By : Kam Maria Abdul Mutalib
Hi Assalamualaikum, terima kasih kerana melawat blog kami. Kami doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.
Dalam entry kalini saya nak share tentang KEUNIKAN VIVIX - SUPLEMEN AWET MUDA (ANTI-AGING) TERBAIK DI DUNIA!
Mesti anda pernah dengar tentang VIVIX kan, dan mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa lah ramai orang nak makan VIVIX ni, dah la mahal harganya berbanding produk Shaklee yang lain.
Haa, kalau anda nak tahu, sebenarnya itulah juga yang saya rasa sebelum saya try Vivix dulu.
Saya rasa Vivix ni mahal, tak perlu, rasa membazir je ambil suplemen mahal-mahal ni kan.
Syukur Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk saya cuba VIVIX pertama kali pada tahun 2013.
Subhanallah, amazingly, first time saya cuba VIVIX, saya terus jatuh cinta!
Perkara pertama yang saya suka adalah rasa VIVIX yang sangat sedap, masam manis, pekat dan rasa pure juice. Telan tu rasa puas sangat!
Yang kedua, lepas makan VIVIX saya rasa macam ada extra battery dalam badan. Rasa segar, bertenaga sepanjang hari.
Yang ketiga, lepas amalkan beberapa hari, saya mula rasa kulit saya bertambah baik & kurang bermasalah berbanding sebelum ni.
Lepas tu, apa lagi, terus saya repeat order botol seterusnya.
Sampailah sekarang saya masih kekal setia amalkan VIVIX setiap hari.
Saya bagi husband dan mak saya makan VIVIX juga. Mereka pun suka.
VIVIX sangat sedap! Berkhasiat pulak tu! Rugi lah siapa belum pernah try VIVIX atau yang tak amalkan VIVIX setiap hari.
Sekarang ni, kalau anak-anak start je batuk or selsema, terus saya bagi VIVIX untuk kuatkan sistem imun mereka, selain amalkan vitamin-vitamin asas yang lain setiap hari.
Sekarang, saya dah tak rasa VIVIX itu mahal.
Sekarang saya rasa VIVIX sangat murah dan sangat berbaloi harganya sebab dah banyak sangat kebaikan yang saya dan keluarga dapat selepas amalkan VIVIX sejak tahun 2013 hinggalah sekarang. Semestinya dengan izin Allah, Alhamdulillah.
![]()
WE LOVE VIVIX! Kenangan bersama THE GIANT VIVIX semasa melawat SHAKLEE HQ di Pleasanton, California, USA pada tahun 2019. Ia adalah percutian mewah percuma yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.
Saya dah share pengalaman saya dan keluarga bersama VIVIX, sekarang jom saya share apa itu VIVIX dan bagaimana VIVIX membantu tingkatkan kesihatan dan awet muda.
Sebelum tu, jom tonton 3 videos di bawah:-
Video 1 : Feel Younger Longer with VIVIX!
Video 2 : Live Vibrantly with VIVIX!
Video 3 : VIVIX Fun Facts!
APA ITU POLIFENOL?
POLIFENOL adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berperanan memberi warna kepada buah dan tumbuhan sambil melindunginya dari penyakit.
Terdapat lebih daripada 8000 POLIFENOL yang dikenalpasti dalam makanan seperti teh, anggur, coklat, buah-buahan, sayur-sayuran, minyak zaitun dan lain-lain.
POLIFENOL paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry. Jumlahnya tinggi di dalam biji dan kulit buah.
RESVERATEROL adalah salah satu daripada jenis POLIFENOL.
POLIFENOL memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas termasuk meningkatkan kesihatan dan seri kulit.
APA ITU VIVIX?
![]()
VIVIX IALAH CAMPURAN SEMPURNA POLIFENOL DARI 4 BAHAN BOTANI IAITU:-
✅ Anggur Muscadine
✅ Ekstrak Lobak Ungu
✅ Ekstrak Eldeberi Eropah
✅ Ekstrak Polygonum Cuspidatum
TAHUKAH ANDA?
KESIHATAN YANG BAIK BERMULA DARI SEL-SEL YANG SIHAT.
Setiap hari, badan kita sentiasa melalui proses PEMBAHAGIAN SEL semasa pertumbuhan dan penyembuhan.
