Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Review Volvo XC90

$
0
0

Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya nak ke Penang dengan kawan kawan. Sampai saja area Juru Auto City, kawan saya ajak.

"Jom kita pi test drive Volvo XC90."

Huhu. Maqam tinggi sangat ni nak pi test drive volvo.

Seumur hidup saya tak pernah singgah pun showroom Volvo. Otak tak sampai nak fikir untuk beli.


Ambil gambar dulu. Ambil berkat orang kata. Fake It Until You Make It.


Gambar belakang


Gambar sisi


Gambar gear dan screen depan


Test drive seround dulu. Bukan nak beli pun. Nak rasa jer.

Ni komen saya :

1. Kereta ni 7 seater. Tapi tak sesuai kalau anak anak dah besar. Ruang tempat duduk dibelakang agak kecil

2. Kerusi belakang boleh dilipat. So, ada tempat untuk simpan barang. Tapi kalau seat belakang dipasang, ruang untuk simpan beg agak kecil.

3. Kereta ni bawa memang sedap. Boleh Auto Pilot. Ni yang best. Dia boleh bawa sendiri. Minyak dan break dah tak perlu tekan. Dia boleh automatik control speed based on kelajuan kereta depan.

4. Kereta ni Hybrid. So ada elektrik dan juga petrol. Bila balik sampai rumah boleh caj kereta ni. Sekali caj boleh jalan 35km.

5. Even kereta ni ada Auto Pilot / Assist Drive, driver 'wajib' pegang stereng. Even kereta tu akan belok sendiri. Tapi Volvo nak pastikan driver sentiasa alert dengan keadaan di hadapan. So memang kena "Touch/Hold" stereng. Kalau 15 seconds kita lepas stereng tu, alarm akan bunyi. Suruh pegang balik stereng tu.

Rasanya, inilah sahaja. Mungkin ramai di antara kita rasa macam. "Aku mana mampu pakai kereta ni."

Jangan risau. Saya pun tak mampu juga. Haha. Kita just ambil tahu apa yang ada. Mana tahu satu hari nanti 'termampu"

Nak test drive bukan kena bayar duit pun. Free jer. Pergi ajer lah test.

Oklah yer. Sekian.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919