Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Al-Quran Tagging Yang Colourful Dan Cantik!

$
0
0

By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog kami yang Muslim. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua. 

Just nak share, bulan lepas Maria ada terjumpa iklan pasal Al-Quran tagging ni. Nampak menarik sangat sebab colorful dan ada tagging ayat-ayat sekali. 


So memandangkan dah lama sangat tak beli Al-Quran, dan Al-Quran yang Maria guna sekarang ni takde colorful, Maria pun orderlah satu thru online. 


Alhamdulillah. Dah sampai pun Al Quran Tagging yang Maria order. Maria pilih size A5, color Turqoise. Ada size A4, A5 & A6. Ada jugak banyak color lain available yang kita boleh pilih. 


Memang puas hati sangat. Colorful macam nota study Maria masa zaman muda dulu-dulu. Maria memang suka benda yang sweet dan colorful camni. 

Cantik, menarik, tertarik pada mata nak membacanya. Hehe 😍

So ni kira rewards untuk diri sendiri lah sempena Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah. 


Ni contoh tagging.


Lagi contoh tagging. Best kan?


Ada 150 tagging ayat kalau tak silap. 


InsyaAllah mudah-mudahan Maria lebih bermotivasi nak istiqomah baca Al-Quran + Tafsir setiap hari. Bukan masa bulan puasa je yer! (Serious reminder untuk diri sendiri 😅😂).

So kalau anda berminat, boleh je search mana-mana seller kat online. Ramai dah orang yang jual Al-Quran tagging ni. Maria tak jual yer. 

Jom hidupkan Al-Quran dalam jiwa kita sefamily! 💪 InsyaAllah. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 919