Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab insya Allah.
Part 5 : Travelog Mediterranean Cruise - Florence Italy
Ok. Hari ini saya nak kongsi pengalaman kami di Italy pulak.
Dari Barcelona, kapal cruise membawa kami ke Palma De Mallorca, kemudian ke Marseille di France dan seterusnya ke Florence, Italy.
Jom layan gambar di Italy pulak.
ID dalam kapal sangat cantik. Maklumlah kapal baru.
Desert yang disediakan ketika breakfast. Lepas makan, terus kami turun kapal.
Turun dari kapal, kami terus menuju ke bas yang sedia menunggu kami.
Ambil masa sejam lebih untuk kami ke Florence City Centre dari pelabuhan tempat kapal tu parking.
Dah di Italy ni, kami pun kene la try Espresso ler, Coppucino la... Dan seangkatan dengannya lagi.
Tengok Chuppa Chupp ni. Besar gila..
Piazza Michaelangelo.
Orang Italy terkenal dengan seni. Dan ukiran merupakan salah satu keistimewaan mereka. Cer tengok, sebesar besar patung ni dia orang ukir dan letak kat bandar Florence tu.
Orang Italy terkenal dengan seni. Dan ukiran merupakan salah satu keistimewaan mereka. Cer tengok, sebesar besar patung ni dia orang ukir dan letak kat bandar Florence tu.
Semua patung yang diukir, bebirdnya kecil kecil. Sebabnya takut raja mereka 'murka'. Sort of nak ambil hati raja cakap yang raja nya power la. Gitulah maksudnya.
Maria ambil gambar sesorang. Sian dia. Saya lari ke toilet waktu ni.
Kami ada atas bukit masa ni. Di bawa untuk melihat pekan Florence secara keseluruhannya.
Masa ni saya nak ke tandas. Huhu.. Nak kencing pun kene bayar 1 Euro. Dah RM5 sekala kincing....
Ni ler rega kalau nak kencing ketika di Italy yer.... Kalau dah nak kencing tu, ko kencing lah puas puas... Ambil feel. Bagi berbaloi bayar 1 Euro tu.
Kalau nak skill power lagi, pi restoren, beli kopi satu harga 1 Euro dan boleh kincing free kat restoren tu. Kalau tak jadi customer, dia tak bagi guna toilet dia.
Ni gambar kami ketika mula memasuki bandar Florence. Di Italy, main city dia orang tak boleh masuk kereta, maksud saya mereka sangat kawal bilangan kereta yang boleh masuk. So semua kene jalan kaki. Bagi warga emas, bermulalah cabaran untuk mereka. Tapi rasanya semua ok kot, kata makan Shaklee kan....
Kami semua diberikan satu ear phone. So, bila tour guide cakap. Kami dengar terus ikut ear phone. Dia boleh capture kalau kita dalam 200 kaki dari beliau. Lebih dari tu dah tak clear.
Semoga Allah memberi kebahagiaan buat kami sehingga ke syurga Insya Allah.
Ni jambatan Ponte Vecchio, tapi boleh pulak ada rumah atas jambatan tu. Kawasan ini terletak berhampiran Galleria Academia.
Kami berada sekitar kawasan Uffizi Gallery. Ini patung Leonarda Da Vinci. Salah seorang juru ukir terkenal di Italy pada zaman dahulu.
'Haipppp..... Tengok aper tu?"
I told you. Semua bebird memang kena buat kecik.
Ok, kenapa mereka suka ukir orang? Sebabnya susah. Dan susah bagi mereka adalah seni. Mereka akan appreciate kalau boleh buat benda yang susah macam ni. Dan mereka ukir ni pun dari seketul batu yang besar tau. So, kalau sekali pahat terpatah la, terus kena reject. Tak ada "Control Z' untuk Redo yer.
Santek kan...
Cathedral Santa De Maria. Gereja mereka yang terkenal satu ketika dahulu.
Ini kali kedua saya dan Maria datang ke Florence Italy, kali pertama kami pergi pada 2015.
Dah dapat tiket free ni, kene gi lah jugak walau pun kali kedua.
![]()
Piazza Della Signoria. Hanya kereta polis sahaja yang boleh masuk dalam bandar ni. Yang lain tak boleh. So, kita jalan kaki jer la.

Piazza Della Signoria. Hanya kereta polis sahaja yang boleh masuk dalam bandar ni. Yang lain tak boleh. So, kita jalan kaki jer la.
Jalan punya jalan, sampai lah masa untuk lunch. Shaklee dah bagi kami 50 Euro setiap sorang untuk makan tengah hari. Tapi seperti biasa, kami makan hasil tapau pagi tadi jer. Duit tu boleh buat shopping.
Destinasi kami seterusnya adalah ke San Lorenzo Market. Florence terkenal dengan barangan kulit. So apa lagi, kami borong lah sket beg beg kulit ni untuk dihadiahkan kepada downline kami di Malaysia.
Rancak nampak memborong.
Syurga barangan kulit. Barang original, berkualiti tapi rega sangat murah.
Sekali terjumpa kedai MF. Ni kedai kami ni. Apa lagi, kena masuk beli barang kat sini. Hehe.
Berjaya menangkap jaket kulit seorang sehelai. Terpaksa beli sebab pakai sedap sangat. Harga 130 Euro sehelai. Beli je lah. Dah suka punya pasal.
Hasil tangkapan. Fuh... Beribu gak lah duit habis sekali memborong.
Menikmati aiskrim Gelatero.
Berjalan sudah, makan pun sudah, shopping pun sudah, gelatero pun sudah. Apa lagi, kami pun berangkat pulang ke bas untuk naik kapal balik.
Alhamdulillah. Perjalanan lancar untuk kami semua.
So, nanti nanti saya akan kongsikan gambar kami di Rome pula.
Stay tune.
Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others
Saya doakan satu hari nanti anda juga berpeluang untuk bercuti sebegini. Insya Allah.