PELANCARAN EBOOK SIRI MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG
"APA KATA MEREKA" YANG SUDAH MEMBACA ?
PEMBACA PERTAMA : NOR AMLIZAN RAMLI
Alhamdulillah. Tahniah buat pengarang 3 buah ebook dalam Siri Motivasi pelajar ini. “Dari Kampung Kedah ke United Kingdom”, “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang” dan “Rahsia Pelajar Luar Biasa”.
“My first impression”. Wahhh! Hebat pengarang ni. Kenapa saya kata hebat?
Buku ini ditulis dari hati berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Kesukaran dan ‘seksa’ yang beliau lalui ketika bergelar pelajar adalah kisah benar. Bukan melalui rujukan dari kisah motivasi lain! Ini yang dapat saya rasakan.
Kisah anak kampung yang diklasifikasikan gagal kerana tidak mendapat 4 A dalam UPSR dan bangkit dari kegagalan tersebut untuk terus memburu kejayaan. Tentu sahaja, semuanya tidak berlaku sekelip mata. Perit, pedih, sakit, sedih, sengsara tentu menjadi pengajaran berguna dalam beliau mengejar kejayaan.
“Learn from the best!” Pengarang menjadikan abang sulungnya sebagai idola. Saya berani jamin ianya kisah benar! Abang Jan di dalam ketiga-tiga edisi ini memang saya kenal dan memang hebat orangnya. Testimoni terbukti!
Mengapa anda perlu baca ketiga-tiga siri ini?
Siri Pertama: Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom
Ini kisah keseluruhan. Untuk kongsi aura positif pengarang. Siapakah beliau dan di mana beliau bermula? Bagaimana beliau mencapai apa yang beliau perolehi sekarang? Sangat mengujakan kerana beliau juga adalah orang biasa-biasa seperti majority rakyat Malaysia yang lain.
Tidak dibesarkan di atas tilam emas. Tidak mandi susu. Tidak juga makan dalam pinggan emas. Beliau juga bukan pelajar yang 24-7 mengadap buku dan tidak tahu bergaul.
Subhanallah..sejuk perut ibu yang mengandung dan melahirkan. Namun dengan semangat dan kesungguhan…beliau menjadi seorang yang hebat! Seorang yang “above average”. Ahli dalam banyak perkara!
Siri Kedua: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang
25 tips! Banyak tips ini dan bacalah dengan hati. Hayatilah dengan kesungguhan. Tentu lebih ramai Mohd Firdaus yang lahir nanti. Sukar untuk menjadi orang yang berjaya. Namun, kesukaran itu cuma dalam tempoh sementara sahaja.
Jika 10 tahun tempoh berjuang itu…hidup anda seterusnya bergantung kepada betapa sengsaranya anda ketika melalui tempoh 10 tahun itu.
“Duplicate!” Baca dan hayatilah dengan tenang. Letak semua prasangka anda ke tepi ketika membaca siri kedua ini. Buka minda dan lapangkan dada.
Ini kerana, memang lelah apabila membaca semua tips ini. Akan tetapi, ianya “workable, doable and most importantly! Duplicable.”
Tirulah…imitasi tips dan cara pengarang ini berusaha. “Non-stop!” Membacanya pun saya dapat bayangkan kepenatan itu. Janganlah berhenti setakat membacanya. Namun aplikasikanlah. Berbaloi! In shaa Allah. “You have to start Now, Not Tomorrow!”
Siri Ketiga: Rahsia Pelajar Luar Biasa
Ini bukan sahaja sesuai untuk para pelajar di sekolah, kolej, universiti akan tetapi sesuai untuk semua insan yang sentiasa belajar seumur hidup mereka. Saya sendiri teruja untuk mengaplikasikan tips yang diberikan oleh pengarang. Memang luar biasa!
Semoga perjuangan pengarang untuk berkongsi ilmu dengan khalayak pembaca mendapat Redha Ilahi. Semoga ilmu yang dikongsi ini menjadi ilmu yang bermanfaat.Tahniah sekali lagi buat pengarang.
PEMBACA KEDUA : RIZA RINA BINTI ABDUL RAHMAN
Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kerana penulis sudi berkongsi rahsia kejayaan beliau dengan para pelajar, ibu bapa dan guru. Semua teknik dan rahsia ini boleh dijadikan panduan dalam mencapai kejayaan dengan lebih mudah. Sebuah penulisan yang baik dan mampu memberi semangat dan motivasi bagi setiap yang membacanya.
Setelah membaca Buku Pertama “Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom”, saya berasa tidak sabar untuk membaca Buku Kedua “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang” dan Buku Ketiga “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. Saya berasa teruja untuk mengetahui segala teknik dan rahsia yang telah diamalkan oleh penulis ketika beliau belajar dahulu sehingga beliau berjaya dengan cemerlang dalam pelajarannya.
Memandangkan saya dalam peringkat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, saya seolah olah tidak sabar untuk mempraktikkan teknik-teknik belajar yang dikongsi oleh beliau.
Saya mahu berkongsi Rahsia Pelajar Luar Biasa dengan suami, anak-anak dan adik beradik saya. Rahsia ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar, tetapi ia juga amat sesuai untuk dipraktikkan dalam kehidupan untuk menjadikan seseorang itu insan luar biasa.
Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih, selamat maju jaya kepada Haji Mohd Firdaus Bin Mat Saad.
PEMBACA KETIGA : SHIRA AZMI (Pelajar Tingkatan 5)
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Firdaus kerana memberi peluang kepada saya dan adik untuk membaca Ebook Tuan Haji.
Bagi saya, Ebook ini amat bermanfaat buat anak-anak remaja sekarang yang masih belajar dan inginkan hala tuju yang betul dalam kehidupan. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Tuan Haji serta adik beradik yang lain yang diselitkan benar-benar menjadi pembakar semangat kepada saya.
Baru sekarang saya sedar akan matlamat yang perlu saya ada untuk berjaya. Saya sendiri masih tercari-cari teknik belajar dengan betul. Semoga dengan ilmu yang dikongsikan oleh tuan ini akan menjadi manfaat buat para pelajar lain.
Insya Allah, akan saya ‘paksa’ diri untuk mempraktikkan semua teknik Tuan Haji ini. Saya hanya ada masa 6 bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan SPM nanti. Terima kasih lagi.
Berminat untuk mendapatkan Ebook ini pada harga promosi? Nantikan pelancarannya 2 Hari Lagi. 6 June 2013.
Semoga Allah memberkati usaha saya untuk menambah nilai hidup orang lain. Amin.
Saya mohon kepada kawan-kawan, agar dapat LIKE entri ini. Sokongan anda saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Wassalam