Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all 919 articles
Browse latest View live

Pemasangan Equipment Reban Ayam - Projek Pembinaan Di Kemaman

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Pemasangan Equipement Reban Ayam

Kalau kalau ada yang tak tahu, saya juga adalah Konsultan dan Kontraktor Pembinaan Reban Ayam Tertutup.

Macam ni lah kan kita... Nak cari makan.

Ingat lagi pemimpin dulu kata, kita kena buat dua tiga kerja dalam satu masa. Huhu..

Itu yang terjebak dalam bidang pembinaan sekarang ni.

Ok, saya share sikit pasal progress pembinaan reban ayam di Kemaman ni.

Untuk makluman, owner minta saya buat reban ayam ni slow slow. Jangan kalut kalut. Sebab bekalan elektrik tak datang pasang lagi di sini.

So, kalau siap awal pun reban ayam ni tak guna juga.

So, sekarang di reban ayam ni hanya ada dua pekerja saya sahaja. So, kerja memang slow, tapi keep on going.

Jom kita layan gambar.


Masa siap syiling dalam reban ayam


Then kita mula pasang wiring lampu dalam reban


Semua wayar kita pasang dalam paip


Pasang hook untuk gantung nipple line minuman ayam


Gambar reban ayam dari pandangan hadapan


Pemasangan nipple di tingkat bawah. Kemudian pasang tempat makanan ayam.


Tara.. Dah boleh gantung minuman ayam ni.


Pasang di tingkat atas pula. Ini adalah barang dari Cumberland. 


Pekerja saya bekerja keras untuk pasang tingkat atas ni punya makanan ayam. 


Makanan ayamg yang siap dipasang


Kerja kerja nak pasang cooling pad bermula.


Ni tempat nak naik dan turunkan nipple line.


Bila dah pasang jadi macam ni

Insya Allah, esok lusa saya mungkin akan ke Kemaman, nak lihat progress kerja di sana. 

Kenkawan tolong doakan yer. Semoga Allah mudahkan urusan saya siapkan reban ayam ni tanpa ada masalah.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others











Ebook Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom Percuma

$
0
0

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana berminat dengan Ebook Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom.

Seperti yang dijanjikan, saya nak berikan anda Ebook ini PERCUMA.


Buku 1 : Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom 


Baca Testimoni Dari Dr Shukri Abdullah.

Download di sini yer : www.bit.ly/darikampungkedah

Ini buku pertama saya.

Jika anda berminat dengan 3 buku sekali gus, jemput klik link dibawah :


Untuk beli 3 ebook atau 3 buku fizikal. Klik Link Di Sini 

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Orang Berniaga - Usahlah Berpolitik

$
0
0

Ada kawan tanya, "Awat hang dah lama tak tulis pasal politik kat fb?" Rasanya dah lama sangat saya tak komen mengenai politik. Even PRU haritu pun, saya tak tulis sebarang komen mengenai politiik. Saya ada buat satu stupid mistake. "Berbalah mengenai politik dalam group bisnes. Akhirnya, highly potential customer buat projek dengan orang lain." Akhirnya, saya terus taubat nasuha. Saya belajar dari kesilapan saya. Jangan bertegang leher atau berbalah dengan orang yang berlainan fahaman politik. Ia langsung tidak mendatangkan kebaikan. Bahkan lebih banyak memudaratkan. Dari segi ukhuwah ada potensi untuk bermasalah. Hidup dengan berprasangka negatif terhadap orang lain dan worst case. Hilang bisnes. Macam bisnes saya "hilang" tadi tu worth RM550k. Tak per lah, saya anggap itu "cukai kebodohan" saya. Ada rezeki Allah di tempat lain. Kalau di FB saya tak nak tulis dan komen mengenai politik. Kalau berjumpa in person lagilah saya tak nak cakap lebih lebih terutama kalau dengan orang yang berlainan kefahaman politik dengan saya. Ada kenkawan baik jumpa, saja nak minta pandangan mengenai politik daripada saya. "Kenapa saya sokong Parti XXXX, bukan parti YYYY." Saya ambil jalan selamat dalam memberi jawapan. "Aku solat istikharah. Allah gerakkan hati aku sokong parti ni. Sebab tu lah aku sokong" Kalau tanya aku adakah parti yang aku sokong tu baguih sangat. Jawapannya, "Tak". Tapi...Berdasarkan ilmu yang Allah bagi kat saya, saya perlu buat keputusan untuk nak sokong parti mana. Then saya sokong lah. Nak lebih lebih minta maaf lah. Sebelum PRU hari tu, banyak gila group Whatsapp saya "Left". Saya "bergaduh" dengan senior saya di sekolah dulu dalam group hanya sebab politik. Huhu... It's look stupid. Saya rasa yang menang dalam hal ini hanyalah "syaitan". Dalam group adik beradik pun, kalau ada yang posting mengenai politik, saya buat rileks jer. Nak "Leave" group sedara mara nampak loklaq sangat. Saya utamakan ukhuwah dari berpolitik. Saya berlapang dada dengan sahabat yang berlainan politik. Masing masing ada stand tersendiri. Masing masing ada kebaikan dan masing masing ada kelemahan. Yang baik tak perlu mendabik dada. Jika ada kelemahan, perbaiki segera. Since sekarang PH dah menang PRU, saya berpendapat berilah mereka peluang untuk memerintah. Kita rakyat marhaen ni nak sembang deras pun tak guna sekarang ni. Kita pong pang pong pang pun, hidup perlu diteruskan. Biarkan urusan politik ni diuruskan oleh orang politik. Di Malaysia ada parti kerajaan dan ada parti pembangkang. Biar mereka buat kerja. Kalau kita nak perbaiki ekonomi keluarga kita pun tak lepas, so tok sah la dok marah marah sangat orang lain nak perbaiki ekonomi negara kita. Kita hutang RM100k pun jenuh nak bayar. Depa nak bayar hutang RM1T. Lagi la jenuh nak pikiaq. Be rational. Kalau kita boleh baiki ekonomi keluarga kita, insya Allah kita tak risau sangat ekonomi Malaysia. Tapi kalau ekonomi kita pun kita tak boleh nak perbaiki, nanti ekonomi Malaysia baik pun kita dok jammm lagi. Sekian pandangan saya. Mohd Firdaus Mat Saad Rapatkan Ukhuwah. #sayangimalaysiaku #salamkemerdekaanke61Malaysia

Welcome Back A.E.S

$
0
0

You Are Back...... 

Semalam secara rasminya AES 'beraksi' di seluruh Malaysia.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan sekarang ini, SEMUA saman AES pada dan sebelum 31 Ogos 2018 akan DIHAPUSKAN.

Ini melibatkan 3.1 juta saman yang berjumlah RM435 juta.

Menurut Menteri, semua saman itu DIBATALKAN kerana duit sebahagian besar duit kutipan saman itu tidak akan dapat kepada kerajaan, sebaliknya kepada dua syarikat penyedia perkhidmatan AES ini.

Perjanjian baru telah dibuat selepas ini di mana duit saman AES akan diberikan kepada pihak kerajaan.

Pandangan saya mengenai A.E.S ni ada bagus dan ada tak bagusnya.

Ia bagus untuk membantu pemandu tak lah laju sangat di jalan raya.

Kalau diikutkan tahap keselamatan kenderaan sekarang ini, speed limit 110 km/j macam agak lawak.

Kereta boleh tekan sampai 200km/j tapi limit dekat 110km/j.

Pada saya, keadaan jalan raya dan SIKAP RAKYAT Malaysia yang menyebabkan had kelajuan 110km/j terpaksa dikekalkan.

Ada pemandu yang suka suki tukar lorong tak bagi signal dan terus keluar.

Ramai pemandu yang guna phone semasa memandu.

Benda benda macam ni boleh mengundang kecelakaan kepada  orang lain juga.

Sebab tu lah mungkin perlunya perlaksanaan pemantaun kelajuan sistem A.E.S ini.


Lagi satu, di Malaysia ni. Kalau nak jumpa Kamera AES, sudah disyaratkan ada 3 papan tanda besar warna kuning macam gambar bawah ni 1-2km sebelum kamerea AES.

Maksudnya, amaran dah diberikanlah.

Cuma yang saya tak berkenan, ia macam pukat tunda gak la.

Senang senang jer nak kena.

So far kalau saya drive di highway, memang kena On WAZE.

Sedikit sebanyak membantu nak elak kena bagi 'sedekah' kepada kerajaan.

Huhu...

Pengajarannya sekarang ni.

Memandulah dengan berhemah.

Jom jadi pemandu jalan raya yang berhemah.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

#jomjadipemanduberhemah
#sayangidiridankeluarga

Winnie The Pooh

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan kita semua dirahmati Allah, diberi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Insya Allah.


Kali ni nak citer pasal Pooh.

Saya kenal dengan Maria di UK. Masa tu saya senior dia di University of Sheffield.

Entah macam mana tersangkut pulak dengan si Maria ni. Panjang ceritanya ni.

Masa final year tu, saya pun nak bagi hadiah kat Maria. Tak tahu nak bagi apa, so saya belikan lah Pooh ni.

Pooh ni harga 30 Pound. Duit Malaysia masa tu kira RM210.

Besar tak besar Pooh ni, saya punya malu la nak bawa balik dari kedai ke rumah.

Actually, boleh ajer nak bawa balik jalan kaki. Dalam 20 minit dah bleh sampai rumah.

Tapi... Ada cabarannya.

Saya akan lalu jalan yang mungkin kenkawan lain pun lalu.

"Kalaulah kenkawan lain ternampak aku dok gendong Pooh ni, huhu... Habislah aku.... Malu yaq amat aih... Mana macho dok usung bear besar gedabak ni"

Lalu ku ambil keputusan.

Bungkus Pooh ni dengan plastik sampah warna hitam. Chesss....

Silap estimate. Plastik sampah yang ku bawa tu kecik lak. Tak cukup besar untuk muatkan Pooh ni.

Dammmm.. Masih ternampak.

Tak ada pilihan, kena usung lah juga Pooh ni.

Orang jual tu pun gelak sebab nak bungkus dengan plastik sampah.

Nak elakkan kemaluan yang lebih besar, ku pilih naik bas untuk bawa balik Pooh ni. Tak mahu jalan kaki. Nanti kantoi malu aja.

Sekali....

Masa ku naik aja bas.... Dammmmmm.... Ada member yang dah ada dalam bas tu. Maka digelakkan lah aku yang dok kendong Pooh ni.

Adoyai.... Sib baik kawan baik. Malu gak... Tapi control macho.

Then bila sampai kawasan area rumah Maria. Saya pun buang plastik sampah dan dengan Machonya pi rumah dia. Bagi pooh ni.

Haha....

Begitulah ceritanya....

Bila balik Malaysia, kami simpan la Pooh ni. Kot kot dapat anak pompuan nanti. Boleh dia main.

Sekali dapat 3 hero.

Hari ni, entah macam mana. Depa ni jumpa pulak Pooh ni. Habis dilanyak lanyak nya Pooh ni.


Fateh dengan pooh.


Caakkk...


Dasar anak lelaki sungguh.

Hampa tak tau.... Kewujudan hampa pun ada kaitan dengan Pooh ni. Haha...

Oklah.. Itu jer cerita dulu....

Maria dihatiku. Dulu. Kini. Selamanya...

Amcam, sweet tak? Haha. Sila jangan jeles....

With Love.
Mohd Firdaus Mat Saad

Kalau Dah Namanya Budak Budak....

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan kita semua di masukkan Allah ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah. Amin.


Kuliah Maghrib di surau malam tadi.
Malam tadi ada Kuliah di surau. Dah clash pulak dengan program mengaji Iqra dan Al Quran.
Huhu. Bukan senang wei nak handle budak budak ni.
Suka buat bising. Naik stress saya yang jaga depa ni.
Marah sini sana bising. Pi kat sana sini bising.
Boleh stress jadi.
Ada juga orang tua yang tak berkenan dengan budak budak ni. Ya lah. Depa dah tua. Tak boleh tengok budak bising bising.
Pada depa kalau tak ada lagi bagus.
Since program iqra dan quran budak budak ni bawah saya.
So bila budak bising nanti orang tua akan ushar kat saya.
Hmmm.... Budak laki kalau duduk belakang akan main. So saya suruh duduk depan ustaz terus. Terjaga lah juga bising depa ni.
Tapi. Dah namanya budak. Dia kira apa. Janji boleh sembang.
Hang kata pi lah apa pun. Sabar sajalah dalam mendidik anak anak ni.

Budak pompuan di belakang. Sampai tertonggek dok nak bersembang. Padahal ustaz dok mengajar di depan.

Beginilah anak anak kita... Mereka masih kanak kanak. Masih banyak mereka boleh belajar.

Dan kita yang perlu mengajar.

Bersabarlah wahai ibu bapa dalam mendidik anak.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others


Mee Goreng Sotong Padang Kota

$
0
0
Assalamaulaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Nya.

Semoga kita semua di masukkan ke dalam syurga tanpa dihisab Insya Allah.

Mee Goreng Sotong Padang kota

Semalam, ada kawan mai dari Kelantan. Ayat dia sket punya sempoi.

"Wei, jom kita pi makan mee sotong kat Padang Kota..."

Saya pada asalnya menolak. Macam malas jer nak pi makan mee goreng nak kena pi Penang.

Bukan tak tau Penang tu, "Jammmm..."

Tapi, kawan saya ni pandai.

Dia pi ajak kawan saya lagi sorang, Ustaz Saufi. Dia racun Ustaz Saufi untuk pi makan mee goreng kat Penang.

Bila si ustaz dah diracun, si ustaz ni pulak call saya. "Wei.. Jom pi makan mee sotong kat Padang Kota."

Aku dah agak. Mesti shiekh Okaz  yang hasut dia ni. Haha...

Tapi since dah macam dua orang ajak saya pi, dan saya rasa kalau saya pi dapat merapatkan ukhuwah dengan depa ni. Saya ikutkan jer lah. 

So, saya tanya kenkawan di Penang. Kat mana mee sotong Padang Kota yang oran dok viral tu. So, depa share di sini.

Kena parking kereta dekat tempat parking Fort Cornwollis. Then tempat makan sebelah parking tu jer.


Ni ha kedainya.


Orang Penang ni memang gila makan sket. Sampai nak kena beratur nak order. 


Pernah masuk paper rupanya. Patutlah famous amous.


 Goreng sekali banyak banyak. Then agih atas pinggan 


Ni pasembor. Harga RM6.


Ni lah dia mee sotong Padang Kota tu.

Kedai buka setiap hari kecuali hari Ahad. Hari Ahad tutup. Buka jam 11 pagi dan tutup jam 8 malam.

