Penggunaan plastik slat boleh membantu ayam untuk lebih sihat dan cepat membesar
Macam Mana Nak Bela Ayam Untung Tinggi
============================= Semalam saya share di FB, ada sahabat ternak ayam untung sampai RM2.84 seekor ayam dalam satu musim. Untung ni tinggi tau. Bayangkan kalau dia ternak 100,000 ayam. Dia akan dapat RM284k dalam semusim. Dan sahabat ni ternak ayam lebih dari ni. Ahaks. Tak payah nak buat sales ayam bagai sebab semua ayam dijual secara kontrak. Bila ayam besar, ada orang datang ambil ayam di reban. Kan senang... Saya sendiri dah ke reban ayam dia. Dari segi management. "World Class Management". Dia bukan owner ayam. Tapi dia adalah staf di syarikat itu. Dia dah berpengalaman berbelas tahun dalam dunia ayam. Pernah bekerja sebagai Technical Specialist untuk syarikat Integrator ternama di Malaysia. Kiranya. Dulu kalau ada mana mana reban yang bermasalah, syarikat akan hantar dia ke reban tu untuk setelkan problem. Knowledge dan experience dia level Maulana. Pendek kata, "Ayam kentut pun dia tahu ayam tu sihat ke sakit.." (Gurau jer... Ini exagerate melampau). Ini antara perkara yang dia titik beratkan : 1. Biosekuriti. Jangan haraplah ada pelawat nak boleh masuk ke reban ayam dia. Nak nak masa ayam kecik. Saya gi lawat reban dia pun sehari sebelum ayam dia jual. Kalau tak, dengan saya pun tak boleh masuk. Ada banyak faktor ayam boleh kena jangkitan penyakit. Boleh jadi dari orang yang datang lawat reban. Boleh jadi dari lori dedak yang masuk ke reban. Macam macam. Jadi to be safe, nobody is allowed to enter this farm. NOBODY. Simple. Even kalau owner tu nak masuk reban pun, Farm Manager ni suruh ikut SOP yang ditetapkan. Bos tak bos. Owner tak owner. Dekat reban, dia BOS. Jadi, ayam dia tidak terdedah kepada penyakit dari luar. Nak masuk reban, siap lori / kereta kena disinfectant lagi. Tayar siap kena celup lagi. Begitulah. Tapi dia ternak ratus ribu dekat satu tempat, jadi boleh la dia sediakan infra yang macam ni. 2. Technical Specialist ni, dia memang "gila" dengan ayam. Dia akan "high" kalau duduk dalam reban. Even dia hanya farm manager, tapi A to Z dalam reban tu dia yang atur. Dia tahu segalanya. Dari Electric, Gas sampailah ke maintenance. Dia expert. Dia akan spend masa berjam jam duduk dalam reban. Melihat dan memantau keadaan ayam supaya ayam berada dalam keadaan kondusif. Kalau kita farmer, tanya diri kita. Berapa jam sehari kita duduk dalam reban. Macam dia, banyak masa dia luangkan duduk dengan ayam dalam reban. Bagi dia, satu kepuasan. So, terjawablah kenapa ayam dia selalu untung besar dan sihat. Dia sangat monitor ayam dia closely. 3. Management memang superb wal amazing. Dia ternak ayam ratus ribu dalam satu tempat. Tapi dia konsisten boleh masuk ayam setiap 60 hari. Masa perlu tambah orang luar, dia akan hire orang luar untuk mempercepatkan proses korek taik ayam dan korek cuci reban. Bagi dia, minit minit wang. So, kalau perlu tambah orang luar, dia tambah. 4. Dari segi management lain, saya tengok dia macam biasa juga. Macam penternak ayam lain. Makanan ayam dia auto. 5. Bagi saya, faktor ke 5 ni antara faktor terkuat kenapa dia boleh konsisten untung tinggi. Dia guna lantai slat. Macam dalam gambar di bawah. Kalau anda perasan, orang lain ramai yang ternak ayam guna habuk kayu atau sekam padi di bawah. Tapi dia guna plastik slat. Kalau reban lain, boleh juga nak untung RM2.00, tapi nak dapat sampai untung RM2.84 tu, kira luar biasa la juga. Please take note, ini antara untung tertinggi dia dapat. Biasa dia dapat sekitar RM2.30 macam tu. Penggunaan plastik slat macam ni akan bantu ayam lebih sihat. Sebab ayam tak kena tahi ayam. Kurang ammonia disedut oleh ayam tu. Jadi, ayam lebih senang nak membesar dengan sihat. Persoalannya, mengapa ramai penternak tak guna plastik slat ni? Jawapan dia. Kos permulaan mahal dan masa nak cuci sangat renyah. Bayangkan nak kena cuci plastik slat ni satu persatu, keseluruhan reban. Kerja agak leceh.