Assalamualaikum,
Susah Gila Kerja Aku Sekarang !!!
Ada sebahagian kecil dari kita yang suka komplen. Dia suka cakap yang kerja dia sedang lakukan tu susah.
Di mulut dia selalu 'berzikir',
"Kerja aku susah la..."
"Ala, dah banyak kali aku buat, asyik tak jadi aja..."
"Eeee.. Boring nya buat kerja ni..."
"Aku rasa bosan la, asyik buat kerja sama aja"
Hampir setiap hari diwiridkan kalimah ini.
Ingat kata kata saya ini, "Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita sebut, semuanya adalah doa, dan itu lah yang kita akan dapat."
Masalah ini sebenarnya ramai orang ada. Dulu, saya pun selalu bersikap begini.
"Suka komplen"
Sekarang Dah Tak Begitu
Syukur Alhamdulillah. Hari ini saya sudah tidak begitu lagi. Saya malas nak fikir perkara perkara yang remeh temeh.
Saya lebih suka fokus kepada apa yang saya boleh buat. Apa yang saya tak boleh buat, saya tak akan fikir.
Saya selalu ingat pesan Prof Muhaya, "Dunia dalaman kita akan menentukan dunia luaran kita."
Kalau dunia dalaman kita cantik, dunia luaran juga akan menjadi cantik.
Buat Anda Yang Suka Komplen
Saya sekadar ingin berkongsi sedikit tips dengan anda. Jika anda termasuk dalam golongan orang yang suka komplen itu dan ini. Mungkin anda boleh amalkan 1-2 tips ini.
1. Fikirkan, apa hasil yang akan anda dapat jika anda komplen. Bukan salah untuk kompen, maksud saya membebel. Itu lah, ini lah. Asyik nak membebel saja. Kalaulah dengan anda membebel itu tidak memberi manfaat, rasanya baik anda berhenti saja membebel.
2. Fikirkan, apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah yang sedang anda hadapi. Orang yang suka membebel adalah orang yang suka fokus kepada masalah. Saya nak anda mula fokus kepada penyelesaian, bukan fokus kepada masalah. "If you have a problem, find a SOLUTION."
3. Jika anda rasa anda susah, fikirkan betapa ramai lagi orang di luar sana yang jauh lebih susah daripada anda.
Kalau kita rasa kita dah cukup penat dengan pekerjaan yang susah dan payah, fikirkanlah bahawa ada orang lain yang lagi sukar pekerjaannya demi mencari rezeki.
Fikirkan kesusahan pak cik ini. Kalau kerja yang anda buat sekarang tak sesusah kerja pak cik ini. Then, bersyukurlah.
"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan pak cik ini. Dunia dan akhirat. Amin."
4. Untuk mengurangkan anda membebel dengan kerja yang sedang anda lakukan, saya cadangkan anda PRINT GAMBAR PAK CIK NI. Lekatkan di meja anda. Lagi cantik kalau di framekan. Saya rasa, pasti dan pasti anda tidak akan komplen lagi.
5. Kalau anda rasa kerja yang sedang anda lakukan itu membosankan, anda dah sampai limit. Dah tak boleh nak buat apa yang anda sedang buat.. Then.... CARI KERJA LAIN. Tak perlu susah susah berada di tempat yang anda tak suka. Ingat, anda tak akan mati jika tak bekerja ditempat yang anda bekerja sekarang. Carilah tempat lain yang mungkin lebih baik buat anda.
6. Jika anda menghadapi masalah dengan apa yang sedang anda lakukan sekarang, carilah sahabat atau pakar yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda. Percayalah cakap saya, cara yang paling mudah untuk menyelesaikan banyak masalah kita adalah dengan mencari MENTOR yang pakar yang boleh menyelesaikan masalah kita.
Jom Hidup Dengan Lebih Positif
Saya ingin mengajak anda semua untuk hidup dengan lebih positif. Hidup lebih bahagia, dunia dan akhirat.
Wassalam
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda, mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah. Mungkin ia akan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.