Assalamualaikum,
Seperti kebiasaannya, pihak surau akan menganjurkan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini.
Untuk satu bahagian, para peserta korban dikenakan bayaran sebanyak RM380. Harga seekor lembu yang dibeli oleh pihak surau adalah RM2,400. Lebihan dari wang korban itu dimasukkan ke dalam tabung surau.
Alhamdulillah, di Parit Buntar harga lembu masih lagi terkawal. Kami masih dapat lembu yang besar pada harga yang rendah. Apa yang saya perhatikan, di Kuala Lumpur satu bahagian dikenakan bayaran antara RM450 ke RM500 untuk satu bahagian.
Itu pun dapat lembu yang agak kecil.
Syukur Alhamdulillah, saya tinggal di kampong.
Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan dengan anda gambar gambar yang sempat saya ambil sepanjang program ini berlangsung.
Program bermula seawal jam 7 pagi. 8 ekor lembu bersiap sedia untuk dikorbankan.
Saya sedang bersiap sedia untuk menyembelih lembu.
Salah satu perkara yang best di surau saya, mereka sangat sangat menggalakkan penglibatan orang muda dalam semua program di surau. 4 tahun yang lepas, mereka mengemukakan cadangan agar dilatih pemuda dari kawasan saya untuk menyembelih lembu.
Saya masih ingat lagi, saya ada dalam mesyurat AJK Surau pada waktu itu. Dalam hati saya, "Allahuakbar, kalau depa nak suruh orang muda sembelih. Mesti aku yang kena".
Telahan saya tepat. Saya dan seorang lagi rakan dipilih untuk menyembelih lembu korban pada tahun itu.
Seumur hidup, tak pernah saya sembelih lembu atau kambing pada waktu itu. Itulah kali yang pertama. Pada waktu malam, saya bersolat hajat dan berdoa agar Allah memberi keberanian kepada saya untuk melakukannya. Saya perlu belajar untuk menjadi pelapis di surau saya.
Alhamdulillah, selepas itu, setiap tahun saya dan kawan saya menjadi pelapis yang menyembelih lembu di surau saya.
Saya memeriksa keadaan lembu sebelum menyembelih. Alhamdulilllah, lembu pertama berjaya disembelih dengan selamat.
Clik here to view.

Ramai kanak kanak yang turun join program kali ini. Mereka datang sebagai pemerhati la kiranya.
Para pemuda bergotong royong untuk melapah kulit lembu.
Lembu ini agak besar. Risau juga untuk saya menyembelihnya. Namun Alhamdulillah, semuanya selamat.
Lembu sudah dijatuhkan. Bersiap sedia untuk disembelih.
Turut mendaftar nama untuk menjadi tukang sembeli baru adalah abang saya. Selalu 'sembelih' orang, hari ni first time nak sembelih lembu. FYI, abang saya ni Konsultan Plastic Surgery. So, memang selalu dah operate-operate orang ni. Dengan darah tu, kira macam mainan la.
Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, get the job done.
Proses menyembelih bermula. Kira berani gak la abang saya ni. Bukan semua orang boleh buat kerja ni.
Alhamdulillah. Semuanya selamat. Dua urat sudah putus secara sahih.
Bergotong royong untuk mencincang tulang.
Memotong daging dari paha.
Memotong daging menjadi bahagian kecil untuk diagihkan.
Hari ini juadah yang disediakan adalah sup tulang. Memang sedap.
Nasi turut dimasak untuk dimakan bersama sup.
Alhamdulillah, siap dimasak. Siap untuk dimakan.
Sebahagian dari tulang turut diagihkan kepada para peserta korban dan orang ramai.
Daging yang siap dipotong, ditimbang sebelum diagihkan.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Daging dimasukkan ke dalam plastic. Para pemuda ditugaskan untuk bahagian edaran.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Apa yang penting, kerja sama. Apa yang penting, kerja sama. Semua orang, dari kecil hingga dewasa berkerja sama membersihkan kembali kawasan surau.
Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dipermudahkan Allah.
Semoga semua amal ibadah kami ini diterima oleh Allah.
Wassalam.