Hanya sel yang sihat sahaja dapat membahagi dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat.
Jadi, proses pembahagian sel inilah yang akan menentukan sebaik mana fungsi TISU > ORGAN > SISTEM badan kita, dan seterusnya menentukan kesihatan seluruh badan kita.
Untuk mengekalkan kesihatan sel, kita perlulah mendapat NUTRIEN yang cukup setiap hari melalui pemakanan.
Hasil-hasil botani ini memberikan spektrum polifenol unik dalam VIVIX yang dapat meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel.
Terdapat banyak kajian klinikal dan sains telah merekodkan bagaimana polifenol dapat memberi kesan positif kepada sel-sel dalam badan kita.
1. Meningkatkan Pertahanan Sel
Badan mempunyai "suis induk" yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel.
Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan "suis induk" supaya dapat:
✅ Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
✅ Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati.
✅ Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
✅ Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.
2. Meningkatkan Tenaga Sel
Sel-sel kita mengandungi "loji kuasa" tenaga dipanggil mitrokondria. Ia menghasilkan tenaga supaya anda merasa bertenaga sepanjang hari. Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat.
Polifenol dikenali untuk:
✅ Menggalakkan fungsi mitrokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara optimum.
✅ Membantu meningkatkan pengeluaran mitrokondria jadi badan mempunyai lebih banyak "loji kuasa" untuk menghasilkan tenaga.
3. Menggalakkan Pemulihan Sel
Sel-sel anda terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakkan DNA anda setiap hari dan boleh mengakibatkan kematian sel.
Polifenol boleh membantu:
✅ Melindungi kerosakan DNA.
✅ Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.
4. Mengoptimumkan Prestasi Sel
Semakin badan berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes.
Kajian menunjukkan bahawa:
✅ Polifenol dari benih dan kulit anggur muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka hayat sel.
✅ Penggunaan Polifenol daripada Anggur Muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam membantu pesakit kencing manis.
✅ Polifenol campuran Anggur Muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikan kerosakan selular.
✅ Polifenol mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem kardiovaskular dan meningkatkan kepekaan insulin.
FUNGSI 4 BAHAN UTAMA VIVIX
1. Muscadine Grape (Anggur luar biasa dengan satu kromosom tambahan)
Mengandungi Asid Ellagic dan Ellagitannins
✅ Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal.
✅ Memanjangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel.
✅ Mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat.
2. Polygonum Cuspidatum
Mengandungi Resveratrol
✅ Menggalakkan kadar keradangan (inflammation rate) yang sihat.
✅ Meningkatkan peredaran darah.
✅ Merencatkan pergumpalan (aggregation) platelet darah.
3. Purple Carrot
Mengandungi Anthocyanin
✅ Menggalakkan penglihatan yang sihat.
✅ Meningkatkan keanjalan salur darah.
✅ Mengurangkan keradangan (inflammation).
4. European Elderberry
Mengandungi Anthocyanin
✅ Meningkatkan perlindungan imun.
✅ Properti Anti-bakteria dan anti-virus.
✅ Menggalakkan perkembangan sel-sel normal dan sihat.
Di Malaysia, VIVIX diklasifikasikan di bawah kategori MAKANAN, di bawah bidang FSQD (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nak tahu siapa perlukan VIVIX SHAKLEE, boleh baca di sini:
✅ Siapa Perlukan VIVIX SHAKLEE?
✅ 4 Cara VIVIX SHAKLEE Membantu Pesakit Kencing Manis (Diabetes)
✅ 4 Cara VIVIX SHAKLEE Membantu Pesakit Darah Tinggi
✅ 4 Cara VIVIX SHAKLEE Menjadikan KULIT Cantik Berseri Dan Awet Muda
Jadi tunggu apa lagi, jom cuba VIVIX sekarang!
Jika anda berminat nak dapatkan mana-mana PRODUK SHAKLEE, atau berminat memulakan BISNES SHAKLEE, jom contact saya sekarang!
Maria : 019-259 2731
CLICK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK JADI AHLI SECARA PERCUMA & TERUS BELI DENGAN HARGA AHLI! #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #BlogMegaShaklee
BY:
MASTERS MARIA FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
EMAIL : come_maria@yahoo.com
DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!