Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Kontraktor Reban Ayam - Bisnes Ayam Daging Kontrak Farming

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

Kontraktor Reban Ayam Daging

Buat para pembaca yang belum mengenali saya, saya Mohd Firdaus. Seorang penternak ayam daging dan juga kontraktor reban ayam daging.

Saya dah berkecimpung dalam dunia ayam daging sejak 2005. So, adalah sedikit sebanyak pengalaman dalam dunia ayam ni.

Kali ni, saya nak share gambar projek pembinaan reban ayam yang saya buat baru baru ini. Lokasi tempat di rahsiakan. Hehe...

Tapak Tanah Untuk Reban Ayam

Bila anda nak buat reban, tapak reban adalah sangat penting. Silap pilih, penternak akan hadapi masalah yang berpanjangan.

So, saya share ringkas mengenai pemilihan tapak reban ayam.

1. Kalau boleh keluasan tanah 2 ekar ke atas. Senang nak buat future expansion. Kalau nak tambah reban, lebih mudah. Kalau anda buat atas tanah kecil nanti nak tambah reban jadi susah.

2. Mesti ada jalan masuk yang tidak melalui tanah orang. Kalau lalu tanah orang, anda mesti dapatkan kebenaran lalu tanah dari awal. 

3. Tapak mesti jauh dari rumah orang, yang terbaik lebih dari 500 meter dari rumah terdekat.

4. Ada bekalan letrik dan air yang baik di kawasan tersebut. 


Tapak reban yagn sudah diratakan.


Ini yang PASTI berlaku kalau jalan tapak reban tidak disediakan. Kita tak boleh sekadar guna tanah merah sebagai tapak jalan. Sebab nanti lori akan melekat bila waktu hujan. 


Dah terpaksa Hilux saya tarik lori ni. Dah la lori ada load pulak. Bukan senang.


Disebabkan lori besar tak boleh masuk lagi ke tapak reban, terpaksalah dipindah pindah ke lori kecil. Dah terpaksa buat dua kali kerja.


Jalan ke reban mestilah dibubuh at least crusher run ni. Dan peringkat awal ni, boleh tahan lagi. Lama lama sikit. Jalan akan rosak juga. So, kena perbaiki jalan secara berperingkat lepas tu.


Jalan tepi reban pun dah masuk batu kasaran.


Kerja kerja menaikkan tiang reban ayam. Ini reban ayam satu tingkat yer. 


Kerja kerja mengorek longkang dibahagian tepi reban.


Semua tiang dah siap dinaikkan.


Kerja longkang bermula


Pemasangan longkang disepanjang tepi reban kiri dan kanan. Nak elok, guna longkang 9" yer.


Kolam cooling pad. Untuk isi air dalam tangki bagi kegunaan cooling pad. 


Kerja kerja membuat lantai reban ayam


Kerja lantai  reban ayam ini siap dalam masa 2 hari.


Ketibaan barang bumbung dan rangka besi


Kerja kerja pemasangan kuda kuda reban ayam daging bermula. Buat dibawah sebelum diangkat naik ke atas tiang.


Kuda kuda dinaikkan ke atas tiang reban ayam daging.


Kuda kuda didirikan 


Pada masa yang sama bata disekeliling reban mula diikat


Kuda kuda dah sampai kebahagian belakang reban


Pemasangan battern untuk pegang semua kuda kuda ni. Ini gambar dibahagian belakang reban ayam daging. Bahagian kipas.


Kerja seterusnya adalah pemasangan bumbung. Untuk reban ayam ini, saya guna bumbung Aloizink Grade 28. Biasanya, ramai farmer guna Grade 32 sahaja.


Sebahagian dari kerja kerja pemasangan bumbung reban ayam


Gambar syiling dari bawah reban


Besi penahan ni sangat penting untuk digunakan. Kalau tak cukup support, takut nanti bumbung reban boleh terbalik bila ribut kuat.


Kerja kerja pemasangan syiling di dalam reban. Untuk reban jenis sekarang, ramai orang dah start guna Aloizink sebagai syiling reban. Ia lebih sejuk dan selamat sebab ia tidak terbakar.


Syiling reban yang siap dipasang.


Bahagian belakang reban. Ini ruang untuk kipas.


Next kita pasang jaring tepi reban pulak. Saya tutup habis jaring ni. Dari atas sampai ke bawah. So, binatang tak boleh masuk dari tepi.


Dari bahagian belakang


Pemasangan kipas dan kerja kerja wiring dimulakan


Siap semua kipas dipasang


Pemasangan nipple line. Anyway, untuk equipment ayam saya guna produk dari Cumberland


Gen set yang owner beli. Saiz 37.5kVA harga RM15,500 tak termasuk delivery.


Gen set jenis box. Ini yang refurbish ye. Kalau yang baru, harga mahal lagi. Mau cecah RM30k-RM35k 


Bila genset dah sampai, kita boleh dah buat testing sementara nak tunggu TNB buat pemasangan meter.


Ok, lampu semua dah nyala


Kipas pun semua dah berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.


Cooling pad dah siap dipasang dan ditest.

Beginilah rupa bentuk reban ayam daging sistem tertutup jenis yang manual.

Setiap design dan spec berubah mengikut kesesuaian dan permintaan dari customer. Ada yang nak manual, ada yang nak auto, ada yang nak murah, ada yang nak mahal.

So, setiap customer sedikit sebanyak ada perbezaannya.

Beginilah ceritanya.

Jika ada diantara anda yang sedang mencari kontraktor reban ayam daging, boleh hubungi saya. Insya Allah saya cuba bantu setakat termampu.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Kontraktor Reban Ayam  Daging Sistem Tertutup
019-5782515


Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles