Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Class of 1998 - Batch 7 Turn 20 - MRSM Taiping Gathering

$
0
0
By : Mohd Firdaus Mat Saad (Facebook Profile)

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dillimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Gathering Batch 7 MRSM Taiping 

20 tahun, itu adalah tempoh masa yang diperlukan untuk kumpul kenkawan dari Batch 7 MRSM Taiping sekali.

Sebelum ini, ada beberapa percubaan nak buat gathering. Tapi semua fail.

So kalau ada gathering pun semuanya mini gathering jer la.

Batch saya di MRSM Taiping ada 295 orang. So, nak kumpulkan semua orang bukan mudah.

Saya berterima kasih kepada pihak girl yang memulakan inisiatif ini. Bermula pertengahan tahun ini mereka dah start figure out macam mana nak buat program ni.

Nak tak nak, kena bagi jadi juga. Sebab dah 20 tahun ni tak berjumpa dengan mereka semua.

Tahniah buat para penganjur yang bertungkus lumus nak menjayakan program ini.

Saya ni bawa diri jer. Hehe....


Geng geng yang sampai awal. Dr Hafiz. Dr Sabrizan dan abang macho baju biru muda. Di belakang sana Azidi, Amin dan juga Kodeng.


Tempat sedang dipersiapkan dalam dewan.


Organiser pula sedang test slide yang nak ditunjukkan kepada kami semua


Semua orang dah mula ambil tempat dalam dewan. Ini Masriani, Engineer Petronas di Kerteh, Terengganu. Classmate saya dulu dalam kelas.


DJ Dora selaku organiser memulakan majlis dengan ucapan ringkas sebelum diserahkan kepada MC MC yang bertugas.


Nur Ilya Ilyani bertudung oren muda, sekarang seorang Arkitek bersama classmate nyer. Dulu kat maktab dia ni seorang atlet. Lari laju ya amat.. Sampai bebudak laki pun ada yang kena tinggal. Last last ramai panggil dia 'Atlet' jer..


Suasana dalam dewan. Hampir 100 pelajar yang join. Almost 1/3 dari keseluruhan kami. Mereka susun ikut kelas. So boleh la bersembang rancak sket.


Bacaan Doa Oleh Dr Sabrizan. Doktor di Seremban sekarang ni. Cikgu Fauzi cakap, "Saya tersentuh dengan doa yang dibaca oleh Dr Sabrizan tadi..."


Amet, Saiful dan Batusha jadi MC sekarang kat belakang tu. Sementara itu, para guru dijemput ke depan untuk memotong kek.

Cikgu Mazwiyan kini guru Fizik di Kolej Mara Banting, Cikgu Normah dah pencen. Cikgu Juriah ( Kimia) kini di Mara HQ, Cikgu Hanita (Fizik) kini di MRSM Kuala Lipis, Cikgu Asriyah (BM) dah pencen, Cikgu Fauzi ( Penolong Pengetua Di MRSM Taiping sekarang), Cikgu Zunaidi (Kaunselor) kini di Mara HQ, Cikgu Saadah (Maths) kini di MRSM Taiping, Cikgu Saedah (Fizik) kini di MARA HQ serta Cikgu Marsuria sekarang (Penolong Pengetua di MRSM Taiping).

Alhamdulillah, dari banyak banyak cikgu, ini yang berjaya hadir. Terima kasih cikgu. Sebenarnya pihak urusetia hanya menjemput guru homeroom sahaja. 


Awal awal lagi mereka ajak ambil gambar dulu. Sebab waktu ni jer semua orang ada. Kejap lagi mesti ada yang terpaksa balik awal.


Ni geng kelas saya. Dari kiri Mas, Aza, Zue, Riza, Kapis, Wife Sepul, Sepul dan Shidan


Ada pertandingan yang dijalankan. Hehe... Dah nampak siapa juaranya tu.


Tempat pertama, Fidot 511. Saya lah tu.


Siap dapat Coffee Maker lagi.

Actually lepas tu ada macam macam program lagi. Ada cabutan bertuah. Dan Alhamdulillah saya pun bertuah juga. Dapat macam macam hadiah hari ni. Hehe.


Ok... Dah habis. Ambil gambar dulu sebelum balik.


Geng 511 yang mai.


Goodie bag yang disediakan oleh pihak penganjur.

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ni.

Terima kasih kepada guru yang hadir.

Terima kasih kepada para sponsor yang bagi hadiah macam macam untuk program ni.

Terima kasih buat kenkawan yang sudi hadir memeriahkan majlis.

Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Semoga bertemu lagi. Katanya next gathering 5 tahun lagi.

Semoga Allah merapatkan ukhuwah sesama kami.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad,
Motivating And Inspiring Others

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles