Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".
Ruangan Pejabat Untuk Di Sewa Di Ampang Business Avenue, KL
Baru baru ini, saya ke KL untuk bertemu dengan sahabat saya di pejabat beliau. Kami berbincang hal hal yang berkaitan bisnes.
Tempatnya di Ampang Business Avenue, KL.
Bila saya ke pejabat beliau, saya rasa teruja. Saya rasa suka sebab kemudahan kemudahan yang terdapat di pejabat beliau.
Rupa rupanya, di office beliau. Beliau ada sediakan perkhidmatan yang dapat membantu usahawan usahawan baru untuk menjalankan perniagaan.
Antaranya :
Anda boleh sewa 'Virtual Office'. Maksudnya, anda boleh guna alamat pejabat mereka. Ini untuk bagi keyakinan kepada customer kita bila mereka melihat alamat office kita yang nampak macam lebih cun bila ada Ampang Business Avenue. Macam power ajer bunyinya. Tak der la kita guna alamat kampung. Ini untuk bisnes yang perlukan nama office yang gempak tapi running dari kampung.
Juga terdapat ruangan pejabat untuk di sewa. Ada banyak bilik untuk anda sewa. Kali ini anda boleh guna ruangan pejabat terus. Maksudnya anda boleh run terus dari sini. Ini sesuai untuk mereka yang baru nak jalankan perniagaan tapi tak ada pejabat. Anda boleh sewa di sini pada kadar yang sangat sangat murah.
Anda boleh tengok kemudahan kemudahan yang mereka sediakan.
Bila sewa ruangan pejabat, siap ada tempat untuk berjumpa dengan tetamu lagi.
Bila sewa ruangan pejabat ni, kerusi dan meja disediakan. Tinggal anda bawa lap top aja. Dan boleh terus mula berniaga secara online di sini.
Berapa harga sewa secara bulanan? Sangat murah untuk rate KL. Anda boleh hubungi En Zul. 013-2222 473
Ini sahabat saya. En Zul. Call dia kalau anda minat. 013-2222473
Seminar Pelaburan Saham
Selain itu, sahabat saya ini juga ada buat kelas saham. Kelas ini sangat bagus untuk mereka yang masih baru dalam dunia saham. Mereka ajar dari asas sehingga ke Advance.
Sejujurnya, mereka buat kelas pada harga yang sangat sangat murah berbanding ilmu yang mereka kongsikan.
Abaikan tarikh tu. Mereka buat kelas saham hampir setiap bulan.
En Zul merupakan mentor saham.
Bilik Seminar Untuk Di Sewa - Ampang, Kuala Lumpur
Di situ juga, mereka sedaiakan ruangan untuk bilik Seminar yang boleh memuatkan seramai 30 orang.
Ini gambaran asas dalam bilik seminar. Harga yang ditawarkan adalah RM100 sehari.
Gambar sebenar dari dalam bilik seminar. Siap LCD Projector dan juga Whiteboard.
Bagi saya, perkhidmatan yang mereka berikan sangat sangat membantu orang lain yang ingin menjalankan perniagaan.
Semoga sahabat saya ini semakin berjaya dalam perniagaan yang mereka jalankan.
So... Jika anda nak perkhidmatan ini :
1. Sewa Virtual Office
2. Sewa Office
3. Belajar saham
4. Sewa bilik seminar
Anda boleh hubungi sahabat saya ini, En Zul 012-222 2473. Kalau nak murah, sebuat nama saya sket kat dia.. Haha.. Nanti dia bagi diskaun khas untuk anda.
Ala gurau pun tak boleh...
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.
Wassalam.
Mohd Firdaus
"Membantu Rakan Rakan Yang Buat Bisnes"
Sila Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Bantu Rakan Rakan Anda Yang Lain