Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Rakyat Malaysia Tempat Ke 10 Termalas Di Dunia
Amcam dengan statistik ini, ngeri ke ngeri?
Rakyat Malaysia mendapat tempat ke 10. Statistik ini dikeluarkan oleh Jurnal Perubatan "The Lancet" pada tahun 2012.
Anda rasa macam tak percaya? Jom tonton video di bawah ini.
Not bad la kan.... At least tempat ke 10. Belum nombor satu lagi.
Tempat Pertama Di Asia Tenggara
Ini pula berita yang disiarkan di akhbar tempatan.
Rakyat Malaysia berjaya mendapat tempat pertama di Asia Tenggara dari segi obesiti. Kita tak perlu berasa bangga dengan statistik ini.
Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak.
Statistik dari tahun 2008 berbanding 2012. Jumlah peningkatan yang ketara. Salah satu punca utama rakyat Malaysia gemuk adalah kerana tidak faham konsep kalori.
Anda termasuk dalam kategori mana?
Adakah anda turut menyumbang kepada statistik kegemukan di Malaysia.
Cara mudah untuk mengetahui berat ideal.
Sekadar berkongsi dengan para pembaca.
Jika tinggi anda 160cm, berat ideal anda adalah sekitar 60kg.
Jika tinggi 180cm, berat ideal adalah 80kg.
Jika tinggi 150cm, berat ideal adalah 50kg.
Anda just buang 1 di hadapan tinggi anda itu.
Ini cara mudah.
Cara yang lebih tepat adalah menggunakan kiraan BMI. BMI ideal adalah 23.
So, untuk anda tahu berat ideal anda, gunakan formula ini =
Berat ideal = 23 ( BMI Ideal ) x Tinggi (m) x Tinggi (m)
Bebaskan Diri Anda Dari Obesiti
Saya cadangkan kepada anda, jom kita semua sama sama bebaskan diri kita dari masalah obesiti.
Jom turunkan berat badan demi anak anak kita yang tersayang.
Carilah ilmu untuk menurunkan berat badan.
Saya doakan, Anda Kurus Dan Sihat.
Wassalam
Mohd Firdaus
Founder Now Everyone Can Kurus
Sila SHARE Entri Ini. Jom Kita Beri Kesedaran Kepada Rakan Rakan Kita Yang Lain Untuk Jaga Kesihatan Mereka. Tekan Button SHARE Di Bawah Sekarang.