Nak Ternak Ayam? Tahu Apa Yang Anda Perlu Tahu
Saya perhatikan, ramai yang minat nak mulakan bisnes ternakan ayam daging.
Tapi, selepas sembang sembang. Nampak sangat. Banyak yang mereka tak tahu.
Dalam bisnes ayam, minat saja tak cukup dik.
Ayam ni satu bisnes yang tak mudah dimulakan. Dan tak lah mudah sangat untuk diuruskan.
Ada terlalu banyak perkara yang perlu diambil tahu.
Saya nak kongsikan satu perkara yang ada dalam KONTRAK antara Penternak dan Integrator.
Sejujurnya, kontrak yang ditandatangani oleh penternak tu. Terlalu panjang.
Dalam Bahasa Inggeris. Dan saya yakin, ramai orang tak baca. Jadi mereka tak tahu apa yang betul betul terkandung dalam perjanjian tu.
Salah satu yang ditulis dalam perjanjian tu, Integrator mesti menghabiskan / membeli balik ayam di dalam reban sebelum umur 60 hari.
Ia adalah satu klause yang di buat untuk "menyelamatkan" integrator.
Ayat seterusnya, jika selepas 60 hari. Integrator masih gagal menghabiskan ayam, integrator akan berikan dedak kepada penternak secara percuma untuk ayam umur lebih 60 hari itu.
Nampak macam menyebelahi penternak. Tapi tak....
Macam ni.
Ayam harini dah advance. Sangat advance.
Sekitar tahun 1990-an. Ayam umur 45 hari baru boleh mula dijual.
Sekitar tahun 2000-an. Ayam umur 38-40 hari dah boleh mula dijual.
Tahun 2010, ayam mula boleh dijual sekitar umur 35-36 hari.
Tahun 2020, ayam mula boleh dijual umur 32-34 hari.
Semuanya boleh dilakukan dengan teknologi dan penyelidikan sains.
Jangan risau, ayam tak dicucuk dengan hormon pun.
Ayam secara genetik dan improve banyak sekarang. Saintis dan design bagi ayam tu cepat besar.
Dengan kemajuan dedak dan vitamin untuk ayam, ia mempercepatkan lagi proses pembesaran ayam.
Jangan risau, tak lama lagi ayam akan mula boleh dijual pada usia 30 hari.
It is science.
Masalahnya, ayam daging ni juga ada masalah bila sampai peringkat matang.
Bila berat dah cecah 2.5kg, ayam lebih mudah mati.
Badan dia macam tak boleh nak tampung berat dia. Panas sikit mati. Sempit sikit mati. Terkejut sikit mati.
Jadi, sangat sayang kalau ayam berat berat mati pada waktu besar. Rugilah kita sebagai penternak.
Baru baru ni, kawan saya ada ternak ayam di dua ladang berbeza dengan dua syarikat integrator berbeza.
Cumanya nak dijadikan rezeki dia. Dia yang kena.
Reban A. Ayam dah besar. Dah patut ditangkap. Dah patut dijual.
Tapi, kilang penyembelihan integrator dia kena Covid-19. Kilang terpaksa ditutup.
Bila jadi macam ni, integrator perlu jual ayam ke pihak luar.
Masalah lain pula, pada waktu tu, harga ayam jatuh. Tersangat rendah.
Antara penternak dengan integrator dah ada harga kontrak. Tapi sebab harga jualan jauh lebih rendah dari harga kontrak, integrator akan rugi kalau jual ke pihak luar dengan harga rendah.
Apa yang integrator buat, depa hold dulu ayam tu. Ayam dalam reban makin besar. Makin ketat.
Pergi ambil sikit sikit.
Then ayam terlebih besar.
Apa lagi, berlakulah kematian berjemaah ayam ayam ni.
Lepas itu, pada usia ayam umur 52 hari. Baru integrator start nak tangkap banyak.
Waktu tu, kawan saya kata ayam mati ribuan ekor. Yang mati pulak semua besar besar.
Apa salah kawan saya ni? Dia tak ada salah apa apa. Cumanya, nasib tak menyebelahi dia.
Patutnya, integrator kena let go ayam tu kepada pihak luar pada harga rendah. Tapi sebab integrator takut nak tanggung kerugian sebab harga rendah.
Maka, penternak yang kena getah.
Kawan saya ni mengucap panjang. Bila kira semua, rugi berpuluh ribu. Macam tu ja.......
Kawan yang sama, di reban yang lain pula. Reban B. Dia ternak ayam dengan integrator lain.
Same problem. Waktu nak tangkap ayam, kilang integrator tu kena Covid juga. Kilang kena tutup.
Naya Pak Karim wei. Kesian dia kena dua kali serentak.
Habis ayam jual, dia pun meluahkan perasaan.
Terus kena angkat bendera putih. Huhu. Nasib tak menyebelahi dia.
Ayam ni, jangan seronok sangat. Jangan terlalu teruja sangat.
Tapi.... Janganlah takut sangat. Haha. Sebab benda macam ni, selama 16 tahun saya dalam industri ayam. Tak pernah berlakulah macam ni.
Kira ni betul betul nasib nak kena.
Anyway dalam kursus, saya sangat tekankan, kalau nak untung tinggi. Pilihlah integrator yang bagus. Integrator yang bagus akan bantu penternak memperoleh untung yang baik.
Sejujurnya, waktu sekarang ni. Ramai je kawan yang ternak ayam dapat RM2 ke atas.
Dua hari lepas, sorang kawan telefon. Dia ternak ayam dalam 150k. Ayam dia untung lebih RM2. Dan konsisten setiap musim.
Rezekilah kan. Dapat integrator yang bagus. Bela pun bagus. Untung pun bagus.
Cumanya, ramai orang selalu dengar yang bagus bagus saja.
Sesekali, mereka kena juga dengar yang tak bagus.
Supaya mereka boleh menilai bisnes ayam ni sesuai tak dengan mereka.
Begitulah.
Kalau tuan tuan rasa nak belajar macam mana nak memulakan bisnes ayam, nak tahu pasal bisnes ni. Boleh join kursus yang saya jalankan.
"Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online"
Berminat? Klik link ini :
wasap.my/60197672951/KursusTernakanAyamFMF
Semoga Info Ini Bermanfaat Untuk Anda.
Jemput Follow FB Saya :MOHD FIRDAUS MAT SAAD