Ok, ini review saya :

1. Dekat situ ada lebih kurang 20 kedai makan. Tapi ntah macam mana, semua pelanggan di situ dok makan mee sotong ni jer. 

Even depa ni duduk kat kedai makan lain, guna kerusi meja kedai makan lain, tapi dok makan mee sotong ni.

Saya perhatikan, hampir setiap meja kalau ada orang makan, akan makan mee sotong ni.

Ini menunjukkan betapa virallnya mee sotong ni.

2. Rasa macam mana? Saya boleh katakan ia sedap. Tapi tak lah sedap tu sampai saya nak kena repeat lagi.

Sekadar saya boleh kata. "Benda ni sedap... Dan aku dah makan."

Markah : 7 / 10

3. Kalau anda teringin sangat nak makan, boleh la pi. Tapi kalau nak cari mee goreng sedap gila tu. Ia tak mencapai maqam. Ia lebih kepada viral. Sebab tu kita nak cuba.

Boleh ajer nak cuba, at least boleh kata. "Been there, love it, done that"

Oklah. Itu ajer sharing saya. Semoga bermanfaat.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others


Review Volvo XC90

$
0
0

Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya nak ke Penang dengan kawan kawan. Sampai saja area Juru Auto City, kawan saya ajak.

"Jom kita pi test drive Volvo XC90."

Huhu. Maqam tinggi sangat ni nak pi test drive volvo.

Seumur hidup saya tak pernah singgah pun showroom Volvo. Otak tak sampai nak fikir untuk beli.


Ambil gambar dulu. Ambil berkat orang kata. Fake It Until You Make It.


Gambar belakang


Gambar sisi


Gambar gear dan screen depan


Test drive seround dulu. Bukan nak beli pun. Nak rasa jer.

Ni komen saya :

1. Kereta ni 7 seater. Tapi tak sesuai kalau anak anak dah besar. Ruang tempat duduk dibelakang agak kecil

2. Kerusi belakang boleh dilipat. So, ada tempat untuk simpan barang. Tapi kalau seat belakang dipasang, ruang untuk simpan beg agak kecil.

3. Kereta ni bawa memang sedap. Boleh Auto Pilot. Ni yang best. Dia boleh bawa sendiri. Minyak dan break dah tak perlu tekan. Dia boleh automatik control speed based on kelajuan kereta depan.

4. Kereta ni Hybrid. So ada elektrik dan juga petrol. Bila balik sampai rumah boleh caj kereta ni. Sekali caj boleh jalan 35km.

5. Even kereta ni ada Auto Pilot / Assist Drive, driver 'wajib' pegang stereng. Even kereta tu akan belok sendiri. Tapi Volvo nak pastikan driver sentiasa alert dengan keadaan di hadapan. So memang kena "Touch/Hold" stereng. Kalau 15 seconds kita lepas stereng tu, alarm akan bunyi. Suruh pegang balik stereng tu.

Rasanya, inilah sahaja. Mungkin ramai di antara kita rasa macam. "Aku mana mampu pakai kereta ni."

Jangan risau. Saya pun tak mampu juga. Haha. Kita just ambil tahu apa yang ada. Mana tahu satu hari nanti 'termampu"

Nak test drive bukan kena bayar duit pun. Free jer. Pergi ajer lah test.

Oklah yer. Sekian.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Suami Perlu Saport Isteri Buat Bisnes

$
0
0
Assalamualaikum,

Bebaru ni, Maria ke KL. Ada program Grand Seminar dengan team kami.
Maria and her team...
Sebagai suami, saya sangat sangat menggalakkan isteri saya Kam Maria Abdul Mutalib buat bisnes.
Kisahnya bermula pada tahun 2012.
Pada waktu tu, saya memang dah buat bisnes. Maria masih kerja makan gaji.
Setiap pagi, jam 6:30 pagi dia akan keluar pergi kerja di Silterra Malaysia Kulim.
Everyday without miss.
Setiap kali dia salam dengan saya nak pi kerja, dalam hati saya terdetik.
"Kesian bini aku ni, nak kena pi kerja awal awal pagi. Keluar rumah matahari tak naik lagi, balik rumah matahari dah tenggelam."
Seriously saya kasihan kat Maria. Saya selalu terdetik dalam hati,"Alangkah bagusnya kalau dia ni buat bisnes"
Boleh duduk rumah. Beronok ronok dengan aku.
Ni aku dok seronok seronok sorang sorang kat rumah.
Saya cuba pujuk Maria buat bisnes. Tapi dia tak mahu.
Kemuncak kesabaran saya bila Maria pregnant dan dah nak bersalin kepada anak kedua kami Fateh.
Maria tak larat nak driver kereta ke Kulim dari Parit Buntar untuk pi kerja setiap hari.
Maka pada waktu itu dia minta tolong saya drive kereta masa pagi dan petang.
Perghhh...
Bayangkan, setiap pagi saya kena driver kereta 2 jam setengah pergi dan balik. Petang pun saya kena drive kereta 2 jam setengah pergi dan balik.
Setiap hari 5 jam saya kena drive.
Apa lagi, dalam kereta saya bersyarah panjang kat Maria suruh dia buat busines.
Dia masih berkeras cakap, "Malu, segan, tak biasa dan memberi 1001 alasan lagi."
Ok, then this is the turning point.
Saya tanya Maria apa "Impian" hidup Maria.
Soalan saya mudah,
"Berapa gaji sebulan yang sayang impikan?"
"Kalau boleh, sayang nak kerja di mana?"
"Saya suka travel ke mana?"
"Sayang suka pakai kereta apa?"
Pada waktu itu, Maria jawab.
"Dia nak gaji RM20k sebulan. Dia nak kerja kalau boleh dekat area Parit Buntar, suka travel ke luar negara dan nak pakai kereta mercedes."
Ini adalah jawapan sebenar daripada Maria.
Then saya cakap kat dia,
"Kalau sayang kerja sebagai engineer sekarang, agak agak bila gaji akan naik RM20k? Kat mana nak kerja di Parit Buntar yang boleh offer gaji RM20k, mana nak cari duit untuk travel ke luar negara, macam mana nak beli kereta mercedes dengan gaji sekarang?"
Waktu itu, Maria tak boleh jawab.
Saya cakap kat dia.
"For things to change. You must change first"
"If you want to get something that you've never have, you must be willing to do something that you've never done."
The only choice yang Maria ada waktu tu hanyalah "Buat Bisnes".
Akhirnya. Maria bersetuju buat bisnes.
Dan ramai orang ingat Maria buat bisnes tetiba jadi. No, Maria pun ambil masa untuk berjaya dan dah gagal macam macam sebelum tu.
Maria pernah jual tudung. Bersemangat beli tudung di KL dan jual dekat kenkawan di tempat kerja. For me, it's good. At least dia start somewhere.
Then dia buat bisnes lain pulak yang guna modal RM20k. Memula macam nak berjaya.Then dia top up lagi RM20k modal. But end up, dia tak berjaya juga dalam bisnes tu. Dah RM40k 'jahanam'.
For me, it's good. At least dia jahanam "RM40k". Dia tak jahanam RM400k.
Buat silap masa awal lagi bagus sebab kita tak rugi banyak. Buat silap lambat lagi rugi, sebab kita berpeluang untuk rugi lebih banyak.
Itu 'cukai kebodohan' namanya.
Sekarang, Alhamdulillah. Maria berjaya dalam bisnes dia.
Sebagai suami, saya memang saport isteri buat bisnes.
Yang lebih best, saya dah tak perlu nak tanggung belanja Maria. Dia nak beli apa pun, dia guna duit dia sendiri. Kenkadang tu, dia bleanja saya lagi.
Kan best.
Kita para suami ni, masa isteri nak buat bisnes kita tak sapport. Cakap tak boleh la, susah la, payahlah.
Then bila isteri minta duit, cakap tak cukup lah. Itu lah, ini lah.
Bagi saya simple ajer, "Beri Peluang Isteri Buat Bisnes".
Dan bila dia dah mula buat bisnes, pasti akan ada benda yang terkorban. Masa dia bersama kita terkorban. Kita mungkin terpaksa jaga anak. Kita kena pi pos hantar barang. Kita nak kena bantu itu dan ini.
Abih tu, takkan isteri kita nak duduk goyang kaki then berjaya dalam bisnes. Memang tak lah kan.
Macam sekarang ni, team kami ada tawarkan Kursus Mobile Spa. Dengan belajar training dari team kami, kami ajar anda semuanya berkaitan bisnes mobile spa.
Lepas habis sahaja training, trust me. Anda akan boleh buat bisnes mobile spa dari rumah sahaja.
Setakat nak income RM2k sebulan, itu geli geli jer boleh dapat.
Dah ramai dari team kami yang buat mobile spa ni jer, boleh dapat RM5k-RM10k sebulan. Saya ulang sekali lagi.
DAH RAMAI.
Dah ramai pun yang terpaksa berhenti kerja. Ada engineer, ada guru, ada lecturer, ada doktor dan macam macam latar belakang lagi.
Memang ramai sangat yang berjaya. Suri rumah pun ada.
Dengan modal RM1999 sahaja pun, akan dapat segala kelengkapan untuk memulakan bisnes mobile spa ni.
Lepas training, kami bagi beg. Tarik beg dan terus pi buat servis mobile spa.
Kami siap ajar teknik marketing lagi.
Pada saya, this is a very good business.
Buat para suami yang rasa nak saport isteri buat bisnes. This is the moment.
Ber peluang kepada isteri anda. Mungkin, ini DETIK PERUBAHAN hidup keluarga anda..
Kalau anda tak nak suruh wife buat bisnes ni pun tak per, buatlah bisnes lain. Ada memacam bisnes leh buat kat Malaysia ni. Tinggal kita jer nak buat ke tak.
To my wife. "Tahniah. You did a great job". Teruskan membantu orang lain berjaya, insya Allah sayang akan pasti lebih berjaya.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Travelog Western Mediterranean Cruise Part 1 - Kuala Lumpur to Barcelona, Spain

$
0
0


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah. 

Mudah mudahan kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. 

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, kami berjaya mendapat 2 TIKET PERCUMA untuk percutian 5 Start menaiki Western Mediterrenean Cruise yang di sponsor sepenuhnya oleh Shaklee. 


Percutian mewah ini adalah sebagai rewards atas performance jualan team kami MFMS EMPIRE sepanjang cycle April 2017 - March 2018.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan. Terima kasih pihak Shaklee atas rewards ini. 

Anda boleh baca entry sebelum ni DI SINI.

So, inilah gambar gambar yang ingin dikongsikan.


Beg yang dibawa ke sana. Dua beg besar, dua beg hand luggage dan dua bag pack. Beg besar tu memang sengaja kami balut dengan kain, so beg tak rosak. Fawwaz sedang cuba nak menyamar sebagai luggage. Hihi. Sian dia kena tinggal. Takpe 10 hari je.

Tiba di KLIA terus check in beg. Seorang boleh check in 30kg. So, 4 beg ni semua kami check in. Senang, tinggal bag pack ajer dengan kami.


Dapat Meal Allowance dari Shaklee. Ada 4 kali makan yang tidak disediakan oleh Shaklee. So, mereka sediakan cash  untuk kami guna waktu makanan tidak disediakan nanti.


Taraaa... Seorang dapat Euro 170 bersamaan RM850 setiap sorang. Kami bawa duit cash RM5000 = Euro 1000 sahaja + dapat duit makan Euro 170 + Euro 170. Kiranya itulah duit kalau nak belanja beli barang di sana. Kalau tak cukup, pakai ajer kad kredit. 


Dapat name tage setiap sorang.


Kami naik kapal terbang Emirates, dari KLIA, transit di Dubai dan kemudian ke Barcelona.


Dah siap check in, kami bergerak ke balai berlepas.


Trip Shaklee kalini turut disertai oleh adik saya Master Duha & isterinya Master Ainul, dan adik Ainul iaitu Master Tira. 


Di KLIA.


Kami naik kapal terbang A380. First time saya naik kapal terbang ni. Sangat besar. Subhanallah.


Flight kami jam 2 pagi dari KLIA. Perjalanan ke Dubai ambil masa 6 jam untuk sampai ke sana. 


Welcome To Dubai! Transit selama 3 jam lebih di sini. 


Jam 10 pagi waktu Dubai, kami berlepas kembali juga menaiki kapal terbang Emirates ke Barcelona. Trip kali ni ambil masa 7 jam.


Naik kapal terbang A380 sangat selesa, besar dan tak rasa sangat bergoyang. Memang puas hati lah.


Alhamdulillah, selamat sampai di Barcelona, Spain.


First time saya menjejak kaki ke Sepanyol. Maria pula kali kedua ke Barcelona. Maria pernah ke sini masa zaman study di UK tahun 2000 dulu.


Alhamdulillah, dapat dah semua beg kami.


Dalam airport lagi dah jumpa Barcelona FC Official Store.


Ushar la baju Messi ni, harganya. Masya Allah. Euro 179 = RM900 untuk sehelai baju. Ini baju yang player pakai. So, harga mahal lagi. Kalau baju replika, harga Euro 105. Around RM500 sehelai baju. Huhu, tak berbaloi rasanya nak beli.


Tempat pertama lawatan kami adalah ke La Rambla Street. Ia tempat shopping yang terkenal di Barcelona. Ada banyak kedai di sini. Masalah utama kami, tak cukup masa sebab kapal terbang kami tadi dah delay 1 jam. So, sampai sini lewat sikit.


Nama Maria memang famous di Europe. Siap orang staff kat Airport Barcelona kata, Maria macam Spanish name. Harga satu plate nama ni dalam RM25.


Dah sampai ke bandar Barcelona.


Kami juga melawat St Josep Market. Ia salah satu pasar yang dibina sejak ratusan tahun dulu. 


Kami beli ajer lah buah. Yang lain nampak macam tak relevan dengan kami. Saja beli nak merasa buah buahan di Europe. Rasanya tetap sama macam buah di Malaysia. Hehe. Harga jer mahal. Satu bekas saya pegang tu RM7.50. 


Ada gula gula dijual, tapi kami tak beli lah. Tak tahu kehalalannya.


Then kami ke Hard Rock Cafe Barcelona. Agak jauh. Kena jalan kaki dalam 15 - 20 minit.


Tangkap sebutir baju ni. Harga mahal ya ampun. Sehelai Euro 26. Hampir RM130.


Been there.


Dah dapat hasil tangkapan, kami bergerak balik ke bas. Itu pun dah nak kena berlari sebab dah lambat.


Next, kami di bawa makan malam di Marina Bay.


Restoran seafood yang sangat luas dan selesa.



Kami dapat surat cinta "Shaklee Welcomes You'' dan free Vitamin C Chewable sorang satu. Thanks Shaklee!


Bersama adik saya, Duha. 


Surat cinta dari Shaklee.


Jom makan dulu... Ada roti pizza sebagai appetizer.


Dapat udang sorang semangkuk..


Then lobster seorang satu. Since Maria tak makan lobster, saya pun 'terpaksa' makan lobster dia. Subhanallah. Sedap sungguh. Maria makan ikan saja.


Malam kami di bawa ke NH Constanza Hotel. Betul-betul di bandar Barcelona. Semestinya hotel 5 Star pilihan Shaklee untuk kami.


Bilik yang sangat selesa. 


Luas dan cantik.


Dah malam. So masa untuk kami berehat dulu.

Esok kami akan pusing pusing bandar Barcelona lagi dan juga akan naik kapal cruise. So, stay tune.

Wassalam.

Masters Maria & Firdaus
Founder of the Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire (MFMS)
Motivating And Inspiring Others

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!




MASTERS MARIA & FIRDAUS
Shaklee Business Leaders & Mentors
Founder of the Most Fantastic Millonaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455

Contact us now for:-

FREE CONSULTATION, BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Click to Call (019-2592731)
Click to Whatsapp

Facebook : Kam Maria Abdul Mutalib

Instagram : Kam Maria Abdul Mutalib

Email : come_maria@yahoo.com

Travelog Western Mediterranean Cruise Part 2 - Symphony of The Seas, World Largest Cruise Ship!

$
0
0


Ini adalah sambungan entry sebelum ini:-

Travelog Western Mediterranean Cruise Part 1 - Kuala Lumpur to Barcelona, Spain


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Hari ini saya ingin menyambung perjalanan kami di Barcelona sehinggalah kami naik kapal Cruise Symphony of The Seas, iaitu kapal cruise terbesar di dunia.



Seawal jam 6:30 pagi, kami breakfast di hotel. 

Makanan masa breakfast ni sangat amazing. Macam macam ada. Tapi ada banyak juga yang tidak halal. So, kena bijak memilih makanan yang halal sahaja. 


Shaklee dah minta pihak hotel untuk labelkan makanan yang halal dan tidak halal supaya kami tidak tersalah ambil. 


Selesai bersarapan, kami bergambar dulu di luar hotel. Pemandangan di luar ni memang cantik. 


Master Maria, Master Ainul dan Master Tira. Maria adalah biras Ainul. Tira pula adik Ainul. 

Maria dan Ainul bekas Engineer. Tira pula graduate Law. 

Alhamdulilllah, sekarang semuanya berjaya sebagai Working-At-Home-Mom dengan bisnes Shaklee, dan mengenggam income 5 angka setiap bulan. 

Kami para suami memang sangat berbangga dengan kejayaan mereka.


Excited! Dah tak sabar nak naik cruise harini! Tapi pagi ni kami akan melawat tempat menarik di Barcelona dulu.


Tempat lawatan pertama kami pagi ini adalah di Park Guell. 


Benvinguts - Maksudnya Welcome. 

Untuk pengetahuan anda, di Europe pada zaman dahulu, mereka sangat meminati seni. 

Jadi taman ini adalah hasil sentuhan Antoni Gaudi. Beliau adalah seorang arkitek dari Catalonia, bapa pemodenan dari segi seni bina di sana. 

Kehebatan Gaudi adalah beliau boleh mereka bentuk bangunan atau tempat dengan sangat unik, maksudnya seni bina di satu tempat itu tidak akan sama dengan tempat lain. 

Jom kita tengok cantik tak hasil idea beliau. 

Gaudi membina sebuah taman. Di dalam taman ini ada bangunan yang sangat cantik. Bagi saya, it is really amazing. 

Ia tempat orang kaya kaya dahulu lepak lepak dan berehat. Perhatikan susunan batu bata yang membentuk bangunan belakang tu. Subhanallah. 


Peninggalan sejarah warisan senibina yang cantik.


Ada laluan bertangga. Tembok batu pun nampak sangat cantik. Yang sebelah kanan tu, baru buat. Sebelah kiri yang asal.


Cuaca agak mendung pada pagi itu dan sejuk sikit, tapi masih boleh tahan lagi.

Kalau nak tahu, jacket denim biru tu Maria baru je beli sebelum trip ni. Saya dipaksa pakai supaya bergambar sedondon. Haha. Layankan ajer.


Masters of The Walking Beauty (TWB) Family. 


Cantikkan seni bina bangunan di sini.


Kami naik ke bahagian atas bangunan. Rupa rupanya sejak zaman dahulu lagi, mereka dah ada seni mozek untuk mencantikkan lagi bangunan.


Sebahagian daripada delegasi Shaklee Malaysia. Total 125 orang Leaders Shaklee yang qualify untuk trip percuma kalini. Ada juga yang pilih ke trip Umrah jadi mereka tak join trip di sini. Kami boleh pilih salah satu trip International saja setiap tahun.


Selesai lawatan di Park Guell, kami menaiki bas semula menuju ke tempat lawatan lain pula. 


Santa Pau. Bangunan ini asalnya dicadangkan untuk buat hospital. Tapi ia ditukar untuk tujuan lain selepas itu. Sekarang ia menjadi tempat bersejarah yang sering di lawat oleh pelancong di Barcelona.


Saya dan Maria dah banyak melawat negara negara di Eropah. Apa yang kami perhatikan, seni bina mereka hampir sama di kebanyakan negara di Eropah. Termasuklah Spain, France, Italy, UK, Turki.


Tempat lawatan kami seterusnya adalah La Sagrada Familia. Ia juga adalah hasil idea Antoni Gaudi. Ia mula dibina sejak tahun 1882. Antonio Gaudi meninggal dunia pada 1926. Dan yang peliknya, sampai sekarang bangunan ini belum siap lagi dibina. 


Dah jadi bebudak semuanya. Ainul tu, sampai terangkat topi dia bila melompat. Nampak tak kren kat belakang tu, masih nak siapkan bahagian atas bangunan itu.


Bangunan ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana ia hanya menggunakan dana orang ramai sebagai sumber kewangan pembinaannya. So, memang slow slow mereka buat. Bila tak ada duit berhenti, dan kumpul lagi. 

Bangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada 2026, ia mengambil tempoh 100 tahun selepas kematian Gaudi, barulah bangunan ini dijangka siap sepenuhnya. 


Selepas melawat bangunan La Sagrada Familia, kami bergerak kembali ke bas. Destinasi seterusnya adalah ke jeti untuk menaiki kapal cruise. 


Alhamdulillah, dah sampai ke Barcelona Port. Its time to board the cruise. 


Kami semua kena check in dulu sebelum masuk ke dalam kapal. 


Menuju ke kapal.


Welcome to the Symphony Of The Seas! Subhanallah. Kapal cruise terbesar di dunia dah berada di hadapan kami. Sangat sangat teruja rasanya! 

Kalau nak tahu, kapal ni baru dibina, dan pelayaran pertama baru jer bermula 6 bulan lepas pada March 2018. Kiranya kami antara penumpang terawal untuk kapal ni.


Kapal yang kami hanya tengok dalam gambar sebelum ni, kini dah ada depan mata. Tak dapat bayangkan perasaan teruja kami. 


Cruise ni boleh memuatkan lebih 6000 penumpang dan 2000 crew. Sebesar size 3 football fields (170,000 sq.feet). Kos pembinaan US$1.35 Billion. 


Inilah perbandingan panjang cruise ni dengan tinggi bangunan di dunia. Panjang dia lebih dari ketinggian Eiffle Tower tau!


Selepas masuk ke dalam kapal, kami terus dijemput menjamu selera di Windjammer, salah sebuah restoran di atas kapal ini. Boleh makan secara buffet. Ada banyak restoran. 

Tapi kami kena memilih restoran yang menyediakan makanan halal. Pihak Shaklee juga dah brief kami tentang pemilihan makanan dan restoran di sini. 


Selepas makan, jam 2 petang kami semua boleh check in ke dalam bilik kami. Bilik kami di Deck 14, maknanya di tingkat 14. 


Ini adalah SEA PASS CARD yang akan digunakan sepanjang kami berada di atas kapal. Untuk buka pintu bilik, untuk shopping, untuk booking ticket persembahan atas kapal, untuk keluar masuk kapal nanti, semua nya hanya guna SEA PASS ni. Semua details peribadi kami dah ada dalam kad ni.


Shaklee bagi bilik yang mengadap laut untuk kami. So, pemandangan dari dalam bilik sangat sangat cantik.


Hiasan dalam bilik.


Di luar bilik kami ada balkoni untuk lepak lepak. Fuh.. Memang best lah. 


Balkoni.


Dari luar bilik. Pemandangan port Barcelona. Masa ni kapal belum bertolak lagi.


Toilet dia walaupun kecil tapi sangat cantik dan kemas.


Shower room. Memang selesa dan puas hati sangat. 


Pada jam 4 petang, setiap penumpang diwajibkan menghadiri Guest Assembly Drill. Taklimat keselamatan di dalam kapal ini. 


Para penumpang mula memenuhi dewan untuk taklimat keselamatan. 


Taklimat diberikan melalui video oleh kapten kapal ini. 


Belajar cara pakai pelampung keselamatan jika berlaku kecemasan. Habis taklimat keselamatan, kami di bawa pusing pusing kapal ni untuk membiasakan diri dengan kawasan persekitaran. 


Garden hijau ni di Deck 8. Selain itu, ada banyak restoran dan kedai makan di kawasan sekitar ini. 


Cantik tak? Ini gambar di dek 6. Ada slide dari tingkat 16 yang akan turun terus ke tingkat 6. Sekali turun dan turun 10 tingkat. Amcam? Best tak... 


Nak mandi boleh, nak lepak rehat pun boleh. Setiap pool mempunyai keunikan tersendiri. Ada yang macam jakuzi, ada yang air masin, ada yang air tawar, ada yang air panas dan macam macam lagi. 


Ada flow rider. So, kita boleh naik percuma kalau nak. Nampak macam senang. Nak kena try ni.


Sebelah sana siap ada gelanggang futsal dan bola keranjang lagi. So, boleh lah main kalau free nanti. 


Ada mainan fun golf. Rasanya macam 18 lubang jer. 


Ada zip line lagi atas kapal ni. So, ari ni kami ricky dulu apa games yang ada. So nanti boleh plan apa nak buat atas kapal ni. 


Pemandangan dari deck 16.


Pukul 6 petang, semua penumpang dijemput untuk berada di ruangan atas kapal atau di balkoni bilik masing masing untuk melihat kapal berlepas dari pelabuhan Barcelona.


Kami memilih untuk berada di deck atas sekali. 


Kapal mula berlepas dari pelabuhan. Tempat tujuan adalah Mallorca. Ia adalah satu pulau yang cantik di Sepanyol. 


Sambil lepak menikmati udara petang semasa kapal mula berlepas, kami berehat di kerusi yang disediakan.


In total ada 27 swimming pool atas kapal ni. Huhu.. Jenuh la kalau nak layan mandi atas kapal ni. 


Jam 6:30 petang setiap hari kami akan Dinner di Main Dining Hall. Makanan pula akan di hidang course by course. 

Kita boleh order apa saja yang ada dalam menu. Nak order berapa banyak pun boleh. Contoh nak order 2 appetizer, 2 main course, 2 dessert pun takpe. Semua kos dah termasuk dalam pakej kami. 

Layanan waiter di sini memang tip top. Semua permintaan kami dilayan dengan sangat baik. 

Seriously, terasa dilayan macam kerabat diraja. Macam dalam syurga dunia pun ada. Macam mana lah hebatnya syurga Akhirat nanti, lagi tak dapat dibayangkan. 


Setiap malam ada banyak persembahan yang disediakan di atas kapal ini. Kita boleh pilih nak tonton apa. 

Untuk malam pertama ni, Shaklee dah aturkan untuk kami menonton teater bertajuk Hair Spray.


Para tetamu mula mengambil tempat untuk menonton teater Hair Spray. 


Backdrop yang digunakan sangat sangat cantik dan amazing. Since saya ni bukan kaki tengok teater, so bila tengok show macam ni rasa macam wowww... Amazing!

That's the story for today.

Insya Allah saya akan update lagi sambungan percutian kami di Mallorca, tempat persinggahan kapal selepas berlepas dari Barcelona.

Wassalam.

Masters Maria & Firdaus
Founder of the Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire (MFMS)
Motivating And Inspiring Others

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



MASTERS MARIA & FIRDAUS
Founder of the Most Fantastic Millonaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee Business Leaders & Mentors
Shaklee Certified Product Trainer
Shaklee ID : 881455

Contact us now for:-

FREE CONSULTATION, BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Click to Call (019-2592731)

Email : come_maria@yahoo.com

TWB SUCCESS STORY - Income TWB Jadi Penyelamat Kewangan Ibu Tunggal Anak 2

$
0
0

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Sharing Team Kami Mengenai Mobile Spa

Malam tadi, di group Whatsapp kami ada buat sharing pengalaman peserta Personal Coaching Mobile Spa yang team kami jalankan. 

Mereka semua berada dalam group kami iaitu "Group TWB - Trend Wanita Berduit"

Mereka dah join Program Mobile Spa ni, dan kini mereka kongsikan. Jom baca pengalaman mereka.

Sharing Dari Leanna Rafie

First sekali sebelum saya mulakan saya kenalkan diri dulu ye. 😍

Nama saya Lea. Umur 29 tahun. Saya duduk di Seremban Negeri Sembilan. Saya ada dua orang anak lelaki. Yang pertama 4 tahun. Yang kedua nak masuk 3 tahun. 

Saya seorang ibu tunggal baru 2 tahun lepas. Lea masih bekerja as a Sales Marketing dan buat TWB ni part time insyaallah soon FULLTIME


Lea join TWB baru je last month 1 August 2018. Lea training pada 11 August 2018 dan alhamdulillah seperti yang TWB janjikan training kita pakej heret bag. Kenapa heret bag? Sebab balik dari training terus boleh buat servis. 

Lea balik dari training pun malam sebab Lea dengan anak naik train ehehehe.. Tapi sampai sampai rumah je dah gosok muka ayah. Gosok muka adik.

Excited punya pasal sebab Lea dah banyak survey pasal mobile spa lama dah sebenarnya. 

Lea memang minat sangat sangat bab bab kecantikan ni. Ada first Lea survey satu mobile spa ni dia downkan semangat sungguh. Dia kata modal product je dekat 50k. Product je ok bukannya siap course  and training!!


See 50k and dia sendiri dah malas nak buat katanya. 

Kita ni RM1999 je siap training, siap sijil, siap complete barang, lepastu ada support group lagi!  

Huish dah terlampau banyak dah apa yang kita dapat compare dengan hanya RM1999! Since Lea masuk TWB ni takpernak lagi lah kita dibiarkan kontang kanting yang penting kita ni tanya!  Usaha! 

Satu lagi jangan hidup dengan alasan!  Kalau semuanya "kalau", kalau semuanya "bolehke" duduk jelah diam diam takpayah bergerak. 

Kenapa Lea cakap macamtu?

Lea start dari zero modal. Lea bukan datang dari orang senang. Family tak kaya. Ayah pun tak kerja. Nak pinjam siapa?  Ex husband? Hmmmm. 

Mana agaknya nak cekau RM1999 ni. 

Otak negatif memang kata "Aduh banyaknya macam mana nak bayar". 

Siapa nak bagi pinjam. Tapi kan usaha yang takpernah putus doa yang takpernah putus kawan Lea setuju untuk bagi modal tapi dengan bunga 😁😁 Takpe Lea kata Lea sahut asalkan Lea dapat tambah duit. Ya alhamdulillah dipermudahkan dalam masa 10 hari Lea dapat kumpul RM1087!! 

Bersyukur dan tak sampai sebulan Lea dapat bayar kat kawan FULL AMOUNT. Mula mula je dia kata bunga tapi dia tak ambil pun. 

Nampak tak?  Redah

Itu cerita modal, cerita pasal ibu ibu yang fikir anak tak ada siapa jaga. Macam mana nak buat? 

Percaya atau tidak anak kita ni rezeki. 

Ya Allah besar rezeki kita besarkan mereka ni. Macam Lea family Lea memang jenis yang tak suka kita tinggalkan cucu. Lea memang dah dididik dari awal macamtu. Anak Lea dua dua sekolah dari pagi sampai pukul 6. Lea tekad walhal yuran bulanan sekolah anak dua orang dekat RM800 every month tapi Lea tekad. Lea nak cari duit untuk besarkan mereka jadi biarkan mereka belajar dan berdikari kat sekolah. Dan pastikan mereka selesa!  

Jadi appointment Lea kadang kadang memang ada bawa mereka. Awal awal dah bagitahu kat customer so far alhamdulillah diorang pun ada anak anak jadi main sama-sama. Hidup ini kita jangan terlalu fikir boleh ke mampu ke. Nanti susah, nanti siapa nak bantu, nanti siapa nak jaga!  Masa tu tak tunggu kita taw "nanti" tu jadi sampai 10 tahun sudahnya jadi apa?


Lea pernah ye bawak anak anak sampai dua pagi mula mula appointment kat Seremban lepas tu Semenyih.. Lepastu Keramat ada tiga orang. Kawan kawan nak buat. Lea balik drive dekat 2 pagi. Tapi puas hati la sehari je RM4++ collection lagi pulak anak anak dapat upah dari customer 😂

Sekarang ni waktu Lea memerlukan masa gawat belum belum gaji ni selalunya TWB la penyelamat buat Lea. Alhamdulillah Lea lebih terbuka minda sejak join TWB. Lea rasa TWB ni sangat boleh pergi jauh bukan sahaja dengan income spa semata. Kita ada 5 penjuru income yang lain. Lea nak pulun semua income 💪💪😍

Lea tak pernah rasa susah dengan dua kerja, kejar masa untuk anak anak. 

Walaupun kadang kadang jadi singa 😂😂 Biar kita letih dengan ada income dari kita letih tak ada aoa apa. 

Alasan tak mampu, alasan tak boleh. Semuanya dari kita sendiri. Akal kita mengerakkan perjalanan kita. Insyaallah positif kan sekeliling kita insyaallah dipermudahkan. Buang aura negatif! Siapapun kita, dari mana pun kita, hanya diri kita yang mampu membentuk apa kita mahukan 💪💪😍

Betul.. kena ada dlm circle yg positif utk maju ke depan. Support group TWB mmg tempat aura2 positip je. Always support each other . Selalu share tips marketing, tips utk promo spa lah.

Bagi Lea TWB ini adalah platform yang paling murah, paling mesra rasa macam keluarga, paling tak lokek ilmu.

Lea rasa selesa dengan sekeliling Lea.Kita semua perlukan aura positif

Otai otai dalam TWB ni memang membawa aura yang sangat positif yang sentiasa bawak Lea bergerak ke hadapan 💪🏻

Orang tanya, "Lea yakin ke dengan servis mobile spa ni?"

Yakin?  

First sekali Lea tau zaman sekarang makanan pun orang nak delivery ke rumah. Servis pun demand dah sangat tinggi. Second TWB ini dimana ada wanita disitulah ada jalan untuk kita. And paling paling paling meyakinkan Lea product yang kita guna!  Dan mentor mentor kita yang sangat hebat 💪🏻

Permulaanya memang mostly orang tak de pengalaman, lepas join, kita akan bagi task untuk new member buat. dan masatu dah terus gerak. dah mula terus. Tak perlu tunggu apa apa dah sebab barang complete dah ada

Lepas dari training tu, semua duit yang korang buat hasil dari instant cash spa tu, semua milik korang. Semua 😍. Tak der share ngan sapa sapa dah. Tak perlu nak bayar komisen kepada sesapa dah.

Marketing kita kena jaga.. Yang penting pastikan customer puas hati sebab apa.. "Mulut ke mulut".

Betul setiap hari ada booking.  Dan kadang-kadang booking nya sorang. Sampai rumah jadi dua jadi tiga orang 😅. Kebanyakan nya memang repeat kak untuk bulan kedua ni.

Siap tambah Pakej pun ada 😍

Yang kenalkan kat kawan kawan pun sama. Bagi Lea yang penting kita jaga customer kita..

Once dah ada loyal customers thats it la.. Tak penat sangat dah nak buat marketing.

Bisnes yang bentuk services macam mobile spa ni mudah ada repetition

Kita ada kitab harga.. Lea follow situ.  And macam apa lea kata jangan malu bertanya sebab nereka semua tak kedekut ilmu,

Ini sajalah sharing daripada Lea. Semoga kisah Lea ini memberi semangat kepada rakan rakan semua.

Yang Berkongsi 

Leanna Raffi



Jom hubungi Maria segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team MFMS EMPIRE!

Hubungi : Tekan untuk Telefon (019-2592731)
Tekan Untuk Whatsapp



Email : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, kini menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



TWB SUCCESS STORY - Diuji Pelbagai Dugaan, Bisnes Mobile SPA TWB Beri Sinar Baru Meneruskan Kehidupan

$
0
0

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah masukkan kita semua di bawah lembayung rahmatnya.

Semalam group saya ada buat sharing mengenai salah seorang peserta kami yang mengikuti kursus mobile spa yang kami anjurkan.

So, here is the story. Untuk mengelak daripada sebarang masalah, saya guna nama samaran.

Motivating And Inspiring Story

"Jika akak tak join kursus mobile spa bulan lepas, akak tak tahu nak makan apa hari ini...."


Assalamualaikum semua,

Kisah saya agak panjang juga walaupun semua baru berlaku, akak cuba ringkaskan.

Saya Lin, menetap di Putrajaya.

Berusia 43 tahun, ada seorang anak perempuan 16 tahun. Saya merupakan penghidap Diabetes, hypertension, neuropathy dan retinopathy. 

Sejak setahun yang lalu, masalah rumah tangga dan kesihatan saya semakin kronik. Beberapa hari sebelum raya haji penglihatan saya terganggu di mana saya tak dapat melihat jelas menggunakan kedua-dua mata.

Pada raya haji bebaru ini, saya diceraikan suami melalui text wasap.

Sebelum ni asalnya hidup selesa. Dah 6 tahun saya surirumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan suami bank in RM2k dalam acctount bank. 

Langit tak selalu cerah. Saya tak pernah terfikir akan berpisah, lagi-lagi suami baik orangnya. Bekerja keras utk cukupkan segala.

Namun siapalah saya, nak menentang takdir Allah. Jodoh kami setakat ini saja.

Petang tu saya terima text tu...maghrib tu saya pergi surau...lama saya sujud...Ya Allah...aku redha dgn ketentuanMu...

Dua hari saya menangis. Dan menangis. Saya redha, cuma agak tak sangka terjadi perpisahan jiwa ni waktu mata saya bermasalah.

Saya tiada savings. Tiada harta. 6 tahun senang lenang semua suami tanggung. Apa saya nak buat? 

Mana saya nak mula? Macam mana? Pelajaran tak tinggi...dah agak berusia...sakit pulak. Majikan mana nak ambil pekerja macam saya yang tiap-tiap minggu kena ke hospital, ke klinik, yang asyik sakit. 

Selain mata, saya ada luka diabetic kat tapak kaki. Jari-jari kaki kanan saya dah 4 kali kena amputate...dah takde 4 jari.

Orang cakap...jangan risau sangat...jangan pikir banyak...Allah ada. Cakap senanglah, kalau kena baru tahu.

Saya percaya, kalau takde usaha, macam mana rezeki nak masuk? Saya kena buat sesuatu!

Semua orang diduga dan diuji. Lain-laim ujian dan tahap aje kot. Bagaimana kita melepasinya, itu kita yang kena fikir

Macam-macam cadangan saya pertimbangkan... Akhirnya saya ikut kawan saya pergi preview career talk mobile spa satu projek group yg lain. 

Saya tekad... Ni lah penyelamat saya! Senang aje....gosok-gosok muka orang aje! Kena cari modal RM5k aje! Kalau saya ada RM5k, buat apa saya nak gosok2 muka orang? ....

Malam tu kawan saya yang lain bagi saya nombor Maria Firdaus. 

24 Aug 2018, saya join Free Preview The Walking Beauty (TWB) di bawah Master Maria Firdaus. 

Okay...nekad dah...this is it! Cari RM2k aje. Tak susah kot. Kalau tak berjaya buat duit... Tak ralat hilang RM2k.

Saya ni ego agak tinggi juga. Bukan jenis pinjam-pinjam duit orang. Tak suka berhutang. Saya pernah beli kereta alza ambil loan bank...tapi bila saya jadi surirumah, saya nak cut monthly expense, saya bagi orang sambung bayar... supaya saya takde hutang bulan2. So...nak pinjam2 duit bukan mudah bagi saya.

Saya call salah seorg ahli keluarga rapat saya dan ceritakan masalah saya. Ni minggu yg sama saya kena cerai ni.  Instead of saya meratap menangis lama-lama.. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya. Ini redha pada saya. 

Saya luahkan pada kakak angkat saya, dia surirumah jugak. 

Tetiba esok hari dia bagitau saya... Dia dah minta tolong anak dia bank in cash RM2k ke acct saya. 

Dia cakap..."Adik, i believe in you. Akak tahu adik boleh berjaya. Adik gunalah duit akak dulu...no hurry to pay back..."

Masa tu saya pikir...Ya Allah...betul ke ni nak guna duit orang untuk terjun bidang yang not my flare ni?

Saya pm Maria..saya tanya macam macam.  

Ok puas hati...29 Aug 2018 saya bayar RM1999 +RM100 kelas penjagaan berpantang.

31 Ogos 2018 lepas perarakan Merdeka...saya masuk training dgn Master Ainul. Abis training nekad cari customer.

Dgn mata yang tak berapa nampak. Saya ni gemuk, kaki masalah saraf. Susah nak duduk bersila bagai. Tapi nak cari duit punya pasal, saya tak nak minta duit orang...ehsan orang. Saya mesti berusaha sendiri.

Masa training.. Nampak mata saya sepet sebelah.. Otot saya lemah tak boleh fokus dua biji mata tu.

Owh ye.. Anak perempuan saya 16 tahun...hantar saya dr Putrajaya ke Bangi naik motor..dia lesen L aje. Belasah jer la. Sakit punggung jangan cerita.

Waktu tu, saya dah  tak boleh drive.. Mata tak berapa nampak. Duit tak ada nak naik uber. Motor pun motorlah.

Kawan saya tanya...'Acaner ko nak facial muka org...muka ko pun tak brp nak elok ni?' Hahaha
Ada saya down?? Tidakkkkk

Saya perfectkan skill eye and face massage saya...saya buat homespa saya betul-betul macam spa.

Apa yang Master Ainul ajar, saya dengar. Baca group telegram..dapat ilham.

Facebook saya ada 200 kawan je masa tu. Asalnya set private.  Atas nasihat mentor dalam TWB, saya publickan.

Saya start sharing pasal aktiviti saya. Saya tak promote lagi.

Saya masih tak yakin, so saya offer free full facial kat 7 orang. Mentor dalam TWB yang suruh. 

Sebelum buat servis berbayar, belajar buat yang free. So kalau buat silap orang tak marah.

Saya tak yakin jugak nak offer servis. Tapi yang dapat free facial saya ni..dah war2kan kat kawan2 lain...

"Best giler kena ulit-ulit muka dengan Ina..."

Then 9 Sept 2018...duit kat tangan saya tinggal RM18. Dlm bank ada RM109.50 tak silap

Naik motor anak bawak dari bank ke bank...kenapa tak boleh withdraw?? Tak boleh transfer??

Kena timpa tangga lagi... Rupa rupanya, orang yang sambung bayar kereta saya, dah 3 bulan tak bayar! Bank sekat akaun saya!

Tu je duit saya ada. Dah terdesak...saya mula iklan servis by wasap dulu. Offer RM30 aje... Ni dah terlebih murah dari market price. Tapi sebab saya tak berapa yakin, saya rasa murah pun tak per lah. Janji dapat duit.

Saya dibayar RM100...nangis terus....saya bgtau Maria. Customer cakap puas hati kerja saya. Alhamdulillah.

Next customer RM50 pakej mak anak...dia bayar saya RM100 juga

Pada waktu tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Betapa gembiranya dapat duit cash dikala betul betul tak ada duit. 

Saya pernah naik motor dari Putrajaya ke Setiawangsa buat facial.... Sakit bontottttt.

Naik motor pergi Hotel Marriot. Parking motor pun tatau kat mana. Ni semua semata-mata nak buat servis untuk customer.

Kemudian, kakak saya baru dpt tahu kesusahan saya. Saya kena sound sebab tak bagitau dia, dia terus bank in RM 1k dlm akaun saya. Akan yang kena beku tu. Huhu.  

Saya mampu tengok baki...tapi tak mampu keluarkan.

Lepas tu saya tak berapa kisah dah apa jadi dengan duit dalam akaun tu...
Sebab cash masuk almost hari-hari melalui mobile spa. 

Melalui teknik marketing yang team TWB ajarkan, saya berjaya dapatkan customer dari kawasan sekitar.

Namun, tahap kesihatan saya belum sembuh sepenuhnya. Seminggu 2 atau 3 kali saya kena ke hospital dan klinik kesihatan. 

Saya mohon belajar kelas pemakanan, penjagaan diabetes, kelas bersenam. Saya susun semua hidup balik. Tapi hari-hari saya akan sebut TWB...TWB... "Ya Allah, tolonglah aku..."

