Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Khat Untuk Rumah
Untuk rumah saya, ada beberapa tempat yang saya letakkan khat dalam rumah.
Ada orang tanya saya, di mana saya beli khat khat ini.
So, sekarang meh saya share contoh contoh khat dalam rumah dan kat mana saya beli. Semoga ia dapat bantu anda yang mencari Khat Untuk Hiasan Dalam Rumah.
Ni Asmaul Husna. Saiz dalam 7 kaki lebar dan 3 kaki tinggi. Masa saya beli ni, harga kalau tak silap RM300 tanpa frame. Frame ni saya guna kayu saiz 2"x1" sahaja. Boleh buat sendiri. Senang ajer, tapi tak mudah. Since saya banyak ada pekerja, so senang la. Mereka tolong buatkan.
Allah Muhammad. Setiap satu RM150 tanpa frame. Khat ni saiz 2' x 2'. Frame tu saya pasang sendiri jer. Tentera kan ramai. Suruh ajer pekerja buat.
Buat nama untuk anak, Fateh satu. Farees satu. Fawwaz satu. Sekali frame, saiz 1' x 1'.
Farees Fateh Dan Fawwaz
Ni custome made. Design nama kami. Bubuh nama Maria Firdaus kat dalam bilik tidur. Saya tak berkenan design ni, tapi Maria suka. So, saya ok ajer la. Harga sekali frame RM600 termasuk custome design.
Ni yang terbaru. Saya minta dia designkan. Saiz 50" x 70". Harga sekali dengan frame adalah RM800 termasuk postage.
Produk Produk Lain Yang Beliau Jual
Kalau anda nak tengok produk produk lain yang beliau jual, boleh lawat page FB mereka di SIMPLY KUFI KANVAS. Hubungi nombor phone ni yer : 0173020010
Asmaul Husna macam rumah saya punya. Cuma saiz berbeza.
Boleh tempah nama kita. Beliau akan design dan print untuk anda.
Boleh buat hadiah kahwin kenkawan, boleh buat hadiah untuk guru dan macam macam lagi.
Custome made design.
Hadiah birthday member pun boleh. Ada ke yang nak bagi untuk hadiah birthday saya. Huhu... Baru terlepas 6 June yang lepas. Sob sob sob...
Bismillahirahmanirahim
Khat yang ada.
Allah Muhammad
Ar Rahim
Ayat seribu dinar
Allah Muhammad
Ni nombor phone dan kontek kalau anda nak tempah khat di atas.
Khat Lain Dalam Rumah
Ni saya letak di ruang tamu rumah saya. Saiz 8 kaki lebar x 3 kaki tinggi. Harga RM1500. Saya beli di FB Top Khat. Harga mahal sket berbanding saya beli di Simply Kufi Kanvas.
Cumanya, saya tengok dari segi kualiti kanvas, yang Top Khat ni lebih berkualiti sket. Kain kanvas dia berkilat sikit. Tapi harga dia pun berkilat gak la.
Nota Kaki : Pemerhatian saya, kebanyakan khat kanvas di Top Khat lebih mahal. So, korang pepandailah cek dia punya website. www.topkhat.com
Ni pulak saya tempah wall paper. Gambar kaabah. Ada di ruang makan rumah saya. Harga sekali installation dalam RM800. Saiz 9' lebar x 6' tinggi.
Asalnya gambar ni. Tapi mak saya tak suka. Apa kan daya... Tukar terus dengan gambar kaabah. Sob sob sob.... Tak per la. Redha mak tu lagi mahal dari gambar ni.. Kalau gambar cantik tapi mak tak suka nak buat apa.
Ada kawan saya kata, "Hang patut boh gambar mak hang besar besar sini.. Mesti dia suka.. Ni bubuh gambar hang tak bubuh gambar dia...."
Miakaka. Pandai kawan saya buat lawak.
Oklah. Ini sajalah sharing saya kali ni. Semoga dapat membantu anda yang sedang mencari khat untuk hiasan dinding rumah anda nanti.
Kalau berminat, jangan PM saya. PM mereka yer.
Saya sekadar bantu rakan rakan seperjuangan yang buat bisnes sahaja. Semoga bisnes mereka semakin maju dan untung banyak. Moga boleh banyak lagi bayar zakat.
Wassalam.
Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others