Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
MARESMART CHARITY RUN 2.0 2017
Di MRSM Taiping, sekarang ini mereka dah start menjalankan Projek Emas Hitam. Dalam projek ini, guru akan memilih 40 orang pelajar berbakat dalam bidang kepimpinan, sahsiah, akademik dan sukan untuk join projek ini.
Matlamat projek ini adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan, daya fikir yang tinggi dan pendek kata, ia adalah persediaan untuk menjadikan pelajar ini seorang yang hebat satu hari nanti.
Dalam program ini, mereka ada 15 tugasan kesemuanya yang perlu disiapkan dalam tempoh 1 tahun.
Salah satu daripadanya, "Anjurkan program kebajikan peringkat Daerah Larut Matang Dan Selama"
So, dari hujung tahun lepas mereka para pelajar ni dah buat persiapan untuk program ini. Semua urusan 100% diurus oleh pelajar. Guru hanya penasihat sahaja.
Bayangkan ini baru salah satu tugasan mereka. In total mereka akan 15 aktiviti / tugasan yang perlu disiapkan.
It's not easy. It's tough. But it is good for them.
Sebagai tanda sokongan kepada mereka, saya join larian ini.
Lari 10KM
Last saya lari 10km pun rasanya 2 tahun lepas. Untuk tahun ini, kali pertama dan terakhir saya jogging pun minggu lepas. 5 km. Masa yang diambil 40 minit.
So, untuk larian 10km ni mereka bagi Cut Off Time 1 jam 20 minit. Kalau lari habis 10km dalam tempoh 1 jam 20 minit baru akan dapat medal.
Perghhh...
Saya pernah lari 10km dua kali. Tapi dua dua kali ni saya buat catatan masa 1 jam 40 minit. So, kali ni nak buat catatan masa 1 jam 20 minit agak mencabar. Dah la saya lama tak jogging.
Apa pun, let's try.
Awal pagi, jam 7:45 pagi. program dimulakan dengan senaman ringan dahulu
Total peserta yang join program kali ini lebih dari 1000 orang. Bagi saya THEY DID A GREAT JOB!!!
Get ready di tempat permulaan....
Yang join kategori 10km ada dalam 100 orang lebih. Yang lain join larian yang pendek sikit.
Saya dengan Dr Adzhar. Jom kita lari...
Weiiiiiiiiii... Dia tak cakap pun nak kena lari naik bukit..... Nak nangis weiiii....
Memang dah nak kena nangis pun....
Jalan ajer la kat sini... Baru 3km. Dah semput.. Huhu.. macam mana ku nak lalui lagi 7 km ni...
Ok, masuk jalan landai balik.... Bermula untuk lari tepi taman tasik.
Lari lari.. kita lari....
Pemandangan yang sangat cantik.... Saya ni sambil lari, sambil ambil gambar. Hehe...
Baru 5km. Kaki rasa macam dah nak tercabut
Ni masalah utama masa lari kali ni. Ramai sangat student pompuan yang join. Adoyai. Mahu tak mahu saya terpaksa lari juga depan mereka ni. Takkan nak follow dari belakang. Takkan nak berlenggang lenggok ajer kan.....
Maka saya pun tetiba terpaksa jadi semakin macho... Lari lari walaupun kaki rasa macam dah hilang... Huhu..
Yang best. masa saya lari ada beberapa pelajar yang tegur saya... "Ni Encik Firdaus ke.....?"
Rupa rupanya, mereka bekas pelajar MRSM Berseri. Tahun lepas saya ada bagi talk di sana. Dan mereka ucapkan terima kasih kepada saya sebab kongsi tips dan teknik belajar dengan mereka. Mereka kata sangat berkesan. Alhamdulillah.
Huhu.. Kene masuk Taman Suria pulak. Dah nak habis ni nak kena naik bukit lagi..... Nak nangis....
Alhamdulillah, akhirnya. Saya berjaya tamatkan larian dalam tempoh 1 jam 18 minit. Gila wei.... Rasa macam tak percaya boleh lari laju macam ni.
Dr Adzhar dah training 2 bulan sebelum ni. Catatan masa dia lagi baik dari saya. Dia buat masa 1 jam 12 minit sahaja. Alhamdulillah...
Suke suke suke.. First time join larian macam ni Dr Adzhar.
Usain Bolt
Gaya gigit medal kena buat... Hehe...
Dapat medal.. Dapat pingat.. Dah boleh balik....
Alhamdulillah...
Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan penganjuran mereka. Saya cuba mencari 'lubang-lubang' kesilapan yang mereka lakukan. Saya tak dapat cari.
Saya ucapkan tahniah kepada para pelajar MRSM Taiping dan guru penasihat yang berjaya anjurkan program ni.
Good job. Well done.
Tahun depan kita lari lagi Insya Allah.
Wassalam.
Mohd Firdaus Mat Saad
Ex MRSM Taiping
Ini Bumi Yang Kupijak, Ini Langit Yang Kujunjung