![]() |
Pengalaman di Bukit Merah Laketown - Ecopark + Waterpark. |
By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Bukit Merah Laketown
Semalam, Allah beri kelapangan kepada saya untuk bawa anak anak ke Bukit Merah Laketown (BML)
So, layankan ajer la.
Untuk makluman anda, BML ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ecopark dan juga Waterpark.
Ecopark bahasa mudahnya macam Zoo Mini. Memang mini sungguh lah. Ada la beberapa ekor binatang di sini. Boleh gagahla kalau nak masuk alang alang dan sampai BML ni.
Dah sorang jadi ular, sorang jadi monyet pulak... Haha...
Ada juga pulau orang utan, kalau nak ke situ kena bayar extra. Tiket masuk untuk Combo adalah RM54 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak kanak. Kalau bayar guna Kad Touch And Go, ada diskaun 15%. Kalau kad tak cukup baki, boleh top up situ. Janji bayar guan Touch And Go.
First dinasihatkan untuk pergi ke area Ecopark dulu sebab baju masih kering.
Sebab beli tiket kombo, saya boleh naik Skycycle. So, boleh la pusing pusing track ni untuk menikmati pemandangan alam.
Bebudak depan tu seronok la naik. Aku yang duduk belakang ni terasa azabnya nak kena kayuh. Dah la kayuh guna tangan. Bukan kaki. Rasa nak menangis pun ada nak habiskan circle tu.
Mula mula rasa best, tapi lepas tu rasa bila la nak habis. Lenguh wei dok kayuh guna tangan. Tapi tak pa, anak anak punya pasal. Ku layan aja la.
Then kami ke tempat burung. Boleh bagi burung ni makan. Makanan disediakan.
Baik aje burung ni landing atas tangan.
Then kita boleh pusing tengok binatang binatang lain. Contohnya beruang.
Ada kuda. Actually ada banyak gak la binatang. Untuk anak anak ok la. Ada burung unta, ada merak, ada burung, ada ayam, ada kura kura, ada ikan, ada beruang, ada ular, ada arnab dan macam macam lagi.
Then kami ke Bukit Merah Waterpark. Budak budak dah tak sabar nak mandi.
Mula mula bawa main tempat budak budak dulu.
Dua dua seronok dok main.
Then gi mandi kat kawasan dalam sikit. Dinasihatkan, untuk anak anak yang tinggi bawah 90cm, anda bawa lah pelampung tangan ka, jaket keselamatan ka. Untuk keselamatan mereka. Sebab banyak tempat yang dalam dia 90cm. Fateh tinggi 105cm. So, kira ok la. Tak perlu pakai pelampung.
Dok main tembak tembak dengan abang. Berbaloi la beli pistol air tu. Dia orang suka betul main.
Naik slide pun bawa pistol air tu. Ada dijual di luar BML. Harga RM10 sahaja satu.
Dia orang dua dok berperang, saya gak yang jadi mangsa. Selalu kena tembak. Huhu... Tak per, layan ajer la anak dua orang ni.
Then pusing pusing circle ni.
Dia orang enjoy gak la.
Air tak dalam sangat kat area kanak kanak. So, untuk Farees dan Fateh mandi kira ok la. Tak perlu close monitoring sangat.
Baru belajar berenang anak ku ni.... Boleh gagah la sekarang.
Mencari musuh untuk menembak
Musuh dah jumpa. Tembak.... Haha...
Pusing guna pelampung jap. Pelampung ni nak kena sewa. RM25 untuk sehari sewa.
Then dia orang nak main games lain pulak.
Farees naik ni, macam suka jer...
Dia cakap best...
Dah best kene la naik sekali lagi. Cumanya kesian kat si Fateh ni la, dia pendek lagi. Tak boleh naik....
Lepas tu Farees nak naik body slider pulak. Cumanya yang ni dia kena buka baju sebab baju senang dia ada zip. Main kat sini kejap jer, sebab Fateh tension tak boleh main. So, kena patah balik kat tempat mainan budak budak jugak sebab situ tempat yang Fateh boleh main.
Jam 3 petang, kami berkemas untuk balik. Solat dulu di sana. Then terus balik.
Alhamdulillah. Budak budak happy dan enjoy.
Bila saya tanya Farees, "Mana lagi best, Legoland ker Bukit Merah?"
Dia jawab, "Legoland 4 kali lagi best dari Bukit Merah...."
Nasib baiklah Legoland tu jauh, kalau tak dah terpaksa beli Annual Pass.
Summary
1. Harga tiket Bukit Merah Combo adalah RM54 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak kanak. Boleh masuk Ecopark + Kayak + Waterpark + Basikal.
2. Kalau nak murah, boleh beli tiket guna kad Touch And Go. Dapat diskaun 15%.
3. Kalau nak masuk water park sahaja, harga adalah RM35 seorang. Dah ada diskaun dah.
4. Waktu cuti sekolah, biasanya mereka buat promosi. 2 dewasa, dua kanak kanak tiket RM100 untuk 4 orang.
5. Makanan dan minuman tak boleh bawa masuk.
6. Kat dalam, burger ada dijual harga RM5.50 dan nasi lemak harga RM8.50, nasi ayam RM12 sekali air. Kiranya tak lah mahal sangat. Boleh la nak makan kat dalam.
7. Untuk bawah 90cm, bawa lah pelampung keselamatan untuk anak anak.
Summary
1. Harga tiket Bukit Merah Combo adalah RM54 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak kanak. Boleh masuk Ecopark + Kayak + Waterpark + Basikal.
2. Kalau nak murah, boleh beli tiket guna kad Touch And Go. Dapat diskaun 15%.
3. Kalau nak masuk water park sahaja, harga adalah RM35 seorang. Dah ada diskaun dah.
4. Waktu cuti sekolah, biasanya mereka buat promosi. 2 dewasa, dua kanak kanak tiket RM100 untuk 4 orang.
5. Makanan dan minuman tak boleh bawa masuk.
6. Kat dalam, burger ada dijual harga RM5.50 dan nasi lemak harga RM8.50, nasi ayam RM12 sekali air. Kiranya tak lah mahal sangat. Boleh la nak makan kat dalam.
7. Untuk bawah 90cm, bawa lah pelampung keselamatan untuk anak anak.
Oklah... Ini saja sharing kali ni. Semoga Allah beri yang terbaik buat kita semua.
Wassalam.