Saya ke jabatan agama, JKM, mahkamah etc...tapi saya masih boleh buat duit masuk...susun jadual saya.

Hari saya sihat...saya go MOBILE SPA! Hari saya tak sihat...saya panggil kawan-kawan datang rumah  buat HOME SPA.

Tengah hari saya akan senang pitam. So no appointment masa tu.

Sekarang, Alhamdulillah. Mata saya semakin pulih...kurang sepet skit dah. Darah tinggi saya minggu lepas doktor dah potong satu ubat sebab dah turun. Gula saya dah bawah paras 10.

Saya rasa semua related to stress.

Saya dulu tak minat beauty. Saya tak minat spa2 ni. Tapi saya nampak jalan keluar dari masalah saya.

Walaupun kecantikan, spa bukan dunia saya. Tapi selepas saya belajar dalam mobile spa, saya rasa ia seperti memberi satu keseronokan dan kepuasan buat saya.

Ilmu yang saya peroleh dari Team TWB sangat berharga. Ilmu urutan spa, barangan berkualiti yang disediakan, teknik marketing yang superb dan amazing, serta team yang sangat saportive.

Tadi naik court kes cerai saya...lafaz luar mahkamah. Ex husband cakap, saya nampak kuat, nampak happy dengan life saya.

Saya sedih sangat....tapi i will be okay now.

Kawan-kawan pun paham saya susah duduk bersila. Saya gemuk, diorang sendiri akan suggest facial atas katil. Today saya dapat hadiah katil spa dari seorang kawan. Lazada datang hantar kat rumah.

Saya dapat hadiah sauna FIR dari kawan jugak, Hahah ni peberet saya...

Sambil-sambil duduk tengok konsert Big Stage kat TV... Ada org datang sauna...dapat RM30. Boleh la lepas makan saya anak beranak.

22 Sept 2018 saya masuk kursus penjagaan berpantang TWB. Trainer saya haritu tegur saya nampak lain. Saya dah pandai gosok-gosok muka sendiri. Dah nampak berseri sikit wajah saya.

Semalam lepas maghrib, saya maafkan semua orang dan segala-galanya. Termasuk yang menyusahkan saya. 

Saya jenis cakap, tulis takde hide2..berterus terang...kat fb wall saya, tulis dr hati.

Ada yang kurang senang...kata saya memalukan diri. 

Sebenarnya, niat saya...saya tahu ramai kat luar tu...pun kurang baik...tapi malu nak ngaku...malu org tahu... Makan dalam. Saya share...supaya org tahu..life is not easy for everyone

Semalam saya dengar Datuk Seri Vida cakap...There's no fast track to success...

Kalau rajin nak usaha...TWB will lead the way to success. Tapi TWB tak boleh spoonfeed success to you.

Alhamdulillah, melalui servis mobile spa TWB ni, saya berjaya peroleh hampir RM2000 untuk bulan pertama ini.

Dalam keadaan saya yang tak berapa sihat ini, dalam keadaan berulang alik ke hospital, mahkamah, pejabat agama dan lain lain lagi, saya rasa ia pencapaian yang membanggakan untuk saya.

Bukan mudah seorang wanita seperti saya untuk mendapat apa yang saya dapat sekarang ini. RM2000 untuk bulan pertama satu dalam bidang ini sangat menggembirakan saya .Terima kasih ya Allah.

Dalam group mobile spa saya, ramai yang berjaya. Mereka yang sihat dan buat secara fulltime boleh peroleh income RM5k, RM7k, RM10k dan ada yang dapat RM20k melalui mobile spa ini.

Tambahan pula selepas ini team kami buat Pakej Berpantang pula, maka lebih mudahlah untuk saya memberikan servis nanti.

Syukur Alhamdulillah. Saya berada dalam group dan jalan yang betul.

Dalam sakit perit air mata yang macam telaga air zam zam tak pernah kering, Allah beri nikmat lain iaitu "Ketenangan Jiwa" buat saya.

Saya dah mula TWB SPA, saya nak grab peluang dalam pakej TWB penjagaan berpantang dan selepas bersalin tu. 

Sebab saya nampak demand dan market di situ. Kalau kita mula lambat, orang lain yang ambil peluang dulu.

Terima kasih semua. Maafkan saya kalau menyinggung dengan bahasa tak seberapa ni.

Terima kasih buat Maria & Firdaus. Terima kasih buat trainer. Terima kasih rakan rakan TWB atas ilmu yang kalian kongsikan.

Saya ni IG pun tak reti. Facebook pun terkial-kial, Nak edit iklan pun tak reti. 

Tapi dalam TWB, ada aje org tunjuk ajar. Ada saja orang yang nak tolong. Kami semua dah macam adik beradik.

Dalam kekalutan dalam kehidupan, mentor saya berpesan kepada kami semua.

1) Untuk Yang Ada Suami Yang Baik:

- Berusahalah untuk stabilkan family sama. Jangan harapkan suami seorang untuk baiki kewangan.
- Kena gilap skills supaya ada back up if anything happened.
- Buat savings sendiri, reward suami dan anak anak untuk gembirakan mereka (redha mereka penting dlm bisnes).

2) Untuk yang ada suami tetapi tak bertanggungjawab:

- Focus dan usaha utk baiki diri demi anak2.
- Jangan jadi hamba pada lelaki , stand up! 
- Doa setiap hari minta Allah beri hidayah pada suami, tetapi ini bukan jalan untuk you meredhai apa yang suami buat ( Bangkit n fight for your rights - cari 3rd party utk dptkan advice)

3) Untuk Yang Single Women / Moms :

- Jangan sedih bila tak ade suami
- Percayalah, hidup single tetapi berduit adalah lebih bahagia dari hidup bersuami tapi tak berduit dan menyusahkan. 
- Cari redha Allah, cari kasih sayang Allah kerana cinta Allah is the ultimate one!

Harap bermanfaat la sharing daripada saya. Doakan saya rezeki kebaboom keajaiban pada hujung minggu ni. Semoga Allah murahkan rezeki saya juga.

Lin,
TWB Beautician
Menawarkan Servis Mobile SPA sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai.



=====

# Jika anda ingin mendapatkan SERVIS SPA daripada Puan Lin, boleh hubungi beliau di : 010-2281141. (Click to Whatsapp)

# Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Lin, boleh hubungi Certified TWB Trainer iaitu Puan Maria 019-2592731 (Click to Whatsapp) untuk maklumat lanjut. 


Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat.




Jom hubungi Maria segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team MFMS EMPIRE!

Hubungi : Tekan untuk Telefon (019-2592731)
Tekan Untuk Whatsapp



Email : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, kini menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



TWB SUCCESS STORY - Affni Shahida - 5 Angka Sebulan Dengan TWB

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripa Allah.

Saya doakan, Allah mudahkan urusan anda semua di dunia dan di akhirat.

Success Story TWB - Affni Shahida

Ini Pn Affni, berusia 35 tahun dan tinggal di Kawasan Kuala Lumpur. 

Dahulu Pn Affni ni merupakan seorang Programmer di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia. Namun, disebabkan komitmen yang tinggi yang perlu diberikan kepada syarikat dan keluarga, beliau terpaksa memilih satu daripada dua.

Pada tahun 2017, beliau ambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian terhadap bisnes sendiri dan keluarga.


Buat bisnes sendiri tak mudah, adakalanya income naik. Adakalanya income turun. 

Walaupun suami beliau bekerja, tapi beliau tidak mahu membebankan suami dari segi kewangan. Beliau mahu ada duit sendiri walaupun tidak lagi bekerja. 

Pn Affni ni mempunyai anak seramai 5 orang. Sebagai seorang ibu yang tidak mempunyai pembantu di rumah, bukan tugas mudah untuk Pn Affni menjalankan bisnes secara sendiri.

Namun, Pn Affni seorang yang sangat tabah dan rajin.

Beliau menceburi kursus mobile SPA The Walking Beauty. Beliau lihat bisnes mobile spa adalah salah satu bisnes yang beliau boleh ceburi kerana ia hanya perlukan modal yang rendah dan boleh jana pendapatan yang segera.


Mobile SPA TWB yang telah dijalankan sejak 2015 lagi.


Konsepnya, buat di rumah sahaja.

Pada April 2018, Pn Affni dan team berjaya menemui kaedah baru dalam marketing yang membolehkan mereka mendapat customer yang sangat ramai.


Pn Affni sedang memberi servis kepada pelanggan

Pendapatan dalam servis mobile spa ini sangat tinggi. Alhamdulillah, Pn Affni sekarang dah berjaya dapat pendapatan 5 angka sebulan. Ia melebihi gaji beliau semasa bergelar engineer dulu. 


Boleh duit di mana mana sahaja.

Yang bestnya, beliau kini bekerja dari rumah dan boleh uruskan masa dan keluarga sepenuhnya. Tak perlu lagi kerja 8 jam sehari. 

Ada ramai rakan rakan Pn Affni yang ceburi bidang yang sama dahulu yang focus dan buat betul betul berjaya mendapat pendapatan sehingga 5 angka sebulan hanya melalui program ini.


Income geli geli dengan mobile spa ini.

Ramai dikalangan mereka yang dah ‘terpaksa’ berhenti kerja walaupun dulu bekerja dari pelbagai latar belakang professional.


Ramai yang dah Pn Affni train sekarang.

Antara kelebihan kursus yang beliau sertai ini adalah : 

i.Setinggi RM50-RM250 keuntungan untuk setiap servis
ii.Beli KELENGKAPAN SPA SEKALI, tapi boleh pakai 2-3 bulan
iii.Tidak perlu pening pening simpan stok
iv.Modul marketing disediakan
v.Telegram Group Sapport 24 Jam 


Dan yang bestnya, bila join sahaja kursus ini, para peserta terus akan dapat pelbagai barang yang akan digunakan untuk servis spa.

Pendek kata, lepas training saja. Boleh tarik beg dan mula menjalankan bisnes mobile spa ini.

Semua peserta akan terus dibekalkan dengan skincare, produk spa, steamer, ion massager, beg spa, spa basic tool dan sijil.

Semua peserta akan dimasukkan ke dalam satu sapport group di Telegram untuk bantu mereka dari segi marketing dan motivasi.

Walaupun selepas kursus, para peserta akan terus dibimbing agar Berjaya memperoleh wang melalui servis yang diberikan.

Selepas Pn Affni melihat potensi yang sangat besar dalam bidang ini, selepas melihat ramai yang join kursus ini Berjaya menjana kewangan secara INSTANT, kini Pn Affni sedia membantu para wanita berkerjaya di luar sana yang stress dengan kerja dan mahu berhenti kerja dan mahu menjalankan bisnes yang dapat duit secara segera, Pn Affni sedia menawarkan 
Kursus Mobile SPA secara one to one. Dapat personal coaching.


One to one coaching


Hand Spa Training

Jika ada yang berminat dengan peluang ini, boleh hubungi Pn Affni di : 012-2207966. 

Atau Klik Link Di Bawah Ini : 

http://bit.ly/2CnFcz9
http://bit.ly/2CnFcz9
http://bit.ly/2CnFcz9

Insya Allah beliau akan terangkan bagaimana anda boleh join Personal Coaching. 

Anda tak perlu bayar untuk dengar penerangan dari Pn Affni, kalau lepas dengar penerangan nak join Personal Coaching, baru join. Anda tak rugi apa apa pun.

Inilah cerita anak didik kami. Semoga semakin berjaya.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

TWB SUCCESS STORY - Aina Jana RM2000 Dalam 12 Hari!

$
0
0
Kisah yang saya nak kongsikan hari ni adalah kisah seorang wanita, boleh kata muda lagi.

Bukan dari keluarga yang senang, keluarga pula ditimpa pelbagai ujian. 

Tetapi beliau berusaha untuk dapatkan modal sebab beliau tahu hanya dengan sertai KURSUS MOBILE SPA TWB ni seterusnya buat bisnes Mobile Spa TWB beliau dapat capai impian, beliau dapat uruskan segala komitmen yang terletak di atas bahu beliau sebagai seorang anak.

PROVEN RESULT BISNES MOBILE SPA TWB


Aina Syaheera, dari Kuching Sarawak.

Saya merupakan ahli TWB yang baru join pertengahan September 2018. 

Berumur 25 tahun, belum berkahwin tetapi memikul tanggungjawab yang sangat besar dan  komitmen yang sangat tinggi.

Saya dilahirkan di dalam keluarga sederhana di mana ayah saya tidak ada pendapatan tetap. Ibu saya seorang suri rumah.

Memang sejak kecil saya suka berniaga sebab saya suka “instant cash”. Tapi bukan skim cepat kaya ya. No no no! 

Prinsip ibubapa saya, if you want it, you go and get it. 

APA AINA BUAT WAKTU KECIL?

Masa saya darjah 1, saya beli sticker digimon pelbagai saiz dalam 1 A4 tu. Harga RM 1. Sticker size kecil saya jual dengan harga 10 sen, sederhana 20 sen, paling besar 50 sen. Jadi dalam 1 A4 tu ada dalam RM3-4 saya dapat. Masa umur tu duit RM2 dah kira kaya 😂


Darjah 2 saya jual rubber band untuk ikat rambut. Beli sepeket besar RM1, jual 5 getah 10sen. Ada la untung sikit untuk saya beli keropok lekor masa fardu ain.

Nak katanya, sejak kecil kalau saya nak apa-apa memang kena usaha sendiri. Bukan senang-senang boleh minta pada ayah saya.

Macam-macam yang saya jual masa sekolah rendah, menengah, universiti sampai sekarang. Nasi lemak, rojak buah, keropok, anti radiation sticker, planner, telefon, air minuman, food packs, memang macam-macam sangat. 

Tapi tak ada yang kekal sebab benda bermusim. Contoh masa saya air Overdose viral dulu, jual overdose, untung. Tapi bila musim dah takda, 1 air sehari pun susah jual. At last air basi mcm tu je. Stock yang ada pun terpaksa di lelong sebab tak ada market. Planner pun sama. Jual planner boleh guna untuk tahun tu je. Nak jual planner yang sama untuk tahun depan dah tak laku.

So 2 tahun lepas, saya berniaga foodpacks untuk tampung kos yuran kursus Master di UNIMAS yang saya nak ambil. Saya memang kena usaha sendiri, dapatkan duit sendiri.

Waktu tu, nak kena hantar foodpacks ke office/rumah customer. Masa tu penat dia ya ampunnnn! 

Cuba bayangkan... 

Bangun sebelum Subuh dah kena masak, lepas masak kena pack, lepas pack kena hantar, lepas hantar beli pulak barang untuk masak esok, balik rumah dah kena sediakan barang-barang untuk masak esok pagi, tidur lewat, bangun awal dan repeat cycle yang sama setiap hari. Sampaikan ayah saya kecil hati sebab dia rasa saya dah tak ada masa dengan dia. 

Ohh.. just for info, saya memang sangattt rapat dengan ayah saya. Sangat rapat.

'SELESA' DALAM TERPAKSA

Kita dah tau kan yang TWB wujud sejak 2015, maknanya sejak 2015 la saya dengar pasal TWB. Tapi benda asing, benda yang saya tak familiar. Jadi saya just ignore. 

Bila sepupu saya recommend untuk join TWB (masa tu tak silap RM99 je), pun saya ignore dengan alasan banyak commitment dan tak ada modal. 

Betul orang kata, kalau hati tak berkehendak, cakap la apa pun, semua kita rasa tak boleh. Masa tu saya bukan tak yakin dengan bisnes mobile spa TWB, bukan saya tak percaya dengan sepupu saya, tapi saya tak yakin dengan diri saya sendiri!

Saya jenis suka berniaga, suka instant cash tapi jenis berat mulut.

“Eh, boleh ke aku nak berniaga”

“Ada tak orang nak beli”

“Nanti post iklan sana sini orang annoyed”

“Nanti orang ingat aku desperate nak duit”

Macam-macam dalam kepala pada masa tu. Semua jadi ALASAN!

"Tak ada masa lah"

"Tak boleh commit lah"

"Tak ada duit lah"

Kalau you all ada rasa macam tu, samalah kita. Saya pun sama macam tu dulu!

BERMULA EPISOD TRAGIS

Nak dijadikan cerita, Februari awal tahun ni, ayah saya yang merupakan seorang yang aktif berbasikal ditakdirkan jatuh sakit. 

Saya tengok hari ni dia sihat, the next day till now dah tak boleh jalan. Totally bedridden, disable, OKU dan dependent. Income ayah saya totally dah tak ada! 

Pada masa tu saya memegang banyakKKKKKK status.

1. Anak kepada ayah yang sakit
2. Pengurus kewangan keluarga
3. Master student
4. Pengurus rumah - urusan dirumah A to Z saya buat
5. Pekerja 

Nak juggle 2 benda dalam 1 masa pun dah susah. Inikan banyak benda dalam 1 masa. Mana nak siapkan thesis Master lagi, mana nak kerja, mana nak jaga ayah saya yang sakit, keluar masuk hospital, keluar masuk ICU, mana jugak masa nak kemas rumah etc.

Saya jadi pening, buntu. Saya ada 3 syarat/kriteria untuk saya bekerja.

1. Kerja mesti flexible sebab saya akan ada banyak off day untuk bawa ayah saya follow up di hospital

2. Income mesti at least RM2000 ke atas dan ianya jadi main income keluarga sekarang

3. Ada masa untuk saya uruskan tentang pengajian & siapkan thesis saya

4. Ada masa untuk sendiri dan keluarga di rumah

Kalau ikut logic, ada ke orang nak hire orang dan diberikan kelonggaran di atas? Dah la belum ada pengalaman kerja. Mana mau nya. Rugilah company.

KISAH JATUH CINTA AINA DENGAN TWB

Jadi saya terfikir nak join TWB (Dah susah baru nak carik sumber). 

Mulanya saya berfikir-fikir sendiri je. Just have the thoughts in my mind gitu. Nak fikir lebih-lebih, duit masa tu memang tak ada! Yang ada hanya untuk emergency. Lagi-lagi dalam keadaan ayah saya sekarang. 

Jadi saya usulkan pada ibu saya. Ibu saya izinkan join TWB, tapi masalah yang sama.

Mana nak carik modal?? 

Dengan keadaan belanja keluarga yang besar pada ketika itu disebabkan ayah saya yang sakit. Keluar masuk hospital. Allahu..

Saya mintak restu ibubapa saya, izin tunang saya, dan solat istikharah berulang-ulang kali. Makin hari makin kuat instinct saya nak join TWB tapi masih tak yakin pada diri dan potensi diri saya sendiri.

Antara alasan diri saya pada masa itu adalah, saya terfikir yang 3 orang sepupu saya dah pun jadi ahli dan beautician TWB. Salah seorang tinggal di area yang sama dengan saya. Saya takut nanti berebut customer (Sangat bersangka-sangka walhal Allah dah tetapkan rezeki masing-masing).

Second, saya predict yang demand di Sarawak tak akan sehebat di semenanjung sebab keadaan di Sarawak tidaklah sesibuk di semenanjung. So saya fikir, peluang akan kurang, permintaan akan kurang. 

Ketiga, ada a few mobile spa (bukan TWB) yang dah lama bermula dan juga terkenal di kawasan saya. So competition mesti tinggi dengan demand yang tak seberapa. Bila fikir-fikir balik saya terus down. Nampak macam tak ada harapan.

"Haih! Alasan lagi! Aina!!"

Malam tu saya reflect diri. Kalau fikir logic, circle semua orang tak sama. Sepupu saya, buat mobile spa under TWB, circle orang yang beliau kenal dan rapat tidak sama dengan circle saya. 

Jika dibandingkan dengan adik saya sendiri pun, circle beliau tidak sama dengan circle saya. Dalam bahasa mudah, semua orang ada rezeki masing-masing tak kira jauh atau dekat. Jadi saya lebih yakin.

Keesokkan harinya, saya hubungi Pn Affni untuk bertanya. Niatnya untuk bertanya je. Tak terfikir pun akan join. Tapi bila dah masuk preview yang ke berapa kali entah, saya jadi excited. “I MUST DO THIS, by hook or by crook”


Plus, seorang sepupu yang dah join TWB pun bagi semangat yang membara.

MASIH LAGI BAB MODAL

Kalau nak cerita pasal modal, kalau ikut logic, saya tak pernah dapat pegang duit walaupun RM1000 dalam tangan. 

Dapat duit, terus habis ke ubat-ubatan ayah saya. Dapat gaji, terus bayar itu ini. Jangan kata RM1000, RM300 pun susah nak ada on hand. 

Tapi bak kata pepatah, WHEN THERE'S A WILL, THERE'S A WAY. 

Bila kita nakkan sesuatu sangat-sangat, by hook or by crook, kita akan dapatkannya, betul? 

Macam kahwin. Kalau pihak perempuan tetapkan RM10ribu untuk hantaran, si bakal suami pulun kerja setahun ikat perut, buat part time etc untuk dapatkan duit hantaran. 

Macam tu jugak untuk TWB. Sebab apa yang dilaburkan tu akan balik pada kita in no time.

Modal adalah kekangan utama saya ketika hendak bermula. 

SAYA SANGAT SUSAH HATI TENTANG MODAL.

Dengan komitmen di rumah, ayah yang sakit, ubat-ubatan dan hospital, duit makan, duit untuk adik di Universiti dan duit untuk saya sendiri yang sedang belajar+bekerja.

Sampaikan saya rasa kadang-kadang saya memegang terlalu banyak tanggungjawab. 

Hanya Allah yang tahu.

Disebabkan saya yakin dengan sistem dan support TWB, saya korbankan duit kahwin yang saya kumpul selama ni sebagai modal sebab it’s proven dalam masa sebulan dua akan balik modal. 

Itu pun bukan senang saya nak guna duit kahwin tu atas beberapa sebab. Bukan saya boleh ambik macam tu je. Tak!

Kalau ada emas, nak je saya pajak sebab dalam sebulan dua dah boleh tuntut balik. Tapi apakan daya, emas pun tak banyak. 

Chat punya chat dengan Puan Affni, within that few days tu jugak saya terus buat payment RM1999 untuk kursus mobile spa TWB dan beli ticket ke KL dari Kuching, Sarawak. 

Kenapa? 

Bukan ke trainer TWB ada di seluruh Malaysia? Puan Affni pun ada offer saya untuk dia datang Kuching kalau nak dia sendiri train.

Yes, boleh. But that will take time. Kena tunggu queue and depends dengan jadual training. Tapi saya nak buat duit as fast as I can! 


"When The Earliest I can Come?"

So duit tiket flight lagi! Bukan sikit-sikit kos kalau beli tiket last minute tau.

Duit celah mana saya korek? Tabung kahwin / Tabung emergency 😂

Ini memang berserah je kat Allah sebab yakin pada potensi mobile spa under TWB.

Lagipun saya dah minta petunjuk Allah dengan istikharah. Dan memang ini petunjuk yang saya dapat.

BERMULA LAH LANGKAH AINA DALAM TWB


Aina tengah belajar teknik facial


Aina dapat sijil setelah tamat kursus mobile spa TWB

Pada cuti hari Malaysia, saya fly ke KL. Saya training pada 16hb Sept dan bercadang untuk launch pada 22th Sept. 

Tapi malangnya pada hari tersebut, ayah saya di kejarkan ke hospital dan di admit ke wad lagi!

Jadi saya rasa kaki saya terikat. Tak ada masa, commitment banyak. Kerja, study, family, rumah. Saya jadi down. Padahal dah training, barang semua dah ada complete.

Ada 3 sifat yang buat saya kuat. 

Saya tamak, saya tak sabar dan saya suka instant cash. 

Sebab saya tamak opportunity ni la saya sign up untuk join mobile spa under TWB sebab senang-senang boleh buat INSTANT CASH!

Sebab saya tak sabar la saya terus fly ke KL untuk training walaupun menurut Pn Affni, jadual training tengah penuh.

Jadi pada 28hb September yang lepas, saya launch spa saya dengan rasminya.

Saya tak suka hutang. Bila mana saya rasa saya tengah berhutang dengan tabung kahwin saya, saya cepat-cepat usahakan untuk dapatkan balik modal RM1999 tu. 


Jadi on the first day saya ada seorang customer je. Bagi saya it’s a good start. 

Hari pertama saya dapat RM109. Bila kita ada sistem yang kuat dan elok, kita tak perlu promo beria-ia. Customer yang merasa servis kita bagus yang akan automatically spread the news around. 

Sekarang saya kerja dengan masa yang flexible, income insyaAllah atas 2k sebulan dan ada masa untuk saya sendiri dan rumah.



Since saya hanya buat secara part time, maximum sehari saya ada 4 customer. Tu pun saya buat lepas waktu bekerja dan hujung minggu sahaja. 

Mula-mula customer akan opt untuk pakej yang murah, bila dia suka dengan cara dan servis yang TWB ajar tu, tengah facial customer akan mintak “upgrade” pakej. 

Banyak kali customer saya yang nak ambik basic package yang harga puluh-puluh je, tiba-tiba tengah facial bila dia rasa best kita layan dia bagai permaisuri dengan cara TWB ajar, dia terus upgrade ke pakej dekat nak RM100 jugak. 

Saya tak paksa, tak promo. Dia sendiri yang nak upgrade. 

THE SKILSS & TEKNIK SPA YANG TWB AJAR TALK BY ITSELF!

Dan sekarang saya masih terkejut bila saya dah berjaya dapat balik modal dan ianya hanya dalam masa 12 hari!

Ya! Saya baru je balik modal Isnin baru ni, 8 October 2018.

Syukur alhamdulillah.


Ni rekod setiap customer yang Aina simpan. Total of RM2027 dalam 12 hari buat bisnes Mobile Spa TWB!

Kata Aina lagi... TWB bukan je ajar kita tentang teknik facial, spa, tapi yang paling penting macam mana nak bina bisnes tu lepas kursus.

Thats the beauty of TWB ❤️

Kata Aina di akhir perkongsiannya malam tadi,

"Saya rasa tu saja sharing saya pada malam ni. Semoga ia bermanfaat dan membuka mata pada semua. Kita ada Allah yang sama."

Just minta pada Dia dan kita usaha sungguh-sungguh sampai dapat.

Sekiranya ada di antara anda yang berminat untuk join Kursus Personal Coaching Mobile Spa, boleh hubungi Maria di 019-2592731.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others




Jom hubungi Maria segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team MFMS EMPIRE!

Hubungi : Tekan untuk Telefon (019-2592731)
Tekan Untuk Whatsapp



Email : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, kini menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



TWB SUCCESS STORY - Fara - Income Sejam Mobile SPA Sama Dengan Income Sehari Kerja Dahulu

$
0
0

Nama saya Farah. Umur 29 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun. Ini gambar saya di hari pertama menyertai The Walking Beauty ( TWB )

Saya graduan dalam jurusan Diploma Architecture TAPI tak pernah bekerja dalam bidang ni sebab bile minta kerje saya fresh grad. Semua firm nak yang berpengalaman. Walaupon result saya memang okey sangat. Setiap semester dapat anugerah dekan,  tapi tula Allah atur baik perjalanan untuk saya.

Ayah saya orang yang paling KECEWA sebab saya tak keje tetap dalam bidang tu. 

Last-last saya dapat kerja kontrak government tapi sebagai kerani sahaja.  4 tahun kontrak sahaja dan terpaksa PJJ dengan suami sebab saya kerja kat Terengganu dan dia di Putrajaya.

Lepas bersalin, suami ajak saya balik Putrajaya sebab nak jaga anak bersama. Dia rasa sayang sebab tak boleh tengok anak membesar.

Masa ni saya duk fikir nak buat ape bile berhenti kerja. Sebab saya suka fesyen, saya pon belajar menjahit. Saya masuk giat mara 6 bulan pulun belajar menjahit. 

2 tahun saya menjahit tapi saya STRESS sgt. 

Tak boleh keluar, tak ada masa lebih-lebih lagi time puasa. Memang tak tido malam la jawabnya. Saya ingat lagi setiap kali puasa semua beli bungkus. Sebab tak sempat masak. 

And rumah?? 

Macam kapal pecah! Kain perca merata / pola sana sini.

Stressnya menjahit ni sampai tak ada masa nak urus diri sndiri.

Tu kalau dapat customerr yang cerewet lagi stress. Yang  lambat ambik baju lagi la stress.

Hujung bulan baru dapat duit sebab time gaji baru datang. Yang berbulan tak ambik baju pon ada




Ni mmg time meriahhh hbisss.

Stress ni mmg musuh kita terutama wanita. Sebab teruk + penat saya dah tak sanggup nak menjahit. Saya nak bisness yang ada masa untuk diri sendiri.

But NOW ni sy yg baru.



Effect Vitamin Dan Set Youth Shaklee.

Saya start ambik customer 1 bulan lepas traning. Tu pon tak confident. Tapi saya pi jumpa customer pakai mask.



Memang kena pakai mask, nak cover muka.


Perlahan lahan, kulit wajah saya makin bersih dan cantik.

Sekali dah join bisness cantik-cantik ni, confm kita sendiri akan jadi nak cantik nak sihat dan nak lifestyle kelas.

