kerana dalam plastik itu ada banyak udang yang sudah siap di masak. Bukan udang kecil, tapi udang yang tersangat besar. Kalau dikedai makan, seekor dijual hampir RM15. Dan ada banyak ekor dalam plastik itu.

Beliau terkejut. Ya Allah. Pagi tadi aku bagi udang kering tersisa dekat dapur rumah aku. Petang ini Allah gantikan dengan udang besar yang sudah siap dimasak.

Selepas di cari, akhirnya beliau tahu ada sahabat beliau yang hantarkan udang itu ke rumahnya.

Alhamdulillah.

Kisah ini memberi banyak pengajaran kepada beliau. Ya, bila kita ikhlas memberi, membantu makhluk lain walaupun ia hanyalah seekor kucing 'kurap', tapi ia sangat besar di sisi Allah Taala.

Kita beri sedikit, tetapi Allah beri banyak gantinya.

Kisah Membantu Ikan Kelemasan

Kemudian, saya beri tahu dia satu kisah yang baru berlaku kepada diri saya semalam.

Semalam saya naik motor bawa anak pusing-pusing kampung.

Sampai di satu tempat saya tengok ada orang menjala ikan. So, saya pun berhenti la di situ. Nak bagi anak tengok ikan.

Tiba tiba bila saya tengok dalam sawah yang kering tu di tepi tempat orang menjala itu. Saya ternampak seekor ikan cuci cermin ( ikan bandaraya yang selalu melekat di cermin ).

Saya sangat yakin, ikan ni mesti dibuang oleh orang yang menjala tadi. Mana mungkin ikan tu tiba tiba ada di sawah padi yang kering tu.

Di kampung saya, ikan cuci cermin ni sering dibunuh oleh orang yang menjala ikan. Ada yang ketuk ikan ni bagi mati atau buang di atas tanah. Mereka tak nak ikan ni beranak pinak dan memenuhkan tali air di kawasan itu.

Saya pun tak tahu mengapa. Mungkin sebab ikan ni tak boleh dimakan. Sebab itu mereka suka bunuh ikan tu.

Dalam hati, saya rasa kesian dekat ikan tu. Timbul rasa ihsan di hati saya. Saya lihat ikan itu, mengodek ngodek ke kiri ke kanan mencari air.

Saya lihat, masih jauh ikan tu dengan air yang terdekat. Saya rasa mungkin ikan ni akan mati.

Tapi, saya nak pi ambil ikan ni dan buang ke dalam air nampak macam tak kena.

Takkan saya nak buat macam tu depan orang yang menjala tadi. Malu pulak dia dekat saya nanti. Saya dalam dilema.

Kemudian, saya pusing pusing dulu dengan motor bawa anak saya. Saya fikir, lepas ni mesti orang menjala tu pi tempat lain. Masa tu lah saya ambil ikan ni.

Telahan saya tepat.

Selepas beberapa minit, saya kembali ke tempat itu dan orang itu sudah pergi ke tempat lain.

Saya lihat ke bendang yang kering tadi, dan saya tengok ikan itu masih lagi ada di situ.

Dalam hati saya, mesti ikan ni sedang melihat saya dan meronta ronta. "Tolong.... Tolong....."

Sambil mendukung anak saya, saya pergi ke dalam sawah yang kering itu ke arah ikan tersebut.

Sambil memegang ikan itu, saya bawa ke tepi air.

Masa tu, hati saya terfikir."Kenapalah orang buang ikan ni. Tak kesian ka"

Sebelum saya buang ikan ini ke dalam air, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku ambil ikan ni dan buang ke dalam air semata mata kerana Mu ya Allah. Aku ikhlas kepada Mu ya Allah. Aku mohon kepada Mu, jika amalan ini Kau terima sebagai ibadah aku yang ikhlas. Aku mohon kepada Mu. Kau gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik untuk aku dunia dan akhirat."

Saya teringat, kisah seorang yang dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya semata mata kerana memberi air kepada anjing yang kehausan.

Hati saya terdetik, "Ya Allah, masukkan lah aku ke dalam syurga Mu dengan rahmat Mu tanpa dihisab"

Waktu itu, terfikir juga saya. "Tak malunya aku, tolong ikan tu saja. Benda kecik ajer pun. Nak minta syurga tanpa di hisab daripada Allah."

Arghhhh.... Apa salahnya aku nak minta. Bukan aku buat dosa pun. Kalau aku minta, Allah nak bagi Alhamdulillah. Lagi pun, kita semua masuk syurga bukan sebab amalan kita. Tapi sebab rahmat daripada Allah. Manalah tahu, itu amalan yang Allah 'pandang'. Tolong anjing bagi minum pun boleh masuk syurga, mana tahu tolong ikan ni boleh masuk syurga. Siapa tahu.

Namun, di lubuk hati saya. Saya tetap berdoa. "Ya Allah, murahkan rezeki aku."

Selepas itu, saya terus berkongsi cerita dengan Azman.

"Hang tahu apa jadi dengan aku hari ni Man?"

"Allah bagi kat aku rezeki yang aku tak sangka. Bulan lepas, aku ada beli saham. Semalam saham tu negatif. Hari ni, saham tu naik mencanak. Untung 5 angka dalam tempoh sehari saja. Subhanallah. Banyak gila."

"Allahuakbar !!!! Banyak gila"Azman mencelah.

Syukur Alhamdulillah. Saya benar benar tak sangka.

Allah Maha Besar. Allah Maha Berkuasa.

Allah boleh memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.

Kalau Allah nak bagi, tiada siapa yang boleh menghalang. Adakalanya, kita tak perlu fikir yang besar besar untuk buat baik.

Mungkin, banyak perkara perkara kecik yang kita pandang remeh dan kita rasa tak penting. Tetapi, mungkin itu yang Allah pandang.

Pengajaran

Daripada kisah yang saya kongsikan ini, terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil.

1. Kita mesti mempunyai sifat ihsan kepada haiwan atau makhluk Allah yang lain. Bantulah dengan apa yang kita boleh bantu. Jangan risau, jika kita ikhlas Allah akan balas dengan ganjaran yang lebih besar. Jika Allah tak beri di dunia. Yakinlah, Allah akan beri di akhirat nanti.

2. Apabila kita nak bersedekah, berikan yang terbaik kepada mereka yang mahu kita sumbangkan. Kalau nak derma, beri yang terbaik apa yang kita ada. Pada waktu itu, berdoalah agar Allah gantikan sesuatu dengan yang lebih baik.

3. Sentiasa yakin rezeki kita Allah yang tentukan. Tugas kita, berusaha, berdoa, bertawakkal. Insya Allah kita berjaya. Kalau Allah nak bagi, tiada siapa yang boleh halang. Kalau Allah dah tak nak bagi, tiada siapa yang boleh bantu.

4. Jagalah hubungan dengan Allah. Sentiasa yakin dengan Allah. Insya Allah,selangkah kita mendekatkan diri dengan Allah. Seribu langkah Allah mendekatkan diri dengan kita.

Mudah mudahan, kisah ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
www.mariafirdaus.com.my

Mudahnya Menjemput Rezeki

Rezeki tak perlu di cari. Bila ia dijemput, ia akan mari.

Anda ingin tahu apakah amalan yang boleh dilakukan untuk memurahkan rezeki? Sila download ebook ini, SORRY BOSS !!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. Ditulis berdasarkan kisah benar.

Salah satu topik dalam bab ebook ini adalah amalan yang menjemput rezeki datang. Sila DOWNLOAD PERCUMA. KLIK DI SINI


Kisah Motivasi Penuh Inspirasi. Ketahui Amalan Menjemput Rezeki Yang Dikongsikan Dalam Salah Satu Topik Dalam Bab Ini. KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD


Jika anda rasa posting ini bermanfaat untuk sahabat anda yang lain, saya mohon anda tekan LIKE button di bawah. Mungkin akan ada ramai yang mendapat manfaat dengan satu LIKE daripada anda. Semoga ia menjadi pencen kubur buat kita semua.

Gambar Berjogging Sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan, anda semua yang membaca blog ini sentiasa dirahmat dan diberkati Allah.

Semoga semua urusan anda dipermudahkan hidup di dunia dan di akhirat.

Sekarang, saya berada di Kuala Lumpur. Berada di Keramat, AU2 untuk bercuti di rumah mertua saya sebelum saya berangkat ke United States pada hari Rabu ini.

Di kelapangan yang ada, saya ambil keputusan untuk berjogging dengan rakan rakan saya yang lain di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Benda yang saya tak pernah buat selama ini.

Tak pernah terfikir nak jogging pusing tasik ini.

In total, saya jogging semalam dalam 5.5 km. Actually, bukan jogging sangat pun, just fast walk.

Ini gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang pagi semalam bersama rakan rakan saya yang lain.


Saya tiba di Taman Tasik sekitar jam 6.45 pagi, berjumpa dengan rakan rakan yang lain berhampiran Restoran Nelayan sebelum kami mula berjogging.


Selfie dulu. 


Kawasan sini sangat cantik. Siap ada air pancut lagi di tengah tengah tasik.


Trek jogging yang disediakan.


Di sini jua ada kawasan Rekreasi Berkuda. Kita boleh naik kuda pada harga yang sangat murah. Anda boleh rujuk papan di atas.


Tempat nak sewa kuda.

 
Selfie lagi. Dengan pemandangan KLCC di belakang. Subhanallah. Cantik......


Ada titi cross tasik.


Terjumpa pulak tempat untuk bersenam. Percuma sahaja. Alat ini saya tak tahu apa nama, tapi kita duduk dan tarik besi ke bawah. Badan kita akan terangkat. Kiranya exercise untuk angkat diri sendiri.


Senaman untuk berjalan.


Berbasikal pulak. Saya ni exercise tak banyak.. Huhu.. Ambil gambar yang banyak..


Cabaran angkat kaki pulak. Nampak macam power ajer. Angkat tak sampai 10 kali. Tapi gambar mesti mau ambil. Hehe...

 
Ini pulak, tolak kaki ke depan dan kita akan ke belakang. Banyak sungguh alatan senaman ada di sini. Semuanya free..


Selepas tu, kami terjumpa satu kawasan orang ramai main Hola Hoop. So, kami minta izin mereka untuk nak try. Gambar atas. Abang Hafiz sedang berhula hoop.


Saya pula sedang bergelek. Sejujurnya, its a very good exercise. Banyak peluh keluar. Dan yang best, senaman ni target untuk pecahkan lemak di bahagian perut dan pinggang. Terasa macam dicubit cubit lemak lemak di pinggang tu. Sangat best.


Kami semua lepak sekejap selepas penat bergelek sebelum kami breakfast.

Ada beberapa pemerhatian yang dapat saya kongsikan dengan anda. Yang bagi saya bagus untuk kita semua sama sama ambil iktibar.

1. Ramai orang berbangsa Cina yang exercise dan berjogging. Pada pemerhatian saya, mereka sangat pentingkan kesihatan. Jika mereka tak lari pun, mereka jalan. Pusing pusing taman sambil hirup udara segar.

2. Ada Auntie umur 63 tahun, setiap hari akan bersenam di situ sekitar 1 jam. Di usia 63 tahun, saya nampak umurnya macam awal 50  an. Nampaknya, mereka yang jaga kesihatan akan kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia mereka. 

3. Ada segelintir ummat Islam yang tidak menutup aurat dengan sempurna semasa berjogging. Lelaki dan perempuan. Lelaki dengan seluar pendeknya dan perempuan dengan tidak bertudung dengan sempurna dan berlengan pendek. Islam tak halang kita untuk bersukan, tapi pastikan kita mengikut syariat yang ditetapkan. It's simple. Apa yang Allah suruh, kita buat. Apa yang Allah larang kita jangan buat.

4. Jika anda nak bersemangat untuk bersenam, buatlah secara berjemaah. Apa kes pergi jogging sorang sorang. Mesti boring dan takut kita tak boleh konsisten untuk bersenam.

Saya inilah sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga ia sedikit sebanyak memberi motivasi kepada kita semua untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.

Ingat yer, senaman adalah ibadah. Allah menyuruh kita untuk kekal cergas dan sihat.

Sekian. Wassalam

Hj Mohd Firdaus Mat Saad
Jurulatih Senaman Peringkat Antarabangsa
Viewing all 919 articles
Browse latest View live