Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.
Gotong Royong Sambut Ramadhan
Ahad lepas, kami buat program bersihkan surau sebagai persiapan menghadapi ramadhan. Alhamdulillah. Cuba tengok. Bebudak pun ramai yang datang dan membantu setakat mereka mampu.

Anak saya Fateh, 7 tahun pun dikerah untuk membersihkan surau. Hehe.
Cuci cermin
Bersemangat adik ni. Baguih punya cuci tingkap pakai tisu, habis segulung tisu dik oi.
Kami juga pasang khemah. Alhamdulillah harini ada pihak yang sumbang satu khemah untuk surau.
Cuma kami kena ambil di rumahnya.
Masa nak ambil nak kena cari lori pulak. Then masa dah jumpa lori, lori pulak tak leh start. Dah terpaksa tolak.
Bersama sama tolak lori nak bagi start. Alhamdulillah, last last jalan juga.
Lori bawa khemah dah sampai ke surau
Then ambil dan pasang khemah. Susun meja dan kerusi. Pasang lampu dan juga kipas.
Selesai jua...
Cumanya pagi tadi hujan lebat. Huhu. Hampir semua orang basah lencun. Cuma yang saya respect. Orang tak lari. Semua stay sampai kerja setel.
Tak dinafikan. Sokongan penduduk tempatan terhadap surau sangat positif.
Semua menyumbang ikut keupayaan dan kelebihan masing masing. Terharu saya rasa.
Semoga semua majlis sepanjang Ramadan nanti berjalan lancar.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others