Kehidupan Semakin Berubah

Kenapa saya kata life saya berubah?

First, mentor dalam TWB selalu tekankan jaga 3 perkara.. 

Dhuha
Tahjud
Sedekah

Jarang ada group yang tekankan perkara-perkara macam ni untuk diamalkan.

Saya jadi insan yang betul betul minta apa-apa dengan Allah. Sebab tu semua yang join TWB memang akan jadi wanita yang sangat-sangat kuat.

Sejak join TWB saya sangat sangat bebas. Saya dapat instant CASH! Tak ada tunggu-tunggu dah orang lambat ambik kain.

Dan perubahan besar saya ialah saya bebas nak balik kampung bile-bile je. Mak saya kurang sihat. Jadi saya nekad tiap-tiap bulan nak balik jenguk dia.. 

YES! Dengan TWB saya boleh beli tiket flight balik Terengganu balikk hari. Pergi awal pagi, balik last flight.



Belanja mak ayah makan sedap-sedap

And balik kampung tak kosong taw. Kawan-kawan saya kat kampug memang tunggu saya balik nak facial. See mana-mana pun jadi wang. Betullah mentor saya cakap, di mana ada wanita di situ ada wang.

Memang enjoy sangat. Dan bayangkan hasil 1 jam FACIAL = 1hari jahit baju.

Dulu saya ambik baju kurung moden RM70 sepasang. Menjahit dari pagi. Pola-gunting-kelim-jahit-jahit tangan. 

Sehari sehelai baju kalau non stop. 

Kalau berhenti masak, layan anak-anak 2 hari la jadinya.



Tapi ni hasil saya facial 2 orang. Sorang siang sorang malam. Total kerja 2 jam setengah. Tapi income masyuk.

And yang lagi best tak yah pening-pening nak bayar sewa atau pekerja. Income bersih! 

Cuma saya simpan. Contoh saya dapat RM100. Saya simpan 20% dari RM100 untuk 4 bahagian
( Modal / Saving/ Sedekah/ Ibu abah )

20% dari RM100 = RM20

Dari RM100 saya asingkan RM20. RM80 lagi saya enjoooyy.

Dalam bisnes mobile spa ni, yang perit bila kita malas. Sebab kalau rajin mmg dapat cash. 

Saya pernah tak de customer seminggu. Tapi bile jumpa mentor, lepas coaching memang panas bontot laaa..

Sebab tu sangat-sangat penting bisness ada MENTOR!

Dulu menjahit saya sorang-sorang. Tak ada mentor. Memang ada group menjahit tapi masing-masing semua mengeluh penat. Stress dengan customer.  Dengan-dengan kita down. So nangis la bucu mesin sama sama. 

Sekarang bile stress 'Jom lepakk jumpa mentor' class sangat jahhh.

Geng-geng TWB yang dekat semua macam adik beradik. Boleh jumpa untuk sharing sebab kita dihaluan yang sama.

Kami geng-geng TWB sangat-sangat support antara satu sma lain. 

Enjoy sangat buat spa ni. 



Produk kita guna sangat-sangat powerfull. Tu yang membezakan kita dengan spa lain. Dan saya dah ada hampir 15 orang customerr regular. Dah repeat facial 3x setiap bulan. So saya tak yah marketing kaw-kaw sangat sebab customer memang akan ada.

Sebab tu saya cakap kenal TWB satu rahmat besar buat saya. 360 darjah hidup saya berubah!

Kalau rasa RM1999 tu besar, tapi time kita susah time kite nak cash dari pelaburan ni la yg boleh bantu kita. Insyaallah.

Saya tak rasa RM1999 ni mahal sebab bila join training ni, kita dah dapat semua barang siap. Bayar - Pergi Training One To One - Dapat Semua Barang - Terus Buat Servis.

Tarik beg, terus pergi buat duit berkepok kepok.

Terima kasih sebab sudi baca sharing saya. Saya sangat-sangat menanti korang dalam group ni jadi keluarga baru TWB.

The Walking Beauty By MFMS


Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB? 
Sila click link di bawah:-




Jom hubungi Maria segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team MFMS EMPIRE!

Hubungi : Tekan untuk Telefon (019-2592731)
Tekan Untuk Whatsapp



Email : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, kini menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!


Homestay Di Desaru Terbaik

$
0
0

Desaru Pearl Garden Homestay

Buat anda yang mencari Homestay di kawasan Desaru, boleh hubungi sahabat saya di 016-3286017.

Ini Info Lanjut Mengenai Desaru Homestay

Desaru Pearl Garden Homestay

🌏Lokasi Jln Dato Jaafar 23, Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar, Johor Darul Takzim.

💟 RM300 ➡ 2 Days 1 Night
💟 RM500 ➡ 3 Days 2 Nights

✅ Semi D
✅ 3 bilik Tidur  
✅ 2 katil queen + 1 katil single
✅ 2 extra single bed
✅ 2 bilik air 
✅ 2 water heater
✅ Astro Njoi
✅ 3+1 Air cond
✅ Mesin basuh
✅ Kemudahan asas memasak disediakan seperti dapur gas, cerek , kuali, periuk, rice cooker, bbq pit, pinggan mangkuk dll

 🏊‍♀Kawasan peranginan

✳ 2km ke Desaru Coast
✳ 2km ke ELS golf club🏌‍♂
✳ 3km ke pantai Desaru
✳ 5km ke pantai Tg Balau
✳ 6km ke pantai Batu Layar
✳ 26 km Sg Rengit🦐 @ Rapid Pengerang

Gambar gambar untuk Homestay Desaru ini.


Katil double


Meja tulis


Tempat rehat di ruang tamu


Sofa tempat rehat lagi


Ruang menonton TV


Tuala, kain pelekat dan telekung solat ada disediakan.

TEMPAH SEKARANG : 016-3286017.

Semoga bermanfat.

Maria Firdaus 
Motivating And Inspiring Others



Success Story TWB - Cik Zas - Berjaya Buka Kedai Spa Selepas Join TWB

$
0
0
Saya perkenalkan diri dahulu.

Orang panggil saya Cik Zas. Dah berumur 40 tahun pun tapi sejak join TWB muda balik jadi 30😉 .

Masih bekerja di sektor kerajaan as a pembantu tadbir. Kerja gaji bulanan ni tak mewah. Masuk je gaji, hari tu juga zero! Saya takde simpanan langsung. Salah diri sendiri la sebab pengurusan kewangan saya memang fail😧

Sebab itu walaupun gaji tetap tapi saya terpaksa kena ada kerja tepi iaitu kerja Part time. 

Bagaimana Keadaan Saya Sebelum Ini?

Sebelum saya join TWB, saya dah survey banyak kerja part time. Pernah je saya buat Grab dan jual kuih muih untuk cover pinjaman hutang-hutang yang dah saya buat.

Kereta saya pernah nak kena tarik sebab berbulan tak bayar. Nasib saya baik sebab masa ni ada adik beradik tolong. Kereta ni ibarat nyawa saya, kalau takde kereta ni, tak tahu la.

Suami saya pula tinggal jauh kat Pahang.

Anak-anak tinggal dengan saya dan gaji suami pun tak besar.

Tu laa.... Tapi sampai bila nak minta bantuan dari adik beradik kan..

Dengan fikir yuran sekolah anak-anak dan duit belanja dorang pun saya hadkan, hutang dengan bank-bank lagi. Memang tiap-tiap malam saya menangis la. Besar dugaan cabaran Allah bagi kat saya. Tapi takkan nak nangis je kan.

Betul...Dan saya pun paham, saya kena juga buat sesuatu.

Mula Mengenali The Walking Beauty Mobile Spa

Masa ni kawan saya ada cerita pasal mobile spa dan saya memang minat bab-bab kecantikan ni tapi maklum la terbatas kan. Macam saya ada anak sorang tinggal di asrama, ingatkan belajar di sekolah berasrama boleh jimat kan kos tapi sebenarnya banyak jugak kos dari sekolah harian biasa.

Tapi saya tak pikir banyak dan saya terus saya google sampai lah saya terjumpa satu blog yang menceritakan mengenai projek buat duit ini.

Sebenarnya dalam masa yang sama saya tengah nak buat bisnes lain😅

Anak saya 2 orang, 15 tahun dan 13 tahun.

Dah nama bisnes dan saya paham nak mulakan sesuatu bisnes kena ada modal.

Tapi saya ni zero!!

Kenangkan anak-anak...saya kena buat sesuatu, nasib saya ni ada inisiatif😄😉

Sambil survey pasal bisnes, sambil saya mohon skim bantuan kerajaan. Kira tak la dok diam kan.

Jadi wanita kat Malaysia nie pon ada banyak bantuan kewangan yang di offer. Kena pandai cari. Paling laju... Pinjaman dengan adik beradik, kawan-kawan atau bos sendiri hehe.

Saya ambil risiko dengan kewangan saya yang meruncing untuk buat pinjaman dgn AIM @ Amanah Ikhtiar Malaysia untuk join TWB. Saya nampak TWB ada potensi. Tidak banyak sedikit mampu bantu kewangan hidup saya sekeluarga.

Bagaimaan Keadaan Saya Sekarang?

Saya masih baiki lagi taraf hidup saya dan saya yakin TWB ni platform terbaik untuk ubah hidup.

Dengan mobile spa, saya ada pendapatan sampingan. Yang Alhamdulillah sangat sangat membantu saya.

Bila bisnes nampak bertambah baik, bulan 8 hari tu, saya dah pun selamat buka mini spa di Keramat Wangsa.

Senang klien-klien saya nak datang berspa.

Dengan TWB, saya ada support group bukan je kat online, tapi siap coaching depan-depan lagi ilmu marketing.

Saya rasa seronok sangat buat spa ni. Dulu saya pernah buat creampuff dan dapat order dalam 10box.

Saya amik masa 5-6 jam juga nak siapkan order. Uli-uli, pam filling semua, siap packing dapat la RM200-250. Tapi jenuh juga la nak kena kerja 5-6 jam. Dan duit yang dapat tu pun bukan semuanya untung. Kena tolak modal juga nanti.

Tapi bila buat spa ni, 1-2 jam je boleh dapat dah amaun macam tu. Jimat sungguh dah masa kan. Tapi hasil yang dapat sama hehe. Baking nie memang seronok tapi penat sikit laa kan.

Mini spa tu adalah kejayaan yang paling bermakna yang selama nie saya tidak pernah terpikir sebab dalam comfort zone kann maklum laa keja dengan gomen.

Ok la. Saya stop di sini. Kawan-kawan doakan saya makin berjaya dan bebas hutang ya.

Dan saya juga doakan semua dipermudahkan dapat modal dan bayar.

Lepas tu kita sama-sama buat duit kepok-kepok dengan spa TWB ya. Aaminn😄

Jumpa nanti di group TWB.

Cik Zas
Peserta Mobile Spa The Walking Beauty


Success Story TWB - Cikgu Pun Boleh Berjaya Dengan Mobile Spa TWB

$
0
0
Assalamualaikum...

Nama saya Nurazura. Berumur 25 tahun selepas guna youth.

Anak 2 orang dan nak masuk 3 orang. Sekarang tengah pregnant 6bln ++. 

Saya berkerja sebagai seorang Guru Pendidikan Khas. Saya tinggal di Pahang dan saya dah 4 tahun bersama spa TWB.

Mengapa Saya Join Projek Mobile Spa TWB?

Biasanya, ramai orang berfikir macam ni.

"Alah cikgu. Patutlah boleh masuk. Dah ada duit." 

Cikgu pun sesak tau. Nak bank in kat mentor, cakap tunggu gaji.

Dah gaji pun masih tak boleh nak bayar. Sebab semua cabang duit sudah bertuan. Sudah ada komitmennya.

Sejujurnya, saya join TWB sebab nak buat duit INSTANT CASH yang diwarwarkan oleh mereka yang dah join sebelum ni.

Kenapa Spa TWB, bukan join dropship, jual tudung atau baju? 

Kenapa spa?

Bukan projek lain?

Saya memang tak minat berniaga. 0 minat. Tak suka lah senang kata.

TAPI saya minat pergi spa. Saya suka buat lulur. Setiap bulan kalau ada lebih saya akan pergi melulur.

Bila iklan TWB muncul pada tahun 2015. Saya rasa tertarik sebab saya nampak 💰💰💰💰.

So saya bincang dengan suami dan buat keputusan nak join spa.

Apa Pandangan Cik Suami?

Ok bab pandangan suami ni, suami saya sangat praktikal.

Dia tak faham kalau cakap belit-belit. Ayat panjang-panjang lagi dia tak faham.

Sebelum decide untuk join, dia dah senaraikan kebaikan join spa dan keburukan join spa.

Dia senaraikan akibat, bahaya, dan kesan saya join spa TWB nie. Saya bernasib baik sebab kebaikan tu lebih banyak yang dia tulis berbanding keburukan.

Sangat detail, perbelanjaan kami seharian pun suami senaraikan dengan detail tau. Beli barang 20 sen pun dia tulis sebab tak nak duit short. Ye lah ngam-ngamkan gaji. Jadi Alhamdulillah suami izin kan.

Macam Mana Nak Bayar Modal TWB?

Masalah utama sekarang, nak bayar modal untuk join spa TWB nie macam mana, nak korek duit dari mana?

Duit gaji semuanya dah bertuan dan tak boleh usik.

Kalau usik memang sengsara hidup bulan tu. Seksa sangat bila tak ada duit sebab tu kena manage betul-betul.

Lepas dapat gaji pun saya tak bank in kat trainer saya sebab masih cari akal mana nak dapat duit nak register spa.

Akhirnya, untuk join spa TWB nie saya gadaikan gelang atas persetujuan bersama dengan suami tercinta.

Ok saya cerita sikit kesesakan saya ye.

Disebabkan kami dah tahu perbelanjaan bulan-bulan kami, jadi saya buat sistem envelope untuk asingkan duit perbelanjaan.

Dapat gaji kami bahagi antara envelop untuk perbelanjaan harian. Contohnya ada envelop duit lauk, duit sabun dan duit minyak.

Contohnya kalau saya nak makan luar bulan tu, saya akan kurangkan berjalan. Jadi kurang isi minyak dan ada duit lebih. Kerja makan gaji ni tiada overtime, bila kerja lebih masa pun gaji macam tu juga.

Saya pernah tak cukup duit nak beli perfume, jadi saya beli yang rm10 jenis roll tu je. Takde perfume takpe, janji jangan takde ubat ketiak. Kikiki....

Zaman Sekarang, Buat Bisnes Adalah Satu Kemestian

Ramai cikgu buat bisness kan, bukan sebab pandai bercakap tapi sebab tak cukup duit. Kat sekolah semua cikgu ada katelog masing-masing. Ini hakikatnya. Ada yang jual tupperware, ada jual tudung, ada jual makanan, ada jual minyak wangi, ada jual supplement. Pendek kata, ramai cikgu yang sesak juga sebenarnya.

Masa saya join saya nekad dan tak banyak fikir. Alang alang dah buat, saya buat betul betul.

Dulu saya duduk Johor, dekat dengan bandar. Lepas tu suami ajak pindah Pahang sebab kami ada beli rumah di  Gambang. Tup tup dapat kawasan pedalaman. Pada masa tu saya lepas sorang, suami pula tak lepas. So, saya terpaksa pindah ke Pahang, kawasan pedalaman dan suami pula stay di Johor.

Jadi terpaksa la kami berdua jadi Pasangan Jarak Jauh (PJJ).

Rindu tu tok sah kata lah. Suami bawak 1 anak dan saya bawak 1 anak. Dia kata biar sama-sama susah tak apa.

Memang cost tinggi. 3 buah rumah kena bayar, perjalanan ulang alik lagi dan duit memang sesak.

Kami pernah ikat perut, tapi duit bulanan mak ayah kedua-dua belah pihak kami tak pernah tolak.

Saya terpaksa duduk kawasan pedalaman dan saya bukan lah jenis berdikari. Boleh bawak kereta tapi nak isi minyak pun tak tahu.

Saya duduk di pedalaman yang tepi sungai dan jauh dari bandar.

Tahun 2014 masuk Pahang. Hijrah itu pengorbanan kan dan hijrah jugak rezeki.

Perubahan Dalam Kehidupan

Pada tahun 2015 saya mula join TWB. Alhamdulillah rezeki macam air hujan, lega rasanya dapat duit dengan usaha sendiri.

Masa mula-mula join tu tak fikir pun mana nak dapat customer sebab duduk dalam hutan kan.

Dalam group TWB akan diajar macam mana nak buat marketing spa dan customer saya bukan cikgu sekolah sendiri ye tetapi customer saya daripada orang luar.

Sepanjang menjalankan bisnes mobile spa ini, saya selalu jer sesat nak pergi rumah customer. Kalau sesat saya berhenti tepi jalan nangis dulu. Huhu... Hanya pada tuhan tempat ku mengadu.

Saya ni, punyalah tak berdikari. Semua suami buat, sampaikan nak isi minyak pun nak bukak kat mana tak tau.

Dengan TWB, hidup saya banyak berubah. Banyak benda yang saya belajar. Pengalaman dengan TWB sungguh banyak. Saya sayang TWB dan kawan-kawan dalam TWB terutamanya mentor saya.

Saranan Saya Bagi Yang Takde Modal

Ok macam ni... Bab modal memang lah kalau fikir buntu. Pendek kata kalau masuk istana takeshi tu tak jumpa jalan keluar. Asyik jumpa jin gemuk yg jd penghalang je. Kalau hati kita dijentik betul-betul nak, memang apa jadi pun kita akan cari modal sampai dapat.

In case lah malam ni kan mak kita call cakap ayah sakit jantung dan perlukan duit RM3 ribu untuk bypass segera, kalau tak maut menanti.

Tapi kita takde duit, so boleh ke kita cakap, "Mak saya nak tolong, tapi tunggu modal."

Saya nak tolong tapi saya susah. Saya nak tolong tapi tapi tapi dan tapi.

Ni contoh je lah saya nak bagi. Pernah tak mak ayah mintak duit tengah bulan dan kita memang  tak boleh bagi. Atau selepas kawin memang kita takde bagi mak ayah duit walaupun RM50 susah nak bagi.

Ada yang berani nak mengaku dia tak pernah bagi mak ayah duit sejak kawin?

Alasan sebab dah berkeluarga. Itu hak masing-masing. Tapi kan... Saya nak sentuh satu je. Alangkah tersinggungnya mereka bila mintak duit kita cakap takde.

Jadi sampai bila?

Cadangan Mendapatkan Modal

Saranan saya yang nak join tapi takde modal boleh buat gadaian emas. Ar Rahnu, kalau dah biasa keluar masuk masuk dia boleh bagi 70-80% dari nilai emas.

Emas takde? Macam mana nak buat?

Emas takde... next?

Pinjam adik beradik, kawan, atau mak ayah. Ketepikan rasa malu. Janji dengan diorang dateline bila boleh bayar.

Bersungguh-sungguh buat spa dan buktikan aku boleh bayar dalam masa 2 minggu. Kalau pulun 2 minggu memang kacang je lah nak dapatkan modal tu balik tau.

Emas takde, adik beradik susah, mak ayah susah, ok next.

Boleh buat pinjaman perniagaan jangka pendek amount dalam RM3k atau RM5k dengan Tekun, Amanah ikhtiar ataupun Ar Rahnu.

Tapi pinjaman nie perlukan dokumen sokongan.

Kejayaan Saya Dalam TWB

Ok now saya nak kongsi suksess story saya.

Dalam TWB semua tahu saya macam mana hahahaha. Kalau betul-betul nak kena ikhtiar dan carilah jalan macam mana pun. InsyaAllah...Allah pasti bagi jalan.

Sepanjang buat TWB ni, saya dapat bayar hutang PTPTN cash berbaki RM11k. Actually baki tinggal lagi RM14k. Tapi bila nak buat full settlement tu ada rebate dan tinggallah RM11k. Yahooooo.

Dengan mobile spa ini juga, saya bayar pakej umrah mak ayah berjumlah RM15k. Lepas tu hantar mak ayah pergi umrah. Pakej saya ambik RM15k tau mahal sikit sebab tak nak bagi diorang jalan jauh.

Sekarang anak saya umur 12 tahun. InsyaAllah cukup 21 tahun tempoh dia nak belajar, saya yang akan tanggung sepenuhnya sebab saya tak nak buat pinjaman PTPTN. Itu ada dalam target saya.

Kalau 4 tahun dulukan saya tak buat keputusan yang betul, mesti sekarang apa pun tak ada. Mesti sekarang mak ayah saya pun tak merasa. Sekarang letih nak layan. Tapi dengar je lah. Den layan jo.

Ok macam mana saya dapat duit banyak ni???

Saya kedekut... Serius kedekut dan tamak sekali. Kedekut menyimpanlah.

Bab mak ayah. Makan semua takdelah kedekut.

Duit spa yang saya dapat saya akan simpan. Contohnya, 1 customer dapat RM50. Saya dapat lebih dah 100 orang. Kita buat kesimpulan ye. Kat situ je RM5k dah kan.

Spa TWB semua simple dan tak perlu kerumitan. Macam yang korang sekarang semua dapat full spec. Tak payah topup apa-apa dah. Lepas training dah boleh buat spa terus.

 DAN... Saya bukan buat facial saja.

Saya gabung sekali dengan pakej spa sebab lagi lumayan.  Pakej seri pengantin Rm350 hehe.

Lagi banyak dapat dari facial saja. Lulur + Scrub + Sauna + Facial. Bagi dia free mandi bunga.

Korang tau tak yang korang akan diajar semua diatas dan korang terus boleh buat pakej tau sebab yang  bestnya training One to one nie sangat senang nak faham.

Saya rasa itu saja sharing saya. Semoga korang semuanya berpeluang join spa TWB.

InsyaAllah usaha sungguh-sunguh cari modal. Allah pasti hantar bantuan yang tak disangka. Buat tahajjud mintak petunjuk dan dhuha.

Dhuha ni pun saya belajar bila saya mula mengenali Spa TWB. Saya tak malu nak mengaku. Dulu kan saya tak tau dhuha 4 rakaat nak buat macam mana. Jahilnya. Bodoh je tanya soalan dalam group nak buat 4 rakaat macam mana.

TWB banyak ubah saya. Sekarang kalau tak dhuha ibarat tak sarapan pagi. Kebulur lapar. Ada masa free curi dhuha kejap waktu rehat. Baiknya Allah. Kita mintak 1 dia bagi 10. Korang....trust me.

Ok izinkan saya berundur.

With Love,

Azura. 

Success Story TWB - Suriyati - Buat Mobile Spa Lagi Best Dari Buat Catering

$
0
0


Assalamualaikum.

Perkenalkan nama saya Suriyati. Berumur 43tahun dan mempunyai 6 orang anak. Masih berkerja dan saya suka berkerja. 

Macam-macam kerja part time saya pernah buat. Saya pernah join Zhulian dan modal boleh tahan. Saya juga pernah join Luxor sebab kawan introduce tapi tak bertahan juga.

Saya buat pula katering kecil kecilan untuk pejabat. Alhamdulillah memang masyuk tapi penat ya ampun. Saya pernah buat katering sampai tak tidur sehari semalam. 

Lepas tu saya asyik terfikir apa agaknya kerja yang tak penat tapi duit masyuk. Saya selalu fikir pasal bisnes tapi tak tahu nak berbisnes apa. Sampai satu masa, saya baru nak berjinak-jinak dengan facebook. Saya add semua kawan yang saya kenal. 

Saya pun termasukkan mentor saya Imin Yusof. Saya selalu tengok dia update macam-macam pasal TWB. Dari TWB berharga Rm899, sampai la harga naik lagi. Tapi saya masih asyik berfikir, nak join atau tak TWB. 

Last sekali Imin update price increase up to RM1999.00. Saya fikir dalam hati ini tak boleh jadi. Price makin naik tapi tak nak bertindak. So kalau tak bertindak i have nothing. Saya terus whatsapp Imin nak join TWB. Apa lagi terkejut mak masa tu.

Orang kata pejam mata je masa tu.

Saya decide masuk akhir bulan 7 dan masa tu saya bayar RM900.00 dahulu. Akhir bulan lepas dapat gaji saya terus bayar lagi RM1000.00. Masa itu saya tak fikir apa dah. Saya nekad dan bulat yang saya memang nak join TWB. 

Dah bayar satu hal, tak menyabar nak pergi training dengan Imin, masing-masing pula sibuk dengan jadual yang padat dan nak tahu saya sanggup ambil cuti full day untuk pergi training. 

Dalam pada tu selalu terfikir. Boleh ke buat bisnes ni? Ada ke orang nak join? Macam-macam la fikir masa tu. 

Nak tahu habis je training saya terus promosi masuk group family. Semua group yang ada tu saya advertise. Dah tak ada rasa malu ke malas ke. Laju je saya whatsapp group yang ada dekat handphone ni sampai tengah malam saya buat promosi.

Saya advertise lagi dekat facebook tapi facebook pula private. Aduh...

Then pantang je jumpa kawan dekat office semua saya canang. Pantang attend meeting semua saya promosi. Hari-hari buat promosi tanpa rasa jemu. 

First customer saya adalah adik ipar saya sendiri sebab adik ipar saya akan support je apa kakak ipar dia buat. 

Selain dalam group, saya juga buat promote one by one. Ini adalah perkara wajib, pantang nampak prospect semua saya bagi tahu.

Second customer saya pula adalah biras saya. Then, cucuk jarum pula dekat office sebab best friend request masa tu. So news dah spread pasal saya buat mobile spa. Pantang jumpa orang je mesti saya cerita tentang mobile spa. 

Mana kawan-kawan yang nak kahwin semua saya promosi untuk package pengantin. Nak dijadikan cerita alhamdulillah dapat customer yang nak buat dan saya ambil cuti lagi half day.

Sekarang bila dah buat TWB saya dah tak berapa nak buat katering sebab buat TWB ni lagi seronok. Buat sekejap je tapi dah masyuk berkepok-kepok tau. Kalau kita tak buka mulut macam mana orang nak tahu kita buat mobile spa kan. 

Dekat office saya akan buat TWB nie waktu lunch dalam 50 minit ke 1jam. Janji customer happy. Gigih sungguh, at the same time rasa seronok sangat sebab rezeki mencurah-curah dan syukur sangat pada Allah sebab dia yang bagi rezeki ni. 

Masa buat package untuk pengantin dan masa sampai dekat rumah pengantin tu ramai pula yang nak tadah muka. Dari pengantin yang seorang tu adik pengantin, sepupu, mak sedara semua nak buat. Fuh memang penat tapi berbaloi sangat. 

Yang bestnya buat TWB ni, satu orang nak berdesup semua datang. Kita jangan malu-malu, promote je dekat orang. Nak atau tak itu lain cerita yang penting usaha.  Tapi berbaloi-baloi sebab setengah hari dah dapat Rm400.00 dan best sangat gosok-gosok sambil borak-borak. 

Kat office pula every lunch time mesti ada slot. Kadang tak cukup lunch after office hour pun ada yang request. Bisnes tengah kencang masa tu jadi kita ON je la kan. 

Saya berspa everywhere. Bila lapang saya buat spa dan alhamdulillah dalam 3 minggu dah dapat semula modal. Itu pun sebenarnya lebih dari modal yang kita keluarkan dan saya rasa rugi kalau weekend duduk rumah je. 

Selain itu, dalam TWB ni ada support group yang kuat dan best sangat. Kalau you all ada masalah sekecil-kecil kuman pun boleh bagi tahu. Nanti senior-senior dalam TWB akan bagi solution. 

Tak rugi masuk TWB sebab kita sangat beruntung kerana Allah temukan kita dengan bisnes ni. Kalau kita masuk bisnes lain tak tentu lagi akan berjaya tapi dalam TWB ni alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat. 

Walaupun saya ada anak 6 orang tapi ini tak menghalang saya buat mobile spa ni. Anak-anak semuanya memang support mak dia buat spa everywhere. 

Saya juga tak ada ambil pembantu rumah sebab semuanya saya buat sendiri. Tapi yang paling penting kita kena ada time management yang betul dan Allah yang bagi kekuatan kepada saya. 

Sesiapa yang rasa modal tu tak berapa nak ada, usahakan la. Tak rugi kita melabur sikit tapi untung sangat berbaloi dan nasihat saya, minta la dengan Allah. Yakinlah Allah yang bagi kita rezeki dan yang sekeliling kita tu adalah penyebab sahaja. 

Jangan lupa kalau boleh solat jangan kita tinggal dan apa rezeki yang kita ada infak kan sedikit dengan orang kat sekeliling kita. 

Satu lagi pesan saya, jangan jangan jangan tinggal solat dan al-quran walau sesibuk mana pun kita. Itu yang kita dahulukan dan bacalah al-quran walaupun satu ayat dalam sehari. 

Jadi sampai disini sahaja perkongsian saya. Maaf semua kalau ada bahasa saya yang tidak disenangi, saya mohon maaf banyak-banyak. Saya juga manusia yang banyak kekhilafan. Yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari saya sendiri. 

Semoga sharing ini menjadi pendorong dan manfaat lagi untuk you all berjaya dengan TWB.

Sharing By,
Suriyati, KL
Viewing all 919 articles
Browse latest View live