Oleh : Mohd Firdaus Mat Saad
Ini Fawwaz, anak kami yang ketiga.
Fawwaz baru je berhenti menyusu badan, pada umur 3 tahun 2 bulan.
Sebenarnya Fawwaz dah pernah berhenti menyusu selepas umur 2 tahun, sebelum kami ke Trip Shaklee ke Jepun tahun lepas.
Dah elok-elok berhenti, Maria pulak bersemangat nak menyusu lagi lepas balik dari Jepun.
Katanya senang nak tidur, senang nak pujuk dan bonding ibu anak makin kuat.
Anak pertama kami, Farees, gagal menyusu badan sepenuhnya. Dari hari pertama lahir, Farees dah diberi susu formula.
Puncanya, saya sebagai suami waktu tu agak failed dalam menyokong isteri dalam bab menyusu anak.
Lepas 3 minggu lahir, barulah kami dapat stopkan susu formula dan Farees dapat menyusu badan sepenuhnya hingga umur 2 tahun.
Itupun sebab semangat kental dari Maria yang tak putus asa nak menyusukan Farees sepenuhnya, walaupun masa tu Maria masih bekerja sebagai Engineer.
Terlalu banyak pengorbanan yang Maria lakukan, sampai sanggup buat stok susu ibu untuk Farees selama 15 hari kami pergi ke Umrah, masa tu Farees baru umur 10 bulan.
Sebenarnya, saya sendiri dilahirkan dalam keluarga yang kami semua tak lah minum susu ibu sepenuhnya pun.
Kami semua adik-beradik geng susu tepung.
Dan saya tak nampak banyak masalah dekat kami adik beradik.
So, pada otak saya, "Apa masalahnya, bagi ajelah susu formula ni, kan senang"
Disebabkan sikap ambil mudah saya pada waktu itu, anak kami yang sulung, Farees ada masalah allergic dan eczema yang sangat teruk.
Sejak dalam pantang lagi, Farees dah ada eczema.
Kami sampai terpaksa buat blood test untuk Farees nak kenal pasti apa punca dia ada alahan yang sangat sangat teruk.
Result keluar Doktor bagi tahu Farees ada alergic dengan susu lembu.
So, doktor tanya.. "Ada bagi tak susu lembu kat Farees?"
Huhu.. Apa lagi.. Sejak dari hari tu, saya memang selalulah kena syarahan dengan Maria bab susu formula ni.
Even sekarang kami bekalkan Farees dengan suplemen untuk tingkatkan sistem imun dia.
Bab duit, jangan cakap. Rasanya kos perubatan untuk Farees sahaja dah main riban riban. Memang banyaklah.
Anak kedua kami, Fateh memang menyusu badan tanpa susu formula, dari awal kelahiran sampai 2 tahun.
Berkat Maria mula gunakan Set Bersalin + Menyusu Shaklee sebelum bersalinkan Fateh.
Alhamdulillah, immune system dia agak tinggi dan tiada allergy.
So, berbalik kepada Fawwaz. Anak ketiga kami.
Kami mula bagi susu formula pada Fawwaz sejak umur 2 tahun. Dan masih teruskan menyusu badan bila perlu, contohnya masa nak tidur.
Fawwaz boleh minum susu formula dengan ok. Tak ada masalah.
Cumanya, baru-baru ni lepas Fawwaz dah stop sepenuhnya menyusu badan, Fawwaz tiba-tiba kena cirit-birit. Sebelum ni tak pernah kena pun.
Memula kami ingat sakit perut biasa.
Then kami ke klinik pakar. Seperti biasa. Doktor bagi ubat. Dan balik dia nampak ok.
Cumanya pada waktu tu, Doktor ada cakap kalau boleh berhenti dulu minum susu formula.
Then selepas seminggu dah ok. Kami introduce balik susu formula dekat Fawwaz.
Then, masalah sakit perut dan cirit-birit datang balik.
Masa saya bersembang dengan Maria, Maria ada cakap:
"Mungkin masa kita bagi susu ibu + susu tepung, khasiat dan probiotik baik dalam susu ibu menyebabkan badan boleh terima susu formula."
"Mungkin lepas dah stop susu badan, dah kurang probiotik baik untuk lindungi badan baby. Mungkin sebab tu baby boleh sakit perut"
Frankly speaking, setiap suami wajib ada kesedaran tentang kepentingan susu ibu.
Ramai yang masih kurang kesedaran macam saya dulu, masa anak sulung lahir. Akhirnya susu formula bagi kesan buruk terhadap Farees hingga ada allergic.
Saya menyarankan para suami agar menyokong penuh pemberian susu ibu kepada anak-anak sampai umur 2 tahun.
Percayalah, pengorbanan kita hari ini akan membantu kesihatan anak-anak kita bila mereka dah besar nanti.
Sistem imun badan mereka akan jadi lebih baik. Otak mereka akan jadi lebih cerdas.
Dan insyaAllah, ada 1001 kebaikan susu ibu untuk anak-anak kita.

Buat para bapa, percayalah, untuk menjayakan penyusuan penuh 2 tahun untuk anak, anda kena memberi sokongan penuh kepada isteri.
Banyak yang perlu dikorbankan sepanjang proses ini.
Tapi percayalah, ia sangat berbaloi.
Maka dengan ini, saya menyokong penuh hasrat para ibu dan isteri yang nak memberi susu ibu penuh kepada anak-anak.
Mohd Firdaus Mat Saad (click di sini untuk follow Facebook saya)