Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Impian Maria Firdaus Untuk Membina Rumah Idaman

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat kita semua.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Impian Maria Firdaus

Saya rasa semua orang ada impian. Impian untuk memiliki rumah masing masing.

Saya pernah tanya Maria 3 tahun lepas yang mana soalan ini mengubah hidup dia. Nak tahu 5 soalan yang saya tanya Maria tu, sila baca Ebook ini : KLIK SINI.

Salah satu soalan saya tanya Maria, "Sayang nak rumah yang macam mana?"

Dia jawab, "Sayang nak rumah banglo."

Lepas tu saya cakap, "Kalau kerja makan gaji macam sekarang, bila tahun agak agaknya boleh buat rumah banglo sendiri?"

Itu antara titik permulaan macam mana Maria mula buat bisnes.

Selepas 3 tahun, Alhamdulillah. Kami sekarang sedang merancang untuk bina rumah kami sendiri.

Survey Design Rumah

Hehe.. Macam entri saya sebelum ini. Kami suka cuci mata.

Hobi Maria pulak google design rumah yang cantik cantik.

Banyak gak la design yang kami tengok.


Ada yang macam ni.


Ada yang macam ini juga.. Kami nak konsep rumah moden.


Macam ni pun nampak cun.


Design dalam rumah yang nampak macam wowww.....

Saya dah kata sebelum ini. Bukan kena bayar duit pun kita pi tengok semua design design ni di internet. Free jer pun.

Ambil gambar, print then tampal kat bilik tidur.

Percayalah... "Sooner or sooner" anda terpaksa berjaya dapat apa yang anda impikan.

LIKE ATTRACT LIKE

Saya tak pasti anda perasan tak, bila kita nak sesuatu benda tu. Kita makin kerap 'nampak' benda tu.

Contoh, bila kita teringin nak beli kereta MyVi contohnya. Kita akan mula nampak banyak MyVi disekeliling kita. Betul tak?

Sebelum ini pun sebenarnya banyak MyVi disekeliling kita. Tapi sebab kita tak minat. Then kita tak 'nampak'. Bila dah minat, kita akan selalu 'nampak'.

Faham ke faham ni?

Satu hari saya dan Maria pusing pusing satu tempat ni....

Tiba tiba.... TARA....

Kami terjumpa rumah ni.

Subhanallah. Sangat cantik....


Design moden.. Ni pandangan sisi.


Pandangan depan...


Rasanya, ramai yang berkenan dengan rumah ni.

Malangnya, tiada siapa di rumah ini. So kami tak boleh masuk dalam rumah.. Sob sob...

Dalam hati saya, kalaulah owner ada kan best.. Boleh tengok dalam rumah macam mana..

Esoknya....

Esoknya, saya pergi sekali lagi ke tempat ini. Kali ini saya pergi dengan kontraktor saya. Saya tunjuk rumah design moden yang cantik.

Masa kami tiba depan rumah, Subhanallah. Ada tuan rumah di depan pagar.

Terus saya berhenti kereta.. Bagi salam.. Dan minta izin nak masuk rumah.

Pandangan dalam rumah.


Ada swimming pool beb...


Owner siap buka air terjun lagi masa saya sampai. Dia cakap buat swimming pool ni murah jer... RM60,000. Untuk pengetahuan anda, saya jumpa ramai orang kaya sebelum ini. Cara mereka bercakap sama jer... Benda yang kita nampak mahal, mereka nampak murah.. Huhu...


Cantik kan... Yang best, owner design sendiri rumah ni based on gambar gambar yang dia study di internet.


Jom masuk dalam rumah... Ini design plaster syiling yang baru. Cantikkan... Atas tu ada LED light.


Dekat ruang tamu di pintu masuk.


Family dining hall.


Area nak naik tangga rumah.


Bahagian dapur. Wallpaper dan interior dia sangat cantik.


Dapur.


Dapur lagi..


Toilet bahagian dapur...


Tangga nak naik tingkat atas rumah... Cantik ke cantik?


Jenis ceiling yang baru..


Bahagian atas...


Ruang tengok TV di atas...


Plaster ceiling..


Lagi plaster ceiling..


Bilik utama... Ada walk in wardrobe dalam bilik ni. Memang idaman Maria ni..Hmm..


Di bawah...


Dari dalam rumah..

Cantik ke cantik? Alhamdulillah, cantik. Tumpang bangga saya dengan owner rumah ni.

Cuba teka, owner rumah ni berbangsa apa?

Cina? 

Melayu?

India?

Semua jawapan atas ni salah....

Beliau berbangsa Vietnam, dan seorang Muslim. Buat bisnes di Malaysia. Jual kain ajer. Sekarang dah terpaksa jadi kaya raya. Alhamdulillah. Semoga boleh bayar lagi banyak zakat lepas ni...

Jom kita buat bisnes dan bayar zakat lebih banyak...

Uik.. Ajak orang buat bisnes pulak...

Itulah cerita saya melawat rumah yang cantik... 

Semoga ia memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk terus berusaha gigih dan lebih berjaya dalam perniagaan yang diceburi dan dapat membina Mahligai Impian untuk keluarga kami.

Rumah kami, Syurga kami, so sooon... InsyaAllah. Amin. 

Wassalam

Mohd Firdaus
Motivating and Inspiring Others
Jom Buat Rumah Idaman....

Siapa Share. Saya Doakan Dia Akan Dapat Rumah Yang Lebih Baik Dari Atas Ni.. Hehe.. Sila SHARE.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles