Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Tidak Adakah Sedikit Rasa Kasihan?

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya terbaca sebuah kisah di Facebook. Ia berkaitan apa yang berlaku di Indonesia. 

Seorang nenek tua dihukum kerana 'mencuri ubi kayu' dari ladang tuannya.

Nenek ini mencuri, bukan sebab beliau mahu mencuri. Tetapi beliau 'terpaksa' mencuri untuk memberi makan kepada cucu cucunya di rumah. Beliau seorang yang sangat miskin.

Wajah nenek yang tenang ketika dijatuhkan hukuman denda atau penjara.
Ini Kisah Yang Saya Copy Paste Dari Facebook
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
"Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
Sebenarnya banyak pengajran yang dapat kita ambil dari kisah yang berlaku ini : 
1. Jika Kita Mampu
Jika kita seorang majikan, dan kita lihat pekerja kita ada yang susah. Kita boleh 'membantu' mereka dengan pelbagai cara. Percayalah, jika kita sumbang sedikit duit buat mereka, kita tak akan jatuh miskin tetapi kita akan bertambah kaya. Tetapi, ramai orang berasa 'takut' untuk memberi kerana mereka sangka rezeki mereka akan berkurang.
Bantulah seikhlas mungkin. Sebelum memberi, berdoalah. 
"Ya Allah, aku sedekah ini semata mata kerana Mu ya Allah. Aku mohon pada Mu, Kau gantilah ia dengan sesuatu yang lebih lagi selepas ini. Jauhkanlah aku dari segala mala petaka atau bencana yang akan menimpaku".
2. Jika Kita Berkuasa
Ada kalanya, kita ada 'kuasa'. Kita bertugas di tempat tempat yang tertentu di mana kita mempunyai kuasa untuk menggunakan 'budi bicara' untuk membantu orang lain. Kita bantulah orang lain semampu mungkin.
Mungkin, amalan kita itulah yang Allah 'lihat' dan mungkin itu yang akan menjadi asbab untuk kita masuk ke dalam syurga Allah. 
Siapa tahu.
Ingatlah, barang siapa yang meringankan beban orang lain, Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat.
3. Jika Kita Hidup Sederhana
Ada kalanya, kita hidup secara sederhana. Kita nak memberi pun, kita 'rasa' kita macam cukup cukup makan. Saya nak kongsi dengan anda satu prinsip mudah.
Jika kita ada banyak, kita bagi banyak. Jika kita ada sedikit, kita bagi sedikit. JANGAN TAK BAGI. 
Memberilah walaupun nilainya 10 sen, kerana 10 sen itu akan kelihatan SANGAT BESAR DI AKHIRAT KELAK.
4. Bantulah Dengan Apa Cara Sekalipun
Dalam hidup, kita sebenarnya berpeluang untuk membantu orang lain. Tersangat banyak. Tapi, kita yang selalunya rasa macam 'liat' nak membantu.
Bantu bukan sekadar dari segi kewangan. Tetapi, membantu dari apa jua yang kita boleh bantu.
Mungkin kita boleh bantu dari segi kewangan, tenaga, akal fikiran dan pelbagai perkara lagi.
Ingatlah, Allah memberi kita banyak kesenangan. Jangan nanti Allah 'tarik' balik kesenangan yang dipinjamkan kepada kita kerana kita 'TAK SUKA' membantu orang lain.
Saya rasa cukuplah dulu perkongsian saya untuk hari ini. 
Semoga, kita semua dapat belajar sesuatu hari ini.
Mohd Firdaus Mat Saad
"Memberi Inspirasi Dan Motivasi Untuk Diri Sendiri Dan Insan Lain"
Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan rakan kita yang lain.

FROM ZERO TO ELEVEN AWARDS!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca blog MariaFirdaus.Com.My?

Diharap semuanya sihat di samping keluarga tersayang.

Semalam 5 May 2014, Maria terima satu email dari Shaklee, tentang jemputan ke SHAKLEE NATIONAL CONFERENCES 2013/2014. Ia satu berita yang sangat menggembirakan :)

ABOUT SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE

FYI, Shaklee Cycle Year bermula pada bulan March - Feb tahun berikutnya.

Jadi untuk last Cycle Year, ia bermula dari March 2013 - Feb 2014.

National Conference event ni diadakan setiap tahun bagi meraikan kejayaan semua Businessman & Bussinesswoman Shaklee di seluruh Malaysia yang berjaya mencapai new rank, total sales dan income tertentu sepanjang tahun tersebut.

 
2013/2014 Shaklee National Conference akan diadakan pada 7 dan 8 June 2014 di Sunway Pyramid Convention Centre.

FROM ZERO TO ELEVEN AWARDS!!

Tahun lepas semasa NATIONAL CONFERENCE JUN 2013, Maria hanyalah bermula sebagai seorang Distributor biasa-biasa saja. Tiada satu pun award yang dapat.

Tapi Maria dah pun visualized yang tahun 2014 Maria PASTI akan dapat naik stage Shaklee National Conference ini.

Syukur Alhamdulillah, untuk NATIONAL CONFERENCE JUN 2014 ini, inilah awards yang akan kami dapat atas achievements sepanjang tahun dari March 2013 - Feb 2014 yang lalu.


Jumlah 11 Awards kesemuanya!! Siap ada GALA DINNER lagi!!
Syukur Alhamdulillah atas limpahan rezeki yang Allah berikan kepada kami.
 
 
Dan yang paling kami seronok, ramai anak-anak didik kami dalam MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS) EMPIRE juga telah berjaya qualify pelbagai awards pada tahun ini. Ada yang dapat award sempena naik rank dan juga Car Bonus Achievers. Syukur Alhamdulillah...
 
InsyaAllah, semasa National Conferences 2015 nanti, pasti lebih ramai yang dapat pelbagai awards termasuk sebagai Master Coordinator di dalam MFMS Empire. Amin...
 
 
EXCLUSIVE DINNER WITH SHAKLEE CEO, ROGER BARNETT
 
Oh yer, bukan itu saja yer. Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk kami ke satu lagi event iaitu Special Invitation to Exclusive Dinner with Roger Barnet, Chairman and CEO of Shaklee Corporation, pada 6 June 2014 nanti. Birthday Firdaus tu :)
 
Exclusive Dinner ini hanyalah untuk para MASTER COORDINATORS yang mencapai total sales sebanyak 500,000 Overall Volume atau bersamaan total sales RM1.5 juta dalam tempoh sepanjang menjadi Master Coordinator.
 
Syukur Alhamdulillah kami telah pun berjaya memenuhi semua syarat yang dinyatakan di atas.
 
 
BE THE STAR!! Tak sabar rasanya nak jumpa Billionaire Roger Barnett.  :)
  
WHAT YOU BELIEVE, YOU CAN ACHIEVE!!

 
Setahun yang lalu, Maria pun tak TAHU yang kami boleh pergi sejauh ini. Tetapi apa yang pasti, inilah yang Maria MAHUKAN.
 
Maria mahu menjadi seorang WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) dengan income 5 ANGKA setiap bulan. Maria mahukan TIME AND FINANCIAL FREEDOM.
 
Alhamdulillah, Allah izinkan kami menimba pelbagai ilmu bisnes dari ramai mentor-mentor yang hebat. Kami juga mempunyai Mentor, Ilmu, System, Tindakan dan Impian yang jelas

Dengan semua ini, Maria sudah pun dapat sebahagian dari apa yang Maria impikan setahun yang lalu.
 
Kini Maria dalam usaha mencapai impian seterusnya dalam hidup. Maria mahu membantu lebih ramai orang, terutama para ibu yang mahu bekerja dari rumah dan dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka.
 
Maria mahu MEMBERI lebih banyak kepada ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Maria mahu membayar zakat, sedekah dan wakaf sebanyak 5 angka setiap bulan.
 
Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Allah MAMPU berikan apa sahaja yang kita MAHU.
 
 
Namun, di sebalik setiap kisah kejayaan, PASTI ada banyak cabaran, dugaan dan rintangan yang MESTI dihadapi terlebih dahulu. Sebenarnya sudah banyak airmata yang mengalir dalam perjuangan kami ini. Hanya Allah sahaja yang tahu.
 
Dan percayalah, hanya mereka yang BERANI dan BANGKIT menghadapinya sahaja yang akan terus BERJAYA..
 
YAKIN, BERDOA, BELAJAR dengan CARA dan dari MENTOR yang betul, BERUSAHA bersungguh-sungguh, SABAR dan KONSISTEN dengan usaha. InsyaAllah, Allah pasti membantu kita!!
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
 
Bagi anda yang mungkin belum pernah membaca kisah perjalanan kami dari awal penglibatan Maria dalam bisnes Shaklee, anda boleh membacanya dalam EBOOK PERCUMA yang ditulis oleh Firdaus di sini:-
 
 
 
Ini pula kisah perjalanan Maria mendaki 7 gunung (7 ranks di dalam Shaklee). Semoga kisah kami ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang di luar sana yang mahu mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.
 
 
 
A YEAR FROM NOW, YOU MAY WISH YOU HAD STARTED TODAY..
Jika anda ada IMPIAN, mulakan LANGKAH PERTAMA SEKARANG!!
Jangan sesekali bertangguh.
 
 
Mohon anda semua juga doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat, dan dapat memberi lebih banyak manfaat kepada semua orang.
 
Maria juga doakan semua pembaca blog ini, dipermudahkan segala urusan anda, kaya, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Amin..
 
Thanks for reading!! :)
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
 
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
 

Part 2 : Abah !!! Damailah Engkau Di Sana

$
0
0
Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada tuan tuan yang sudi membacakan doa, Al Fatihah untuk arwah abah saya.


Terima Kasih Atas Al Fatihah Yang Anda Sedekahkan Untuk Arwah Abah Saya.

Terima kasih atas ucapan takziah yang anda berikan.

Alhamdulillah, saya rasakan Allah memberi kekuatan kepada kami 4 beradik untuk menghadapi situasi ini. Syukur Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan mental kepada saya.

Walaupun Allah telah mengambil kembali insan yang kami sayang, kami semua redha dengan ketentuan Illahi.

Saya dapat merasai ketenangan yang dihadapi oleh seluruh ahli keluarga saya menghadapi situasi ini. Syukur sangat sangat.

Mungkin, emak saya emosinya lebih tinggi. Mungkin kekuatan mental emak juga agak rendah pada masa ini. Insya Allah, kami adik beradik yang lain akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk emak agar emak kurang merasai kehilangan suami yang disayangi.

Sikap Abah Sejak Kebelakangan Ini

Jika anda bertanya kepada saya, bagaimana abah kebelakangan ini?

Ini jawapan jujur daripada saya, saya bersyukur dengan perubahan sikap yang ditunjukkan oleh abah saya 2-3 tahun kebelakangan ini.

Sejak 2-3 tahun yang lepas, Alhamdulillah. Abah menjadi seorang ayah yang sangat baik untuk kami semua.

In fact, mak saya sendiri dapat merasai perubahan dalam hidup abah.

Pendek kata, Alhamdulillah. Allah memilih abah untuk banyak melakukan amalan amalan kebaikan ketika di penghujung usia.

Sejak dari pencen, dan terutamanya 2-3 tahun yang lepas. Abah sangat sangat mementingkan Solat Berjemaah sama ada di Masjid atau di Surau.


Saya teringat lagi, selepas pencen Abah ada bercakap dengan saya.

"Sekarang ni, abah dah tak nak apa apa dah. Abah dah ada pencen. Duit pencen yang abah ada cukup untuk tampung hidup kita semua. Sekarang, abah nak fokus dengan ibadah khusus kepada Allah saja. Kalau boleh, Abah nak bertemu dengan Allah dalam keadaan Abah bersedia"

Saya sebagai anak memang boleh nampak Abah benar benar mahu fokus untuk lebih menjaga hubungan dengan Allah sejak beliau pencen. Pada masa yang sama, Abah tak lupa tanggung jawab beliau untuk keluarga dan masyarakat.

Saya tinggal serumah dengan mak dan abah saya. Jadi, saya dapat perhatikan Abah memang betul betul memperbanyakkan amalan amalan sunat untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Misalnya, sejak kebelakangan ini hampir setiap malam Abah akan bangun menunaikan Solat Tahjud, Solat Taubat, Solat Hajat. Allahuakbar.

Ada ketikanya, selepas Solat Subuh Abah akan pulang lewat untuk berzikir dan bermunajat di Surau atau di Masjid.

Selepas Solat Subuh, hampir setiap pagi saya perhatikan Abah akan membaca Al Quran. Walaupun pada usia 69 tahun, saya perhatikan Abah masih gigih untuk menghafal Surah surah penting dalam Al Quran dalam Juzuk 30.

Selepas masuk waktu Dhuha, Abah akan melakukan Solat Sunat Dhuha.

Inilah kebiasaan yang akan Abah lakukan.

Dalam keluarga, Abah menjadi seorang yang lebih penyayang untuk kami semua. Abah selalu membawa anak saya, Farees dan Fateh untuk menaiki motor. Hampir setiap pagi dan petang.

Abah selalu belikan makanan yang sedap sedap untuk kami semua.

Syukur Alhamdulillah. Saya sendiri seronok melihat perubahan hidup Abah di penghujung usianya.

Bersyukur Abah Pergi Dalam Keadaan Bersedia

Jika anda tanya kami sekeluarga, memang kami bersedih dengan kehilangan ayahanda kami. Tapi, kami semua bersyukur melihat Abah 'pergi' dalam keadaan yang agak bersedia.

Dari segi amalan, syukur Alhamdulillah. Dalam hubungan sesama manusian juga, Abah sangat sangat jaga.

Bagi kami sekeluarga, semua orang pasti akan mati. Cepat atau lambat sahaja. Kami bersyukur Abah dijemput mengadap Illahi dalam keadaan beliau bersedia untuk menghadapi situasi itu.

Lebih kami syukurkan, Abah mengakhirkan kalam dari mulut beliau dengan kalimah "Lailahaillallah, Allahuakbar"




Abah lafazkan kalimah ini sebanyak dua kali sebelum terus tidak sedarkan diri.


Apa lagi yang ingin kami lihatkan, insan yang kami sayang pergi menemui Allah dalam keadaann sempat melafazkan kalimah Syahadah.

Bukan semua orang Allah pilih untuk mengakhiri kalam dengan kalimah suci tersebut.

Pengajaran

Bagi saya, pemergian Abah memberikan seribu satu pengajaran buat kami sekeluarga.

Abah pergi ketika usia 69 tahun. Abah pergi dalam keadaan beliau sihat. Abah ada masalah darah tinggi dan kencing manis. Tapi tidak serius.

Bila mendengar berita Abah meninggal, saya tergamam pada waktu itu.

Saya hairan, macam mana Abah boleh meninggal? Langsung tak ada tanda tanda yang Abah sakit.

Sejak dari dulu, saya memang duduk di rumah bersama Abah saya. Sangat jarang saya lihat Abah sakit.

Mungkin Abah pergi kerana sudah sampai janjinya untuk bertemu dengan Allah.

Namun, ia memberi satu pengajaran yang sangat besar kepada saya.

Disebabkan Abah pergi dalam keadaan beliau masih sihat, saya dapat merasai bahawa Allah boleh menjemput sesiapa sahaja pada bila bila masa.

Ya, ajal maut tidak mengenal usia. Mungkin anda baca tulisan saya hari ini, esok lusa mungkin giliran saya pula. Kita tidak tahu bila dan bagaimana kita akan dijemput untuk bertemu dengan Nya.

Apa yang berlaku ini memberi satu mesej kepada saya, "Saya Harus Bersedia. Maut Boleh Datang Bila Bila Masa".

Bila saya perhatikan, ramai saja warga emas di kampung saya yang lebih berusia dari Abah. Bahkan, ada yang tahap kesihatan mereka jauh lebih 'teruk' berbanding Abah. Namun, Allah memilih Abah untuk pergi dulu.

Jika Allah memilih Abah, ini bermaksud Allah juga boleh memilih saya.

Persoalannya, adakah saya bersedia jika Allah memilih saya pada hari ini? Ia satu persoalannya yang memberi seribu satu keinsafan dalam diri saya.

Allah Allah...... Rasanya, saya belum bersedia untuk menghadapi mati.

"Ya Allah, janganlah Kau ambil nyawaku selagi aku belum bersedia. Ya Allah, Kau gerakkanlah hatiku untuk melakukan amalan amalan yang membawa aku ke syurga Mu. Kau tutupkan lah hatiku untuk melakukan amalan amalan yang membawa aku ke neraka Mu."

Pengajaran Untuk Kita Semua

Sebenarnya, apa yang berlaku kepada saya sekeluarga ini seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua. Walaupun Allah memilih untuk menjemput Abah saya terlebih dahulu, kita semua harus sedar.

Kita mungkin yang seterusnya.

Kita semua harus bersedia. Ya bersedia dari sekarang.

Jika ada amal ibadah yang belum sempurna, kita harus buat yang terbaik dari sekarang. Kita kena beribadah seolah olah Allah akan menjemput kita pada hari esok.

Saya merujuk pada diri saya sendiri, banyak lagi amalan amalan yang harus diperbaiki. Banyak lagi kesalahan lampau yang harus di taubatkan.

Insya Allah, banyak lagi yang ingin saya kongsikan dengan anda selepas ini.

Mohon anda semua dapat sedekahkan Al Fatihah buat arwah Abah dan semua kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi menemui Nya.

Percayalah, mereka ternanti nanti kiriman doa daripada kita.

Jika ada 1000 bacaan Al Fatihah dari pembaca blog ini, cuba anda bayangkan, betapa besar pahala yang bakal mereka peroleh.

Jom, setiap orang daripada kita membaca Al Fatihah. Kita sedekahkan kepada mereka yang sedang berada di alam kubur.

Al-Fatihah.

Jemput Baca : Part 1 : Abah !!! Damailah Engkau Di Sana
Jemput Baca : Part 3 : Abah !!! Damailah Engkau Di Sana

Jika anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan LIKE Button di bawah.

Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)

$
0
0



KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.

Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel.

Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH dan KURANG SIHAT. 

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-
1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

PERBEZAAN SHAKLEE

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee  pada awal 70-an.

Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktirafkan seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. 

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non- GMO” (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 

Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 

Indeks Glisemik (G.I) Yang Rendah

Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat SESUAI juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan  2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. 

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Pemprosesan Tanpa Alkohol

Sesetengah protin soya diproses dengan alkohol. Cara  pemprosesan ini bukan sahaja  menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan  bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. 

Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan  keseluruhan kebaikan soya.

MANFAAT UTAMA
  • Awet Muda– Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap  adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon– Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk Prostat– Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja– Meransang pembentukan semula  kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga– Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migraine, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori – Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

APA ITU ASID AMINO?

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap  satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada  keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

ASID-AMINO TAK PERLU -  asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia

ASID-AMINO PERLU  asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh dari sumber permakanan. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (Minum pada waktu pagi. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat. So bonuslah for weight management)

Lelaki : Melindungi dari any disease (heart, cancer etc)

Ibu mengandung : For a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : Keanjalan kulit. Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Realiti Kehidupan : Kambing Punya Susu Kuda Dapat Nama

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini, saya nak berkongsi satu kisah yang saya baca daripada salah satu group Telegram saya.

Terlalu banyak kisah yang dapat kita ambil daripada cerita ini.

Jom kita baca sama sama.

Kisah Kambing Dan Kuda



There was a farmer who had a horse and a goat…..

One day, the horse became ill and he called the veterinarian, who said: Well, your horse has a virus. He must take this medicine for three days. I'll come back on the 3rd day and if he's not better, we're going to have to put him down.

Nearby, the goat listened closely to their conversation.

The next day, they gave him the medicine and left.

The goat approached the horse and said: - Be strong, my friend. Get up or else they're going to put you to sleep!

On the second day, they gave him the medicine and left.

The goat came back and said: - Come on buddy, get up or else you're going to die! Come on, I'll help you get up.
Let's go! One, two, three...

On the third day, they came to give him the medicine and the vet said:- Unfortunately, we're going to have to put him down tomorrow. Otherwise, the virus might spread and infect the other horses.

After they left, the goat approached the horse and said: Listen pal, it's now or never! Get up, come on! Have courage! Come on! Get up! Get up! That's it, slowly! Great! Come on, one, two, three... Good, good. Now faster, come on...... Fantastic! Run, run more!
Yes! Yay! Yes! You did it, you're a champion!!!

All of a sudden, the owner came back, saw the horse running in the field and began shouting: It's a miracle! My horse is cured. We must have a grand party. Let's Cook the goat!!!! 

Lesson:

Management never knows which employee actually deserves the credit.

Pengajaran :

Inilah yang banyak berlaku jika berkerja makan gaji.

Masa saya berkerja dulu, pernah terjadi perkara macam ni. Saya tengok orang lain yang buat kerja. Orang lain yang dapat nama. Orang lain yang bersusah payah, orang lain yang naik pangkat.

But... nak buat macam mana. That's life. Dunia memang tidak berlaku adil kepada kita.

Sebab itulah, bagi saya kita penting untuk mencari 'keadilan' sendiri.

Saya yakin kisah ini tidak lagi berlaku dalam hidup saya sekarang. Kerana saya sudah berkerja sendiri.

Walau apa pun, bagi saya kita jangan berhenti untuk berbuat baik kepada orang lain. Ingatlah, kita mesti sentiasa berbuat baik.

Soal rezeki, adalah urusan Allah. Jika Allah dah tentukan kita dapat lebih, kita buat sikit pun dapat banyak. Tapi kalau Allah dah tentukan kita dapat sikit, kita buat banyak pun dapat sikit.

Namun, kita tak boleh terus menerima nasib kita sebegitu. Kita harus belajar untuk buat yang terbaik. Beri beri beri yang terbaik. Selebihnya, kita serah kepada Allah.

Kalau kita masih berkerja dengan orang lain. Teruskan buat yang terbaik untuk orang lain. Insya Allah, Allah akan gantikan kepada kita melalui jalan lain.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad

Sila Tekan LIKE Button Di Bawah Jika Anda Suka Dengan Kisah Ini.

Kasih Ibu vs Sebiji Burger !!!

$
0
0
Assalamualaikum,



Hari ini, saya terbaca satu kisah di Facebook. Pada pandangan saya, kisah ini sangat bagus untuk saya kongsikan dengan anda semua.

Semoga, kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Alkisah Sebiji Burger...
Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya
tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata...“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil mengelapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.
Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”
Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan maknya.
Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat
kedua-dua orang tuamu?
Senyum...
- Ust Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man -

Sentap Lagi Menyentapkan.

Wassalam.

Sama-sama kita LIKE entri ini jika anda rasa ia bermanfaat dan anda mahu kongsikan kisah ini dengan orang lain.

Resipi Menjadi Jutawan Bertaqwa : Kaya Harta Kaya Hati!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Artikel di bawah ini saya jumpa di internet. Perkongsian daripada seorang Jutawan yang menjalankan perniagaan Ebay di Internet.

Artikel ini memang agak panjang. Tapi isinya sangat berharga dan boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja.

Semoga ianya akan membuka minda dan menyuntik semangat kepada kita semua untuk terus istiqomah dengan resipi JUTAWAN ini.

ANYONE CAN BE A MILLIONAIRE!! Jemput baca...

-----------------------------------------------



Sukacita ingin saya berkongsi apakah antara resepi menarik wang dan kekayaan yang diamalkan saya . Mengapa saya namakan ia resepi?

Kerana ia ibarat resepi makanan, apabila acuan digaul dengan baik dan resepi yang betul, jadi masakan akan jadi lebih enak. Seperti itu jugalah rezeki dan kekayaan.

Andai kita memulakannya dengan niat, landas dan cara-cara yang betul, ia akan memberi impak positif yang besar pada hidup kita. InsyaAllah.

Antara resepi yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Selamat membaca dan beramal.

1. Hidup Bertuhan

Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi?

Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu.

Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”. Firman Allah SWT:
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf : 16)

Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga.

Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hat tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.

Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya. Contohnya:

“Ya Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik.”. 

“Ya Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”. 

“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”.

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah.

Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman :

“Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh Tarmidzi)

“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.

Sebelum memulakan zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahulu. Buat latihan pernafasan.Tarik nafas dalam kiraan 4 saat. Tahan 6 saat. Lepas perlahan-lahan 8 saat. Ulang selama 5 minit. Niatkan zikir kerana Allah. Sebutlah zikir yang anda suka.

3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri

Solat 5 fardhu di awal waktu.
Surah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malam.
Surah Yaasin setiap pagi.
Qiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat Witir.
Istighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan).

JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki.

Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki. Percaya pada Allah.

Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain :)

“Kamu jaga Allah, pasti Allah menjaga kamu”

4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh

Saya telah pun memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi haji”.

Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak laburkan duit beli produk di Internet.

Saya berdegil untuk terus mencari apakah perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay :)

5. Reprogramming Mindset

Dalam apa jua yang kita lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan.

Ramai antara kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah seorang daripadanya dahulu.

Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur”. Sebelum mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan mengatakan,“Mampukah aku?”

Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah seseorang yang hebat andai kita sedar.

Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi alam semesta.

Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat sesuai bagi muslim.

Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda.

InsyaAllah lama kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya.

6. Tenaga Doa

Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah, Dia Kabulkan Doa Anda.

Pernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang tak disangka-sangka.

Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah bagi apa yang saya nak.

Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan, rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat menarik impian itu ke dalam hidup kita”.

Ada orang kata,“Usaha kena ada”. Perkara itu sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think BIG, you will transmit BIG positive energy to the world".

Apabila anda memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam semesta. (Hukum Tarikan).

Contoh: “Aku nak jadi jutawan”. Puas kita fikirkan, bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible. InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan.

Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan dengan Allah melalui amalan agama. Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala impian anda seusai solat di hamparan sejadah.

7. Sedekah

Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik dalam hidup kita.

Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada orang lain. Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang ringgit. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah.

“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu pada tempat yang sesuai”

Itulah pesan sahabat saya. Bila saya renung, buat saya muhasabah diri. Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit kita akan berkurangan.

Bukankah sedekah tidak akanmengurangi harta? Malah dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita sangka-sangka.

Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekah:-

Maniskan muka dengan senyuman.
Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu.
Solat awal waktu.
Berkata hanya yang positif atau diam.

InsyaAllah. Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini ,akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita.

8. Syukur

Firman Allah SWT :
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim: 7)
Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah.

Analoginya, orang yang kita tolong mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.

Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun, bersyukurlah.

Ucapkan terima kasih walau hanya di hati.

“Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen affiliate”
“Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”
“Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”

CARA MENGHIDUPKAN KESYUKURAN

1. Yakinlah. Tatkala kita menadah tangan, sekalipun hanya berbicara, yakinlah doa kita akan termakbul. Yakin dan percaya ada kaitan dengan iman.

Sepertimana kita percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan masalah kita, seperti itulah iman kita. Bukankah Allah itu Maha Besar?

Malah daripada-Nyalah datangnya masalah itu jadi pastinya kepada-Nyalah kita memohon pertolongan agar diselesaikan masalah itu. Oleh sebab itu, kita perlulah yakin Allah makbulkan doa kita tatkala kita meluahkan keinginan kita.

2. Rasakanlah. Dengan berasa yakin, ia masih tidak cukup bagi menuju kebahagiaan hidup. Ini kerana keyakinan kita sering berubah-ubah seperti iman kita, turun naik. Itulah lumrah manusia.

Ada ketika di atas, ada ketika di bawah, seperti putaran roda. Oleh sebab itu, untuk menstabilkan keyakinan itu, kita perlu mengadakan perasaan pada keinginan kita.

Contoh,“Saya memiliki isteri solehah dan berakhlak mulia”. Bagi adam yang membaca pasti tersenyum ketika membacanya. Dalam hatinya pasti berkata,“Subhanallah. Indahnya andai ia jadi kenyataan”.

Untuk merasakan statement di atas, anda bayangkanlah perasaan ketika itu. Apa yang anda ingin ada pada isteri anda. Antaranya, anda membayangkan dia bertudung labuh, memakai stokin sebelum keluar rumah dan melayan anda dengan baik.

Rasakan perasaan anda tatkala mendapat statement di atas. Pasti indah bukan? Begitu juga apabila menyatakan keinginan anda. Walau apa sahaja keinginan anda, cuba untuk merasakan perasaan itu.
Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa anda pasti dimakbulkan. Langkah seterusnya adalah melantunkan keingingan-keinginan anda dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Jangan fikirkan bagaimana kerana Allah itu Maha Besar. Percayalah adanya rezeki yang tidak disangka-sangka.

Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan anda. Sekali lagi, ucapkan dengan tegas dalam hati anda. Jangan ada putus asa atau kecewa. Ucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan mendalam.

Elakkan membaca doa seperti ini, “Ya Allah ampunilah aku jika Engkau suka. Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau suka”. Sebaliknya sebutlah permintaan anda sesungguhnya anda tidak pernah memaksa.

Lakukan pengakuan dalam hati dan fikiran anda. Rasakan keinginan-keinginan itu sudah pun hadir.

Kemudian bersyukurlah.“Alhamdulillah, terima kasih Allah. Hari ini saya sudah mula dapat beri ibu dan ayah saya RM1000 seorang pada tiap bulan”.

3. Rebutlah. Setelah sudah yakin dan rasakan keinginan-keinginan anda, ucapkanlah kata-kata yang dapat memberi kesan kuat dalam diri anda. Contohnya,

“Saya bersyukur kerana mendapat rezeki pada hari ini”.
“Saya bersyukur mendapat duit yang banyak dan kehidupan yang selesa”.
“Saya gembira mendapat kemudahan urusan daripada Allah dalam kehidupan seharian saya”.
“Saya bersyukur dan bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan mereka gembira apabila berada di sisi saya”.

Sebutlah kata-kata itu sesudah berdoa. Tujuannya adalah untuk memberi anda energi positif yang kuat yang akan memberi pancaran energi positif kepada alam semesta.

Tanamkan kata-kata itu hingga ia benar-benar menjiwai kehidupan anda. InsyaAllah selesai mengucapkannya, anda pasti berasa bahagia, damai dan tidak keluh kesah lagi.

P/s: Cara saya adalah dengan menulis pada sebuah buku (Buku Syukur) apa perkara yang saya bersyukur pada tiap hari. Kadang-kala andai tidak sempat update buku, saya akan ucapkan secara lisan,

“Terima kasih Allah, hari ini saya dapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan saya”
“Terima kasih Allah, sesungguhnya nikmat Kau terlalu banyak untuk aku hitung dan takkan termampu untuk aku hitung. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya pada hari ini”

Dengan menulis perkara yang kita bersyukur tiap hari pada sebuah buku, kita kan memancarkan energi positif kepada alam semesta yang akan menarik lebih banyak rezeki dan wang ke dalam hidup kita. InsyaAllah.
“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Semoga apabila lebih banyak nikmat-Nya hadir dalam hidup kita, kita menjadi hamba-Nya yang lebih banyak bersyukur, lebih lama qiyamuilail dan lebih lama sujudnya. Aamiin (Sumber: Petikan buku Quranic Law of Attraction)

InsyaAllah sekian sahaja Resepi Menarik Rezeki Dan Kejayaan berdasarkan pengalaman saya sebagai motivasi agar anda juga turut mengamalkannya, saya juga ingin berkongsi proven testimonial saya dengan resepi ini.

Bukti Resepi Ini Berkesan Pada Saya.

1. Dengan menggunakan tenaga doa, sering kali saya berdoa seusai solat untuk masuk satu coaching Ebay bernilai RM399. Saya berusaha melalui perniagaan Ebay untuk dapatkan modal itu kerana pada masa itu saya short RM100.

Sememangnya ketika itu saya tiada simpanan yang lain untuk cover RM100. Saya bukan seseorang yang suka minta ibu bapa duit. Kadang-kala malu nak minta pada mereka walaupun itu adalah tanggungjawab mereka.

Saya terus berdoa dan menggunakan Hukum Tarikan + Quranic Law Of Attraction, saya membayangkan saya dapat masuk coaching itu. Saya bayangkan saya bayar RM399 dan masuk coaching tu.

Alhamdulillah, Allah permudah. Saya sendiri tak sangka dapat rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Tetiba, PAP! Saya terus dapat full modal untuk bayar coaching itu. Subhanallah.

Sejak daripada itu, saya semakin yakin dan percaya bahawa tenaga doa itu sangat hebat!

2. Apabila saya mulakan hidup berTuhan dan menggunakan Hukum Tarikan, Allah seringkali membantu saya menjadi pemikir positif. Suatu hari saya kehilangan kad akses rumah saya bernilai RM60.

Bagi saya yang baru mula menjana pendapatan yang lumayan di Ebay, ketika itu duit saya masih tidak mampu menampung sara hidup saya di bandar besar seperti Shah Alam. Setelah pulang ke rumah dan menyedari kehilangan kad akses itu, saya mula rasa down dan energi positif saya berkurang kerana saya mula berasa kecewa dengan Allah.

Tetapi pada petangnya, Allah gantikan dengan item Ebay yang bernilai AUD 60 terjual. Subhanallah. Setelah itu, saya mula mempositifkan diri agar sentiasa bersangka baik pada Allah.

Kisah lain, suatu hari saya menghadapi kesukaran dalam perniagaan Ebay. Saya mula rasa down dan kekecewaan mula menyelinap ke dalam diri saya.

Tak lama daripada itu, saya mendapat berita yang kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang mana sebelum itu saya risau keadaannya yang hampir 2 hari berjuang melahirkan anaknya.

Disebabkan kegembiraan tentang anak buah saya, rasa down saya terubat dan kekecewaan saya terus hilang. Saya rasa bersalah pada Allah kerana saya berburuk sangka pada dia.

Rasa malu kerana di kala saya mula kecewa dengan Dia, Dia akan cure kekecewaan saya dengan sesuatu perkara yang lebih baik yang menggantikan kekecewaan itu.

Terima kasih Allah.InsyaAllah itu sahaja perkongsian kesan daripada resepi yang saya amalkan seperti di atas. Semoga ia memberi anda motivasi dan inspirasi serta manfaat kepada anda untuk sama-sama kita amalkan.

Dengan Allah NOTHING impossible. Yes I CAN!

“When i think about it, i never doubt about it ever a second."

Terima kasih Allah atas segalanya. Sungguh nikmat hidup berTuhan. Subhanallah.

Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Yes WE CAN!!

--------------------------------------------------

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk semua, mohon anda tekan button LIKE di bawah. Terima kasih. :)


OMG! BE A MARKETING GENIUS!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda semua sentiasa berada dibawah lembayung rahmat daripada Allah.

Berniaga Lebih Mudah Bila Kita Tahu Caranya

Inilah topik yang ingin saya kongsikan dengan anda hari ini.

Emak saya ada seorang kawan. Kawan beliau menjalankan perniagaan MLM. Apa yang saya sangat sangat sangat tak suka adalah sikap kawan mak saya ini.

Beliau agak suka 'mendesak' mak saya untuk membeli barang dengan beliau.

Dahulu, semasa Arwah kakak saya masih hidup. Arwah kakak saya 'terpengaruh' sehingga beliau buat loan bank belasan ribu untuk 'join' buat bisnes mak cik itu.

Bisnes arwah kakak saya pula tak berapa menjadi. Biasa biasa sahaja. Akhirnya, loan bank itu terpaksa ditanggung oleh emak saya kerana kakak saya meninggal akibat kanser.

Habis satu cerita. Arwah kakak saya pun dah meninggal lebih dua tahun yang lepas. So, saya sangka habislah cerita.

Tenggelam timbul tenggelam timbul, baru baru ini mak cik ini datang lagi rumah saya. Beliau meminta mak saya beli lagi produk daripada beliau. Ajak mak saya buat bisnes. Boleh pi dari rumah ke rumah.

Saya yang dengar rasa "Gerrrrrrrrr !!!!!"Saya kalau boleh nak suruh mak saya rehat. Dah tak perlu buat bisnes. Mak saya dah berumur. Dah usia 65 tahun. Bagi saya, sekarang bukan masa untuk mak saya berniaga. Sekarang masa mak saya untuk beribadah dan enjoy hidup dia.

Lagi pun, kami ada 4 beradik yang Alhamdulillah. Berjaya dalam kerjaya masing masing. Lagi pun, mak saya dah ada pencen. Pencen arwah abah pun masuk ke akaun mak saya jugak. So, kalau nak dikira dari segi kewangan. Insya Allah, mak saya tak ada masalah.

So... bagi saya tak perlulah mak saya buat bisnes.

Long story cut short. Mak cik ni dok ajak, ajak, ajak dan ajak mak saya buat bisnes MLM tu. 

Hari tu, saya keluar. Dia datang rumah. Tetiba saya balik rumah, mak cik ini dengan beg besar dia sedang 'memujuk' mak saya untuk beli. Mak saya putus idea. Dah tak larat nak berdolak dalih. 

Last last, mak saya cakap. "Haa tu dia, Firdaus dah balik. Nanti dia marah saya pulak".

Mak saya cakap macam tu sebab nak lepaskan diri. Nak cakap direct takut mak cik tu kecil hati. So, saya lah yang dikambing hitamkan. Hehe..

So, hari ini mak cik tu telefon saya.

"Firdaus, awat hang tak kesian kat mak hang ka? Dia nak beli kat mak cik barang tu. Kenapa hang tak bagi?"

"Hang kena jaga. Mak hang tu dah tak dak suami. Dia sensitif. Hang cakap sikit dia dah terasa. Kesian dia, nak beli tak boleh."

Gerrrrrr !!!! Sekali lagi.

Panjang lebar saya terpaksa berhujah dengan mak cik ni. 

No 1 : Saya tak nak mak saya buat bisnes. Saya nak mak saya berehat, beribadah dan enjoy her life.

Mak cik tu jawab, "Hang kena bagi dia jumpa kawan kawan dia. Boleh dia sambil sambil buat bisnes. Rugi hang, mak hang ramai kawan. Ramai kawan dia boleh jumpa."

Saya jawab la. "Mak saya tak perlu buat bisnes. Duit dia dah banyak."

Mak cik ni jawab. "Kesian mak hang. Dia boring dok rumah saja. Bagi la dia pi rumah kawan kawan dia sama. Jumpa kawan kawan dia. Takkan nak duduk rumah saja."

Gerrrrr !!!!

"Mak cik, mak saya tak boring. Dia ada masa dia pi mengaji. Dia pi kuliah. Pi sana, pi sini. So, dia tak boring."

"Macam ni lah mak cik. Meh saya cakap kat mak cik. Mak saya dah ada barang yang mak cik jual tu. Kalau mak saya nak beli barang yang mak cik jual tu, saya akan belikan. Isunya sekarang, mak saya pun tak mau."

Tanpa berputus asa. Mak cik ni menjawab.

"Mak hang nak beli. Hang yang tak bagi."

Aduh..... Dah fade up. Last last saya cakap. "Mak cik, nanti saya tanya mak saya. Kalau dia nak beli. Saya call mak cik balik."

Bila saya tanya mak saya. Mak saya kata. "Tarak aih..... Mak pun tak mau nak beli. Dia yang dok suruh beli. Mak dah tak tau nak kata apa."

Ok... Case close. Kalau mak cik ni call. Saya akan cakap baik baik kat dia.

Bagi saya, inilah isu ramai orang Melayu hari ini.

Mereka nak menjual, tetapi mereka tak tahu cara menjual dengan betul. Ini bukan menjual dah. Ini mendesak namanya.

Ingat tak dulu dulu, ada orang macam ni datang rumah kita. Lagi kita tak beli, lagi tu lah dia tak balik. Fuhhh... Saya sempat tengok ibu bapa saya 'kena' macam ni dengan kawan kawan mereka.

Belajarlah Buat Marketing Dengan Betul

Saya bersyukur, Alhamdulillah. Sejak Maria buat bisnes. Kami tak pernah pun buat macam yang mak cik ni buat. Bukan itu sahaja. Kami tak pernah pun nak pi rumah orang. Suruh beli itu dan ini.

SUMPAHHHH TAK PERNAH !!!!!

Saya hanya guna teknik yang Dr Azizan ajarkan. Teknik 'jemput jemput'. Saya guna teknik ini, Alhamdulillah. Customer yang datang mencari saya. Saya tak perlu mencari customer.

Saya dah habis berpuluh ribu belajar ilmu ini. Sebab itu bagi saya, bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Sebab itulah, saya selalu tekankan kepada kawan kawan saya. Kalau nak buat bisnes. Pelajarilah ilmu marketing dengan betul.

Buatlah bisnes apa pun. Kalau kena caranya. "Terpaksa kita jadi kaya"

Seminar Online & Offline Marketing Genius ( OMG )

Insya Allah, pada 24 dan 25 May ini. Saya akan menganjurkan Seminar OMG.

Dalam seminar ini, saya akan berkongsi dengan anak didik saya teknik pemasaran yang terkini. Saya akan berkongsi dengan mereka 'trick'menjalankan bisnes secara offline dan online.

Insya Allah, menggunakan teknik ini. Customer 'terpaksa' beli barang dengan kita. Insya Allah. Saya agak yakin teknik ini sangat berkesan berdasarkan keadaan bisnes saya ketika ini.

Terlalu banyak ilmu yang akan dikongsikan nanti.

Segala ilmu yang dipelajari dari Dr Azizan Osman akan saya kongsikan dengan anak didik saya.

Dan kos untuk seminar dua hari ini hanyalah RM80 sahaja. Sangat murah. Dah la murah. Makanan disediakan pulak. Dah la tu, dapat baju pulak tu.

Sejujurnya, kira macam orang yang hadir tu dapat 'ilmu percuma' la. Modal tu pun untuk kos makan, sewa dewan dan baju.

Sangat sangat sangat murah. Tak terbanding dengan ilmu yang akan saya kongsikan nanti.


Insya Allah, Seminar ini akan diadakan untuk anak didik saya di bawah Empayar Maria Firdaus. Tempat seminar adalah di FIT Centre, Batu Caves.

Untuk pengetahuan anda. Tempat kosong hanya ada 14 seat sahaja lagi. Jumlah seat yang ada adalah 100 orang. 86 orang sudah booking untuk hadir.

So, dengan rasa rendah diri. Saya menawarkan kepada anda. Jika ada di antara anda yang berminat nak join bisnes Shaklee. This is the moment.

Anda akan dapat 'jalan short cut' bagaimana untuk anda berjaya dengan cara yang mudah. Bayangkan, saya terpaksa 'mengharungi trial and error' untuk berjaya. Tetapi anda akan dapat jalan terus yang telah saya gunakan.

Namun, tempat ini khas untuk mereka yang nak buat bisnes Shaklee sahaja. Jika anda buat bisnes lain, dan sengaja nak hadir untuk mengetahui marketing strategy yang berkesan. Saya cadangkan anda tak berbuat demikian. Ini kerana program ini disubsidi oleh saya untuk anak didik saya.

Mungkin... anda nak tengok, macam mana program yang saya anjurkan sebelum ini. Anda boleh baca link di bawah ini. Alhamdulillah. Sessi ini berjalan dengan sangat bagus. Sila KLIK : Mudahnya Menjadi Magnet Rezeki

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Dipermudahkan urusan anda di dunia dan di akhirat.

Wassalam


Seminar Online & Offline Marketing Genius ( OMG ) Best !!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah. Seminar Online and Offline Marketing Genius (OMG) telah pun berjalan lancar pada 24 dan 25 May 2014 yang lalu.
 
Ia adalah Seminar Exclusive untuk anak-anak didik saya dalam EMPAYAR MARIA FIRDAUS.
 
Sebelum ini, saya ada ceritakan mengapa saya teringin sangat untuk menganjurkan seminar ini :

Syukur, Allah telah mempermudahkan segala urusan kami.

Untuk pengetahuan anda, saya ambil masa hampir sebulan untuk merancang program ini. Untuk menjayakan program ini, ia perlukan perancangan yang terbaik daripada saya. 

Salah satu matlamat EMPAYAR MARIA FIRDAUS adalah untuk membantu mereka yang ingin 'transform' hidup mereka dari hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Saya nak ajak lebih ramai orang untuk 'upgrade' minda mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Saya nak lebih ramai orang mencapai kebahagiaan hidup, di dunia dan di akhirat.

Allah sudah kurniakan terlalu banyak nikmat kepada saya sekeluarga.
 
Sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah ini, saya rasa saya perlu membantu orang lain untuk turut bersama-sama mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.
 
Matlamat program ini adalah saya nak bantu anak didik saya untuk mereka belajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah.

Dalam erti kata yang lain, saya nak 'ajar' mereka segala pengalaman hidup saya sepanjang menjalankan perniagaan dahulu.

Saya nak tunjukkan kepada mereka bahawa buat bisnes itu mudah kalau kita tahu caranya.

So, hari ini, saya nak berkongsi dengan anda hari ini. Sedikit gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang program ini berlangsung.


Seminar kali ini diadakan di FIT Centre, Batu Caves. Dewan seminar ini boleh memuatkan 100 peserta. Dilengkapi dengan sound system dan LCD Projector. Alhamdulillah, tempat ini agak selesa.


Antara topik yang saya kongsikan, "Menyingkap Rahsia Kejayaan Master Maria Firdaus". Dalam perkongsian ini, saya berkongsi segala pengalaman saya sepanjang menjalankan perniagaan. Saya kongsikan jatuh bangun saya dalam bisnes ini. Untung siapa yang dengar, mereka tak perlu tanggung rugi macam saya. Mereka boleh belajar dari kesilapan yang saya lakukan.


Antara peserta yang hadir pada hari itu. Mereka adalah insan insan yang memilih untuk hidup luar biasa. Sudah jemu untuk hidup biasa biasa.


Ada yang salin guna laptop terus. Senang katanya. Semua point ada dalam komputer.


Anda boleh baca sedikit, beberapa topik yang saya kongsikan sepanjang jatuh bangun saya dalam perniagaan. Ini hanyalah sebahagian sahaja. Banyak lagi yang dikongsikan sebenarnya. 


Dalam seminar ini, kita buat Games. Games yang kita main kali ini untuk 'mengajar' para peserta mengapa ada di antara mereka yang buat bisnes tapi macam tak ada orang nak beli dengan mereka. Kita bongkarkan beberapa rahsia bagaimana nak buat orang 'nampak' kita di mata mereka.

Bagi saya, games ini sangat penting. Sebab saya nak mereka nampak sendiri. Apa yang menyebabkan ada orang yang berjaya cepat, dan mengapa ada orang yang buat bisnes lama tapi masih belum berjaya.


Saya kongsikan pada waktu ini, rahsia bagaimana untuk menonjolkon diri kita di mata masyarakat. Macam mana nak bagi orang nampak yang kita sedang 'berniaga'. Para peserta perlu faham konsep ini sebab inilah saya nak ajar mereka, bagaimana 'menjemput' rezeki datang kepada mereka.

Konsep inilah yang diajar oleh Dr Azizan Osman yang ramai orang tak faham. Sebab dalam bisnes, Marketing is King. Kalau kita dapat kuasai ilmu marketing, Insya Allah. Bisnes kita akan jadi lebih mudah.


Abang Bob dan Wife. Mereka tulang belakang saya dalam menjayakan program ini. Terima kasih banyak banyak sebab terlalu banyak mereka bantu saya. Semoga Allah merahmati dan memberkati mereka selepas ini.


Dalam Empayar Maria Firdaus, inilah yang selalu saya tekankan. Saya nak mereka yang menyertai Empayar Maria Firdaus untuk belajar bagaimana untuk 'Transform' hidup mereka dari hidup biasa biasa kepada hidup luar biasa. Dan salah satu rahsia untuk mereka berjaya adalah dengan mula menulis. 

Tulis apa matlamat hidup mereka. Apa yang ingin mereka capai, di dunia dan di akhirat. Sebab saya faham,  apa yang bermain di fikiran kita hanyalah angan angan. Tetapi segala yang ditulis dan dilihat dengan mata kita, itulah impian.

Satu rahsia yang ingin saya kongsi dengan anda, jika anda nak ubah hidup anda. TULIS IMPIAN ANDA.

Macam mana anda nak tulis? Semuanya saya kongsikan dalam seminar yang telah saya anjurkan ini.




Habis sessi pertama. Ada perkongsian daripada pakar internet. Beliau pertama kalinya mendengar perkongsian daripada saya. Beliau agak kagum melihat cara saya menjalakan perniagaan ini.

Dan beliau lebih respect dengan saya, sebab menggunakan teknik yang saya gunakan. Tak perlu lagi guna kos untuk FB Ads dan sebagainya. Saya lebih suka guna teknik pemasaran percuma yang ada di internet.

Dan yang lebih best, kesannya sangat superb. Semua ini saya kongsikan dalam OMG.


Makan untuk tengah hari. Untuk pengetahuan anda, kos untuk para peserta menyertai OMG ini adalah RM60 untuk 50 orang yang pertama dan RM80 untuk 50 orang yang berikutnya. Harga ini sebenarnya untuk tampung kos program sahaja. 

Sepanjang program 2 hari ini, kita sediakan makan tengah hari untuk para peserta. Menu hari pertama. Nasi Ayam yang sedap. Superb. Thanks to pihak yang menguruskan katering. 


Tengok ayam ni pun dah meleleh air liur.


Rata rata peserta berpuas hati dengan makanan yang kita sediakan. Saya suka ingatkan kepada mereka, kita datang ke program ini untuk cari 'ilmu'. Bukan untuk makan. Kalau nak makan yang lebih sedap, boleh makan di luar sendiri. :)


Jemput makan kak....


Beratur untuk mengambil makanan.


Sebelah petang. Sessi bersambung dengan perkongsian yang lebih mendalam untuk anak didik saya memahami konsep marketing 'Jemput-Jemput'. Antara matlamat program ni, saya nak mereka faham. Lepas ni, sepatutnya mereka dah tak ada alasan sukar mencari customer. Sebab sepatutnya, customer yang mencari mereka.


Alamak, macam serius ajer muka saya kan. Tak der lah. Saya rasa sepanjang program, saya banyak berinteraksi dan buat lawak dengan customer.

Saya dah belajar Train The Trainer dengan Dr Azizan Osman. Malulah saya kalau seminar saya biasa biasa. Saya mesti buat seminar yang luar biasa.

Untuk seminar yang luar biasa, saya banyak gunakan teknik 'InfoTainer'. Maksudnya, saya berikan info kepada mereka dalam keadaan santai dan mereka terhibur.

Syukur Alhamdulillah, sepanjang dua hari seminar ini. Saya perhatikan tidak ada seorang peserta pun yang tertidur semasa program sedang berlangsung.

Mereka macam teruja untuk belajar ilmu ilmu yang saya kongsikan.


Saya faham. Jika kita hendak berjaya. Kita kena 'sentuh' hati mereka. Antara luahan hati mereka yang sedang berusaha untuk ubah hidup mereka menjadi hidup luar biasa. Saya doakan beliau akan berjaya. Baru berusia 24 tahun. Tetapi, sangat cepat pick up. Sedikit yang saya ajar, banyak yang beliau dapat.

Actually, she is doing great. Dan insya Allah, jika beliau boleh istiqamah. Beliau akan berjaya satu hari nanti.


Seterusnya, saya jemput Puan Affni untuk berkongsi dengan para peserta rahsia kejayaan beliau. Untuk pengetahuan anda, Affni seorang yang sangat komited. Beliau tidak suka memberi alasan. Even dengan kesibukan kerja beliau sebagai system analyst, beliau masih buat bisnes online secara part time. 

Dan yang lebih menyeronokkan saya, buat bisnes geli geli pun beliau mampu menjana pendapatan sampingan 5 angka sebulan.

Saya lebih respect dengan beliau sebab beliau mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Beliau tidak mempunyai maid. Urusan kerja rumah, semua beliau uruskan sendiri. 

Dalam perkongsian, beliau katakan beliau selalu tidur sekitar jam 10 malam dan akan bangun semula pada jam 3.30 ke 4.00 pagi sebelum menunaikan Solat Tahjud dan mula buat bisnes online. Inilah yang dikatakan, "Man Jadda, Wajada". Siapa yang berusaha dia yang dapat. 

Kalau dalam bahasa Dr Azizan Osman pulak, "Fast Action, Fast Result,  Terhegeh Hegeh Action, Terhegeh Hegeh Result."

Beliau adalah antara anak didik saya yang awal. Syukur Alhamdulillah, menggunakan teknik yang saya ajarkan kepada beliau. Kini beliau tak perlu mencari customer. Tetapi customer yang menghubungi beliau. Kan best kalau boleh buat bisnes macam tu.


Kata anak murid Dr Azizan, saya mesti ikut apa yang guru saya buat. "Empayar Maria Firdaus SUPERBB".  Amcam? Best tak?


"Empayar Maria Firdaus TERBAIKKKK". Ada beran nak join?


Empayar Maria Firdaus AWESOME !!



Para peserta bergambar selepas habis sessi hari pertama.


Pemandangan pada hari kedua program. Tema hari ini, Hijau Hitam. Untuk pengetahuan anda, mereka yang join seminar ini diberikan T Shirt Percuma untuk lelaki dan Baju Muslimah untuk wanita. Barulah nampak macam best.

Saya lakukan semua ini, sebab saya nak pastikan tagline saya ini menjadi kenyataan.

"EMPAYAR MARIA FIRDAUS - THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA"


Saya berkongsi strategy Online Marketing. Untuk pengetahuan anda, siapa yang buat bisnes sekarang tapi tak menggunakan Media Social, anda boleh cakap dekat dia "Kesian".

Sebab, kalau anda tahu mengapa ramai orang buat secara Online, anda akan rasa rugi sangat sebab hanya fokus kepada Offline Marketing.


Saya sedang berkongsi rahsia kejayaan saya.


Perkongsian daripada Pakar Internet. Saya jemput beliau untuk bercakap dalam topik FB Marketing.


Anda nampak tak, apa yang saya sedang buat sekarang. Saya sedang memahamkan anak didik saya untuk memahami teknik perniagaan secara Online, jika boleh difokuskan sehingga 90%. Sebab bagi saya, customer adalah unlimited kalau kita buat secara online. 

Dan bila saya jemput, saya hanya menjemput yang terbaik sahaja. Saya mahu anak didik saya dapat yang terbaik. Sebab bagi saya, anak didik saya di bawah Empayar Maria Firdaus perlukan yang terbaik daripada saya.


Saya menjawab persoalan dari peserta. Seperti yang saya katakan, saya jalankan seminar ini secara santai. Saya nak para peserta enjoy. Tak nak mereka stress. And, Alhamdulillah. They really love it.


Setiap yang teknik yang saya ajar, saya akan cuba berikan contoh yang berkaitan dengan para peserta. Sebabnya, saya nak mereka faham apa yang saya katakan.

Sebab, yang saya ajarkan bukan teori semata mata. Saya nak mereka faham secara total.


Pada waktu ini, saya sedang berkongsi dengan anak didik saya 'Rahsia Besar'. Disebabkan ia rahsia besar, saya tak dapat kongsikan dengan anda di sini.

Sejujurnya, saya bayar ribuan ringgit untuk dapat teknik simple ini. Alhamdulillah, menggunakan teknik simple inilah Maria berjaya buat sales yang sangat tinggi setiap bulan.

Dan ramai orang baru perasan teknik ini. Dan selepas mereka belajar, mereka rasa sangat bertuah. Sejujurnya, saya sendiri rasa teruja.

Mengapa?

Seminar ini hari berakhir pada hari Ahad. Tapi hari Isnin dah ada peserta yang menghubungi saya. Beliau berkongsikan, teknik ini sangat sangat membantu beliau untuk buat sales dengan lebih mudah.

Alhamdulillah.

Kan saya dah kata, "Buat Bisnes Lebih Mudah Kalau Kita Tahu Caranya".


Amcam? Ramai tak yang join Seminar OMG? Syukur Alhamdulillah. Saya rasa sangat bertuah dengan kehadiran ramai peserta pada hari tersebut. Bagi saya, bayaran RM80 untuk seminar dua hari, dapat makan free dan baju free pulak tu. Kiranya bagi saya mereka ni dapat ilmu free lah.

Semua ilmu yang saya pelajar ini nilainya ribuan ringgit. Dan mereka dapat dalam tempoh 2 hari sahaja. Alhamdulillah. 


Opsss... Ini adalah salah satu team dalam Empayar Maria Firdaus. Mereka adalah sebahagian daripada ahli group saya yang join Cabaran Ideal Weight. Mereka ini dalam proses untuk menurunkan berat badan ke ideal weight. Cabarannya adalah pada hari raya nanti.  

Tengoklah apa yang tertulis di baju mereka? " I AM MASTER". Saya doakan impian mereka tercapai.


Maria nak bergambar dengan saya pulak."You Are Awesome Sayang"



Lihatlah anak kecil pun boleh datang program. Bagi saya, saya faham satu konsep. Memang betul kita semua nak belajar, kita semua nak buat bisnes. Tapi pada masa yang sama saya nak anda bawa anak anak anda ke seminar seminar saya. Sebab apa? Sebab saya nak anda terapkan dalam minda anak anak anda agar satu hari nanti mereka juga akan buat bisnes.

Orang biasa biasa akan pilih untuk kerja makan gaji. Orang luar biasa akan pilih untuk buat bisnes secara luar biasa.


She is soo cute.


Amcam? Cantik tak logo "Maria Firdaus Empire" THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA.



Again, sharing daripada pakar internet marketing. Sejujurnya, beliau sangat respect dengan apa yang saya kongsikan. Walau pun beliau pakar, tapi beliau suka konsep yang saya jalankan. Teknik "Jemput Jemput" yang saya ajar sangat "Awesome". Sebab utama beliau kagum, almost zero cost untuk marketing. Syukur Alhamdulillah. Saya sendiri rasa bangga dapat berkongsi ilmu ini dengan anak didik saya.


Ini pula, sharing daripada Kakak Ipar saya, Kam Haryatie. Beliau share bagaimana teknik yang beliau gunakan untuk mencapai pendapatan 5 angka sebulan dalam tempoh yang singkat.


Sharing daripada Master To Be Syakila Kuzairi.


Sharing daripada Master To Be. Adni Harlina. Just nak share dengan anda, Adni dahulu seorang yang hidup biasa biasa. Beliau tak suka buat bisnes. Beliau tak pernah berniaga. Bahkan, beliau benci berniaga.

Sehinggalah satu hari beliau terjumpa group Empayar Maria Firdaus, dan beliau rasa tertarik nak cuba buat bisnes. Secara tak sengaja, beliau 'mencuba'. Dan secara tak sengaja, beliau 'berjaya'.

Anda tahu apa jadi kepada beliau sekarang? Alhamdulillah, beliau sekarang sudah berhenti kerja. Sebab beliau nak fokus buat bisnes secara online. Beliau nak cabar diri beliau untuk hidup luar biasa. Dah tak nak hidup biasa biasa.

Syukur Alhamdulillah. Beliau sekaranga sudah nampak hala tuju yang jelas dalam perniagaan. Inilah yang sering saya katakan. Untuk anda berjaya, anda perlu beri peluang kepada diri anda untuk mencuba. 

Dan beliau sangat bersyukur dipertemukan dengan Empayar Maria Firdaus.


Adni, komited dalam perkongsian dengan mereka yang lain.


Abang Bob, fokus dengan sharing kat depan tu. Ni posing ambil gambar pulak.


Hadiah cenderahati yang kami berikan kepada beberapa anak didik kami yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik dalam bisnes mereka.


Sekali lagi, Affni berkongsi kisah kejayaan beliau.


Hadiah buat Affni


Hadiah Buat Adni 


Hadiah Buat Kam Haryatie


Hadiah Buat Syakila


The Next Slot, saya buat permainan games. Saya tanya, berapa ramai yang nak berurus niaga dengan saya. The games begin.


Sessi berniaga dengan saya.


"Hadiah buat mereka" yang berjaya. Even game ini simple, tapi pengajaran yang mereka dapat sangat 'Superb'.


Di awal seminar, saya ada anjurkan pertandingan. Saya tawarkan sesuatu yang akan mengubah hidup mereka jika mereka berjaya mencatat nota yang paling banyak. Dan pemenangnya adalah, Syazwina.

Hadiahnya adalah Tiket Seminar IMKK Dr Azizan Osman yang kalau anda nak beli di luar, harganya boleh mencecah RM997 untuk satu tiket. Adik ni dapat free aja. Amcam?

Kan saya selalu cakap, salah satu matlamat penubuhan Empayar Maria Firdaus adalah untuk mengubah hidup orang. Saya nak 'transform' hidup orang dari hidup biasa biasa kepada hidup luar biasa.

So, kalau setakat hadiah IMKK untuk adik ni. Apalah sangat. Sebab saya nak beliau berubah. Nak beliau hidup luar biasa. Tak nak hidup biasa biasa.


Bila seminar dah habis. Mereka ambil gambar bersama group mereka. Anda tengok sendiri, anak anak pun ada dalam seminar ni. Anda pergilah cari seminar lain. Pasti dan pasti tak ada anak anak yang boleh join. 

Dalam Empayar Maria Firdaus, Family First.


EMPAYAR MARIA FIRDAUS
THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA

Sejujurnya, saya bersyukur kepada Allah. Bersyukur kerana saya dapat berkongsi ilmu ilmu yang saya pelajari selama ini dengan anak didik saya.

Ini kali kedua saya buat program. Bulan lepas, saya buat program Seminar Menjemput Rezeki. Tapi, kali ini Seminar untuk Marketing pulak.

Jika anda tanya saya, apa perasaan saya.

Saya bersyukur kepada Allah. Allah anugerahkan saya ramai anak didik yang nak ubah hidup mereka.

Mereka nak transform hidup mereka dari hidup biasa biasa kepada hidup luar biasa.

Saya berpegang teguh kepada amanat Dr Azizan kepada kami anak murid beliau.

"Help Enough People To Get What They Want, And You Will Get What You Want"

Jika ada di antara anda yang berminat untuk menyertai Empayar Maria Firdaus. Anda boleh menghubungi anak didik saya. Mereka yang berkongsi posting ini dengan anda mungkin sebahagian daripada Empayar Maria Firdaus. Anda boleh hubungi mereka.

Insya Allah, mereka sangat sangat berbesar hati untuk membantu anda.

Saya doakan anda yang membaca posting ini sentiasa dirahmati Allah. Dipermudahkan hidup anda semua dunia dan akhirat.

Saya doakan anda kaya dan berjaya. 

Mohd Firdaus Mat Saad and Kam Maria Abdul Mutalib
Founder of Maria Firdaus Empire
"The Most Happening Shaklee Team In Malaysia"

Jika anda rasa anda suka dengan posting ini, anda boleh tekan LIKE Button di bawah. Semoga ia akan memberi inspirasi kepada mereka yang lain.

Makan KFC - Biasa Buat Kita, Tidak Buat Mereka

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya.

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah yang saya alami baru baru ini.

Minggu lepas, ada orang posting gambar ini di Wall Facebook saya.


Kisah ini berlaku di luar negara. Ada seorang insan yang berhati mulia telah belanja anak anak orang miskin di kawasannya untuk makan Mc Donald di tempatnya. Beliau belanja sebagai meraikan 'rezeki' yang beliau peroleh hasil dari gaji pertama beliau.

Kisah ini benar benar memberi inspirasi kepada saya. Saya terfikir, kalau dia menunjukkan tanda 'kesyukuran' dengan cara ini, mengapa saya yang beragama Islam tak terfikir untuk buat perkara yang sama.

Terus saya rasa macam, 'Aku pun nak kena buat macam ni'.

Memandangkan saya 'anti' Mc Donald, saya rasa macam nak belanja anak anak orang kampung saya untuk makan KFC.

So, saya ambil langkah yang pertama. 


Saya upload di Facebook Group Parit Buntar Is My Hometown. Saya tanya, jika ada mana mana anak orang susah yang dah lama tak berpeluang untuk makan KFC, untuk pergi ke KFC Parit Buntar, selepas Solat Jumaat untuk saya belanja. Saya 'budget' dalam 20 orang kanak kanak.

Namun, tindakan saya ini mengundang pelbagai pandangan daripada orang ramai.

Ada yang memuji tindakan saya ini. Dan ada yang macam 'lebih sudu dari kuah'. 

Ada macam yang mengatakan apa yang saya buat ni tak praktikal. 

Ada yang cakap, suruh saya pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk cari orang susah.

Ada yang kata, sewa van bawa kanak kanak ni pergi makan KFC di Taiping, sambil lawat Zoo Taiping.

Saya ucapkan terima kasih atas cadangan cadangan yang diberikan.

Tapi, sebenarnya niat saya mudah saja.

Saya nak buat kenduri. Saya nak beri peluang kepada anak orang kampung saya yang kurang kemampuan untuk makan KFC. Itu sahaja.

Bagi saya, mereka mungkin bukan dari keluarga yang terlalu susah. Tapi, mungkin duit perlu diberi keutamaan untuk kegunaan yang lebih penting bagi keluarga mereka.

Saya nak buat benda ni sebab saya rasa, dulu masa saya kecil pun saya teringin nak makan KFC. Tapi, saya jarang berpeluang untuk dapat makan KFC.

In fact, masa saya dapat makan KFC masa saya kecil dulu, saya rasa macam nikmat sangat.

Di hati saya, mesti kanak kanak yang susah ini mempunyai perasaan yang sama. Mungkin mereka mahu, tapi mereka tak mampu.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya pergi ke KFC Parit Buntar selepas Solat Jumaat. Bersama saya ada 5 orang budak lelaki dari kampung saya.

Dalam kereta, saya bertanya mereka.

"Adik, bila last adik makan KFC?"

Ada yang menjawab, 

"Last makan bulan Januari."

"Last makan tahun lepas."

Yang paling menyedihkan, ada yang jawab. "Saya tak tahu bila saya last makan KFC".

Hampir mengalir air mata saya mendengar apa yang mereka kongsikan. 


Saya tiba di KFC Parit Buntar. Saya order makanan yang standard untuk semua orang. KFC Snack Plate untuk setiap seorang. 


Sebahagian daripada mereka yang bertuah untuk menerima sedikit 'jamuan' daripada saya. Terima kasih adik kerana sudi hadir. Kegembiraan di wajah mereka memberi satu kepuasan buat saya.


Saya juga meminta tolong anak jiran saya untuk mengajak kawan kawannya untuk join makan KFC. So, berjaya kumpul lagi 5 orang dari kalangan kanak kanak perempuan.


Sambil makan, saya bersembang dan memberi nasihat kepada adik adik ini. Saya memberi nasihat agar mereka semua menjadi anak yang soleh dan belajar rajin rajin untuk menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.

Gambar di atas ni betul betul meng'insaf'kan saya. 

Bila saya tengok adik ni makan tak habis, saya tanya. "Adik, kenapa makan tak habis?"

Jawapan adik ini menyebabkan air mata saya mengalir."Saya nak bawa balik bagi adik saya."

Saya tanya, "Kenapa tak ajak adik datang sekali?"Dia jawab, "Adik saya kecil lagi"

Allahuakbar. Mulianya hati adik ini.

Saya lihat ke sebelah, ada lagi seorang adik tak habiskan ayamnya.


Saya tanya, "Adik, kenapa tak habiskan?" Dia jawab, "Saya nak bawa balik untuk mak".

Allahuakbar. Tersentuh hati saya. Walaupun dia boleh habiskan ayam tu, tapi dia masih ingat nak bawa balik untuk emaknya.

Sedang saya berada dalam KFC, tiba tiba terdengar lagu Raihan yang bertajuk, I'tiraf berkemundang di speaker.

Hati saya terus menjadi sebak.


Air mata saya mengalir menghayati lirik lagu Raihan itu.

RAIHAN - I'TIRAF

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Pada waktu itu, saya teringat kembali. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti kita masuk syurga. Ia bukan disebabkan amal ibadah kita. Tetapi kita masuk syurga atas rahmat Allah.

Dan terdetik di hati saya, "Ya Allah, jadikanlah apa yang aku lakukan ini asbab untuk aku masuk ke syurga Mu dengan Rahmat Mu."

Tanpa saya sedari, air mata saya berlinangan.

"Ya Allah, terima lah apa yang aku lakukan ini sebagai satu amal ibadah yang ikhlas dan diterima"

Pengajaran

Apa yang saya tulis ini, bukanlah untuk menunjuk nunjuk atau riya'. Tapi, apa yang saya kongsikan ini adalah untuk kita semua sama sama mengambil iktibar.

Erti Bersyukur Pada Memberi.

Jika kita rasa kita susah, ada ramai lagi yang susah. 

Jika kita ada lebihan rezeki, salurkan kepada orang lain.

Mungkin, yang sedikit yang kita berikan itu boleh jadi asbab untuk kita masuk ke syurga Allah.

Semoga, kita semua sama sama dapat membantu anak anak orang susah disekitar kita.

Ayuh, tingkatkan ekonomi kita.  

Alang alang hidup, biar jadi kaya. 

Alang alang kaya, biar jadi jutawan bertakwa.

Dapatkan Tips & Motivasi Untuk Ubah Hidup Secara Percuma Di : www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat Untuk Anda, Mohon Anda Tekan LIKE Button Di Bawah. Semoga Lebih Ramai Yang Akan Mendapat Manfaat Daripada Kisah Ini.

Badan, Mata & Kulit Sihat Dengan Carotomax

$
0
0

CAROTOMAX

Perbezaan Shaklee:
Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, dan beta karotena adalah hanya 8 mg. CarotoMax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karotenoid berfaedah ini.
CarotoMax baru ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. 

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah,  seterusnya memelihari kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.
Manfaat Utama:
·        Lebih Selamat Dari Vitamin A
Penemuaan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambiln berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. 


Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu precursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

·        Mempertingkatkan Penglihatan
Ia menghasilkan “ungu visual” yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. 


Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti, nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic,  astigmatism, exrophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata.

·       Meredakan Penyakit Kulit
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.

·       Melindungi Epithelial
       Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovary semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

·       Melawan Kanser dan Oksidasi
       Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan  sistem Imun,  melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. 

Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser pau-paru dan  payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

·       Menghalang Infeksi
       Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema

·       Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat
       Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut,  kulit, membrane mukosa, gigi sihat,  gusi dan system reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.
Mengapa CarotoMax?
Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membrane mukosa.
1.      Alpha Carotene
Untuk penglihatan malam, mata sihat , menghalang degenerasi penglihatan

2.      Beta Carotene
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

3.      Lycopene
Bersifat anti-oksida, menghalang penuaan organ.
Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan system Imun.
Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

4.      Astaxanthin
Pigmen didalam alga & fitokimia memberikan warna pink ikan salmon.
Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber poten dan tulen. Melindungi kerosakkan oksidasi kolesterol LDL.

5.      Lutein
Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur), glaucoma.

6.      Zeaxanthin
Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
Mengurangkan risiko kanser payudara ovary, endometrial dan serviks.

 
Mengapa Warna Kulit Kuning?
Warna kulit sebilangan  kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, walaubagaimanapun ini bukan penyakit jaundis. 

Carotomax adalah warna semulajadi botanic. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi  Vitamin  A, ia merangsang sekresi hempedu (berwarna kuning). 

Serta detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti-oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Jangan Menipu Dalam Berniaga

$
0
0
Assalamualaikum,

Petang tadi, saya memandu dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur.

Semasa saya memandu, saya rasa macam kereta saya bergegar. Rasa macam something is wrong some where.

Saya teruskan memandu. Hati rasa macam tak berapa sedap. What went wrong actually? Saya baru saja servis kereta saya hari Isnin yang lepas. So, gegaran yang dirasai di dalam kereta merungsingkan saya.

Sebagai langkah berjaga jaga, saya memandu pada kelajuan sederhana. Maksimum 110km/j.

Pada hemat saya, saya rasa tayar saya ada masalah. Mungkin perlu buat aligment dan balancing.

Last sekali buat aligment dalam 6 bulan lepas.

Bila saya lepaskan stereng, saya tengok kereta saya menghala ke arah kiri. Hati saya mengatakan, "Sah, tayar kereta aku bermasalah".

Nak kena pergi buat aligment bila sampai KL nanti.

Semasa memandu, setiba di Rawang.

Tiba tiba..........

"Bommmmmmmm"

Tayar kereta saya meletup. Subhanallah. Masya Allah. Saya memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan.

Seumur hidup, ini kali pertama tayar pecah di tengah highway.

Saya terus menukar tayar kereta dengan tayar spare. Syukur Alhamdulillah. Ada seorang penunggang motorsikal yang membantu.

Saya boleh aja nak teruskan perjalanan ke Keramat. Tapi, untuk mengambil langkah berjaga jaga. Saya keluar di Rawang, saya nak tukar tayar terus.

Long story cut short. Saya jumpa satu kedai tayar. Milik orang yang sebangsa dengan saya.

Saya menceritakan masalah yang saya hadapi. Dan beliau terus cakap, "Kita tak ada tayar kereta ni di kedai ni, kita kena ambil di stor. So, you duduklah sekejap. Nanti saya aturkan"

Beliau memberi jaminan kepada saya, tayar akan sampai dalam tempoh 30 minit.

Selepas 30 minit berlalu, saya bertanya. Macam mana tayar? Dah sampai mana? Beliau cakap, "On the way. Dah dekat dah."

Saya bersabar. Satu jam berlalu.

Saya tanya lagi, macam mana tayar? Lambat lagi ka?

Beliau jawab, "Minta maaf bang, jamm teruk. Kita ambil di Sg Buloh."

Saya macam boleh terima lagi. Ya la, mungkin ada trafik jam. Lagi pun, sekarang ada banyak construction jalan di sekitar kawasan itu.

Keadaan di kedai tayar sangat tidak selesa. Di tambah lagi dengan saya ada Farees, Fateh, Maria, Mak saya dan bibik.

Cuba anda bayangkan apa yang budak budak boleh buat di kedai tayar?

Keadaan bertambah parah. Saya dah letih. Saya dah penat. Saya dah give up menunggu.

Then, saya cakap. "Bang, abang pasang baliklah tayar spare saya tadi. Saya rasa, saya nak pergi dulu lah. Dah lama saya tunggu ni."

"Kejap dik, kejap. Dah nak sampai dah tu. Jamm sket. Saya jamin, dalam tempoh 30 minit akan sampai."

Masa berlalu. Selepas 30 minit, saya tanya lagi.

"Bang, macam mana ni bang. Dah 2 jam saya tunggu ni. Saya pun tak nak bising bising. Saya pun tak kisah lah. Cuma saya minta tolong abang, pasang balik tayar spare saya dan saya nak balik KL ni."

"Kejap dik, dah dekat Tesco dah. Dekat sangat dah tu."

Saya pun tunggu lagi. Pada waktu itu, tauke kedai sudah pun keluar kedai. Yang tinggal di kedai hanyalah staff beliau.

Saya tunggu lagi.

Tapi, masih belum sampai. Mereka telefon orang yang menghantar tayar tersebut, orang itu cakap, sudah ada di kawasan itu.

So, saya bersabar dan terus menunggu.

Masa berlalu.

Kali ini, saya benar benar rasa 'tertipu'. Saya tidak tahu siapa yang tipu siapa. Dia tipu saya, atau orang yang hantar tipu dia.

3 jam menunggu, saya dah tak boleh tahan. Saya cakap baik baik kepada staff beliau, "Kak, saya rasa. Saya dah cukup bersabar. Saya nak balik KL. Saya tak mau marah kak. Tapi, saya minta tolong pasang balik tayar kereta saya. Itu saja."

"Kami minta maaf sangat sangat. Kami tiada niat nak tipu. Kami yang kena tipu dengan orang tu."

Saya malas nak bertekak dengan mereka. Cuba mengawal emosi saya. Sebab, saya rasa tauke kedai tu dah tipu saya.

Awal tadi, dia cakap tayar ada di setor dia.

Sekali orang ni cakap, tayar tu dia beli dari orang lain.

Dah sah sah menipu. Sentap juga sebenarnya.

Anyway, selepas 3 jam menunggu, tayar pun sampai. Dalam masa yang singkat, semua pekerja beliau memfokuskan untuk pasang tayar kereta saya segera.

Long story cut short, selepas 30 minit. Siaplah semuanya sekali dengan balancing dan juga aligment.

Ok. Apa yang saya nak kongsi dengan anda adalah apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini.

1. Jangan tipu pelanggan. Jika tayar kita beli dari orang lain, cakap saja beli dari orang lain. Tak perlu cakap, tayar ada di stor. Jujur saya cakap, saya rasa tertipu.

2. Jika ditakdirkan berlaku situasi yang macam tu, sepatutnya tauke kedai atau staf datang berjumpa dengan saya dan ceritakan situasi sebenar. Bagi tahu saya the real story. Bukan 'buat buat cerita'. Saya rasa 'tertipu'. Explain betul betul, dan saya akan cuba memahami keadaan sebenar. Berterus terang lagi baik daripada memberi 'harapan palsu' kepada pelanggan.

3. Jika saya tauke kedai, melihat keadaan pelanggan yang ada anak kecil. Saya akan buat yang terbaik untuk 'cater' pelanggan saya ini. Cuba bayangkan, selepas 3 jam saya menunggu dalam keadaan anak anak saya sudah letih. Baru mereka datang nak 'offer' tempat rehat untuk kami. Itu pun selepas saya desak suruh mereka pasang balik tayar 'spare' saya.

Sebagai pemilik kedai, mereka perlu peka. Kalau ada customer dengan anak kecil yang dah tunggu lebih sejam. Tolong berikan yang terbaik dari segi keselesaan. Just try your own best. Cuba bayangkan, selepas 3 jam menunggu. Barulah mereka rasa nak 'jamu' kami dengan air kosong.

Actually, bukan saya nak dan harap sangat air tu. Cuma, dari segi 'servis', mereka perlu 'cover'kesilapan mereka dengan 'memberi' nilai tambah kepada pelanggan supaya pelanggan 'sejuk hati'. Tapi, itu tidak berlaku.

4. Jika saya jadi tauke kedai, jika pelanggan dah desak suruh pasang balik tayar spare sebab nak 'balik'. Saya akan buat. Sebab, pelanggan berhak untuk memilih apa yang pelanggan nak. Tapi, mereka tidak mahu pasang balik tayar kereta saya. Macam mana saya nak balik. Saya seperti dah 'tersepit' di situ.

Tiada pilihan. Saya terpaksa menunggu juga.

5. Jika saya tauke kedai, bila berhadapan dengan 'customer' yang menghadapi masalah sebegini. Saya akan beri extra kepada pelanggan. Jika saya di tempat beliau, saya akan beri 'diskaun' tambahan. In fact, saya mungkin tak ambil untung. Saya hanya akan jual pada harga modal sahaja. Ini yang 'terbaik' saya akan lakukan untuk tebus balik 'dosa' yang saya lakukan.

Mungkin betul, dia kene 'tipu'dengan supplier dia. Tapi, di pihak pelanggan. Pelanggan 'tak nak tahu'semua itu. So, to be fair dengan customer. Jika saya tauke kedai itu, saya akan beri diskaun tambahan kepada pelanggan saya.

Dalam bisnes, ya betul. Kita nak untung. Tapi, dalam kes kes tertentu, macam kes ini. Cuba ketepikan soal keuntungan. Berikan keutamaan kepada pelanggan.

Mungkin, jika diberi air kotak atau air ais diperingkat awal boleh meredakan sedikit 'kemarahan' pelanggan.

Saya juga seorang yang buat bisnes. Bagi saya CUSTOMER IS KING.

Cuba buat yang terbaik untuk customer saya.

Mungkin kita 'rugi' sket dengan satu customer, tapi disebabkan 'akhlak' kita yang sentiasa mahu berikan yang terbaik kepada customer, Allah akan melorongkan pelbagai jalan untuk menambah rezeki masuk ke kedai kita.

Sebab itulah saya selalu berpesan.

"Jangan berniaga sebab nak kaya. Tapi berniagalah disebabkan kita nak bantu orang lain. Nak tambah nilai hidup orang lain. Nak selesaikan masalah orang lain. Nak berikan yang terbaik kepada orang lain. Dan jika kita buat bisnes sebab benda ni, jangan risau. Kita terpaksa jadi kaya"

Kepada anda yang membaca posting ini, jika anda buat bisnes. Ingatlah pesan saya.

Sentiasa berikan yang terbaik kepada pelanggan kita. Insya Allah. Allah akan mendatangkan rezeki yang berlipat ganda untuk kita.

Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua.

Wassalam.

Jika anda rasa anda suka dengan posting ini, mohon anda LIKE di bawah ini. Semoga ia dapat memberi 101 pengajaran kepada rakan rakan anda yang lain.

Teknik Terkini : Boleh Baca Al Quran Dalam Tempoh 7 Jam

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bisnes akhirat sahabat saya iaitu Ustaz Zakaria Din.

Untuk makluman anda, saya berkenalan dengan beliau ketika mengikuti program Dr Azizan Osman. Dulu, beliau seorang pensyarah yang biasa biasa. Tetapi, selepas beliau belajar dengan Dr Azizan Osman, beliau sekarang sudah menjadi seorang yang luar biasa.

Beliau banyak mencari 'pencen kubur'. Sebelum ini, beliau telah mencipta satu kaedah untuk seseorang belajar membaca Al Quran dengan cara yang mudah.

Namun, disebabkan kurang ilmu marketing. Beliau tidak tahu bagaimana untuk mengetengahkan kaedah ini kepada masyarakat.

Alhamdulillah, selepas mempelajari teknik marketing yang betul. Sekarang beliau sudah melangkah jauh. Dan beliau mahu memperluaskan 'pencen kubur' dengan mengajar lebih ramai rakyat di Malaysia untuk mempelajari Kaedah Belajar Al Quran Dengan Menggunakan 'Kaedah Haraki' yang beliau cipta sendiri.


Menggunakan teknik ini, beliau akan mengajar seseorang yang 'BUTA AL QURAN' untuk membaca Al Quran dalam tempoh 7 jam sahaja. Ya 7 jam sahaja. Dari tak kenal Huruf Hijaiyah, sehingga pandai membaca Al Quran.

Buktinya, beliau pernah mengajar orang India untuk membaca Al Quran dalam tempoh kurang dari 7 jam. Cuba anda bayangkan teknik yang beliau gunakan. Sangat sangat hebat. 


Anda boleh lihat sendiri, pengiktirafan yang beliau terima sehingga mendapat Anugerah Gold Award untuk Kaedah Inovasi Teknik Membaca Al Quran Menggunakan 'Kaedah Haraki'.


Sekarang, beliau banyak mengadakan seminar di seluruh Malaysia untuk memperkenalkan teknik mudah ini kepada masyarakat.


Lelaki dan wanita turut menyertai program ini untuk mereka mengetahui rahsia menguasai pembacaan Al Quran dalam tempoh yang singkat. Ada di antara mereka yang di dalam gambar ini merupakan ustaz dan ustazah yang mengajar di sekolah. Mereka mahu menggunakan teknik ini untuk mengajar anak murid mereka di sekolah.


Sebahagian daripada mereka yang mengikut seminar yang beliau anjurkan.


Teknik ini sangat membantu anak anak orang asli untuk belajar membaca Al Quran.


Kaedah yang terbukti berkesan.


Inilah yang akan beliau ajar dalam tempoh 7 jam. Dari tak pandai baca Al Quran. Sehinggalah boleh membaca Al Quran.


Sahabat saya, Ustaz Zakaria ketika bertemu dengan Ustaz Harun Din untuk berkongsi teknik yang beliau cipta ini.


Kaedah ini sudah terbukti berkesan. Beliau sudah masuk dalam surat khabar Utusan Malaysia.


Turut masuk ke dalam Surat Khabar Metro

          

Ini adalah sedutan video yang beliau buatkan.

Dan yang paling best, sekarang beliau akan ke Johor. Beliau akan berkongsi teknik ini dengan warga Johor.


Insya Allah, beliau akan buat preview kaedah ini di Dewan Masjid Bandar Baru Uda, Johor Baharu.

Tarikhnya adalah pada 12 June 2014. Dari jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang. Bayaran adalah RM50 jika anda hadir seorang atau RM90 jika anda hadir 3 orang.

So, kepada para pembaca blog ini. Jika anda orang Johor, atau anda berminat untuk mengetahui Kaedah Membaca Al Quran Dalam Tempoh 7 Jam ini, anda boleh hadiri seminar separuh hari yang beliau anjurkan.

Beliau akan berkongsi preview program dengan anda.

Insya Allah, jika anda hadir anda akan nampak dengan lebih jelas preview Kaedah Haraki ini secara keseluruhannya.

Mudah mudahan, dengan ilmu yang anda pelajari ini, anda akan dapat mengajar anak anak anda untuk menguasai ilmu Al Quran dengan cara yang mudah.

Jika anda Ustaz atau Ustazah, haaa... lagilah anda perlu hadir ke program ini.

Jika Anda Berminat : Sila Hubungi Pihak Penganjur : Ustaz Syukur Sapuan di talian : 013-7977346 untuk pendaftaran.

Saya sekadar berkongsi dengan anda. Saya tidak terlibat dalam penganjuran program ini. 

Saya hanya mempromosi program ini sebagai mencari 'pencen kubur' saya. Manalah tahu, ada orang Johor yang dapat hadir. Boleh lah saya dapat 'pahala sket'.

Semoga, ramai yang dapat manfaat daripada apa yang saya sampaikan ini.

Wassalam

Master Maria Firdaus
"Mencari Pencen Kubur Buat Bekalan Hidup Di Sana"

Jika Anda Rasa Ingin Mencari Pencen Kubur, Mohon Anda Tekan LIKE Button Di Bawah Ini. Then, Add Comment Apa Yang Anda Ingin Komen. Mungkin Akan Ada Rakan Anda Yang Berminat Untuk Join. Anda Pun Dapat Pencen Kubur Sama.

ALHAMDULILLAH, KAMI 50 YANG TERBAIK DI MALAYSIA !!!

$
0
0
By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada hari jadi saya yang lalu, 6 June 2014, saya dan Maria telah dijemput untuk menghadiri Exclusive Dinner bersama CEO Shaklee, Mr Roger Barnett. Beliau datang all the way dari United States untuk meraikan kejayaan kami semua.


Sebenarnya, ada syarat yang tinggi untuk layak dapat jemputan ini yer. 
Exclusive Dinner ini hanyalah untuk para Master Coordinators yang mencapai 500,000 Total Organization Volume (OV) atau group sales melebihi RM1.5 juta sepanjang tempoh menjadi Master. Alhamdulillah kami berjaya mencapainya dalam masa kurang dari 4 bulan sahaja.

Saya bersyukur kepada Allah, dalam tempoh 1 tahun, dari ribuan rakyat Malaysia yang menjalankan perniagaan Shaklee, kami berjaya menjadi antara TOP 50 MASTERS sepanjang cycle Mar 2013-Feb 2014 yang lalu.

Sememangnya, bukan senang nak mencapai apa yang kami dapat sekarang. Namun, Alhamdulillah. Allah jualah yang mempermudahkan segala urusan kami. Allah lah yang lorongkan jalan kejayaan buat kami. 

Sejujurnya, saya bersyukur kerana Allah mempertemukan saya dengan pelbagai mentor dari background yang berbeza untuk saya belajar buat bisnes dengan cara yang betul dan mudah.

Alhamdulillah, semenjak buat bisnes Shaklee, kami semakin 'mendekatkan' diri dengan Yang Maha Pencipta. Hati lebih menjadi tenang. Maria semakin banyak masa kerana tidak lagi perlu berulang alik ke tempat kerja.

So, hari ni saya nak berkongsi dengan anda Majlis Makan Malam Bersama Roger Barnett di Sunway Resort Hotel and Spa.

Ia satu majlis yang sangat sangat meriah dan gilang gemilang.


Exclusive Dinner with Roger Barnett.


Kami baru tiba di luar dewan.


Dewan yang dihias indah. VVIP Table.


Para jemputan mengambil tempat. Ada dalam 100 orang yang dijemput, iaitu 50 Masters terbaik di seluruh Malaysia bersama pasangan masing-masing. 


Berselfie dulu. Tema malam ini ialah "Glamour and Elegance". Jadi kami memilih warna Merah dan Hitam.


Ini adalah salah seorang daripada mentor Maria, Master Laila. Walaupun memegang income 6 angka sebulan. Tetapi, beliau masih mengamalkan cara hidup bersederhana dan bertudung litup. Bila kami tanya apa rahsia kejayaan beliau, mudah aja beliau jawab. "Solat Sunat Taubat dan Sujud Syukur setiap hari. Dekatkan diri dengan Allah".



Ini antara sahabat sahabat Maria Group Jutawan Shaklee. Para Jutawan Muslimah, Alhamdulillah. Mereka semua tidak terlalu 'over' dalam berpakaian. Dan majoritinya, bertudung labuh. Kami dah diajar untuk jaga hubungan dengan Allah. Nanti Allah aturkan segalanya untuk kita.


Bersama sahabat-sahabat saya yang lain. Majoriti masih muda, berumur awal 30-an. Semuanya support isteri masing-masing berbisnes Shaklee secara online.


Ketibaan VVIP yang diraikan. Dari kanan, Roger Barnett, Bradford Ricahrdson, dan Victor Lim.


Gambar di meja makan.



Our dinner, Western Set Menu.


Awal-awal makan roti dulu.


Saya ingat, ini Main Dish. Rupanya tak. Ini baru Appetizer.


Next menu, mushroom soup and pastry. Memang sedap sangat. 


Ini barulah Main Dish, yang ini untuk Maria. Ikan Salmon.


Ini pula Main Dish saya, roasted chicken. Nasi saya tak makan sebab sekarang sedang berdiet. So Marialah yang makan nasi tu..


Dessert of the day.


Sempat bergambar dengan orang besar Shaklee. Mr Bradford Richardson, President Shaklee International. Saya cakap kat dia, "Next year, I will sit besides you at the VVIP table."Then dia cakap, "I hope not. I hope you sit besides Roger Barnett. That means, you are somebody by that time"


Maria bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.


Ingin saya cakapkan, kita tak perlu berpakaian 'seksis' bagai untuk berjaya dalam bisnes. Kalau anda tengok yang berpurdah tu, beliau memperoleh 6 angka sebulan sekarang dengan Shaklee.


Ucapan daripada Roger Barnet.


Semua orang khusyuk mendengar ucapan yang sangat bermotivasi daripada Mr Barnett.


Bersama Master Hafizan dan President Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim.


Habis program. Semua nak bergambar di atas pentas.


Saya bergambar dengan Maria di pentas.


Amacam, ada gaya Aaron Aziz tak. Haha.


Maria bersama salah seorang 'orang kuat' Shaklee Management, Sue. 


Kami bergambar di luar dewan.


Posing lagi..


It's on my birthday, 6th June 2014. A great birthday present for me. 


Cenderamata yang kami dapat daripada pihak Shaklee sempena Exclusive Dinner ini. 

"Ya Allah, kami bersyukur dengan segala nikmat yang Kau berikan kepada kami. Aku mohon pada Mu, Kau bantulah kami untuk menambah nilai hidup lebih ramai orang lain selepas ini."

Kepada para pembaca yang berminat untuk tahu macam mana kami menjalankan perniagaan ini, dan berjaya dalam masa yang singkat dan pantas. Anda boleh baca di dalam EBOOK PERCUMA kami di sini:-


Semoga kami dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada anda semua.

Wassalam

Feel Free To Like Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat Untuk Anda.

Kutipan Dana Majlis Berbuka Puasa Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar, Perak untuk membincangkan persediaan Majlis Sambutan Ramadhan 1435H kali ini.

Di surau, saya merupakan Penolong Setiausaha dan juga AJK Pemuda. Banyak juga tanggung jawab yang sudah mereka amanahkan kepada saya. 

Untuk mesyuarat yang lepas, Setiausaha Surau bercuti di luar negara, maka saya 'terpaksa' buat kali pertamanya menjadi 'Setiausaha' untuk mencatit mini mesyuarat. Sekitar 25 orang yang menghadiri mesyuarat pada hari tersebut.


Tinggal kenangan, biasanya arwah abah yang akan mempengerusikan mesyuarat di Surau. Selepas pemergian arwah abah, tugas ini dipikul oleh Pemangku Pengerusi, Tuan Haji Hassan.

* Untuk makluman anda, karpet biru di surau ini ditaja oleh pembaca blog www.mariafirdaus.com.my yang telah disumbangkan 2 tahun lepas. Keadaan karpet masih dalam keadaan yang sangat baik. Tahniah kepada mereka yang mencari 'pencen kubur' sejak 2 tahun lepas dengan menyertai kutipan ini.

Untuk Ramadhan kali ini, saya sebagai AJK Pemuda telah diamanahkan untuk menguruskan beberapa perkara. Antaranya :

1) Menyertai program gotong royong bersihkan surau pada 22 Jun 2014. (Saya berada di KL masa ni, tak dapat join)

2) Membantu menyelaraskan majlis berbuka puasa di surau.

3) Mengetuai Majlis Bacaan Tahlil dan Doa 30 minit sebelum berbuka. Ini tugas baru buat saya. Sebelum ini, tugas ini dijalankan oleh mereka yang lebih berumur. Tapi, kali ini mereka suruh saya dan beberapa orang muda untuk menguruskan majlis tahlil dan bacan doa. Bagi saya, ia satu cara untuk mendidik kami, anak muda untuk belajar mewarisi apa yang biasanya dilakukan oleh orang berumur.

4) Program 'Geng Muda Baca Quran'. Mencari 30 pemuda di kawasan surau untuk membaca sekurang kurangnya satu juzuk satu orang. So, dalam Ramadhan kali ini. Saya mesti mendapatkan 30 pemuda untuk membaca Al Quran.

5) Biro Pemuda mesti menganjurkan buka puasa Perdana bersama ibu tunggal, anak yatim dan orang miskin pada 28 Ramadhan.

6) Membaca Khutbah Hari Raya dan juga Mengimamkan Solat Hari Raya Aidil Fitri. 

i)  Imam      : En Ahmad Najib Bin Hassan
ii) Khatib    : En Mohd Firdaus Mat Saad
iii) Bilal     : En Ahmad Zaini Ibrahim

* Semua orang muda. Apa saya perhatikan, pihak Surau sekarang ini sangat sangat mementingkan latihan untuk anak muda bagi mengambil alih tugas tugas yang biasanya dilakukan oleh mereka yang sudah berumur. 

Dari satu sudut. Saya melihat ia sesuatu yang sangat positif. Mereka betul betul memberi ruang kepada kami untuk belajar banyak perkara dari usia muda. Jika nak diikutkan, ramai lagi Imam yang lebih senior di surau ini. Tapi, mereka semua sepakat untuk menyerahkan Imam, Khatib dan Bilal semasa raya untuk orang muda.

Sesuatu yang saya rasa 'jarang' berlaku di tempat lain.

Sumbangan Pemuda Pada Tahun Tahun Yang Lepas

Di surau saya, saya diamanahkan untuk memikul tanggung jawab yang sangat berat. Iaitu tugasan mencari dana untuk menampung aktiviti di surau.

Misalnya, pada dua tahun lepas. Di tulis dalam minit mesyuarat kejayaan saya mengumpul dana sebanyak RM6,000 untuk majlis berbuka puasa.

Alhamdulillah. Ia bukan satu jumlah yang kecil. Sumbangan ini untuk menampung perbelanjaan selama 15 hari sahaja.


Antara Minit Mesyuarat 2 tahun yang lepas. Makluman mengenai sumbangan yang diberikan oleh pembaca blog ini melalui saya di Surau Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar. Kutipan RM6,000 untuk Majlis Berbuka Puasa dan RM9000 untuk menukar karpet yang baru.


Atas kejayaan mencari dana RM6,000 untuk program dua tahun lepas, tahun lepas saya diamanahkan untuk mencari dana sebanyak RM12,000 untuk menampung majlis ini selama 30 hari. Alhamdulillah, sekali lagi pembaca blog ini telah beramai ramai menyumbangkan RM12,000 untuk majlis berbuka puasa di surau saya sepanjang Ramadhan yang lalu.


Jadual 15 hari pertama di Surau An Najah pada tahun lepas. Tajaan Surau. Hasil sumbangan daripada anda semua, pembaca blog ini.

                             

Jadual 15 hari yang terakhir pada tahun lepas.


Berikut merupakan jumlah pembayaran kepada pihak katering telah menyediakan makanan kepada ahli jemaah di surau. Secara keseluruhan, terdapat 3 katering yang telah terpilih. Dan jumlah bayaran untuk mereka bertiga adalah sebanyak RM13,280. Di tambah dengan bayaran membasuh pinggan mangkuk di surau RM400 dan juga sumbangan RM1,000 kepada pihak Masjid Hijau Kampung Kedah untuk tajaan majlis berbuka puasa di masjid selama 2 hari. Jumlah keseluruhan RM14, 680.


Farees turut menyertai majlis berbuka puasa di surau. Walaupun dia tak puasa. Hehe..


Antara juadah berbuka puasa yang disediakan pada tahun lepas.


Setiap hari, sekitar 80 jemaah yang akan hadir ke surau untuk berbuka puasa setiap hari. 

Sumbangan Pemuda Tahun Ini

Untuk makluman anda, salah satu perkara yang mencabar bagi penduduk di kampung saya adalah dari segi kewangan. Tahun lepas, ada hampir 8 orang wakil penduduk yang mengutip derma bagi pihak surau bagi menampung program sepanjang Ramadhan. 

Misalnya, saguhati untuk AJK Surau, Imam & Bilal Terawih, sumbangan untuk anak yatim, orang fakir miskin, ibu tunggal dan juga orang kurang upaya. 

Jumlah yang dikutip adalah sekitar RM3000++ sahaja. Sedangkan penerimanya tersangat ramai. Bila dibahagikan, tersangat sedikit yang diterima. Sedih rasanya.

Yang lebih menyedihkan saya, semasa mesyuarat. Ada cadangan untuk membatalkan pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Saya'membantah' cadangan tersebut. Bagi saya, mereka yang susah wajar di bantu. 

Then, mesyuarat bersetuju untuk membatalkan pemberian sagu hati kepada AJK Surau. Ini dapat menjimatkan wang surau sekitar RM800. So, mereka yang memerlukan dapat menerima lebihan peruntukan pada tahun ini.

Isu seterusnya adalah, saya sebagai Biro Pemuda diamanahkan untuk mencara dana bagi menampung majlis berbuka puasa dan aktiviti aktiviti di surau saya. Target yang diberikan kepada saya adalah RM12,000 untuk dikumpul dalam tempoh 10 hari.

So, saya dengan rasa rendah diri dan suka citanya, ingin membuat tawaran bisnes yang pasti menguntungkan kita semua.

Sasarannya adalah RM12,000. Jumlah ini sesuatu yang sangat besar.

Saya agak positif untuk mencapai jumlah yang disasarkan. Insya Allah, dengan niat semata mata mencari redha Allah. Allah akan bantu saya untuk mencapai matlamat ini.

Selain daripada itu, saya juga sudah booking sumbangan kurma untuk surau saya. Sumbangan derma untuk tempoh satu bulan. Maksudnya, semua yang datang berbuka di surau akan makan kurma yang disumbangkan oleh pembaca blog ini.

In total, saya perlukan RM12,000.

Sebenarnya, pahala memberi makan orang berbuka amat besar. Kita akan mendapat pahala seperti mana pahala orang itu berpuasa. Tidak terkurang walaupun sedikit.

Bayangkan, setiap hari kita dapat pahala 80-100 orang yang berpuasa. Subhanallah. Besar pahalanya tu.

Bagi anda yang berminat untuk menyumbang, anda boleh beri sumbangan melalui akaun Maybank saya.

Nama : MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD
Akaun : Maybank 1521 1604 0160
Emel : mariafirdausblog@yahoo.com

Terima kasih kepada yang menyumbang. Bagi saya, jika sekarang ini Allah kurniakan rezeki yang 'lebih' kepada anda, apa salahnya anda berkongsi rezeki itu dengan orang lain. Jika ada sedikit, sumbanglah walaupun sedikit.

Kalau anda tak dapat menyumbang di sini, harap anda dapat menyumbang di tempat anda. JANGAN SESEKALI TIDAK MENYUMBANG KERANA ANDA MENGATAKAN ANDA TAK CUKUP WANG. 

Sumbanglah walaupun sedikit. Insya Allah, yang sedikit itulah yang akan memberikan lebih banyak kepada anda.

Semoga usaha kita yang kecil ini dipandang besar oleh Allah. Semoga Allah menanam perasaan untuk 'memberi' dalam hati kita.

Bagi pihak surau, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan anda untuk program di surau ini. Semoga Allah memberikan ganjaran syurga kepada kita semua.

Sekian. Wassalam.

* Jika tak keberatan, saya mohon agar anda dapat LIKE post ini. Mungkin ada seorang dua rakan anda yang mahu menyumbang, dapat menyumbang di sini.

11 Awards Dalam Genggaman Kami!! - Part 1

$
0
0
By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Syukur, Syukur, Syukur Alhamdulillah. Sujud Syukur kepada Allah.

Selesai sudah acara Shaklee National Conference pada 7 dan 8 June 2014 yang ditunggu-tunggu itu. Inilah first time kami dapat award dari Shaklee.

Sebelum ini, Maria ada ceritakan tentang jemputan menerima 11 Awards daripada Shaklee, anda boleh baca di entry di sini: FROM ZERO TO ELEVEN AWARDS!! (Sila Click).

National Conference tahun lepas June 2013, kami tak layak apa-apa awards, sebab masa tu kami baru saje bermula dengan Shaklee. FROM ZERO!!

So kali ini Maria nak share moment bersejarah dalam hidup kami, dan antara kenangan terindah dalam perjalanan bisnes kami selama ini.

Jom layan gambar-gambar ni :)


Untuk masuk ke dalam dewan, kita perlu bayar tiket masuk. Yang ini tiket untuk Mak Maria, Bibik dan Photographer kami. 

Setiap tiket dapat goodie bag yang ada macam-macam item bernilai >RM30. Murah hati betul Shaklee ni. Memang berbaloi-baloi!



Name tag untuk kami :)


National Conference pada June 2014 kali ini diadakan di Sunway Convention Centre.



Suasana di luar dewan sebelum event bermula.


Di Hall of Fame. Gambar semua Master Coordinator yang baru lahir sepanjang cycle March 2013 - March 2014 di tayangkan. Alhamdulillah, teruja rasanya tengok gambar sendiri di situ. Apa yang kami bayangkan sebelum ini sudah pun tercapai. THE POWER OF VISUALIZATION!!


Best!! 


Bagussss...


My mentor dapat Presidential Master Award. 
InsyaAllah, next year gambar kami pula pasti ada untuk award tu. Amin..


Maria Firdaus Empire is Awesome!!


Our happy family. 


Alhamdulillah, inilah bakal pewaris Maria Firdaus Empire. 


Suhana & Azlan yang datang dari Perak, antara anak didik kami yang penuh semangat. 
Bakal Jutawan Shaklee!!


Lagi anak didik kami, Syita dari Kedah dan Seha dari Penang. 


Inilah Mak kesayangan yang banyak berdoa untuk kejayaan kami. 
Lama sangat Mak tunggu nak masuk dewan, so duduk lepak-lepak dulu kat luar dewan.


Sebenarnya kami tak sempat nak lunch sebelum bertolak dari rumah, so tapau KFC saja. 
Best gak makan ramai-ramai macam ni, picnic kat luar dewan. Hehe. 


Barisan para star achiever awards recipient untuk registration.


Berbaris di luar dewan, bersedia untuk Master Coordinator Grand Parade.


Tulis nama sebab MC nak sebut nama masa masuk dewan nanti. 


Inilah dia orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kami dengan dunia Shaklee. 'Mummy'& 'Daddy' Shaklee kami. Masters Ainul & Dzuha. 

Dzuha tu adalah adik kepada Firdaus, so Ainul adalah biras Maria. Adik-beradik Master lah mereka ni :)


Sempat posing dengan CEO Shaklee, Billionaire Roger Barnett. Senyum aja muka dia. 


Ini pula suasana di dalam dewan sebelum event bermula.



Bermulanya Master Coordinators Grand Parade on the red carpet. 


We're on the Red Carpet!!


Happy faces!!


Lebih kurang 3 ribu orang menghadiri National Conference kali ini.


Pemandangan dari belakang dewan.


Tempat duduk untuk para Master di barisan hadapan.


Opening speech from President Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim.


Next was speech from Mr Bradford Richardson, President of Shaklee International. 


Posing lagi. 


We're ready to be on stage for the first time!! 
Nampak tak, beberapa awards digabungkan, so tak perlulah nak naik stage banyak kali. 
Kalau tak, kena turun naik 11 kali lah pulak..Hehe.


Wah excitednya!! Apa yang gelak besar tu ntah? Hihi..


Alhamdulillah, we're the Car Bonus Achiever!! 

Sejak bulan Aug 2013, Shaklee yang tolong bayarkan duit kereta kami. Sekarang ni, bukan 1, tapi 3 buah kereta kami dibayar guna Car Bonus Shaklee. My 1st car dah pun habis bayar 2 months ago. 

Car Bonus ni Shaklee bagi dalam bentuk CASH based on certain total monthly sales, terus masuk dalam bank account kita. So terpulanglah kita nak guna cash tu untuk beli kereta baru ke, bayar duit kereta sekarang ke, beli rumah, saving etc. Bestkan? 

So tak semestinya wajib beli kereta yer. Sebab tulah kami belum beli our dream car yet. Kereta yang kami pakai sekarang ni pun masih ok. Tunggulah bila tiba masanya yang sesuai nanti, InsyaaAllah kami pasti memilikinya. Amin :)


Barisan para penerima awards.


Alhamdulillah, kunci besar sempenaCar Bonus Achieversdan crystal trophy sempena Personal Group Sponsoring andPersonal Group Volume Growth ini milik kami..


Oh ye, pada hari ini juga dijalankan perasmian produk terbaru daripada Shaklee, iaitu Phytocol-ST. Khas untuk mencegah dan mengatasi masalah kolesterol tinggi. Nanti Maria akan share kebaikannya dalam entry khas tentang Phytocol-ST yer. 


Penerangan daripada Dr Bruce Daggy, Shaklee Chief Medical Officer.


Seterusnya, ucapan daripada CEO Shaklee, Mr Roger Barnett.


Ok, we're ready for the next awards, the New Rank Promotion - Master Coordinator and the New Rank PV - Month.


Bersalam dengan Victor Lim, President Shaklee Malaysia.


On stage.


Maria menerima jambangan bunga daripada Mr Bardford Richardson, President Shaklee International.


Bersama CEO Shaklee, Mr Roger Barnett dan orang-orang kuat Shaklee di atas pentas.


Alhamdulillah, kami bersyukur atas segala nikmat dari Allah. 


Gambar kami yang di'frame'kan.


Bunga matahari yang mekar, semekar kegembiraan dan kesyukuran di hati kami :)


Firdaus dapat kalungan bunga lagi. Terbaiikk!!


Happy sampai nak terbang ke Abang? Hehe..


Abang takleh terbang, bagi Farees je lah terbang..


Alhamdulillah, I'm a proud Working-At-Home-Mom. 
I'll always do the best for my family and my business.


Bersama rakan-rakan seperjuangan, Master Iffa & Master Kak Gee.


Masa ni Fateh dah penat duduk dalam dewan and showed his tantrum. So terpaksa bawa jalan-jalan di luar dewan. 


Bersama 'anak' Shaklee kami, Kak Asnita & Family yang sanggup datang dari Johor Bharu. Juga Salwa dari KL.


InsyaAllah, I'll be a Presidential Master in 2015. Amin.


Award seterusnya..ini yang paling kami seronok, bukan kami saja yang layak dapat award. Malah anak-anak didik kami juga. Inilah barisan MFMS Empire team members yang layak mendapat Car Bonus Achievers. Best kan Shaklee bagi extra bonus untuk bayar duit kereta kita. 

Congratulations to all of you!! 

Dari kiri: Kam Haryatie & Abg Hafiz, Arham & Faeza (masih dalam pantang pun sanggup datang ambil award. Bawa baby naik pentas lagi tu, hebat!!), Syakila & Muza. 


Congratulations Affni & Yusrie, dan Adni Harlina & Mel Azren. 

Sebenarnya ada 3 lagi anak didik kami yang turut qualify Car Bonus tapi tak dapat hadir ambil award, iaitu Kak Marlina, Mohd Taufiq dan Mazni Azmi.


We are the Car Bonus Achievers!! Well done!!


ALL THE MASTERS TO BE!


We're the Millionaires in Shaklee!!


Posing lagi..


With my family..


InsyaAllah, National Conference 2015, gambar kami pasti ada untuk Presidential Master Award!!
PERCAYA SEBELUM BERJAYA!! Amin. 

Mohon para pembaca doakan kejayaan kami seterusnya yer..

Alhamdulillah, selesai Hari Pertama National Conference dengan 5 awards.
Ada lebih banyak gambar-gambar menarik pada Hari Kedua DI SINI (SILA CLICK) yer.. Jemput baca..

Thanks for reading!! :)

~PRESIDENTIAL MASTER TO BE MARIA FIRDAUS~
Founder of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Team in Malaysia!!


11 Awards Dalam Genggaman Kami!! - Part 2

$
0
0
By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Ini adalah sambungan dari entry PART 1 (Sila Click).

Syukur Alhamdulillah, ini adalah kisah hari kedua National Conference Shaklee pada 8 June 2014.

Majlis sebenarnya telah bermula pada awal pagi, tapi sessi award kami hanya pada belah petang. Dan belah malam pula ada Glitter Nite Gala Dinner. Memandangkan sessi harini sampai malam, maka Farees dan Fateh tak ikut, tinggal dengan Bibik dan Wan di Keramat.

So jom layan gambar-gambar ni pula..


On the way nak pergi lunch di Sunway Pyramid


With my sister, Master To Be Kam Haryatie.


Bersama anak-anak didik kami dalam MFMS Empire.


Perut dah kenyang, sementara tunggu event start kita posing dulu!! 


Lepas amalkan diet sihat plus Set Slimming Shaklee sejak 8 April 2014, Firdaus dah berjaya turun hampir 10kg. Dah nampak kurus sikit. Good Job Abang!!


Wah wah, President Shaklee Malaysia, Victor Lim pun dah jadi geng kita ni..Heheh..


Shaklee is the Bestt!!


With one of my great mentors. 
Presidential Master Shariza and Presidential Master To Be Kam Maria :)


Para hadirin dah mengambil tempat duduk untuk sessi petang. 


Terbaik!!


Bersama anak-anak didik kami yang turut dapat award harini, Syakila & Syita from Kulim.


Dengan rakan seperjuangan, Master Herni. 
Beliau ialah Ex-Nurse yang pernah hampir-hampir buat keputusan nak berhijrah ke Arab Saudi untuk mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Syukur beliau bertemu dengan bisnes Shaklee sebelum buat keputusan itu Kini beliau menjadi Working-At-Home-Mom dengan income hampir 6 angka setiap bulan. 


With my mentor, Presidential Master Laila (Ex-Engineer), dan rakan seperjuangan Master Zura (Ex-Lawyer). Mereka kini adalah pemegang income 6 angka sebulan bersama Shaklee. 

Now all of us are proud Working-At-Home-Mom (WAHM). InsyaAllah, Maria juga akan menjejak kejayaan mereka sebagai pemegang income 6 angka sebulan so soon. Amin.


Bersama rakan seperjuangan lagi, Master Ani. Bekas guru yang kini turut menjadi WAHM bersama Shaklee. Beliau pernah buat keputusan untuk berhenti daripada bisnes Shaklee selepas 6 bulan, kerana beliau rasa macam tak dapat ada apa-apa kejayaan waktu itu. 

Syukur Alhamdulillah berkat mendengar kata mentor, beliau bertukar fikiran untuk tetap meneruskan bisnes Shaklee, dan alhamdulillah selepas 2 tahun beliau berjaya juga menjadi Master Coordinator dan kini menjana pendapatan 5 angka sebulan.

Winners Never Quit. And Quitters Never Win!!


With my beloved sister, Kam Haryatie. Still working as a full time System Engineer, tapi dah pun berjaya memegang income 5 angka sebulan bersama Shaklee. Jadi walaupun hanya berbisnes part time dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil, itu bukan alasan untuk beliau berjaya. Bakal Master Coordinator tak lama lagi. 
Let's do the best and Allah will do the rest!!


Gambar poster yang diambil di luar dewan.


Awards for this round. 4 awards combined together.


Sedang beratur untuk ambil award.


We're on stage again.


Group photo bersama para penerima anugerah.


Alhamdulillah, anugerah ini milik kami:-
1. Leadership Consistency - 21% Achiever
2. Business Growth - New Rank Achievement
3. Business Leader Development
4. Business Group Volume Growth



Bersama rakan seperjuangan Presidential Master Iffa dan suami beliau. Both are Ex-Engineers. Kini turut menjalankan bisnes Shaklee secara fulltime dan menjana pendapatan 6 angka sebulan. 

Saya tersangat kagum dengan semangat Master Iffa yang pernah diuji oleh Allah dengan penyakit yang menyebabkan beliau terpaksa ditahan di hospital berbulan-bulan. 
Tetapi beliau telah membuktikan, itu semua bukan alasan untuk beliau berjaya dalam Shaklee. 


Ok. beratur untuk next awards pula. 


Bagusss...


We're are the Top 10 Achievers!!


Alhamdulillah, we're the recipient of Top 10 New Business Leader Breakaway Award and 
Top 10 Income for New Business Leaders.


Next is sharing from the Shaklee CEO, Mr Roger Barnett. Masa ni beliau tengah share tentang sabuah keluarga di USA yang telah masuk generasi ke-5 sebagai pengguna Shaklee dan pewaris bisnes Shaklee. 

Ini kerana produk Shaklee telah terbukti berkesan sejak tahun 1950-an di USA. Inilah bukti kekuatan bisnes Shaklee yang kami sekeluarga yakini. 


We have been part of the Shaklee Effect. 
HEALTHIER, WEALTHIER AND HAPPIER WITH SHAKLEE!!
How about you?


Alhamdulillah, selesai menerima 5 awards pada hari semalam, dan 6 awards pada hari ini. Cukup jumlahnya 11 awards. Sekarang giliran melihat anak-anak didik kami pula terima award. 


Bersama team Empayar Maria Firdaus yang menerima anugerah Business Growth Achievement
Mereka semua telah pun berjaya mencapai income 4-5 angka sebulan bersama Shaklee.
Congratulations to all!!


Sebahagian ahli-ahli Empayar Maria Firdaus yang menerima anugerah di atas pentas. Siap bawa baby lagi atas pentas. This is our family business. So let's celebrate with our family!!

Itu pun ramai yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Kalau semua dapat hadir mesti lagi meriah. 


Acara terakhir, persembahan daripada Faizal Tahir!!

Gemuruh Jiwa.. Semangat Membara..
Dari Puncak Ingin Ke Angkasa..
Berkalungkan Bintang Berkelipan..
Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa..

Yes..we will be The Best Among The Best!!


Bersama anak-anak didik kami dalam Empayar Maria Firdaus yang kami sayangi..


MFMS Empire "The Most Happening Shaklee Team in Malaysia"


You are the best!!


Inilah dia Photographer kami, Zufar Najib. Thanks for your great service!!

Kalau anda berminat nak dapatkan khidmat photography yang terbaik daripada beliau, please visit his page : ZNPhotog


Kami panggil gambar ni team "Abang Bomba". Hanya mereka yang berada dalam salah satu group WhatsApp MFMS team saja yang faham kenapa. Hihi..


All the sweet ladies in MFMS team..


Posing lagi..Macam pengantin baru pulak rasa..Hihi..


We're the Master Coordinator!!


With Master Coordinator To Be!!


Kami adik-beradik memang suka bergambar sejak dulu lagi. 
Macam-macam aksi nak buat. Hehe..


Gambar lagi dan lagi..


With my inspiration, Presidential Master Laila. Next year, both cheques akan ada nama kami pula. InsyaAllah. Pasti Boleh!!


With Mr Roger Barnett!! (Gambar je..hehe)


See you in next year National Conference!!


Selesai sudah event National Conference. 


Posing lagi..


Tengok siapa tu??


Tengok sayalah!!


Chakkk!!


Last photo of the day. Orang pun tengah siap-siap kemas dewan. 
Ready for the Glitter Nite Gala Dinner pula!!


Syukur Alhamdulillah, inilah semua awards dari Shaklee yang kami terima selama 2 hari ini. 

Kami yakin, ini hanyalah permulaan kepada sebuah kejayaan yang lebih besar. 
Tahun depan, kami yakin lebih ramai anak-anak didik kami akan berjaya mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik, dan berjaya mendapat pelbagai awards daripada Shaklee.

InsyaAllah itulah tanggungjawab kami dan apa yang kami impikan. Berjaya bersama anak-anak didik kami. 

Sememangnya tiada jalan pintas untuk berjaya. Usaha bersungguh-sungguh, konsisten dan ikutlah jejak langkah mereka yang telah berjaya. InsyaAllah, kita juga akan berjaya bersama-sama. 

Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana saya bermula dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU berbisnes, anda boleh baca kisah pengalaman sebenar saya yang diabadikan dalam EBOOK PERCUMA.

Jemput baca di sini: 



With Love,
~PRESIDENTIAL MASTER TO BE MARIA FIRDAUS~
Founder of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Team In Malaysia

Jika anda rasa entry ini dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon tekan LIKE Button di bawah. Terima kasih.

Glitter Night Gala Dinner!!

$
0
0
By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai event Shaklee National Conference pada 7 dan 8 June 2014 yang lalu. Hari bersejarah buat kami kerana telah dianugerahkan 11 awards oleh Shaklee sempena pencapaian sepanjang cycle Mar 2013 - Feb 2014.

Kisah sepenuhnya boleh baca di sini yer:-

National Conference 7 June 2014 (Sila Click)
National Conference 8 June 2014 (Sila Click)

Pada sebelah malam selepas anugerah, 8 June 2014, Shaklee menyediakan Dinner khas untuk meraikan semua penerima anugerah. Best kan?

Jom kita layan gambar-gambar Glitter Nite ni pula :)


Invitation Card to the Glitter Nite Gala Dinner.

Free room at Sunway Resort and Spa, sponsored by Shaklee for my Sister, Kam Haryatie.

Shaklee bagi my sister 1 bilik free Sunway Resort and Spa untuk 2 malam sebab cukup Local Travel Point. Kami pulak tak dapat free room sebab tak cukup Point. Semua Travel Point kami dah digunakan untuk 3 free trip USA bulan August 2014 nanti. Jadi kami stay di rumah Mak Maria di Taman Keramat je. 

Alhamdulillah, kami dan beberapa geng MFMS beramai-ramai tumpang bilik Kak Lang untuk bersiap dinner pula. Thanks Kak Lang sebab bagi tumpang!! 


I'm ready for the Dinner!! Dah nama pun Glitter Nite kena la berkelip-kelip bajunya kan..Hihi..
Oh ye, sebenarnya Maria pakai baju lama jer ni. Inilah "baju kahwin yang tak jadi". (Haa?!!). 

Hihi. Jangan terkejut. Sebenarnya Maria buat baju ni masa sebelum kahwin (tahun 2006), kononnya nak pakai masa kahwin dengan Firdaus lah. Tapi tak jadi pakai, sebab last2 pakai baju sewa pulak. 

So first time pakai baju ni masa jadi pengapit Kak Lang kahwin, masa kenduri sebelah pengantin lelaki pada 2007 (Kami kahwin serentak, Double Celebration). So dah 7 tahun dah usia baju ni, tapi masih boleh pakai lagi tau. 

Maria tau, tak ramai wanita yang masih boleh pakai baju kahwin lepas dah beranak pinak kan, sebab kebanyakannya 'alignment' dah lari. Huhu. 

Tapi syukur Alhamdulillah, inilah penangan ambil Shaklee sejak selepas bersalin. Maintain slim macam anak dara (berat masih sama macam masa kahwin ok), walaupun dah anak dua. Hihi. Oh I'm in love with Shaklee!! :)


Dewan Award siang tadi dah berubah jadi dewan Dinner.


Full House!! Amboi masing-masing sibuk upload photos kat Facebook la tuuu..


Maria Firdaus Together Forever. Amin :)


With Master To Be Affni & Master To Be Kam Haryatie.


One of my great mentor, Master Ira. Kecil-kecil cili padi ni. Ex-Petronas Engineer yang dah pun resigned  dan jadi Working-At-Home-Mom, baru berumur 30 tahun tapi income dah cecah 6 angka sebulan. Hmm terbakor..I'll follow you so soon dear..


Chinese Set Menu!!


Perarakan tanda bermulanya sessi Makan Malam. 


Dah nama pun Chinese Set Menu. So memang banyaklah set nya. Ini set pertama. Apa bendanya yang cantik sangat ni pun tak tau. Makan aje lah. Sedap juga. Hehe..


Set kedua, ayam plus kerabu mangga.


Set Ketiga, gambar mangkuk besar lupa pulak nak snap, gambar mangkuk kecik je ada.  


Set Keempat, ini bapakk ikan nihh. Hihi.


Set kelima, ada udang galah lagi tu..


Set keenam, mushroom pula..


Set ketujuh. Aduhai..semua orang perut dah penuh baru nasik sampai, so memang tak habis lah. Sayang je tengok, membazir kan. Kalau lah boleh tapau bawak balik ni, boleh makan nasi goreng untuk breakfast esok pagi..hihi..Tapi takleh la pulak..hmmm..

Set kelapan, ada dessert. Tapi sebab dah kekenyangan, sampai lupa nak amik gambar...



Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki. Ini muka orang kekenyangan, Firdaus pun sampai dah kena bukak coat tu..


Selesai sudah event dinner. Jom bergambar atas stage pula!! These are the MFMS Team members yang dah dapat award siang tadi. Kami sayang anda semua :)


Ambil Aura Presidential Master again :)


Us! :)


Sebelum balik, sempat jumpa dengan my ex-schoolmate di MRSM Jasin, Tuty. Lama tak jumpa. Rasanya last jumpa pun masa SPM tahun 1999. Alhamdulillah, Shaklee menemukan kami semula. 

Selesai sudah event Shaklee yang paling bersejarah dalam hidup kami. Bermula dengan Exclusive Dinner with CEO Shaklee, Roger Barnett pada 6 June 2014 (click kisah DI SINI), kemudian National Conference pada 7 June 2014 (clickDI SINI) dan 8 June 2014 (click DI SINI), dan diakhiri dengan Glitter Nite Gala Dinner ini.

Sesungguhnya kami bersyukur kepada Allah atas segala penghargaan daripada Shaklee ini. Kejayaan ini bukanlah dari hasil usaha kami sahaja, tapi berkat doa dari semua terutama ibu bapa kami dan sahabat-sahabat semua.

Sekarang masa untuk terus berusaha dengan lebih baik. Demi kejayaan yang lebih besar, bukan hanya untuk kami, tetapi juga untuk semua orang yang penting dalam hidup kami dan semua anak didik kami dalam Empayar Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS).

Mohon semua pembaca doakan kejayaan kami yer. 

Mudah-mudahan kita semua Kaya, Berjaya dan Bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Wassalam. 

Thanks for reading! :)

Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca Mariafirdaus.com.my? Mudah-mudahan anda semua sentiasa sihat bersama keluarga tersayang.

Cakap tentang kesihatan, tentu kita biasa dengar masalah KOLESTEROL TINGGI di kalangan keluarga dan rakan-rakan kita kan?

Hmm..jangan ingat orang berlebihan berat badan saja yang ada masalah kolesterol. Sebenarnya, orang kurus pun boleh ada masalah kolesterol tinggi juga tau.

Tapi sebelum tu, jom kita belajar lebih lanjut tentang kolesterol ni.

Apa itu Kolesterol?
Kolesterol adalah bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan semua sel-sel badan kita.
Kolesterol ni sebenarnya komponen tubuh yang sangat penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

2 Sumber Utama Kolesterol
Haa, yang ni mungkin ramai antara kita yang tak tahu. Kolesterol boleh dihasilkan secara semulajadi oleh HATI kita. Tapi ia juga boleh didapati dari MAKANAN harian kita.

Jumlah kolesterol yang kita makan akan menentukan paras kolesterol dalam darah kita yer.
Kalau tinggi sangat kolesterol dalam darah, itulah yang macam-macam masalah kesihatan yang jadi, contohnya sakit jantung dan stroke.


 Apa?? 6 Juta Rakyat Malaysia tinggi kolesterol??!! Adakah kita dan keluarga kita termasuk dalam golongan ini? 

Jenis-jenis Kolesterol:
1) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol 'JAHAT. 
LDL yang tinggi dalam darah akan membentuk 'plak' yang menyumbat dan menyekat aliran darah. Inilah yang selalu menyebabkan serangan jantung dan stroke.

2) HDL (High Density Lipoprotein) - Kolesterol 'BAIK'
HDL pula membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Jadi HDL ni untuk 'membersihkan' salur darah.

Sebab itulah, kita perlu ada HDL yang TINGGI dan LDL yang RENDAH. 


Inilah rupanya salur darah kita kalau paras kolesterol kita pada paras tak sihat. Ia akan menutup sebahagian saluran darah kita menyebabkan perjalanan darah tak lancar. 
Masalahnya, ramai orang tak kisah sebab kita tak nampak. Tapi apa kesannya bila salur darah dah jadi sempit macam ni??!!


Kolesterol tinggi boleh meninggikan risiko SAKIT JANTUNG!! 


Kalau kita tinggi kolesterol, risiko serangan jantung meningkat 15.6%, dan angin ahmar meningkat 11%.

Kami pun ada pengalaman ahli keluarga atau rakan-rakan, di mana mereka tak pernah tau pun mereka ada sakit jantung. Tiba-tiba je kena serangan. 
Yang paling menyedihkan, bukan orang berumur saja, tapi ada yang masih muda dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kasihan kepada keluarga yang ditinggalkan...


Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, menyebabkan penyakit hati berlemak, hormon tak seimbang dan ketidaksuburan. Sungguh banyak kan kesan buruk dari masalah kolesterol tinggi ni. Itu pun masih ramai yang tak kisah dengan tahap kolesterol mereka. 


Faktor-faktor penyebab tinggi kolesterol.


Haa..ini kan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Nyum..nyum sedap sungguh. Tapi cuba tengok jumlah kolesterol yang ada dalam setiap makanan yang berlemak dan berminyak ni. 

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol  kurang dari 300mg sehari yer. Bagi yang ada penyakit jantung pula, kena hadkan kepada kurang dari 200mg sehari saja. 


Tapi kalau kita jenis yang biasa makan makanan ni setiap hari, tentu kita tak sangka yang kita dah ambil 3 kali ganda lebih banyak daripada jumlah kolesterol yang selamat diambil setiap hari!!

JADI JOM BERTINDAK HARI INI!!


JOM ATASI MASALAH KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL!!


Apa itu Fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai STEROL dan STANOL TUMBUHAN) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buahan, sayuran, kekacang, bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.


Lebih 80 kajian klinikal telah diterbitkan dalam penerbitan saintifik tentang keberkesanan dan keselamatan fitosterol.


Jumlah yang disyorkan diambil ialah 2000mg fitosterol sehari.


Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolesterol. 


Bila kita ambil Fitosterol ni, ia akan bersaing dengan Kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman kita. 

Hasilnya? Kolesterol tak boleh diserap, dan akan disingkirkan bersama-sama Fitosterol. Maksudnya, bila kita ambil lebih banyak Fitosterol, maka makin kuranglah Kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh. Dan makin tinggi lah peluang untuk kita turunkan paras Kolesterol "Jahat" iaitu LDL. 


Antara kajian yang telah dijalankan. 

Jadi, macam mana kita nak dapatkan FITOSTEROL NI??


Kita boleh makan semua ni setiap hari, semata-mata untuk kurangkan kolesterol dalam badan. Tapi sanggup ke? Saya tak sanggup!! Hihi.. Tapi, jangan risau, sekarang dah ada cara yang mudah!!


Tara...Sekarang kita dah boleh dapatkan sumber Fitosterol daripada PHYTOCOL-ST, produk terbaru dari Shaklee yang dilancarkan pada June 2014!!



Ia dirumus khas daripada beberapa jenis fitosterol tumbuhan, termasuk minyak tall, dan membekalkan 100% jumlah Fitosterol yang disarankan setiap hari.


Jangan risau, semua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia semestinya disahkan halal oleh Islamic Services of America yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sila click di sini untuk details yer: STATUS HALAL SHAKLEE


Bila masa yang terbaik untuk ambil PHYTOCOL-ST? 
Dos yang dicadangkan ialah 2 tablet 2 kali sehari sebelum makan yer. Jadi sebelum kita nak makan roti canai ke, nasi lemak ke, mee goreng mamak ke, kita dah ready siap-siap sebelum kolesterol 'jahat' tu diserap dalam badan :)

PHTOCOL-ST ni sesuai untuk yang dah ada kolesterol tinggi saja ke?
Oh tidak! Sebenarnya sebelum kolesterol kita jadi tinggi lah kita kena jaga-jaga kan. Takkan nak tunggu tiba-tiba dah kena sakit jantung atau stroke baru nak jaga kesihatan. 
So PHYTOCOL-ST ni memang sesuai untuk sesiapa saja yang mementingkan kesihatan.

InsyaAllah, dalam next entry Maria akan share testimony pengguna yang dah pun merasai keberkesanan PHYTOCOL-ST ini dalam menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Stay Tuned!!

Kalau anda berminat nak dapatkan PHYTOCOL-ST ini, boleh hubungi Maria yer.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelekat Yang Kaya Di Dunia & Akhirat

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya terjumpa kisah menarik ini daripada Facebook Dato Haji Roslan Ab Hamid. 

Semoga kita sama-sama ambil manfaat daripada kisah benar ini.

---------------------------------



LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

------------------------------

Jika anda rasa kisah ini boleh memberi manfaaat kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon tekan LIKE button di bawah. Semoga kita dapat memanjangkan lagi pencen kubur ini. Amin.

Wassalam. 
Viewing all 919 articles
Browse latest View live