Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

MRSM Taiping Dalam Kenangan

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya merupakan bekas pelajar MRSM Taiping. Saya belajar di situ pada tahun 1997/1998.

Sejujurnya, jika anda bertanya kepada saya, dimanakah tempat belajar paling best sepanjang hidup saya?

Saya akan jawab. "MRSM TAIPING".

Di sinilah tempat kehidupan saya berubah.

Di sinilah tempat saya mengasah pelbagai bakat saya. Bakat kepimpinan, bakat bercakap di depan khalayak, bakat berlakon dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti yang diaturkan oleh pihak maktab ternyata memberi kesan dalam kehidupan saya hari ini.

Terima kasih MRSM Taiping. Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk belajar di MRSM Taiping. 

Bagi saya, ia antara MRSM terbaik di Malaysia.

Panggilan Telefon Dari Penolong Pengetua

Baru baru ini, saya menerima panggilan telefon daripada penolong pengetua MRSM Taiping.

"Haji Firdaus, apa khabar? Lama saya tak jumpa kamu?"

"Baik cikgu. Macam ni cikgu, esok saya ke maktab. Kita pergi lunch sekali."

Keesokannya, saya terus ke MRSM Taiping. Sekitar jam 12 tengah hari, saya tiba di maktab dan bertemu dengan penolong pengetua untuk kami lunch bersama.

Bagi saya mudah. Saya berjumpa dengan penolon pengetua dan bertanya, 

"Apa yang saya boleh bantu untuk tambah nilai hidup adik adik di MRSM Taiping?"

Banyak yang saya boleh bantu. Banyak yang saya boleh kongsikan dengan para pelajar ini.

Setelah berbincang, Insya Allah. Saya bersedia untuk menyumbang sesuatu kepada adik adik di MRSM Taiping nanti.

Apa pun, saya kongsikan dengan anda sedikit gambar MRSM Taiping sekarang ini. Dah banyak berubah. Mungkin ada di antara anda yang bekas pelajar MRSM Taiping, dah lama tak melawat MRSM Taiping.

So, gambar gambar ini saya kongsikan dengan anda untuk anda lihat tempat kita jatuh bangun dahulu.


Pintu gerbang MRSM Taiping. Kali pertama saya melalui pintu gerbang ini adalah pada tahun 1988. Iaitu ketika abang saya masuk ke MRSM ini. Bermula dari waktu itulah saya berazam untuk masuk MRSM Taiping. Alhamdulillah, tahun 1997 impian saya tercapai.


Pintu masuk MRSM Taiping yang dah berubah. Di sebelah kanan adalah bangunan pejabat yang baru.


Setiba di MRSM Taiping, terus berjumpa dengan Tuan Haji Khairul Anuar. Bekas guru saya dahulu. Kini sudah menjadi Penolong Pengetua di MRSM Taiping.


Bangunan Dewan Besar yang cantik, besar dan tersergam indah di tempat kita semua berhimpun dahulu.


Surau MRSM Taiping.


Setiba di pejabat, saya terlihat majalah maktab MRSM Taiping 2012. Saya pun membuka majalah ini.


Tiba tiba, saya terjumpa..... Taraaaa........ Baru saya teringat, dulu pihak maktab ada meminta sumbangan untuk majalah maktab. Sekali gambar saya sekeluarga ada dalam majalah maktab. Actually saya cakap tak perlu masuk pun gambar ni. Alah, tak seberapa pun. Tapi, cikgu letakkan juga. Terima kasih cikgu. Saya gembira untuk memberi dan saya gembira untuk menerima.


Bangunan pejabat. Di sinilah pejabat pengetua, bilik guru dan pihak pengurusan.



Jalan ke surau yang kini sudah berbumbung.


Surau MRSM Taiping yang kini sudah besar. Tak lagi macam dulu.

Semasa di MRSM saya sempat berjumpa dengan beberapa bekas guru saya. Antaranya, Pn Asriyah, Puan Chan Kam Lim, abang abang makmal, akak akak dewan makan.

Mereka masih lagi mengenali saya. Terharunya.

Insya Allah, 7 November 2013 ini saya akan ke MRSM Taiping untuk berkongsi dengan adik adik Kursus Pembudayaan Keusahawanan.

Saya ada slot selama 8 jam bersama mereka. Semoga sedikit usaha saya ini dapat memberi impak yang besar dalam hidup mereka.

Wassalam.

* Jika ada di antara anda yang berminat untuk membaca pengalaman hidup saya ketika di MRSM Taiping dahulu, pengalaman saya semasa saya belajar dahulu, anda boleh membacanya di www.rahsiapelajarcemerlang.com




Viewing all articles
Browse latest Browse all 919