Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Salam Aidilfitri 2018 Daripada Maria Firdaus Sekeluarga!

$
0
0


🎉Salam Aidilfitri 2018 dari kami sekeluarga. 🎉


Syukur Alhamdulillah, tahun ni iaitu 15 Jun 2018, giliran kami sambut 1 & 2 Syawal 1439 di rumah parents Maria di AU2 Keramat, KL. 


Tema kaler tahun ni kami pilih Merah Menyala. Ini semua model baju Melayu dari BUTIK DMIMI PARIT BUNTAR. Cantik dan kemas sangat jahitannya. Kain pun sedap pakai. Farees, Fateh & Fawwaz selesa pakai dari pagi sampai ke petang. Tak kisah nak tukar baju lain pun. Memang highly recommended 👍👍


Maria pulak pilih baju dari butik Ariani. Since tak sempat pergi butik, so beli thru online & pos saja. Mujurlah baju sempat sampai walaupun beli last minute, few days before raya baru order 😅


Anak-anak soleh kami. Farees, Fateh, Fawwaz.


Oh yer, harini 15 Jun 2018 juga adalah birthday Fawwaz yang ke 3 tahun. Alhamdulillah. Dah big boy dah our #ShakleeBaby ni. Semoga terus membesar menjadi anak soleh, bijak, sihat, cemerlang dunia & akhirat. Jemput baca kisah kelahiran Fawwaz DI SINI.


This is our big family! 

Cuma Family Kak Ngah Kam Rafidah (kakak Maria kedua) yang takde dalam gambar sebab beraya di Kelantan. Kalau ada lagi meriahhh sebab anak dia je dah 10 orang hihi. 


Mejar (B) Haji Abdul Mutalib bin Ujang & Hajjah Kamariah bt Mas'ud. 

Abah ni bekas komando yang dah banyak berjasa kepada negara melawan komunis. Ramai dah komunis dia tumpaskan dulu. Bangga jadi anak cucu KOMANDO 😃

Semoga Allah sentiasa memberkati mereka, dikurniakan kesihatan berpanjangan, dan diampunkan segala dosa & bahagia di dunia & akhirat. Amin. 


Our family with Atuk & Wan tersayang. 


Family Kak Lang, Kam Haryatie dengan tema biru. Dengan budak-budak kecik ni entah berapa puluh shot nak amik untuk dapat the best shot. Hihi.


Family Abang sulung Maria, Kam Kasturie. Alhamdulillah Abang dah jumpa jodoh terbaik, setelah 10 tahun membujang 😉. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga. Amin.


Inilah kakak ipar baru kami, Hafiza (tapi lagi muda & lagi tinggi dari kitorang semua heheh).


Ini Maid kami, Bibik Atun yang dah banyak berjasa kepada keluarga kami sejak 2009. Syukur dapat Maid yang rajin macam Bibik Atun. Anak-anak pun sayang kat Bibik. Alhamdulillah. 

Petang raya pertama, Kak Lang & Abang Turie bertolak balik ke Johor kampung masing-masing. Kami pulak teruskan beraya di rumah jiran-jiran berdekatan. Kami balik ke Parit Buntar pada raya ketiga.

Alhamdulillah, seronok sangat dapat beraya bersama keluarga tersayang. Semoga Allah pelihara hubungan kami sekeluarga, saling menyayangi sehingga ke syurga Nya, InsyaAllah. 

~~~~~~~~~~~~~~~

🌷SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI🌷
🌹MAAF ZAHIR & BATIN🌹

تقبل الله منا ومنكم

Semoga Allah menerima segala amalan kita dibulan Ramadhan Al Mubarak yg telah lalu dan diampuni segala dosa dan kesalahan kita semua. Ameen.

Salam Sayang,
❤️MARIA & FIRDAUS❤️
❤️FAREES, FATEH, FAWWAZ❤️



Viewing all articles
Browse latest Browse all 919