Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Kenapa Pemaian Industri Ayam Kecewa Tak Boleh Eksport Ayam?

$
0
0

 Kenapa Pemaian Industri Ayam Kecewa Tak Boleh Eksport Ayam?

Sebenarnya macam ni, Malaysia ada mengeksport ayam ke Singapura dan Brunei untuk kegunaan rakyat mereka.
Dan sudah pasti, harga jualan di luar negara lebih tinggi berbanding jualan ayam di dalam Malaysia.
Sebab apa?
Kualiti ayam yang nak dieksport mesti A+++++. Tak semua ayam boleh lepas masuk ke Singapura.
Mereka akan buat QC yang control.
Ayam ni mesti bebas dari ubat ubatan yang terlarang. Ahaks.
Jika kantoi, ayam yang dihantar akan direject.
Singapura strict bab ni. Mereka tak nak ada kesan terhadap penduduk mereka bila makan ayam yang ada ubat terlarang.
Jadi, bila nak eksport. Pemain industri ayam ni dia dah asingkan reban reban yang ayamnya akan dihantar ke luar negara.
Reban ayam ni, dari segi QC memang tip top.
Dada ayam tak boleh merah, kaki ayam tak boleh kotor, ayam mesti sihat, mesti guna ubat ubat yang dibenarkan sahaja.
Mereka tak boleh main ambil ayam dari sebarangan reban.
Jadi, kos pengeluaran reban ayam ni lebih tinggi. Dan jualan pun lebih tinggi.
Jadi bila kos lebih tinggi ni, ayam nak dijual di pasaran Malaysia. Dah tentu mereka terpaksa tanggung kos lebih lagi.
Serot lah mereka.
Saya tak salahkan mereka bila mereka kecewa. Sebab mereka dah tanggung kos dari awal lagi.
Tetiba last minit dapat berita macam ni. Jemm lah mereka.
Tapi bila Menteri pi back up, memang lawak la.
Menteri sepatutnya kena back up apa yang PM umumkan.
Baru lah nampak senada seirama, sehati berdansa.
Anyway, sebenarnya jumlahnya tak banyak mana pun. 3.6 juta ekor ayam jer utk sebulan (Sehari 100,100 ekor roughly).
Berbanding jumlah keseluruhan pengeluaran ayam di Malaysia 2 juta ekor sehari.
Tapi benda ni dibuat bagi mengawal kembali pasaran ayam di dalam negara.
Mesti player player ni dah rasa kena game ngan kerajaan.
Ha tu la, hampa nak game lagi kerajaan. Sekarang dah kena game bila kerajaan tak bagi eksport ayam.
Ok. Nanti saya share info pasal ayam lagi.
Ternakan Ayam Daging
Sistem Reban Tertutup
Parit Buntar, Perak
Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat. Sila Follow Mohd Firdaus Mat Saad Untuk Lebih Banyak Story Mory Pasal Ayam.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 919