Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Reban Ayam Setingkat Konkrit Kapasiti Ayam 20k

$
0
0

Assalamualaikum,

Harini saya nak berkongsi dengan anda mengenai Reban Ayam Konkrit Kapasiti 20k Ayam.

Reban yang dikongsikan ini terletak di Negeri Terengganu. Saya adalah kontraktor yang buat reban ayam ini pada tahun 2012.


Jalan masuk ke dalam ladang reban. Jalan pun cantik. Tak ada masalah untuk lori nak lalu.


Jauh pulak tu nak kena masuk ke dalam.


Tara.. Dah sampai ke tempat reban ayam ni. Tanah dah siap tolak.


Walaupun tanah ni nampak level, tapi sebenarnya dia tak level. So nak kena levelkan lagi. 


Mula mula kita tarik pancang kayu dulu untuk ambil level. 


Lepas tu, kita guna backhoe untuk kutip level bagi cun.


Secara asasnya, beginilah rupanya reban yang dah dilevel.


Tiang konkrit 9' panjang.


Next step, lantai lepas tu kita terus naikkan bumbung.


Dah nampak rupa bentuk asas reban ayam ni


Pandangan dari belakang.


Dah siap reban. Keliling sebelah tepi kita letak longkang 9"


Then kita letak dawai serta kanvas


Bahagian dalam reban. Untuk reban sekarang, syiling kita gunakan aloizink. Ia lebih kuat dan tahan berbanding kita guna aluminium foil macam dalam gambar ni.


Pemasangan makanan ayam automatik di dalam reban.


Tara.. Dah nak siap..


Pemasangan hopper. Tempat makanan mula masuk di belakang reban.


Satu line satu hopper. 


Almost there.


Dalam reban yang dah siap.


Bersihkan kesemua kawasan dalam reban


Persiapan untuk pasang board kipas automatik


Dah siap pasang. Sebelah kiri tu adalah Temperature Controller. Dia yang akan set bagi kipas dalam reban On dan Off secara automatik di dalam reban.


Testing kipas. Alhamdulillah. Semua berjalan.


Testing Cooling Pad


Siap jalan di tepi reban.


Pencelup tayar lori yang nak masuk ke dalam kawasan reban.

Ok mungkin ramai yang nak tahu berapa kos reban seperti ini sekarang.

Untuk tahun 2021, kos keseluruhan reban ayam ini adalah RM520,000 untuk seunit reban. Kapasiti ayam antara 20k-25k.

Saiz reban pula adalah 400' x 50' x 1 tingkat.

Rega ini siap sekali dengan bangunan reban, peralatan ayam jenis makanan automatik, stor reban di bahagian luar, longkang, wiring dalam reban dan piping di dalam reban.

Harga ni TAK TERMASUK TNB, wiring luar reban ke meter TNB, levelling tanah, gen set, jalan tepi reban, pencelup tayar macam dalam gambar atas tu dan lain lain yang berada di luar reban. 

Kalau tuan puan nak buat reban ayam dengan saya, boleh hubungi saya di : 019-5782515

Sekian Terima kasih.

Mohd Firdaus Mat Saad
Penternak Ayam Daging Sejak 2005
Ayam 120,000 Semusim
Kontraktor Reban Ayam Sejak 2012

Adakah Anda Berminat Untuk Menceburi Ternakan Ayam Daging Secara Komersial?

Ikuti Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online yang saya jalankan. 

Untuk makluman anda, semua video ini diletakkan di Youtube secara Unlisted. Semuanya ada 32 siri Video yang saya dah pecahkan ikut topik.

Saya dah berjumpa dengan terlalu ramai orang yang bertanya itu dan ini mengenai bisnes ayam. Jadi saya buat video untuk bagi anda mudah faham macam mana nak mulakan bisnes ini. 

Cuba baca satu persatu tajuk yang saya dah buat. Jika anda rasa ia sesuai untuk anda. Anda boleh beli Video Kursus Ternakan Ayam Daging ini. 

Tengok dulu tajuk tajuk ini, adakah ini yang anda cari?








Jika anda serius berminat nak mendalami Ilmu Ternakan Ayam Daging, nak ikuti kursus ternakan ayam ini secara Online. 

Klik Sini : KURSUS AYAM DAGING 

Atau Whatsapp Saya Di 019-5782515

Video ini BERBAYAR YER. Bukan Percuma. Harap maklum.

Semoga impian anda menjadi penternak ayam dipermudahkan Allah.

Mohd Firdaus Mat Saad
Penternak Ayam Daging Sejak 2005
Kapasiti Ayam 120,000 Semusim
Kontraktor Reban Ayam
Konsultan Ternakan Ayam Daging


Viewing all articles
Browse latest Browse all 919