Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.
Cara Tanam Rumput Jepun
Hari ni saya nak share dengan anda cara tanam rumput Jepun di halaman rumah.
Dulu, saya dah tanam rumput Jepun dihalaman rumah sendiri.
Kali pertama saya buat, tak masih tak reti.
Boleh baca pengalaman saya di sini :
Kali ni saya nak share pasal buat landscape di luar kawasan rumah saya.
Untuk makluman, rumah saya tepi jalan raya utama.
Dan di tepi jalan tu ada ruang yang pihak majlis tanam rumput yang macam semak mata memandang.
Saya plan nak tanam pokok dan juga rumput, tapi nak bagi cantik nak kena bagi ada macam bukit bukit sikit.
Saya dah try dua kali untuk buat, tapi tak jadi. Since dah tak nak sakit hati, saya panggil terus orang yang pakar untuk buatkan. So ini cara yang saya tengok mereka buat.
Mula mula, untuk jadikan bukit ni cantik, tipsnya bukit kena LANDAI. Jangan bagi curam. Ratakan tanah merah dahulu sehingga jadi bukit yang landai.
Then tanam pokok kat tengah dahulu
Lepas tu, masukkan pasir halus di atas tanah merah. Dah bubuh, kena ratakan cantik cantik. Sangat penting untuk meratakan dengan baik sebab nak pastikan rumput nanti akan tersusun dengan kemas.
Saya tengok, Cina ni ratakan pasir guna kayu dan tangan sahaja.
Anda dah boleh nampak rupa bukit tu kan... Kat pokok tu macam tinggi sikit
Dah siap meratakan pasir, next step mula tanam rumput pula. Anda tengok ditangan Cina tu ada kayu, kayu tu la yang dia pakai nak ratakan pasir.
Anda tengok, dekat pokok tu ada bulatan. Saya nak bubuh batu kat situ sebab tu ia ditinggal kosong. Saya tanam rumput Jepun saja. Tanam terus bagi penuh.
Teruskan perjuangan, susun rumput karpet ni rapat rapat
Dah hampir siap
Beginilah ghupanya bila dah siap. Pokok ditengah tu adalah pokok Jejawi.
Ok, buat untuk tempat kedua pula. Kawasan sini lagi besar berbanding tempat tadi.
Ratakan pasir dikeseluruhan kawasan untuk memastikan rumput nanti cantik bila disusun.
Beginilah ghupanya. Ada dua bukit. Anda boleh tengok dibelakang tu, rumput Jepun yang saya dah tanam 4 bulan lepas. Sekarang dah jadi sangat cantik. Hehe. Siap ada nama MARIA FIRDAUS kat depan pintu pagar.
Rumput pulak tak cukup, nanti kena beli lagi dan tambah bagi siap.
Sekian saja laporan cara menanam rumput Jepun dengan betul.
Kalau anda nak beli rumput Jepun murah, boleh tengok di link kat atas tu.
Harga yang saya dapat adalah RM1.40 untuk sekaki persegi.
Anyway, upah untuk buat bukit, tanam rumput dan pokok untuk keluasan diatas ni adalah RM500. Pokok dan rumput saya beli sendiri.
Memang agak mahal, tapi nak buat macam mana, saya cuba buat sendiri tak jadi. So, kenalah panggil pakar untuk buat.
Harga pokok bonsai Jejawi diatas adalah RM130 untuk satu pokok. Saya beli di Sungai Buloh. Rumput pula RM2.80 untuk 2 kaki persegi.
Oklah, sekian sharing hari ini.
Wassalam
Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others