Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Kerja Kerja Pembinaan Reban Ayam Di Batu Rakit, Kuala Terengganu
Ok, kerja projek di Batu Rakit berjalan lancar setakat ini, Alhamdulillah.
Ini adalah barangan lori terakhir yang akan digunakan untuk barang pembinaan reban ayam sistem tertutup di Batu Rakit.
Lori ini saya sewa untuk angkut kipas reban ayam. Saya gunakan produk Cumberland untuk reban ayam ini.
![Kontraktor Reban Ayam Tertutup]()
![]() |
Penuh lori ini dengan kipas sahaja. |
Abang lori ni memang bagus. Sangat komited dengan kerja yang diberikan.
Di tapak pula, kerja kerja tanah sedang dimulakan untuk buat jalan.

Traktor digunakan untuk buat jalan
Batu kasaran dah sampai
Batu ini sebagai alas sahaja. Lepas ni akan masukkan konkrit di bahagian atas.
Tara, kerja ini dah nak siap.
Jalan dibuat sampai terus ke hadapan
Sudah cantik.
Ini pula kerja kerja memulakan pembinaan rumah pekerja
Begitulah ceritanya. Nanti saya share lagi gambar gambar terkini projek pembinaan reban ayam ni.
Semoga bermanfaat.
Mohd Firdaus Mat Saad
Kontraktor Reban Ayam Sistem Tertutup
019-5782515