Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Tazkirah Sebelum Solat Jumaat - Besarkan Allah Dalam Hidup

$
0
0

 Besarkan Allah Dalam Hidup Kita

===========================


Kuliah ringkas sebelum Solat Jumaat oleh Ustaz Shamsul Bahrin 


1. Sentiasa puji Allah dalam hidup. Always zikir Alhamdulillah dalam hidup sebagai tanda syukur 

2. Sedar Allah yg berkuasa menjadikan sesuatu perkara. Contoh. Anak berjaya. Bila orang puji anak dia pandai, dia akan kata "Allah yang bagi anak jadi macam ni....."

Kita tak jawab, "Aku buat macam ni... Aku ajar dia macam ni.... Aku buat macam ni...."

3. Siapa nak mati dalam keadaan baik. Lazimkan buat benda baik.

Allah akan matikan dia dalam keadaan dia berbuat kebaikan.

4. Usaha untuk mati dlm kalimah Lailahaillah. 

Nak mati dalam kalimah syahadah, kena lazami zikir ini dalam hidup 

5. Banyakkan bertasbih kepada Allah. Subhanallah.

Masa bertasbih, lintaskan dalam hati Allah Maha Besar. 

Istiqamah buat dalam hidup.

6. Minta doa dari Allah semoga kita berasa lazat dalam beribadah.

Bila kita lazat, kita akan rasa seronok beribadah. Nak buat ibadah tak rasa penat. Lagi buat lagi seronok.

Kalau kita dok buat ibadah dalam keadaan dok rasa terpaksa, maksudnya kita belum capai tahap Lazat tu.

Minta doa dari Allah. Bagi kita rasa lazat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 919