Assalamualaikum,
Saya doakan kita semua dirahmati Allah, diberi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Insya Allah.
Kali ni nak citer pasal Pooh.
Saya kenal dengan Maria di UK. Masa tu saya senior dia di University of Sheffield.
Entah macam mana tersangkut pulak dengan si Maria ni. Panjang ceritanya ni.
Masa final year tu, saya pun nak bagi hadiah kat Maria. Tak tahu nak bagi apa, so saya belikan lah Pooh ni.
Pooh ni harga 30 Pound. Duit Malaysia masa tu kira RM210.
Besar tak besar Pooh ni, saya punya malu la nak bawa balik dari kedai ke rumah.
Actually, boleh ajer nak bawa balik jalan kaki. Dalam 20 minit dah bleh sampai rumah.
Tapi... Ada cabarannya.
Saya akan lalu jalan yang mungkin kenkawan lain pun lalu.
"Kalaulah kenkawan lain ternampak aku dok gendong Pooh ni, huhu... Habislah aku.... Malu yaq amat aih... Mana macho dok usung bear besar gedabak ni"
Lalu ku ambil keputusan.
Bungkus Pooh ni dengan plastik sampah warna hitam. Chesss....
Silap estimate. Plastik sampah yang ku bawa tu kecik lak. Tak cukup besar untuk muatkan Pooh ni.
Dammmm.. Masih ternampak.
Tak ada pilihan, kena usung lah juga Pooh ni.
Orang jual tu pun gelak sebab nak bungkus dengan plastik sampah.
Nak elakkan kemaluan yang lebih besar, ku pilih naik bas untuk bawa balik Pooh ni. Tak mahu jalan kaki. Nanti kantoi malu aja.
Sekali....
Masa ku naik aja bas.... Dammmmmm.... Ada member yang dah ada dalam bas tu. Maka digelakkan lah aku yang dok kendong Pooh ni.
Adoyai.... Sib baik kawan baik. Malu gak... Tapi control macho.
Then bila sampai kawasan area rumah Maria. Saya pun buang plastik sampah dan dengan Machonya pi rumah dia. Bagi pooh ni.
Haha....
Begitulah ceritanya....
Bila balik Malaysia, kami simpan la Pooh ni. Kot kot dapat anak pompuan nanti. Boleh dia main.
Sekali dapat 3 hero.
Hari ni, entah macam mana. Depa ni jumpa pulak Pooh ni. Habis dilanyak lanyak nya Pooh ni.
Fateh dengan pooh.
Caakkk...
Dasar anak lelaki sungguh.
Hampa tak tau.... Kewujudan hampa pun ada kaitan dengan Pooh ni. Haha...
Oklah.. Itu jer cerita dulu....
Maria dihatiku. Dulu. Kini. Selamanya...
Amcam, sweet tak? Haha. Sila jangan jeles....
With Love.
Mohd Firdaus Mat Saad