Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga kita semua dimasukkan Allah ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.
Ini adalah sambungan dari entry sebelum ini:-
Travelog USA 2019 - Part 19 - Shaklee Global Conference, Las Vegas (Day 2 and 3)
Di Vegas ni, ada banyak tempat menarik. Sangat banyak. Cumanya, kami nak kena atur timing betul betul sebab nak kena mencelah timing dengan waktu conference kami di Vegas ni.
Biasanya, conference habis sekitar jam 4-5 petang. Then selepas tu kami ada dinner pada waktu 7-8 malam.
So, jom kita layan tempat tempat menarik yang sempat kami terjah di Las Vegas ni.
WELCOME TO FABULOUS LAS VEGAS SIGN
Orang kata kalau pergi ke Las Vegas, tak sah kalau tak pergi ke signange ni. Tapi di sekitar Vegas, ada banyak lagi sign macam ni tapi pada size yang lebih kecil.
Signage ni terletak di sebelah South Strip Road. Kira hujung sekali lah. Dari hotel kami nak ke sini kalau jalan kaki 1 jam. Kalau naik Uber, tambang 10USD. Kami pergi naik Uber, balik jalan kaki sebab nak menyinggah kedai kedai lain untuk shopping.
Terjumpa tempat penjualan motor Harley Davidson yang sangat besar di sebalah sign Fabulous Las Vegas tu.
Ada lagi sign LAS VEGAS.
M&M'S WORLD
The biggest M&M's Store, sampai 4 tingkat. Kalau setakat nak cari MnM's tu, disini leh cari bermacam macam warna, perisa dan bentuk. Nak print nama sendiri atas coklat tu pun boleh guna mesin di atas ni.
Souvenir M&M's
Keychain ada, fridge magnet ada.
I.L.O.V.E.U
Pergh, banyak giler coklat kan. Just ambil bekas, dan buka opener kat bawah tu, zasss........ Coklat tu akan masuk dalam bekas kita. Harga USD7.49 untuk berat sekitar 220 gram.
Maskot M&M's.
COCA-COLA STORE
Coca-Cola Store. Siapa suka minum Coca-Cola boleh la beli souvenirs dalam ni.
Kami tak minat minum Coca-Cola ni, so ambil gambar je lah yer.
T-shirt Coca-Cola.
Las Vegas Play Refreshed.
More souvenirs.
ROSS DRESS FOR LESS
Ni pula Kedai ROSS. Di seluruh US, ada banyak ROSS. Di sini tempat jualan pakaian yang SUPER DUPER MURAH. Memang murah murah sangat.
Seluar jeans ni boleh dapat sekitar 8USD-15USD sahaja. Ia jenis yang branded yer. Bukan cikai cikai nyer. ROSS ni saya rasa dok borong pakaian pakaian dari Factory Outlet yang tak habis dijual, then jual di sini pada harga murah.
Barang di sini restock setiap hari. So ikut nasib kalau ada rezeki boleh dapat branded items yang cantik dan sangat murah.
HARD ROCK CAFE
Tshirt Hard Rock Cafe Las Vegas, sehelai 30 USD.
Saya suka yang jenis ni.
Siap beli beg Hard Rock ni lagi. 14USD sahaja.
MARSHALLS
Marshall ni sama macam ROSS, banyak branded items yang murah.
LAS VEGAS NIGHT VIEW
View waktu malam.
Statue de Liberty original ada di New York. Ini yang dummy nyer.
Vegas night view.
Siap ada Eifiel Tower lagi....
Ini Hotel Bellagio. Hotel termahal di Vegas. Terletak betul betul di hadapan Bellagio Fountain.
Pemandangan yang sangat cantik.
LAS VEGAS PREMIUM OUTLET
Ini tempat wajib pi yer. North Factory Outlet. Sekitar 10 minit jer dari hotel kami.
THE HIGH ROLLER
High Roller. Kalau nak naik sekitar USD 20 seorang untuk naik siang dan USD32 untuk naik waktu malam. Since kami dah naik helikopter sebelum tu, kira dah tengok la view Vegas dari atas. So kami tak naik High Roller ni.
Rules And Regulation nak naik High Roller ni.
Pemandangan dari bawah.
MADAME TUSSAUDS
Madame Tussauds. Tempat patung lilin artis artis terkenal dari seluruh dunia. Kami dah pernah masuk masa di London dulu.. So, kat sini tak masuk.
Ambil gambar je depan ni cukuplah hehe.
THE VENETIAN HOTEL AND GONDOLA RIDES
Pemandangan di luar Venetian Hotel.
Hotel-hotel kat sini semua cantik-cantik sangat.
Tadaa, macam di Venice kan? Siap ada sungai dan gondola rides lagi.
Masuk dalam hotel ni rasa macam kat tempat lain. Macam outdoor siap ada langit dan awan. Macam real.
Grand Cannal Shoppe. Nampak tak Butik Michael Kors belakang tu?
Apa lagi, jom jamu mata! Akhirnya Maria jumpa handbag yang berkenan di hati.
Kat sini harganya murah beberapa ratus daripada di Malaysia. Di Factory Outlet takde design camni tau. Kat Butik je ada.
Hati banyak happy dah jumpa handbag kesukaan.
Dah beli handbag, so dah boleh balik ke hotel.
Sebelah The Venetian tu, ada Treasure Island Hotel.
The Trump Tower.
SEKITAR CAESARS PALACE HOTEL
Pemandangan di luar hotel kami, Caesars Palace.
Dari angle lain pulak.
Fountain of the Gods, dalam bangunan Caesars Palace Hotel.
The Atlantis Show. Setiap beberapa jam, ada persembahan patung dan fountain di sini.
Kedai souvenirs.
Syukur ada kedai The Halal Guys dalam Caesars Palace hotel ni. Malam yang Shaklee tak provide food, Shaklee bagi Meal Allowance.
Kami bungkus dan makan dalam bilik saja. Sedap juga kebab di sini.
Itu saja sharing kami di Las Vegas. Kami doakan, anda juga berpeluang sampai ke Las Vegas suatu hari nanti. InsyaAllah.
Regards,
MASTERS MARIA FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!