Assalamualaikum,
Salam sejahtera, salam kekayaan dan kejayaan.
Saya doakan anda yang membaca posting ini diberkati Allah, dirahmati Allah dan dipermudahkan hidup anda dunia dan akhirat.
Perubahan Hidup Saya
Syukur Alhamdulillah, hidup saya banyak berubah selepas mengikuti seminar seminar yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman.
Antara salah satu program yang saya hadiri adalah Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan.
Selepas hadir, saya rasakan. Subhanallah. Memang best gila program ni.
Saya dapat merasai perubahan hidup yang sangat baik selepas menghadiri program ini.
Pada waktu itu, terlintas di hati saya.
"Takkan aku nak berubah sorang sorang. Apa kata aku bantu untuk lebih ramai orang lain lepas ni?"
Then, sebelum program berakhir. Saya buat keputusan untuk beli 3 Tiket General IMKK. Saya nak hadiahkan kepada mereka yang mahu berubah.
Wawww....
Anda boleh rujuk posting saya terdahulu di : http://www.mariafirdaus.com.my/2013/07/pertandingan-perkongsian-perubahan.html
Seminar Bangkit 2014 ini diadakan untuk menarik peserta ke program IMKK. Anda boleh hadir program Bangkit 2014 ini. Jika anda berminat untuk hadir ke IMKK. Anda boleh beli tiket di situ.
Setakat yang saya tahu, harga tiket yang ditawarkan adalah RM997 untuk 1 tiket.
Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang
Seperti mana yang anda tahu, saya ada menulis ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Saya pernah menulis di blog ini, kepada mereka yang membaca ebook ini dan menjadikan ebook ini sebagai titik perubahan hidup mereka. Saya akan berikan hadiah kepada mereka.
Dalam Set Ebook ini, ia mengandungi 3 buah Ebook iaitu :
BUKU #1 : DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BUKU #2 : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG
BUKU #3: RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA
Poster Jualan Ebook Yang Terdapat Di www.rahsiapelajarcemerlang.com
Saya berhasrat untuk anjurkan pertandiangan. 3 pemenang bertuah akan layak mendapat tiket ke program IMKK Percuma.
Siapa Yang Layak Untuk Menyertai Pertandingan Ini?
Mereka yang telah membaca Ebook ini LAYAK UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI. Tak kisahlah sama ada anda beli ebook ini, atau anda dapat hadiah daripada saya secara percuma.
Yang penting, anda pernah membaca ebook ini.
Saya mahu anda hantar perkongsian kisah hidup anda sebelum dan selepas membaca ebook berkenaan. 3 orang yang mengalami perubahan hidup paling besar akan diberikan TIKET KE IMKK PERCUMA.
Caranya mudah, sila ikut arahan yang saya berikan di bawah :
1. Anda mesti pembaca Ebook ini beberapa bulan yang lepas.
2. Anda menjadikan ebook ini sebagai titik perubahan hidup anda atau hidup anak anda yang membaca ebook ini.
3. Anda kongsikan dengan saya, perubahan hidup anda / anak anda sebelum dan selepas membaca ebook ini.
4. Anda kongsikan, bagaimana anda / anak anda dahulu. Bagaimana anda / anak anda sekarang.
5. Apa pencapaian yang dicapai selepas membaca Ebook ini.
6. Kenapa anda rasa anda perlu pergi ke IMKK ini.
7. Karang dan kemudian emelkan kepada saya di : mariafirdausblog@yahoo.com
8. Tiada had patah perkataan. Panjang atau pendek. Tak kisah.
9. Pemenang akan dipilih berdasarkan perubahan hidup yang anda alami selepas membaca ebook saya dan mengapa anda nak sangat pergi ke program IMKK ini.
* Jika anda perhatikan perubahan hidup terhadap anak anda, anda boleh kongsikan juga. Hadiah akan diberikan kepada ibu/bapa yang mengirim perkongsian kepada saya.
Tarikh tutup : 28 Februari 2014. Jam 12 Tengah Hari.
Untuk makluman anda, tarikh program IMKK Dr Azizan Osman adalah pada 13-16 Mac 2014. Bertempat di The Mines, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.
Hanya yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk menyertai pertandingan ini. Sebabnya, hanya yang berumur 18 tahun ke atas boleh sertai program Dr Azizan Osman.
So, kepada mereka yang pernah membaca Ebook saya ini. Dan merasakan ada perubahan dalam hidup anda atau anak anda. Mohon anda kongsikan perubahan hidup anda itu dengan saya.
Percayalah, jika anda terpilih untuk menyertai program IMKK ini, hidup anda akan lebih berubah lagi.
Di sana, anda akan dikongsikan dengan pelbagai tips bagaimana untuk mengubah hidup dari hidup biasa biasa kepada hidup yang sangat luar biasa.
Saya teringin sangat untuk melihat anda berubah. Berubah ke arah yang lebih baik.
Mungkin, inilah pencen kubur yang boleh saya dapat selepas saya tiada nanti di muka bumi ini.
Hadiah Yang Ditawarkan Disumbangkan Oleh www.mariafirdaus.com.my
Perkongsian anda nanti akan dikongsikan di blog ini untuk memberi inspirasi kepada orang lain bahawa hidup kita ini mesti berubah ke arah yang lebih baik.
Saya sangat sangat mengimpikan perubahan hidup anda. Jom kita sama sama berubah ke arah yang lebih baik.
Bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan Ebook ini pada harga istimewa, sila layari www.rahsiapelajarcemerlang.com
Percayalah, ia sangat bagus untuk anda dan anak anak anda. Semoga ia menjadi pembakar semangat perubahan hidup mereka ke arah yang lebih luar biasa.
Wassalam.
Jika anda rasa entri ini bagus, dan memberi inspirasi kepada orang lain. Mohon anda tekan LIKE Button Di Bawah