Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Lori Kecil Buat Berniaga Untuk Dijual

$
0
0
Assalamualaikum, 

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya"

Sahabat Nak Jual Lori Berniaga

Untuk pengetahuan anda, saya ada seorang sahabat. Beliau dulu bekerja dan pada November 2014, beliau berhenti kerja untuk buat bisnes.

Disangkakan panas sampai ke peting, rupanya tsunami di tengah hari.

Beliau beli sebuah lori kecil untuk berniaga.

Malangnya, perniagaan beliau merosot dan tidak mendatangkan hasil.

Ditambah pula dengan GST pada April 2015, perniagaan beliau merudum terus sehingga tak mampu nak bayar duit lori ini.

Akhirnya, beliau terpaksa buat keputusan yang sukar iaitu, nak berhenti buat bisnes dan kembali bekerja.

Ini gambar lori yang beliau nak jual.


Pandangan hadapan, lori ini baru di beli pada November 2014.


Masih dalam keadaan yang sangat cantik


Di dalam, plastik kerusi tu pun belum buka lagi. Punyalah owner ni jaga lori dia..


Milegae baru 1533km. Sangat rendah. Sebab tempat berniaga dekat saja dengan rumah dia.


Pandangan belakang lori


Dari dalam lori. Ruang untuk letak barang. Boleh buka ikut tepi, kiri dan kanan.


Yang best lori ni 4WD dan boleh ditukar kepada 2WD.

Terus terang, beliau beli lori ni RM30k. Kemudian, beliau tambah RM4k untuk bubuh body di belakang lori tu yang bahagian atas ( cover ruang berniaga ). So, total beliau dah belanja RM34k.

Beliau nak jual pada harga RM28k sahaja.

Jika anda berminat, boleh terus hubungi nombor ini. 012-4356167.

Anda deal lah dengan dia. Semoga Allah mudahkan urusan anda dan urusan sahabat saya ini yang dalam kesempitan.

Beliau nak bayar duit lori pun dah tak mampu sekarang ni.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Wonderpet - Menolong Rakan Rakan Yang Dalam Kesusahan

Jom Pakat Pakat Share. Mungkin Satu Share Dari Anda Dapat Memudahkan Kehidupan Orang Lain Yang Dalam Kesusahan 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919