Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

"Abi Abi.... Harini Saya Naik Kereta Bombaaaaa...." - Farees

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan Allah mudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.

Farees Naik Kereta Bomba

Untuk pengetahuan anda, Farees umur 6 tahun. Sekarang bersekolah di Tadika My Little Genius Khalifah, Taman Sempadan Nibong Tebal. Bersebelahan dengan Parit Buntar.

Saya suka tengok Farees belajar di situ sebab sekolah tu buat banyak aktiviti untuk memperkembangkan minda kanak kanak.

Baru baru ini, cikgu bawa mereka lawat Balai Bomba Nibong Tebal.

Jom tengok gambar gambar mereka di sini. 


Mula sampai di balai bomba.


Siapa jawab betul boleh dapat buku warna....


Ada berapa jenis api? Haa.. Jawab jawab? 


Ada dua jenis api. Satu api baik. Api baik tolong mak masak di dapur. Kedua api jahat. Api jahat bakar rumah orang. Amcam? Kemas tak jawapan tu....


Sessi memakai pakaian bomba...


Pakai topi bomba...


Terus cita cita budak budak ni dah besar nak jadi ahli bomba.. Haha..


Pakai baju kalis api..


Dah habis sessi penerangan, sekarang masa untuk naik kereta bomba..


Semua beratur yer...


Farees dan kawan baiknya, Adam.


Semua orang masuk dalam kereta bomba...


Pintu ditutup.. Siren dibunyikan...


Semua dah bersedia? Jom jalan... Hehe.. Kereta bomba tak jalan pun...


Terima kasih teacher bawa para pelajar ni belajar benda baru... Terima kasih juga abam abam dan akak akak bomba...

Jika anda nak hantar anak anda di Tadika My Little Genius Khalifah. Boleh hubungi Teacher Ana. 012-4476501. Orang Parit Buntar dan Nibong Tebal ajer yer...

Wassalam.

Mohd Firdaus

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919