Assalamualaikum,
Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup anda yang membaca blog ini.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.
Personal Shopper IKEA UTARA - Parit Buntar - Penang
Baru baru ni, saya nak beli barang di IKEA. Tapi tak muat nak bawa balik barang ke rumah sebab barang besar.
Then teringat kat kawan saya di Parit Buntar yang buat servis Personal Shopper IKEA area Utara.
Then saya pm tanya boleh tak belikan barang saya di IKEA.
Alhamdulillah. Boleh.
So, dipendekkan cerita. Saya share sikit mengenai servis kawan saya ni.
Dia dan kawan kawan yang lain, akan share sewa satu lori dan lori ni akan digunakan untuk angkut barang dari IKEA KL ke arah utara.
Harga yang mereka tawarkan bagi saya agak berpatutan. Servis caj serendah RM3 untuk satu barang dan boleh pergi sehingga RM150 untuk satu satu barang. Semuanya bergantung kepada saiz barang yang kita tempah tu.
Bagi saya, untuk mereka yang tak banyak nak beli barang, boleh tempah macam ni. Simple.
So, since servis kawan saya ni bagus. So saya nak rekeman kepada anda yang perlukan servis ni.
Contoh barang yang ada. Mereka cuma ambil servis caj sedikit sahaja. Sangat berpatutan.
Rak hiasan ini hanya RM199 sahaja termasuk kos upah bawa ke sini.
Barang barang lain
Laundry basket
Rak hiasan
Tempat simpan plastik dalam rumah
Gantung baju
Rak. Basically, anda boleh search apa barang yang anda nak beli di Ikea online. Then anda pilih Code Product then berikan code kepada mereka. Nanti mereka akan belikan untuk anda.
Nah, hambik. Selori barang IKEA penuh. Tapi saya punya meja ajer.
Macam saya, pergi IKEA then tengok barang ni. Tapi tak boleh bawa. So, bagi ajer code kat dia orang. Dia boleh belikan.
Dah siap pasang di rumah. Alhamdulillah.
Personal Shopper Ikea Utara - AKMA - 011 3361 0299
Sekian. Wassalam