Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Training Solat Dan Imam Muda

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.


Training untuk menjadi imam muda. Sekarang umur adik ni 13 tahun. 


Praktikal solat...

Hari Isnin sehingga Jumaat, selepas solat Maghrib di surau saya, akan ada majlis bacaan Iqra dan Al Quran secara percuma untuk anak anak ahli qariah.

Bebudak ni kalau tak dijaga, lepas ngaji terus lari keluar surau. Main sampai basah lencun. Then dekat Isyak masuk surau balik. Ada yang berpeluh sampai bau masam dalam surau. Huhu...

Semalam semua kena paksa stay dalam surau lepas ngaji.

Semak solat sorang sorang. Baru semak rukun fi'li harini. Bagi pergerakan badan dia betul.

Alhamdulillah. Bebudak ni happy. Especially bila berebut nak jadi imam.

Siap pakai mic surau lagi. Satu kebanggaan dalam diri bebudak ni bila diberi peluang jadi imam.

Esok train budak lain pula jadi imam.

Anak anak, pewaris kita satu hari nanti. Didiklah mereka.

Jadikan anak anak rakan masjid.

Bagi mereka rasa seronok datang masjid / surau.

Itu matlamat utama kita sekarang.

Dekatkan diri anak anak kita dengan surau / masjid.

Semoga usaha ini menjadi pencen kubur buat kita semua nanti. Insya Allah.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles