Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Western Mediterranean Cruise - Part 6 - Rome Italy

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Western Mediterranean Cruise - Italy - Rome

Setiap hari, kami tiba di destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak kapal. Pagi turun dari kapal dan petang naik balik kapal untuk belayar ke destinasi seterusnya.

Hari ini, kami tiba di Rome, Italy. Alhamdulillah. Ini kali kedua saya ke Rome dan kali ke 3 Maria ke Rome.

 So, jom kita tengok gambar di Rome kali ini.


Kapal baru berlabuh di port. So, jom turun.


Ini kapal cruise terbesar di dunia sekarang ini. Symphony Of The Seas. Subhanallah, sangat sangat sangat besar. Dan alhamdulillah kapal ni yang kami naik sepanjang 8 hari belayar di sini.


Destinasi pertama, ladang penanaman anggur. 


Anggur yang sangat banyak.


Kami semua boleh petik anggur ni dan makan terus dari pokok. Tak yah basuh basuh dah sebab tak ada chemical atau racun dibubuh dekat buah ni.


Ambil gambar solo dulu


Maria pun bergambar juga dengan anggur di pokok


Boleh kutip, boleh makan sebanyak mana nak makan. Haha.. Larat ker nak makan semua tu kak oi.


Gambar bersama pekerja ladang anggur tu.


Banyak gak hasil tangkapan geng kami hari ni.


Buah ni dimasukkan ke dalam mesin untuk buat jus


Tara... Jus dah siap. Sedap juga minum air anggur fresh dari ladang.


Maria, Atira dan Ainul.


Destinasi seterusnya adalah ke Colloseum, Rome. 


Sebelum diberi masa free time untuk bergambar, tour guide kami bagi briefing mengenai Colloseum ini.


Masa kami pi tu hujan renyai renyai pulak. Hehe. Rezeki nak kena hujan ler. Hari hari lain bila jalan kami pakai jaket, tapi panas ya amat. So, di Rome kami tak mau bawa jaket. Sekali hujan pulak. Haha..


Tapi hujan sket sket jer la. Tak lah lebat macam di Malaysia. Hujan renyai renyai sket jer.


Kali ni kami pergi tak masuk dalam. Tahun 2015 kami pergi sampai masuk dalam.


Ambil gambar dulu.

Gambar berdua dulu sebelum berangkat ke lokasi seterusnya.


Lets go. Bye bye Colloseum.


Last photo di Colloseum sebelum naik bas.


Destinasi terakhir, Rome City Centre. Kat sini kami luangkan masa sekitar 4 jam untuk jalan jalan pusing ancient city ini.


Kami semua berjalan sekali dalam group.


Orang dok bagi briefing, saya dok ambil gambar. Hehe. Last last tak tahu ni mende apa.


Fontana della Barcaccia, Piazza di Spagna


Nak sebut nama fountain ni pun dah berbelit lidah.


Selesai bergambar, kami bergerak terus ke tempat lain pulak.


Trevi Fountain.


Kiranya ni paling toplah. Semua orang akan tumpu ke fountain ini.


Berjaya meloloskan diri sampai ke bawah untuk ambil gambar dari posisi terbaik.


Bersama adinda tersayang


Next is Panteon.


Bangunan ini berusia 2000 tahun.


Huruf Roman ni dah wujud sejak dahulu lagi.


Asalnya ia adalah sebuah gereja.


Melihat senibina dalam Pantheon ini, saya rasa sangat kagum. Macam mana orang boleh naikkan satu kubah batu yang sangat sangat besar dan berat ke atas bangunan ini. Teknologi apa yang mereka gunakan pada 2000 tahun yang lepas.


Di dalam Pantheon

Selesai bershopping di sini, kami pun berkumpul kembali untuk bergerak kembali ke feri.


Fountain Of Four River


Bye bye Rome. Till we meet again.


Alhamdulillah, dah sampai balik ke kapal kami. Kapal hujung tu pun dah besar. Tapi bila ada atas kapal kami nampak kapal tu kecik jer.


Ada banyak burung terbang tepi kapal kami. Nak cari makan ler tu.


Saya pun baling la sket roti ke luar dan terus ditangkap oleh burung burung ni. Maka makin banyaklah burung lain yang datang mencari makan. Hehe.

Entri seterusnya adalah gambar kami di Capri Island, Italy.

Stay tune. Nanti saya share.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Untuk Cerita Perjalanan Kami Sepanjang Trip Ini : Sila Klik Di sini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles