Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trip Taman Negara Pulau Pinang Ke Pantai Kerachut

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

First Trip - Taman Negara - USM - Monkey Beach


2 minggu lepas, saya dan kenkawan bawa anak ke Taman Negara Pulau Pinang. Cadangnya nak ke Monkey Beach. Tapi, disebabkan ada tanah runtuh, so kami hanya boleh ke Pantai USM sahaja.


Jarak perjalanan sekitar 1km dan ambil masa 30 minit sahaja. Pemandangan sangat cantik sebab kita akan berjalan di tepi laut. Sentiasa dengar bunyi ombak. Kira sangat menenangkan.

Trip Kedua : Taman Negara Ke Pantai Kerachut

Since saya dan anak pi ke Pantai USM rasa macam tak mencabar. So kami buat trip kedua. Kali ini ke Pantai Kerachut.

Jarak perjalanan adalah sekitar 3km dari Taman Negara. Masa dianggarkan untuk one way adalah 1 jam 30 minit sahaja.

Kali ni, trip disertai oleh Dr Adzhar dan anak anaknya. 


Seperti biasa, sebelum masuk kena ambil gambar dulu. Ntah macam mana budak budak ni geng baju merah pulak semuanya. Yang baju putih tu, anak member saya yang lain. Ayah tak ikut. So, kami bawa aja la jalan sekali.


Boleh pilih nak ke mana. Cuma cadangan saya, kalau tak larat jalan, anda pergi lah ke Teluk Aling. USM CEMAC tu. Jarak dalam 1200 meter sahaja. Kalau yang power sket, jalan ke Pantai Kerachut. Distance dalam 3km.


Yang saya paling risau tu si Fateh. Baru 6 tahun. Hari tu trip ke Pantai USM CEMAC dia tak ikut. Tup tup terus pi Pantai Kerachut yang jarak lagi jauh. Harap semuanya ok.


Jom mulakan jungle trekking. So far so good. Bebudak ni really enjoy the trip.


Sampai Bukit Batu Itam




Jeng jeng jeng... Naik tangga lagi


Ada juga jalan landai. Basically hampir 80 % jalan adalah landai. Cuma 20% ajer kot yang nak kena daki. So tak lah mencabar sangat.


Jumpa tangga lagi....


Setiap 500 meter. Ada tanda ni. So kita tahu berapa jauh kita dari pantai tu. Ni tanda 500m. 


Naik turun pulak jalan dia kat sini....


Dia tulis 5 minit, tapi kami jalan dekat 10 minit baru sampai. Haha.


Alhamdulillah. Akhirnya sampai.


My little boy. Fateh still boleh senyum.


Main pantai kejap... 


Geng saya study di Sheffield dulu, Dr Adzhar. Dia pun jenis suka aktiviti luar. 


Fateh - Peace. Still boleh senyum.


Kalau anda tak larat, anda boleh patah balik ke Taman Negara ikut boat. Dari Pantai Kerachut ke Taman Negara naik bot harga RM100 untuk 10 orang. Harga ikut per boat. So, naik sorang pun RM100 juga. Tapi boat ni kena booking awal di Taman Negara. Cukup jam dia datang ambil.


Tapi kami pilih untuk patah balik jalan kaki...


The kids really enjoy the trip...


Masa balik ni, Fateh dok start merungut. "Abi, Ateh letih... Ateh sakit kaki...." 

Nasib lah ko nak.. Sapa suruh nak ikut. 


Tara.. Dah sampai balik ke tempat bermula. You did it Fateh. 

So, kalau anda dok rasa musykil nak ke Pantai Kerachut. Jadikan Fateh ni bench mark anda ya. Budak 6 tahun ajer pun boleh. So, anda pun mesti lagi boleh. 


Ni catatan kami. Masa untuk pergi adalah 1 jam 20 minit. Patah balik pun 1 jam 20 minit. Duduk main main di pantai dalam 30 minit.  Total distance adalah 7.56km pergi dan balik. 


Buat anda yang suka aktiviti lasak untuk anak anak. Haaa... Jemput baca ni pulak yer. The Gravityz Penang di Komtar. 

Saya percaya, anak anak perlu didedahkan dengan aktiviti luaran. Bukan sekadar duduk rumah. Skill mereka akan meningkat jika kita dedahkan mereka dengan dunia luar.

Jom bawa anak anak beriadah.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
www.mariafirdaus.com.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles